Cabaran Hipokrit Mohd Noor Deris terhadap Nik Aziz

Amir Hamzah
Prof Madya Mohd Noor Deris adalah makhluk kurang ajar yang tanpa segan dan malu sanggup memaki hamun Tuan Guru Nik Aziz di rumah bekas ADUN Galas yang meninggal dunia pada 30 Oktober 2010 di Kelantan.

Beliau juga pada bulan Februari 2011, setelah Nik Aziz bersetuju berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, tiba-tiba menawarkan diri untuk berdebat dengan Nik Aziz untuk menunjukkan kehebatan diri beliau yang melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Biro Agama Ulama' Veteran UMNO. Sesuatu yang pelik kerana jawatan itu tidak pernah dicipta sebelum ini.

Namun jawatan itu 'secara rasmi' kini wujud kerana ia dikatakan membantu dalam usaha sia-sia UMNO menawan Kelantan.

Beliau bersungguh-sungguh berhajat untuk menunjukka betapa jeleknya Islam yang dipegang PAS dan betapa syumulnya Islam UMNO. Mereka selama ini menuduh kewujudan 'Islam' PAS dan 'Islam UMNO' cuba untuk mengatakan bahawa Islam UMNO sahajalah yang benar.

Hakikat ini memang pelik kerana lihat sahaja Rosmah Mansor dan Puteri UMNO dalam gambar diatas yang menghina Islam sehingga begitu sekali!

Belum lagi disiarkan gambar-gambar lain pimpinan UMNO dengan arak dan penglibatan tokoh UMNO dengan judi dan berpeleseran dengan GRO di kelab-kelab malam.

Amat pelik apabila maksiat 'dapat dikesan' di Kelantan dan kerajaan negeri terus dilabel sebagai penggalak maksiat. Maka sekiranya logik tersebut diambil kira untuk membahas tindakan UMNO, maka kita boleh mengatakan yang berikut:
1. Islam UMNO membenarkan menjudi (pemberian lesen judi di Genting);
2. Islam UMNO membenarkan arak (pembukaan kilang Guinness oleh Tun Razak);
3. Islam UMNO membenci Syari'ah (bantahan hudud, penggunaan undang-undang sivil dan skop mahkamah Syari'ah yang hina);
4. Islam UMNO membenarkan membuka aurat (Kak Ros dan Puteri UMNO);

Dan lain-lain lagi contoh yang berpandukan bukti dan logik pelik ustaz yang pelik.

Fahaman Islam UMNO yang senget ini lebih merbahaya dan mengancam daripada ancaman lain. termasuk ancaman 'pluralisme Islam' yang kononnya wujud dan disebut semula oleh al-fadhil Najib Razak yang sangat dalam pengetahuannya dalam ilmu Islam.

Hairan mengapa didalam ratusan atau ribuan ulama' dan pemikir Islam yang mengelilingi PM tersebut TIDAK ADA SEORANG PUN yang berani mengeluarkan nasihat terhadap masalah aurat yang tidak dipandang langsung oleh Rosmah? bukankah jihad yang paling afdal ialah 'Kalimatu Haqqin 'inda Sultan Ja'ir?'

Apakah Menteri Agama Khir begitu lantang dalam membicarakan Islam namun kelu dan gugup apabila mahu menasihati pimpinan sendiri? dimana Ulama Muda UMNO? adakah Ulama UMNO telah kenyang setelah diberi jawatan berhabuan tinggi? apakah ini 'Islam UMNO'?

Masih lagi tiada teguran terhadap fenomena penghinaan Al-Qur'an seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas, dan  jika inilah yang dikatakan Islam oleh UMNO maka saya katakan kepada anda - Katakan TIDAK kepada UMNO!

Kesiaannnnn..kat umno

cucupakkasim

Seorang gurkah politik di'port' kelmarin dulu telah berpeluang untuk meng'skodeng' satu mesyuarat umno negeri Pulau Pinang yang dihadiri olih ketua-ketua pemuda bahagian, ketua-ketua puteri,ketua-ketua wanita dan juga ketua-ketua bahagian.

Gurkah politik ini telah memberitahu bagaimana ketua-ketua dalam umno ini telah kena gasak cukup-cukup oleh ketua mereka dalam mesyuarat itu yang lebih banyak kepada perbincangan berhubung dengan kenyataan Daim Zainudin tentang BN yang sukar untuk merampas semula Penang daripada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 13 nanti.

Komen dari Daim ini sesungguhnya benar, tanyalah pada orang-orang umno yang ada jawatan dalam bahagian-bahagian mau pun dalam cawangan-cawangan, mereka juga akan memberikan jawapan yang sama sepertimana kenyataan Daim itu ...susah dan sukar.

Antara butir-butir mesyuarat yang sempat di'skodeng' itu ialah mereka ada bercakap tentang ketidakyakinan mereka untuk mempertahankan 11 kerusi yang ada yang dimenangi pada 2008 lalu. Dan dalam 11 kerusi yang sedang dipertahankan itu, 3 kerusi kemungkinan besar akan turut terlepas. 3 kerusi yang dimaksudkan itu ialah dengar macam Pulau Betong, Telok Air Tawar dan Sungai Dua atau Penaga.

Mereka juga bercakap yang biarpun PKR negeri sedang menghadapi masalah dalaman dengan pergaduhan sesama sendiri antara mereka, namun ianya tidak mendatangkan kesan langsung kepada kerajaan PR kerana yang bergaduh sesama sendiri itu ialah ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang kecil-kecil atau yang jenis nyamuk yang tidak mempunyai kekuatan langsung untuk menggugat PKR.

Begitu juga dengan PAS disini yang dikatakan pendirian dan sikap mereka yang tidak tetap serta menutup mulut dengan macam-macam isu-isu yang dibangkitkan olih masyarakat-masyarakat melayu kerana semua isu-isu itu dibangkitkan olih orang-orang melayu yang menjadi ahli umno serta penyokong umno. Najitahnya semakin ramai orang melayu yang sebelum ini penyokong senyap umno telah beralih arah mendekatkan diri mereka dengan Pakatan Rakyat.

Biarpun PAS dan PKR yang digembar-gembur ada banyak masalah tetapi realitinya ialah kerajaan PR Pulau Pinang tetap unggul dalam menjalankan tugas dan tangungjawab mereka, kata ketua mereka lagi.

Perbincangan juga berkisar kepada bagaimana semangat ahli-ahli dan pegawai-pegawai dalam parti mereka perlu dipulihkan semula setelah luntur untuk bekerja dengan lebih kuat lagi bagi menghampiri pengundi-pengundi cina dan india dengan komen yang dianggap negatif daripada Daim itu.


dollah yankee -
gurkah politik ini kata lagi...cucuq badak, karipap, onde-onde, ketayap, tepung talam, pulut seri muka... rapat! tinggai piring kosong! 
Kah..Kah..Kah..

Malunya dapat menteri macam ini

wfauzdin_ns

TERKEJUT beruk saya bila membaca kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan, DS Ismail Sabri yang mencabar PR menurunkan harga barang keperluan di negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Saya terkejut kerana tidak menyangka manusia sejahil ini pemikirannya boleh diangkat menjadi Menteri dalam kabinet Najib.


Saya merasakan mungkin saya seorang sahaja yang terkejut, tetapi nampaknya kenyataan Menteri yang tidak tahu melaksanakan tugas itu turut mendatangkan kehairanan kepada Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA). Apabila sudah ramai yang merasa hairan dan terkejut, maka sahih lah Menteri itu tidak tahu buat kerja atau sudah kehabisan modal untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang sekarang.

`Tidak masuk akal'. Itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah terhadap cabaran Menteri berkenaan. Sha'ani berkata jika benar kerajaan pusat ingin melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pakatan Rakyat, kerajaan pusat seharusnya menyerahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat.

"Kerajaan sendiri tidak faham bagaimana mahu membantu pengguna dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kenyataan menteri-menteri sebenarnya memperdayakan pengguna", ujar Sha'ani. 

Cabaran bodoh dari Menteri berkenaan juga turut mendapat reaksi dari pemimpin muda DAP, Tey Kok Kiew. Mana mungkin PR boleh menurunkan harga barang di negeri-negeri bawah pemerintahannya kerana harga majoriti barang keperluan berada di bawah Kerajaan Pusat. Samalah juga dengan harga tol lebuhraya yang berada di bawah negeri-negeri PR, harga petrol dan gas. Cabaran sedemikian rupa hanya boleh di utarakan sekiranya PR mengambil alih Putrajaya. Justeru itu, Menteri berkenaan jangan cuba untuk memperbodohkan rakyat.

Tak sangka Muhyiddin takut PAS di Sarawak

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Tan Sri Muhyiddin Yassin membelasah PAS di Sarawak menandakan PAS menjadi ancaman kepada BN di Sarawak, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya tidak menyangka Timbalan Presiden Umno itu begitu gerun dengan kewujudan PAS di Sarawak sehingga membuat tuduhan liar kepada PAS sebagai parti yang mengarut dan membawa pecah belah kepada masyarakat.

Muhyiddin turut memberi amaran kepada rakyat Sarawak supaya menjauhi PAS.

“PAS merasa bangga dengan kenyataan Muhyiddin, secara tidak langsung mengiktiraf kekuatan PAS di Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, taktik Muhyiddin menghentam PAS hanya sebagai strategi untuk menutup kelemahan BN yang memerintah Sarawak.

Katanya, sebagaimana Muhyiddin mendedahkan 600 buah sekolah di seluruh negara berada di dalam keadaan yang dhaif, sebahagiannya sekolah berkenaan terletak di Sabah dan Sarawak sehingga ada yang mahu sujud ke bumi.

“Siapakah yang memerintah Sarawak dan Sabah sehingga bangunan sekolah begitu dhaif sekali?” soalnya.

Menurutnya lagi, apabila hampir pilihan raya maka pemimpin BN sibuk menyelami masalah rakyat, justeru selama 53 tahun apa pemimpin BN lakukan untuk membangun Sabah dan Sarawak.

“Ke mana hasil balak, minyak Sarawak? Tan Sri Muhyiddin kena malulah sikit,” katanya.

Himpunan 30K: Gambar2 Terkini -

Sedaka Sejahtera








Bob Lokman Tengah Berapi Memberi Ucapan Semangat Kepada Para Pejuang PAS

 
Paklong sedang mendendangkan lagu Selagi Ada Rindu

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman menyertai PAS

Bob Lokman menyerahkan borang penyertaan kepada Datuk Seri Azizan Razak
Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.

Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.

Mahfuz: PAS popular di kalangan 'rockers'
-malaysiakini-

Ribuan banjiri himpunan Pemuda PAS di Kedah


PAS Kedah Youth gathering
Sejak awal pagi tadi, ribuan membanjiri kompleks PAS Kedah di Kota Sarang semut dekat Alor Setar bagi menghadiri himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.


Mereka mensasarkan kehadiran 30,000 - sekali ganda lebih banyak daripada perhimpunan yang sama pada 2006 di Kota Bharu.


Mereka pada mulanya bercadang berkumpul di Selangor tetapi ekoran percaturan politik bagi mengekalkan penguasaan kerajaan PAS Kedah, mereka menukar tempat program ke situ.

pas leaders and YBs PAS Kedah Youth gatheringAntara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PKR Salehuddin Ayun dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan.

Antara penampilan istimewa, pelakon dan penulis lagi Bob Lokman yang hadir menyerahkan borang kepada Azizan untuk menyertai parti Islam itu.

Azizan kemudiannya berucap tentang kepentingan generai muda memastikan PAS dan Pakatan Rakyat

Kedah MB azizan (left) PC after PAS Kedah Youth gatheringBeliau menyebut tentang kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan presiden Hosni Mubarak yang didakwanya selari dengan perintah tuhan dalam menentang pentadbiran yang kejam.

Menteri besar juga mengarahkan perhimpunan itu turut mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi muda kerana masih tidak berpuas hati degan jumlah pendaftaran golongan itu di negeri Kedah.

Sementara itu, dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan itu, Azizan berkata beliau yakin Pakatan akan mengekalkan majoriti dua pertiga di Kedah.

Beliau enggan mengulas sama ada PAS akan bertanding lebih kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

-malaysiakini-

Jangan harap mahu rampas negeri Pakatan

Nazri Abdullah

ALOR SETAR, 19 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.
Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.
Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.
"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.
"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.
"Saya dan rakan-rakan yang memikul amanah kepimpinan kerajaan negeri, tidak akan bagi laluan mudah kepada umno BN," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.
Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi adalah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Abdullah, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan seluruh kepimpinan pemuda seluruh negara.
"Apakah kita nak biarkan keadilan yang kita buat ini dihancurkan Umno?" soal Azizan disambut laungan 'tidak' oleh kira-kira 30 ribu pemuda PAS yang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Sehubungan itu beliau turut mengarahkan pemuda PAS menggiatkan usaha mendaftar pemilih khususnya kepada anak muda.

Katanya, hanya dengan usaha itu PAS boleh kekal menegakkan keadilan bukan sahaja di negeri-negeri yang dikuasai malah seluruh negeri di Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
"Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemuda, bangun menjalankan daftar pemilih.
"Hanya dengan mereka mendaftar, mereka boleh mengundi kita, baru kita boleh menang,"katanya lagi.
Hasrat menguasai Putrajaya juga katanya tidak mustahil berlaku, dengan semangat perubahan anak muda di seluruh dunia khususnya di Tunisia dan Mesir yang juga diharap sampai ke negara ini.
"Pemuda perlu mencetus perubahan, idea baru, menjadi tokoh negarawan, bukan sahaja banyak komen, tapi memberi cadangan penambahbaikkan," tegasnya.
Sementara itu, Nasruddin ketika ucapan aluannya pagi tadi meletakkan dua syarat utama jika mahu PAS menang dalam PRU akan datang.
"Setiap individu pemuda PAS mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT, menjadi tentera Allah.
"Inilah kekuatan yang ada pada kita dan beberbeza dengan musuh," ujarnya.
Kedua katanya, ahli PAS perlu mengelak perselisiahan dalamam sehingga membolehkan parti itu diserang musuh sehingga menjadi lemah.
"Rapatkan saf atas dasar ukhwah, jangan bagi ruang walaupun satu lubang untuk musuh masuk pecahbelahkan kita," katanya.
Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS.
Borang tersebut diserahkan kepada Ustaz Azizan sebelum dipakaikan baju tema himpunan.
Himpunan 30K pemuda hari ini antara lain akan membincangkan tugasan dan gerak kerja berdepan PRU 13.
Program sehari hari ini akan berakhir malam nanti dengan program ceramah oleh dua pemimpin utama PAS, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jika Umno bela Melayu kenapa perangi Kelantan

Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat.

Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.

'Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara.

"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.

"Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama.

"Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya?

“Bahkan Umno sendiri guna pelbagai cara tidak kira halal atau haram untuk menang pilihan raya," katanya di hadapan hampir 500 hadirin.

Tambah beliau lagi, Umno ternyata gagal membela nasib majoriti Melayu di negara ini apabila mereka sendiri yang menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Umno jaga Islam pun tidak, jaga Melayu jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bahawa tanah rezab Melayu di seluruh negara susut daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1990. Apakah ini satu pembelaan Umno terhadap orang Melayu?

"Dasar DEB digagalkan pemimpin Umno sendiri dan hanya mengkayakan kroni mereka sahaja," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu juga mempersoal tindakan Umno BN yang mendakwa mereka pembela Melayu yang sejak dari dahulu lagi memusuhi Kelantan sedangkan majoriti rakyat Kelantan ialah orang Melayu.

"Jika benar Umno membela Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan majoriti pemimpin dan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam? soalnya.

Ujarnya lagi, PAS sebagai sebuah parti yang mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW wujud bukan untuk memperjuangkan nasib Melayu sahaja, tetapi tidak sama sekali mengenepikan Melayu.

"Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa domninan di negara ini.

"Namun PAS sering dtuduh mengenepikan Melayu dan seolah-olah orang Melayu akan mati tanpa Umno. Inilah yang sering ditanam dalam pemikiran rakyat," katanya.

Sementara itu, konvensyen hari ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja sehingga jam 5 petang ini.

Portfolio khas: Kenapa serang Pulau Pinang tidak Perak, soal Guan Eng

SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia secara terus-menerus menyerang pentadbiran negeri itu ekoran keputusannya mengadakan portfolio bagi hal ehwal agama-agama bukan Islam.

Jelas Lim, portfolio itu bukan perkara baru memandangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mewujudkannya untuk menguruskan hal ehwal agama bukan Islam.

“Apabila saya buat portfolio, saya dihentam dengan begitu teruk... buat tak boleh, tak buat pun tak boleh.

“Portfolio ini bukan perkara baru kerana ia pernah dibuat oleh pemimpin Umno, Menteri Besar Perak yang tidak mendapat mandat rakyat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.

Kata Setiausaha Agung DAP ini, Zambry telah pun mewujudkan portfolio yang sama pada 2009 selepas merampas negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.

“Menteri Besar Perak dulu yang tubuhkan portfolio bukan Islam pada 2009, kenapa tak serang, tak hentam? Kerana beliau pemimpin Umno.

“Bila beliau tubuhkan tidak jadi isu, bila kita buat jadi isu pula,” katanya.

Portfolio di bawah kerajaan negeri Perak itu diletakkan dalam Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam yang dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon.

Semenjak Lim mengumumkan untuk mewujudkan portfolio itu, Utusan Malaysia terus menyerang tindakan tersebut.

Valentine's haram! Anak MP melaram!

tenggara

Artikel-artikel dikeluarkan oleh majlis agama Islam mengingatkan umat islam Malaysia tentang haram menyambut hari Kekasih! Malah hal ini telah lama dikhabarkan dan diberitahu supaya ada dalam pengetahuan orang islam.

Tetapi masih ada yang terikut ikut dengan budaya barat, antaranya spoiled brat-spoiled brat Umno! Pada malam hari kekasih itu, ada berita yang terbang mengatakan sebuah kenderaan mewah VW Merah dipercayai milik Aizat Fikri anak MP Kuala Nerus dengan gahnya tiba di Bangsar Shopping Centre bersama siapa lagi kalau bukan kekasih artisnya itu agaknya. Allisa Hishammudin anak kepada naib presiden umno pula kelihatan makan malam bersama seorang lelaki di gardens, adakah satu kebetulan mereka keluar makan berdua duaan pada malam itu, malam valentines?

Yang paling mahal, yang singgah ditelinga kami-kami pemerhati politik pula, ke-esokkan harinya keliahatan Aizat Fikri bermesraan dengan Tiz Zakiah di kawasan subang jaya, apakah tingkah laku anak-anak pemimpin kita ini akan memberi sumbangan dalam memajukan negara?

Tanda awal PRU semakin hampir

Suhaimi Mokhtar  
Pilihanraya umum ke-13 makin hampir.Tanda-tanda kearahnya makin jelas, apabila parti-parti politik kelihatan sedang bersiap sedia mengatur stratiji dan mengemaskini organisasi bagi memenangi hati  nurani rakyat terutama para pengundi bagi menentukan untuk menerajui kerajaan selama lima tahun akan datang.

Umno-BN sibuk melakukan baikpuleh setelah mengalami kemerosotan pengaruh dalam pilihanraya lalu yang bermula Mac 2008.Ini diperjelaskan lagi apabila kerajaan mengumumkan pelbagai galakan kepada rakyat untuk memenangi hati mereka supaya mengundi Umno-BN.

Umno-BN juga mendapat galakan dari keputusan-keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada nya dan dengan itu berminat untuk segera mengadakan pilihanraya sebelum pengundi mengubah pendirian untuk menolak parti yang memerintah sejak merdeka hampir 54 tahun lalu.

Penyataan-penyataan politik untuk memujuk rakyat, antaranya yang terbaru mengurangkan kadar tol di Taman Medan dari RM 1.60 kepada RM 1.00.Lebih banyak lagi pengumuman- pengumuman untuk mengula-gulakan rakyat akan dilakukan sebelum pilihanraya ke-13 diadakan.

Semua tindakan dan langkah kerajaan yang diambil mutakhir ini bermotifkan politik termasuk operasi piramid bagi menyelamatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang dilanda revolusi kebangkitan rakyat yang menyaksikan tumbangnya pemerintahan diktator Presiden Hosni Mubarak.

Pengangkutan pulang pelajar Malaysia di Mesir yang diangkut berperingkat-peringkat selesai sebaik sahaja keadaan di Mesir mulai puleh.Kerajaan menangung belanja kepulangan dan kini apabila keadaan mulai puleh pelajar-pelajar ini mahu pulang semula keMesir, tetapi kerajaan tidak lagi mahu menanggung belanja kepulangan mereka.

Pengangkutan membawa pulang pelajar-pelajar ini adalah bertujuan untuk mendapat mileage politik bagi meraih undi dalam pilihanraya tetapi berkemungkinan tindakan ini akan menerima kesan balas yang tidak mengembirakan Umno-BN,kerana pelajar-pelajar ini bukanlah gulungan yang mudah
dipergulakan dengan daayah-daayah Umno-BN.

Apabila pelajar-pelajar ini akhirnya terpaksa pulang dengan belanja sendiri pula,setelah mereka digalakkan untuk pulang oleh kerajaan dengan belanja yang ditanggung,sedang sebahagian darinya terpaksa berkorban untuk tidak menghadapi peperekasaan yang dijadualkan ,maka kepulangan mereka lebih menimbulkan kesulitan dari kelegaan.

Beberapa pertimbangan akan dibuat sebelum pilihanraya umum diadakan.Umno-BN kini giat menyelesaikan kemelut politik diperingkat negeri-negeri. Umno menghadapi masaalah hampir di semua negeri-negeri.Percubaan Umno meletakkan kepimpinan di negeri-negeri bgaimanapun tidak banyak menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud dinegeri-negeri.

Pertimbangan lain termasuklah kes perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, keputusan pilihanraya kecil, pemulihan parti-parti komponan BN, semuanya diberi pertimbangan sewajarnya sebelum ketentuan tarikh pilihanraya diputuskan.

Ketika menjelang pilihanraya ,kerajaan Umno-BN selain mengumumkan ‘ hadiah-hadiah’ untuk rakyat dari belanjawan negara sehinggalah kepada peruntukan kepada ahli-ahli dewan rakyat dan sebagainya untuk projek dikawasan masing-masing,Umno-BN akan mengunakan jentera kerajaan
dalam pilihanraya untuk merasuah rakyat bagi memilih calun-calun mereka.

Inilah demokrasi berparlimen yang dibangga-banggakan oleh Umno-BN,kononnya berlaku pilihanraya yang adil dan demokratik selama Umno-BN memerintah negara, tetapi hakikatnya pilihanraya yang diadakan bukanlah pilihanraya yang adil dan telus.

Penghakisan demokrasi berlaku setiap kali pilihanraya diadakan yang telah berjalan selama 12 kali dinegara ini.Suruhanjaya Pilihanraya tidak dapat memberi jawapan-jawapan yang menyakinkan setiap masaalah yang ditimbulkan oleh parti-parti politik pembangkang terhadap peraturan –peraturan
pilihanraya yang diadakan.

Sewajarnya pilihanraya diadakan secara adil dan telus tanpa ancaman menakut-nakutkan pengundi dengan pelbagai akta yang mengongkong rakyat untuk bebas memilih calun dan parti yang mereka berkenan.

Setelah 12 kali pilihanraya,sepatutnya pengalaman –pengalaman pilihanraya yang telah diperolehi menjadikan demokrasi dinegara ini lebih matang dan sihat, lebih dari beberapa buah negara-negara jiran yang baru sahaja mengamalkan demokrasi dan pilihanraya.

Pilihanraya dibeberapa buah negara jiran adalah lebih adil dan telus berbanding dengan pilihanraya di Malaysia. Ini sangat memalukan, apabila   Suruhanjaya Pilihanraya yang diamanahkan untuk menyelia pilihanraya dengan adil tidak mampu untuk menjadi badan bebas sebebas-bebasnya.

Suruhanjaya Pilihanraya kelihatannya dibawah penguasaan dan pengaruh kerajaan walau bagaimana sekali pun percubaan suruhanjaya itu untuk kelihatan bebas. Ini tidak memberi suasana sihat dalam proses demokrasi.

Pilihanraya ke-13 merupakan pilihanraya paling bersejarah dan kritikal dan kerana itu keadilan dan ketelusannya perlu dilihat berlaku. Jika tidak wujud cirri-ciri itu maka konsekuannya sangat besar yang memungkinkan pilihanraya itu dianggap telah menyeleweng dan sebagainya yang nanti akan menimbulkan kesan buruk selepas pilihanraya seperti yang berlaku dibeberapa buah Negara.

Suruhanjaya pilihanraya perlu bertindak bijaksana bagi menentukan pilihanraya yang adil dan telus dan tidak kelihatan memihak kepada parti kerajaan. Inilah cirri-ciri pilihanraya bersih,adil dan telus yang ditagih oleh rakyat.

Penyelewengan pilihanraya akan membawa padah buruk yang lebih besar implikasinya. Beberapa buah negara berada dalam huruhara selepas pilihanraya, apabila berlaku penyelewengan dan masing-masing pihak, parti kerajaan dan pembangkang mengistiharkan kemenangan masing-masing.

Bagi mengelakkan keadaan ini dari berlaku,Suruhanjaya Pilihanraya perlu dari awal lagi melaksanakan pilihanraya bersih yang menepati proses demokrasi tulen. Kredibaliti Suruhanjaya Pilihanraya berada dipersimpangan dan sedang diuji rakyat dalam pilihanraya ke-13.

Seorang pelakon ditahan polis kerana ugut bunuh

Mohd Firdaus Ibrahim 
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama popular ditahan polis semalam selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu.

Pelakon lelaki berusia 43 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet. Menurut sumber polis, pelakon terbabit bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, Isnin lalu.

“Menyedari kesalahannya selain yakin dia diburu pihak berkuasa, pelakon itu tampil menyerah diri di Balai Polis Kepong kira-kira jam 10 pagi (semalam) sebelum dia ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, pelakon terbabit sebelum ini dipanggil SPRM untuk membantu siasatan satu sindiket pernikahan palsu didalangi seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan empat lelaki lain berikutan dia menggunakan khidmat sindiket itu untuk pernikahan keduanya.

Sumber itu berkata, pertemuan pelakon terbabit dengan dua pegawai SPRM yang mahu mengambil keterangannya diadakan di sebuah kafe di Danau Kota, di sini, kira-kira jam 11.20 malam Isnin lalu.

“Sebaik pelakon itu dan tiga rakannya masuk ke kafe berkenaan, seorang daripada rakannya memperkenalkan diri sebagai ‘Abang Joe’ dan mendakwa dia pegawai khas Ketua Polis Negara.

“Abang Joe mengarahkan dua pegawai SPRM berkenaan menghentikan siasatan ke atas pelakon itu. Apabila dua pegawai SPRM itu bertegas untuk meneruskan siasatan, Abang Joe mengugut dengan mengatakan akan membunuh mereka,” katanya.

Menurutnya, Abang Joe turut mengugut mahu menembak kedua-dua pegawai itu sehingga mati jika permintaannya tidak dipenuhi. “Selain itu, Abang Joe memberitahu dia boleh memerangkap dua pegawai SPRM berkenaan dengan meletakkan dadah dalam rumah atau kenderaan mereka supaya pegawai itu ditahan polis.

“Malah, Abang Joe mendakwa dia sanggup mati semata-mata bagi memastikan SPRM tidak meneruskan siasatan terhadap pelakon terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, pelakon terbabit dan tiga rakannya meninggalkan kafe berkenaan sebelum kedua-dua pegawai penyiasat SPRM itu membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

Menurutnya, pelakon terbabit direman lima hari bermula semalam dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelakon terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak akan tunduk pada ugutan, tohmahan dan fitnah mana-mana pihak yang cuba menjejaskan siasatan sesuatu kes rasuah.

“Ini sebahagian cabaran yang perlu kami hadapi. Dalam kes sebegini, SPRM akan serahkan kepada polis mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami akan teruskan siasatan sindiket pernikahan palsu itu,” katanya.
-hmetro-

Mukhriz sebenarnya 'ludah' BN Perak

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Pemuda PAS Perak mendakwa Umno 'mudah lupa' ekoran menghentam tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam di negeri itu.

Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, Umno sepatutnya sedar, merekalah terlebih dahulu mewujudkan potfolio itu di Perak selepas negeri itu diambil alih BN dan diterajui Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Sedang pada hakikatnya, setelah rampasan kuasa oleh Umno Barisan Nasional di negeri Perak, kepimpinan Umno BN Perak di bawah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya telah terlebih dahulu mewujudkan portfolio yang sama di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

"Jawatan potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam tersebut dipegang oleh seorang wakil tunggal MCA iaitu Datuk Mah Hang Soon. Tidak pula ianya dijadikan isu oleh Umno dan tidak pula Umno mengatakan bahawa taktik yang sama untuk menarik undi rakyat?" soalnya.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, amat jelas bahawa Umno BN mengamalkan 'double standard' dalam memberikan persepsi yang buruk terhadap musuh politik mereka dan mudah melupakan keburukan sendiri yang telah mereka lakukan.

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi Umno Kedah dilaporkan berkata penubuhan portfolio baru itu taktik DAP untuk menarik undi rakyat.

Sehubungan itu, Munir mahu BN Perak menyatakan pendirian ataupun membidas kritikan yang telah dilemparkan oleh Mukhriz terhadap kerajaan Pulau Pinang kerana kritikan tersebut juga terkena kepada kerajaan negeri Perak di bawah BN yang telah menubuhkan portfolio yang sama.

"Adalah tidak adil tindakan Datuk Mukhriz yang tidak mencemuh perkara yang sama berlaku di Perak hanya kerana ianya di bawah pemerintahan BN dan cuma menjadikan mana-mana kerajaan negeri di bawah PR sebagai sasaran serangan politik busuk mereka," katanya.

Graduan rakam gambar raksasa



GAMBAR raksasa di Tasik Windermere, Britain dirakamkan oleh seorang graduan, Tom Pickles pada minggu lalu.
TASIK WINDERMERE, Britain: Seorang graduan teknologi maklumat, Tom Pickles merakamkan gambar seekor raksasa di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar raksasa yang diberi nama Bownessie oleh penduduk tempatan itu dirakamkan menerusi telefon berkamera.
Nama itu diberikan kerana makhluk tersebut berada di dalam tasik di bandar Bowness.
Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, raksasa itu mungkin sebesar tiga padang bola sepak.
"Saya boleh memberitahu bahawa ia lebih besar jika makhluk itu berada di dasar laut," katanya yang melihat raksasa tersebut selama 20 saat.
Semasa gambar itu dirakamkan, Pickels sedang berkayak di tasik tersebut bersama dengan teman wanitanya kerana mereka mengikuti kursus bina semangat syarikat tempat dia bekerja.
Gambar yang dirakamkan graduan itu menunjukkan beberapa bonggol di badan raksasa tersebut.
Menurut Pickles, raksasa itu berenang dengan pantas.
Teman wanitanya, Sarah Harrington, 23, berkata: "Ia (makhluk itu) seperti seekor ular yang besar. Saya melihatnya selama beberapa saat tetapi apa yang saya fikirkan ketika itu ialah saya perlu keluar dari tasik tersebut." 
-Agensi-

Mati diserang lelaki bertopeng



ANGGOTA polis memeriksa mayat Parguna yang mati selepas ditetak sekumpulan tiga lelaki di Taman Pelangi, Rawang semalam.
RAWANG: Seorang penyelia kilang logistik ditemui mati selepas ditetak berkali-kali di seluruh badan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di kawasan perindustrian Jalan R2/2, Taman Pelangi di sini semalam.
Kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan M. Parguna, 30, dari Batang Kali mati kira-kira 20 minit selepas dia diserang oleh tiga lelaki bertopeng itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian berlaku sejurus selepas mangsa turun dari kereta Proton Wira yang dinaikinya.
Katanya, sebaik menyedari dia dikejar oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil, mangsa kemudian telah berlari ke arah restoran untuk meminta perlindungan.
“Bagaimanapun, belum sempat dia masuk ke dalam restoran tersebut, mangsa terlebih dahulu telah ditetak berkali-kali oleh suspek.
-kosmo-