Jamaluddin Jarjis bakal MB Pahang?

Jamaluddin Jarjis
ROMPIN: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menafikan ‘khabar angin’ yang kini bertiup kencang mengaitkannya sebagai calon sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob.

Jamaluddin berkata, terdapat sesetengah pihak atau blog-blog tertentu, yang proparti pembangkang yang cuba mencetuskan isu jawatan Menteri Besar Pahang sedangkan perkara berkenaan tidak pernah ditimbulkan Umno.

Menurutnya, beliau kesal dengan laporan blog-blog milik pembangkang kerana berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada di dalam Umno itu sendiri.

“Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang bertujuan mahu melaga-lagakan perpaduan yang sedia ada di dalam Umno, dan saya ingin menasihatkan semua ahli Umno agar lebih berhati-hati dengan isu yang ditimbulkan oleh pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin yang bertiup kencang yang meramalkan Jamaluddin sebagai calon paling sesuai dan layak menerajui Umno Perhubungan Negeri bagi menggantikan Adnan.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, keputusan untuk meletakkan siapa saja calon di peringkat negeri terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan.

Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) itu menasihatkan pembangkang supaya menjaga parti mereka terlebih dahulu berikutan terdapat ramai dalam kalangan ahli parti itu yang bertindak keluar parti mentertai BN atau sebagai calon bebas.

“Sudah tentu ada kepincangan dalam pakatan pembangkang memandangkan sudah ramai yang mula keluar daripada parti itu seperti Bekas Persuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan sebagainya,” katanya.
*Hassan Ali bukan keluar parti tapi kena pecat, ha tulah mata melilau tengok punggong betina sampai apa yang sebenar berlaku tak tahu - kerengga

Setelah Kadir letak jawatan, sekarang isunya hanya masa untuk Ku Li dan Tee Keat


Setelah Kadir letak jawatan, sekarang isunya hanya masa untuk Ku Li dan Tee KeatBeberapa pemimpin UMNO mengalu alukan perletakan jawatan mantan Menteri Pelancongan Kadir Sheikh Fadzir, yang dalam keadaan sukar bila dengan lantang mengecam gejala rasuah dalam parti. Ada yang melabelkan beliau sebagai pembelot dan tidak mengenang budi tetapi hal ini sudah dijangkakan- UMNO perlu menjaga airmuka segera setelah Kadir yang dengan lantang membuat kecaman tersebut, dengan senang hati melepaskan keahlian yang telah sekian lama di pegangnya.
Kini, jelas lah Kadir,Naib Presiden gerakan reform Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah terus ke lembaran baru dari bertekak dengan pemimpin seperti Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan atau ketua penerangan Ahmad Maslan.
Walaupun Kadir tidak menyatakan apa rancangan seterusnya, perletakan jawatan tersebut mencetuskan spekulasi beliau akan menyertai parti pembangkang,bekerja sepenuh masa untuk Amanah atau bersara terus dari politik. Antara tiga perkara itu,pilihan terakhir dijangkan yang paling kurang kebrangkalian untuk diambil memnadangkan semangat baru Kadir dengan pembentukan Amanah dalam bulan Julai tahun lepas oleh tokoh UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
Ucap tahniah dari Anwar kepada Kadir atas keputusannya


Reaksi dari pihak pembangkang sangat positf. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah mengalu alukan usaha Kadir untuk ‘menyertai agenda reform’ manakala pemimpin2 lain dalam Pakatan Rakyat menjangka lebih banyak perletakan jawtan dari BN akan menyusul. Parti2 dalam BN termasuk UMNO secara perlahan tapi jelas semakin pecah belah beberapa tahun kebelakangan ini akibat pimpinan yang lemah, politik basi dan ketidakupayaan untuk berubah mengikut masa.

Dalam UMNO sendiri, ketika pemimpin2 nya termasuk ketua menteri Melaka Mohd Ali Rustam mengecam Kadir sebagai pembelot, keengganan parti tersebut untuk berubah walau seinci polisi dan kesilapan nya mungkin menjadi penyebab ahli-ahlinya menyerah merupakan satu bayangan kepada keadaan tegang dalam UMNO.Ramai ahli2 menjadi lebih marah dan mempersoalkan samada mereka ada masa depan atau tidak.
Setelah 5 dekad mempunyai kuasa hampir mutlak, pemimpin-pemimpin asal dan ahli keluarga bekas-bekas presiden menganggap parti tersebut sebagao harta persendirian mereka dan sesiapa yang ingin memimpin UMNO perlu datangnya samada dari keluarga Mahathir Mohamad,Razak atau Hussein Onn, atau seseorang yang mendapat sokongan mereka.
Siling kaca dan waran kematian


Siling kaca ini ialah halangan utama untuk bakat baru dan muda dari menyertai UMNO. Ia juga menjadi waran kematian untuk parti.Jika Kadir yang selama ini mengabadikan beberapa dekad dalam hidupnya untuk UMNO boleh pergi begitu sahaja, apa lagi pemimpin2 baru yang lebih muda dan bersemangat pasti akan terasa lebih hangat .

Penghijrahan keluar meninggalkan parti beramai ramai sudah pasti, samada masuk PKR atau PAS. Dalam lingkungan nya sendiri, presiden UMNO dan PM Najib Rzak tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan untuk terus mendemokratkan UMNO atau menyegerakan kenaikan pemimpin muda ke pimpinan tertinggi.Malahan beliau dan penasihat nya sibuk mencipta aura hebat untuk diri,seumpama pimpinan diktator Korea Utara,dan bagi tujuan meneruskan pemerintahan nya.
Berdasarkan mendung yang berarak, bukan kejutan jika pemerhati menunggu siapa kah seterusnya akan meninggalkan UMNO dan BN terutama pemimpin Amanah?Kadir meletak jawatan setelah pendedahan politik wang yang kotor dalam UMNO.Beliau juga enggan menarik balik kata-katanya, dan kes beliau tidak akan jadi kes terpinggir. Baru-baru ini, pemimpin veteran UMNO seperti MP Pulau Manis Mohd Ariff Sabri Aziz dan Aspan Alias dari Negeri Sembilan meninggalkan UMNO untuk sertai DAP,walaupun kedua nya bukan pemimpin sneior, hal ini membuka mata ramai.
Ku Li seterusnya?


Bagaimana dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li, pengasas Amanah dan MP Gua Musang yang dikatakan penyelamat UMNO oleh puak kiri dan atas pagar dalam parti itu. Sebetulnya, ketika Tengku Adnan menyelar Kadir di khalyak ramai, kata-kata nya juga ditujukan kepada Ku Li, yang juga lantang menghentam politik UMNO lapuk dan perkauman UMNO.

Pemerhati berpendapat Ku Li ‘belum bersedia’ lagi untuk meninggalkan UMNO kerana masih ad apeluang baginya untuk menggantikan Najib dan melaksanakan perubahan yang diperkatakan oleh nya sejak sekian lama. Terbaru,mantan menteri kewangan Daim Zainuddin berkata Najib perlu undur diri jika BN tidak perbaiki keputusan pilihanraya 2008. Dalam keadan itu, daim berkata beliau berharapa Muhyiddin atau ‘pencabar’ baru akan tampil. Pencabar tersebut kemungkinan besar ialah Ku Li, yang pernah mencabar Najib untuk kerusi presiden parti pada 2008 tetapi gagal.
4 tahun sudah berlalu, dan sekarang cerita sudha lain buat Ku Li. Jika hanya kerana beliau tidak yakin dengan parti mana beliau boleh menang, nampaknya sudah jelas politik yang di momokkan oleh Mahathir dan diamalkan oleh Najib telah ditolak rakyat dan UMNO perlu segera berubah untuk terus hidup. Pada umur 75 tahun,masa tidak menyebelahi Ku Li wapaupun beliau masih sihat. Begitupun, Ku Li masih mahu melihat pengaruhnya dalam UMNO sekurang kurang nya sehingga perhimpunan agung dan pemilihan parti yang dijangka berlangsung tahun ini.
Ku Li sendiri saja yang tahu keadaan sebenar.Bila ditanya kemungkinan meninggalkan UMNO, Ku Li dipetik sebagai berkata”Jika saya ingin meninggalkan UMNO,saya dah bebuat demikian lama dahulu.”
Tee Keat juga tunggu masa saja


Jika PRU 13 diadakan sebelum pemilihan UMNO, mungkin Ku LI akan buat keputusan lebih awal. Kubu kuatnya ialah di Gua Musang tapi adakah belaiu akan bertanding disitu atas tiket UMNO? Lagipun agak janggal jika beliau keluar selepas itu.Tentunya Ku Li tersenarai dalam senarai calun Najib dan terpilih bertanding mempertahankan Gua Musang dengan harapan beliau akan berpuas hati dan berdiam diri setelah memperolehi kerusi mudah untuk UMNO.

Berkenaan kes rakan seperjuangan dalam BN dan Amanah Ong Tee Keat, yang memberi amaran akan mempertahankan kerusi Ampang Jaya dengan atau tanpa BN, para penyokongnya berkata kemungkinan beliau tiada dalam senarai calun memandangkan belisu disenaraihitam oleh pesaing nya,Presiden MCA Chua Soi Lek yang nampaknya sanggup menggadai MCA demi untuk menjatuhkan Tee Keat.
Soalan sama terpakai kepada Kadir,terpakai kepada Ku Li dan Ong.Adakah mereka akan sertai Pakatan Rakyat atau bertanding sebagai ahli Amanah? Jawapan Ku Li bila ditanya ,” Kita tidak boleh menafikan apa apa kerana kemungkinannya ada”. Walaupun menimbangkan pintu Pakatan yang terbuka,jawpan Ku Li menunjukkan beliau lebih suka bertanding atas tiket Amanah sendiri.
Bagaimanapun Amanah mungkin tidak dapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk bertanding dalam pilihanraya. Pembentukan nya sebagai badan bukan kerajaan, bukan parti politik, melihat kepada reaksi kritikan dan perletakan jawatan Kadir, kerajaan pimpinan BN sukar untuk memberi peluang tersebut kepada Amanah.
Perubahan besar sentimen rakyat terhadap Pakatan


Ketika Amnah di tubuhkan tahun lepas,UMNO masih bercakap mengenai dapatkan majoriti 2 pertiga di Parlimen. Sekarang,UMNO tertanya samada Najib boleh beroleh majoriti mudah. Najib sendiri mengakui mimpi ngeri baginya ialah Parlimen yang tergantung.Ku Li dan lain2 ahli Amanah patut tahu terdapat perubahan besar terhadao pilihan pengundi dan jika mereka masih memilih UMNO-BN, mereka mungkin tidak dapat meraih sokongan atau bantuan sekarang.

Pakatan pula masih berdiam diri mengenai pandangan merela.” Kami terbuka untuk sebarang perbincangan dan kerjasama dengan Amanah,” Timbalan Presiden Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle, enggan meneka apa langkah yang bakal diambil oleh Amanah.
Malah, bola berada di gelanggang masing-masing-Ku Li,Tee Keat dan juga Kadir. Mereka Cuma akan dapat tiket bertanding dengan Amanah jika mereka setuju menjadi perosak undi untuk BN melawan dengan Pakatan
Amanah juga sedar perubahan fikiran dan persepsi rakyat terhadap Pakatan, yang dilihat sebagai penyelamat Malaysia. Nampaknya banyak gerakan peringkat kebangsaan untuk menjatuhkan UMNO –BN dan melantik kerajaan baru yang akan meng hapuskan semua kesilapan lalu.Ini lah harapan rakyat Malaysia.
Samada Amanah berjaya sebagai NGO bergantung kepada keikhlasan pemimpinnya.Jika mereka silap pilih, mereka akan dikeji dan dicampak ke tong sampah yang dihuni Perkasa, Jati dan Kita. Mereka dilihat sebagai penjahat yang boleh dibeli dengan wang ringgit untuk membantu UMNO terus menindas dan membuli rakyat.
Keputusan ini bukan sukar untuk Amanah. Mungkin, masa ialah isu terakhir.Tapi setelah Parlimen bubar, seluruh Malaysia dapat menjangka untuk melihat garis peperangan baru.Dan dijamin akan menejutkan.

Nalla tak endahkan tuntutan maaf Anwar

Senator Datuk S Nallakaruppan tidak akan mengendahkan notis guaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukannya memohon maaf kerana menuduh ketua pembangkang seorang biseksual.

Sebaliknya, Nallakaruppan - yang juga bekas rakan baik Anwar - berkata, beliau akan menunggu Anwar untuk menyamannya di mahkamah.

"Saya tidak akan endahkan notis ini dan akan terus bercakap mengenai Anwar.

"Saya sangat berbesar hati jika Anwar membawa perkara ini ke mahkamah. Mahu bawa perkara ini ke mahkamah minggu depan pun boleh.

"Saya bersedia jumpa dia dan akan dedahkan banyak perkara lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu agama

Harakahdaily
(Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama.....hehehe Utusan-utusan)
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agama.

Teguran Kerajaan Rakyat kepada DYMM SULTAN SELANGOR

setisab
Saya kurang pasti, apakah ini gambar sebenar atau superimpose. Andai ini gambar sebenar, sebagai rakyat ingin saya membuat teguran ikhlas kepada DYMM Sultan Selangor.

DYMM Sultan, saya kira Tuanku tidak wajar berposing dengan wanita sexy yang mendedahkan sebahagian daripada payudaranya seperti yang terpapar dalam gambar di atas. Saya kurang pasti samada Mufti Selangor telah memberi teguran terhadap perbuatan Tuanku yang saya kira kurang manis itu. Justeru sebagai rakyat yang kasihkan Tuanku, saya dengan rendah diri memberi teguran kepada Tuanku, diharap dilain masa elakkanlah berposing dalam keadaan yang bolih mencemarkan kedaulatan Tuanku sendiri.

Sesungguhnya, Tuanku dan kesemua Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu telah diwartakan sebagai Ketua Agama Islam Negeri sepatutnya menunjukkan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh tauladan untuk seluruh rakyat.

Salaam Persaudaraan Islam buat Tuanku
- Mohd Sofi

Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat - Azmin Ali

NONEBekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Ali pada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.
 
Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.
Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz
Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Ibu tikam bayi baru lahir, buang dalam semak

bayi ditikamJAKARTA: Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak.
 
Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu.

"Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya," kata ketua detektif balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan.

Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu.

Semasa soal siasat oleh polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam tersebut kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya.

Dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.

Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.

Penyelewengan UMNO terbongkar

SIRAJ MOHD ZAINI
 
SHAH ALAM, 22 MAC : ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan negeri Umno-BN dulu dalam pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor.

Shuaimi berkata pendedahan tersebut merupakan reaksi daripada desakan ADUN Umno-BN di dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada 20 MAc agar beliau membuktikan dakwaan tentang penyelewangan Umno-BN.

Shuhaimi mendedahkan tiga kes, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada tahun 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Satim juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.

“Sewaktu sesi perbahasan berkaitan isu tanah dan pasir semalam, ADUN-ADUN Barisan Nasional mendesak saya supaya mengeluarkan bukti dan fakta berkaitan penyelewengan yang dilakukan sewaktu pemerintahan BN dahulu.”

Dalam kes pertama, sebidang tanah seluas 2.86 hektar di Sek 25, Jalan Bukit Kemuning, Klang yang dimohon oleh 11 syarikat swasta dan satu permohonan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Akhirnya, jawatankuasa exco pentadbiran Umno-BN menganugerahkan empat ekar kepada Umno bahagian Kota Raja dan sebanyak tiga ekar kepada MBSA.

Shuhaimi mendakwa dalam permohonan asal, MBSA telah meminta empat ekar manakala Umno Kota Raja tidak mengemukakan permohonan.

“Bagaimana tanah yang sepatutnya MBSA mohon empat ekar akhirnya dapat tiga ekar dan Umno mendapat empat? Umno juga mendapat tanah itu dengan harga yang murah iaitu RM1 kaki persegi.”

Dalam kes kedua, Shuhaimi membongkar cubaan Satim untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera.

“Tanah rizab melayu adalah milik bumiputera dan dilarang menjualnya kepada syarikat bukan milik bumiputera.”

“Umno Bahagian Puchong telah memohon untuk memindah milik tanah rizab melayu kepada Lagi Gemilang Sdn. Bhd yang 75 peratus ahlinya bukan terdiri dari bumiputera,” ujar Shuhaimi.

Walau bagaimana pun usaha tersebut dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam kes ketiga, Shuhaimi berkata Satim telah mempengaruhi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk menjual sebidang tanah mereka kepada syarikat Nikmat Inai semasa era pemerintahan Umno-BN.

Pada masa itu, Satim memegang saham di dalam syarikat tersebut.

Tanah itu kemudiannya dijual kepada Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS) dengan harga yang lebih tinggi untuk mengaut untung, Shuhaimi berkata.

Saintis cipta robot ubur-ubur (Gambar)

 
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan robot ubur-ubur.
BLACKSBURG, Amerika Syarikat (AS): Sekumpulan saintis AS mencipta robot ubur-ubur, Robojelly yang bergerak dengan menggunakan kuasa air laut.

Badan Robojelly boleh mengembang dan menguncup untuk memancut keluar air laut yang akan menghasilkan momentum untuk ia bergerak.

Robot berkenaan dibina oleh penyelidik Universiti Virgina Tech di sini. Penyelidikan itu disokong Tentera Laut AS.

Badan robot itu perbuat daripada logam aloi yang dapat kembali kepada bentuk asal selepas ia direnyuk.

"Sepanjang pengetahuan kami, ia merupakan robot dalam laut yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar," kata seorang jurutera mekanikal di universiti tersebut, Yonas Tadesse. 

KANTOI! Tembelang Azalina dilondeh oleh "AHLI UMNO"!

Fuh, memang panas beb wa cakap luuu....


Sedap mulut jer ahli parlimen Pengerang, Johor, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan 'merangkak' bekas Ketua Puteri Umno-APCO, Azalina Othman Said tuduh yang berdemo bantah projek hab minyak dan gas tu semuanya Mat Indon dan Bangla.

Tapi hari ni dakwaan berupa fitnah Azalina terkahanthhoii jugak...

Malah yang lagi memalukan, 96 peratus penduduk yang hadir berdemo semuanya penduduk tempatan beralamatkan Pengerang, Kota Tinggi dan Mersing, bukannya Ciliwung atau Madura!

Patutlah Najib Altantuya tak ambik dia balik masuk kabinet sebab bukan setakat dah tak jadi ketua puteri, tapi bangang sampai ke ulu hati!

Nasib Azalina sendiri pun khabarnya terumbang-ambing sebab Najib Altantuya dah sound awal-awal siapa yang tak rasa dirinya 'winnable candidate' baiklah dipersilakan berundur...

Jadi apa tunggu lagi Azalina?

Nak tunggu Johor tumbang di tangan Pakatan Rakyat baru nak terhegeh-hegeh?

Kah kah kah...

Mimpi Lena Azalina Terganggu

PENGERANG – Kedudukan Dato’ Seri Azalina Othman Said sebagai Ahli Parlimen Pengerang, Kota Tinggi dianggap selesa bagi sesetengah orang.

Hal ini, kerana umum mengetahui kemenangannya di situ kononnya berkubu ‘kebal’ menyebabkan seolah-olah kedudukannya tidak terancam.

Walau bagaimanapun, siapa sangka dalam diam, terdapat masalah di kawasannya itu yang perlu diselesaikan segera.

Terbaru, kira-kira 100 penduduk yang melibatkan 6 buah kampung di bandar itu berpiket bagi menuntut pemberian pampasan yang setimpal berikutan pembangunan yang akan dibina di lokasi berkenaan.

Antara kampung yang terlibat seperti Kampung Sungai Kapal, Sungai Buntu, Teluk Empang, Kampung Jawa, Kampung Sebong, Langkah Baik dan Batu Mas.
Dipercayai, Projek Hub Industri Minyak Dan Gas yang dirancang, telah menjadi keresahan banyak pihak kerana didakwa kawasan itu turut mempunyai kesan-kesan sejarahnya.

Malah ada juga yang telah mengusahakan ladang sayur kira-kira 30 tahun dahulu.

”Apakah kami akan mendapat pampasan yang setimpal dengan apa yang kami perolehi sekarang setelah memberikan tanah kami untuk projek pembangunan ini?,” kata seorang penduduk, Lim Eng Guat yang dipetik Sinar Harian.

Semalam akhbar itu melaporkan sebahagian penduduk menyuarakan bantahan berhubung isu ini ekoran ketiadaan perjanjian yang menyenaraikan imbuhan yang bakal diterima jika mereka mempersetujuinya.

Soalnya, adakah beliau masih lagi diulit mimpi-mimpi indah?

Kalaupun sebelum ini beliau digelar ‘superwomen’ kerana kemampuannya menyelesaikan isu nelayan tempatan yang pernah ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara jiran itu baru-baru ini.

Mengapa tidak, isu yang dianggap senang ini, diberi perhatian segera.

Atau hanya menanti jawapan sama ada kekal atau tidak sebagai ahli parlimen itu selepas PRU 13 nanti. - JALAN PULANG

'96% penduduk bantah projek penapisan'
Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan Ahad lepas kerana membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing.

Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.

Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).

Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk memorandum.

Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.

"Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran, yang juga seorang ahli Umno, ketika dihubungi Malaysiakini.