Tan Sri Muhammad Muhd Taib Keluar UMNO?

MayLin
Berita ini tercetus rentetan dari kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di konvesyen PKR Selangor Ahad lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang baik yang telah dilakukan di negeri itu oleh pemimpin Pakatan, ketika mereka bertemu minggu lalu.

Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.".

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah mengamanahkan tugasnya sebagai ketua Umno bahagian Kelana Jaya kepada timbalannya, Datuk Yahya Bujang sejak bulan Mei tahun lalu (2008)

"Saya kenal sangat Tan Sri Muhammad. Dia tu bekas bos saya, saya tak fikirlah dia akan keluar umno. Sangat susah untuk percaya dia akan buat begitu." katanya lagi.

Menurut Datuk Seri Khir Toyo selaku bekas MB Selangor pula berkata, "Dia sedang berehat tapi masih lagi ketua bahagian,"

Shukor Idris selaku ketua penerangan UMNO negeri pula berkata beliau masih gagal menghubungi Muhammad."Dia sedang bercuti. Mungkin sekarang tengah sibuk dengan aktiviti keluarga. Setakat yang saya tahu, dia juga sudah lama tidak aktif dengan aktiviti dan di bahagiannya di Kelana jaya."

Kenapa kita harus bermasalah seperti ini?

Dinsman

Cerita manusia sememangnya kompleks, rencam dan pelbagai. Hanya kadang-kadang ia kelihatan mudah dan simpel. Sewaktu ia mudah dan simple itu memang ia seperti tidak ada masalah. Tetapi sewaktu-waktu tertentu ia akan muncul dengan wajah yang kusam, rumit, penuh bermasalah dan seperti tidak ada penyelesaian. Ketika itu yang diperlukan adalah kebijakasanaan.

Apabila sesuatu itu memerlukan penilaian, kita pun sering juga menjadi terkejut mendapati kawan-kawan yang kita anggap selama ini kita mengenalinya tiba-tiba membuat sesuatu yang di luar dugaan kita sama sekali. Ah, kenapa dia bersikap begitu? Apakah dia tidak faham, tidak kenal, ataupun kita yang tidak kenal dia?

Makanya bagaimana?

Kita menjadi serba salah dan serba tidak kena apabila kedua-dua pihak yang berkelahi itu adalah kawan kita. Sebahagian daripada kawan-kawan kita yang lain pula menyebelahi di satu pihak, manakala sebahagian lagi kawan-kawan kita juga, menyebelahi pihak yang satu lagi. Ah, mana satukah yang berada di pihak yang benar?

Kedua-dua pihak mempunyai cerita masing-masing dengan versi masing-masing, yang menyokong bahawa tokoh di pihak mereka adalah yang benar. Maka di sini kita amat mengharapkan kebijaksanaan seseorang untuk dapat mengambil tindakan yang tepat, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Apabila di situ terlibat pula seorang tokoh pemimpin yang kita hormati, yang kita harapkan kebijaksanaan kepimpinannya dapat diteruskan untuk suatu tempoh lagi, dan permasalahan yang rumit itu rupa-rupanya akan menjejaskan ketokohan pimpinan dan kemuliaan peribadinya – apakah yang menyebabkan kita menjadi bimbang dan risau sebenarnya?

Kita bimbang dan risau memikirkan kalau-kalau tokoh pemimpin yang kita sayang itu akan menjadi mangsa ketidakfahaman orang terhadapnya, atau menjadi mangsa konspirasi jahat pihak yang memusuhinya, atau kita bimbangkan dia menerima akibat daripada tindakannya sendiri yang telah tersilap? Maksudnya kita juga percaya bahawa tokoh pemimpin yang kita hormat dan sayang itu pun ada kemungkinan telah berbuat silap dalam tindakan kepimpinannya.

Masakan tidak! Sedangkan tokoh sebesar Ali bin Abi Talib dan Usman bin ‘Affan pun harus menempuh saat-saat yang rumit dan pilu dalam kehidupan mereka sebagai pengganti Rasulullah saw memimpin umat Islam, dan mereka pun pernah membuat tindakan yang dipersalahkan oleh umat di zamannya, seperti yang digambarkan oleh sejarah kepada kita, ‘kan!

Dan dalam masa yang sama kita pun mengharapkan juga ada kebijaksanaan yang akan dizahirkan oleh sang tokoh kita, dalam situasi yang rumit itu, agar keadaan yang kacau-bilau itu pun dapat diselesaikan secara yang berhikmah, dan itu akan dapat membuktikan bahawa kewibawaanya sebagai pemimpin pun masih utuh.

Jadinya bagaimana?

Memang rumit, sulit dan payah, seolah-olah seluruh organisasi dan institusi boleh rosak dan hancur. Namun orang yang bijaksana sentiasa dapat melihat jalur cahaya yang menunjuk ke arah penyelesaian. Cuma kadang-kadang proses yang perlu diikut itu, dan implikasinya juga, kelihatannya tidak seperti yang diharapkan oleh kebanyakan orang.

Dan akhirnya kita pun perlu bertanya – apakah sebenarnya yang kita harapkan? Khusus dalam situasi rumit dan kompleks atau kemelut yang sedang dihadapi ini – apakah sebenarnya yang kita harapkan? Dan apakah harapan kita itu pun semuanya sama? Atau harapan kita pun sebenarnya berbeza-beza?

Maka akan berterusanlah… hal yang sama akan berulang-ulang dan menjadi sejarah lagi. Maka orang pun berpesanlah supaya belajarlah dari sejarah. Dan orang juga berkata bahawa manusia tidak mahu belajar dari sejarah. Dan begitulah akan terjadi apa-apa yang terjadi.

Yang namanya kehidupan ini memang beginilah ia. Segala-galanya. Hanya kita yang tidak tahu bilakah giliran kita untuk sesuatu yang tidak kita duga dan tidak kita suka itu. Padahal di dalam al-Quran cukup banyak ingatan yang mengatakan bahawa hidup kita ini sentiasa akan diuji, bahawa Tuhan tidak akan membiarkan manusia itu bebas begitu sahaja tanpa diuji oleh-Nya. Bahkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul pun tidak terkecuali.

Maka marilah kita masing-masing kembali kepada diri kita, dan mengambil serta memberi sedikit masa untuk kita mengenali diri kita sendiri. Sewaktu kita sedang menuduh sipolan itu berdengki dan berdendam misalnya, apakah di dalam diri kita sendiri tidak ada sedikit pun rasa dengki dan dendam terhadap orang?

Sewaktu kita sedang menuduh sipolan dan sipolan itu tidak ikhlas dalam perjuangan dan sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan diri, apakah diri kita sendiri cukup ikhlas berjuang tanpa mengharapkan apa-apa pun untuk kepentingan diri? Dan sewaktu kita suka membuat komplen itu dan ini kepada orang itu dan orang ini, sempatkah kita melihat kepada diri kita sendiri apakah kita sudah melaksanakan apa-apa yang kita harapkan dilaksanakan oleh orang itu dan orang ini?

Barangkali tulisan saya kali ini agak lain sedikit warna dan bunyinya ya? Tak tahulah, saya pun tiba-tiba seperti terlihat begitu banyak sekali hal-hal yang boleh menyebabkan umat atau jemaah kita menjadi lemah dan mundur, padahal baru saja tadi kita sudah berada di landasan yang sedang membawa kita menuju kepada suatu kemenangan besar tidak lama lagi.

Kenapa tiba-tiba kita harus bermasalah seperti ini? Tidak bolehkah kita mencari persefahaman sesama jemaah sendiri? Ketika jemaah semakin membesar sekarang tidak bolehkah kita meningkatkan kewaspadaan, dengan menjalani tarbiyah dan latihan-latihan yang perlu?

Berpeganglah pada tali Allah dengan sekuat-kuatnya, dan janganlah pernah kita lupa pada pesan al-Quran, bahawa Allah tidak akan membiarkan kita hidup bebas begitu sahaja tanpa diuji oleh-Nya. Dan bahawa syaitan itu tidak ada lain kerja mereka melainkan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan menyelewengkan manusia dari landasan diri yang sebenar (siraatal mustaqiim).

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)

http://www.detikdaily.net/v5

Kota Siputeh : SPR dan BN pulas tangan rakyat Kedah

Afrar Yunus

Di dalam mana-mana mahkamahpun jika membabitkan dua pihak, akan ada hujjah-hujjah yang dibentangkan untuk hakim membuat kesimpulan dan seterusnya menghakimi kes dihadapannya itu. Penghujjahan bagi kes DUN Kota Siputeh Kedah oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail menarik perhatian banyak pihak.

Keputusan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) telah dibuat pada 16 November yang lalu dimana SPR dikatakan telah menjalankan tugas melampaui bidang kuasanya.

Permohonan penangguhan telah difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan tersebut yang mana akan diketahui pada hari Isnin ini.

Hujjah SPR di dalam permohonan penangguhan tersebut adalah seperti berikut :

  • Jika permohonan penangguhan itu ditolak, satu lagi pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Ia membabitkan wang yang banyak.
  • SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh.
  • Ini merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan kepada SPR.
  • SPR minta agar mahkamah menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu.
  • Terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.
  • Selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri.

Pada hemat saya, rayuan SPR seperti dalam hujjahnya mirip kepada menarik simpati mahkamah, emosional, imaginasi dan tanpa berlandaskan peruntukan undang-undang.

Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah seperti yang digunakan oleh Speaker Kedah adalah jelas maksudnya.

Hujjah SPR sangat remeh dan mengganggu perjalanan mahkamah.

Seolah-olah SPR tidak pernah meneyediakan peruntukan untuk pilihanraya kecil sebelum ini. Malah majoriti pengundi di kawasan itu mahu supaya ADUN yang ada sekarang digantikan.

YAB Ustaz Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah telah memberitahu, biar kerajaan rugi wang untuk mengadakan pilihanraya kecil dari rugi wang dengan membayar gaji dan elaun ADUN yang tidak membuat kerja termasuk tidak hadir persidangan dewan yang merupakan tugas hakikinya.

SPR seolah-olah mewakili Barisan Nasional mempertahankan kebusukan ADUN berkenaan.

Mereka seolah-olah mahu memaksa kerajaan Kedah dan rakyatnya membayar gaji dan elaun berjumlah kurang lebih RM5,000.00 sebulan, atau RM60,000.00 setahun atau RM300,000.00 bagi sepenggal kepada Abu Hassan Sarif tanpa ADUN itu menjalankan tugasnya.

Memulas tangan rakyat Kedah dengan kasar dan paksaan. Begitu ?

Selama inipun SPR bersekongkol dalam banyak hal bagi mencapai matlamat menghalalkan cara. Pengerusi dan SPR sendiri kelihatan sebagai satu organisasi yang tidak halal dimata rakyat.

Umno Penang Akan Mengamuk Kerana Guan Eng Lantik Melayu Jadi Boss MPPP?

pendikargunung
Pada akhir tahun lepas, sekonyong-konyong politik Selangor digegarkan oleh isu perlantikan wanita Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS. Yang menjadi isu besar bagi Umno Selangor dan NGO-NGO yang sewaktu dengannya ialah Pengurus Besar sebelum itu ialah orang Melayu (termasuk Jawa), tetapi mengapa Pengurus Besar Melayu digantikan oleh Pengurus Besar Cina (walaupun cuma Pengurus Besar sementara)?

Lalu Menteri Besar Tan Sri Khalid sebagai seorang Melayu dituduh sebagai pengkhianat Melayu oleh Umno dan NGO-NGO sewaktu dengannya kerana melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar, sedangkan Pengurus Besar sebelum ini adalah Melayu dan secara tradisinya ia milik Melayu. Pas Selangor juga menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan wanita Cina yang bernama Low Siew Moi itu sebagai Pengurus Besar PKNS.

Dan kelmarin senario yang hampir sama berlaku di Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang kelmarin telah melantik Patahiyah Ismail, seorang wanita Melayu, sebagai Yang Dipertua baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Perlantikan Patahiyah telah mencatatkan satu sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang menerajui sebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi ia berita penting bukan sahaja untuk orang Melayu negeri itu, tapi juga wanita negara ini. Patahiyah akan mengantikan Yang Dipertua MPPP sekarang, Tan Cheng Chui, 54, yang memutuskan untuk bersara awal atas sebab-sebab kesihatan.

Yang menariknya di sini ialah jika di Selangor, Menteri Besar seorang Melayu tergamak melantik seorang wanita Cina memegang jawatan Pengurus Besar PKNS yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Melayu, di Pulau Pinang pula Ketua Menteri seorang Cina tergamak melantik seorang wanita Melayu memegang jawatan Yang Dipertua MPPP yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Cina (walaupun tidak semestinya begitu).

Saya sekarang sedang tertunggu-tunggu reaksi Umno Pulau Pinang sama ada ianya sama ketika isu perlantikan Pengurus Besar PKNS dahulu. Di Selangor dahulu, mungkin kerana desakan banyak pihak, terutama Umno,akhirnya Menteri Besar bersetuju melantik seorang Melayu sebagai Pengurus Besarnya bagi menggantikan Low Siew Moi. Saya hendak lihat sama ada Umno memegang prinsip yang sama bahawa bagi sesuatu jawatan penting di peringkat negeri, ia harus mengikut tradisi bahawa ia perlu dipegang oleh satu kaum tertentu. Jika bagi PKNS jawatan Pengurus Besar secara tradisi dipegang oleh Melayu, maka Melayulah juga yang harus memegang jawatan itu sampai bila-bila (walaupun untuk jawatan Pengurus Besar sementara, seperti kes Low). Jika precedent ini diterima pakai oleh Umno, maka dalam kes Yang Dipertua MPPP, ia juga harus dipegang oleh seorang Cina. Dan ia diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa 14 daripada 24 Ahli Majlis MPPP sekarang adalah mereka dari kalangan bukan Melayu. Ahli Majlis MPPP dari kalangan Melayu pula cuma 10 orang (itu pun termasuk keturunan India Muslim yang mengaku sebagai Melayu). Lagi pun, majoriti penduduk di bawah kelolaan MPPP ialah orang Cina, maka tentu jawatan itu bagi Umno yang menjunjung prinsip 1Malaysia itu, wajar juga dipegang oleh seorang Cina.

Di Selangor dulu, Umno bukan main berang apabila Menteri Bear melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS kerana ia tidak mengikut tradisi. Apakah Umno Pulau Pinang juga akan berang kerana Guan Eng melantik seorang Melayu untuk jawatan Yang Dipertua MPPP kerana ia juga tidak mengikut tradisi? Adakah Umno Pulau Pinang lepas ini akan mengadakan bantahan besar-besaran mendesak orang Cina menerajui MPPP dan menggerakkan NGO-NGO Melayu membuat kacau seperti di Selangor dulu?

Dan reaksi DAP? Dalam hati saya tidak yakin DAP akan menentang perlantikan Patahiyah sebagai Yang Dipertua MPPP hanya semata-mata kerana dia Melayu. Ini kerana saya yakin DAP lebih cerdik dalam permainan politik berbanding Umno!

Umno Pulau Pinang, apa lagi, pergilah berhimpun di depan Komtar atau di Padang Esplanade untuk mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melantik seorang Cina sebagai Yang Dipertua MPPP! Jika Umno berani bertindak begitu, pasti parti itu akan dipuji sebagai parti yang memahami slogan 1Malaysia tajaan presiden terhormat mereka yang bernama Najib Tun Razak itu. Umno sepatutnya berani membuat desakan itu, kerana bukankah parti itu telah diminta oleh presiden parti untuk menjaga kepentingan orang Cina kerana kegagalan MCA melakukannya?

Oleh: pendikar gunung kriang
http://pendikargunung.blogmail.com/

Akibat Kesialan SPRM

setisab
Akibat Kesialan SPRM,
- Insan Jadi Mayat.
- Mayat Digali.
KAJANG: Kerja menggali mayat mendiang Teoh Beng Hock untuk proses bedah siasat kali kedua seperti diarahkah Mahkamah Koroner Shah Alam, selesai dilakukan jam 10.40 pagi tadi.

Untuk rekod, Teoh Beng Hock didapati mati semasa beliau berada dalam premis dan kawalan SPRM. Ramai pihak yakin kematian Teoh adalah satu kes pembunuhan yang cuba diselindungi oleh pemerintah.
Kerja mengeluarkan mayat itu bermula jam 9.20 pagi di tanah perkuburan Semenyih sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, esok.

Pada 9 November lalu, Mahkamah Koroner memerintahkan mayat Teoh, pembantu kepada Exco Selangor, digali membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor dan dibantu Dr K Saravanan untuk mengambil gambar bedah siasat itu dan empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh.

Empat pakar forensik itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NOTA: SPRM telah 'melanggar matlamat perundangan' dan hak asasi seperti termaktub dalam di bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan.
- Kerajaan Rakyat

Remaja dirogol teman lelaki warga Indonesia

Banyak kes seperti ini berlaku, anak gadis mengikut teman lelaki bergaul bebas melakukan zina dan bila sudah terdesak membuat laporan polis kena rogol.

Yang hairan kemana pergi ibubapa atau penjaga remaja-remaja ini, langsung tidak mengambil tahu kemana anak-anak mereka pergi dan apa yang mereka buat.

SHAH ALAM:
Seorang remaja yang terpedaya janji manis teman lelaki untuk berubat bagi 'membuang sial' dalam dirinya, dirogol dua kali di sebuah rumah kongsi di Ladang Yayasan, Pulau Carey, Banting dekat sini, Selasa lalu.

Mangsa yang berumur 13 tahun itu sanggup mengikut teman lelakinya, warga Indonesia berusia 31 tahun dari rumahnya di Melaka ke Banting dengan menaiki bas sehari sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Muhammad Radzi Ishak berkata, mangsa terpedaya dengan kata-kata suspek dan tanpa berfikir panjang mengikut pasangannya itu.

“Mangsa yang di bawah umur itu dibawa menginap di rumah suspek dengan alasan upacara perubatan itu akan dilakukan awal pagi di rumah tersebut.

“Bagaimanapun tiada sebarang rawatan membuang sial dilakukan tetapi sebaliknya mangsa dirogol dua kali oleh suspek,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian dekat sini, semalam.
S/Harian

SPRM: Mengapa Harus Mengeluh?

eddieputra
Paparan Utusan milik UMNO hari ini menukilkan keluhan bekas Pengarah BPR ( SPRM) Negeri Sembilan, keluhan itu berhubung larangan Mahkamah kepada SPRM agar proses penyiasatan hanya dibenarkan diwaktu pejabat sahaja. Beliau mendakwa SPRM akan lemah jika hanya dibenarkan menjalankan siasatan diwaktu pejabat. Tambahnya lagi, saksi atau tertuduh akan mempunyai masa untuk memalsukan segala dokumen berkaitan dan mungkin juga lari dari penyiasatan. Alahai...

Alasan bekas Pengarah tersebut amat dangkal sekali, apatah lagi beliau merupakan penjawat awam. Malang sungguh Kerajaan! Pada hemat aku selaku orang awam yang tidak punya kedudukan serta cetek ilmu ini, untuk menaikkan imej dan intergriti SPRM, Suruhanjaya itu haruslah benar-benar bebas. Meletakkan SPRM langsung dibawah kendalian Parlimen adalah jalan sebaiknya.

Keyakinan masyarakat terhadap SPRM akan pulih jika tiada lagi campur tangan dari JPM mahupun KDN. Panel khas juga haruslah seimbang dari segi pemilihanya manakala kuasa mereka hendaklah mencerminkan tahap profesional terhadap kepentingan awam.

Jika ini dapat dilakukan, tiada sebab untuk SPRM mengeluh tentang waktu soal siasat yang terbatas. SPRM harus faham akan tuntutan hak asasi kemanusiaan. Menyiasat dengan menyoal suspek semalamn boleh menyebabkan trauma dan paling buruk kesannya ilah suspek mungkin hilang pertimbangan akal. Dinilah timbul persoalan dan keraguan berhubung pengakuan suspek dalam sesuatu kes. Ianya mungkin dibuat dalam keadaan separuh sedar atau suspek tidak tahan dengan deraan mental sedemikian.

SPRM juga harus faham makna
"suspek" dan "saksi" tatkala melakukan penyiasatan. Mereka ini tidak boleh dilayan selaku pesalah sesuai dengan ungkapan "seseorang tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh Mahkamah".

Jika cadangan aku ini dipraktikkan, aku jamin lambang harimau itu akan digeruni, berbanding sekarang harimau itu hanya dipandang laksana seekor kucing Parsi.

http://eddieputra03.blogspot.com/

Percikan darah sampai ke siling

Pegawai penyiasat, dalam kes pembunuhan anggota keluarga sendiri pada Hari Raya tahun lepas, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa kesan percikan darah berada di seluruh rumah hinggakan boleh dilihat dari dinding hinggalah ke siling.

ASP R Ananthan berkata darah itu terdapat pada bahagian ruang tamu serta bilik utama dan lantai rumah dan kelihatan basah seolah-olah baru dicuci tetapi terdapat bau seperti ada sesuatu yang mati.

Ananthan berkata beliau telah merampas beberapa peralatan yang dijadikan senjata pembunuhan seperti topi keledar, kayu dan batang mop.

Katanya, menerusi rakaman video yang dirakam menerusi telefon bimbit tertuduh ketiga Muhammad Nizam Mohd Ibrahim, jelas kelihatan dua biji topi keledar (yang dijadikan barang kes) dipenuhi darah dan juga kaki meja yang patah berada berhampiran kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun ketika ditanya peguam Supramaniam Kasia Pillay, yang mewakili kesemua tertuduh, sama ada terdapat kesan cap jari pada barang-barang itu, Ananthan berkata: "Tidak ada."

Menjelaskan mengenai percikan darah di bilik utama itu, Ananthan memberitahu bahawa ia adalah milik anak mangsa, Muhammad Kamil Mohd Ibrahim, 15, kerana hanya dia seorang yang dipukul di dalam bilik itu.

Ananthan, merupakan saksi ke-23 pendakwaan dalam kes melibatkan Muhammad Ilyas Abdul Razak, 22, dan adiknya Muhammad Fauzi, 21, serta sepupunya Muhammad Nizam yang didakwa bersama-sama membunuh Mohd Ibrahim Kader Mydin, 48, dan Rosina SM Mydin Pillay, 42, di rumah No 5-7C, Blok A, Flat Seri Sarawak, Jalan Kenanga, di Kuala Lumpur pada 1 Okt 2008 antara pukul 12 tengah hari dan 8 malam.

Muhammad Ilyas dan Muhammad Fauzi merupakan anak saudara kedua-dua mangsa manakala Muhammad Nizam adalah anak kandung mereka.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Selain itu, Ananthan berkata di dalam rumah itu juga terdapat kalendar yang mempunyai wajah pemimpin kumpulan Al Arqam, Ashaari Muhammad serta dua potret pemimpin kumpulan yang diharamkan itu tergantung di bahagian ruang tamu dan di bilik utama.

Yang turut dijumpainya beberapa buah buku yang berkaitan dengan ajaran Al Arqam.

Ketika ditanya timbalan pendakwa raya Anselm Charles Fernandis ketika pemeriksaan utama apakah yang difikirkannya apabila melihat beberapa barang berkaitan Ashaari di rumah itu, Ananthan berkata:

"Saya rasa keluarga ini mengikuti dan terpengaruh dengan ajaran Ashaari."

Beliau turut memberitahu bahawa berdasarkan pemeriksaan suhu badan kedua mayat pada 11.55 malam, oleh pakar patalogi Dr Siew Sheue Sheng, didapati kedua-dua mangsa meninggal dunia antara enam dan tujuh jam sebelumnya.

Perbicaraan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Azman Abdullah bersambung Isnin.
BERNAMA

Menteri Besar Kelantan kais pagi makan pagi / Nizar / PKFZ / Altantuya

Adnan Ibrahim

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.

Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.

Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.

Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?

Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

Boros sangat Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.

Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.

Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.

Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.

Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.

Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."

Apakah orang seperti Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."

Dilihat dengan mata kasar memang Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini jiwa besar yang ada pada Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "Kesian orang miskin."

Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.

(Gambar: Rumah Nik Aziz di Pulau Melaka tidak sama dengan rumah para menteri besar BN walaupun sudah 19 tahun menjadi MB)


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.

Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.

Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.

Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.

Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.

Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.

Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?


Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis 'pentaerythritol tetranitrate' (PETN) dan 'cyclotrimethylene trinitramine' (RDX) tergolong dalam kumpulan 'secondary explosive', digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.

http://nanbinjai.blogspot.com

PKR desak SPR bersihkan daftar pemilih Pekan / UBN Najib Altantuya / Zamry / PKFZ

Zukri Aksah

Suatu ketika dahulu, pernah dihebohkan akan wujudnya sebuah penempatan seakan kampung baru yang dihuni kebanyakannya oleh orang luar di Unit Peti Undi Sungai Miang dalam Parlimen Pekan.Semakan terbaru terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2009 (1 Julai hingga 30 September 2009) yang dipamerkan bagi bahagian Parlimen Pekan memperlihatkan keganjilan.

Antaranya wujud ramai pengundi baru yang mendaftar sebagai pemilih di bahagian itu akhir-akhir ini.

Kebanyakan mereka dikesan mempunyai alamat asal negeri utara Semenanjung dengan kod negeri dalam kad pengenalan mereka adalah 02 iaitu merujuk kepada Kedah.

Kerusi Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia merupakan kerusi tradisi beliau sejak awal lagi.

Mengulas tentang ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Kamarul Hatta Mohamad Ali mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya segera membuat semakan dan pembersihan dalam senarai daftar pemilih.

Sungai Miang terus menimbulkan kecurigaan, apatah lagi dengan wujudnya kelompok masyarakat Myanmar dan Kemboja di situ yang jika dilihat seperti memperoleh keistimewaan untuk memiliki tanah dan mendirikan penempatan dalam waktu yang singkat — keistimewaan yang tidak pernah dirasai oleh penduduk tempatan sendiri.

Ini sejajar dengan penemuan Kamarul Hatta dalam semakannya yang mendapati wujud pemilih berdaftar yang mempunyai kod negeri kelahiran 71, negeri atau negara yang tidak diketahui.

Siasatan The Malaysian Insider mendapati yang kod negeri kelahiran 71 tidak wujud dalam senarai bagi negeri kelahiran seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sama ada untuk negeri-negeri dalam Malaysia atau untuk negara-negara luar.

Keadaan sebegini menimbulkan tanggapan, termasuk di kalangan penduduk tempatan sendiri bahawa ini adalah perancangan rapi dalam usaha menetapkan keputusan pilihan raya umum.

Perkara ini adalah serius dan pemindahan pengundi secara begini adalah tindakan haram, kata Kamarul Hatta.

Justeru tegas beliau, SPR perlu bertindak secepat mungkin membuat pemantauan dan penapisan sebelum kewibawaannya dipertikaikan.

M/Insider

PAS: Jangan abai bukan Melayu jika mahu Pakatan kekal di Selangor / PKFZ / Altantuya

Samsuri Roslan

Para pemimpin PAS termasuk wakil rakyat parti itu di Selangor disaran tidak menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan semata-mata demi meraih sokongan menyeluruh dalam pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan dalam waktu terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib berkata, realiti politik dalam pilihan raya umum ke-12 menunjukkan majoriti pengundi Melayu di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor tidak berpihak sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mana-mana kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu, lebih 83 peratus, dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional (BN), kata beliau ketika ditemui di sini.

“Oleh itu, ADUN PAS dan PKR daripada kalangan Melayu tidak perlu menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan dan keterlaluan kerana mereka masih lagi berpihak kepada Umno,” kata beliau lagi.

Sebagai ADUN, beliau turut mengakui masih menghadapi kesukaran untuk meraih sokongan padu daripada kalangan pengundi Melayu di kawasan yang diwakilinya berbanding pengundi kaum Cina dan India.

Sehubungan itu, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor ini masih tidak yakin bahawa pengundi Melayu terutamanya di kerusi DUN beliau wakili akan berpihak kepada kerajaan PR dalam pilihan raya umum ke-13 seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pimpinan negeri.

Pandangan Saari mempunyai asas jika melihat kepada keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Kawasan majoriti pengundi Melayu yang melebihi 80 peratus dikuasai oleh calon Umno berbanding PR.

Hanya dua kawasan DUN yang majoriti pengundi Melayu melebihi 80 peratus iaitu Hulu Kelang (80 peratus) dan Gombak Setia (81 peratus). Hulu Kelang kini diwakili Saari sementara Gombak Setia pula dimenangi Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Enam kerusi DUN lain yang dikuasai wakil rakyat PAS ialah Lembah Jaya yang mempunyai pengundi Melayu seramai 55.3 peratus, Cempaka (58 peratus), Bangi (64 peratus), Meru (60 peratus), Selat Kelang (64.4 peratus) dan Si Jangkang (66 peratus).

Sementara sembilan DUN yang dikuasai oleh calon PKR kalangan Melayu ialah Ijok (49 peratus), Bukit Antarabangsa (57 peratus), Seri Setia (54.4 peratus), Taman Medan (60 peratus), Kota Damansara (55.8 peratus), Kota Anggerik (68 peratus), Batu Tiga (69 peratus) dan Sri Muda (53.3 peratus).

Saari khuatir sokongan terhadap kerajaan negeri akan berubah dalam pilihan raya umum akan datang jika pengundi Cina dan India tidak lagi memberi sokongan padu kepada calon PR.

“Kerana itu, kita perlu memperjuangkan rakyat secara lebih meluas yang boleh diterima oleh mereka berbanding dengan hanya memberi tumpuan kepada pengundi Melayu semata-mata,” katanya.

“Apa yang lebih penting adalah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing daripada terjebak dengan isu Melayu yang menjadi mainan politik Umno,” katanya lagi.

Beliau juga mengakui kerajaan PR “besar hati” dengan memberi tiga Exco kepada kepemimpinan PAS negeri walaupun parti ini hanya mempunyai lapan kerusi.

www.themalaysianinsider.com

Kedudukan ke-56: Kiranya Aku Umno, Ini Akan Ku Jawab / PKFZ / Altantuya

laniisma
International Transparency mengeluarakan senarai terbaru indeks rasuah pada 17 November 2009 dan Malaysia berada pada kedudukan ke-56dari kedudukan ke-47 pada tahun lalu.Ikutilah bebelan kiranya aku Umno, ini akan ku jawab.

Tuan-tuan, puan-puan…
Sebagaimana kita maklum, sekiranya kedudukan yang diambil kira, tempat ke 56 dari 47 adalah perkara biasa tuan-tuan, hanya 9 bezanya, bukannya jauh sangat. Kalau 47, tuan-tuan pelahap macam tu juga, kalau 56 pun tuan-tuan kedarah macam tu juga, 56 juga bukan masalah besar, bukannya 106 tuan-tuan.

Lagipun kita jauh berbanding Somalia di tempat ke 180, jauh bezanya tuan-tuan, Afghanistan ke 179, Myanmar 178, Sudan 176. Kalau tuan-tuan ambil tahu pasal ilmu hisab kata orang tua-tua, kita di kalangan satu pertiga negara terbaik indeks rasuah. Takkan tuan-tuan tak bangga.

Kalau tuan-tuan nak tahu New Zealand di tempat pertama terbaik, tak mengapa la tuan-tuan, mereka semua hidup senang-senang, gaji cukup. Denmark di tempat kedua, Singapura ditempat ketiga, tak mengapa juga kerana mereka negara kecil, senang nak kawal, fail-fail kalau disemak cepat selesai. Kita orang-orang Umno tuan-tuan, mesti banyak helahnya, tanya macam mana pun mesti ada jawapannya. Betul tak betul itu belakang kira, yang penting perut mesti kenyang, cara bagaimanapun, tuan-tuan kena fikir sendiri.

Tuan-tuan, puan-puan…
Kita mesti berbangga tuan-tuan, kita negara Islam ketiga terbaik selepas UAE(30) dan Brunei(39), Indonesia jauh ketinggalan tuan-tuan, 111, jauh ditinggalkan kita tuan-tuan, makan asap la jawabnya. Kita ni setaraf dengan Latvia dan Namibia, sama-sama 56, bangga kita tuan-tuan.

Cuma tak seronok sikit tuan-tuan, puan-puan, daripada BPR ke SPRM, kita jadi 56, mungkin SPRM sibuk, baru-baru katakan, walaupun tak boleh benteras kes-kes besar, tengok kes-kes kecil, beratus-ratus, bertimbun-timbun tuan-tuan, ke penjara pun ada. Tak seronoknya juga Israel lebih baik dari kita (32).

Tuan-tuan, puan-puan…
Indeks tahun ini bukannya yang PM Najib, tapi dari bekas PM dulu, Pak Lah. Tengok Najib nak benterasnya rasuah, ditubuhkan Jawatankuasa khas SPRM mengkaji wakil rakyat terutamanya Pakatan, ini satu usaha murni tuan-tuan. Tengok usaha PM kita, Datuk Nik Aziz pun tak jadi ke Mekah, ini uasaha PM kita tuan-tuan nak membenteras rasuah. Cepatnya fail siasatan dibuka, ini menunjukkan seriusnya PM kita.Tuan-tuan lihat adun-adun yang dituduh rasuah, jadi bebas, sokong BN, selepas siasatan tak ada pun rasuah, kalau rasuah kita bukannya nak suruh mereka sokong kita. Kita tak terima mereka. Mereka bersih, memang kita juga bersih dari rasuah. Ini salah satu cara PM kita nak memteras rasuah. Mereka menyokong kita rasuah pun tiada kan. Usaha terpuji PM kita.

Hendak membenteras rasuah, kita Umno ada caranya, PM bagi komisyen bagi pembelian alatan pertahanan negara, rasuah apa ke bendanya, upah kita, tak ada salahnya, Begitu juga bagi apa-apa bantuan dekat pilihan raya. Bantuan..sedekah tuan-tuan…takkan nak buat baik pun salah.

Tuan-tuan, puan-puan
Saya rasa setakat ini dahulu, jawapan-jawapan yang perlu dijawab kalau mereka mempersoalkan tentang rasuah di negara kita. Jawapan tuan-tuan mesti bersungguh-sungguh, kalau berpeluang hentak meja, hentak! muka mesti serius, menunjukkan seriusnya usaha kita membenteras rasuah. Sepak terajang mesti pandai, tipu muslihat amat-amat diutamakan untuk menegakkan benang basah. Semoga semua usaha kita dihargai rakyat.
Sekian.

Menanti Perpecahan umNO Selangor / PKFZ / Altantuya

ilzam
"umNO sering menggunakan pepatah 'kalau tiada angin masakn pokok bergoyang' pabila berbicara mengenai pergolakan parti dalam Pakatan Rakyat. Dan pepatah itu jugalah kita utarakan untuk berbicara khabar angin mengenai bekas Menteri Besar Selangor, Muhamad Muhd Taib.

Problem Dunia ada tulis sebelum ini mengenai pertemuan Muhamad Muhd Taib dengan Khalid Ibrahim sebelum konvensyen n. Selangor berlansung minggu lepas.
Dalam pertemuan tersebut Muhamad Muhd Taib telah memuji pencapaian yang dilakukan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Selangor. Berikutan itu bangunlah askar2 kecil menafikan pertemuan tersebut dan menghunus kerusi untuk mempertahankan perpaduan dalam umNO.

Nampakya mereka masih belum faham akan politik semasa seperti mana Mahathir selalu utarakan, dalam politik kawan bukan selamanya kawan dan musuh tidak selamnya musuh. Muhamad Muhd Taib juga seakan mengiakan khabar angin setelah hampir setahun menyerahkan segala tugas sebagai Ketua Bahagian umNO kepada timbalannya.

Walaubagaimanapun, Md Taib diakui adalah seorang yang taat dan berpegang kuat pada tali umNO. Dan tidak mungkin beliau akan lupa jenayah wang yang dilakukan sehingga membawa kepada turunnya beliau dari kerusi politik negeri Selangor.

Pakatan Rakyat diharap dapat melakukan sesuatu jika mahu menerima Muhamad Muhd Taib supaya tidak mengiakan kata orang ramai yang Pakatan Rakyat menyimpan sampah taik Barisan Nasional.

Walaubagaimanapun, dalam politik segalanya mungkin terjadi.

UMNO dan Serigala / PKFZ / Altantuya

Ayiem
Baru-baru ini aku menonton rancangan National Geographic yang mengisahkan sekumpulan serigala yang menumbangkan seekor kerbau liar.

Sekumpulan serigala dalam sekitar 12 ekor mengejar dan menumbangkan seekor kerbau liar ini digambarkan dengan cukup berkesan dari awal kumpulan serigala itu menyusun strategik serangan hinggalah rebahnya kerbau tersebut.

Kerjasama yang cukup tinggi ditunjukkan oleh kumpulan serigala itu,dengan tektik dan teknik serangan yang tidak memungkinkan untuk kerbau itu melawan,bahkan kawanan kerbau lain juga tidak mampu untuk menolong,akhirnya sang kerbau rebah menyembah bumi.

Namun apabila kerbau itu telah rebah,perpecahan mula berlaku kepada kumpulan serigala itu,keserakahan dan ketamakan telah membuatkan kumpulan serigala ini bergaduh sesama mereka demi untuk mendapat bahagian yang lebih atau membolot semua seekor kerbau untuk diri sendiri sahaja tanpa mau berkongsi dengan kawan2 yang lain yang sama2 membantu merebahkan sang kerbau tadi.

Aku jadi terpikir dengan gelagat kumpulan serigala ini,sikap dan perangai mereka tidak ubah seperti gorombolan UMNO yang ada pada hari ini,mirip sekali.

Gorombolan ini memang kuat bergabung semasa menghadapi pihak lawan terutama didalam musim pilihanraya.Strategik yang disusun begitu rapi dan licik yang matlamat utama adalah untuk menumbangkan pihak lawan,namun setelah memenangi pilihanraya mereka2 ini mula kembali berpecah dan bercakaran sesama sendiri untuk merebut kekayaan negara,bahkan lebih sarakah dari kumpulan serigala itu.

Apakah nasib rakyat kebanyakkan akan terbela dengan kuasa dan kekuatan yang dimiliki oleh gerombolan ini.Apakah kita akan terus memberikan ruang buat gorombolan ini untuk membolot semua hasil kekayaan negara?

Pikir2kanlah,apakah ini yang kita mahukan,biarkan je gerombolan ini melakukan kemusnahan dan kerosakan dinegara kita,asalkan kita masih lagi boleh makan dan hidup seperti biasa.

Tidakkah ada terdetik dihati kita untuk melakukan perubahan?renungkan jauh2 kerana mungkin perubahan yang kita buat pada hari ini bakal memberikan kehidupan yang lebih selesa pada generasi kita yang akan datang.

Cucu Tok Ayah

Ketua Pemuda Umno Bahagian Terlibat Rasuah RM40,000 / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

setisab
JOHOR BAHRU:
Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM40,000.

Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain.
Difahamkan, rundingan berkenan dilakukan selepas 18 AJK Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi meletakkan jawatan serentak minggu lalu, berikutan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Ketua Pemuda Umno bahagian itu.

Ia menyebabkan satu pemilihan baru perlu diadakan membabitkan pergerakan berkenaan selepas dua pertiga jawatankuasa meletakkan jawatan.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan enam lelaki terbabit mengadakan rundingan dengan sekurang-kurangnya tiga AJK Pemuda Bahagian yang meletak jawatan bagi menarik balik peletakan jawatan untuk mengelakkan pemilihan semula Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata beliau mengetahui mengenai penahanan enam ahli bahagiannya itu.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

K. Polis Terengganu di Minta Perjelas Isu Tangkapan Anak Exco Terlibat Kes Dadah / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Buletin Online

K. TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan tentang seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

Ketuanya, Fariz Musa berkata, anak anggota Exco tersebut ditahan oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya, baru-baru ini.

”Dalam sekatan (jalanraya) itu, anak Exco berkenaan dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut,

”Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatory.”ujar Fariz dalam sidang media Pelancaran Gerakan Selamatkan Wang Rakyat Terengganu ( Semarak Terengganu ) yang diadakan di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Namun begitu, katanya, pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

Fariz mengganggap, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi kerajaan, maka wajarlah Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .

Sehubungan itu, beliau memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri, serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan itu.

Dalam sidang media yang sama, Fariz berkata AMK akan
menggerakkan SEMARAK ke seluruh Negara bagi memberikan kesedaran dan maklumat kepada rakyat tentang penyelwengan, salahlaku dan rasuah yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, di negeri Terengganu AMK akan membuat beberapa laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara

Siswa UM ditahan polis kes 'puaka' / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Seorang lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebauh dewan, berjaya ditahan hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Syafie Hashim memberitahu
Malaysiakini di kampus tersebut, beliau telah cuba menelefon Muhammad Saufi tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar API itu sedang disiasat.

Difahamkan dua pemimpin mahasiswa UM sedang berada di balai polis tersebut untuk mengikuti perkembangan penahanan pelajar berkenaan di balai polis tersebut.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan UM pada Jun lalu.

Selain menceroboh dewan utama API awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

http://www.malaysiakini.com/bm/

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009 / Nizar / Anwar

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Nov:
PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Jangan berdiam diri jika mahu perubahan, kata Anwar / Nizar / PKFZ

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Nov:
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak yang mahukan perubahan agar jangan berdiam diri dan sekadar menjadi penonton sahaja.

"Mereka yang mahukan Perubahan tidak boleh lagi berdiam diri dan sekadar menonton. Mereka sewajarnya terjun ke medan, menyatakan pendirian dan bersama-sama mencorak ruang kerjasama parti serta Pakatan Rakyat.

"Jangan lekas makan hati, kerana rakyat akan merasa mual. Bersegeralah memikul tanggungjawab memimpin walau sesederhana mana pun kekuatan di tempat masing-masing," kata Anwar dalam blognya.

Menurutnya, pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat menyedari permuafakatan yang berusia muda ini pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

"Pembentukan Pakatan Rakyat bercita-cita membawa Perubahan sedaya mungkin. Pastinya sepanjang perjalanan memperkukuh kerjasama akan ada perbezaan dan pertikaian serta mereka yang kecewa lalu meninggalkan perjuangan manakala berbondong bondong lagi hadir menyertai mendokong hasrat perubahan," katanya.

Bagi beliau, perjuangan yang merentasi batas kaum, kepercayaan dan fahaman ini menimbulkan kegerunan kepada Umno-Barisan Basional.

"Ianya kerana falsafah serta dasar permuafakatan kita mencerminkan kenyataan masyarakat majmuk di Malaysia," katanya.

Menurut beliau, tidak mungkin wujud penjajahan dalam permuafakatan ini di mana satu parti menunjuki apa yang perlu dilakukan oleh parti yang lain.

"Permuafakatan Pakatan Rakyat terbina dari asas untuk menghormati suara parti komponen dan akan berusaha bergerak dengan menggembeling dari kekuatan itu," katanya lagi.

Muhyidin dan 9 yang lain disaman RM105 juta / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Harakahdaily
IPOH, 20 Nov:
10 pihak termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.

Selain kedua-duanya, turut disaman adalah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang, penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise dan kerajaan Malaysia.

Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.
(Gambar: Jambatan gantung yang runtuh dalam tragedi Kuala Dipang yang mengorbankan tiga pelajar sekolah)

K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan, bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati akibat kejadian di pusat tersebut yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Coi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh pagi tadi.

Selain menuntut gantirugi am sebanyak RM35 juta setiap seorang, mereka masing-masing menuntut RM19,120 bagi gantirugi khas, RM100,000 bagi gantirugi teladan, faedah 8 peratus bagi jumlah penghakiman dari tarikh kematian hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos guaman dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita, tidak ada lampu besar yang dipasang untuk keselamatan murid-murid, dan ini menunjukkan kecuaian kerana dengan adanya lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang yang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.

Mereka juga mendakwa tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur yang mana sepatutnya penggunaan jambatan perlu diawasi, dengan menentukan kapasiti iaitu bilangan murid yang boleh menggunakan pada satu-satu masa.

Mereka juga mendakwa murid-murid tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru didapati tidak terlatih untuk mengendalikan kem seperti itu serta tiada doktor atau pegawai perubatan ditempatkan untuk keselamatan peserta kem tersebut.

Plaintif juga mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh Majlis Daerah Kampar dan Jabatan Kerja Raya Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi.

Mereka juga mendakwa kematian anak-anak mereka amat menyedihkan dan telah mengancam ketenteraman mereka dan keluarga selain masih mengalami dan menanggung kehilangan dan kerugian.

Bala dedah nama adik Najib / PKFZ / Altantuya

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu - yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web
Malaysia Today hari ini.

Sebelumnya, dalam empat bahagian awal tembual tersebut, Balasubramaniam hanya menyebut adik perdana menteri dengan gelaran "seorang Datuk VIP" yang ditemui di The Curve, Damansara pada malam selepas membuat pendedahan menggemparkan itu.

"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.

Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan luar biasa.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

Dalam bahagian kelima wawancara ini, beliau turut mendakwa ahli perniagaan permaidani yang dikenali Deepak, orang tengah yang terlibat dalam perancangan membawanya ke luar negara, memberitahunya isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor gembira dengan tindakannya membuat penafian pembabitan Najib-Altantuya dan "ingin bersarapan dengannya".

Najib menafikan pembabitannya dengan wanita tersebut, sementara Abdul Razak pula dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuhnya.
http://www.malaysiakini.com/