Penganjur demo Pengerang diugut dengan bangkai ular sawa

Kurang 24 jam sebelum perhimpunan menentang projek petrokimia di Johor, seorang penganjur menemui sebuah beg plastik berisi bangkai ular di depan rumahnya.

Bangkai yang kepalanya hampir terputus itu ditemui diletakkan bersama risalah yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu di Pengerang esok.

Bendahari gabungan NGO Pengerang Chua Peng Sia berkata, timbalan setiausaha kumpulan itu Goh Wan Ting ketika menjumpai beg itu tetapi tidak berani membukanya.

Goh kemudiannya menghubungi seorang lagi anggota jawatankuasa r Hong Thian Hwa untuk membantu meneliti kandungan beg itu.

"Goh hanya beritahu saya beg itu lembut dan lembab ketika disentuh.

"Apabila saya buka beg itu, ada ular sawa dan beberapa keping risalah perhimpunan," katanya.

(Gambar) Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz di Pulau Melaka

Rizal Tahir




KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.

Gambar MP BN tertidur masa Najib bentangkan BAJET 2013


dhalyanun
Tidoq pun tak pa sebab bajetIsh, ish... MP dari mana tu ha? ...

Kahkahkah...

Cristiano Ronaldo Beri kasut Emas untuk Bantu Rakyat Palestin

abuluqman
Cristiano Ronaldo di satu Majlis Bersama Wakil Palestine.
Nukilan Abu Luqman

Kes khalwat paling tinggi dicatat di Pahang

KUANTAN - Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.

Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.

"MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.

"Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.

"Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya.

Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. 
-Bernama-

Audit: 64,100 pengundi pos daftar dalam satu hari

Harakahdaily
(Anwar dan pemimpin Pakatan di pentas khas di majlis makan malam perdana)
SHAH ALAM: Kewibawaan Suruhanjaya Piliahn Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.

Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.

"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini.

RAPID : Betulkah pengambilalihan tanah 25,000 ekar untuk pemimpin umno?

Blog Ibn75.wordpress.com
PENGERANG – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor hari ini mempersoalkan tindakan kerjaaan BN mengambil alih tanah penduduk yang terlibat dengan projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).
Pengerusinya, Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, hanya 5,000 ekar sahaja yang terlibat dengan RAPID sedangkan pengambilalihan itu melibatkan tanah 25,000 ekar.

”Kerajaan memaklumkan akan mengambilalih tanah seluas 25,000 ekar demi pembangunan Projek Petrokimia itu. Tetapi merujuk kepada kajian PKR, Projek ini cuma perlu 5,000 ekar tanah. Kami mempersoalkan tujuan kerajaan ini.

”Kerajaan cuma bagi ganti rugi sebanyak RM2.80 sekaki persegi. Jumlah yang bergitu kecil ini cuma mampu beli tiga keping roti canai, bagaimana penduduk dapat terima ganti rugi yang bergitu tidak munasabah?” katanya lagi yang dipetik Sinchew Daily menerusi laman Facebook Keadilan Johor.

Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan itu telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan kedatangannya ke pekan itu adalah bertujuan ingin memperkenalkan PKR.

Disamping itu, ia dilakukan sebagai kempen bagi menggalakkan penduduk di sana supaya menghadiri himpunan hijau pada 30hb September ini.

Sementara itu, seorang tenaga penggerak badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Teo berkata, kesengsaraan yang dihadapi penduduk yang terlibat dengan projek ini tidak diketahui umum.

Oleh itu, dakwanya para penduduk sewajarnya diberikan nilai pampasan yang lebih tinggi berbanding dengan yang sedia ada.

”Menurut undang-undang Tanah Negara, penduduk tidak boleh bantah pengambilalihan oleh kerajaan. Mereka cuma boleh menerima pampasan atau menuntut pampasan yang lebih tinggi sahaja,” katanya lagi.

Beranikah Najib hadir sesi bahas bajet Isnin ini


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasannya berhubung Bajet 2013 yang dibentangkan beliau, Isnin ini.Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini.

"Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini.

"Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013.

Jelmaan Sheikh Ahmed Deedat

Indah.COM
KERJAYANYA bermula sebagai seorang doktor perubatan, namun beliau kemudiannya beralih arah menjadi pendakwah yang disegani dengan kebijaksanaan menghurai dan menjelaskan kemusykilan berhubung isu keagamaan secara spontan berdasarkan rujukan yang logik serta sahih.
Terkenal sebagai Deedat dua (Deedat Plus), pemilik nama sebenar Dr Zakir Abdul Karim Naik, 47, adalah anak kelahiran Mumbai, India. Pada awalnya beliau berguru dengan daie tersohor dunia, Sheikh Ahmed Deedat. Sepanjang hayat dakwah Sheikh Deedat, beliau banyak menghasilkan buku agama dan mencipta kejutan dunia apabila berdebat dengan paderi terkemuka Amerika Syarikat, Jimmy Swaggart. Debat yang bertajuk Is The Bible the Word of God ini berlangsung di hadapan 8,000 hadirin.

Sheikh Deedat memfokuskan perbandingan Islam dan Injil, manakala Dr Zakir Naik bukan sekadar mampu menghafal al-Quran tetapi beliau turut mendalami agama lain, sehinggakan ramai orang bukan Islam terkejut apabila Dr Zakir Naik mampu menghuraikan isi agama anutan mereka.
Bidan terjun jadi penceramah

Sejak zaman belajar lagi beliau dikelilingi oleh individu bukan Islam yang menganut pelbagai agama antaranya Hindu, Budha dan Kristian, dari situ Dr Zakir berminat untuk mengkaji sedikit demi sedikit mengenai isi agama tersebut. Walaupun beragama Islam tetapi disebabkan minat untuk mengkaji agama lain, menyebabkan beliau memahami sesebuah agama itu lebih daripada penganutnya sendiri.

Menurut Jurucakapnya, Shah Kirit Kakulal Govindji atau lebih dikenali dengan Bro Shah Kirit, pembabitan awal Dr Zakir bermula sejak awal 90an lagi apabila menjadi penceramah bidan terjun dalam satu program anjuran beliau sendiri. Ramai mata tertumpu padanya sebaik beliau berceramah, sejak itu ramai pihak meminta beliau berceramah.

“Dr Zakir mempunyai keistimewaan tersendiri, beliau boleh mengulas mengenai banyak isu seperti Islam dan perubatan, hak-hak wanita dalam Islam, teknologi dan Islam serta perbandingan agama. Begitu luas ilmunya.

“Satu lagi tarikan beliau yang mampu membuatkan orang bukan Islam terpaku adalah Dr Zakir menyambut baik sebarang soalan daripada orang bukan Islam, beliau amat cekap menjawab soalan dalam menangani masalah agama berpandukan al-Quran, hadis sahih dan kitab agama lain ditambah dengan hujah yang bernas serta logik,” katanya dalam pertemuan dengan Rehal baru-baru ini.

Menurutnya, ramai orang bukan Islam datang mendengar ceramah Dr Zakir dan ada di antaranya melafazkan kalimat syahadah usai majlis ceramah itu kerana jawapan dan keterangan yang diberikan Dr Zakir sangat logik.

Motivasi kepada Muslimin, penerangan kepada bukan Islam

Allahyarham Sheikh Deedat menggelar Dr Zakir sebagai Deedat Plus dan pernah memberi anugerah. Dalam anugerah tersebut tertulis ”Dr Zakir mampu menuntut ilmu agama dalam tempoh yang singkat iaitu empat tahun, sedangkan Sheikh Deedat sendiri mengambil masa 40 tahun untuk mendalaminya”.
Bro Shah Kirit berkata, Dr Zakir Naik terkenal di peringkat antarabangsa. Taip sahaja di laman sesawang YouTube. Pasti tertera banyaknya video ceramah beliau. Jika mahu merasai sendiri dan melihat bagaimana petahnya Dr Zakir menyampaikan ceramah serta menjawab soalan dengan tepat, sertailah Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012, tanpa sebarang bayaran dan juga terbuka kepada orang bukan Islam.

“Fokus utama kami membawa Dr Zakir ke Malaysia adalah untuk memberikan motivasi kepada Muslimin dan penerangan kepada orang bukan Islam mengenai Islam secara tepat.

“Hari ini, kita lihat terdapat sesetengah pihak yang menentang agama ALLAH. Ini bukan kerana mereka membenci Islam, sebaliknya mereka jahil serta tidak tahu apa itu ajaran Islam,” katanya.

Menurutnya, ramai yang murtad kerana tidak percaya dengan Islam dan kewujudan Tuhan menyebabkan mereka tertarik kepada agama lain, selain mencari tuhan dalam agama lain. Individu sebegini perlu dibantu dengan segera.

Setiap daripada kita adalah pendakwah, sama ada mereka menerima atau tidak itu bukan urusan kita. Sebagaimana firman ALLAH yang maksudnya: “Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi ALLAHlah yang memberi petunjuk siapa yang dikehendaki-Nya…”

(Surah al-Baqarah ayat 272)

Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012

Dr Zakir menubuhkan Islamic School di bombay. Tujuan penubuhannya adalah bagi memberikan pendidikan Islam dan akademik secara formal. Selain itu, beliau juga mempunyai siaran televisyen, Peace TV yang boleh didapati di lebih 190 negara, dianggarkan penonton melebihi 100 juta setiap hari.

Dr Zakir Naik turut menulis dan menghasilkan beberapa buku antaranya Non-Muslim's Common Quaestion about Islam, Quran and Modern Science-Compatible or Incompatible?, Concept of God in Major Religions dan Similarities between Hinduism and Islam.

Ingin mengenali beliau secara dekat, datanglah beramai-ramai ke setiap ceramahnya mengenai perbandingan Islam dan banyak lagi topik menarik sesuai dengan situasi yang berlaku hari ini.

Siri penjelajahan ini adalah anjuran Islamic Information & Services Foundation (IISF) dengan kerjasama Saba Islamic Media.

Bajet Nasi Kangkang....

Bang Nan
Mat Sabu pernah cakap lebih kurang macam ni. " Ini perangai Umno. Dia bela hantu raya. Tiap-tiap hari dia bagi makan telor. Satu hari nanti bila telor dah habis, telor tuan dia (Umno) dia makan!" Macam ni lah bajet kali ni...Bagi bagi bagi. Nanti bila tak bagi...Ngap!! Hehe...tersungkur di pilihan raya.

Tentang gelagat Najib masa nak tutup pembentangan bajet tadi aku boleh faham. Dia kat rumah kena buli. Jadi orang macam ni dia akan lepaskan geram kat tempat lain. Satu dunia orang perli dia kena control dan macam2. Jadi hari ni dia tunjuk ek sikitlah. Relax relax....

Bagi aku bajet ini tidak banyak ertinya. Gaji aku lebih dari 3k. Umur aku dah lebih 30 tahun. Aku bukan kerja dengan gomen. Anak aku semua umur bawah 21 tahun. Cuma dapatlah bantuan persekolahan RM100 untuk anak aku yang paling kecil. Itupun PIBG SK Taman Bukit Indah ambik balik RM100 tu. Cheh!!

Yang aku dok termenung ni macam mana aku masih masuk dalam golongan 1.7 juta orang yang masih kena bayor income tax dari 12 juta orang tenaga pekerja di negara ini? Lahabau betul...something wrong somewhere...

What a sad day bro... ada sapa2 nak belanja aku nescafe tarik malam ni? Kurang gula bro....
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.

Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.

Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.

Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.

Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:
— RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang
— RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)
— RM 200 juta untuk Dana Industri Halal
— RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera
— Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun
— RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik
— Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah
— RM1billion untuk membaik pulih sekolah — RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM

Lelaki ini adalah rakyat Malaysia dan melayu paling hebat kerana dibenarkan berhutang RM34.3 bilion


Hutang RM34.3 bilion Syed Mokhtar tidak berjawab 
Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak soalan lisan yang dikemukakan  Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan hutang korporat syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak RM34.3 bilion.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Pua ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).

Peraturan Mesyuarat tersebut menyatakan sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

Pua dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan kesan negatif kepada sistem kewangan dan perbankan tempatan apabila syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai jumlah hutang yang dianggarkan melebihi sepuluh peratus kesemua hutang korporat di Malaysia.

“Nak tanya ‘sangkaan’ apakah yang menyebabkan Menteri Kewangan enggan menjawab soalan ini sedangkan semua soalan yang dikemukakan kepada Dewan selama ini adalah sangkaan dan dakwaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pua menegaskan, dakwaan jumlah hutang itu bukan satu rekaan sebaliknya fakta yang diperoleh melalui sumber terbuka di Bursa Saham dan Bank Negara.

“Saya amat kesal kenapa menteri enggan beri jawapan kerana isu ini mampu memberi ancaman kepada ekonomi negara.

“Angka (hutang) ni bukan tarik dari langit tapi ianya laporan rasmi tahunan daripada syarikat Syed Mokhtar sendiri yang juga boleh anda dapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Tuan Guru Nik Aziz lelong tongkat

Rizal Tahir
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan akan melelong tongkat yang sering digunakan walau ke mana sahaja bagi membantu dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Tongkat yang berwarna gelap yang digunakan sejak sekian lama itu diharap dapat membantu menjana tabung PRU13.

Pengumuman mengejut itu dibuat pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan sesi kedua di Dataran Ilmu di sini.

Selepas pengumuman itu, Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan tongkat yang menjadi penemannya itu kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu kepada PAS Pusat.

Tuan Guru seterusnya berkata, sebelum ini wakil PAS Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana yang dimaksudkan,” katanya.

Tindakan Tuan Guru yang mengumumkan perkara itu, membuatkan orang ramai yang hadir untuk mendengar kuliah bangun untuk melihat secara dekat peristiwa bersejarah itu.

Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13

NORHASRAM MOHAMAD
Bob Lokman
Bob menyampaikan ceramah pada Majlis jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh.
PASIR PUTEH: “Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia,” demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.

“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.

"Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.

Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.

“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.

“Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, 'Demi ALLAH'.

Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan.

“Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni,” katanya.

Jika Malaysia ada Piramid Kuno kenapa dirahsiakan?


amkns
Jika benar ada Piramid Kuno di tengah-tengah hutan belantara Malaysia, kenapa ianya perlu dirahsiakan dan dikawal rapi pasukan keselamatan? Kenapa ianya tidak dijadikan bahan kajian serta sebahagian dari produk pelancongan yang boleh memberi manafaat kepada bidang pendidikan dan menambahkan sumber pendapatan negara?

Pyramids: Descendents of the Tower of Babel?

Ancient pyramids are found in Egypt and Mexico. They are also found in Peru, Nubia, Malaysia, Iraq and China.

A pyramid in the Malaysian jungle and a pyramid in Central America are virtually identical. Sumber : http://achievebalance.com/ 

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU

September 25, 2012
Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia. Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya. Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia. Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh unit-unit khas dari angkatan tentera kita. Ada tentera yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu. Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh unit-unit komando kita.

Cerita penuh di http://militaryofmalaysia.net/ 

The Mayan pyramids and the Egyptian pyramids have no discernible connection that I know of. The Mayans appear to have migrated to Central America from Malaysia. There are many similar looking ancient temples and pyramids in Malaysia that resemble the Mayan ones. The Egyptians may have built pyramids based on travels to the orient, perhaps to Indonesia and Malaysia. That could be a connection, but no one has tried that theory.

Najib rayu agar jangan saman AG dan bekas IGP?

Mohd Sayuti Omar
Malam kelmarin sekali lagi saya berjumpa dengan seorang wakil rakyat ini. Beliau menceritakan sesuatu agak sulit yang boleh menjadi bahan atau isu politik yang berlengas. Kes ini ada kena mengena dengan bekas pegawai tinggi polis yang dihadapkan mahkamah kemudian dilepaskan.

Pegawai polis itu bercadang untuk menyaman Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara untuk membela penganiayaan ke atas dirinya. Katanya Najib telah memanggil bekas pegawai tinggi ini dan merayu agar pegawai tinggi itu tidak mengambil tindakan waktu ini.

Najib, katanya tidak menghalang tetapi biarlah selepas pilihan raya? Kita faham kenapa selepas pilihan raya. Tetapi apakah keperluan pegawai polis itu untuk akur dengan kehendak dan rayuan Najib. Apakah benafit yang beliau perolehi? Dan tidakkah bila memenuhi rayuan Najib itu ia dianggap membantu Najib?

Bukankah dengan melengakan tindakan itu satu persubahatan besar melindung orang yang kita rasakan melakukan jenayah? Hendaknya cerita wakil rakyat itu benar dan dia akan persampaikan apa yang saya pertikaikan ini.

Kalau kita sudah nekad untuk apa kita berundur lagi, teruskan. Rakyat sendiri menanti tindakan-tindakan berani ke atas orang yang juga berani. 

Sepuluh khasiat tersembunyi bagi penggemar tempe

22 Okt: Sepotong tempe mengandungi berbagai unsur yang berkhasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat.

Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebanyak 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.

Bukan sahaja senang didapati malahan cara penyediaannya juga mudah. Rasanya amalan memakan tempe untuk menu diet anda amat berbaloi.

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

KANTOI! Video Gadis 'Solehah' Dalam 'Jet Peribadi Anwar' Tersebar

jalanpulang1978.blogspot.com
Isu mengenai sebuah jet yang dikatakan sebagai ‘Jet Peribadi Anwar’ ini telah mula dijadikan isu pada 23 September 2012 yang lalu iaitu pada hari Ahad setelah Naib Presiden PKR, Tian Chua menyebarkan beberapa keping gambar Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sedang berada di dalam jet peribadi yang disewa tersebut.
Sama ada suratan atau kebetulan.. hanya Allah yang maha mengetahui..

Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama iaitu 23 September 2011, ‘T’ Jet yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim dan rombongannya itu juga telah menerbangkan seorang Menteri dari UMNO.

Dalam penerbangan dari Subang ke Alor Setar itu Menteri dari UMNO telah diiringi oleh beberapa orang gadis jelita
Mereka telah diterbangkan oleh ‘T’ Jets (Dassault Falcon N990BB) yang dikenali sebagai “Jet mewah Peribadi Anwar” oleh pencacai-pencacai UMNO kini.
Gadis-gads jelita itu telah diterbangkan secara eksklusiff bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom bagi pengambaran program reality TV ‘Solehah’.

Di mana Jamil Khir yang juga 'Menteri Agama' akan merasmikan pelancaran program realiti TV tersebut pada sebelah malamnya di Alor Setar.
Jamil Khir yang diterbangkan oleh jet tersebut adalah tetamu kehormat pada bagi majlis sambutan Hari Raya yang berlangsung di Alor Setar itu..

Wah!! Jamil Khir pun terbang dengan 'Jet Peribadi Anwar' rupanya.. pencacai UMNO tak mahu kutuk dia ke?

Kemelut Krisis Identiti Di Sabah

MUTALIB M.D
BAK kata pepatah, diberikan betis, hendakkan peha. Tetapi Warga Asing Indonesia yang mendapat peluang keluar-masuk dari Nunukan ke Tawau setiap hari, bukan sahaja mahukan peha; tetapi yang berada 'dicelah peha'.

Kerakyatan songsang yang dimiliki oleh ADUN Sebatik, Abdul Muis Picho bukan rahsia lagi kepada rakyat perbatasan; terutama Anak Jati Sabah seperti Ketua Kampung Tanjung Batu Laut, Hamid Hassan yang tidak jemu-jemu menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pemimpin Sabah.
Jika daripada seorang Warga Asing Indonesia yang pernah mendapat Taraf Penduduk Tetap, Abdul Muis kembali menjadi PATI setelah mengembalikan PR semata-mata untuk mengeluarkan wang KWSP; datang lagi sebagai PATI, mendapat IC Projek dan boleh terlepas tapisan keselamatan dan kini boleh menjadi Wakil Rakyat di Sabah; apakah ada halangan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah kerana beliau juga memiliki MyKad Malaysia?

Oleh itu tidak hairan jika ramai Warga Indonesia yang selama ini menggunakan Pas Lintas Batas (PALIBA) kini sudah menjadi Warga Mi Segera; ehsan Kerajaan Berjaya dan UMNO; berbangga dengan 'Nyawa' (IC Projek) mereka yang dikurniakan 'Kerajaan Persekutuan' sehingga terlupa bahawa perbuatan mereka adalah subversif dan boleh dihukum pancung 'Tanpa Bicara!'

Salah satu daripada lebih 800,000 contoh orang yang menggunakan PALIBA sebelum ini telah menjadi 'Warga Dua Negara' kerana bebas keluar masuk untuk menghirup udara segar Malaysia dan membuang najis di sempadan negara melalui kegiatan haram termasuk penyeludupan, pelacuran dan kesalahan imigresen ialah Syarifah Laila Bt. S.Alwi.

Majoriti penduduk Kampung Pasir Putih, Tawau kenal siapa dan dari mana Syaripa Laila @ Syarifah Bt S Alwi ini berasal. Memang agak ganjil kerana lazimnya nama Syarifah ialah Kaum Suluk segangkan Syaripa berketurunan Bugis.

Sama ada beliau mendapat kad pengenalan biru 'Ready Made' atau memang miliknya, sukar untuk dipastikan tetapi memang sah beliau adalah PATI Bugis yang sebelum ini menggunakan PALIBA.
Saripah Laila mendapat Pas Lintas Batas bernombor W029905 pada 6 Januari 1978 bagi tempoh setahun sehingga 6 Januari 1979 dan direkodkan dibuku Daftar NNK/1C/118/78. Mengikut maklumat Pas Lintas Batas yang dikeluarkan Kerajaan Indonesia, Saripah dilahirkan di Nunukan pada 1956 menggunakan Kartu Penduduk Indonesia 3510/KND/76.

Pas Lintas Batas adalah Pas Melawat iaitu kebenaran masuk ke Malaysia di Tawau untuk melawat daerah Tawau Sahaja dalam negeri Sabah dalam jangka masa tidak lebih dari satu bulan berdasarkan Perjanjian Sempadan Dengan Indonesia. Tidak sah bagi memohon pekerjaan dan tidak boleh disambung.

Saripah telah mendapat kad pengenalan biru di era Kerajaan Berjaya tetapi semuanya palsu sehinggalah pada 1991 memperoleh Kad Pengenalan Biru bernombor H0498485 melalui Projek Gembleng; X-Files merekrut Warga Asing sebagai Warga Negara, Ahli UMNO dan Pemilih Berdaftar.

Ramai rakan Saripah turut sama mendapat kad pengenalan projek berkenaan tetapi mereka tidak berjaya disebabkan Jabatan Pendaftaran menarik balik kad pengenalan lama bersiri H0492001 hingga H0494500; tidak termasuk yang dimiliki Saripah.

Dengan kad pengenalan projek H0498485, Saripah telah menukar namanya kepada Syarifah Laila Binti S Alwi setelah mendaftar sebagai Pemilih Berdaftar bagi DUN Apas (Tinagat) dan akhirnya mendapat MyKad 550403-12-5446.
Saripah Laila yang dilahirkan pada 1956 di Nunukan telah semula sebagai Syarifah Binti S Alwi di Tawau pada 03 April 1955 di Batu 8, Jalan Apas, Tawau.

Sebagai Warganegara Indonesia yang hidup mewah setelah mendapat Warganegara Segera Malaysia, Saripah kini duduk dan berdiri lebih tinggi daripada Anak Jati Sabah yang tembuninya ditanam di hadapan rumah Datuk Abu Bakar Titingan.

Jika Jawatankuasa RCI Sabah ingin mendapatkan bukti nyata, jejak bertapak tersedia di Jabatan Imigresen Tawau dan Pejabat Konsulat Indonesia Tawau dan mungkin jika diperlukan mengesan mereka, seramai 500,000 orang lagi yang menggunakan modus operandi yang sama masih boleh dikesan dengan mudah.

Jangan terkejut jika dilontarkan sebiji kacang kepada 10 orang Warganegara Malaysia di Tawau, sudah pasti terkena 30 batang hidung Warga Indonesia yang mendapat MyKad projek. Wallahualam!

Demo Pemuda Umno medan himpun 'pelacur politik' ini

Mohd Rashidi Hassan
Majoriti umat Islam seluruh dunia bangkit membantah filem 'Innocence of Muslims' terbitan karyawan seni Amerika Syarikat, yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Kebangkitan serentak di seluruh dunia itu, memberi signal yang jelas kepada Barat, bahawa mereka tidak sewenang-wenangnya boleh mencemar dan menghina agama Islam

Kebangkitan yang sekata tersebut adalah manifestasi daripada kecintaan umat Islam terhadap Rasul mereka, kemuliaan ad-din yang dianuti dan kesucian agama Islam yang diimani majorti penduduk dunia.

Kebangkitan yang menggegarkan dunia ini amat menggerunkan Barat. Amerika khususnya, terpaksa berusaha untuk membaiki hubungan dengan umat Islam dan menafikan pembabitan mereka dalam filem tersebut.

Umat Islam di Malaysia juga bangkit. PAS, KeADILan dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat lebih awal, mengeluarkan amaran keras ke atas Amerika dan sekutu mereka.

Jumaat lepas, PAS yang diterajui Pemudanya, menganjurkan Perhimpunan besar-besaran, berarak dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika, bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadaban filem mereka.

Tiada suara yang dilaungkan, selain membesarkan Allah dengan lafaz 'Allahu Akbar'. Tiada kecintaaan yang diluahkan, melainkan dengan ungkapan 'Salallahu 'ala Muhammad, salallahu 'alaihi wasallam'.

Dalam perhimpunan itu juga, tiada kata nista yang dilemparkan, kecuali melemparkan kecaman terhadap kedangkalan Amerika dan sekutunya, Israel. Tiada amaran dilaungkan, melainkan kepada Perancis dan rakan-rakan Eropah yang berani membuat karikatur, menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Malangnya, dalam masa yang sama 21 September lepas, Pergerakan Pemuda BN, menganjur di Masjid Kampung Baru bagi tujuan membantah filem 'Innocence of Muslims'.

Malang bukan kerana niat Pemuda Umno-BN tidak baik, tetapi perhimpunan mereka gagal untuk menzahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi s.a.w. Perhimpunan mereka gagal untuk mengutuk pembikin filem yang biadap tersebut.

Sebaliknya ia menjadi pentas membelasah pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepatutnya perhimpunan itu dikhususkan untuk mengecam kedurjanaan Amerika dan sekutunya, bukan menghamburkan fitnah yang hanya mengundang perbalahan politik dalaman negara.

Perhimpunan anjuran Pemuda Umno, jika dibandingkan dengan Pemuda PAS, ibarat di antara langit dengan bumi. Hanya dengan kira-kira 500 peserta sahaja yang mengikuti perhimpunan hambar itu, berbanding dengan puluhan ribu di Jalan Tun Razak.

Perhimpunan anjuran Khairy Jamaluddin Abu Bakar, akhirnya menjadi pentas politik, mengecam Pakatan Rakyat.

Mereka bukannya hendak melindungi martabat agama dan kemuliaan Nabi s.a.w, sebaliknya mengambil peluang memaki hamun Pakatan Rakyat.

Pemuda Umno jelas mencemari semangat serta kemurniaan agama dengan membariskan 'pelacur-pelacur' politik seperti Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Dato' Ibrahim Ali, Lokman Nor Adam dan Zahid Mat Arip.

Tiada yang baik keluar dari mulut mereka, selain mencaci maki PAS, KeADILan dan DAP. Tiada zikir yang terhambur dari lidah mereka, selain menghina nista Tuan Guru Nik Aziz, Anwar dan Karpal.

Inilah manifestasi dari kebuntuan akidah dan perjuangan terpesong Umno-BN. Menganjurkan demonstrasi bukan kerana kesedaran, tetapi kerana mahu 'menangguk di air yang keruh'. Mereka bukannya mahu menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebaliknya mempergunakan forum agama untuk menyebarkan politik sempit lagi rasis.

Ayuh rakyat, kita bangkit tumbangkan Umno-BN serta menghapuskan pelacur politik dari negara yang tercinta ini.

'Lembu-lembu tua' dalam pilihan raya kampus

Ahmad Tajdid
SAYA masih teringat kisah lucu ketika belajar di sebuah IPTA di utara Semenanjung. Kisah ini diceritakan seorang senior ketika kempen pilihan raya kampus sedang rancak berjalan. Ceritanya berkisar tentang seorang siswa yang digelar pelajar lain sebagai "Number One" (#1).

Siswa ini memang dikenali oleh penghuni kampus kerana sifat uniknya. Selain perawakannya yang 'simple' dia juga berpacaran. Pacarnya rakan sekuliah atau sekursus dengannya.

Ketika musim pilihan raya kampus tiba, #1 juga sibuk mengambil borang untuk menjadi calon. Dengan syarat minimum memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.5, beliau pun dipilih untuk bertanding mewakili kursus (sekarang ini fakulti).

Memang calon-calon dibenarkan berkempen, tetapi pada masa itu pilihan raya kampus tidaklah sesengit sekarang. Sekarang ini dimaklumkan, 'lembu-lembu tua' di peringkat fakulti, universiti hinggalah di kementerian turut berebut-rebut mahu campur tangan dalam hal ehwal budak-budak (siswa).

Setelah berhari-hari berkempen dan para siswa selesai membuang undi, maka tiba masanya saat pengiraan undi. Pada waktu itu, undi yang diperolehi semua calon yang bertanding akan ditulis di papan putih (whiteboard). Setelah semua kertas undi dikira, alangkah terkejutnya petugas pengiraan undi kerana #1 hanya mendapat satu undi!

Maka kisah #1 mendapat hanya satu undi itu pun menjadi bahan lawak kampus selama berbulan-bulan. Apa tidaknya, jika #1 pada logiknya memberikan satu undi kepada dirinya sendiri, itu bermaksud, pacar (teman wanitanya) juga tidak mengundi #1. Bermula daripada peristiwa itulah siswa tersebut mendapat gelaran #1.

Tidaklah diketahui ke mana perginya #1 sekarang. Mungkin bertugas di Biro Tatanegara (BTN) agaknya.

Semasa mendengar siaran Radio24 (radio Bernama) ketika berkereta ke pejabat, pembaca berita radio memaklumkan pilihan raya kampus yang sedang berlangsung di 15 universiti. Menurutnya, 5 IPTA telahpun mengadakan pilihan raya dan keputusannya memihak kepada pelajar 'proaspirasi' (baca pro-BN).

Diberitakan juga bahawa keputusan pilihan raya kampus kali ini penting kerana ia menunjukkan pola mengundi generasi muda menjelang pilihan raya umum ke-13. Dalam erti kata lain, jika kesemua pilihan raya IPTA dimenangi kumpulan 'proaspirasi', ia menunjukkan sokongan generasi muda kepada BN!

Mendengar laporan berita itu, tidak hairanlah jika kita mendengar kisah bagaimana 'lembu-lembu tua' di peringkat fakulti, universiti juga di kementerian semacam berkomplot untuk memastikan semua kampus IPTA dimenangi calon-calon yang dicucuk hidung. Dan pelbagai bentuk tektik kotor, ugutan, penipuan dan sebagainya dikenakan kepada siswa yang dilabel promahasiswa (baca pro-pembangkang) bagi memastikan calon 'proaspirasi' menang mudah atau 'menang tanpa bertanding'.

Tapi benarkah keputusan pilihan raya kampus benar-benar menggambarkan sokongan generasi muda kepada BN mahupun Pakatan Rakyat?

Jawapannya tidak sama sekali!

Bukti paling kukuh adalah ketika kampus-kampus universiti utama dikuasai oleh kelompok mahasiswa yang pro-Islam (baca pro-PAS) pada dekad 80-an dan 90-an, PAS tidak pernah menang selesa dalam setiap PRU yang ditandinginya malah kalah teruk pada 1986 dan 1995. Sokongan generasi muda terhadap PAS juga tidaklah ketara walaupun kampus-kampus utama IPTA dikuasai kelompok pro-Islam.

Kini di saat wujudnya media baru yang mencabar dominasi media konvensional, usaha mempengaruhi siswa untuk menyokong sesuatu kelompok oleh 'lembu-lembu tua' tidak akan berkesan sepenuhnya kerana mereka (siswa) lebih terdedah kepada maklumat dan perkembangan semasa.

Sokongan yang diberikan siswa mungkin bersifat 'artificial' apatah lagi jika ia bercirikan ugutan dan paksaan. Apalah signifikannya untuk bersungguh-sungguh memperjuangkan idealisme mahasiswa bagi kelompok majoriti pelajar jika hidup di kampus hanya sekadar 3 atau 4 tahun sahaja?

Oleh itu kesungguhan 'lembu-lembu tua' bagi memastikan kemenangan kumpulan proaspirasi di kampus-kampus IPTA tidak banyak menyumbang kepada kejayaan BN dalam PRU mahupun mengukur sokongan generasi muda kepada BN. Ia hanya sekadar 'window dressing' atau mewujudkan 'feel good factor' kepada BN.

Malah jika elemen 'feel good factor' ini mahu dijadikan tangkal azimat untuk BN menghadapi pilihan raya, ia seperti menggali kubur sendiri. Tepuk dada, tanyalah iman di dada...

Beratus Orang BN Bakal Berpaling Tadah – Suhaizan

Blog Ibn75.wordpress.com
JOHOR BAHRU – Keadaan UMNO-Barisan Nasional (BN) negeri ini dilihat semakin kritikal setelah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman yang serius ingin mempertahankan 26 kerusi di Johor.
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dengan katanya, UMNO boleh berbangga dengan kesetiaan penyokongnya di kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, UMNO wajar ‘berpijak di bumi yang nyata’ kerana kawasan di bandar lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Suhaizan berkata, daripada 1.5 juta yang diwar-warkan oleh penyandang DUN Serom itu sebagai anggota parti bukan semuanya memberikan komiten kepada UMNO.

”MB Johor YAB Dato’ Abdul Ghani Othman berkata separuh pengundi (1.5) juta adalah anggota BN.

”Parlimen di kawasan kampung memang hampir separuh anggota BN tapi tidak di kawasan bandar.

”1.5 juta anggota BN Johor belum tolak anggota yang telah, sedang dan akan khianat kepada BN dalam PRU 13.

”Dalam tangan saya sahaja sudah beratus anggota BN Johor akan berjanji akan tolak BN dalam PRU 13,” katanya lagi.

Suhaizan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar Pengerusi BN negeri yang bertekad ingin mempertahankan kesemua 26 kerusi parlimen yang menjadi sumber kekuatan kepada BN menubuhkan kerajaan di Putrajaya.

Ghani dilaporkan berkata, BN Johor turut berikrar untuk bekerja keras dalam memastikan sokongan padu diraih dari segenap pelusuk negeri.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat melalui kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebelum ini menegaskan pembangkang menyasarkan 18 kerusi parlimen akan jatuh ke tangan mereka pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.