Gambar TGNA, PAS dan PR difitnah teruk..

Addin 
Banner-banner provokasi macam nih dah selalu sangat bertebaran hanya bertujuan untuk memburukkan PAS. Namun rakyat yang semakin cerdik dari Umno BN, tahu menilai kebenaran di sebalik tersebarnya banner fitnah macam nih.

Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti pemerintah dan pencacai-pencacainya untuk memenangi hati rakyat walaupun jalan yang digunakan jalan yang kotor lagi jijik. Namun rakyat yang semakin bijak memberikan komen-komen pedas bekenaan isu nih.

Kat bawah nih print screen dari FB TGNA untuk tatapan umum..

Tiga pelajar minum racun di sekolah

PUTRAJAYA: Akibat takut dikenakan tindakan disiplin, tiga pelajar perempuan bertindak melulu cuba membunuh diri dengan minum racun di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek, Sepang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, semua mangsa berketurunan India dan berusia 16 tahun, dipercayai bertindak demikian selepas pihak sekolah dikatakan mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka.

Beliau berkata, kejadian itu dimaklumkan pihak hospital kira-kira jam 2 petang ketika ketiga-tiga pelajar itu sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan.

“Mangsa dipercayai minum racun kerana takut dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah. “Mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kawasan sekolah sebelum di hantar ke hospital untuk rawatan.

“Setakat ini, kita belum tahu jenis racun yang diminum, dan kes disiasat mengikut Seksyen 309, Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus ketika dihubungi berkata, pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kejadian itu, dan tindakan segera akan diambil untuk menyiasat.

“Saya belum mendapat laporan lagi, tetapi saya akan minta pegawai berkaitan untuk menyiasat kejadian ini,” katanya.

Di Seremban, dua daripada tiga pelajar wanita yang dikejarkan ke HTJS masih belum sedarkan diri dengan seorang daripada mereka ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sedar dan ditahan di wad pesakit luar menafikan dia minum racun rumpai itu bersama dua lagi rakannya.

Katanya, dia tidak tahu kenapa gurunya mengarahkan dia mengikut dua lagi rakannya yang ketika itu tidak sedarkan diri dipercayai akibat meminum racun rumpai berkenaan.

“Saya akui dua rakan itu mempunyai masalah disiplin di sekolah. Mungkin mereka tidak dapat menerima kenyataan bakal dibuang sekolah mengakibatkan mereka mengambil tindakan sedemikian,” katanya.

Katanya, dia kesal dengan perbuatan dua rakan baiknya itu kerana mereka adalah rakan karib sejak sekian lama dan sering menghabiskan masa bersama.

“Saya harap mereka akan berubah selepas kejadian ini dan tidak mengulangi perkara sama,” katanya.”

Marina dan Ambiga ‘bertambat bulu’

Aspan Alias
Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir dengan Mob TV, beliau telah menegur anaknya.
Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu UMNO serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau. Mahathir begitu sangsi yang tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.

Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus. Memang banyak pun yang memberi pandangan yang Mahathir ini tidak payah diambil pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan sikap ‘anti establishment’ dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap tidak sehaluan dengan kerajaan BN sekarang ini.

Tetapi jika Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Mahathir kerana beliau sepatutnya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan yang di perjuangkan oleh Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Mahathir sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.

Tetapi nampaknya Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan politik anak lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangka kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak sambil memberikan sokongan kepada pejuang reformasi pilihanraya itu.

Bagi Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz sebagai pemimpin politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang diperjuangkan oleh anak perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian beliau. Bagi Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain. Mahathir semalam mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika UMNO menurunkan anak emasnya itu bertanding disalah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar Negeri Jelapang Padi itu.

Warisan politik

Niat Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu sememangnya telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu tidak mengejutkan sesiapa. Malahan mata Mahathir akan tertutup rapat jika beliau meninggal dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang besar negara seperti beliau. Tuduhan ramai terhadap Mahathir yang beliau membuat ‘bising’ sekarang ini adalah untuk kepentigan keluarga beliau.
Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu pemimpin besar dan akhirnya menjadi Perdana Menteri maka beliau akan berjaya untuk menyambung tradisi yang pemimpin-pemimpin yang akan datang mesti datang dari keluarga bekas-bekas Perdana Menteri.

Itulah sebabnya Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor tercorot dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh kebelakang dari undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo dalam pertandingan itu. Yang Mahathir marah sekali ialah terhadap menantu Pak Lah yang telah berjaya mendapatkan undi tertinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda itu.

Akhirnya Marina sendirilah yang berhak untuk memilih diantara kebenaran atau politik adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul.

Tetapi jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan adik beradiknya eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata ayahanda beliau itu. Tetapi saya yakin Marina akan terus memilih kebenaran kerana saya rasa beliau tahu yang kebenaran itu akan timbul akhirnya.

Tetapi jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan hubungan baik dengan Ambiga yang telah terjalin begitu rapat selama ini. Marina dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu seperti orang ‘bertambat bulu’. Itu kata orang tua -tua dahulu.

Ambiga mati dipukul dan dibakar di luar rumahnya

Siti Nor Hidayatidayu Razali
KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar  mangsa.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.
KUALA LUMPUR: “Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.

“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga, 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.

Mangsa pernah tolak pinanganTurut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.
Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya, Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan Oktober ini.

Pergolakan Takhta Hijaz - Masanya Makin Hampir!

ismanusa

Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam akhir zaman ini ialah perkembangan yang berlaku di Tanah Hijaz (Saudi Arabia).


Kerana antara tanda-tanda dekatnya kemunculan Imam Mahdi ialah berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;
عن رسول الله (ص):
(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )
مئتان وخمسون علامة: 122

Akan diperintah tanah Hijaz(Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh abangnya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! - diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).

Sedia kita maklum bahawa Raja Abdullah sekarang ini adalah raja yang menggantikan Fahd, makna Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang. http//babynamesworld.parentsconnect.com

Raja Abdullah sekarang ini berusia lanjut dan dalam keadaan uzur oleh itu siapakah calun penggantinya sedang hangat diperkatakan dan diperhatikan oleh masyarakat dunia terutamanya oleh kuasa-kuasa besar kerana kedudukannya strategik dalam percaturan mereka untuk menguasai umat Islam.
A composite of undated file pictures shows Saudi Arabia's King Abdullah II bin Abdul Aziz (C) with his late brothers, Prince Nayef (L) and Sultan. Prince Nayef, who replaced his late brother Prince Sultan as crown prince in October 2011, died on June 16, 2012, the royal court said, leaving the oil powerhouse with no apparent successor to the throne. (AFP)

Kematian Putera Mahkota Nayef Abdul Aziz al-Saud sekali lagi menimbulkan tandatanya terhadap masalah pengganti takhta pemerintah Saudi Arabia yang semakin genting. Saudi Arabia ataupun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergolakan yang berlaku disini akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.

Putera Nayef merupakan putera mahkota bakal pewaris takhta yang kedua meninggal dalam masa setahun ini selepas kematian Putera Sultan. Raja Abdullah yang berusia 88 tahun berada dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu, masa nampaknya makin suntuk untuk mencari pengganti bagi putera-putera kerajaan beraja tersebut yang memerintah sejak tahun 1953.

Kematian pimpinan yang berpengaruh sejak sekian lama itu tiba pada waktu kebimbangan Saudi menghadapi kebangkitan arab yang telah menumbangkan negara-negara arab yang lain. Kebanyakan waris pengganti adalah muka-muka lama dan ramai yang mempersoalkan sepatutnya ia diambil alih oleh generasi baru, yang kebanyakannya adalah cucu-cucu kepada pengasasnya Raja Abdul Aziz al-Saud, dan kebanyakkanya dalam lingkungan umur 50an dan 60an. Setakat ini bagaimana dan bila mereka akan melakukannya tidak diketahui.

Keputusan melantik pengganti dibuat oleh anggota keluarga yang paling tua dalam keadaan tertutup. Pemilihan Putera Salman bin Abdul Aziz al-Saud pada Isnin lepas sebagai Putera Mahkota yang baru dan pewaris takhta adalah tidak memeranjatkan.

Putera Salman yang 12 tahun muda dari Raja Abdullah, memegang kuasa sebagai gabenor Riyadh berdekad lalu sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun lepas. Semasa menjadi gabenor beliau telah menukarkan Riyadh (Najd) ibukota Saudi itu dari sebuah bandar biasa kepada kotaraya metropolis seperti Dallas, lengkap dengan bangunan pencakar langit futuristik, seperti bangunan tertinggi didunia, Kingdom Tower yang dimiliki Putera al-Waleed bin Talal.

Pemilihan seterusnya untuk pengganti putera mahkota dan takhta raja menjadi semakin sulit. Buat masa ini terdapat 16 orang putera kepada pengasasnya masih hidup, sebahagiannya tidak lagi layak atau tidak mempunyai pengaruh yang kuat dalam keluarga diraja tersebut.

Yang tinggal hanyalah dua orang sahaja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad bin Abdul Aziz, 72 yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz, 69 sebagai ketua Agensi Perisikan Saudi; walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera Muqrin kerana ibunya seorang Yaman.

Satu kemungkinan yang perlu diberi perhatian ialah bakal pemimpin de facto untuk takhta tersebut apabila terpilih sebagai timbalan perdana menteri pertama. Raja juga memegang jawatan perdana menteri dan putera mahkota sebagai timbalannya.

Namun begitu, di negara yang terkenal dengan “Piagam Abdul Aziz” yang tertulis, “selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah ke cucu-cucu saya”, bahaya pertelingkahan terbuka mengenai siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya kedua-dua Raja dan Putera Mahkota meninggal dunia. Ini kerana kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telahpun lanjut usianya.

Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan bagi mengambil alih tahta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut hak.

Pastinya Amerika Syarikat dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris tahta negara tersebut sebulu dengannya. Amerika Syarikat sudah pasti tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan kewujudan negara Israel dan pendudukannya ke atas Baitulmaqdis.

Penguasaan ke atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan Amerika Syarikat dan Israel ke atas dunia keseluruhannya. Justeru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan “2 Tanah Suci” dari penguasaan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.
Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan kepada pengakhiran” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;

“Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab: “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)

'Demi Islam, saya tidak takut digam TV' - Abby Abadi

AZAMIN AMIN
KUALA KEDAH: "Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah.

Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen ... tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya."

Demikian luahan Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza, yang menyampaikan perkongsian pengalaman penghijrahannya dekat sini dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu.

Mendengar penuh tekun ceritanya selain masyarakat setempat yang memenuhi pekarangan Pasar Besar ialah Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa, Ketua Penerangan Kuala Kedah, Ustaz Ridwan Abu Bakar dan Ketua Pemuda Kawasan, Azizi Abdullah.

Abby menyampaikannya penuh santai dan format majlis berbentuk forum, terdiri dua panelis termasuk Nasir dan dikendalikan moderator Solehah Mariam Shaari daripada TV al-Hijrah.

Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran PAS dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.

"Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah," katanya.

Kata Abby, selain pentas PAS untuk berkongsi pengalaman, beliau juga mendapat jemputan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

"Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya.

Perjuangan sebenar, ujar Abby, ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada Allah dan akan terus bersama platform PAS dan NGO Islam yang lain demi memperjuangkan Islam.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana mendapat banyak ilmu agama, selepas mendekati kuliah-kuliah dan bersama gerakan Islam yang tidak jemu-jemu membimbingnya.

"Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang cakap macam-macam, cakap tak sedar diri, dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah.

"Namun bila bersama mereka tidak pernah memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian," katanya.

Menurut Abby, untuk sementara waktu beliau masih mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Bukan saya tak nak jadi ahli PAS atau nak mengelakkan tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan ... sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli PAS dan apabila saya betul-betul faham baru akan sertai ... bukan tak nak masuk, sabar ya," katanya.

Selain jemputan ke majlis dan pentas ceramah, Abby turut berkongsi pengalaman dan berdakwah melalui laman facebook untuk memberi sedikit kesedaran kepada peminat dan rakan-rakan artis yang lain supaya kembali ke ajaran agama.

"Bila dah belajar, saya rasa malu, dulu tak bertudung...dan kini alhamdullilah saya sudah berhijrah dan mudah-mudahan kekal berterusan.

"Ramai yang tidak faham, isunya bukan tudung tetapi aurat wanita yang kita kena jaga keseluruhannya," katanya.

Kini beliau merasa semakin tenang setelah berhijrah dan semakin sibuk memenuhi pelbagai jemputan dari pelosok negara.

Sungguhpun begitu, beliau mengakui melalui pelbagai pengalaman dan cabaran yang banyak di samping mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

"Allah memberi peluang kedua kepada saya, yang banyak kelemahan dan melakukan pelbagai dosa selama ini.

"Saya terharu dan syukur, walaupun saya serba kekurangan, Tuhan memberikan layanan yang amat baik kepada saya untuk berhijrah," katanya sambil beliau sesekali mengucapkan kalimah 'takbir' yang disambut serentak hadirin.

Selepas forum itu, Abby turut dijemput ke majlis dialog sempena pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah di Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut pada sebelah malamnya dan bertolak esoknya ke Kelantan, bertemu Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.

Selepas Kemenangan Mursi, Terusan Suez Untung US10 Juta Dalam Sehari

halimislam

Hanya selepas sehari Muhamad Mursi diumumkan sebagai presiden, Terusan Suez untung US10 juta dari hasil pendapatannya, kata seorang pegawai Terusan Suez, pada Isnin 25/6/12 lalu.

Pejabat itu menambah 37 buah kapal menyeberangi Terusan Suez, dengan 15 kapal dari arah utara berasal dari Mediterranean yang membawa muatan sebanyak satu juta tan, dan 22 kapal dari arah selatan datang dari Laut Merah dan membawa 1.3 juta tan.

Kapal terbesar adalah kapal Panama tercatat membawa muatan 158.000 tan dalam perjalanan dari Itali ke Jeddah.

Baca Sedikit Ringkasan Sejarah Tentang Terusan Suez SINI
-tranungkite-

Kassim Ahmad mahu mengantung Datuk Anwar Ibrahim sampai mati.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Mungkin kerana kecewa dengan teorinya yang menolak hadis sebagai sumber kedua rujukan Islam ditolak, Kassim Ahmad (gambar - Malaysiakini) mahu mengantung Datuk Anwar Ibrahim sampai mati.


Dia juga berkata, "Saya bersedia untuk menembak dia," kata Kassim dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.

Ugutan untuk menggantung sampai mati ini yang kedua keluar minggu ini selepas anggota Parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga digantung.

Namun cadangan itu ditarik balik beliau selepas mendapat serangan dari kerabat BN sendiri yang sedar tindakan menyerang Ambiga telah menyebabkan menyarakat India semakin benci kepada BN khasnya Umno.

Sikap ini menyebabkan kerabat BN iaitu MIC dan PPP yang akan kehilangan undi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam PRU 2008, isu Hindraf dan peguam Uthayakumar menjadi isu penting orang India sehingga majoriti mereka memberikan undi kepada calon-calon Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Namun Kassim agak berbeza dengan Mohamad Aziz.
Selain menyerang Anwar dengan bahasa kesat sehingga sanggup meludah mukanya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga menjadi sasaran Kassim.

Beliau mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.

Bekas Presiden PSRM yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.

Anwar dan Nik Aziz dianggap orang penting yang menyebabkan teori hadis Kassim Ahmad ditolak ulama dan umat Islam.

Menurut Malaysiakini, Kassim percaya Anwar berpakat dengan 'ulama' bagi menekannya walaupun bersetuju 'secara prinsip' di peringkat awal.

Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.

Kontrak cetak 100 juta keping RM2: Awang Adek diminta jelas salah laku

KUALA LUMPUR, 29 Jun: KEADILAN memberi tempoh tiga minggu untuk Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek menjelaskan dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salah laku beliau semasa menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, KEADILAN meragui hubungan Awang dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong, pemilik serta pengarah kepada syarikat SunPrestige Sdn Bhd dan Vertex United Sdn Bhd, berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.

“Keraguan juga timbul berikutan terdapat fakta membuktikan beliau mempunyai hubungan dengan SunPrestige, yang memperoleh kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM,” jelas Ahli Parlimen Machang itu lagi dalam kenyataan.

Awang digesa untuk menjelaskan beberapa persoalan termasuk isu penjualan rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00 dalam tahun 1999 serta pembayaran penerbangan beliau ke Tokyo oleh Chung menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd untuk trip penerbangan dari 28 Jun 1999 hingga 1 Julai tahun yang sama.

“Awang juga perlu memberitahu kita benarkah isterinya membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung yang mana ansuran bulanan sebanyak RM2,122.00 sebulan turut ditanggung Chung?” soalnya.

Antara lain, Saifuddin turut menyebut sumbangan kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang, juga persoalan siapa yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana.

Tambahnya, terdapat banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran seperti insuran hartanah, cukai jalan, kereta, pengaturan permainan golf serta pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang dengan Chung.

“Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujud hubungan rapat antara mereka supaya boleh dijadikan asas untuk Chung menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM agar menganugerahkan kontrak kepada beliau,” ujarnya.

KEADILAN akan mengemukakan langkah susulan dan bukti-bukti tambahan selepas Awang membuat penjelasan serta mencabar beliau menafikan kewujudan ‘hubungan rapat’ itu.

“Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami!” tegas Saifuddin.

Parlimen boleh bubar hari ini, kata Azmin

Khairul Azlam Mohamad
(Azmin Ali melakukan gimik pada Majlis Pelancaran Bahan Kempen PKR negeri Terengganu di Kuala Terengganu.)
KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali tidak menolak kemungkinan Parlimen akan dibubarkan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.

Ini kerana, katanya PM telah mengarahkan satu mesyuarat khas tergempar yang melibatkan semua Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada pagi ini.

Namun, ramai meragui pandangan beliau ini kerana jangkaan mereka pilihan raya tidak lagi akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Namun, ekoran sambutan hari pertama IPO FGVH positif, kemungkinan itu tetap ada kerana ramai mengandaikan saham ini akan menjunam jatuh sebagaimana saham Facaebook selepas ini.

Untuk permulaan ini, ia boleh naik dengan sokongan pelbagai jentera kerajaan BN dan bantuan syarikat GLC terhadap IPO ini.

“Pecutan terakhir kita (PKR) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tarikh kita belum tahu tetapi nampaknya terlalu dekat.

“Esok (29 Jun) parti kita (PKR) akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat, dan pada masa yang sama Perdana Menteri (Najib) juga memanggil satu mesyuarat khas tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

“Hari esok (Jumaat) hari yang sama, tempat berbeza sebab parti berlainan. Sebab kita telah buat perkiraan, jika esok (29 Jun) Majlis Tertinggi BN bermesyuarat pagi, petang dia (PM) boleh bubar Parlimen.

“Sabtu (30 Jun) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat mesyuarat, dia terus umum tarikh penamaan calon dan pembuangan undi. Jika dia (BN) buat esok, masih ada kemungkinan (pilihan raya) sebelum Ramadan,” ujar Azmin dalam ceramahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 PKR Peringkat Negeri Terengganu, di sebuah hotel, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat bakal menamatkan kemarau berhubung pertindihan kerusi antara PKR, PAS dan DAP di seluruh negara.

Azmin menyifatkan, jumlah kerusi terbabit terlalu kecil dan yakin perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik selepas beberapa siri rundingan berlangsung sebelum ini.

“Insya’Allah, dalam masa satu minggu atau dua minggu lagi, kita (Pakatan Rakyat) akan bersidang sekali lagi untuk meneliti beberapa kerusi yang masih bertindih dan jumlahnya terlalu kecil untuk kita pertimbangkan,” jelasnya.

Apa yang penting, katanya persiapan yang teratur dan terancang perlu dilakukan bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Menurutnya, semua pimpinan PKR Terengganu mesti memberikan tumpuan dan fokus lebih bersungguh di peringkat Cabang, Ranting serta dareah mengundi.

“Insya’Allah, dengan persiapan ini kita (PKR) akan lebih teratur dan terancang menghadapi pilihan raya yang ke-13. Saya berharap pimpinan-pimpinan di negeri Terengganu memberikan tumpuan dan fokus khususnya di peringkat Cabang, Ranting dan daerah mengundi.

Sementara itu, dakwaan pihak tertentu mengenai hubungan dingin beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Gombak tersebut menafikan desas-desus berkenaan yang sengaja diperbesar-besarkan media.

“Baru hari Ahad lepas, Tan Sri Khalid memilih untuk turun ke Batu Caves dalam Parlimen Gombak. Saya selaku Ahli Parlimen, selaku Ketua Cabang menyambut dan meraikan kehadiran Tan Sri Khalid.

“Utusan (Malaysia) tidak melaporkan, TV3 tidak melaporkan. Jadi hubungan saya dengan Tan Sri Khalid baik, tak ada masalah” ujarnya.

Sehubungan itu, Azmin turut mengakui bukan mudah untuk memimpin negeri ini yang hingga kini, telah 12 orang pernah jadi Pengerusi PKR di negeri Terengganu.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail.

Untuk wanita AWAS!! simptom kanser serviks membunuh seorang wanita setiap dua minit

NURUL IZZA ROSLY

ACAPKALI kita dengar dan baca mengenai kanser serviks. Ia antara penyakit yang digeruni wanita dan merupakan kanser ketiga paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.


Di seluruh dunia, setiap dua minit seorang wanita meninggal dunia akibat kanser serviks.

Asia mencatatkan 312,900 kes baharu dan separuh daripada jumlah tersebut iaitu 159,800 melibatkan kematian.

Sungguhpun data-data tersebut cukup menggambarkan betapa ‘garangnya’ penangan kanser serviks yang disebabkan oleh virus papiloma manusia (HPV), masih ramai wanita tidak ambil pusing.

“Penyakit ini jarang sekali menunjukkan simptom-simptomnya pada peringkat awal kanser serviks.

“Namun, apabila kanser ini semakin berkembang, ia mula menunjukkan simptom-simptom seperti sakit belakang badan, sakit ketika melakukan hubungan seks, sakit ketika membuang air kecil, pendarahan selepas menopaus dan pendarahan atau pengeluaran cecair abnormal pada vagina,” kata Ketua Perubatan Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin.

Pemeriksaan berkala

Sungguhpun begitu katanya, seseorang wanita itu tidak perlu menunggu sehingga tercetusnya simptom-simptom tersebut untuk berjumpa dengan doktor kerana mereka seharusnya menjalani pemeriksaan pap smear secara berkala.

Menurut Dalilah, seseorang wanita itu terdedah kepada jangkitan HPV sebaik sahaja aktiviti seks mereka bermula.

Ia mengambil masa dua dekad untuk kanser serviks menular selepas seseorang mendapat jangkitan HPV.

Insiden kanser serviks mula meningkat selepas seseorang berumur 30 tahun dan mencapai klimaks penyakit tersebut pada umur 65 hingga 69 tahun.

“Serviks yang sihat bersifat licin dan permukaannya berkilat, tetapi serviks yang mempunyai kanser sebaliknya.

“Hampir 99.7 peratus kanser serviks disebabkan oleh sekumpulan virus iaitu HPV. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV yang telah direkodkan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Power Over Cervical Cancer (POCC), BFFs Break the Silence baru-baru ini.

Jelasnya, HPV 16 dan HPV 18 merupakan HPV paling bahaya dan berisiko tinggi menyebabkan majoriti kes kanser serviks iaitu kira-kira 70 peratus.

Terdapat lima jenis HPV paling lazim yang menyebabkan kanser serviks di seluruh dunia iaitu HPV 16, HPV 18, HPV 45, HPV 31 dan HPV 33.

Sungguhpun begitu, wanita sahaja berisiko menghidap kanser yang berpunca daripada HPV. Kira-kira 94 peratus HPV berkaitan kanser berlaku dalam kalangan wanita manakala enam peratus berlaku pada lelaki.

“HPV dipindahkan atau dijangkiti melalui dua cara iaitu laluan seks dan bukan laluan seks.

“Walaupun jangkitan HPV berkaitan dengan aktiviti seksual ia juga boleh berlaku tanpa sentuhan seksual,” katanya.

Jangkitan boleh berlaku daripada ibu kepada anaknya, melalui sarung tangan pembedahan, pakaian dalam yang tidak bersih dan forseps biopsi.

Sebanyak 80 peratus wanita akan mendapat jangkitan HPV sepanjang hayat mereka.

Vaksinasi

“Setiap wanita yang aktif melakukan hubungan seks berisiko memperoleh jangkitan HPV onkogenik yang boleh menyebabkan kanser serviks.

“Faktor lain yang berkaitan dengan jangkitan HPV ialah merokok, bertukar-tukar pasangan seksual dan sistem imunisasi yang lemah,” ujarnya.

Sungguhpun ia boleh menyebabkan kematian, kanser serviks merupakan kanser yang boleh dicegah pada peringkat awal melalui vaksinasi dan pemeriksaan pap smear berkala.

Vaksinasi diberi sebelum jangkitan HPV berlaku. Ia meningkatkan tahap antibodi bagi menyerang virus tersebut.

Pemeriksaan pap smear pula mampu mengesan perubahan atau keabnormalan yang berlaku pada serviks. Pengesanan awal membolehkan rawatan awal diberikan segera.

“Pap smear tidak boleh mencegah seseorang itu daripada mendapat jangkitan HPV, namun ia boleh mengesan perubahan pada serviks supaya rawatan awal dapat diberikan.

“Risiko kanser serviks menjadi tiga hingga 10 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak melakukan pemeriksaan pap smear secara berkala,” katanya.

Jadi, sudahkah anda mengambil langkah pencegahan yang diperlukan? Jalani pemeriksaan pap smear berkala bagi mengelakkan anda dijangkiti kanser serviks.

Usah lepas peluang terbaik PRU13 - Dato' Dr Haron Din,

Mulanya dijangkakan pertemuan sekadar menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din, yang mulai pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, kali kelima, di Hospital Stanford, California, Amerika Syarikat.

Operasi bypass kali ini, bagi ulamak terkemuka itu, memang lebih sukar. Dr Haron Din hanya sedar seminggu selepas dibedah, pada 2 April lalu. Walaupun ternyata beliau masih perlu berehat sebaik pulang ke tanahair pada 13 Mei, dan belum dapat memenuhi undangan program di luar, namun ia tidak menghalangnya daripada mengikuti dan mengulas perkembangan semasa, khususnya iklim politik yang meningkat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ikuti wawancara AHMAD LUTFI OTHMAN dan SAIDAH HAIRAN, di kediamannya, di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.


HARAKAH: Walaupun berehat agak lama selepas pembedahan jantung, ustaz tentu tetap mengikuti perkembangan mutakhir politik tanah air, 'kan?

DR HARON DIN: Saya ikuti perkembangan politik tanah air walaupun ketika berada di Amerika terutama melalui internet, juga daripada anak-anak dan kawan-kawan. Suhu politik Malaysia akan naik bila dekat pilihan raya.

Taktik pemerintah pula adalah dengan mengggula-gulakan rakyat, seperti pemberian bantuan 1Malaysia. Bagaimanapun, mereka masih belum selesa untuk mengadakan pilihan raya, maka bantuan itu akan diberi sekali lagi. Dan bila suasana pilihan raya dekat pelbagai isu timbul dan ditimbulkan.

Selalunya media digunakan menyerang musuh politik mereka. Di Malaysia senang nampak kerana hanya ada dua penjuru politik. Politik Umno-BN dan Pakatan Rakyat. Muncung peluru politik itu dihala kepada Pakatan Rakyat dan isu perbesarkan. Jika isu tidak ada, akan diada-adakan.

Contoh yang tidak patut dijadikan isu ialah pilihan raya hendak dibuat di musim haji. Mulanya pemerintah tidak kata apa-apa, kita yang menafsirkan mungkin dibuat pada musim haji.

Ada suara politik dalam Pakatan agar ditangguhkan haji. Jadi dituduh kita mempergunakan agama padahal sepatutnya dipersoalkan, mengapa pemerintah tidak menyelesaikan persoalan ini dengan menegaskan bahawa pilihan raya tidak akan dibuat pada musim haji atau isytiharkan pilihan raya lebih awal daripada musim haji.

Memang wajar bagi pemerintah, yang ada pilihan masa, untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan tanggungjawab demokrasi untuk memilih pemerintah. Jadi, elakkan PRU13 dalam musim haji. Sama ada buat sebelum atau selepasnya. Itu saja.

Saya melihat pelbagai isu ditimbulkan seolah-olahnya yang layak memerintah ini hanya Umno-BN sahaja, orang lain tidak layak. Inilah karenah politik tanah air yang sengaja menggunakan media bagi menggambarkan segala kebaikan dalam BN walaupun sebenarnya tidaklah baik sepenuhnya. Ia juga menggambarkan keburukan parti pembangkang walaupun hakikatnya tidaklah semuanya buruk.

Sedangkan saya lihat rakyat sudah sedar dan bersedia untuk menolak BN, dengan melihat masa depan lebih gemilang melalui Pakatan Rakyat.

Apabila bercakap soal kecenderungan mengundi, ramai pemerhati yakin masyarakat bukan Islam khususnya orang Tionghua akan terus menolak BN. Yang masih menjadi polemik atau pertikaian ialah kebersamaan pengundi Melayu untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Umno pula nampaknya berusaha keras untuk menggambarkan PAS semakin meninggalkan perjuangan Islamnya. Bagaimana ustaz melihat situasi ini?

Keputusan PRU12 telah menunjukkan dengan jelas perubahan sikap pengundi, terutama fakta mengenai kaum Tionghua dan India serta anak-anak muda. Trendnya ketara; mereka dengan jelas menolak Umno-BN. Buktinya Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah jatuh manakala Negeri Sembilan hampir jatuh dan beberapa kerusi lain Pakatan menang.

Ini angka dan ia tidak berlaku secara kebetulan. Selepas PRU12, Pakatan kekal momentumnya dalam siri pilihan raya kecil. Dalam pilihan raya negeri Sarawak, misalnya DAP bertanding 15 dan menang 12 mudah. Padahal media massa berkempen habis-habisan, serta Perdana Menteri dan timbalannya turun padang memberi janji.

Majoriti rakyat sedar taktik Umno-BN. Mereka sudah bersedia untuk berubah. Bagi mengtasinya, pemerintah terpaksa beralih berkempen intensif kepada golongan muda. Membuat program dan memberi janji untuk mengambil hati semula.

Selain itu, ada usaha menimbulkan masalah dan isu dalam Pakatan. Ramai mengharapkan PAS akan menjadi pemimpin dalam Pakatan. Dan rakyat mulai menerimanya. Sebab itu Umno sengaja mencari isu walaupun terpaksa berbohong mengatakan PAS telah lari daripada perjuangan Islam.

Soalan saya, sejak bila Umno-BN mengakui PAS perjuangkan Islam. Setahu saya, dari dulu mereka tidak pernah percaya. Dasar parti kita jelas, Islam. Mereka tidak percaya tapi sekarang ini jelas terbalik.

Kini, mereka seolah-olah gambarkan bahawa PAS ini memang perjuangkan Islam sungguh-sungguh dan kemudiannya menyeleweng! Orang melihat apa yang ada dalam perjuangan PAS. Pemimpin dan penyokong semuanya memahami bahawa PAS sahaja yang memperjuangkan Islam berbanding Umno.

Kita telah sebut berkali-kali bahawa taburlah fitnah banyak manapun tapi hakikatnya orang tahu perkara sebenarnya. Melihat sikap kepada pimpinan dan pendokong parti, kita telah membuktikan bahawa kita lakukan yang terbaik dalam masyarakat. Rakyat dapat menilainya.

Saya yakin, rakyat akan terus menyokong Pakatan Rakyat dan membolehkan, insya-Allah, satu perubahan besar berlaku.

Selain menabur tohmah kepada PAS, kerajaan Umno-BN juga cenderung untuk menjemput ulama-ulama luar untuk menjustifikasikan tindakan mereka, misalnya yang terakhir melalui Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin.

Itu satu lagi bukti nyata. Umno amat terdesak dan tidak cukup menggambarkan mereka itu hebat dan parti lawan lemah. Tidak cukup dengan watak dan ketokohan orang dalam negeri, maka mereka beralih ke luar negara.

Secara logiknya, orang boleh berfikir. Apabila kita menjemput orang datang ke rumah kita, dan bertanya apa komen tentang makanan pada hari ini, tentulah mereka kata sedap walaupun tak sedap. Untuk mengambil hati.

Soalnya, orang yang dijemput itu adakah orang dalam arena politik atau ilmuan Islam biasa. Mungkin mereka sendiri tidak pernah terlibat dengan kancah politik Islam. Sayamelihat mereka menjemput orang-orang itu dengan memberi kefahaman yang salah, denganmenggambarkan pemerintahan kita ini Islam.

Ditunjukkan adanya Jakim, sekolah agama, pertandingan membaca al-Quran. Apabila digambarkan seolah-olah Malaysia sebuah negara Islam. Lepas itu, mereka tanya apa pandangan tuan terhadap Malaysia. Maka mereka akan jawab dengan baik.

Sepatutnya yang hendak dijadikan rujukan ialah ulama yang mahir dengan politik Islam. Kalau boleh mereka berjumpa dengan Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang didakwa mempolitikkan hudud dan qisas. Persoalan saya, bagaimana boleh melaksanakan hudud dan qisas tanpa menguasai politik? Perubahan dasar hanya boleh dibuat jika menukar kerajaan.

Bagaimana boleh kita pisahkan antara undang-undang dan politik sedangkan politik itu alat utama untuk melaksanakan hukum-hakam. Jadi komen itu menunjukkan orang berkenaan kurang arif tentang politik. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mutlak dalam Perlembagaan untuk menghalang undang-undang Islam dilaksanakan di negeri-negeri walaupun agama itu hak negeri, bukan federal, seperti kes Kelantan.

Pemimpin dan media Umno sering membawa contoh bahawa PAS telah meninggalkan perjuangan Islam apabila konsep Negara Berkebajikan lebih ditonjolkan berbanding Negara Islam ...

Parti lawan atau pemerintah memang sentiasa mencari peluang untuk menuduh atau mendakwa PAS telah lari daripada perjuangan asalnya. Kebetulan dalam masa mencari-cari itu mereka terjumpa ucapan dasar Presiden PAS dalam Muktamar, yang mengemukakan konsep Negara Berkebajikan.

Betul, sepanjang ucapan itu saya dengar sendiri tidak disebut Negara Islam. Seolah-olah pandangan musuh politik Islam, inilah satu titik bahawa PAS lari daripada perjuangannya, daripada menegakkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Walaupun dijawab banyak kali oleh Presiden, tapi saya ingin menyebut lagi. Perubahan istilah selagi tidak lari daripada tujuan asal maka tidak menjadi masalah besar kepada dasar. Dulu kita gunakan istilah Negara Islam walaupun perlembagaan parti tidak sebuat dengan jelas tentang Negara Islam.

Kita menyebut masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai Islam. Apabila Presiden mengemukakan Negara Berkebajikan, saya melihat, mendengar dan merasakan bahawa itu adalah ilham yang diambil daripada al-Quran, dengan ayat yang menyebut "Baldatun Thoyyibatun Wa Robbun Ghofur", "Negara Yang Baik dan Allah Maha Pengampun".

Al-Quran menceritakan tentang Negara Berkebajikan, yang berlaku di Yaman, zaman Puteri Balqis. Tidak lari daripada tujuan asalnya, kalaupun disebut Negara Berkebajikan, yang di dalamnya terlaksana perintah Allah SWT.

Maka perubahan istilah, pada saya, langsung tidak merubahkan dasar. Suasana politik yang berubah. Kadang-kadang apabila kita menggunakan istilah Negara Islam dan orang telah memomokkannya, ia menimbulkan fitnah sampai ada orang yang takut pada istilah itu.

Jika mengubahnya, maka orang boleh terima, maka apa salahnya? Ini tidak bermakna PAS telah lari daripada dasarnya.

PAS ada Majlis Syura Ulama. Pengalaman saya dalam Majlis Syura, kita bebas bercakap, menegur, menasihat dan sebagainya. Seramai 15 ahli Syura, jika PAS lari daripada perjuangan, maka dengan sendirinya kita akan menegur.

Namun, tiada teguran dibuat. Bermakna semua orang faham bahawa perubahan ini tidak ada kena mengena dengan perubahan dasar atau penyelewengan daripada luar.

Sepatutnya tidak ada lagi keraguan terhadap PAS untuk menaruk harapan agar ia dapat menerajui perubahan bersama Pakatan dalam PRU13 nanti?

Pihak lawan akan terus berusaha meragukan pengundi terhadap PAS, bagi menghalang PAS berada di hadapan. Keraguan tadi perlu ditukar kepada keyakinan bahawa Islam akan menang akhirnya. Allah akan membantu golongan yang memperjuangkan Islam.

Dalam al-Quran, ada disebut, maksudnya: "Seandainya kamu membantu menegakkan agama Allah maka Allah akan menolong kamu." Keyakinan ini perlu ada pada setiap orang Islam, apatah lagi pejuang yang mengharapkan bantuan Allah. Pada zaman awal Islam, apabila nabi hendak berperang dengan musuh, dengan jumlah yang sedikit, dan bersama golongan yang lemah, miskin serta para hamba.

Nabi menanamkan keyakinan, bahawa sampai masanya Allah akan bantu dan memenangkan orang Islam walaupun sedikit. Sebab itu Allah menyebut dalam al-Quran, maksudnya: "Berapa ramai golongan yang sedikit Allah menangkan daripada golongan yang banyak."

Keadaan sama berlaku dalam PRU 2008. Saya sendiri tidak terbayang bahawa PAS boleh menang 22 kerusi. Saya tidak terbayang Selangor jatuh ketika itu. Perak dan Pulau Pinang memang saya tidak nampak walaupun saya mengharapkan Perlis dan Kedah kita kuasai.

Maka saya menyeru orang yang ragu-ragu ini, agar meletakkan keyakinan kepada Allah, dan memaksimumkan kerja kita. Kita yakinkan rakyat bahawa PAS perlu banyak kerusi daripada parti lain. PAS perlu banyak menang lebih daripada orang lain. Caranya, kita terus bekerja gigih dan kita berharap Allah membantu.

Seperti juga kita tidak pernah bayangkan ada golongan bukan Islam akan menyokong perjuangan Islam. Saya lama dalam PAS. Saya tahu berapa susahnya hendak dapat undi Cina; satu pun payah. Bagaimanapun, tanpa siapa menduga, boleh berlaku perubahan, sehingga tertubuh Kelab Penyokong PAS, dan akhirnya menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS. Kita dengar angkanya sudah melebihi ratusan ribu orang bukan Islam, yang kini menyokong PAS.

Berdasarkan hal ini, apakah tidak mungkin Allah SWT akan mengubah hati rakyat, hati orangbukan Islam dan Islam. Ia mungkn membanyakkan lagi peluang kepada calon-calon PAS yang akan menang dalam PRU13.

Kerusi Parlimen yang dimenangi PAS nanti, insya-Allah akan lebih banyak daripada kerusi-kerusi lain. Harapan kita begitulah, demi membawa perubahan buat rakyat dan negara. Dengan sendiri keraguan itu akan berakhir.

Insya-Allah ... Dan senario mutakhir ini nampak lebih memberangsangkan apabila PAS menerima penyertaan agak ramai karyawan, termasuk artis dan selibriti terkenal. Selain itu ramai bekas pegawai kanan kerajaan, termasuk bekas timbalan menteri bersama PAS.

Semasa saya Ketua Penerangan PAS Pusat, saya menjejaki beberapa pegawai kanan kerajaan yang menyertai PAS, seperti pegawai tinggi tentera, polis, pegawai kanan kerajaan. Saya kumpul mereka di sebuah hotel, di Kuala Lumpur, untuk meraikan mereka dan berusaha menarik lebih ramai lagi yang lain.

Sekarang, sahaja pegawai kanan kerajaan, malah artis juga seperti Bob Lokman dan terakhir Aishah, Abby Abadi dan Hairi Othman.

Begitu juga sokongan memberangsangkan anak-anak muda. Dalam perjalanan balik dari Amerika baru-baru ini, saya singgah di Dubai. Ada sekumpulan anak muda melihat kepada saya. Apabila naik pesawat, seorang darinya bertanya: "Minta maaf, nak pastikan ini Dato' Haron Din?" Saya katakan, ya. Dia pun terus menggamit kawan-kawannya, "Oii! Betul, betul."

Rupanya mereka ini wakil negara dalam satu pertandingan sukan di luar negara dan mereka dapat naib juara. Mereka bersalam dan berpeluk dengan saya. Ini hendak menggambarkan golongan muda ini memang berminat dan senang dengan kita.

Saya difahamkan keadaan serupa berlaku kepada ramai lagi pimpinan. Ke mana pun kita pergi, golongan muda ini cukup senang dengan kita. Mereka bertanya khabar dan melahirkan sokongan kepada PAS.

Perubahan ini nampaknya dibimbangi kerajaan. Jumlah golongan muda ini besar dan menjadi penentu dalam PRU13. Walaupun kerajaan cuba memberi kemudahan kepada mereka tapi anak muda faham itu semua adalah adalah kewajipan kerajaan. Hak rakyat untuk menerima kemudahan itu, tapi hak mengundi adalah hak peribadi.

Jika sudah ada kesedaran itu, berilah sebanyak mana pun bantuan, ia tidak boleh memberi prinsip dan hak mereka untuk mengundi calon atau parti yang disukai. Orang sekarang sudah berani menyatakan sikap politik.

Kalau bekas pegawai kanan polis seperti Dato' Fauzi Shaari pun boleh turun berkempen bersama PAS, tentulah ada perkara besar yang tidak kena kepada pemerintah sehingga mereka rasa ia patut diganti.

Umum mengetahui bahawa PRU13, ibu segala pilihan raya, adalah kritikal dan kita nampak ada tindakan ganas untuk menghalang kemaraan Pakatan. Boleh ustaz beri pesanan kepada petugas parti bagi menghadapi situasi sukar ini?

Melihat demonstrasi Bersih, berlaku beberapa insden yang tidak baik pada padangan umum masyarakat dan pencinta keamanan. Saya suka kepada damai, ketenangan dan disiplin yang tinggi. Saya amat menyokong orang yang mahu menegakkan keamanan dan keadilan dalam masyarakat.

Dalam Bersih, ada maklumat mengatakan terdapat pihak yang sengaja merancang untuk menimbulkan perkara tidak baik, bagi memburuk-burukkan Pakatan. Padahal jika diselia dengan baik, diberi permit, tetapkan tempat dan mereka berkumpul secara aman, himpunan itu akan berjalan dengan lancar.

Saya menyeru kepada semua jentera PAS, agar tetapkan diri kita sebagai orang Islam, yang mencintai keamanan dan kedamaian, serta mengelak daripada terperangkap dengan provokasi.

Islam mengajar kita supaya patuh dan taat kepada amar maaruf dan mencegah kemungkaran. Pergaduhan itu mungkar, dan boleh mengancam keharmonian masyarakat.

Saya menyeru ahli-ahli PAS, khasnya petugas pilihan raya agar kekang perasaan marah, walaupun kepada kawan kita yang dulunya baik, sekarang menjadi musuh. Kekang perasaan hendak membalas yang buruk dengan buruk juga. Balaslah dengan yang terbaik.

Dr Mahathir memberi amaran jika kalah, Pakatan akan cetuskan huru-hara ....

Kenyataan seperti ini saya amat meragui. Bagaimana boleh dituduh dengan begitu mudah? Mana kemampuan Pakatan Rakyat untuk buat huru hara melainkan kerajaan yang ada akan buat huru hara jika mereka kalah.

Memang PRU13 ini kritikal, tapi kalau kita ditakdirkan kalah juga, maknanya kita bukan kalah kali pertama tapi kalah kali ke-13. Jika kita akan buat rusuhan kalau kalah, maka sudah lama berlaku. Sedangkan, rekod menunjukkan, PAS kalah di Kelantan dan di seluruh negara tapi kita tidak buat sebarang kekacauan. Kenapa sekarang ini dituduh kalau kita kalah, akan cetus huru-hara?

Saya mengajak sekali lagi seluruh rakyat dan penyokong PAS ... apakah kita merasakan bertanggungjawab kepada bangsa dan tanahair? Kita sudah bagi peluang kepada Umno lebih setengah abad, dengan segala kepincangan, yang semakin hari kian terserlah.

Dengan keadaan negara semakin kucar-kacir dan rekod pemerintahan yang buruk, seperti rasuah dan salahguna kuasa. Jika terlambat kita perbaiki, maka akan terlambat seluruhnya. Maka PRU13 adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk tukar pemerintah.

Bagilah ruang lima tahun untuk Pakatan buktikan komitmen mereka. Kalau berlaku lebih buruk daripada yang ada, rakyat boleh tukar semula. Dan jika apa yang berlaku jauh lebih baik daripada yang ada ini, mereka boleh kekalkan. Segalanya tidak berakhir dengan PRU13 ini. Ia satu peluang keemasan yang kita tidak patut lepaskan.

Saya menyeru seluruh rakyat, khasnya orang Melayu, terutama orang atas pagar untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, yang akan membela rakyat dan memperbaiki kerosakan teruk dalam pemerintahan Umno-BN selama ini.

Pilihan raya Presiden Mesir telah selesai dan telah diumumkan kemenangan calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi. Mesir dan Ikhwan sebenarnya rapat dengan umat Islam negara ini. Minta ustaz komen.

Perjuangan Ikhwanul Muslimin, bermula sejak zaman Hassan Al-Banna, menyaksikan pertarungan yang amat hebat antara pejuang Islam dengan penentangnya. Pejuang Islam terbukti kental berdepan segala ujian getir itu.

Apa yang berlaku di Mesir adalah satu episod daripada perjuangan yang begitu lama dan begitu banyak memakan korban. Ikhwan di zaman awalnya, malah di bawah regim Abdul Nasser, menyaksikan pertembungan dahsyat dengan pemerintah.

Berlaku beberapa fitnah besar yang mengorbankan banyak pemimpin dan pengikut. Namun, yang jelas pada hari ini Ikhwanul Muslimin bangkit dan mendapat dokongan rakyat Mesir sehingga terpilih dengan suara majoriti, Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir.

Kemenangan itu diasaskan atas demokrasi pilihan raya. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin atas kemenangan itu. Jangan sesekali dilupakan perjuangan untuk memartabatkan Islam di bumi Mesir.

Ia akan menjadi contoh dan inspirasi kepada pejuang Islam lain terutama di Malaysia, untuk meletakkan kemenangan di tangan pejuang Islam tulen. Insya-Allah perjuangan itu akan mendapat dokongan, sokongan dan keberkatan daripada Allah SWT.