Judi hak bukan Islam?

Dr Mohd Ridhuan Tee

Albert Einstein pernah berkata, "God does not play dice with the universe." If God isn't a gambler, are his followers? Kata-kata ini membuatkan saya amat teruja dengan kenyataan mengenai judi yang dikatakan adalah hak orang bukan Islam. Persoalannya, dari sumber manakah fakta tersebut diperolehi? atau kenyataan tersebut sekadar mahu mengambil hati atau menjaga hati orang lain? Kita tidak seharus membuat generalisasi bahawa amalan budaya sesuatu kaum merupakan hak mereka, tanpa merujuk kepada sumber asasi atau berautoriti.

Jika kita tidak rajin membaca, sekurang-kurangnya tanyalah mereka lebih arif serta pakar, seperti pakar perbandingan agama atau sami Buddha, Hindu, paderi Kristian dan sebagainya. Jangan cakap ikut sedap mulut tanpa fakta yang kukuh, takut nanti diketawa orang. Budaya merujuk pakar perlu ada dalam melahirkan masyarakat yang maju, berilmu dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Sedarlah, kita tidak akan tahu semua perkara. Dengan sebab itu, kita mempunyai pengkhususan bidang masing-masing. Lebih baik bercakap mengikut bidang. Apatah lagi menyentuh sensitiviti agama. Lebih menyedihkan, kadang-kadang yang jahil murakabpun mahu bercakap. Akibatnya, makin banyak cakap, makin terserlah kelemahan. Ini memberikan ruang dan peluang untuk mereka yang ingin mengambil kesempatan menangguh di air keruh, terutama ultra kiasu dan sekutunya.

Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang turut sama tidak dihalalkan seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan.

Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33, pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman's Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII.54, pandangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ethics_s.htm).

Baca selanjutnya di sini

Khairy jadi tukang salak: Putar belit Utusan Malaysia penuhi dakyah APCO

Detikdaily
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin diselar berikutan tuduhan yang dibuat ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam isu pertemuan dengan Yahudi di Amerika Syarikat. Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau disifatkan Anwar sebagai 'tukang salak' Umno dan semata-mata hanya untuk menarik perhatian pemimpin atasan sahaja.

Anwar sendiri tidak tahu apa tujuan sebenar Khairy berbuat demikian dalam masa yang sama bertelagah pula dengan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali. Penasihat KeADILan itu berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Khairy, yang menuduh beliau meminta maaf dengan pemimpin Yahudi semasa di Washington baru-baru ini.

Anwar menjelaskan sepatutnya Khairy bertanyakan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno siapa yang membayar yuran pengurusan komunikasi bernilai USD22 juta kepada syarikat yang ada kaitan dengan Israel?

"Bukankah kerajaan Umno dan Najib yang bayar. Perkara pokoknya isu Apco. Umno juga menggunakan Apco untuk menyerang saya di luar negara, selama ini saya dituduh sebagai agen Yahudi tetapi Umno menggunakan wang rakyat dan diberikan kepada Israel," ujarnya lagi.

Anwar juga memberitahu laporan di dalam Utusan Malaysia adalah satu penipuan besar kerana kenyataan yang dikeluarkan berkenaan dengan dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel tidak dijadikan tajuk utama tetapi menggunakan tajuk yang menyeleweng.

"Tajuk di dalam Utusan Malaysia hari ini (1 Julai) jelas berbohong kenapa mereka tidak meletakkan kenyataan bila dunia sudah hilang kesabaran dengan Israel. Inilah kerja APCO yang menjadi penasihat tidak berguna kepada kerajaan. Bayar RM70 juta maka semua itu tidak boleh disebut.

"Jadi atas alasan yang sama TV3 dan RTM tidak akan mengeluarkan kenyataan itu. Jadi apa isunya? Pendirian saya tentang Palestin tidak pernah berubah malah saya mengecam dasar yang digunakan Israel," katanya.

Anwar menjelaskan beliau berkawan dengan semua tetapi beliau tidak membayar beberapa tokoh Israel untuk mempertahankan beliau. Sebaliknya Umno-BN pula bertindak membayar APCO untuk mendapat pembelaan dari puak-puak Israel, katanya. "Begitu juga lesen judi, saya tidak pernah luluskan lesen tetapi Umno meluluskanya. Jelaskanlah?" soal Anwar.

Ketua Pembangkang itu memberitahu, beliau ke sana kerana diundang oleh Woodrow Wilson Centre untuk satu ucapan dan sudah tentu mesyuarat diadakan bersama dengan kakitangan editor dan juga media antarabangsa.

"Kebanyakan dari mereka dari Amerika dan Yahudi mengatakan tidak adil bila menuduh Israel kejam kerana Zionis mempunyai negara yang adil dan sah. Saya nyatakan itu pendapat mereka tetapi pendapat saya jelas rejim Zionis Israel adalah penjajah dan zalim," tegas Anwar.

40 Ulama: Dakwat belum kering sudah menipu?

Angkasanuri

Sudah beberapa kali saya mengulas isu 40 'ulama' muda yang didakwa menyertai Umno. Belum apa-apa lagi sudah banyak kontroversi yang wujud. Dari segi bilangan 40 yang didakwa datang pun sudah tak betul. Ada yang kata 40 dan ada yang kata tak sampai 40.

Ada yang yang kata dijemput dan ada pula yang kata mereka tak ada dalam senarai untuk jadi 'ulama Umno'.

Jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman dan Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid kini saling nafi menafi serta saling tuduh menuduh di antara satu sama lain tentang cerita '40 ulama masuk Umno'.

Saya tak pasti siapa yang betul, tetapi yang saya cukup pasti di antara keduanya ada yang jadi ulama penipu! Sehingga hari ini Mohd Hosni yang juga pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor tampil di pentas terbuka menafikan bahawa beliau mengisi borang Umno.

Katanya 'saya memang tiada niat untuk masuk Umno... belajar agama tinggi nak masuk Umno buat apa?”

“Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah.

“Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu.

Manakala Fadlan pula melalui media terus menafikan bahawa empat orang yang mempertahankan dijemput ke majlis berkenaan termasuk dalam senarai masuk Umno.

Pening juga dibuatnya, mungkin inilah hasil tarbiyyah pertama bila menjadi ahli Umno. Kalau ya pun tunggulah dakwat dalam borang Umno tu kering dulu.

PRU 13 : Oren Berpotensi Menang

Nasrudin Hassan at Tantawi

Malam tadi saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan menarik antara Brazil vs Belanda kecuali sebahagian aksi sejurus selesai menyampaikan ceramah di Masjid Kota Damansara.

Keputusan perlawanan sangat berbeza dengan analisa awal para pengkritik sukan dan media yang meletakkan Brazil sebagai pemegang ranking no.1 dunia akan menang selesa ke atas Belanda yang hanya berada di tempat ke 4 ranking dunia.

1.
3.Brazil dengan formula sambanya sangat digeruni lawan apabila beraksi di pentas antarabangsa. Skil individu dan corak gerakan mengawal bola sememangnya sukar ditandingi. Namun Brazil tidak berupaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka apabila bertemu skuad oren yang dilihat hadhir dengan dendam membara untuk mengalahkan Brazil yang pernah menghancurkan harapan mereka untuk bergelar juara pada tahun 1998 yang lalu.

4.Ternyata semangat kental skuad oren [Belanda] mampu merobohkan keegoan Brazil yang bergelar juara dunia sebanyak 5 kali. Reputasi Brazil selaku pasukan pilihan tercalar dan mereka akhir ditunjuk jalan keluar oleh Belanda. Hampir tiada penganalisis meletakkan Brazil akan tewas di tangan Belanda namun keputusan muktamad adalah sebaliknya.

5.Setakat 30 minit aksi perlawanan antara kedua - dua pasukan ini [oren vs biru], saya melihat kesungguhan dan kegigihan berjuang skuad oren mampu mengekang penguasaan skuad biru biarpun mereka turun ke gelanggang membawa gelaran sebagai pasukan juara dunia 5 kali. Malah semangat itu membuatkan mereka bingkas bangun mendakap gelaran sekalipun mereka telah ketinggalan satu goal.

6.Tiada putus asa, yakin menang, gigih berusaha, stamina yang konsisten, kerja berpasukan yang kemas dan teratur menjadi formula asas skuad oren menumpaskan skuad biru. Skuad oren kelihatan bijak menghidu kelemahan skuad biru untuk dihukum atas setiap kelalaian dan kealpaan mereka dan ternyata ianya berhasil.

7.Menariknya, PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, turut menyaksikan pertarungan sengit antara skuad oren dan skuad biru. Skuad biru kelak akan turun gelanggang dengan dengan status penyandang atau juara bertahan. Mereka memilik segala keupayaan kuasa dan daya teknologi untuk mempertahankan kuasa dan pengaruh politik mereka.

8.Skuad biru [Barisan Nasional] mempunyai kekuatan asas yang kukuh seperti jumlah ahli dan dana yang mencukupi sementara skuad oren tidak miliki keupayaan setanding. Namun skuad oren [Pakatan Rakyat] masih berpotensi untuk mencapai kemenangan jika mereka mengekalkan tahap kesungguhan dan kegigihan berjuang yang hebat untuk mengalahkan skuad biru.

9.Fokus, tidak cepat mengalah, berjuang dalam pasukan yang mantap, gigih membawa risalah atau mesej perjuangan kepada masyarakat, disiplin yang tinggi dan mengekalkan tempo perjuangan tanpa culas akan menjadi formula skuad oren memburu kemenangan biarpun terpaksa berdepan dengan keupayaan lawan.

10.Atas kertas, rata-rata penganalisa politik mengatakan skuad biru adalah pasukan pilihan untuk mengekalkan kemenangan dan kuasa mereka, namun di dalam gelanggang sifirnya tidak sama seperti diatas kertas. Skil berpolitik, stamina perjuangan, kesungguhan dalam gerakkerja dan kerja berpasukan menjadi advantage untuk menguasai gelanggang dan seterusnya muncul sebagai pemenang. Tiada siapa sangka Brazil boleh kalah sebagaimana ramai menyangka Barisan Nasional akan menang ...... realiti digelanggang akan memaparkan keputusan sebenar.

Pilihan raya pada September?

Keputusan kerajaan secara tiba-tiba untuk meningkatkan peruntukan untuk kawasan-kawasan mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

Sarjana politik James Chin percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengambil tindakan itu selepas mengumumkan prestasi ekonomi untuk suku tahun kedua.

"Ia pasti suatu masa sebelas September kerana Najib perlu (dokongan) pertumbuhan yang kukuh daripada suku tahun kedua," kata James yang kini mengajar di sebuah universiti swasta.

"Kalau (pilihan raya diadakan) tahun depan, ketika itu Najib tidak boleh lagi mengawal ekonomi," katanya.

Beliau menambah, Najib bakal berdepan dengan bahaya kita berlakunya kemelesatan ekonomi global yang kedua.

Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar

Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengakui wujudnya perpecahan di dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan di peringkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata pemilihan untuk kepimpinan perlu diadakan secara perbincangan ataupun melalui syura dan bukannya dengan meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi kepimpinan parti itu dalam Muktamar ke-57 nanti.

"Tok soh (tidak perlu) bertanding. Tidak molek (tidak elok) la. Nak bertanding pun jangan sampai ke peringkat perpecahan.

"Ini luahan hati seorang tua (luahan daripada orang yang sudah lama di dalam PAS)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan jubli perak sebuah pondok agama di Bukit Payung di Kota Bharu hari ini.

Pada Muktamar PAS Jun lepas tiada pemilihan diadakan di peringkat kepimpinan kerana ia diadakan sekali dalam dua tahun dan pemilihan kepimpinan akan diadakan pada persidangan Muktamar PAS tahun depan.

Persidangan PAS lepas, lebih memfokuskan untuk menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan membenarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, iaitu anggotanya terdiri daripada golongan bukan Islam yang menyokong parti itu, menggunakan logo PAS untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz berkata jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan pada Muktamar akan datang, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti.

Kemelut dalaman PAS timbul pada 2009, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menyokong penubuhan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan seteru parti itu, Umno, atas matlamat untuk membela nasib orang Islam di negara ini.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menentang keras kerjasama kerajaan perpaduan itu dengan menuduh Umno cuba memecah-belahkan parti sedangkan cadangan asalnya dicanangkan oleh Abdul Hadi pada persidangan Muktamar PAS.

Akibatnya Nik Abdul Aziz menerusi blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah supaya dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan.
-Bernama-

Sukarnya bila hilang kuasa, kata Nong Chik

BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka.

"Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disyaki cuba melengah-lengahkan siasatan keatas akuan bersumpah yang mengaitkan Presiden Umno Najib Abdul Razak kepada wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat berpandangan SPRM tidak perlu berselindung disebalik alasan mahkamah tidak akan menerima keterangan yang diambil di luar negara kerana umum sedia maklum suruhanjaya tidak berdaya untuk menyiasat skandal membabitkan Najib dan kaum kerabat beliau.

Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata rakyat tidak berminat untuk mendengar alasan, kerana agensi penyiasatan jenayah seperti SPRM dibayar gaji oleh pembayar cukai untuk membongkar akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendedahkan perselingkuhan antara Presiden Umno terbabit dan Altantuya, serta kronologi kejadian yang membawa kepada pembunuhan wanita Mongolia itu.

SPRM dilaporkan membatalkan hasrat untuk mengambil keterangan bekas anggota Cawangan Khas itu di London pada saat-saat akhir. SPRM berbuat demikian diatas nasihat Pejabat Peguam Negara.

Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas juga dilaporkan mengalu-alukan pembatalan tersebut atas alasan ia membazirkan wang rakyat.

Shamsul Iskandar Md Akin melahirkan kekesalan diatas kenyataan tersebut dan berkata bukan tanggungjawab SPRM untuk bimbangkan kesusutan Perbendaharaan Negara atau apakah keterangan PI Bala akan diterima mahkamah atau tidak.

"SPRM telah membuat pembohongan yang nyata, menunjukkan mereka perkakas pemerintah. Kita mahu SPRM yang lebih tegas, menyiasat skandal ini secara mendalam. Pada saya mereka cuba berhelah dan melengah-lengahkan siasatan, dan sehingga kini saya tidak mendengar sebarang usaha serius dari SPRM," tegas Shamsul.

Altantuya Shariibuu dikatakan membantu urusan perolehan kapal selam Scorpene, dan menuntut wang komisyen yang dijanjikan kepadanya oleh rakan karib Presiden Umno terbabit, Abdul Razak Baginda.

Wanita cantik ala-model ini ditembak dan diletupkan dengan bom peledak kegunaan tentera oleh Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Korporal Sirul Azhar Umar dari cawangan elit Unit Tindakan Khas PDRM.

PI Bala dalam akuannya mendedahkan beliau digesa dan cuba disogok supaya menarik-balik akuan yang mengaitkan Presiden Umno terbabit kepada wanita Mongolia itu oleh salah-seorang ahli keluarga Najib.

“Dalam kes PI Bala ini,terdapat bukti yang nyata,terdapat pengakuan,terdapat juga affidavit,terdapat pengakuan video Balasubramaniam sendiri yang memberitahu secara jelas yang memberi wang untuk menutup kes ini”

Abdul Razak Baginda dikatakan menemui pegawai yang bertanggungjawab kepada keselamatan Najib, DSP Musa Safri sebelum kejadian bunuh itu. Timbalan Komander UTK ACP Mastor Mohd Ariff di mahkamah sebelum ini mendedahkan anggota UTK dilatih hanya untuk mengikut arahan pegawai atasan mereka.

Megat Najmuddin berkata, Balasubramaniam sepatutnya pulang dan memberikan keterangan secara sukarela kepada pihak berkuasa.

'Tolak tahi' gamatkan protes antijudi

Dengan lafaz "salam reformasi", perhimpunan antijudi oleh lebih 1,000 orang di ibu negara Malam tadi dirasmikan oleh Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Mohd Azmi Abdul Hamid.

"Selama 53 tahun cukuplah mereka menghancurkan negara. Kita tidak boleh terima ini lagi," katanya lagi dalam perhimpunan yang berlangsung selama hampir 45 minit itu.

Perhimpunan itu juga menunjukkan rakyat sudah tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin BN dalam menangani isu judi, katanya.

"Ada ulama mereka kata judi ini tidak ada kaitan dengan Islam. Orang ini sudah kenyang dengan judi.

"Seluruh rakyat telah nampak bencana. Yang menjalar dalam masyarakat bukannya kemungkaran kecil tapi oleh orang yang meraih keuntungan (daripada judi)," kata Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Tambahnya, kempen anjuran GMJ akan diteruskan walaupun kerajaan telah menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen pertaruhan judi sukan sebelum ini.

Perhimpunan bermula pada kira-kira jam 5 petang hari ini bertukar menjadi program perhimpunan bagi perasmian kempen berkenaan, bagi menggantikan satu protes yang dijadualkan sebelumnya bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan meluluskan lesen judi sukan.

Bagaimanapun, ekoran tindakan kerajaan membatalkannya, "perhimpunan 100,000 orang itu' bertukar format sebagai satu lagi majlis pelancaran bagi kempen baru GMJ bagi menolak semua jenis judi di negara ini.

Desak k'jaan didik rakyat

Sementara itu, ada juga slogan yang dilaungkan di dalam perhimpunan itu, antara lainnya "Tolak Tahi", mencetuskan kegamatan di kalangan orang ramai yang hadir.

Laungan itu diketuai setiausaha agung Angkatan Belia Islam Malaysia, Rahimi Abdul Rahim yang menyamakan golongan yang meluluskan lesen judi sebagai "tahi."

"Orang yang ketagih judi (dipanggil) tahi judi," katanya yang disambut dengan gelak ketawa.

Bercakap kepada media selepas itu, Mohd Azmi berkata kempen berkenaan akan diteruskan memandangkan kerajaan masih belum menunjukkan kesungguhan untuk mengharamkan kegiatan judi.

"Kita tidak boleh desak untuk mansuhkan serta merta jadi kita ambil pendekatan untuk desak kerajaan mendidik rakyat (tentang bahaya judi).

Mohd Azmi yang juga pengerusi GMJ berkata gabungan berkenaan yang didakwanya dianggotai 60 NGO itu akan memperkemaskan usaha untuk mempertingkatkan program kesedaran kepada masyarakat di negeri-negeri.

Turut berucap di majlis itu termasuk Ketua Pemuda PKR PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan serta ketua penerangan parti Islam itu Suhaizan Kaiat.

Kira-kira 50 polis dilihat mengawal keadaan di sekitar kawasan tersebut yang berakhir tanpa sebarang insiden.

Selain itu, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut berucap di majlis berkenaan.

Kesalahan Wanita Dalam Berpakaian

asshafiee
Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :
  1. Bagi wanita, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/kuliah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Pendapat Ustaz

Firman Allah yang bermaksud :

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Lagi Firman Allah yang bermaksud :

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya


Wahai sekalian wanita Islam kembalilah kamu semua ke ajaran Islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, Islam bukan agama yang membebankan kamu semua, tetapi Islam adalah agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah umul mukminin (ibu mukmin).
http://www.ustaznoramin.com/

PKR: Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' BN

Masyarakat Orang Asli kini mempunyai lebih banyak kesedaran politik dan tidak lagi boleh dianggap sebagai pengundi setia kepada BN, kata timbalan pengerusi biro Orang Asal PKR Pahang, Bob Manolan.

Trend baru ini dikesan daripada perasaan tidak puas hati daripada golongan masyarakat itu, rentetan daripada cadangan kerajaan untuk meminda Akta Orang Asli (Akta 134), kata Bob.

"Melihat kepada senario semasa, memang Orang Asli ini masih (merupakan) fixed deposit kepada BN. Tapi senario ini sudah berubah di beberapa tempat.

"Contohnya di Pahang, kita ada biro hal ehwal Orang Asli (PKR),yang memang aktif di kalangan Orang Asli untuk menyedarkan kuasa politik mereka.

"Mungkin di pilihan raya umum ke-13 nanti akan ada peningkatan lebih mendadak (sokongan kepada Pakatan Rakyat) disebabkan senario semasa macam (dasar) pemberilikan tanah ini," kata Bob.

Bob menjelaskan, PKR melihat peluang berkenaan boleh diraih dalam keadaan semasa di mana kumpulan NGO mewakili masyarakat itu memfokuskan kepada isu-isu spesifik dalam masyarakat berkenaan.

"Kecenderungan politik mereka kurang (menyerlah) kerana NGO seperti (Persatuan Siswazah Orang Asli) PSOA lebih kepada isu pendidikan, (Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia) kepada kebajikan dan (Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia) kepada tanah dan perpaduan antara perkampungan Orang Asli," katanya lagi.

Setakat ini, POASM merupakan badan paling besar yang mewakili Orang Asli. Persatuan ini ditubuhkan sejak tahun 1976 dan kini mempunyai sebanyak kira-kira 26,000 ahli.

Seorang ahli majlis tertinggi POASM Yusri Ahon berkata cawangan-cawangan parti PKR kini giat ditubuhkan di perkampungan Orang Asli.

"Contohya di negeri pahang, kita lihat pada masa sekarang ini, tumbuh macam cendawan ranting-ranting PKR di kampung kampung masyarakat Orang Asli.

"Hampir setiap bulan mereka menubuhkan ranting, sebab mereka sedar jalan penyelesain yang paling akhir hanya dengan berpolitik," katanya.

Ezam bidas laporan 'istana air mata'

Bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor menggesa Malaysiakinidan The Star disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung laporan nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur.

"
Malaysiakini dan The Star patut disiasat kerana laporan itu disulam motif untuk merosakkan institusi diraja," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Saya telah ke tapak itu hari ini dan mengadakan sidang akhbar. Maklumat dalam laporan itu salah. Hanya empat atau lima buruh pembinaan yang lambat menerima gaji mereka.

"Laporan itu anti-Melayu dan anti-Istana. Laporan itu menggambarkan istana seolah-olah dibina daripada air mata rakyat jelata," katanya.

Dalam laporan ekslusif pada 27 Jun,
The Star menyiarkan di muka depannya sekumpulan pekerja asing yang membina Istana Negara bernilai RM800 juta didakwa tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Sementara itu,
Malaysiakini semalam melaporkan, kumpulan 10 orang diketuai ahli parlimen Batu daripada PKR Tian Chua dilarang memasuki kawasan pembinaan itu, mencetuskan 'ketegangan' dengan penguatkuasa.

Ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini, Ezam menyatakan kekesalannya terhadap Malaysiakini yang didakwanya selalu "mengutarakan isu yang anti-istana".

"Ini melampau.
Malaysiakini telah cukup menyerang institusi (Melayu). Saya akan lawan (ketua pengarang) Steven Gan habis habisan-habisan," katanya.

Katanya, laporan berhubung isu peralihan kuasa di Perak, termasuk melibatkan bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kes murtad adalah contoh serangan terhadap instsitusi Melayu.

Himpunan Tak Nak Judi ditangguh jam 5

Harakahdaily
PENGUMUMAN:
Bagi menghormati majlis pengkebumian isteri Allahyarham Tun Dr Ismail, maka Himpunan Tak Nak Judi ditangguh ke jam 5 petang, Sabtu 3-7-2010 di Masjid Negara - GMJ

SENSASI! Membongkar 10 Penulisan Terakhir ZulKifli Noordin

dewa
DAHULU dia puji dan puji kepimpinan PAS dan Pakatan. Selepas menyertai Pakatan, ZulKifli mula membongkar tembelangnya dengan sikapnya yang suka memprovokasi dan melaga-lagakan sahabat dalam gabungan Pakatan. Penyelesaian secara berhikmah tiada dalam kamusnya. Kemudian, selepas dibuang dari Pakatan, dia menyuruh PAS pergi tidur dikangkang 'khalifah guan eng'. Artikel menganalisa 10 penulisan sampah terakhir ZulKifli Noordin.

Artikel terkini: (1) TAHNIAH TOK GURU- 1 julai 2010

Artikel ini usaha biasa cubaan melagakan TOk Guru dan PAS dengan DAP. Artikel ini sekadar mengulanmg statement Karpal, seorang bukan Islam, yang tidak setuju dengan konsep Negara Islam. Konsep keadilan untuk semua yang diperjuangkan Islam tidak ada masalah. Tindakan Tok Guru yang selama ini menegaskan bahawa Islam tidak akan menzalimi sesiapa dan sikap tidak setuju Karpal dengan pemerintahan Islam adalah perkara biasa. Kita harus dakwah dan buktikan keadilan Islam secara berhikmah. Usaha desperado Zulkifli hendak melagakan Tok Guru dan Karpal ini melucukan.

2. DUALAM - 1 julai 2010

Artikel jijik yang penuh dengan statement menyerang Anwar ini menyerlahkan lagi sikap buruk Zulkifli. Link atau referencenya ialah akhbar-akhbar perdana. Tajuk Dualam juga suatu tajuk yang dipercayai hendak menyindir tuduhan liwat ke atas Anwar.

3. TAWARAN KERJA - 30 jun 2010

Artikel deperado ini mengajak graduan Islam yang hendak bekerja di hotel menghantar surat-surat dengan resume ke ALAMAT PEJABAT PEGUAMNYA. Hai,, alamat pusat operasi ADUN pun takde ke? Macam ada unsur conflict of interest bunyinya.

4. JUDI SUDAH BATAL, ARAK BILA? 26 jun 2010

Artikel ini memuja muja Najib kerana kesungguhan perjuangan Najib yang tidak memberi lesen judi bola kepada AScot

5. pASTIKAN KEADILAN BUAT NAIM - 25 JUN 2010

Zulkifli Noordin menegaskan bahawa inilah kes buli pertama yang melibatkan kematian di Maktab Tentera.

6. Fatwa Dr.Harun Din - 23 Jun 2010

Cubaan tipikal melagakan Ustaz Harun dan ulamak PAS lain berhubung isu penggunaan nama Allah yang disensasikan oleh UMNO untuk kepentingan sempit mereka yang secara tidak langsung membawa kepada pembakaran masjid, gereja dan kuil, ditambah dengan peristiwa pembunuhan dan pijak kepala lembu oleh mereka yang sama mentaliti dengan Zulkifli Noordin.

7. Penyelarasan perundangan murtad - 23 jun 2010

Dalam artikel ini, Zulkifli tidak lupa memasukkan sindiran kepada PAS kerana 'mempolitikkan isu nama Allah'. wow.

8. Arak halal- 21 jun 2010

Artikel Zulkifli Noordin kali ini menghina-hina Tok Guru dan Kelantan kerana meluluskan 40 lesen arak untuk golongan bukan Islam. Mengikut Zulkifli Noordin, lesen arak kepada bukan Islam tidak boleh diberi kerana maksiat!! bodohnyaa..

9. Dr Asri join UMNO? - 20 jun 2010

Dalam artikel ini, Zulkifli menyatakan bahawa dia telah menghubungi UStaz Asri dan menasihatinya agar jangan menyertai PAS atau mana-mana parti kerana Ustaz haruslah menjadi seperti harimau yang bebas mengaum di hutan belantara (seperti dirinya kot). Zulkifli terlupa pesan nabi bahawa mereka yang tidak bersama jemaah sudah keluar dari ajaran Islam.

10. Batu Belah BAtu terlungkup.

DAlam artikel ini, Zulkifli cuba melagakan PAS, DAP dan PKR dalam isu Tian Chua. Lucunya, dia mengatakan bahawa sekiranya Anwar tiada, Zaid perlu menjadi pengganti kerana nama bapa mereka sama. bodohnyaa..

Apa pun , marilah kita berdoa kepada Allah. Sekiranya Zulkifli Noordin dipihak yang benar, dan Tok Guru dan kita semua sesat belaka, kita berdoa Allah beri hidayah kepada kita. Sebaliknya, jika ZulKifli Noordin ini yang sesat dan memang munafik, marilah kita berdoa agar Allah pendekkan umurnyanya agar kurang dosanya dan selamatkan kita dari kejahatan dan kezalimannya. Amin..

Zulkifli Sulong: 'Ini Perkara Malang'

Zulkifli Sulong, Pengarah Harakah, lidah rasmi PAS menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar Suara Keadilan sebagai suatu tindakan yang berlebih-lebihan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mengesyaki tindakan keras ini didalangi pihak tertentu yang takut dengan laporan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)..

Zulkifli menyatakan laporan muka depan Suara Keadilan berkaitan kepincangan Felda tidak ada kena mengena, apatah lagi mengugat keselamatan negara.

Beliau juga menganggap sempadan kuasa KDN terlalu luas dan mudah diperkuda pihak tertentu.

“Mungkin yang didakwa salah pada Suara Keadilan adalah kerana terbitkan cerita Felda Bankrap. Ia tidak ada kaitan dengan keselamatan negara. Ini isu undang-undang.

"Tapi, (tindakan) menggantung permit sudah terlalu lebih. Buat orang tertanya-tanya kenapa sampai gantung permit?” katanya.

Selepas memberi surat tunjuk sebab yang dijawab dan dipatuhi pengurusan Suara Keadilan, KDN masih tidak berpuas hati dan kemudian memutuskan untuk menggantung permit Suara Keadilan.

KDN menjadikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebagai alasan untuk menghalalkan penggantungan akhbar ini.

Zulkifli berpendapat penggantungan ini menjadikan kebebasan maklumat di negara ini kian terkebelakang ketika semua negara berlumba- lumba menuju kea rah dunia tanpa sempadan.

“Ini satu perkara malang. Ketika dunia ke arah tanpa sempadan, kerajaan sekat satu akhbar mingguan. Padahal tidak boleh sekat sebab ada laman web. Sepatutnya kerajaan lawanlah secara gentleman,” katanya.

Zulkifli berpendapat, biarlah mahkamah yang membuat keputusan terhadap laporan Suara Keadilan dan bukannya dilakukan mana-mana kementerian termasuk KDN.

“Kalau betul-betul salah, saman di mahkamah. Dan hujahlah. Kalau salah mahkamah akan jatuhkan hukuman. Bayar denda. Fair (Adil). Masalahnya sekarang, kerajaan buat keputusan sendiri - gantung permit,” katanya.

Bagi Zulkifli, tindakan ini hanya memperlihat ketakutan kerajaan kepada Suara Keadilan.

“Suara Keadilan ditakuti kerajaan. Terpaksa tutup. Kalau tidak takut, dia (kerajaan) boleh lawan. PKR hanya ada satu saja. Kerajaan ada tv, radio, akhbar. Tapi sebab mereka tidak berani lawan, jadi dia tutuplah,” katanya.

Buli: 59 sekolah dapat 'peringatan'

Kementerian pelajaran telah menghantar satu surat peringatan kepada 59 buah sekolah berasrama penuh di bawah seliaannya minggu lalu berhubung kegiatan buli ke atas pelajar baru, kata seorang pegawai kanan kementerian itu.

Ketua unit pengurusan disiplin sekolah berasrama penuh kementerian itu, Samsuri Omar berkata, surat peringatan berkenaan dihantar pada setiap awal sesi persekolahan.

Namun, peringatan itu penting kali ini, dengan mengambil iktibar daripada satu kejadian disyaki buli yang berlaku di Maktab Tentera Diraja (MTD) minggu lalu -- mengakibatkan seorang pelajarnya meninggal dunia.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak bertanggungjawab ke atas pengurusan disiplin di maktab berkenaan, kata Samsuri ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Jelasnya, maktab tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan, manakala Kementerian Pelajaran hanya menyelia soal kebitaraan (prestasi akademik).

Sungguhpun begitu, kementerian itu tetap menitikberatkan soal keselamatan pelajar dengan mengedarkan peringatan berkenaan minggu lalu, kata Samsuri lagi.

Menurutnya, peringatan itu adalah sebahagian daripada langkah pencegahan berterusan yang dijalankan oleh kementerian bagi membendung perbuatan buli oleh para pelajar di sekolah berasrama penuh.

"Peringatan ini adalah supaya sekolah mematuhi punca kuasa dan surat-surat pekeliling oleh kementerian pelajaran," katanya lagi.

Tambahnya, dokumen berkenaan antara lain menggariskan tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani kes-kes disiplin melibatkan perbuatan buli.

"(Antaranya), siasatan perlu dijalankan berdasarkan aduan yang diterima. Sekolah tidak boleh ambil tindakan sebelum tamat siasatan.

"Tapi apabila pelajar sudah didapati bersalah, mereka masih boleh buat rayuan," katanya lagi dan menambah, hukuman paling keras untuk kesalahan seperti itu adalah penyingkiran daripada sekolah.

Jelasnya lagi, segala siasatan berkenaan akan dianggap sebagai urusan dalaman pihak sekolah, melainkan sekiranya ia melibatkan siasatan polis.

"Siasatan adalah urusan dalaman pihak sekolah dan pihak lain tidak boleh campur. Tapi apabila sesuatu kes itu sampai ke peringkat siasatan polis, sekolah hanya akan membantu siasatan," katanya lagi.

'BN salah guna agensi cuba tumbang k'jaan S'gor'

Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut.

Kartun Zunar ancam keperkasaan Umno-BN dan Najib Tun Razak

Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bukan sahaja bimbang malah terpaksa bertindak tegas terhadap penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam dan merampas buku kartun '1Funny Malaysia', 'Perak Darul Kartun' dan 'Isu Dalam Kartun'.

Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung Kartun, tetapi ditolak oleh KDN. Ustaz Idris berkata, pemimpin Umno-BN yang menguasai kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini.

"Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka. PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka," tegas.

Tegasnya, rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka dan Zunar yang juga mantan Ketua Pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai kartunis yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

Kes kapal selam, dasar-dasar Najib, pergaduhan pemimpin Umno-BN, kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam
bentuk kartun oleh Zunar, ujarnya.

Zunar juga kata Ustaz Idris, antara pengkartun yang berjaya menelanjangkan kebobrokan Mahathir dan Pak Lah serta Menteri-menteri mereka seperti Rafidah, Samy Vellu dan sebagainya sebelum ini dalam bentuk kartun.

"PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya. Ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan serta kartun-kartun lain diakhbar milik Umno-BN pun tak mampu menyaingi apa yang dihasilkan
oleh Zunar," tegas beliau.

Ketua pengarang Suara Perkasa dipanggil KDN

Baru sehari beredar dalam pasaran, ketua pengarang akhbar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Suara Perkasa dipanggil memberikan penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua pengarangnya Daud Ibrahim berkata beliau dipanggil memberikan penjelasan kepada kementerian itu pada Isnin ini berhubung artikel muka depannya yang mendesak timbalan menteri pelajaran Datuk wee Ka Siong ditahan bawah ISA.

Selain itu, tambahnya, KDN juga mahukan penjelasan berhubung satu artikel pada mukasurat 19 tabloid dua kali sebulan itu yang bertajuk " Akhbar Cina... kenapa KDN takut bertindak?

Daud juga memberitahu, pengarang
Suara PerkasaAmirudin Mohamad turut dipanggil dan telah memberikan penjelasan kepada beberapa pegawai kementerian itu di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana belum ada akhbar yang mengetengahkan isu-isu orang Melayu. Saya akan berikan kerjasama penuh," katanya.

Daud berkata, beliau juga tidak takut terhadap tindakan KDN itu kerana "ia merupakan proses biasa."

"Setiap artikel yang dianggap panas dirujuk dahulu dengan penasihat undang-undang PERKASA," katanya.

Firma berkaitan Umno dapat projek Felda?

Hubungan terus antara projek pembangunan Felda dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno menimbulkan pelbagai soalan berhubung cara projek-projek berkenaan ditawarkan.

Berdasarkan pendedahan oleh ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Husam Musa di blognya, Selasa lalu, semakan yang dilakukan Malaysiakini mendapati projek berkenaan dianugerahkan kepada firma Arkitek W&W yang dimiliki oleh ahli Umno.

Mereka adalah ADUN Bukit Chandan, Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad dan seorang lagi yang dikenali sebagai Wan Burhanuddin Wan Hassan.

Mengesahkan perkara ini, Husam berkata Wan Burhanuddin adalah ahli Pemuda Umno bahagian Besut.

Beliau dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga seorang pegawai kanan Felda yang juga berasal dari Terengganu.

Antara projek yang diberikan kepada firma berkenaan adalah kawasan perumahan dan komersial di Feldajaya - projek pembangunan bercampur untuk generasi kedua peneroka Felda.

Bagaimanapun menurut Husan, projek Feldajaya itu bukannya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana lokasi yang tidak sesuai serta harganya.

Contohnya, di Feldajaya Trolak, satu daripada empat mukim yang disiapkan, sebuah banglo ditawarkan pada harga sekitar RM180, 000.

"Jika anda pergi ke mukim-mukim ini, akan akan lihat ia hanya projek 'gajah putih',” kata Husam.

Projek seumpama itu juga boleh didapati di Chini, Serting dan Mempaga.

Menurut Husam, sehingga hari ini, projek berkenaan menelan kos RM152 juta.

Bagaimanapun dalam ucapannya pada 2006, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri mengumumkan Felda memperuntukkan RM188 juta bagi pembangunan keempat-empat permukiman baru itu.

Meskipun bayaran untuk firma arkiter itu tidak jelas, Husam berkata jumlah kos bagi semua projek yang W&W terlibat mungkin sehingga setengah bilion ringgit.

Ini termasuk untuk pembinaan MRSM Felda Trolak dan kolej-kolej komuniti di Terengganu dan Sabah, yang katanya dibayar oleh Felda.

Ketika dihubungi, Wan Mohd Khair-il berkata isu yang ditimbulkan oleh Husam adalah isu lama dan firmanya telah beroperasi sejak 1990 dan bukannya syarikat perunding tunggal yang terbabit dengan projek Felda.

Suri rumah dapat kebenaran bertindak ke atas IGP

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan seorang suri rumah mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, kerana menghina mahkamah selepas dia ditahan semula walaupun dibebaskan oleh mahkamah pada Mei lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha hari ini membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh Lim Mui Cheng, 42, dari Muar, yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah kerana didakwa mengedar dadah.

Peguam Lim, Datuk N Sivananthan, berkata notis keputusan itu akan diserahkan kepada Musa hari ini.

Pada 25 Mei lalu, Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan permohonannya bagi writ habeas corpus atas alasan penahanannya tidak mengikut peraturan dan memerintahkan Lim dibawa ke mahkamah pada 27 Mei lalu untuk dibebaskan.

Bagaimanapun, wanita berkenaan ditahan semula selepas melangkah keluar dari mahkamah.

Lim ditahan bersama suami, anak lelaki dan teman wanitanya kerana disyaki mengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mawar, Muar, pada 27 April lepas.

Suri rumah itu ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 di balai polis Johor Jaya manakala lain pula dibebaskan dua hari selepas serbuan itu.

-Bernama-

Perjanjian Air: Apa yang Umno takut sangat?

Anak Sengat
Umno masih tercungap-cungap cuba merahsiakan perjanjian bekalan air walaupun mahkamah telah mengarahkan agar isi perjanjian itu didedahkan kepada umum.

Apalah sangat ditakutkan oleh Umno berhubung perjanjian tersebut? Apakah ada rahsia yang boleh mengancam keselamatan negara dengan pendedahan tersebut.

Sebodoh manapun rakyat, selagi ia jujur pasti rase pelik dengan isu ini. Mengapa kerajaan Umno terlalu takut dengan arahan mahkamah dan kehendak rakyat ini?

Apakah selama ini benar kebimbangan rakyat bahawa akta OSA adalah akta melindungi penyelewengan Umno?

Apa yang hendak ditakutkan oleh kerajaan Umno jika segalanya telus. Umno yang selama ini mendakwa sebagai sebuah kerajaan yang telus sewajarnya menerima arahan mahkamah dengan hati yang terbuka.

Ulasan hakim yang mengendalikan kes ini sangat wajar direnungi terhadap maksud keputusan yang dibuat:

"Saya dalam dilema semasa membenarkan penangguhan kerana saya berpendapat perlu ada ketelusan dalam perjanjian kerana air adalah hak asas,” katanya.

Diharapkan agar keputusan ini dapat dikekalkan agar rakyat mengetahui apa yang ditakutkan sangat oleh kerajaan terhadap isi perjanjian tersebut.

Paling kurang sewajarnya kerajaan menjelaskan ruang yang boleh membahayakan kerajaan jika isi perjanjian tersebut didedahkan.

Pendirian Anwar dan PKR tentang Zionis

Jonson Chong
Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.

Jonson Chong
Pengarah Komunikasi