Hisham Rais: Belum habis gas pemedih ditembak, saya ditanya bila BERSIH 4.0?

Lim Hong Siang
Sungguhpun adegan polis membelasah peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang menyarat dalam laman internet amat menyayat hati ketika disaksikan, namun semangat di sebalik perjuangan ini cukup memberangsangkan. Dalam satu forum semalam, Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengisahkan pengalamannya di situ, melihat bagaimana anak muda bangkit menentang penguasa.

Gambar disumbangkan Abah Anas.
Pada kira-kira jam 6.30 petang, Hishamuddin Rais bersama kawannya duduk di situ sambil memperhatikan bagaimana anak muda berkejaran dengan polis. Apabila polis berundur, anak muda ini kejar dari belakang; dan apabila gas pemedih mata dilepaskan, anak muda itu pula melarikan diri. Kerja-kerja yang suka dilakukan dirinya dahulu, akui Hishamuddin Rais. Kemudian beliau menerima panggilan daripada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, yang memesan agar Hishamuddin Rais "menyuruh budak-budak ini balik".

"Masalah yang paling besar sekali untuk saya ialah memadamkan perjuangan anak-anak muda. Saya tak berani. Apabila tiba-tiba saya lalu situ ada satu budak datang. Dia pandang muka saya. Eh, abang Hisham ke? Ya, betul. Tu masih tembak-tembak (gas pemedih mata di sana). Budak tu tanya, bang, BERSIH 4 bila?"

Semua hadirin bertepuk dan bersorak mendengar ceritanya. Hishamuddin Rais menghabiskan ayatnya, "Saya ingat saya nak tampar dia. Belumpun habis pertempuran, dia tanya pula bila BERSIH 4.0?"

Selepas Hishamuddin Rais (gambar kanan) berkongsi kisahnya, seorang ibu mengambil kesempatan dalam sesi soal-jawab untuk berkata, bahawa dirinya telah bersedia dari segi fizikal mahupun mental, bahkan spiritual, untuk menghadiri BERSIH 4.0.

Demikianlah keadaannya dalam forum "Pasca BERSIH 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'", anjuran Akademi Pak Sako dan laman JalanTelawi.com, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Selain Hishamuddin Rais, panelis yang diundang termasuklah Aziz Bari (Pakar Perlembagaan), Latheefa Koya (pemimpin PKR), Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI) dan Haijan Omar, peguam yang dibelasah sewaktu himpunan BERSIH 3.0. Forum tersebut menarik kira-kira 200 orang, sehingga dewan tersebut penuh dan sesak.

Janji Hishamuddin Rais: Jutaan akan turun


Perbincangan dilanjutkan apabila seorang hadirin bertanya, apa seterusnya apabila kita berdepan dengan tiga kemungkinan senario, dengan pertamanya, Barisan Nasional menang; kedua, Pakatan Rakyat menang dan ketiga, "hung parliament" (parlimen tergantung, situasi di mana tiada parti mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak).


Pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari (gambar kiri) memperingatkan agar media memainkan peranannya untuk menghalang campur tangan istana, seandainya situasi "parlimen tergantung berlaku". Beliau menjangkakan pihak tertentu akan memohon agar istana mencampur tangan, namun Aziz Bari tidak yakin istana mampu memainkan peranannya dengan baik, melihat kepada pengalaman krisis negeri Perak pada tahun 2009.

Berbeza dengan Abdul Aziz Bari, yang mengelak untuk membincangkan senario "seandainya Barisan Nasional menang", Hishamuddin Rais terus menganjurkan perhimpunan jalan raya seandainya Najib Razak bersama kerajaannya menang dengan pilihan raya yang kotor.

"Ini bukan ancaman daripada saya, ini adalah janji," tegas Hishamuddin Rais. Beliau berkata, setelah melalui BERSIH 1, 2.0 dan 3.0, maka rakyat sudah menjadi graduan. Maka tidak perlu lagi rakyat menunggu kenyataan media Ambiga untuk BERSIH 4.0, dan boleh terus menganjurkan perhimpunan sendiri di jalan raya dengan melaungkan "Tipu! Tipu!", katanya.

Tuntutannya agar keputusan PRU dibatalkan, ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru yang bukan dari kalangan ahli UMNO, dan kemudian mengadakan pilihan raya yang baru - seandainya Najib enggan tunduk untuk membersihkan sistem pilihan raya sebagaimana yang dituntut dalam BERSIH 3.0. Untuk Hishamuddin Rais, kemenangan melalui penipuan perlu ditolak oleh rakyat.
.......

Belum sempat beri keterangan dah kena tahan

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR: Keluarga serta rakan-rakan aktivis mahasiswa, Khalid Ismath yang ditahan polis pagi tadi meminta pihak polis "tidak mempermainkan mereka" dan berterus terang apa yang akan dilakukan terhadap Khalid.

Khalid, 22, pada mulanya hanya diminta hadir ke mana-mana balai polis untuk diambil keterangan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.

Namun Khalid yang ditemani ibu bapa, saudara mara dan sekumpuluan aktivis mahasiswa ditahan sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut seorang aktivis mahasiswa yang berada di IPK KL, Ehsan Bukhari, selepas Khalid ditahan, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira jam 11.30 untuk siasatan lanjut.


Selepas itu, dia sekali lagi dibawa menaiki kereta dan dimaklumkan akan dibawa ke IPD Jinjang.



Namun, Khalid yang masih dibenarkan berhubung dengan ahli keluarga memberitatu, dalam perjalanan ke Jinjang, mereka berpatah balik ke IPD Cheras.

Sehingga berita ini ditulis, Khalid berada di IPD Cheras.

"Tadi kami semua ke IPD Cheras, lepas itu ikut ke IPD Jinjang tapi belum sempat tiba, Khalid bagitahu mereka berpatah balik ke IPD Cheras. Sekarang kami nak gerak ke IPD Cheras.

"Kami tak tahu polis tengah main game apa ni. Kami minta polis tolong berterus-terang apa tindakan yang akan dikenakan ke atas Khalid," katanya.

Bekas Ahli Parlimen UMNO Hantar 'Surat Cinta' Pada Najib

Shahbudin Husin
Perdana Menteri Najib Tun Razak menerima satu lagi cabaran menjelang pilihanraya umum akan datang bilamana seorang bekas Ahli Parlimen UMNO, Tamrin Tun Ghafar tiba-tiba menulis sepucuk surat kepada beliau menggariskan beberapa isu yang perlu diselesaikan jika ingin memenangi pilihanraya ini.

Sebelum ini bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir turut mengkritik kepimpinan Najib dan beliau akhirnya mengambil keputusan keluar UMNO.

Dalam surat kepada Najib bertarikh 23 April itu, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka menyebut 15 isu yang perlu diselesaikan Najib iaitu isu lembu NFC, isu cincin US24 juta dan perbelanjaan mewah, isytihar harta, semangat Melayu dan dasar ekonomi, pinjaman PTPTN, campurtangan sistem kehakiman, pengundi hantu dan Bersih 3.0, hubungan dengan Israel, pemilihan calon pilihanraya, peningkatan kos sara hidup, dakwaan biadap wakil rakyat pembangkang, konsep 1Malaysia, bantuan rakyat, royalti minyak dan debat dengan Anwar Ibrahim.

Dalam suratnya itu, Tamrin melihat jika isu-isu tersebut gagal dijelas dan ditangani dengan sewajarnya ia pasti akan menjejaskan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN, sebalikya jika ia dapat dihuraikan dengan baik serta diambil tindakan-tindakan yang sewajarnya, ia akan berupaya memulihkan semula keyakinan rakyat.

Tindakan terbaru Tamrin menulis surat dan mengkritik kepimpinan Najib dilihat sedikit-sebanyak akan menjejaskan persiapan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kerana isu-isu yang dibangkitkan beliau dalam suratnya adalah perkara-perkara yang menjadi percakapan ramai terutama di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Ramai ahli UMNO melihat Najib sebagai pemimpin yang lemah kerana gagal menangani pelbagai isu yang muncul dan membiarkan saja ianya larut dalam pemikiran rakyat walaupun kadang-kadang isu yang muncul itu kelihatan amat mudah untuk diselesaikan.

Sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, Tamrin juga telah berucap di sebuah majlis anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap sebarang usaha untuk mendapatkan piliharaya yang adil dan bersih. Selain beliau, Tengku Razaleigh Hamzah juga menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 ketika berucap di Selangor dan Kelantan.

Selain itu, Tamrin juga turut menerima jemputan menghadiri beberapa ceramah politik terutamanya di Perak, Kedah dan Terengganu dan secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib yang dilihatnya tidak serius melaksanakan perubahan untuk kepentingan rakyat serta negara.

Sebagai bekas Ahli Parlimen dan anak kepada arwah Tun Ghafar Baba, tidak dinafikan surat ini pasti membawa kesan kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya kali ini kerana ini menunjukkan UMNO sudah mulai ditolak dari dalam sendiri.

Rakyat yang sedang mula bangkit dan mahukan perubahan sebagaimana yang tergambar dalam kehadiran kira-kira 300 ribu dalam Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini pasti melihat tindakan Tamrin menulis surat ini sebagai "vitamin tambahan" untuk mereka terus gigih dalam perjuangan.

Di bahagian penutup surat ini, Tamrin juga menegaskan bahawa suratnya ini akan disebarkan kepada rakyat di seluruh negara jika didapati Najib tidak serius melaksanakan perubahan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya. Difahamkan proses mencetak surat ini sedang dijalankan dan ia akan mula disebarluaskan ke seluruh negara sebaik saja ia siap dicetak.

Sebelum ini, Tun Mahathir pernah menulis surat dan mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan akhirnya beliau dipecat daripada UMNO.

Adakah melalui surat ini Tamrin juga akan dipecat daripada UMNO?

Sebagai bekas Ahli Parlimen dan seorang yang sudah cukup matang dan melalui pelbagai susur galur dalam perjuangan, Tamrin tentunya sudah memikir dengan semasak-masaknya dan besedia menghadapi apa jua kemungkinan. Cumanya apakah dengan mengambil tindakan dan memecat seseorang yang mengkritik kepimpinan parti dengan niat yang baik akan berupaya menyelamatkan UMNO dan membawa kecemerlangan dalam keputusan pilihanraya.

Apa pun, hakikatnya "surat cinta" Tamrin kepada Najib ini dan disusuli dengan "keaktifannya" semula dalam pentas politik bukanlah berita baik bagi UMNO dan BN. Dan sama-samalah kita tunggu mungkinkah ada lagi bekas pemimpin UMNO yang akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat ini

Mashitah dah mengamuk pasal BERSIH 3.

Ameno World

Ustazah dah mengamuk. Boleh percaya ke seorang ustazah akan menulis macam neh? Neh ka cara penulisan seorang ustazah dalam kolum akhbarnya? Sejak bila ruangan agama menjadi ruangan politik? Kalau nak berpolitik terus terang sudey jangan gunakan pentas dakwah sebagai medan.

Sebenarnya tak salah sambil berdakwah sambil berpolitik apa seme. Ramai orang buat macam tue. Takde hal pun. Masalahnya ustazah neh kan dia tak mengaku dia neh berpolitik tetapi sebenarnya dia memang berpolitik pun. Maknanya dia nak masyarakat anggap dia berdakwah walhal terang lagi jelas kan dia berpolitik tue.

Aku dengar citer dia bakal calon. Kat mana? Titiwangsa kot. Apa pun tunggu lah bila senarai calon dah di umumkan nanti. Sekarang mari kita tengok apa yang seorang ustazah yang taknak mengaku dia sedang berpolitik bercakap pasal bersih 3.

Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.

Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.

Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar.

Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.

Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.

Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri.

Dia bercakap pasal pakatan rakyat. Bukan cakap pasal bersih. Dia neh pun sama juga macam kebanyakkan yang lain2. Taktau apa beza antara pakatan rakyat dan bersih. Dah penat diperjelaskan. Sampai satu tahap, kita juga akan merasa bosan.

Lepas tue dia bercakap lagi pasal isu2 seks. Yang dah lepas tah betul tah tidak pasal mat sabu tue pun dia ungkit2. Alahai. Baik ko citer pasal macam mana mak dan bapak ko main untuk dapatkan ko.. lagi bagus apa.

Ungkit dan main lah isu2 lepas. Sorry, aku tatau kebenaran kes mat sabu tue oke, tapi kalau nak amek tahu pun buat apa? Benda dah lepas. Ko dan aku siapa nak bercakap pasal benda yang dah lepas kan? Betul tak? Itupun tak pasti lagi kesahihan nya macam mana. Tah2 fitnah. Lagi mampos nak menjawab karang.

Bercakap pasal populariti najib konon. Nak bodek dan ampu je lah yang ko pandai kan ustazah? By the way, kalau najib glamer sangat apa kes keluarkan surat paksa arah ke program anjuran bien ek? Apa kes? Kata popular what.. perlu ke nak arah orang hadir apa seme?

kah kah kah
Mashitah yang kita sayangi dah takde dah..

Ameno : Ustazah, nak join politik ngaku je lah.

Polis Bangga Boleh Pukul Peserta Bersih - Facebook Polis

MalaysiaBerih
Berbangga dapat membelasah peserta BERSIH 3.0 sehingga pecah kepala. Malah beliau seronok jika BERSIH diadakan setiap tahun.Untuk besarkan KLIK imej
Mungkinkah peserta2 Bersih ini yang mereka maksudkan "adalah 5,6 orang pecah kepala..pakai t baton je tibai diorang".Sumber: JKKK FanClub

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Bila orang-orang melihat seorang yg zalim tapi mereka tidak mencegahnya dikhawatirkan Allah akan menimpakan hukuman terhadap mereka semua. -HR. Abu Dawud

Saudara-saudaraku sekalian strategi UMNO/BN ialah untuk membuat kita marah kepada Polis tapi jangan lupa bahwa arahan2 itu datang drpd UMNO/BN..... Jangan pernah lupa kenyataan itu....Tumbangkan UMNO/BN bermakna kita menumbangkan kezaliman. Na'imNikmat
.......

NY Times, ABC News: Demonstrasi dan Rusuhan Dirancang dan Dikepalai Oleh Polis

setisab
Beberapa hari lalu Kerajaan Rakyat cuba meleraikan kekalutan rakyat Malaysia yang dibebani berbagai persepsi buruk terhadap PDRM dalam demonstrasi aman BERSIH 3.0. Demonstrasi aman BERSIH 3.0 bertukar menjadi liar dan ganas seterusnya memberi ruang kepada pihak polis bermaharajalela menzalimi para demonstran BERSIH 3.0 dengan 'tear gas', mortar air, belantan, sepak terajang dan kata-kata kesat. Lebih dari itu sebuah kereta polis dilihat seolah sengaja telah merempuh orang awam mengakibatkan kecederaan para demonstran BERSIH 3.0 dan orang awam yang tidak bersalah.

Tindak-tanduk, perangai, sikap dan segala kelaku polis semasa BERSIH 3.0 atau pada hampir setiap demonstrasi aman dilihat seolah anggota polis Malaysia beribukan syaitan, berbapakan iblis..!!! (Buktinya klik di sini)

Selang beberapa jam selepas kekejaman polis menzalimi orang awam dalam BERSIH 3.0, pihak polis dan pemimpin kerajaan Umno BN menggunakan media arus perdana seperti biasa mengeluarkan kenyataan songsang yang sarat dengan penafian serta pembohongan. (buktinya di sini)

Sebelum kalian tonton video yang mendedahkan keterlibatan pihak polis merancang plot dan skrip demonstrasi ganas dan zalim, sila baca "Sekolah Demonstrasi - Polis Diraja Malaysia". (klik di sini)

Video pendedahan ABC News (di sini)

Khalid Samad Saman Balas Hasan Ali

SHAH ALAM, 4 MEI: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad hari ini mengumumkan akan memfailkan saman balas terhadap Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Menurut Khalid, beliau kini dalam usaha memfailkan saman terhadap Dr. Hasan melalui peguamnya, Hanifa Maidin berhubung dakwaan menggelarnya parasit dalam PAS.

“Saya dalam proses ‘compiling’ bagi kes saman balik ini. Insya-Allah dalam masa dua minggu lagi peguam saya akan memfailkannya di mahkamah.

“Tindakan ini juga diambil ekoran saman yang dikemukakan terhadap saya oleh Dr. Hasan Ali,” jelas Khalid dalam sidang media di pejabatnya di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu menerima surat saman daripada Dr. Hasan pada 27 April lepas di pejabatnya.

“Saman itu berkenaan dengan kenyataan saya sebelum ini yang memohon penjelasan daripadanya mengenai siapa taja beliau yang mana pada waktu itu menjadi perbualan hangat.

“Pertanyaan itu sekadar ingin memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan dari mana sumber dia dapat untuk melakukan road tour dan juga perlancaran pertubuhan ‘Jati’ di SACC (Shah Alam Convention Centre).

“Kita maklum bahawa kesemua itu memerlukan perbelanjaan yang besar, jesteru itulah kita memohon penjelasan darinya, bukannya menuduhnya menerima tajaan dari mana-mana pihak,” ujar Khalid sambil menambah jumlah saman tidak dinyatakan sebaliknya akan ditentukan oleh mahkamah.

Dr. Hasan dipecat dari PAS awal tahun ini kerana dilihat sering mengeluarkan pandangan yang bertentangan dan merugikan PAS. Beliau kemudian digugurkan dari jawatan Exco Negeri Selangor sebelum bertindak menubuhkan Jati yang didakwanya untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja.

Identiti POLIS yang menyerang pendemo BERSIH 3 terdedah.

Amenoworld 
Ketua polis negara dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pendemo yang teraniaya ketika bersih 3 boleh mengadu kepada polis untuk mendapatkan pembelaan. Baik. Mari kita mulakan dengan posting neh terlebih dahulu untuk melihat samada benar atau tidak kata2 ketua polis negara tersebut.

Lihat gambar kat bawah neh dulu ;
Dah lihat? Oke. Perhatikan nama dia tue yang paling penting tue. Perhatikan juga muka2 mereka oke. Dan sekarang lihat pula video kat bawah neh ;
Apa yang sahabat2 aku [semua pendemo bersih adalah saling bersahabat] buat kat atas restoran neh ialah dia makan. Bersama rakan2 dia. Tapi sekumpulan polis tah dari mana datangnya tiba2 menghalau dan melakukan kekasaran ke atas pendemo bersih yang tak buat kacau ataupun langgar arahan.

Apa yang dimaksudkan sebagai langgar arahan? Langgar arahan = berada dalam kawasan dataran merdeka. Selain dari kawasan tersebut, kami tidak melanggar apa2 arahan dan menyerang kami yang berada di luar kawasan tersebut bererti kezaliman dan salahguna kuasa.

So sekarang, apakah tindakan yang bakal di ambil oleh PDRM? Benarkah mangsa2 kekejaman BERSIH 3 akan diadili?

Lagi satu terdapat kekecelaruan maklumat yang ditimbulkan oleh polis2 yang bertugas ketika demo bersih 3 ari tue. Meskipun telah diperjelaskan tidak terdapat sebarang kematian terhadap anggota polis yang diakibatkan oleh pendemo bersih, mereka masih lagi menyebarkan khabar angin yang tidak berasas ke atas kami. Semua neh adalah dipercayai adalah satu konspirasi untuk memburuk2an peserta bersih.

Lihat kat bawah neh oke ;
Mohon agar PDRM bersikap adil. Aku percaya disebabkan khabar angin yang tidak berasas neh lah peserta2 bersih dituduh sebagai pembunuh polis oleh pelbagai facebookers meskipun telah kami perjelaskan banyak kali tiada mana2 anggota polis yang mati ketika bertugas.

Ameno : Sedap jek halau orang tengah makan..

Bukti menunjukan Najib minta AS$1b komisen untuk Perimekar

Aidila Razak


Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

Indon IC 'Laminate' Boleh Menjadi Pengundi Bandar Tun Razak

laniismaa
 
Silap mata yang dibuat SPR, gelap mata kita dibuatnya. Inilah kerja Pengerusi SPR ahli UMNO yang tak kisah dia ahli UMNO.

Persoalan pertama, lihat IC si Mubin, kenapa ICnya seperti lesen kita yang sekadar di'laminate'? Adakah ini juga kerja JPN? Adakah ini IC palsu? Jikalau palsu kenapa si Mubin yang menggunakan kod kelahiran 67-Indonesia berada dalam daftar pemilih?? Boleh menjadi pengundi Parlimen Tun Razak. Sila semak SPR, KLIK!!

Sebagai rujukan ini adalah kod negara yang digunapakai JPN;

Indonesia : 61
India :75
Vietnam :68
Thailand : 67
Bangladesh : 79
Filipina : 65
China : 74
Myanmmar : 64

Lihat rupanya, jawab iklas hati, adakah dia benar-benar warganegara Malaysia. Kalau warganegara kenapa ICnya sedemikian...Alamatnya menunjukkan dia menduduki Rumah Pangsa Sri Sabah, rumah PPR. Mudah pula si Indon ini mendapat rumah PPR?? Siapa yang berikan??

Kita sedih kalau penipuan begini boleh berlaku kerana Pengerusi SPR ahli UMNO yang akan menjadi penipu untuk UMNO.

BERSIH 3.0 telah dilaksanakan, pelbagai pihak juga dengan pelbagai usaha juga dilaksanakan. Akhirnya kita perlu kembali kepada-Nya. Jangan minta laknat kepada yang melakukan penipuan tetapi kita minta hidayah untuk hatinya. Bob Kuman pun telah dipanggil-Nya, nanti tiba giliran semua!!!!

Azmin saman Utusan RM100 juta

KUALA LUMPUR 3 Mei: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menuntut Utusan Malaysia menarik balik tuduhan mengaitkan dirinya dengan gambar lucah palsu atau berdepan saman RM100 juta.

Bercakap dalam kenyataan media, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuntutan itu dibuat kepada Utusan Melayu (M) Berhad melalui peguamcara Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.

Menurut Surendran, dalam surat itu, Azmin turut memohon akhbar kawalan Umno BN itu memohon maaf secara terbuka kepadanya.

“Azmin memandang serius tuduhan fitnah yang diedarkan Utusan Malaysia ke seluruh negara.

Justeru beliau memulakan prosiding undang-undang untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik,” katanya.

Surendran berkata, laporan tersebut bermotifkan politik dan tidak mencerminkan etika kewartawanan.
Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab terhadap penyiaran gambar palsu memandangkan beliau adalah presiden kepada parti yang memiliki akbar tersebut.

“Mustahil Utusan Malaysia boleh menyiarkan gambar lucah palsu yang mengaitkan Azmin tanpa kelulusan dan pengetahuan Najib,” katanya.

Azmin menjadi mangsa terbaru fitnah bloger Umno kononnya beliau melakukan adegan seks dalam tandas.

Bersih 3.0: Semakin banyak polis bercakap semakin benci rakyat kepada polis

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Semakin banyak polis membuat kenyataan mengenai Bersih 3.0, semakin membara kemarahan rakyat, kata Timbalan Presiden Mohamad Sabu.


"Kita tahu, tujuan mereka hendak buat 'damage control' atau hendak kawal kemusnahan imej Umno dan polis sendiri.

"Baguslah, cakaplah banyak-banyak dan tulislah banyak-banyak tak kiralah dalam TV atau di mana-mana sekalipun.

"Lagi banyak mereka cakap, makin berapi-api kemarahan rakyat," katanya.

Menurut Mohamad, pihak penganjur Bersih 3.0 tidak perlu menerangkan apa-apa kerana pelbagai gambar dan rakaman kejadian serta pelbagai pengakuan rakyat biasa yang menyertai himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu menerangkan segala-galanya.

"Permohonan maaf Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) kepada jurugambar Malay Mail (Muhammad Arif Kartono) sekali lagi membuktikan pembohongan media-media Umno yang terang-terang dan secara bertulis menuduh peserta perhimpunan Bersih yang pukul jurugambar itu," katanya.

Mengenai dakwaan Ismail bahawa penggunaan air berkimia terhadap peserta Bersih 3.0 cara yang "paling kurang menyakitkan", Mohamad menjemput Ketua Polis Negara itu berada di barisan hadapan perhimpunan rakyat yang diserang meriam air polis apabila beliau bersara nanti.

"Bila dia pencen nanti, bolehlah kita ajak Ismail berdiri di hadapan sekali bila polis serang dengan perhimpunan kita dengan meriam air. Tak ada apa-apa, sakit sedikit sahaja.

"Kalau kelonsong gas pemedih mata kena kepala pun tak mengapa sebab rasa dia macam keropok kelonsong ais krim," Mohamad menyindir.

Beliau mempersoalkan, adakah selepas ini Ketua Polis Negara akan mendakwa tindakan polis mengganasi peserta perhimpunan aman itu juga "yang paling kurang menyakitkan"?

"Polis pukul orang, pijak, tendang, terajang mereka yang tidak lagi berhimpun, orang yang berada dalam perkarangan masjid hendak bersolat ketika azan sedang dilaungkan, sedang berjalan hendak pulang, hendak naik kenderaan awam, sedang makan dan minum di restoran-restoran dan di gerai-gerai, adakah Ketua Polis Negara hendak kata itu semua yang paling kurang menyakitkan?" beliau mempertikaikan.

Mengenai ancaman polis hendak memburu mereka yang didakwa sebagai "perusuh Bersih 3.0", Mohamad yakin jika orang yang tidak bersalah yang ditangkap dan dianiaya, ia akan menambahkan lagi kemarahan dan kebencian orang ramai.

"Rakyat tahu, hampir semua orang tahu, ada anggota pasukan tertentu yang sengaja ditugaskan untuk mencetuskan kekecohan dan menghuru-harakan keadaan. Tangkaplah mereka sama kalau betul ikut undang-undang.

"Tak perlulah pura-pura tak tahu atau hendak tunjuk pandai dalam kebodohan yang sangat ketara di mata rakyat. Rakyat sudah lama tahu kerja jahat mereka,"katanya.

Mohamad juga yakin apa yang berlaku yang berlaku pada tahun 1999 dan 2008 lalu akan berulang.

"Menjelang pilihan raya 1999, TV dan media pro-Umno menggila habis-habisan menunjukkan rakaman dan gambar penunjuk perasaan yang digambarkan ganas.

"Bila tiba pilihan raya, hanya kira-kira 35 peratus sahaja orang-orang Melayu mengundi Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Taktik yang sama juga, katanya, digunakan menjelang pilihan raya 2008 dengan menggunakan rakaman dan gambar-gambar dalam perhimpunan Bersih 1o November 2007.

"Akhirnya, hadiah kepada Umno kerana menggunakan taktik lapuk itu ialah ia kehilangan empat lagi negeri selain Kelantan yang gagal dirampasnya walaupun mencuba bersungguh-sungguh," kata

Mohamad bagaimanapun tidak hairan jika Umno mangulangi lagi taktik dan kebodohan yang sama.

"Mereka sudah tidak tahu buat apa-apa lagi untuk menahan gelombang kebangkitan rakyat.

"Satu-satunya cara mereka tahu ialah bertindak ganas ke atas rakyat yang menolak mereka," katanya.

Beliau yakin, keganasan yang memangsakan rakyat dengan kejam itu akan menghukum Umno dan BN dengan lebih teruk.

Bob Kuman disemadi di Rantau

Harakahdaily
PETALING JAYA, 3 Mei: Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi mengimamkan solat tersebut kira-kira jam 9.20 malam yang disertai lebih 200 jemaah.  

Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam.

Puak asabiah tentu tidak mengerti gambar ini

Tuan Ibrahim Tuan Man
Bagi mereka yang berfahaman asabiah menebal tidak akan mengerti gambar di bawah.
Bila terjumpa manusia dalam kesusahan, yang difikirkan otak mereka:

1. Adakah mereka sebangsaku?
2. Adakah mereka penyokong benda haram yang ditegah agamaku?

Nilai kemanusiaan hilang daripada puak-puak asabiah yang menebal ini.

Dalam fahaman mereka, lebih elok membiarkan seseorang itu mati tanpa pembelaan kerana fahaman sempit perkauman mereka.

Ini adalah sungguh tragis bagi sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun.

Dalam Islam, jelas fahaman asabiah ini ditegah dan dicemuh.

Quran 5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Semuanya adalah milik Allah, dan ciptaan Allah. Manusia memang dilahirkan bangsa lain-lain, kulit lain-lain, wajah lain-lain - mencari hidayah dalam kehidupan.

Islam menyarankan kita adil kepada semua - menolong mereka yang tertindas akibat ketidakadilan.

Seperti kata firman di atas, "sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa" -- berapakah yang sudah menjauhi taqwa kerana sanggup menyokong ketidakadilan, kezaliman dan penindasan?

Tanyalah sendiri, mengapa fahaman asabiah menebal di Malaysia?

Tanyalah sendiri, mengapa data pengundi yang dikeluarkan SPR berbentuk asabiah? Mengapa dibahagikan sebegitu rupa?

Tanyalah sendiri, perlukah dihabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk mempromosikan konsep 1Malaysia, walhal perkara asas menjurus kepada asabiah tetap dikekalkan?

Tanyalah sendiri, siapa yang boleh membawa rakyat Malaysia ke arah seperti gambar di atas, dan siapa yang membawa rakyat Malaysia jauh daripada situasi gambar di atas?

Dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia, tanyalah mengapa gambar di atas menyentuh hati dan menyayukan hati?

Kerana kita tahu, kita boleh hidup sebagai rakyat Malaysia yang diinginkan dalam hati terpendam, tetapi sudah diperbodohkan dan diperlagakan selama ini demi survival politik pihak-pihak berkepentingan.

Bob Kuman meninggal dunia 4.38 petang ini

Jenazah
Harakahdaily
PETALING JAYA, 3 Mei: Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.
(Gambar: Jenazah Bob Kuman dibawa masuk ke dalam van dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan disolatkan.)
Jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.
Pada 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan. (Atas)