Judi Bola: Di mana kamu sahabat lamaku?

Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,

Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap Umno lebih baik.

Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman, tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman Umno yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama,
TUAN IBRAHIM TUAN MAN.

(Catitan : Artikel ini telah pun dikeluarkan pada 13 Mei 2009, dan setelah setahun berlalu, kebimbangan yang disuarakan akhirnya berlaku. Masih tidak kedengaran suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkenaan isu judi bolasepak, adakah diam tanda setuju atau apa sebenarnya yang berlaku?)

Dua sisi Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat bijak apabila berjaya memenuhi kehendaknya sendiri dan turut mengasingkan kehidupan peribadi dan keluarganya daripada persekitaran politik.

Penulis Barry Wain juga berkata dari sudut ini beliau melihat Mahathir sebenarnya mendukung hukum politik yang berbeza sama sekali daripada persepsi umum terhadap mantan perdana menteri itu.

Wain berkata beliau mendapati Mahathir sebenarnya merupakan seorang yang mementingkan keluarga atau'family man', berdasarkan temubualnya dengan anggota keluarga negarawan tersebut.

Katanya, anak-anak Mahathir terdidik dengan nilai-nilai penting untuk menjalani kehidupan -- supaya kuat berusaha, berperangai baik dan saling menghormati.

Namun, menurut Wain lagi, Mahathir tidak dapat membuktikan nilai moral yang ditanam itu dengan tindakannya mengheret individu tertentu ke penjara di bawah ISA.

Tun Musa Hitam, seorang seteru politik Mahathir mengungkapkan sisi tersebut dengan jelas, katanya.

"(Dalam kes Mahathir) 'Anda boleh jadi sahabat saya hari ini, tapi pagi esok, anda boleh jadi musuh saya hingga akhir hayat'," kata wartawan veteran itu.

Wain mengakui tersentak apabila mengetahui mengenai keupayaan Mahathir untuk merahsiakan aktiviti politiknya daripada keluarganya sendiri.

Malah, Mahathir juga merahsiakan mengenai sepucuk surat tulisannya, yang keras mengkritik Tunku Abdul Rahman, perdana menteri ketika tragedi 13 Mei 1969 berlangsung.

Isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah hanya mengetahui berkenaan surat tersebut selepas ianya diposkan.

"Ketika dia menulis (surat tersebut), mungkin dia menjangkakan Tunku akan memenjarakannya, (jadi) dia tidak (perlu) memberitahu isterinya," kata Wain dalam temebual eksklusif dengan
Malaysiakini.

'Mahathir benar-benar menangis'

Tambahnya lagi, Mahathir terlalu menumpukan untuk membangunkan Malaysia sehingga 'terlupa' dengan masalah yang dihadapi masyarat Melayu luar bandar.

Sedangkan, golongan inilah yang didukung oleh Mahathir pada peringkat awal karier politiknya, kata Wain lagi.

Katanya lagi, Mahathir memilih untuk terus membina sokongan kepada minorit Melayu elit yang telah pun mendapat keuntungan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Walaupun dasar tersebut telah menyimpang daripada matlamat asalnya, Mahathir tidak menumpukan sepenuhnya untuk membuat pembaikan, termasuk di dalam Umno sendiri, katanya.

"Saya rasa dia sebenarnya terlupa (dengan golongan Melayu yang terpinggir)... Tidak ada ruang untuk pekebun kecil Melau, petani dan nelayan (dalam wawasannya).

"Apabila saya membincangkan tajuk ini dengan (Musa Hitam) -- tapi saya tidak mengulasnya di dalam buku ini -- (Musa) memberitahu saya bahawa dia selalu mengingatkan Mahathir bahawa golongan Melayu yang terpinggir sedang ketinggalan.

"(Tetapi Mahathir) meletakkan wawasannya jauh ke hadapan dan dalam pelan besarnya itu (golongan Melayu luar bandar) tidak termasuk dalam wawasannya," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Mahathir juga amat taksub dengan wawasannya sendiri dan begitu kecewa apabila ia gagal dicapai.

Mengimbas kembali drama yang berlangsung ketika Mahathir menangis ketika memberi ucapan terakhir sebagai presiden Umno di perhimpunan parti itu, Wain berkata linangan air mata itu bukanlah dibuat-buat.

"Saya langsung tidak fikir dia berlakon semata-mata. (Mahathir) menangis kerana hatinya benar-benar diruntun emosi," katanya lagi.
-malaysiakini-

Pak Lah: Judi bola tak dapat diterima

Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai cubaan menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam, Abdullah berkata perkara itu perlu dibendung.

"Saya harap tak ada orang yang ikut dan percaya dengan kata-kata bekas pengikut kumpulan itu," katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bekas pengikut kumpulan itu mendakwa pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya, yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas, kononnya cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

-Bernama-

Judi haram biarpun berlesen

Ekmal Yusof
KUALA KANGSAR, 22 Mei:
Pejabat Agama Islam Perak difahamkan turut membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia yang kan berlangsung Jun ini.

Dalam satu risalah yang diedarkan kepada masyarakat di sini, merayu kepada masyarakat supaya tidak terkeliru dengan tindakan kerajaan kerajaan BN dan menegaskan bahawa judi tetap haram dalam apa juga keadaan.

Risalah bantahan tersebut telah pun diedarkan keseluruh masjid dinegeri ini yang menyatakan bahawa judi bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung Jun ini, itu adalah tetap hukumnya haram walaupun ianya diberi lesen oleh kerajaan BN.

Inaya turut dibaca oleh khatib, ketika menyampaikan khutbah Jumaat semalam.

”Umat Islam dinegara ini jangan terkeliru iaitu bahawa judi bola itu adalah tetap haram tiada alasan untuk meluluskanya walaupun diberi lesen oleh kerajaan.”

Menurut khatib, kerajaan digesa kembali kepada ajaran Al-quran dan Hadis jika hilang punca tentang menentukan sesuatu hukum.

”Bahawa jika kita tengelam punca tentang hukum maka berbaliklah kepada Al-quran dan hadis maka didalamnya dengan terang dan nyatakan menyatakan dengan apa alasan sekali pun judi bola sepak Piala Dunia dan judi-judi yang lain adalah tetap haram disisi hukum Allah.

Menurutnya, tiada satu pun hukum dunia atau manusia didunia ini yang boleh menghalalkan sebarang perjudian kerana ianya adalah dikutuk dan dilaknati Allah.”

“Kerajaan kita adalah dikatakan sebuah negara maju dan kaya dengan kewangannya maka tidak semestinya bergantong harap kepada wang judi.

"Ia sekaligus menjerumuskan ramai orang menjadi kaki judi bola sehingga kehidupan menjadi papa.

Khutbah itu semalam juga trut menasihatkan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akar menilai kembali kelulusan yang telah diberi kerajaan itu.

Adun Kerdau koma, kembali kritikal

ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi, lapor beberapa akhbar.

"Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.

"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," beliau dipetik sebagai berkata kepada
Berita Harian.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.
-malaysiakini-

Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 22 Mei:
Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, tanggapan itu tidak mustahil akan wujud dalam pemikiran rakyat ekoran tindakan kerajaan Umno BN melulusakan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

"Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?

"Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Baraisan nasional melulusakan lesen judi.

"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad.

Sikap membisu tokoh-tokoh agama Umno, menteri agama dan mufti juga katanya bakal mengukuhkan lagi tanggapan tersebut.

"Paling sedih bagi kita, kemana perginya tokoh agama dalam Umno dan Bariosan Nasional, menteri agamanya di mana, ulamak-ulamak mereka di mana, mufti-mufti kenapa tidak bersuara? soalnya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS katanya tidak menolak kemungkinan pemberian lesen judi kepada kumpulan Berjaya secara tergesa-gesa adalah kerana membalas jasa Vincent Tan.

Ini kerana menurutnya, Vincen Tan adalah tokoh yang banyak membiayai Barisan Nasional khususnya dalam pembelian wakil rakyat dan dana pilihan raya.

"Kita mengesyaki bahawa tindakan cepat dan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group ini sebagai membalas budi.

"Ini jelas menunjukkan Umno terdesak mendapatkan dana dati tauke judi ini seperti mana kita didedahkan sebelum ini," tambahnya lagi.

Mengulas bantahan Pemuda PAS di seluruh negeri, beliau memberitahu lima lagi himpunan bantahan serupa akan berlangsung Jumaat, 28 Mei ini.

Himpunan tersebut akan di adakan di semua masjid negeri di Selangor, Melaka, Pahang dan Pelis.

Manakala kemuncak bantahan zon pantai timur akan diadakan di Kelantan pada tarikh yang sama.

Ianya akan dibuat di Masjid Kampung Repek, Bachok iaitu kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang membuat pengumuman meluluskan jesen judi tersebut baru-baru ini.

Kemuncak kepada bantahan itu, himpunan 100 ribu rakyat bantah judi akan diadakan di ibu negara 3 Julai ini bermula di Perkarangan Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di Pertuan Agong.

Menjelaskan kenapa ianya diadakan agak lewat Nasruddin berkata, lesen yang diluluskan kepada Kumpulan Berjaya itu bukan hanya untuk Piala Dunia Jun ini, malah juga kepada Liga Inggeris, La Liga, Serie A Italy, Liga Jerman dan beberapa sukan lain.

Lompat parti: Penjelasan terbuka Adun Kedah malam ini

Ali Hashim
ALOR SETAR, 22 Mei:
Malam ini akan menyaksikan samada dakwaan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S.Manikumar, Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam )dan, Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) akan isytihar keluar parti atau sebaliknya pada pentas ceramah PAS di Batu 9, Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Walaupun masih terdapat spekulasi akan ada kejutan pada salah seorang daripada Adun tersebut, rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) khususnya dari negeri Kedah sudah pasti ingin mendapat kebenarannya.

Sebelum ini desas-desus isu tersebut membawa kepada berita pembubaran Dun Kedah sehingga keempat-empat Adun yang dikaitkan perlu membuat penafian.

Namun begitu Kerajaan Negeri Kedah melalui platform PAS telah menyediakan pentas bagi memberi penjelasan kepada rakyat dengan menjemput keempat-empat Adun terlibat bersama-sama dengan Pengerusi PKR Negeri Kedah, Ahmad Kassim untuk bersama-sama menyatakan pendirian mereka.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika menemui Adun-Adun tersebut baru-baru ini di Alor Setar, turut mendapat pengakuan sebenar bahawa tidak akan berlaku lompat parti dikalangan Adun-Adun tersebut.

Isu tersebut katanya hanyalah sengaja diputarbelitkan oleh Umno dan BN bagi mengeruhkan suasana semata-mata bagi merampas kembali kerajaan Negeri Kedah yang kini dipimpin oleh PR.

Malam ini juga akan menjadi penentu samada benar atau tidak dakwaan yang dimainkan oleh Umno dan Gerakan Kedah khususnya serta berjaya atau tidak Umno dan BN mencapai hasrat dan idaman mereka untuk menyaksikan tumbangnya Kerajaan PR di negeri Kedah sebagaimana yang berlaku di negeri Perak.

Air mata berlinangan mendengar ceramah Mat Sabu

Lim Hong Siang

"Kami orang PAS menghormati anutan agama lain. Kami tak boleh paksa orang mengikut adat kami. Kalau kamu (bukan Islam) nak minum arak, minumlah! Kamu nak makan babi, makanlah! Saya tak boleh halang..."

Demikianlah kata-kata pemimpin PAS Mohamad Sabu (gambar kanan), yang mungkin tidak asing untuk komuniti Cina di Semenanjung Malaysia yang pernah mengikuti ceramahnya, tetapi sesuatu yang bukan sahaja baru, tetapi terharu buat penduduk Cina di Sibu, Sarawak.

Semasa Mohamad Sabu berucap di Sungai Merah, berkempen untuk DAP dalam PRK Sibu, seorang wanita Cina didapati berlinangan air matanya mendengar kata-kata ini. Wong Shu Qi, wartawan MerdekaReview menceritakan pemerhatian seorang jurugambar, ketika berkongsi pengalamannya dalam satu forum bertemakan PRK Sibu, semalam.

Forum yang dianjurkan bersama oleh MerdekaReview, Jawatankuasa Sosial-Ekonomi Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam menarik kira-kira 100 orang hadirin. Selain Wong Shu Qi, barisan ahli panel termasuklah ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua, ADUN Teratai-DAP Jenice Lee, dan Penyelaras Sibu Election Watch (SEW) Ong Boon Keong.

Perubahan suasana politik

Suasana politik yang berbeza antara Malaysia Timur dan Barat mungkin antara faktornya SUPP memainkan semula isu "Negara Islam" di kalangan komuniti Cina-bukan Islam, biarpun isu ini terbukti hilang mujarabnya setelah dicuba MCA di Semenanjung, semasa dan selepas PRU ke-12.

Untuk beberapa hari SUPP cuba mengasak isu ini kepada DAP, namun serangan ini berjaya dipatahkan apabila pemimpin PAS seperti bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin, Mohamad Sabu dan lain-lain tampil untuk meredakan keresahan dan keraguan komuniti Cina-bukan Islam.

Sesungguhnya, suasana politik Sibu diselubungi ketakutan, lantaran kawalan sosialnya yang begitu ketat, bukan sahaja perisik di merata tempat, tetapi jalinan hubungan yang rapat dalam komuniti tersebut sehingga hilang kerahsiaan peribadi. Penduduk didapati masih bersikap dingin terhadap politik, takut diambil gambar dan menyatakan pendirian secara terbuka, kata Wong Shu Qi (gambar atas).

Namun demikian, keadaan berubah sedikit demi sedikit sebagaimana yang diperhatikan dalam PRK Sibu ini. Jenise Lee berkata, biarpun ramai pengundi yang menunjukkan sokongan terbuka mereka kepada SUPP, tetapi mereka sebenarnya menyokong DAP-PR secara senyap-senyap ketika memangkah undi. Malah, Lim Kit Siang yang 10 tahun lalu perlu disorok di hotel sebelum dan selepas ceramah, kini lebih disenangi dan disambut mesra oleh penduduk tempatan.

"10 tahun yang lalu, suasana begitu janggal, di mana komuniti tempatan bimbang ancaman 'pengaruh luar', iaitu dari semenanjung, tapi kali ini mereka mengalu-galukan kedatangan kami, malah mengundang kami supaya lebih kerap melawat tempat mereka," kata Jenise Lee.

Strategi SUPP berkecamuk

Langkah SUPP nyata berkecamuk apabila berdepan dengan serangan DAP-PR. Dalam beberapa hari yang terakhir, SUPP dikatakan mengupah wartawan senior dari Kuching untuk menyediakan bahan kempen, malah mengupah syarikat pengiklanan untuk mereka iklan SUPP-BN, kata Wong Shu Qi.

Pemilikan media cetak mungkin antara faktornya SUPP merasakan dirinya tidak memerlukan media internet, lantas bersikap kurang mesra kepada wartawan media internet yang datang dari Semenanjung Malaysia. Jika dibandingkan dengan perang media yang dilancarkan oleh DAP, yang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan sms, email dan sebagainya, SUPP jelas masih belum menyesuaikan diri dengan pengunaan media baru.

"Wartawan (khususnya media internet) mengadu kerana gagal menemui calon SUPP-BN. Kain rentang mereka masih ditulis dengan tangan. Mereka hanya menyediakan kenyataan media mereka dalam hard copy, memintapendrive daripada wartawan pula apabila diminta soft copy-nya, seolah-olah tiada konsep 'email' untuk mereka," kata Wong Shu Qi.

Sebaliknya, DAP lebih tersusun dalam mengatur serangan kempennya. Menyedari bahawa calonnya, Richard Wong Ho Leng yang dianggap "kurang mesra", menurut hasil soal selidik sebelum bermula PRK Sibu, maka DAP menampilkannya imejnya yang mesra dalam bahan kempen pusingan pertama.

Malah, Wong Shu Qi mendapati bahan kempen DAP-PR sebenarnya menyentuh hati pengundi, apabila isu yang dibangkitkan mengusik apa yang terpendam dalam hati pengundi. Misalnya, masalah generasi muda berpindah ke luar negeri untuk mencari nafkah, berikutan pembangunan Sibu yang semakin menjunam, ditampilkan dengan poster orang tua menunggu kepulangan anak setahun sekali.

Selain daripada itu, Jenice Lee juga menceritakan bagaimana DAP-PR menangkis serangan SUPP-BN, yang menaikkan papan dengan mesej "undi kepada DAP adalah undi kepada PAS, yang akan berakhir dengan ketidakaslian mee kampua. Mee Kampua ialah makanan tempatan kesukaan penduduk Sibu, yang dimasak dengan daging dan minyak khinzir. Mesej tersirat dalam iklan ini adalah, negara Islam yang ditubuhkan PAS akan mengharamkan daging khinzir.

DAP-PR lantas membalas dengan iklan "rambut putih dalam Mee Kampua lebih dahsyat", menyasarkan serangan kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang sudah 29 tahun menguasai bumi kenyalang itu, yang semestinya mencungkil rasa tidak puas hati orang ramai, kata Jenise Lee.

Apa yang lebih menarik, ketika menangkis serangan slogan "gai bian" (Jom Ubah) daripada DAP, SUPP menggunakan slogan "gai ge" (reformasi), satu slogan yang sekian lama dilaungkan oleh pembangkang sekiranya diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

"Revolusi warga emas"

Berbeza dengan pola pengundian PRU ke-12 dan PRK selepasnya, di mana pengundi muda lebih memihak kepada PR, PRK Sibu ini menyaksikan bagaimana warga tua turut menyumbang kepada kemenangan DAP-PR. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh Ong Boon Keong, kebanyakan pemuda bekerja di luar negeri, yang dijangka mencakupi 10%-15% jumlah pengundi, atau 6,000 hingga 9,000 orang.

Malah, pengundi yang berada dalam lingkungan usia antara 21 hingga 29 tahun adalah 9%, dan 30 hingga 39 tahun ialah 25%. Ong Boon Keong (gambar kiri) menyifatkan kemenangan DAP-PR dalam PRK Sibu sebagai revolusi warga emas!

Ini krisis kepada SUPP-BN, apabila orang tua yang pada asalnya penyokong BN, kini juga berpaling untuk menyokong PR, kata Tian Chua. Jenice Lee pula berkata, masalah geran tanah dengan hak milik pajakan 66 tahun menjadi pukulan maut kepada SUPP-BN, biarpun Ketua Menteri mengumumkan pengurangan bayaran pada saat-saat akhir.

Keadaan ini berlaku kerana seandainya seseorang membeli rumah pada sekitar umur 30 tahun, beliau terpaksa merunsing dengan masalah tanah kerana kemungkinan besar tanah yang dibelinya akan digaris merah (untuk kegunaan pembangunan kerajaan), pada akhir tempoh luput gerannya. Seandainya ia berlaku, ia membawa makna pelaburan seseorang akan menjadi tidak terjamin.

"Mungkin sebab ini orang tua bangkit menuntut perubahan," seloroh Jenice Lee .MerdekaReview

Lesen judi ajar rakyat 'kencing berlari'

Exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali menggesa kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi bola Sepak kepada Kumpulan Berjaya serta merta kerana dikhuatiri mengundang gejala negatif.

Katanya, tindakan kerajaan "mengiktiraf perjudian" akan memberikan kesan buruk dan membimbangkan, khususnya generasi muda.

"Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar (judi) ini akan menjadi seperti pepatah 'guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'.

"(Jadi) jangan marah kalau rakyatnya, terutama sekali pelajar muda 'kencing berlari'," kata Dr Halimah.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Halimah yang juga pengerusi jawatankuasa menangani masalah sosial Selangor berkata penglibatan dalam aktiviti perjudian menyebabkan pelbagai kesan langsung kepada sesebuah keluarga.

"Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah (yang) kompleks, yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa.

"Ini (baru) perjudian kecil-kecilan," katanya lagi.
-malaysiakini-

Sidang Media Keluar Parti, Manikavasagam Ulangi Kesetiaan

SHAH ALAM, 22 MEI: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menafikan menghadiri satu sidang media yang digembar-gembur pada 2 petang di Hotel Blue Wave di sini, anjurannya kononnya untuk membuat pengumuman keluar parti.

Menulis dalam blog, beliau menganggap perbuatan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin itu berniat jahat dan mahu melaga-lagakannya dengan pimpinan parti.

Mengikut maklumat yang disebarkan ke pejabat media tempatan, sidang media itu akan dihadiri Manikavasagam dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah untuk mengumum keluar PKR.

Sehubungan itu, Manikavasagam mengulangi pendiriannya untuk terus berjuang bersama PKR dan tidak akan mengkhianati amanah rakyat.

Tinjauan TV Selangor di hotel Blue wave kira-kira lima minit tadi, mendapati TIADA sebarang sidang media diadakan.
-tvselangor-

Judi: Demo dari kg Awang Adek sampai istana

Selepas berdemonstrasi di lima negeri semalam, Pemuda PAS mahu menggiatkan lagi bantahan terhadap lesen judi bola sepak, termasuk berhimpun di kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Ketua pemudanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menggerakan kira-kira 5,000 orang bagi membanjiri Masjid Kampung Repek di Bachok, Kelantan pada 28 Mei, selepas solat Jumaat.

"Kita jangkakan 5,000 akan hadir. Oleh kerana ini bantahan daripada (rakyat) Pantai Timur, kita akan bawa bersama (peserta) daripada Terengganu dan Pahang," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan itu Kuala Lumpur hari ini, Nasrudin berkata perhimpunan di kampung Awang Adek itu hanyalah sebahagian daripada bantahan awal mereka.

Pemuda PAS dengan kerjasama rakan Pakatan Rakyat akan turut mengadakan empat lagi demonstrasi di seluruh negara pada masa yang sama, tambahnya.

Menurut Nasrudin, ia akan turut diadakan Melaka, Pahang, Perlis dan sekali lagi di Selangor pada tarikh dan masa yang sama.

Sementara itu, pemimpin Pemuda yang turut menggemari permainan bola sepak itu juga memberitahu fasa kedua kempen bantahan mereka akan dimulakan Selasa depan melalui pertemuan dengan mufti dan menteri besar di seluruh negara.

"Kita akan suarakan perkara ini kepada pihak mufti dan diharapkan mereka dapat membawanya ke persidangan mufti kebangsaan," katanya sambil mengkritik sikap 'diam' golongan agama terhadap tindakan terbaru kerajaan itu.

"Kemuncaknya pada 3 Julai ini. Kita akan mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat bagi menyerahkan memorandum (bantahan) Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun piala dunia akan tamat pada 11 Julai, tetapi sasaran kita, kita tidak mahu pemberian lesen judi ini juga melibatkan Liga Inggeris, La Liga (Sepanyol), Sirie A (Itali) dan Bundes Liga (Jerman)."

Ditanya sama ada pihaknya akan memohon permit berhimpun bagi tujuan itu, Nasrudin menjawab pihaknya hanya akan menghantar surat makluman kepada pihak polis.

"Terpulanglan pada mereka. Tetapi kami akan tetap berhimpun sebab perkara ini (perjudian)sesuatu yang mungkar," jelas Nasrudin.
-malaysiakini-

Khir Toyo akui lulus lebih 4,500 pusat judi?

Angkasanuri
Tindakan meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri! Itulah yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang semalam mendesak Menteri Besar Selangor kini Tan Sri Khalid Ibrahim agar menutup lebih 4500 tempat perjudian yang kini terdapat di Selangor.

Pada zaman siapa pusat perjudian tersebut dibina dan diluluskan? Pakatan Rakyat baru memerintah tak sampai pun tiga tahun. Siapa lagi kalau bukan zaman Umno@BN memerintah Selangor! Memang patut pun pemimpin Umno digelar 'Raja Judi'.

Tindakan Khir Toyo bukan sekadar baling batu sembunyi tangan tetapi umpama orang berak tengah jalan kemudian tuduh orang lain!Malah suruh orang lain sapu dan bersih!

Patutlah dulu Khir Toyo dulu hadiah penyapu kepada Pegawai daerah di Hulu Selangor. Rupa-rupanya sebagai simbolik membersihkan segala kekotoran dan najis yang kini ditinggalkan oleh Umno sebelum ini sekian lama memerintah Selangor.

Kena siasat juga mana le tahu rumah Khir Toyo di Syeksen 7 Shah Alam yang khabarnya bernilai puluhan juta ringgit datang dari duit judi.

Malang sekali nasib rakyat di Selangor yang dibangunkan selama ini bergelumang dengan hasil judi!!!

Rakyat fikir sendirilah inilah antara contoh pemimpin yang mendakwa pejuang bangsa dan Melayu di negara ini. Malah dengan muka tak malu mengaku Umno sebagai pembela Islam.

Demokrasi atau kuku besi?

Roslan SMS

Saya cukup terganggu melihat gambar dalam akhbar The Star hari ini. Gambar menunjukkan ADUN Sarawak dari PKR Dominique Ng ditahan oleh anggota polis apabila beliau bertindak untuk masuk ke bangunan DUN Sarawak.

Dominique telah digantung oleh DUN beberapa hari lalu apabila enggan mematuhi arahan Speaker.

Bagi saya penggantungan tidak bermakna beliau tidak boleh masuk ke bangunan dewan untuk apa sahaja urusan lain. Sejak bilakah negara kita mengamalkan peraturan kuku besi sebegini?!

Bayangkan gambaran dunia antarabangsa melihat seorang wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi tetapi diperalakukan begini bagaikan seorang penjenayah.

Saya pasti rakyat Sarawak mengikuti perkembangan ini. Tidak mustahil rakyat akan bertindak balas, dan mangsanya sudah pastilah BN dalam pilihanraya negeri tidak lama lagi.

Protes lesen judi: Pemuda PAS nafi tiada sambutan

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat menafikan demonstrasi aman membantah kerajaan meluluskan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini tidak mendapat sambutan.

Sebaliknya Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat kejayaan hari ini satu permulaan baik kerana rakyat mula memberi respons kepada isu tersebut.

Setiausahanya, Kamaruzaman Mohamad berkata demonstrasi yang diadakan hari ini mendapat respons yang baik daripada rakyat.

“Walaupun jumlah yang hadir tidak seramai yang disasarkan tetapi ia satu permulaan yang baik apabila rakyat mula memberikan respons kepada isu ini.

“Ini menunjukkan rakyat sensitif dengan isu perjudian ini, bukan hanya orang Islam tetapi orang bukan Islam juga.

“Malah satu perkembangan yang baik apabila masyarakat Cina dan India turut sama menyertai demonstrasi ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata respons yang diberikan itu membuktikan bahawa rakyat Malaysia turut membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian itu.

“Rakyat Malaysia yang berbilang kaum termasuk Melayu, Cina dan India hari ini melahirkan rasa kekesalan dengan tindakan kerajaan itu.

“Mereka sedar bahawa dengan kelulusan itu ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan enam buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan telah mengadakan demonstrasi tersebut sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.

“Selepas ini kita akan memulakan siri jelajah yang akan bermula pada 23 Mei ini di Tapah (Perak) dan seterusnya ke seluruh negara bagi menerangkan isu ini kepada masyarakat.

“Fokus kita adalah tentang perjudian dan kesannya kepada masyarakat, jadi kita harap mereka dapat bersama-sama membantah kelulusan lesen perjudian ini dan menyertai kita pada 3 Julai nanti,” kata Kamaruzaman.

Selain itu, sayap Pemuda PAS itu juga akan menyerahkan memorandum kepada mufti-mufti di setiap negeri supaya isu tersebut akan dibawa ke Majlis Mufti Kebangsaan.

Dengan kelulusan tersebut, pertaruhan secara sah boleh dilalukan sebelum kejohanan bola sepak Piala Dunia bermula 11 Jun ini.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Afrika Selatan berlangsung mulai 11 Jun hingga 11 Julai.

Benarkah Sabah dan Sarawak Masih Jadi Simpanan Tetap BN?

Mohd Sayuti Omar

BEKAS KM Sabah, Salleh Said Keruak tidak bersetuju dengan pandangan berupa peringatan oleh Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah, Chin Su Phin bahawa BN tidak boleh terus beranggapan Sabah dan Sarawak adalah simpanan tetap kepada komponen itu.

memberi peringatan berdasarkan perkembangan semasa apabila BN tewas dalam pilihan raya kecil Sibu beberapa hari lalu. Bagi LDP kekalahan calon SUPP itu mungkin merupakan amaran yang perlu diberikan peduli segera.

Sebaliknya Salleh menafikan apa yang dirasai oleh Su Pin itu. Menurutnya rakyat Sabah dan Sarawak masih menyokong ketua menteri masing-masing.

Semacam ada salah ukur dalam soal ini. Salleh yakin akar umbi di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN. Kekalahan di Sibu tegasnya adalah kes terpencil yang tidak boleh dijadikan ukuran sebenarnya. Nampaknya Salleh masih cuba menyembunyikan kenyataan yang kini sedang mengheret BN.

Dalam pada itu Salleh berkata rakyat juga menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Musa Aman? Apakah begitu juga rakyat Sarawak turut menyokong Taib Mahmud? Tidak dapat siapa memastikan apakah cakap Salleh itu benar dalam hal ini, atau ia lebih merupakan bodekan beliau kepada Musa Aman. Ataupun kata-kata itu sebagai untuk tidak mengakui hakikat yang bergelora di Sabah dan Sarawak waktu ini bertujuan menyembunyikan masalah yang berladum di dalamnya.

Tetapi untuk apa pula kalau Salleh hendak menyembunyikan hakikat dalam perkara ini. Bukankah dengan memperakui kesilapan dan kelemahan itu lebih baik daripada terus memdabik dada? Misalnya menerima kata-kata Su Pin itu membuatkan Umno Sabah dan PBB Sarawak memperbaiki kelemahan mereka dengan segera.

Saya tidak percaya kalau Salleh tidak mengetahui isu yang membelenggu Ketua Menterinya ketika ini. Apakah Salleh sudah lupa satu kejadian di lapangan terbangan di mana penahanan seorang taukeh Cina yang dikatakan membawa wang berjuta-juta ringgit? Apakah peristiwa itu boleh disenyapkan begitu saja.

Bukankah penahanan taukeh Cina itu ada sangkut paut dengan Musa Aman. Wang yang dibawa oleh cina itu khabarnya wang Musa Aman. Cina itu hanya jadi hamba Musa Aman saja. Ada juga mengatakan wang itu untuk dibawa ke pilihan raya kecil Permatang Pauh? Kes ini dalam penyiasatan. Pihak Pencegah Rasuah (ACC) Korea masih menyiasat perkara ini.

Mungkin Salleh atau rakyat Sabah sudah melupai kejadian ini tetapi bukan sejarah dan rakyat Sarawak lain yang celik. Ia mungkin akan menjelma bila-bila masa saja. Kalau tidak percaya cuba adakan pilihan di mana-mana kerusi di Sabah. Twentu isu penahanan Cina berkenaan yang membawa berjuta-juta wang itu akan muncul.

Selain itu masih ada banyak lagi isu yang menimpa Musa Aman. Isu kronisme katanya menjadi-jadi di Sabah. Tindak tanduk Musa Aman dikatakan lebih teruk dari zaman Tun Datu Mustapa Datu Harun.

Pendeknya Sabah tidak akan aman selagi Musa Aman menjadi Pengerusinya dan Ketua Menteri. Lainlah kalau Umno Kuala Lumpur menukarkan Musa kepada orang lain, mungkin masalah Sabah yang dikaitkan dengan penyelewengan dan kroni akan lengsai. Dengan cara itu saja kalau BN ingin terus berandaian Sabah merupakan salah satu negeri menjadi bank simpanan tetapnya.

Kata-kata Salleh Said Keruak itu mungkin akan menjadi benar semisalnya beliau sendiri menerajui semula Umno Sabah. Tetapi apakah dalam suasana hari ini Salleh akan diminta untuk berada di situ? Perlantikan Salleh menjadi Timbalan Perngerusi Umno Sabah dilihat sebagai untuk menempelkan imej baiknya kepada Umno Sabah. Salleh bukan seorang yang fighter yang baik dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan juga kuasa politiknya. Tetapi beliau mempunyai keperibadian yang yang sukar untuk digugat oleh mana-mana tokoh. Justeru kepada saya kata-kata Salleh itu ada sebuah sinikal yang perlu difahami oleh Kuala Lumpur.

Judi: Mana pemimpin Umno lantang isu kalimah Allah

Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 21 Mei:
"Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan," begitulah antara suara yang berkumandang daripada pemidato yang mengadakan demontrasi aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, dekat sini selepas solat Jumaat tadi.

Program yang berlangsung selama 45 minit berjaya menghimpun 400 orang untuk membantah judi terbaru itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mohd Piah dalam kenyataanya membidas pemuda Umno seluruh negara kerana tidak bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.

Katanya, ia bukan perkara main-main untuk diperjuangkan sebaliknya adalah perjuangan akidah kerana perjudian tetap diharamkan dalam Islam, tidak ada dolak dalik dalam soal tersebut.

Dulu katanya, pemuda Umno bukan main bingkas bangun kononnya Islam akan tercabar kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi sunyi apabila isu itu meletup selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan perjudian bola di Malaysia menjelang Piala Dunia pada Jun nanti.

"Mana dia pemuda Umno, tokoh agama Umno dalam hal ini kenapa mereka membisu sampai kini. Sepatutnya sebagai seorang Islam mereka kena bangkit menentang BN yang jelas bersekongkol dengan tabiat buruk," tambahnya.

Kerajaan, tegasnya telah mengikut jejak syaitan dan bertindak biadap kerana judi mengundang kerosakan.

Tegasnya, judi sama ada berlesen atau tidak tetap haram di sisi Islam yang meningkatkan jenayah setelah berlaku pergaduhan antara kaki judi yang berhutang sama ada dengan ah long atau sebagainya.

"Jenayah pasti meningkat bila perjudian dibenarkan. Adakah tidak memadai dengan kebenaran lesen-lesen perjudian yang lain seperti penjualan Sport Toto, Dama Chai dan seumpamanya di seluruh negara," jelasnya.

Antara yang berucap di majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Haji Ghazali, Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Ketua Cabang Keadilan Bagan, Farid Arshad dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Sidiq Noor.

Adakah Khairy tersenarai dalam rombakan Kabinet kali ini?

Desas desus bahawa rombakan kabinet akan diadakan tidak lama lagi, sekali lagi bertiup kencang.

Akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Woh membuat spekulasi hari ini bahawa rombakan buat kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diadakan sebelum 7 Jun ini - tarikh sidang Dewan Rakyat bersambung semula.

Rombakan sama ada secara besar-besaran mahupun hanya kecil dilihat tidak boleh dielakkan.

Antara kekosongan itu termasuk mengisi jawatan timbalan menteri pengangkutan, berikutan kematian Datuk Robert Lau dan jawatan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang dikosongkan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun.

"Berikutan pilihan raya kecil Sibu, kita percaya perdana menteri akan merombak kabinetnya dalam tempoh seminggu dua ini supaya pasukan baru boleh segera menjalankan tugas,” kata
Kwong Wohyang memetik sumber.

Sumber dari Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu parti-parti komponen BN juga sudah membekalkan senarai calon mereka kepada perdana menteri.

Memetik sumber dari MCA, laporan itu berkata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mencadangkan sebarang perubahaan kepada kedudukan empat menteri yang disandang oleh pemimpin sekarang.

Mereka adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Kong Cho Har; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen.

Daripada empat pemimpin berkenaan hanya Ong dan Kong, kini tidak lagi memegang sebarang jawatan dan secara tradisinya mereka akan digugurkan.

Bagaiamanapun Ong dijangka dikekalkan kerana imejnya yang bersih dan tegas serta kepopularan bekas presiden MCA itu di kalangan pengundi Cina yang merupakan aset kepada usaha pembahuan Najib manakala Kong pula adalah orang kanan Chua.

"Kecuali perdana menteri mahu Ong digugurkan, beliau terpaksa pergi. Tetapi difahamkan, beliau tidak berhasrat berbuat demikian,” kata sumber itu.

Menurut laporan
Kwong Woh lagi, pemimpin MCA juga cuba menyakinkan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna untuk ditukarkan dengan Menteri Pelancongan.

Selain itu, akhbar berkenaan juga membuat spekulasi bahawa rombakan itu juga akan membabitkan dua menteri kabinet dan tiga timbalan menteri dari Umno.

Menurut akhbar itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohd Yaakob, akan digugurkan.

Tempat Shabeery akan diisi oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sekarang ini dilihat sebagai pemimpin yang moderate dan berpengaruh di kalangan belia.

Menteri-menteri lain yang dikatakan 'tidak selamat' termasuk Datuk Seri Noh Omar (Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ismail Saabri Yaacob (Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Mereka yang dijangka akan dinaikkan pangkat pula adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri, Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.
-malaysiakini-

Kerjasama PAS-DAP, Cina kini fahami Islam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerjasama parti itu dengan DAP telah banyak membantu masyarakat Cina di negara ini memahami Islam.

Katanya, masyarakat Cina juga kini bukan sahaja memahami Islam tetapi mereka juga tidak lagi beranggapan masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

PAS, menurut beliau tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lalu juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir.

"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Aziz pada kuliah mingguannya, di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.
-malaysiakini-

Lesen judi: Rakyat seluruh negara terus protes

Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Perhimpuna
n berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang.

Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.

Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis.

Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.

Presiden PAS kurang sihat

Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.

Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat".

Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut.

Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.

Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah.

Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".

Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali.

Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.

"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

'Yes bola, no judi'

Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi".

Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.

Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

Di Kajang, penganjurnya Mohd Shah Mior Kosim berkata kumpulan tersebut berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.

Per
himpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.

Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."

13 orang sahaja di Hulu Selangor


"Kita akan anjurkan satu lagi protes sama minggu depan, kita harap akan ada penyertaan lebih besar," katanya lagi kepada
Malaysiakini.

Sementara itu di Kapar pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.

Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.

Sementara di Masjid As-Syukriah, Kampung Desir Tengah di Hulu Selangor keadaan 'menyedihkan' apabila difahamkan hanya 13 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 15 minit.

Nazir masjid itu, Sukurillah Ri berkata, anak kariah kampung itu kelihatan membawa sepanduk bertulis 'Kami ajk masjid membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi oleh kerajaan persekutuan'.

Berhubung 'kelesuan' bantahan di sekitar Selangor, ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kelewatan memberi arahan mungkin menyebabkan kurangnya sambutan daripada para penyokongnya.

"Insya-Allah, minggu depan akan lebih baik dari hari ini dengan persiapan yang lebih lengkap," katanya.

Nota: Gambar-gambar di atas dirakamkan di sekitar masjid di Pulau Pinang dan Perak sahaja.
-malaysiakini-

Skandal Enjin Jet : Saman ATM Dibatalkan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman yang difailkan oleh lima bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat gara-gara kehilangan dua enjin jet F-5E pada 2007.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd Yusof memberi keputusan dalam kamar selepas membenarkan permohonan kerajaan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia yang dinamakan defenden membatalkan saman itu.

Mahkamah turut memerintahkan kelima-lima bekas pegawai kanan itu membayar RM7,000 sebagai kos undang-undang kepada para defendan.

Pemecatan perkhidmatan kelima-lima mereka dibuat mengikut peruntukan statuori Perkara 77, Akta Angkatan Tentera dan mereka tertakluk di bawah undang-undang awam.

Mahkamah juga memutuskan adalah membazir masa dan perkara yang remeh untuk meneruskan saman kerana mengikut undang-undang ia pelanggaran kepada proses mahkamah.
-tvselangor-

Logo Halal: Peniaga dakwa didiskriminasi Jakim

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 Mei:
Seorang pengusaha produk makanan ringan secara kecil-kecilan dari Felda Suharto, Kuala Kubu, Selangor mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengamalkan diskriminasi terhadap bumiputera dalam isu pemberian logo halal.

Mohd Rufie Waris dalam aduannya kepada Harakah dan Harakahdaily berkata, beliau yang sudah 20 tahun melibatkan diri dalam bidang itu belum mendapat logo Halal daripada Jakim walaupun sudah berkali-kali memohon.

Lebih menimbulkan masalah apabila bermula awal tahun ini, produk beliau yang dipasarkan di hentian rehat (R&R) arah utara dan selatan tidak boleh lagi diterima peniaga di situ kerana tidak mempunyai logo halal.

Ekoran itu, beliau memberitahu, golongan ibu tunggal yang bergantung kepada perusahaan beliau untuk mendapatkan pendapatan sudah hilang sumber pendapatan.

Mohd Rufie menjalankan perusahaan makanan ringan tersebut dengan cara membeli bahan mentah dan ianya akan diproses oleh beberapa ibu tunggal di kawasan tersebut.

Apabila siap diproses, Mohd Rufie akan mengambilnya dari rumah ke rumah untuk dipasarkan ke kedai runcit di kawasan sekitar dan juga R&R bermula R&R Rawang sehingga ke R&R Bukit Merah bagi laluan utara dan R&R Sungai Buluh sehingga R&R Pagoh bagi laluan selatan.

Namun, bermula Januari tahun ini, produk makanan yang diusahakan tidak lagi diterima peniaga di R&R atas arahan pihak pentadbiran PLUS.

Ujarnya, beliau dimaklumkan peniaga di situ, mereka akan didenda RM10,000 untuk setiap satu barang yang tidak mempunyai logo halal.

"Isunya sekarang ini saya tidak boleh memasarkan barangan saya dan sumber pendapatan untuk ibu tunggal sudah tidak ada. Masalahnya hanya kerana tidak ada logo halal," katanya yang hadir sendiri ke pejabat Harakahdaily hari ini.

Apa yang dikesalkan beliau apabila Jakim seolah-olah meminggirkan golongan pengusaha kecil seperti beliau apabila memberi alasan produk beliau tidak layak menerima logo halal kerana tidak diusahakan secara industri.

Perkara itu ujarnya, dinyatakan sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh sewaktu Mohd Rufie bertemu beliau pada Mac lepas.

"Pada 13 Mas lepas saya pergi berjumpa sendiri dengan Abdul Hamid di pejabat Jakim. Saya buat aduan dan tanya kenapa saya tidak boleh dapat logo halal. Beliau kata sebab saya tidak ikut prosedur. Saya tidak masuk dalam industri, kilang pun tidak ada. Beliau kata kalau usahakan di rumah, memang tidak dapat logo halal.

"Saya bukan emosional tapi saya adalah pembayar cukai. Saya meniaga sudah 20 tahun. Bukan 20 hari. Saya pun membantu ibu tunggal. Ke mana lagi saya nak mengadu?Siapa yang akan bela nasib bumiputera?,".soalnya.

Menurutnya juga, ramai kawan-kawannya yang mengalami nasib yang sama tetapi tidak berani untuk membuat aduan.

"Saya bercakap bukan untuk saya seorang. Banyak pengusaha bumiputera yang mengalami nasib yang sama.Kalau di Selangor ini ada dalam 70 orang pengusaha yang tidak dapat pohon logo halal," ujarnya

Sehubungan itu, beliau merayu agar Kerajaan khususnya Jakim prihatin dengan nasib pengusaha kecil seperti mereka, bukan hanya memberikan logo halal kepada pengusaha yang sudah maju sahaja.

"Saya merayu dan menyerulah bagi pihak kawan-kawan saya,supaya Kerajaan turut membantu peniga dan pengusaha yang baru hendak meningkat naik," katanya.

Jangan Cakap Bahasa Inggeris

Mohd Sayuti Omar

DIAM-DIAM terdengar cerita pelik dan ganjil di Selangor, ceritanya tentang MB Selangor, Khalid Ibrahim hendak dijatuhkan. Mulanya saya tidak mahu memberi respons perkara ini dan mahu melihatnya saja. Apakah cerita itu rekaan pembangkang (UBN) atau sebaliknya. Seperti mana juga di Kedah, cerita ada empat Adun yang hendak bertukar menjadi salentia juga sudah hebuh.

Tetapi apabila bekas MB Kedah, Mahadhir Khalid mengatakan cerita itu adalah rekaan pihak Pas, maka fahamlah kedudukan sebenar tentang isu di Kedah itu. Apa yang dapat ditamsilkan isu empat Adun termasuk Exco hendak bertukar menjadi salentia itu adalah permainan pihak UBN saja.



Perkara ini juga dijelaskan oleh Azizan Abdul Razak. Katanya, sebenarnya tidak ada apa-apa pergolakan di Kedah seperti mana dihebohkan. Kerajaanya masih stabil. Dalam pada itu, satu himpunan akan diadakan pada 22 Mei ini di Kota Sarang Semut. Dalam himpunan itu semua wakil rakyat Pakatan Kedah akan hadir membuat penjelasan berhubung isu berkenaan. Rupa-rupanya walaupun ianya tidak tertekan tetapi tetap menyerabutkan juga hingga tepaksa membuat penjelasan.

Sekiranya semua wakil rakyat Pakatan Kedah hadir pada malam itu, dan menjelaskan kepada rakyat maka isu ada Adun nak lompat dan kerajaan Kedah tergugat pun akan berakhir. Setidak-tidaknya ia melegakan MB Kedah itu buat seketika. Sebaliknya kalau ada Adun yang tidak dapat hadir, kebetulan pula empat mereka yang disebut itu, ini bermakna cerita yang dikarai itu tidak boleh dipandang rendah. Umum kena menerima Kedah dalam bahaya.

Setakat ini katanya keadilan masih stabil di Kedah.

Dalam menanti perkembangan di Kedah inilah pula timbul cerita di Selangor pula, usaha nak jatuhkan Khalid Ibrahim (foto). Apa yang berlaku di Selangor berbeza dengan apa yang terjadi di Kedah. Di Selangor yang hendak jatuhkan Khalid Ibrahim bukan Khir Toyo tetapi sesama sendiri. Ini kes teruk dan benar-benar sudah sinting, kata orang Indonesia.

Umno Selangor sudah kehabisan jampi dan usaha, untuk mengkucarkacirkan kerajaan Selangor. Habis alat mereka gunakan termasuk cuba menggunakan raja. Mereka juga cuba menarik wakil rakyat Pas, tetapi tidak jadi. Sampai lembek lotet - lemah gemalai, Hassan Ali menepis cerita berkenaan. Ia memburukkan lagi apabila orang Pas sedang juga katanya mengemukakan bukti mentah mengenai ura-ura itu.

Alhamdulilah kini kebenaran sudah menyerlah. Kebatilan sudah terhapus oleh kebenaran. Hassan Ali agak sudah dapat duduk tenang kerana gangguan syaitan terhadapnya sudah tidak ada lagi.

Yang berlaku sekarang ini ialah di kalangan PKR. Kenapalah politik Pakatan Rakyat tidak pernah reda? Ada-ada sahaja isu yang timbul dan memanaskan keadaan. Cerita yang hangat kini ialah Khalid nak dijatuhkan. Alasannya ialah Khalid tidak tahu berpolitik. Beliau tidak tahu menggunakan kedudukan sebagai MB untuk kepentingan PKR dan Pakatan Rakyat. Stail kerjanya terlalu tegas dan lurus.

Katanya sikap ini tidak menguntungkan parti. Misalnya banyak kontrak diberikan kepada orang luar bukan orang kuat parti. Yang dapat ialah orang luar parti dan termasuk juga ahli-ahli Umno. Tindakan ini tidak disukai. Cara Khalid ini tidak disenangi dan dianggapkan merugikan parti. Khalid dilihat tidak prihatin kepada parti.

Yang beranggapan demikian ialah orang parti yang cari makan dengan kuasa parti. Sebalik di pihak rakyat dan pegawai kerajaan senang dengan cara Khalid. Mereka melihat cara Khalid itulah pembaharuan dalam politik, di mana beliau tidak menjadi kuasa politik untuk menjaga kroni sebaliknya mengutamakan rakyat. Malangnya cara itu tidak disenangi.

Kalaulah itu alasan untuk menukar Khalid dengan MB yang prihatin kepada nasib parti, saya rasa tidak perlu kepada satu gerakan untuk menjatuhkan Khalid. Tidak perlu kepada satu pasukan psywar. Saya rasa sebagai seorang yang ada prinsip, tidak tahu politiking, Khalid tidak payah ditekan begitu rupa sekali. Cukup kalau menasihatinya secara terhormat, dia akan berhenti.

Lagipun kedudukan Khalid di situ bukan atas kehendaknya seratus peratus. Di tunjuk dan dipilih oleh Anwar Ibrahim untuk menguruskan Selangor. Bagi Anwar dia mengetahui di mana kelebihan dan kekurangan Khalid. Dia tahu ketulusan dan integriti Khalid. Jadi apabila Khalid kini ramai-ramai dihentam nampaknya seorang lagi orang pilihan Anwar menjadi mangsa politik.

Golongan yang beriya hendak jatuhkan Khalid itu mungkin benar berdasarkan kepentingan politik PKR terutamanya dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya. Khalid kena tahu pilihan raya ke -13 memerlukan kewangan yang banyak. Beliau tidak boleh merasakan cukup setakat memperkenalkan beberapa program dan pendekatan untuk menjamin PKR menang.

Tetapi dari sudut lain pula, tindakan untuk menjatuhkan Khalid secara tidak bermoral pada saya tetap tidak betul. Kalau nak tukar MB, tukarlah dengan baik dan penuh dengan fatah seperti menarik rambut dalam tepong. Apa yang berlaku kini, golongan yang tidak serasi dengan Khalid ingin menyengahkan Khalid ke bawah dalam keadaan memalukan. Perangai lanun dalam Umno campaklah ke laut merah.

Apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam itu saya rasa sebahagian daripada kegiatan untuk memalukan Khalid Ibrahim. Saya rasa Manikavasagam tidak akan bertindak keterlaluan begitu kalau dia tidak disokong dan dihalak oleh pihak tertentu. Kalau diperhatikan daripada cara Manikavasagam mendedahkan isu penyelewengan dan rasuah dalam isu pasir itu cuba untuk memburukkan Khalid.

Saya ingin memberi ingatan penting di sini khasnya kepada golongan yang tidak senang dengan Khalid. Kalau tidak sukakan Khalid lakukan dengan cara terhormat. Buat memorandum hantar kepada Khalid minta dia turun dari kerusi MB. Dengan cara mendedahkan masalah kerajaan negeri, mencemarkan imej kerajaan negeri, ia bukan cara terbaik. Cara itu pada saya samalah cuba bercakap bahasa Inggris dengan kucing. Atau pun meludah ke langit yang akhirnya tertimpa hidung sendiri.

Khalid tidak arif dalam politik. Dia berfikir secara lateral dan mudah. Jadi kalau bencikan dia cakap terus terang habis cerita. Seribu kalipun kalau buat tekanan seperti Manikavasagam itu ia tidak memberi bekas, sebab Khalid jahil politik. Cuba hantar buat memorandum dan semua ahli Yang Berhormat PKR, biar Mohamad Azmin Ali yang jadi ketua tanda tangan dan serahkan kepada Khalid, saya rasa kalau memorandum itu diserahkan waktu Zohor, waktu Asar Khalid akan meletakkan jawatan sebagai MB.

Saya teringat sepatah kata-kata Khalid sewaktu makan rojak di laman rumahnya pada satu majlis; saya berkhidmat kepada rakyat saja, kalau saya diminta berhenti jadi MB saya akan berhenti bila-bila saja. Lagipun jadi orang politik ini susah, tidur saya pun tak berapa cukup.