Motosikal paling panjang di dunia

COLIN FURZE menunggang sebuah motosikal yang mengandungi 25 tempat duduk di Grantham baru-baru ini.
GRANTHAM, Britain: Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.

Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.

Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.

Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.

Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. 
-Agensi-

Siapa Yang Mendedahkan Dokumen Kastam?

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Pembebasan PSM6: Tidak Mampu Pulihkan Imej Najib


SHAH ALAM, 30 JULAI: Ketua Parlimen Nasional DAP Lim Kit Siang mengingatkan Najib Razak bahawa kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kini terjejas teruk berikutan kegagalan pentadbiranya menangani beberapa isu berhubung Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) termasuk penahanan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.

Malah katanya, pembebasan keenam-enam mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar tidak akan mampu mengubah persepsi rakyat terhadap pentadbiran Najib ke arah yang lebih positif.

"Ia kegagalan terbesar kepimpinan (Najib) sebagai Perdana Menteri hingga menyebabkan kredibiliti beliau hancur. Ini menyebabkan kenyataan beliau mengenai pembebasan PSM 6 di bawah Ordinan Darurat berlaku menurut undang-undang diperlekeh orang ramai.

"Najib salah, apabila memikirkan dengan pembebasan PSM 6 semalam akan dapat memulihkan kredibilitinya," kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Najib menyatakan bahawa pembebasan keenam-enam ahli PSM mengikut undang-undang dan tindakan Polis itu mengikut 'pemerhatian mereka'.

Enam ahli PSM yang dibebaskan lewat petang semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.

Bagaimanapun, Kit Siang mencadangkan kepada Najib agar mengambil empat langkah untuk memulihkan imej beliau yang sudah tercalar.

Empat langkah itu ialah mengarahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar meminta maaf secara terbuka kepada enam ahli PSM terbabit, menarik baik EO dan semua undang-undang tahanan tanpa bicara dan zalim, mengangkat pengharaman Bersih 2.0, dan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja berkenaan Pilihan Raya bebas dan adil.

"Hanya bila Najib bersedia menyelesaikan empat perkara 'asas' ini dia boleh berhadap untuk memulihkan kredibilitinya yang tercalar dalam masa lima minggu ini kerana kegagalan menangani Himpunan Bersih 2.0 dan penahanan PSM 6 itu," kata Lim.
-tvsnews-

“Dulu projek milion, kini bilion”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjHBnSePuRLlK9JZjVdpc5E-aN7Cq6U0Lhvx5Vu5-bhFwuBS-heH4WN9G3CY5eHUT54MuFWHqYKE-meSwJeI61d8g-vmIWj17NyK4_vJp9E-wgxKUCyHMHBGy65E611bJngpLQujgG1mI/s1600/KADIR_SHEIKH_FADZIR3.jpgKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyelar sikap boros kerajaan yang kini membina projekprojek tertentu dengan kaedah runding terus walaupun projek berkenaan menelan belanja bilion ringgit.

Secara sinis beliau menyebut “dahulu sebut milion (juta) kini bilion-bilion (ratusan juta),” katanya semasa berucap di majlis penubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).


AMANAH ialah sebuah NGO yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah serta dianggotai oleh bekasbekas menteri kanan kerajaan BN.



Beliau juga menyebut beberapa projek pembangunan sekitar Lembang Kelang terutama di Sungai Buloh yang melibatkan pemberian tender secara rundingan terus bernilai RM37 bilion pada asalnya.

Namun, kemudiannya boleh menjadi sehingga RM50 bilion ataupun RM70 bilion suatu hari nanti apabila projek ini mahu dimulakan, katanya.

Isu ini sengaja diutarakan Kadir dalam menggambarkan kerajaan yang menerajui negara hari ini semakin tidak mementingkan kebajikan rakyat.

“Jika kita boleh jimatkan RM20 bilion, RM10 bilion secara buat tender terbuka, ini boleh menjimatkan dan boleh kita buat rumah percuma untuk rakyat yang susah,” katanya lagi.

Beliau kesal, mutakhir ini rasuah semakin membarah dalam negara, malah kerajaan yang memimpin gagal mengatasinya.

Meneruskan ucapannya, Kadir yang pernah berkhidmat dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa bimbangnya dengan kemerosotan ekonomi, sosial dan perpaduan yang berlaku di negara ini.

Beliau kesal, kerajaan yang menerajui negara hari ini gagal memikul amanah kemerdekaan yang dicetuskan Tunku Abdul Rahman Putra bagi memastikan negara terus berdaya saing.

Beliau juga bimbang, jika keadaan ini berterusan, negara semakin diambang kehancuran.

Kadir mahu rakyat melakukan perubahan segera bagi menyelamatkan negara daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan diri yang kini tidak lagi menghayati amanah kemerdekaan.

“Kadang-kadang kita begitu yakin, sombong, kita boleh buat salah di tengah terang,” katanya lagi. “Jadi kami disini kjami rasa ini kena berubah dan bawa balik ke pangkal jalan,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Kadir ada menyentuh isu perjalanan pilihan raya di negara ini yang tidak lagi dijalankan dengan aspirasi yang diterapkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Ujar beliau, ada pandangan menyatakan Berish 2.0 dan disokong oleh parti-parti politik yang mendapat sokongan 48 peratus menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih.

Malah Kadir melihat, adanya cadangan agara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai wakil parti pembangkang dan pilih sistem pilihan raya yang bersih dan telus, ini satu idea yang bagus.

“Kalau benar bersih dan telus (pilihan raya di Malaysia) jangan takut jika wakil pembangkang menyertai SPR.

SPR kena terima cabaran ini dan pinda perlembagaan, biarkan pilihan raya bersih.
-detikdaily-

Kit Siang mengalami buta selama lima hari

Bangkit daripada tidur dan mendapati dirinya menjadi buta adalah perkara yang langsung tidak dibayangkan oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Paling malang, ia berlaku ketika DAP mencatatkan kejayaan terbesarnya pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu dengan membolot 12 kerusi di DUN yang mempunyai 71 kerusi itu.
Malam sebelumnya, Lim selaku penasihat DAP baru sahaja meraikan kejayaan parti itu bersama rakan-rakannya di Kuching. Beliau kemudiannya pulang ke bilik hotelnya dan membaca berita di internet sehingga jam 2 pagi.

"Saya bangun pada jam 6 pagi dan mendapati mata kiri saya tidak lagi boleh melihat,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"... sudah tentu ini pengalaman yang cukup menakutkan. Secara tiba-tiba anda hilang keupayaan melihat sebelah mata, lebih-lebih lagi mata itu adalah mata yang baik, mata kanan saya adalah mata yang malas.”
dap sibu finale wong ho leng
Lim yang sering-kali terkenal mampu berdirikari dan tidak mengharapkan bantuan rakan-rakannya, mengakui ini adalah antara kejadian di mana beliau meminta pertolongan anaknya, Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP dan ketua menteri Pulau Pinang.

"Saya telefonnya. Dia sedang tidur tetapi beliau tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila saya menelefonnya. Dalam keadaan separuh sedar, beliau dengan segera berlari (ke bilik saya) dengan pakaian tidurnya,” kata Lim mengimbas kembali kejadian itu.

Jadi buta
Beliau dengan segera dikejarkan ke sebuah klinik pakar mata di Kuching dan diberitahu doktor bahawa Lim diserang “jangkitan yang aggresif” yang telah merebak ke mata kirinya akibat pembedahan membuang katarat pada mata kanannya, sebelum ini.

Menurut Lim, doktor juga memaklumkan kepadanya bahawa jangkitan itu perlu dirawat segera dan beliau diberi dua suntikan ke bola matanya bagi mengurangkan kesan bengkak dan dinasihatkan supaya membatalkan semua programnya.

NONE"Doktor kata jika tidak ada perkembangan, saya perlu menjalani pembedahan dan mereka tidak dapat melakukannya di sana. Jadi saya mengambil penerbangan ke Pulau Pinang pada hari yang sama,” kata Lim.
Kerana terlalu bimbang keadaan matanya tidak akan pulih, Lim akhirnya bersetuju menjalankan pembedahan 'vitrectomy', di mana sebahagian atau semua gel kekaca di bola matanya dikeluarkan.

Selepas dibius dan menjalani pembedahan dua jam, Lim berkata beliau bangkit dan mendapati beliau tidak dapat melihat melalui mata kirinya.

"Lima hari, kegelapan di mata saya yang baik ini. (Apabila berlaku pertama kali di Kuching) saya hanya terperanjat. Saya tidak terfikirkan perkara lain kecuali apa yang yang berlaku kepada saya (jika menjadi buta),” katanya.

Keadaan mata Lim kini beransur pulih sejak beberapa bulan lalu dengan daya pandangan jarak jauh mata kirinya kini lebih baik berbanding mata kanannya.

Beliau bagaimanapun terus mengunakan kacamata hitam - yang dikirimkan dari Amerika Syarikat oleh seorang “penyokong prihatin” - untuk beberapa bulan bagi mengelakkan silau cahaya memberikan tekanan kepada mata kirinya itu.

Lim juga masih tidak boleh membaca akhbar atau bahan bercetak, mahupun membuat SMS di telefon bimbitnya buat masa ini.
-malaysiakini-

Umno gagal tunjuk teladan Islam

Fakhri Ali
SUNGAI PETANI, 30 Julai: Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam.

Walaupun telah begitu lama mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri padang awam, Taman Bandar Baharu, Sungei Lalang, di sini malam tadi.

Menurut beliau lagi, Umno tidak menjadikan parti mereka sebagai sebuah parti contoh yang boleh diteladani dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.

"Umno juga gagal untuk meyakini rakan mereka seperti MCA, Gerakan, MIC, PBS dan komponen bukan Islam yang lain untuk memahami konsep Islam yang dibawa oleh mereka.

"Apabila PAS cuba menyatakan kebenaran dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi tuntutan syariat, Umno akan menentang walaupun mengetahui kebenaran yang ada, " ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan PAS dan PR di Kedah, usaha bagi mengekang maksiat dan kebatilan turut dibantah oleh Umno dan BN.

"Kenapa semasa PR perintah, hendak sekat umat Islam dari melakukan maksiat di tempat-tempat hiburan atau melalaikan, Umno yang didakwa memahami Islam, hendak menyekat usaha yang menjadi tuntutan ini.

"Sepatutnya Umno yang meluluskan enakmen hiburan tersebut pada tahun 1997 semasa memerintah dulu, menyokong untuk kebaikan umat Islam sendiri, bukannya menentang.

"Soal agama tidak harus dipolitikkan demi fahaman sempit yang menunjukkan kedangkalan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenarnya," tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah parti yang mampu untuk mengorak langkah membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, bukan saja kepada seluruh rakyat negara ini, malah mampu membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara.

Wanita MCA P.PINANG Buat UMNO Habis Modal ?

WFAUZDIN NS
MODAL Umno dan pencacai-pencacai mereka nampaknya musnah, hancur dan lebur apabila Pengerusi Wanita MCA P.Pinang mengeluarkan kenyataan menyelar DAP P.Pinang kerana meminggirkan kaum Cina dan melebihkan kaum Bumiputera, Melayu dan India Muslim di dalam pengagihan kontrak di negeri itu.

Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan dongengan bahawa DAP itu adalah parti yang ekstrim dan anti Melayu juga anti-Islam? Dongengan ini selalu dibawa oleh pemimpin Umno serta para pencacai mereka.

Di dalam face book juga, tiap kali kita berhujah dengan puak-puak pencacai Umno, modal mereka hanyalah DAP itu anti Melayu dan anti Islam. Sekarang, apa hujah mereka? MCA sendiri sedar betapa DAP tidak seperti yang puak Umno perkatakan itu.

Memetik kenyataan Pengerusi Wanita MCA P.Pinang, laporan menyebut:-

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim. 

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu. “Adakah permohonan mereka tidak lengkap?,” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. (Seterusnya boleh dibaca di sini).

Justeru itu, jelas sekali DAP khususnya di P.Pinang amat telus di dalam pembahagian tender/projek di negeri tersebut. Amat bertuah kaum Bumiputera di negeri pentadbiran Lim Guan Eng tersebut, dan kaum Cina juga diberi peluang untuk bersaing dengan kaum Bumiputera. Jelas sekali, jika ada seekor dua pemimpin Umno atau mamak songkok tinggi di P.Pinang yang cuba menuduh kerajaan negeri P.Pinang bersikap anti Melayu/Islam, puak itu adalah terdiri dari puak yang kecewa kerana selama ini mereka mudah untuk mencari makan sewaktu era Gerakan mentadbir P.Pinang.

Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, golongan kecewa ini tidak mampu untuk bersaing kerana sudah biasa menggunakan `cable' politik untuk mendapatkan kontrak/tender dari kerajaan korup di bawah Gerakan dulu.


Apakah hujah Umno selepas ini? Pengerusi Wanita MCA P.Pinang nampaknya telah berjaya `mensabotaj' modal Umno. Tahniah, Lim Guan Eng. Tahniah Kerajaan Negeri P.Pinang.wfauzdin.blogspot.com 

Salahuddin, Mahfuz fail saman kerajaan

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu.

Tindakan saman tersebut akan dilakukan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Menurut Salahuddin, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai.

"Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu.

"Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, KDN dan kerajaan BN," katanya kepada Harakahdaily.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di Balai Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur jam 1.01 petang.

Dalam laporannya itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan, pada 9 Julai 2011 lalu lebih kurang pukul 11.50 pagi, beliau bersama Datuk Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berada di KL Sentral untuk menghadiri satu sidang akhbar di Hotel Hilton.

Apabila tiba di KL Sentral di sebelah hentian bas ke LCCT, mereka berjalan kaki menaiki tangga ke tingkat atas KL Sentral dan setibanya di pintu masuk KL Sentral, seorang anggota polis lelaki berbangga Melayu menahan mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz telah dibawa oleh anggota polis tersebut bertemu pegawai polis berbangsa India dan pegawai tersebut menyatakan saya dan Datuk Mahfuz ditahan," katanya.

Seorang pegawai polis lelaki berbangsa Melayu, katanya, telah bertanya kepada beliau, adakah beliau tahu terdapat perintah melarang beliau memasuki Kuala Lumpur?

"Saya kemudiannya telah menghubungi peguam saya memaklumkan saya telah ditahan dan ditangkap. Walau bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan ke mana saya hendak dibawa. Saya bersama Datuk Mahfuz kemudiannya dibawa ke Lokap Polis Jinjang," ujarnya.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

"Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah 'mala fide', tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar Hak Asasi saya," katanya.

Sementara itu, peguam Zulhazmi ketika ditemui menjelaskan, tindakan saman daripada anak guamnya itu akan difailkan oleh beliau minggu depan atau awal Ogos ini.

Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas PDRM, KDN dan kerajaan BN berhubung penahanan pada 9 Julai lalu juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal dunia




Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

-Bernama-
*Takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka - kerengga

Ku Li ketuai Pakatan Rakyat?

Siasahdaily
Tengku Razaleigh Hamzah kini disebut-sebut sebagai sedang ditarik untuk memimpin gabungan pembangkang, dakwaan yang walaupun luar biasa, mempunyai merit tersendiri.

Melalui Angkatan Amanah Merdeka, veteran Umno yang mesra dengan panggilan Ku Li itu menempatkan diri dalam bahasa baharu politik yang lebih liberal, menyediakan ruang bergerak yang lebih selesa antara konservatif seperti Umno dan gabungan Pakatan Rakyat yang lebih liberal.

Tokoh yang dulu mengetuai parti Semangat 46 yang mendakwa lebih tegas memperjuangkan Melayu berbanding Umno, kini menerajui pula sebuah pertubuhan yang boleh disifatkan sebagai membawa "semangat merdeka" yang lebih inklusif.

Penubuhan Amanah dan bahasa yang dibawa memperlihatkan strategi politik yang cerdik oleh Ku Li, ketika apa yang disifatkan sebagai "politik baharu" menjadi sebutan popular, walaupun beliau dan beberapa individu yang menyertai Amanah merupakan orang lama dalam politik.
Nama-nama yang menyertai badan bukan kerajaan Amanah - yang merentasi garis etnik dan kecenderungan politik - memberi gambaran sifat dan hala tuju pertubuhan itu.

Masa Amanah dimunculkan, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak dapat mengelakkanya daripada dibaca sebagai satu usaha politik, sama ada secara kolektif mahupun peribadi bagi Ku Li.

Amanah kini menjadi kenderaan terbaharu Ku Li untuk menegaskan kedudukannya dan kepentingannya dalam politik nasional.

Kemunculan tokoh yang dilihat sebagai bercita-cita tinggi ini secara berprofil tinggi juga dikaitkan dengan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin berdepan cabaran getir, sehingga kehadirannya melalui dan melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin diragui.

Anwar yang semakin teruk berdepan pelbagai isu yang menjejaskan kredibiliti menjadikan Ku Li alternatif yang berpotensi untuk dipersetujui ramai dalam PR.

Ku Li sebelum ini pernah terlibat dalam rundingan untuk menguasai kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan pusat pada penghujung 2008. Usaha menarik beliau kali ini merupakan yang kedua dilakukan oleh sekumpulan dalam pakatan pembangkang.

Razaleigh ialah tokoh politik veteran yang disenangi sebahagian besar pembangkang, terutama PAS yang menerajui kerajaan Kelantan dan mendapat kerjasama belau dalam usaha menuntut royalti hasil petroleum.

Ahli Parlimen Gua Musang itu sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan PAS dan PR sehingga peranannya semasa pilihan raya kecil Galas tahun lalu berjaya dilalui tanpa mencetuskan banyak pertembungan dengan PAS.

Kedudukan Ku Li sebagai ahli politik veteran dan pendiriannya selama ini yang mengimbangi kedua-dua Umno dan pembangkang menjadikannya tokoh yang dilihat mampu mengetuai satu gabungan pembangkang.

Pada masa sama Datuk Zaid Ibrahim yang mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, juga menduduki posisi untuk memimpin satu gerakan liberal dalam pembangkang.

Tetapi Zaid terjejas ekoran pertembungannya dengan PKR dan pemimpin utamanya, Anwar, yang mampu menyukarkan kerjasama dengan parti berpusatkan bekas perdana menteri itu.

Zaid walau bagaimanapun mempunyai hubungan baik dengan Razaleigh dan turut hadir dalam majlis pelancaran Amanah, dan mempunyai ideologi yang hampir dengan pegangan Amanah.

Razaleigh walau bagaimanapun dijangka tidak akan diterima dengan mudah oleh pembangkang bukan Melayu dalam PR, sekiranya mengambil peranan kepimpinan gabungan pembangkang dan dikemukakan sebagai calon perdana menteri.

Potensi tindakan Ku Li menerima tawaran berisiko tetapi berpotensi itu mampu memberi impak besar kepada Umno yang sedang berdepan tekanan sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Sebarang kemungkinan walau bagaimanapun masih awal untuk dijangka. Untuk kepentingannya, Ku Li juga perlu berfikir panjang supaya tindakannya nanti berdasarkan perkiraan yang jelas dan pasti.

http://siasahdaily.blogspot.com 

"Itu Bukan Baharuddin" - Keluarga Sangkal Lelaki Dalam Rakaman Video Polis

Selatanonline
Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.

Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.
“Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.

“Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin,” kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.

Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.

“Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.

“Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam,” kata beliau.

Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.

“Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat.

“Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk,” ujarnya.

Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.

“Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya,” katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia. -KD

Saifuddin Abdullah Lawan Najib.

Addin
Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, rakyat perlu diberikan kefahaman tentang demokrasi, termasuk hak berhimpun sepertimana dilakukan Bersih, 9 Julai lalu.


Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam debat ‘Apa Selepas 9 Julai’ yang dianjurkan Karangkraf di Shah Alam, semalam. “Kepada mereka yang tidak faham makna demostrasi itu cuba buka Kamus Dewan dan fahami makna demonstrasi. Ia sememangnya adalah sebuah program, bukannya pertubuhan,” kata Saifuddin sambil mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir.

Program debat itu menampilkan tiga ahli panel iaitu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Kira-kira 600 menyaksikan debat berkenaan sehingga bilangan yang hadir melimpah keluar auditorium utama, bangunan kumpulan media itu. Menurut Saifuddin, Malaysia kini sedang menuju politik baru, justeru pihak yang mempertikaikan tujuan Bersih untuk menuntut reformasi pilihan raya, disifatkan sebagai golongan ketinggalan.

“Rakyat mahu terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Saya faham kenapa Pak Samad (Sasterawan Negara Datuk A Samad Said) terlibat dalam Bersih dan saya hormati Pak Samad,” katanya yang terkenal dengan kelantangan mengkritik dasar-dasar kerajaan yang ketinggalan. 

Menurut Saifuddin, beliau mengalu-alukan program debat seumpama itu pada masa akan datang yang memberi ruang kepada keterbukaan dan perdebatan bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu.

“Sekarang ialah era politik realiti. Media massa bukan hanya sebagai alat komunikasi tetapi sebagai gelangggang beroperasi dan untuk berkongsi. “Orang muda, pengundi baru, akademia, profesional, mereka yang berpendidikan tinggi dan masyarakat sivil mempunyai peranan.

“(Tarikh) 9 Julai adalah lingkaran kedua dari pusingan politik pertama. Kalau kita tak memandang ini, tak faham apa yang berlaku, memang teruklah,” kata Saifuddin.

Tabik spring buat Saifuddin Abdullah!!

BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi

Shuhardi Md Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi Md IsaShuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis. 

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.

funeral baharudin bersih protester"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

Kekeliruan

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.Shuhardi Md IsaBeliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.NONEBapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.
Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis-Bernama-

Peniaga gagal serah seluar dalam, coli pada Guan Eng

Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.
-Bernama-

Ulama Muda keluar Umno?

Ustaz Saiful Bahri
Antara Terkepit, Tersepit. Nabi dah pesan, orang mukmin jangan dipatut dua kali dalam satu lubang. Dah berbuih diberi pesanan agar ulama menjauhi Parti Sekular Umno, tetapi sebahagian ulama muda kononnya nak buat transpornmasi dalam Umno.

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno adalah usaha membaiki dari dalam Umno. Tapi apa yang Anwar dapat. Mata Lebam!. Ketika ulama menyertai Umno untuk menentang Malayan_Union tetapi apa yang ulama dapat? Loteri Kebajikan!

Ketika Ulama Muda dengan beberapa pimpinannya yang menghadapi tekanan akibat mengajar tanpa tauliah termasuk perbicaraan di Negeri Sembilan. Tersepit dengan tekanan undang-undang itu mereka akhirnya didesak agar masuk Umno. Dan selepas itu nampaknya isu tersebut sudah reda. Tetapi kini, nampaknya isu itu bergolak kembali. Mereka terkepit pula dengan isu keganasan dan teroris pula. Ahak!.. terlepas mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Sudah lama diingat bahwa Umno bukan tempat untuk berteduh! Apalah faedahnya menabur jasa kepada Umno.. kain terlepas, tangan terkena tahik.

Jalan yang terbaik buat Ulama muda Umno ialah keluar dari Umno beramai-ramai menyertai Pakatan Rakyat dan bersama-sama berani menumbangkan kerajaan zalim Umno-BN ini. Jangan dok ingat sangat kat ‘sampul’ tu. Selamat berjuang wahai Ulama Muda!!!

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

Selain Asri, seramai 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.

Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kanak-kanak perempuan mati digilis bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan.

Bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, berkata beliau memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang.

Beliau berkata sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, beliau keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya.

"Selepas memanaskan enjin kira-kira 15 minit, saya terus mengundurkan kereta namun tiba-tiba saya dengar jiran yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu yang anak saya ada di bawah kereta," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu.

Che Pauzi, yang bertugas sebagai pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata beliau terus melihat di bawah kenderaan dan terkejut apabila melihat anaknya tersepit di bawah tayar depan sebelah kiri kenderaan.

Bagaimanapun, katanya anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng mengesahkan menerima laporan kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-Bernama-