Wahai Menteri, berhentilah beretorik

Zolkharnain Abidin
Kerajaan meluluskan 100,000 pekerja asing baru untuk tempoh lima bulan kerana permintaan syarikat untuk pekerja asing semakin meningkat. Peningkatan ini berlaku berikutan pemulihan ekonomi.

Kerajaan mengambil langkah itu juga kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk menerima tawaran syarikat berkaitan.

Sementara syarikat berkaitan pula ketika diminta oleh kerajaan menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik pekerja tempatan tidak sanggup melakukan demikian.

Itu petikan kenyataan menteri. Boleh baca di bawah sekali. Saya musykil dalam beberapa perkara.

Pertama, betulkah 100,000 pekerja asing itu untuk keperluan industri atau untuk keperluan kroni? Bukankah ramai pemimpin Umno berniaga ‘orang’? Dan, mereka menjadi kaya dengan perniagaan itu.

Kedua, betulkah rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan? Atau, syarikat berkenaan tidak mahu mengambil pekerja tempatan kerana mengelak tanggungan bebarapa kos yang tidak perlu ditanggung ke atas pekerja asing?

Ketiga, kerajaan berkata ekonomi negara semakin pulih. Kalau begitu, mengapa syarikat tempatan tidak bersedia menawarkan gaji yang setimpal untuk pekerja tempatan?

Bagi saya, kerajaan bohong dan bermain silap mata dalam isu ini. Bagaimana?

Pertama, kalau dikatakan pekerja tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan, itu bohong di siang hari. Kalau ada pun bilangannya sangat kecil. Bukan rakyat tidak mahu bekerja tetapi sektor perkilangan tidak bersedia menerimanya. Sektor perkilangan ada alasan tersendiri.

Pengalaman berada di syarikat swasta sekarang, setiap hari ada sahaja permohonan daripada lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk bekerja termasuk di sektor perkilangan. Mereka sanggup bekerja walau pun secara kontrak, bahkan dengan gaji yang seadanya. Asalkan mereka ada kerja.

Bukan pekerja yang memilih pekerjaan tetapi sektor industri yang memilih.

Kedua, kalau ekonomi negara sudah pulih, sepatutnya sektor perkilangan bersedia menaikkan gaji setimpal untuk pekerja tempatan. Mereka mengambil pekerja asing kerana bebanan kewangan. Kerajaan berbohong dengan kenyataan ekonomi negara sudah pulih.

Ketiga, pengambilan pekerja asing dibuat untuk penjimatan kos operasi. Mereka boleh ditamatkan perkhidmatan termasuk diperah keringat mereka dengan mudah oleh majikan. Di samping itu ramai pemimpin Umno yang tumpang senang dan kaya dengan pengambilan pekerja asing.

Pengurangan jumlah pekerja asing juga bukan sepenuhnya bertolak daripada kebertanggungjawaban kerajaan dalam isu ini tetapi lebih kepada ‘pengalihan isu’. Isu sebenarnya, Malaysia bukan lagi tumpuan pekerja asing. Di samping ‘bangkai’ cari makan dengan berniaga pekerja asing yang dibuat oleh pemimpin Umno / BN sudah tidak boleh ditutup lagi.

Pemimpin Umno / BN usah berbohong dengan perkara ini. Kepada bapa menteri, cukup-cukuplah dengan retorik ekonomi semakin pulih. Mengaku sajalah bahawa Umno / BN memang telah hilang stamina untuk memulihkannya.

Rakyat sudah tahu itu semua. Cuma rakyat menunggu masanya sahaja.

Lelaki jumpa bom grenad dalam dekoder Astro

KUALA LUMPUR, Feb 6: Seorang lelaki menemui sebutir bom grenad dalam sebuah dekoder astro terpakai yang baru dibelinya dari seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran Tesco Ampang di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan berkata penemuan bom itu dimaklumkan kepada polis kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu berminat membeli dekoder terbabit selepas membaca iklan yang ditampal di satu tembok di kawasan berhampiran.

“Melihat pada harga dekoder yang ditawarkan, dia kemudian terus menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata penjual dekoder itu kemudian meminta lelaki berkenaan untuk bertemu dengannya di satu kawasan berhampiran di Tesco Ampang.

“Dekoder itu diletakkan dalam sebuah kotak. Lelaki itu kemudian bertindak memeriksa dekoder itu apabila melihat sesuatu di dalam dekoder berkenaan.

“Dia terkejut dan panik apabila mendapati ia adalah sebutir bom grenad,” katanya.

Abdul Jalil berkata menyedari kejadian itu, penjual dekoder kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

“Polis masih berusaha mengesan penjual dekoder itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” kata Abdul Jalil.

-Bernama-

Nasir Safar, si 'lelaki misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia?

chegubard
Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?

Pegawai Khas Perdana Menteri Najib Tun Razak, Nasir Safar diminta meletakkan jawatan kerana menggelar pendatang awal India ke Malaya sebagai pengemis dan pendatang Cina sebagai pelacur. Tetapi tu bukan ‘cerita panasnya’. ‘Cerita panas’ pada hari ini adalah Nasir Safar adalah orang yang dinyatakan dalam perkara 30, Akuan Bersumpah Bala:

"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Anda boleh membaca teks penuh Akuan Bersumpah Bala di bawah ini.

Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?

Pelik… mengapakah Pegawai Khas Perdana Menteri berada di tempat kejadian? Adakah kerana dia ingin memastikan bahawa Altantuya ditangkap dan dihapuskan dengan segera?

Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya.

Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial), ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?

Sebelum ini, kami memaparkan buku log polis pengawal yang menunjukkan bahawa dua pegawai tentera yang tidak disebutkan namanya pergi ke rumah Najib sekitar tengah malam pada malam Altantuya meninggal dunia, dan mereka tidak keluar hingga fajar keesokan harinya.

Okeylah, mungkinlah kot dia orang melepak di sofa Rosmah sambil berborak dari tengah malam hingga fajar. Mmm… atau adakah mereka meninggalkan rumah tu dengan menggunakan kereta Rosmah dan pergi ke suatu tempat, di mana tiada catatan dibuat dalam buku log berkenaan? Kalau betul mereka meninggalkan rumah tu dengan menggunakan kereta Rosmah, maka ke manakah mereka pergi dan apakah yang mereka lakukan selama lima hingga enam jam?

Ya, plotnya makin rumit. Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap.

Adakah Najib nak cabar kami dalam hal ni? Kalau nak, silakan. Dengan demikian, peguam Bala dapat melakukan segala yang perlu supaya saksi berkenaan dapat memberikan keterangan kepada SPRM di London, iaitu seperti yang ditawarkan sebelum ni. Masalahnya adalah SPRM tak nak bertemu dengannya di London. Mereka nak bertemu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

SPRM ingat kita ni bangang sangatkah? Kalau nak jumpa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, lagi bagus kita jumpa di Bukit Aman saja. Alang-alang, apa kata kita jumpa di Kamunting. Senang kerja semua orang. Gitu?

Oh ya, jangan lupa tentang adik Najib yang berjumpa dengan Bala untuk mengugutnya dan memaksanya menarik balik Akuan Bersumpahnya yang begitu menjahanamkan (karier politik Najib) tu.

Badrul Hisham Shaharin.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
-harakahdaily-

Syed Husin perjelas kedudukannya dalam PKR

Syed Husin Ali mengesyorkan kepada mereka yang mempersoal kedudukannya sebagai anggota dan timbalan presiden PKR supaya menulis secara rasmi kepada parti itu.

"Lebih baik lagi, jika mempunyai apa-apa sokongan, mereka boleh mengemukakan resolusi dalam Kongres Keadilan (PKR) akan datang agar menggantung keanggotaan saya, seperti salah seorang dari mereka mahu," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Syed Husin berkata, dua orang telah mempersoal kedudukannya dalam PKR.

"Mula-mula saya tidak berhasrat menjawab tuduhan liar mereka.

"Kini saya merasa perlu memberi sedikit penjelasan supaya mereka dan media yang dikuasai Umno tidak terus berbohong," katanya.

Dr Syed Husin berkata, keputusan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk bercantum dan membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dibuat dengan majoriti besar lebih dua-pertiga dalam kongres dan mesyuarat agung tahunan masing-masing sekitar tahun 2002.

"PRM juga bersetuju untuk menutup parti. Berikutannya, Pimpinan Peralihan Keadilan Rakyat dibentuk dengan wakil-wakil dari dua-dua parti menganggotainya.

"Pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah melengah-lengahkan pendaftaran parti baru ini. Jadi kami mengambil keputusan membawa perkara ini ke mahkamah.

"Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan memihak kepada pendaftaran parti. Pada 3 Ogos Parti Keadilan Rakyat dilancarkan dengan rasminya," kata Syed Husin.

Namun, tegasnya, pihak ROS "kelihatan liat hendak menerima keputusan majoriti lebih dua pertiga yang dibuat oleh kongres PRM".

"Mereka membenarkan sekumpulan kecil serpihan untuk meneruskan PRM. Sebenarnya, beberapa orang pemimpin serpihan telah menyertai pimpinan peralihan Keadilan Rakyat. Mereka keluar apabila diberi peluang oleh ROS.

"Itu sebabnya sepuluh orang bekas pemimpin PRM asal, termasuk saya, mencabar dalam mahkamah tindakan ROS itu.

"Kami tidak mengiktiraf “PRM” baru ini kerana ia bertentangan dengan keputusan kongres PRM. Keputusan mahkamah tidak memihak kepada kami.

"Kumpulan serpihan kecil itu meneruskan parti. Namun mereka tidak pernah dapat menarik lebih dari 50 orang untuk menghadiri “kongres” tahunan mereka. Baru-baru ini presiden mereka kembali ke pangkuan KEADILAN.

"Jelas bahawa keputusan Kongres PRM menyetujui percantuman kedua-dua parti. Keputusan ini sepatutnya dipatuhi oleh semua anggota.

"Pimpinan peralihan KEADILAN bersetuju melantik saya sebagai timbalan presiden. Dua Kongres pemilihan KEADILAN (yang diadakan tiga tahun sekali) memperkukuhkan kedudukan saya," katanya.

Sehubungan itu, Dr Syed Husin mengesyorkan supaya mereka yang mempersoal kedudukannya sebagai anggota dan timbalan presiden PKR supaya menulis secara rasmi kepada parti tersebut.

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

Mohd Sayuti Omar
BERBAGAI pihak dan puak yang menamakan diri mereka NGO itu dan anu telah mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan di Pualau Pinang sehari dua ini. Tunnjuk perasaan semalam ini dikira terbesar. Mereka berbuat begitu kerana membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan bersikap kurang ajar kerana membelakang dan menyisihkan Melayu.

Kritikan terhadap Ketua Menteri yang disayangi pemimpin Pas itu juga dibuat ahli Parlimen PKR yang menjadi rakan Lim Guan Eng sendiri. Macam-macam ditala ke arah Guan Eng termasuk diktator, chauvenis dan bersikap macam komunis. Ini satu tuduhan keras dan berat.

Anih bagi saya kalau benar Guan Eng komunis, chauvenis dan diktator kenapa ia masih dihormati dan disayangi oleh rakannya bernama Pas. Pelik? Pas sebagai parti Islam tidak mungkin dapat menerima komunis ataupun mereka yang bersikap diktator.

Sesiapa pun tidak dapat menerima kalau ada diskriminasi kaum di negara ini. Apa lagi kalau diskriminasi itu dilakukan ke atas Melayu. Melayu yang merasakan mereka tuan negara ini akan terhina kalau mereka dipermain dan dinjak-injakkan.

Di sini saya tidak bermaksud berpihak ke mana-mana pihak dalam soal ini. Bukan menyokong tindakan berbagai NGO termasuk yang berpejabat di KL mengkritik dan mendesak Guan Eng itu dan bukan bersimpati berlebihan kepada Guan Eng. Kalau itu benar, bukan saja NGO berkenaan tetapi seluruh orang Melayu termasuk dari Sabah sana harus bangkit mendesak Guan Eng.

Saya nak tanya sekalian orang yang mendesak Guan Eng dan mengkritik beliau. Apakah benar Guan Eng bersikap kurang ajar dan tidak membela nasib Melayu? Saya rasa bukan saja saya, tetapi orang lain juga mahu melihat bukti-bukti apa yang dikatakan itu. Elok senaraikan apakah bentuk pengabaian terhadap orang Melayu dan jangan hanya tahu menuduh dan melolong mengatakan DAP mengabaikan Melayu.

Kita tahun DAP memerintah Pulau Pinang belum sampai tiga tahun. Sebelum ini negeri itu diperintah orang Cina menerusi parti Gerakan. Apakah selama 35 tahun lalu nasib Pulau Pinang terbela? Dan apakah pengabaian dan pilih kasih oleh Gerakan boleh dimaafi dan diamkan saja?

Kalau boleh untuk bersikap adil, NGO yang membantah Guan Eng kemukakan statistik mengenai kedudukan orang Melayu Pulang Pinang baik dalam pemilikan hartanah, pendapatan, pengangguran dan sebagainya. Bandingkan juga kehidupan orang Melayu semasa 35 tahun Gerakan memerintah dengan DAP yang baru dua tiga tahun ini.

Senaraikan jumlah orang Melayu di Pulau Pinang telah berpindah ke tanah besar sejak 35 tahun lalu dan bandingkan dengan jumlah yang ada hari ini. Ataupun orang Melayu di Pulau Pinang sudah tidak berpindah lagi kerana semuanya sudah tiada?

Kemukakan juga apakah keuntungan yang diraih orang Melayu sewaktu Gerakan dan apakah pula kerungian yang dialami orang Melayu sejak DAP memerintah. Sebut sekali nilai. Kalau pun nisbahnya berbeza disebabakan perbezaan tempoh tidak mengapa, yang penting sebut dan kemuakakan untuk dijadikan bukti.

Adalah tidak adil kalau hanya mengatakan Guan Eng, kejam kalau setakat gerai peniaga Melayu dirobohkan. Apakah selama 35 tahun dulu Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak pernah meroboh gerai orang Melayu? Apakah sejak 35 tahun lalu tanah wakaf milik umat Islam tidak terusik dan berkurangan sejengkal pun.

Kalau data-data dan bukti ini dikemukakan rasanya ia lebih adil dan menarik. Orang Melayu seluruhnya boleh bertindak jauh dari itu kalau nasib kaum mereka di pulau itu terbiar. Janganlah pula nasib malang orang Melayu disebabkan pemerintahan Gerakan selama 35 tahun hendak diletakkan atas belakang DAP.

Saya tidak membela DAP, tetapi mahu lihat keadilan dan realiti. Orang Melayu dan orang bukan Melayu perlu bersikap terbuka dan bertindak berlandaskan fakta dan keadilan. Kalau setakat hendak melepaskan buakan nafsu ia tidak ada guna. Kalau bakar kertas dan topeng pemimpin ia merugikan harta benda saja. Kalau api terkena jari, ia melecur tidak tentu fasal. Maksud yang dhendak dicapai tidak ke mana pun.

Kepada NGO yang lantang itu saya bimbang tindakan mereka akan dilebelkan sebagai ekstrem oleh kaum muda Cina. Realiti di Malaysia kena ingat bahawa kuasa negara ini memerlukan perkongsian dengan Cina. Apa juga yang perlu diketahui apakah kecaman ke atas Guan eng dan DAP itu turut disertai sama kalangan Cina?

Kalau orang Cina diam dan tidak ikut sama menyokong ibarat kata desakan itu tidak lebih seperti anjing kudung menyalak bukit saja. Telinga berkibas ekor terkedik-kedik, bukit tidak runtuh suara hilang ditelan angin lalu. Kerja-kejra bodoh seperti itu elok dihentikan dan carilah kaedah lain kalau pun orang Melayu Pulau Pinang inginkan kuasa di negeri itu. Cara Melayu menyerang Guan Eng saya tidak nampak ia berjaya kerana masyarakat Cina di Pulau Pinang menolak cara itu dan mereka lebih memerhati sejauh mana kemampuan Guan Eng. Orang Cina lebih terbuka dan bersikap demokratik dan bukannya emosi bodoh! [wm.kl. 6:45 pm 05/02/10]

http://msomelayu.blogspot.com/

Ku Li: Tiada peruntukan untuk bayaran wang ihsan

Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Feb 5: Tengku Razaleigh Hamzah berkata tiada peruntukan dalam undang-udang ataupun perjanjian yang membolehkan Petronas untuk membayar wang ihsan berbanding royalti minyak yang sepatutnya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada bayaran wang ihsan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang atau perjanjian.

"Ada yang mengatakan ini kemungkinan bayaran yang tidak sah. Saya bukan seorang peguam untuk menentukan perkara ini," kata Ahli Parlimen Gua Musang ini kepada pemberita di sini hari ini.

Pengasas Petronas dan bekas menteri kewangan menjadi serangan segelintir pemimpin Umno yang mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya minggu lalu bahawa Kelantan berhak menerima wang royalti lima peratus, bukannya wang ihsan.

Tengku Razaleigh memberitahu bayaran wang ihsan kepada Terengganu juga dibuat kepada pihak yang salah berbanding pihak yang dinamakan di bawah Seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan syarikat itu seharusnya menghormati perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri.

“Di bawah akta ini, bayaran tunai harus dibuat kepada kerajaan negeri berkenaan dan bukannya mana-mana pihak jika bayaran hendak dibuat," kata beliau.

Di Terengganu, kata beliau, wang ihsan disalurkan kepada Masjid Kristal, kolam renang yang bocor, stadium yang runtuh, makmal sekolah yang runtuh, stesen bas yang runtuh dan piala monsun.

Kata beliau masalah ini mesti dibetulkan.

Oleh itu beliau mengesyorkan agar Majlis Penasihat Petroleum Nasional yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum mesti ditubuhkan.

Jelas Tengku Razaleigh, keanggotaan majlis itu harus terdiri daripada kalangan pemimpin nasional yang akan memberi nasihat kepada perdana menteri.

Kata Tengku Razaleigh, pendiriannya dalam isu ini bukan soal politik tetapi mahu memastikan pelaksanaan ada betul.

Katanya, ada undang-undang dan perjanjian antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri, bukannya dengan Petronas yang harus diikuti.

"Kerajaan persekutuan tiada peranan dalam hal ini. Isu royalti adalah kerajaan negeri dan Petronas," kata Tengku Razaleigh kepada soalan sama ada ia telah dipolitikkan.

Beliau menambah Petronas tidak harus ikut arahan daripada ahli politik tetapi selaras dengan undang-undang.

Tengku Razaleigh berkata beliau menyokong keengganan kerajaan negeri Terengganu untuk menerima bayaran sehingga isu itu dibetulkan.

Bayaran royalti diubah menjadi wang ihsan pada tahun 2000 apabila PAS mengambil alih kerajaan negeri dan wang itu disalurkan kepada negeri menerusi pelbagai agensi yang berakhir dengan dakwaan penyalahgunaan.

Oleh itu katanya mereka yang bertanggungjawab harus disiasat.

Mengenai kes Kelantan, kata beliau ada pihak rasa segan dengan tawaran kerajaan mahu salurakan wang ihsan.

"Mereka tawarkan RM20 juta sedangkan syarikat rokok beri RM50 juta hingga RM100 juta untuk menaja acara sukan," katanya.

-malaysianinsider-

Wang Ehsan: Pas Pejuang, Umno Dapat, Rakyat Jangan Melepas!

Mohd Sayuti Omar

PETANG semalam khabarnya kesemua 14 ketua Umno bahagian di Kelantan telah hadir ke Putrajaya untuk menghadap Menteri Kewangan Ke II, Mohammad Nor Yaacob. Tujuan kedatangan mereka itu untuk mendengar dan memberi taklimat berhubung dengan projek Malaysia ke-10 di Kelantan dan tahap kemajuan yang ada.

Adalah dipercayai pertemuan itu juga ada kena mengena dengan wang ehsan minyak untuk Kelantan yang heboh diperkatakan kini.Mungkin saja pertemuan itu membincangkan bagaimanakah hendak agihkan wang ehsan berkenaan. Minggu lalu 'Tok Empat" Umno Kelantan, Mustapa Mohamed telah mengumumkan Kelantan akan menerima wang ehsan sebanyak RM20 juta. Dipercayai wang ehsan itu peringkat pertama.

Mungkin pertemuan itu untuk memikirkan mekanisme bagi mengagihkannya dan juga nilai yang patut diterima masing-masing. Atau dalam bahasa sinikal politik zaman ini bermesyuarat untuk mengagihkan wang berkenaan di kalangan mereka sebelum disampaikan kepada rakyat!

Angka sebanyak RM20 juta dipertikaikan. Exco baju petak-petak merah Kelantan mempersoalkan angka berkenaan. Katanya wang yang sepatut diterima ialah sebanyak RM40 juta bukannya RM20 juta. Angka itu menurut Exco baju petak-petak merah disebut sendiri oleh bekas Presiden Petronas, Hassan Marican.

Siapa yang boleh dipercayai di sini Exco baju petak-petak merah atau Mustapa? Kalau kata-kata Exco baju petak-petak merah itu benar, bererti Mustapa berbohong kepada rakyat Kelantan. Ada unsur-unsur penipuan dan menutup fakta sebenar. Kenapa? Tanyalah Awang Adek Hussein. Mungkin mereka ada muslihat tersendiri untuk tidak menyebut angka seperti mana dikatakan Exco baju petak-petak merah.

Tidak kiralah berapa jumlahnya, yang jelasnya wang ehsan yang diperjungkan Pas itu kini sudah diperolehi. Pejuangan pemimpin Pas Kelantan sudah berbaloi. Wang itu kini sudah ada di hadapan pemimpin Umno dan Mustapa bersama Awang Adek menggengamnya kemas kemen.

Umno yang akan membahagikan wang itu bukannya Pas. Dalam soal ini Pas hanya menelan air liur basi saja. Dalam soal ini Pas Kelantan menang sorak kampung tergadai. Tak mengapa, bukankan Pas adalah parti yang tulus dan iklhas untuk membela nasib rakyat. Jadi tidak berbangkit kalau wang itu siapa yang mengagih dan membahagikan kepada rakyat.

Cuma seandaian cadangan dan pandangan agar kerajaan negeri berunding berhubung wang ehsan itu secara elok, pasti sedikit sebanyak wang itu akan merecik ke dalam telapak tangan Pas juga. Kalau pun pemimpin Pas tidak tergamak untuk mengambilnya setidak-tidak Pas akan dijemput hadir sesmasa Umno hendak bahagikan wang itu kepada rakyat.

Kini semua terlepas. Pas hanya mampu menjerit dan menjerit menuduh Umno zalim dan sebagainya. Apakah rakyat Kelantan akan bersimpati dengan Pas dan terikut memburukkan pemimpin Umno seperti mana digong-gongkan oleh Pas. Ataupun akan melupai simpati itu bila Umno menghulurkan selipat duit nota RM100 kepada mereka? Sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana reaksi dan penerimaan rakyat selepas pengagihan itu berjalan kelak.

Nik Aziz tidak payah mengada-ngada mengatakan dia pandai agihkan wang berkenaan. Sejuta kali pandai dan telus pun kerajaan Nik Aziz tengok kepada gaya hari ini Umno tidak akan serahkan kepada kerajaan Kelantan. Ibrat kata kering gosilah Nik Aziz.

Bagaimana pun kalau Pas boleh menerima hakikat itu, bahawa mereka hanya tukang canang saja, di sinilah tampak keikhlasan dan kemurnian Pas dalam perjuangannya. Mereka tidak mahukan wang untuk kebutuhan diri mereka, tetapi semuanya untuk rakyat. Cuba, kalau bukan kerajaan Kelantan tergila-gila memperjuangkan wang itu, mungkin ia tidak akan diperolehi walaupun satu sen. UBN tidak pernah menyebutnya sebelum ini dan melindunginya dari pengetahuan rakyat.

Umno akan mula membangkitkan bila mereka berkuasa kelak. Sebab itulah Umno gila-gial untuk rampas Kelantan. Di sini rakyat boleh membuat penialaian antara sikap busuk Umno dengan sikap baik Pas!

Jadi rakyat Kelantan kena terima kaish kepada Pas Kelantan dalam soal ini. Terima kasih kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang ikut 'bercongit' ekor dan turun padang memperjuangkannya.

Apakah wang ehsan akan sampai kepada rakyat?

Persoalan kini apakah wang itu akan benar-benar sampai kepada rakyat? Inilah yang hendak diperkatakan dalam catatan ringkas ini.

Seorang pemimpin Umno Kelantan menyatakan kepada saya yang beliau tidak yakin wang sebanyak RM20 juta itu akan sampai kepada rakyat sepenuhnya. "Wang itu terlalu sikit, ke mana nak 'lele' (agihkan) wang sebanyak itu?" kata pemimpin itu.

Menurutnya untuk dibahagikan di kalangan Umno pun tidak mencukupi. Kalau sesama Umno pun tak cukup macam mana wang itu hendak agihkan kepada rakyat? Jangan mimpilah rakyat Kelantan, ujarnya.

Baginya wang sebanyak RM20 juta itu bukan saja tidak akan dapat faedah kepada rakyat tetapi ia juga akan menjadi penyakit dan bala kepada Umno Kelantan. "Bayangkan, bahagian Umno ada 14, ini bermakna ada 14 orang ketua. Kalau seorang ketua bahagian diberikan hanya RM1 juta untuk membangunkan projek di kawasan mereka, ini bermakna sudah RM14 juta habis, tinggal lagi RM6 juta," katanya sambil menambah, takkan RM1 juta saja!

Makanya beliau tidak fikir hanya ketua Umno bahagian saja yang inginkan wang itu, pemimpin lain juga memerlukannya. Dalam Umno ada pemimpin dinamakan empat peringkat, ketua, timbalan ketua, ketua wanita dan pemuda. Menurutnya semua pemimpin empat peringkat ini memerlukan wang. Umum sudah tahu Umno akan bergerak bila ada wang, tak dak wang mereka berhenti dan tidur, jarang yang sedia mengeluarkan wang sendiri atau bergerak tanpa menggunakan wang.

"Katakan timbalan ketua, ketua wanita dan ketua pemuda diberikan sebanyak RM500 ribu seorang. Ini bermakna sebanyak RM21 juta diperlukan. Wang yang ada hanya RM20 juta saja. mana cukup?" katanya.

Ulasnya lagi kalau pembahagian tidak adil dan tidak sama rata saat inilah akan timbul masalah. Akan berlaku perebutan dan dakwa mendakwi dan bermasaman muka. Mana-mana pihak yang tidak dapat merasa tidak puas hati dan dianaktirikan. Di sinilah akan bergaduh. Bergaduh kerana merebut harta faraid atau ghanimah dalam politik sering berlaku terutamanya dalam Umno.

Kerana itu kata pemimpin bergelar datuk itu, wang RM20 juta itu akan memberi penyakit kepada Umno. Ringkasnya Umno Kelantan kini bakal bergaduh sesama sendiri kerana merebut wang ehsan. Makanya bagi mengelakkan ini 'Tok Empat' Umno Kelantan kena tegas dalam soal ini. Wang itu jangan diagihkan kepada ketua bahagian atau pemimpin empat peringkat tetapi diberikan langsung kepada rakyat menerusi saluran khusus. Nescaya kalau diberikan menerusi ketua bahagian ibarat hangus dimakan apilah wang minyak itu. Ingat wang minyak mudah terbakar.

Walhasil balik asal wang ehsan nampaknya menjadi liabiliti bukan saja kepada Pas yang berjuang mendapatkannya tetapi Umno yang dapat juga turut sama bermasalah dengannya. Jalan paling baik kembali berikan semua sekali wang berkenaan untuk rakyat Kelantan dan jangan disonglap dalam poket mana-mana pemimpin. Boleh ke?
[wm.kl. 12:45 t/hari 05/02/10]

http://msomelayu.blogspot.com/

Al-Qaradawi dan penggunaan kalimah Allah

Terjemahan dari akhbar Al-Sharq (Qatar)

KEJADIAN membaling bom petrol di tiga buah gereja di Selangor baru-baru ini telah mendapat reaksi daripada Presiden Persatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi yang menyifatkan ia sebagai tindakan liar yang boleh mencetus perbalahan antara penganut Islam dan Kristian yang hidup dalam aman sebelum ini.Menurutnya, ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di beberapa negara Arab yang didiami oleh penduduk beragama Islam dan Kristian seperti di Mesir di mana penganut Kristian Ortodoks menguasai golongan Kristian lain, termasuk Katolik.

Beliau menyatakan kekecewaannya kerana beberapa gereja telah dijadikan sasaran untuk dirosakkan, sedangkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Tindakan itu jelas menunjukkan pelakunya amat jahil dan bukan kerana taksub kepada kelompok muslim tertentu, malah kejadian membakar gereja yang berlaku di Malaysia semata-mata susulan isu orang Kristian menggunakan lafaz 'Allah', sedangkan Allah SWT adalah Tuhan sekelian alam dan bukan hanya Tuhan kepada orang Islam sahaja. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan itu hanya menyumbang kepada perbalahan yang berpanjangan.

Penjelasan Syeikh al-Qaradawi itu dibuat ketika menyampaikan khutbahnya di Masjid Saidina Umar bin al-Khattab di ibu negara Qatar pada 22 Januari lalu. Dalam khutbahnya itu, beliau dengan tegas menyatakan, bahawa kejadian seumpama itu berlaku adalah disebabkan kejahilan terhadap agama.

Tambahnya, ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah juga di Mesir yang mempunyai ramai ulamak sedangkan umat Islam adalah umat yang beramal dengan sikap toleransi. Selaras dengan tuntutan al-Quran yang mengajar mereka mengenainya dan Allah SWT mencipta manusia terdiri daripada pelbagai jenis keturunan.

Jelasnya, jika Allah SWT menghendaki semua manusia mendapat hidayat petunjuk dari-Nya, makaDia boleh lakukan demikian, tetapi Allah sebut dalam ayat 2 surah at-Taghabun yang bermaksud,"Dialah Yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu Yang kafir dan ada sebahagian dari kamu Yang beriman," serta dalam ayat 118-119 surah Hud yang bermaksud, "Dankalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanyamenurut agama yang satu (tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia."


Perbezaan manusia dari segi pegangan agama dan asal keturunan adalah merupakan ketentuan Allah SWT, di mana tidak ada seorangpun di kalangan manusia mampu untuk mencampuri urusan-Nya walau apa jua kedudukannya dalam masyarakat, mereka juga tidak boleh memaksa orang lain untuk menjadi orang Islam seperti diri kita.

Justeru, sebagai orang Islam kita tidak boleh memisahkan diri kita daripada kehidupan orang bukan Islam di dunia ini, yang hanya dapat memisahkan diri kita adalah Allah pada hari kiamat, Allah berfirman dalam surah as-Syura, ayat 15, maksudnya: "Allah jualah Tuhan Kami dan Tuhan kamu. bagi Kami amal Kami dan bagi kamu amal kamu, tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara Kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)."

Toleransi adalah jalan terbaik, bukannya fanatik keagamaan melulu (b)

Dalam khutbahnya juga, Syeikh al-Qaradawi menekankan betapa amalan bertoleransi sesama manusia tanpa mengira asal-asul keturunan dan pegangan agama adalah penting bagi memastikankesinambungan bangsa manusia di muka bumi ini.

Beliau menceritakan bagaimana sebuah akhbar Mesir, As-Syuruq al-Misriyyah, bertanya kepadanya adakah beliau mempunyai kawan di kalangan penganut Kristian. Al-Qaradawi menjawab, "saya mempunyai ramai kawan Kristian seperti di Mesir, Dr George Ishaq dan Dr Rafiq Habib, di Palestin Dr Ataillah Hana serta pemikir Azmy Basyarah, di Lubnan, Mishille Edeh. Mereka semua adalah ahli-ahli parlimen yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira keturunan dan pegangan agama. Saya amat mesra dengan mereka semua."

Selain itu, Syeikh al-Qaradawi bukan sahaja menganggap penggunaan nama Allah oleh penganut agama samawi (langit) seperti Kristian dibenarkan, malah juga adalah digalakkan, sebagaikaedah bagi menyatukan Persaudaraan Kemanusiaan berdasarkan Tuhan yang sama dan Esa (Tunggal). Kesatuan Ummat Islam pula dipaksikan di atas Kesatuan Tauhid. Islam dan agama secara umum wajar menyatukan, dan tidak sebaliknya, yakni memecah-belahkan manusia.

Maka jelas bahawa dari sudut nas, kebenaran penggunaan nama Allah ini adalah termaktub dalamal-Quran. Lebih penting, harus juga disedari bahawa keseluruhan al-Quran itu sendiri adalah jelmaan dan penghayatan Dakwah dan Risalah Nabi Muhammad s.a.w. dalam tugas besar baginda menterjemahkan maksud sebenar "Islam sebagai Rahmat kepada Sekalian Alam" (Rahmatan Lil-'Alamin). - Diterjemahkan daripada akhbar Al-Sharq (Qatar)

-detikdaily-

Bloggers- berpada-pada buat laporan kes Anwar

albangi
Liputan perincian porno dalam kes perbicaraan anwar dulu dan sekarang di media cetak dan elektronik menjadikan Malaysia johan akhbar awam terlucah dalam dunia. Belum ada akhbar arus perdana dalam dunia ini selucah Malaysia.

Kata Hitler, kalau kita nak 'paksa' orang ramai percaya dan faham dan terima sesuatu yang tidak betul, hendaklah kita ulang-ulangkan propaganda yang salah itu sehingga orang merasa biasa dan menerimanya; atau paling tidak setelah orang ramai diasak bertalu-talu dengan cerita seks luar tabii ini, ramai orang akan meragui kredibiliti orang yang sedang dimusnahkan itu...itulah yang digunakan oleh Hitler.

Apakah bloggers mahu terus membantu membuat propaganda tentang cerita salah laku seks yang tidak ada kepastian? Biarlah mahkamah membicarakannya. Tapi kalu bloggers hendak mengulas, mengupas, membuat infren dan seumpamanya dalam kes Anwar ini, berpada-padalah sikit jangan sampai setiap inci perkara 'lucah' mahu diceritakan.

Tepuk dada tanya iman

Apakah bloggers mahu terus membantu membuat propaganda tentang cerita salah laku seks yang tidak ada kepastian? Biarlah mahkamah membicarakannya. Tapi kalu bloggers hendak mengulas, mengupas, membuat infren dan seumpamanya dalam kes Anwar ini, berpada-padalah sikit jangan sampai setiap inci perkara 'lucah' mahu diceritakan.

Tepuk dada tanya iman

Akhbar arus perdana atau akhbar umum dalam sesuatu masyarakat merupakan bacaan dan rujukan orang ramai termasuk kanak-kanak. Etika penulisan dan pelaporan menetapkan tahap tertentu mengenai status maklumat termasuk tahap lucah.

Tahap lucah boleh diukur dengan foto, grafik, dan perkataan. Ada tahap lucah yang diizinkan dan ada tahap lucah yang tidak dibolehkan. Ada yang bersifat explicit (tersurat, terbuka, terang-terangan, tahap tinggi) dan ada yang bersifat implicit (tersirat, tersorok, inferen, atau tahap sederhana).

Lazimnya tahap explicit dan impilict ini diukur berdasarkan nilai barat. Bagi barat, foto wanita menampakkan belahan buah d..d.. bukan porno walaupun ada unsur seksi. Pakaian bikini yang tidak melampau dianggap bukan porno. Begitu juga dengan laporan berbentuk tulisan yang menghuraikan aksi di atas katil atau kes rogol atau kes khalwat di mana wanita yang ditangkap dikatakan tidak memakai surat benang tidak dianggap bukan porno. Tetapi sebagai orang Timor dan Melayu, apatah lagi Islam sebagai agama rasmi negara, terdapat faktor agama, adat dan adab ketimoran, adab bangsa Melayu, dan adab bangsa Malaysia yang perlu diambilkira. Kita perlu sesnsitif dalam hal menghuiraikan sesuatu secara explicit.

Oleh itu, apabila akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, dan NST,melaporkan secara terperinci (explicit)mengenai ’salah laku seks’, dan menyebut tentang air mani, lubang dubur, dan seumpamanya yang biasa dijumpai hanya dalam buku dan majalah ponorgrafi, kini masyarakat Malaysia yang dikatakan bertamadun dicemari dengan bahan bacan lucah yang menjijikkan dalam akhbar arus perdana.

Saya pernah berada di luar negara, di Amerika, Eropah, Australia, dan Jepun, tetapi saya tidak pernah melihat laporan salah laku seks (luar tabii) selucah akhbar arus perdana seperti di Malaysia. Laporan popular tentang kes salah laku seks di Malaysia berlaku antara 1998-1999. Kini senario kelucahan ini berlaku lagi dalam Malaysia mulai 2010 dengan kes popular bekas Timbalan Perdana Menteri walapunpun Islam menjadi agama rasmi negara .

Saya tidak nafikan ada akhbar di luar negara termasuk di negara jiran kita Indonesia yang berunsur lucah sederhana /tersirat dalam bentuk gambar dan perkataan, tetapi akhbar ini bukan akhbar arus perdana. Sebaliknya ia adalah akhbar tabloid yang mempunyai sasaran pembaca/pelanggan tertentu. Begitu juga akhbar tabloid di sesetengah tempat di Amerika, Eropah, Australia dan Jepun. Bahan lucah atau pornografi sederhana di dalam akhbar tabloid ini boleh didapati di banyak kedai, tetapi pembelinya sedikit dan bilangan penerbitannya juga terhad. Biasanya akhbar ini suka mensesasikan berita seperti seks, hantu, ajaib, aneh, dan pelik kerana di sana ada pulangan wang yang lumayan.

Bahan lucah tersurat/explicit di barat biasanya tidak dipaparkan dalam arus perdana, sebaliknya is dipaparkan dalam majalah atau buku tertentu sahaja. Harga majalah atau tersebut adalah berganda mahal dari harga sebuah akhbar arus perdana.

Kita menyeru pihak KDN melihat semula garis panduan tahap kelucahan laporan berita bukan sahaja dalam akhbar arus perdana malah dalam berita laporan TV1, TV2, TV3, dan TV7 serta berita dari Awani-Astro.

Generasi muda yang pada mulanya tidak tahu apa itu hubungan luar seks tabii mulai mengambil tahu dan ada yang mahu dan pernah mencuba. Ada pula golongan dewasa yang juga mahu mencuba, lantas banyaklah kes budak lelaki diliwat oleh orang dewasa yang dilaporkan dalam akhbar dan TV selepas 1999.

Kita mohon Jabatan Kesihatan dedahkan kes sodomi/liwat kanak-kanak yang berlaku dan dirawati oleh hospital dan klinik dalam negara ini antara 1998-2008 dan bandingkan kes sodomi dalam tempoh 10 tahun sebelumnya. Mungkin PDRM boleh bantu dedahkan juga. Apakah ada kaitan atau korelasi terhadap peningkatan kes sodomi dengan pelaporan kes seks luar tabii yang dibuat secara explicit dalam akhbar arus perdana? Apakah tidak mungkin akhbar arus perdana telah ‘mendidik’ masayarakat mengenai ‘bagaimana sodomi boleh berlaku dan bagaimana ia dilakukan?”

Para ulama harus bersuara mengenai cara pelaporan lucah yang dibuat oleh akhbar. Apakah Islam tidak pernah membuat garis panduan tentang hal-hal seperti ini yang melibatkan aib manusia? Saya pernah melihat dan mendengar serta membaca ucapan pimpinan PAS khususnya bertaraf ulamak menegur tentang masyarakat dan kerajaan mengenai hal ini. Tetapi oleh kerana teguran ini datang dari orang dalam parti politik, maka masyarakat menganggap tindakan menegur itu berbau politik.

Kalau begitu, mengapa tidak panggil ulama yang bukan dari parti politik? atau ulamak dari Arab Saudi atau Universiti Al-Azhar atau Amerika untuk mendapatkan pandangan mereka tentang pelaporan lucah melampau dalam akhbar arus perdana?

Siapa sebenarnya yang sedang meracuni masyarakat rakyat 1 Malaysia dengan ‘pemikiran seks’ dan pemikiran seks luar tabii?

http://albangi.wordpress.com/

Sekadar demonstrasi parpu, memo tidak ditandatangani

Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 5 Feb:
Pada dasarnya demonstrasi di Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister selepas solat Jumaat tengah hari tadi tidak menepati sasaran sebaliknya lebih kepada 'demonstrasi parpu' kerana tiada langsung memorandum yang ditandatangani oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa kurang senang dengan kerajaan negeri.
Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika mengulas peristiwa tersebut berkata, kemungkinan NGO yang dikatakan bersama tidak mahu dicap sebagai petualang membantu parti yang berkefahaman sempit atau parti yang sudah bocor, dayungnya patah, sauhnya tertanggal dan layarnya koyak rabak.

Beliau secara sinis mengajak Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang turut serta berdemo tinggal di Pulau Mutiara bagi membantu masyarakat Melayu yang rata-ratanya daif dari segala segi ekoran perbuatan Umno sendiri yang berkuasa tetapi tidak berusaha untuk menyelamatkan bangsa sendiri.

"Mai lah duduk di sini dan memperjuangkan kedudukan Melayu jika gentleman. Bila duduk sini dia akan tahu punca sebenar dan tentunya menghala meriam pada rakan taulan yang memimpin Umno pula," tegasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Tanah dan Wilayah PAS Pusat.

Selain Ibrahim yang ‘diimport’ ke demonstrasi yang disertai kira-kira 200 orang itu, turut menonjol sebagai 'hero' ialah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim.

Lain-lain organisasi yang dikatakan teraniaya hanya menghantar wakil tetapi tidak ke hadapan untuk menyuarakan hak mereka yang didakwa tertindas di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebaliknya menjadi pemerhati dari jauh.

Jelas sekali Ibrahim bagaikan 'burung kakak tua' apabila berucap berpandukan teks yang diberikan tidak sepertimana biasa dan sekaligus menunjukkan beliau tidak memahami situasi politik sebenar serta tidak tahu hujung pangkal peristiwa terbabit.

Sepatutnya program disusuri dengan penyerahan memorandum yang ditandatangani oleh berbagai NGO yang kurang senang terhadap kepimpinan Ketua Menteri selesai begitu sahaja walaupun pihak polis memberi ruang seluas-luasnya kepada mereka menunjukkan bantahan.

Peristiwa itu boleh disamakan dengan bantahan di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan Disember lalu di mana pasukan polis hanya berdiri 'tercegat' tanpa bertindak melibas dengan cota anggota penunjuk perasaan.

Suasana hiruk pikuk dengan teriakan maki hamun dan cerca mencerca dari peserta demo membuktikan tindakan tidak beradap dan kurang ajar.

Paling mengejutkan kenapa tiba-tiba ahli politik yang terkenal dengan 'politik lompat' itu berada di tengah-tengah peserta demo yang rata-rata merupakan muka yang lazimnya mendapat habuan di era pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

PAS pertahan k'jaan Pakatan Pulau Pinang

Peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun ini adalah yang tertinggi pernah dinikmati oleh institusi Islam di negeri itu selama ini, kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Menurutnya, pada 2008, peruntukan untuk hal-ehwal Islam oleh Kerajaan BN hanya RM12.5 juta.

“Namun dalam pembentangan belanjawan tahun 2008 kerajaan Pakatan telah menambahnya kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan belanjawan 2009, peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010.

“Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang bertajuk 'Pulau Pinang Maju, umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan'.

Di samping itu, katanya, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Idris mendakwa, walaupun BN cuba menggambarkan bahawa Pakatan tidak mampu mentadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat dapat melihat sendiri cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

“Pada 2007, kerajaan BN mensasarkan belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada Pakatan, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

“Bagi belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta,” tambahnya.

Kontraktor Melayu tak diabaikan

Menurut Idris lagi, sepanjang pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kontraktor Melayu juga tidak diabaikan

“Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

“Pada 2008, (seramai) 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu, telah menerima projek melalui sebut harga.

“Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

“Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja,” kata Idris.

Pada tahun yang sama, tambahnya, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Menurutnya, peningkatan yang ketara ini membuktikan kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain.

“Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihanraya lalu,” tambahnya.

Idris berkata, Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

“PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang,” tambahnya.

-malaysiakini-

2 enjin jet TUDM dicuri ditemui semula

Dua enjin pesawat pejuang F5 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, yang dicuri tiga tahun lalu, telah ditemui semula dengan kerjasama kerajaan Uruguay, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.Kedua-dua enjin itu diperoleh semula selepas sebulan anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang pengarah syarikat swasta didakwa.

Gani berkata kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Gani berkata kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, kata beliau.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

M/Insider

Perak: Nizar dahului, Zambry ekori rapat

Meskipun berjaya merampas Perak dengan cara yang penuh kontroversi, namun kepopularan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini menunjukkan sedikit peningkatan.

NONEBagaimanapun, bagi sebahagian besar rakyat Perak, menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah orang yang paling layak menerajui negeri itu.

Menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, yang dikeluarkan hari ini, sempena ulang tahun pertama BN berkuasa, 46 peratus menyokong Nizar manakala Zambry mengekori rapat dengan 44 peratus.

Bancian itu juga menunjukkan di kalangan masyarakat Cina, sokongan kepada Nizar adalah padu. 59 peratus menyokongnya berbanding hanya 16 peratus yang mahukan Zambry.

NONEDi kalangan masyarakat Melayu pula, 67 peratus menyokong Zambry berbanding 35 peratus undi yang diperolehi oleh Nizar.

Kajian oleh Merdeka Centre itu membabitkan sampel 805 orang. Daripada jumlah itu, 382 adalah Melayu, 330 Cina manakala 93 lagi terdiri daripada India.
-malaysiakini-

Kerajaan gagal jelaskan ketirisan RM28 Bilion

Harakahdaily
PETALING JAYA, 5 Feb:
Kerajaan Persekutuan gagal memberikan penjelasan berhubung ketirisan berjumlah RM28 bilion perbelanjaan kerajaan seperti yang didahkan Menteri Kewangan Kedua dan Lapor
an Ketua Audit Negara Oktober tahun lalu.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, ketika berucap merasmikan portal berita KONSUMERKINI pagi tadi berkata, sehingga kini belum ada penjelasan berhubung ketirisan yang berlaku itu.

Kerajaan sewajarnya menggunakan semua saluran komunikasi yang ada bagi menjelaskan kepada rakyat tentang ketirisan atau pembaziran tersebut agar tidak wujud kekeliruan.

Selain itu, penjelasan tersebut juga penting agar kekeliruan tersebut tidak diguna pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik.

”Kerajaan sudah tentu mempunyai maklumat sebelum sesuatu dasar atau peraturan itu dibuat.

"Maklumat itu perlu dikongsi bersama-sama oleh rakyat, termasuk pegawai kerajaan, penghulu dan ketua kampung. Apabila mereka mempunyai maklumat yang cukup, mereka dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang dasar kerajaan,” tambah beliau lagi.

Rakyat juga jelasnya perlu diberi penerangan dan penjelasan berhubung hasrat kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2011 dan penstukturan subsidi petrol pada Mei 2010.

"Rakyat perlu diberikan maklumat tentang perlaksanaan dasar-dasar ini supaya mereka tahu apa yang sebenarnya hala tuju kerajaan," katanya.

Terdahulu beliau merasmikan portal berita KONSUMERKINI kelolaan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) di Institut Pemasaran Malaysia di sini

Kewujudan web itu jelasnya sangat bertepatan bagi menyalurkan maklumat dan kesedaran kepenggunaan kepada pengguna agar mereka dapat membuat keputusan yang bijak dalam perbelanjaan.

Royalti: Ku Li sedih amanah Tun Abdul Razak dilupakan

Hazayani Zakaria & Foto: Zamzarina
KUALA LUMPUR,5 Jan: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini sekali lagi mempertahankan tindakan beliau memberikan penerangan kepada rakyat mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dalam satu sidang media di kediamannya petang tadi berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

"Saya berasa gembira menghadiri majlis tersebut kerana saya berpeluang memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perjanjian Petronas pada 1974 dahulu", katanya.

Ku Li yang juga Bekas Menteri Kewangan juga berkata, beliau hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.

Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.

"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.

Ku Li pada 28 Januari lalu hadir memberikan penerangan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dianggotai 52 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau yang juga tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat untuk memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan berkata, rakyat kelantan berasa terhina dengan keputusan itu kerana mereka inginkan hak mereka dikembalikan.

"Rakyat Kelantan rasa terhina bila nak diberi 20 juta wang ehsan sedangkan syarikat rokok sponsor acara sukan pun 50, 100 juta. Ini pula untuk rakyat Kelantan yang lebih dari 1 juta penduduk.

"Guna duit minyak bagi wang ehsan, macam rakyat Kelantan ni Tok Pakir (Peminta sedekah)," jelasnya.

Selain itu, beliau mahu Petronas membuat perkara yang betul manakala Pengerusi Petronas yang baru dilantik juga diingatkan membuat perkara sama dalam tuntutan royalti ini.

"Saya berharap Pengerusi petronas yang baru dilantik dapat mengawasi petronas. Petronas perlu buat tindakan yang betul mengikut perjanjian,"katanya.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Kerajaan negeri untuk mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan hak royalti diberikan kepada rakyat negeri itu.

"Samaada Kerajaan negeri nak dakwa atau nak bawa ke mahkamah itu bukan bidang saya.Saya cuma nak menjelaskan perkara yang sebanar. Itu sahaja,"katanya.

Saiful: Dua hari tak buang air besar

Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

'Anwar seorang berkarisma'

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Mohd Saiful berkata dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.

Beliau juga berkata semua pihak akan sekali lagi mengunjungi tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.

Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi.

Tiga trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air serta dua trak polis memasuki kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.15 pagi ini kerana terdapat ura-ura satu demonstrasi akan diadakan di situ selepas solat Jumaat.

-Bernama-

Demonstrasi: Polis jangan amal 'double standard'

Ali Hashim
SEBERANG JAYA, 5 Feb:
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mengecam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengamakan sikap 'double standard' dalam membenarkan demonstrasi diadakan di negara ini.
Menurut beliau, lagi sikap 'double standard' yang dipamerkan oleh pihak polis itu membuktikan bahawa mereka telah tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk bersikap adil dan saksama dalam memberi dan menangani demonstrasi yang diadakan dalam negara ini.

Kita mahu lihat sama ada polis akan bersikap adil atau tidak kepada rakyat negara ini yang berbeza fahaman politik. Jika dulu semasa Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan demonstrasi 'Bersih', demonstrasi PPSMI, demonstrasi mansuhkan ISA dan banyak lagi bantahan yang kita lakukan, awal-awal lagi mereka telah siap sedia dengan FRU dan 'water cannon' mereka.

"Tapi kali ini kita mahu lihat mereka bersikap adil kepada perhimpunan yang akan diadakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dinamakan atas nama 30 NGO Melayu untuk berdemonstrasi dan berarak ke Komtar.

Dalam pada itu 'Perhimpunan Sedaq' seperti mana edaran yang diterima adalah anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersimpati dan bersemangat memperjuangkan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik.

Menurut edaran tersebut, pengangkutan bas percuma disediakan kepada penduduk di sebelah pulau sehinggalah ke Seberang Perai.

Saifuddin juga berkata, Umno dan BN cuba mendalangi perhimpunan itu dengan menggunakan nama NGO bagi mengaburi mata masyarakat bahawa ia adalah satu perhimpunan aman yang dibenarkan.

"Kita sebagai rakyat harus sedar bahawa Umno dan BN ini sudah tidak patut lagi dibiarkan untuk terus berkuasa. Selagi mereka berkuasa maka selagi itulah kerakusan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa dan amanah yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka secara adil tidak mereka lakukan.

"Setelah mereka merasakan kedudukan mereka terancam dan sokongan rakyat kepada mereka semakin pudar, maka mereka ciptakan satu rekaan baru dengan modus operandi yang sama mereka lakukan sebelum ini untuk menarik balik dokongan rakyat yang sudah semakin terhakis terhadap mereka.

Oleh itu, kita harus sedar dan jangan terpedaya dengan cara dan taktik halus yang sedang diatur oleh Umno dan BN dalam memerangkap minda rakyat supaya terperangkap dengan cara dan taktik yang mereka sedang laksanakan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di tapak ekspo, di sini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Liwat II: Calitan kapas dari dubur Saiful dikemukakan

Perbicaraan hari ketiga bermula pada jam 9.50 pagi tadi.

Tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 9.20 pagi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut berada di mahkamah hari ini ialah bekas Menteri Kesihatan yang kini menyertai PKR, Datuk Seri Chua Meng dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Selain wartawan mahkamah juga penuh dengan perwakilan daripada kedutaan-kedutaan asing.

9.50am: Perbicaraan bermula.

9.57am: Bukti pertama yang dikemukakan oleh Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidenialah calitan kapas yang diambil dari kawasan sekitar dubur tertuduh, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

10.07am: Bukti ditunjukkan kepada mahkamah.

-malaysiakini-

Kelantan rungkai kontroversi kalimah Allah melalui forum

Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 5: Kontroversi isu penggunaan kalimah Allah, Kelantan dilihat sebagai berjaya membuktikan kepada umum bahawa pertikaian isu berkenaan dapat dirungkai melalui majlis diskusi seperti forum atau seminar.

Bukti itu dapat dilihat apabila Tabung Amanah Tok Kenali dan NGO Kelantan berjaya menampilkan tiga ahli panel mewakili tiga agama dalam Seminar Pemikiran Islam Semasa (Pemakaian kalimah Allah) yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) semalam dengan dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifudin Nasution Ismail.

Barisan ahli panel terdiri daripada Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat; Editor akhbar Herald, Lawrence Andrew dan dan Loo Coo Ciang mewakili penganut Buddha.

Johari yang lebih menekan penggunaan kalimah Allah dari sudut ilmiah tidak menafi secara total penggunaan kalimah itu kepada penganut agama selain Islam, namun etikanya perlu diteliti secara bijaksana supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan yang boleh menimbulkan sensitiviti agama.

“Dalam al-Quran menyebut sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Maka sekali gus secara praktikalnya kalimah tersebut merupakan satu kalimah suci bagi agama Islam.

“Justeru pada asasnya penganut Islam khususnya berhak melihat sejauh mana ketelusan kalimah itu apabila ia diguna pakai oleh agama-agama lain,” katanya.

Katanya, tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah Allah adalah berpunca daripada kurangnya tasawur mengenai Islam.

Malah kerana kurangnya tasawur itu juga membuatkan seseorang atau masyarakat tiada daya kefahaman yang mantap tatkala membicarakan Islam dalam suasana yang lebih terbuka dan kondusif.

Andrew tidak menolak hujah Johari sebaliknya terus mempertahankan budaya penggunaan kalimah itu dalam penganut agama Kristian sejak ratusan tahun dulu.

Katanya pertikaian isu tersebut sehingga mencetuskan kontroversi lebih menjurus kepada unsur politik.

“Penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah di berpuluh-puluh buah negara sejak lama dulu, tidak ada sebarang pertikaian. Kita bawa kes ini ke mahkamah bukan kerana ada niat lain, tetapi kita hanya hendak menuntut budaya yang mana kita telah menggunakan kalimah Allah sejak beratus tahun dulu lagi.

“Tetapi hairannya kenapa penggunaan kalimah ini dikecualikan kepada negeri-negeri tertentu sebagaimana dinyatakan Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Nampak sangat politik dalam hal ini,” jelasnya.

Penggunaan kalimah Allah menjadi kontroversi apabila keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah itu untuk tujuan terbitan akhbar mingguan The Herald.

Keputusan itu dipertikai sehingga menuntut Kementerian Dalam Negeri memfailkan tuntutan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Manakala Loo yang dilihat tidak begitu menonjol dalam hujahnya yang agak mendatar hanya menyatakan sokongan serta hormat kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana dasar terbukanya tidak pernah menolak prinsip agama-agama lain dalam amalan beragama.

“Kita pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Tuan Guru Nik Aziz dalam pelbagai isu termasuk isu agama.

"Kita akui beliau seorang yang memiliki ilmu tinggi dalam bidang agama.

“Kita sangat menghormati ketokohannya mengiktiraf pelbagai agama yang ada dalam negara ini. Sebab itu tidak aneh bagi kami jika kontroversi ini tidak bising di Kelantan.

“Kerana kebijaksanaan pemimpinnya yang sentiasa memberi bimbingan kepada rakyatnya dengan ilmu-ilmu keagamaan yang cukup praktikal,” katanya.

Sementara itu Nik Aziz ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup forum tersebut berkata kerajaan negeri dengan dasar Membangun Bersama Islam sentiasa mengamalkan toleransi dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum.

“Ia sesuai dengan amalan agama Islam sendiri yang berteraskan nilai-nilai sejagat yang boleh diterima oleh semua kaum tanpa mengira warna kulit, budaya dan adat resam.

“Maka kerajaan negeri amat komited di dalam melaksanakan pentadbiran ke arah perdamaian, ketenangan dan kesejahteraan untuk semua kaum dan agama,” ucapnya.

-malaysianinsider-