Oley ! Pecah Panggung


Nasrudin Hassan at Tantawi
1. Sejak semalam dan berlarutan sehingga pagi ini, telefon saya senantiasa panas dengan deringan masuk yang bertali arus. Tidak menang tangan saya dibuatnya. Saya terpaksa menggunakan ear phone untuk mengelakkan rasa sakit pada gegendang telinga, melayan panggilan masuk sejak semalam.


2. Segalanya bermula dengan Oley ! .... Segala puji bagi Allah Tuhan yang memberi hidayah dan taufiq buat hambaNya.

3. Tahniah ustaz ! dengan nada sebak dan seketika beliau berhenti lalu menangis di hujung talian mengakui kebenaran dan keinsafan beliau kerana salah sangka terhadap hukum Allah selama ini. Insaf setelah menonton filem pendek berjudul "Oley !" tujuh kali berulang tonton. Saya kesal ustaz ! saya fitnah hukum Allah selama ini ! .... saya hanya mampu bersyukur mendengar luahan dari insan yang saya tidak kenali di hujung talian telefon pagi tadi. 

4. Tanpa disedari, menitis jua air mata saya terharu dengan kesan filem yang kami hasilkan ... biarpun tidak seberapa tetapi berbekalkan keikhlasan dan kesungguhan rakan - rakan yang mahu membersihkan nama baik Islam dan syariatnya setelah diserang dari segenap arah. Semoga Allah menerima amalan yang sedikit ini sebagai amal soleh dan menjadikannya asbab hidayah kepada semua yang menontonnya.

5. Pada awalnya saya sendiri teragak - agak, bagaimana mahu menangani penghinaan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap hukum Allah swt. Pada kebiasaannya kami dari Dewan Pemuda PAS akan mengadakan demonstrasi membantah penghinaan terhadap hukum Allah swt. Tetapi saya mula mengukur dan melihat pendekatan demonstrasi untuk zaman cyber ini.... saya akui demonstrasi mempunyai impaknya yang tersendiri, cuma kalau terlalu kerap di adakan, nanti yang hadir hanya seribu dua, kemudian selepas demo dan meluahkan bantahan, semua pulang dan berakhir begitu sahaja. Hanya sekadar mampu menunjukkan perasaan marah dan benci terhadap perbuatan menghina hukum Allah, namun pihak berkuasa tetap degil  dan enggan bertindak, masyarakat pula masih terlalu ramai yang terperangkap dalam kejahilan yang mengepong mereka.

6. Begitu juga isu - isu nasional yang lain, mutaakhir ini, penganjuran demonstrasi tidak menarik jumlah yang diharapkan kecuali demonstrasi bertaraf high level seperti BERSIH, BERSIH 2.0, PPSMI, Mansuhkan ISA. Demonstrasi bantah kezaliman di keduataan Syria, Libya dan Mesir sebelum ini pun hanya dihadhiri sekitar ratusan para peserta tegar demonstrasi. Begitu juga himpunan aman membantah isu Mykad juga tidak mencapai angka yang diharapkan.

7. Saya cuba mencari alternatif lain terutama di zaman anak - anak muda "lepak" di dalam talian jalur lebar. Saya perlu anjur "demonstrasi" dalam jaringan dan talian ini justeru di sinilah berhimpunnya anak - anak muda. Patutlah mereka kurang hadir berhujan dan berembun di padang lapang untuk mendengar ceramah umum oleh pimpinan PAS. Kalau hadhir pun, hanyalah crowd biasa dan jumlah yang terhad. Kecualilah ceramah yang disampaikan oleh pemimpin high class  dan himpunan rasmi yang melibatkan kerahan wajib kepada ahli atau penceramah yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri seperti Al Fadhil ustaz Azhar Idrus yang mencetus fenomena kuliah agama mutaakhir ini.

8. Mungkin saya naif dalam hal ini. Sehingga ada pihak yang tidak suka pendekatan saya malah menganggap langkah saya tidak menganjurkan demonstrasi ini sebagai pengecut. Ketua Pemuda paling pengecut ! letak jawatan sahaja lah ! saya hanya tunduk diam sambil menahan dan mengawal emosi. Menidakkan saya dan menggelarkan  saya sebagai pengecut kerana semata - mata tidak menganjurkan demonstrasi adalah tidak benar.  

9, Usah dihitunglah berapa kali saya menyertai dan menganjurkan demonstrasi sebelum ini termasuklah keluar masuk lokap dan mahkamah. Isunya bukan saya takut .... tetapi isunya ialah pendekatan dan imej ! kerana  kekerapan demonstrasi ini jugalah ada pihak termasuk pengamal media menggelarkan pemuda PAS Taliban !Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada saya dan menetapkan tapak kaki ini di atas perjuangan suci untuk menegakkan syariat Allah swt.

10.  Ceramah adalah untuk sampaikan maklumat. Demonstrasi juga bermaksud untuk menghantar mesej kepada pihak tertentu dan juga umum sambil menunjuk perasaan dan sikap kita terhadap sesuatu isu. Maksudnya ceramah dan demonstrasi adalah sebahagian dari mekanisme untuk menyampaikan maklumat, memahamkan masyarakat serta menarik perhatian umum terhadap risalah atau mesej yang mahu kita sampaikan. Apa yang penting ialah masyarakat dapat maklumat, faham dan sedar.

11. Sambil meneruskan pendekatan yang sedia ada seperti ceramah dan demonstrasi, saya perlu  menambah dan menganjurkan pendekatan baru yang membawa objektif yang serupa iaitu membawa dan menyampaikan maklumat atau risalah perjuangan kita kepada masyarakat umum. Termasuklah menjawab isu dengan baik dan hikmah. 

12. Alhamdulillah, pendekatan terbaru ini mendapat tempat dihati anak - anak muda. Bermula dengan filem "Gua Ikut Enta" kini diikuti pula dengan fiem "Oley !" Semoga pendekatan ini turut memberi impak yang besar kepada perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Filem Oley telah mencecah hitnya melebih 15 ribu penonton dalam tempoh 24 jam. Bukan calang - calang demonstrasi boleh menghimpunkan 15 ribu orang untuk mendengar dan memahami mesej yang kita nak bawa.

13. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS akan mendokong apa jua bentuk pendekatan yang membawa kita mencapai objektif. Insyaallah, jika kerajaan UMNO dan BN gagal menunaikan tuntutan BERSIH 2.0 dan suara rakyat terus diketepikan, insyaallah sekali lagiDewan Pemuda PAS sedia untuk turun menyertai himpunan aman BERSIH 3.0

Rosmah kembali lagi: Kali ini dengan kek harijadi yang besar

Nawawi Mohamad, Stan Lee

Rosmah sudah kembali lagi. Setelah selesai mengerjakan haji dan agak sepi semasa perhimpunan agung UMNO, wanita pertama Malaysia, atau lebih dikenali dengan nama FLOM sudah siap sedia untuk menyerlah, dan kenapa tidak? 


Jika ramalan pemerhati politik tepat tentang suaminya yang bakal dijatuhkan, iaitu Najib Razak, dia akan langsung dipinggirkan dari golongan atasan. Mereka berdua akan dipulaukan seperti penyakit berjangkit dan Najib juga akan kehilangan jawatan sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti tahun 2012 yang akan datang.

Ini akan menjadi tamparan yang maha hebat buat Rosmah.


Kek bersaiz gergasi

Pada 10 Disember yang lalu, sahabat dan pencacainya telah 
mempersembahkan wanita berusia 60 tahun ini dengan sebuah kek harijadi yang amat besar, hampir sebesar sebuah meja. Tidak seperti saiz dan rupa pelik yang dipersembahkan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng, kek Rosmah yang berwarna putih dan pastel begitu cantik.

Kek itu sudah semestinya dipersembahkan pada pembukaan Ekspo PERMATA 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Melihat kepada gambar yang tersebar di alam maya, sememangnya Rosmah sendiri terpegun dengan saiz kek yang besar itu. Bukankah itu memang padan dengan orangnya?

Ramai yang berfikir, berapakah kos kek tersebut dan adakah pemberinya mengharapkan pulangan dari FLOM? Jika ia sebenarnya dibuat untuk meraikan kejayaan kumpulan kebajikan PERMATA kenapa tidak tertulis, “Selamat ulangtahun ibu PERMATA” diatasnya?

Bukankah Rosmah sepatutnya meraikan harijadi di dalam parti tertutup dan menggunakan duitnya sendiri untuk membuat persediaan itu? Walhal itu adalah harijadinya.

Apa pun, bermula dengan parti kecil yang ditaja ini Rosmah seakan-akan memberitahu semua bahawa setelah perhimpunan agung UMNO, dia sudah kembali dengan penuh gaya.

Menang atau kalah, keluarga Najib akan keluar dari Putrajaya, tiada majlis meriah meraikan mereka. Walaupun begitu, mereka akan tetap pergi dengan segala kemewahan yang telah diikaut sementara rakyatlah yang sengsara membayarnya.

Kisah cinta dan perkahwinan

Sebagai bekas pegawai bank, Rosmah sememangnya jauh lebih bijak dari 
rakan-rakan yang lain.

Dia telah berjaya menawan hati bakal perdana menteri dan ini telah membuktikan kelicikkannya.

Lahir dalam keluarga yang sederhana, dia berjaya memasuki Kolej Tunku Kursiah, seterusnya Universiti, mengahwini personaliti tv, mengadakan hubungan sulit dan seterusnya berkahwin dengan Najib.

Najib yang merupakan anak sulung perdana menteri kedua Abdul Razak Hussien telah pun mendirikan rumah tangga dan merupakan menteri pendidikan sewaktu mereka mula berkenalan. Namun, percintaan mereka lebih hebat dari ikatan perkahwinan masing-masing dan mereka kemudiannya meninggalkan pasangan mereka untuk bersama.

Bagi membuktikan bahawa dia layak untuk pengorbanan yang dibuat, Rosmah membiarkan dirinya dibelakang tabir, dan menjadi seorang isteri yang taat, penyayang dan memberikan sokongan penuh kepada suami. Dia telah berjaya melindungi sikap sebenarnya yang dikatakan pengkritik sebagai seorang yang bercita-cita besar dan boros.

Tidak sabar untuk menggantikan Jeanne Abdullah

Mungkin Rosmah merasakan bahawa dia telah lama bersabar dan tidak 
mampu menunggu lagi untuk menjadi isteri perdana menteri sehinggakan didalam perbualannya dengan rakan-rakan rapat, mengejek Tun Jeanne Abdullah sebagai tidak layak untuk anugerah tersebut.

Apabila sampai masa Najib mengambil alih kediaman rasmi perdana menteri, Rosmah telah menempah kelengakapan dalam rumah yang mewah dan baru berharga mencecah RM65 juta.

Tapi, pada malam 9 Disember 2006, dalam majlis makan malam rasmi yang meraikan penabalan YDA ke 12, dia telah menunjukkan belangnya apabila mengarahkan majlis ditamatkan pada pukul 10 malam.

Dengan satu arahan keras, Rosmah telah memendekkan majlis lebih awal 2 jam yang telah menyekat YD Agung untuk bermesra dengan tetamu yang datang dari dalam dan luar negara.

Cintakan Bollywood

Kerenah besar kepala yang ditunjukkan oleh Rosmah adalah kerana 
semata-mata mahu menghadiri majlis penuh glamor, iaitu Global India Film Awards [GIFA BOLLYWOOD] yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Disana, Rosmah dengan beraninya meninggalkan rombongan termasuk suaminya dan beberapa kenamaan yang juga dipaksa balik untuk menonton dirinya bermesra dengan artis Bollywood tanpa segan silu.

Pada ketika itu, belang sebenarnya nampak satu persatu. Skandalnya tidak mengenal batasan, dari penglibatannya dalam komisyen kapal selam Scorpene, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, keakrabannya dengan golongan antarabangsa yang kaya dan mewah, berbelanja dengan boros dan pembelian barangan peribadi dari beg tangan Birkin yang bernilai RM100 000 sehinggalah ke cincin berlian biru yang berharga RM73 juta.

Tabiat borosnya telah menjadikan rakyat miskin semakin geram dengan perempuan yang melantik dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia ini.


Wanita paling kerdil di dunia setinggi cuma 61.95 sentimeter (Video)

SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.
NAGPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.

Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.

Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. 
-Agensi-

‘Kamu boleh hina Anwar di Malaysia, tidak di dunia’

Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 17 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.

Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

“Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.

“Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima,” katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam.

Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan.

Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi.

“Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik.

“Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah,” katanya.

Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara.

“Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin?

“Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?” soalnya.

Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik.

“Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

“Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia,” katanya merujuk kepada Umno.

Kakitangan awam tunggu SBPA tetapi...

Syed Abdullah Jamalullail
Pada keseluruhannya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi citarasa semua warga penjawat awam seramai 1.4 juta.

Sudah tentu mereka ini akan menerimanya dengan ikhlas hati tetapi yang menjadi pertikaian dan rasa tidak puas hati diantara kalangan penjawat awam ialah kaeadah cara permarkahan yang dikenakan bagi setiap kakitangan yang sudah tentu dinilaikan olih Ketua Jabatan masing-masing.

Markah penilaian yang dimaksudkan adalah saperti berikut: Mungkin ianya kurang tepat sebelum keluarnya pekeliling dan surat tawaran itu.

a) 95% keatas mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 15% daripada gaji pokok

b) 85% hingga 95% mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 8%

c) 75% tiada kenaikan gaji

d) Dan dibawah daripada 70% disyorkan berhenti

Adalah sesuatu yang janggal apabila tidak bernasib baik jika sekiranya mendapat ketua Jabatan atau Ketua Unit yang cengeh (bengkeng) dan yang tidak ada timbang rasa kerana ianya selalu berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah penjawat awam bawahan.

Mana tidaknya ada diantara bos yang 'kedekut' untuk memberikan markah dan tidak kurang juga yang mempunyai sikap pilih kasih serta yang paling kakitangan awam risau sekali ialah adanya diskriminasi terhadap kakitangannya sendiri.

Diharap pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaji semula kaedah kenaikan gaji tahunan ini agar ianya lebih berlaku adil kepada semua penjawat awam.

Dicadangkan supaya jika sekiranya hendak dilaksanakan juga sistem kenaikan gaji mengikut SBPA ini pertama sekali hendaklah pastikan ketua Jabatan yang 'menahan' kenaikan gaji atau memberikan arahan memberhentikan kerja kakitangan bawahannya itu memberikan tunjuk sebab dan dibawa ke Jemaah Penilaian yang terdiri daripada pegawai-Pegawai JPA untuk dipertimbangkan seadil-adilnya dan bukan dari kalangan Penilai daripada Jabatan itu sendiri supaya lebih telus dan adil.

Sebagai contoh di jabatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa autonominya tersendiri di mana mudah bagi pengurusan menaikkan gaji dengan prestasi yang cemerlang di kalangan mereka sesama sendiri dimana difahamkan selalunya mempunyai kakitangan yang ada hubungkaitnya dengan talian persaudaraan masing-masing terutama sekali bila adanya saudara mara bos bekerja disitu.

Kepada siapa hala muncung senjatamu

Tuan Ibrahim Tuan Man
Peperangan bukan sahaja mengadu kekuatan pasukan berhadapan dengan musuh, tetapi apa yang lebih penting ialah musuh perlu dikalahkan dengan apa cara sekalipun.
Di zaman kuno, sebaik-baik peperangan ialah peperangan yang dimenangi tanpa menggunakan seorang askar pun – taktik minda, tulisan sebenarnya jauh lebih tajam daripada pedang mahupun keris.

Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh dan akhirnya membenamkan diri sendiri.

Strategi mengelirukan ini menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan mungcung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri.

“Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini” - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya.

Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan.


Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya ‘ego diri’) sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut.

Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya.

Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka.

Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh.

Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru.

Barisan pelapis ini akan tetap ada dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali.

Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu.

Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya ‘tinggi’ sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, “No one is indespensible.”

Bilamana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam. Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Disember 2011

Panas! Skandal Adun Negeri Perak Yang Memalukan – Bahagian 3

5Seex Arc

Kesan dari pendedahan yang dilakukan sebelum ini, YB Dato Hamdi dikatakan telah panas punggung hinggakan baru-baru ini beliau telah membuat kenyataan untuk tidak lagi bertanding pada Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti. Alasannya untuk memberi peluang kepada calon-calon lain untuk bertanding.

Namun dari maklumat yang telah kami terima, rupa-rupanya beliau hanyalah berlakon untuk meraih simpati, kononnya sekiranya rakyat merasakan beliau masih memerlukan khidmatnya, beliau sanggup untuk meneruskan menjadi wakil rakyat. Memang hebat lakonan beliau.

Rakyat dan pengundi dikawasan beliau telah menyiasat tentang kesahihan maklumat yang di dedahkan. Ada pula yang mendedahkan lebih banyak perangai buruk beliau yang berkaitan dengan ‘JUDI’. Ada saksi yang melihat Dato’ Hamdi sedang berjudi semasa orang tengah sibuk membuat persiapan semasa Pilihanraya Umum tahun 2008. Dato’ Hamdi juga sekarang ini sedang di siasat oleh Polis berkaitan kes penipuan balak berjumlah RM 1 juta dan juga sedang di siasat oleh SPRM. Memang Dato’ Hamdi ini seorang wakil rakyat yang sangat memalukan.

Di katakan sekarang ini dia sudah membuat pakatan dengan seorang bekas ketua pemuda bahagian dan berjanji membantu untuk mencadangkan bekas ketua pemuda itu menjadi calon. Di sekeliling Dato’ Hamdi ini terdapat beberapa karakter yang menarik :

Yang pertama: Dato’ Manaf (Ketua Bahagian UMNO Bruas) – beliau juga SANGAT berminat untuk menjadi calon wakil rakyat. Beliau telah banyak menggunakan duit peruntukan MAYANG untuk kepentingan peribadi dengan menyalurkan projek-projek kepada orang-orang kanan beliau. Di katakan janji-janji beliau untuk memberi sumbangan kepada cawangan dan penduduk, masih lagi belum ditunaikan. Malah janji beliau untuk membaiki rumah penduduk juga masih tidak kesampaian.

Yang Kedua: Azman Noh (Naib Ketua Bhagian Bruas) – beliau merupakan orang rapat dengan Dato’ Manaf. Ada beberapa projek MAYANG yang beliau telah terima.Beliau juga ada mendapat waran untuk projek pertanian namun projek pertanian kemana, duit peruntukan juga dah habis lesap.

Yang Ketiga: Dato’ Azhar Ahmad (Pegawai Khas MB Perak) – beliau orang yang sangat setia kepada Dato’ Hamdi, tetapi beliau memang telah di pergunakan cukup-cukup oleh Dato Hamdi.

Yang Keempat: Cikgu Azizi merupakan orang kuat Dato Hamdi dan Dato Manaf. Beliau adalah seorang guru tetapi yang menariknya beliau boleh berniaga khemah, mengubah wang haram dan macam-macam lagi. Masa kerja, beliau tiada di dalam kelas dan guru besar tak dapat nak ambil tindakan terhadapnya. Di hadapan rumahnya, banyak lori Petronas di letakkan di hadapan rumah beliau. Dia meniaga minyak kot…Harap-harap,

Pejabat Pelajaran Daerah dapat menyiasat perkara ini.

Inilah karakter-karakter menarik di sekeliling Dato Hamdi. Baguslah, semua berebut untuk menjadi calon. Harap-harap Pakatan Rakyat akan menggunakan semua maklumat ini. Yang pasti, rakyat sudah muak dengan puak-puak ini.

Sila klik di sini untuk pendedahan sebelum ini :

SBPA Meramaikan Kaki Ampu@Kaki Bodek!!

laniismaa
SBPA yang akan diperkenalkan 2012 menggantikan SSM bakal melahirkan lebih ramai kaki bodek dan kaki ampu walaupun Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menawarkan apa yang lebih menarik.
Ini kerana markah penilaian yang akan diberikan oleh seseorang ketua jabatan mewujudkan ke arah itu. Cara pemarkahan seperti berikut, markah 95% keatas mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 15% daripada gaji pokok. Manakala markah 85% hingga 95% mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 8% dan 75% tiada kenaikan gaji. Markah dibawah daripada 70% disyorkan berhenti.

Kaki bodek dan kaki ampu yang sememangnya wujud akan bertambah ramai. Kalau dalam bidang pendidikan dan kami yang terlibat secara langsung merasakan dan sakit hati dengan perkara sebegini. Kaki bodek dan kaki ampu boleh meninggalkan kelas bersembang dengan pengetua yang ‘kononnya’ ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan. Pelajar-pelajar di kelas ditinggalkan. Ada kaki bodek dan kaki ampu bertambah garang dan menjadi bising tiba-tiba apabila pengetua melintasi kelas yang mereka ajar. Wujud seribu satu macam cara bodek dan ampu yang digunakan. Ada yang berdegar-degar bercakap tentang ‘kerja’ yang dilakukan pihak lain seolah-olah dia yang melaksanakannya. Ini bukannya tuduhan tetapi berdasarkan pemerhatian.

Cara permarkahan pengetua yang tidak pernah berbincang dengan pegawai yang dinilai juga satu masalah. Pegawai yang dinilai tidak pernah mengetahui markah yang mereka perolehi. Ini kerana pengetua mengarahkan borang pemarkahan ditandatangan terlebih dahulu sebelum markah diberi. Markah secara ‘tunjuk’ juga diamalkan pengetua. Pengetua mengarahkan pegawai penilai pertama[penolong kanan] bahawa si polan bin si polan mendapat markah sebanyak ini dan sebanyak itu. Memberi kekangan dan batasan kepada pegawai penilai pertama. Bayangkan bagaimana markah pegawai yang dinilai tidak disukai pengetua.

Nampaknya cara permarkahan seperti di atas agak ‘karut’ disamping pelbagai cara-cara karut yang terdapat sebelum ini. Pihak berkaitan kena lebih prihatin. EkELEH!!

Gay Melayu tak ramai cuma dalam 30,000 orang je?

IPOH: “Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.

Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.
“Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.

“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurutnya, komuniti homoseksual Melayu ini meningkat pantas dan bergerak persis aktiviti tentera gerila yang sukar dihidu.
-hmetro-

PAS Selangor yakin Hasan Ali kekal ahli


PETALING JAYA: PAS Selangor yakin exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali akan terus kekal bersama PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Rani Osman juga menafikan Hasan digugurkan sebagai calon untuk pilihan umum akan datang.

Sambil menyifatkan laporan berhubung pengguguran itu hanya ‘mainan media’, Abdul Rani menegaskan perkara tersebut masih belum muktamad.

“Melalui laporan Saari Sungib (Ketua Penerangan PAS Selangor) beliau juga menyatakan laporan itu bukan muktamad. Senarai itu rahsia malah saya sendiri belum melihat laporan ini. Timbul kekeliruan kerana kita ingat pilihan raya akan diadakan pada bulan November…maka wujud hal-hal seperti ini.

“Kita tidak mengugurkan nama sesiapa. Malah sekarang kita masih buka ruang untuk PAS negeri menghantar nama calon. Segala keputusan terakhir akan dibuat oleh PAS Pusat.

“Saya diasak pelbagai pertanyaan mengenai Hasan Ali ini, tapi saya yakin beliau akan kekal di dalam PAS,” katanya ketika dihubungi FMT.

Abdul Rani turut menepis dakwaan segelintir pihak kononnya wujud gerakan dalam PAS bersama DAP untuk mengekang Hasan dalam parti Islam itu.

Saari enggan ulas

Beliau mencabar pihak terbabit untuk tampil memberikan bukti berhubung dakwaan tersebut.

“Ada yang kata konon dalam PAS ada orang bekerja untuk DAP untuk sekat Hasan daripada terus aktif dalam parti itu. Sila tampil ke depan siapa orang berkenaan yang dimaksudkan? Cakap siapa?,” desak beliau.

Sementara itu, Saari ketika dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Dengan nada kesal beliau berkata “saya tidak mahu panjangkan cerita. Saya enggan ulas apa-apa setakat ini.

Semalam Bernama melaporkan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penguguran Hasan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang adalah tidak benar.

Menurut Tuan Ibrahim, sebarang kenyataan sebelum ini terhadap Hasan adalah pandangan peribadi pihak tertentu.

Minggu lepas 89 mati hospital terbakar, kali ni 143 mati minum samsu

KOLKATA, India: Seramai 143 orang mati di timur India selepas meminum samsu yang dipercayai dicampurkan dengan bahan kimia beracun dan metanol, kata seorang pegawai semalam.

Beberapa hospital di daerah 24-Parganas, 30 kilometer ke barat bandar Kolkata dipenuhi pesakit yang meminum samsu haram itu.

Kebanyakan mereka yang menjadi mangsa samsu itu terdiri daripada buruh dan pengayuh beca yang tidak mampu membeli arak yang berjenama.

Samsu diminum secara meluas di India kerana harga minuman itu yang murah.

Seorang penduduk di lokasi terbabit memberitahu agensi berita AFP bahawa 0.5 liter samsu dijual pada harga cuma 6 rupee (RM0.35).

Majistret daerah 24-Parganas, Narayan Swarup Nigam melalui wawancara telefon berkata, ramai lagi mangsa kini kritikal akibat meminum minuman keras haram itu.

Katanya, metanol iaitu sejenis alkohol yang digunakan sebagai bahan antibeku atau bahan api industri, ditemui di dalam organ 20 mayat mangsa yang dibedah siasat oleh beberapa doktor sekali gus mengukuhkan dakwaan bahan kimia itu menjadi punca kematian mereka.

Metanol boleh menyebabkan hilang penglihatan, kerosakan hati dan akhirnya kematian.

“Metanol ditemui dalam organ sekurang-kurangnya 20 orang mangsa. Ia mungkin bukan satu-satunya punca kematian mereka. Kami masih menyiasat,” kata seorang pegawai sebuah hospital tempatan, Chiranjib Murmu.

Setakat ini, empat orang telah ditangkap berhubung kematian tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee mengumumkan bahawa satu siasatan akan dijalankan manakala keluarga setiap mangsa akan diberikan pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM11,831).

“Saya mahu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membuat dan menjual arak haram (samsu),” kata Mamata dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen semalam. 
-Agensi-

Misteri: Wajah menyerupai manusia dari kepulan asap yang dirakam

Terkejut rakam wajah misteri
LANGGAR: Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.
-sinarharian-

Isu Hasan Ali: Sila rujuk PAS Selangor - Nik Aziz

Rizal Tahir
KOTA BHARU, 15 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya merujuk pucuk pimpinan di peringkat negeri masing-masing berhubung sebarang isu yang berkait ahli di negeri tersebut.
Katanya, adalah sangat tidak wajar jika anggota parti hanya mempercayai maklumat dari laporan media perdana semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada pimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu.

Menjadikan media perdana sebagai rujukan kata sama sekali tidak patut memandangkan ianya hanya dikuasai oleh Umno dan BN semata-mata.

“Jadi amat silap sekiranya kita menjadikan media berkenaan sebagai tempat untuk mengetahui perkembangan PAS dan ahlinya,” ujarnya pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung kedudukan anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu temual dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini menyifatkan Hasan sebagai 'terperangkap' dengan egenda Umno untuk memecah belahkan parti.

Ianya termasuk kenyataan Hasan yang secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno

Mengulas lanjut Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.

“Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas.

"Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor,” ujarnya.

Katanya, apa yang digegerkan dalam media berhubung anggota exco itu, belum tentu betul, mungkin ianya hanya khabar angin.

Terdahulu beliau merasmikan pra pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12), di sebuah hotel di sini.

Bongkar! Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat Jalil

Milo Suam
BARANGKALI ramai yang tak tahu bahawa Menteri yang terpalit dengan skandal RM250 juta lembu NFC (sebut National Family Corruption), Shahrizat Jalil memiliki sebuah Chalet mewah di Janda Baik [Twitter Shahrizat].
Rupa-rupanya Cempakasari yang tersergam indah bagikan istana di Janda Baik ini dimiliki oleh keluarga tokey lembu NFC (National Family Corruption).

Bungalow dan Chalet mewah terletak di Janda Baik ini terbongkar apabila beliau sendiri yang membongkarkannya di Twitter [Twitter].
ReJaM© bersama beberapa orang rakan aktivis berjaya mengambil gambar Chalet tersebut. Difahamkan, Cempakasari yang bernilai jutaan ringgit ini dilengkapi perabot jati diimport khas dari Bali.
Buat masa ini kita dedahkan dulu pintu pagar Cempakasari. Kita cabar Shahrizat nafikan bahawa Cempakasari ini dimiliki oleh beliau dan keluarga. Jika beliau berani nafikan kita akan bagi lagi bukti-bukti seterusnya. Pendedahan lanjut menyusul.
ReJaM© "Lembu Kak Ijat duduk dalam Chalet juga ke? Kah kah kah..."

Upah penari bogel di majlis kahwin anak

BEIJING: Polis China memberkas seorang lelaki yang mengupah dua orang penari bogel untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan anaknya, setelah penduduk kampung menyerbu tempat persembahan itu, menurut laporan akhbar, semalam.

Zhang Cheng, dari Xuzhou di timur wilayah Jiangsu pada mulanya mahu mengupah sebuah kugiran membuat persembahan di majlis perkahwinan itu, tetapi telah dinasihati dia boleh mendapat ‘persembahan istimewa’ sekiranya mengupah dua orang ‘penghibur’ itu.

“Setelah menyaksikan persembahan itu, Zhang membuat keputusan ia sesuai untuk majlis perkahwinan anak lelakinya dan mengupah dua orang penari bogel itu,” kata laporan akhbar Global Times.

Tidak sampai lima minit, beratus-ratus penduduk kampung yang konservatif telah menyerbu untuk menyaksikan persembahan itu.

Zhang telah ditahan keesokan harinya tetapi tidak diberitahu atas dakwaan apa. 
-Reuters-