Najib akan bubar dewan rakyat.selepas balik dari umrah?

mohdnoorawang
Hari Jumaat yang lalu tidak jadi bubar parlimen. Semua media dalam dan luar negra hampa. Datuk Sri Najib Razak batal dan tiada pembubar dewan rakyat.
Akhirnya Najib Razak bertemu dengan satu tarikh yang bakal diumumkan sebaik sahaja kembali pulang menunaikan umrah pada 3/4 3013. Mengikut sumber dari JPM Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah akam menunaikan umrah pada tarikh tersebut.

Sekembali dari umrah di Mekah dan ziarah Madinah selama 2 atau 3 hari Najib Razak akan mengumunkan tarikh bubar dewan raayat selepas bermunajat dan berdoa depan Kkaabah di Mekah diantara penjuru batu Hajar Aswad dengan pintu Kaabah, kerana salah satu doa yang paling mustajab atau di Multazam.

mengikut suber sebaik sahaj pulang dari umrah, Najib Rzak akanh hadir mesyuarat negera Asean di Brunai darul salam selama satu hari. Dan kembali pulang ke Malaysia.

Najib Razak akan membuat pengumumanpembubar dewan dalam minggu kedua bualan April 2013. Selepas kembali menunakan Umrah. Tarih bubar dewan sudah ada hanya belum diumumkan lagi.

Sepatutnya hari Jumaat yang lalu dewan rakat dibubarkan , namun terdapat percanggahan dan permintaan dan sedikit permintaan dari komponen Barisan Nasional yang perlu ditunaikan terlebih dahulu.

Mungkin Najib Razak dapat gambaran barudan maklumat politik ada pergeseran politk dalaman pakatan rakyat diantara PKR dengan DAP, itu hanya rencah politik,"

Wakil rakyat PR kumpul wang dan harta selepas 5 tahun ?

mohdnoorawang
Sepatutnya media jahat UMNO war-warkan semua wakil rakyat DUN dan wakil rakyat parlimen pakatan rakyat (DAP, PKR, PAS) kumpul wang dan harta berjuta juta selepas menjadi wakil rakyat selama 5 tahun.

Rakyat Malaysia yang celik maklumat dan melihat sendiri wakil rakyat pakatan rakyat semua cukup makan dan tidak ada wang berjuta dan harta bertimbun selama 5 tahun menajdi wakil rakyat.

Tetapi semua wakil rakyat UMNO, MCA. MIC DAN SEMUA WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL DUN dan PARLIMEN KAYA RAYA DAN WANG BERJUTA, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH ADALAH LAMBANG SEBENAR WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL DISEMUA PERINGKAT NEGERI DAN PUSAT.

Malah yang paling hebat semua menteri dan timbalan menteri barisan nasional kaya raya dan mewah dari semua segi kehidupan. Anak anak menetri BN/dan wakil rakyat BN hidup dalam kemewahan dengan wang dan kereta berjenama.

Seratus peratus wakil rakyat barisan nasional kaya raya selama menajdi wakil rakyat Dun dan parlimen berbanding wakil rakyat pakatan rakyat.

Rakyat hanya dapat RM500 satu tahun selama 56 tahun BN memerintah hanya bermula tahun 2012 rakyat dapat wang tersebut.

Di Negeri Terenggau semua wakl rakyat UMNO/MCA kaya dan mewah dalam semua segi kehidupan. Malah hanya satu penggal pun sudak kaya dan rumah mewah. Dan yang lebih jahat lagi wakil rakyat UMNO Terengganu dapat/baham tanah.

Syabas kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat walaupu 5 tahun jadi wakil rakyat kehidupan tuan dan puan YB sama sahaja sebelum jadi wakil rakyat, hanya tukar kereta mencedes secondhand dan pakai kereta perdana secondhand.

Spesis yang tidak berani disentuh oleh sesiapapun....

tokpepijat
Gambar ini menceritakan segala-galanya.......
Dia pernah bergambar dengan Menteri Shafie Afdal......
Dia pernah bergambar dengan Menteri Zahid Hamidi......
Dia pernah bergambar dengan Menteri Nazri Aziz.......
Dia pernah bergambar dengan IGP Ismail Omar.......

Dan tengok gambar diatas..........
antara gambar-gambar tersebut, gambar diatas menggambarkan betapa eratnya dia dengan Menteri Polis.

Benarlah seperti yang diucapkan olen mantan SB dan Ketua Polis Kota Kinabalu.Jika ada arahan dan campurtangan dari orang politik maka polis menjadi bacul dan pengecut.

Kini dia menjadi pelarian...surat saman menimbun ,rumah sudah kosong, isteri dah diceraikan. Hidup dihantui dosa-dosa fitnah.

Tiada kawan mengaku kawan. Sudikah Menteri-Menteri diatas mengaku kawan? Tak malukah mereka berkawan dengan polis yang dibuang kerja kerana kejahatan rasuah?

Tapi barangkali Hishamudin sepupu Najib masih boleh ketawa besar bersahabat dengannya.
Spesis yang tidak berani disentuh oleh sesiapapun.....

Rupanya Orang UMNO pun marah juga Parlimen Tak Bubar!

WTKO
Parlimen Malaysia akan terbubar secara aotomatik pada 28 April 2013. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi pemimpin negara pertama yang membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya dan menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun yang diberikan kata penulis-penulis mengampu dalam banyak akhbar.
Tak ada idea nak cakap, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif, terutama dari segi pembangunan negara. Katanya lagi, ini kerana kaedah itu dapat mengelakkan spekulasi tarikh pilihan raya umum (PRU) yang sedikit sebanyak merencatkan kegiatan pelaburan di negara ini, khususnya... kan ada logiknya!

Tapi tak semua orang UMNO jadi bodoh dan pengampu macam itu. Ada juga ahli UMNO 'berkurun-kurun' pun tak suka tentang perkara ini. Malah mereka bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai PAS.

112 orang ahli UMNO daripada 4 felda di Dun Ajil keluar parti menyertai PAS. Mereka terdiri dari 25 orang Felda Bukit Bading, 33 orang Felda Jerangau Barat, 34 orang Felda Tersat serta 20 orang dari Felda Mengkawang.

Selain daripada faktor marahkan DS Najib yang 'macam tangkai jering' tak nak bubar Parlimen, mereka juga marahkan Penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di bursa saham yang dilihat merugikan peneroka.

Difahamkan dalam satu mesyuarat tertutup Dun Ajil, Dato' Rasol menengking SUK Dun kerana tidak bertindak dengan bijak mengatasi masalah ini.
Difahamkan beberapa orang dikalangan ahli felda berkenaan telah membuat temu janji untuk bertemu dengan Dato' Rasol tetapi malangnya beberapa kali tertangguh. Atas rasa tertipu kepimpinan kumpulan ini membuat keputusan untuk keluar parti.

Pihak kami cuba mendapatkan maklumat daripada 'orang' yang dikatakan ketua kumpulan ini, tetapi kami dinasihatkan untuk tidak membesarkan perkara ini kerana ini merupakan strategi untuk 'makan dalam' dalam PRU13 nanti.

Walau bagaimanapun kami rasa pihak pembaca berhak mendapatkan maklumat yang lebih telus maka kami telah berjumpa dengan seorang tua yang dikatakan taksub kepada UMNO sebelum ini.

Orang kampung panggil Pak Samad. Pak Samad masih berdelek Kuala Berang. Marah betul kepada Najib, katanya Najib ini tak macam bapak dia. Cakap pun manis tapi perut kotor.

Kami ingin penjelasan apa maksud perut kotor tu! Pak Samad, meninggi suara 'eh budok' kotor lah pasal 'kederah' harta rakyat.

Mengikut sumber yang kami terima DUN Ajil pada tahun ini akan jatuh kepada PAS melalui undi sebotaj.

Memang Dun Ajil Kubu kuat UMNO, pilihan raya 1999 BN masih mengekalkan Dun ini dengan kemenangan tipis 125 undi.

Kemenangan diteruskan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 yang menyaksikan BN menang majoriti undian daripada 3,783 kepada 4,727 undi dengan mempertaruhkan calon yang sama, Rosol Wahid.

Kita lihat nanti bagaimana Rosol Wahid dijatuhkan oleh orang 'kanan'nya sendiri. Sejarah pasti akan dikenang sampai bila-bila.

PANAS: Ini dia petualang sebenar PROJEK IC... [Saksikan video neh...]

Shalehudin

Rakaman video untuk SB ~ Siapa petualang sebenar skandal ic dibongkar

Siapa petualang sebenar skandal IC? Jawapannya ialah... Mahathir. Sila bawa salinan video ni 1 untuk Mahathir dan 1 lagi salinan kepada yang di Pertuan Agung...

Kalau TV3 dan RTM sudi... siarkan lah... pttuiihh..!!

Padan Muka Kamu sekarang, Kata MB Perak

Dukunpasir

Siapa pernah lupa dan tidak mungkin akan lupa pada WAJAH DAN RUPA YB YB yang BERPALING ARAH yang menyebabkan Pakatan Rakyat TERSUNGKUR di Perak, yang juga menyebabkan PERLANGGARAN UNDANG UNDANG Itulah mereka mereka yang telah mencetuskan HURUHARA DI PERAK ....Hee Yit Fong dari DAP, Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radhi dari PKR ....KINI misi dan matlamat mereka telah selesai di PERAK .....

Adakah BN AKAN MENCALONKAN MEREKA BERTIGA sebagai membalas jasa menjatuhkan kerajaan PERAK dari Pakatan Rakyat?? Melalui sumber dalaman.....Hee Yit Fong BEGITU TERUJA UNTUK DICALONKAN SEMULA BAGI MEWAKILI BN .....Adakah diterima??
INI JAWAPAN MB Perak ----Senarai calon BN Perak pada PRU13 telah dimuktamad!!

Penulis yakin dan percaya NAMA NAMA MEREKA TIDAK AKAN DICALONKAN .....melalui kenyataan ini.....

"Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak di Ipoh hari ini.

Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti," katanya.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi.

Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila tidak dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya dia rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada pertukaran. Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia dapat diselesaikan".

Katanya semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti berikutan calon tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku.

"Saya mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa tidak ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini.

KEPUTUSAN SUDAH DIMUKTAMATKAN.....bila disebut TAMAT.....maka tamatlah tempoh mereka bersama BN......

Kambing Biri-biri Beku Disangkanya Babi

Heboh, kecoh gegak gempita satu dunia apabila kambing dituduh sebagai babi dijual secara terbuka disebuah Pasaraya NSK, Selayang, Selangor D.E.

Mengapa perlu melatah dan membuat fitnah .. Bukankah rakaman gambar itu jelas kambing biri-biri beku impot yang ada dalam kereta sorong itu?

Sebab itu sebelum nak melancarkan serangan pastikan ianya berfakta bukannya ikut emosi semata-mata.

Yang menjadi masalah besarnya ada juga orang kita berbangsa Melayu dan beragama Islam percaya bulat-bulat dan ratah serta telan mentah-mentah kisah ini.

Kalau kambing dengan babi pun tidak boleh dibezakan baik tok sah jadi manusialah wei!!!!

Bukannya apa.. Omak kau kesian sungguh...semacam ada gerak mau menjatuhkan perniagaan NSK Selayang.. Itu jer.

Cubalah guna akal sikit.. Mana mungkin Pasar Raya dinegara ini akan jual daging babi secara terbuka..

Mengapa perlu wujudkan suasana dan iklim yang tidak harmoni dan tenteram dikalangan kita.

Apa faedah dan keuntungan yang kita dapat...Mohon rasional dalam menghebahkan berita dan cerita. -omakkau
BERHATI-HATI SEBELUM TERJEBAK DENGAN FITNAH
Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, " Maaf : kalau sy mencelah sikit.....sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi..."

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..

Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?

Malaysia tidak import forzen babi, kerana Malaysia peneksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.

Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.

Mohon maaf jika teguran saya ni salah. -sumber:fb

Munajat Selamatkan Malaysia Ahad ini di Stadium Malawati Shah Alam

SHAH ALAM: Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) dengan kerjasama NGO Kerabat dan Pahlawan akan menganjurkan program Munajat Selamatkan Malaysia pada 31 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Penasihat Jawatankuasa penganjurnya, Abdul Khalid Samad berkata, program itu diadakan sebagai persiapan rakyat dan jentera pilihan raya PR bagi menghadapi taktik Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam PRU13 ini.

“Program munajat ini akan dipimpin Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertujuan memohon kepada Allah agar usaha pihak tertentu yang mahu merosakkan usaha PR memenangi PRU13.

“Kita seru rakyat hadir beramai-ramai ke program itu nanti,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, turut diadakan Forum Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu dan ucapan pimpinan PR antaranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pada sidang media sama, ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul berkata, forum Lahad Datu yang dipengerusikan beliau akan membariskan barisan mantan pegawai atasan dari polis dan tentera sebagai panelis.

“Kita serahkan kepada mereka untuk mengulas situasi sebenar insiden Lahad Datu.

“Seluruh jentera penerangan parti di setiap peringkat diminta membuat tayangan umum program ini di bilik- bilik gerakan parti serta lokasi – lokasi lain yang strategi supaya masyarakat setempat mengetahui fakta sebenar isu Lahad Datu,” katanya.

Forum menggandingkan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan mantan Ketua Cawangan Khas (SB) Sabah, ACP (B) Mohd Yousoff Babjee.

Mengapa Najib Tidak Jadi Bubar Parlimen Hari Ini (Jumaat)

Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.

Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.

Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?

Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.

Apakah petang tadi sememangnya Najib hendak mengumumkan pembubaran parlimen? Sejak kelmarin lagi terdengar desas desus Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen hari ini. Katanya satu solat hajat meminta proses pembubaran itu berjalan lancar telah diadakan malam tadi.

Kemungkinan itu menjadi lebih serius lagi kerana hari ini Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri di peringkat akhir. Perjumpaan itu mengenai pembahagian kerusi justeru ia dianggap perjumpaan terakhir dan pengumuman pembubaran parlimen dilakukan selepas perjumpaan itu?

Khabarnya pejabat perdana meteri di Putrajaya petang tadi dihadiri oleh ratusan wartawan dari dalam dan luar negeri untuk menanti kenyataan pembubaran parlimen oleh Najib. Bagaimana pun mereka semuanya pulang dengan kecewa kerana apa dinanti-nantikan tidak menjadi kenyataan. Setengah siap sedia untuk membuat siaran langsung termasuklah RTM, TV3 dan segala macamnya.

Dalam pada itu ada maklumat mengatakan memang Najib berhajat untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen pada petang tadi. Katanya Najib sendiri memilih petang Jumaat untuk berbuat demikian. Namun kata sumber itu disebabkan ada beberapa perkara yang belum beres menyebabkan hasrat itu dibatalkan.

Apakah semasa mesyuarat tadi berlaku pertikaian atau pun ada pihak yang belum bersedia kalau parlimen dibubar hari ini? Perkara ini tidak dapat disahkan tetapi katanya ada beberapa pemimpin yang mahu Najib lanjutkan tempoh dan berharap parlimen biarlah terbubar dengan sendiri. Alasan lain kenapa parlimen tidak dibubarkan hari ini khabarnya soal pembahagian kerusi di antara komponen BN masih belum selesai.

MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik. Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya sekiranya soal pembahagian kerusi tidak lengsai?

Alasan lain diberikan kepada Najib, elok Najib membubar parlimen selepas 4 April di mana genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri setelah mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Najib mengumumkan pembubaran parlimen hari ini, ia bermakna Najib menjadi PM tidak sampai empat tahun. Tempoh perkhidmatannya baru tiga tahun tiga suku. Mereka tidak mahu Najib digelar sebagai PM tiga tahun tiga suku.

Dalam pada itu diramalkan besar kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen paling lewat 16 April ini. Beliau akan berusaha juga untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendiri untuk menjaga reputasinya

Kanak- kanak perempuan, 12 tahun mati selepas kahwin

HAJJA (Yaman): Seorang budak perempuan meninggal dunia tiga hari selepas dinikahkan dengan lelaki berusia 20-an, kata sumber perubatan dan aktivis hak asasi manusia, semalam.

Elham Mahdi Shuee, 12, menghembus nafas terakhir di hospital Hajja selepas dimasukkan ke situ kerana mengalami pendarahan akibat persetubuhan.
Jurucakap Sisters Forum for Human Rights, Majed Al Mathhaji, berkata Elham disahkan mengalami masalah rahim koyak. Katanya, Elham dikahwinkan melalui ‘pernikahan tukar’.

“Melalui amalan itu, keluarga suami Elham tidak membayar mas kahwin, sebaliknya menikahkan anak perempuan mereka yang sama usia dengan abang Elham,” katanya.

Selepas Elham meninggal dunia, keluarga suaminya membawa pulang anak perempuan mereka dari rumah abang Elham. Masalah buta huruf dan kemiskinan menyebabkan amalan mengahwinkan kanak-kanak sesuatu yang lazim di Yaman. (Agensi)
-sabahkini-

2,000 warga Felda Palong 2 sambut Tian Chua

2,000 warga Felda Palong 2 sambut Tian Chua
PETALING JAYA: Hampir 2,000 warga Felda hadir pada majlis ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2, Bahau, Negeri Sembilan semalam bagi menyatakan sokongan padu kepada penceramah utama Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua.
Ceramah berkisar ‘genre’ isu Lahad Datu yang turut menampilkan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad dianjurkan oleh PKR dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.

Pengarah propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kehadiran dan kebangkitan penduduk Felda ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program.

“Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar,” katanya.
Beliau menjelaskan rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata.

Debat polisi

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Edy Noor berkata pihaknya menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat membentangkan manisfesto pilihan raya.

“Tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama ‘transformasi’ kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan yang memerintah.

“Sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan,” katanya.

Ujar beliau, “BN umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana. Di sebelah pihak lagi, Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar.”

Beliau percaya ceramah tidak perlu diadakan jika media perdana benar-benar bertindak adil dengan memberi ruang sama rata.

HINDRAF jangan ulangi pengalaman Suqiu

Lim Hong Siang
Saya terbaca satu "jenaka" di internet, yang mungkin juga kisah benar. Seorang makcik tua sedang menerima BR1M-nya, dan kebetulan seorang ahli MCA berada di situ. Maka ahli MCA pun bertanya kepada makcik tua itu, "Auntie, kepada siapa harus anda berterima kasih setelah menerima BR1M?" Makcik itu menjawab, "Saya berterima kasih kepada Lim Guan Eng."

"Mengapa berterima kasih pula kepada Lim Guan Eng?" tanya ahli MCA. "Kalau bukan Lim Guan Eng, apakah kamu akan bahagi duit untuk saya?" balas makcik itu, disambut dengan tepukan orang di sekelilingnya.
Saya tidak berasa pelik jikalau ia benar berlaku. Dari perbualan saya bersama datuk saya yang berumur 80-an, beliau meluahkan pandangan yang sama. Beliau melihat semua peruntukan kepada rakyat pada "saat-saat yang genting" ini sebagai "gula" dari kerajaan, malah harga minyak yang "tidak naik" sejak beberapa tahun yang lalu - sebagai jasa Pakatan Rakyat. "Tanpa desakan daripada pembangkang, mustahil kita menikmati kesemua ini," kata datuk saya.

Demikianlah teorinya, menurut "pengamatan politik" yang lebih daripada lapan dekad. Beliau tidak mengaji sains politik di universiti, cuma seorang pengundi biasa yang melalui zaman sebelum dan selepas kemerdekaan dalam hidupnya. Sering kali kita mengkalungkan penghargaan di atas leher kerajaan apabila menerima manfaat daripada kerajaan. Padahal, apa yang berlaku sebenarnya adalah, "hasil" itu tidak datang tanpa perjuangan. Apa yang dilakukan pemerintah adalah "reaksi", ataupun "tindak balas" terhadap situasi semasa - mungkin kerana bantahan rakyat, kritikan pembangkang, desakan badan NGO dan sebagainya. Contoh terbaik adalah pemansuhan ISA. Saya cukup mual apabila sesetengah penganalisis politik mengagung-agungkan Najib sebagai "reformis" lantaran pemansuhan akta zalim itu, sedangkan rakyat yang bangkit menentang ISA pada 1 Ogos 2009 dibedil dengan 973 butiran gas pemedih mata oleh regim Najib - lebih-lebih lagi dilabel sebagai "Melayu bacul" kerana "yang ditahan ISA adalah pemimpin HINDRAF, ni Melayu sibuk-sibuk nak buat apa?"

Malah, kita perlu mengakui bahawa Pakatan Rakyat yang kini menawarkan segala yang terbaik untuk rakyat, juga kerana bersaing dengan BN dalam sistem politik sedia ada. Meskipun saya mengakui bahawa terdapat ahli politik yang sememangnya berjiwa murni untuk memperjuangkan nasib rakyat, tetapi hakikatnya "spesies" ini adalah minoriti, malah hampir pupus. Sejak awal lagi teori politik mengandaikan manusia mementingkan diri sendiri, lantas pembinaan sesebuah sistem politik yang utuh adalah mustahak untuk menjamin kepentingan awam.

Tetapi pembinaan "sistem baru" ini bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan masa, malah mungkin digagalkan berkali-kali sepanjang proses ini. Justeru itu, mereka yang tidak kesabaran senang pasrah sebelum hasilnya sempat dituai.

Saya boleh memahami perasaan masyarakat India, meskipun mungkin bukan sepenuhnya. Saya antara wartawan yang paling awal membuat liputan tentang HINDRAF, ketika NGO ini lantang bersuara dalam isu pencerobohan kuil Hindu. Perkembangan selanjutnya sememangnya di luar jangkaan, dengan kebangkitan masyarakat India pada 25 November 2007, disusuli dengan penahanan lima orang pemimpin HINDRAF di bawah ISA.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mempertahankan HINDRAF sebelum menuju ke 8 Mac 2008. Tidak dinafikan bahawa PKR, PAS dan DAP menerima "manfaat" dari segi undi lantaran pendiriannya dalam isu HINDRAF, tetapi perlu diingatkan bahawa mereka juga boleh memilih pendirian sebaliknya, untuk mengaut undi Melayu. Untuk membincangkan isu ini di luar kerangka "undi", mesej yang disampaikan pembangkang ketika itu sebagai satu wacana untuk meredakan ketegangan antara Melayu dengan India. Malah ia boleh dilihat sebagai "pendidikan politik" yang mengajar bagaimana perbezaan dalam masyarakat harus ditangani - bukan dengan keangkuhan kuasa, tetapi mendengar rintihan masyarakat minoriti, dan kemudian bermuafakat untuk penyelesaiannya.

Pendekatan ini satu anjakan paradigma, yang akhirnya memaksa Umno-Bn akur dan membebaskan kesemua tahanan HINDRAF di bawah ISA. Saya mengimbas kembali ingatan ini, tatkala satu pertemuan sedang berlangsung antara HINDRAF dengan Najib Razak - berakhir dengan janji Najib bahawa lebih perbincangan berhubung masalah masyarakat India akan diadakan pada masa depan.

HINDRAF semestinya mempunyai hak untuk menemui mana-mana parti politik, dan kita tidak berhak untuk menghalang pertemuan politik sedemikian. Cuma saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana masyarakat Cina berdepan dengan senario sedemikian, pada tahun 1999.

Semestinya politikus akan berjanji segala-gala pada saat-saat yang genting untuk dirinya. Pengalaman Suqiu (Rayuan Pilihan raya) pada tahun 2000 masih tidak terpadam dari ingatan. Mahathir mengecam Suqiu sebagai pengganas pada tahun 2000, selepas dirinya terselamat dalam PRU 10 dengan undi Cina. Beliau tanpa segan silu mengakui, bahawa dirinya menerima Suqiu pada tahun 1999 untuk meraih undi Cina.

Rakan-rakan dari HINDRAF, sejarah berulang jikalau manusia tidak belajar daripadanya. Semoga Rangka Tindakan HINDRAF tidak dijadikan ulangan Suqiu dalam versi bahasa Tamil.

*Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com

KPN PUN BERSENGKOKOL DENGAN PAPAGOMO ?? HANCUR LAH NEGARA INI...

Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...

1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..?...

2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?

4: Benarkah gambar ini diambil di Kediaman Tuan..?

5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..?

7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo atas Pelbagai pertuduhan..?

Mohon jawapan Brooo...!!!

Sumber : Link

Habis la... dah tak tau nak komen apa lagi dah....nak pakai lagi ka Umno ni,,, semua habis dirosakkan...

che'GuBard Umum Tidak Tanding

Mohd Sayuti Omar
Aktivis muda dan pelapis politik masa depan yang rajin Badrul Hisham Shahrin atau lebih mesra dengan panggilan che'GuBard telah menutup kilang otaknya dari terus berfikir apakah akan dicalonkan ataupun akan bertanding dimana-mana kerusi. Beliau telah mengambil keputusan awal untuk tidak menyerabutkan dirinya.
che'GuBard telah mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini. Penegasan itu dibuat menerusi satu email yang dikirimkan kepada blog Merah Tinta, dan saya percaya ia juga disalin hantar kepada sumber-sumber maklumat lain.

"Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka; che’GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa." Begitulah secoret ayat yang disebut dalam kenyataan itu walaupun ia rengkas tetapi sungguh memedihkan.

Che'GuBard telah mengambil jalan tengah yang perlu dihormati. Dia telah menawarkan dirinya untuk menjadi pekerja parti yang kuat demi mencapai kemenangan. Lantas itu beliau menyeru seluruh anak muda berada dalam mood perubahan tanpa mewujudkan apa-apa pransangka.

Saya menghormati dan kagum kepada anak muda ini. Apa dibuat che'GuBard inilah yang patut dicontohi oleh sesiapa saja yang tergila-gila untuk menajdi calon sampai sanggup melobi atau membuat ugutan akan meninggalkan parti kalau tidak terpilih menjadi calon. Orang seperti itu dayus dan tidak berjiwa besar tulen dalam pejuang.

Sekiranya sikap dan pendirian diambil che'GugBard ini menjadi pegangan dan ikutan semua orang rasanya masalah perebutan calon dan ugutan dan ocahan untuk memeningkan kepala pucuk pimpinan tidak akan berlaku.

Tindakan che'GuBard itu juga satu keputusan yang mengecewakan golongan anak muda yang menyedari akan komtimen dan perjuangan beliau selama ini. Menerusi Ngo Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM) beliau terus begerak mengelombangkan arus perubahan dikalangan anak muda tanpa sebarangan bayaran atau mendapat sanjungan dari mana-mana pihak. Dia bekerja dengan ideanya sendiri tanpa menunggu arahan parti, yang penting ia senada dan seirama.

Maaflah saya tidak pernah terdengar yang pemimpin PKR khasnya memberi penghormatan kepada che'GuBard atau meraikan SAMM makan aiskrim setiap kali projeknya berakhir. Entah seperti terkunci mulut untuk memberi sedikit layanan dan pujian ke atas kerajinan che'GuBard dan SAMM. Kewujudan SAMM juga sesekali saya nampak ia semacam menjadi galang ganti kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang nampak seperti rumput kering di tepi jalan saja.

Paling merujakan ruang lingkup atau geografi perjuangan che'GuBard bukan sahaja di Rembau kawasan yang pernah ditandingi tahun 2008, tetapi diseluruh negara dari Johor hingga ke Perlis, dari Perlis hingga Ke Sabah dan Sarawak. Bahkan dalam mencari bukti dan dalih menguatkan serangan politiknya beliau sanggup ke luar negara.

Atas kerajinan itu saya sendiri menampakkan orang seperti beliaulah yang perlu diberikan keutamaan untuk berada dibarisan depan atau tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya. Tetapi tidak begitu, apa yang mata saya nampak terlindung oleh mata orang lain. Usahkan untuk menetapkan mana-mana kerusi untuk mengambil hati beliau pun tidak kedengaran.

Tiada apa yang boleh saya lapazkan di sini batas keputusan yang beliau ambilkan itu selain dari merasa kagum dan hormat. Syabas. Saya yakin dan percaya apa dilakukan Badrul Hisham itu ikhlas dan keikhlasan serta pengorbanan beliau itu tetap akan diingat suatu hari nanti.

Biarlah orang lain tidak mahu mengiktiarf beliau tetapi saya akan memulakan mengkultus che'GuBard sebagai anak muda yang berani, bersemangat, komited dan rajin. Dia adalah ikon anak-anak muda yang ingin perubahan dan pengangkat panji politik baru Malaysia dari kawanannya. Kalau tertakdir Pakatan Rakyat sempat sampai ke Putrajaya janganlah tutup pintu utama buatnya gara-gara dia hanya pernah menolak jawatan sebagai Penolong Setuasaha Agung.[wm.kl.11:33 pm 28/03/13]

Pasca Bubar: Kerajaan Sementara atau Haram?

Nasrudin Hassan
1. Sebagai contoh kes, Kerajaan N.9 telah terbubar dengan sendiri pada 28 Mac 2013. Ertinya N.9 tidak lagi memiliki kerajaan yang sah buat masa ini kerana mandat rakyat wajib diperbaharui. Samaada mandat itu berpihak kepada BN atau PR, itu perkara kedua. Tetapi mandat rakyat mesti diperbaharui bagi mengekalkan daulat. Kerajaan N.9 telah bubar serta tidak boleh lagi berfungsi dan berperanan sebagai sebuah kerajaan yang sah dan apa yang boleh ada sekarang hanyalah Caretaker Government atau kerajaan Sementara.

2. Caretaker Government atau kerajaan sementara atau lebih tepat disebut sebagai "Kerajaan Pemegang Amanah" ini mesti diisytihar atau dilantik siapakah pemimpin yang akan mengetuai kerajaan sementara ini dan kuasanya sangat limited. Sekadar mengetuai, sementara dibentuk kerajaan baru yang sah menerusi mandat rakyat yang dipungut melalui undi awam iaitu pilihanraya umum yang sah dan adil pula.

3. Ketua dan Kerajaan Sementara mestilah memenuhi beberapa kriteria, antaranya seperti berikut :

a] tidak-berpihak (neutral),
b] bebas-politik (apolitical)
c] berwibawa (competent).

4. Kerajaan jenis ini tidak boleh melakukan beberapa perkara utama, antaranya :

a] mengisytihar budget baru,
b] projek kerajaan,
c] menggubal dasar,
d] menggunakan jawatan kerajaan dalam kempen pilihanraya,
e] menggunakan jentera dan kakitangan awam dalam kempen dan sebagainya.

5. Tanpa pengisytiharan atau lantikan kerajaan sementara maka ia adalah kerajaan yang tidak sah ataupun kerajaan haram. Sangat bercanggah dengan etika demokrasi dan norma perlembagaan negara kita. Dalam catatan sejarah pada pilihanraya 1959, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri telah meletak jawatan sebagai PM dan turun berkempen sebagai ketua parti jua tanpa menggunakan jentera kerajaan.

6. Bakal terbubar dengan sendiri juga ialah beberapa kerajaan negeri selepas ini termasuklah kerajaan persekutuan jika sekira sekiranya Perdana Menteri masih gagal dan hilang keyakinan diri untuk mengisytihar tarikh pembubaran kabinet. Selain daripada kewibawaan kerajaan tercalar ekoran kegagalan mengisytiharkan pembubaran kabinet dalam tempoh yang ditetapkan, kerajaan sementara juga mestilah dibentuk segera. Jika tidak ia akan menjadi sebuah kerajaan haram dan perkara ini sangat meruntuhkan moral dan kewibawaan bahkan boleh mencetus suasana kerajaan dan pentadbiran negara yang tidak stabil.

Apakah Malaysia bakal menjadi sebuah Kerajaan Haram?

*Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Seorang ulama di Tunisia menggesa perempuan ini direjam

TUNISIA: Seorang ulama di Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak’.

Alami Adel, yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.

Namun disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati.
“Dia seperti seseorang yang sakit,’’ katanya.

Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.

Pada badannya ditulis perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya’.

Dia sebelum itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.

Menurut media Tunisia, sabit kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60 hingga $600 dolar.

Tindakan Amina yang tidak bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan membunuhnya.

Dalam pada itu, Khamis lalu, Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.

“Syukur pada ALLAH kerana kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan menyusul,’’ itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai `al-Angour’.

FEMEN merupakan sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak wanita.

Wan Azizah sah tanding Dun Selangor

JANATUL FIRDAUS YAACOB
SHAH ALAM: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, pucuk pimpinan parti belum memutuskan kawasan bagi beliau bertanding.

Dr Wan Azizah berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertanding di Dun Selangor tetapi masih belum membuat keputusan kawasan yang sesuai.

“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

“Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama Presiden PKR ini turut memaklumkan perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini tetapi secara tidak formal.

“Dun mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana,” katanya.

Di Selangor terdapat 14 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditakluki PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.

Mohamad Hasan Harus Belajar Dari Nik Aziz

Mohd Sayuti Omar

Kata Mohamad Hasan yang masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan walaupun tempoh kerajaan UBN Negeri Sembilan yang bermandatkan kuasa rakyat selama lima tahun berakhir semalam, hari pertama kerajaan lupus tarikh itu berjalan seperti biasa.

Beliau masuk pejabat MB hari sebagai MB tamat tarikh.

Katanya beliau dan 10 anggota exco tetap melaksanakan tugas seperti hari-hari lain sebelum ini sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah terbubar.

"Tiada masalah. Cuma yang membezakan adalah peranan kita iaitu sebagai kerajaan sementara ini kita tidak boleh membuat keputusan besar-besar terutama berkaitan soal dasar yang boleh memberi implikasi kepada rakyat dan kerajaan akan datang," katanya dipetik.

Pernyataan Mohamad Hasan itu sedikitpun tidak menggambarkan dia ralat atau rasa malu kerana tempoh sebenar dia menjadi MB sudah tamat apabila tempoh kerajaan Negeri Sembilan sudah genap lima tahun pada pukul 12:00 malam tadi.

Menurut perlembagaan sesebuah kerajaan negeri atau kerajaan Federal itu akan terbubar dengan sendiri apabila tempohnya selama lima tahun tamat. Menurut perlembagaan SPR perlu memanggil satu pilihan raya bagi pembentukkan kerajaan baru dalam tempoh 60 hari.
Tunku: Amal politik bermaruah.
Mengenai pilihan raya di Negeri Sembilan ini walaupun SPR sudah boleh bertindak mempersiapankan pilihan raya, tetapi dipercayai SPR tidak akan berbuat demikian kerana mereka berhasrat mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya parlimen.

Sementara tempoh sementara berlangsung pilihan raya kerajaan sementara (caretaker government) dibentuk dengan atau pun atas kuasa kerajaan Yang Dipertua Agong atau Sultan. Mohamad perlu mengangkat sumpah semula di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan jika tidak ia dianggap sebagai kerajaan haram.

Bagaimana pun pandangan pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari ini tidak diendah bahkan dipersendakan oleh Mohamad Hasan.

Kenyataan Mohamad Hasan itu yang mengakui dia tidak merasa apa-apa - malu dan ganjil adalah sesuai dengan apa diamalkan oleh partinya yang kebetulan menjadi kerajaan selama ini, iaitu UBN.

Kalau Mohamad Hasan bermaruah dan ada air mata sama seperti partinya yang memerintah beliau seharus tidak perlu bercakap atas nama sebagai MB sebab dia bukan MB yang sah lagi. Tetapi kerana itu yang diamalkan parti, tidak menghormati semangat demokrasi dan hidup sering mencari celah atau lubang hendak melepas diri menyebabkan dia tidak merasa apa-apa dan tidak bersalah dengan apa yang berlaku.

Sebagai anggota Dewan yang telah tidak memegang jawatan MB lagi, Mohamad Hasan tidak layak bercakap atas kapasiti sebagai MB lagi. Bukan sahaja keputusan besar mengenai kepentingan rakyat beliau tidak dapat melaksanakan, tetapi perkara kecil juga termasuk kereta kerajaan dan kemudahan lain juga tidak sepatutnya diguna lagi.

Mohamad Hasan patut belajar daripada bekas PM bukan yang keempat tetapi yang pertama, Tunku Abdul Rahman dahulu. Almarhum Tunku apabila parlimen dibubarkan beliau tidak lagi memasuki pejabat perdana menteri dan tidak menggunakan segala kemudahan kerajaan untuknya. Beliau juga tidak lagi bercakap atas nama Perdana Menteri tetapi sebagai Pengerusi atau Presiden Umno.

Beliau juga mengarah menterinya tidak menggunakan kemudahan atau pun mengumumkan apa-apa projek tetapi berdiri atas anggota parti menurut jawatan masing-masing.

Namun amalan dan akhlak Tunku Abdul Rahman tidak lagi dipatuhi sesudah beliau berundur dari jadi perdana menteri. Bahkan penggunaan kemudahan kerajaan untuk perdana menteri, menteri dan sebagainya menjadi satu tradisi pula di zaman Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Mahathirlah yang merombak akhlak Umno yang dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman.

Mengenai hal ini Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meniru akhlak dan politik gentlemen yang ditunjuk oleh Tunku Abdul Rahman. Walaupun tidak semua Nik Aziz 'memansuhkan' kemudahan kerajaan untuknya sebagai MB, tetapi beberapa kemudahan dan fasalitis lain beliau tinggalkan secara automatik.

Mungkin ramai orang tidak tahu apabila Dewan Undangan Kelantan (DUN) dibuarkan dan caretaker gorvernment mengambil kerajaan Kelantan beliau tidak lagi menggunakan kemudahan rumah Kelantan di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja DUN dibubar dan tempoh perkhidmatannya sebagai MB tamat, beliau tidak lagi tinggal atau mendiami rumah Kelantan apabila berada di Kuala Lumpur.

Tokguru akan mencari kediaman khas di Kuala Lumpur untuk berkempen. Kebiasaanya PAS akan menyewa rumah khas untuk beliau. Di rumah itulah beliau akan menginap sepanjang berada di Kuala Lumpur, manakala rumah Kelantan tidak dimasuki lagi.

Apa dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan Nik Aziz itulah yang wajar diikuti oleh Mohamad Hasan dan mana-mana MB atau Ketua Menteri yang sudah cukup tempoh perkhidmatan dan yang menjalankan tugas sebagai MB sementara kelak. MB sementara bolehlah dianggap MB tol atau pun MB yang tidak ada gran.

Ibarat tanah kalau bertol dan tidak ada gran tanah itu tidak laku digadai lagi. Apakah Mohamad Hasan dan MB-MB dan Ketua Menteri lain khususnya dari UBN selepas ini tidak akan merasa malu? Apa yang berlaku di Negeri Sembilan itu menunjukkan transformasi yang dilaungkan Najib masih belum terlaksanakan lagi dan ianya hanya jebak di gigi pantai sahaja.

Selamat datang Hasan Ali - Khalid Samad

Jamilah Kamarudin
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yakin undi Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tergugat sekiranya Presiden Jalur Tiga Datuk Dr Hasan Ali berhasrat untuk bertanding di kawasan itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

Katanya, pihaknya tidak ada masalah menerima kedatangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai calon melawan PAS merebut kerusi Parlimen Shah Alam.

“Saya mengalu-alukan kedatangan beliau tapi saya yakin orang Shah Alam pun tak begitu berminat dengan dia.

“Pengundi dah nampak perwatakan dia yang melanggar disiplin dan mengkhianati keputusan kepimpinan PAS ketika dulu,” katanya kepada FMT di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Hasan Ali semalam dalam kenyataannya semalam berkata dirinya sedang meneliti kemungkinan sama ada mahu bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dan mencuba nasib Parlimen Shah Alam.

Katanya, ini berikutan wujud permintaan beberapa pihak yang mahu beliau terus bertanding PRU13 termasuk daripada beberapa pemimpin Ulama PAS sendiri.

Khalid dalam responnya bagaimanapun berkata, hasrat bekas Exco Selangor itu jelas mahu memecahkan undi yang majoritinya masyarakat Melayu yang bakal menyaksikan perebutan kerusi tiga penjuru.

“Saya yakin Barisan Nasional (BN) tak mungkin akan membenarkan Hasan Ali menggunakan logo BN kerana mereka sudah ada calon sendiri yang lebih wibawa.

“Nak tahu prestasi dia macamana, kena tanya orang Gombak Setia,” katanya yang berhasrat untuk mempertahankan kerusi Shah Alam buat penggal kedua.

Munajat Selamatkan Malaysia

Sementara itu, dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul mengumumkan satu program Munajat Selamatkan Malaysia dan Forum Lahad Datu: Rakyat berhak tahu di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada Ahad ini.

Progran anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat itu menurut Johari diadakan bagi mengemukakan jawapan serta respon berhubung isu Lahad Datu yang selama ini dimanipulasi media arus perdana untuk menyerang Pakatan Rakyat menjelang PRU13.

Antara ahli panel forum ialah beberapa bekas pemimpin tertinggi anggota keselamatan; Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksama Pertama (B) Imram Abdul Hamid, serta bekas ketua Cawangan Khas Sabah ACP (B) Mohd Yusoff Babjee.

Beberapa pemimpin Pakatan akan turut hadir berucap antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke Siew Fook