Memburu target 1 juta, tanah Kelantan dan Rahim Noor

AHMAD LUTFI OTHMAN
Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dijadual petang Sabtu depan, 12 Januari 2013, sekitar Stadium Merdeka, nampaknya belum lagi diberi "publisiti percuma" oleh media Umno. Pihak polis pun masih enggan membuka mulut.

Lantaran itu, ada rakan-rakan yang diusik kebimbangan dengan jumlah kehadirannya nanti. Bagaimanapun, saya optimis kali ini, ia bakal mencatat rekod perarakan paling besar pernah disaksikan di ibu kota.

Memang targetnya cukup besar. Mengumpulkan satu juta orang. Sasaran yang dikira berpadanan dengan objetif utama perhimpunan, iaitu memastikan tiada penipuan dalam pilihan raya nanti.

Sebelumnya, melalui siri himpunan Bersih sejak 2007, hanya sekitar 100,000 ... dan berjaya. Dalam Bersih 3.0, pada 28 April 2012, dianggarkan hampir suku juta hadir.

Dilihat gerakerja yang bermula di majlis pelancaran, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan, 3 November lalu, kemudiannya mendapat sambutan meriah di peringkat zon dan negeri, program kemuncak di Kuala Lumpur ini begitu "menjanjikan".

Tahun lalu, Himpunan Bersih 3.0 pun tiada "publisiti percuma" di peringkat awal. Akhirnya kecoh dan heboh juga seluruh negara.

Mungkin strategis BN mengambil iktibar daripada gembar-gembur dan riuh-rendah yang sia-sia seperti laporan polis beramai-ramai, larangan pakaian kuning dan amaran agar menjauhi Dataran Merdeka; ia hanya mempopularkan "demonstrasi haram" itu!

Secara peribadi, seperti tahun lalu, saya berazam untuk turut sama memeriahkan, walaupun terpaksa menempah hotel berdekatan pada petang Jumaat lagi. Malu untuk menjadikan keuzuran dan jalan bertongkat sebagai alasan menjadi pemerhati pasif. Acara hebat seperti ini mesti dirasai, dihayati dan dinikmati bersama.

Lagipun, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam perutusan khasnya, menyeru masyarakat "walau apa situasi dan kondisi mereka sekalipun, selagi terdaya hadir pada program itu walaupun terpaksa berkerusi roda".



Lebih menarik, himpunan rakyat ini dapat menjadi medan terbuka untuk exercise beramai-ramai, dalam suasana mesra. Bukankah berjalan 10,000 langkah sehari itu satu amalan yang baik untuk kesihatan dan menjadi kempen Kementerian Kesihatan?

(Ya... baru saya tersedar, bagus juga aktiviti perarakan atau berjalan kaki dalam program-program besar seperti Lynas, demonstrasi PTPTN dan lain-lain).

Seperti diingatkan penggerak utamanya, Mohamad Sabu, ia adalah himpunan paling aman dan berkonsep santai, juga boleh membawa keluarga bersama. Beliau percaya, himpunan itu bakal memberi keuntungan berganda kepada para peniaga dan hotel juga akan penuh.

Apa pun, objektif utama menghimpunkan sejuta orang di pusat bandaraya Kuala Lumpur, sebelum Parlimen dibubarkan itu, tidak harus dikompromi.

Dalam suasana ceria dan relax, sambil berkenalan dengan rakan-rakan baru, bertanya khabar sahabat lama atau bertembung kawan yang terpisah, maka tujuan terpenting masih berlegar isu proses pendemokrasian, atau lebih tepat memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 berjalan secara bersih, bebas dan adil.

Pelbagai tuntutan telah dikemukakan, termasuk dalam ketiga-tiga tunjuk perasaan Bersih terdahulu, begitu juga siri pertemuan dan dialog dengan SPR. Tidak banyak kejayaan yang dicatat dan sistem kita masih kekal bobrok, kotor dan tempang.

Lalu, tentu ramai yang bertanya, apakah himpunan terbesar ini akan membawa manfaat kepada proses reformasi politik yang sebenarnya? Atau sekadar satu pesta yang bakal berakhir -- seperti biasa -- dengan tembakan gas pemedih mata, kekasaran polis dan juga fitnah media di malamnya, serta ulangan "keganasan" demonstran di kaca TV?

Bagi saya, aspek terpenting adalah jumlah kehadiran pada hujung minggu itu. Walaupun ia bukan gelanggang beradu kekuatan, namun harus disedari bahawa mesej jelas kepada elit penguasa hanya dapat disampaikan apabila gema suaranya lebih lantang dan nyaring!

Tok Guru Nik Aziz, semasa menyeru orang ramai turun pada 12 Januari ini, menekankan: “Kerajaan tidak pernah mendengar suara rakyat, jadi perlu kita turun beramai-ramai untuk menyatakan bantahan ini.”

Dalam pada itu, penghargaan harus dikalung buat para aktivis, khususnya anak-anak muda, termasuk warga kampus, yang bergerak lincah menyusun pertemuan di seluruh pelosok negara. Mereka bertungkus-lumus berikhtiar menjayakan misi besar ini.


Saya sebenarnya lebih tertarik dengan rumusan Hishamuddin Rais, juga aktivis penting Bersih: "Satu juta rakyat berhimpun adakah amaran yang cukup jelas: Jangan tipu dalam PRU13.Jika pengundi dan rakyat merasakan mereka ditipu dalam PRU13 ini, bukan hanya satu juta yang akan turun, bukan dua juta tetapi berjuta-juta rakyat akan ke jalan raya."

II. Tukang karut dan pembohongan media

Semasa TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian terus melemparkan tuduhan tidak berasas berunsur fitnah -- dan disifatkan menghina Sultan Perak -- berkaitan kawasan balak Kelantan kepada dua pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming, saya lebih lebih terkesan dengan tujuh soalan penting Ngeh kepada Menteri Besar, Dr Zambry Abdul Kadir.

(Manakan tidak menghina Raja Perak, apabila pemimpin Umno mendakwa PAS Kelantan merasuahkan pemimpin DAP pada 2008 supaya berkompromi bersetuju dengan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, sedangkan perlantikan MB dibuat selepas Sultan mempertimbangkan ketiga-tiga calon daripada PAS, DAP dan KeADILan).

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam sidang Dun baru-baru ini masih belum dijawab. Antaranya, isu mengenai penerima tanah seluas 68,503 ekar yang diluluskan dengan nilai sekitar RM375 seekar tanpa tender terbuka.

Selain itu, mengapa tanah seluas enam ekar di bandar Sitiawan dianugerah kepada Kinta Berkat Sdn Bhd tanpa tender terbuka dan apakah syaratnya? Mengapa tanah (prime land) 15 ekar di Mukim Lumut diluluskan kepada Realty Axis Sdn Bhd; tanah 32.07 ekar di Mukim Kamunting, kepada YBU Holding Sdn Bhd; 147.84 ekar di Mukim Lumut, kepada Kinta Berkat Sdn Bhd; 58 ekar di bandar Lumut kepada J & S Holdings Sdn Bhd; dan 40 ekar di Perak Tengah (Sri Iskandar) kepada Toyo Chemicals Sdn Bhd juga; semuanya tanpa tender terbuka?

Pelik apabila media Umno terus memilih pendekatan primitif, dengan mengulangi pembohongan demi pembohongan, meskipun fitnah berkaitan tanah di Gua Musang itu berjaya disanggah dengan fakta kukuh, khususnya dari segi tarikh-tarikh penting.

Mungkin mereka beranggapan masih ramai rakyat yang mudah diperbodohkan melalui sentimen perkauman dan kedaerahan sempit? Kepada tukang-tukang propaganda ini, orang ramai dilihatbegitu dungu untuk mempercayai apa saja tohmahan yang dilemparkan.

Selain itu, lihat sajalah "siaran ulangan" kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang sudah beberapa kali mengingatkan pengundi agar jangan bereksperimen untuk menukar kerajaan, seolah-olah hanya BN layak untuk bertakhta sampai bila-bila.

"Memberi tempoh lima tahun kepada pembangkang sebagai kerajaan cukup bahaya. Banyak perkara boleh musnah dalam tempoh itu," kata Mahathir sambil membentangkan "rekod buruk" Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan! Entah berapa ramai yang muak dan jelak dengan peringatan itu.

Tentunya majoriti pengundi tidak sabar-sabar lagi untuk membuktikan kepada tukang-tukang karut penasihat media Najib Razak itu bahawa zaman meremehkan tahap pemikiran rakyat sudah lama berlalu.

Dan medan terbaiknya ialah PRU13 -- permulaan bermakna bagi menyaksikan perubahan benar-benar mengambil tempat. Ya, sang pemberani akan bersama-sama membentuk Malaysia yang lebih selesa untuk didiami.



III. Tuduhan palsu Memali mesti dihentikan

Dr Rais Yatim tidak menunggu lama untuk menarik balik kesediaan kerajaan agar Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diajak berdialog dalam siaran langsung televisyen mengenai "amanatnya" dengan alasan yang dipertikai umum.

Begitulah lumrahnya ... apabila gayung bersambut, pelbagai daleh diada-adakan bagi membatalkannya selepas menyedari ia bakal menjejaskan kepentingan politik Umno. Segalanya adalah gerak untuk menjatuhkan lawan menjelang PRU13.

Sebelum itu, ramai mengharapkan "isu jadi-jadian" ini dapat ditamatkan dengan baik.

Rakan saya, Dr Mohamad Agus Yusof memberi reaksi dalam FB, pada 29 Disember 2012: "Saya tertarik dengan permintaan TG Haji Hadi supaya media perdana memberikan beliau tempoh sejam untuk menjelaskan pendiriannya tentang Amanat Haji Hadi. Amanat ini sudah lama menjadi 'isu politik' dan kini sudah sampai masanya dengan apa juga cara TG Haji Hadi memberikan penjelasan. We have to make a full stop kepada isu ini once and for all kerana ia menyakitkan pemahaman rakyat tentang Islam dan agama. "

Bukan saja Dr Agus yang kecewa, ramai lagi tidak berpuas hati dengan permainan politik Umno yang tidak berkesudahan ini.

Budak-budak sekolah pun dapat menelah mengapa secara tiba-tiba "Amanat Haji Hadi" ditimbulkan semula. Hampir 30 tahun lalu, debat PAS-Umno mengenai isu yang hampir sama -- kafir-mengkafir -- juga dibatalkan. Segala persiapan diatur, termasuk menentukan ketiga-tiga pendebat setiap parti.

Ketika kerajaan bertindak bacul enggan memberi peluang Ustaz Hadi bersiaran di TV, isu "amanat" ini terus diputar-belitkan secara meluas di media. Tak perlu bicara tentang Utusan Malaysia; memang amalan rutinnya. Setiap hari, ia menjadi paparan muka depan, dengan mengitar semula peristiwa lama dan ditonjolkan kisah-kisah yang sukar dipastikan kebenarannya.

Selepas peluang Presiden PAS membuat penjelasan tertutup rapat, malam Rabu lalu, 2 Januari, TV3 menyiarkan forum membincangkan hal "amanat", antara lain, penalisnya, Abd Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara. Mengapa tidak dijemput saja Ustaz Hadi untuk duduk bersama?

Maka, untuk kesekian kalinya, Rahim bebas menabur tohmah, termasuk mengaitkan "amanat" dengan peristiwa Memali 1985.

Beberapa hari sebelum itu, Mingguan dan Utusan Malaysia menyiarkan wawancara dengannya, dua hari berturut-turut, memfitnah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan anak-anak muridnya.

Tergamak beliau untuk terus melakukan pendustaan terhadap orang-orang yang telah meninggal dunia secara tragis. Secara peribadi, saya tidak mampu untuk membaca keseluruhan kenyataannya yang kotor dan hanyir itu.

Sudah sampai sampainya isu Memali "dibersihkan sebersih-bersihnya". Usah diulang lagi kisah pedih yang terluka itu, apatah lagi dalam versi yang disalut pembohongan.

Tuduhan dan fitnah terhadap Asyahid bukan saja mesti dihentikan, malah kerajaan harus meminta maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan palsu, termasuk dokumen rasmi mengenainya, yang berunsur fitnah, seperti Kertas Putih Memali, yang diterbitkan pada 25 Februari 1986.

Di TV1, pada jam 9 malam, Jumaat, rancangan bual bicara RTM secara langsung, Bicara Rakyat, juga menimbulkan isu sama. Dan ahli penalnya ialah bekas pemimpin PAS, Dr Hassan Ali dan seorang lagi bekas aktivis Parti Islam itu.

Begitulah nasib malang pengguna media di Malaysia, khasnya penonton TV. Kita hanya disogok dengan pandangan satu hala. Jika mahu membincangkan soal berkaitan PAS, maka yang diheret ke studio ialah bekas pemimpin parti, yang hanya akan meluahkan segala yang buruk-buruk tentang PAS!

Jika Benarlah Mahathir Di belakang Deepak...

Shahbudin Husin
Sejak Deepak Jaikishan muncul sebagai tajuk sensasi berita dan mengaitkan Najib serta Rosmah dengan pelbagai dakwaan, perkara yang menjadi persoalan umum mengenai usahawan karpet itu ialah dia dilihat bukan saja begitu berani tetapi seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dia sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan Rosmah. Daripada mendakwa memberi sejumlah wang kepada Najib, yang tentunya bermaksud seorang Perdana Menteri menerima rasuah daripadanya, menuduh Najib terlibat dalam akaun bersumpah kedua P Balasubramian untuk menafikan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada pelbagai dakwaan lainnya sama ada berkaitan Najib mahupun Rosmah, Deepak dilihat amat bebas untuk bercakap apa saja.

Dia boleh menuduh bermacam perkara, bebas mengadakan sidang akhbar dan senang dihubungi media untuk memberi komen mengenai konflik yang dhadapinya. Dia juga bebas bergerak seolah-olah tiada apa yang dibimbanginya.

Sementara Najib, Rosmah dan pimpinan UMNO lainnya tidak berani bersuara menyanggah apa yang disuarakan oleh Deepak, agensi kerajaan seperti polis dan SPRM juga bagaikan sudah kehilangan kuku untuk bertindak terhadap Deepak.

Secara logiknya, pihak polis mahupun SPRM boleh dengan apa cara sekali pun memanggil Deepak, sama ada untuk memberi keterangan atau menyiasat beliau bagi mengesahkan sama ada semua dakwaan yang dibuatnya itu ada kebenaran, mempunyai bukti atau sekadar dakwaan semata-mata. Lebih-lebih lagi yang dituduh dalam dakwaannya itu ialah Perdana Menteri, ketua eksekutif sebuah kerajaan.

Tetapi Deepak bukan saja terus bebas, bahkan seolah-oleh kebal daripada undang-undang.

Kenapa jadi demikian? Adakah Najib, pemimpin UMNO, polis dan SPRM berdiam diri kerana mengetahui semua dakwaan Deepak itu semuanya benar belaka? Atau mungkinkah Deepak dilindungi oleh seseorang yang begitu berpengaruh?

Persoalan mengenai keberanian Deepak ini bagaimanapun mula terungkai sehari dua lalu apabila bertebaran di dunia maya gambar-gambar yang menunjukkan kehadiran beliau di majlis sambutan hari jadi Tun Mahathir yang yang diadakan di sebuah hotel, baru-baru ini.

Kehadiran Deepak di antara 230 jemputan di majlis sambutan hari jadi eksklusif itu menimbulkan tanda-tanya atau sekurang-kurangnya membuktikan bahawa Deepak mempunyai hubungan dengan Mahathir, baik secara langsung mahu pun tidak langsung. Dalam masa yang sama, Najib tidak pula hadir di majlis tersebut.

Oleh kerana Deepak membuat dakwaan terhadap Najib sejak penghujung November lagi, lebih kurang tiga minggu sebelum sambutan hari jadi Mahathir itu, jemputan terhadap Deepak tentu saja boleh dibatalkan jika Mahathir tidak mahu dilihat mempunyai kaitan dengan peniaga karpet yang sedang menyerang Najib itu.

Namun Deepak tetap juga dijemput. Apakah Mahathir sengaja mahu melihat Deepak hadir di majlis sambutan hari jadinya yang turut dimeriahkan oleh kehadiran Shah Rukh Khan itu?

Tersebar gambar-gambar yang mengesahkan kehadiran Deepak di majlis Mahathir itu sebenarnya telah mengesahkan kesangsian ramai mengenai keberanian Deepak selama ini. Kini ramai yang percaya kemunculan Deepak dan keberaniannya menyerang Najib serta Rosmah adalah 'game' yang dipapan-caturkan oleh Mahathir.

Selain Najib, siapakah lagi yang begitu berkuasa di negara ini selain Mahathir! Cengkamannya terhadap kuasa selama 22 tahun dan nasib yang berlaku terhadap musuh-musuh politiknya sebelum ini membuktikan hakikat itu. Sebab itu Deepak kelihatan bebas membuat dakwaan, tidak diusik oleh polis mahupun SPRM serta tidak takut bergerak ke mana-mana.

Jika orang lain yang membuat dakwaan begitu serius terhadap seorang Perdana Menteri, barangkali sudah lama serangan balas dilakukan oleh para pemimpin UMNO lainnya dan agensi yang berwajib juga biasanya pantas mengambil tindakan. Tetapi tidak dengan Deepak.

Jika benar memang Mahathir di belakang Deepak dan sengaja mahu menunjukkan kehadiran Deepak di majlis hari jadinya, apakah muslihat bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang masih menjadi broker kuasa dalam UMNO itu?

Sehingga ini Mahathir masih berdiam diri, tidak menafi mahu pun menjelaskan bagaimana Deepak yang sedang mahu menjatuhkan Najib boleh hadir dan bergembira di majlis hari jadinya. Jika Mahathr terus berdiam diri, tujuannya tidak lain ialah supaya orangramai terus bercakap mengenainya dan mempercayai perkara itu.

Ia sebahagian daripada permainan Mahathir untuk menekan Najib.

Kaitan Mahathir dengan Deepak dan permainannya sebagai broker kuasa dalam UMNO untuk menekan Najib dapat dilihat melalui tulisan terbarunya dalam blog Chedet yang meminta rakyat supaya tidak memilih Anwar menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum akan datang, walaupun hanya untuk tempoh lima tahun.

Sebelum ini Mahathir sudah beberapa kali bercakap tentang bahayanya jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Tulisannya yang terbaru ini adalah luahannya yang entah kali ke berapa untuk merayu kepada rakyat supaya mengenepikan Anwar.

Dengan berulang kali melahirkan kebimbangan itu, Mahathir sebenarnya sudah dapat merasakan UMNO dan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang, dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri juga akhirnya, sesuatu yang amat ditakutinya. Beban utama kekalahan UMNO dan BN tidak lain ialah Najib dan Rosmah.

Dengan munculnya Deepak melemahkan Najib, di samping tekanan sedia ada daripada pembangkang, harapan Mahathir ialah supaya Najib menyedari realiti yang ada dan sedia berundur serta memberi laluan kepada timbalannya, Muhyiddin untuk mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, seterusnya mengemudi jentera menghadapi pilihanraya akan datang ini.

Selagi Najib tidak berundur, serangan Deepak dijangka akan berterusan. Melalui hubungannya yang rapat dan bebas keluar masuk kediaman Najib sebelum ini, Deepak diketahui mempunyai banyak rahsia mengenai Najib dan Rosmah. Pembelian barang kemas sebanyak RM13 juta dalam tenpoh tiga bulan untuk Rosmah sebagaimana yang didedahkan oleh Rafizi, mungkin hanya cebisan kecil daripada beberapa helaian pekung yang bakal didedahkan kepada umum tidak lama lagi.

Menjadi percakapan di kalangan pemimpin UMNO juga bahawa Mahathir sebenarnya lebih meyakini Muhyiddin berbanding Najib. Najib dan Rosmah bagi Mahathir terlalu besar bebannya bagi UMNO dan BN, cuma Mahathir dikatakan tidak mahu terlalu mengkritik Najib kerana bimbang ianya lebih memberi manfaat kepada Anwar.

Harapan Mahathir untuk memberi nafas semula kepada UMNO dan BN hanyalah dengan Najib sedia berundur dan menyediakan laluan kepada Muhyiddin seberapa segera. Deepak adalah senjata ke arah mencapai tujuan itu.

Tetapi jika senjata Deepak ini tidak cukup berkesan dan Najib terus mahu kekal sehingga pilihanraya umum, Mahathir mungkin menjadi insan paling sedih selepas pilihanraya umum nanti kerana terpaksa berperdana-menterikan Anwar Ibrahim juga akhirnya. (04/01/2013)
shahbudindotcom.blogspot.com/

Cara Mengesan Pencuri Line Wifi Anda

Blog www.duniarealiti.com
Semenjak pasang BB Streamyx WIFI bulan lepas, ramai juga suara-suara yang kata line WIFI saya ni tak begitu kuat sebab guna security WEP saja. Bukan nak kedekut tak mahu orang lain pakai, tetapi kalau curi line WIFI tu lain maksudnya. Mencuri line WIFI tu tak berdosa kah? Kalau saya halalkan mungkin tak lah kan haha.
Sebagai pembayar bil dan tuan punya WIFI, tentu sekali anda pun akan sakit hati apabila bandwith data WIFI yang anda guna seringkali habis belum sempat pertengahan bulan atau akhir bulan(bagi yang guna limited data).

Cara mengesan perompak WIFI anda yang telah dihack/crack, walaupun sudah dipasang password yang boleh dikatakan kuat, tetap dapat ditembusi oleh pengguna-pengguna haram ini yang langsung tiada share membayar bil anda.

Jadi, ini ada software yang anda perlu install software pada komputer atau laptop anda. Dan ketahui samada betul atau tidak, WIFI anda telah diseludup atau berkenaan masalah lain, yang boleh dirujuk kepada provider internet anda. Antara kelebihan lain lagi, anda dapat cut off atau memutuskan perkhidmatan haram pencuri tersebut..haha!

Download Software ini dulu:- KLIK SINI
P/s: Macam mana menjadi tak? kali ni habiskanlah riwayat si pencuri WIFI haram tu...selamat mencuba!

Nota : Hangpa kena tau MAC Address hangpa sendiri jgn tersilap cut..naya nanti.Aku dah cuba sofware ini..cun beb-ahmadi

Blog www.mamamurai.com

cara melindungi Wifi anda daripada dicuri
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Salam sejahtera semua. Kalau nak tahu dua tiga hari ini lampu signal wireless pada modem saya memang meriah ala-ala lampu I-City giteww. Ingatkan memang dah paten modem wifi Streamyx begitu. Selidik punya selidik, rupa-rupanya itu adalah tanda wifi / wireless saya sedang dicuri.

Hampeh…

Okey serius saya akui, ada di antara bab-bab tenet saya terlepas pandang.

Baik punya tabiat kan.

Geram punya pasal maka pagi tadi dengan tekunnya saya menelaah beberapa tutorial cara melindungi wifi daripada dicuri dari blog Mat Saleh. Dan syukur Alhamdulillah, nampak gaya pelajaran saya hari ini tidak sia-sia dan menampakkan keberkesanannya kerana sejak tengah hari tadi lampu signal wireless tu dah tak berkelip dah. Mungkin sebab jiran saya tu tengah pening kepala cari cara hack wpa password pula.

So di atas kesedaran sivik yang tinggi, chewahh… izinkan saya untuk berkongsi dengan korang semua bagaimana cara untuk melindungi wifi daripada dicuri oleh orang lain especially jiran korang pada entri kali ini.

Kalau rasa-rasa tak faham, jangan segan untuk bertanya dengan saya ek. Saya dengan seikhlas hati akan cuba membantu.

Cara melindungi wifi daripada dicuri.
1. Tukar SSID kepada nama virus.
Ini cara elak wifi kena curi yang paling basic. Selalunya hackers yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti curi wireless (bajet hackers) akan teragak-agak untuk crack wifi yang mempunyai persamaan dengan nama virus or something sounds like that contohnya trojan.exe. Makin pelik nama SSID korang, maka makin selamatlah wireless tu nanti. Tapi bagi mereka yang advanced, percayalah cara ini tak banyak membantu.

2. Sembunyikan SSID (Hide SSID / hide wireless).
Taktik yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menipu penggodam wifi. Dengan menyembunyikan SSID, penggodam wifi akan menyangka bahawa korang tidak memasang wireless network kerana nama wifi yang telah disetkan tidak akan muncul dalam senarai available wifi pada mana-mana komputer. Masalahnya cara ini tetap bukan cara yang paling ampuh kerana penggodam wifi yang advanced masih boleh sniff packet Wireless Network yang sudah disembunyikan dengan tool seperti inSSIDer ataupun Kismet.

3. Hidupkan fungsi Mac address filtering.
Terlebih dahulu mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan Mac address. MAC Address yang juga sering disebut sebagai Ethernet address, physical address, atau hardware address merupakan alamat unik (berupa nombor) yang memberi tanda pengenalan kepada sesebuah komputer dalam LAN. Walaupun Mac address sebenarnya masih boleh ditukar dan menjadi mangsa clone, tapi yang bestnya masih ramai yang tak tahu cara tersebut. Kaedah ini membenarkan komputer dengan MAC Address tertentu sahaja dapat mengakses Internet, selebihnya MAC address akan diban.

4. Tukar default password dalam router.
Yang ni pun cara paling basic untuk melindungi password wifi. Kalau boleh tukar password kepada gabungan nombor + huruf (besar + kecil) + ascii yang berselerak contohnya a1Y4@k*9N0#d9R7b3W0t atau password yang lebih panjang dan susah untuk dijangka oleh orang lain, kemudian jangan lupa tulis dalam sekeping kertas dan simpan di tempat yang selamat.

5. Jangan sesekali gunakan Open Network dan WEP semasa setting Wireless Encryption Level.
WEP wireless network merupakan spesies wifi paling lemah dan senang untuk kena hack. Lagi pun kalau korang search kat google, korang akan dapati banyak sangat tools dan tutorial crack WEP password dan hack wep password dalam dunia maya ni. So saya cadangkan agar korang set Wireless Encryption Level wifi korang kepada WPA2 (AES/TKIP) sebab setakat la ni, WPA2 masih kebal daripada tools yang hackers gunakan untuk hack wifi. Tak percaya? Cuba google di internet dengan kata kunci crack wpa, jumpa tak jumpa?

Lepas ni kalau masih ada lagi yang boleh curi password wifi korang, apa kata campak je wifi tu dan ganti cara tradisional pula, kabel LAN. Confirm wireless korang tak kena curi. Ye dak.

Barang Kemas RM13JUTA : Deepak Memang Celaka

Blog mutaligat.blogspot.com

Berani kau bocorkan rahsia aku. Berani kau dedahkan semuanya. Nanti kau. Engkau belum tahu siapa aku. Aku takkan lepaskan kau walau lari dalam lubang cacing sekalipun. Mungkin itu yang terdetik dalam hati orang yang didakwa oleh Deepak membeli barang kemas dengan harga RM13juta, di mana Deepak mendakwa beliau membelinya.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Memang kau tak boleh dipercayai. Memang engkau pengecut, dayus, tak berpegang pada janji. Nanti kau ......
PKR hari ini menuntut orang yang didakwa oleh Deepak menjawab dakwaan peniaga permaidani itu bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membeli barang kemas untuk si DIA.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendesak supaya si DIA menjawab dakwaan Deepak. Desakan itu dibuat pada sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini

Rafizi mengemukakan dokumen yang diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya ianya adalah tulen.

"RM13 juta dalam 3 bulan. Ini adalah tuduhan serius," kata Rafizi, sambil menegaskan bahawa dokumen dan dakwaan Deepak patut disiasat oleh pihak berkuasa.
NONE
Bendahari PKR, William Leong, yang turut hadir, menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

Ketika dihubungi, seorang pembantu kepada Rosmah berkata beliau akan menyiasat dakwaan tersebut.

Pesanan terbaik Noryn Aziz

http://www.ekeleh.com
Gambar Noryn Aziz yang cantik bertudung. Noryn yang kini menjalani hidup dengan menjadikan dirinya lebih dekat kepada Islam.
Cuma yang ingin dikongsikan di sini, pesanan yang boleh dijadikan iktibar untuk semua. Pesanan terbaik Noryn Aziz untuk sesiapa sahaja…
Noryn1
Semoga ia menjadi ikutan kepada artis Melayu Islam yang lain….

Mufti Johor minta maaf


Laporan Husnol Ahmad
PENGERANG: Majlis Amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam untuk pembangunan hub minyak dan gas (Rapid) kawasan Pengerang telah diadakan di Kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang semalam.

Kehadiran Mufti Negeri Johor amat dinanti-nantikan oleh sebilangan besar penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang dilantik.

Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja pemindahan kubur Islam tidak berwaris telah dilakukan secara sempurna dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.

Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab, beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar dari pihak mufti sendiri.

Haji Hasnul Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan perkara sebenar akan kejadian di mana berlaku banyak kecuaian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi pelaksana projek pemindahan kubur Islam semasa menggali perkuburan islam tanpa waris di Kampung Jawa dan di Kampung Sebong.

Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk. Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah Islam lebih rendah dari haiwan peliharaan.

Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah ditetapkan Mufti Negeri Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang digali sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia.

Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua umat Islam.

Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam sama ada perkuburan yang berwaris atau tidak berwaris.

Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam.

Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang dilantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi.

Di samping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina perparitan di kawasan perkuburan baru di Kampung Punggai disebabkan perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung.

Pihak pelaksana juga diminta agar membina pagar di perkuburan baru agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan jalan masuk juga hendaklah diturap jalan tar.

Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan dibuat oleh beliau mendapati perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.

Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan kerja-kerja pemindahan kubur ditangguhkan sehingga segala permasalahan selesai.

Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Islam di Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan kemarahan penduduk.

Masih ada lagi mufti di Malaysia yang berani - Siapa ?

Blog Manjung Mari
Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor...

Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury...
Baca sepenuhnya Di Sini

Dimana amalan musyawarah yang disarankan oleh Islam ?
Namun ada lagi mufti yang berani dan ada juga yang cerdik ambik jalan selamat...

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman pula membayangkan tidak akan hadir forum berkenaan.

“Kita dahulukan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Wan Zahidi Wan Teh). Mereka ada bukti dan lebih awal mengemukakan isu berkenaan, mereka yang patut hadir,” katanya tetapi enggan mengulas panjang

Tahniah buat Mufti Perlis...

Mufti Juanda setuju siar secara langsung

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bersedia untuk hadir dan bersetuju jika ia disiarkan secara langsung.

“Saya amat bersetuju kalau siaran secara langsung dan telus. Amat besar harapan umat Islam supaya isu ini dileraikan dan semua pihak perlu jujur untuk Islam,” katanya.

Teringat balik kisah kerja haji Najib 2 tahun lalu, mufti mana yang berani buat teguran?

PANAS!! Sebab Rais Yatim batalkan 'Forum Amanat Hadi' terbongkar

Blog darisungaiderhaka.blogspot.com
Bersandarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 Menteri bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.
Sedangkan sebelum ini Rais yang bersungguh-sungguh mahu mengadakan forum tersebut dan menyatakan tokoh agama dan mufti akan turut dijemput untuk bersama dalam satu forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Ustaz Hadi bagi memperjelas amanatnya itu..

Jawapan yang diberikan Rais untuk tidak mengadakan forum tersebut hanyalah satu alasan untuk menyelamatkan keadaan sebenarnya kerana selama ini pemimpin UMNO sendiri jarang memperdulikan fatwa dari Mufti..

Jika mereka akur tentang fatwa dari Mufti.. Najib tidak akan menepung tawar van UMNO suatu masa dulu..

Isu 'Amanat Hadi' adalah isu yang penting buat UMNO pada masa ini bagi mengalihkan perhatian rakyat dari pendedahan-pendedahan yang dilakukan oleh Deepak dan Musa Hassan..

Baca info dari pihak UMNO ini...

Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.

“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,”.

Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa..

“Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.”

“Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. “ kata sumber itu.

Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, “Lu fikirlah sendiri.”

“Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini,” tambah sumber itu lagi.

Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”

Apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS. “Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno.

Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula,” katanya.

Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, “Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya,” katanya sebelum beredar.

Benarkah Najib Dinasihat Meletak Jawatan Sebelum PRU?

Blog Pencacai

Dakwaan Deepak: Muhyiddin dirayu selamatkan Umno?

KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.

Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.


“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.

Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.

“Tapi kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi.
Sekarang pun dah hangat, walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak keluarkan,” katanya lagi.

Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.

Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.

Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.

“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,” kata beliau.

Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – “Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.”

“Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir.
Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. “ kata sumber itu.

Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, “Lu fikirlah sendiri.”


“Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara.

Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini,” tambah sumber itu lagi.

Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat.
Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar.
Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”

Harakahdaily turut cuba mengusik sumber apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS.

“Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno.
Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula,” katanya.

Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, “Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya,” katanya sebelum beredar.

Sumber Links

Isu Amanat Hj. Hadi: Tidak Sesatkah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak?

Yangretibase

Saya berasa amat musykil, atas kapasiti siapakah Mufti Perak, TS Harussani Zakaria, dengan sewenang-wenangnya secara bersendirian memutuskan bahawa melalui amanatnya itu, Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang telah mengkafirkan UMNO. Namun, tiada bukti konkrit yang diberikannya.


Nampak jelas, Harussani Zakaria yang sentiasa kekal memusuhi PAS sejak lama dahulu mengambil pendirian bahawa Haji Hadi bersalah itu melalui bisikan syaitan dalam dirinya. Dia sekadar mengikut nafsu ammarahnya sahaja. Ulama jenis apakah dia ini? Seorang ulama Rabbani wajib bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah dalam sebarang gerak lakunya.

Kalaulah Harussani Zakaria ini seorang ulama yang mesra al-Quran dan beramal sepenuh-penuhnya dengan al-Quran, sudah tentu dia sependirian dengan TG Haji Nik Aziz bahawa Haji Hadi tidak pernah mengkafirkan sesiapa.

Sungguh malang bagi Harussani Zakaria yang sengaja tidak menerima fakta benar bahawa UMNO itu kafir. Kafirnya UMNO bernaskan al-Quran daripada pengertian Surah al-Maidah: 44 yang bermaksud bahawa barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir.

Oleh sebab kerajaan UMNO sememangnya sengaja tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, yakni tidak melaksanakan pemerintahan negara mengikut sistem Islam yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi sebaliknya mengguna pakai perlembagaan sekular yang direka cipta oleh manusia sekular, maka jatuh kafirlah UMNO.

'Kemah keming' terbukti bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi al-Quranlah yang mengecap dan melabelkan UMNO kafir. Amanat Haji Hadi hanya sekadar penjelasan serta penghuraian akibat, kesan dan implikasi yang terpaksa ditanggung sebagai beban yang berat oleh umat Islam Malaysia yang bernaung di bawah kerajaan UMNO yang kafir itu.

Sekiranya UMNO tidak menjadi kafir sekalipun, bernaskan pengertian Ayat 45, UMNO jatuh zalim; sementara berdasarkan pengertian Ayat 47, UMNO menjadi fasiq. Dengan kata lain, paling minimum pun, UMNO fasiq. (parti UMNO, orang UMNO dan kerajaan UMNO). Dan ingatlah bahawa tempat kembali manusia fasiq ialah neraka.

Saya sangat beraharp semoga mesej tulisan saya ini sampai kepada TS Harussani Zakaria. Saya juga menyeru Tan Sri bertaubat kepada Allah SWT dan meminta maaf kepada Haji Hadi kerana memfitnahinya.

Di samping itu, saya ingin menyedarkan Harussani Zakaria bahawa dia tidak perlu sangatlah bersifat dan bersikap mengada-ada, sedangkan tugas, tanggungjawab dan amanah wajib yang dia diupah menjalankannya tidak tertunaikan. Buktinya jelas: Harussani tidak menyelamatkan Tuanku Sultan Perak daripada berstatus dayus akibat Permaisuri baginda berpakaian tidak menutup aurat.

Nasihat saya, janganlah sekali-kali kita lebih mengutamakan dunia daripada akhirat. Dan janganlah sekali-kali malu kita kepada manusia mengatasi malu kita kepada Allah SWT. Sekiranya kita gagal dalam tugas wajib kita, lebih baik kita letak jawatan sahaja. Tidak lepas jawab di sana nanti.

Akhir kata, saya harap Tan Sri Harussani Zakaria memuhasabah dirinya atas lontaran pendapat saya bahawa dia telah tidak beramal dengan Ayat 92 daripada Surah Ali 'Imran kerana dia berterusan memegang jawatan mufti Perak hingga kini, padahal dia sudah pun bersara wajib hampir 20 tahun yang lalu.

Wassalam. Tolong TS Harussani Zakaria maafi saya.

2006 Altantuya diletupkan, 2013 siapa pula berkecai diibom Deepak?

Ahmad Lutfi Othman
Tahun 2013 sudah pasti tahun pilihan raya, tiada keraguan lagi. Semua maklum hal ini. Tarikh PRU13 tidak begitu dibincangkan lagi sekarang. Cepat atau lambat, bedanya tidak ketara, sama sahaja.
Walaupun ramai menjangkakan Parlimen akan dibubar selepas Tahun Baru Cina -- mungkin atas perkiraan pengundi Tionghua yang sukar dijinakkan BN -- tetapi jika Najib Razak terus menganjak sedikit lagi ke depan, saya rasa, tiada siapa yang peduli.

Setiap parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan BN sudah bersiap sedia sejak lebih setahun lalu, malah mungkin sebahagiannya mula mengadu keletihan dan tidak mustahil ada jentera kempen yang semakin kepupusan sumber.

Namun begitu, tinjauan rambang yang saya lakukan secara tidak sengaja semasa cuti hujung tahun baru-baru ini menunjukkan mood untuk melakukan perubahan sukar digugat lagi.

Bertemu anak-anak muda yang kelihatan masih mentah dalam politik dan tidak gemar berbicara soal pemerintahan, namun apabila diajukan siapa pilihan mereka dalam pilihan raya, hampir sepakat mahu melihat kerajaan dan pimpinan yang baru.

Di kenduri kahwin, walaupun sekadar bersembang sepintas lalu sambil berselisih bahu , tetapi ramai kenalan memberi mesej jelas: Cukuplah Umno yang korup dan rasuah. Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk buktikan mereka juga mampu menawarkan yang lebih baik.

"Saya lama dalam kerajaan, masak sangat dengan bermacam-macam cara dan kaedah rasuah, sebahagiannya tidak dapat dihidu undang-undang," bisik seorang pesara kanan bahagian penguatkuasaan kepada saya semasa menjamah pemanis mulut.

Segera saya teringat kalimat "korupsi berjemaah", suatu istilah yang sememangnya tidak manis, tetapi mampu mengingatkan bagaimana terancangnya jenayah keji itu.

Sambil berlibur di lokasi peranginan, bukti-bukti penyalahgunaan kuasa elit Umno juga yang ditunjukkan pemabaca Harakah kepada saya. Daripada projek-projek kecil potong rumput dan papan tanda jalan, segalanya mahu dibolot, apatah lagi agihan tanah dan anugerah jutaan ringgir, semuanya untuk kroni dan suku-sakat. Termasuk kawasan perairan pantai yang cantik dan landai!

Dapatlah saya rumuskan, komitmen tingi bagi memastikan kerajaan persekutuan bertukar dalam PRU13 payah untuk digoncang. Semacam sudah ada sumpah janji setia, kali ini BN mesti ditumbangkan. Cukuplah peluang diberi selama lebih 55 tahun. Usah dirayu mandat rakyat lagi.

Bagaimanapun, ia bukan bermakna Najib dan rakan-rakannya tidak berusaha untuk melakukan perubahan (atau transformasi) bagi meraih sokongan rakyat. Pelbagai taktik, strategi dan pendekatan diusahakan dalam pakej menarik. Ia menghanguskan dana awam yang begitu besar jumlahnya tetapi majoriti rakyat tetap memandang sinis dengan "perubahan" tersebut.

"Dr Mahathir Mohamad dan Najib mempunyai persamaan dari segi membazirkan khazanah negara, terutama hasil Petronas, tetapi sekurang-kurangnya di zaman Mahathir ada juga monumen atau tugu-tugu yang dibinanya. Lihat sendiri apa yang Najib buat dengan duit ratusan bilion? Hangus begitu sahaja," marah seorang penganalisis politik.

Bahtera BN yang bocor dan mahu karam itu ternyata sukar diselamatkan lagi.


Semasa berbincang dengan seorang sarjana politik terkemuka di rumahnya petang 1 Januari lalu, saya dapat mengesan keyakinan beliau bahawa era Umno-BN hampir pasti berakhir. Saya sendiri terkejut, selalunya dia lebih suka memberi pandangan sebagai "orang tengah" tetapi kali ini berbeda.

"Inilah masa terbaik untuk negara kita berubah. Walaupun ada pihak berpendapat Pakatan belum mampu berkuasa selepas PRU13 dan hanya akan mencipta sejarah pada PRU14, saya berbeda dengan mereka," tegasnya sambil mengingatkan, "jika Pakatan gagal kali ini, BN tidak dapat ditumbangkan melalui pilihan raya lagi."

"Jadi, selepas itu, melalui jalan apa pula?" tanya saya kebodohan. "Kalau terlepas kesempatan terbaik PRU13 ini, mungkin kerajaan hanya dapat ditukar melalui kebangkitan rakyat seperti di Tunisia, Mesir, atau satu ketika dulu di Filipina," jawabnya, selamba.
Saya terdiam. Kemudian saya menyoal balas: "Revolusi?" Tiada jawapan. Dia ketawa.

Biarpun optimis Pakatan mampu menguasai Putrajaya, beliau agak kurang berpuas hati dengan pendekatan pemimpin oposisi menangani serangan media.

"Pemimpin PAS, DAP, KeADILan perlu bersama, bersatu tenaga, bukan sekadar menyanggah tohmahan, malah menjadikan isu yang dimainkan media itu, misalnya Hudud dan terbaru Amanat Haji Hadi, sebagai pukulan maut kepada Umno," tambahnya.

Nampaknya beliau lebih percaya dengan keupayaan gelombang kesedaran rakyat, tetapi masih meletakkan syarat, iaitu kebijaksanaan pemimpin Pakatan menangani konflik dan cabaran.

"Tentulah BN tidak akan duduk diam menunggu saat kejatuhannya. Akan adalah pelbagai taktik kotor, penipuan, manipulasi, sabotaj dan sebagainya. Bila ada aksi tentu ada reaksi. Pemimpin Pakatan harus bersedia berdepan dengannya," ujarnya.

Tidak lupa beliau berpesan kepada Harakah agar mengemukakan isu-isu besar dan real, yang dirasai dan dideritai majoriti rakyat, terutama berkaitan kehidupan seharian, serta tidak mudah dipengaruhi isu-isu tempelan.

"Kita mahu mempengaruhi pembaca, jadi bentangkan fakta yang benar, sahih dan buat perbandingan mudah melalui grafik menarik. Elak serangan membuta tuli, apatah lagi cacian dan bahasa kesat. Rakyat semakin bijak menilai," pesannya.

II. Hak untuk menjawab yang tidak diambil peduli media

Saya suka melihat isu 'Amanat Haji Hadi' daripada perspektif pengamal media.

Menerusi Konvensyen Akses Media Dalam PRU13, anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), pertengahan tahun lalu, ditimbulkan "hak untuk menjawab", yang jarang diberikan perhatian selama ini.

Amat pelik menyaksikan situasi yang sering terpapar dalam media, khususnya Utusan Malaysia dan TV3, apabila seseorang tokoh pembangkang diserang kiri dan kanan, berhari-hari lamanya, tanpa diberi peluang untuk personaliti berkenaan menjawab.

Tentu kita masih belum lupa bagaimana Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam keras berikutan kenyataannya mengenai Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong. Utusan Malaysia selama hampir tiga minggu mengumpulkan pandangan pelbagai sumber, bukan sahaja untuk memburukkan imej pemidato popular itu, malah mahu merosakkan kewibawaan PAS sebagai parti Islam.

Malang sekali, Mat Sabu tidak diberi ruang untuk menjawab ke atas isu yang dilemparkan kepadanya sehingga terpaksa menggunakan ruang mahkamah untuk "membela diri".

Begitu juga dengan serangan media terhadap isu lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang yang didakwa telah diberikan kerajaan Kelantan kepada dua pemimpin DAP Perak, sebagai "habuan politik yang membolehkan PAS mendapat kompromi DAP bagi meletakkan Mohamd Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008".

Fitnah yang diulang-ulang, walaupun selepas pihak kerajaan Kelantan memberi penjelasan lengkap, kononnya Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merasuah Adun Setiawan merangkap Ahli Parlimen Beruas juga selaku Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis merangkap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam bentuk konsensi tanah.

Sehingga 1 Januari 2013, saya perhatikan Utusan Malaysia masih menyebarkan fitnah dan pembohongan tersebut.

Justeru, tentulah ada kewajaran untuk Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenakan syarat agar penjelasannya mengenai "amanat" yang berusia 31 tahun itu disiarkan secara langsung melalui TV.

Selama ini RTM dan TV3 beraksi sebagai stesen rasmi Umno-BN, bukan saja menggelapkan berita pembangkang, malah memutar-belitkannya untuk tujuan yang sarat dengan kepentingan politik parti pemerintah.

Ya, boleh saja perkembangan saingan politik BN itu digelapkan, tetapi apabila difitnah atau ditohmah, seperti berlaku kepada Mat Sabu dan isu balak Kelantan itu, maka mereka yang berasa terkilan dengan laporan berkenaan perlu diberi peluang untuk menjawab.

Hak untuk menjawab ini perlu dihormati oleh pengamal media, terutama pemiliknya.

III. Bukan soal kepentingan, tetapi demi kebenaran

Seorang rakan saya meramalkan Deepak Jaikishan akan menjadi individu paling berpengaruh dalam kempen PRU13 nanti. Saya tidak begitu mengikuti pendedahan beliau terhadap keluarga Najib, walaupun tuduhannya, bersama bukti-bukti yang dikemukakan (terbaru, telah teredar buku kecil mengenainya), mempunyai impak yang cukup besar.

Agak hairan juga dengan sikap membisu pihak berkuasa, terutama polis, terhadap tuduhan-tuduhan yang amat dahsyat itu, apatah lagi jika ia dikaitkan dengan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam, berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Walaupun media di bawah kawalan Umno-BN cuba menutup kemas suara Deepak ini, namun saya percaya kes berprofil tinggi itu hanya menunggu masa untuk meletup. Deepak sudah memulakan, dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja.

Syak dan keraguan orang ramai, termasuk saya, bertambah kukuh, selepas didedahkan urusniaga melibatkan pembayaran ratusan juta ringgit, dipercayai untuk menutup kelantangan Deepak.

Tanpa perlu kita mengetahui dengan terperinci butiran pertuduhan (Najib), cukup dengan hanya melihat reaksi orang yang dituduh (Najib dan Rosmah)), sudah dapat membayangkan kebenaran tuduhan berkenaan. Gerak dan langkah Najib diperhatikan dengan penuh minat.

Sebelum ini ada pihak cuba mempersoalkan kredibiliti Deepak dan motif beliau membuat pendedahan menggemparkan itu. Kata orang, dia mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup mengambil risiko besar. Deepak dilihat melakukannya demi keuntungan peribadi. Motif pihak yang mempertikai Deepak, jelas sekali iaitu bagi melemahkan segala dakwaannya terhadap Najib dan Rosmah.


Tanpa mengenali lebih lanjut siapa Deepak, dan kalaupun beliau sememangnya mempunyai tujuan tersirat, atau dia berasa marah kerana "janji tidak ditepati", bagi saya, apa yang hendak dihairankan? Apakah salah tindakan seseorang jika didorong oleh kepentingan peribadi?

Misalnya, semasa mendedahkan skandal rasuah Dr Khir Toyo, sepuluh tahun lalu, saya dari awal tahu bahawa sumber-sumber yang membocorkan rahsia kepada saya adalah pihak-pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor itu. Mereka mungkin ada masalah peribadi dengannya atau sememangnya seteru politik Khir sendiri? Ia langsung tidak menjejaskan misi saya.

Begitu juga kepentingan Deepak dalam kes membabitkan keluarga Najib ini. Yang penting apakah pendedahannya itu benar dan sahih. Niat dan motifnya, serahkan saja kepada Deepak. Atau apakah anda mengharapkan Deepak berada "dalam perjuangan membela kebenaran" sebelum mempercayainya?

Isu besarnya, jika tuduhan beliau palsu dan bohong semata-mata, apakah perlu Deepak disogok lagi? Orang ramai sedang menanti tindakan undang-undang yang dimulakan oleh Najib dan Rosmah. Mereka pelik melihat "kesabaran" dua suami isteri paling popular itu diserang pelbagai "tohmahan".

Apa pun, kes ini hanya membuatkan orang ramai bertambah muak dengan budaya rasuah yang bermaharajelala dalam elit penguasa. Ia semakin membusuk dan menanah. Hanyir sekali. Baunya tidak dapat ditutup.

Selepas Altantuya Shariibuu diletupkan dengan tragis sekali pada 2006, sama-samalah kita tunggu, pada 2013, siapa pula yang bakal berkecai?