Wanita ini berang apabila rahsianya melakukan seks dengan kucing diketahui orang

Lakukan seks dengan kucingDisebabkan berasa terancam, seorang wanita mengugut untuk menikam jirannya kerana menyangka lelaki warga emas itu membocorkan rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing.
Menurut media, Kristina Michelle Brown, 23, dituduh menyerang Elmer Morrison, 72, menggunakan sebilah pisau.

Ketika disoal siasat polis, Kristina berkata, dia berang apabila rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing diketahui ramai. Morrison pula mendakwa, Kristina berdiri di tepi pagar yang memisahkan rumah mereka sambil menjerit meminta dia keluar. Kata Morrison, Kristina ketika itu memegang sebilah pisau dan bertanya: “Adakah anda mahu mati?” Kristina dari Oklahoma City berkata, dia sangat berang apabila Morrison membongkar rahsianya kepada orang lain di kawasan mereka menetap.

Namun Morrison yang merupakan pesara jurujual menafikan perkara itu.

“Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai aktiviti Kristina dengan kucingnya,” katanya.
-Agensi-

Abby Abadi sudah bernikah (Gambar)

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Abby Abadi
Abby Abadi dan suaminya - Foto Ihsan Instagram Abby Abadi Twitter Abby Abadi
Twitter Abby Abadi
SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

Abby Abadi lelong baju kurung demi Che Long

Abdul Rahim Sabri
Selebriti terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Baju kurung cekak musang hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dijual dalam lelongan di Karnival "Jom Bersama Che Long" anjuran PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.

NONEIa dimenangi pembida yang juga bekas exco Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Alani Abd Kadir dengan nilai RM1,010.

NONEDr Alani pada mulanya bersaing dengan seorang pembida perempuan yang saling menawarkan harga tertinggi bagi mendapatkan baju kurung tersebut.
Akhirnya, Dr Rosli menawarkan harga RM1,010 untuk membolehkan beliau memiliki baju kurung tersebut sekaligus menutup peluang pesaingnya selepas kiraan dibuat.

Pengerusi majlis bagi acara tersebut meminta Dr Rosli naik ke pentas untuk mengambil baju kurung tersebut dan berseloroh berkata:

"Nak beri kepada isteri yang mana, tak tahulah," seloroh pengerusi yang mengundang gelak ketawa kira-kira 500 pengunjung yang hadir.

'Mahu lelong barang lain?'

Kemudiannya, apabila pengerusi bertanya kepada Abby sama ada beliau mahu melelong barang lain termasuk kaca mata hitam yang dipakainya, Abby berkata beliau boleh memberikan tudung ungu yang dipakainya.

NONEMajlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70.

Tudung itu (kiri) akhirnya dibeli dengan harga RM100 oleh salah seorang jentera PAS kawasan itu Asri Husin.

Sebelum itu, Abby menyampaikan ceramah motivasinya kepada pengunjung khususnya Muslimat PAS dan menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamor.

Karnival dua hari itu bermula hari ini. Antara program disusun, khidmat kesihatan, gunting rambut, bertindik, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta ceramah motivasi keluarga bersama penceramah Ustaz Ja dan Abby sendiri.

Abby turut mengambil kesempatan menyampaikan kepada pemenang bayi sihat dan melukis.

Setiap hari, setiap tahun - ayam, ayam, ayam

SM Mohamed Idris
Kenaikan harga ayam di pasaran benar-benar meragut ketenangan rakyat Malaysia.

Dalam masa dua minggu ini, sejak bermulanya bulan Ramadan, isu harga ayam mencanak naik menjadi bualan hangat di kalangan pengguna, peniaga dan penggubal dasar.

Sebelum ini, harga ayam sekitar RM7 sekilogram. Kini, di Pasar Awam Jelutong misalnya, harga ayam melonjak antara RM8 sehingga RM9 sekilogram.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerima lebih daripada 50 aduan daripada pengguna berhubung isu ini.

Menurut laporan media, hubung kait antara pengeluar, orang tengah (pengedar) dan peruncit antara penentu kenaikan harga ayam.

Bagi penternak dan peniaga, mereka menegaskan mereka tiada pilihan dan harus akur kepada harga pasaran, yang sensitif kepada harga makanan ayam, kos pengangkutan dan kos sewa pekerja.

Kurangnya bilangan ayam dalam pasaran mendorong sesetengah peniaga menaikkan harga dengan sesuka hati.

Ia akhirnya memberi kesan dan bebanan kepada pengguna-pengguna Malaysia yang menjadikan ayam sebagai sumber protein utama.

Sehingga hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya memberi usul untuk mengimport ayam dan mencadangakan pengguna boikot pembelian ayam.

Mereka juga berkata akan mengumumkan harga siling ayam pada 1 Ogos 2013 (harga kawalan ayam hanya semasa musim perayaan).

KPDNKK tidak menyatakan dengan jelas punca-punca kenaikan harga ayam yang menyebabkan panik di kalangan pengguna.

Isu kenaikan harga ayam bukanlah isu yang terbit tahun ini sahaja, ia boleh dikatakan sebagai 'upacara' tahunan, berulang-ulang dan sinonim benar dengan musim perayaan.

Kami menggesa pihak KPDNKK mencari penyelesaian yang konsisten dan memberi kesan keuntungan kepada pengguna dan pengeluar.

Harga siling diumumkan 1 Ogos

Seperti tahun-tahun sebelum ini, KPDNKK memperkenalkan Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu dikenali sebagai akta Kawalan Harga 1946).

Di bawah skim ini, beberapa barang keperluan (termasuk ayam) dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu.

Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan berbeza mengikut kawasan dan daerah. Untuk tahun ini, KPDNKK akan mengumumkan tentang harga siling ayam dan barangan lain pada 1 Ogos.

Persoalannya, dengan pengalaman dan isu-isu kenaikan harga barang pada tahun-tahun yang sudah-sudah, adakah KPDNKK tidak merasakan, mengurangkan bebanan pengguna boleh dilakukan dengan menguatkuatkuasakan skim ini sejak awal Ramadan?

Adakah setiap tahun, perdebatan tentang punca kenaikan harga barang dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini hanya akan dibincangkan saat pengguna terbeban dan mula mengadu?

Akta lindungi pengguna

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melarang peniaga membuat keuntungan yang tinggi dan tidak munasabah dalam menjual dan membekalkan barangan.

Jika kesalahan disabitkan, peniaga akan dikenakan tindakan. Selain itu, menteri yang bertanggungjawab perlu menetapkan mekanisme untuk menangani dan isu pencatutan ini.

CAP ingin mendapatkan kepastian KPDNKK sama ada mekanisme untuk menyelesaikan isu ini telah disediakan atau tidak?

Jika sudah, tidak perlu untuk KPDNKK untuk menanti sehingga 1 Ogos untuk membuat penguatkuasaan.

Jika belum, pihak yang berkenaan patut memberi justifikasi mengapa masih belum ditetapkan mekanisme? Adakah isu kenaikan harga barang ini merupakan isu yang remeh?

Kami juga sedar tentang peranan Pengawal Harga seperti termaktub dalam Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011:

"Pengawal boleh, dengan kelulusan menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam warta, menentukan harga maksimum, minimum atau tetap bagi pembuatan, pengeluaran, pemborongan atau peruncitan".

CAP yakin mekanisme yang dirangka oleh pihak KPDNKK pasti berjalan lancar dengan bantuan daripada Pengawal Harga.

Peranan Pengawal Harga ini pasti lebih berkesan jika mereka ditempatkan di setiap daerah dan setiap cawangan KPDNKK diberi autonomi dan kuasa untuk menjalankan operasi dan penguatkuasaan di peringakat lokal.

Selain itu, KPDNKK perlu menggiatkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) terutamanya dalam menangani isu-isu kekurangan bekalan barangan dan kenaikan harga barangan menjelang musim perayaan.

MOA telah memberi alternatif dengan menggesa pengguna untuk membeli barangan di Pasar Tani (FAMA).

Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Tahniah kami ucapkan kerana memperkenalkan ‘Program Jimat Belanja Dapur'.

Kami percaya, jika kedua-dua kementerian ini sedari awal bekerjasama dan memberi maklumat kepada pengguna, pengguna tidak akan panik dengan isu kekurangan dan kenaikan harga ayam.

Apa selain ayam?

Mengapa ayam menjadi pilihan utama rakyat Malaysia? Pada masa dahulu, sebelum tahun 1970-an, daging ayam agak mahal sehinggakan dalam sesebuah keluarga, hanya makan ayam satu minggu atau sebulan sekali.

Ada juga yang kurang mampu hanya makan ayam pada musim perayaan.

Kini, ayam merupakan sumber protein yang murah jika dibandingkan dengan ikan, daging lembu, kambing dan sebagainya. Ayam juga sangat inklusif, kerana boleh dinikmati oleh semua kaum di Malaysia.

Seperti yang kami nyatakan di awal rencana ini, reaksi masyarakat menunjukkan kegusaran dan ketidakmampuan mereka dalam menghadapi kenaikan harga ayam secara mendadak.

Pengguna perlu diberi lebih banyak alternatif untuk memilih makanan.

Pada masa ini, keputusan yang dibuat oleh pengguna adalah berdasarkan, apa yang ditawarkan oleh pasaran , bajet mereka, harga produk pengganti dan alternatif yang ada.

Masyarakat perlu digalakkan untuk menjalankan penternakan dalam skala yang kecil, dan kerajaan perlu memberi bantuan daripada segi modal permulaan, milikan tanah, pendidikan dan latihan.

Selain itu, kerajaan perlu memikirkan semula tentang memperkasakan sektor perikanan kerana harga ikan dan sumber laut yang mahal turut memberi kesan kepada pilihan pengguna dalam memilih sumber protein selain ayam.

Isu kenaikan harga ayam dan kekurangan bekalan ayam hanyalah satu cebisan daripada isu yang lebih besar - pengurusan sumber makanan di Malaysia.

SM MOHAMED IDRIS presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sah umno gilababi: Tok Guru Nik Aziz dilarang solat di Masjid TUDM

Aslani M

BESUT: Hasrat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian.

Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.

Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.

Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi ceramah di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid tersebut biar pun pada ada persetujuan diberi.

Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak diadakan majlis berbuka puasa setiap hari sehingga sekarang.

Mereka juga melahirkan rasa hairan sedangkan sebelum ini tidak pernah diadakan majlis berbuka secara besar-besaran setiap hari di kem berkenaan, yang turut terbuka kepada penduduk tempatan.

Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM.

Ini leader Red bean Army? Macam ni punya cun gua pun nak join da club

Blog Gendang Perang

Inilah gadis manis yang selama ini mengaku dirinya sebagai leader Red Bean Army. Beliau telah turut sama menghadiri program santai blogger dan facebockers pro PR semalam.

Apa lagi, yang sebok-sebok nak siasat Red Bean Army tu sila la pergi ke laman FB minah cun ni. Id FB nya ialah Wong Mei Chew.


Pergilah tengok kot-kot ada unsur-unsur yang boleh diguna pakai untuk mengaitkan DAP dengan Red Bean Army.

Gua sendiri kompius budak ni melayu ke cina. Rupa memang macam cina 100%. Tapi dalam Fbnya semua tulisan diaberbahasa melayu (bahasa pasar)

Setelah menmbaca FBnya kita akan sedar bahawa gadis ini hanyalah berkias. Mempersenda tuduhan kewujudan Red Bean Army.
Sumber: wasukalu.com

Bagaimana sebuah dewan orang ramai ditukar jadi sebuah hotel dan kini dimiliki oleh orang kuat Umno berhampiran jeti Kuala Besut?

Harakahdaily

BESUT: PAS menuntut penjelasan kerajaan BN Terengganu berhubung sebuah hotel berhampiran jeti Kuala Besut yang didakwa dibina dari sebuah dewan orang ramai yang telah diubah suai.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau juga mendapat maklumat bahawa hotel tersebut dimiliki oleh orang kuat Umno bahagian Besut.

"Lapan tahun lalu ianya adalah sebuah dewan orang ramai di bawah Majlis Daerah Besut.

"Sekarang ianya menjadi Hotel Samudera yang didakwa dimiliki oleh orang kuat Umno Besut," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Kg. Baharu di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK ini berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said perlu tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat wajar tahu kenapa dalam isu tanah dan projek ini, pemimpin BN diberi keutamaan sedangkan rakyat terbanyak terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan malah dinafikan.

"Menteri Besar Terengganu ini seorang yang telus, jadi kita minta dia boleh menamakan pemilik hotel tersebut," kata Husam lagi.

Husam berkata, beliau memuji sikap telus Ahmad khususnya yang telah membuat pengesahan dalam isu penganugerahan tanah kepada empat wakil rakyat di Besut termasuk Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, apa yang pelik, menteri besar sendiri terpaksa campur tangan dalam isu tersebut sedangkan wakil rakyat termasuk Idris Jusoh masih berdiam diri.

"Pada saya isu tanah ini sengaja dibocorkan. Bila PAS tembak, MB ambil kesempatan buat pengesahan.

"Motif sebenar saya tak tahu lah, tapi sikap MB yang berterus terang itu sangat bagus," katanya.

Kemaluan dipatuk ular

Kemaluan dipatuk ularSeekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.
Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.
“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.

Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.

Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya.
-Agensi-

Doa sebenar berbuka puasa dqan sunnahnya

mahmod
Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda:

Bismillahirrohmanirrohim: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh yakni hilang kekeringan dan telah tetaplah pahala, Insya-Allah.”

(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

Kenapa KJ kait Kuala Besut dengan kedudukan Najib?

Shahbudin Husin

Dalam usaha kempen untuk memastikan kemenangan calon BN di Kuala Besut, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) telah mengaitkan kemungkinan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak akan tergugat jika BN tewas dalam pilihanraya kecil ini.

Menurut beliau, jika BN tewas di Kuala Besut dan kedudukan jumlah kerusi DUN Terengganu menjadi seri serta kemungkinan akan diadakan pilihanraya peringkat negeri, suatu gelombang, gerakan dan goncangan yang akan menggugat kedudukan Najib akan berlaku.

Sehubungan itu, beliau beberapa kali merayu anak-anak muda Kuala Besut agar memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil ini bagi mengelakkan kedudukan Najib ssbagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN daripada tergugat.

Sekali imbas ternampak macam KJ mahu mempertahankan kedudukan Najib apabila beliau menyebut mengenai perkara itu tetapi siapa yang dimaksudkan oleh KJ boleh menggugat kedudukan Perdana Menteri itu?

Selama ini orangramai hanya selalu mengaitkan keputusan pilihanraya Kuala Besut dengan kedudukan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said saja kerana jika PAS menang, kedudukan jumlah kerusi BN dengan PR menjadi seri dan akan membuat Ahmad Said menjadi goyah.

PAS sendiri dalam kempennya menggunakan slogan 16-16 Terengganu Baru iaitu mengenai kemungkinan mereka mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga yakin jika kedudukan menjadi 16-16, kerusi Menteri Besar Terengganu akan menjadi milik mereka.

Dalam kempen-kempen yang lain juga, PAS lebih banyak menyerang pentadbiran kerajaan negeri terutama berkaitan tanah, pembangunan, rasuah dan sebagainya.

PAS sendiri tidak melihat ada kaitan keputusan di Kuala Besut ini dengan kedudukan dan masa depan politik Najib dan menjatuhkan Perdana Menteri melalui Kuala Besut bukanlah matlamat PAS. Matlamat PAS dan PR memenangi Kuala Besut ialah untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar saja.

Jadi, siapa yang dimaksudkan KJ boleh menggugat kedudukan Najib itu?

Kalau dengan kedudukan seri dan kemudian diadakan pilihanraya negeri pula, kalau pun PAS dan PR memenanginya, yang tumbang hanyalah kerajaan negeri dan hilang jawatan pula hanya Ahmad Said.

Dengan jatuhnya negeri Terengganu, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri tidak tergugat sama-sekali kerana kalah di peringkat negeri tidak menjejaskan 133 kerusi BN di Parlimen.

Kalau begitu, siapa yang sebenarnya boleh menggugat Najib seperti yang dimaksudkan KJ?

Mungkinkah dengan kekalahan BN di Kuala Besut dan jika diadakan pilihanraya peringkat negeri dan BN juga kalah kemudiannya, akan berlaku undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen?

Nampak macam tidak logik perkara itu akan berlaku kerana kekalahan di satu kerusi DUN atau kehilangan satu negeri tidak merupakan alasan yang kuat untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib.

Habis, siapa lagi yang boleh menggugat Najib?

Mungkinkah KJ sebenarnya ingin memberitahu bahawa kekalahan BN di Kuala Besut bermakna penolakan terhadap kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO dan ia seharusnya dilanjutkan kepada pemilihan UMNO yang akan diadakan hujung tahun ini. Desas-desus memang sudah lama bertiup bahawa Muhyiddin atau Tengku Razaleigh akan masuk gelanggang untuk mencabar Najib kali ini.

Tetapi menjadi persoalan juga jika KJ mengaitkan kekalahan BN di Kuala Besut dengan pertandingan jawatan Presiden UMNO sedangkan Pemuda UMNO sudah membuat keputusan sebaik saja PRU 13 lalu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan. Kalau sudah bersetuju jawatan Najib tidak ditandingi, apa yang ditakutkan dengan kedudukan Najib akan tergugat?

Atau adakah ini bermakna KJ sudah mengubah keputusan dan bersetuju jawatan Presiden UMNO ditandingi pula? Atau juga ini merupakan signal beliau bahawa sekiranya BN kalah di Kuala Besut, maka bermakna kedudukan Najib wajar menjadi pertimbangan semula 146,500 perwakilan UMNO yang akan mengundi pada kali ini?

Secara logiknya, apabila KJ mengaitkan Kuala Besut dengan kedudukan Najib yang bakal tergugat, ia tentunya lebih menjurus kepada pemilihan UMNO berbanding gugatan daripada PR dan Anwar Ibrahim. Dalam waktu yang terdekat ini juga, bahang pemilihan UMNO lebih memanas sementara ancaman daripada PR dan Anwar sudah kelihatan mulai sejuk.

Anwar dan PR selain menumpukan kepada proses membantah keputusan pilihanraya di mahkamah, mereka juga sudah mulai bergerak untuk memenangi PRU 14 lima tahun akan datang. Maknanya, Anwar bukan lagi ancaman kepada Najib.

Apabila KJ mengatakan kedudukan Najib bakal tergugat, apakah juga bermakna situasi Najib sekarang makin lemah? Apakah kedudukan Muhyiddin yang dikatakan akan mencabar Najib makin kuat dalam pemerhatian KJ?

Kemenangan BN di Kuala Besut mungkin mampu menyelamatkan Najib tetapi harus diingat kemenangan yang sama juga akan melonjakkan nama Muhyiddin kerana beliau merupakan Pengarah pilihanraya dan menghabiskan banyak masanya, bukan saja menemui rakyat, menjadi imam bahkan juga memberi banyak projek pembangunan segera untuk Kuala Besut.

Kuala Besut lebih menaikkan nama Muhyiddin, walaupun kemenangannya menggembirakan Najib dan Ahmad Said.

Dengan KJ secara tiba-tiba mengaitkan Kuala Besut dengan kedudukan dan masa depan Najib sedangkan PAS hanya ingin menumbangkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar, bahang kempen mungkin akan menjadi bersimpang-siur dalam hari-hari terakhir menjelang 24 Julai ini. Kempen untuk calon BN akan menjadi bercampur-campur dengan kempen untuk mempertahan atau menyingkirkan Ahmad Said dan Najib.

Sama ada gelombang kempen untuk menukar kepimpinan Ahmad Said akan bertaut dengan usaha untuk menyingkirkan Najib atau gelombang menolak Najib menjadi lebih kuat akhirnya dan turut meresapi pemikiran pengundi Kuala Besut atau pengundi Kuala Besut tidak terkesan dengan semua permainan itu, kebarangkalian Kuala Besut bakal mencipta pelbagai arus politik untuk UMNO dan negara selepas ini tidak boleh dinafikan begitu saja.

Dan KJ mungkin sedang memerhati semua arus itu dan memikir-mikir arus manakah yang tidak akan menyebabkan hanyut dan kelemasan. 

Kisah Sedih Major HJ Zaidi ..Di Bulan Ramadhan

abuluqman
DIKENAKAN 7 PERTUDUHAN DAN ELAUN TERBANG RM4000 SEBULAN BAKAL DITARIK BALIK

Assalam kepada semua rakan-rakan sekalian. Perkembangan terkini kes saya;

Pada hari Jumaat lepas 12 Jul 2013 saya telah dihadapkan di hadapan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brig Jen Shabre, dan telah dipertuduhkan (didakwa) melakukan 7 kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (AAT 72).

5 pertuduhan pertama adalah bersangkutan Seksyen 50(2) AAT 72 manakala 2 pertuduhan berikutnya adalah bersangkutan dengan Seksyen 51 AAT 72.

Seksyen 50(2) menyatakan "Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan dibawah Akta ini yang, sama ada dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dari pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta: Dengan syarat jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat, ia tidak boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun."

Seksyen 51(1) menyatakan " Tiap-tiap orang yang tertakhluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yang baginya dipakai seksyen ini, iaitu peruntukan yang diketahui atau yang munasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.”

Rakan saya Flight Sarjan Jamal bin Ibrahim pula dikenakan 2 pertuduhan. Beliau akan dibicarakan terus oleh Komander pangkalan dan dijangka akan mengaku salah.

Berkenaan dengan elaun penerbangan RM4000 sebulan pula, perintah sedia ada TUDM menyatakan bahwa mana-mana juruterbang yang didakwa samada di mahkamah awam atau syariah atau dipertuduhkan dibawah AAT 72, elaun akan ditarik balik bermula dari hari beliau di dakwa.

Sekian, buat sementara. Hasbiyallahu wani’qmal wakeel “Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik Pelindung dan Pemberi Rezeki”. Wassalam dari saudaramu yang dizalimi.

Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI

Siapa Mohamed Salleh? Pembekal dakwat kekal

ELIZABETH ZACHARIAH
Pencarian siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali bermula apabila nama itu diumumkan di Parlimen oleh pembangkang sebagai pembekal dakwat kekal kontroversi yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Setakat ini, semakan mendedahkan: beliau adalah ahli perniagaan berumur 47 tahun dan menguruskan syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di Shah Alam.

Tiada respon apabila panggilan telefon dibuat ke pejabatnya petang semalam.Semakan juga mendapati Mohamed Salleh mempunyai 11 saman yang belum dibayar dan kenderaan digunakan untuk kesalahan adalah Porsche Cayenne dan Toyota Alphard.

Ahli perniagaan ini menjadi terkenal dalam sekelip mata semalam apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen beliau adalah pembekal dakwat kekal.

Pengarah Strategi PKR itu juga mendakwa Mohamed Salleh rapat dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tiga minggu lalu Rafizi mencabar SPR untuk mendedahkan pembekal dakwat kekal itu dan jika gagal, beliau berjanji untuk mendedahkannya di Parlimen.

Beliau berkata semalam, penyiasatannya mendedahkan pemberian kontrak untuk bekalan dakwat kekal diberikan kepada syarikat yang pemiliknya tidak mempunyai kemahiran dalam urusan itu.

Syarikat itu juga tidak mempunyai modal untuk pembelian dakwat kekal dan pemiliknya meminta pinjaman daripada seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru sebanyak RM7 juta.

Dakwat itu menjadi kontroversi selepas pengundi mengatakan ia mudah dibasuh dengan menggunakan sabun. Sebelum itu SPR berjanji dakwat itu mampu bertahan selama tujuh hari.

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa oleh kerana dakwat itu gagal, ramai pengundi boleh mengundi lebih dari sekali, menyebabkan berlakunya penipuan. Gabungan pembangkang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan PRU13 dan mahukan pilihan raya semula dengan alasan SPR gagal dalam hal dakwat kekal.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, dakwaan pembekal dakwat mempunyai kaitan dengan kepimpinan tertinggi SPR memerlukan siasatan lanjut.

“Saya terkejut dengan pendedahan ini. Ia menambahkan keraguan kerana mereka sebelum ini enggan mendedahkan nama pembekal,” katanya dan menambah, pendedahan ini menimbulkan lebih banyak keraguan dengan kemampuan SPR untuk menjalankan pilihan raya bersih dan adil.

Katanya, kontroversi terbaru berhubung pembekal dakwat menyebabkan keperluan untuk panel bebas menyiasat isu ini.

Petang semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan mempunyai kaitan dengan Mohamed Salleh dan menyatakan pihak yang menguruskan pembelian dakwat adalah setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Kamarudin Baria.

“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana saya dan timbalan tidak mencampuri urusan urusetia," kata Abdul Aziz merujuk kepada timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Padah muat naik video rompakan – Dihukum Gantung Sampai Mati Depan Khalayak Ramai (Gambar)

http://fuh.my
Padah Muat Naik Video Rompakan - Dua Remaja Dihukum Gantung Sampai Mati Depan Khalayak Ramai Di Tehran
Padah Muat Naik Video Rompakan - Dua Remaja Dihukum Gantung Sampai Mati Depan Khalayak Ramai Di Tehran
Padah Muat Naik Video Rompakan – Dihukum Gantung Depan Khalayak Ramai | TEHERAN – Tindakan berani dua lelaki memuat naik rakaman video mereka menyerang seorang lelaki dengan sebilah parang dan merompak mangsa di sebatang jalan raya dekat sini, ke laman YouTube membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hukuman berkenaan terpaksa dilaksanakan dengan pantas sejurus pegawai diarahkan melakukan siasatan disebabkan kemarahan orang awam yang menonton video itu.
tehran hukum gantung Padah Muat Naik Video Rompakan   Dihukum Gantung Depan Khalayak Ramai (Video)
“Video berkenaan disebarkan awal bulan lalu dan kemudian disiarkan pula oleh sebuah televisyen tempatan,” kata pegawai.

Kedua-duanya, masing-masing berumur 24 tahun dituduh ‘mencetuskan perang terhadap Tuhan’, juga sebagai tindakan serangan kejam secara berkumpulan.

Sementara itu, agensi berita ISNA melaporkan pelaksanaan hukuman terhadap dua lelaki itu disaksikan hampir 300 orang awam di tengah bandar. – AP
hukum gantung depan khalayak ramai Padah Muat Naik Video Rompakan   Dihukum Gantung Depan Khalayak Ramai (Video)
Alireza Mafiha dan Mohammad Ali Sarvari dibiarkan gantung selama 17 minit.
Lihat video rompakan yang telah dimuat naik di YouTube di bawah

Nauzubillah Min Zalik. Semoga kita dijauhkan dari perkara seperti ini

Orang yang memakan buah ini setiap hari tidak akan didekati jin?

http://omakkau.blogspot.com
KURMA ADALAH BUAH YANG PALING BERKHASIAT SEKALI DALAM DUNIA!!!!!!
• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Prestasi Setahun Pemerintahan Mursi yang Tak diketahui Orang Ramai

kamal_hasan
Prestasi Setahun Pemerintahan Mursi yang Tak diketahui Orang Ramai Presenter terkenal Aljazeera Ahmad Manshur menulis tentang prestasi Mursi yang tidak diketahui masyarakat umum setahun pemerintahannya. Mursi telah mengeluarkan Mesir dari pergantungan ekonomi pada Amerika dengan kejayaannya dalam program sara diri gandum sampai 70% selepas menghasilkan gandum dengan kualiti baik dan harga yang murah. Mursi telah mencetuskan projek besar di Terusan Suez untuk memperbaiki kapal-kapal yang masuk Mesir. Hal ini boleh meningkatkan pendapatan Mesir selama sepuluh tahun ke depan dari 3 Milion USD menjadi100 Milion USD pertahun. Hal ini membuat Tel Aviv (Israel) dan Dubai marah. Mursi membuka zon industri, pertama di bawah naungan Qatar dan zon industri kedua di bawah naunganTurki Mursi membuka cawangan syarikat Samsung untuk pengeluaran-bukan pemasaran-yang memberikan jaminan lapangan pekerjaan yang selamat untuk rakyat Mesir. Mursi mengawasi syarikat ipad Mesir dengan keahlian, industri dan spesifikasi Mesir. Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sampai ke kerusi pemerintahan pada masa Mesir telah mempunyai hutang dalam dan luar negera hingga 1.300.000.000.000 Le (satu trilion, tiga ratus bilion pound) yang tidak ada hubungan sama sekali dengan pemerintahan Mursi. Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sebelum ia menjabat telah terjadi penyeludupan kekayaan Mesir? Sebahagiannya dicuri dalam jangka antara pemilihan presiden dan sebelum ia benar-benar dilantik menjadi presiden Mesir? Bagaiamana Mursi boleh memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh kaum liberal selama 60 tahun? Apa yang kalian inginkan dari Mursi yang telah memberikan kebebasan pada bangsa Mesir pada masa pemerintahannya yang kalian tidak mendapatkan kebebasan itu pada masa pemerintahan liberal yang melakukan kerosakan berjamaah .. Penjara-penjara telah kosong yang sebelumnya diisi oleh tahanan hati nurani, penyiksaan dan kezaliman! Lalu siapa yang memimpin kempen pemberontakan atasnya? Siapa yang memimpin gerakan Tamarrud? El Baradei, yang datang atas nama Amerika ke Iraq lalu menghancurkan Iraq hingga menjadi kerajaan bermazhab. Amru Musa, Menteri Luar Negera rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad. Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasi Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan pentas. Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor dan korup dan wang-wang hasil jarahan atas rakyat miskin. Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-campnya. Washington, yang menghentikan aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi memerintah. menteri luar AS mengatakan bahawa demonstrasi yang meluas jika berhenti Mursi mengembalikan peranan perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi. Iran, yang pernah dengan tegas Mursi bercakap tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi'ah. Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme zionis dan gemar sebarkan dusta. Apa yang terjadi di Mesir adalah usaha Tel Aviv untuk mengembalikan Kaherah ke kem-kem binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. Kerana mereka berjalan untuk membina kekuatan ekonomi secara bebas yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari campur tangan Israel.Prestasi Setahun Pemerintahan Mursi yang Tak diketahui Orang Ramai Presenter terkenal Aljazeera Ahmad Manshur menulis tentang prestasi Mursi yang tidak diketahui masyarakat umum setahun pemerintahannya. 
Mursi telah mengeluarkan Mesir dari pergantungan ekonomi pada Amerika dengan kejayaannya dalam program sara diri gandum sampai 70% selepas menghasilkan gandum dengan kualiti baik dan harga yang murah. 

Mursi telah mencetuskan projek besar di Terusan Suez untuk memperbaiki kapal-kapal yang masuk Mesir. Hal ini boleh meningkatkan pendapatan Mesir selama sepuluh tahun ke depan dari 3 Milion USD menjadi 100 Milion USD pertahun. Hal ini membuat Tel Aviv (Israel) dan Dubai marah. 

Mursi membuka zon industri, pertama di bawah naungan Qatar dan zon industri kedua di bawah naungan Turki.

Mursi membuka cawangan syarikat Samsung untuk pengeluaran-bukan pemasaran-yang memberikan jaminan lapangan pekerjaan yang selamat untuk rakyat Mesir. 

Mursi mengawasi syarikat ipad Mesir dengan keahlian, industri dan spesifikasi Mesir. 

Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sampai ke kerusi pemerintahan pada masa Mesir telah mempunyai hutang dalam dan luar negera hingga 1.300.000.000.000 Le (satu trilion, tiga ratus bilion pound) yang tidak ada hubungan sama sekali dengan pemerintahan Mursi. 

Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sebelum ia menjabat telah terjadi penyeludupan kekayaan Mesir? Sebahagiannya dicuri dalam jangka antara pemilihan presiden dan sebelum ia benar-benar dilantik menjadi presiden Mesir? 

Bagaiamana Mursi boleh memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh kaum liberal selama 60 tahun? 

Apa yang kalian inginkan dari Mursi yang telah memberikan kebebasan pada bangsa Mesir pada masa pemerintahannya yang kalian tidak mendapatkan kebebasan itu pada masa pemerintahan liberal yang melakukan kerosakan berjamaah .. Penjara-penjara telah kosong yang sebelumnya diisi oleh tahanan hati nurani, penyiksaan dan kezaliman! 

Lalu siapa yang memimpin kempen pemberontakan atasnya? Siapa yang memimpin gerakan Tamarrud? 

El Baradei, yang datang atas nama Amerika ke Iraq lalu menghancurkan Iraq hingga menjadi kerajaan bermazhab. 

Amru Musa, Menteri Luar Negera rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad. 

Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir. 

Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasi Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan pentas. 

Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor dan korup dan wang-wang hasil jarahan atas rakyat miskin. 

Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-campnya. 

Washington, yang menghentikan aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi memerintah. menteri luar AS mengatakan bahawa demonstrasi yang meluas jika berhenti Mursi mengembalikan peranan perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi. 

Iran, yang pernah dengan tegas Mursi bercakap tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi'ah. 

Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme zionis dan gemar sebarkan dusta. 

Apa yang terjadi di Mesir adalah usaha Tel Aviv untuk mengembalikan Kaherah ke kem-kem binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. Kerana mereka berjalan untuk membina kekuatan ekonomi secara bebas yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari campur tangan Israel.