Wanita 31 tahun paling cantik?

MUHAMAD MAT YAKIM
Seumur hidup, tidak pernah saya dengar orang memuji busut. Ini kerana busut lebih kecil dan dianggap tidak menarik berbanding gunung.
Gunung memang selalu dipuji orang. Mana-mana gunung pun akan dipandang indah dan oleh sebab keindahannya itulah, ia dipuji.

Ada yang berpantun, berpuisi dan bersyair mengenai gunung. Ada juga yang bikin lagu untuknya seperti Gunung Santubong.
Orang bercinta pilih gunung sebagai lambang keindahan dan keteguhan cintanya kepada kekasih. Orang berbulan madu, pun ramai yang pilih kawasan gunung juga jika tidak mampu ke luar negeri.

Ini kerana hawa di kawasan gunung yang dingin dan nyaman boleh mengurangkan rasa malu pengantin perempuan untuk minta dipeluk atau didakap bagi mengurangkan rasa sejuk.

Saya terfikir mengenai perbandingan gunung dan busut ini tatkala membaca satu laporan mengenai wanita bahawa seseorang wanita dikatakan mencapai tahap kecantikan yang paling sempurna ketika berusia 31 tahun.

Fakta itu diperolehi daripada tinjauan yang dilakukan ke atas dua ribu lelaki dan wanita di Britain.

Hasil tinjauan itu mendapati kecantikan seseorang wanita boleh ditafsirkan bukan sahaja daripada paras rupa tetapi juga personaliti dan penampilan.

Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita dipandang cantik apabila dia berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.

67 peratus daripada responden mengatakan, kecantikan bergantung pada wajah yang menawan. 47 pula peratus melihat kecantikan berdasarkan penampilan.

Tidak kurang yang berpendapat bahawa kecantikan wanita bukan terletak pada yang empunya diri, tetapi mata orang yang melihat.

Sudah faham mengapa saya mengaitkan busut dan gunung tadi?

Mengikut laporan itu, wanita yang lebih dewasa dipandang lebih cantik dan menarik berbanding wanita muda. Ada disebutkan bahawa wanita berusia awal 30an sebenarnya jauh lebih cantik berbanding wanita yang berusia 18, 19 atau awal 20an.

Saya bukan seorang pengkaji sosial. Akan tetapi daripada pengalaman sebagai lelaki yang sudah hidup selama 41 tahun, harus saya akui bahawa hasil kajian itu boleh diterima sebagai benar.

Walaupun tinjauan itu melibatkan kumpulan responden yang berbeza latar belakang budaya dan agama dengan kita, ia masih boleh dianggap benar.

Ini kerana lama sebelum laporan kajian itu saya baca, sudah ada tulisan saya yang disiarkan menyebut kelebihan wanita berusia 30an dan bagi saya, termasuk juga yang awal 40an.

Saya menilai demikian bukan kerana usia mereka yang seiring atau sebaya dengan saya – yang memungkinkan adanya tanggapan bahawa cita rasa saya terhadap wanita juga semestinya yang sama baya. Sebenarnya ini tidak ada kena mengena!

Wanita berusia 30an atau awal 40an bagi saya paling cantik kerana inilah ketikanya mereka memiliki aset hidup yang paling berharga iaitu kecantikan rupa, kematangan fikiran, keyakinan diri dan juga mungkin kemampuan ekonomi untuk melebihkan belanja bagi memanjakan diri.

Ya, jika mahu dipandang dari satu dua sudut tertentu, memanglah gadis-gadis yang berusia muda antara 19 hingga 24 tahun umpamanya, tidak boleh dinafikan mempunyai kecantikan paras rupa yang gemerlapan.

Namun bagi sesetengah lelaki yang tidak hanya memandang rupa lahiriah, mereka akan terasa kekurangan dalam pandangan mereka terhadap wanita pada usia itu, iaitu dalam isu kematangan berfikir dan mungkin juga keyakinan diri.

Paling tidak, setelah bergaul rapat, kekurangan itu yang mungkin cuba dilindungi awalnya, akan terdedah satu persatu.

Ini jarang berlaku bagi wanita yang berusia 30an ke atas, yang biasanya mempunyai cukup pengalaman dan keyakinan untuk diri mereka.

Mereka biasanya teliti dan amat berhati-hati dalam mengemudi tingkah laku dan sentiasa menuntut penghormatan yang tinggi daripada lelaki. Mereka bijak menyembunyikan apa yang mereka mahu, tidak sekali-kali meminta dan jika sekalipun apa yang mereka mahu itu cuba ditawarkan, mereka tidak akan mudah untuk terima.

Inilah yang menyebabkan mereka yang berada pada usia ini, selalu dipandang sempurna. Dan kesempurnaan inilah yang disebut orang sebagai anggun.

Tertinggal Peluru Ketika Berwuduk

AntiKarat
Harap-harap tak rebah le. Cuma aku nak cerita sedikit tentang seorang ulama yang berdendang ibarat sokong membawa rebah. Daripada ulasan dan nada alam siber, aku dapati ada manusia kecewa akan secebis semangat dalam kerangka cadangan Haji Hadi sebagai PM.

Selepas cadangan itu terlontar menerobos ke luar dewan muktamar, isunya dah semakin panjang dan tidak sedap didengar.

Kerja wakil Dewan Ulama yang menyelitkan hasratnya agar TGHH dilantik sebagai PM apabila PR menang nanti, adalah kerja menyokong. Sokong seorang ulama besar naik jadi ketua negara adalah kerja murni. Sebab itulah tiada orang berdebat akan ucapan perwakilan tersebut ketika muktamar. Yang jahat adalah media pro-UMNO/BN. Aku selalu dengar orang kata, “kalau tak jahat, bukan UMNO namanya”.

Wakil Dewan Ulama tadi tak beri peluru kepada orang jahat. Cuma kerja orang jahat curi peluru daripada ulama tadi. Kerana jahatnya orang jahat tadi, habis ditembak semua orang termasuk Presiden PAS tadi, berbekalkan peluru wakil tadi.

Maka jadilah seperti kata orang bijaksana; sokong membawa rebah. Niat nak naikkan yang disokong, kerana kurang bertapis akal, entah-entah rebah semua. Yang peliknya, beberapa bulan yang lalu TGHH telah berpesan agar isu siapa yang layak jadi PM ini tidak dibicarakan. Adakah wakil Dewan Ulama itu tiada maklumat tentang pesanan ini?

Moral tulisan ini ialah, jangan mudah terpesona dengan niat yang suci dan idea yang hebat. Sesuai pada tempat belum tentu sesuai pada masa. Walaupun niat itu mulia, apa gunanya kalau ia memungkinkan runtuhnya harapan.

Manakala UMNO/BN yang dikatakan jahat kerana mencuri peluru tadi tidak boleh dijatuhi hukuman potong tangan kerana wakil dewan ulama tadi alpa meninggalkan pelurunya di atas sejadah semasa dia pergi mengambil wuduk. Harap-harap jangan berlaku lagi kealpaan yang memudaratkan itu.

Ketua Pemuda Umno ditahan polis bersama arak, dadah – Chegubard

Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.

“Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.

Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.

“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno,” kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.

“Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup,” katanya.

Cristiano Ronaldo derma 1.5 juta Euro untuk Gaza

Detikislam
Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo membuat keputusan mengejutkan dengan menderma 1.5 juta euro untuk kanak-kanak Gaza. Seperti dilaporkan Russia Today, Jumaat, (22/11) bintang Liga Sepanyol itu menyerahkan Kasut Emas yang dia perolehi pada 2011 kepada Yayasan Real Madrid untuk dilelong.
Yayasan tersebut kemudian mengadakan acara lelong dan dana yang terkumpul disumbangkan untuk pendidikan kanak-kanak di Gaza dan Tebing Barat. Keputusan Ronaldo itu sesuai dengan polisi Los Blancos yang baru-baru ini iaitu United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) untuk mendidik 10 ribu kanak-kanak Palestin.
Kedua-dua belah pihak bersefahaman untuk memberi kanak-kanak penghuni di Jalur Gaza dan Tebing barat agar dapat melalui program pengenalan bola sepak. Kemudian, dana itu juga bakal digunakan Yayasan Real Madrid untuk pembangunan 167 sekolah di 66 negara.

Khusus CR7, bantuan ke Palestin bukan kali pertama dilakukannya. Sifat dermawan yang ada dalam dirinya sudah ditunjukkan dengan melelong kasut sukan yang dilelong Yayasan Real Madrid pada tahun lalu. Dana puluhan juta yang terkumpul semuanya disumbangkan untuk pembangunan sekolah di Jalur Gaza yang hancur teruk akibat serangan brutal Zionis pada 2009.
http://detikislam.blogspot.com,

Mengapa Ku li masih bersama UMNO?

Dr Ungku Mohd (PAR Pulai Sebatang)

BELIAU dengan rakan-rakan nya telah menubuhkan Parti Semangat 46, setelah tidak bersetuju dengan Mahathir yang kunun nya telah lari dari dasar perjuangan UMNO asal.

Pertandingan merebut presiden UMNO sengit antara Mahathir dan KU LI ketika itu, sehingga UMNO di haramkan olih ROS.

Akhirnya bolih lah kita membuat kesimpulan bahawa KU LI dan penyokong nya hanya mahukan KU LI menjadi Presiden UMNO, seterusnya Perdana Menteri.

Kalau benar mereka pejuang UMNO asal, kenapa mereka masih berada bersama UMNO hari ini, yang nyata Mahathir masih berperanan mengembala dan menguasai di pelusuk tanah dan air laut.

Apalah yang nak di harapkan golongan yang sepatut nya sudah di bersarakan, yang kunun nya sebagai pejuang bangsa Melayu.

Elok lah golongan ini yang di ketuai KU LI bersara dari menyokong Rejim Mahathir Najib, ATAU IKUT JEJAK LANGKAH TAMRIN TUN GHAFAR DAN DATUK KADIR SHEKH FADHIR TINGGALKAN UMNO YANG SUDAH JAUH MENYELEWENG DAN TERSASAR DARI PERJUANGAN ASAL, SEBAGAIMANA PERJUANGAN ALLAHYARHAM TUNKU, TUN RAZAK, TUN DR ISMAIL, TUN HUSSIN ONN DAN TUN GHAFFAR BABA.

KU LI AND THE GANG NAK KEMANA

134,675 pengundi baru gagal dikesan di Selangor

Ahmad Fadli KC
Selangor mendakwa berjaya mengesan 28 peratus pemilih berdaftar baru yang tidak dapat dikenal pasti di negeri itu daripada Daftar Pemilih Induk suku keempat 2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Jumlah itu adalah seramai 134,675 daripada 497,804 pemilih berdaftar baru dengan bilangan pemilih berdaftar tidak dapat dikenal pasti paling ramai dicatatkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang.

Ia dinyatakan dalam Laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor bertarikh 19 November yang dikeluarkan Unit Perancangan Ekonomi negeri Selangor.

Daripada 134,675 pemilih yang tidak dikenal pasti ini, 51 peratus pemilih ini adalah lelaki dan 44 peratus pengundi baharu ini dalam lingkungan umur 21-30 tahun.

Dari aspek bangsa pula, 45 peratus pemilih yang tidak dikenal pasti adalah berbangsa Melayu, 35 peratus Cina, 13 peratus India dan 7 peratus lain-lain.

Laporan itu turut menyatakan seramai lebih 9,000 pemilih berdaftar baru gagal dikenal pasti dikesan di DUN Sri Serdang - yang merupakan kawasan ketua pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

"Sri Serdang mencatat bilangan pemilih yang tidak dapat dikenal pasti yang paling banyak," laporan itu dipetik.

Ia diikuti dengan Subang Jaya seramai lebih 8,000 pemilih, Hulu Kelang lebih 5,000 pemilih, lebih 4,000 pemilih di Bukit Lanjan, Kinrara, Kota Anggerik, Kota Damansara, Sri Muda dan Taman Medan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas sidang DUN berkata inisiatif itu diusahakan kerajaan negeri dalam tempoh tiga bulan bermula Jun lalu dan ia dibuat kerana Selangor ragu dengan penambahan daftar pemilih di Selangor.

Beliau bagaimana pun menjelaskan pencirian pemilih berdaftar yang gagal dikenal pasti itu akan hanya didedahkan dalam pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

"Kita akan terangkan kepada SPR apa yang kita rasakan sebagai tidak dapat dikenal pasti," katanya sambil menambah kerajaan Selangor akan menulis kepada SPR untuk membentang kajian itu selepas dewan negeri selesai bersidang minggu depan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri Selangor dan diedarkan kepada semua ahli-ahi Dewan Undangan Negeri hari ini.

"Kita melaksanakan projek ini kerana ragu dan sangsi dengan penambahan bilangan daftar pemilih yang

terlalu ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor.

"Justeru, kita telah menubuhkan satu sekretariat dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

(UPEN) menjadi Pegawai Koordinasi dan pemantau yang bekerjasama dengan ketua-ketua kampung,

ahli-ahli majlis dan kakitangan pejabat daerah serta pihak berkuasa tempatan.

Daripada kajian itu juga, katanya, terdapat lima kawasan Dewan Negeri yang mempunyai peta tidak lengkap iaitu Sungai Panjang dan Sri Serdang (daerah mengundi tidak wujud dalam peta), Damansara Utama (sempadan tidak dibetulkan), Hulu Klang , Sementa dan Selat Klang (sempadan daerah mengundi tidak jelas).

Kajian itu, tambahnya, membuktikan kebimbangan kita terhadap peningkatan jumlah pengundi yang meragukan di kawasan dewan undangan negeri tertentu adalah berasas dan kukuh.

"Sehubungan itu, kita akan membawa hasil kajian ini kepada SPR untuk mendapatkan penjelasan sebelum tindakan lanjut kita ambil sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke -13.

"Kita amat yakin rakyat sudah bersedia untuk membuat pilihan secara matang menerusi satu pilihan raya

yang adil, profesional, jujur dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip demokrasi yang kita pegang," katanya.

Punca mengapa ADUN Kota Siputih mengamok sakan.

Muslim Abdul Razak
Turun gred jawatan bukan kerana politik...
ALOR SETAR – ADUN Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sarif diarahkan keluar Dewan Undangan Negeri apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan.

ADUN tersebut sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. YDP MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato’ Che Barni.

Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17.

Beliau menjelaskan ketika sesi penggulungan dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh berkenaan dengan pemecatan dua orang pegawai di kawasan Kubang Pasu, di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman.

“Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.

“Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya,” terangnya.

Tambahnya lagi, beliau berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.

Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.

Sementara itu, selepas diperintahkan keluar, ADUN Si Putih bersama-sama dengan Exco (BN) yang lain keluar dewan beramai-ramai. Namun, selepas YB Lim Soo Nee selesai berucap mereka masuk semula ke dewan kecuali Abu Hasan Sarif.
Sumber: kedahla.blogspot.com

Tali barut Israel ini dipijak-pijak oleh ibunya, rela anaknya dihukum mati

detikislam

Pencerobohan tentera zionis yahudi laknatullah sudah lebih satu minggu dan telah meragut ratusan orang Palestin, di antaranya puluhannya adalah kanak-kanak. Pencerobohan ketenteraan laknatullah ini juga munculnya tali barut yahudi di Gaza.

Anak muda di atas (kelihatan dalam gambar) tengah dipijak kepalanya oleh seorang perempuan tua. Tahukah siapa yang menginjak kepala anak muda itu?

Perempuan itu adalah ibu kepada anak muda tersebut. Si ibu merasa malu dan mendapatkan aib kerana anaknya telah memberikan maklumat kepada perisikan Israel tentang kewujudan para pejuang Palestin.

Ibu itu yang mengandung dan membesarkannya tetapi ibunya ihklas melihat anaknya dihukum mati di depan umum, supaya memberi pengajaran bagi yang lain.

Dia sendiri, walau dengan hati hancur memijak anaknya itu. Melihat kejadian ini beberapa orang memberitahu, "si ibu memijak kepala darah dagingnya sendiri kerana di sana ada tujuan yang lebih kuat dan lebih mulia iaitu tanah dan kehormatan Palestin."

Kantoi!! Filem Air Selangor Dah Ditayangkan

DukunPasir
Anda masih ingat tentang pengambaran filem ISU AIR DI SELANGOR yang kecoh sedikit masa dulu? Jika lupa rujuk pada Artikel ini KLIK SINI
Kini filem ini telahpun ditayangkan dalam Kosmo (Rujuk Sini) .Tak pastilah filem ini ditayangkan atau tidak dalam TV1 atau TV3 tadi.Rasa nak tergelak sampai tergolek pun ada kerana jika anda amati gambar ini betul betul anda akan kenal bahawa Pelakon pelakonnya adalah

-BEKAS PELAKON YANG MENAYANGKAN PUNGGUNG . Dan dalam filem ini pelakonnya tetap menonggeng dalam gambar ini miahaha.

-BERLAKU DI BELAKONG sedangkan rakaman ini berlaku di rumah rumah flat Petaling Jaya.

- Perhatikan Remaja berbaju hitam yang menjeling pada Dato Suhaimi ...Lihat pada bajunya, kan sama lambangnya .

Panas!!! Kes Menteri rogol amah: Duta dan polis Indonesia buka siasatan

Aliff Fikri
AMPANG 22 Nov: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.
Robengah
“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim.

“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.
“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.
“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.

Sokongan Melayu meningkat: PR dijangka memenangi 35-36 kerusi DUN Perak

Harakahdaily
(Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat yang kini mendapat sokongan besar)
KUALA LUMPUR: Hasil kajian terbaru mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini meningkat dengan ketara sekali.

Kajian yang dibuat di tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak mendapati sokongan Melayu meningkat antara 3 - 8 peratus di ketiga-tiga negeri ini.

Di Selangor, sokongan kepada Pakatan di negeri itu meningkat sehingga lebih 55 peratus di kalangan pengundi Melayu.

Sokongan Cina dan India di Selangor untuk Pakatan juga sangat membanggakan antara 60 - 75 peratus.

"Isu penting adalah kejayaan kerajaan negeri Selangor membukti pentadbiran yang cemerlang dalam semua segi," kata pengkaji itu tanpa mahu menyebut sumbernya.

Isu serangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam, rasuah dan salahgunakuasa yang semakin terdedah dalam BN, kebajikan yang diperolehi oleh rakyat dari kerajaan negeri dan sebagainya menjadi isu-isu penting di atas peningkatan ini.

Keberkesanan media kerajaan negeri Selangor, Selangorkini yang diedarkan lebih 150,000 naskah setiap minggu juga menjadi faktor peningkatan sokongan ini.

"Yang menariknya, perubahan ini akan mempengaruhi sokongan Melayu di negeri-negeri lain kerana ramai pengundi yang tinggal di Selangor adalah pengundi lain-lain negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah," kata sumber itu.

Di Johor pula, kajian yang dibuat oleh sebuah pusat pengajian tinggi pula mendapati sokongan terhadap Umno di kalangan pengundi Melayu negeri itu merosot sehingga 3 - 5 peratus.

"Saya diberitahu oleh seorang profesor, sokongan Melayu Johor kepada Umno merosot teruk berbanding pilihan raya 2008 lalu," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu majlis di Batu Pahat baru-baru ini.

Selain pengundi Melayu, pengundi Cina lebih ketara berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat iaitu sehingga 85 peratus.

"Namun kena ingat, walaupun hingga 85 peratus pengundi Cina sokong DAP di Johor, hanya 65 peratus sahaja yang akan menyokong calon PAS sehingga kini.

"Oleh itu, PAS perlu berbuat sesuatu untuk mendapat undi ini (yang sokong DAP tetapi tidak sokong PAS)," kata seorang profesor kajian politik kepada Harakahdaily.

Di Perak pula, kajian yang dibuat mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan juga meningkat.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada saya, kita boleh dapat 35 - 36 kerusi DUN di Perak jika pilihan raya diadakan sekarang," kata Dr Mohamad Nor Manuty kepada Harakahdaily berdasarkan satu kajian yang dibuat di negeri itu.

ADUN Umno ini menutur kata-kata berunsur lucah pada Elizabeth Wong

Koh Jun Lin
Seorang wakil rakyat pembangkang Datuk Mohd Isa Abu Kasim mencetus ketegangan di persidangan DUN Selangor hari ini apabila beliau didakwa menghamburkan kenyataan seksis terhadap anggota exco Elizabeth Wong.
Mohd Isa dalam perbahasan itu antara lainnya berkata beliau gembira kerana exco berkenaan terus menjaga kawasan rizab hutan untuk menghalang pencerobohan.
"...(Tapi) jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri," katanya lagi.

Beliau sebelum itu mencabar Elizabeth supaya mengemukakan saman terhadap akhbar The Star berhubung laporan mengenai dakwaan pencerobohan ke atas kawasan rizab hutan Taman Templer.

Wong ketika menyambung ucapannya selepas itu menyifatkan kenyataan Isa itu sebagai cubaan untuk bertindak "nakal-nakal" terhadapnya.

"Tak apalah. Ini adalah perangai Umno-BN. Kita sudah sedar, tak payah jawablah.

"Anda dan saya tahu. Tak apa, nak hina wanita, hinalah. Ini Umno-BN," kata Wong.

Dalam satu sidang media selepas itu, Wong berkata golongan wanita perlu menolak wakil rakyat BN atas sikap yang ditunjukkan oleh Mohd Isa.

Isu berkenaan turut dibangkitkan exco hal ehwal wanita Rodziah Ismail dalam perbahasannya selepas itu, dengan menyifatkan kenyataan Mohd Isa sebagai "seksis dan lucah" dan menggesa Isa dirujuk ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan.

Skandal RM207b: Buruh, waris diarah tutup mulut?

Harakahdaily
IPOH: Sekretariat Jejak yang mengendalikan 'Ops Jejak' terhadap bekas buruh paksa dan waris pembinaan landasan maut Thailand-Burma semasa Perang Dunia Kedua mendakwa ada mangsa dan waris diarah 'tutup mulut'.

Ketua operasi Ops Jejak, Safarizal Saleh berkata, maklumat yang diperolehi mereka mengatakan terdapat usaha dari pihak tertentu yang mengarahkan mangsa dan waris mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada Sekretariat Jejak.

"Kita mendapat maklumat, mereka (bekas buruh dan waris) telah dihubungi oleh pihak tertetntu agar tutup mulut berhubung isu ini.

"Ini menimbulkan sedikit masalah kepada kita. Namun kita sudah merancang beberapa tindakan untuk terus membongkar skandal ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Ops Jejak yang dilancar 7 November lalu itu.

Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.
(Gambar: Landasan maut Thailand-Burma sepanjang 415 km semasa pembinaan)
Ini kerana, sehingga kini dakwanya, bekas buruh dan waris mereka tidak mendapat sesen pun dari wang pampasan yang diberikan kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia itu.

Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan.

Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.

Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

Waris dan bekas buruh berkenaan boleh menghubungi Sekreteriat Jejak melalui talian 019-231 6539 dan 013-3266194.

Mangsa masih hidup

Mengulas lanjut, Safarizal berkata, carian mereka mendapati masih ada bekas buruh landasan maut itu yang masih hidup dan dapat dijejak.

Salah seorang dari mereka kini menetap di Johor dengan umur hampir 100 tahun manakala tiga lagi di kesan eberada di Ipoh.

"Sejak kita lancarkan Ops Jejak ini, kita terima panggilan tidak putus-putus dari waris mangsa.

"Hampir 200 keluarga telah menghubungi dan mendaftar dengan kita setakat ini," katanya.

Sebelum ini pihaknya memaklumkan mempunyai rekod seramai123 waris keluarga buruh berkenaan di Perak dan 347 waris di Pahang.

Paris Hilton buat hal di Mekah


Dukunpasir
Sebenarnya tak tahu nak kata apa bila terbaca dalam NEWS GOOGLE Paris Hilton membuka BUTIK di MEKAH MALL . Tidak jadi masalah jika yang buka butik itu Farid....tapi ini ialah PARIS HILTON yang memang terkenal dengan seks bebas(video) dan aksi liarnya.

Tidak juga salah jika Paris Hilton membuka cawangan butiknya di Singapura malah dalam negara kita sekalipun kerana negara kita juga semakin maju ke arah barat ,tapi DI MEKAH.....Kota suci Umat Islam!! Memang benar dalam Islam kita ada toleransi ....tapi RASA AGAK JANGGAL BUNYINYA nanti bila

"JAM NI MAK BELI DI BUTIK PARIS HILTON DI MEKAH"...

"Tak payah gi USALAH , kat Mekah pun you boleh beli minyak wangi, jam dan kasut Paris Hilton ......u kan peminat fanatik dia!! ".....
Ker Guanerr ....?

Bapa mohon di mahkamah untuk kahwinkan anak (12thn) enggan pulang rumah

KULIM: Seorang bapa terpaksa merayu kepada Mahkamah Syariah supaya meluluskan perkahwinan anak gadisnya berusia 12 tahun yang enggan pulang ke rumah tetapi mahu tinggal di rumah teman lelakinya.

Pembantu Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim Azmi Ahmad berkata peristiwa itu berlaku kira-kira dua minggu lalu dan gadis itu dan teman lelakinya berusia 19 tahun akan mendirikan rumah tangga bulan depan.

"Gadis itu baru sahaja mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala pasangannya pula menganggur tetapi ibu bapa mereka bersetuju pasangan itu dinikahkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kem Bina Generasi al-Quran di Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob dekat sini hari ini.

Azmi yang mewakili Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim melancarkan program tersebut berkata waris gadis berkenaan telah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah Daerah sebagai mematuhi Enakmen Keluarga Islam 2008 (Pindaan) Negeri Kedah.

"Bagi pihak perempuan yang berumur di bawah 16 tahun yang mahu bernikah dan lelaki pula yang berusia di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah melalui enakmen tersebut," katanya yang juga Ketua Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim.

Azmi berkata kes itu julung kali berlaku sejak berpuluh tahun beliau berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam di Kedah.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Kem Bina Generasi al-Quran 1434 Hijrah Abdul Rahim Omar, berkata seramai 105 peserta yang berusia sembilan hingga 15 tahun dari Sungai Petani, Yan, Seberang Perai dan Pulau Pinang menyertai kem selama sebulan itu bermula hari ini hingga 20 Dis.

Katanya peserta yang tinggal di asrama dikenakan yuran penyertaan RM300 seorang manakala yang berulang-alik pula RM200 bagi tempoh sebulan itu.

Mereka terdiri daripada 70 peserta lelaki dan 35 perempuan yang akan diasuh selaras dengan modul yang telah disusun atur.

Abdul Rahim berkata dua masjid iaitu Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob dan Masjid Al-Mujahiddin, Batu Puteh di sini terbabit dalam penganjuran berkenaan. 
-Bernama-

Kiranya Diwajibkan Isytihar Harta, UMNO Akan Kalah Sebelum Bertanding

Shahbudin Husin
Sebagai langkah untuk menunjuk sikap amanah, jujur dan ikhlas dalam perjuangan, PAS telah mengambil langkah proaktif dengan meminta semua calonnya mengisytiharkan dalam pilihanraya akan datang ini.

Semua pimpinan Pas menyambur baik dan bersetuju dengan langkah itu. Haji Hadi dalam ucapan penggulungan di Muktamar Agung Pas, baru-baru ini menyatakan bahawa beliau orang pertama bersetuju dengan langkah pengisytiharan harta itu.

Ketua Pemuda Pas, Nasharudin Tantawi malahan secara terbuka telah mengisytiharkan harta dan jumlah pendapatannya di Muktamar Pemuda. Tanpa rasa rendah diri, beliau juga mengumumkan jumlah simpanannya di bank hanya berjumlah RM9,000,00 sahaja.

Adalah dipercayai semua calon Pas akan diminta mengisytiharkan harta masing-masing sebaik saja nama mereka diumumkan nanti. Ia bagi memperlihatkan sikap telus dan terbuka terhadap rakyat tentang apa yang mereka miliki dan dengan itu rakyat boleh menilai sama ada harta pemimpin akan bertambah atau sebaliknya selepas bergelar YB dan memegang jawatan dalam kerajaan.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah pun membuat pendekatan agar semua Exco diwajibkan mengisytiharkan harta kepada umum. Langkah tersebut bukan saja membuktikan sikap telus sebagai pemimpin tetapi juga menunjukkan keseriusan untuk berjuang membela nasib rakyat.

Sementara itu bagi UMNO dan kerajaan BN pula, amalan yang digunakan hanyalah menghendaki pemimpinnya mengistiharkan harta kepada Perdana Menteri sahaja, bukannya kepada umum atau rakyat. Ini bermakna hanya PM yang tahu berapa jumlah harta pemimpin dibawahnya.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini pernah berkata, masalah utama yang dihadapi oleh UMNO ialah untuk membetulkan persepsi yang berlegar mengatakan pemimpin parti itu terlibat rasuah dan mengumpul kekayaan berikutan gaya hidup yang diamalkan, meskipun tidak semua kekayaan itu datang dari sumber yang meragukan.

Lantas, beliau menyalahkan pembangkang yang dikatakan berperanan meniup khabar serta pertuduhan tidak benar itu sehingga menyebabkan rakyat memandang sinis terhadap UMNO serta para pemimpinnya.

Meskipun ada yang mengatakan dakwaan bahawa pemimpin UMNO gemar mengumpul kekayaan dan terlibat dengan rasuah bukan sekadar persepsi tetapi realiti yang nyata berikutan beberapa kes pemimpinnya yang dibawa ke mahkamah atas pertuduhan rasuah serta terdedahnya gaya hidup keluarga, anak dan isteri mereka yang didapati penuh kemewahan, hakikatnya UMNO terus diselubungi awan hitam dalam isu ini.

Umum tetap beranggapan kekayaan yang diperolehi oleh kebanyakan pemimpin itu dari sumber yang meragukan, lebih-lebh lagi jika pemimpin itu sebelum menjadi wakil rakyat atau memegang jawatan dalam kerajaan hanyalah dikenali dari kelompok sepak kertas sahaja.

Namun jika UMNO serius mahu membetulkan persepsi itu, mereka sewajarnya menyambut baik langkah pengistiharan harta kepada semua calon-calonnya dalam pilihanraya ini. Zaman ini adalah zaman rakyat mahukan ketelusan dan UMNO tidak boleh lari daripada hakikat itu.

Melarikan diri dari kehendak rakyat umpama menempah maut layaknya. Apa juga persepsi atau tanggapan yang mungkin timbul selepas keberanian mengisytiharkan harta itu haruslah dihadapi dengan tabah dan penuh keberanian tetapi sekurang-kurangnya UMNO bergerak selari dengan kehendak rakyat.

Jika Nazri Aziz sebelum ini mengatakan langkah mengisytiharkan harta pemimpin dan keluarga merupakan tindakan merbahaya kerana mendedahkan kepada bahaya rompakan atau penculikan tetapi tanpa mengisytiharkan harta pula menyebabkan anak dan isteri pemimpin sendiri gemar menunjuk kepada umum harta dan kekayaan mereka melalui pemilikan kereta mewah yang silih berganti serta kehidupan yang berfoya-foya.

Sama ada harta diisytiharkan atau tidak, perompak dan penyamun sebenarnya tetap tahu harta dan kekayaan seseorang pemimpin selagi mereka gagal mendidik keluarga dengan sebaiknya.

Namun sikap Nazri yang seakan dipersetujui juga oleh Najib itu hanya menyerlahkan ketidaksediaan UMNO sendiri untuk bersikap telus dengan rakyat. Mereka ingin menyembunyikan harta dan kekayaan tetapi dalam masa yang sama membiarkan anak dan isteri bermewah di depan rakyat.

Dalam konteks ini, seorang bekas pemimpin UMNO juga menyelar sikap pemimpin UMNO di tahun-tahun kebelakangan ini yang terlalu gemar mengumpul kekayaan peribadi secara berlebih-lebihan sehingga mengundang prasangka buruk daripada rakyat.

Beliau berkata, langkah mengisytiharkan harta adalah langkah terbaik untuk membersihkan nama baik UMNO.

Melalui pengisytiharan harta itu, tambahnya, rakyat dapat mengetahui harta dan kekayaan Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin dan semua menteri-menteri, menteri besar serta pemimpin-pemimpinnya lainnya. Rakyat kemudiannya akan menilai kekayaan itu serta membandingkannya dengan harta dan kekayaan pemimpin pembangkang pula.

Selepas itu biarlah rakyat menentukan pemimpin mana yang dirasakan layak, terbaik serta boleh diharapkan untuk membela nasib mereka.

Ia sudah tentu suatu ketelusan yang baik walaupun ia mungkin menyebabkan kebanyakan pemimpin UMNO akan kalah sebelum bertanding lagi, tambah pemimpin itu lagi.