GAMBAR TERHOT: Geng Motor Ust Azhar Idrus...

shalehudin
[PICS] Sekitar Konvoi Motor Bersama Ustaz Azhar 2012

Sempoi lah...
Pada 30 November 2012, telah diadakan konvoi motor bersama Ust popular iaitu Ustaz Azhar Idrus di Gong Badak Trengganu.

Syabass!!! ini merupakan satu cara yang terbaik untuk mendekati semua gologngan terutama orang muda kiter. YEAHHH...!!











Sumber:FB

Umno Perak panik, gelabah sampai tergamak fitnah Tok Guru


DR KHAIRUDDIN ABD MALIK
Sidang Dun Perak yang terakhir untuk sesi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 berlangsung selama lima hari (17 Disember hingga 21 Disember 2012). Sidang tersebut mencetuskan banyak pertelingkahan di antara wakil rakyat Umno dengan Pakatan Rakyat.

Bahkan kedua-dua pihak, iaitu "Kerajaan Mahkamah" yang diketuai oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Pakatan yang diketuai Ir Nizar Jamaluddin telah membentangkan belanjawanmasing-masing untuk membuktikan siapa yang lebih berwibawa mentadbir Perak.

Penulis sendiri terlibat dalam perbincangan persiapan belanjawan Pakatan Rakyat Perak yang mampu memberikan banyak manafaat kepada rakyatk. Belanjawan Pakatan seimbang, manakala belanjawan Umno kekal defisit.

Mungkin ramai yang bertanya, apakah belanjawan Pakatan realistik? Pokoknya, ramai orang tidak mengetahui bahawa Perak adalah negeri yang sangat kaya jika kerajaannya lebih bijak, cekap dan bebas rasuah. Inilah kegagalan UMNO sejak zaman Ramli Ngah Talib hingga kini.

Kerajaan Perak melalui GLC miliknya pernah memiliki ratusan ribu ekar ladang kelapa sawit, kilang simen dan keuntungan puluhan juta ringgit oleh Lembaga Air Perak (LAP).
Kini sebahagian besar aset rakyat itu tergadai kepada saudagar-saudagar kapitalis yang licik memanafaatkan kecuaian dan kedunguan pemimpin Umno Perak. Antara lain, hanya LAP dan Perbadanan Pertanian (PPNP) sahaja yang masih selamat dan mengisi dana negeri.

Apakah puncanya? Jawapannya dapat dilihat dalam sidang Dun baru-baru ini. Segala-galanya ada kaitan dengan amalan assobiyah Umno yang sangat tebal. Sebab lain adalah pentadbiran mengutamakan kroni dan pembaziran sumber negeri.

Dalam sidang berkenaan, jelas didedahkan bagaimana kerajaan Dr Zambry terlibat dengan kronisma melampau. Ada taukeh China yang dianugerahkan ratusan ekar tanah melalui tiga syarikat berbeda tetapi dimiliki orang yang sama.

Pembantu khas MB pula dianugerahkan projek besar tanpa melalui tender terbuka. Seorang ketua bahagian Umno boleh mengisi pelbagai jawatan politik bergaji besar. Dialah Setpol MB, dia juga lembaga pengarah GLC. Maka kini di kalangan ahli-ahli Umno timbul kebencian kepada kumpulan 4A dalam Umno Perak yang banyak membolot apa sahaja peluang.

Ironinya seorang pemimpin Umno peringkat bahagian menemui penulis melaporkan betapa MB Perak dikelilingi pengendali 'road block' yang meminta hingga puluhan ribu ringgit jika mahukan fail mereka sampai ke meja MB.

Ada pemimpin kanan Umno Perak yang 'mengarahkan' jabatan hutan agar menukar kawasan blok balak yang dianugerahkan kepada kroni beliau supaya diberi blok yang lebih lebat kandungan balaknya.

Namun apabila amalan buruk tersebut didedahkan kepada sidang Dun dan pengetahuan umum, maka jalan selamat mereka adalah membuat tuduhan liar terhadap pemimpin PAS dan Pakatan Perak. Umno Perak sanggup memfitnah Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat merasuahkan pemimpin DAP kerana memberi laluan supaya Nizar dilantik MB Perak selepas PRU 2008.

Sejarah tercatat dan semua sedia maklum bahawa pakatan parti-parti pembangkang di Perak telah mengadakan sidang akhbar seawal jam 5 pagi, 9 Mac 2008 (selepas lima jam keputuan pilihan raya diumumkan) untuk mengumumkan pembentukan kerajaan Pakatan dengan calon menteri besar ialah Adun PAS Pasir Panjang, Nizar.

Perbincangan mencalonkan Nizar berlaku di antara jam 1 pagi hingga 3 pagi di kalangan PAS dan KeADILan tanpa melibatkan DAP, pada awalnya kerana kedua-dua parti itu tiada hubungan rasmi dengan DAP.

Awal-awal lagi DAP menyedari keputusan memilih MB terserah kepada budi bicara Sultan yang akan memilih seorang Melayu beragama Islam.

Tanpa perlu memberi dan menerima rasuah, DAP sudah akur mereka tidak mampu membuat apa-apa mengenai jawatan MB. Maka apa perlunya rasuah? Namun sejarah juga tercatat bagaimanaIstana Perak telah mempamerkan kebijaksanaan untuk meminta profil lengkap bakal-bakal calon MB daripada DAP, KeADILan dan PAS. Akhirnya baginda Sultan memilih Nizar.
Itu hakikat sejarah yang tak boleh dikelirukan. Kenapa isu perlantikan MB timbul selepas lima tahun? Adakah Umno mempertikaikan pilihan Sultan Perak yang mengikut undang-undang tubuh negeri Perak?

Namun dalam sidang Dun Perak baru-baru ini, pemimpin Umno tetap ingin mengajak rakyat supaya percaya kepada "hujah bodoh dan tololnya" itu. Urusan pelaburan projek tanah 10,526 ekar tanah hakmilik Yayasan Islam Kelantan oleh syarikat Upaya Padu Plantatation pada 3 Mei 2006 dituduh sebagai bukti Tok Guru Nik Aziz memberi rasuah kepada pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Pilihan raya pada 8 Mac 2008 sedangkan transaksi pelaburan adalah dua tahun lebih awal. Ngeh pula membeli sebahagian saham syarikat tersebut pada bulan April 2012. Membeli saham tidak menyalahi peraturan kerana beliau bukan lagi angota Exco dan ia dilakukan melalui amalan perniagaan biasa secara telus.

Ngeh membeli saham syarikat swasta dan bukan mendapat tanah langsung daripada kerajaan Kelantan.

Soalnya, adakah Tok Guru mempunyai keupayaan ilmu malaikat sehingga boleh mengetahui lebih awal dua tahun sebelum PRU12 bahawa barisan pembangkang akan menumpaskan Umno di Perak?

Saya percaya jika Tok Guru sehebat itu, tentu Tok Guru akan mempastikan yang menang paling banyak kerusi di Perak adalah PAS dan bukan DAP! Hakikatnya Tok Guru adalah manusia biasa.

Cuma simpati penulis kepada pemfitnah Tok Guru di kalangan pemimpin Umno Perak. Sangat besar dosa-dosa anda kerana seramai mana orang yang percaya fitnah tersebut, sebanyak itulah gunungan dosa anda. Akhirat menanti anda dan di sana, baik Umno atau PAS, hanyalah sekadar alat perjuangan, bukannya matlamat.

Akhirnya, apakah satu kesalahan bagi sesiapa melabur dalam hartanah di Kelantan? Apakah suatu dosa untuk menjadi kaya? Untuk Ngeh dan rakan-rakan non Muslim, ingin saya berikan suntikan dakwah Islam. Dalam Islam segala-galanya baik dan halal asalkan piawaiannya syariah.

Manusia digalakkan menjadi kaya kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan beberapa kelebihan orang kaya yang dermawan. Dalam sejarah panjang Islam, ramai ikon-ikon yang kaya. Siapa Nabi Sulaiman, siapa Saidina Usman dan siapa Abdul Rahman Auf? Mereka semua orang kaya dan juga pemimpin-pemimpin di zaman masing-masing. Berdosakah kerana menjadi kaya?

Cuma dalam Islam, kekayaan adalah anugerah Alah yang perlu dikongsi bersama rakyat miskin dan untuk membantu perjuangan menegakkan keadilan. Hanya Uumno yang tidak suka orang lain kaya kerana bagi mereka hanya Umno, MCA, MIC dan kroni sahaja yang boleh merampas khazanah negara ini

Tinggalkanlah Umno dan mari bersama kebenaran Islam kerana rahmat Islam itu untuk semua.
------
Dr Khairuddin ialah Setiausaha Pakatan Rakyat Perak

Khairy Ada Hutang Dengan Bank Pertanian?

Mohd Sayuti Omar  

Badrul Hisham Sharin atau Che'GuBard meminta ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan berhubung satu maklumat yang diperolehinya menunjukkan ketua pemuda itu pernah mendapat kemudahan pinjaman bernilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.

Dakwaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang diemailkan kepada saya sekejap tadi

MenurutChe'GuBard pinjaman itu diperolehi semasa bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dan ia mempunyai masalah untuk membayar balik.

Sehubungan itu Che'GuBard memohon Khairy tampil membuat pendedahan.

Berikut adalah kenyataan Che'GuBard:

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini.

Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.

Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?

Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.

Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.

che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
msomelayu.blogspot.com

Awas!! Deepak akan menggugurkan bom yang besar pada Hari Tahun Baru

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.

Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.

"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.

"Ini adalah kata dua yang telah dipaksa ke atas kami," katanya dalam satu mesej teks hari ini.

Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.

"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.

Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan.

Noraza nafi diikat di Felda Kg Awah - UMNO kena fitnah!

Ameno World
Beberapa hari lepas ramai yang sebarkan gambar neh. Dengan aku2 sekali share kat page aku.

Tetapi masalah sekarang individu yang di anggap telah di ikat oleh penyokong2 umno tue sebenarnya tak di ikat langsung. Telah wujud salah faham disini dan aku terpanggil nak betulkan salah faham tersebut.

Rujuk gambar bawah neh geng ;
Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda menafikan laporan sebuah akhbar komuniti yang menyiarkan gambarnya didakwa ditahan dan diikat di sebuah pondok rehat semasa konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang baru-baru ini

"Saya nafikan berita dan gambar diikat dan ditahan di pondok Felda Kg Awah itu. Gambar itu di luar skop program yang kemudiannya telah dimanipulasi oleh rakan-rakan Facebook hingga timbul salah faham pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi Harakah, 28 Februari lalu.

Beliau merujuk laporan Sinar Harian pada 25 Disember lalu yang turut menyertakan kenyataan pimpinan PAS Pahang.

Laporan itu menyebut tindakan kepada Noraza itu bagi menghalangnya bersama-sama peserta konvoi lain memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.
Sumber : sini

Aisehmen. Sekali UMNO terkena fitnah lah plak. Tak pasal2 je orang maki hamun UMNO kan. Padahal dia takde kaitan langsung dengan gambar di atas. Berdasarkan kepada pengakuan terkini Noraza lah.

Tatau plak kalau dia menafikan perkara di atas, disebabkan perkara tertentu. Apa pun memandangkan dia menafikan maka wajar kita terima sehingga terbukti dia menipu tue lain citer la kan.

Apa pun kepada yang maki hamun umno tak pasal2 tue.. heheh.. terpaksa plak minta maaf sebab dah tersalah anggap. Aku takde maki hamun oke. Aku tulis neh jek ek ==>
Gila kaw. Hari tue aku ada nampak gambar neh tapi tatau plak keterangan dia macam neh. Orang tue upload gambar je.. hehe.. rupanya ada kisah disebaliknya
So aku takyah arh minta maaf kan penyokong2 umno? Rileks sudah la.

kah kah kah

Dr Mashitah Kata TG Nik Aziz Fasiq?

laniismaa
MashitahCium
Dr Mashitah membuat karangan baru di akhbar Sinar Harian. Kali ini Dr Mashitah bercerita tentang ulama Fasiq melalui Ulama fasiq rosakkan umat“. ara penulisan Dr Mashitah tentulah menjurus kepada ulama PAS yang nampak fasiq bagi Mashitah dan tentunya ulama UMno semestinya tidak fasiq baginya.
Dalam tulisan tersebut Mashitah menulis;

Ada ulama yang merasakan diri mereka lebih benar, lebih hebat dan lebih Muslim. Mereka tidak mahu lepas jawatan dan mahu berkuasa untuk tempoh lama walaupun sudah tua dan uzur. Mereka mengkritik dan menghina Muslimin lain, tetapi tidak boleh terima kritikan atau teguran. Mereka sering mengeluarkan fatwa mengelirukan dan salah, serta mengkafirkan orang lain. Mereka mahu pengikut taksub kepada mereka. Inilah antara punca kemunduran umat dan merosakkan imej Islam.

Kepada siapakah tulisan tersebut ditujukan kalau bukan kepada TG Nik Aziz? Inilah tulisan Menteri berkaitan Islam yang tidak fasiq. Walaupun bersalam dengan bukan muhrim sekalipun seperti gambar di atas masih dianggap murni oleh ustazah ini berlidah biawak ini. Wallahua’lam….

Sebelum ini Dr Mashitah pernah menulis Ulama Pas Tongkol Kayu [SINI]

Aksi berani mati wanita bogel di Mai Leung

BANGKOK: Peminat aksi lasak, Hayley Ashburn, mempamerkan keberaniannya berjalan meniti tali setinggi 36.5 meter pada waktu senja tanpa sebarang alat keselamatan atau pakaian.

Hayley, 24, menunjukkan kemahirannya itu di kawasan pelancongan Mai Leung.

Menurut wanita dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) itu, dia berbogel untuk berasa “bebas” dan menikmati detik penuh ketegangan itu walaupun tahu air di bawahnya cuma sedalam 0.3 meter.

“Sangat seronok dapat berbogel di tempat terbuka tanpa sesiapa boleh melihat saya,” katanya. Walaupun begitu, seorang rakan Hayley merakamkan aksi berkenaan untuk tatapan ramai. Hayley mula aktif dalam aktiviti berjalan di atas tali itu sejak 2008.- TS

Anwar gugurkan BOM: Ada kemungkinan besar Dr M memiliki kekayaan sejumlah AS $44 BILLION

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Anwar gugurkan BOM: Ada kemungkinan besar Dr M memiliki kekayaan sejumlah AS $44 BILLION
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan bom yang menggemparkan bahawa tidak mustahil bekas bosnya Mahathir Mohamad memiliki kekayaan sebanyak AS $ 44 billion, yang menjadikannya bekas pemimpin kedua terkaya di dunia.

"Ya, ia bermungkin juga. Mengapa tidak? Lihatlah keluarganya, kroninya. Ini sememangnya menuntut penjelasan Dr Mahathir," Anwar memberitahu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.

Beliau mengulas laporan Malaysia Chronicle baru-baru ini yang merujuk halaman Wikipedia yang menunjukkan senarai pemimpin terkaya dan bekas pemimpin terkaya di dunia dan jumlah kekayaan yang mereka miliki. KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION?

Laman Wiki, yang dikemaskini pada 14 Disember, telah menyenaraikan Mahathir sebagai kedua terkaya selepas bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS $ 70 bilion. Walau bagaimanapun, beberapa minit selepas artikel itu diterbitkan, nama Mahathir dengan misterinya telah hilang dari senarai Wiki dan Allayarham presiden Suharto dari Indonesia yang pada mulanya berada di tempat ketiga dengan kekayaan yang dianggarkan AS $ 35 billion, telah menggantikan tempat kedua, bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Mr 10%?
Sekarang, Mahathir yang telah berusia 87 tahun pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun dari 1981-2003. Pemerintahan ala kuku besinya dan pilih kasih antara kaum untuk mendapatkan kelebihan politik telah dikritik hebat dan dia lebih banyak menerima kutukan daripada penghargaan sebahagian besar penduduk Malaysia.

Pengkritik, juga menggambarkan Mahathir sebagai 'Dr Devil', dan kebelakangan tahun ini telah membuat spekulasi berapa banyak wang yang telah dikumpul olehnya dan juga ahli keluarganya melalui pengaruh dan kawalan mutlak pelbagai jentera kerajaan. Ada juga yang memanggilnya "Mr 10%", yang merujuk kepada dakwaan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah seperti mendapatkan hasil daripada setiap kontrak yang memberikan olehnya lampu hijau.

Malah, kerabat kroni Mahathir merupakan antara ahli perniagaan terkaya dan paling berkuasa di negara ini. Antaranya, raja loteri Vincent Tan dan Ananda Krishnan, bos terkenal Maxis yang kini sedang disiasat oleh kerajaan India kerana dikatakan telah memberi rasuah untuk mendapatkan kepentingan di Aircel.

Dari 2001 ke 2010, AS $285 BILLION dibawa keluar secara haram

Spekulasi kekayaan Mahathir datang dari laporan menggemparkan Global Financial Integrity (Integriti Kewangan Global) yang berpangkalan di Washington. Mereka telah menjejaki pengaliran keluar kapital yang dikendalikan oleh eksekutif atasan kewangan termasuk bekas penyelidik kanan IMF.

GFI melaporkan bahawa sejumlah AS $ RM 197 billion 'wang haram’ telah disalurkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM 93 bilion pada tahun 2009, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 112%. Malaysia juga mempunyai rekod memalukan yang meletakkannya sebagai negara No 2 mempunyai jumlah pengaliran keluar wang haram tertinggi didunia selepas China pada tahun 2010.

Bagi tenpoh 10 tahun dari 2001 ke 2010, Malaysia berada di kedudukan No 3 di seluruh dunia selepas China dan Mexico. Jumlah anggaran bagi 10 tahun Malaysia ialah AS $ 285 billion (RM871.4 bilion), manakala China sebanyak AS $ 2.740 bilion, dan Mexico AS $ 476 bilion.

Dalam laporan terbaru, GFI terang-terangan menyatakan, amaran pengaliran wang keluar di Malaysia adalah "pada skala yang boleh dilihat di beberapa negara Asia".

Rompakan Terbesar
Anwar juga "tidak yakin" bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berminat untuk menyiasat laporan GFI atau tampil dengan pelan tindakan bagi menghentikan pengaliran wang keluar secara haram.

Beliau telah mengadakan rundingan meja bulat pada Januari 2013 di mana gabungan Pakatan Rakyat merancang untuk membawa bersama-sama pegawai-pegawai dari GFI, wakil Bank Negara dan pegawai-pegawai kerajaan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian

"Dia (Najib) juga bersubahat dalam hal ini. Kami membangkitkan perkara itu dua tahun lalu tetapi bukan sahaja tiada apa-apa yang telah dilakukan,malah jumlah aliran keluar wang haram naik dua kali ganda pada tahun 2010 berbanding 2009. Dia tidak telus kepada rakyat dan telah menyekat penyiasatan, "kata Anwar.

"Kita bercakap tentang jenayah yang tidak boleh dibayangkan. Ini adalah situasi yang sama seperti dalam Rompakan Besar India di mana AS $ 500 bilion telah dibawa keluar secara haram dari negara itu dalam tempoh 6 dekad."
-malaysiachronicle-

'Kita minta permit dia kasi tayar'

NONEAntara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.
Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).
"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar.

"Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap.

Selain pemimpin Pakatan, beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie.

NONEPerhimpunan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu rata-rata menunjukkan pemandu teksi berpuas hati dengan tawaran-tawaran yang diberi oleh Pakatan Rakyat.
Mereka turut sesekali bersorak apabila Anwar sekali lagi berjanji akan memberikan permit persendirian sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang.

Anwar berkata, memberikan permit kepada pemandu teksi bukan perkara sukar memandang ia tidak perlu perbincangan yang serius.

"Bukan perkara yang susah untuk dirunding. Benda kecil ini pun susah pada Umno, tak boleh nak buat. Perkara paling mudah pun tak mampu nak dibela. Najib kamu gagal," kata Anwar.
-malaysiakini-

Musa Hassan: Hubungan rapat ‘orang atas’ dan kongsi gelap penyebab peningkatan jenayah

Musa Hassan: Hubungan rapat ‘orang atas’ dan kongsi gelap penyebab peningkatan jenayah
PETALING JAYA– Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.


“Apabila penjenayah rapat dengan ‘orang atas’, yang teraniaya adalah masyarakat,” kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.

Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.

Beliau menekankan kesan “domino” aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.

“Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.

“Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland,” kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran ‘halal’ di Belanda sambil menambah, “Orang nak pergi pun segan.”

Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.

“Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.

“Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat,” katanya.

Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.

“Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat,” katanya.

MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.

Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara.
-themalaysianinsider.com

Tahniah Zizan, padan muka Pakatan...

paklongdin
Salam semua... Baguih, Pak Long nak ucap tahniah kat Zizan dan padan muka pada nangoi-nangoi Pakatan yang tak sedaq diri tuh... Moga penapian Zizan kat bawah neh mampu sikit sebanyak untuk ajaq puak-puak Pakatan yang terlalai supaya tak tergedik sangat, lebih-lebih lagi bila tengok artis atau VIP yang nampak macam jinak-jinak merpati ngan Pakatan...

Harap-harap lepaih ni puak Pakatan tak gelojoh dah kot. Beringat, jangan serbu tembok tak pakai helmet...

KENYATAAN ZIZAN

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan.

Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

Dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.

Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.

Memang dari dulu lagi Pak Long cukup semak ngan kelaku puak Pakatan yang terlebih mendewakan artis dan bekaih VIP... Baru jinak sikit-sikit ja dah heboh sekampung... puji-pujian tinggi melambung. Bila dah join lagi la gamat, cerita kemain dia ni baguih teramat. Dakwat isi borang tak dan kering, heret hamba Allah tu sampai naik pening. Usung sakan kesana sini... habih orang lama lepaih ke tepi...

Bukan tak suka bila depa sokong kita, bonus tuh... sapa tak mau. Tapi, perbetoi la nawaitu depa kerana Allah Taala, bukan pasai pangkat atau harta benda... pasai bab tu memang kita tak boleh bagi punya. Kebanyakan depa join kita pasai nak belajaq sesuatu yang depa tak dapat belajaq kat tempat lain. Depa nak tengok sesuatu yang depa tak dapat tengok kat tempat lain. Ini yang kita kena fokuskan. Ajaq apa yang depa nak belajaq... tunjuk apa yang nak sangat depa tengok... bukannya mendewakan depa secara mengkhinzir buta... naik melugai Pak Long tengok...

Pada lain-lain hamba Allah yang mana masih tak nampak apa yang kita nampak tu, kita serah kembali pada Tuhan. Panjatkan doa moga hidayah Allah melata kat semua kita... tak kira la sapa pun depa. Jangan dok gedik sangat kat artis dan VIP saja. Hangpa ingat senang cari ka orang yang dah femes ngan dunia ada keberanian menyokong Pakatan secara terang-terang macam Bob Lokman ngan si Abby buat tuh...

Sapa-sapa pun la, selagi depa masih berhutang ngan tivi 3 untuk terus glemer... tobat lahom la depa ada teloq untuk kona baring... Selagi depa rasa Umno saja yang boleh bagi depa harta sejengkai dua, tok sah dok harap la depa mai perjuang apa yang kita citakan bersama. Bacul-bacul tu pun tau, Pakatan tak boleh janjikan show jenih selak kain untuk depa cari makan... Jadi, berhentilah jadi bodoh dan jangan jadi jakun, okey...

Buat semua pendokong Pakatan, tolong bukak minda. Kita nakkan Islam memerintah dan bukan Islam diperintah. Jadi, ahli-ahli kita hendaklah yang hanya cekal istiqomah, tahan diuji... bukan setakat merenyeh sua muka time ceramah...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

Diana Amir sebak jumpa Tuan Guru Nik Aziz (Gambar)

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.

Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.

Hassan Ali ni ngigau ke sewel?

Presiden Gerakan Memartabatkan Umat (JATI) Datuk Dr Hasan Ali meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memberi penjelasan segera kepada umat Islam dan menarik balik amanatnya - yang dibuatnya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981- serta bertaubat.

Hasan, yang pernah menjadi exco agama kerajaan negeri Selangor, berkata penjelasan itu penting agar tiada lagi perbuatan yang menyalahi akidah berlaku di kalangan penyokong parti kerana ia dilihat lebih memudaratkan daripada kebaikan.

Atas faktor itu juga, beliau mendesak Abdul Hadi agar tidak mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan perkara itu menjadi rumit.

"Malahan kita juga sedia untuk menganjurkan muzakarah antara ulama PAS dan memanggil ulama dari luar negara untuk membincangkan soal amanat Haji Hadi itu," katanya kepada pemberita semalam.

Hasan yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata, pendedahan yang dibuat media mengenai kesan amanat Haji Hadi hanyalah gambaran 10 peratus berbanding realiti kesannya dalam masyarakat Islam kini.

Katanya, amanat Haji Hadi yang diuar-uarkan PAS ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusia 35 tahun dahulu memberi impak negatif kepada akidah atau kepercayaan di kalangan masyarakat Islam.

Dr Hasan berkata, beliau amat terkejut dengan laporan media terhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam, perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza./Bernama

*Dulu masa dalam PAS selalu jumpa, duduk makan dan minum semeja dengan Presiden PAS kenapa tak minta penjelasan dan suruh dia bertaubat. Sekarang buat- buat terperanjat pula.- kerengga

Amanat Haji Hadi, satu kerenah SB

Subky Latif
APA yang dikatakan Amanat Haji Hadi yang terjadi pada 07 April, 1981 dulu sudah jadi satu khazanah politik tanahair dan ada kedudukannya yang tersendiri di sisi tafsir siasah syariyah.

Ia ada satu topik yang cantik bagi calon-calon PhD. Jika mahu tesis itu dihargai dan ada nilai akademik yang tinggi, jangan ia dikendali di bawah mana universiti di Malaysia kerana rata-rata profesornya ada stigma apa yang dikatakan profesor kangkung.
Biar ia dibuat di bawah universiti terkemuka dunia seperti Oxford, Harvard atau mana-mana universiti masyhur di Perancis dan Belanda. Nescaya calon PhD itu akan muncul sebagai doktor yang terbilang.

Tidak berbangkit amanat itu perlu ditarik balik seperti yang dituntut oleh dua mufti dan ulama remaja yang status masing-masing boleh ditakwil. Seorang mufti itu tidak diterima oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir permintaannya untuk bertemu bagi membincangkan sesuatu dan yang seorang lagi adalah seorang yang sentiasa ada di rumah Dato Asri semasa menjadi pemimpin PAS dan menyertai UMNO apabila Anwar Ibrahim dan Dato Asri menyertai UMNO.

Tidak mustahil kedudukan sebagai mufti itu lebih kerana UMNO dari ilmunya. Ulama remaja itu amatlah baru. Ikut peri bahasa orang tua Melayu dulu-dulu orang yang seusia itu disifatkan budak berhingus. Tetapi tiada dalam Islam peri bahasa ulama berhingus kerana Imam Syafie sudah jadi mufti pada usia 15 tahun.

Kata Tok Guru Nik Aziz, jangan sangka Ustaz Hadi tidak tahu hukum hakam. Ada yang mengibaratkan semasa beliau pulang dari Mesir dulu kitabnya saja lima pikul. Tiada siapa menimbang kitabnya tetapi untuk menggambarkan banyak kitab yang dibacanya.

Seorang pensyarah Islam UKM pernah dilantik oleh Tan Sri Wan Mokhtar duduk dalam Biro Agama UMNO. Mesyuarat pertama yang dihadirinya dikatakan dia membandingkan ulama PAS dengan ulama UMNO. Ulama PAS sepulang dari Mesir hari-hari baca kitab dan tiap-tiap malam mengajar. Ulama UMNO belum tentu buka kitab sekali dalam masa setahun. Lepas itu dia tidak dipanggil mesyuarat lagi.

Sejak pulang dari Mesir hujung tahun 70-an dulu, Ustaz Hadi mengadakan kuliah di Masjid Rusila setiap pagi Jumaat dihadiri antara 7 ribu hingga 10 ribu. Hampir 40 tahun beliau mengajar. Sejak itu beliau saja di Malalysia ini yang berkhutbah Jumaat tanpa teks yang diedit oleh Jabatan Agama.

Mana ada mufti dan ulama UMNO ada kuliah sepertinya sejak 40 tahun lalu. Ada pun mufti itu apabila dilihat ranggi sikit lalu dipecat seperti yang dialami oleh al-Marhum Dato Ishak Baharom, Mufti Selangor dulu. Mana ada mufti yang lebih berani selain dari Dato Ishak Baharom?

Isu Amanat Haji Hadi dikira sinonim dengan isu kafir mengkafir. Timbul setiap ada pilihanraya. Lepas pilihanraya ia pun mati. Tunggu PRU lima tahun lagi.

Itulah kerja polis cawangan khas yang digerakkan oleh bahagian perang saraf di Jabatan Perdana Menteri dan di kementerian penerangan.

UMNO pun tidaklah sensitif sangat atas amanat itu. Jika ia peka, ia tidak akan berusaha dari semasa ke semasa mengajak PAS bersatu dengan UMNO. Sejak zaman Mahathir, zaman Dollah Badawi sampailah zaman Najib, UMNO buat macam-macam ajak PAS bersamanya. Ia marah PAS bekerja dengan DAP tetapi tidak mahu bersama UMNO.

Siapa kata orang Islam keliru dan berpecah kerana amanat itu? Orang Melayu sudah tidak bersependapat sejak mereka tahu politik, lama sebelum Ustaz Hadi bercakap di Banggol Peradong tahun 1981.

Kalau amanah itu besar sangat dan apa yang dikatakan PAS mengkafirkan UMNO itu penting sangat, jadah apa UMNO ajak PAS dari semasa ke semasa untuk bersamanya, sedang mereka tahu al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah kata, ‘Kami tak bulo’.

Maka mengapa tok-tok mufti dan budak berhingus UMNO masuk perangkap polis cawangan khas menjelang pilihanraya?

Terkini!!! Rebat RM200 hanya untuk telefon tak berapa pintar

NONEPengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa rebat RM200 hanya boleh digunakan untuk telefon pintar berharga RM500 ke bawah mengundang gelombang kritikan di ruang maya.
SKMM semalam mengumumkan dilamanwebnya lima kriteria untuk mendapat rebat RM200 itu, termasuklah harga siling telefon pintar sebanyak RM500.

Seorang penulis blog, Pradeesh menyuarakan kebimbangannya
dalam blognya bahawa harga RM500 untuk telefon pintar terlalu "murah dan lemah" dan harga silingnya perlu dinaikkan kepada RM1,000.

Beliau merungut bahawa telefon dengan harga sedemikian kebanyakannya adalah versi lapuk Android dengan skrin sentuh yang kurang memuaskan.

Pradeesh mencadangkan agar Malaysia menghasilkan telefon pintarnya sendiri yang khusus untuk program rebat itu dengan usahasama dengan pengeluar telefon.

Ruang Twitter Malaysia yang dikenali dengan jolokan Twitterjaya turut sarat dengan kritikan dan jenaka terhadap had harga RM500 itu - menggunakan tanda pagar #1MalaysiaPhone dan #PakejKomunikasiBelia.

Luqman the Human misalnya berkata, "Telefon 1Malaysia Phone akan dilengkapi applikasi istimewa membolehkan anda menampal gambar Najib dan Rosmah ke atas gambar anda untuk kelihatan lebih cool".

Muhd Shafiq Hassim pula berkata, "Nada dering: Lagu Umno. Gambar penghias skrin: Gambar Najib. Warna pilihan pula merah, biru, kuning dan putih sahaja".

Syed Azral Salim pula berkata, "Telefon 1Malaysia akan disahkan halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)".