Subsidi Didahulukan" Tetapi Kroni Ananda Krishnan Juga di utamakan

Pahangdaily
Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sekali lagi gagal melaksanakan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak selama ini.

Jika sebelum ini rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula serta berbagai lagi barangan keperluan harian yang lain.

Malah, dalam masa terdekat ini dijangka minyak petrol dan diesel juga akan dinaikkan oleh kerajaan. Ini semua kononnya untuk mengurangkan bebanan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama. Bila kenaikan berlaku, kerajaan mula menggunakan
"subsidi" sebagai senjata untuk menyakinkan rakyat.

Anehnya, rakyat yang telah hidup sejak zaman berzaman tiba-tiba dihidangkan dengan istilah subsidi yang entahkan benar entahkan tidak. Malah, ada sesetengah pihak yang mengatakan subdisi yang diwar-warkan itu hanyalah satu
"angka" yang sengaja direka cipta untuk mengaburi mata rakyat.

Maka, bermegahlah pemimpin UMNO yang gemar mengampu mengatakan kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana kerajaan terpaksa menanggung subdisi bernilai berbilion ringgit. Maka, meloponglah ibu dan ayah kita yang sudah hidup sejak sebelum merdeka lagi dengan pemberian subsidi tersebut. Selama ini, mereka hanya kenal isitilah subsidi untuk program pertanian seperti subsidi benih pokok, subsidi baja, subsidi racun serangga dan macam-macam lagi. Namun, kini subsidi digunakan kepada barangan keperluan yang mereka sendiri tidak pernah mendengar langsung perkara ini sejak dilahirkan ke bumi Malaysia ini dulu. Apabila kenaikan harga barangan diumumkan, maka "subsidi didahulukan" sebagai senjata mereka.

UMNO BN Terus Berkuasa Kerana Senjata Subsidi

Wajarkah kerajaan BN menjadikan subsidi sebagai alasan untuk menipu rakyat. Sedangkan mereka telah banyak membazirkan wang rakyat untuk projek-projek yang jelas tidak berfaedah langsung sebenarnya. Akhirnya gara-gara subsidi, golongan yang kaya terus kaya raya dan golongan yang miskin terus tertindas dengan dasar "subsidi" ini. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini.

Lebih menyedihkan lagi, mereka yang menjadi mangsa juga terdiri daripada puak-puak UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Mereka yang berjuang habis-habisan untuk memastikan kemenangan kerajaan yang disokong setiap kali musim pilihanraya. Mereka yang teraniaya juga adalah, penyokong setiap dan fanatik BN yang sanggup menggadai nyawa di musim pilihanraya umum. Mereka hanya mendapat "subsidi"dan "imbuhan" ketika musim pilihanraya itu sahaja.

Sebaliknya mereka turut sama menanggung derita empat atau lima tahun kemudiannya, hinggalah pilihanraya umum yang baru menjelma. Bagi mereka yang bertuah sikit, ialah apabila berlakunya pilihanraya kecil di kawasan masing-masing sebelum pilihanraya umum seterusnya dijalankan. Begitulah pusingan roda rakyat Malaysia sejak dulu kini dan selamanya jika kerajaan UMNO BN tidak ditumbangkan. Namun begitu, kenapakah UMNO BN terus dibenarkan mentadbir negara ini agaknya. Bukankah mereka menang dengan "subsidi" yang diberikan olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setiap kali musim pilihanraya. Mereka bertuah kerana ada undi pos, pengundi hantu, persempadanan semula dan banyak lagi. Sewajarnya mereka sudah tewas dalam tiga pilihanraya umum yang terakhir sejak 1999 yang lalu. Maknanya kerajaan yang ada sekarang ditegakkan dengan "subsidi", maka itulah kita tidak hairan mereka menggunakan istilah "subsidi"untuk menekan rakyat yang menyokong mereka. Apatah lagi kepada rakyat yang menolak mereka bulat-bulat setiap kali pilihanraya umum diadakan sejak sekian lama.

Ananda Dapat Projek RM30 Bekal Astro Sekolah

Laungan keramat bahawa "rakyat didahulukan" sebenarnya adalah satu helah Najib untuk menipu kita sebenarnya. Walhal disebaliknya, yang diutamakan ialah beberapa kerat kroni BN yang sudah sekian lama menikmati kekayaan di Bumi Malaysia tercinta ini. Tan Sri Ananda Krishnan(foto) misalnya, merupakan salah seorang individu terkaya di negara ini yang masih terus disuap oleh kerajaan BN dengan berbagai projek. Terbaru, terdapat sumber melapurkan Ananda telah mendapat projek membekalkan Astro ke sekolah-sekolah melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelaran Malaysia.
Difahamkan, projek bernilai RM30 juta itu sedang rancak dijalankan sekarang ini. Cadangan projek itu kemungkinan besar diluluskan olehKementerian Pelajaran yang dipimpin oleh Mahyuddin Yassinsendiri. Entah atas alasan apa, projek itu diberikan kepada Ananda Krishnan agaknya. Difahamkan, pegawai di BTP, Kementerian Pendidikan sendiri amat kecewa dengan keputusan tersebut. Tambahan pula apakah kewajaran utama yang menyebabkan semua sekolah mahu dibekalkan dengan siaran Astro. Alasan yang diberikan ia bertujuan untuk pendidikan amatlah dangkal sama sekali, kerana di sekolah bukanlah masanya yang paling sesuai untuk para pelajar menonton Astro. Malahan siaran TV Pendidikan juga telah disiarkan menerusi saluran TV biasa sebelum ini. Menurut salah seorang pegawai terbabit, beliau amat musykil dengan tindakan kerajaan tersebut.
"Adalah lebih elok wang jutaan ringgit itu digunakan untuk meringankan bebanan rakyat miskin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Misalnya dengan mengurangkan yuran serta peruntukan lain yang tidak sepatutnya. Malah lebih elok lagi ia digunakan untuk program kecemerlangan pelajar daripada memasukkan Astro di sekolah-sekolah" katanya. Kenyataan itu ada kewajarannya, kerana kerajaan begitu sukar untuk membantu rakyat dalam urusan persekolahan malah bantuan buku teks itu sendiri, tiba-tiba sanggup memberi projek itu kepada Ananda Krishnan yang sudah kaya raya itu gamaknya.
Amatlah kurang ajar bilamana, Ananda yang lebih diutamakan daripada rakyat. Malah projek membekal Astro ke sekolah-sekolah itu adalah satu projek yang tidak sepatutnya dilaksanakan pada masa ini sebenarnya. Tambahan pula, terdapat maklumat yang mengatakan para pelajar zaman ini sudah tidak bergantung lagi kepada TV Pendidikan, dengan limpahan buku-buku latihan dan pendidikan yang melambak di pasaran. Malahan, guru-guru juga tidak mempunyai cukup masa untuk tujuan tersebut. Maka, apakah kewajaran projek Astro ini dilaksanakan?. Bukankah ia hanyalah anugerah istimewa daripada kerajaan untuk memperkayakan lagi kroni mereka yang sudah kaya raya itu. Apa yang jelas dapat dilihat, akhirnya Astro yang dibekalkan itu akan tersadai begitu sahaja dan menjadi tontonan para guru sahaja.

Muzik Aktif, Satu Lagi Projek Mengayakan Astro

Satu lagi projek dimana Ananada Krishnan diutamakan ialah langkah Kementerian Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia(RTM) yang membazirkan ratusan ribu wang rakyat setiap tahun semata-mata membelisiaran Astro 180 untuk siaran program Muzik Aktif terbitan mereka. Difahamkan projek bernilai ratusan ribu ringgit itu mencecah jutaan ringgit juga apabila kontraknya dilanjutkan dari tahun ke tahun oleh pihak Astro. Apakah kewajaran RTM menerbitkan sebuah rancangan hiburan untuk disiarkan di Astro 180 itu. Biarpun projek ini adalah dizaman Menteri Shabery Chek, namun ianya haruslah diambilkira oleh rakyat.
Ini kerana rancangan hiburan sudah melambak-lambak di Astro. Maka kenapa RTM mahu membekalkan lagi siaran itu dan terpaksa pula membayar peruntukan yang besar kepada Astro. Mereka lebih mengagungkan rancangan berbentuk hiburan 24 jam untuk merosakkan minda rakyat. Inilah dia kerja-kerja licik kerajaan UMNO BN dalam memesongkan dan meruntuhkan moral rakyat terutamanya generasi muda hari ini. Mereka sengaja menggalakkan hiburan sebagai aspirasi hidup rakyat. Adalah lebih elok RTM menerbitkan rancangan berbentuk agama dan program yang boleh membentuk jati diri rakyat daripada siara hiburan seperti itu. Atau lebih elok lagi RTM sendiri menambah siaran mereka jika mahu menyiarkan rancangan itu. Kenapa perlu beri hak kepada Astro yang dimiliki oleh Ananda Krishnan agaknya?.
Shabery Chek berbangga ketika melancarkan program Muzik Aktif itu
Terdapat unsur-unsur pembaziran yang nyata dalam projek ini. Justeru itu, rakyat perlu melihat semua ini dan menilai dengan sewajarnya. Mereka tergamak merompak wang rakyat sesuka hati untuk satu projek yang langsung tidak memberi makna kepada majoriti rakyat sebenarnya. Apa yang jelas, program itu memperkayakan Ananda Krishnan dan tembolok beberapa orang kroni puak-puak UMNO BN itu sendiri. Wajarlah siaran Muzik Aktif di Astro 180 ini dibatalkan serta merta mulai sekarang !!.

[Oleh itu diharapkan kerajaan akan lebih prihatin dan benar-benar mendahulukan rakyat selepas ini. Jangan hanya pandai bercakap dan mengeluarkan kata-kata, tetapi hakikatnya rakyat juga yang terus teraniaya. Jika keadaan ini berterusan, maka kita menjangkakan riwayat UMNO BN pasti akan berakhir dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat semakin muak dengan umpan "subsidi" bagi menghalalkan segala tindakan yang jelas mengcewakan rakyat. Rakyat perlu lakukan perubahan jika mereka ingin nasib dan masa depan terbela. Jika dibiarkan puak-puak UMNO BN terus berkuasa, maka sudah pasti derita yang ditanggung akan terus kekal buat dulu, kini dan buat selama-lamanya].
http://pahangdaily.blogspot.com/

Subsidi minyak masak dimansuh..haha padan muka kita..

ekin
KUALA LUMPUR:
Selepas pemansuhan subsidi roti dan pengurangan subsidi gula, kerajaan mungkin membatal atau menurunkan subsidi minyak masak.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggar menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.

"Kita sudah mulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu," katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.

Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa, yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.

Pembunuhan Ngeri Ibu Saudara Rosmah – Video Rosmah: Dua Episod Yang Mencurigakan

Ibrahim Baba
Selepas menonton dan merasakegerunan dengan apa yang didedahkan dalam video “Rosmah Puaka”, kini kita dimaklumkan pula dengan berita bahawa empat sekeluarga yang dibunuh dengan kejam di Gemenceh baru-baru ini ada kaitan keluarga dengan Rosmah Mansor.

Yang menjadi kebimbangan IB ialah apa yang didedahkan dalam video tersebut tentang hubungan kekeluargaan yang boleh dikatakan sudah tiada lagi di antara Rosmah dengan ahli-ahli keluarganya yang ditemubual dalam video tersebut mungkin sememangnya benar jika rentetan peristiwa pembunuhan kejam empat sekeluarga tersebut dikatakan tiada khabar berita langsung dari Rosmah Mansor untuk menjeguk dan menzirahi jenazah ibu saudaranya sendiri.

Semalam, suaminya boleh menyuarakan rasa sedih dengan rakyat negara luar yang mati ditimpa bencana gempa di Haiti. Namun, sebagai seorang Perdana Menteri, beliau tidak langsung bersuara tentang kematian empat orang ahli keluarga isterinya sendiri yang dibunuh dengan kejam.

Apabila berita sebegini semakin menjadi buah mulut orang ramai, maka sukarlah untuk Rosmah dan orang-orang yang terdekat dengannya untuk menidakkan persepsi orang ramai terhadapnya. Berbelanjalah jutaan ringgit kepada konsultan PR (public relations – bukan Pakatan Rakyat ya!) tersohor pun, pasti episod hitam sebegini sukar untuk dipadamkan dari sanubari rakyat. Pergilah mendokong bayi cacat atau berglamourlah dengan artis Bollywood, ingatan orang-orang di Gemenceh sukar untuk melupakan bahawa seorang anak gadis kampung tersebut tidak datang menjenguk ibu saudaranya yang telah dibunuh secara kejam – dan telah tersebarpun seluruh negara beritanya

Ditambah pula dengan pelbagai usaha untuk menutup sebarang kaitan antara mangsa pembunuhan kejam dengan Rosmah agar beritanya tidak tersebar … maka rakyat semakin rasa curiga dengan pelbagai episod-episod yang berlaku dan mereka tidak dapat jawapan sebenar …

  • pembunuhan Altantunya
  • misteri kehilangan PI Bala
  • pelbagai kisah perkahwinan anaknya dan sekatan-sekatan yang dikatakan dikenakan terhadap menantunya
  • pelbagai penglibatannya dalam kontrak-kontrak semasa Najib di Kementerian Pelajaran dan Pertahanan
  • khabar-khabar tentang campur-tangannya dalam pentadbiran suaminya
  • perangai “shopaholic” yang berbelanja mewah semasa mengikuti suaminya dalam lawatan di luar negara

Rakyat tertanya-tanya. Apabila tiada penjelasan yang dibuat dengan baik dan “sebenarnya”, maka rakyat semakin tertanya. Maka semakin banyak khabar-khabar lain yang lebih mudah dipercayai kerana mencari-carikan jawapan. Dan semakin disekat khabar-khabar sebegini, semakin dirasakan ada sesuatu sebab yang hendak disekat.

Sekian, IB

....
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2010/01/16/pembunuhan-ibu-saudara-rosmah-video-rosmah-dua-episode-yang-mencurigakan/

Mahfuz: Pengumuman Nazri boleh rumitkan lagi isu 'Allah'

Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian, boleh merumitkan lagi isu tersebut, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, bukan sahaja kini ada dua set peraturan, tetapi menteri berkenaan juga tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut memandangkan proses mahkamah berhubung isu itu masih berjalan.

"Bagaimana kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi? Bagaimana pula kalau ia menolaknya? (Pengumuman Nazri) akan menimbulkan lebih banyak masalah," kata Mahfuz ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini.

Semalam, Nazrimengumumkan bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung juga mesti menghormati larangan tersebut.

Nazri menyatakan demikian satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Menteri itu berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Mahfuz adalah antara pemimpin PAs yang paling lantang mengkriti
k cara kerajaan menangani isu tersebut, yang telah mengakibatkan berlakunya insiden di mana beberapa gereja dibaling bom api dan menjadi sasaran perbuatan vandalime.

Insiden tersebut berlaku selepas Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik,
Herald menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya.
-malaysiakini-

Catatan Pengelaman Nizar di hospital

bumiperak
Catatan YAB Dato Seri Ir Mohamad
Nizar Jamaluddin


7 Jan 2009 9.20 pagi Sewaktu dalam perjalan ke klinik pergigian di Silibin, tiba-tiba sebuah kereta dari persimpangan Jalan Seruan masuk terus kelorong laju di Jalan Raja Dr Nazrin Shah yang mana saya terpaksa mengelak dari melanggarnya secara direct kerana ketika itu saya sedang memandu agak laju. Kereta Volvo yang dielak itu hanya tergesel dibahagian hadapan kanan tetapi kereta Camry yang saya pandu terpaksa naik dan melanggar pembahagi jalan di tengah dan terus tercampak dan terbalik 4 roda keatas di pembahagi jalan tersebut.

Syukur, dengan izin Alah, saya sedar dan merangkak keluar dengan selamat. Saya terus menelefon doktor gigi menyatakan tidak boleh hadir serta anak lelaki saya, sementara itu pemandu Volvo tersebut, Doktor Nurul Huda menghampiri saya bertanya khabar. Saya cuma mengalami cedera ringan di siku kanan dan sedikit pendarahan di pipi kanan.

Selepas itu, seorang pemuda (Md Nor Mansur) memandu kereta Satria merah berhenti mungkin kenal saya atau kereta saya terus bertanya sama ada saya mahu di bawa ke hospital atau klinik pakar. Saya telah memintanya bawa ke hospital Permaisuri Bainun dan kami terus menaiki keretanya. Didalam keretanya saya terlihat anak kecilnya sedang berbaring dibelakang dan dalam perjalanan saya sempat bertanya asalnya dan tempat tinggal serta pekerjaannya.

Jam 9.30 pagi saya sampai di hospital dan terus ke Unit Kecemasan untuk menerima rawatan dan dimasukan ke Wad Teratai tingkat 8. Ujian air kencing dan darah semuanya normal cuma tekanan darah saya agak tidak stabil dan tinggi. Doktor telah memberi ubatan bagi menstabilkan dan alhamdulillah kini telah pulih. Dewasa ini, Siku kanan saya yang cedera ringan itu pula telah dibuang jahitanya dan kini semakin baik.

Saya berada selama 4 hari di wad tersebut dan menerima rawatan sepenuhnya dari doktor, jururawat, matron dan kesemua petugas hospital. Sewaktu di wad saya diperiksa dan mendapat perhatian dari 7 orang doktor bidang tertentu berserta pegawai perubatan di wad tingkat 8. Mereka kesemuanya handal belaka dan memberikan layanan yang baik. Alhamdulillah, kebanyakannya mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan berharap PR akan kembali berkuasa d Perak.

Semasa di wad ramai ramai pelawat dan pengunjung juga hadir


termasuk sanak saudara jauh-dekat, rakan taulan, saudara-mara, pemberita dan wartawan, bloggers dan kenalan yang datang mengunjung. Bonda saya Hajjah Hamidah bersama kakak dan abang adik juga telah datang menziarahi bersama orang kampong. Ada yang dapat masuk dan yang kena tahan di luar. Terdapat ramai Pegawai Kerajaan, NGO, Syarikat dan golongan korporat serta individu telah menghantar buah tangan, bunga-bungaan, buah-buahan dan lain lain kad ucapan sembuh dan doa-doa. Tak kurang juga yang menelefon dan SMS yang bertalu-talu bertanyakan keselamatan dan kesihatan saya.

Tak kurang juga yang bertanyakan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai siapa Menteri Besar sah di Perak? Saya nyatakan "tak tahu, wallahu a'lam!"

Tak dilupakan, saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tinggi antaranya YB Dr Mah Han Soon, YB Dato Fakih Adam , YB Dato' Ngeh dan lain-lain ADUN Pakatan Rakyat yang telah sudi menziarah. Terima Kasih juga YB Dato Seri Dr Zambry Kadeer juga melawat saya pada 8 Jan 2009, jam 10.25 malam dan sempat bersembang perkara biasa saja.

Sewaktu di Wad, beberapa program dan majlis ceramah, khususnya di Puchong, Manjung, dan lain-lain telah saya berjanji menghadiri maka agar tidak menghampakan, saya gagahkan dan dapat berceramah terus dari dalam wad dengan mengunakan telefon bimbit secara ‘life’ ditempat-tempat tersebut. Alhamdulillah walaupun tak dapat hadir, namun mereka masih boleh mendengar suara saya!

Pada hari akhir 10 Jan 2009 setelah 4 hari di wad, sebelum keluar, salah seorang pesakit dari Johor di wad tingkat 8 telah kembali kerahmatullah. Saya mengajak isteri saya Datin Seri untuk menziarahinya dan bertemu balu Allahyarham dan anak kecil perempuanya. Saya sempat mengetuai majlis tahlil untuk Allahyarham Hashim bersama kakitangan hospital, rakan keselamatan dan unit amal. Al faatihah!.

Saya dibenarkan pulang kerumah oleh doktor pada jam 12 tengahari setelah mereka puas hati dan kini saya berehat di rumah dan dibolehkan meneruskan tugasan harian saya seperti biasa.

Keluar hospital, saya sempat mengimamkan solat fardhu Jumaat apabila disudi oleh imam di Masjid Hospital (Masjid Muhibuddin Shah). Sebaik saja selesai berkhutbah, dengan izin Allah SWT saya berkemampuan untuk mengimami solat Jumaat hingga sempurna. Selepas solat Jumaat saya berdoa keselamatan dan petunjuk kehadrat Ilahi.

Kini saya telah mula mesyuarat parti, berceramah, menghadiri jamuan makan malam, kuliah, melawat gereja, sekolah Convent, Taiping, melawat mangsa kebakaran dsi Sungai Siput. Kemudian dapat bertemu rakyat dipasar malam Alor Pongsu, gerbang malam di Bagan Serai serta Dewan Perhimpunan Penyokong Pas Bagan Serai.

Kepada sahabat semua, teruskan berdoa agar dapat kita usahakan dan meneruskan perjuangan menegak keadilan dan kebenaran di bumi Perak tercinta ini. Insiden ini sesungguhnya telah banyak memberi pengajaran dan hikmah kepada saya untuk di teladani. Allah Maha berkuasa melindungi dan menyelamat saya!

Akhir kata, saya bermohon ampun maaf kepada semua jika ada tersinggung, terkasar bahasa, terlebih bicara, terlanggar tata dari kesilapan dan kelemahan saya. Terus doakan demi keselamatan negeri kita dan rakyat Negeri Perak yang tercinta.

telah dikemaskan oleh
bumiperak/

Siapa Yang Derhaka Kepada Siapa?

Tok Janggut
Semua umat Islam yang beriman tahu dan faham bahawa ibu atau kunci kepada segala kezaliman ialah dengan menolak syariat Allah sebagai perundangan tertinggi dalam sesebuah Negara yakni melakukan syirik terhadap Allah. Namun begitu kezaliman dizaman mutaakhir ini dilihat sebagai satu kebaikan dan kebaikan dan kebenaran itu pula dilihat sebagai satu keganasan, pelampau dan zalim.
Mengapa terjadi begini? Ini tidak lain apabila manusia secara terang-terang kufur dan ingkar kepada enam rukun iman yang telah ditetapkan oleh Allah. Mereka terima rukun Islam yang lima malahan bersungguh-sungguh melakukan solat wajib dan berpuluh-puluh rakaat solat sunat, pergi umrah dan haji setiap tahun tetapi ingkar dengan rukun iman. Ingatlah, ingkar kepada salah satu sahaja dari rukun iman boleh membawa kepada murtad.

Apabila kezaliman pemerintah sudah sampai ketahap yang melampau dan keterlaluan seperti yang berlaku sekarang ini, maka rakyat tiada pilihan melainkan bangkit meluahkan perasaan melalui perhimpunan dan demontrasi, ini sajalah cara terbaik dari melakukan tindakan yang lebih kasar. Ingatlah menentang pemerintah yang zalim adalah salah satu tuntutan agama. Oleh kerana kezlaiman sudah menjadi sebati dengan pemerintah dan penyokongnya, maka dihalakan kepada rakyat yang bangkit bersuara kononya rakyat derhaka kepada Raja sedangkan Raja tidak ada kena mengena dengan demontrasi rakyat ini. Yang rakyat tentang ialah pemerintah yang zalim, yang menindas rakyat, menipu, rasuah, merampas harta rakyat secara paksa. Jika diteliti, sebenarnya pemerintah atau kerajaan lah yang terlebih dahulu derhaka kepada rakyat dengan mengkhianati amanah rakyat, mungkir janji dan pembohong.

Lebih malang lagi apabila adanya ulama-ulama pengampu sentiasa berada disekeliling mereka ini seperti ayam kebuluran mengharapkan perut diisi dan poket sentiasa penuh. Mereka bersama pemerintah bukan untuk membetul atau menegur pemerintah tapi mereka pula yang berjaya disesatkan dengan jawatan dan gaji beribu-ribu itu., Mereka sanggup tinggalkan jawatan kerana mengejar kedudukan sebagai wakil rakyat yang pasti akan mendapat pulangan yang lumayan sehingga sanggup bersubahat menipu dalam pilihanraya untuk mencapai kemenangan.Ingatlah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu majah “Ulama jahat ialah mereka yang datang menyembah, mengampu dan bekerja dengan pemerintah dan pemerintah yang baik ialah yang merujuk kepada ulama”. Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim pula menyebut “kecelakaan umatku adalah kerana ulama Su’ (ulama jahat)”.


Pemimpin-pemimpin mereka berapi-api cakap pasal Islam depan penyokong taksub mereka sedangkan isteri dan anak-anak perempuan mereka pun tidak mampu menutup aurat. Sedangkan Allah memberi jaminan mana-mana wanita yang mendedahkan aurat tempatnya neraka dan suami atau bapa-bapa mereka juga akan masuk sama. Mereka sibuk ajar rakyat dan anak-anak puak mereka kononya biar celik Al Quran, cepat khatam, pandai baca. Apa gunanya jika dalam masa yang sama arahan, peraturan, undang-undang dan perintah yang terkandung di dalamnya di seleweng, diingkar dan dihina. Munafiklah ini namanya.


Mereka ini berusaha menyekat apa saja ajaran islam yang disampaikan oleh pejuang atau pendahwah Islam yang berpandukan dari Al Quran dan Hadis atas konon memecahbelahkan rakyat dan bercanggah dengan dasar kerajaan. Rakayt disekat dan dihalang dari mendapat ilmu Allah yang tepat. Benarlah firman Allah dalam Surah An Nisa’ ayat 61“marilah tunduk kepada hukum-hukum Allah dan ajaran Rasul, nescaya kamu akan melihat golongan Munafik itu akan menghalang kamu dengan sekeras-kerasnya”. Mengapa terjadi begini? Kerana tidak lain terlalu patuh dan taat kepada penjajah dan kahirnya Allah butakan hati-hati mereka kepada kebenaran. Firman Allah dalam Surah Al Hajj ayat 46 “sesungguhnya bukan mata mereka yang buta, tetapi hati-hati mereka yang buta”. Mereka membantu rakyat bukan kerana tanggunjawab tetapi untuk merasuah rakyat agar terus menyokong mereka walaupun berbagai bentuk kezaliman yang mereka lakukan. Ingatlah amaran Allah dalam Surah Yasin ayat 21“ikutlah orang-orang yang tiada meminta balasan, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk”. Mereka ini mengatakan yang mereka juga dirikan masjid (ketua munafik zama Nabi dulu juga solat dan buat masjid, Cuma beliau tak sempat bina masjid kristal saja), buat maahad tahfiz, adakan musabaqoh Quran (Abu jahal dan Abu lahab tak marah Nabi dan sahabatnya baca Quran, yang mereka tentang bila Nabi nak laksanakan syariat Allah berdasarkan Quran) tiap-tiap tahun, Bantu rakyat tapi mereka jugalah yang mendirikan kilang arak, tempat judi, tipu harta rakyat, rasuah,tampas harta/tanah rakyat secara paksa dan berbagai kezaliman lagi. Mereka campuradukan antara yang hak dan yang batil. Firman Allah dalam Surah Al baqarah ayat 42 “ jangan kamu campuradukan yang hak dan yang bathil dan jangan kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahui”. Mereka ini izinkan pendakwah atau ustaz-ustaz menyampaikan dakwah di masjid dengan kebernaran dari mereka, mesti ada tauliah. Ajaran mesti tidak bercanggah dengan dasar mereka sedangkan dasar mereka adalah dari sakibaki peninggalan penjajah. Mereka ambil apa yang sesuai dengan perjuangan mereka dan buang yang mana dirasakan menggugat kedudukan, kuasa dan harta mereka. Allah telah menyatakan dalam surah Al baqarah ayat 85 “apakah kamu mengambil sebahagian dari isi kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiada balasan bagi mereka ini melainkan akan dicampakan ke dalam azab yang pedih”.


Yang jelas pemerintah atau kerajaan kita yang ada sekarang wajib di jatuhkan jika umat Islam sayangkan agama mereka, Negara mereka dan aqidah mereka. Kutukan dan laknat serta malapetaka yang Allah turunkan sekarang ini sepatutnya sudah menyedarkan umat Islam, tetapi disebabkan hati buta, tiada hidayah, mereka masih kekal dengan amalan kosong dan ibadah sia-sia mereka itu. Kuasa yang mereka terus perolehi walaupun secara zalim itu menjelaskan lagi bahawa pemimpin atau kerajaan kita sekarang sebenarnya berada dalam “Istidroj”. Itulah sebabnya mereka menolak syariat Allah sebagai dasar perundungan dan perlembagaan negara kerana ia akan menghalang mereka untuk melakukan kezaliman.Hayatilahlah sebuah Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tabroni yang bermaksud
“ Sekiranya engkau melihat Allah memberi nikmat (kuasa, harta dan sebagainya) kepada sesuatu golongan yang zalim itu, ketahuilah bahawa mereka sedang disiksa/disesatkan sedikit demi sedikit oleh Allah (yakni Istidroj)”. Fahamilah ajaran nabi yang sebenar dan dalamilah ilmu aqidah yang betul dan tepat. Jangan menyesal ketika mengadap Allah kelak.

Hayatilah antara peringatan dari Imam Ghazali ini:

Jangan kamu bergaul dengan pemimpin atau golongan yang zalim malah jangan kamu bertemu dengan mereka. Bwerjumapa dan bertemu dengan mereka banyak padahnya. Dan jangan sekali-kali kamu memuji mereka kerana Allah sangat murka orang fasik (zalim) dipuji dan mendoakan panjang umur mereka bermakna kamu suka Allah didurhaki di muka buki ini. Janagan kamu menerima apa-apa pemberian mereka walaupun ia dari sumber yang halal kerana ia akan merosakan agama dan dari situ akan timbul simpati kamu kepada mereka dan akan kamu akan menjaga kepentingan mereka dan akan berdiam diri di atas segala kezaliman yang mereka lakukan. Sekiranay kamu mendoakan agar mereka kekal berkuasa adalah sama seperti kamu mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas golongan yang lemah.” Seterusnya dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam hala “bahaya lidah”. Imam ghazali ada menyatakan bahawa “ mendedahkan kezaliman, kemungkaran pembesar atau pemimpin kepada umum adalah terkeluar dari takrif mengumpat malahan ianya diharuskan bagi menyelamat umat manusia dari terus bersekongkol dan bersubahat dengan kerja keji dan zalim itu.


Benarlah kata Nabi bahawa di akhir zaman kelak Orang zalim dipandang mulia dan baik, manakala orang baik dan beriman dipandang jahat dan dihina. Sabda Nabi ini bertepatand engan firman Allah Surah Al Hijr ayat 39
“Iblis telah berjanji akan menjadikan dan kemungkaran (kezaliman) itu nampak baik dan selesa pada pandangan manusia yang berjaya disesatkanya”.. Yang pasti dan jelas setelah 50 tahun Negara merdeka, 50 tahun jugalah UMNO berada dalam keadaan syirik, sesat dan zalim termasuklah sesiapa yang menyokong dan mempertahankan UMNO samada mereka itu mufti, ustaz, orang alim, tok guru atau sesiapa saja sama saja. Yang pasti puak ni dah termasuk dalam 72 golongan yang Nabi sebut akan ke neraka kelak, kerana apa yang Nabi dan Allah kata semua tak betul belaka bagi puak ni, dia ubah sesuka hati ikut selera mereka seperti kaum Yahudi dulu, itu sebabnya Yahudi menyokong islam hadari mereka itu. Golongan beginikah yang Nabi akan ngaku umatnya di akhirat kelak? Golongan ginikah yang Allah akan ngaku sebagai hambanya yang bertakwa dan beriman di akhirat kelak? Jauh panggang dari api. Jangan mimpilah.


Ingatlah amaran Allah, bahawa manusia akan dibangkitkan diakhirat mengikut siapa pemimpin yang mereka pilih semasa di dunia dulu, jika pemimpin yang dipilih dari kalangan yang zalim, mereka akan dibangkit bersama mereka dan dihumbankan ke dalam nereka bersama-sama. Lupakah kita cerita dalam Quran bagaimana pengikut dan pemimpin bergaduh did pan Allah kelak? Dia kata dia menipu dan pemimpin pula kata pengikutnya yang bodoh kerana dah tahu mereka zalim, khianat dan tak ikut Islam dalam memerintah, mengapa sokong juga? Akhirnya pemimpin dan pengikut Allah campakan ke neraka bersama-sama ulama-ulama jahat, tok guru jahat dan ustaz jahat mereka.
Wallahualam.

Kenapa Kartika Belum Disebat Lagi?

Abdul Aziz Ismail (IZMAS)

HUKUMAN sebat yang seharusnya dilaksanakan selepas bulan Ramadhan tahun lalu terhadap Kartika Seri Dewi Shukarno yang didapati bersalah kerana minum arak di khalayak belum menjadi kenyataan.

Rakyat dari semua gulungan masih hairan, keliru dan berhak bertanya di mana silapnya mengapa hukuman sebat enam kali itu tidak dilaksanakan pada hal yang empunya diri sudah bersedia pada bila-bila masa menerima hukuman itu dengan redha.

Adakah pihak berkuasa mahu melepaskan hukuman sebat itu dengan hukuman yang lebih rengan? Adakah pihak berkuasa ingin memaafkan hukuman itu - dengan bantuan orang atasan - sedangkan hukuman sudah dijatuhkan dan yang empunya diri rela disebat?

Semua ini tidak dimaklumkan kepada umum termasuk Kartika sendiri apakah hukuman sebenar yang patut dilaksankan dan bila?

Jika pihak berkuasa berhasrat melaksanakan hukum sebatan atau mahu merengankannya atau membatalkannya, maka umumkanlah secara resmi kepada rakyat supaya hilang semua kekeliruan dan kecelaruan yang sudah setengah tahun lebih menghantui fikiran rakyat?

Hukuman sebat untuk kaum wanita dikatakan lebih rengan dan tidak menyakitkan, tetapi mengapakah sukar dilaksanakan?

Tindakan tidak bersungguh-sungguh pihak berkuasa memberi jawaban konkrit dan melaksanakan hukuman yang sudah diputuskan itu boleh menjejas kredibiliti Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang sudah membuat keputusan mengikut enakmen yang tersedia.

Ia juga membawa maksud hukuman syariah masih sukar direalisasikan di negeri yang sudah membuat keputusan bersandarkan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri menerusi pindaan 1987 kepada seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Episod ini menjadi isyarat bahawa Mahkamah Syariah belum dapat membuat keputusan secara independence dan telus serta masih tertakluk kepada keputusan pihak atasan dalam hal-hal tertentu yang sudah menjejas kuasa dan kredibiliti hakim di mahkamah Syariah. Adakah ini akan berterusan dan bagaimana tanggapan rakyat tentang hal itu?

Ini juga bermakna pesalah yang melakukan perbuatan sama seperti Kartika pada ketika ini dan akan datang tidak perlu begitu bimbang kerana hukuman ke atas mereka masih samar dan belum dilaksanakan secara muktamad?

Implikasi lebih besar yang dihadapi kerajaan dari kacamata orang luar dan pakar undang-undang dalam episod ini amat membimbangkan dan menyentuh imej negara. Ia memberi isyarat bahawa hukuman yang sudah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah boleh ditangguh, dipinda dan mungkin dibatalkan dengan campur tangan pihak tertentu.

Ia juga seolah-olah memberi gambaran bahawa hukuman Syariah yang cuba diperkenalkan kepada masyarakat Islam di negara ini masih sukar dilaksanakan dan perlu melalui jalan penuh berliku sebelum dapat direalisasikan.

Episod ini sepatutnya tidak boleh disamakan dengan perlaksanan hukum hudud yang dikatakan mengenakan hukuman asas Islam sebenar seperti 100 sebat bagi penzina dan berbagai lagi hukum yang lebih membebankan.

Dalam kes Kartika, hukuman sudah dipinda dan disesuaikan oleh Majlis Agama Islam Pahang. Kartika hanya dikenakan sebat tidak melebihi enam kali dan cara perlaksanaannya juga rengan sesuai kepada tubuh wanita dibanding lelaki, tetapi mengapa sukar dijalankan padahal hukuman itu jauh lebih rengan dari perlaksanaan hukum Islam sebenar?

Episod Kartika seolah-olah menggambarkan negara perlu mengkaji semula perlaksanaan hukuman syariah yang nampaknya sukar dilaksankan jika tidak disertai dengan kekuatan azam politik yang mendalam. Undang-undang di atas kertas yang sudah diluluskan tetapi tidak disertai dengan perlaksanaan yang bersungguh-sungguh bakal menjadi bahan ketawa orang luar dan rakyat sendiri.

Dalam episod Kartika kerajaan sepatutnya menjalankan hukuman yang sudah diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan supaya menjadi amaran dan tauladan kepada pihak lain jangan sesuka hati minum arak di khalayak yang boleh mencemarkan imej Islam dan umatnya.

Ini sesuai dengan pengakuan jujur Kartika sendiri yang mahu dirinya disebat tanpa tolak ansur sebagai pelajaran berguna kepada pihak lain supaya menjauhi arak dan mematuhi hukum Islam.

Jika episod Kartika ini berterusan dan tidak dimuktamadkan secara adil dan bijaksana, dikhuatiri ia bakal melibatkan hukuman syariah lain yang lebih besar kesannya seperti kes rogol, perceraian, sumbang mahram, penculikan, pembunuhan dan berbagai lagi yang boleh membawa implikasi mendalam kepada sistem kehakiman dan syariah negara.

Jika kerajaan serius dan mahu menunjukan kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa ia bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hukum syariah - tidak terpengaruh dengan desakan pihak tertentu dan campur tangan pihak atasan dalam merealisasikan keputusannya - ia harus bermula dari episod kecil Kartika yang boleh menjadi batu asas kepada perlaksanaan hukum dan peraturan Islam lain yang lebih besar dan bermakna.

Miliki satu keping VCD cetak rompak pun boleh dihukum

BUTTERWORTH,Jan 16: Orang ramai yang memiliki walau hanya sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) cetak rompak boleh dihukum apabila Akta Hak Cipta dipinda tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu termasuk dalam rangka cadangan pindaan akta berkenaan yang sedang diteliti oleh kementerian itu.

“Di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual salah tetapi membeli sekeping DVD atau VCD cetak rombak tidak salah, sepatutnya kalau jual salah, beli pun salah juga,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini, hari ini.

Beliau berkata di bawah peruntukan akta sedia ada, hanya mereka yang memiliki tiga keping atau lebih DVD atau VCD cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya cadangan pindaan akta itu bagi mengawal penjualan DVD dan VCD cetak rompak di negara ini.

Selain itu, katanya melalui cadangan pindaan akta itu juga, pemilik premis yang menjual DVD dan VCD cetak rompak juga boleh dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, beliau berkata bentuk tindakan bagi kedua-dua kesalahan itu sedang diperincikan oleh kementerian itu.

Katanya pindaan akta itu dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Mac ini.

“Ini adalah cadangan di peringkat kementerian, kita kena kemukakan cadangan itu kepada Pejabat Peguam Negara, kemudian ke Kabinet dan jika tiada sebarang masalah kita akan bentangkan di Parlimen seterusnya dilulus dan diwartakan,” kata beliau dipetik Bernama.

Selain itu, katanya empat lagi akta akan dipinda iaitu Akta Perlindungan Pengguna, Akta Jualan Langsung, Akta Kawalan Harga dan Akta Sewa Beli.

Katanya akta baru iaitu Akta Persaingan juga akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
-themalaysianinsider-

Jais juga larang bukan Islam guna 25 kalimah

PETALING JAYA, Jan 15: Orang bukan Islam yang menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan yang dilarang akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Antara perkataan itu adalah,
Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.

Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya terdapat aduan berhubung perkara itu.

Setakat ini di Selangor tiada individu disabitkan di bawah enakmen itu.

“Tetapi kita akan jalankan siasatan lanjut dan kemukakan bukti jika ada menerima aduan mengenai penggunaan perkataan larangan tersebut,” kata beliau dipetik Sinar Harian.

Mohamed Khusrin berkata, gesaan itu dibuat untuk memberi peringatan kepada bukan Islam supaya menghormati agama Islam.

“Kita harap mereka tidak akan guna pakai perkataan-perkataan yang telah disenaraikan itu dalam apa juga keadaan sama ada percakapan atau penulisan dalam mana-mana penerbitan bukan Islam,” katanya.

Katanya, di Pahang terdapat satu (1) kes mengenainya telah dibicarakan dan disabitkan kesalahan.

Enakmen ini juga telah diguna pakai oleh 10 negeri termasuk Selangor dan Pahang dan perkara ini perlu untuk memberi penjelasan kepada bukan Islam agar menghormati dan menjaga keharmonian Islam, kata beliau.

Sepuluh negeri mempunyai peruntukan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam mengikut enakmen itu kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Abdul Halem Hapiz Salihin pernah berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 31 Dis lalu membenarkan Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam),

Enakmen itu digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.

Kata Abdul Halem, keputusan itu akan meletakkan pemohon iaitu gereja Katolik sebagai pihak yang melakukan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 9 enakmen berkenaan.

Ia berikutan tindakannya menggunakan kalimah Allah iaitu yang menjadi satu perkataan bersumberkan Islam yang disenaraikan dalam bahagian I jadual enakmen itu yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam.

“Penghakiman ini juga bertentangan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika ada unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


MAIM SENARAI UNGKAPAN DILARANG

Kelmarin, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menyenaraikan 33 perkataan termasuk kalimah Allah dan 15 ungkapan dalam Islam yang tidak boleh digunakan penganut agama lain dalam penerbitan atau percakapan mereka.

Perkataan tersebut ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadah, kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, dan iman.

Selain itu ialah dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi, sheikh, akhirat, azan, al-Quran, al-Sunnah, hauliak, karamah, shahadah, masjid dan Baitullah.

Setiausaha Maim, Idrus Md. Jani berkata, perkara itu terkandung di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang diwartakan di negeri ini.

Menurutnya, bagi ungkapan pula ialah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, insya-Allah, Astaghfirullah Azim, Tabaraka Allah, masya-Allah, Lahaula Walaquata Illabillahil Azim, Assalamualaikum, Wallahi, Wabillahi, Watallahi dan Auzubillah.

-themalaysianinsider-

Penulis blog banyak mengumpat: Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kritikannya terhadap sesetengah penulis blog yang disifatkan lebih banyak mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Katanya, rakyat perlu menapis sebarang maklumat tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan penulis blog individu tertentu, sekali gus menimbulkan suasana yang tidak baik kepada masyarakat

“Kita baca blog kerana nak ilmu. Tetapi kalau apa yang dituliskan itu banyak perkara berunsurkan provokasi dan fitnah, jadi apa ilmu yang kita dapat itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat.

"Jika tulisannya itu dengan niat melaga-lagakan orang. Kalau molek (baik) tak apa,” katanya pada kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Terdahulu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan penulis blog yang melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik Pas Kelantan sebagai ‘blogger celaka’.

Reaksi itu timbul apabila terdapat blog yang menyatakan Exco Kanan Pas, Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatan susulan krisis yang melanda kepimpinan Pas negeri baru-baru ini.

Bagi tujuan itu, Nik Aziz mempertahankan Husam yang disifatkan membawa kebaikan kepada Kelantan dan negara ini.

Pada masa yang sama, krisis pentadbiran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang melibatkan menantu Nik Abdul Aziz, Abdul Ariffahmi Abd Rahman sehingga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adalah juga tercetus dari tulisan blog.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz turut mencadangkan pembuat kuih tradisional di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama-nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih ‘tahi itik’.

“Jika nama kuih ‘puteri mandi’, ‘jala emas’ boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih ‘tahi itik’ juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai,” katanya.
-S/H

Pemuda PAS sokong titah Raja Dr Nazrin Shah

Harakahdaily
IPOH, 15 Jan:
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah semasa Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) agar rakyat perlu bijaksana mengenalpasti dan meningkatkan asas perpaduan serta memahami implikasi negatif yang boleh tercetus akibat menimbulkan perkara yang mendatangkan ketidakselesaan dan bersifat kontroversi.

Ketuanya, Mohd Nor Amin berkata, DPPN Pk menekankan bahawa Islam tidak mendidik umatnya melakukan perkara yang bertentangan dengan naluri dan perkara yang ditegah oleh agama, bahkan Islam telah menuntut seluruh umatnya supaya menghormati agama lain.

Islam juga tegas beliau telah menetapkan dakwah sebagai cara berhubung dengan agama lain sebagai satu makenisma terbaik sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

"DPPN Pk merasakan titah Raja Dr Nazrin Shah sebagai satu bentuk peringatan dari Ketua Agama Islam Negeri supaya semua pihak jangan sekali-kali melakukan tindakan di luar batasan norma ajaran agama.

"Islam yang pada dasarnya sangat mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum." katnya dalam satu kenyataan.

Umat Islam tegasnya perlu memahami bahawa Islam adalah cara hidup yang sempurna anugerah Allah sebagai satu rahmat kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

"Malah DPPN Pk juga menyarankan tokoh-tokoh agama agar mengurangkan serangan dan ketegangan tetapi memperkasakan majlis dialog penerangan sepertimana yang telah disaran oleh Agama Islam bagi memastikan umat Islam dan bukan beragama Islam akan dapat memahami dengan jelas kebenaran dan keadilan Islam dalam menangani permasalahan semasa," katanya.

ZAID: Kenapa saya cadang Nik Aziz...Bahagian II

Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria. Foto Shukri Mohamad.

Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi spiritual leader kepada Pakatan. Cadangan ini telah menimbulkan polemik dalam PKR.Kenapa bukan Anwar dan sebagainya.

Datuk Zaid menjelaskan soal ini dalam bahagian II wawancara eksklusif ini.

Datuk membuat dua tulisan dalam blog Datuk tentang cadangan Tuan Guru Nik Aziz sebagai spiritual leader kepada Pakatan. Apa sebenarnya yang bermain di kepala Datuk ketika itu...kenapa tidak Datuk Seri Anwar atau di mana kedudukan beliau ketika Datuk cadangkan Tok Guru Nik Aziz jadi spiritual leader tadi.

Saya perlu jelaskanlah kerana orang Keadilan sendiri pun marah kepada saya (ketawa). Sebenarnya apabila saya membuat cadangan itu saya memikirkan kalau kita nak menang melawan Umno dan BN khususnya kita kena meletakkan isu perlawanan kita di atas satu dasar politik yang bermaruah, berasaskan unsur-unsur etika yang tinggi, unsur-unsur agama yang diterima semua pihak. Kita tidak boleh melawan Barisan Nasional dan Umno dengan duit, dengan menunjukkan kuasa, dengan menunjukkan itu dan ini.Itu politik mereka.

Politik kita melawan orang seperti ini ialah politik ketelusan, politik perjuangan rakyat, yang dapat merangsang rakyat. Jadi saya terfikir kepada India. Kalau perjuangan Parti Kongres India melawan British dengan kekerasan, saya rasa mungkin mereka tidak berjaya dan mungkin membawa porak peranda kepada India.Tetapi mereka melawan atas dasar kemanusiaan Mahatma Ghandi. Tetapi Parti Kongres India tetap dengan kepimpinan yang ada. Misalnya Perdana Menteri, kalau menang nanti ialah Nehru.

Jadi soal siapa menjadi Perdana Menteri, itu soal lain dan saya percaya tidak ada siapa pun nak pertikai kalau Pakatan menang Datuk Seri Anwarlah yang jadi ketua, pada lazimnya. Orang tidak akan bimbang soal Anwar.

Saya pilih Tok Guru Nik Aziz kerana pada saya beliaulah yang melambangkan perjuangan kita. Orang yang tidak mementingkan kekayaan, tidak mengamalkan rasuah, mementingkan nilai-nilai agama dan beliau melambangkan segala-gala yang kita perlu ketengahkan dalam melawan gergasi tua bernama Barisan Nasional ini. Jadi itulah sebab saya cadangkan beliau sebagai 'spiritual leader'.

Tapi orang mungkin membaca saya cuba hendak membuat kenyataan nakal dan sebagainya. Saya tidak ada niat itu. Saya cuma fikir soal Perdana Menteri itu, kita pilihlah di kalangan Ahli Parlimen. Saya yakin Tok Guru pun tidak mahu menjadi Perdana Menteri.Tetapi lambang perjuangan Pakatan ini mestilah berasaskan kepada seorang sekurang-kurangnya kalau tidak dapat memenuhi apa yang saya sebut tadi tetapi beliaulah yang paling dekat ke arah itu.

Jadi inilah reformasi, revolusi Malaysia mestilah berasaskan kepada ini. Jadi saya rasa ini juga satu cara memperkukuhkan PAS kerana akhirnya bagi politik semenanjung, ialah politik Melayu. Jadi pada saya Tok Guru can be anyone dalam Barisan Nasional melihat kepada mesej dan pengaruh. Saya tidak ada niat melagakan sesiapa pun. Oleh kerana saya dah sebut perkara ini, jadi habis di situ sahajalah.

Ekoran daripada isu tersebut mungkin apa yang dibuat oleh Datuk itu menyebabkan Tok Guru Nik Aziz menghadapi pelbagai isu dan masalah yang ditujukan kepada beliau. Adakah itu mungkin reaksi daripada kenyataan Datuk atau cara Umno nak bunuh karektor beliau.

Memanglah Umno sudah lama hendak rosakkan Tok Guru Nik Aziz kerana beliaulah yang memenangkan Kelantan selama 20 tahun. Jadi Umno kena usahalah. Usaha nak jatuhkan Tok Guru Nik Aziz dah berlaku lama. Saya tidak tahulah samaada ada kaitan dengan cadangan saya tadi atau tidak. Tapi apa pun yang Umno lakukan, imej Tok Guru kekal, penghormatan rakyat kepada beliau kekal.

Itulah sebabnya saya kata dalam soal ini Umno akan gagal. Umno boleh menjatuhkan saya, boleh jatuhkan Datuk Seri Anwar dengan memburuk-burukkan kami.Tapi saya rasa dengan Tak Guru susahlah. Umno akan usaha tapi saya percaya imej dan reputasinya kekal baik.


Ketika Datuk masuk ke PKR, Datuk dilihat sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar, jika apa-apa berlaku kepada Anwar. Akibatnya ada semacam tentangan dalam PKR sendiri. Apa komen Datuk.

Mungkin adalah orang yang tidak senang dengan saya. Tapi sebelum saya masuk PKR dulu pun, saya bagitahu Datuk Seri Anwar bahawa saya tidak mahu terlibat sangat dengan politik dalaman. Saya pun sudah tua. Saya dengan Umno pun sudah 20 tahun. Saya rasa sudah letih. Saya cuma nak melihat Pakatan berjaya.Jadi saya kata, berilah saya peluang untuk memberikan sumbangan.Bagaimana nak satukan parti-parti pembangkang ini untuk lebih kuat.Saya melihat itu sahaja peranan saya.

Jadi soal kepimpinan Parti Keadilan saya tidak pernah masuk sampai ke hari ini. Sebab itu saya bebas. Saya nak kata apa, saya kata sebab saya tidak memikirkan lepas Datuk Seri Anwar siapa...lepas itu sapa.. kerana pada saya kalau Keadilan kuat pun, tapi Pakatan lemah, tak cukup jugak.

Saya lebih suka melihat DAP, PAS, dan kalau boleh parti-parti lain juga yang ada, yang belum masuk Pakatan. Itu cita-cita saya. Kalau boleh ada lagi parti-parti mungkin tak sebesar PAS dan DAP tapi yang menyahut seruan kita, yang memahami dasar kita, samaada di Sabah dan Sarawak bersama-sama kita supaya pakatan ini lebih menyeluruh. Inilah usaha yang sedang saya lakukan dan saya mahu meneruskan kerja itulah. Soal kepimpinan Keadilan saya taidak mahu fikir sangat.

Siapa biayai PWTC? ANDALAH - buku Barry Wain

Sebuah buku yang menceritakan kehidupan dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Dalam buku bertajuk
Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, penulisnya Barry Wain menulis bahawa kerajaan telah "memujuk" bank-bank milik kerajaan supaya tidak menuntut jumlah pinjaman yang besar untuk membiayai projek tersebut.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.

Menurut satu laporan sulit akauntan yang ditugaskan oleh Umno pada 1985, yang diperolehi oleh Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta.

Laporan itu berkata, jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan 0 Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd.

Selain itu, laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570.

"Dan laporan tersebut... menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut tidak akan bayar apa-apa lagi," tulis Wain dalam bab lima bukunya itu yang bertajuk
A Volatile Mix of Business and Politics.
-malaysiakini-

Peguam SPRM Kurang Ajar

Prosiding inkues setiausaha politik Teoh Beng Hock di Shah Alam hari ini menjadi tegang apabila peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mempersenda ketidakupayaan fizikal peguam Karpal Singh.

Dalam prosiding itu, Datuk Abdul Razak Musa, mewakili SPRM, telah berkata "saya boleh duduk tetapi kamu tidak boleh berdiri" kepada Karpal yang berkerusi roda.

Kenyataan itu mencetuskan pertikaman lidah serta menimbulkan kemarahan Karpal dan anaknya Gobind Singh dan mendesak mahkamah untuk mengeluarkan perintah terhadap Abdul Razak kerana menghina.

Koroner Azmil Muntapha Abas bagaimanapun memutuskan tidak mengenakan perintah ke atas Abdul Razak kerana menghina setelah mahkamah menerima permohonan maaf peguam itu dan memberi peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Abdul Razak mengeluarkan komen tersebut setelah Karpal, yang mewakili abang mendiang, Teoh Meng Kee, menghalangnya beberapa kali daripada membuat bantahan dan mengarahkannya duduk.

Abdul Razak ingin membuat bantahan terhadap kenyataan Karpal yang mendakwa Teoh mati dibunuh dan terdapat kemungkinan penglibatan pegawai-pegawai SPRM dalam kejadian itu.

Karpal bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf itu dan mendakwa ia dibuat dengan tidak ikhlas, serta mendesak koroner supaya mengeluarkan perintah 'kerana menghina mahkamah'.

Koroner Azmil sebaliknya hanya memberikan peringatan kepada Abdul Razak dan mengarahkan supaya prosiding inkues diteruskan dengan mendengar hujah Karpal berhubung permohonannya untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap dua pegawai SPRM.

Karpal yang tidak berpuas hati dengan keputusan koroner itu enggan meneruskan prosiding inkues.

Beliau memohon supaya Abdul Razak dikenakan denda RM150 dan penjara sehari kerana kesalahan menghina mahkamah di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, berkata mahkamah patut mengambil berat isu tersebut kerana ia menyentuh sikap Abdul Razak yang tidak sensitif ketika mengeluarkan komen tersebut.

Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Teoh bersambung Jumaat depan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada pengerusi jawatankuasa tetap kampung baru dan pengurusan kilang haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan salah guna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di bangunan sama.
-Bernama-

Malaysia Rayu Singapura, Hilang Maruah..

dewa
Terkini. Kesanggupan BN merayu kepada Singapura dalam isu tambak Johor memalukan rakyat Malaysia. Sebelum ini, BN dengan kecut perutnya membatalkan Jambatan Bengkok dan mengakibatkan negara rugi beratus juta ringgit. Kemudian, kedaulatan negara terjejas apabila Batu Putih dirampas Singapura dalm apa yang disifatkan UMNO sebagai 'win-win situation'. Terkini, SIngapura dirayu pula! Keratan akhbar dan ulasan disertakan.

"Bharian, 15 Januari 2010: Singapura diminta bantu atasi kesesakan lori di Tambak Johor

JOHOR BAHRU: Malaysia berharap Singapura akan turut membantu dalam menangani masalah kesesakan pergerakan lori ke republik itu melalui Tambak Johor.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Malaysia sendiri telah mengambil langkah penyelesaian antaranya dengan menamatkan penggunaan 'gate control system' di pusat pemeriksaan kedua, menambah anggota kastam dan mengadakan dua lorong tambahan pada akhir tahun lalu.

"Langkah-langkah ini berjaya mengurangkan kesesakan dan memudahkan pergerakan lori ke Singapura sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar dagangan antara kedua-dua negara," katanya kepada pemberita selepas melawat kompleks tersebut dan menghadiri taklimat operasi kastam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini."
Nampak sangat Malaysia yang terhegeh-hegeh.
Malu betul tengok cara UMNO menyerah diri dan kedaulatan negara kepada Singapura dalam pelbagai isu. Dari isu air, sampai isu Batu Putih, sampailah ke isu Wilayah Pembangunan Iskandar. Kalau pemandu Singapura nak masuk Malaysia, senang-senang saja. Lepas tu memandu laju dan membahayakan nyawa rakyat Malaysia. Bila warga Malaysia hendak ke Singapura, kerapkali dilayan bagaikan teroris. Kalau rombongan pelajar 10 orang nak masuk, kurang-kurang seorang akan sangkut dan semua jadi lewat. Akhirnya terpaksa masuk secara individul lebih senang.

Kepada UMNO Johor, janganlah menang sorak kampung tergadai. Melalak memaki hamun Tok Guru tetapi menikus didepan Singapura. Setakat curi-curi bakar rumah ibadat lepas tu lari ...tak payah sombong la. Haram hukumnya!