DUN Chempaka Kesan Pertambahan 35 Pengundi Dalam Sebuah Rumah

AMPANG, 25 MEI : Iskandar Abdul Samad hari ini mendedahkan terdapat pertambahan pengundi meragukan di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini serta pertambahan penduduk ketara sejak 2008.
Katanya, di tiga lorong itu bagi 10 rumah dari 2007 hingga tahun lalu mencatat pertambahan 236 orang dan ini mendatangkan keresahan kepada penduduk.

“Kalau kita lihat yang paling ketara ialah Lorong Cantik di rumah nombor lima, tahun 2007 ada lapan pengundi tetapi yang terkini sehingga 2011 ada 43 pengundi bermakna ada pertambahan 35 orang.

“Tidak mungkin dalam rumah sebegini akan bertambah begini ramai dalam masa empat tahun, begitu juga rumah-rumah lain yang dilihat bertambah hingga satu rumah ada 10 orang baru,” katanya yang juga Adun Chempaka.

Iskandar berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan dan melakukan tindakan sewajarnya berhubung pendedahan ‘pengundi hantu’ ini.

Tambahnya ia tidak mungkin dilakukan individu tertentu tetapi pihak berkepentingan.

“Walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun ini telah tamat tetapi demi kredibiliti SPR ia tidak sepatutnya berdiam diri,” ujarnya.

Seorang penduduk, Mohd Fauzi Ariffin, 26, berkata ayahnya Ariffin Sahak, 76, tinggal bersendirian di rumahnya sejak sekian lama tetapi kini dikatakan terdapat empat penghuni baru yang tidak dikenali.

“Semakan mendapati ada empat orang menetap di rumah saya di Lorong Kemajuan 1. Memang saya tak mengenali dan tak tahu siapa mereka ini.

“Tahun 2007 hanya ayah saya seorang didaftarkan di rumah ini,” katanya.

Iskandar berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu dari penduduk tempatan dan ia adalah memeranjatkan.

Malah, siasatan mendapati DUN Chempaka mendapat pertambahan pengundi baru kira-kira 25 peratus, ini menunjukkan peningkatan seramai 8,000 pengundi dari 32 ribu kepada 40 ribu pengundi

“Hasil kajian ini adalah bukti bahawa terdapat usaha yang terancang untuk memindahkan pengundi-pengundi ke dalam kawasan DUN tertentu di Selangor.

“Mereka yang melakukan pemindahan ini mungkin berpandangan bahawa untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui proses pilihan raya biasa kemungkinan besar tidak akan berjaya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kalau tak bohong, bukan Utusan namanya

Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, hari ini sekali lagi kalah saman apabila fitnahnya terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad terbukti berniat jahat.Utusan sudah kalah saman asal itu dan hari ini rayuannya ditolak, maka sekali lagi kalah tersungkur dalam lumpur fitnah ciptaannya sendiri.

Dalam laporan Harakahdaily, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Utusan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan alat propaganda UMNO itu membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Abd Samad kerana fitnah berita muka depan 10 September 2009 yang bertajuk “Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’”.

Mahkamah Tinggi pada 21 November lalu telah memutuskan bahawa berita itu adalah fitnah. Antara lain fitnah yang dijadikan berita tersebut memetik seorang Ahli Parlimen yang mendakwa Khalid memutarbelitkan Al-Quran untuk “mempertahankan pembinaan kuil”.

Bohong

Tajuk pojok ini meminjam tajuk tulisan blog Aspan Alias yang berjudul “Kalau tidak berbohong, bukan UMNO namanya” pada Selasa lalu. Utusan ini sama seperti tuannya, sebagaimana yang digambarkan oleh blogger Aspan: “UMNO sebenarnya ibarat orang tua yang sakit…Apabila rakyat tidak mempercayai pembohongan mereka, UMNO bertindak pula untuk membohongi diri mereka sendiri…Mereka akan terus berbohong dan berbohong.”

Kerana itulah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP sentiasa menjadi sasaran fitnah oleh Utusan dan para pemimpin UMNO serta puak pecacai mereka yang sudah hilang arah dan tidak punya maruah lagi.

Pada Disember tahun lalu, Utusan yang memfitnah Guan Eng telah diarah oleh mahkamah untuk Setiausaha Agung DAP itu sebanyak RM200,000. Justeru, mahkamah membuktikan bahawa fitnah Utusan memang tidak boleh dipercayai kerana mendapati Guan Eng bukan anti-Melayu atau anti-Islam.

Propaganda

Namun, alat propaganda UMNO itu masih tidak serik dan terus menabur fitnah. Seolah-olah Utusan menganggap orang Melayu tidak cerdik serta mudah difitnah.

Habis agama dan kaum dipermainkan Utusan semata-mata untuk mempertahankan kuasa UMNO yang semakin tidak relevan.

Seperti kata Aspan dalam blognya: “Sementara masih ada kuasa sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu dengan sepuas-puasnya. Selepas pilihanraya nanti mungkin tidak dapat lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya.”

Kuasa

Jika rela darah daging kita disalut fitnah setiap hari, maka UMNO-BN lah pilihan kita. Jika mahu kerajaan yang bersih, adil dan saksama, maka kita perlu berani membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Kuasa ada di tangan kita sebagai pengundi. Jika disia-siakan kuasa yang ada, bersedialah untuk terus menderita dilanda fitnah, maka tergadailah maruah bangsa Malaysia sebagai bangsa yang mudah dicucuk hidung oleh pemerintah sendiri. 
-Roketkini.com-

Masyarakat Cina Sambut Kepulangan YB Salahuddin Ayub

Nusajayakini

GELANG PATAH - Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin Sutera.


Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini.

Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela nasib rakyat Johor.

"Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada saya"


"Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya itu.



Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina. Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan YB Teng Cheng Kim

Yang suka bertindak ganas bukan PAS -TGNA

ZUMURNI HAMZAH
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
MACHANG: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini.

"Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.

"Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini.

Mayat bayi dalam periuk

Mayat bayi dalam periukBATU PAHAT: Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang, terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa.
Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.

Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.

"Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.

“Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, isteri kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya," katanya.

Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak.

"Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ," katanya.

Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.

"Puas saya bertanya dengan semua jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak berhasil.

"Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi," katanya

Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.

“Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.

“Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma dan enggan ditemu ramah. Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di rumah pada masa kejadian
kerana berada di sekolah.

Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

Kapal terbang ini tidak menggunakan setitik minyak pun untuk terbang sejauh 2, 500 kilometer


PESAWAT berkuasa solar, Solar Impulse berlepas dari Payerne, Switzerland kelmarin.- AFP
MADRID, Sepanyol: Pesawat berkuasa suria Switzerland, Solar Impulse selamat mendarat di sini semalam sekali gus menamatkan peringkat pertama misi penerbangan rentas benua tanpa menggunakan bahan api.

Juruterbang, Andre Borschberg menerbangkan Solar Impulse dari sebuah lapangan terbang kecil di Payerne, barat Switzerland sekitar pukul 8.30 pagi (waktu Swiitzerland) kelmarin.

Pesawat berkenaan berlepas ke bandar Rabat, Mahgribi melalui bandar raya ini dalam perjalanan sejauh 2, 500 kilometer.

Penerbangan kali ini adalah yang terjauh buat Solar Eclipse selepas pesawat tersebut terbang ke Paris dan Brussels pada tahun lalu.

"Penerbangan ini berjalan dengan lancar dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan ahli meteorologi yang banyak membantu kami," kata Borschberg.

Solar Impulse memiliki sayap panjang seperti pesawat komersial jarak jauh dengan berat menyamai sebuah kereta.

Pesawat berkenaan memiliki 12,000 sel solar bagi menjana empat enjin elektrik.

Kapal terbang berteknologi tinggi ini dijadual terbang mengelilingi dunia pada 2014. 
-AFP/kosmo-

Ketahuilah bahawa samseng Umno itu benar

Ahmad Tajdid
CHE DET buat lagi. kali ini mantan PM itu mendakwa kononnya Pakatan Rakyat yang bakal tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Dakwa Tun Mahathir Mohamad, pembangkang (Pakatan Rakyat) seterusnya akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwa beliau dalam blognya.

Begitulah Mahathir, seorang pengamal politik Machiavelli yang tidak sudah-sudah dengan taktik 'reverse psychology'nya ketika berhadapan lawan politik.

Tidak seperti di era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang sering dikecam beliau, Mahathir memilih untuk membantu menyerang Pakatan Rakyat dan menyembunyikan ketidakpuasan hatinya terhadap pentadbiran Najib. Alasannya mudah. Beliau tidak mahu BN yang semakin lemah hilang kuasa dan seterusnya membolehkan seteru politiknya, Anwar Ibrahim menerajui Putrajaya.

Oleh itulah kita lihat kini Mahathir lebih banyak memberi komen berhubung politik negara berbanding isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor!

Walaupun di awal pentadbirannya, Che Det mengkritik dua mantan PM iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn kerana didakwa selalu bersuara mencampuri urusan pentadbiran negara, kritikan beliau nampaknya terkena batang hidung sendiri apabila gemar bercakap mengkritik penggantinya pula.

Kepakaran Dr Mahathir sebagai seorang 'spin doctor' boleh dilihat dalam isu samseng politik yang kian menjadi-jadi sekarang ini.

Walaupun para pemimpin Umno bersungguh-sungguh menafikan pembabitan parti itu dalam beberapa kejadian di seluruh negara, umum mengetahui siapakah dalang dan punca kejadian samseng-samseng itu mengganas.

Kejadian terbaru membabitkan ceramah anjuran KeADILan di Lembah Pantai. Ceramah yang disampaikan Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar 24 Mei lalu dicemari insiden keganasan apabila pemimpin dan hadirin dilempar batu dan telur oleh Pemuda Umno. Seorang warga emas terpaksa dikejarkan ke klinik kerana tercedera terkena batu di kepala.

Motif Umno mengadakan ceramah lebih kurang 100 meter daripada lokasi ceramah anjuran KeADILan itu juga bertujuan mewujudkan ketegangan. Apatah lagi ceramah itu disampaikan penglipurlara cerita lucah dan porno Umno, Umi Hafilda Ali. Malah Umi Hafilda dilapor memekikkan perkataan "Anwar al-Jub*ri. Dia pro-Israel. Dia bapa kaki perempuan" bagi menenggelamkan ceramah Anwar.

Hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai juga dilapor menghalang jalan utama menghala ke ceramah KeADILan dan membawa sepanduk bertulis "Anwar punca keganasan di negara ini".

Ucapan Nurul Izzah turut tertangguh 15 minit apabila bekalan elektrik sengaja dipotong.

Walaupun Umno Lembah Pantai yang dipimpin Raja Nong Chik menafikan terlibat dalam insiden ganas dan sabotaj itu, bukti-bukti yang wujud tidak boleh menafikan penglibatan Umno.

Begitu juga dengan insiden yang menimpa Anwar di Johor dan Pahang apabila kereta milik Ketua Pembangkang itu menjadi mangsa tindakan samseng upahan Umno.

Di Melaka, program menampilkan Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga baru-baru ini turut diganggu samseng. Malah Adun (Umno) Serkam dan Ahli Parlimen (Umno) Jasin turut dikesan berada di dalam kawanan gerombolan samseng tersebut.

Beberapa kejadian kacau ganggu di hadapan kediaman S Ambiga pasca himpunan bersih 3.0 punya kaitan dengan samseng Umno. Walaupun pihak-pihak terlibat melindungi kegiatan samseng mereka di sebalik nama badan bukan kerajaan (NGO), carian di internet membuktikan penglibatan mereka dengan Umno.

Walau bagaimana kerasnya penafian pemimpin Umno terhadap pembabitan parti itu dengan gerombolan samseng, Umno tidak boleh bersembunyi di sebalik lalang nan sehelai. Di Melaka sebagai contoh, budaya samseng politik dipelopori Pengerusi Perhubungan Umno yang juga Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sendiri.

Menjadi hobi kepada Mohd Ali untuk mengadakan 'ceramah kilat' berhadapan lokasi pentas ceramah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Mohd Ali akan menjerit-jerit menggunakan pembesar suara bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat walaupun yang berada di hadapannya hanyalah sekitar 20 atau 30 orang penyokong Umno/BN.

Di Terengganu, sikap yang sama ditunjukkan pemimpin Umno apabila menganjurkan siri kempen "PAS Parti Ajaran Sesat". Apa yang melucukan, tatkala ghairah menuduh PAS sebagai 'sesat', Umno masih teringin untuk bermuzakarah bagi mencapai 'perpaduan ummah'. Begitulah hebatnya Umno bersandiwara untuk mengekalkan kuasa.

Walaupun tindakan provokatif dan samseng Umno ini dilakukan secara berleluasa, namun ia tidak langsung dilihat sebagai satu ancaman oleh pihak yang bertanggung jawab terhadap keselamatan negara. Hatta mantan Ketua Polis Negara sendiri menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'bapa kafir' hanya semata-mata kerana menyokong perhimpunan duduk, bantah Bersih 3.0.

Mungkin juga pihak polis berasa 'malu alah' memandangkan penaja dan pelopor kegiatan samseng ini ialah para pemimpin Umno yang sebahagiannya ialah memimpin kerajaan. Kumpulan-kumpulan samseng ini juga berselindung di sebalik nama NGO. Mereka juga mendapat pelbagai gelaran yang dianugerahkan pemimpin Umno. Antaranya "benteng ketiga pertahanan negara".

Tidak hairanlah jika ada penganalisis politik meramalkan PRU13 akan datang bakal menjadi PRU paling buruk dalam sejarah negara. Kegiatan samseng politik akan sampai ke kemuncaknya pada waktu itu. Dan tidak seperti tanggapan Dr Mahathir, kegiatan samseng dan ganas itu bukan dipelopori Pakatan Rakyat tetapi didalangi BN yang sudah tentunya diterajui Umno!

'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'

Sekumpulan pekerja Burma menyatakan perasaan tidak puas hati dengan serbuan polis dan imigresen ke setinggan mereka di Kajang yang menyaksikan 31 telefon bimbit dan wang tunai RM11,000 dirampas.

Di samping itu, 14 orang turut ditahan.

Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.

Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang berdekatan.

"Saya percaya mereka memerhati dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George Harrison yang mewakili pekerja asing itu.

Pembantu jemaah paderi itu memberitahu Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik.

Disergah Jingga 13, PERKASA Pulau Pinang tak jadi nak mengganas.. (Video Inside)

AnakSgDerhaka
Inilah sifat sebenar mereka sebenarnya, semakin dibiarkan semakin menggila perangainya, bertindak umpama manusia tidak bertamaddun tetapi apabila disergah apa yang nak dibuat terhenti begitu saja..
Mohd Ridzuad Azudin,Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang baru saja selesai membakar 10 ‘T’ Shirt BERSIH 3.0 di Jalan Teck Soon apabila Ketua Pemuda PKR Amir Ghazali dan Jurucakap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyergah tindakan PERKASA itu.

Mohd Ridzuad Azudin,Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang baru saja selesai membakar 10 ‘T’ Shirt BERSIH 3.0 di Jalan Teck Soon apabila Ketua Pemuda PKR Amir Ghazali dan Jurucakap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyergah tindakan PERKASA itu.
Dengan menyifatkan tindakan PERKASA itu seumpama samseng mereka memberitahu Ridzuad bahawa dia sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng bukannya melalak tak tentu pasal.

"Kami dah meluat dengan perangai umpama samseng itu," kata Amir dan Mohd Ikhwan kepada pemberita.

Mohd Ikhwan juga mengutuk tindakan PERKASA yang telah mengadakan pengebumian Hindu olok-olok bagi Guan Eng pada 10 Mei dan tindakan ganas mereka mengganggu Himpunan Hijau perhimpunan anti-Lynas di Esplanade pada 26 Feb lalu.

Beliau juga mengecam Ridzuad yang menunjukkan dan melambai kasut pada Guan Eng semasa perhimpunan anti-Lynas itu diadakan.

"Hari ini mereka dibakar Bersih kemeja-T. Ia adalah menjijikkan dan memalukan untuk membiarkan PERKASA melakukan semua ini di atas nama Melayu dan Islam, "katanya.

Mohd Ikhwan berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Ridzuad tentang isu-isu pembangunan Melayu di Pulau Pinang.

Beliau berkata, beliau gembira dengan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk orang Melayu setakat ini.

Hmm.. Encik Ikhwan.. anda salah.. hang tu Melayu.. Ketua Wira PERKASA tu mamak.. lain kali bagitau kat mamak tu.. Melayu Pulau Pinang tak pernah lantik dia untuk membela nasib Melayu..

Berikut adalah video dari tempat kejadian.. dalam video ini anda akan menyaksikan Ketua Wira PERKASA itu mendakwa bahawa dirinya berjuang untuk rakyat... sejak bila rakyat Pulau Pinang lantik dia entahlah..

Terima Kasih Utusan! kerana menyumbang RM60,000 kepada Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam

Khalid Samad
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menjadi penyumbang terbanyak kepada Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam setakat ini iaitu sebanyak RM60,000. Pihak kami juga sedang mengusahakan sumbangan dari YB Hamidah (Perak) dan Novandri (Penang), yang mana kes tersebut akan didengar tidak lama lagi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam

Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal

Husin Lempoyang

Hari minggu lepas, Husin pergi ziarah kawan di Bangi. Sambil makan tu, member Ana tanya, bila agaknya pilihanraya.

"Manalah ana tahu benda-benda ni ...," Husin jawab, "Ana hanya saudagar unta dari Cairo."
"Sudahlah Husin. Jangan kau bawak temberang blog Husin Lempoyang kau di sini. Kamu tahu tu!"

"Sumpah ana tak tahu. Ana rasa Dato Najib pun tidak tahu tarikh pilihanraya. Lagikan ana ni ...," ana cuba yakinkan.

"OK lah Husin. Aku kasi kamu info ini, Kamu kasi aku tahu tarikh pilhanraya. Aku nak buat gathering kawan-kawan tapi masing-masing tunggu ditentukan tarikh pilihanraya," Sahabat ana terangkan.

"Kamu tahu tak Dato Najib dah buat keputusan akan ambil Dato Syahrizat dan Dato Shafie bertanding?"

"Biat betul ... takkan Dato Najib flip flop?" Ana bertanya

"Dia sudah flip flop itu MAS-Air Asia, tangga gaji kerajaan dan macam-macam lagi," sahabat ana terangkan

"Kalau begitu, mana Syahrizat nak bertanding? Raja Nong Chik pasti tanding di Lebah Pantai. Shafie mesti di Semporna, Sabah."

"Takkk ... kawasan lain."

"Mana pulak?" Ana tanya

"Sharizat tanding di Menglembu. Shapie Apdal di Menggatal."

"Hahahaha ... siul la lu brader. Macam gitu aku tahu bila pilihanraya?"

"Bila? Bila? ..." tertanya kawan ana.

Nak tahu bila pilihanraya? Sabar dulu .... hehehe.

Shahrizat dan Shafie Apdal tanding di mana?

Anak kecil ini perlu bantuan anda

Salmiyah Harun
(Adik Nurliyana menghidap sakit jantung yang luar biasa)
KUALA LUMPUR: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun, Md Azhar Ehwan terus tabah dalam menghadapi ujian yang sedang ditempuhinya apabila anak ke-4 beliau Nurliyana 6 bulan, terlantar di hospital kerana masalah jantung.

Adik Nurliyana yang disahkan mengidap penyakit jantung ALCAPA di mana kes ini jarang berlaku di negara ini.

Nurliyana kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sedang menunggu keputusan dari IJN, sejak seminggu yang lalu. (gambar bawah)
Di Malaysia, setakat ini hanya empat orang kanak-kanak dilaporkan mengidap penyakit ini termasuk adik Nurliyana.


Ketika dihubungi, Azhar memberitahu Nurliyana mula menunjukkan perubahan negatif sebaik sahaja anaknya dilahirkan.


"Sejak bayi, Liyana kerap demam, kerap menangis. Waktu itu, kami tidak syak apa-apa cuma menganggap mungkin alahan susu," katanya.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian imbasan X-Ray dan ujian MRI, Azhar amat terkejut apabila doktor memberitahu jantung anaknya membengkak.

Lebih mengejutkan, Azhar turut dimaklumkan doktor, pesakit yang mengidap penyakit itu hanya dapat bertahan selama setahun.

Bagi mengubati penyakit anaknya itu, Azhar perlu mendapatkan sejumlah RM30,000 untuk pembedahan anaknya di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau yang bekerja di sebuah kilang di Johor dengan gaji yang tidak seberapa, mustahil baginya untuk mendapatkan peruntukan sebanyak itu.

Justeru, beliau memohon jasa baik orang ramai yang berkemampuan dapat membantunya untuk mempercepatkan proses pembedahan Nurliyana yang perlu dibedah dengan segera.

"Bagi yang kurang berkemampuan, sudilah kiranya mendoakan Adik Nurliyana agar selamat serta berjaya semasa pembedahan tersebut," ujarnya.

Orang ramai yang bermurah hati bagi membantu adik Nurliyana sihat seperti anak-anak yang lain bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 151043012835 milik Md Azhar bin Ehwan.

Ataupun boleh menghubungi beliau di talian 019-7527378, untuk berkongsi pengalaman atau memberi kata-kata semangat kepadanya.

Terhot. Siapa sebenarnya Taiko Samseng ??!!! sendiri mau tau

abuluqman
Pemecah Berita Terhot... Siapa Taiko Budaya samseng ? sendiri mau tau..
Samseng Pro BN ditangkap ketika ganggu ulang Tahun Pakatan rakyat Selangor.
Rentetan kejadian insiden Sabtu di Merlimau
Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur
100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga
Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ulasan isu, budaya PR bukan nak cari gadoh..kita mahukan keamanan, tetapi mereka ini telah dirasuk oleh seseorang mereka supaya menggangu serta mengugut serta menakutkan. inilah dinamakan budaya gangster..siapa taikonya...sendiri mau tau !!!!!!! Sedutan dari Malsikini yang lepas dan blogger... tersohor."

VIDEO TERKINI! Maharaja Lawak Sanhuri!

perakitedaily
Hidup Umno! Hidup Dap!
Kisah si meroyan yang nak u-turn. tetapi udah terlajak

Bukti pengiraan Salahuddin akan menang kalau bertanding di Pulai

Cenangau  

SEMALAM aku ada tulis satu posting bertajuk "Nur Jazlan yang menang majoriti 20,449 pun kecut perut dengan Salahuddin?"


Antara lain aku tulis pasai Nur Jazlan, ahli Parlimen Pulai yang kecut perut pasai dia berkemungkinan besar akan ditentang oleh Salahuddin Ayub.

Aku pun sebenarnya agak mushkil jugak pasai apa kerusi parlimen Pulai dipilih sebagai tempat yang mungkin Salahuddin Ayub akan bertanding selain Batu Pahat dan Tanjung Piai. Pasainya di kerusi tu calon PAS masa PRu13 kalah lebih 20ribu undi.

Bukan setakat kalah dengan majoriti yang besar tapi kerusi yang calon PAS bertanding dan kalah dengan majoriti paling besar dalam banyak-banyak kerusi yang calon PAS bertanding.
Bila ditengokkan komposisi kaum di parlimen Pulai tu dengan peratus kaum cina yang agak besar, memang nampak macam kalau Salahuddin Ayub bertanding kat situ peluang untuk dia menang memang ada.

Hari ni, saja aku cari di google dan aku jumpa satu laporan yang menganalisa keputusan kerusi-kerusi yang calon PAS bertanding masa PRu12 dan peluang PAS untuk PRU13.

Kalau ikut analisa dalam laporan tu, PAS bukan saja boleh menang tapi boleh menang besar di kerusi Parlimen Pulai.

Dari kalah dengan majoriti 20,449 undi boleh terbalik kuang jadi menang pulak dengan majoriti 7,435 undi.

Jadinya memang tak heran la kalau Nur Jazlan kecut perut pun. Tambah-tambah dengan sokongan orang cina yang semakin meningkat ni, bukan takat 85% ada yang cakap undi cina yang bakal Pakatan Rakyat dapat masa PRU13 nanti adalah undi maksimum dengan maksud lebih dari 90% undi.

Pasai tu kut Nur Jazlan cukup gelabah bila Salahuddin turun ke parlimen Pulai sebelum ni, melawat kawasan setinggan di Skudai Kiri sampai rombongan tu dihalang dan diganggu oleh orang Umno kat situ.

Kalau trend pengundi cina macam tu, bukan setakat Nur Jazlan akan kalah di Pulai tapi kerusi Muhyiddin Yasin di Pagoh pun tak selamat.

Berkaitan
PRU13: Naib Presiden Pas hadapi ‘ujian’ awal di Johor - SinarHarian
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Fulamak...Tabik Spring !! Bukan Olok Olok ..Ini baru Pemimpin Wasatiyyah..

abuluqman

Lim Guan Eng Sdang Makan Kenduri Di Kawasan Permatang Pauh

Tuan Guru Nik Aziz Makan Nasi Bungkus Je dengan Rakyat..

Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu Tuan Guru duduk ditepi pantai.. syukran.. beliau dapat selamatkan mangsa walaupun beliau kita ketahui tak berapa sihat..
-tranungkite-

Video: Saksikan!! Dengan disaksi Polis, Ahli PERKASA menyerang kereta ADUN DAP di Melaka..

Anaksungaiderhaka 
Mengulas mengenai insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu, Ibrahim Ali berkata ianya adalah cubaan untuk mensabotaj PERKASA dan UMNO.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu memberitahu, ia mungkin usaha sesetengah pihak memburukkan imej PERKASA yang tidak akan sesekali melakukan tindakan ganas itu.

Kadang-kadang ada orang beli baju-T PERKASA atau uniform dan pakai.

"Kemudian, apabila sesuatu terjadi, orang ramai terus menyalahkan PERKASA," kata Ibrahim selepas sidang media di Kuala Lumpur.


Itu kata Ibrahim Ali yang tidak mengaku insiden itu angkara Ahli PERKASA, berikut pula adalah ulasan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".

"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.

"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah.

"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya – Malaysiakini

Berikut pula adalah artikel yang dipetik dari Kelab Kelab Greenboc..

insiden baling batu dan telur di program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP menjadi mangsa adalah satu endorsement jelas betapa desperadonya UMNO & Perkasa mutakhir ini.

Gejala samseng Pemuda UMNO dan Perkasa ini tidak terhad di Merlimau, tetapi berlaku di mana-mana saja di dalam negara ini di acara-acara anjuran Pakatan Rakyat dan rakyat amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terutama polis yang membiarkan hal tersebut berlaku tanpa sebarang tindakan dan penahanan.

Sekalipun Pemuda UMNO Jasin sebelum ini menafikan mereka terlibat, begitu juga dengan Perkasa yang menurut Presidennya, Ibrahim Ali, yang menyatakan insiden batu dan telur itu dilakukan oleh orang yang menyamar menyarung pakaian Perkasa, namun dari rakaman kejadian, kenyataan-kenyataan itu boleh disifatkan "baling batu sembunyi tangan".

Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) idak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang.

Jika benar mereka mahu sabotaj Perkasa seperti dakwaan Ibrahim Ali, maka Perkasa perlu mengenalpasti mereka yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Rakyat kini tertanya-tanya mengapa pihak polis kelihatan begitu bersahaja terhadap perbuatan dan tindakan samseng yang ada di dalam insiden tersebut.

Saksikan video di bawah ini yang menjelaskan segala-galanya.

Samseng Umno baling batu di ceramah Anwar, warga emas dan kanak- kanak cedera


Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.


Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

kerinchi pantai dalam pkr ceramah 250512
Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.


Dalam insiden itu, warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Ekoran insiden itu, penyokong PKR berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.

Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong PKR yang kini hanya beberapa meter dari penyokong Umno terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.

Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah yang berjaya menarik kira-kira 200 orang pendengar.

pantai dalam kerinchi pkr 240512
Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah di pihak PKR bercakap sesuatu isu dan kemudian membidasnya secara spontan - dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah PKR.


Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.

Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam.

Antara ’bapak kafir’ Rahim Noor dan Pas ’Parti Ajaran Sesat’ MB Terengganu Ahmad said

Dr. Syed Azman Syed Ahmad
Tiba-tiba Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dalam kenyataan di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada minggu lepas melabelkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapak kafir” atau "Nik Aziz is father of kafir" kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya mewajibkan seluruh ahli dan penyokong Pas menyokong himpunan aman Bersih 3.0.
Namun beberapa hari kemudian Rahim telah membuat penafian dengan menyatakan bahawa apa yang beliau katakan hanyalah sikap para pemimpin Pas termasuk Nik Aziz dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno. Beliau juga menyatakan bahawa tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah political animal sebaliknya istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature' atau ‘politik haiwan hidup’. Sebenarnya political animal dan political creature mempunyai maksud yang sama.
Sebelum itu Menteri Besar Terengganu Dato’ Sri Ahmad Said telah membua tuduhan dengan melebelkan Pas sebagai sebuah ‘parti ajaran sesat’. Beliau membuat tuduhan sedemikian ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kemaman dan menyifatkan Pas sebagai “parti ajaran sesat".

Ya, implikasi kedua-dua tuduhan dari Rahim Noor dan Ahmad Said itu amat besar dalam konteks keharmonian masyarakat Melayu dan Islam di negara kita. Lebih-lebih lagi tuduhan yang dilemparkan itu disiarkan secara meluas oleh akhbar-akhbar perdana milik kerajaan. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap tuduhan jahat dan liar sebegini? Dan siapakah yang akan memikul segala bebanan implikasi dari tuduhan liar sedemikian?

Apakah ini memperlihatkan bahawa kini Umno/BN amat terdesak untuk mendapat sokongan dan tidak meneliti langsung kesannya terhadap keharmonian kehidupan harian masyarakat di negara kita? Malahan tuduhan yang dilemparkan tersebut amat merbahaya dan sudah tentu boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian dikalangan rakyat yang berbilang agama dan kaum.

Persoalannya, apakah mentaliti bobrok dan kedangkalan pemikiran Rahim Noor dan Ahmad Said sama tarafnya? Apakah mereka mahu kembali kepada zaman ‘kafir-mengkafir’ dengan tuduhan bahawa ‘orang-orang Pas mengkafirkan orang-orang Umno’ sehinggakan timbul ketegangan dan perpecahan yang amat parah dalam masyarakat Melayu? Yang dibimbangi lagi tuduhan ‘kafir mengkafir’ ini boleh menjejaskan akidah orang yang mengeluarkan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu. Apakah Rahim dan Ahmad Said akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap ‘provokasi’ bahaya ini?

Kalau diimbas kembali latar belakang kedua-dua individu ini, Mantan Ketua Polis Negara Rahim Noor terkenal dengan tindakan ganas dalam ‘peristiwa mata lebam’ di luar perikemanusiaan dan tatacara kepolisan semasa menjawat jawatan Ketua Polis Negara. Malah mahkamah telah menghukum dan membuktikan bahawa beliau bersalah dengan memukul dan membelasah Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga hampir mati tatkala ditahan pada tahun 1998. Tidak cukup dengan itu beliau juga dituduh melakukan pelbagai fitnah.

Sementara itu, Ahmad Said pula terkenal dengan sikap ‘pongoh’ (terburu-buru) dan panas baran beliau apabila berhadapan dengan tekanan dan masalah yang dihadapi. Kepimpinan beliau yang dilihat bobrok dengan terus berbelanja besar dengan dengan bajet lebih RM 2 bilion setiap tahun dengan projek mega seperti Pulau Bebas Tasik Kenyir yang bernilai lebih RM 300 juta dan pembinaan Zoo yang bernilai RM 100 juta di Kemaman. Di waktu yang sama rakyat Terengganu rata-rata di himpit kemiskinan dan terpaksa menanggung bebanan kos kehidupan harian yang amat memeritkan. Ini ditambah lagi dengan lenyapnya satu demi satu perkampungan orang-orang Melayu akibat dari arus pembangunan yang di bawa oleh kepimpinan beliau sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar.

Bagi saya kedua-dua tuduhan jahat itu adalah gambaran pemimpin Umno/BN yang amat terdesak lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya. Tuduhan melulu ini adalah keterlaluan dan melampau. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah merupakan sosok seorang ulama, tokoh politik dan ilmuan Islam berwibawa yang dihormati dan disegani setiap lapisan masyarakat bukan sahaja di negar kita kita tetapi juga di serata dunia. Orang Islam mahupun orang bukan Islam menyanjungi budi pekerti Tuan Guru dan menghormati kegigihan beliau mentadbir Negeri Kelantan selaku Menteri Besar secar telus dan jujur. Beliau merupakan teladan terbaik kepada seluruh negara. Biarlah rakyat Malaysia membuat penilaian terhadap kedua-dua tuduhan jahat ini.

Penolong Setiausaha Agong Pas. Email: syedazmans@yahoo.co.uk

Manikavasagam Ditawar Jadi Presiden MIC Jika Keluar PKR

SHAH ALAM, 24 MEI: Usaha terdesak MIC, untuk mempelawa MP Kapar S Manikavasagam melihatkan pemimpin parti komponen Umno-BN itu menawarkan jawatan presiden partinya kepada beliau sebagai sogokan.
Manikavasagam mendakwa seorang pemimpin MIC tersebut yang juga bekas Timbalan Menteri, pernah berkata parti itu akan menyingkir Tun S Samy Vellu yang pada masa itu presiden MIC dan memberikan jawatan itu padanya.

Sogokan tersebut dibuat oleh pemimpin MIC itu semasa perjumpaan dengan Manikavasagam di pejabat beliau pada tahun 2009.

“Kita tidak mahu Samy Vellu, kita mahu YB Manika. Kita akan terus masukkan YB Manika. Umno kawal MIC.

“Jadi kita tidak mahu Samy Vellu dan kita mahu YB Manika, terus masuk jadi Presiden MIC. Tawaran macam ini semua ada,” katanya di dalam satu temurah program “Terus Terang”.

Program tersebut dihostkan pengarang TVSelangor Mat Zahari Ali di studio TVSelangor di sini hari ini.

Sebelum ini, dakwaan Manikavasagam akan meninggalkan Pakatan dan PKR tercetus kembali ekoran satu laporan di dalam blog pro-Umno.

Artikel tersebut mendakwa Manikavasagam meminta RM10 juta daripada bekas Ketua Umno Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk keluar dari PKR.

Ekoran daripada laporan itu, Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan saman terhadap, Dr Mohd Khir dan penulis blog tersebut, M Zakrul Adam.

Tambah Manikavasagam, beliau memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan pengundi di kawasannya dan masih setia dengan Pakatan.

“Apa yang berlaku kepada saya mesti berlaku kepada mereka yang melompat. Mesti ada sogokan nak lompat.

“Macam isu pasir saya pun kecewa bila Ahli Parlimen Wangsa Maju (Wee Choo Keong) yang telefon saya menyatakan sedia membantu selesaikan masalah tetapi tiba-tiba dia lompat (keluar parti).

“Saya ada pendirian saya. Saya menyertai PKR iaitu parti pertama saya. Saya bukan bekas ahli MIC, IPF atau PPP, saya dibawa masuk ke dalam PKR oleh bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Nor tetapi sekarang beliau pun sudah lompat, sudah lari. Dulu dia selalu cakap perjuangan tetapi apa makna perjuangan?,” soalnya.

Program Terus Terang Akan Mula disiarkan pada awal Jun.