Murtad Kerana Putus Cinta!

solihinzubir

Sedang aku tengah blogwalking, aku terbaca satu entry di blog seorang sahabat mengenai seorang lelaki yang tengah frust putus cinta mempertikaikan kewujudan Tuhan di post status facebooknya.. Astaghfirullahalazim.. Sampai macam tu skali frust putus cinta? Nauzubillah..

Sekarang anda boleh ikuti gambar-gambar print screen post status beliau.. Baca dan nilai sendiri..


1- Si lelaki kecewa kerana putus cinta!

2- Lantas mempertikai kewujudan Yang Maha Esa! Nauzubillah!
3- Lantas mengwar2kan seantero alam : "Ya, aku dan dia pernah BERZINA!"
4- "Ini dia gambarnya. Lihatlah bagaimana aku berkucupan. kah kah kah."
kat atas hanyalah sebahagian..
klik link kt bawah nie utk baca sampai habis serta kesan yang lebih jelas.. ada lebih banyak gambar printscreen di sini..

http://greensyndicate.blogspot.com/ 

Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat

SHAH ALAM 18 SEPT: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap TV Selangor berani mengangkat suara rakyat apabila menyiarkan teguran terhadap kelemahan institusi polis dalam mengendalikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Shukor Idrus yang mencela TV Selangor kerana dianggap mengganggu siasatan kes itu, beliau percaya banyak pihak termasuk masyarakat umum yang turut mempersoal kecekapan polis dalam kes tertentu.

"Saya rasa apa yang dinyatakan oleh TV Selangor adalah perkara yang dipersoal oleh rakyat jelata, dan memang ada empat laporan orang hilang dibuat tetapi tiada tindakan berkesan. Ini yang menjadi tanda tanya," katanya.


Mengikut laporan Utusan Malaysia, Shukor meminta polis menyiasat TV Selangor berikutan laporan berita berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Akin, dianggapnya tidak wajar.

Shamsu l sebelum ini mempertikai siasatan polis sebelum ini terhadap kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan Sosilawati ketika polis masih dalam kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.

Selain TV Selangor, New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, NST tidak pula mendapat perhatian mahupun kritikan Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, media adalah jurucakap bagi rakyat secara umumnya dan media perlu membawa persoalan yang bermain di fikiran rakyat bagi mengharapkan jawapan bermakna.

Katanya, kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mengambil berat segala laporan khususnya kes orang hilang, menunjukkan pihak berkuasa itu kurang memberi perhatian serius terhadap aduan orang ramai sebelum ini.

"Kita perlu mengusahakan ke arah memperkasakan institusi kepolisan agar perkara sebegini tidak berlaku, dan kenyataan Shukor jelas tidak akan membantu mana-mana pihak memperbaiki diri," tegas beliau.
-tvselangor-

Tiga suspek kes Sosilawati ditahan reman tujuh hari lagi

KUALA LUMPUR, 18 Sept—Tempoh tahanan reman seorang peguam yang mendakwa dirinya bergelar “Datuk” bersama adiknya dan seorang lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dilanjutkan sehingga 25 September ini.


Majistret Mohd Azeli Ibrahim hari ini membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas ketiga-tiga lelaki yang berumur lingkungan 30 dan 40an itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes tersebut.


Perintah dikeluarkan Mohd Azeli di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di sini, iaitu tempat semua suspek terbabit ditahan.


“Datuk” itu dan adiknya yang juga seorang peguam adalah suspek pertama yang ditahan polis pada 9 September di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September.


Sementara itu seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa tempoh reman ke atas lima lagi suspek disambung hingga Khamis ini.


Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.


Pada 13 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayatnya dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.
-malaysianinsider-

Kes culik warga Sri Lanka, ada kaitan tak dgn Dato Sosilawati ?

amkns
"Adakah kes penculikan beberapa warga Sri Lanka di Malaysia ada kaitan dengan kes pembunuhan Dato Sosilawati dan beberapa mangsa lain ? Seorang sukarelawan polis Francis Xavier telah ditahan pada 29 Ogos 2010 atas dakwaan menculik warga Sri Lanka , Samsudeen Selyadu Ana Mohamadu, Mohamad Mihlar Nor Mohamad Tashin dan Seehu Mohideen Sharifdeen Sahib

 **********************  
Sila baca betul-betul semua laporan akhbar di bawah ini : 

Sukarelawan polis disyaki culik, bunuh warga asing
Berita Harian 30 Ogos 2010

Pihak berkuasa selamatkan dua mangsa, seorang lagi maut didera
GOMBAK: Seorang sukarelawan polis dan rakannya ditahan kerana disyaki menculik tiga lelaki warga Sri Lanka sehingga seorang daripada mereka mati akibat didera, manakala dua lagi ditemui berbogel dan bergari di belakang Flet Cempaka, Pinggiran Batu Caves di sini, malam kelmarin. 

Seorang penduduk menghubungi polis kira-kira jam 7 malam selepas melihat dua lelaki itu dalam keadaan bogel dan bergari di belakang flet berhampiran sebuah van sebelum melihat seorang lelaki tempatan turun dari tingkat tiga premis berkenaan.

Saksi itu berkata, beliau menghubungi polis apabila salah seorang daripada mangsa memberitahunya ‘this man is dangerous’ (orang ini berbahaya).  Polis kemudian tiba di tempat itu dan menahan sukarelawan polis bersama rakannya masing-masing berusia 30 dan 32 tahun di dalam sebuah rumah di flet itu dan menemui seorang lagi warga Sri Lanka. 

Timbalan Ketua Polis Dae-rah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata pemeriksaan polis mendapati mangsa pertama mati akibat didera, mangsa kedua patah kaki kanan, mangsa ketiga diselamatkan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.  

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek dalam proses untuk membuang mayat mangsa pertama sebelum membawa mangsa ketiga ke bank untuk tujuan pengeluaran wang.“Siasatan mendapati ketiga-tiga warga Sri Lanka itu tiba di negara ini tiga hari lalu dan diambil dari lapangan terbang oleh kedua-dua suspek. Kita sedang menyiasat sama ada mereka masuk sebagai pelancong atau untuk bekerja di sini,” katanya di sini, semalam.  

Beliau berkata, rumah suspek didapati yang dicat dengan warna hitam mungkin bagi mengelakkan orang ramai menghidu kegiatan mereka, malah hasil pemeriksaan polis turut menemui titisan darah di sebuah bilik.  



Polis turut merampas sebuah van, gari dan telefon bimbit milik suspek dan kedua-duanya direman selama tujuh hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


*******************************
Sri Lankan kidnapping syndicate bustedMalay Mail Tuesday, November 3rd, 2009  
AN international syndicate, believed to be headed by expatriate Sri Lankan Tamils, are targeting their countrymen in Malaysia to make a fast buck.

Making use of local thugs, the syndicate abducts their targets — mostly in the Klang Valley — and demand ransom from family members either in Sri Lanka or in other countries.

It is believed the syndicate’s ring leaders — who live in Paris, France — would be the ones contacting the victim’s family members to collect the ransom money.

This apparently lucrative “venture” came to a halt on Saturday when a police team from the Kuala Lumpur Serious Crimes Branch raided a house in Setapak and arrested six local men.


Auxiliary cop, dancer charged with Sri Lankan torture
Malay Mail Tuesday, September 7th, 2010

OUT ON BAIL: Elil at Selayang Court this morning — Pic: SALHANI IBRAHIM

SELAYANG: An auxiliary cop and a dancer were charged at the magistrate's court here this morning in connection with the kidnapping of three Sri Lankan foreign workers.

Auxiliary policeman Francis Xavier, 32, and Elil Valavan, 29, claimed trial to nine charges when they brought before Magistrate Muhammad Najib Ismail.


>> Link Berita

Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima?

Mazidul Akmal Sidik

Semalam, di antara jam 12 tengahari dan 5 petang saya berada di kawasan lobi Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kuala Langat, Selangor, menunggu.

"Datuk ada di atas tengah buat laporan polis," kata sumber.

Datuk, ahli perniagaan dikatakan sepatutnya bertemu suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya 3 hari lalu untuk menuntut kembali wangnya berjumlah 1.5 juta ringgit berikutan 2 transaksi beli jual tanah di Pulau Pinang.

Saya dan penerbit 999, Shahnun Hanif akhirnya berjaya menemubual ahli perniagaan terbabit awal malam tadi di rumah beliau.

Menurut beliau, transaksi pertama pada bulan Mac 2008 membabitkan rakan kongsi perniagaannya, Datuk Sosilawati, suspek utama dan 2 orang kenamaan lain.

"Kami sepatutnya mendapat keuntungan 4 juta ringgit dalam tempoh 6 bulan, hasil beli jual tanah itu, bahagian saya 500,000 ringgit tetapi selepas lebih 2 tahun peguam terbabit (suspek utama) tidak menyerahkan wang itu kepada kami," kata datuk berusia 42 tahun terbabit.

Lokasi tanah seluas 30 ekar terbabit di Batu Feringgi. 

"Transaksi ke dua, membabitkan seorang rakan kongsi, kami membayar  deposit 1 juta ringgit. Suspek utama kemudian berjanji memulangkan wang itu kembali pada 13 September lalu, mujur saya berada di Johor, beraya pada ketika itu," tambahnya.

Setelah diperiksa, tanah di Butterworth terbabit diragui status hak miliknya.

Datuk terbabit dan rakan kongsinya membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuala Langat pada jam 11 pagi semalam namun enggan bertemu saya pada waktu itu.

"Saya bersyukur tidak bertemu dengan suspek, jika tidak, mungkin saya menjadi mangsa ke lima," tambah beliau.

Temubual bersama beliau akan disiarkan dalam 999, jam 9 malam esok. Bagaimana pun identiti datuk terbabit tidak dapat kami dedahkan atas faktor keselamatan
.

Dua suspek kes ugut isteri jutawan India direman tujuh hari

SEPANG, 18 Sept: Mahkamah Majistret Litar di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman dua suspek kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang di Banting, di sini sejak awal tahun ini.

Majistret Hurman Hussain membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S. Usharani, 24.

Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1 juta yang kononnya bagi membebaskan suamninya, Allal Kathan Muturaja.

Jutawan berumur 34 tahun itu dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini.
Kedua-dua lelaki itu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dan perintah reman itu dikeluarkan kira-kira sejam kemudian. 
-Bernama-

Pembantu Rumah Indonesia Didera, Diperkosa

PULAU PINANG 18 SEPT: Seorang pembantu rumah Indonesia disimbah dengan air panas, badannya ditekap sterika panas, dan dipukul serta diperkosa oleh majikan dan isterinya sebelum di halau keluar rumah di Pulau Pinang.
Kes itu dicatat sebagai kes penderaan paling serius membabitkan pekerJa asing tahun ini.

Polis menahan pasangan suami isteri yang mendiami sebuah pangsapuri di Jelutong dan merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk menyeksa dan mendera mangsa berkenaan .

Suspek adalah seorang kontraktor yang mempunyai rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

Pembantu rumah itu kini dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan luka-luka kebakaran akibat di simbah air panas dan di pukul serta kecederaan di tempat kemaluan.

Beliau dijumpai dalam keadaan mundar-mandir oleh seorang awam di Nibong Tebal setelah ditinggalkan oleh majikan kira-kira 40 kilometer daripada kediamannya Ahad lalu.

Polis menahan suspek dan isterinya semalam setelah mengesan tempat tinggal suspek.

Ketua Polis Georgetown, ACP Gan Kong Meng berkata mangsa disimbah dengan air panas dan dadanya juga said disetrika selain diperkosa.

Pembantu rumah itu mula bekerja dengan kontraktor berkenaan Febuari lalu tetapi penderaan terhadapnya bermula pada bulan Mei.
-tvselangor-

Bila pemimpin bodoh dari negara kita ditertawakan...

Penarik Beca

14 September lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad tulis posting bertajuk "Malaysia according to LKY". Hari ni, Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk "Kuan Yew dinasihat jangan sakiti hati negara jiran".

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pernah merafak merayu kemaafan Lee Kuan Yew nampak bersungguh-sungguh melakukan aksi parroting bila bersetuju dengan Dr Mahathir dan berkata, aspek tidak kesamarataan antara kaum sebenarnya banyak berlaku di Singapura


"Kalau kita lihat dalam bidang ketenteraan, berapa ramai orang Melayu yang jadi jeneral, setahu saya hanya seorang sahaja tetapi di Malaysia, ramai di kalangan orang bukan Melayu yang jadi jeneral," katanya.

Pada hari ini juga, Bernama melaporkan berita bertajuk "
Najib adakan lawatan kerja ke Singapura pada 19 September". Tak kisahlah tu. Perdana Menteri la katakan, mesti la dia kena main-main sarkas diplomasi dengan negara jiran.

Tapi, saya teringat kawan baik saya bagi tau tentang berita Malaysian Insider 16/9/10 bertajuk "
Final rail land swap focus of Najib-Hsien Loong meet". Dia suruh tengok perenggan ke enam yang menyatakan:
He confirmed that any delay on Malaysia’s part will see the KTM land revert back to Singapore under the POA without compensation or a land swap.
Kawan saya tanya saya, "Are we, i.e. Malaysia going to get snookered again?" Dia kata kat saya, "Can you highlight this condition in your blog? The country need to know which IDIOT agree to this condition".

Sejak beberapa posting lepas, saya membangkitkan imej bodoh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin terkenal dan disepakati. Saya tak tuduh Najib bodoh. Nanti menggelejat pulak puak-puak thiqah dan wala' dalam Umno (bukan dalam PAS saja yang ada pemikiran 'asabiyyah yang dicantikkan dengan istilah thiqah dan wala' tu). Memang sungguh saya tak tuduh, saya hanya kata, imej bodohnya semakin terkenal dan disepakati.

Walaupun bila kawan saya kata si bangang mana yang mempersetujui syarat yang jelas menguntungkan Singapura itu, saya masih tak berani nak tuduh Perdana Menteri bodoh. Tak usah ambil pedulilah di dalam hati saya dah berkata-kata, "rupa-rupanya yang nampak bodoh tu memang betul-betul bodoh".

Saya hanya rakyat biasa. Sebagai rakyat, saya berhak menuntut negara ini dipimpin oleh orang-orang yang tak bodoh. Bila kita bodoh, kita tak nak orang bodoh juga menjadi pemimpin. Kita nak orang yang cerdik. Tapi kalau pemimpin-pemimpin pun bodoh lebih kurang macam aku jugak, kecelakaan besar tu!

Ingat tak sedih ka kalau berlaku pemimpin bodoh dari negara kita menjadi bahan tertawaan pemimpin cerdik dari negara lain. Malang sungguh orang-orang Melayu dalam negara ini, pandang sana nampak bodoh, pandang sini pun nampak bodoh jugak. Malang...

Majulah Singapura!

(Takziah kepada keluarga M Rajoli yang 
kembali ke sisi Penciptanya)

Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid



KUALA LUMPUR, 18 Sept: Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.


“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian Umno-BN dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad
“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.


Gambar disiar blog Khalid Samad menyebut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bersama Ahli Parlimen P. Kamalanathan menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta majlis gotong royong di pekarangan Masjid Felda Soeharto. — Gambar ihsan blog Khalid Samad
“Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.


Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau.
-malaysianinsider- 

Ganti Rugi Saman Malu Terhadap Utusan 4 Oktober

DAMANSARA 18 SEPT: Jumlah ganti rugi tuntutan saman malu Dr Syed Hussin terhadap Utusan Malaysia kerana menyiar laporan yang memfitnah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan ditetapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Oktober ini.

Jumlah yang perlu dibayar kepada Dr Syed Husin akan ditaksir Pendaftar Mahkamah.

Ia berikutan Zamil Ibrahim, bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) gagal memberi jawapan terhadap tuntutan Syed Husin.

Mengikut kenyataan media, Dr Syed Husin menyatakan, Zamil sejak meninggalkan PKR sering membuat dakwaan tidak berasas terhadap parti dan pemimpinnya.

Tuntutan saman malu difail terhadap Utusan Malaysia dan Editornya serta Zamil pada 20 Mei 2010 ekoran kenyataan fitnah yang dikeluarkan Zamil, kononnya beliau menerima wang daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Dr Syed Husin menegaskan, dakwaan berkenaan adalah suatu pembohongan semata-mata yang kemudian disiar Utusan Malaysia pada 6 Mac 2010.

PRM bergabung dengan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk Parti Keadilan Rakyat selepas pilihan raya umum 1999.
Peguam yang mewakili beliau ialah N Surendran.

Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor

SHAH ALAM 18 SEPT: Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus meminta polis menyiasat portal berita TV Selangor kerana menyiar laporan berbentuk kritikan terhadap polis berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain.

Beliau menganggap kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin yang mempersoal kewibawaan polis dalam kes itu dan disiar TV Selangor, menjejaskan imej pihak berkuasa itu.

Mengikut laporan Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu mendakwa laporan berkenaan tidak berasas manakala kenyataan Shamsul mengandungi unsur hasutan dan mengganggu proses siasatan kes Sosilawati.

"Tidak ada sebab untuk beliau (Shamsul Iskandar) dan TV Selangor masing-masing membuat kenyataan serta menyiarkan laporan sedemikian. Umum mengetahui bahawa kes pembunuhan tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

"Jadi apa motif sebenar membuat kenyataan sedemikian? Apakah beliau mahu mempolitikkan kes pembunuhan ini dengan merosakkan imej serta kredibiliti polis yang menyiasat kes itu.

"Maka, adalah wajar pihak polis turut memanggil pihak TV Selangor selain Shamsul Iskandar sendiri bagi menyiasat dakwaan ini. Jika didapati tidak berasas, tindakan tegas harus diambil terhadap kedua-dua pihak," katanya yang dipetik akhbar itu, hari ini.

Sultan Kelantan terharu sokongan rakyat

Pejabat Sultan Kelantan hari ini menzahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberi oleh seluruh rakyat ke atas pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan
Kelantan yang baru.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata banyak ucapan tahniah diterima bagi menyatakan rasa gembira dan taat setia kepada Sultan Kelantan serta yakin baginda dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

tengku faris kelantan 130910"Bagi pihak pejabat Sultan, saya terharu dan berterima kasih di atas sokongan dan taat setia rakyat kepada Tuanku Sultan," katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada Bernama di Kota baharu, hari ini.

Abdul Halim berkata beliau, yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana hari ini setelah menerima rawatan akibat keletihan sejak dua hari lepas, membolehkan beliau menguruskan beberapa program lawatan tetamu baginda Sultan ke Kelantan.

"Kita doakan Tuanku selamat sejahtera dan dapat terus memerintah dan menjaga kebajikan rakyat dengan sempurna," katanya.

-Bernama-

Media tidak wajar sokong demokrasi ‘mengarut’

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 18 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi di Malaysia berat sebelah dan tidak sepatutnya disokong pengamal media termasuk kaum wartawan.
Bahkan, katanya demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah ‘mengarut’ apabila teori demokrasi itu sendiri tidak sama dengan amalan.

Justeru beliau yang juga Mursyidul Am PAS menambah, kaum wartawan tidak wajar memberi sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

“Demokrasi di Malaysia memang langsung berat sebelah.

“Perdana Menteri Malaysia tidak datang merasmikan jalan dan Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka tidak mengundang Menteri Besar, tahu-tahu jalan dan jambatan itu sudah pun selesai dibuka.

“Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dahulu pun, dia tidak mengundang Menteri Besar pada majlis rasmi yang diadakan. Ini demokrasi apa seperti itu, demokrasi mengarut. Belajar di universiti lain, yang buat lain.

“Oleh itu tidak patut kaum wartawan menyokong Umno, tidak patut sokong barang salah. Biar mapus gi lah. Tidak patut wartawan sokong BN,” katanya pada Majlis Dialog Menteri Besar Bersama Wartawan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Beliau berkata, sepatutnya kaum wartawan menjalankan kempen terhadap Kerajaan Persekutuan supaya turut meluluskan lesen radio dan televisyen bagi memudahkan rakyat mememahami erti demokrasi.

PAS, katanya memohon supaya diberikan lesen radio dan televisyen sejak lama dahulu tetapi hingga kini masih tidak ditunaikan.

“PAS tidak ada radio dan tv, sedangkan negara dikatakan mengamal demokrasi. Demokrasi apa macam itu.

“Tetapi kalau selagi wartawan menyokong perkara salah dilakukan Pusat itu, maka sampai bila pun rakyat dan negara tidak selamat, dan tidaklah pihak berkenaan sewenang-wenangnya menggunakan ISA terhadap pembangkang,” katanya lagi.

Beliau turut mengulas layanan diberikan kepada Utusan Malaysia.

“Akhbar harian Utusan Malaysia dianak tirikan kerajaan negeri ketika bertugas, macam mana tidak diketepikan sebab Utusan berat sebelah,” ujarnya.

Beliau menambah, terdapat pebezaan kandungan akhbar Sinar Harian berbanding Utusan di mana dalam Sinar menyiarkan berita orang PAS dan Umno.

Ekoran itu, beliau melihat sebahagian besar orang kampung sekarang ini jarang membaca Utusan.

“Wartawan yang benar-benar ‘wartawan’ mereka tidak perlu berpihak kepada Pusat. Sepatutnya wartawan turut mengempen sama supaya Pusat memberikan lesen radio dan tetevisyen kepada negeri Kelantan,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dan Setiausaha Akbar, Ahmad Fadhli Shaari.

M Rajoli meninggal dunia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Sept: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar Haji Mohd Rajoli Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit lymphoma ataupun barah kelenjar otak.

Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja.

Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis.

Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, sebelum Zohor esok(hari ini).

Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

JHEOA tolak pembinaan gereja Orang Asli

Sebuah lagi pembinaan gereja Orang Asli di Kelantan diarahkan dihentikan oleh pihak berkuasa, kali ini oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
orang asli church to be demolished in kelantan 170910 new church under construction 02Arahan henti pembinaan itu dikeluarkan di kampung Temiar, Pos Pasik Kelantan kerana tiada kebenaran diberikan bagi membina gereja di situ.

Pada awal 2007, pihak berkuasa Gua Musang juga mengarahkan penutupan gereja Orang Asli di situ. Namun tindakan pihak berkuasa itu dicabar di mahkamah atas dakwaan merobohkan gereja mereka.

Dalam kes di perkampungan Temiar itu, ketua penolong pengarah jabatan itu, Nisra Nisran Asra Ramlan dalam sepucuk surat bertarikh 9 Ogos berkata permohonan membina sebuah gereja di lokasi berkenaan telah ditolak.

Sehubungan itu, arahan dikelaurkan supaya semua kerja-kerja binaan dihentikan segera.
orang asli church to be demolished in kelantan 170910 present bamboo churchSurat itu bagi menjawap surat ketua kampung Temiar, Setmen Belungei yang pada 20 Mei lalu menulis untuk memaklumkan kepada JHEOA mengenai hasrat Orang Asli bagi membina sebuah gereja untuk menggantikan gereja mereka sekarang yang diperbuat daripada buluh.

Hampir separuh daripada penduduk kampung itu telah menganut agama Kristian sejak beberapa tahun lalu.

Namun menurut penyelaras bagi 
Centre for Orang Asli Concerns, Colin Nicholas, kelulusan JHEOA tidak pernah dipohon dan surat sebelum itu adalah hanya surat makluman.
malaysia law conference indigenous people 311007 colin nicholas"Orang Asli tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana mereka tidak pernah meminta kebenaran JHEOA,” katanya .

Menurut beliau, Orang Asli Pos Pasik berpendapat adalah menjadi hak mereka bagi membina struktur berkenaan di tanah mereka seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Colin (
kiri) berkata peguam Lum Chee Seng yang mewakili ketua kampung Temiar itu kepada ketua pengarah JHEOA pada 13 September lalu untuk memaklumkan bahawa kebenaran jabatan itu tidak pernah dipohon.

"Beliau juga menuntut penjelasan berhubung penolakan pembinaan gereja itu,” katanya.

-malaysiakini-

Rakam adik dicabul bomoh

SEGAMAT: Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.

Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.

Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.

Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.

Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.

Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.

Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.

“Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.

“Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.

Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.

“Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.

“Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan,” katanya.

Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.

Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban.