Suami mati selepas ditolak isteri dari tingkat 17

JOSHUA HILBERLING jatuh dari tingkap ini
TULSA, Oklahoma: Seorang wanita yang sarat mengandung dan baru berkahwin di Amerika Syarikat (AS) membunuh suaminya dengan menolaknya keluar dari tingkap tingkat ke-17 bangunan menara Universiti Club di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mangsa, Joshua Hilberling, 23, ialah seorang anggota tentera udara AS.

Lelaki tersebut dipercayai sedang mengemas barang-barangnya sebelum memberitahu isterinya, Amber Hilberling bahawa dia mahu meninggalkannya selepas kurang setahun mereka berkahwin.

Berang mendengar pengakuan suaminya, Amber, 19, menerpa ke arah lelaki itu dan menolaknya keluar dari menara Unievrsiti Club itu yang menempatkan kediaman mereka di sini pada Selasa lepas.

Mangsa meninggal dunia selepas terjatuh di atas sebuah garaj pada ketinggian 115 meter.

Amber ditangkap tidak lama kemudian dan dia dilaporkan mengaku kepada beberapa saksi di tempat kejadian bahawa dia menolak suaminya keluar dari tingkap bangunan itu.

Polis pada asalnya menahan Amber kerana disyaki membunuh tanpa niat tetapi dakwaan itu diubah kepada membunuh dengan niat selepas siasatan lanjut dilakukan.

Wanita tersebut yang sedang mengandung tujuh bulan dibebaskan dengan bon jaminan berjumlah AS$250,000 (RM755,375) sementara menunggu perbicaraan. -Agensi-

Adegan Filem Kongsi Yang Menghina Islam

 papabran
Dewasa ini, banyak filem-filem telah di hasilkan di tanah air kita yang agama rasminya Islam. Namun, amat sedih  apabila Islam dijadikan bahan jenaka untuk melakukan filem mereka yang tidak perihatin terhadap Islam dan mereka yang memusuhi Islam. Selepas iklan raya TV3 tahun lepas yang mendapat bantahan besar-besaran daripada rakyat, pihak per fileman masih tidak putus asa untuk menghina Islam dalam pelbagai cara.

Bertambah sedih lagi apabila pihak FINAS sendiri tidak rasa apa-apa apabila adegan yang seperti menghina islam di bawah ini disiarkan. Mereka tidak menegur atau menapis adegan tersebut seperti merestui pula proses penghinaan Islam ini diteruskan. Begitu juga pelakon-pelakon yang seperti melayu Islam di dalam filem ini yang sanggup berlakon filem arahan David Teoh ini.
Bagi saya, jika filem melawak jenakakan bangsa Melayu pun kita tidak boleh terima,apatah lagi jika ia melawak jenakakan Islam agama yang kita cintai.
Adegan Pertama:
Sekumpulan gangster menaiki sebuah kereta. Tiba-tiba ada Roadblock dihadapan. Mereka kalut mengenakan tali pinggang keledar.
 
Tiba-tiba mereka berpakaian seperti ulama (pewaris nabi). Mengapa mereta tidak berpakaian seperti paderi kristian atau sami Buddha atau Hindu.
Yang menyedihkan lagi, apabila ditahan dan diperiksa bonet kereta. Terdapat senjata, seolah-olah Islam ini pengganas.
Adegan Kedua:
Adegaan dimana beberapa orang seperti Melayu Islam (maaf saya tidak kenal pelakon tersebut, sbb saya bukan peminat hiburan) yang berlutut di hadapan patung Buddha. Kalau benar mereka beragama Buddha saya tidak kisah. Kalau Islam, harap pihak mufti dapat berikan fatwa bekaitan ini.
 
Adegan ketiga:
Ketua gangster bagi bangsa melayu adalah orang yang berketayap. Selalunya orang berketayap adalah orang yang alim, yang selalu maraikan rumah-rumah Allah. Mengapa mereka diperwatakkan sebagai ketua gangster?.
Marilah sama-sama kita merenung semula bagaimana musuh-musuh Islam menyusun strategi untuk menjatuhkan Islam. Sedangkan kita lena dan masih menyokong industri hiburan tanah air yang jijik ini.

Yang telah merosakkan akhlak Melayu.

Video Seks Mat Sabu pula di sekitar Ampang

TinBuruk  

Saya cukup gemberi apabila Timbalan Presiden PAS baru, Mohamad Sabu enggan mengulas berkenaan penyebaran video seks yang dikaitan dengan beliau dikatakan diedar di sekitar Ampang menggunakan letterhead berlogakan PAS.

Bodoh! kalau nak guna letterhead PAS, buat semasa Muktamar baru nampak real sedikit boleh pula tuduh geng Ustaz Nasha yang buat. Bolehlah pecah belahkan PAS. 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa tak masuk syurga sekiranya membuat tuduhan kepada seseorag termasuk membuat tuduhan melalui video seks sehingga Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru. Jika kita biasa dengan kuliah atau kenyataan TG Nik Abdul Aziz kita boleh faham maksud 'dalam'nya.

Ramai juga tidak memahami kenyataan Tuan Guru Abdu Hadi Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menolak penggunaan video sebagai saksi (bukan bahan bukti) dalam kes zina dan liwat. Menurut Datuk Seri Abdul Hadi, video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Sepatutnya sebelum kita mengulas kenyataan Presiden PAS ini, kita harus mendalami kenyataan-kenyataan sebelumnya bagi mendapat gambaran sebenar apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS ini.

Nak mendalami kenapa video tak boleh jadi saksi sebagai maksud Presiden PAS, lihat video di atas. Video ini sendiri tak boleh nak memberitahu kita dia diedit atau tidak. Apa reaksi gambaran orang yang sedang bercakap, sinis ke, seriuskan, main-main ke...

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena kepada orang zalim sahaja sebaliknya akan terkena kepada sesiapa sahaja.

Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda pernah berkata, tindakan Datuk T mendedahkan video seks tersebut tanpa mengemukakan bukti yang kukuh dan tidak menepati syarat-syarat yang sepatutnya dalam Islam lebih bersifat mengaibkan.

Manakala dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

Diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abi Bakrah: Abu Bakrah, Ziyad, Nafi’ dan Syabl bin Ma’bad berada di sebuah kamar tingkat dua dan Mughirah berada di kamar bawah yang berseberangan. 

Angin bertiup, pintu terbuka dan tirai terangkat. Dan mereka menyaksikan Mughirah berada di antara kedua paha seorang perempuan. Dan mereka berkata satu dengan yang lain: Kami telah diberi percobaan oleh Mughirah. Abdurrahman melanjutkan: Kemudian Abu Bakrah ra, Nafi’ ra dan Syabl ra memberi kesaksian, tetapi Nafi’ tidak mengungkapkan dengan pasti bahwa Mughirah telah menzinai perempuan itu. Dan Umar mencambuk mereka bertiga kecuali Ziyad. Tetapi Abu Bakrah ra tidak puas. Ia berkata: ‘Bukankah kamu telah mencambukku? Umar menjawab: ‘Benar’. Abu Bakrah melanjutkan: ‘Dan aku bersaksi dengan nama Allah, bahwa Mughirah telah melakukannya’. Umar mau mencambuknya sekali lagi. Namun Ali berkata: ‘Bila penyaksian Abu Bakrah dijadikan penyaksian dua orang, maka rajamlah juga sahabatmu’. 

Kesimpulannya walaupun dah ada 3 saksi melihat secara 'live' Saidina Omar masih lagi tidak menerima pengsaksian mereka kerana tak cukup syarat 4 orang.

Apa salahnya dalam hal ini kita ikut ajaran Islam, anutan kita? 

http://tin-buruk.blogspot.com/

Dapat ikan air tawar gergasi



DAVID KENT (kiri) bergambar bersama seekor ikan air tawar gergasi yang berjaya ditangkapnya di sebuah tasik di Krabi, Thailand baru-baru ini.
TENBY, Wales: Seorang penduduk Wales, David Kent menggunakan jagung manis sebagai umpan untuk menangkap seekor ikan air tawar gergasi dengan berat lebih lebih 118 kilogram (kg) di sebuah tasik di Krabi, Thailand, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kent, 54, yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Britain menghabiskan masa selama sejam untuk menaikkan ikan sepanjang dua meter itu.
Dua lelaki membantu dia memegang ikan tersebut yang 32kg lebih berat daripada rekod sebelum ini.
Dia menangkap ikan itu semasa bercuti di Krabi bersama dengan isterinya.
Kent berkata: "Ikan itu mungkin terlalu lapar kerana ia memakan secebis kecil jagung (yang dijadikan umpan)."
Ikan itu kemudian dilepaskan ke dalam tasik selepas gambar haiwan itu dirakamkan sebagai bukti penangkapan.
Kent dan isterinya kemudian memeriksa rekod tangkapan air tawar dan mendapati rekod terdahulu hanya seberat 86.18kg.
-Agensi-

Piala FA: Kelantan isytihar cuti umum esok

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 11 Jun: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.

Tahun lepas kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti umum ekoran kejayaan skuad Red Warriors menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir yang juga diadakan di Bukit Jalil. Pada perlawanan itu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan.

Malah pada tahun sebelumnya pemain Negeri Cik Siti Wan Kembang juga menerima insentif daripada kerajaan negeri dengan tajaan menunaikan ibadat umrah di Makkah selepas layak memasuki pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Abdul Fattah berkata, pelbagai insentif diberi kerajaan negeri sebagai sokongan bagi membangunkan sukan bola sepak di negeri ini.

Malah katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan cadangan membina stadium dan kompleks sukan yang lebih lengkap di Bukit Merbau, Pasir Puteh yang membabitkan kos lebih RM100 juta.

Oleh itu adalah diharapkan anak-anak Kelantan yang datang menyaksikan perlawanan malam ini di Stadium Bukit Jalil tidak perlu pulang dengan tergesa-gesa memandangkan esok sudah diisytiharkan sebagai cuti umum di Kelantan.

Difahamkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga akan datang memberi sokongan kepada pasukan Kelantan bersama-sama anggota Exco di Stadium Bukit Jalil sebagai suntikan semangat kepada pemain-pemain Red Warriors.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Menteri Besar Kelantan itu.

"InsyaAllah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan vs Terengganu.

"Besok DIISYTIHARKAN CUTI UMUM di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," umumnya.

Jaga akhlak dan tatatertib

Sementara itu, beliau juga mahu penyokong kedua-dua pasukan yang membanjiri stadium malam ini menjaga adab dan tatatertib masing-masing agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Ingatan sama turut diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu semangat kesukanan tidak dicemari dengan sebarang insiden pergaduhan.

"Malam ini sekali lagi Kelantan dan Terengganu akan bertemu didalam perlawanan akhir Piala FA, kepada pemain kedua pasukan, bermainlah dengan penuh semangat kesukanan.

"Kepada penyokong dan penonton jagalah akhlak dan saksiyyah anda walau dimana juga berada.

"Sementara yang menuju ke Stadium Bukit Jalil, berhati-hati dijalan raya," katanya yang juga bekas Menteri Besar Terengganu.

Polis Tahan Tiga Hari Dalam Lokap Sebab Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

 KUALA LUMPUR, 11 JUN: Seorang Pegawai Bank mendakwa Polis Melaka menangkap dan menahan beliau di dalam lokap selama tiga hari semata-mata kerana tidak  memakai tali pinggang keledar.

Pegawai Bank itu, Edmund Hiew, 26 mendakwa polis menangkap beliau atas alasan menghalang tugasan pihak polis ketika keluar bersama keluar bersama rakannya 29 Mei lalu.

Menurut Hiew, Polis menuduh beliau di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan sedangkan beliau tidak melakukan apa-apa untuk menghalang tugas Polis.

"Saya dituduh menghalang tugas penjawat awam dengan memarahi seorang Sarjan Polis dengan kata-kata 'lu apa kuasa mau ambik gua punya IC dan lesen', " kata Hiew dalam satu sidang media hari ini.

Hiew mendakwa pegawai Polis tersebut berang apabila beliau mengambil gambarnya dan terus menghubungi Kereta Peronda Polis untuk menangkap Hiew.

Peguam Hiew,  Lim Lip Eng mendakwa hal ini tidak patut kerana Hiew tidak melakukan apa-apa untuk menyebabkan beliau dituduh dan ditahan sebegini.


"Sehingga kini dia (Hiew) belum didakwa, dia dilepaskan tanpa syarat.

"Satu-satunya kesalahan dia buat ialah mendapat saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar," kata Lim yang turut bersama dalam sidang media berkenaan.

Lim juga kecewa apabila Hiew dinafikan hak beliau apabila tidak dibenarkan menghubungi keluarga dan peguam sepanjang tiga hari tahanannya di Ibu Pejabat Polis Trafik Melaka Tengah.

"Polis sepatutnya memberitahunya beliau berhak berjumpa dengan peguam seperti dalam Seksyen 28 A Kon Prosedur Jenayah," tegas Lim.

-tvsnews-

Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai


PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.
“Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita,” kata Anwar.
Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bersih 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini di sekitar ibu negara diadakan kerana tuntutan Bersih terdahulu yang antaranya mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).
Pada ceramah yang sama, Anwar sempat mengingatkan hadirin bahawa pilihan raya umum akan datang adalah masa yang terbaik untuk bekerja keras memastikan Umno dan Barisan Nasional ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana, kata Anwar, hanya sedikit sahaja usaha lagi diperlukan untuk memastikan Umno BN kalah dalam pilihan raya akan datang.
“Pilihan raya akan datang, kesempatan untuk kita yang cukup baik.
“Nak push sikit sahaja lagi. Negeri Sembilan, (kita memerlukan) empat atau lima kerusi (Parlimen sahaja lagi), jalan (Menteri Besar) Mohamad Hassan.
“Parlimen, kita nak dua atau tiga kerusi sahaja lagi.Insya Allah mereka jalan.
“Dulu kita kalah sebab Sarawak dan Sabah. Sekarang kalau ada pilihan raya, Sarawak sekurang-kurangnya ada 10 dalam tangan.
“Dua kerusi di Negeri Sembilan, dua di Selangor, satu di Kedah, satu di Perak, dua di Terengganu, tergulinglah Umno,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang mendengar ceramahnya.
Pada majlis yang sama, Anwar juga sempat menyempurnakan simbolik pemakaian baju T Bersih 2.0 kepada beberapa ahli KEADILAN Port Dickson sebagai tanda penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Bersih 2.0 : Jalan Terbaik Pastikan PRU Yang Adil, Telus-Mat Sabu

 SHAH ALAM, 11 JUN: Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu menjelaskan, tujuan utama PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai himpunan Bersih 2.0, hanyalah kerana mahu menuntut sebuah pilihan raya yang adil dan telus dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

" Yang kita hendak buat dalam Himpunan Bersih 2.0, di mana kita menyokong himpunan ini kerana kita hendakkan keamanan negara. Biarlah siapa menang pun, rakyat terima keputusan pilihan raya. Amat merbahaya dalam sesebuah negara apabila rakyat tidak terima keputusan pilihan raya,"katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Tv Selangor.

Menurut Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, pendaftaran warga asing di Selangor yang berleluasa kebelakangan ini begitu membimbangkan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini tampil membuat laporan polis berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi di kawasan Hulu Selangor.

Kegiatan ini yang dikenali sebagai 'projek IC', dahulunya begitu meruncing di Sabah dan Sarawak.

Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong mendedahkan, hasil penyelidikannya selama 15 tahun — yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget — menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.

Lantaran itu kata Mat Sabu, PAS mengambil pendirian tegas turun di jalanan bagi menuntut hak rakyat memilih wakil mereka terpelihara.
 
PAS pada Muktamar ke-57 meluluskan usul supaya seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007  tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 Diuja persoalan apakah PAS yang kini bergabung bersama Pakatan Rakyat yakin gagasan pembangkang itu mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya nanti, kata Mat Sabu, hanya ketelusan dalam proses pilihan raya yang mampu menentukan segalanya. 

"Sebenarnya pilihan raya lepas pun, Pakatan Rakyat sudah berjaya mengambil alih Putrajaya ini. Cuma BN selamat antaranya dengan undi pos, di lebih kurang 25 kerusi parlimen. Kemudian selamat dengan masyarakat Felda yang tertutup. Ini sahaja yang ada pada mereka.   

"(Walau bagaimanapun) saya tetap menaruh kebimbangan. Dalam dunia ketiga ini, yang boleh ambil pemerintahan melalui pilihan raya, berubahnya parti pemerintah, hanya India. Lain-lain hanya melalui jalan raya dahulu,"katanya.

Namun katanya, beliau optimis jika semuanya berjalan dengan baik, tiada unsur-unsur penipuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama, Pakatan akan berada di Putrajaya selepas PRU-13.

"Kalau pilihan raya berlaku dalam suasana yang adil dan saksama, tidak ada penipuan, pendaftaran secara menyelu
ruh, saya yakin, saya yakin kita boleh mengambil alih Putrajaya,"katanya lagi.  
-tvsnews-

Anwar : Dalang Video Seks Dapat "Perlindungan Khas"


SEPANG, 11 JUN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi melahirkan keyakinan bahawa dalang penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan dirinya mendapat "perlindungan khas" daripada pihak tertentu.

Hal ini katanya bertambah jelas apabila sehingga kini pihak berkuasa masih gagal untuk membuat sebarang tangkapan.

“Siapa tauke besar di Malaysia boleh edarkan VCD lucah ini? Sudah tentu dia tauke besar... siapa yang buat ini sudah tentu diberikan perlindungan dan jaminan.

“Apa jaminannya? Untuk jatuhkan Anwar Ibrahim, selepas kes liwat tidak berjaya sekarang video seks pula,” katanya pada pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini, malam tadi.

Selepas tayangan secara terbuka yang dilakukan oleh trio 'Datuk T' yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, penyebaran video seks yang mengandungi imej mirip ketua pembangkang itu tersebar melalui internet dan juga dalam bentuk VCD ke serata Selangor.

Sasarannya bukan hanya Ketua Kampung, malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga.

Difahamkan selain diedarkan dalam ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat, VCD lucah itu juga diposkan ke rumah pemimpin parti perikatan itu.

Terbaru Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menerima VCD lucah itu yang diposkan ke rumahnya di Ampang.

Dalam pada itu, Anwar pada ceramah sama turut mengingatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid untuk melakukan pelbagai perubahan di negeri ini tanpa mengenepikan kepentingan rakyat.

“Selangor mesti terus melakukan pembangunan, tarik lebih banyak pelabur tapi jangan lupa matlamat... iaitu pembangunan insan bukan buka gedung, buka kilang tapi pendapatan rendah, bukan naikkan harga minyak yang akhirnya rakyat merana dan ini bertentangan dengan prinsip Islam.

“Kita mesti melakukan ihsan, berikan keadilan dan jaga kebajikan rakyat, jadi kita perlu perbanyakkan program yang memberi matfaat kepada masyarakat,” katanya.

Malah tegas beliau, setiap janji yang dilafaz haruslah dikotakan.

“Jangan kita sambil melakukan pembangunan (pada masa sama) kita robohkan pula.

“Jadi pemimpin bukan hanya pandai bercakap tapi mesti menunjukkan keilkhlasan jiwa kepada rakyat,” katanya.
-tvsnews-

Mahathir tidak layak untuk dijadikan contoh

Fakhri Ali
KEPALA BATAS, 11 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.

Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.

Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.

"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.

"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini.

Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini.

Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut.

Ku Li syor s'jaya diraja siasat pembekal kuasa

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas, selepas mendapat persetujuan kerajaan apabila membuat semakan semula harga gas.

"Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat Gua Musang semalam.

Beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

“Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi," katanya.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata walaupun tidak semua pengguna menanggung beban kenaikan tarif elekrik itu, namun penduduk juga akan turut merasai bebanan terutama kenaikan harga barang.

Katanya ini kerana peniaga besar yang terbabit dengan kenaikan tarif baru elekrik sudah tentu akan menaikkan harga barangan pengeluaran mereka disebabkan kos yang meningkat termasuk juga pengangkutan.

“Kita harus berlaku adil dalam menyelesaikan masalah itu kerana saya melihat sekarang ini syarikat pembekal kuasa tenaga elektrik kepada TNB menopoli keuntungan berpuluh kali ganda disamping mendapat subsidi pula daripada Petronas,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan rakyat supaya jangan menuduh kerajaan yang sengaja menaikkan harga barang keperluan di pasaran termasuk gula, minyak masak dan bahan bakar kerana semuanya bergantung kepada harga naik turun di pasaran dunia.

“Kita tidak mempunyai banyak bahan mentah untuk minyak masak dan gula, begitu juga bahan bakar yang terpaksa diimport dari negara luar hingga berlaku kenaikan yang perlu ditanggung bersama,” katanya.
-Bernama-

Mat Sabu atau Shafie Nor yang nak tunjuk belang?

TinBuruk
"

Saya terbaca satu blog baru lahir. Hampir sama lahirnya blog ini. Penulis blog ialah Shafie Nor seorang wartawan veteran yang berkhidmat di era Tun Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pernah berkhidmat dengan The New Straits Times sekitar 1972-1982 dan sebelum bersara menjadi Ketua Editor Suara Merdeka terbitan UMNO Malaysia.

Juga penulis buku dan antara buku yang agak menonjol ialah Dosa-Dosa Tengku Razaleigh.

Dalam tulisan sulongnya Shafie Nor ada menulis.

NAMPAKNYA Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu mula tunjuk belang. Selang beberapa jam sahaja sah menang jawatan, dia ajak rakyat turut serta dalam perhimpunan gerakan bersih kedua yang dirancang pada 9 Julai depan.

Dia juga meminta ahli-ahli dan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beramai-ramai menghadiri perhimpunan yang diatur untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya

Saya rasa Shafie Nor tak tahu apa itu usul dan bagaimana proses usul dilaksankan sehingga boleh dibawa untuk dibentangkan dalam Muktamar.

Dah pencen tak payah nak tunjuk belanglah!! 
http://tin-buruk.blogspot.com/

Pekerja bengkel penggal kepala rakan

PENAMPANG: Seorang mekanik menetak leher rakan sekerjanya beberapa kali menggunakan parang sebelum memenggalnya sehingga putus dengan pisau pemotong daging hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi di sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Kandazon dekat sini. Polis tiba di tempat kejadian setelah menerima laporan kira-kira 10 pagi daripada penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata, suspek, yang dipercayai menghidap penyakit mental, tidak melawan ketika ditahan di tempat kejadian.

Polis turut menemui parang dan pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, katanya kepada pemberita. 
-Bernama-

Umno Hanya Tinggal Satu Senjata - Mat Sabu


SHAH ALAM, 10 JUN: Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk 'menghapuskan' seteru politik mereka, Umno-Barisan Nasional kini hanya memiliki satu sahaja lagi senjata iaitu isu perkauman.
 
Menurut Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, sejak sebelum mahupun selepas merdeka, Umno menggunakan pelbagai cara untuk menentang lawan mereka termasuk Burhanuddin Hilmi, Haji Abbas, Ahmad Bustamam dan ramai lagi dengan mengaitkan mereka dengan komunis.

Malah peristiwa bagaimana seorang ulama ditumbangkan oleh regim Umno dalam tragedi Kampung Memali tentunya masih berbekas di hati rakyat.

Walau bagaimanapun, meski sudah ramai musuh yang ditewaskan, termasuk yang ditahan di bawah akta zalim, Umno kian buntu mencari jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat apatah lagi dengan bersatunya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), DAP dan KEADILAN di bawah Pakatan Rakyat.

"Sekarang ini yang tinggal kepada mereka hanyalah perkauman sebab isu pembangunan tidak dapat lagi digunakan oleh Umno-Barisan Nasional. Isu ini mungkin masih lagi laku hanya di kawasan pedalaman seperti di pedalaman Sarawak, Sabah dan pedalaman di Semenanjung,"katanya.  

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu dalam satu temu bual eksklusif bersama Tv Selangor berkata, hari demi hari, kisah-kisah pembangunan yang dibawakan oleh Umno untuk terus mengikat sokongan pengundi, tidak lagi bernilai di mata rakyat.

Dengan kos sara hidup yang makin melambung, tangga gaji masih di takuk sama, Umno bertambah bingung apabila tentangan rakyat datang dari pelbagai sudut.

"Umno sebenarnya lebih gelabah terhadap sokongan bukan Melayu. Umno sebenarnya tidak kuat. Mereka menjadi kuat kerana orang Melayu menyokong mereka (sebahagiannya) dan disokong juga oleh orang bukan Melayu khasnya Cina dan India. Dominasi itu mula pecah secara jelas dalam pilihan raya umum 2008 dan melihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya sebelum itu.       

"Bila orang bukan Melayu dan bukan Islam beralih kasih, ertinya Umno akan jatuh. Sebab inilah yang mereka anggap mereka parti yang kuat, sebenarnya tidak, pergantungan mereka tetap kepada kaum Cina dan India,"tegas beliau.     

Justeru itu ujar Mat Sabu, yang tinggal buat Umno hanyalah isu perkauman untuk menakut-nakutkan masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.

Sasarannya adalah negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Misalnya bila Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang, Selangor. Isu awal yang timbul ialah tentang perarakan Maulud Nabi, kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulud Nabi.Khutbah,Lim Guan Eng ganti Yang di-Pertuan Agong, kemudian datang pula isu terbaru, beberapa orang paderi kononnya berbincang di Pulau Pinang untuk berbincang menjadikan Malaysia negara Kristian, tukar Perlembagaan,"ujar Mat Sabu.      

"Bagi Umno dan akhbar-akhbar mereka,mereka tahu apa yang mereka siarkan itu betul atau tidak. Bagi mereka itu tidak penting. Yang penting bagi mereka ialah orang kampung di pedalaman, mereka bukan tahu hendak tukar Perlembagaan bagaimana, perlukan berapa kerusi. Tetapi inilah keagamaan dan perkauman yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk kelangsungan hidup mereka yang terkahir,"tambahnya lagi. 
-tvsnews-

Tahniah Atas Ketegasan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu

Suhaizan Bin Kayat
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah atas ketegasan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini. Kerajaan yang dipimpin oleh PAS khususnya Kelantan dan Kedah perlu lebih kehadapan dalam merangka dan melaksanakan agenda pembangunan rohani dan jasmani.

Rakyat yang memilih PAS bukan semuanya memilih kerana mereka menyokong PAS tetapi sebahagian besarnya mereka hanya memberi peluang sahaja kepada PAS.

Mereka sebenarnya mahu mengukur keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat. Jika PAS dan Pakatan Rakyat tidak membuktikan lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional maka dikuatiri rakyat akan berpatah balik dalam pilihanraya akan datang.

PAS khususnya harus menyedari kekalahan di Terengganu pada tahun 2004 yang menyebabkan petugas PAS sukar bangkit daripada kekalahan tersebut dalam tempoh yang lama. Salah satu punca utama adalah ‘over confident' terhadap kekuatan PAS di Terengganu. Lalu rakyat menghukum dalam pilihanraya 2004. Kini dengan segala kekuasaan yang ada pada UMNO dan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan lekanya petugas khususnya pemuda PAS di kawasan-kawasan, saya sangat kuatir peritiwa kekalahan PAS di Terengganu akan berulang.

PAS juga belum memperlihatkan dengan jelas kepada rakyat agenda yang boleh menarik sokongan orang Melayu. Sedangkan PAS bertanding dikebanyakkan kerusi orang-orang Melayu.Pilihanraya pula sudah terlalu hampir. Bagaimana PAS mahu menganti UMNO sedangkan tiada agenda khusus untuk menarik sokongan masyarakat Melayu.

Pemuda PAS juga dirasakan terlepas pandang dalam meletakkan dirinya sebagai ‘pressure group' kepada parti. Selepas kemenangan tahun 2008 Pemuda PAS dilihat terlalu berhati-hati dengan langkahnya sehingga tugas pemuda menegur kepimpinan PAS jarang kedengaran. Oleh itu masa masih ada lagi untuk berubah. Pemuda PAS harus berani, kreatif dan inovatif terhadap amanah yang diberi. Pimpinan PAS di semua peringkat harus melipatkali gandakan usaha untuk bekerja di lapangan masing-masing bagi mempastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat kemenangan dalam pilihanraya ke-13.

Suhaizan Bin Kayat

Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor

Tidak Boleh Pujuk PAS ,Pujuk Ustaz Nasha Keluar PAS Pula !

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyOBCKpmQfT77-h8vZeISwCsmZvauRuS595z6slvY-cSI_xpJz4QfHmIpF-G4xEBRsCMLZiEt63Lir3F4-rBrujSHrTS8PF1VeSuxwIt4gx2oUvvlSvDX1snM19RsKz1AyJnYDcUnIfHyy/s1600/ustaznsha.jpgWFAUZDIN NSUTUSAN Malaysia di dalam keadaan menuju ke saat kehancurannya. masih tidak serik untuk memperbodohkan rakyat demi untuk mempertahankan kuasa `bos' mereka di Putrajaya. Akhbar yang banyak mempromosikan cerita lucah sejak kebelakangan ini akan terus melakukan apa yang telah dilakukannya selagi Pakatan Rakyat tidak dapat dimusnahkan.

Sewaktu pemilihan kepimpinan di dalam PKR sebelum ini, akhbar ini juga melaga-lagakan tokoh-tokoh tertentu dan Zaid Ibrahim menjadi `idola' utusan. Kerana apa? Sebabnya Zaid ditentang oleh Azmin Ali, seorang tokoh yang amat digeruni oleh Umno kerana kelantangannya. Maka, akhbar pencacai ini memuji melangit Zaid Ibrahim tidak seperti masa Zaid bertanding di Hulu Selangor dahulu di mana akhbar ini memainkan isu `Zaid kaki judi dan pemabuk'.

Bagaimanapun, akhbar ini gagal mempengaruhi ahli-ahli PKR kerana ahli-ahli PKR bukannya sebodoh ahli-ahli parti sekutu Apco itu. Azmin Ali menang dan Zaid Ibrahim berundur sebelum berjuang seperti Almarhum Ghafar Baba dahulu. Begitu kecewanya mereka kerana Azmin diberi kepercayaan oleh majoriti ahli-ahli PKR untuk menjadi Timbalan Presiden PKR.

Bila tiba masanya PAS mengadakan Muktamar dan pemilihan kepimpinannya, akhbar yang sama juga mula membuat sibuk. Menjadi teramat `alim' seketika Utusan apabila mencanangkan betapa golongan Ulamak mesti menerajui PAS dan `musuh' mereka adalah Mat Sabu. Mengapa Mat Sabu? Sama juga seperti mereka takut kepada Azmin di dalam PKR, Mat Sabu adalah tokoh yang lantang menyerang Umno. Ini lah caranya akhbar ini mendidik masyarakat dan ini lah stail akhbar ini memupuk perpaduan yang kununnya inginkan Umno dan PAS bersatu.

Sekali lagi akhbar ini dukacita kerana tidak boleh memperdaya perwakilan PAS yang memilih pemimpin mereka. Mat Sabu akhirnya terpilih juga. Perwakilan PAS bukan menolak golongan Ulamak kerana mereka faham PAS sentiasa dikawal gerak gerinya oleh Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak mereka yang mempunyai kuasa eksekutif di dalam PAS. Hanya Utusan dan Umno sahaja yang jahil tentang organisasi PAS dan dasar parti tersebut.

Mereka masih tidak berpuas hati, usaha dijalankan terus untuk menjaga `bos' mereka di Putrajaya dengan cara menghancurkan PAS. Kali ini akhbar tersebut `merayu dan memujuk' agar calon yang tewas iaitu bekas penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin untuk keluar dari PAS dan menyertai parti sekular berkenaan.

Menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian. “Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno."

Jelas dan nyata Umno amat tertekan dan terdesak dengan perkembangan yang berlaku di dalam PAS. Harapan mereka untuk `memperdaya' PAS untuk kali kedua nampaknya semakin mustahil berlaku. PAS tetap menolak kerjasama politik dengan Umno kerana Umno bukan jenis rakan yang boleh dibuat kawan. Di dalam keadaan mereka kununnya ingin bersatu, mereka tidak henti-henti siang dan malam menyerang PAS dengan menggunakan media berlidah syaitan.
/wfauzdin.blogspot.com

Laporan Isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

http://thestar.com.my/archives/2008/8/25/north/KUIN2.jpgMuhammad Sanusi Md NorSetiausaha Politik YAB Menteri Besar Kedah

Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berj
aya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera. Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah:

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan- kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan melayu- lanskap politik Kedah.

Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo selepas jumaat pd hari tersebut.

Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar.

​Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN

Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor:

1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.

2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.

3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.

4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.

5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.

6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.

7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.

8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka..kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Terima kasih atas semua pihak yang membantu mencerahkan isu ini khususnya mantan Presiden MPMKUIN yang membantu menyediakan laporan ini.