Pekerja KFC menyapu ayam di tapak kasut sebelum dimasak

Milo Suam
SEBUAH video panas dihantar oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Video ini merakamkan aksi kurang ajar salah seorang staff restoran makanan segera Kentuky Fried Chicken, KFC yang tidak disiarkan lokasinya.

Rakaman video ini menunjukkan bagaimana staff tersebut menyapu ayam mentah yang sudah dilumur dengan tepung ke tapak kasut sebelum dipercayai akan dimasak atau melalui proses seterusnya untuk dijual kepada para pelanggan.

Diharap pihak pengurusan KFC Holding mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kualiti Ayam Goreng KFC yang mahal harganya terus terjamin, Halal, Sedap dan Bersih.

ReJaM© "Patut kena pasang CCTV, barulah pekerja kurang ajar ni takut nak buat jahat"

MB Kedah tak kejam aihh Puteri UMNO woi...

Che Nad
Kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana rakyat negeri Kedah yang ditangkap di atas kesalahan merusuh di perhimpunan itu kelak," kata Menteri Besar Dato' Seri Azizan Abd Razak.
Bersih 2.0 adalah himpunan aman, berjalan sambil bersantai. Tiada siapa di kalangan penganjur yang mahu peserta himpunan pi MERUSUH.

Jadi kalau MB Kedah tidak akan bertanggungjawab kepada rakyat Kedah yang pi merusuh, ia sangat patut kerana mereka langgar arahan supaya hadir himpunan secara aman.

Bagaimana pula kalau mereka tidak merusuh tapi ditangkap juga? Pihak penganjur dah beri jaminan akan menyediakan peguam dan membantu, nak kalut apa. Kalau ahli PAS kena tahan maka PAS (atas nama parti) akan membantu.

Jadi kalau Ostad kata "Kerajaan negeri tidak akan bertanggung jawab kepada..." betul la tu, sebab urusan politik biar parti yang selesaikan bukan urusan kerajaan. BN dulu yang tak reti beza antara parti dan kerajaan.. itu pasallah depa sapu habih duit GLC untuk biayai program parti.

"JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN"

Pengerusi SPR dan Timbalan Pengerusi letak jawatan 24jam

neraca
Apabila pengerusi SPR mengatakan "kalau SPR tak betul maka pembakang tak menang"

Wahai pengerusi dan timbalannya hendaklah bertaubat dengan ALLAH itu pun kalaulah kamu percaya yang ALLAH itu Tuhanmu dan meminta maaf kepada semua pengundi rakyat Malaysia, Itupun kalau mereka maafkan kecuali kamu berdua letak jawatan 

Kenapa kamu kena bertaubat????

1.Kamu berdua tau tak asal kejadian kamu!!! apabila air mani ayah berada dalam rahim ibu selama 40 hari kemudian selepas 40 menjadi ia segumpal darah dan selepas 40 hari maka jadilah ia seketul daging yakni selama 120 hari maka malaikat akan ambil seketul daging dan membawa dihadapan Allah,disitulah samaada Allah nak bagi roh ataupun tidak sekiranya ditiupkan oleh Allah maka dituliskan 4 perkara;

1. rezeki
2. kematian
3. amal
4. untung nasib

dan seandainya Allah tak tiupkan roh maka malaikat hantar balik ke rahim ibu maka disitulah berlaku keguguran.

dan seandainya Allah bagi roh maka bernyalah di dalam perut ibu.

kemudian cukup 9 bulan maka keluarkan dari perut ibu dan apabila keluar maka menengislah kali pertama kerana semasa di dalam rahim di lindungi oleh tembuni maka syaitan tak dapat menyesatkan dan apabila keluar ke dunia maka syaitan akan mendekatinya maka menangislah ia kerana itu di sunatkan azan bagi lelaki dan qomat bagi perempuan di telinganya.

MAKA, seandainya kamu berdua dan faham akan asal usul kejadian mu maka letakkanlah jawatan dalam masa 24 jam. Dan carilah pekerjaan yang akan mmemberi ketenangan di dunia yang sementara ini,ketenangan di alam kubur dan ketenangan di akhirat nanti di hari pembalasan yakni di hadapan ALLAH Taala yang mencipta .

Gaji yang kamu dapat sekarang ini itupun datang dari Allah Taala bukannya dari mana-mana pihak yang mengakuinya.

Jagalah ALLAH Taala, nescaya Allah akan berada di hadapan mu'

Ketahuilah kamu . tidak mengingati Allah Taala dan mempercayai Hari Akhirat merupakan salah satu dosa besar.

Akhirnya, saya doakan agar kamu; hati-hati kamu tidak berada dalam kegelapan dan apabila tidak gelap maka kamu akan bertaubat dan meletakkan jawatan secepat mungkin.

Betina tak tutup aurat memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah"

Mohd Sabri Said
TASEK GELUGOR, 2 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Buktikan di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008," kata Lim Guan Eng.

Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini.

Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam.
Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas)

Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.

Bagi Lim Guan Eng, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan rakyat mendapat manafaat hasil penjimatan, anti rasuah dan tidak menggunakan pengeluaran untuk kroni.

"Beri contoh di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat pernah lakukan, Adakah bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), golongan miskin, bantuan kepada anak yang nak ke Univesiti RM500 dan sebaganya merupakan kezaliman. Susahlah jadi macam Umno, Gerakan, MCA atau MIC mereka asyik kutuk tapi tak tahu menilai, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penghargaan RM1,000 kepada 380 waris warga emas yang meninggal dunia peringkat Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

Menurutnya, kenapa Umno dan NGO yang terlibat tidak pernah memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas membantu semua kaum tanpa memilih bulu seperti yang BN laksanakan semasa memerintah dulunya.

Sebenarnya Umno dan BN dengki melihat perkembangan terbaru di mana rakyat telah mula sedar apa yang kerajaan korbankan demi rakyat umpamanya menambah peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) ke tahap yang lebih tinggi.

Begitu juga peruntukan kepada agama lain, kata beliau.

Mereka selalu gunakan alasan Kerajaan Negeri menganiaya peniaga Melayu tetapi sebenarnya bukan.

Kejadian sebenar ialah kerajaan cuba selamatkan mereka daripada mendapat sakit dirempuh kenderaan apabila berniaga di kaki jalan, kotor dan mengganggu jalanraya.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai maklumat siapa yang inaya siapa, kata beliau.

Peniaga Melayu yang terlibat dengan pengrobohan gerai hanya sekitar 15 peratus sahaja itu pun diberikan lokasi ganti yang cantik manakala peniaga bukan Melayu ramai iaitu 85 peratus.

"Kita roboh ada alasan bukan menginaya peniaga sendiri lagipun bukan melayu sahaja diroboh tetapi cina dan India turut terlibat, " tegasnya.

Apa Lagi?.. Polis, FRU, JPJ, MPM Untuk Halang MAT SABU

Lutfi
Sepatutnya malam semalam berlangsung program CERAMAH PERDANA BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN PAS - pada 1 JULAI 2011 di Markaz Pas Parit Pechah, Muar.

Ini bukan kali pertama PAS membuat program ceramah sebegini di premis mereka. Telah puluhan kali program seperti ini dibuat di dalam Markaz mereka.

Tetapi yang pastinya semalam mencatat sejarah tersendiri apabila hampir seluruh jentera kerajaan yang 'mengikut arahan' telah turun beramai-ramai untuk menggagalkan program ceramah bersama Timbalan Presiden Pas - MAT SABU.

Sejak dari seawal jam 4.00 petang, JPJ dan Polis telah mengadakan sekatan jalan raya di Muar-Batu Pahat dari kedua-dua arah menuju ke Parit Pechah. Dalam masa yang sama tiga hingga empat trak FRU sudah berkampung di hadapan Balai Polis Parit Jawa.

Markaz PAS Parit Pechah, Muar.


Ketibaan trak FRU dan Polis dari Bukit Mor menuju ke Balai Polis Parit Jawa.
Antara trak dan jip FRU yang sedang menuju ke Balai Polis Parit Jawa.
Semua lori dan trak FRU berkumpul berhampiran Balai Polis Parit Jawa.
3 hingga 4 trak FRU dipercayai bersedia untuk menggempur Markaz PAS Parit Pechah malam itu.
Keadaan di Markaz PAS juga sudah mula meriah dengan kehadiran anggota Polis yang ramai. Percaya atau tidak, Balai Polis bergerak sudah ditempat di situ lebih awal lagi. Kereta peronda Polis dan motosikal Polis sentiasa meronda di sekitar Markaz PAS. Dalam masa yang sama JPJ dan Polis membuat sekatan jalan raya dari kedua-dua arah jalan menuju ke MArkaz PAS.

Tidak cukup setakat itu, jentera kerajaan yang lain iaitu MPM (Majlis Perbandaran Muar) telah menghantar sekumpulan penguatkuasa untuk menghalang peniaga-peniaga kecil untuk berniaga di sekitar Markaz. Inilah kali pertama situasi seperti ini, di mana MPM turut terlibat dalam usaha untuk menggagalkan program PAS. Peniaga-peniaga kecil ini diugut untuk tidak berniaga atau barangan mereka akan dirampas. Begitu terdesak sekali 'pemberi arahan' ini sehingga penguatkuasa MPM turut dijadikan alat kali ini.
Balai Polis bergerak bersama sejumlah kereta peronda Polis sudah bersiap sedia sejak seawal jam 5.00 petang.
Van MPM (Majlis Perbandaran Muar) yang membawa beberapa penguatkuasa untuk mengugut peniaga kecil supaya tidak berniaga di sekeliling Markaz PAS.
Selepas solat Maghrib, bilangan Polis mula bertambah. Dan kira-kira jam 8.00 malam Polis sudah menutup pintu masuk Markaz PAS. 10 anggota FRU mula ditempatkan dihadapan pintu Markaz untuk menghalang pengunjung yang ingin menghadiri program ini daripada memasuki premis PAS yang sah. Ini memaksa ramai pengunjung hanya dapat berkumpul diluar Markaz. Termasuklah beberapa pemimpin PAS turut tidak dapat memasuki Markaz sepeti Dr Mohamad Taslim, ADUN Maharani.

Provokasi-provakasi Polis juga sering dibuat terutama disasarkan kepada Unit Amal yang bertugas bagi menimbulkan suasana yang tidak selesa. Kata-kata seperti "Unit Amal menjadi orang yang pertama kami tangkap", "Ambil gambar mereka, senang kita nak cam", "Rakam gambar mereka, biar senang bila kita serbu", sering diulang-ulang oleh beberapa anggota Polis.

Dipercayai jika ada sambutan terhadap provokasi ini tangkapan akan dibuat. Syabas kepada Unit Amal dan pengunjung kerana sentiasa bersedia dan tidak termakan dengan pelbagai provokasi dari pihak Polis.
Anggota Polis dan FRU membuat benteng di hadapan Markaz PAS bagi menghalang orang ramai daripada memasuki ke dalam premis sah PAS.
Dr Mohamad Taslim ketika dihalang seorang pegawai Polis daripada memasuki Markaz PAS.
Walaupun Dr Mohamad Taslim berkata beliau hanya ingin memasuki ke dalam Markaz, namun seperti jawapan biasa polis "Kami mengikut arahan".
Akhirnya Dr Mohamad Taslim dibawa keluar daripada mendekati pintu masuk Markaz PAS oleh seorang anggota Polis.
Dalam masa yang sama, Penyelaras PKR Muar, Sdr Hizwan Ahmad yang sedang dalam perjalanan ke Markaz PAS telah ditahan semasa sekatan jalan raya. Beliau turut diberi kata dua oleh anggota Polis sama ada ingin meneruskan perjalanan ke Markaz PAS dan akan ditahan dan dibawa ke balai, atau berpatah balik. Kerana tidak mahu menimbulkan provokasi Sdr Hizwan telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke Markaz PAS walaupun sepatutnya beliau adalah salah seorang panel pada malam itu.


Ketika program PAS berjalan di dalam Markaz, pengunjung yang dihalang daripada masuk ke dalam Markaz terus diprovok oleh pihak Polis dan FRU. Ini disusuli dengan ketibaan 5 trak FRU dihadapan Markaz PAS, sebuah bas PDRM yang dipercayai untuk menangkap tahanan, dan sebuah water canon FRU. Ini semua dilakukan untuk menakutkan pengunjung supaya bersurai dan jika mereka gagal bersurai, tangkapan dan semburan air kimia akan dibuat.
Ketibaan bas PDRM untuk mengangkut tahanan.
Anggota Polis dan FRU yang berkawal pada malam itu dianggarkan menghampiri 100 orang. Mereka telah berkawal di kedua-dua belah jalan bagi menghalang kehadiran pengunjung.
Bagaimanapun sehingga hampir 12.00 tengah malam. Program PAS itu hanya diteruskan tanpa kehadiran Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu. Keadaan yang sentiasa tegang dan Polis yang seakan menantikan kehadiran Hj Mohamad Sabu untuk ditahan, menyebabkan PAS mengambil keputusan untuk 'tidak membawa' beliau untuk hadir pada malam itu. Walaupun sebenarnya Hj Mohamad Sabu sudah berada di Pt Jawa sejak petang lagi.

Begitulah rakusnya pemerintah sehingga sanggup mengerahkan semua pihak keselamatan dan badan kerajaan yang lain untuk memenuhi 'arahan' mereka. Adakah ini erti demokrasi bagi mereka?. Setelah semua saluran media, akhbar dan radio mereka kawal, satu-satunya saluran pembangkang menggunakan pentas ceramah di dalam premis mereka sendiri pun telah dihalang sebegini rupa.

Menariknya, ada rungutan daripada beberapa anggota Polis yang bertugas malam itu. Mereka sendiri mengakui mereka 'tidak rela' datang untuk menghalang program ini, tetapi kerana sudah menerima arahan mereka tidak berdaya untuk membantah. Ada seorang anggota Polis yang berkata sepatutnya shif tugas mereka sudah tamat pada waktu siang. Tetapi kerana 'menerima arahan' mereka terpaksa sambung tugas sehingga ke tengah malam tanpa dapat pulang bersama keluarga dan sambung semula bertugas pada shif siang keesokan harinya.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang berjaya mendesak anggota keselamatan untuk bertugas 'mengikut arahan' sebegini rupa sehingga menimbulkan rasa 'jelek' dan 'meluat' mereka dengan 'arahan' yang diterima. Syabas!.

http://pulakdah.blogspot.com/

Lawatilah Juga http://lutfimj2006.blogspot.com/

Habislah tanah kita di Singapura

Subky Latif
TENGAH malam hari akhir bulan Jun  berakhirnya hak tanah KTM di Tanjung Paghttp://www.streetdirectory.com/stock_images/travel/simg_show/11048348070771/1/tanjong_pagar_railway_station_ktm_singapore_trains_at_keppel_road/ar, dan mulai saat pertama bulan Julai hak atas tanah kepunyaan kerajaan Malaysia dari Woodlands hingga ke Tanjung Pagar terserah secara langsung kepada Singapura.
Keretapi Tanah Melayu tidak lagi membelah Singapura hingga ke Tanjung Pagar, sebaliknya berakhir perjalannya di Woodlands saja.

Hak Malaysia atas tanah itu habis. Apa yang Malaysia akan dapat ialah tanah itu menjadi modal bagi membangunkan tanah itu bersama pihak Singapura.

Ertinya bagi menggantikan hasil yang diperolehi oleh KTM daripada perkhidmatannya di republik itu, Malaysia akan berkongsi keuntungan hasil yang dibangunkan bersama antara Malaysia dan Singapura.

Apa pun habislah hak Malaysia atas tanah yang terakhir itu.

Sekali pun Sultan Hussein Shah menjual pulau Singapura kepada Sir Stanford Raffles tahun 1819, Johor hilang hak atas keseluruhan pulau itu tetapi antara tanahnya masih milik Johor atau Malaysia.

Keseluruhan wilayah Singapura itu menjadi milik kedaulatan Malaysia apabila Malaysia dibentuk pada 16 September, 1963.

Tahun 1965 Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra tidak pula menjual kembali Singapura kepada pentadbiran Lee Kuan Yew, tetapi menyerahkan kemerdekaan dan kedaulatan pulau itu kepada Republik Singapura.

Sekalipun Malaysia dan Singapura tidak menyelesaikan hak siapa atas Pulau Batu Putih, tetapi hak Malaysia atas tanah KTM sepanjang laluan keretapi itu hingga ke Tanjung Pagar terpelihara.

Mari Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak tanah itu dijual pula kepada Singapura. Singapula mengambil masa hampir 200 tahun untuk menghabiskan langsung hak milik tanah Malaysia di republik itu.

Walaupun British menjadi tuan punya Singapura sejak ia dijual oleh Sultan Hussein Shah dan British juga menjajah Tanah Melayu tetapi ia tidak mengambil hak milik atas semua tanah. Ada juga hak milik yang diperuntukkan kepada kedaulatan Tanah Melayu.

Mari Najib menjadi Perdana Menteri habis semuanya dijual dan pada masa Najiblah baru Singapura dapat semua hak milik atas bumi kedaulatannya.

Adalah dipercayai Singapura cuba mendapatkan tanah itu sejak mula ia merdeka. Tunku mempertahankannya dan demikian juga Tun Razak serta Tun Hussein Onn.

Lobi dan tekanan dipercayai dibuat ke atas Dr Mahathir Mohamad. Tidak pasti apakah Dr Mahathir tidak pernah memikirkannya? Tun Abdullah Ahmad Badawi dikatakan Perdana Menteri yang paling lemah. Hak atas pulau Batu Putih tidak dapat dipertahankan dan kuasa membina jambatan bengok tidak diteruskan kerana dikatakan pihak Singapura tidak setuju sepenuhnya atas projek itu.

Dr Mahathir memandangnya perdana menteri itu kalah kepada Singapura. Tetapi Tun Abdullah tidak sempat menjual tanah KTM itu. Sejarah membuktikan ia dijual Najib.

Rakyat Malaysia tidak banyak tahu apakah Singapura ada membayar apa-apa atas perpindahan hak milik tanah itu. Yang diketahui ialah Malaysia dan Singapura akan berkongsi membina persyarikatan membangunkan tanah itu.

Kalau modal Malaysia dalam perkongsian itu adalah daripada tanah itu, maka ini bererti perbelanjaan lainnya adalah ditanggung oleh Singapura.

Kalau perkongsian membangunkan perumahan tanah milik persendirian di negara kita dengan pemaju yang mengeluarkan semua modal, maka pembahagian rumahnya adalah dua setengah atau tiga untuk tuan tanah dan tujuh untuk pemaju.

Kalau perkongsian membangunkan tanah KTM itu dibuat mengikut perkongsian memajukan perumahan di Malaysia, maka hak tiga buah rumah itu yang Malaysia akan dapat. Di mana-mana pun pengeluar modallah yang mendapat panggu lebih.

Apa yang Malaysia akan dapat daripada perjanjian menamatkan hak milik atas tanah KTM itu?

Rakyat tidak banyak tahu atas beban yang ditanggung oleh KTM atas perkhidmatannya pada ketika penumpang banyak pilihan selain daripada kereta api. Cerita sebelum KTM diswastakan dulu, ia sentiasa menanggung rugi. Bahkan MAS sentiasa penuh pun pernah menanggung kerugian.

Kalau kereta api antara Taiping ke Port Weld (Kampung Sepetang) dan antara Ipoh ke Teluk Intan terpaksa ditutup kerana tidak ekonomik, maka apakah beban yang sama dihadapi hingga perkhidmatannya ke Tanjung Pagar terpaksa dihadkan setakat Woodlands saja?

Apa pun KTM ke Singapura itu lebih dilihat dari sudut imej dan sejarah yang sentimentalnya adalah jauh lebih tinggi daripada nilai keuntungan ekonomi.

Dalam kontek hubungan dua hala perkhidmatan rel itu dilihat sebagai rel persahabatan antara kedua negara. Ia menjadi jambatan diplomatik bagi menghubungkan persaudaraan antara penduduk dan kerajaan. Ada seninya yang tersendiri jika pihak pelancongan dapat memberi nilai tambah baik dalam perkhidmatannya.

Cara mana perkhidmatan yang tambah baik dapat dilakukan supaya lebih ramai orang sehingga dari Melaka dan Negeri Sembilan suka ke Singapura dan suka menggunakan perkidmatan kereta api? Dan cara mana pula orang Singapura yang sentiasa terkurung di persekitaran republik itu dapat melepaskan hawa terkongkongnya menggunakan kemudahan kereta api itu ke Semenanjung?

Jika dengan kemudahan perkhidmatan lajunya dapat menyingkat waktu perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura serta dengan kekerapannya, menggalakkan orang dari kedua negara memajukan muamalat masing-masing, bukan saja ia akan menjadi perkhidmatan itu ekonomi malah ia mengukuhkan persaudaraan kedua-dua negara.

Apa lagi kalau perkhidmatan rel itu dapat menambah laluan, meneroka destinasi baru merentas Pahang, Terengganu dan Kelantan, malam dalam kerjasama serantau Asean rel dapat mendekat hubungan dari Thailand, Vietnam dan lain dengan Singapura. Apabila udara demokrasi Myanmar lebih terbuka dan rakyatnya dapat menikmati pendapatan tinggi, rel yang sistematik akan jadi lebih berguna. Maka dengan itu stesen kereta api Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan lebib bermakna.

Kemajuan Singapura sememangnya menarik minat luar datang dan pergi. Jika Malaysia dapat bersabar, bertahandan menambah baik perkhidmatannya, ia amat berguna bukan saja bagi Malaysia, bahkan bagi orang luar datang ke Asean.

Dan kiranya tanah yang berharga itu hendak dibangunkan dengan yang lain daripada perkhidmatan kereta api, bagaimana kalau ia dibangunkan sendiri oleh pihak Malaysia? Jika dimajukan sendiri, keuntungannya tidak dikongsi denan orang lain.

Singapura tentunya tidak menghalang usaha membangun sendiri mengikut peraturan yang ada di Singapura, kerana ia banyak kepentingan dan kebergantungan dengan Malaysia. Pelabur Singapura amat berminat dengan semua pembangunan koridor di Malaysia, maka ia wajar berdiplomasi mengekal dan memberi kemudahan tanah KTM itu.

Mungkin Singapura merasa terganggu oleh tanah negara asing di wilayahnya tetapi ia juga ada tanah pangkalan air yang menyalurkan air ke negaranya. Tanah itu adalah kawasan larangan yang Malaysia tidak wajar ganggu. Kiranya ia ada kawasan kedaulatannya di Malaysia, maka mengapa tanah KTM itu tidak dijadi kawasan kedaulatan kita di Singapura.

Kerana Singapura mememerlu semua itu, maka ia wajar menyulitkan Malaysia memiliki sebidng tanah dan memberi kebebasan bagaimana ia hendak digunakan.

Mungkin era Lee Kuan Yew banyak memberi pengalaman pahit, tetapi Lee pun tua juga akhirnya. Singapura akan diwarisi oleh orang baru yang bersemangat baru, maka mengapa gopoh menjualkan harta sendiri?

Polis tahan Dr Jeya & 5 ahli PSM guna Ordinan Darurat


Masdar Wahid
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan pada 2 Julai lalu ditangkap semula mengikut Ordinans Darurat (EO).
PSM dalam kenyataan media menyatakan, turut sama ialah Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha Bahagian Sungai Siput, A Letchumanan serta pemimpin pemudanya, Sarat Babu.
Menurut tweet PSM sebelum ini, mereka dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Bendahari PSM, Sivarajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata, kumpulan itu dibebaskan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada 2 petang pada 2 Julai lalu.
Namun, kata Siva, polis Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai menangkap semula ke semua anggota parti itu.
Ordinans Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.
Enam individu itu ialah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas ke Pulau Pinang.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Pada 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga 2 Julai lalu.
Kebanyakan aktivis hak asasi manusia menganggap Ordinans Darurat lebih kejam daripada ISA.
Ini kerana ISA, tidak memerlukan perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama itu.
Lazimnya, sejak beberapa tahun lalu, EO digunakan polis bagi mengehadkan pergerakan mana-mana individu atau kumpulan yang disyaki sebagai samseng dan terbabit dengan aktiviti haram dan kongsi gelap.

Bersih 2.0: Polis selak baju sebelum tangkap

Nazri Abdullah
BATU GAJAH, 2 Julai: Tiga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap pihak polis ketika sedang minum di Pasar Awam Batu Gajah di sini pagi tadi.

Mereka adalah Timbalan Ketua Cabang Batu Gajah, Adnan Talib, Naib Ketua Anthony Vijaya dan Timbalan AMK, Tamiselvam.
Difahamkan mereka tidak pun memakai baju kuning Bersih 2.0 ketika itu dan baru sahaja tiba di sebuah kedai minum di sini sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.

Tiba-tiba salah seorang anggota polis itu bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning bertulis Bersih 2.0 yang dipakai di bahagian dalam terus ditangkap.

Ekoran itu, dua rakannya yang lain turut menyarung baju serupa agar mereka juag ditangkap bersama.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Batu Gajah kira-kira jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.

Turut serta ke IPD bersama ketiga-tiga mereka adalah Adun Tronoh S.Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin.

Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.

"Mereka pakai T-shirt Bersih di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.

Beliau juga dimaklumkan ketiga-tiga yang ditangkap tersebut hadir ke pasar pagi tadi adalah untuk memastikan maklumat berkumpul yang diterima mereka melalui khidmat pesanan ringkas SMS betul atau 'perangkap'.

Ia kerana, tiada sebarang arahan pun dari kepimpinan parti untuk berkumpul di sini hari ini.

Sementara itu, Ng Mun Yin pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Polis juga ujarnya memberi jaminan kesemua yang ditahan akan dibebaskan hari ini.

Anak YB Iskandar, Exco Selangor Ditumbuk Dan Ditikam!

Fail:Iskandar.JPGSerangan Ke Atas Anak YB Iskandar A. Samad : Polis Digesa Menyiasat Dari Segala Sudut.

Saya amat berharap pihak Polis akan menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak saya di Pulau Pinang awal pagi Rabu.

Anak saya seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain.

Pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis.

Setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak saya dan terus menyerang dan menikam anak saya.

Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya.

Pada pendapat saya, kejadian ini bukan kes rompakan biasa kerana,

1) Mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya.

2) Mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

3) Mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang sedang menjalankan siasatan.

Saya amat menghargai akan kerjasama pihak Polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan.

Walau bagaimanapun saya berharap pihak Polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik.

Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara. Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka.

Tetapi walau apa sekalipun motif serangan tersebut, saya berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anak saya dari kecederaan yang lebih parah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak Polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan /
ADUN Chempaka
1 Julai 2011

Baju kuning kena, baju hitam pun ditangkap – Exco AMK


Masdar Wahid
Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Natassia Sarah Mohd Danny bersama enam lain ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Natassia berkata, hanya seorang dari mereka memakai t-shirt Bersih manakala tiga lagi hanya berpakaian kuning manakala bakinya termasuk beliau berpakaian hitam.
“Antara 60 hingga 70 anggota polis bersama empat van menyerbu restoran semasa kami sedang makan mee goreng sebelum membawa kami ke balai polis Karamunsing.
“Apabila kami soal atas sebab penahanan kami, polis cuma memberi alasan ‘kerajaan tidak suruh pakai baju kuning’ sedangkan baju yang saya pakai berwarna hitam,” katanya.
Enam rakannya itu masing-masing empat dari KEADILAN dan dua dari PAS termasuk seorang pemuda yang sebelum ini dihalau oleh seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memaikai t-shirt Bersih ketika bersolat.
Mengulas tangkapan itu, Natassia menyifatkan tangkapan itu bertujuan menakut-nakutkankan rakyat untuk menyertai himpunan aman Bersih 9 Julai ini.
“Tangkapan ini semakin menaikkan semangat saya untuk menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai ini dan saya menyeru rakyat agar turut sama dalam himpunan itu kelak.
“Jangan gentar kerana ini hak rakyat untuk berhimpun sebagaimana tuntutan Perlembagaan,” katanya.
Ketika ini, empat peguam diketuai Ansari Abdullah bersama Erviana Ansari Ali, Ryian Soo dan Christina Liew berada di balai polis Karamunsing untuk membantu.
Bersih, anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan didokong pelbagai aktivis rakyat serta Pakatan Rakyat bakal mengadakan himpunan amanpada 9 Julai ini di tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, Selain di Sabah dan Sarawak.

Kenapa perlu BERSIH 2.0?

Mohamad Sabu
Pemerintah yang mendapat mandat daripada rakyat akan merasa selesa untuk mehttp://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-0129-32d2-f63e/mat-sabu-calun-terbaik-jadi-timb-presiden-kuala-lumpur-malaysia+1152_13012108723-tpfil02aw-11161.jpgnjalankan pemerintahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Perjalanan yang baik dan pilihanraya yang bersih di antara punca keamanan di sesebuah negara.

5 tahun sekali, pemerintah memperbaharui mandat daripada rakyat untuk penerusan berkuasa atau rakyat memberi mandat kepada golongan lain untuk berkuasa. Itulah secara mudah kefahaman demokrasi dan amalannya dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat.

Untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil berlaku di Malaysia, maka pihak NGO telah cuba menimbulkan kesedaran kepada rakyat dengan seminar, kongres dan himpunan aman untuk meletakkan dalam fikiran rakyat dan kerajaan, supaya pilihanraya berjalan dalam keadaan bersih, adil dan aman.

Pada 10 November 2007, BERSIH yang dianggotai lebih 60 NGO dan disokong oleh parti-parti politik yang utama, PAS, DAP dan Keadilan bersetuju untuk mengadakan himpunan aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dijalankan di Malaysia. Biarlah rakyat berpuas hati di atas pilihan mereka, atau penolakan mereka berdasarkan jumlah bilangan yang betul dan mengikut tatacara yang betul untuk melahirkan pemerintah yang dipilih oleh rakyat berwibawa dan berintergriti.

Untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan dalam pilihanraya (bertarung di padang yang sama) maka BERSIH mencadangkan untuk membuat perubahan di atas empat perkara utama, iaitu: 1. Daftar automatik

2. Tanda dakwat kekal kepada yang telah mengundi

3. Penyusunan semula dan membuat reformasi terhadap undi pos

4. Akses media yang bebas dan adil

Daftar pemilih adalah kerja kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), parti-parti politik di antara tugas mereka menarik sokongan rakyat atau pengundi untuk menyokong dan mengundi parti-parti mereka. Bila daftar pemilih diizinkan, parti politk membantu SPR untuk meramaikan pemilih yang berdaftar, maka parti pemerintah boleh meng"eksploid" kan pegawai kerajaan dan SPR untuk memihak kepada mereka.

Daftar pemilih yang tidak bersih, samada orang yang telah meninggal dunia mengundi, rakyat bukan warganegara mangundi, mengundi berulang, orang mati mengundi, semuanya ini boleh menimbulkan keabsahan pemerintah yang memperolehi kuasa. Untuk mengelak seorang pengundi membuat ulangan undi di hari pilihanraya, maka penggunaan dakwat kekal di jari, atau di mana-mana tempat tubuh pengundi boleh mengelakkan buangan undi berulang terhadap satu individu.

Undi pos paling meragukan, pihak berkuasa berupaya men"zero"kan undi pos bagi pihak pembangkang jikalau parti pemerintah mahu. Pengundi yang membuang undi secara pos langsung tidak bebas kepada manipulasi dan penipuan.

Akses media yang bebas dan adil amat perlu supaya pengundi mendapat maklumat daripada berbagai pihak sebelum mereka membuat keputusan memilih atau mengangkat mana-mana calun atau parti.

Kebebasan media hampir tidak ada langsung diamalkan di Malaysia. Kebebesan hanyalah untuk menzahirkan cerita rogol, berkesedudukan, hantu mak limah balik kampung, cerita tahyul, seram diberi kebebesan sepenuhnya oleh pemerintah di Malaysia. Sebaliknya parti-parti politik yang tidak berkuasa hampir tidak ada langsung propaganda parti mereka melalui alat pandang dengar yang dimiliki oleh kerajaan atau media saham utama kerajaan.

Semua tuntutan BERSIH langsung tidak diendahkan oleh kerajaan yang memerintah dan parti-parti politik yang berkuasa. Bahkan hak dalam perlembagaan dilanggar oleh pemerintah dan parti pemerintah. Contohnya sebarang ceramah atau himpunan di kawasan felda akan dikepung, disekat, dilarang oleh pihak polis untuk para penduduk felda mendengar penerangan daripada parti-parti halal yang ingin bertanding dalam pilihanraya. Pemerintah UMNO menggunakan segala sumber kuasa pemerintah untuk melindungi parti mereka dan melindungi pemerintahan mereka.

Kejadian yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya di Algeria, Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Siria berlakunya pemberotakan rakyat berpunca daripada tidak ada keadilan dalam pilihanraya dan sistem demokrasi tidak berjalan. Puluhan ribu rakyat Algeria terkorban di pihak pembangkang dan pemerintah akibat dari pilihanraya yang tidak adil. Ratusan terkorban di Tunisia, di Mesir, di Yaman, di Bahrain dan di Siria akibat daripada rakyat tidak merasai keadilan dalam pilihanraya dan pemerintah yang berkuasa dianggap haram oleh sebahagian daripada rakyat.

Gadaffi boleh berbangga pemerintahannya lebih daripada 40 tahun, tetapi apa jadi sekarang? Ribuan nyawa rakyat melayang akibat dari tidak ada pilihanraya, tidak ada demokrasi dan tidak ada keadilan. Secara umumnya rakyat tidak berpuashati dengan keputusan pilihanraya boleh mencetuskan huru-hara.

Untuk mengelakkan kejadian seumpama di Timur Tengah, seperti di Algeria, Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Siria dan Bahrain tidak berlaku di Malaysia, huru-hara seperti itu tidak diimport ke Malaysia, maka pihak BERSIH melancarkan BERSIH 2.0 untuk perhatian kerajaan supaya menjalankan pilihanraya yang adil dan saksama demi untuk memelihara keamanan negara. Pihak yang mendapat mandat dari rakyat melalui pilihanraya yang bersih dan adil akan merasa kepuasan.

Pilihanraya yang berjalan secara tempang yang berlaku di Malaysia menyebabkan NGO BERSIH 2.0 dilancarkan pada 9 Julai 2011. Kenapa perlu BERSIH 2.0?