KDN akan serbu pejabat Suara Keadilan?

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 6 Julai:
Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan edisi terbaru hari ini tetap diterbitkan biarpun permit penerbitannya tamat Jun lalu.

Edisi terbaru hari ini meletakkan tajuk "KDN Berniat Jahat" di muka hadapannya dipercayai berhubung tindakan kementerian menggantung tidak bertali permit penerbitan akhbar itu.

PKR selaku pemilik akhbar tersebut dijangka berdepan implikasi undang-undang di atas penerbitan tersebut.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad semalam mengeluarkan amaran bahawa PKR perlu menanggung risiko jika Suara Keadilan tetap diterbitkan.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua kelmarin bahawa penerbitan Suara Keadilan tetap akan diterbitkan.

Sementara itu, kakitangan di pejabat Suara Keadilan di Seksyen 13, Shah Alam hari ini berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran desas-desus pihak KDN akan menyerbu pejabat mereka hari ini.

Difahamkan beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dipanggil berkawal di hadapan pejabat mereka sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan