Perkembangan izu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..

pria_malaya08
[MESTI BACA] Perkembangan isu AZAN: Fakta dan auta yang perlu anda ketahui..


1. Dilaporkan semalam, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan 'tindakan' Najib Razak dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan..ini diakui sendiri oleh ahli khariah dan imam masjid AL-Ikhlasiah Kampung Kerinchi..
"Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.
Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan". "Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu."Boleh rujuk pengakuan imam masjid itu di SINI, dan kekesalan WPPWP di SINI..


2. Penulis setuju dgn DPPWP..oleh kerana satu laporan oleh seorang ahli dan peguam MCA, tindakan drastik terus diambil, pihak masjid terpaksa akur..berbeza jika kalian ingat dlm kes yg sama beberapa tahun yg lepas..walaupun disuarakan oleh beberapa penduduk kampung non-muslim, namun pihak masjid tetap tidak berganjak..


Kali ini, hanya disebabkan seorang penyokong tegar BN, hanya 'berbekalkan' sebuah laporan kpd pemimpin2 BN seperti Najib Razak, Datuk Raja Nong Chik, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Mohd Nazri (Aziz), Tan Sri Koh Tsu Koon, maka tindakan terus dikenakan terhadap pihak masjid..sungguh menyedihkan..

3. Sehingga kini, hanya JAWI sahaja yg mempertikaikan isu ini..katanya tak tahu menahu dan 'tak pernah berlaku'..sedangkan lain2 pihak masih belum berani menjawab..Jamil Khir pula membayangkan bahawa kebenaran isu ini apabila tidak menafikan menerima surat bantahan azan oleh peguam MCA itu..boleh rujuk di SINI..sementara pihak masjid tersebut masih berpegang dengan kenyataan mereka terdahulu..


4. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang awal-awal lagi dilihat mengulas isu ini (klik di SINI), hari ini meminta Najib Razak dan beberapa menteri kabinet tertentu supaya 'buka mulut' mengenai isu ini..katanya jawapan (ulasan) pemimpin berkenaan penting bagi menegakkan kebenaran dalam isu tersebut..boleh rujuk diSINI...namun mcm biasa, Najib tetap bermain play safe..


Presiden parti Gerakan akui isu azan telah wujud di zaman BN


5. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Su kun meminta supaya masyarakat tidak membesarkan isu ini..katanya, "Mereka sudahpun mencari jalan penyelesaian pada peringkat bawah, jadi tidak perlu menjadikan ini isu besar dan bergaduh”...boleh rujuk di SINI..cuba korang bayangkan pemimpin DAP yg ucap kenyataan ini, sudah pasti pencacai Umno akan memakihamun dan sumpah seranah pemimpin ini kerana telah menganggap ianya isu kecil dan jangan dibesarkan..korang nampak sikap double standart mereka dlm isu ini?..


6. Tidak semena-mena ketika mengulas isu ini, pemimpin parti Gerakan ini akhirnya mengakui bahawa isu 'bantah azan' sebenarnya telahpun bermula dan wujud ketika era pemerintahannya iaitu semasa Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan/BN..
"Menurut Koh, kejadian seumpama itu bukan sesuatu yang baru, sambil menambah ia pernah terjadi di Pulau Pinang, ketika beliau adalah ketua menterinya."..(klik di SINI)..
Kalian tahu apa 'implikasi' kenyataan ini?..ya, ini bermakna, ketika 'regim' Umno/BN memerintah dahulu pun isu sensitif ini telahpun berlaku dan wujud, namuan atas kerjasama media ampu Umno, berita ini disembunyikan dr pengetahuan rakyat khususnya bangsa ketuanan Melayu Umno..ini bermakna segala dakyah dan tohmahan yg mengatakan ianya bermula sejak PR memerintah adalah fakta dongeng dan mitos palsu semata2!..



Fakta 'isu azan 2008' yang diputar belit


7. Begitu juga isu yang sama sekitar September 2008, dimana pihak Umno cuba menuduh pemimpin DAP, Taresa Kok membantah azan..walaupun sudah dijelaskan bahawa ianya bukanlah desakan dari pemimpin DAP itu, namun pencacai Umno ini terus menyerang tanpa bukti dan fakta kukuh..


Kerana itu selepas seminggu beliau ditahan dibawah ISA atas isu ini, Taresa Kok akhirnya dibebaskan dari dakwaan itu..menurut polis, beliau tidak bersalah dan tiada sebab utk diteruskan penahanan..
“Selepas penangkapan dan siasatan dijalankan, polis berpuas hati bahawa tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan memutuskan untuk membebaskan,” (baca di SINI..)
Baca penjelasan Taresa Kok di SINI..bahkan imam masjid tersebut turut menafikan Taresa Kok mempunyai kaitan dengan kes azan ketika itu..



Membela tuduhan terhadap DAP dlm isu azan satu ketika dahulu, YB Zul Kulim berkata:
"Adalah jelas bahawa Satim dan orang UMNO telah memutar-belitkan cerita (isu azan) tersebut. Satim dan Khir Toyo cuba menggunakan taktik kotor mereka untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dan orang Melayu di Puchong dan Selangor terhadap saya dalam isu ini.
Mereka cuba mewujudkan kesangsian orang Melayu terhadap pemimpin DAP dan cuba menggambarkan saya dan rakan saya dalam DAP sebagai orang politik yang anti Melayu dan anti Islam."Baca seterusnya dlm blog YB Kulim pada tajuk, "YB Teresa Kok jelaskan isu azan"..(cepat sebelum pengkhianat dan petalam dua muka ini memadam entry ini di dalam blognya)..


8. Hari ini dilaporkan peguam MCA merangkap ahli seumur hidup MCA itu akhirnya telah berpindah tempat tinggal..menurut gabungan NGO Melayu, ada pihak telah menerima email daripada peguam MCA ini beberapa hari lalu menyatakan telah berpindah tempat tinggal..boleh rujuk di SINI..(ini pun penyokong Umno kata PR reka isu?..)


9. Terdapat dikalangan penyokong dan blogger totok Umno masih tidak dapat menerima hakikat 'pahit' ini..katanya, ianya hanya fitnah pembangkang, surat itu surat palsu kerana tiada tanda tangan, ini semua racangan DAP, DAP yang harus dipersalahkan dan bla bla bla..sungguh kesian melihat pemikiran dangkal mereka..mungkin mereka boleh rujuk Pekida dan Perkasa dlm isu ini..NGO ini yakin dgn isu ini, malah mendesak kerajaan supaya meng-ISA-kan peguam MCA ini...baca di SINI..


Utk yg terakhirnya..ternyata isu 'peguam MCA bantah azan' ini punyai hikmahnya..disamping menutup mulut pencacai Umno jangan hanya menuding jari kpd DAP, isu ini juga membuktikan, Umno gagal 'mentarbiah' rakan sekutunya walaupun telah berhubungan selama lebih 50 tahun, berbeza dgn pakatan PAS-DAP yg baru beberapa tahun, namun menampakkan tanda positif..


Akhir kalam, penulis mohon supaya isu ini disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia..jangan biarkan rakyat jahil dlm isu ini..insyaAllah entry ini akan dikemaskini setiap masa..fikir2kan..wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan