Masalah social : Pelajar sekolah agama buang bayi

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK


Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di rumah sewa seorang pekerja kilang di Taman Balok Makmur semalam.


KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Seorang gadis berumur 16 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin dan mengaku meninggalkan mayat bayi di hadapan sebuah rumah di Taman Balok Utama di sini.

Gadis itu yang juga seorang pelajar mendakwa dia mengandung pertengahan tahun lalu tanpa disedari ibu bapanya sehingga melahirkan bayi lelaki tersebut di dalam bilik di rumahnya di Balok pagi kelmarin.

Sebaik dilahirkan bayi itu meninggal dunia sebelum gadis itu membungkus anaknya menggunakan sehelai kain putih sebelum ia dibawa keluar dari rumah seorang diri secara senyap.

Gadis itu kemudian mendakwa dia berjalan kaki sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Taman Balok Makmur dan meninggalkan bayinya di hadapan sebuah rumah di situ berserta satu nota mohon mayat anaknya dikebumikan.

Keluarga gadis itu hanya mengetahui anak mereka melahirkan anak ketika ibunya mengemas rumah menemui kesan darah di sekitar bilik anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin.

Gadis itu yang dilihat letih mula menceritakan perkara sebenar selepas didesak ibunya berkali-kali mengenai darah di dalam biliknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, gadis yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Balok hadir ke IPD Kuantan bersama ibunya pada pukul 11 pagi kelmarin.

"Gadis itu kelihatan sedih dan letih semasa membuat laporan polis," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, gadis itu mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh seorang kenalan lelaki berusia 20-an setahun lalu.

~~Sumber Kosmo

Apakah kita hanya mampu mengeluh dan berdukacita di atas kejadian seperti ini yang semakin kerap terjadi? Malang sekali, perbuatan zalim dan tidak berperi kemanusiaan ini banyak terjadi kepada anak-anak Melayu yang berugama Islam. Adakah kita terlalu sibuk berpolitik sehingga membutakan mata kita terhadap peningkatan kes seperti ini? Keluarga adalah pihak yang bertanggungjawab kerana gagal mendidik anak-anak mereka, anak-anak pula bertanggungjawab melaksanakan didikan yang diberi manakala kerajaan pula bertanggungjawab menentukan dasar dan penguatkuasaan agar kejadian seperti ini dapat dikurangkan seminima mungkin. Oleh itu, pilihlah kerajaan yang boleh membantu kita mengawal anak-anak kita dan tiada kerajaan yang lebih layak untuk memikul tugas itu melainkan kerajaan yang menjalankan dasar dan perundangan Islam. Islam untuk semua. ~~ WFAUZDIN NS

http://wfauzdin.blogspot.com/

Manek Urai : PAS ada harapan menang di Manek Urai - Ahli Akademik

Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin berkata PAS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada 14 Jun depan.

Ini katanya, ia merupakan kubu kuat PAS bahkan PAS menang beberapa kali dalam pilihan raya umum di situ.

Tambahan pula ujarnya sentimen rakyat masa kini yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Sebaliknya beliau berkata, banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi kedua-dua faktor ini saya ingat tidak ada masalah bagi PAS untuk menang dengan majoriti yang lebih besar.

"Dan mungkin kalau alasan yang diberikan BN di Penanti itu membazirkan wang dan sebagai, maka ini pun baik juga jika mereka tidak bertanding sebab kemungkinan kalah itu sangat besar," katanya semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

Namun katanya, adat orang yang bertanding Umno akan berasa mereka boleh berjaya walaupun secara peribadi mereka rasakan sukar untuk menang.

Untuk pengetahuan umum katanya, sudah pasti Umno akan mendakwa mereka ada harapan untuk menang.

"Ini sesuatu yang biasa, mana-mana juga termasuk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, memang itu yang dikatakan mereka," ujarnya sambil mendakwa, lazimnya di mana-mana pun akan diperkatakan Umno.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob, 60, akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Dalam pada itu kata Ghazali berkata, buat masa ini beliau tidak nampak sebarang masalah dihadapi PAS.

Melainkan katanya, pihak lawan PAS permainkan isu dalaman PAS antaranya ulama, bukan ulama, Erdogan dan sebagainya.

"Malah itu yang dipermain-main kemudian akan juga permainkan isu rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Seperti mana isu di Penanti dibesar-besarkan isu calon Bebas, Aminah Abdullah dan sebagainya.

"Ini hendak menunjukkan dalam Pakatan Rakyat pun ada rasuah, ugutan dan sebagainya, maknanya PAS bersekongkol dengan orang-orang ini," dakwanya.

Bagaimanapun dakwanya, isu dalam PAS sendiri mungkin orang akan melihat isu Erdogan dan sebagainya yang kononnya berlaku perpecahan.

Apapun katanya, pada pengamatannya PAS tidak ada masalah.

Menyentuh mengenai keghairahan Umno untuk bertanding di Manek Urai, beliau berpandangan, senarionya berbeza kerana di Penanti Adunnya meletak jawatan.

Kerana itu katanya, Umno menganggap sebagai permainan politik Pakatan Rakyat.

Sebaliknya di Manek Urai itu meninggal dunia, mesti diadakan pilihan raya.

Kerana itu katanya, tidak pelik berlaku masalah perebutan dalam Umno untuk bertanding sejurus parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di Manek Urai.

"Setiap yang bertanding itu berasakan mereka ada harapan untuk menang jadi kalau ada perebutan dalam Umno satu perkara biasa," katanya.

Manek Urai : Kempen sejuta poskad mansuhkan PPSMI akan diteruskan di Manek Urai

Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu di Pagoh, Johor iaitu kawasan parlimen Menteri Pelajaran, Tan Seri Muhyiddin Yassin akan dibawa di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pula, kata Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI, Hasni Abas.

Katanya kepada Harakahdaily semalam, kempen yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara Dato' A Samad Said dan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dalam sebuah majlis ceramah untuk mencapai bilangan sejuta poskad itu diminta sendiri Ketua Pemuda PAS, Kuala Kerai, Kelantan.

"Insya-Allah, selagi kempen tersebut tidak dibatalkan kami akan teruskan ke Manek Urai yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 14 Julai depan," katanya.

Beliau berkata pada bulan Jun ini mereka akan melancar kempen tersebut di kawasan Lembah Kelang pula.

Menurutnya sejak dilancarkan kempen tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun poskad tersebut dijual dengan harga seringgit sekeping.

"Kita akan teruskan misi kita dan akan memberi pemahaman kepada rakyat agar PPSMI dibatalkan," katanya.

Beliau berkata kempen itu bagi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) iaitu dengan tanda tangan rakyat sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Muktamar PAS 55 : Apakah Makna Dan Ertinya Semua Ini


BARU sekejap tadi salah seroang calon Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu telah menghubungi saya bertanya mengenai siapakah calon timbalan presiden yang akan mengadakan pertemuan di Batu Gajah Malam ini. Beliau menjelaskan berita yang dimaksudkan itu bukan beliau.


Kata Bang Mad malam ini dia akan berada di Penanti menyelia pilihan raya kecil itu untuk malam terakhir. 11:43 am.

JAM 8:48 satu pesanan rengkas (SMS) masuk ke dalam telefon saya.

Bunyi SMS itu ialah;
Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon). 8:48 am 30/05/09.

Nama dan nombor telefon yang berkenaan saya sembunyikan takut timbul fitnah, maklumlah musim ini musim fitnah.

Berhubung dengan majlis ini ingin ditanya apakah ini tidak dinamakan majlis berkempen menjelang muktamar Pas? Dan apakah ini tidak boleh dinamakan politik wang? Dan apakah majlis 'dialog' ini tidak boleh disama ertikan apa yang ditimbulkan oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraq yang membangkitkan berlaku jamuan sebelum mesyuarat!

Apakah majlis dialog itu sekadar dialog saja tanpa makan dan minum? Apakah mereka yang dijemput itu membawa makan dan air dari rumah? Tidak pula diarahkan supaya berbuat demikian.

Terang bagaikana disuluh bahawa majlis dialog itu adalah majlis untuk berkempen untuk calon timbalan berkenaan. Saya percaya seratus peratus segala jamuan dan perbelanjaan lain dilakukan oleh calon berkenaan.

Untuk pengetahuan, majlis seumpama ini tidak pernah berlaku disepanjang 54 kali muktamar sebelum ini. Tidak ada mana-mana calon yang ingin bertanding apa-apa jawatan tiba-tiba pecah liur untuk menganjur majlis dialog seumpama itu. Dialog mengenai apa, mengenai balak?

Inilah yang dikatakan perubahan dan transformasi politik dalam Pas. Budaya dan perangai Umno sudah meresap dan meluas dalam Pas. Makanya, makanya janganlah mengata dulang paku serpih lagi. Sebab diri kita juga sedang giat mempelajari politik wang dan rasuah politik.

Untuk mengetahui siapa calon timbalan presiden yang akan berdialog dijemput ramai-ramai hadir!

Tulisan sebelumnya
Si Desperado Sedang Menggila Dalam Pas

SELALUNYA bila kepala sudah buntu atau otak menjadi ‘sebok’ menyebabkan seseorang yang cerdik atau sasa itu boleh jatuh terjepak di tengah jalan. Pening menyebabkan seseorang tidak lagi menjadi waras. Haluan perjalanan juga akan hilang dan kabur. Landasan perjalanannya jadi berpecah-pecah dan hilang fokus.

Begitulah lumrah seseorang yang sudah pening dan tidak dapat mengawal kewarasannya. Seseorang itu akan melakukan apa saja untuk bertindak. Apa-apa saja, macamlah gajah naik minyak!
Peraturan, hukum, bukti dan apa-apa sudah tidak diguna pakai lagi. Dia akan bertindak di luar garis akal budi kemanusiaan. Strategi as syaitaniah juga dipraktikan. Jangan peduli apakah ianya dimurkai Tuhan atau pun dibenci Nabi, yang penting perjalanan si pening itu untuk menggapai kuasa dapat diteruskan.

Dalam heboh kempen untuk merebut menjawat tertinggi dalam Pas yang akan dilangsung beberapa hari lagi, saya tengok ada orang yang telah desperate apabila dia sudah nampak bayangan kekalahan. Dia sudah jadi kelam kabut. Germeciangan diluar sudah disalah tafsirkan sebagai persiapan sebuah keranda untuknya.

Juteru dia jadi panik, jadi mabok dan akan merembas apa saja sehingga sanggup dan tergamak meletakkan dirinya lebih hina daripada haiwatunatik. Walhal yang berbunyi di sana itu orang membaiki longkang, tetapi dirasai ia adalah pukulan tukul ke atas paku terakhir untuk keranda untuknya.

Begitulah aksi si desperado. Segala bunyi dirasakan tertempa ke arahnya. Segala kata-kata, sinikal dirasakan menyua ke dalam telinganya. Walhal segala bunyi itu untuk semua orang. Kenapa? Jawabanya kerana dia sudah pening dan tertekan dan tidak ada keyakinan kepada diri
sendiri yang digahkan dunia selama ini.

Iya, demi untuk hidup dan survive, orang tertekan akan menjadi seperti kucing jinak. Meskipun ia baik, alim tetapi kalau sudah sampai tertohok di dinding, dia bisa menjadi bengis dan mencakar sesiapa saja. Tujuannya satu untuk menyalamatkan diri yang dirasakan terancam.
Dalam suasana begitu ia terlupa bahawa orang yang menghampirinya bukan untuk membunuhnya bahkan untuk menyelamatkannya, tetapi kerana otak kucing, dia bersangka sebaliknya.

Begitulah nasib si kucing yang tidak tahu menilai alam, diri dan nawaitu orang lain ke atasnya. Orang yang niat untuk membantu dianggap sebagai musuh lalu dicakar semahunya. Meow... meoww....

Ada beberapa maklumat yang tersampai ke telinga saya bagaimana aksi si desperado ini bertindak kotor. Ia menggunkan berbagai tektik yang tidak halal tanpa mengira di mana dia berdiri. Dia sedia melakukan kebusukan mekipun dia berada di atas mimbar dalam masjid?
Terdengar si
desperado ini telah bermain kotor dengan membuat fitnah kepada calon lain.
Anatara ayat-ayat yang sampai kepada saya ialah, calon desperadoberkenaan telah menuduh calon lain itu sebagai tidak sembahyang dan main perempuan di luar negara. Kata-kata ini sungguh jijik dan kotor. Kata-kata lahir dari halkum seorang yang hilang maruah dan kredibiliti.
Nampaknya fiil dan perangai Yahudi sudah pun digunakan. Ajaran Yahudi yang dibenci itu sudah dianuti oleh ahli Pas. Dan strategi dan tektik Yahudi telah dipraktikan dan dibawa ke dalam Pas. Sungguh malang sekali. Kejadian ini katanya berlaku di Johor dan disebarkan secara halus di beberapa tempat lain.

Pas harus menyekang segera kempen memburukan calon oleh calon ini. Budaya dalam Umno yang dikecam dan dikutuk selama ini nampaknya sudah memasuki ke dalam rumah Pas. Malahan ianya nampak lebih ganas dari Umno. Orang-orang yang membawa bduaya ini haruslah ditolak oleh perwakilan tanpa maaf!

Pas yang meletakkan agama di hadapan tidak seharusnya sedia dipimpin oleh calon sedemikian rupa!
Barangkali ada patutnya kalau jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Mustafa Ali (foto atas) memantau dan menyiasat kejadian ini. Beliau harus bertindak tegas. Kalau perlu mungkin tindakan membatalkan calon berkenaan boleh dilakukan. Adalah bahaya bagi Pas kalau tertakdir Allah sengaja memilih orang seperti ini untuk memimpin Pas. Doa desperado tidak seharusnya ditadah dan diaminkan.
Ia akan membawa celaka besar kepada parti Islam itu. Kesucian dan keikhlasan perjuangan Pas yang dibina atas prinsip dan konsep al dinul hayat untuk membela agama, bangsa dan negara tentulah akan tercabul dek perbuatan si desperado ini.

[Adakah apa yang ditulis oleh MSO ini benar? Saya harap pemimpin PAS dapat memberi perhatian kerana kita tidak mahu unsur-unsur negatif ini wujud dalam PAS, siasatan rapi rapi perlu dilakukan]

Skandal PKFZ : BIN PALIL

Assalamualaikum,


Skandal Port Klang Free Zone mencapai satu angka yang tidak berguna kalau kita fikirkan. Dan penyokong UMNO/BN tidak berupaya nak membilang jari mengira jumlah tersebut. Dari sebutharga asal RM 2,000,000,000.00 ia menjadi RM 12,453,000,000,000.00.

Patut pun. Kalau nak gasak harta negara, gasaklah secukup cukupnya. Yang berhak bersuara dalam isu ini SPRM sahaja.

Cuma laporan audit ada menyebut
However, the report named Deputy Finance Minister Datuk Chor Chee Heung, who was chairman of PKA and Umno's Sementa assemblyman Datuk Abdul Rahman Palil as individuals with potential conflicts of interest.

Bin Palil kata serah saja pada SPRM.


PROFESSOR DR. HJ. HAMIRDIN BIN ITHNIN


[SPRM ni berani dengan pemimpin pakatan je Prof, kalau dengan pemimpin Umno sekali kena jerkah terus terkencing dalam seluar]

Krisis Umno Perlis : PKR Perlis bertambah Kuat

Cawangan PKR Perlis makin bertambah
Abdul Rahim Sabri
PKR akan menubuhkan cawangan keenam di Perlis - di Parlimen Kangar - ekoran kemasukan 160 ahli baru dari kalangan masyarakat bukan Melayu di situ semalam.

Ketika dihubungi
Malaysiakini, Pengerusi PKR negeri Johari Shafie berkata, kebanyakan mereka dari DUN Sena, yang terletak dalam parlimen Kangar.

Mereka turut menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan 470 ahli Umno di DUN Kuala Perlis yang menyertai PKR semalam.

umno memebers in perlis joins pkr anwar ibrahim  290509 02Majlis penyerahan borang itu berlangsung di rumah salah seorang ahli Umno yang menyertai PKR yang dikenali sebagai 'Pak Omar'.

Sehingga ini, sudah terdapat tiga cawangan PKR di Parlimen Kangar. DUN Kuala Perlis juga terletak dalam parlimen yang sama.

Dua lagi cawangan PKR ialah masing-masing satu di Padang Besar dan Arau.

Kemasukan 630 ahli baru itu melebihi daripada jangkaan sebelum ini.

Pengundi atas pagar


Sebelum ini dilaporkan kira-kira 320 ahli Umno dari DUN Kuala Perlis akan menyertai PKR dan sekaligus menubuhkan cawangan pertama PKR di situ.

Borang keahlian 470 ahli Umno DUN Kuala Perlis menyertai PKR itu, diserahkan kepada Anwar oleh bekas ahli jawatankuasa Umno Kangar, Shaari Ludin.

Manakala borang keahlian 160 ahli baru dari Parlimen Kangar itu diserahkan kepada Anwar oleh ahli jawatankuasa PKR negeri, Ko Chu Liang bagi pihak masyarakat bukan Islam itu.

umno memebers in perlis joins pkr anwar ibrahim  290509 01Dalam majlis tersebut juga, Anwar turut memberi penerangan berhubung perjuangan PKR kepada ahli-ahli baru dan menggesa pengundi atas pagar menyokong parti itu.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR Perlis juga telah mengedarkan kira-kira 50 borang keahlian kepada ahli-ahli di Pauh yang telah menyuarakan minat mereka untuk menyertai parti itu.

Menurut Johari lagi, beliau telah mengedarkan borang tersebut minggu lalu.

"Insya-Allah, kita akan dapat balik borang daripada mereka," katanya.

Barisan Nasional memenangi DUN Pauh dalam pilihanraya umum lalu dan diwakili oleh adinda Raja Perlis, Syed Razlan Jamalullail.
-malaysiakini-

Manek Urai : Fatah Harun bidas Ibrahim Ali

Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah jentera Pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Abdul Fatah Harun menyelar kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang dilihat cuba untuk menyatakan sokongan kepada Umno apabila mengeluarkan kenyataan yang sinis terhadap parti yang diwakilinya itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Jika betul kenyataannya itu, saya minta Umno atau Barisan Nasional (BN) 'menggunakan beliau sebaik mungkin' untuk berceramah di Manek Urai. Jika BN sendiri mendengar idea atau pandangan beliau, BN sendiri akan terperangkap.

"Kenyataan Ibrahim Ali memang tidak boleh 'dipakai'. Sebenarnya kenyataan Ibrahim Ali ini sudah tidak didengar oleh rakyat Kelantan. Rata-rata pandangan masyarakat melihat sudah banyak pembangunan yang dilakukan sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan. Begitu juga dengan kawasan Manek Urai yang kita lihat sudah banyak perubahan pembangunan yang berlau," tegas beliau sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu, dalam kenyataannya menyatakan Pilihan raya kecil Dun Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan PAS mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Beliau juga menyatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya PAS berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.

Ibrahim juga menganggap sepanjang PAS menerajui Kelantan, banyak perkara boleh dipersoalkan daripada segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri yang menurut beliau tidak menampakkan sebarang kesan.


N12 Penanti : Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

Mohd Sabri Said

PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.

Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.

Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.

Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi.

Bila mak berkunjung ke rumah

Ahmad Tajdid

Ayah dan ibu
itulah permulaan kami
dapat melihat
bulan dan matahari.

Yang dikurniakan
dari Ilahi
ayah dan ibu
mestilah dihormati.

Ayah dan ibu
wali keramat
pada mereka kita beri hormat
dapatkan tunjuk ajaran nasihat
semoga hidup
kita jadi selamat...

Lirik lagu R Azmi di atas pastinya meruntun perasaan semua manusia yang bergelar anak. Jika tidak benar-benar cekal semangat, lagu itu sukar didendangkan kerana pasti kita mudah sebak lantaran bait-bait katanya yang menyentuh perasaan.

Ketika artikel ini ditulis, mak saya buat pertama kalinya hadir di rumah. Bukan mudah untuk memujuk mak untuk bermalam di rumah kerana ingatannya pasti melayang kepada rumah kediaman yang ditinggalkan; jiran, pokok bunga, kucing, surau dan apa-apa saja yang terlintas di kotak pemikirannya.

Selepas abah meninggal dunia hampir lima tahun lalu mak memang tinggal sendirian. Memang ada adik beradik yang tinggal setaman, tetapi mereka juga sibuk dengan urusan keluarga masing-masing. Sesekali atau tiap-tiap hari mereka datang menjengok. Ada juga yang datang untuk menjengah mak, tak kurang juga yang mohon bantuan... apa-apa sajalah...

Kesempatan bersama mak diluangkan sebaik mungkin. Saya sengaja ponteng hadir ke satu mesyuarat penting syarikat kerana sudah berjanji dengan mak untuk membawanya bersiar-siar.

Pada suatu petang mak menunjukkan buku-buku akaunnya - Tabung Haji, BSN, ASB. "Hai... jalan jauh pun mak bawa semua nii...," soalku.

"Cuba tengok berapa bakinya," pinta mak.

Aku pun mengira... Alamak semuanya ada lebih RM17,000 tak termasuk seribu duit tunai.

"Duit tunai ni aku nak guna pasang aircond kat bilik aku bila balik nanti. Nanti budak Sopam tu balik bawa anak dia masa cuti sekolah aku nak suruh dia guna bilik tu. Anak dia tu tak boleh panas," jelasnya.

Sopam ialah adik perempuanku yang bertugas di Ipoh.

Aku mengeleng-ngelengkan kepala. Dengan RM1300 pencen arwah abah, mak boleh berjimat dan menabung.

"Aku cadang nak pergi humrah (umrah). Tapi tak tahu nak pergi dengan siapa. Kalau ikut orang susah, nanti kena tinggal," katanya.

Mak sebenarnya bukan asal orang senang. Ibu bapanya meninggal dunia sejak usianya belum mencecah mumaiyiz. Dia dipelihara seorang emak saudara manakala adik dan abangnya dipelihara emak saudara yang lain.

Mak bertemu jodoh dengan abah, guru sandaran bergaji kecil yang akhirnya diserap sebagai guru tetap di penghujung tempoh perkhidmatannya.

Kami berlapan beradik. Dengan gaji abah yang tak seberapa, mak berusaha mencari pendapatan sampingan. Jual kuih dan sebagainya. Tapi menguruskan lapan orang anak yang kecil-kecil dan lahir berurutan tahun bukan satu perkara mudah.

Tapi mak cekap menjalankan tugasnya. Makan minum kami ringkas. Pagi sebelum ke sekolah cekodok atau lempeng. Tengahari nasi berlauk tunggal dihidang dalam pinggan ayan. Bila cuti sekolah, menu kerap kali berubah. Kuih koci, bingka ubi, apam balik dan sebagainya. Sesekali mak masak sesuatu yang istimewa terutama jika ada saudara datang berkunjung.

Cuma satu yang masih kukenang hingga kini adalah 'kemahiran' mak menabung. Tabungannya tidak diketahui suami dan anak-anak.

Pernah suatu hari, ketika aku masih kecil, mak mengajakku pergi ke pasar Melaka. Tujuh batu jaraknya dari rumah kami. Ketika menunggu bas tiba, mak cik Enon menegur. "Wah berbelanja sakan kau Simah, sampai ke Melaka!" tegurnya dari seberang jalan.

"Taklah... ni ada tiga ringgit aje dalam poket. Nak beli ikan," jawabnya.

Aku terperanjat beruk... "Ai! Tiga ringgit nak makan apa. Tambang bas pun dah lima puluh sen. Pergi balik seringgit," ujarku mengira-ngira.

Aku kasihan tengok mak. Cukup ke duit nak belanja nii...

Setibanya di pasar Melaka mak pun membeli belah. Beli ikan kembung, sayur dan barang-barang lain. Syukurlah duit mak cukup.

Mak kemudian membawaku makan sate dekat gerai di pasar lama itu. Hatiku berdetik... "Eh! Ada ke duit lagi nii... tadi dah beli macam-macam."

Kulihat mak macam tak perasan duitnya hampir habis. Berselera sungguh dia makan sate. Aku cuma makan secucuk sate kerana risaukan duit yang hampir habis. Mak hairan kenapa aku tidak berselera.

Dalam keadaan tertanya-tanya, mak memanggil wak sate dan bertanyakan harga sate yang kami makan. Lantas mak mengeluarkan dompet kecilnya. Tatkala itu kulihat dalam dompet mak terdapat segumpal wang kertas berwarna merah. Rupa-rupanya mak ada duit. Saja disorokkan dari pengetahuan orang lain termasuk aku.

Penyesalan menyelinap... menyesal tak makan sungguh-sungguh. Apatah lagi sate, makanan kegemaranku yang selalunya kami sekeluarga kecapi setahun sekali ketika beramai-ramai menaiki kereta sewa untuk membeli baju raya di bandar Melaka.

Melihat mak banyak duit, aku mula buat perangai. Minta itu dan ini. Mak ikutkan aja. Mungkin gembira lihat aku kembali berselera.

Itulah sekelumit cerita masa kecilku.

Kini setelah dewasa dan berkeluarga, kisah-kisah silam menyebabkan aku bertambah kasih kepada dua orang tuaku.

Ayahku berpesan dalam surat wasiat terakhirnya buat anak-anak: "Jagalah baik-baik bondamu kerana dia tidak berpelajaran dan 'buta kayu'."

Mungkin bunyinya kasar, tetapi itulah hakikatnya. Mak tidak pandai membaca. Kemiskinan menyebabkan beliau tidak dihantar ke sekolah. Memang ada guru yang datang ke rumah memujuk nek Putih menyekolahkannya. Jawab nenek: "Dio budak betino. Tak payah sekolah. Dapo tuu tompek ehh... Sampai maso kawinlah dio. Nak mengaji tinggi-tinggi buek apo?"

Cuma satu kemahiran mak, dia pandai mengira. Walaupun buta huruf, mak tahu berapa jumlah duit di tangannya.

Pagi tadi aku membawa mak membeli sarapan di sebuah gerai di kediamanku.

Sedang aku menyeluk poket untuk membayar, dia menghalang. "Tak payah, mak nak tukar duit kecil," katanya sambil menghulurkan nota RM50 kepada tuan punyai gerai.

Aku tersenyum sendiri. "Mak dah kaya sekarang...," bisik hatiku.

-harakahdaily-

N12 Penanti : BN Gerun Program Atasi Kemiskinan Tegar Pulau Pinang Berjaya

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr Ramasamy berkata dalam masa setahun Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, kerajaan telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan tegar di negeri ini berjumlah 720 keluarga.

Menurutnya, sebahagian besar keluarga yang berada dalam kategori ini terdiri daripada orang-orang Melayu dan majoritnya berada dalam kawasan pengaruh UMNO.

“Persoalannya, apa yang para pemimpin Umno dan BN buat lebih 50 tahun berkuasa? Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak memilih warna kulit untuk menghulurkan bantuan asalkan orang itu layak, kita tidak kira sama ada Melayu, China atau India.”

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Prai dan Ahli Parlimen Batu Kawan seterusnya memberitahu kerajaan negeri kini sedang mengumpulkan data warga emas di seluruh negeri ini dan pihak kerajaan akan menimbangkan untuk memberikan bantuan kepada semua warga emas yang berdaftar.

“Usaha kerajaan negeri ini sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan kepada keluarga masyarakat, negeri malah negara dan mereka perlu dihargai.

“Program dan tindakan kerajaan negeri yang berada di bawah kekuasaan Pakatan Rakyat kini sedang berjalan dengan lancar dan rakyat kini sudah mula merasakan nikmatnya. Keadaan ini membuatkan kepimpinan BN betul-betul merasa gusar.” katanya dalam siri ceramah pilihan raya kecil DUN Penanti di Homestay Mengkuang Titi yang dihadiri lebih 1000 orang semalam.

Turut hadir dalam ceramah tersebut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Abdul Malek Abul Kasim, Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail, Ustaz Idris Hj.Ahmad dan calon DUN Penanti Mansor Othman.
-TVAntara.com.my-

N12 Penanti : Kit Siang Pula Di Panggil Polis Atas Dakwaan Memfitnah Najib

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang akan memberi keterangan kepada pihak polis pukul 11.30 pagi hari ini atas tuduhan hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri Najib Razak dan Malaysia.

Menurut beliau seorang pegawai polis telah datang berjumpanya ketika sedang berceramah di Penanti dan memberitahu beliau dikehendaki oleh pihak polis atas dakwaan memfitnah berkaitan ucapan yang disampaikan beliau Ahad lalu.

"Nampaknya Najib kini menekan pihak pembangkang atau sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan beliau dengan menggunakan cara tuduhan menghasut dan memfitnah dan tidak lagi ISA," kata beliau menggunakan Twitter yang diposkan dalam blognya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijadualkan akan mengadakan satu sidang akhbar di rumah Kit Siang hari ini.

-TVAntara.com.my-

Kalau fitnah bawa ke mahkamah je Jib oi..ada brani ke

Senjata dekat Tasek Cement ada kaitan politik?

Dalam pukukl 11 malam tadi (masa tulis ni dah pukul 3 pagi) Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub tunjuk dua berita NST. Berita yang pertama yang beliau tunjuk tadi saya jumpa dalam edisi online akhbar itu bertarikh 26/5/09. Siasatan baru peringkat awal, kata Ketua Polis Perak. Banyak lagi persoalan yang belum terjawab, katanya.

Esoknya, kata Salahuddin, edisi cetak akhbar yang sama melaporkan sumber polis berkata bahawa senjata yang mereka jumpa dalam semak dekat Tasek Cement tu ada kaitan politik.

Berita yang kata ada kaitan politik tu saya tak jumpa dalam edisi onlinenya.

Salahuddin tanya, ni nak main game apa pulak ni? Dalam pukul 11 pagi ini dia akan buat kenyataan akhbar. Beliau beritahu saya, antara yang dia nak tanya:

1. Kalau senjata itu diseludup dari negara jiran, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan yang terlibat dalam soal kawalan sempadan negara buat apa?

2. Siapa yang jumpa senjata tu dalam semak Tasek Cement di Ipoh? Kalau senjata tu dijumpai hasil risikan polis, kenapa tak sekat kemasukannya sejak awal? Adakah tak sempat sekat sebab sibuk kawal bangunan SUK, pejabat DAP, tangkap orang baju hitam dan orang tak nak makan? Kenapa sampai si penyeludup senjata boleh masuk jauh ke dalam negara dengan senjata yang diseludupnya? Bayangkan betapa jauhnya jarak dari sempadan dan kawasan semak dekat Tasek cement tu.

3. Benarkah begitu cekap sehingga dalam masa 24 jam atau kurang dari itu dengan mudah boleh menyatakan senjata-senjata itu ada kaitan politik dan dikaitkan pula dengan keadaan politik di Perak? Sedangkan, pembunuh Nurin Jazlin Jazimin tak dapat dikesan hingga sekarang dan siapa yang menculik Sharlinie Mohd Nashar juga tidak diketahui sehingga kini. Apa khabar para penyiasat yang menyiasat kehilangan dadah dalam simpanan polis Johor?

4. Jika benar wujudnya si penyeludup senjata yang ada kaitan politik, adakah mereka lebih bodoh dari pembunuh Nurin dan penculik Sharlinie?

5. Ni nak main game apa pulak ni?
Firearms cache smuggled here

Datuk Zulkifli Abdullah says the investigation is still in its initial stage
Datuk Zulkifli Abdullah says the investigation is still in its initial stage

IPOH (NST 26/5/09): A large cache of firearms and bullets recovered by the police here on Sunday evening originated from outside the country.

State police chief Datuk Zulkifli Abdullah said initial investigations showed that eight firearms and about 100 bullets, found in two bags not far away from the North-South Expressway, were smuggled into the country.

He said part of the investigation involved finding out if the cache, which included spent cartridges and silencers, had been used in any criminal activity in the country.

However, he added that the investigation was still in its initial stage.

The weapons, believed to be sub-machine guns and pistols, were recovered by the police in bushes near the Tasek Cement factory after a tip-off.

Zulkifli said there were many unanswered questions about the weapons cache, urging reporters to be patient.