UMNO sudah gila, guna mahkamah untuk tolak keputusan Majlis Fatwa

Pengundi PAS Kedah


Puak UMNO ni dah gila tak ketahuan hala....depa failkan injuksi ke mahkamah utk membatalkan fatwa yg telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kedah..... aku rasa ini kali pertama aku dengar suatu fatwa dibawa ke mahkamah utk diputuskan sebagai 'batal'.... adakah kuasa mahkamah hanya dikepalai oleh seorang atau dua hakim punya kredibiliti utk membatalkan suatu fatwa yg dibuat secara musyawarah mengikut perimbangan maslahah dan hukum-hakam oleh 10 ulamak besar Kedah.


Sudah ketandusan isu puak2 ini hinggakan hukum-hakam dijadikan bahan mainan dgn mahkamah yg tak ikut hukum Islam dijadikan platform penghakiman.

Mereka tolak ulamak mentah2 dan lebih yakin dengan 'ilmu Islam' yang dimiliki oleh hakim. Mereka mereka begitu berani untuk biadap dengan ulamak serta menolak hasil muzakarah ulamak? Kerana depa lebih yakin dan taksub terhadap pandangan para penasihat mereka iaitu Yahudi APCO, Tuang Guru Chua Soi Lek, Tuang Guru Samy Vellu dan Tuang Guru Joseph Pairin Kitingan totok Kristian.

Marilah kita memerangi golongan yang MENOLAK ULAMAK ini sehingga mereka tersungkok makan tanah. Allahuakbar

Penjelasan Mufti Kedah.....puak2 tak puas hati tu masih tak puas hati lagi ka???

kalau puak2 umno ni masih lagi tak paham dan tak reti....aku rasa dah pakat kena pi mandi ayaq 40 jenis bunga lah kot.....

yg dok hingaq tu pun entah apa kelulusan yang depa ada.....kepala depa pun takat SPM saja, yang jadi pak turut pun hanya sbb kepentingan politik saja....dah tu, kaitkan dgn orang itu ini....macam depa lah pandai dan mahir segala......

patut padan kalau puak2 ni dok menentang lagi, aku syorkan kpd Tuanku Sultan supaya ambik tindakan ke atas puak2 tak reti bahasa tu.....

lagi apa mau kata.....aku bancuh saja.....

Dr Hasan dah angau

Adnan Ibrahim

AMAT meluat dengar steatment Dr Hasan Ali bila beliau sudah tidak faqeh, tak cerdik berpolitik dan tidak kenal mana sasaran.

Saya tidak pasti sama ada dia baca atau tidak kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bila menyentuh tentang perselisihan beliau, Mustafa Ali, Saari Sungip dan Nasharuddin Mat Isa.

Kalau dia baca maknanya dia memang tidak cukup feqah (kefahaman). Kalau dia tidak baca memang dia meletakkan dirinya dalam kejahilan. Rugi orang yang berpendidikan tetapi meletakkan dirinya taraf itu.

Kalau dia faham, feqah rasanya dia akan berpolitik secara bijaksana. Bukan berdepan dengan media tetapi membuat kenyataan menyerang rakan seperjuangan dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani. Kalau dia masih orang PAS Selangor Dr Rani tu pemimpinnya.
Saya nak hentam ni pasal baru balik dari menghadiri sidang media beliau di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Saya hormati dia punya pandangan tetapi ia tidak patut bagi beliau dalam PAS dan bekerjasama dengan PKR meluahkan pendapat beliau pada media.

Kalau beliau anggap kes Anwar adalah peribadi, ia boleh dibincang dalam PAS, bahas dalam mesyuarat PAS. Kenapa perlu bercakap kepada media? Kenapa tidak jaga hati rakan kita?

Memang saya akui ramai juga pemimpin PAS berpendapat seperti beliau tetapi kebanyakkan pemimpin feqah uslub dakwah yang perlu diambil kesempatan oleh PAS. Kenapa Dr Hasan Ali amat tidak cerdik? Apakah terlalu kuat otaknya dipengaruhi Suwardi.

Memang kes Anwar kes peribadi tetapi ia berkait dengan qazaf dan hudud yang diperjuangkan PAS. Sepatutnya inilah masa yang perlu PAS perjuangkan untuk menegakkan keadilan hudud. Tetapi Hasan tidak fekah. Itu yang rugi.

Mewar-warkan qazaf dan hudud supaya umat Islam faham undang-undang Islam. Kita ambil kesempatan daripada rakyat yang sedang membicarakan system kehakiman yang tidak adil.

Hasan perlu faham kes Anwar kalau dibicara perlu dibawah qazaf kerana pertuduh tidak bawa empat saksi. Saksi yang ada sekarang saksi teknikal bukan saksi sah untuk hudud.

Saksi teknikal hanya untuk takzir. Memang Anwar boleh dibicara dibawah takzir tetapi sebelum dibicara dibawah takzir, kes dia kena dibicara dibawha qazaf terlebih dahulu.

Ini Hasan Ali kena mengaji lebih sikit ni. Dia tidak fekah lalu dia tuduh kes Anwar kes peribadi. Ini aku geram ni… kalau aki geram aku kata mu bodoh Hasan Ali.

Daripada situ kita boleh lihat kes Anwar tidak memberi keadilan kepadanya. Pasal perbicaraan dia jauh daripada sistem Islam. Memang tidak adil. Yang adil hanya Islam.

Hasan Ali kata nak perjuangkan Islam tetapi hal ni pun tak faham. Macam mana ni…?
Hasan kata kenapa kita bercakap tentang dia? Ada banyak lagi masalah pembangunan dan kepala kita yang perlu memikirkan tentang kejuruteraan memajukan negara.

Macam Korea, Taiwan dahulu kebelakang daripada kita tetapi mereka lebih maju daripada kita. Itu betul la Hasan sebab pemimpin negara kita juga dok asyik berfikir macam mana nak menjatuhkan musuh politik mereka.

Jadi Hasan tidak patutlah hendak menolak isu ini kerana isu ini akan sentiasa dimainkan oleh mereka yang tamak kuasa, tamak kekayaan sebagaimana diterangkan dalam al-Quran. Ini pun Hasan tidak faham.

Sebab itu nak jadi negara maju dan bertamadun kena buang mereka mereka yang ada perangai macam ni.

Perangai bunuh orang, kaut kekayaan sendiri, asal aku je yang senang orang lain biar susah. Ni kawan Hasan ada perangai macam ni. Jadi cek la tak yah gi jauh.

Adanya perangai-perangai macam tu, itu sebab rakyat terus susah. Yang kaya macam Hasan Ali dan rakan sewaktu dengannya.

Bila dia cakap macam tu, saya memang ada hasrat nak jumpa dia sorang sama sorang. Saya nak hujah yagn dia kata itu kes peribadi Anwar.

Saya akui itu memang kes peribadi tetapi ia ada kaitan perjuangan PAS sekiranya mahu memperjuangkan qazaf, hudud dan undang-undang jenayah Islam.

Maka bagi saya perlu kepada orang perjuangan memberi kesedaran kepada rakyat yang belum sedar. Jadi turun pada 9 Januari ini memang kerja betul untuk war-warkan kepada rakyat bahawa sistem undnag-undnag negara pincang tidak betul. Lainlah kalau kepada Hasan Ali kata betul.

Selain itu kita mahu sistem kehakiman yang adil bukan dipengaruhi kuasa eksekutif. Kita kena fekah kerana inilah Islam itu datang dan berjaya. Bukan kerana tangkap orang minum arak dan berkhalwat. Tetapi kepincangan tamadun manusia.

Satu lagi yang saya nak gelak Hasan Ali cakap kemajuan dan pembangunan jangan bercakap hal kes liwat tetapi beliau buat kerja tangkap orang khalwat tangkap orang minum. Bukan fikir macam mana nak majukan bangunkan umat Islam. Kalau nak cakap la bukan saya tak setuju operasi itu tetapi sikap Hasan tu bila tang dia ok bila tang orang kata peribadi.
http://nanbinjai.blogspot.com/

Ikan tuna gergasi ini berharga RM2.3 juta


KIYOSHI KIMURA (kanan) bergambar di sebelah ikan tuna gergasi di pasar ikan Tsukiji, Tokyo semalam.
TOKYO: Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.

Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura.

"Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya," kata Kimura.

Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun.

Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia. 
-AFP/kosmo-

Nasihat Mohd Sabu kepada Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menasihatkan seluruh ahli dan kepimpinan PAS, khususnya AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali agar tidak mengkritik dasar mahupun keputusan parti terutama nya menggunakan medium musuh (Umno).
Sebaliknya sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan membabitkan perkara yang te lah ditetapkan melalui Muktamar PAS, mereka haruslah ‘beruzlah’ atau mendiamkan diri, katanya.

Menurut Mat Sabu, sejak dahulu lagi, kepimpinan mahupun ahli PAS yang tidak bersetuju dengan sebarang keputusan PAS mengamalkan sikap berdiam diri dan tidak mengkritik melalui medium musuh.

Dalam keputusan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) semasa zaman Dato’ Asri Muda, meskipun ada beberapa pimpinan dan ahli tidak berpuas hati dengan pendekatan PAS ketika itu, namun mereka berdiam diri sahaja, katanya.

Begitu juga semasa mengangkat keputusan bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan bekerjasama dengan Semangat 46, ada juga ahli yang tidak setuju, katanya.

Namun mereka berdiam diri dan mengambil tindakan untuk tidak aktif sebentar dengan parti, sebaliknya apabila keadaan reda, mereka kembali aktif, katanya.

Dalam perkembangan terbaharu pula, beliau menasihatkan pihak-pihak yang terbabit agar berdiam diri dan sebaiknya berbincang secara dalaman untuk menyampaikan pandangan.

“Nasihat Abang Mat, adalah lebih baik berdiam diri, ataupun sedia berbincang secara dalaman biarpun dengan suasana yang panas dan tegang, agar ia tidak menjadi bahan untuk musuh menyerang kita,” ujarnya.

Alhamdulillah..Sufiah Yusof Sudah Insaf Dari Aktiviti Pelacuran....

siasahkini




KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam. Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata,pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.


“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu. “Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya. "Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).

“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positifditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya. Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan. Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah. ~hmetro

Perlu ikrar kongsi isteri

KUALA LUMPUR: Rela berkongsi isteri. Itu antara sumpah atau ikrar yang dilafazkan ketika upacara khas atau ritual untuk merekrut ahli baru bagi satu kumpulan kongsi gelap.

Perkara itu didedahkan seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Burn, 23 dan pemuda terbabit juga meminta nama kumpulan itu dirahsiakan demi keselamatannya.

Burn yang menganggotai kumpulan itu selama tiga tahun, nekad meninggalkannya pertengahan tahun lalu selepas sering diugut rakan sekumpulan kerana gagal melunaskan bayaran bulanan selain diarah melakukan jenayah seperti memukul orang dan bergaduh.

Menceritakan lebih lanjut mengenai upacara merekrut ahli baru kumpulan dianggotainya itu, Burn berkata, dia dan beberapa bakal ahli dibawa ke sebuah tokong di selatan tanah air yang terletak jauh dari pusat bandar.

“Upacara merekrut ahli baru ini dilakukan dalam skala besar atau kecil mengikut berapa ramai ahli baru yang akan direkrut dan kebiasaannya dilakukan pada lewat malam,” katanya sambil menjelaskan penyertaannya dalam kumpulan itu disebabkan terpengaruh dengan pujukan rakan.
-hmetro-

Saya tidak akan tinggalkan negara ini - Anwar

Aslani M Foto: M Yarisman
MACHANG, 6 Jan: Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan.

“Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan penghinaan yang begitu rupa.

“Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini.

“Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang.

Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR.

Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau dipelawa rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya masih berterusan.

Katanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di negara Arab.

Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini kerana pendakwaan yang bermesej politik.

“Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama dengan Erdogan alami sebelum beliau berada di kedudukan sekarang sebagai pemimpin utama Turki,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap rakyat dan penyokong Pakatan bermunajat kepada Allah kerana segala keputusan dan tindakan di bawah penguasaanNya.

Seng Giaw sebelum itu memberitahu dua hakim yang pernah mengadili perbicaraan kes liwat I iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin Jaka sudah meninggalkan dunia.

Kajian: Melayu di S'gor yakin PAS boleh gantikan Umno

university malaya umcedel political survey 050112 pas as alternative to umnouniversity malaya umcedel political survey 050112 voting factor
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya mendapati lebih ramai orang Melayu di Selangor yakin PAS boleh menjaga kepentingan mereka dengan lebih baik berbanding Umno.

Daripada 447 penduduk Melayu di Selangor yang dibanci oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu, 37 peratus yakin dengan PAS menjadi alternatif kepada Umno.

27 peratus berpendapat sebaliknya manakala 41 peratus lagi menyatakan bahawa mereka tidak pasti.

Kajian membabitkan 795 responden itu dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.

Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.

Mengenai pendekatan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 43 peratus responden percaya ia telah meningkatkan sokongan terhadap BN di Selangor, manakala 31 peratus tidak bersetuju dan 26 peratus lagi tidak pasti.

Walaupun sebahagian besar, iaitu 74 peratus responden berkata mereka telah membuat keputusan berhubung parti yang akan diundi pada pilihan raya umum ke-13, namun hampir separuh daripada mereka tidak pasti siapa akan menguasai Putrajaya.

36 peratus responden menjangkakan BN akan kekal berkuasa manakala 18 peratus lagi pula percaya Pakatan akan membuat kejutan.

Responden juga kelihatan berbelah bahagi dengan faktor corak yang menentukan pengundian. 42 peratus berkata mereka akan mengundi berdasarkan calon yang diketengahkan manakala 52 peartus berkata mereka akan memilih parti yang bertanding.
-malaysiakini-

Kalau benar berita ini, Hassan Ali, you are too much!

umnopenyangak

Assalamualaikum,



Terkejut membaca berita ini 

Terkejut kerana ianya diberitakan keluar dari mulut Dr.Hassan Ali yang baru sahaja menamatkan konflik dengan beberapa pemimpin PAS. Alangkah jatuhnya imej seorang pejuang Islam, melayu dan raja raja melayu seandainya mendakwa bahawa perhimpunan 901 sebagai sia sia.

Di mana ketegasan perjuangan menentang ketidakadilan, di mana semangat setiakawan seorang pemimpin yang berintegriti dan di mana sikap seorang pemimpin yang bersama PR yang telah bersetuju dengan perhimpunan itu.

Cara Dr. Hassan Ali bercakap seperti beliau merupakan pemimpin BN yang bersama UMNO, bukan pemimpin PR yang bersama PAS. Dr. Hassan Ali sebagai seorang cediakawan tidak sepatutnya berbohong ala UMNO untuk mengatakan perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Dr.Hassan wajar tahu bagaimana kepincangan perbicaraan itu dan seharusnya tidak berbohong sedemikian rupa. Lebih memeranjatkan lagi apabila Dr. Hassan Ali menyatakan beliau tidak akan hadir pada hari itu dan menasihat para pelajar agar tidak hadir serta menyatakan ahli PAS tidak sepatutnya terlibat. Dr. Hassan Ali sedar tak apa yang dikatakan beliau ini?

Kalau pelajar tidak hadir bagaimana mereka mahu menyatakan sokongan mereka kepada keadilan yang diperjuangankan? Begitu juga penyokong PAS, apa makna berada dalam PR yang keadilan yang sama sama dituntut tidak disokong? Dr. Hassan nampaknya mahu mengalih arah perjuangan PAS, dan sikap ini sudah terlalu jauh.

Perhimpunan 901 penting buat perubahan kepada negara yang dilanda kemelut demi kemelut kerana kerakusan dan kezaliman UMNO dan mustahil Dr.Hassan tidak mengetahuinya! Nampaknya Dr.Hassan yang kena fikir sedalam dalamnya tentang matlamat sebenar perjuangannya sekarang kerana masa semakin suntuk buat PR/PAS untuk melayan karenah pemimpin seperti ini.

Dr.Hassan, you are to much!

Apa jua keputusan mahkamah, ia bakal menjadi titik noktah kepada masa depan Umno

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga beliau menjelang 9 Januari ini apabila mahkamah akan membuat keputusan kes perbicaraan beliau pada tarikh tersebut.
(Anwar memberikan lebih tumpuan kepada keluarganya sehari dua ini)
Namun, apapun keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, keluarganya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang keputusan mahkamah.

"Ya..kita kena hadapi dengan sepenuhnya, saya tumpu kepada keluarga dalam dua tiga hari ini, dan mereka cukup bersedia," kata Anwar dalam wawancara khas dengan Harakah 3 Januari lepas.

Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan, wartawan kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub serta jurugambar Harakah, Wan Zahari Salleh membuat wawancara khas di pejabat PKR itu.

Bagi Anwar, jika berdasarkan fakta dan hukum, kes ini tidak perlu kepada sebarang pendakwaan pun terhadap beliau.

"Jika berdasarkan fakta, tak perlu ada pendakwaan pun (dalam kes liwat kedua membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan), dan saya harus dibebaskan, tetapi apa yang kita lihat (setakat ini) keputusan mereka (Umno-BN) selalunya ikut nafsu serakah mereka.

"Tetapi insya-Allah bagi saya, saya sedia apakah penjara atau bebas, sebarang rayuan, jika bebas program kita boleh berjalan, jika terpenjara kita akan terus lawan.

"Apa jua keputusannya, ia bakal menjadi titik noktah kepada masa depan Umno pada Pilihan Raya Umum akan datang," kata Anwar dalam wawancara itu.

Syed Azman buat laporan SPRM terhadap MB Terengganu, Ahmad Said.

Khairul Azlam Mohamad
KUALA TERENGGANU, 5 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Laporan itu dibuat berhubung Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah di pejabat SPRM, di sini hari ini.

Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mendedahkan banyak kelemahan program bantuan pakaian dan alatan sekolah yang dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu.

“Laporan ini dibuat supaya suatu siasatan segera dapat dilaksanakan oleh pihak SPRM dan saya juga memohon tindakan saya ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Asas kepada laporan ini dibuat berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang secara tidak langsung turut melibatkan penyelewengan di bawah bidang kuasa Menteri Besar Terengganu,” ujarnya kepada media selepas membuat laporan tersebut.

Beliau yang menyerahkan laporan tersebut kepada Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusuff Mohd Zin ditemani oleh peguamnya dari Tetuan Fariz Halim & Co pada jam 11.00 pagi.

Dr Syed Azman telah diambil keterangan oleh pegawai penyiasat SPRM selama dua jam.

Hadir sama mengiringi beliau adalah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing serta 20 penyokongnya.

Bob Lokman Hairan Afdlin Shauki Masuk Umno


KUALA LUMPUR, Jan 4: Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mempersoalkan kewajaran rakan seni sealirannya, Afdlin Shauki Aksan menyertai Umno secara rasmi semalam.

Persoalan tersebut muncul ekoran sepanjang perkenalannya dengan pelawak terkenal itu, beliau tidak penah melihat kencenderungan Afdlin untuk berpolitik.

Namun, Bob Lokman tidak menafikan hak Afdlin untuk berbuat demikian kerana ia adalah hak mana-mana individu di dalam negara demokrasi.

"Persoalannya, jika Afdlin menyertai Umno kerana perjuangan, ia menghairankan saya.

"Kerana sepanjang perkenalan saya dengan beliau, bagi saya Afdlin tidak pernah memandang serius perbezaan politik mana-mana parti di negara ini.

"Mungkin ada sesuatu sebab mengapa Afdlin berbuat demikian, Afdlin ada jawapannya saya tidak boleh membuat telahan sebarangan kerana saya belum berkesempatan bersemuka dengannya,"jelas Bob lokman.

Tindakannya Afdlin bersama rakan kumpulan Boboinya, Harun Salim Bachik membuat pengumuman menyertai Umno secara rasmi selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM) melabuhkan tirainya.

Cetusan idea kreatif dalam penyampaian lawaknya sepanjang minggu MLM bukan sahaja menghiburkan rakyat Malaysia, namun ia seolah-olah terselit dengan pelbagai mesej tersirat seperti watak 'Datin Maimon'.

Sebagai Datin Maimon, keletah bersahaja Afdlin membuat penonton tidak kering gusi melihat beliau mengenakan gaya rambut besar dan lenggok ala 'mak datin' yang ghairah dengan tarian poco-poco.

Sebagai seorang pengiat seni, Aksi lawak Afdlin sudah tentu menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Antara aksi beliau sepanjang MLM dikatakan seakan membawa mesej tersirat seperti babak-babak lawak yang mengaitakan isu cincin berlian dan beg tangan jenama mewah.

Kepada rakyat yang mengikuti perjalanan politik tanah air, sudah tentu mampu mentafsir disebalik kebetulan watak yang disampaikan oleh Aflin walaupun pelawak berusia 40-an itu tidak berniat untuk melakonkan watak yang membawa maksud sedemikian.

Watak lucu "Kumpulan Boboi" bagaimana pun hanya berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Laporan media mengatakan Afdlin bertindak membuat pengakuan rasmi untuk menyertai parti tersebut kerana mengagumi gaya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak.

"Saya tertarik dengan (program) transformasi yang dibawa oleh perdana menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai Umno secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan," katanya.


Begitu juga dengan Bob Lokman yang membuka langkah awal mengistiharkan diri menyertai PAS ketika menghadiri himpunan besar Pemuda PAS di Alor Setar pada Februari tahun lalu.

Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri itu.

Nama Bob Lokman bukannya asing di dalam dunia seni tanah air, selain berbakat dalam dunia seni sebagai seorang pelawak, lagu-lagu yang diciptanya juga popular dan pernah mencetus fenomena anak muda seperti Intanku Kesepian, Belenggu Irama dan Isabella nyanyian kumpulan Wings dan Search.

Saya ada video polis yang tumbuk saya- Safwan Anang

Masdar Wahid
KUALA LUMPUR 5 Jan: Muhammad Safwan Anang, Mahasiswa yang dipukul polis dalam himpunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1 Januari lalu, mendakwa mempunyai rakaman video berkenaan.
“Saya ada video yang menunjukan anggota polis itu mencederakan saya dalam insiden di depan bangunan UPSI pada malam tahun baru lalu,”

“Rakaman video yang ditunjukan polis kepada umum itu adalah rakaman sebelum kejadian sekaligus bukan gambaran sebenar kejadian malam itu,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Safwan yang masih berkerusi roda, diiringi peguamnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, aktivis mahasiswa dan angggota keluarganya.

Menurut Safwan, fakta sebenar kejadian ialah anggota polis berkenaan menumbuk mulut beliau di bahagian kiri dengan kuat sehingga berdarah.

“Anggota polis itu juga menggunakan lututnya dengan menghentak di rusuk kanan saya sehingga saya sukar bernafas dan tidak sedarkan diri.

“Saya hanya sedar semasa berada di klinik kesihatan Tanjung Malim lebih kurang sejam selepas itu dan saya juga ada menyimpan video mengenai anggota polis itu,” katanya.

Safwan juga mendakwa dipaksa polis agar menandatangani surat agar mengaku kononnya cedera kerana merempuh cermin klinik bagi menutup kesalahan polis pada malam kejadian itu.

“Saya percaya tindakan polis itu adalah kesalahan jenayah serius terhadap orang awam dan boleh disabitkan salah di bawah kanun keseksaan,” katanya.

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera – Isu 901

Malaysia Tribune Melayu
5 Januari 2012 : Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.

Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

901: Tujuh 'kalau' Kadir Jasin

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Ketua Pengarang kumpulan NSTP, Datuk Kadir Jasin memberikan tujuh kalau menjelang 9 Januari ini dan yang menarik semuanya menyukarkan kedudukan Umno.

"Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan
(Gambar logo 'About me' (mengenai saya) Kadir Jasin dalam blognya)

"Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin: Banyak Kalau Dalam Keputusan 9.

Kadir yang terkenal dengan sikap 'loyal'nya kepada Umno khasnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menulis, Pakatan Rakyat telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.

Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.” tulis Kadir.

Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga, tulisnya lagi.

Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.

Berikut adalah kalau-kalau yang terlintas di fikiran Kadir.

1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;

2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;

3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;

4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri MohdNajib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam.

NFC: Suami Shahrizat cuba rasuah SPRM dan polis

Nabihah Hamid
PETALING JAYA, 4 Dis: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa cuba merasuah pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.

Mohamad Salleh, yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, merupakan individu penting yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan dana NFC berjumlah RM250 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, merujuk tindakan pihak berkuasa mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail, 30 Disember lalu atas tuduhan menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.755 juta.

Bagaimanapun wang berkenaan, kata Rafizi, digunakan Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM untuk mempengaruhi siasatan ke atas NFC.

“Tugasan Shamsubahrin Ismail adalah menjadi orang tengah yang menyampaikan wang tersebut kepada pegawai tersebut,” kata Rafizi.

Merujuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kata Rafizi,undang-undang jelas menunjukkan Salleh melalui Shamsulbahrin telah cuba merasuah pegawai penyiasat SPRM.

“Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:
“Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.

“Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat

NORHASRAM MOHAMAD
Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.



Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.
-sinarharian-

Mak Nur Amalina suka dan reda apa yang anak dia buat, kita nak kata apa

NORSHIKIN MOHD SALLEH
Ibu: Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah
JOHOR BAHRU: Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.



Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.
Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.

“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.
*Ni dia bergambar dengan siapa pulak ni, bapak dia ke atau abang dia ke. Tapi kenapa dia letak tangan dia kat bahagian bawah pusat lelaki tu. Mungkin suami dia kot. 

Mak pak dia reda dan suka apa yang anak dia buat. Kita nak kata apa, kesian dia - kerengga