4 murid dakwa dicabul guru

BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.

Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.

Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

'SAMSENG' KHALID: Kecaman Parlimen & siasatan jenayah terhadap KPN digesa Surendran

Maria Begum
'SAMSENG' KHALID: Kecaman Parlimen & siasatan jenayah terhadap KPN digesa SurendranAhli Parlimen Bagan Serai penggal pertama, N. Surendran, yang juga merupakan seorang peguam Hak Asasi Manusia menyatakan hari ini bahawa beliau akan membawa usul ke Parlimen untuk mengecam Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar di atas kelalaiannya di dalam memastikan keselamatan tahanan polis.

Pada Rabu lepas, Mahkamah Tinggi, di dalam mendengari kes saman sivil, telah memutuskan bahawa Khalid bertanggungjawab di atas kematian A. Kugan, seorang suspek berumur 22 tahun, di bawah tahanan polis dan juga bertanggungjawab di dalam usaha untuk menyembunyi punca kematian suspek itu.

"Saya akan membawa isu-isu yang diketengahkan di dalam keputusan mahkamah semalam semasa debat Titah YDP Agong hari ini," kata Surendran kepada Malaysia Chronicle.

Peguam yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ingin kerajaan memulakan siasatan jenayah terhadap Khalid.

"Kerajaan patut menjalankan tindakan disiplin terhadap KPN dan memulakan satu siasatan kerana tindakan penyembuian itu adalah satu jenayah. Penyiasatan jenayah perlu diadakan mengenai kes kematian Kugan," kata Surendran.

Rakyat Rugi Jikalau Kerajaan Tidak Insaf

Merujuk kepada kes A. Kugan di mana pampasan wang dianugerahkan kepada keluarganya, beliau menyatakan bahawa rakyat Malaysia secara menyeluruh akan menghadapi kerugian jikalau pentadbiran Najib Razak tidak insaf dan terus membutakan diri terhadap kes-kes kematian di dalam tahanan.

Kugan dijumpai mati di dalam lokap 5 hari selepas ditahan dan selepas bedah siasat kedua dijalankan diatas desakan keluarganya, punca kematiannya dikenalpasti sebagai akibat deraan dan pemukulan yang dialaminya semasa disoal-siasat.

"Kesemua defendan dianggap sama-sama bertanggungjawab namun kemungkinan anggota-anggota polis yang terbabit mampu membayar pampasan yang dianugerahkan adalah rendah. Di dalam kes Kugan, kerajaan Malaysialah yang akan menerima tuntutan bayaran itu. Ini merugikan rakyat kerana dana awam terpaksa digunakan untuk memberi pampasan akibat salah laku kerajaan dan polis," kata Surendran.

Walaupun kerajaan Umno-BN telah menerima tekanan untuk menyiasat dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sejak beberapa tahun yang lalu tetapi ia masih belum berhasil. Ramai aktivis berharap bahawa keputusan kes Kugan akan memberi satu lagi tekanan kepada kerajaan untuk bertindak tegas terhadap anggota keselamatan yang menyalahgunakan kuasa kerana kejayaan kes Kugan mungkin akan membawa lebih banyak lagi kes yang sedemikian untuk keputusan mahkamah.

Kadar kematian dalam tahanan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara. Laporan rasmi menyatakan bahawa sebanyak 160 insiden sedemikian telah berlaku sejak tahun 2000. Namun demikian bilangan ini dipertikaikan oleh aktivis-aktivis Hak Asasi Manusia yang mendakwa bahawa jumlah kematian adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan. Mereka menekankan bahawa di dalam bulan Mei 2013 sahaja telahpun berlaku 3 kematian yang mencurigakan di dalam masa 11 hari.

Kerajaan Didesak Akur Kepada Nasihat Mahkamah

Pada bulan Januari 2012 lepas, ibu Kugan, N. Indra, telah memfailkan kes saman sivil sebanyak RM 100 juta terhadap kerajaan dan pihak polis. Beliau meminta pampasan di atas "pembunuhan kejam" anaknya.

Defendan-defendan yang dinamakan adalah Khalid, yang merupakan Ketua Polis Selangor pada masa itu, sebagai defendan pertama; Navindran Vivekanandan, seorang pegawai polis yang sebelum ini telah didapati bersalah diatas menyebabkan kematian Kugan, sebagai defendan kedua; Zainal Rashid, bekas OCPD Subang Jaya yang telahpun meninggal dunia, sebagai defendan ketiga, Ketua Polis Negara sebagai defendan keempat, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kelima.

Yang Arif Hakim VT Singham mengesahkan dakwaan Indra bahawa Kugan telah dipenjarakan secara tidak sah dan defendan-defendan telah "melanggar kewajipan berjaga-jaga" (breach of duty of care) terhadap Kugan. Yang Arif juga memutuskan bahawa Kugan telah "dibunuh". Ini merupakan pengesahan ulung kali yang mengesahkan dakwaan keluarga Kugan manakala sebelum ini pendakwaraya pihak kerajaan cuma membawa dakwaan "melakukan cedera parah" (causing grievous hurt) terhadap pembunuh-pembunuh Kugan.

"Lokap-lokap dan balai polis seharusnya menjadi satu tempat yang selamat untuk setiap insan dan tidak seharusnya dijadikan tempat kejadian jenayah," kata Yang Arif.

Yang Arif juga menggesa pentadbiran Najib Razak untuk menyegerakan penubuhan IPCMC seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja pada tahun 2005.

"Syor Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak seharusnya dibiarkan "beku". Ia harus dilaksanakan secepat mungkin supaya setiap lapisan masyarakat, termasuk ahli-ahli keluarga mangsa yang mati, akan yakin bahawa terdapat sebuah agensi bebas yang boleh menyiasat kes-kes yang melibatkan anggota-anggota polis tanpa campurtangan daripada pihak polis sendiri," sahut Yang Arif.

Jika PAS menang di Kuala Besut?

senik

Assalamaulaikum,, Andaian dan perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang di PRK Kuala Besut nampaknya menarik banyak respon dari kalangan ahli akedemik dan ahli politik serta ramai rakyat jelata yang rata rata bercakap di kedai kedai kopi.

Kedudukan kerusi di DUN Terengganu menyebabkan andaian kemenangan PAS menarik, kedudukan akan menjadi seri kalau PAS menang dan inilah yang menjadi faktor penarik untuk kemungkinan ini menjadi topik perbincangan sehingga BERNAMA, agensi berita UMNO turut tidak mahu ketinggalan untuk melaporkannya.

Kenapa tidak disentuh kemungkinan UMNO menang? Sebab tiada yang berubah kalau UMNO menang dan inilah yang diharapkan oleh UMNO.UMNO mungkin telah mengerakkan unit perang sarafnya dan pendedahan awal kepada bilik perang saraf UMNO ini menunjukkan kemungkinan UMNO membuat bajet untuk menang majoriti sebanyak 4,500 undi (berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ulitmayang(UM), seorang forumer TKO dalam beberapa responnya kepada artikal berkaitan PRK Kuala Besut).

UMNO juga mungkin memainkan peranan agar berlaku pergeseran antara PKR, DAP dan PAS (bilamana UM mendakwa jentera PKR dan DAP akan dihalang memasuki Kuala Besut oleh PAS). Tetapi di sebalik semua itu, tetap kedengaran analisa mengenai kemungkinan PAS menang di Kuala Besut.Analisa yang menyeluruh dan meluas di seluruh negara mungkin menggusarkan bilik perang saraf UMNO kerana perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang merupakan satu bentuk doa orang ramai malah dalam kes kes yang boleh dikesan, ramai yang mengharapkan PAS menang agar kedudukan politik di Terengganu menjadi lebih menarik.

Perbincangan yang meluas ini turut menjadi sentimen di Kuala Besut, sentimen pengundi yang mungkin turut teruja untuk memberi kemenangan kepada PAS.Perkara ini sudah tentu menjadi igauan bilik perang saraf UMNO dan kemungkinan lebih banyak aliran wang masuk ke Kuala Besut.Penduduk Kuala Besut terutamanya para penagih dadah akan mendapat untung besar kerana PRK ini, durian runtuh untuk Kuala Besut.

Kerja bilik perang saraf UMNO awal awal lagi sudah menjadi rumit, apatah lagi pengumuman PJ PAS negeri, YB Wahid Endut bahawa PAS akan menyerang habis habisan dan berkata PAS akan menggerakkan gerakkerja lebih awal di Kuala Besut.Pengumuman ini dilihat menyemarakkan semangat dan keinginan petugas PAS yang sudah lali dengan sindiran dan tindakan menganjing geng PAK TEPAK yang hanya menanti keputusan PRK untuk menangguk di air keruh.

Sehingga hari mengundi yang masih belum diumumkan SPR, perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang di Kuala Besut akan berterusan dan bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula PAS di Besut, insyaaallah!

Apasai Prof, asyik cerita PAS menang ni!!

laniismaa
Kuala_Besut
Nampaknya PRK Kuala Besut amat menarik perhatian ramai. Semua penganalis politik bercerita tentang PAS menang dan menjadikan DUN Terengganu 16-16, tergantungkah DUN Terengganu. Mereka tak berminat nak bercerita kalau Umno menang.


Sebelum ini Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, bercerita tentang PAS menang. Katanya sekiranya 16-16, Sultan yang akan menentukan tampuk pemerintahan negeri.

Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak juga bercakap tentang PAS menang. Katanya Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti DUN. Kalau gagal Sultan akan beri peluang kepada PR.

Semalam Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat juga bercerita tentang PAS boleh menang di Kuala besut.

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari juga bercerita tentang PAS menang. Kalau 16-16, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan MB yang sesuai.

Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco Datuk Toh Chin Yaw juga bercerita tentang PAS menang. Katanya DUN tergantung tak berlaku kerana undi pemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di Terengganu.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan juga bercerita tentang PAS menang. Kalau PAS menang 16-16, ia tak pernah berlaku dalam sejarah negara, katanya kepada TMI. Dia juga berkata Umno mesti menang di kerusi tersebut.

Mereka tak berminat bercerita tentang Umno menang. Jadi orang-orang Kuala Besut boleh memberi kemenangan kepada PAS supaya dapat meleraikan kebuntuan Prof-prof di atas. Kalau ada masalah, tentu ada penyelesaian dan kita juga nak lihat penyelesaian tersebut. Selagi PAS tak memang, maka lagi peninglah Prof-prof di atas. Orang-orang Kuala Besut juga boleh mencipta sejarah.

Budak genius berusia 12 tahun beli 3 Ferrari

Budak genius beli 3 Ferrari
London: Kepintaran seorang budak lelaki berusia 12 tahun membolehkan dia menikmati kekayaan tidak diduga dan sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membeli tiga buah kereta Ferrari.

Sebelum itu, budak terbabit - hanya dikenali sebagai Callum - berjaya mencipta satu aplikasi dan dijual kepada Google pada harga AS$13 juta (RM 41 juta).

Aplikasi itu diciptanya ketika dia baru berusia sembilan tahun. Kata Callum, tiga kenderaan mewah yang dibelinya ialah Ferrari 458 Italia, 599 GTO dan 335 yang pernah terbabit dalam satu daripada film James Bond. “Kereta yang pernah digunakan dalam filem James Bond itu sangat unik dan saya sangat menyukainya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Namun, di sebalik pemilikan kereta itu, Callum masih terpaksa bergantung kepada bapanya untuk menjadi pemandu. 
-Agensi-

Jatuh berpelukan ketika lakukan seks (gambar)

Jatuh ketika lakukan seks
Wuhan: Sepasang kekasih dipercayai jatuh apabila tingkap tempat mereka mengadakan seks pecah.

Saksi berkata, pasangan itu jatuh sambil berpelukan. “Dengan berpelukan, mereka jatuh ke bawah,” kata saksi itu.

Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan mayat pasangan berkenaan dilitupi selimut oleh anggota forensik.
-hmetro-

Bayi berkepala dua (Gambar)

Bayi berkepala duaSepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.

Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.

“Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku.

“Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan,” katanya.

Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawa Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram.

Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan.
Foto
Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.

Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. “Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik,” katanya. Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki.

“Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai ‘dicephalus parapagus on joined twins’ atau kembar mulai dari leher hingga kepala.

“Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu,” katanya.
-Agensi-

Dalam 48 jam kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur

Lim Kit Siang

Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu

Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.

Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.

Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.

Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006.

Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti.

Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan”. Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13.

Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006.

Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009.

Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.

Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?

Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah.

Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

Pelakon terbabit kes dadah pukul jurugambar

Pelakon terbabit kes dadah pukul juru gambar
PELAKON lelaki yang ditahan sekali lagi membabitkan kes dadah dilaporkan bertindak kasar terhadap juru gambar bagi mengelak gambarnya dirakam, semalam.

Memetik laporan Utusan Online, anak kepada pelakon veteran ini mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa juru gambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Dia menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera juru gambar lain.

Ketika itu, dia sedang dibawa anggota polis di bangunan Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dia ditahan, kelmarin.

Pelakon terbabit dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, pegawai penyiasat polis meminta pelokon terbabit direman kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan.

"(Dia) bersama tiga lelaki dan dua wanita telah ditahan dalam rumah salah seorang rakannya. Kami difahamkan dia ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Tetapi daripada apa yang dimaklumkan sendiri (pelakon itu), dia ke situ adalah untuk menguruskan satu dokumen pinjaman. Dokumen terbabit juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis memberitahu telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan pelakon itu dan rakan-rakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka.

Patutlah Nabila Huda hura-hara, lihat apa kata (Amy Search) bapaknya!!

laniismaa
Nabila_Huda
Nabila_HudaNabila Huda Suhaimi artis yang penuh dengan huru-hara, kontroversi. Pelbagai kontroversi yang ditunjukkan dan diciptakan untuk mencari publisiti. Lepas satu satu menjelma. Apa yang dicari sebenarnya, entahlah tetapi dia seronok dengan dunianya. Terbaru dia muat naik video dia merokok di Youtube untuk menunjukkan kehebatannya. I’m a SMOKER!!!

Kita lihat pula apa kata bapanya Amy Search yang pernah berhajat membina sekolah pondok tetapi tak kesampaian tentang Nabila Huda.
“Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri.

“Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya.

“Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya,”kata Amy Search. – Murai.com
Itulah kata-kata seorang bapa dalam mentarbiah seorang anak. Siapa pula kita nak menyibuk sangat kan… untuk ambil tahu bolehlah!! - Lagi.MY

Patutlah Sultan Johor marah, macam ni rupanya 'RIV' untuk Kor Gerak Khas

Blog darisungaiderhaka.blogspot.com

Tentu ramai yang masih ingat lagi diawal September 2012 yang lalu, baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim telah melahirkan rasa dukacitanya kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.


Dalam masa yang sama, Baginda Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas mempersoalkan perbezaan harga yang ketara antara Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dimiliki baginda dengan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas.

Harga bagi sebuah RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor kepada GGK adalah RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Kementerian Pertahanan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu berkata..

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya lagi dalam satu majlis.

Tak tahulah hasil siasatnya dah sampai kemana.. mungkin Menteri Pertahanan yang baru pula akan menyambung siasatan itu..

Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa bentuk Rapid Intervention Vehicle yang akan digunakan oleh Group Gerak Khas itu..

Melihatkan pada harganya yang jauh berbeza itu tentu ramai yang menganggap spesikasinya sememangnya hebat dan akan membanggakan setiap rakyat Malaysia.

Bagaimanapun kenderaan tersebut telah dipamirkan kepada wakil-wakil media baru-baru ini sempena program Hari Kementerian Pertahanan Bersama Media, di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Kem Sungai Udang.

Program itu dihadiri 87 wakil media, termasuk 17 wanita, bertujuan memperkukuh kerjasama kementerian itu dengan media bagi meningkatkan pengetahuan anggota masyarakat terhadap fungsi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain diberikan penjelasan mengenai PULPAK yang melahirkan anggota Grup Gerak Khas (GGK) atau komando yang berfungsi sebagai anggota elit Tentera Darat Malaysia (TDM), wakil media turut diberi peluang menjalani latihan menembak.

Aku yakin ramai yang tidak akan mempertikaikannya jika kenderaan yang akan diguna oleh Grup Gerak Khas seperti gambar di bawah..
Tapi.. ianya bukanlah HumVee macam gambar di atas tu..

Malah wartawan yang melihatnya sendiri mempersoalkan harganya "If the RIV was purchased for 500K something must be very wrong as a cursory inspection showed it had not been modified in any way apart from the mounting for the removable assault ramp and ladder. Its not armoured, not fitted with a radio and the suspension had not been beefed up."

Oleh kerana aku malu nak copy n paste disini gambar RIV itu.. korang saksikan gambar RIV berharga RM690,000 milik Grup Gerak Khas itu di (SINI)

Patutlah Sultan Johor marah, macam ni rupanya 'RIV' untuk Kor Gerak Khas yang berharga RM690,000 tu.

Jangan Sampai Jadi Berok Tangkap Belalang

Muhammad Sanusi Md Nor
Ustaz Azizan: Dulu-dulu aku rajin sebut cerita pasai berok tangkap belalang, hang besa dengaq?

Aku: Besa Ustaz. Psikologi berok pun besa dengaq. Lama dah Ustaz tak sebut. Dok sebut berok naik nyoq banyak la ni.

Ustaz Azizan: Orang la ni banyak yang perangai depa jadi macam berok tangkap belalang. Depa pun desak kita kot tu, kot ni suruh kita jadi perangai tu.

Masa musim panaih, belalang banyak, macam-macam jenih. Belalang kunyit, belalang kecong, belalang lemak, belalang hantu, ada kecik ada besaq. Mola dia stan ambik sekoq, pepak-pepak kena belalang lemak. Stan lagi sekoq, belalang kunyit, stan lagi. Eh! Nampak belalang koi banyak, koi sedap, koi senang dapat.

Stan-stan tak pepak dah, taruh celah pipi kanan dulu, stan lagi sekoq taruh celah pipi kiri, lima enam ekoq penuh dalam mulut. Kembong pipi pipi. Tangkap lagi boh celah jari kaki, mola kaki kiri pastu kaki kanan, boh celah pelipat lutut kedua-dua belah.

Belalang koi dok mai, macam-macam jenih, hat tu nak hat ni nak, tangkap lagi kapit celah ketiak kiri , ada lagi dok mai boh ketiak kanan pulak. Buleh dua tiga ekoq lagi genggam dalam tapak tangan. Kapit rapat takut telepaih! Tak leh pi mana dah laaaa.

Nak angkat tangan sua masuk mulut, takut hat celah ketiak telepaih. Nak buka mulut nak mula pepak hat di pipi kanan, pun tak leh dah... takut telepaih hat di pipi kiri.

Lama-lama pikiaq tak sudah... belalang banyak, tapi tak leh makan, koi dok keraih merekot tengah padang.

Kerja kita lagu tu lah. Kena buat hat mana perlu dulu, ukuq betoi betoi. lepas selesai satu, selesai satu lagi. Jangan sampai nak buat semua, sampai tak leh buat apa dah. Orang la ni ni pun kena faham, lain orang lain dia pikiaq, jangan suruh kita buat semua hat depa nak, sampai jadi berok tangkap belalang!

Ini adalah analogi Ustaz Azizan yang menggambarkan sikap sesetengah manusia yang gelojoh dan tamak. Cerita ini jugak adalah gambaran sikap sesetengah manusia yang hendak mencapai semua perkara dalam masa yang sama, tanpa mengukur keupayaan sebenar dirinya. Ia jugak adalah tempelak kepada desakan dan kehendak pelbagai kelompok dengan kepentingan dan cara berfikir masing-masing, yang mendesak kepentingan dan pendapat mereka dilaksanakan, melampaui keupayaan dan keperluan sebenar.

Dakwat kekal boleh dimakan, hingga menjilat jari

PETALING JAYA: Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa bahan pewarna makanan digunakan bagi menggantikan bahan kimia dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, ia menjadi bahan ketawa. 
Ini membuat Ahli Parlimen Bagan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam twitternya secara berjenaka menulis, dakwat kekal kini boleh dimakan. 

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau membuat pendedahan ini pada sidang Dewan Rakyat semalam dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dan Anthony Loke (DAP-Seremban). 

Beliau menjelaskan bahawa tarikh luput untuk dakwat kekal ialah empat bulan dari tarikh pengeluaran. Tidak ada bahan kimia digunakan dalam dakwat itu dan “kami menggantikannya dengan bahan pewarna dalam makanan yang dibenarkan.” 

Sementara itu, Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian. 

“Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. 

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada sebuah syarikat Singapura. 
Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana, malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut. --freemalaysiatoday-

Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker

Muhammad Faeez Azahar
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon.

Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh.

Zambry (Pangkor) mencadangkan Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S Devamany sebagai speaker manakala Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong) mencalonkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

S Devawany secara rasmi dilantik menjadi speaker apabila memperoleh 31 undi berbading V Sivakumar yang hanya mendapat 28 undi selepas proses pengundian dijalankan oleh Setiausaha dewan dengan disaksikan oleh wakil oleh kedua-dua belah pihak.

Adun Bota, Nasaruddin Hashim dilantik sebagai Timbalan Speaker apabila mendapat 31 undi mengalahkan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari yang hanya memperoleh 28 undi.

Selepas selesai melantik speaker dan timbalannya, semua Adun mengangkat sumpah secara serentak bertiga-tiga untuk menjimatkan masa.

Gempar! Hakim Mahkamah Tinggi kes Kugan letak jawatan

http://omakkau.blogspot.com
GEMPAR!!!!HAKIM MAHKAMAH TINGGI YANG MENDAPATI KETUA POLIS NEGARA BERTANGGUNG JAWAB ATAS KEMATIAN A.KUGAN SEMASA DALAM TAHANAN POLIS, MELETAKKAN JAWATAN SECARA MENGEJUT!!!!

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, 65, telah menyerahkan surat peletakan jawatan suatu keputusan yang mewujudkan gelombang kejutan dalam kelompok profesyen pengamal undang-undang.

Ianya datang dua hari selepas beliau menyampaikan penghakiman menyabitkan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa menjadi Ketua Polis Negeri Selangor atas kematian tahanan A. Kugan tiga tahun lalu.

Singham, sarjana muda, adalah hakim Mahkamah Tinggi yang paling kanan. Dia adalah seorang pengamal undang-undang atau peguam sebelum dilantik Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2003.

Beliau telah berkhidmat di beberapa Mahkamah Tinggi Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan terakhir Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tu dia padan muka: KUIN Dan Masalah Gaji Staff

Myba Sidamimisri

Saya ada seorang kawan STAFF INSANIAH mai dok cerita "bila PR Kedah jatuh, pakat melompat seronok sebahagian STAFF termasuk pengawal pintu pagar masuk... bila gaji tak masuk sampai setengah bulan yg kedua PAKAT SENYAP habis takut kena perli.. nak buat DEMO tak mungkin sebab DEMO dulu share dgn PUAK UMNO "

saya pun jawab "yg cerdik PUAK UMNOO juga kat Insaniah sbb depa tak sanggup share dgn puak PAS utk memalukan MENTERI BESAR mereka yg tak pandai menghargai bahkan BAKAL sanggup melelong PERKAMPUNGAN INSANIAH..

.peguam-peguam dulu takda ke nak beri khidmat..

apapun KITA belajarlah dari kesilapan.. tengok sama org tepi bila kita bermasalah.. depa dok tunggu ja nak boh... asal masalah secupak depa akan share sesama mereka jadi segantang..

balik baring letak tangan ataih dahi dan pikiaqq sat.. betoii dak..

dah hang mai cerita, saya luahlah sikit dan kalu tak betoi saya minta maaf "...dia senyappp, apa pun dia tak kata cuma angguk saja

Apa jadi sekiranya jumlah Adun Terengganu seri?

Apa jadi sekiranya jumlah Adun Terengganu seri?
Dr A Rahman bertemu penduduk di Pulau Perhentian pada kempen PRU13 yang lalu.
SHAH ALAM - Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail.

Bagi seluruh Terengganu, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR menang 15 kerusi. Kini, kedudukannya ialah 16 bagi BN, cuma satu di atas PR.

Apabila pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi Dun Kuala Besut, kedudukan BN, jika ia menang, adalah masih 17 dan PR 15. Tetapi jika PR merampas Kuala Besut, kedudukannya ialah 16-16.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan.

Berdasarkan Perlembagaan negeri, bagindalah yang akan menentukan wakil BN atau PR akan dilantik sebagai menteri besar.

“Kalau berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat.

Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu.

“Memandangkan pilihan raya umum baru sahaja berlangsung, dan melihat kepada majoriti lebih 2,400 yang dimenangi BN, saya rasa BN akan kekal.

“Tapi jika berlaku perubahan undi, sesuatu akan berlaku di Terengganu. Kejadian seperti ini tidak pernah terjadi (di negara ini),” katanya.

Peguam negara sepatut mendakwa Zahid Hamidi atas tuduhan menyerang dan cubaan membunuh

Hafiz Yatim

MP Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa peguam negara mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhan menyerang dan cubaan membunuh anak guamnya, ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam satu kejadian pada 2006.D

Karpal berkata, tiada tempoh masa ditetapkan untuk peguam negara menjalankan pendakwaan itu.

NONE
"Jika anda melihat keadaan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan laporan polis yang dibuat ke atas Zahid, orang akan tertanya-tanya mengapa tiada pendakwaan dijalankan.


"Ini menunjukkan sifat semulajadi di negara ini (tidak mengambil tindakan),” katanya.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo pula menuntut penggantungan jawatan Zahid sebagai menteri sebelum saman tersebut didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang dijadualkan diadakan pada Ogos.

“Saya juga akan membangkitkan perkara ini di Parlimen,” katanya.

Cabul pelakon: Pengarah drama serah diri

Wooi Kooi Cheang
Wooi Kooi Cheang
TAMPIN - Seorang pengarah drama tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini semalam.

Pengarah berusia sekitar 60-an itu hadir di IPD Tampin kira-kira 10.30 pagi bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan seorang pelakon wanita baru yang dilaporkan berlaku di sebuah rumah rehat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

"Setakat ini polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan insiden seorang pelakon berusia 22 tahun mendakwa jadi mangsa cabul pengarah drama berkenaan.

Kejadian itu didakwa berlaku antara Januari dan Februari lalu semasa mereka jalani penggambaran drama 13 episod di bawah arahan pengarah dan juga penulis skrip itu di Air Mawang, Kuala Pilah.

Berikutan itu, pelakon terbabit membuat laporan di Balai Polis Tampin, 19 Jun lalu dan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang.

(Video) Kes Kugan: KPN, Khalid Abu Bakar bersalah kerana cuba menutup "pembunuhan", penyelewengan jawatan awam



Ibu kepada Kugan Ananthan, seorang suspek berumur 22 tahun yang dijumpai mati di dalam tahanan, berjaya memenangi kes samannya terhadap Kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

Semasa menyampaikan penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, VT Singham telah menyelar KPN Khalid kerana lalai untuk memastikan keselamatan suspek di bawah jagaannya. Khalid juga didapati bersalah kerana cubaannya untuk menyembunyikan punca kematian Kugan dan penyelewengan kuasa sebagai seorang penjawat awam.
KES KUGAN: KPN bersalah kerana cuba menutup
Pada masa yang sama, Singham juga telah memuji N Surendran, seorang peguam hak asasi manusia yang telah bertungkus lumus untuk memastikan Kugan mendapat bedah siasat yang kedua.

Ibu Kugan N. Indra dianugerahkan pampasan ganti-rugi sebanyak RM 801,000 dengan tambahan bunga faedah sebanyak 5% dari masa kes itu difailkan.

S. Jayatha, seorang aktivis hak asasi manusia berkata, "Jumlah yang bakal diterima mungkin menjejak RM 1 juta jikalau ditambah dengan bunga faedah. Ini tentu akan membantu keluarga yang ditinggalkan Kugan namun malangnya ia tidak akan kembalikan Kugan."

Ibu Kugan ketika berjumpa dengan Malaysia Chronicle cuma sempat mengucap sambil diiringi air mata, "Ya, itu anak saya."

"Kami berasa lega yang mahkamah akhirnya memperakui bahawa Kugan sememangnya dianiayai. Namun kami masih tidak selesa kerana berlakunya banyak kes yang sedemikian rupa. Kenapakah pihak polis sanggup berbuat begitu?" tanya seorang lagi ahli keluarga Kugan kepada Malaysia Chronicle.
- Malaysia Chronicle-

Najib guna ‘nama palsu’ Jingga 13 buat laporan polis

Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana membuat afidavit palsu kes Liwat II yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 dan 23 September 2011.

Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam laporan berkata, Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan secara bersumpah memberikan nama penuh beliau sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.

Manakala isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga yang nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.

Kenyataan bersumpah itu dilakukan Najib dan Rosmah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia Abdul Karem Hassan.

Bagaimanapun menurut Fariz semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.

Sekaligus menjadikannya bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Liwat II.

“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui perkara ini sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar Najib akan berlaku,” katanya.

Laporan polis dikemukakan Fariz di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini tengahari tadi.

Beliau dalam laporan turut merujuk kepada dua artikel bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang disiarkan FMT “Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib” yang disiarkan pada 17 Jun lalu dan “Pencalonan Najib dalam PRU13 ditolak?” pada 15 April lalu.

Mat Zain dalam artikelnya berkata kes sama pernah terjadi dalam sejarah undang-undang Malaysia apabila seorang wanita Sharma Kumari Shukla dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah membuat dua afidavit palsu berkaitan dengan nama penuh beliau.

Sehubungan itu, Fariz menggesa polis menyiasat Najib kerana dikatakan telah membuat afidavit palsu dalam perbicaraan kes liwat dan dengan menggunakan nama berlainan semasa mengisi borang pencalonan PRU13.

Beliau juga menggesa polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana cuba bersubahat dengan Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai percanggahan nama terbabit, di luar pengetahuan calon lawan dan pengundi kawasan Pekan.

“Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu,” tegasnya.

Syed Hamid Nak Tembak Ghani Atau Najib?

Shabudin Husin
Dengan tidak semena-mena, malah dari celahan kabus jerebu, tiba-tiba Syed Hamid Albar bersuara mengenai tindakan bekas MB Johor, Ghani Othman yang bertanding dan kalah di Gelang Patah melawan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang yang disifatkannya telah memalukan UMNO Johor.

Menurut bekas menteri itu, sepatutnya biar orang lain saja yang bertanding di Gelang Patah itu kerana kekalahan Ghani itu telah menyebabkan UMNO Johor ditimpa malunya.

Tindakan Syed Hamid menyerang Ghani secara tiba-tiba ini menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Kenapa setelah Ghani kalah baru beliau bersuara sedangkan sebelum pilihanraya dulu, suaranya hilang entah ke mana? Sebagai salah seorang pemimpin UMNO Johor, sepatutnya beliau bersuara mengenai perkara ini sebelum pemilihan calon dulu lagi dan bukannya sekarang?

Selain itu, sebagai seorang bekas menteri dan Ahli MT UMNO, Syed Hamid juga sepatutnya tahu bahawa pemilihan calon di peringkat Parlimen bukannya diputuskan oleh Ghani secara individu tetapi kata akhirnya ditangan Najib selaku Pengerusi BN.

Walaupun Syed Hamid adalah anak singa UMNO iaitu Syed Jaafar Albar yang terkenal kerana garang dan tegasnya sebagai pemimpin tetapi dalam UMNO sepanjang menjadi pemimpin dan menteri, Syed Hamid hampir tidak mewarisi semangat bapanya. Beliau, malah lebih dikenali sebagai singa jinak dalam UMNO kerana sifatnya yang mudah akur dan mengalah.

Tetapi bila tiba-tiba suaranya kedengaran nyaring setelah pencen ini, pelbagai persoalan dan tanda-tanya timbul.

Dalam soal Ghani bertanding di Gelang Patah, sebelum pilihanraya lagi sudah kedengaran suara-suara simpati terhadap bekas MB Johor itu berikutan pemilihannya oleh pucuk pimpinan sebagai calon BN untuk menentang Lim Kit Siang di Gelang Patah. Ini kerana walaupun kerusi itu dimenangi oleh calon BN dari MCA pada pilihanraya 2008 tetapi memandangkan arus penolakan pengundi Cina yang begitu kuat terhadap BN, ramai yang menjangkakan Ghani akan kecundang.

Namun dikhabarkan pucuk pimpinan berfikiran lain. Mereka merasakan dengan kedudukan Ghani sebagai MB Johor ketika itu, beliau dilihat mampu mengalahkan Lim Kit Siang dan seterusnya menjatuhkan moral politik DAP serta PR yang ketika itu begitu bersemangat mahu menawan Putrajaya.

Ghani pula, jika beliau boleh memilih, sudah tentu beliau mahu terus kekal bertanding di peringkat DUN dan kekal sebagai MB Johor. Atau kalau mahu dipindahkan juga bertanding di Parlimen, tentulah pilihannya adalah di Ledang di mana beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian di situ sejak dulu lagi. Lagi pula beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Ledang sebelum ini.

Mustahil sebenarnya Ghani secara sukarela menawarkan diri bertanding bukan di kawasan di mana politiknya bertapak kerana tindakan itu hanya umpama menempah maut saja, lebih-lebih lagi jika lawannya ialah tokoh seperti Lim Kit Siang.

Jika beliau bertanding di Ledang di mana beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian dan mengenali semua pengundinya, daripada pengemis sehinggalah kaki pukul, sudah tentu memperolehi kemenangan menjadi lebih mudah jadinya.

Dalam hal ini, tidak diragukan lagi sebenarnya tindakan Ghani bertanding di Gelang Patah adalah pengorbanannyan untuk memastikan kelestarian UMNO dan BN di Johor, selain memperlihatkan sifat akurnya terhadap kehendak pucuk pimpinan, terutamanya Najib.

Walaupun pengorbanan Ghani itu sudah dibalas dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Sime Darby, tetapi menyalahkan beliau seorang diri atas keputusan bertanding di Gelang Patah dan kemudiannya kalah, adalah suatu tindakan yang tidak masuk akal.

Kesalahan sepatutnya ditujukan kepada Najib selaku Pengerusi BN yang memutuskan Ghani sebagai calon di situ. Jika keputusan meletakkan Ghani di Gelang Patah itu sebagai suatu kesilapan yang akhirnya memalukan UMNO Johor, kesilapan itu seharusnya dipikul oleh Najib yang tidak bijaksana dalam menilai percaturan berdasarkan suasana politik semasa ketika itu.

Jadi, tembakan Syed Hamid terhadap orang yang memalukan UMNO Johor ini sebenarnya ditujukan kepapada siapa? Ghani Othman atau Najib Razak? Apakah tembakan itu ada kena-mengena dengan pemilihan UMNO hujung tahun ini?