Jamil Khir nak saman Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin

YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah.
Jamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

“Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu…difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam tv yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia,” katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat sini.
-Bernama-

Khir Toyo kata harapan BN di lima buah negeri tipis

KUALA LUMPUR: Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.
Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan Melayu.

“Ini adalah negeri yang sukar, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah, jika kita lihat pengundi di sini, bilangan pengundi bukan Melayu adalah lebih kurang sama dengan pengundi Melayu, jumlah mereka tidak banyak berbeza.

“Negeri-negeri ini dalam bahaya,” kata Khir kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif minggu lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata sementara Melayu masih lagi menyokong Umno, kebanyakan sokongan tersebut adalah daripada kumpulan pengundi di kawasan luar bandar, sementara pengundi “bandar” akan mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

Pengundi terkejut, ada pihak pindah namanya

Ahmad Danial
BUKIT KATIL, 31 Mac: Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.

"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," katanya kesal.

(Gambar: Zawawi menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain)

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun," katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" katanya.

Mahathir Nyata Semakin Nyanyuk Dan Pelupa

Shahbudin Husin
Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad baru-baru ini bersuara lagi dan melahirkan rasa kesalnya berikutan kurangnya golongan cerdik pandai Melayu yang menyertai UMNO, sebaliknya lebih cenderung memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Ia menurut beliau berikutan tindakan bahagian dan cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam UMNO.

"UMNO sudah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, itu sebab kebanyakan doktor masuk PAS. Ia akhirnya menyukarkan UMNO mencari calon yang sesuai bagi menentukan kemenangan dalam pilihanraya," Mahathir dipetik sebagai bekata.

Daripada satu segi memanglah apa yang diutarakan oleh Mahathir itu ada kebenarannya kerana pemimpin bahagian dan cawangan berbuat demikian berikutan takut akan dicabar atau kehilangan kuasa. Bila hilang kuasa, maka hilangnya upaya untuk memonopoli pelbagai jenis projek dan kemewahan.

Perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama. Lantaran itu UMNO hanya dikuasai oleh golongan berpendidikan rendah dan sederhana sahaja di peringkat cawangan dan bahagian. Mereka ini pula meluaskan lagi pengaruh mereka dengan meetakkan adik-beradik dan saudara mara dalam kepimpinan cawangan, isteri dan anak perempuan sebagai ketua wanita dan ketua puteri, sementara anak lelaki dijadikan ketua pemuda cawangan.

Akhirnya bertahun-tahunlah kuasa dalam cawangan itu menjadi warisan turun temurun. Apabila kepimpinan di peringkat cawangan sudah begitu keadaannya, maka di peringkat bahagian juga melahirkan bentuk kepimpinan yang sama. Sebahagian besar pemimpin UMNO bahagian naik sebagai pemimpin bukan kerana merit atau keupayaan tetapi lebih kerana keupayaan menguasai cawangan-cawangan daripada kelompok yang disebutkan tadi.

Setelah menjadi pemimpin dan berpeluang pula memegang pelbagai jawatan, meraih kuasa dan mengumpul kekayaan, sudah tentulah mereka ini tidak mahu golongan cerdik pandai menjadi ahli UMNO. Mereka bimbang nikmat dunia yang sementara itu terlepas dari genggaman.

Kejayaan Mahathir mempertahankan kuasa selama 22 tahun pun sebahagian besarnya adalah atas kejayaan memanipulasi keadaan ini. Sepanjang 22 tahun berkuasa Mahathir tidak pernah memberi galakan kepada gilongan cerik pandai ini untuk menyertai UMNO, yang penting baginya ialah kuasa kekal dalam tangan. Bagi Mahathir bukan cerdik pandai yang penting tetapi sejauh mana mereka itu menyokong dan mampu mempertahankannya. Peon atau tukang kebun sekali pun yang menjadi pemimpin UMNO bukan masalah bagi Mahathir, yang penting ke mana sokongan mereka. Kenapa hari ini, setelah UMNO hampir kalah dan makin ditolak, baru beliau menyedarinya?

Mahathir sepatutnya menghantukkan kepala ke dinding jika benar berasa kesal, bukan sekadar bersuara dan menceceh seolah-olah beliau tidak bersalah.

Bukankah Mahathir juga yang menyekat kakitangan kerajaan kumpulan A daripada bergiat aktif dalam UMNO suatu ketika dahulu. Untuk menyekat pengaruh Musa Hitam di awal tahun 80an ketika menjadi Menteri Pelajaran yang lebih disukai oleh kalangan guru-guru, Mahathir telah menyekat guru dan kakitangan kerajaan kumpulan A daripada bergiat aktif dalam UMNO atas alasan yang dijustifikasinya untuk kepentingan masyarakat tetapi sebenarnya untuk mengekalkan kuasa dan bimbang pengaruh Musa Hitam mengatasinya.

Tidaklah boleh Mahathir marah bilamana sekarang ini ramai doktor, jurutera, arkitek, pensyarah dan sebagainya tidak menyertai UMNO. Mereka bukan saja dihalang oleh pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian yang bimbang kuasa terlepas tetapi juga oleh peraturan yang dibuat oleh Mahathir sendiri untuk kepentingan mengekalkan kuasa.

Kurangnya minat golongan cerdik pandai ini terhadap UMNO bertambah lagi apabila melihatkan stail dan corak kepimpinan Mahathir selama 22 tahun yang agak rakus, tertutup dan "dia saja yang betul". Sudah tentulah cerdik pandai yang mempunyai ilmu dan pengetahun ini gagal mengaplikasikan kebolehan mereka dengan stail dan gaya Mahathir itu. Lalu, tidaklah menghairankan apabila mereka lebih memilih Pas misalnya, untuk mencurahkan bakat, ilmu dan pengetahuan yang dimiliki itu. Lebih-lebih lagi Pas begitu mengalu-alukan kehadiran mereka.

Berikutan dasar dan peraturan Mahathir itu juga, mereka yang berpendidikan rendah dan sederhana yang menguasai cawangan dan bahagian dan kemudian dijadikan ADUN, Ahli Parlimen, EXCO kerajaan negeri dan sebagainya itu mula pula berlagak pandai dalam serba-serbinya dan tidak mahu lagi menerima pandangan orang lain.

Memburukkan keadaan terdapat juga mereka yang sudah bergelar pemimpin ini membeli pula pelbagai sijil dan gelaran untuk menonjolkan diri mereka kelihatan "gah" dalam masyarakat. Berapa ramai kalangan pemimpin UMNO sekarang ini yang tiba-tiba sudah bergelar "Doktor" dalam sekelip mata.

Walaupun Mahathir kini seperti menjadi sifu kepada kepimpinan Najib dan cuba menunjukkan kepimpinannya selama 22 tahun sebagai era yang suci bersih dan cuba menolak semua kesalahan kepada pihak lain, hakikatnya semakin banyak beliau bersuara semakin terdedah banyak kesilapan dan kelemahannya. Malahan sesuai dengan peningkatan usianya, Mahathir juga semakin pelupa dan tidak menyedari bahawa kebanyakannya yang disuarakan sekarang hanya memercik kembali ke mukanya sahaja.

Orang Indonesia kuasa penentu PRU13

Subky Latif
SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.

Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.

Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.

Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan tetap lagi.

Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.

Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.

Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.

Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia dalam menentukan kerajaannya.

Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.

Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.

Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.

Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.

Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.

Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah, tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.

Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.

Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.

Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta.

Salahuddin Ayub sahkan tanding di Johor

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akhirnya mengesahkan hasrat mahu bertanding di Johor, kampung halamannya, dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun belum menetapkan mana-mana kerusi, beliau berkata kerusi seperti Pulai, Tanjung Piai dan Batu Pahat "dilihat menarik" untuknya pada masa ini.

"Saya tiada masalah jika pucuk kepimpinan parti sedia beri laluan di kerusi-kerusi yang saya sebutkan tadi," katanya kini yang bertugas sebagai anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

NONEBeliau mengumumkan perkara itu hari ini dalam pertemuan dengan beberapa media terpilih dan penulis blog di sebuah hotel di Skudai.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat dan anggota jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman.

Sementara itu, ditanya tentang khabar angin bahawa beliau berniat untuk menjadi menteri besar Johor jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Johor, Salahuddin sambil tersenyum berkata:

"Soal siapa nak jadi menteri besar, itu mesti diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat dan perkara itu tidak berbangkit langsung buat masa ini."

Lembu berkaki enam hidup normal (Gambar)

ANAK lembu berkaki enam, Lilli di Weissenburg, Switzerland kelmarin.
GENEVA: Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama.

Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang

Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.

Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.

Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. 
-AGENSI-

Ramai Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan, Tokoh-tokoh Umno Mahu PAS Selamatkan Negara

DUNGUN: Ramai bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dinegara ini dan menyelamatkan negara ini dari pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan satu petemuan diantara beliau dengan tokoh-tokoh Umno telah diadakan pada Selasa 27 Mac 2012.

Sebelum itu menurut Ustaz Hadi, beliau turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai-pegawai Tinggi Polis dan Tentera.

“Alhamdulillah, dua tiga bulan lepas, saya dikunjungi oleh bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, Ketua Setiausaha Kementerian bukan sebarangan orang bertemu dengan saya,

“diantaranya Jeneral-jeneral yang bersara, bekas Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,

“baru petang kelmarin saya berjumpa dengan tokoh-tokoh Umno, (mereka mahu) perubahan perlu dibuat untuk selamatkan negara ini, selamatkan sungguh-sungguh!,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, pada Rabu 28 Mac.
[Gambar - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi, menziarahi Haji Salleh, bekas Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Seberang Pintasan yang menderita diserang 'angin ahmar' (stroke), sebelum menyampaikan ucapan di Majlis Ceramah Isu-isu Semasa]
Menurutnya, tokoh-tokoh Umno dari negeri Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor yang pernah menjadi Menteri dan Exco negeri, berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno.

Ustaz Hadi berkata, mereka memaklumkan, yang menguasai masyarakat kampung adalah di kalangan dua, tiga puluh orang Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua-ketua Cawangan Umno dan imam-imam masjid yang mereka lantik.

“Terus terang mereka mengatakan pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan Tok-tok Imam yang mereka lantik,

“20, 30 orang sahaja yang menguasai berates-ratus pengundi, rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya,

Menurutnya, angin perubahan politk negara juga dirasai oleh kalangan para aktivis persatuan dan NGO serta para seniman.

Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli dan penyokong PAS supaya dapat memberikan perhatian kepada perkara tersebut demi menyelamatkan orang-orang Melayu khususnya.

Katanya, perubahan perlu dibuat supaya Terengganu kembali kepada pemerintahan PAS kerana kerajaan PAS pada tahun 1999 hingga 2004, telah membuktikan bahawa PAS boleh memerintah.

Apa muslihat Najib bawa Felda ke BSKL?

WAN NORDIN WAN YAACOB
NASIB Peneroka Felda bagaikan ‘terawang-awang’ dalam kes jika kerajaan me neruskan usaha menyena raikan lagi kepentingan Felda ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) seperti yang dilakukan ke atas Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).
“Untung nasib timbul, un tung sabut tenggelam” inilah ungkapan yang sesuai jika boleh disamakan dalam kes tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Plantations pula selepas gagal berbuat demikian dalam kes Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Faktanya sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010.

Kerajaan mempertahankan kononnya penyenaraian tidak akan menjejaskan hak peneroka mahupun hak tanah mereka.

Namun, seperti hujah Pe ngerusi Persatuan Anakanak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mengapa kerajaan dilihat terlalu bersungguh untuk menyenaraikan kepentingan Felda itu di BSKL?

Malah, kerajaan sendiri meletakkan tarikh tertentu iaitu Mei atau Jun untuk menyenaraikan kepentingan Felda di Felda Plantations sama ada dibantah atau tidak.

Ramai peneroka yang mungkin tidak tahu soal per janjian pajakan di antara Felda Global Ventures dan Felda yang disorokkan.

Pajakan tanah terlibat di mana tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan Felda Plantations berjumlah 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan.

Contohnya tanah Felda sendiri digunakan Felda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi ke dua, resort-resort Felda, ser ta tanah di mana penyelidikan.

Mazlan bimbang de ngan sebarang manipulasi dalam proses itu yang tidak di ketahui peneroka Felda yang akhirnya akan membenarkan sebarang tindakan pihak atasan.

Sementara dalam kes FGVH, ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sendiri akan mendedahkan dakwaan adanya masalah berhubung prestasi semasa syarikat itu dalam pelaburannya.

Ia bagi menyangkal jawapan bertulis yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan, yang menyatakan bahawa keuntungan sebelum cukai FGVH pada 2009 dan 2010 adalah RM203 juta dan RM366 juta.

Lebih kukuh lagi, peneroka sendiri sebenarnya ‘kurang faham’ apakah po lisi baharu kerajaan ini sebenarnya mampu membawa keuntungan kepada mereka, atau sebenarnya tanah-tanah milik mereka akan tergadai suatu hari nanti.

Kerajaan hanya menerang kan secara umum ko nonnya tanah-tanah pene roka tidak akan terjejas.

Tidak keterlaluan boleh disifatkan hajat besar anak kepada pengasas Felda, (Tun Abdul Razak Hussein), Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu membawa Felda ke BSKL sebenarnya ber tentangan dengan hasrat Tun Razak memberi hak tanah kepada rakyat yang miskin.

Kata-kata ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) harus men jadi kayu ukur kepada pe neroka di mana Ku Li menyebut, tanah peneroka ba kal tergadai andai penye naraian ini berlaku.

Kaedahnya mudah, seperti kata Mazlan, selepas 20 peratus daripada 37 peratus pegangan saham hasil penyenaraian dibuka ke pada syarikat luar, pastinya syarikat luar akan mencari jalan memanipulasi ke adaan bagi mendapatkan sasaran mereka (tanah) untuk dimiliki.

Dalam kes tanah di Felda bagi kes-kes kematian pemilik asal, isu perebutan hak tanah dan pembahagian mendatangkan masalah ke rana Akta GSA memperuntukkan hanya ‘seorang’ penama akan mewarisi hak tanah kebun 10 ekar dan lot rumah.

Dalam kemelut begini, Mazlan berani menyimpulkan hampir 85 peratus pe milik tanah berdepan ta waran ‘menggelapkan ma ta’ yang menyebabkan ta nah mereka boleh sahaja menjadi milik asing.

“Jika tidak, mengapa sa saran mereka adalah KPF, dan hak Felda untuk disenaraikan ke bursa saham?” tegas Mazlan mempertikai.

Dalam urusniaga ini, pe neroka boleh sahaja ditawarkan pada harga yang munasabah dan untung pada satu masa, namun akhirnya akan menyebabkan ta nah mereka ‘lebur’ dek pelaburan.

PM, biar saya beritahu kenapa kami bimbang: Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-gate

Robert Phang
PM, biar saya beritahu kenapa kami bimbang: Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-gate
Perdana Menteri Najib Razak harus menunjukkan perubahan sebenar dan elakkan berselindung. Saya rasa terharu pada sambutan Hari Polis ke 205 Sabtu lepas, saya diberi award Rakan Polis 2012 yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri,Dato’Hishammuddin Hussein. Saya agak kaget walaupun saya mengkritik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pimpinan terbaru YDH Tan Sri Ismail Omar masih menganggap saya layak menerima anugerah ini. Ini menunjukkan kesungguhan nya mengubah pasukan polis.


Objektif kerajaan menjadikan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu National Key Result Areas (NKRA) sudah mula menunjukkan hasil. Menurut laporan World Justice Project Rule of Law Index 2011, Malaysia di letakkan sebagai antara negara yang selamat di rantau Asia Pasifik. Ini menunjukkan kemajuan pesat terhadap imej PDRM berbanding semasa ia di bawah IGP yang terdahulu,Musa Hassan.Semasa zaman Musa Hassan, PDRM dibenci, sindiket pinjaman wang haram along menjadi musuh utama negara dan kadar jenayah tinggi terutama jenayah jalanan. Pendekata, rakyat tidak rasa selamat ketika itu. Ada yang berkata ini semua dah berlalu. Tapi masa lalu yang menentukan masa kini dan akan datang.

Polis perlu meningkat kan prestasi atau ketinggalan di belakang

Berkenaan hal ini, suka saya mengiantkan PDRM bahawa imej positif tersebut boleh jatuh semula seperti dahulu. Saya suka mengingatkan PDRM tidak harus menjadi agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dengan melindungi mereka yang kaya dan berkuasa sahaja. .Yang demikian, pujian perlu diberikan kepada Pengarah CCID Dato’ Syed Ismail Syed Azizan, kerana mengumumkan pihak polis telah menyokong tindakan pendakwaan dalam skandal lembu NFC. Hal ini akhirnya memaksa peguam Negara Gani Patail mendakwa suami Shahrizat Jalil,Pengerusi NFC atas tuduhan jenayah pecah amanah. Pengumuman luarbiasa itu adalah satu tindakan bijak dan berani dari Syed Ismail , tidak berselindung yang mana biasanya pihak polis akan dipersalahkan. Ini benar-benar membaiki imej PDRM di mata rakyat.

Sebagai Rakan Polis, saya menyeru rakyat supaya tidak salahnaggap kenyataan yang dibuat Menteri Dalama Negeri Hishammuddin Hussein, berkenaan pendedahan2 yang dibuat oleh mantan Pengarah CCID Dato Ramli Yusuff berkenaan perlindungan,pakatan, penipuan dan salahguna kuasa oleh Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dalam skandal yang dikenali “CopGate Affair”.Apa yang dikatakan menteri tersebut “Buktikan dan kita akan ambil tindakan.Tiada siapa yang kebal dari undang-undang.” Kita mesti melihatnya dengan positif.

Tugas Polis ialah untuk menyiasat, bukan tunduk kepada telunjuk Peguam Negara.AG


Memandangkan Hishammuddin sendiri teleh meminta dibawakan bukti, YDH Ketua Polis Negara Ismail Omar sewajarnya mengambil berat kata-kata Mneteri dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pegawai2 nya. Kuasa polis untuk menyiasat termaktub dalam Akta Polis. Saya berpendapat IGP Ismail Omar dapat tunjukkan sifat serius, objektif dan professional dalam mendedahkan kebenaran dan mendapatkan bukti dengan mengambil langkah-langkah berikut:

>tidak melibatkan Pengarah CID,Bakri Zinin dalam siasatan.Ini untuk melindungi Bakri Zinin dari tuduhan yang beliau ada kaitan dengan AG Gani Patail kerana Bakri juga berasla dari Sabah;

>arahkan penyiasat berfikiran bebas seperti Pengarah CCID Syed Ismail, yang tidak mudah ditakut-takutkan oleh Gani Patail sebagaimana terbukti dalam skandal “Cowgate”;

>tidak membenarkan campurtangan ahli2 politik ketika polis meneruskan tugas2 kerana ikrar tugas professional kerjaya pasukan polis , tidak kira berapa berpengaruhnya ahli politik tersebut;

>tidak meninggalkan sebarang isu pun dari semua lapuran yang di buat oleh Dato’ Ramli Yusuff terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang kini menjadi pengetahuan umum, iaitu kesemua isu disiasat.

a) kesahihan SD pegawai pengiring Musa Hassan berkenaan penglibatan beliau dalam kongsi gelap;

b) kesahihah 10 lagi SD pegawai polis yang lain;

c)kesahihan lain SD dari pemberi maklumat lain berkenaan penyerahan bukti;

d) melindungi Goh Cheng Poh dalam siasatansindiket Along dan campurtangan dalam kerja2 siasatan polis dalam kes itu;

e) akses tanpa izin kepada fail-fail rahsia Cicero;

f) perlanggaran tugas-tugas AG dibawah Art 45 Perlembagaan Persekutuan kerana enggan mewakili dan menyediakan afidavit2 untuk CCID;

g) pakatan mengenakan Dato’Ramli dan 6 orang pegawainya dengan menggunakan kenyataan palsi Moo Sai Chin yang ditahan di bawah undang-undang Darurat;


h)pakatan mengenakan peguam Dato’Ramli;


i) penglibatan AG dalam isu berkaitan Tajudin Ramli/MAS dan samada ada disembunyikan bukti;

j) keengganan AG mendakwa Tajudin Ramli walaupun ada sokongan dari CCID;

k) hubung kait antara AG Gani Patail dengan proksi Tajudin,Shahidan Shafie. Di nyatakan Shidan yang pernah di dakwa atas tuduhan rasuah semasa beliau ialah OC,Cawangan Kongsi Gelap Johor;

l) samada wajar bagi peguam negara untuk bercampur dengan seorang yang mempunyai reputasi tidak baik (Shahidan Shafie) terutamanya jika orang itu terlibat dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis dan MACC. Hubungan baik mereka terdedah ketika skandal Haji beserta gambar-gambar dan lain-lain dokumen Tabung Haji.

m)Hubung kait AG dengan perbalahan syarikat Ho Hup sebagaimana dilihat dari gambar-gambar AG di pejabat Ho Hup dan dakwaan terhadap pihak satu lagi.

Bukan Nazri yang akan buat keputusan

Rakyat kecewa bila Speaker Parlimen menolak usul segera dari MP Subang Jaya R Sivarasa untuk perkara ini dibahaskan di Parlimen Rabu lepas. Kesan intergriti AG Gani Patail kepada keseluruhan sistem keadilan di negara ini. Rakyat melihat kengganan itu sebagai cubaan melindungi sesuatu

Untuk melenyapkan persepsi negatif itu, saya menyeru IGP Ismail Omar supaya melaksanakan tugas perlembagaan nya untuk menyiasat tanpa rasa takut atau pilih kasih. Saya menyeru Ismail Omar supaya mengabaikan kenyataan mengelirukan Nazri Aziz yang kerajaan tidak akan menyiasat lanjut hal ini. Bukan Menteri yang perlu putuskan samada hubungkait AG Gani Patail perlu disiasat seperti juga bukan Menteri yang arahkan GLC untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan Tajudin Ramli.

Skandal anak menteri: Dari mana anak lelaki yang kebal dari undang-undang itu dapat wang yang banyak?


Nazri mungkin menteri undang-undang, tapi beliau tiada kuasa moral untuk memberithau polis bagaimana melaksanakan undang-undang jika beliau sendiri tidak dapak mengawal anak lelaki nya dan pengawal peribadi anaknya berkaitan kes terkini memukul pengawal keselamatan. Menurut lapuran polis yang ada pada saya, anak lelaki Nazri malahan menggunakan kad nama bapanya sebagai menteri untuk memperkenalkan rombongan nya.Bukankah ini salahguna kuasa? Rakyat tidak gemar dengan kes yang dikasifikasikan sebagai mencetus kekecohan dibawah s.160 Kanun Keseksaan. Mencetus kekecohan ialah bergaduh di tempat awam. Pengawal peribadi anak beliau menceroboh kawasan persendirian dan memukul pengawal keselamatan. Bagaimana kah ini boleh dikatakan kekecohan?

Tambahan lagi. Rakyat mula tertanya bagaimana anak lelaki Nazri mampu memandu kereta2 mewah- anak beliau memandu Porsche manakala pengawal peribadi nya Toyota Vellfire? Kenapa dia perlukan pengawla peribadi? Apa urusan perniagaan yang dijalankannya? Adakah kita kan melihat lebih banyak contoh seperti skandal Cowgate dikalangan keluarga dan anak2 Menteri yang hidup mewah beli rakyat diingatkan supaya berhemah dan sentiasa diingatkan tentang kadar inflasi dan belanja hidup yang semakin meningkat. MACC perlu menyiasat samada keluarga Menteri ini hidup diluar kemampuan mereka atau memiliki kekayaan luarbiasa. Lagipun dibawah Akta MACC, semua kakitangan awam yang tertakluk kepada perlu berbuat demikian. Lebih baik Nazri mengawal anak jantannya dan rombongannya supaya mematuhi undang-undang daripada beliau campurtangan dalam urusan polis.

IGP perlu arahkan PDRM supaya bertindak secara bebas. Dari sini dapat dikekalkan “check” dan “balance” dalam institusi kerajaan supaya rakyat rasa selamat dan yakin. Ahli politik datang dan pergi tapi institusi seperti pihak polis tidak boleh di arah supaya menurut saja kehendak dan kemahuan ahli2 politik.

Terlalu banyak bukti yang tidak dapat diabaikan menunjuk kearah Gani Patail


Bukti terhadap AG Gani Patail yang diketahui umum sudah terlalu banyak untuk kerajaan abaikan.

Oleh itu, bagi pihak rakyat, saya merayu PM Najib mendengar suara rakyat. PM patut taju rakyat tidak suka bila beliau menyatakan tidak perlu menubuhkan tribunal untuk menyiasat hal ini. Rakyat tertanya kenapa kerajaan perlu mempertahankan AG sehingga

menjejaskan kredibiliti kerajaan Najib.

Ini hanya akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka yang AG Gani Patail dan Musa Hassan mempunyai pengaruh ke atas PM dan pemimpin kerajaan yang lain.PM Najib perlu melenyapkan ini dengan bertindak.

PM Najib tidak harus hilang tumpuan.PM Najib telh menunjukkan beliau akan mengotakan kata-katanya bila ia melibatkan rakyat. Saya pasti PMNajib ialah seorang yang prihatin terhadap perasan rakyat. Beliau sudah popular dengan berbagai perubahan yang mula berjalan. Jadi jangan rosakkan dengan dakwaan yang menyelubungi AG Gani Patail. Rakyat akan terus menyokong PM Najib jika semua rancangan perubahannya terutama bila rakyat percaya tiada apa yang disembunyikan.


Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin ialah seorang pemimpin masyarakat sivil , Jaksa Pendamai dan mantan ahli panel penasihat MACC.