Hadi Awang, Mohd Sabu dan tokoh bahasa pada Ceramah kemuncak Membantah Pelaksanaan PPSMI di Taman Melawar, 6 Mac


Antara yang akan hadir, Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji Salleh, Prof Dato' Nik Safiah Karim, Prof Dr Awang Sariyan, Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Abas, Dato' Dr Anuar Ridhwan, Dato' Baha Zin, Haji Ahmad Subky Abdul Latiff dan Azizi Abdullah.

BAGI menggerakkan seluruh rakyat menghadiri Himpunan 100,000 Rakyat Bantah PPSMI di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini, satu ceramah kemuncak PPSMI akan diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar pada 6 Mac, jam 930 malam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Presidennya, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah pada malam itu bersama tokoh-tokoh bahasa utama seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said, Pengerusi Gerak Mansuh PPSMI (GMP), Dato' Dr Hassan Ahmad, Timbalan Pengerusinya, Prof. Dr Shaharil Mohd Zain, Dato' Dr Hassan Ahmad, Prof Dr Abdullah Hassan, Puan Ainon Mohd dan penyajak Dinsman.

Demikian maklum jurucakap program, Radhi Hashim kepada Harakah.

Menurut beliau, tokoh-tokoh pendidikan dan budaya yang sudah mengesahkan kehadiran mereka pada malam tersebut ialah Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji Salleh, Prof Dato' Nik Safiah Karim, Prof Dr Awang Sariyan, Prof Dr Ir Wan Abu Bakar Abas, Dato' Dr Anuar Ridhwan, Dato' Baha Zin, Haji Ahmad Subky Abdul Latiff dan Azizi Abdullah.

Program anjuran GMP dengan kerjasama Jawatan Kuasa Bertindak PPSMI PAS Wilayah Persekutuan ini akan dimulakan dengan solat hajat/munajat di Dewan Dato' Fadhil Noor, Markaz PAS yanga kan diimakan oleh Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Hassan Shukri jam 9 malam.

"Orang ramai dijemput hadir dan hebahkan maklumat ini kepada rakan-rakan melalui telefon, sms serta emel," pinta Radhi lagi.                                                                                                           http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Wahai Ketua Pesuruhjaya SPRM Bagaimana Dengan Aduan Salahlaku Ini?

Kita memberi masa selama 2 minggu kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menyiasat aduan salahlaku 
Khir Toyo dan selepas itu dia hendaklah mengumumkan terdapat 
atau tidak bukti kukuh untuk mendakwa Khir Toyo seperti yang 
dilakukannya terhadap MB Selangor Tan Sri Khalid. 
Kalau tidak eloklah dia meletakkan jawatan sekiranya dia tidak mahu 
dipanggil lembu pawah UMNO.

01. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

02. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

03. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

04. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

05. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

06. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

07. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

08. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

09.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

21. TERBARU - Beliau disabitkan dengan penerimaan bayaran RM17 juta dari seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi. Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akuan individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik. Bagaimana Ketua Hakim Negara?



PARA Peguam Nizar menyangkal tuduhan kononnya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Mohamad Ariff Md Yusof yang dilantik mengadili kes permohonan Nizar berpihak.

Mohamad Ariff dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, Dato' Kamaludin Mohd Said kerana beliau pernah terlibat sebagai penasihat undang-undang untuk parti PAS, KeADILan dan BN dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara menyifatkan Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan Penasihat Undang-undang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya. Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman Abdullah mewakili Nizar menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga menegaskan tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

"Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan," katanya.

"Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman," kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.

"Bagi pihak Dato' Seri Nizar, kami membantah tuduhan tersebut dengan hujah bahawa setiap hakim yang dilantik mereka telah bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mempertahankan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Lagipun tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hakim ini pernah mewakili Nizar sebelum ini," ujar Hanipa lagi. Oleh yang demikian tegasnya, kes-kes yang sebelum ini perlu dipakai bagi menentukan sama ada hakim tersebut perlu menarik diri atau tidak.

"Beliau perlu menarik diri sekiranya terdapat bahaya yang jelas bahawa hakim tersebut akan berat sebelah dan bukan bersandar kepada kemungkinan semata-mata. Ia perlu kepada fakta yang benar-benar sahih dan bukannya sangkaan," tegas Hanipa.

Peguam Nizar, Nga Hock Cheh, tiba-tiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi: "Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Adun, ada Adun lompat parti, memang tidak berprinsip dan berintegriti, cara BN rampas kuasa cabul demokrasi," katanya.

Peguam pemerhati bagi Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, membantah dengan menyebut prosiding harus bertumpukan kepada isu undang-undang dan bukan sebarang agenda politik. Semalam, Ariff menarik diri dari mendengar kes Nizar atas desakan kuat Peguam Negara.

Persoalannya, bagaimana dengan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi yang pernah menjadi Penasihat Undang-Undang Umno menghakimi semua kes sepanjang berkhidmat dan akan kes-kes akan datang?.                                                                                                                                                                                                                                                                                    
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Zamry MB 'de facto', Nizar MB 'de jure'? Krisis Perlembagaan telah membuka mata rakyat terhadap kerakusan BN dengan kuasa!


HASSAN KARIM, Presiden Partai Rakyat Malaysia (PRM) memperkatakan tentang kemelut Perak yang makin kronik. Agak menarik juga:

KEADAAN politik di Perak beransur-ansur kembali tenang. Masa selalu disebut akan merawat luka. Tetapi krisis politik di negeri yang pernah kaya dengan bijih timah itu belum selesai. Pertarungan kini berpindah ke gelanggang baru iaitu mahkamah keadilan, dan itu adalah sewajarnya berlaku bagi sebuah masyarakat moden yang berbudaya dan bertamadun. Sementara itu satu lagi pentas aksi politik bagi rakyat Perak akan diadakan dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April depan.
Dalam hal di Perak ini, ada baiknya dikaitkan dengan falsafah negara yang dipanggil Rukun Negara yang kadang-kadang dipandang remeh dan dipersenda tetapi sebenarnya adalah relevan.

Pertama Kepercayaan kepada Tuhan. Ertinya percaya kepada Tuhan Maha Esa dalam menentukan sesuatu. Lihatlah selepas pilihan raya 8 Mac 2008 sebuah kerajaan campuran Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat dan diperkenan oleh raja. Istana bersetuju memilih Datuk Seri Nizar Jamaludin dari PAS menjadi Menteri Besar Perak walaupun PAS hanya menguasai 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi Sultan dengan bijaksana telah melantik Nizar berdasarkan Undang-Undang Tubuh Perak.

Sultan boleh memilih ADUN dari Behrang atau ADUN Cangkat Jering dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jadi MB kerana mereka berdua itu juga Melayu dan beragama Islam. Tetapi Sultan memilih Nizar dari PAS parti yang minoriti untuk mengetuai kerajaan negeri. Jadi ini semua ketentuan Illahi. Tidak terfikir sebelum ini di negeri Perak yang ramai penduduk bukan Islam dan PAS parti minoriti tiba-tiba Nizar boleh menjadi Menteri Besar menerajui negeri.

Politik di dunia fana dan prinsip pertama Rukun Negara kelihatan di pentaskan dalam pergelutan kuasa di Perak pada 5 dan 6 Februari lalu. Mengapa Nizar kelihatan berani dalam menghadapi raja di istana?

Dalam prinsip terakhir Rukun Negara di sebut kesopanan dan kesusilaan. Ketika menghadapi raja di istana, Nizar tetap bersifat sopan dan bersusila walaupun dia assertive atau tegas. Nizar tidak lembik mengalah (submission) atau keras kurang ajar (agression). Nizar menggunakan bahasa istana. Memanggil dirinya patik. Nizar boleh berkata saya tidak setuju Tuanku apabila Sultan mengarahkannya meletak jawatan. Sebaliknya Nizar memilih bahasa untuk golongan feudal dengan berkata "patik mohon sembah derhaka".

Mengapa Nizar kelihatan begitu berani dan assertive dalam setiap masa dan dia sentiasa kelihatan sopan dan berkesusilaan bila berdepan raja?

Saya melihat kerana Nizar seorang Melayu, seorang Muslim yang berjiwa merdeka yang diajar oleh Islam bahawa Allah itu Maha Besar. Tiada lain yang besar melainkan Allah. Nizar menghadapi Sultan sebagai raja memerintah negeri yang ada kuasa tetapi masih terikat dengan undang-undang negeri. Sultan masih seorang manusia bukan nabi yang maksum.

Berjiwa merdeka seperti Nizar ini bukannya biadap atau derhaka. Ia tidak menyalahi undang-undang negara. Jiwa hamba telah lama ditolak oleh orang-orang Melayu dan juga rakyat Malaysia. Setia kepada Raja dan negara prinsip kedua Rukun Negara adalah bermaksud menerima institusi Raja Berperlembagaan dan semangat cintakan tanahair.

Sebenarnya ada hikmah untuk dipelajari oleh setiap rakyat Malaysia ini lebih-lebih lagi ahli-ahli politik, para pengamal undang-undang dan para akademik di bidang guaman di universiti kerana apa yang berlaku di Perak itu terutama babak-babak di Istana Kinta, Ipoh antara MB Nizar dan Sultan amat kaya dengan rempah ratus perundangan di bidang perlembagaan (constitutional law).

Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar di Perak telah tumbang. Kerajaan baru BN pimpinan Dr Zambry telah angkat sumpah dan kini memerintah. Mana satu kerajaan yang sah di Perak sekarang berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk diputuskan. Ini kerana Nizar telah memfailkan kesnya di mahkamah tersebut.
Untuk menghormati mahkamah dan tidak bertindak "subjudice" atau memandai-mandai, maka kita biarkan saja isu siapa sebenar MB yang sah di Perak diputuskan oleh Mahkamah.

Tetapi kita harus berasa bersyukur bahawa krisis di Perak itu bergolak dengan agak terkawal. Masing-masing mengawal diri (restrain). Ada kematangan di semua pihak sama ada di kalangan Pakatan Rakyat, BN, Istana, polis dan rakyat jelata termasuk protagonis dan antagonis utamanya seperti Nizar, Dr Zambry, Anwar, Najib, Hadi, Sultan Perak dan Abdullah Badawi. Tidak ada sesiapa yang mati atau bangunan dan harta benda di bakar setakat ini seperti apa berlaku di negara jiran kita di sebelah utara baru-baru ini.

Masing-masing yang marah hanya sekadar berarak, menjunjung sepanduk, menunjuk rasa dan lepas itu kembali reda apabila satu demi satu memilih mahkamah untuk jadi tempat terakhir mencari keadilan. Di sinilah prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang memainkan peranannya. Maka amat melegakan apabila Perdana Menteri, Abdullah Badawi yang hanya ada kuasa beberapa minggu lagi dan hari-harinya boleh dihitung mengumumkan ISA tidak akan digunakan sewenang-wenang dalam krisis politik di Perak.

Suara Abdullah itu adalah suara rasional dan waras. Nizar juga respon dengan rasional dan waras dengan langkahnya akan meninggalkan kediaman rasmi MB dan perlahan-lahan terpaksa akur bahawa Dr Zambry dan kerajaan BN adalah kerajaan 'de facto' di Perak setakat ini.

Soal "de jure" kerajaan Perak pimpinan Dr Zambry ini akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tetapi satu perkara perlu difahami dalam episod di Perak ini bahawa orang-orang Melayu dan rakyat yang menyokong Nizar dan Pakatan Rakyat bukan menentang Sultan Perak atau institusi raja. Yang mereka protes sebenarnya ialah Umno, BN dan Najib terutamanya. Hal ini akan dapat dilihat dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang pada 7 April nanti.                                                                                                                                                                            
    http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Kenapa kerajaan memanjakan Air Asia? Apa agenda pemimpin Umno dalam AirAsia?


PAS menempelak tindakan kerajaan yang dilihat terlalu memberikan keistimewaan kepada syarikat penerbangan Air Asia. Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mempersoalkan tindakan kerajaan yang sanggup menimbang permintaan Air Asia terhadap LCCT yang baru merangkumi soal caj meletak pesawat dan sebagainya.

"Air Asia terlalu dimanjakan sehingga apa saja permintaan mereka akan cuba dipenuhi biarpun
 mendapat banyak bantahan," tegas beliau.

Biarpun kerajaan sudah membatalkan pembinaan LCCT East di Labu, nampaknya kerajaan tegas Kamaruddin masih mengikut telunjuk Air Asia dengan memberikan projek pembinaan LCCT baru yang akan dibina dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kerajaan tegas beliau sepatutnya meluluskan projek menaik taraf LCCT yang sedia ada bukan membina satu terminal baru. Bagi Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali turut mempersoalkan keistimewaan yang diperolehi oleh Air Asia dalam isu pembinaan LCCT baru. Tegas Azmin, keputusan membenarkan pembinaan LCCT baru di KLIA menandakan ada ruang untuk pemimpin Umno-BN terus menipu rakyat.

"Kita bimbang jika terdapat perjanjian yang disorokkan antara Air Asia dan kerajaan hingga menyebabkan rakyat akan ditipu," tegas Azmin ketika ditemui.

Ahli parlimen Gombak itu juga menegaskan tindakan kerajaan ini memberikan gambaran ada kepentingan pihak-pihak tertentu dalam Air Asia yang harus dijaga.

Pada 22 Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan menyatakan projek LCCT Labu tidak diteruskan sebaliknya projek LCCT yang baru, akan dibina dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Cuma yang masih dalam rundingan kini, kata Timbalan Perdana Menteri ialah kaedah-kaedah pelaksanaan projek termasuk permintaan Air Asia terhadap LCCT yang baru merangkumi soal caj meletak pesawat dan sebagainya.                                                                                                                  
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

DUN perlu segera bersidang, tamatkan kekaburan. Mahu tidak mahu Sultan mesti perkenan kerana ini bukan di bawah kuasa "budibicara" Baginda!


TERDAPAT isu menarik berkenaan Dun Perak dan kuasa Speaker. Saya berbincang dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari tentang perkara ini. Masih terlalu luas kuasa speaker, apabila ada pihak yang menghina Dewan tidak digunakan. Hatta, kenyataan PM, Abdulah Ahmad Badawi yang memerintahkan Dr. Zamry Abdul Kadir agar tidak menghiraukan keputusan penggantungan oleh Speaker dewan, sebenarnya boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman. Namun saya bertanya, apakah yang perlu lakukan sekrang di Perak. Begini jawapan Dr Aziz Bari dan saya melaporkannya:

DUN Perak perlu bersidang dengan segera bagi menyelesaikan kekaburan yang ada sekarang. Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas m
engenai permohonan Speaker S. Sivakumar kepada Sultan Perak untuk mengadakan Sidang Khas Dewan 23 Februari lalu.

Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan bahawa DUN bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

"Peruntukan ini sama dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kewajipan yang sama ke atas Yang di-Pertuan Agong", jelas beliau ketika dihubungi.
Profesor undang-undang itu berkata, memanggil sidang DUN tidak termasuk di dalam hal-hal yang menjadi budibicara dan beliau berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menyekat atau menolak permohonan untuk memanggil sidang.

"Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes Perak ini, untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu," tegas beliau lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, hujah tersebut diperkuatkan oleh teori yang meletakkan ketua negara atau ketua negeri sebagai sebahagian daripada mekanisme yang melindungi perlembagaan dan semangatnya.

"Kalau Sultan menolak permohonan itu bermakna Sultan sudah menyekat demokrasi dan ini bertentangan dengan Konsep Raja Berperlembagaan yang mesti selari dengan tuntutan demokrasi," tambahnya lagi.

Aziz berkata sidang DUN itu juga perlu kerana Perkara 16(2)(a) dan (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyebut soal sokongan majoriti di dalam DUN dan ini perlu ditunjukkan secara telus dan terbuka. Ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa sokongan majoriti itu boleh ditunjukkan di luar dewan, Aziz berkata "pendapat itu sebenarnya pandangan yang agak lemah dan hanya boleh diterima sekiranya ada pihak, contohnya kerajaan yang ada, yang dalam konteks Perak Dato Seri Nizar, enggan atau menghalang sidang DUN".

Beliau berkata pendapat itu berdasarkan kes Adegbenro yang diputuskan pada 1963. Katanya kes yang lebih baik ialah kes Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan pada 1966 yang menghukumkan bahawa ia perlu dibuat di dalam dewan.

Aziz menambah peruntukan yang sama juga ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yakni Perkara 43(2)(a) dan 43(4). Sebab itu, tegasnya, adalah salah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aziz menjelaskan, "Memang speaker mempunyai kuasa mutlak tetapi ini berhubung dengan keahlian, perjalanan dewan dan seumpamanya. Apa yang berlaku di Perak ialah Speaker Sivakumar mahu proses menunjukkan sokongan itu berlaku sedangkan Pandikar Amin bertindak sebaliknya. Ini menyebabkan peruntukkan perlembagaan, khususnya Perkara 43(2)(a) dan 43(4) tersekat. Itu sebab saya pernah mengatakan bahawa speaker tidak harus menyelamatkan kerajaan dari diuji sokongannya oleh dewan. Apa yang berlaku di Perak betul kerana speaker mahu kerajaan yang ada membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan."

Tiga hari lalu Pandikar Amin dipetik di dalam media sebagai berkata speaker dewan harus adil dan tidak memihak.

Aziz menambah di sisi perlembagaan, Anwar sebenarnya tidak perlu menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September 2008 kerana Abdullah adalah ketua kerajaan dan bukan ketua dewan.

"Mungkin apa yang Anwar lakukan itu sekadar strategi politik, tetapi ia bukan satu syarat. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai budaya politik yang ganjil dan tidak mesra perlembagaan dan strategi seperti itu perlu," ujar Aziz. Abdullah bagaimanapun menolak mentah-mentah sidang tersebut. Pandikar Amin juga enggan memberi laluan.

Aziz berpendapat di dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong bertanggung jawab menitahkan sidang kerana isu sokongan majoriti amat penting dan ia adalah nyawa bagi sesebuah kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

"Pada saya ini selaras dengan kehendak peruntukkan yang berkenaan, khususnya Perkara 43(2)(a), 43(4) dan 55(1) di baca bersama," tambahnya. Keadaan yang sama wujud di Perak sekarang, kata Aziz.

Beliau berkata "jika sidang DUN tidak dipanggil sukar bagi kerajaan hendak menjalankan pentadbiran; contohnya mendapatkan kelulusan perbelanjaan dan pelbagai urusan rutin yang memerlukan dana yang mesti diluluskan oleh DUN dan sebuah kerajaan yang sah, yakni yang mempunyai dokongan majoriti di dalam dewan."

Ditanya mengenai perlantikan Dato Dr Zambry Abd. Kadir oleh sultan beliau berkata, "itu tidak mengapa; isunya di sini ialah perlantikan itu perlu dibuktikan benar-benar sah oleh DUN kerana dewan yang mempunyai kata putus sama ada penilaian Sultan itu tentang sokongan majoriti kepada Zambry itu betul atau sebaliknya."

Aziz berkata sokongan majoriti itu terpakai kepada Zambry dan Mohamad Nizar. Beliau menjelaskan soal sokongan majoriti itu boleh dibangkitkan di dalam dewan bila-bila masa sebagaimana yang biasa dilakukan di United Kingdom umpamanya.

"Katakan Zambry kalah kali ini, beliau boleh lepas ini membawa usul undi tidak percaya terhadap Mohamad Nizar pula kalau beliau berasa sokongan ahli dewan terhadap beliau bertambah. Begitu juga dengan ahli dewan yang lain yang berasa mereka mempunyai sokongan yang cukup. Proses ini dizinkan malah dikehendakki oleh perlembagaan," tegasnya.                                                                                                                                                                                                              http://sanggahtoksago.blogspot.com/

GANGSTER DAN MOBSTER

Assalamualaikum,



Apabila saya tulis mengenai gangster menjadi ketua, memang telah ada rekod bahawa banyak pelanggaran undang undang di negara ini bukan sahaja dilakukan oleh penjenayah jalanan, tetapi juga oleh penjenayah yang dapat perlindungan politik. Terutamanya politik yang memegang tampuk kuasa.

Tahun 1960an UMNO memperagakan 
pemuda tahan lasak mereka yang memperlakukan kepada mereka yang menentang UMNO dalam politik dengan perlakuan jenayah, penghinaan, pengherdikan, pencabulan, ugutan, mencedera,  serta segala macam pelanggaran undang undang berbentuk keganansan.

Dalam tahun 1990an apabila satu seminar mengenai Timur Timor diadakan di Kuala Lumpur, keganasan mereka ini diaplikasi lagi bila pemuda UMNO dan pemuda BN merempuh seminar tersebut dan mengganggu secara paksa perjalananya dengan merosakkan peralatan dan lain-lain kemudahan seminar.


Semenjak piliharanya umum ke 12, pelbagai tindakan gangster telah mereka lakuakan, secara berterusan dan lepas daripada sebarang tindakan undang undang.

Perlakuan 
gangsterism dan mobsterism yang mereka lakukan di bangunan parlimen semalam adalah salah satu siri keganasan yang berterusan. Budaya ini mesti dihentikan.
-----------------------------------------------------------------------                                                                                            
Kata ketua mobster yang mengepung, menghina, mencerca, menista, mengasari serta memperlakukan tindakan fizikal terhadap Karpal Singh bahawa mereka sanggup mati kerana Melayu dan kerana UMNO.

Tidak ada mati yang paling mulia dan dicari cari di sisi Allah melainkan mati syahid. Tidak ada gunanya kalau berani mati tetapi mati berlumba motosikal. Tidak ada gunanya kalau berani mati tetapi kerana mempertahankan ideologi bernama nasionalisme. Tidak ada gunanya kalau mati kerana pertahankan bangsa, sekiranya ideologi yang dijaja oleh bangsa tersebut melawan perintah Allah. Tidak ada gunanya mati kerana mempertahankan parti, sekiranya parti tersebut ingkar akan Allah.

Tetapi kalau mahu mati juga kerana Melayu dan UMNO walau apa pun yang dilakukan oleh Melayu dan UMNO tersebut, mati tersebut ada juga standard. Sebab ada termaktub dalam peribahasa.

Mati katak.     

           http://hamirdin.blogspot.com/


Perbuatan Pemuda Umno memalukan rakyat Malaysia


Gaduh di Parlimen tragis, kawalan diperketat

Yng Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh hari ini berkata, tahap keselamatan di Parlimen akan diperketatkan berikutan insiden pergaduhan semalam.a

"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini.

Petang semalam, suasana di pintu masuk ke bangunan Parlimen kecoh apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Bagaimanapun, keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Campur tangan mereka bagaimanapun menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak sehingga pihak polis terpaksa datang untuk mententeramkan keadaan.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Hamid berkata, beliau berasa sedih mengenai insiden itu dan menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, mereka yang ingin melawat Parlimen tidak akan dihalang berbuat demikian.

"Pelajar-pelajar sekolah masih boleh mengadakan lawatan ke sini.

"Kita cuma mengadakan sekatan terhadap mereka yang dikesan boleh mengganggu atau mengancam ketenteraman dan keselamatan Parlimen," katanya.

Ditanya sama ada mereka yang menimbulkan kekecohan semalam akan disenaraihitam daripada memasuki kawasan Parlimen, beliau berkata, langkah itu tidak perlu namun pihaknya perlu bergantung kepada maklumat dan risikan pihak keselamatan.

Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Dr Abdul Hamid berkata, bilangan anggota keselamatan di Parlimen tidak akan ditambah sebaliknya jumlah kemasukan mereka yang tidak berkenaan akan dihadkan.

Ditanya kemungkinan insiden semalam akan berulang dan menjadi lebih buruk selepas ini, Dr Abdul Hamid berkata, ia tidak akan berlaku sehingga melibatkan kecederaan fizikal seperti mana yang pernah terjadi negara lain.

"Saya suka apa yang saya baca dalam akhbar hari ini. Apa yang salah tetap salah. Kita tidak boleh mengamalkan politik yang bersifat kepartian," katanya.

Katanya lagi, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak.                                                                                                                                                                                                                              http://drsitimariah.blogspot.com/

Sidang tergempar DUN ke arah selesaikan krisis Perak


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat.

Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.                                                                                                                                                                    http://idhamlim.blogspot.com/

Hishammuddin, Khairy mesti buktikan mereka tidak tahu rancangan serang Karpal

Ketua dan Naib Ketua Pemuda Umno bertanggungjawab membuktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak tahu-menahu tentang rancangan ahli mereka bertindak ala-mafia dan menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.


menuntut perkara itu dibuktikan kepada rakyat kerana semua pihak tahu bahawa ahli-ahli Umno biasanya tidak akan berani melakukan apa-apa tindakan yang dilihat mewakili parti itu tanpa kebenaran ketua mereka.

"Isunya sekarang bukan sahaja Pemuda Umno bertindak ala-gangster mafia menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam bangunan Parlimen, malah ia sekaligus merupakan serangan beramai-ramai ke atas seorang warga emas berumur 69 tahun yang kurang upaya.

"Sukar untuk dipercayai oleh rakyat bahawa tindakan menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam bangunan Parlimen boleh dilakukan oleh Pemuda Umno jika tidak diizinkan oleh ketua mereka.

"Sebab itulah Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naibnya Khairy Jamaluddin bertanggungjawab membuktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar tidak tahu mengenai rancangan ahli-ahli mereka untuk bertindak ala-gangster mafia di dalam bangunan Parlimen,"

Saya ingin mengecam tindakan Pemuda Umno meneruskan budaya gangster dan mafia dalam politik negara ini.

"Kita tidak pernah melupakan dan tidak pernah memaafkan tindakan Pemuda Umno yang ketika itu di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membakar emosi para penyokong parti itu sehingga bertindak ganas dan kejam dalam pilihan raya kecil Padang Terap yang mengakibatkan terbunuhnya Asy-Syahid Osman Talib.

"Rakyat negara ini tidak bacul untuk melihat begitu sahaja Pemuda Umno mengulangi apa yang dilakukan di Lubok Merbau itu diulang di tempat yang tertinggi dalam sistem demokrasi berparlimen negara ini iaitu di dalam bangunan Parlimen,"

Dalam tragedi ngeri ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap pada tahun 1985 itu, lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau.

Keganasan itu mengakibatkan Osman gugur syahid, tujuh petugas PAS cedera parah dan berpuluh yang lain cedera ringan. Kejadian berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi pada 19 Januari tahun tersebut.

Sebaik sahaja selepas kejadian itu, tempat tersebut dikawal ketat oleh pihak polis.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Pemuda Umno beramai-ramai menyerang orang kurang upaya berumur 69 tahun di bangunan Parlimen itu, saya ingin menyifatkan tindakan tersebut berpunca dari kekecewaan akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti itu.

"Mustahil Pemuda Umno tidak tahu mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kepada Karpal yang mengaitkan dua peluru yang diterimanya dengan mereka malah menyifatkan mereka sebagai celaka walaupun ditarik balik setelah diarahkan oleh (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar).

"Tetapi mereka sengaja bertindak ala ganster mafia mungkin kerana sudah tidak tahan lagi begitu tertekan dan kecewa akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti mereka.

"Tanyalah para pemimpin Umno lebih-lebih lagi di peringkat Pemuda di semua peringkat, berapa projek yang mereka ada sekarang? Mereka miskin projek sekarang dan merasa amat marah ketika kerajaan pusat kelihatan sudah tidak mampu lagi mewujudkan lebih banyak projek seperti projek kelas F yang khabarnya digunakan untuk menternak kroni-kroni,"

Dalam tunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn di mana terletaknya ibu pejabat Umno itu, ahli-ahli Umno yang marah kepada tindakan SPRM itu membawa sepanduk tertera mesej "Jangan ambil hak ahli Umno", "Kami menolak SPRM, boleh blah" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk". 

Saya berharap para pemimpin Umno bertindak segera membendung kemarahan ahli-ahli mereka. "Jika tidak, kita bimbang lebih banyak pihak akan diserang ala-gangster mafia oleh Pemuda Umno,"                                                                                                                                                                                                                              http://gemasuara.blogspot.com/

DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.                                                                                                                                                                                                                                                http://misabah.blogspot.com/

Tamparan Hebat Buat UMNO Pahang


BERA - Kehadiran Mantan ADUN Guai (Penggal 2004-2008), Tn.Hj Hamzah Ibrahim (foto) di program ceramah PKR anjuran PKR Cawangan Felda Triang 3, Bera pada 21 Februari yang lalu benar-benar mengejutkan UMNO dan Barisan Nasional Pahang. Keputusan yang dibuat oleh beliau untuk berada bersama-sama dipentas penceramah pada malam tersebut telah menjadi satu tarikan kepada wartawan dari Sinar Harian, Nanyang Siang Pau serta China Press yang turut hadir ke situ. Berbagai spekulasi terhadap mantan YB Guai itu telah mula bertiup sejak April 2008 yang lalu terhadap minat beliau yang berkemungkinan akan bersama Pakatan Rakyat terutamanya di Parlimen Bera. Dengan kehadiran beliau ke program anjuran PKR tersebut menguatkan lagi spekulasi ini dan ini merupakan satu petanda kepada UMNO Bera khususnya bahawa rakyat di kawasan itu telah mula hilang kepercayaan terhadap UMNO serta Barisan Nasional.

Saya yang mengenali beliau secara peribadi sememangnya mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam Pakatan Rakyat khususnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana beliau sememangnya seorang yang bertanggungjawab serta komitmen beliau ketika menjadi ADUN Guai suatu masa dahulu memang di akui keberkesanannya. Langkah UMNO dan BN menggugurkan beliau ketika di PRU 12 2008 lalu merupakan satu kesilapan yang besar kerana mengugurkan seorang Adun yang begitu dekat dengan rakyat serta selalu mengambil tahu permasalahan rakyat khususnya di DUN Guai apatah lagi untuk bermain politik wang di pemilihan UMNO Bahagian Bera sejak dahulu.Mungkin akan ada kata-kata sinis yang memperlekehkan tindakan beliau dengan mengatakan beliau sudah tiada tempat didalam UMNO Bera serta beliau seorang yang gilakan jawatan wakil rakyat serta mencari pangkat atau mungkin juga akan ada tuduhan yang mengatakan beliau seorang yang tidak setia kepada perjuangan UMNO. Ibarat kata-kata Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, MB Kelantan sendiri; "sekiranya kita beralih dan berubah haluan serta perjuangan kearah yang lebih baik apa salahnya?"

Keluar dari Umno yang sememangnya telah 
'rosak' dan menyertai parti yang berada dibawah Pakatan Rakyat bukankah itu kebaikan yang perlu dicari? Namun begitu, mulut manusia tidak dapat lari daripada mencari kesilapan orang lain apatah lagi orang seperti Tn.Hj Hamzah Ibrahim, mantan ADUN daripada UMNO itu sendiri. Tn Hj Hamzah Ibrahim ketika ditanya oleh wartawan yang membuat liputan pada malam itu, kenapa beliau hadir ke program PKR ini dan apakah beliau telah menyertai PKR?"Kehadiran saya disini kerana untuk meraikan sahabat-sahabat lama saya seperti dato Fauzi Abd Rahman sendiri merupakan bekas Adun/MP Umno. Oleh kerana beliau sudah datang berceramah ke Bera, ini adalah peluang untuk saya berjumpa kembali sejak sekian lama" katanya. "Lagi pun Tn Hj Abas Awang (Ketua PKR Bahagian Bera), Ustaz Sulaiman Mohamad (YDP Pas Kawasan Bera) dan YB Leong Ngah Ngah (Adun DAP Triang) adalah merupakan kawan-kawan saya sejak kecil dan juga di DUN Pahang sendiri seperti YB Leong. Ini semua rakan-rakan saya sejak dahulu. Adakah menjadi kesalahan pada Umno untuk saya meraikan mereka semua ini? Tentang penyertaan saya kedalam PKR, Insya Allah sampai satu masa nanti saya akan beritahu tetapi perjuangan yang baik seperti Pakatan Rakyat ini tidak salah kita menyokongnya bukan? " Artikel Rizan Hj Ali (Bera)

[Bagi saya, Tn Hj Hamzah telah membuat perkara yang terbaik kini. Sekiranya pada suatu masa nanti beliau mengistyiharkan secara rasmi penyertaan beliau kedalam Pakatan Rakyat, itu merupakan petanda yang semakin jelas Umno dan BN bukan sahaja di Bera atau Pahang malahan diseluruh negara sudah tidak diterima bukan sahaja oleh ahli-ahli bawahannya malahan mantan Adunnya sendiri turut menolak].                                                                                                                                                                                                                                                                            http://pahangdaily.blogspot.com/