Iklan Arak Masuk Sekolah, Menteri Pelajaran Pejam Mata?

SM Mohamed Idris

Kanak-kanak dan golongan muda terdedah kepada iklan alkohol memandangkan syarikat minuman alkohol berjaya menutup atau menyembunyikan mesej ini sebagai promosi pendidikan atau pembangunan sukan.


Fakta sebenar yang menyedihkan ialah syarikat alkohol diberikan laluan utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak sekolah terhadap tabiat meminum minuman keras.

Dengan mewujudkan keadaan yang biasa melalui keadaan yang dilihat dan didengar, pihak syarikat akan mempengaruhi kanak-kanak dan remaja untuk menerima nama jenama secara positif, dan dengan itu melanjutkan lagi pengambilan produk mereka.

Contoh bagaimana syarikat alkohol diterima tanpa dikawal dengan kelulusan tanpa bertulis daripada pihak berkuasa untuk mengganggu ke sekolah dan menjejaskan minda anak-anak kita adalah bukti jelas dalam strategi yang digunakan oleh pihak Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Bhd (GAB).



Melayari laman sesawang Carlsberg Malaysia mendedahkan gambar kanak-kanak yang tersenyum memegang beg hijau Carlsberg berisi barangan dengan nama jenama yang terpampang, sewaktu kegiatan luar bagi pelajar sekolah yang ditaja oleh syarikat itu pada Disember lalu.

Mesej pengambilan minuman keras sebagai diterima ditanam ke dalam pemikiran anak-anak muda dengan promosi sebegini.

Carlsberg Malaysia juga menyerbu masuk ke dalam pendidikan melalui cara mengatur kerjasama dengan media berbahasa Inggeris arus perdana.

Dinyatakan bahawa Carlsberg Malaysia “menaja akhbar harian tempatan untuk 40 sekolah rendah Tamil di wilayah utara” untuk memperbaiki mutu bahasa Inggeris di sekolah ini.

Dakwaan oleh syarikat alkohol bahawa mereka membantu untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat India boleh dipersoalkan apabila realitinya mereka memusnahkan keluarga mereka dengan memupuk peminum alkohol di masa depan.

Kenyataan mereka bahawa mereka “tidak menggalakkan pengambilan minuman alkohol oleh mereka yang di bawah umur” adalah tidak benar sama sekali.

Satu lagi syarikat alkohol utama, Guinness Anchor Berhad (GAB), terus tanpa halangan untuk bekerjasama dengan sekolah Tamil di Malaysia dengan alasan mempromosikan pembelajaran walaupun pada hakikat sebenarnya mempromosikan nama jenama kepada mereka yang di bawah umur.

Melalui Program GAB Foundation SMILES (Supporting Malaysian Indian Learning, Education and Sports), syarikat minuman keras itu 'menjual' jenama dengan menawarkan kelas pemulihan bahasa Inggeris secara percuma dan mewujudkan sudut membaca di sekolah Tamil.

Program Pengayaan Bahasa Inggeris ini mensasarkan beratus kanak-kanak sekolah setiap tahun, dengan rancangan untuk meliputi semua kumpulan usia yang berbeza di sekolah rendah dalam fasa masa depan.

Anak-anak muda terutama sekali daripada awal hingga lewat remaja adalah sasaran yang sesuai memandangkan mereka merupakan pasaran masa depan untuk peminum alkohol.

Tidak kira bagaimana mendesaknya syarikat itu untuk menafikan hubungan antara pengiklanan dan pengambilan alkohol yang tinggi, pengiklanan mereka memang menggalakkan pengambilan alkohol.

Kita perlu menghentikan mitos yang disebarkan oleh syarikat itu bahawa iklan hanya menyebabkan orang ramai bertukar jenama.

Tambahan pula pengiklanan jenama tertentu oleh pengeluar alkohol adalah khusus disasarkan kepada golongan muda daripada etnik tertentu. Pergantungan alkohol berkembang dalam kalangan orang ramai apabila mereka memasuki usia 20-an.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pelajaran bertindak sebagai penjaga yang bertanggungjawab terhadap pelajar sekolah, dan menjauhkan mereka daripada pengaruh syarikat alkohol di sekolah.

Apabila kanak-kanak melihat syarikat alkohol diiktiraf, dipuji dan diterima dari segi sosial dalam kalangan pendidik dan kerajaan, mereka akan memikirkan bahawa alkohol tidaklah buruk sepenuhnya.

Ini membolehkan syarikat alkohol mempengaruhi dan meningkatkan pengambilan dan penjualan minuman alkohol dengan mengambil peminum baru.

CAP juga menggesa kerajaan dan badan sukan di negara ini menilai sama ada kecenderungan semasa penajaan sukan oleh syarikat alkohol mencabuli Piagam Alkohol WHO yang menyatakan bahawa “semua kanak-kanak dan remaja mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang dilindungi daripada kesan negatif pengambilan alkohol dan daripada promosi minuman alkohol”.

Kini sudah pun terdapat kebimbangan di seluruh dunia terhadap bahaya yang disebabkan oleh alkohol. Lebih daripada dua juta orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat yang berkaitan dengan alkohol.

Bahaya penggunaan alkohol merupakan faktor risiko utama bagi kematian pramatang dan kecacatan di seluruh dunia.

Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30 peratus kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh memandu dalam pengaruh alkohol.

Pengambilan alkohol menjejaskan penilaian dan mencetuskan tingkah laku agresif dan ganas, membawa kepada keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, pergaduhan dan jenayah lain.

Penyelidikan saintifik dan agensi kesihatan boleh menunjukkan pengiklanan alkohol boleh meningkatkan pengambilan alkohol.

Pengambilan alkohol juga turut menyumbangkan kos kepada negara dari segi ketidakhadiran ke tempat kerja, kehilangan kemahiran kerja, dan kehilangan produktiviti yang menjejaskan pekerja.

CAP menggesa kerajaan melarang dengan tegas syarikat alkohol daripada menaja sebarang projek atau program di sekolah atau terlibat di sekolah dalam sebarang cara.

Kerajaan juga perlu menaikkan cukai duti eksais produk alkohol dan memantau industri terhadap pencabulan undang-undang dan menggunakan cukai dan denda yang dikumpul daripada industri untuk membiayai pendidikan dan aktiviti berkaitan komuniti yang lain.



SM Mohamed Idris
* Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang 

Awas!Daging lembu daripada Babi..

waksab
lembu atau babi?

Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Memandangkan semuanya tidak memberikan kesan sampingan pada kadar segera dan hanya terjadi pada jangka masa panjang, mereka tidak takut untuk melakukannya. Atas dasar mengaut untung sebanyak-banyaknya dalam perniagaan mereka sanggup melakukan apa sahaja, mereka terus berenovasi mencipta sesuatu yang baru.  Mereka berjaya membuat telur tiruan malah lebih menarik mereka berjaya menukarkan daging babi menjadi daging lembu yang dinamakan "daging lembu tiruan".

                                              Daging lembu tiruan

Paling menakutkan apabila diberitahu bahan asasnya ialah daging babi. Ya... DAGING BABI! Terima kasih kepada penulis asal yang memaklumkan kepada kita perkara ini supaya dapat kita hindarkan diri dari termakan najis berat tersebut.

Di sana (negara China), harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka mengambil langkah membuat tipu-helah dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit sahaja, daging babi yang digoreng akan menjadi "sesedap" daging lembu. ... Mahukah anda mencubanya?

Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan  .... terjadilah sesuatu keajaiban dimana daging babi yang dihidang itu telah berubah rasa seenak daging lembu. Mudah kan? Adakah peniaga di negara kita juga akan mengekspot teknologi ini untuk menjana keuntungan lumayan? Atau lebih mudah mengekspot daging babi tersebut kerana ianya murah di China. Andai kata ia berlaku, amatlah malang bagi kita semua umat Islam yang sedang menghadapi bencana serangan mental, jiga bakal diserang dalam bidang bahan permakanan. Ini tak termasuk mempopularkan coca-cola dan McD yang amat diragui kehalalannya.

Malaysia juga terkenal pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara (memalukan sebagai sebuah negara Islam), tentu sekali tidak menjadi masalah untuk mereka (yang membenci Islam)  melakukan pengkhianatan tersebut. Sudahkah anda bersedia?

Buat waktu ini adalah lebih selamat jika tidak membeli daging lembu yang tidak diketahui sumbernya. Jauhi pembelian daging impot walaupun ia murah. Jika kita sendiri yang membelinya, mungkin kita mampu mengelaknya. Bagaimana pula dengan jamuan kenduri atau majlis keramaian? ... Inilah yang menjadi masalah besar kerana penguasaha makanan hanya memikirkan untung (bahan termurah) untuk menyediakan makanan. Adakah kita akan terselamat dari termakan daging babi? Cuba fikirkan.

Cuba lihat kesannya kepada kita bila kita memakan makanan bertaraf najis terutama najis berat sedemikian. Amat memudaratkan terutama dari segi keagamaan.  Makan makanan dari sumber haiwan yang tidak disembelih dengan betul sudah dianggap memakan bangkai, inikan pula memakan daging babi. Iman akan mengelonsor ke tahap yang amat buruk!

Dari maklumat yang diperolehi, sukar membezakan antara daging "tiruan" a.k.a. babi yang diubah ini dengan daging lembu sebenar jika dilihat dari sudud fizikalnya. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Malah dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Asalkan boleh membuat wang, peduli apa yang akan dihadapi oleh pemakannya!

Persoalannya, siapakah yang akan dipertanggung jawabkan untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia dari bencana seperti ini yang semakin hari semakin melarat? Adakah ia hanya tanggung jawab individu semata-mata - untuk menghindarinya, bagaimana pula keadaannya mereka yang tidak mengetahuinya? Beribu jenis bahan makanan yang ada dalam pasaran negara kita dan semuanya digunakan oleh orang ramai termasuk orang Islam. Cuba renungkan, siapakah yang bertanggung jawab? Tentunya jawapan mudah ialah "kerajaan" termasuk majlis ulama dan majlis agama Islam!

Kerajaan sebagai pemerintah yang sering menslogankan "negara Islam" didapati tidak mampu membangunkan sebuah badan yang khusus menjaga hal ehwal makanan Islam/halal di negara ini. Ini amat menyedihkan. Teknologi Makanan sudah semakin maju, terdapat ramai saintis dalam bidang ini dan sudah ada yang mempunyai Dr phd dan bergelar pakar, malangnya mereka tidak dapat digabungkan bagi membantu memuktamadkan kajian berkaitan sumber makanan halal. Sekurang-kurangnya umat Islam akan terasa terbela jika langkah membangun infrastruktur ini dilakukan.

Sampai masanya sebuah badan bertaraf nasional ditubuhkan sekurang-kurangnya setaraf "Badan Berkanun" bagi menyelamatkan umat Islam negara ini dari menjadi mangsa manusia keparat yang hanya hidup di atas kemungkaran malah sanggup membuat tipuan menjadikan makanan "haram" bertukar kepada "halal".

Kita mengaku sebagai negara Islam, apakah layak disebut sedemikian jika tidak berusaha menyelamatkan umat Islam dari termakan najis? Persoalannya, sehingga kini belum ada usaha menubuhkan badan khas mengkaji halal/haram makanan Malaysia. Amat memalukan.

Teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Wallahu a’lam


Fauna from ChinaSMACK looks into the latest food security scandal on beef extract addictive which can turn pork into beef.Process of turning pork into “beef” by adding beef extract exposed
Recently, Anhui, Jiangxi, Fujian, and other places have been exposed by the media who have discovered a kind of “beef extract” additive that allows pork to become “beef”.
First cut the pork into pieces.
First cut the pork into pieces.
Add beef extract to the pork pieces, mainly to allow the pork to gain a beef flavor. After half an hour, the pork becomes a brown color. Then add the pork to boiling water to cook it. The color of the pork will then also become darker.
Add beef extract to the pork pieces, mainly to allow the 
pork to gain a beef flavor. After half an hour, the pork 
becomes a brown color. Then add the pork to boiling 
water to cook it. The color of the pork will then also 
become darker.
Add the prepared
Add the prepared "beef powder" to the pork, then add caramel.
After mixing, the pork immediately changes appearance, the color looking even more like soy sauce braised beef, mingled with an aroma.
After mixing, the pork immediately changes appearance,
 the color looking even more like soy sauce braised beef, 
mingled with an aroma.
The final product is very much like stewed beef.
The final product is very much like stewed beef.
 
http://waksab.blogspot.com 

Tanah Runtuh : Lima Kanak-kanak Yatim Maut, 7 Selamat

KAJANG 21 MEI : Mayat seorang lagi mangsa dibawa keluar dari timbunan tanah runtuh rumah kebajikan Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, menjadikan angka terkorban setakat ini lima orang anak yatim.
Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba Putrajaya Morni Mamat berkata 12 orang masih dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.
 
Mayat terbaru dibawa keluar sebentar tadi manakala tujuh mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 200 anggota keselamatan masih giat diteruskan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Tragedi tanah runtuh itu berlaku pada kira- kira jam 2.30. Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh yang menimbus rumah kebajikan itu terletak di lereng bukti Hulu Langat.

24 orang dilaporkan tertimbus dalam kejadian itu. 20 daripadanya adalah kanak- kanak yang menghuni di rumah manakala empat lagi adalah penjaga.

Lebih 200 anggota pasukan keselamatan merangkumi ahli bomba dan Jabatan Pertahanan Awam serta sukarelawan menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata operasi menyelamat akan diteruskan selagi keadaan cuaca membenarkan.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera.

Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera.

Ahli Exco Kerajaan Negeri Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu TVSelangor bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan.
-tvsnews-

'Tiba- Tiba Tanah Kejar Saya': Saksi Tragedi Tanah Runtuh



KAJANG: "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya. Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.
-tvsnews-

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham berusia 69 tahun.

Mahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

Cucu Allahyarham, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil 'mak' itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.

"Saya dengan mak semalam sempat lagi menghabiskan masa bersama bersiar-siar di pasar raya, dan beliau masih lagi ceria," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarham di Gombak Setia hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, Allahyarham mengadu sesak nafas kira-kira 10.30 malam dan terus dibawa ke hospital.

"Semasa kami tiba, doktor mengesahkan kandungan gulanya tinggi dan terpaksa menahannya di ICU," katanya.

Natrah berkata selepas diberi ubat, keadaan neneknya pulih seketika sebelum koma, sehinggalah doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham, yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga anak serta empat cucu termasuk pelakon Faizal, penulis skrip drama iaitu Dilla dan penyanyi R&B Fairuz.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak hari ini selepas solat Asar.
-Bernama-

Tanah runtuh: Dua mati, enam lagi berjaya diselamatkan


Dua kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat Kajang meninggal dunia akibat tertimbus dalam runtuhan tanah petang tadi.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan. Bagaimanapun keadaan mereka dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah berkenaan.

Berita Harian Online sebelum ini menyebut dikhuatiri lebih 20 penghuni rumah anak yatim itu tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.

-malaysiakini- 

Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan Bersih 2.0 seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.


Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih 2.0 sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ajk Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Fitnah Pemimpin Umno Hanya Membuka Pekong Diri

PETALING JAYA, 21 MEI: Tindakan pemimpin Umno melancarkan serangan peribadi lagi mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bertubi-tubi hanya mendedahkan perwatakan “jelek” diri mereka, kata Ketua Pembangkang itu.

“Pemimpin yang memilih untuk menjurus ke arah taktik lucah pornografi, dan mengaibkan orang, itu sudah semestinya orang yang terdesak. Apa lagi moral orang itu sendiri dipertikai,” kata Anwar.

“Kalau orang itu moralnya baik, (ini tidak akan berlaku.) Belum pernah kita dengar orang seperti ulama, sanggup dan mampu untuk mengaibkan orang. Orang yang selalu mengaibkan orang itu adalah mereka yang peribadinya jelek,” kata Anwar.

Pemimpin-pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Najib Razak menjadikan isu video lucah Datuk T sebagai modal politik di ceramah-ceramah termasuk semasa pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.

Datuk T merangkumi Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzyl Eskay yang mempunyai kaitan rapat dengan pimpinan Umno. Mereka mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video itu.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan terhadap Datuk T.

Pada masa sama beliau juga mahukan undang-undang Qazaf digunapakai untuk menangani fitnah yang dibawa oleh Rahim yang juga Pengerusi Felda dan dua rakannya itu.

Selain mencanang video itu di ceramah-ceramah untuk mengaibkan Anwar, Umno juga menggunakan taktik-taktik lain termasuk mengitar semula Umni Hafilda untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kesat terhadap Anwar.

Anwar menghabiskan enam tahun dipenjara atas tuduhan liwat yang kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan sebagai tidak berasas kerana bersandarkan bukti rapuh dan keterangan yang palsu.

Kini mantan Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menghadapi pertuduhan liwat selepas pengadunya Saiful Bukhari Azlan menemui Perdana Menteri Najib Razak secara sulit sebelum membuat dakwaan-dakwaan yang mencurigakan.

Dalam wawancara dengan TvSelangor, Anwar percaya sesebuah kerajaan yang telus dan adil tidak perlu menggunakan taktik-taktik jijik untuk menumpaskan pembangkang.

Sekatan dan serangan menggunakan taktik kotor dan lucah yang diamalkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan sebuah sistem pemerintahan yang rosak, pincang dan terdesak, kata beliau.

“Apabila sistem pemerintahan itu zalim atau mengkongkong, maka tindakan akan diambil untuk menyekat kebebasan. Jika sistem itu baik, harga barang tidak meningkat, kehidupan rakyat terbela maka pemerintah tidak akan gentar. Datanglah idealogi apa sekalipun, dia(pemerintah) mampu jawab,” kata Anwar.

“Tetapi bila kerosakan terlalu banyak, maka dia terpaksa reka-reka fitnah untuk tutup kelemahan,” Tambah beliau.

Sejarah, menurut Anwar, penuh dengan contoh-contoh diktator yang menjerut hak rakyat demi melebarkan jangka hayat politik mereka.

Anwar yakin pemerintahan yang menindas rakyat akan mempunyai kesudahan yang sama, tidak kira sama ada di Malaysia atau di negara lain.

“Tengok masa Hitler di German. Starlin di Rusia, Mubarak di Mesir. Tengok cara dia menekan dan menyekat pembangkang, ulama dan golongan pengkritik. Itu paternnya agak sama. Cara penyekatan dia sama. Saya yakin kerana setelah lebih setengah abad merdeka, rakyat negara ini tidak boleh dan tidak mudah diperbodohkan,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengingatkan Barisan Nasional supaya tidak terlampau leka dengan menganggap rakyat akan sentiasa mempercayai segala pembohongan dan fitnah yang disajikan menerusi media arus perdana.

“ Umno, Utusan atau Tv3 anggap orang Melayu bodoh. Tetapi orang Melayu ini mempunyai budaya besar. Bila orang sebut pasal budaya Melayu selalunya ia berakar kepada agama,” kata Anwar.
-tvsnews-

Najib anggap rakyat yang menerima subsidi sebagai penagih 'candu'

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan. 

TV Selangor melaporkan Anwar berkata, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat.

"Candu apa? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu? Yang diberi kepada tauke tak apa? Subsidi rakyat RM4 bilion. Subsidi IPP RM19 bilion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani?

"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbilion ringgit, boleh! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," kata Anwar dengan nada marah. 

azlanBeliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin pada majlis ceramah perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini.

Najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford, United Kingdom pada 17 Mei lalu berkata subsidi ibarat “candu” yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Justeru, harga petrol RON95 dan diesel turut dijangka dinaikkan dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa menteri, termasuk timbalan perdana menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harga. 

azlanAnwar berkata Umno cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.

Menurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik.

"Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan tinggi...

"Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar.

-malaysiakini-

Projek IC: Saya TPM tapi tak dirujuk, kata Anwar

NONE
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas semula satu projek rahsia bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia – dikatakan sebagai penyumbang utama kepada peluasan Umno di Sabah.

Namun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.

"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).

illegal immigrants roundup 010305 patiently waiting"(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini pada minggu lalu.

Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder.

"Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan?

"Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi.

mahathir and anwar hardtalk show
Operasi rahsia

Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabahtulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.

Mahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.

Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing.

Bagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya.

NONE"Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang.

"Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit."

captured detained illegal immigrants 030707Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit.

"(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri.

-malaysiakini-

Cawangan Umno diketuai oleh seorang India

mutaligat

Sebuah Cawangan Umno di Melaka diketuai oleh seorang India. Parti yang mengaku berjuang Melayu tetapi mengangkat India menjadi Ketua Cawangan Umno Bukit Beruang Dalam. Bashkaran a/l Sanasi dilantik menjadi Ketua Umno Cawangan Bukit Beruang Dalam dan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil.


Bashkaran terkenal dengan sikapnya yang kebudak-budakan menganggu ceramah PAS dan PR dengan menjeri-jerit dan memaki hamun penceramah PAS bagaikan orang tidak siuman. Terbukti beliau merupakan seorang yang tidak professional dan tidak bertamadun.

Beliau juga bertindak bagaikan samseng kampung dusun cuba memukul Setiusaha PAS Kawasan Bukit Katil 2 minggu lalu.

Adalah dijangkakan malam esok Bashkaran akan sekali lagi mengganggu ceramah PAS yang akan diadakan di Bukit Pulau.

Nama lain Baskharan ialah Ramli Mohd Ali.