Jarak bulan dan bumi yang hampir menjadi punca gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi?



OMBAK tsunami melanda pantai di Iwanuma, utara Jepun semalam.
LONDON: Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.
Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.
Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.
"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.
Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005.
-Agensi-

Umno marah PAS tak haram judi..........

Roslan SMS
Umno merupakan tulang belakang pemerintahan Selangor selama lebih 50 tahun sehinggalah rebah kecundang ditewaskan dalam PRU ke 12 tahun 2008 lalu.

Menteri Besar dan barisan EXCO Umno silih berganti. MB terakhir Umno di Selangor adalah Khir Toyo manakala EXCO Agama yang terakhir adalah Rahman Palil. BN yang dinaungi Umno ditewaskan di Selangor oleh gabungan PKR, PAS dan DAP yang bergabung atas nama Pakatan Rakyat.

Memang banyaklah dilakukan oleh BN dan Umno sepanjang menongkat langit kuasa selama lebih 5 dekad. Islam bagaimana? Saya kemukan persoalan ini kerana akhbar Sinar Harian menyiarkan pandangan Rahman Pali ADUN Umno dari Sementa yang juga bekas EXCO Agama.

Dalam kes pengharaman judi di Selangor Rahman mendakwa PAS tidak melihat aktiviti judi sebagai sesuatu yang salah disisi agama.

Kononnya PAS tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila bersekongkol dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam tidak mengharamkan judi di Selangor.

Semasa Rahman EXCO Agama dahulu, semasa Umno tulang belakang kerajaan Selangor dahulu apakah yang telah dilakukan terhadap judi? Agaknya lantaran terkejut hilang kuasa sejak 3 tahun kebelakangan ini Rahman dan rakan-rakannya lupa yang mereka dahulu pernah berkuasa di negeri ini. Semasa mereka berkuasa judi tidak diharamkan walau memiliki kerusi jauh lebih banyak dari PAS ketika itu.

Memang PAS sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab dalam menyuntik semangat Islam dalam kerajaan Selangor. Walau dalam keterbatasan kuasa PAS perlu berikhtiar meyakinkan rakan-rakannya dalam kerajaan, sedang semasa Umno berkuasa dahulu (kalau Umno parti orang Islam) mereka boleh sahaja terus mengharamkan apa sahaja yang mahu dioharamkan kerana mereka punya kuasa mutlak.

Ternyata dalam 3 tahun kebelakangan ini Selangor melihat PAS mengambil insiatif yang positif dalam hal amar makruf nahi mungkar. Tampak lebih berani dan realistik berbanding Umno yang sekadar berpeluk tubuh memanaskan kerusi kuasa.

Kawalan jualan arak, larangan pekerja Islam bekerja di pusat hiburan yang menghidang arak, penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah terus menerus ditekankan sehingga pencapaiannya begitu ketara berbanding dengan ketika Umno berkuasa dahulu.

Geli melihat gelagat Rahman Palil. Umno juga Islam tetapi tidak pernah meletakkan amar makruf nahi mungkar sebagai sesuatu yang perlu diberikan kepentingan. Tetapi apabila PAS berkuasa, maka berkokoklah mereka seolah mahu lebih Islamik.

Dalam buku Memoir Khatijah Sidek, bekas Ketua Wanita Umno yang juga ahli parlimen wanita PAS yang pertama pada thuan 1959 (mewakili Parlimen Dungun) Khatijah menyebut:

Kami (ahli-ahli parlimen PAS) tidak setuju menggunakan wang Loteri Kebajikan Masyarakat untuk membaiki atau membangun masjid tapi wang tersebutlah yang banyak dicurahkan kepada pembangunan masjid (oleh kerajaan Persekutuan yang dikuasai Umno). Kami tidak mahu menggunakan wang ini kerana puncanya tidak bersih. Wang ini dikutip dari perjudian, satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam tapi kerajaan tak peduli semua itu.

Benar PAS memikul amanah melaksanakan Islam, tapi kalau Umno juga parti orang Islam, judi di Perlis, Johor, Pahang dan lain-lain macam mana? Pahang jangankan judi loteri dan tikam nombor, kasino terbesar di rantau ini tersergam di puncak banjarannya!

PRU 13 : Hanya Kelantan, Kedah Dan Pulau Pinang Yang Selamat?

Mutaligat
Seorang pemerhati politik membuat ramalan bahawa hanya Kelantan dan Pulau Pinang yang selamat dapat dipertahankan oleh PR. Selangor terlepas kepada BN kembali. Ketiga-tiga negeri yang dimenangi PR itu pun hanyalah dengan simple majority dan amat longgar bila-bila masa boleh tumbang.

Di peringkat parlimen pula BN akan berjaya memperolehi majoriti 2/3 malah kerusi PR hanya tinggal antara 20 - 40 kerusi sahaja.

Antara penyebab kegagalan PR pada PRU ke 13 akan datang menurut Pemerhati politik tersebut ialah kegiatan Umno/BN memanipulasi seluruh jentera dan agensi kerajaan yang semua kita sudah tahu siapa mereka.
 
Antara langkah yang telah, sedang dan akan diambil ialah :
 
1) Mendaftarkan seramai mungkin pengundi pos di mana isteri, anak dan saudara pihak Polis dan Tentera didaftarkan sebagai pengundi pos.
 
2) Mendaftarkan pengundi-pengundi baru yang terdiri dari orang asing atau PATI
 
3) Sengaja megujudkan nama-nama pengundi sebanyak 2 kali di tempat pengundian yang lain.
 
4) Menyemarakkan semangat perkauman sempit bagi memastikan pengundi Melayu semakin ramai menyokong BN
 
5) Dan lain-lain cara yang tersirat maupun tersurat.

Kawasan loji nuklear Fukushima disytihar darurat

Harakahdaily
TOKYO, 12 Mac: Pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang.

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas.

Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam.

Jepun Sah Letupan Loji Tenaga Nuklear, Penduduk Diarah Berpindah





TOKYO, 12 MAC: Kerajaan Jepun mengesahkan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima Daini hari ini ekoran gempa bumi dan tsunami semalam.

Terdahulu agensi berita Jiji memetik polis tempatan berkata letupan dan asap kelihatan di loji tersebut - sehari selepas timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun.

Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut.

"Kami sedang melihat punca dan situasi dan kami akan memaklumkan publik apabila kami ada maklumat lanjut," kata beliau.

"Buat masa ini kami merasakan pengosongan kawasan dalam lingkungan 10 kilometer adalah wajar," katanya.

Malah beliau juga berkata Jepun telah memperluaskan kawasan yang dikosongkan sekitar loji Fukushima Daini. - Reuters

Mahathir 'paranoid' dengan Anwar

Aspan Alias
Anwar Ibrahim, nama yang tidak dapat dilupakan oleh Dr Mahathir dan nama Anwar adalah nama wajib untuk disebut di dalam memoirnya yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu. Setelah buku itu dilancarkan polimik Anwar-Mahathir kembali bergema. Dua hari yang lepas Anwar telah merembat kembali Dr Mahathir di hadapan ribuan manusia yang hadzir di dalam rapat umum PKR.

Tulisan Dr Mahathir ini telah mengingatkan kembali segala-gala yang berlaku di antara kedua-dua pemimpin yang pernah bersekutu dan mentadbir negara kita bersama. Seorang jadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri. Perpecahan Dr Mahahir dengan Anwar telah menukar lanskap politik tanahair dengan begitu ketara.

Jika Dr Mahathir menyebut isu Anwar, tentulah isu sodomy merupakan isu yang paling gemar disentuh oleh Dr Mahathir. Malahan isu sodomy inilah yang menjadi alasan atau sebab kenapa Mahathir untuk memecat Anwar dan sekali gus dapat mempastikan tempatnya sebagai PM kekal sehingga melewati 22 tahun lamanya.

Dr Mahathir memang seorang yang sentiasa berjaya di dalam krisis. Di dalam situasi yang aman Dr Mahathir tidak akan berjaya menempa kejayaan. Dari kaca mata psikolojinya orang-orang yang lemah selalunya akan berjaya di dalam keadaan krisis yang besar. Lagi besar krisis itu lagi besar kejayaan yang ditempanya. Itulah sebabnya di dalam memoirnya Dr Mahathir terpaksa menulis dengan mengatakan dan mencerca teman-teman seperjuangan beliau kerana beliau dalam sejarah politiknya sentiasa berkrisis dengan semua pihak.

Isu sodomy Anwar ini merupakan santapan batin Dr Mahathir yang paling enak di makanya dan isu yang paling lunak di dengarnya bersama-sama penyokong-penyokongnya. Dr Mahathir sebenarnya tidak berapa kisah tentang sodomy Anwar. Tetapi Mahathir hanya menggunakan isu itu secara ‘expedient’ setelah beliau merasakan kedudukan beliau tercabar jika Anwar masih berada di sisinya di dalam pentadbiran negara.

Mahathir hanya kisah siapa yang akan menjadi pencabar kepadanya. Dia tidak suka dicabar dan di tentang walaupun beliau sudah selayaknya ditentang. Dr Mahathir sendiri mengakui yang Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar telah memberikan lapuran kepada beliau tentang kegiatan sodomy Anwar pada tahun 1992 dan Hanif sendiri mengajui lapuran itu.

Tetapi jika Mahathir benar-benar mempunyai moral dan etika kepimpinan yang baik beliau sepatutnya bertindak terhadap Anwar pada 1992 dulu lagi. Tetapi Mahathir tidak berbuat apa-apa malahan pada tahun 1993 Anwar dijadikan Menteri Kewangan, menggantikaqn Daim yang begitu ‘tersohor’ dengan manipulasinya bagi memperkayakan diri sendiri. Daim menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 1984 menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tetapi pada pertengahan sembilam puluhan cakap-cakap di bawah terlalu ‘rampant’ yang Anwar akan menandingi Mahathir pada pemilihan parti. Mahathir mengambil berita ini dengan penuh ketakutan dan di dalam salah satu perhimpunan agong UMNO Mahathir telah menyebut isu ini secara terbuka dan memberikan gambaran betapa buruknya nasib Anwar jika pertandingan itu berlaku.

Mahathir berkata jika beliau di kalahkan beliau sudah duduk di kerusi PM begitu lama tetapi jika Anwar kalah maka itulah saat yang terakhir bagi Anwar untuk berangan menjadi PM negara ini. Hasutan demi hasutan di dengar oleh Dr Mahathir tentang Anwar terutamanya dari mereka yang telah berkerat rotan dengan Anwar seperti Rahim Thamby Chik. Rahim terlalu marah dengan Anwar kerana beliau di turunkan dari jawatan Ketua Menteri di sebabkan isu skandal Rahim dengn perempuan bawah umur semasa itu.

Akhirnya Mahathir menggunakan isu sodomy Anwar sebagai alasan yang sangat sesuai untuk menjatuhkan Anwar. Isu itu telah dipengapkan oleh Mahathir sejak bebarapa lama dan waktu untuk menggunakan isu itu pun sampai dan kita telah lihat apa yang telah pun berlaku. Anwar sebenarnya seorang yang begitu bodoh kerana terlibat dengan perkara tidak senonoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin yang menjadi harapan rakyat dan negara.

Pendeknya tindakan Dr Mahathir terhadap Anwar semata-mata kerana keresahan beliau jika Anwar menandingi beliau sebagai Presiden UMNO dan menggantikan beliau sebagai PM negara ini. Tindakannya terhadap Anwar bukan kerana isu sodomy sebagai mana yang difahami orang ramai. Inilah akibatnya jika seseorang pucuk pimpinan memilih barisan kepimpinan mengikut kehendak politik peribadi semata-mata.

Nampaknya isu ini tidak pula ditulis di dalam memoir beliau yang begitu popular itu. Jika ada percetakan tambahan elok di masukkan isu ini di dalam memoir tersebut kerana inilah isu yang telah membuat beliau tidak nyenyak tidur sehingga hari ini.

Siapa Yang Kena Bela Diri Anwar Atau Rosmah?

Mohd Sayuti Omar
MENURUT saksi terakhir pihak pendakwa dalam kes liwat ke atas Anwar Ibrahim, Supt Jude Blacious memberi tahu mahkamah dia ada ambil kenyataan dari Rosmah Mansor pada 17 Julai 2008. Apakah butiran kenyataan itu, dan apakah ianya akan didedahkan di mahkamah dalam perbicaraan kes itu hari ini?

Rasanya ramai nak tahu apakah butiran kenyataan berkenaan. Sebelum ini baik Rosmah atau Najib mengatakan mereka tidak ada kena mengena dengan bekas pembacuh kopi. Tetapi lama kelamaan dia mengatakan pembacuh kopi itu ada datang ke pejabatnya untuk bertanya biasiawa.

Di luar mahkamah mungkin kita boleh berbohong atau kalau hakim tidak tegas dan telus apa lagi bias kepada kita ia boleh melindungi pembohongan kita. Tetapi kalau hakim yang benar dan menggunakan buku undang-undang menyebabkan seseorang yang memberi keterangan tidak boleh mengelak embohongan mereka.

Perbicaraan kes liwat edisi 2 ini sudah sampai ke penghujungnya. Penentuan keputusan itu akan mempengaruhi bila pilihan raya umum ke-13. Kalau keputusannya tidak berpihak kepada parti kerajaan, semisalnya Anwar dibebas ia menyebabkan parlimen lambat lagi dibubarkan. Sebaliknya kalau perbicaraan itu didapati Anwar bersalah ada kemungkinan pilihan raya dipercepatkan.

Ada untung bagi UBN mengadakan pilihan raya dalam tempoh Anwar membuat proses rayuan di mahkamah

Anak sahut cabaran Ahmad Maslan, dialog 3 hari 3 malam

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman semalam menyerahkan surat kesediaan berdialog isu felda dengan Datuk Ahmad Maslan.

Surat itu diserahkan wakilnya Razman Zakaria yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah negeri Pahang kepada setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, di Ibupejabat Felda, Jalan Semarak di sini.

Surat tersebut sebagai menjawab cabaran Ahmad yang sebelum ini mengajak Mazlan berdebat ketika berkempen pada pilihan raya kecil Kerdau.

"Saya telah mengemukakan dua kali cabaran debat kepada Datuk (Ahmad Mazlan) pada 17 Julai 2010 di Lobi Parlimen dan pada 25 Januari 2011 di Tenang, Johor. Kedua-duanya ditolak dengan pelbagai alasan.

"Dalam kempen PRK Kerdau, Datuk mencabar saya berdialog dan menuduh saya takut dan melakukan pembohongan.

"Sayugia diperjelaskan, saya hanya takut kepada Allah dan tiada sebab untuk saya takut kepada manusia. Saya bersedia berdebat atau berdialog dengan sesiapa sahaja demi kebenaran," kata Mazlan melalui surat itu.

Jelasnya lagi, penolakan beliau untuk berdebat secara tertutup dengan Ahmad sebelum ini kerana bimbang di ekspoitasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan namun untuk kali ini beliau menyatakan bersedia tanpa sebarang halangan.

"Saya menyarankan Datuk memilih mana-mana tarikh serta lokasi dalam bulan April dan saya bersama 20 Ahli Jawatankuasa Anak bersedia untuk datang.

"Ini semua saya lakukan untuk membangkitkan pelbagai persoalan yang berlegar dalam kehidupan warga Felda.

"Saya menuntut janji Datuk; tiga hari tiga malam pun boleh berdialog!," katanya mengulangi ayat yang pernah dinyatakan Ahmad sebelum ini.

Sebagai penutup pada surat itu, beliau menzahirkan harapan agar Ahmad tidak lagi menggunakan pelbagai alasan untuk menggagalkan pertemuan yang dianggap penting demi masa depan jutaan warga Felda

PAS dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang.

Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing.

"Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa.

"Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam.

Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak.

Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu.

Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu.

"Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Jepun Dilanda Tsunami Besar


TOKYO, 11 MAC: Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi lebih enam meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Sementara itu penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
Menurut laporan Al-Jazeera setakat ini enam orang dilaporkan terkorban di Jepun namun tiada angka rasmi setakat ini.
Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.
-tvsnews-

Tiga profail DNA keliling dubur, Saiful enggan komen

NONE
Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa. 

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.

Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful: Ada beberapa.

Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.

Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya.

NONEYusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan.

"Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica dalam waran adalah pertuduhan,” katanya.

Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini.

-malaysiakini-

Liwat II: Hadirin di dalam mahkamah terkejut dengan maklumat terbaru


KUALA LUMPUR, 11 MAC: Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menemui pengadu Saiful Bukhari Azlan terlebih dahulu sebelum Saiful bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2008, pegawai penyiasat kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah tetapi tidak mengambil keterangan daripada Najib.

Keterangan Jude memperakui pembabitan langsung Rosmah dan Najib dalam tuduhan fitnah liwat yang di kenakan terhadap Anwar yang selama ini menegaskan wujud agenda politik untuk sekali lagi mensabitkan beliau atas tuduhan liwat, menggunakan bukti reka cipta, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998.

"Saya ada ambil kenyataan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Hadirin yang berada di dalam mahkamah terkejut dengan maklumat tersebut.

Peguam Karpal Singh kemudiannya mengarahkan Jude untuk mengesahkan kenyataan beliau.

"Ada" kata Jude.

Sebelum itu, Jude mengakui tidak ada cubaan merekodkan kenyataan Anwar susulan laporan polis Saiful sehingga Ketua Pembangkang ditangkap pada 16 Julai 2008.

Jude juga mengakui Anwar diberikan notis untuk memberi  keterangan tetapi waran tangkap dikeluarkan terhadap Mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau ketika itu dalam perjalanan ke Balai Polis untuk memberi keterangan.
"Seksyen 112 adalah untuk merekodkan kenyataan, bukan untuk menangkap Anwar. Jadi kenapa Anwar ditangkap?", tanya Karpal.

Jude berkata beliau memohon waran itu atas pertimbangannya sendiri tetapi tidak pula menjelaskan asas-asas tindakannya itu.
Pengawai kanan polis itu terus menimbulkan kecurigaan apabila memeberitahu mahkamah beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana petugas lokap D9 IPKKL supaya tidak menyentuh barang-barang di dalam lokap.

Sebelum ini, petugas-petugas lokap yang dipanggil ke mahkamah sebagai saksi mengesahkan Jude sememangnya mengeluarkan arahan sedemikian.

Kredibiliti Jude terus tercemar apabila Karpal mengeluarkan laporan rasmi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang membuat perakuan bahawa pegawai polis itu memberi keterangan palsu berhubung siasatan badan berkenaan ke atas penahanan lima peguam tanpa waran tahun lalu.
Perbicaraan bersambung..
-tvsnews-

Liwat II: Karpal asak pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira

NONE
Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini diasak oleh peguambela Karpal Singh dengan cara yang sama beliau mengendalikan siasatannya dalam kes dakwaan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pereira, adalah saksi ke-25 pihak pendakwaan.

Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam.

Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap.

"Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka.”

Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan.

Karpal: Apa sedikit percanggahan? Saya tak mahu ugut awak. Ini percanggahan serious?

Pereira: Ya.

Karpal: Jangan bohong apabila mengambil sumpah di mahkamah!
NONE
Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian tampil membuat bantahan manakala Pereira berkeras menafikan beliau menipu ketika inkuri Suhakam itu.

Karpal kemudian bertanya, "Apa penemuan inkuiri itu?" Tetapi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencelah dan ingin tahu relevan soalan Karpal itu.

Karpal berkata ia bagi membuktikan kredibiliti saksi dan hakim membenarkan pihak pembelaan meneruskan soalannya itu.

Karpal kemudian meminta Pereira membaca laporan inkuri Suhakam itu.

Pereira: DSP Jude Pereira pada inkuiri tidak memberi keterangan yang boleh diterima kerana beliau tidak berkata benar dan mempunyai 'hilang ingatan'.

Inkuiri Suhakam ketika itu dipengerusikan oleh pesuruhjayanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam terkemuka.

Karpal mahu laporan itu ditandakan sebagai bahan bukti tetapi dibantah oleh Yusof yang mencadangkan ia ditandakan sebagai ID (identification). Zabidin membenarkan bantahan itu dan laporan berkenaan ditandakan sebagai ID.

Menyambung keterangannya, Pereira mengakui tiada waran tangkap yang dibawa oleh pegawai yang menangkap pada kejadian itu.

"Namun, waran itu wujud,” katanya.

"Saya difahamkan arahan dibuat oleh (Mohd) Bakri Zinin untuk membuat tangkapan. Saya tidak tahu mengapa.”

Berbalik kepada kes Anwar, Pereira berkata di IPK KL, pegawai polis Supt Ahmad Taufik Abdullah hanya menyempurnakan waran tangkapan itu pada jam 2.40 petang.

"Saya ambil keterangan Anwar pada jam 2.45 petang dan ini berlarutan hingga 5.40 petang."

Menurut Pereira, Anwar adalah suspek dalam kes berkenaan.

Karpal kemudian bertanya kepada saksi sama ada beliau memahami peraturan lokap.

"Seseorang yang ditahan mesti dikurung selepas jam 6 petang,” kata Karpal.

Pereira berkata dia memahami peraturan itu - iaiatu seseorang tidak boleh dibawa keluar dari lokap selepas jam 6 petang.

Karpal: 6 petang hingga 6 pagi - suspek tak boleh dikeluarkan kerana ia waktu rehat.

Pereira: Betul.

Karpal: Kenapa anwar tidak diletak dalam lokap seperti dalam peraturan kerana dia adalah suspek.

Pereira: Anwar belum masuk lokap. Saya tak setuju.
-malaysiakini-

Liwat II: Saya rekod keterangan dari Rosmah, Najib - Polis

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut.

Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.
Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.

Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.

Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal: Siapa?
NONE
Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ...

Karpal: Datuk Mumtaz?

Jude: Ya.

Karpal: Bagaimana dengan Najib?

Jude: Ada.

Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah?

Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa.

Karpal: Tadi, awak kata ada!

Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.
-malaysiakini-

Kulit Tembikai boleh menambah ghairah sex?

Doktor Pakar Pemakanan dari Indoonesia telah menemukan bahawa tembikai sangat sesuai untuk lelaki terutama bagi mereka yang kurang rasa ghairah sex.

"Kandungan air dalam buah tembikai bermanfaat untuk kesehatan, seperti bisa membantu mengatasi sulit buang air kecil. Tapi, siapa sangka kulit buah tembikai juga bermanfaat meningkatkan gairah seksual.

Ahli Gizi Klinik, Dr Samuel Oetoro Sp G.K, mengatakan, kulit semangka bisa menjadi viagra alami. “Kulit tembikai sebagai afrodisiak. Jika dikonsumsi memiliki efek fasodilator yang bisa membuka aliran darah,” katanya dalam acara Buavita Fruit Hour "1 Jam Rayakan Hari Buah Sedunia", di Social House, Grand Indonesia, Jakarta, beberapa waktu lalu.

Kulit tembikai mengandung phytonutrient citrulline, yang mampu meningkatkan kadar oksidan nitrit di dalam tubuh . Selain meningkatkan sirkuasi darah, efeknya bisa membuat tubuh menjadi lebih relaks. “Jadi makan tembikai jangan lupa dengan kulitnya,” kata Samuel.

Apa yang disampaikan Samuel Senada dengan hasil penelitian Universitas Texas A&M, AS, bahwa semangka memiliki kandungan sitrulin yang bermanfaat membuat pembuluh darah menjadi relaks dan memperlancar aliran darah. Kondisi ini otomatis berdampak pada performa ‘junior’.

Dr. Bhimu Patel, yang memimpin penelitian itu mengatakan, sitrulin yang masuk ke tubuh berubah menjadi asam amino bernama arginine. Asam amino ini mampu meningkatkan antioksidan, dan melancarkan aliran darah, yang berperanan pada kemampuan ereksi pada lelaki.

Agar lebih praktis dan terasa nikmat, Samuel menyarankan cara pengolahan dengan blender. Masukkan potongan tembikai yang telah dibersihkan ke dalam blender tanpa pengupasan. Biarkan lapisan kulit luarnya yang umumnya berwarna hijau bercampur ke dalam jus.

Untuk mendapatkan efek maksimal, disarankan mengonsumsi enam gelas jus tembikai, tanpa tambahan air dan gula, per hari". Semuga berjaya kepada semua pembaca. Amalkan lah.... InsyAllah.