Pelajar universiti tunjuk perasaan dalam keadaan separuh bogel

SEJUMLAH pelajar universiti yang menyertai tunjuk perasaan di Cali pada Rabu lalu.- REUTERS
CALI, Colombia - Sekumpulan pelajar universiti yang terdiri daripada lelaki dan wanita sanggup menanggalkan baju masing-masing semasa mereka menyertai satu tunjuk perasaan pada Rabu lalu.

Para pelajar wanita itu tanpa segan silu mendedahkan payudara mereka semasa mereka berarak di sebatang jalan raya di Cali dan di Medellin.

Sebahagian wanita yang mendedahkan payudara itu memakai topeng bagi mengelak identiti mereka diketahui.

Terdapat juga pelajar lelaki yang sanggup berbogel dalam tunjuk perasaan itu.

Sejumlah pelajar wanita lagi hanya memakai coli dan seluar dalam.

Para pelajar itu menuntut kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan kepada universiti-universiti tempatan dan menghapuskan kadar faedah ke atas pinjaman pendidikan. - Agensi

Jual anak untuk beli iPhone

SHANGHAI: Satu pasangan muda di China berdepan hukuman jenayah kerana menjual seorang bayi perempuan mereka dan menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah telefon pintar iPhone, lapor media tempatan semalam.

Akhbar Liberation Daily melaporkan, pendakwa raya di sini mengemukakan dakwaan ke atas pasangan tersebut kerana melakukan pemerdagangan manusia.

Pasangan itu menjual anak ketiga mereka menerusi internet untuk dijadikan anak angkat.

Pihak berkuasa mendapati, ibu bayi berkenaan yang tidak didedahkan namanya menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah iPhone, sepasang kasut sukan berjenama mahal dan beberapa barangan lain.

Pasangan muda itu memberitahu polis bahawa mereka berbuat demikian kerana mahu bayi tersebut membesar dalam persekitaran yang lebih baik.

Mereka tidak mampu untuk memelihara zuriat tersebut kerana sudah mempunyai dua orang lagi anak.

"Kami memberikan anak kami bukan kerana untuk mendapatkan keuntungan tetapi untuk memastikan dia mendapat jaminan hidup yang lebih baik," kata seorang daripada pasangan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, kes tersebut menjadi topik perbualan hangat di internet dengan ramai yang mengecam pasangan tersebut.

"Sungguh tidak berperikemanusiaan! Orang seperti ini tidak berhak menjadi ibu-bapa," kata seorang pengguna di sebuah laman blog mikro.

"Ia merupakan satu perniagaan yang bagus, tidak perlukan modal, untungnya besar dan tidak perlu menjual ginjal," kata seorang lagi pengguna internet.

Media tempatan tidak mendedahkan bayaran yang diterima oleh pasangan berkenaan tetapi mereka meminta wang sebanyak 50,000 yuan (RM25,818) dalam iklan yang disiarkan di internet.

Produk Apple amat popular di China.

Pada tahun lalu seorang remaja menjual satu ginjalnya dan menggunakan wang berkenaan untuk membeli sebuah iPhone dan iPad. - AFP

Bagaimana gadis yang meminati muzik pink dan Gothic boleh memeluk Islam

REPUBLIKA.CO.ID, Perkenalan Farieda Amatullah dengan Islam cukup unik. Ia seorang penulis buku. Suatu ketika, ia menulis tentang Timur Tengah. Sebelum itu, ia harus menjalani penyelidikan terlebih dahulu.

"Ini menjadi bahagian yang paling sukar. Ketika menulis buku ini, saya merasa berada di dua kaki. Yakni, dunia Barat dan Islam, " kenang dia seperti dikutip Onislam.net, Jumat ( 18/ 10).

Yang ia ketahui selama penyelidikan, dunia Barat memandang Islam sebagai hal yang jahat, korup dan berbahaya. Padahal tidak benar. Islam itu bermakna penyerahan diri kepada Tuhan. "Saya sangat tersentuh dengan kedalaman dan intensiti spiritual umat Islam, " kata dia.

Secara peralahan apa yang ditelitinya itu mengubah pola pikir Farieda. Muzik pink dan Gothic yang semulai membuatnya tenang tak lagi nikmat didengarkan. Pakaian ketat yang selama ini dipakainya ia ganti dengan gaya berbusana yang lebih sopan.

"Aku mula jatuh cinta kepada Islam, tapi sebahagian hatiku masih marah dengan itu," kata dia.

Suatu hari, ia mengunjungi perpustakaan di Belanda. Ia temukan sebuah rak berisi buku- buku tentang Muslimah. Keras hati ia menolaknya, tapi ingin tahu Farieda membuatnya menyambangi rak buku itu. Ia ambil salah satu buku, ternyata bertuliskan bahasa Arab.

Ia merasa heran dengan penggunaan bahasa Arab itu. Kesan yang ia dapat, umat Islam itu terlalu eksklusif. "Apakah saya tidak dibenarkan menjadi Muslim hanya kerana tidak boleh berbahasa Arab, " tanya dia.

Soalan itu terjawab, apabila ia membaca pelbagai buku. Ia menyedari banyak perkara yang belum diketahui, termasuk soal bahasa Arab dan Islam. Sejak itu, ia merasa tidak enak makan, minum dan kurang tidur. "Aku ingat, aku tidur lalu terbangun dan aku berseru kepada diriku sendiri. Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasul Allah," kenang dia

Namun, kalangan terdekatnya menolak keinginannya menjadi Muslim. Mereka mengatakan Islam merupakan hal yang buruk. Tapi itu tidak menjejaskan keyakinannya itu. Ia pun memutuskan menjadi Muslim.

Reaksi seluruh keluarga agak kaku. Perlahan, kesan positif pun muncul. Meski masih ada soalan dari pihak keluarga. "Saya fikir ini merupakan langkah positif. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana keluarga melihat banyak perubahan yang dialami saya, " kenang dia.

Selepas urusan keluarganya reda, Farieda mulai mendalami pengetahuan tentang Islam. Ia mulai membenahi dirinya guna melaksanakan ajaran Islam. "Ketakutan saya terbesar adalah tidak diterima. Saya tidak dapat mengubah masa lalu, dan saya tidak dapat mengubahnya. Yang boleh saya lakukan adalah menjadi Muslim yang baik dan memberikan kesan positif kepada orang lain," katanya.

Penerbit filem yang pernah menghina Rasulullah ini berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji

Arnold Fandor
Arnold Fandor 
RIYADH - Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira
setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. 
-Bernama

Kalimah Allah: Emosi dan realiti

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ramai minta saya tulis artikel tentang isu nama Allah yang dipanaskan semula dan terus menjadi krisis antara sesetengah pihak Muslim dengan sesetengah pihak Kristian. Saya sebenarnya telah coretkan hal ini pada tahun 2007 masa saya masih memegang jawatan Mufti Negeri Perlis. Di sini saya sentuh sekali lagi.

Hanya di sini

Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w. memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. juga guna nama Allah. Bapa Nabi Muhammad s.a.w. bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad s.a.w. tidak sempat pun bertemu dengan Nabi s.a.w. sebagai RasululLah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah’. Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah’ sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka daripada ajaran Nabi Isa a.s. Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.

Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): ‘segala puji bagi Allah tuhan segala alam’. Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi Allah Tuhan kaum muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.

Kristianisasi

Di Semenanjung Malaysia, dalam kitab agama Sikh, nama Allah disebut. Sementara orang cina yang bukan Muslim di Kelantan terbiasa dengan kalimah ‘inshaa Allah’. Ada lagu negeri-negeri yang terdapat ‘kalimah Allah’ yang dinyanyikan oleh semua rakyat berbilang agama. Logo-logo Polis dan Tentera tertulis ‘Allah’ dan ‘Muhammad’. Logo-logo itu dipakai oleh anggota yang Muslim dan non-muslim.

Namun apabila orang Muslim di Malaysia digembar-gemburkan isu tentang Kristianisasi, maka keadaan resah mula timbul dalam kalangan umat Islam. Kristianisasi sesuatu yang benar-benar wujud. Orang Muslim dalam negara ini bimbang. Maka, apabila timbul edaran pihak Kristian dalam bahasa Melayu yang menyebut Tuhan sebagai Allah yang selama ini dari segi kebiasaan orang Melayu Semenanjung hanya mereka sahaja memakai kalimat ini, maka emosi mereka mula bangkit. Apa tidaknya, mengapakah hanya versi Melayu sahaja yang hendak digunakan ‘perkataan Allah’?! Mengapa tidak edaran gereja yang berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain juga menggunakan Allah?

Provokatif

Kelihatan seolah macam macam ada ‘hidden agenda’ ataupun ‘mala fide’ di situ. Maka ramai yang membantah dan menganggap ada unsur provokasi agama di pihak Kristian, bukan kerana mereka memang ingin memanggil tuhan itu Allah, tetapi sekadar umpan yang hendak digunakan bagi memancing umat Islam yang terbiasa dengan kalimah itu. Maka kelihatan unsur provokatif di situ.

Maka, bantahan untuk orang bukan muslim menggunakan nama Allah dalam edaran bahasa Melayu kelihatan macam mempunyai alasan di sudut keharmonian masyarakat berbilang agama dan ijtihad pentadbiran. Ia bukan berasaskan nas yang jelas melarang secara langsung hal itu, tetapi atas asas pemerintah bertindak demi kepentingan awam.

Jika sekadar itu, maka bolehlah terima pendapat yang melarang. Ia bukan larangan mutlak bahawa bukan-Muslim sama sekali tidak boleh menyebut dan menggunakan nama Allah, tetapi menggunakan nama tersebut dalam bentuk provokasi agama dilarang.

Salah faham

Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga menyatakan bukan Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah. Kononnya nama Allah eksklusif untuk Muslim sahaja. Ada pula yang berfatwa ‘murtad sesiapa yang membenarkan. Pada hal nas asal, dalam al-Quran dan al-Sunnah membenarkan bahkan menggalakkan mereka menggunakannya selagi mana penggunaan itu merujuk kepada Tuhan Yang Sebenar ataupun ‘The Supreme Being’. Banyak ayat al-Quran yang menegaskan hal ini. Firman Allah:(maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Bahkan Nabi s.a.w. ketika mencabar orang-orang Kristian bermubahalah ataupun bersumpah laknat, mereka diminta bersumpah dengan nama Allah, bukan nama Jesus. Firman Allah: maksudnya) “Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Surah Ali ‘Imran 59-61).

Jika Islam larang mereka secara mutlak menyebut Allah, bagaimana mungkin mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah?!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya pula meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w. dengan Quraish Mekah, seperti berikut: “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w.: barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.
Ertinya, Nabi s.a.w membenarkan penggunaan nama Allah seperti yang pihak kafir Quraish minta. Jika itu dilarang, tentu cadangan mereka ditolak!.

Lojik

Kita bayangkan jika mereka langsung tidak boleh panggil Allah, bagaimana dengan Kristian Arab jika datang ke Malaysia? Apakah mereka terpaksa menahan diri dari menyebut masya Allah dengan diganti ‘masyaa God’.
Jika bukan Muslim bertanya siapakah tuhan saya yang sebenar. Muslim hendaklah menjawab Allah. Dia tidak boleh berkata ‘tuhan awak lain dan tuhan saya lain. Awak tidak boleh menyebut nama tuhan saya’. Jika dia berkata demikian, maka dia syirik.

Maka, sepatutnya larangan itu hanya apabila ia dalam bentuk provokasi yang menimbul ketegangan masyarakat. Kenyataan yang menyatakan larangan itu mutlak adalah tidak berasaskan ajaran Islam. Apatah lagi kenyataan yang memurtad sesiapa yang mengizinkan seakan memurtadkan Nabi s.a.w., dan umat Islam di seluruh dunia.

Maka, kita Muslim hendaklah mengendali isu dan mengetahui hubung kait sesuatu itu sebelum hendak dibangkit sentiment agama mengenainya. Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama. Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan. Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitu defensive?! Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.

* Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Besar Perlis.

Bekas menteri belia dan sukan kena tangkap berkait dengan kes rasuah

Jakarta: Agensi antirasuah Indonesia semalam menahan bekas menteri belia dan sukan berkait dengan kes rasuah berjumlah berjuta-juta dolar.

Ia dikatakan antara kes yang akan mengancam Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menjelang pilihan raya tahun depan.
Andi Mallarangeng meletak jawatan Disember tahun lalu selepas dinamakan suspek oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) berkait dengan projek pembinaan sebuah pusat sukan.

Suruhanjaya itu menuduh Andi menyalahgunakan kuasanya dalam menguruskan projek itu yang bernilai lebih Rp1 trilion (RM282 juta), menurut agensi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat KPK selepas disoal siasat selama lebih enam jam, Andi mengesahkan dia ditahan secara rasmi.

“Saya menerimanya supaya kes ini dapat diselesaikan segera.

“ Saya mengharapkan perbicaraan yang adil akan dimulakan secepat mungkin supaya kebenaran akan terserlah dan mereka yang bersalah dan yang tidak bersalah akan terdedah,” kata Andi yang turut mendakwa dia tidak bersalah dalam skandal itu.

Dia menjadi menteri pertama meletak jawatan berkait dengan tuduhan rasuah sejak KPK mula beroperasi pada 2003 dengan mandat untuk memerangi rasuah.

Jurucakap KPK Johan Budi mengesahkan penahanan Andi dengan berkata kes itu masih disiasat dan KPK akan menyoal beberapa saksi serta suspek (Andi).

Kes itu adalah antara beberapa kes rasuah yang melanda Parti Demokrat.

Susilo berikrar untuk membersihkan rasuah di Indonesia ketika berkempen dalam pilihan raya lalu.

Pengerusi parti berkenaan Anas Urbaningrum meletak jawatan Februari lalu selepas dinamakan suspek dalam kes yang sama. Ia menyebabkan perpecahan dalam parti itu dengan sebahagian anggota memilih untuk keluar parti.

Bekas bendahari Parti Demokrat dipenjara pada 2012 selama empat tahun 10 bulan kerana terbabit dalam kes rasuah berasingan. 
-AFP/hmetro

Mengapa saya mengkaji PAS? - Liew Chin Tong

LIEW CHIN TONG
SAYA cuba mengimbas pengalaman bagaimana saya mengenali PAS. Pada tahun 1993, saya menghadiri satu "Kem Perpaduan", bersifat "basuh minda (brainwash)" ala-Biro Tatanegara. Kemudian kami sebagai pelajar sekolah menengah persendirian Cina dari Klang, bersama beberapa orang pelajar India secara kebetulan mengisi "kuota perkauman" untuk satu rombongan lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan.

Apabila disebut lawatan sambil belajar, maka rombongan makan anginlah rupanya.

Pada zaman itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat digambarkan sebagai orang jahat, dengan khabar angin bahawa Cina diharam makan babi di Kelantan, malah Kelantan adalah negeri paling miskin dan kebuluran.

Saya sebagai remaja mendapati realitinya agak berbeza dengan imej yang dipaparkan dalam media, apabila saya memijak di bumi itu sendiri.

Pada tahun 2000, saya bekerja sebagai setiausaha ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Giliran saya pula yang mengaturkan rombongan ke Kelantan dan Terengganu, sebagai salah satu usaha DAP untuk "memperbetulkan" imej PAS yang diputarbelitkan oleh BN di kalangan masyarakat Cina.

Buat pertama kali saya bertemu dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pada masa itulah saya mengenali Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS. Hubungan kami terjalin sehingga ke hari ini, dan beliau kini sudah menerajui Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Pada September 2001, saya berada di Australia untuk melanjutkan pengajian saya.

Tiga peristiwa penting berlaku pada bulan sembilan itu. Rumah yang saya sewa itu tidak memiliki televisyen. Ketika serangan berlaku ke atas bangunan World Trade Centre pada 11 haribulan September 2001 saya sekadar "mendengar" bunyi bangunan kedua dilanggar melalui telefon, dalam satu panggilan daripada kawan Hong Kong saya.

Pada 22 haribulan, saya berada dalam majlis pertunangan sahabat saya di Sydney ketika dimaklumkan DAP menarik diri daripada Barisan Alternatif.

Saya mengeluh dalam hati saya, "Barangkali Malaysia perlu menunggu satu generasi lagi untuk menamatkan hayat rejim BN."

Pada 29 haribulan, Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Dunia Barat diselubungi sentimen anti-Islam selepas serangan 11 September. Sentimen ini bersifat rasis jika dilihat dari satu segi, dan kebanyakan masanya antiintelek.

Kebanyakan wacana cenderung untuk melihat dunia Islam sebagai satu entiti tanpa menghalusi perbezaan dan kepelbagaian dalam dunia agama ini sendiri.

Padahal, kita tidak boleh mengetepikan faktor dari segi struktur ketika memahami bagaimana BN boleh melanjutkan pemerintahannya untuk sekian lama.

Sesungguhnya BN memiliki beberapa senjata iaitu akta yang drakonian pada ketika itu, tetapi kita juga perlu sedar bahawa BN tidak akan bertahan selama-lamanya hanya dengan akta zalim.

Sesetengah mungkin menganggap bahawa prestasi BN masih memuaskan dalam ekonomi, kebajikan penduduk kampung dan sebagainya, namun faktor utamanya, pengundi tidak memiliki alternatif yang sebenar.

Malah taktik Mahathir berpolitik agak licik, dan ada kalanya langsung tidak masuk akal.

Pengumuman bahawa Malaysia sebagai Negara Islam telah menegangkan lagi pertentangan politik Islam. Taktik Mahathir untuk bermain dengan istilah bukan sahaja mengasak, tetapi juga memerangkap PAS dalam kebuntuan.

Persoalan-persoalan di atas yang bermain dalam otak saya ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Kajian Asia dengan Kepujian, di Faculty of Asian Studies, Australia National University (ANU), Canberra.

Saya bersyukur kerana sempat menyempurnakan kajian saya terhadap PAS di bawah bimbingan John Funston, seorang sarjana yang mengkaji PAS dan Umno sejak tahun 1968.

Pengajian saya tertumpu untuk meneliti bagaimana PAS mentafsir konsep negara Islam, melalui dua dokumen yang penting ketika itu, iaitu Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia: Penghayatan Pemerintahan Islam dalam Demokrasi Abad ke-15H/21M dan Dokumen Negara Islam. Kedinamikan perbahasan dalaman memperlihatkan kepelbagaian dalam PAS, lantas menunjukkan bahawa parti yang sedang mengalami perubahan ini, tidak boleh dilihat hanya sebagai satu entiti.

Saya terkagum apabila melihat bagaimana mantan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor berusaha untuk meletakkan PAS sebagai parti 'mainstream' (arus perdana) tatkala gelombang Reformasi mengombak.

Beliau sanggup mencairkan ideologi untuk menjadikan PAS sebagai parti pemerintah di kedudukan pertengahan dalam lanskap politik.

Pemergian beliau pada 23 Jun 2002 satu kehilangan yang besar untuk PAS. Dokumen Negara Islam yang lebih kontroversi telah menjadi pengganti kepada Memorandum yang digagaskan Allahyarham. Barangkali Dokumen digubal dengan niat yang baik, namun beberapa perkara kontroversi yang terkandung di dalamnya telah menjadi punca ketakutan pengundi atas pagar dan bukan Muslim, sehingga PAS tewas dalam PRU11 pada tahun 2004.

Muhasabah PAS terhadap kekalahan pada tahun 2004, membangkitkan semula semangat Ustaz Fadzil.

Beberapa orang pemimpin mula mengambil inisiatif untuk mengarus-perdanakan semula PAS. Penglibatan mereka secara aktif dalam perhimpunan protes kenaikan harga minyak, Bersih dan sebagainya, menyerlahkan peranan PAS dalam politik demokrasi di Malaysia.

Hasil usaha ini dituai apabila tsunami politik mengombak pada 8 Mac 2008. Hasrat dan suara rakyat telah menjalinkan semula hubungan antara PAS, DAP dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

Impian Allahyarham Ustaz Fadzil akhirnya tercapai. PAS kini bukan sahaja berkubukan Pantai Timur Semenanjung, tetapi juga meluaskan pengaruh politiknya ke tengah, bahkan selatan Semenanjung di Johor. Saya mendoakan agar kita tidak menunggu satu lagi generasi untuk menamatkan hayat rejim BN.

--------------

* Liew Chin Tong ialah ahli Parlimen Kluang, merangkap Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP. Beliau boleh dihubungi di e-mel supportlct@liewchintong.co

Perkahwinan Diana Amir hantarannya cuma senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan

 diana amir
Nurdiyana Amir Hashim
PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.

Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.

“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana.

“Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.

Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam.

Ia disusuli denga persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Pelajar makan cicak kerana terlalu lapar - Iskandar

Ahmad Tajdid

SHAH ALAM: Percayakah anda jika diberitahu ada pelajar Melayu di sebuah sekolah rendah di ibu kota Kuala Lumpur terpaksa mencari cicak untuk dimakan semasa waktu rehat kerana terlalu lapar sedangkan beliau tidak dibekalkan wang dan makanan ke sekolah lantaran kesempitan hidup keluarga (gambar hiasan).

"Ketika pelajar lain ke kantin, pelajar malang ini mencari cicak untuk dimakan," kata Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad.

Kisah ini diceritakan Iskandar kepada Harakahdaily tatkala diminta mengulas entri beliau di laman blognya baru-baru ini.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor diwawancara Harakahdaily di pejabatnya, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Menurut Iskandar, menyedari kejadian tersebut, guru di sekolah berkenaan segera memasukkan nama pelajar terbabit dalam senarai Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah.

"Hanya setelah peristiwa itu, barulah guru-guru sekolah tersebut tahu betapa melaratnya keluarga pelajar tersebut. Memang ada keluarga yang hidup susah tetapi tidak mahu meminta-minta," ujarnya.

Sehubungan itu Iskandar menggesa para petugas parti supaya turun ke tengah masyarakat untuk melakukan tinjauan seterusnya mengenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Mereka (aktivis parti) perlu menyedari bahawa mereka bukan sahaja pemimpin parti tetapi juga pemimpin masyarakat," ujarnya.

Sehubungan itu beliau mahu aktivis parti lebih prihatin dengan masalah rakyat setempat dan keluar daripada kepompong surau dan masjid.

Dalam entri di laman blognya baru-baru ini, Iskandar berkata cabaran utama dalam menyampaikan bantuan bukanlah jumlah wang yang diperuntukkan tetapi untuk mencari orang yang benar-benar layak dibantu.

"Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kepada mereka yang tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan.

"Saya juga percaya mereka yang betul-betul layak atau betul-betul melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan untuk datang berjumpa YB, nazir masjid, pengerusi surau, penghulu atau ketua kampung.

"Adalah menjadi tugas kita untuk turun padang cari 'dari pintu ke pintu'," tegasnya.

Beliau menceritakan pengalaman berjumpa sekeluarga yang berbuka puasa dengan nasi dan kicap di kawasan yang diwakilinya.

Sehubungan itu, Iskandar menyeru aktivis parti untuk sentiasa 'turun ke bawah' bagi mengetahui hal kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

Isu Kalimah Allah dan Dr Zakir Naik

Hisham Ahmad
Bukan nak berlagak handal, dan tidak sama sekali kerana mengetahui perkara ghaib (melainkan apa yang disebut dalam al Quran dan al-Sunnah), tetapi Keputusan Mahkamah Rayuan adalah seperti yang telah saya rasa, sangka, jangka dan duga.

Panel Hakim Muslim dan tarikh keputusan yang dipilih pada hari wukuf di Arapah (( 9 Zulhijjah), adalah ‘tanda-tanda signifiken’ bagi golongan yang berfikir (ulul albab).

Takkanlah hakim-hakim yang bijaksana itu ‘tergamak’ mengeluarkan keputusan yang akan menimbulkan amarah ramai umat Islam, apalagi terdapat ramai wakil persatuan orang Islam yang berada di dalam dan diluar bilik mahkamah.

Lainlah, ketika Sadam Hussein digantung … oleh Tentera Kufar Bersekutu (kalau tidak silap) pada hari raya Aidil Adha atau sekitar tarikh penting umat Islam…. dengan mesej batil bagi tujuan penghinaan kepada umat Islam. Sekadar kebetulan? Fikirlah sendiri.

Jangan salaf faham, ini adalah rasa hati dan telahan peribadi atas ilmu dan pengalaman. Kebetulan sahaja sama, agaknya. Tapi bila keputusan dah keluar, ia dah menjadi takdir yang diketahui. Apa-apapun, bacalah alasan-alasan keputusan setiap hakim itu yang akan diberi akses kepada awam.

Buat masa ini, saya tidak mahu turut terbabit untuk berhujah dalam 2 pandangan berbeza ilmuan Islam dalam isu kalimah Allah. Nantilah dulu… Biarlah ilmuan agama yang pakar atau perasan pakar yang berbincang atau ‘berperang’. Tidak mahu nanti, kalau kata - salah difaham, tulisan- salah ditafsirkan, ‘free=free’ kita dituduh murtad, rosak akidah, dosa besar… bla-bla,bla, bla. Dulu apa berlaku terhadap ustaz Zahazan yang dituduh.. ? Kini, perhatikan kenyataan Ex-Mufti Dato Noh Gadot yang kemudiannya mendapat respons daripada Dr Mazlee Malik dan Dr Asri.

Bingung tak orang awam? Taklah, bagi yang tidak peduli. Hanya yang ambil tahu isu ini yang akan merasa bingung. Mana satu betul? Memanglah bagi kita orang awam nak ‘main selamat’ daripada dituduh sebagai ‘rosak akidah’ atau berisiko rosak akidah, lebih baik kita tak payah pening-pening lalat – mari terus bernaung dibawah pendapat ilmuan agama yang mengharamkan orang bukan Islam guna kalimah Allah dalam isu hari ini. Tetapi adakah cara ini cara ulul albab? Sudahkan anda menilai hujah-hujah kedua belah pihak…

Oklah, disini, saya hanya nak kita lihat sedikit sesuatu yang boleh dikaitkan dengan isu Kalimah Allah ini dengan dakwah Dr Zakir Naik ketika menjawab soalan2 yang ditanya oleh orang bukan Islam dalam satu program “Peace convention di Dubai” yang dihadiri puluhan ribu orang dalam dewan dan disaksikan ratusan juta orang, ‘live’ on peace TV channel :-

Dialog 1:

S: Apa tujuan awak buat program perbandingan agama seperti ini? Apa matlamat yang hendak dicapai? Better world? Apa ’logical conclusion’ daripada program ini? Adakah anda mahu menukar semua orang kepada (memasuki) Islam?

ZN : Untuk mencari ‘peace’ , ketenangan, kedamaian melalui penyerahan dan tunduk kepada kehendak dan perintah Tuhan Yang Esa ( submit to the will of one god). Siapa yang dapat kebenaran, siapa yang Allah bagi hidayah dia akan jadi muslim. Kerja saya ialah menyampaikan mesej –pesanan (kebenaran agama). ‘Not to convert all, but to deliver message’. Jika Allah bagi hidayah dia jadi muslim. (Surah al Ghasiyah, 88 – 21-220).

S: Bagaimana boleh dicapai dengan cara ini (perbandingan agama)? Kita dapat ‘peace’ atau tidak?

ZN: apabila seorang merujuk kepada satu agama, seorang lain merujuk kepada agama lain, kita boleh membuat perbandingan, logiknya pasti kita akan dapati satu agama itu lebih baik daripada agama lain atau ada yang paling baik.

S: Kita tidak boleh ‘compare to the end of the world’? Adakah anda ingin semua orang memeluk islam? Hakikatnya sentiasa ada yang tidak setuju dan berlaku perbezaan? Pertentangan?

ZN: We deliver the message, not to the end of the world but to the end of our life and your life.We deliver the message, not to convert every one.

ZN: Whether you like or not, it’ s up to you. Majority non muslim tidak terima Islam, tetapi adakah mereka mendapat manfaat? Adakah awak mendapat manfaat?

S: Ya

ZN: Itu dah mencukupi. Kalau awak dapat mesej 10%, 20%, I am happy. Ada yang dapat 100% keyakinan. Awak dapat kebaikan daripada program ini saya dah puashati.

ZN: What should we pray ? We should pray to almighty God. What should we do ? follow His commandments. We should find out the truth. Adakah saya cakap supaya bunuh orang, pasal pergauduhan perkauman? S: Tiada.

Dialog 2:

Awek Christian Cun (ACC) : I am an honest and good Christian/catholic. I do good deeds in my life. I stay away from bad deeds, If I die, am I going to heaven or hell? (My muslim friends said that I will still going to hell)

ZN: “if you are a true Christian, if you truely follow the teachings of Jesus, in sya Allah you shall go to heaven”

ACC : (look very happy). “Thank you”.

ZN “ Listen carefully.. I said only if you are a true follower of Jesus.” “I don’t know if you are true follower of Jesus. If you truly follow the teaching of Jesus, Peace be upon him.”“ if you read the Bible, there are sayings of Jessus PBUH , they are in red letters.”

ZN “Do you believe Jesus is God?”

ACC : “Yes, definitely”

ZN : “Islam is the only non Christian faith, which make it is a faith to believe in Jesus. No muslim is a muslim, if he does not believe in Jesus. We believe he is one of the mightiest messenger of God. We believe he was born miraculously without human intervention. We believe he was the messiah …… We believe he gave lives to the deads with God’s permission”.

ZN: “The problem is that almost all the Christians believe that Jesus is the almighty God , The believe he claimed divinity. “

ZN: “In fact if you read the Bible, there is no a single unequivocal or unambiguous statement in the complete Bible , Jesus Chirst himself say “I am a God, always worship me”

ZN: “In Gospel of John, Chapter 14 Verse 28 , my father is greater than all. Gospel of Mathew, Chapter 12, Verse 28 , I cast of devil with spirit of God. Gospel of Luke, Chapter 11 Verse 20, Gospel of John , Chapter 5 Verse 30, I can my ownself do nothing.. for a … seek not my will , but the will of my father.. … Gospel of John Chapter 14 Verse 24, Jesus says the words you hear are not mine but father… Book of Acts Chapter no 2 Verses no 22 , hey men of izrail ,,, listen to this, Jesus of Nazareth , a man approved of God among you by wonder, miracles and signs, ….

ZN: From the Bible , we know that Jesus PBUH is one of the beloved messenger of almighty God. We love him, we respect him.

ZN: Do we follow his teachings?

ZN: We follow his teaching more that you, the Christians. According to Gospel of Luke, Jesus was circumsized on the 8th day. We muslim do the circumsization not most the Christians. In the Book of Deuteronomy Chapter 14 Verse 8 , Book of Isaiah Chapter 65 Verse 2-5etc , you shall not eat pork… most of the Christians eat pork, we don’t. So, about alcohol. It was also forbideen in Bible but most the Christian consume Alcohol, we don’t.

ZN: Gospel of John Chapter 16 Verse 12=14, Jesus said , I have many things to say to you …but you cannot bear them now, for he with the spirit of truth shall come, and he shall guide you to the truth… He shall not speak of himself, all that shall he speak. He shall verify me. Verbatim quotation from the Bible, King James version. Prophet Jesus said about the coming of the last and final messenger, Muhammad.

ZN: Jesus never said he was a God.

ZN: If you truly believe in Jesus Christ and his teachings, you have to believe in Prophet Muhammad , the last and fina messenger.

Therefore if you believe in Prophet Muhammad , that you have to follow his teachings … which we are doing now. Then insya Allah you shall go to Jannah.”

Dialog 3

Rahul : Mengapa tuhan membuat pilihan dengan menentukan kelahiran awak dalam agama islam sedangkan saya dan orang lain dilahirkan dalam keluarga bukan islam? Seolah olah tuhan bersikap tidak adil dari awal kelahiran manusia? Mengapa tuan tidak menentukan semua lahir dalam islam ? Kan senang?Sila ke Blog utk baca

Kesimpulan.

(1) Justeru, kita terima keputusan Mahkamah kerana in sya Allah ia adalah baik untuk kita. Namun segala hujah Dr Yusuf Qaradhawi, Dr. Wahbah Zuhaili dan di Malaysia seperti Dr Asri, Dr Mazlee hatta YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang kuat logik dan hujahnya tetapi selalu ‘diserang’ kerana pilihan dan prinsipnya, hujah-hujah mereka ini perlu diberi penelitian untuk kita menilai metodologi dakwah kepada bukan Islam agar dapat dilakukan secara yang lebih baik seperti antaranya kejayaan program dakwah Dr Zakir Naik, Yusuf Estae dan lain-lain.

(2) Bagi orang muda Islam diluar sana, pergilah berdakwah dengan non muslim disekitar anda sama ada jiran-jiran di taman perumahan anda dan rakan sekerja atau teman-teman anda. Jika sukar berdialog, cuba fikirkan jika anda boleh berikan satu hadiah naskah al-quran terjemahan dalam bahasa yang mereka suka, bahasa inggeris, bahasa cina dan sebagainya. Setuju?

hisham-ahmad.blogspot.com

Allah - Apa Yang Melayu Wajib Tahu

Tokman

Di era tahun 2013 tekanan keatas kepercayaan ad deen orang Islam di gugat sekali lagi olih geng geng katolik. Mengikut data yang terbit diinternet yang kesahihannya saya tak dapat pastikan lebih satu juta mat indon menganut agama katolik setiap tahun.

Pihak gereja katolik mula mendesak untuk guna Allah sebagai rujukan sebagai tuhan mereka adalah apabila seorang rahib mereka pulang ke Belanda dan cadangkan supaya tuhan mereka di transformasi ke Allah kononnya agar dapat mereapatkan hubungan antara kaum pendatang dari Afrika [Algeria/Morocco dll] dengan kaum kristen di Belanda. Namun demikian orang Belanda tidak dapat menerima cadangan padri ini dan juga padri padri nampaknya dingin terhadap idea Allah sebagai tuhan mereka.

Dasar Cloak dan Dagger Gereja Katolik
-------------------------------------

Apabila perang salib dimenangi olih geng katolik dan juga protestan, Gereja telah menganiayai jutaan pengikut Islam dengan dasar kejam 'inquisition' memaksa penduduk Islam untuk tinggalkan Islam. Berbagai jenis alat seksaan telah direka untuk tujuan ini. Baca google! Kerajaan England juga telah dipermainkan dek gereja katolik yang menguasai Perancis dan Spain.

Lihat ajelah kekejaman yang dilakukan keatas native di Amerika Selatan -emas mereka dirompak;pompuan mereka dirogol dan jantan mereka diperhambakan! Laknatullah Katolik Pendek kata falsafah hidup mereka berdasarkan 'organised crime' yang berpengkalan di Vatican city.

Tontonlah wayang Elizabeth 1 dan Elizabeth 11[wajib tonton] untuk kenali dakyah tipu helah geng katolik ini. Sebenarnya mereka adalah musuh Islam yang nyata! Fikirlah omputih British berkuasa di Tanah Melayu lebih 100 tahun.

Adakah mereka membuat dasar untuk mat mat melayu di Tanah melayu- Mat sekarang tuhan aku Jesus pun aku nak panggil Allah? Jelas, tidak ada dasar sedemikian. Jadi alasan yang katolik dah guna Allah lebih 100 tahun bolih ditongsampahkan. Yang penting saya ingin tekankan ini Tanah Melayu.

Base Melayu adalah base rasmi Negara walaupun saya bertutur Inglis setiap hari! Jadi bila kita import Arab dalama urusan sebagai alasan -kalau di arab ok- perbuatan itu tak relevan. Kalau mereka suka membuntut [buttf**k] di dalam hal kelamin mereka, itu hal mereka! Peduli apa kita! Seterusnya ikutilah pandangan saya- , . saudara pembaca yang saya hormati.

Ada kebenaran apa yang dihuraikan olih Tuan Noh gadut itu. Kenyataan yang di keluarkan dek Asri diberikan bogel tanpa penjelasan dan huraian latar belakang sejarah asal usul agama di dalam dunia Arab. Arab sebelum adanya Muhammad SAW memeluki agama yang dipimpin olih Nabi Musa dan di ikuti pula olih Nabi Isa [alaihi salam ] Pengikut nabi Musa [geng yahudi] dan pengikut nabi Isa [dikenali sekarang sebagai Agama Nabi Isa [Kristus] atau Kristian.

Saya fokus bicara kepada agama yang dipimpin Nabi Isa yang jelas ajarkan Allah adalah tuhan yang satu dan beliau adalah nabinya. Jadi bila se orang Arab kristian s ebut Allah- ianya jelas yang Allah yang dia rujuk itu adalah Allah yang satu.

Selepas Nabi Isa 'dibunuh' olih musuhnya , seorang penduduk kampongnya ,Paul, telah mereka [membuat cerita] ahawa nabi Isa telang pulang sebagai hantu pontianak] atau holy ghost dan mengadakan entiti Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Holy Ghost [pontianak] didalam konsep ketuhanan aru untuk pengikut pengikut kristian yang diterajui olih Gereja Katolik di atican [satu erkampongan -negeri di Roma, Itali.

Ada lebih 100 juta kristian unitarian dan seangkatan dengannya yang membawa pemikiran bahawa Allah dalah satu dan Isa adalah nabinya di US dan merata dunia. Google unitarian church dan lihatlah sendiri. Dan ereka adalah berhak untuk memanggil Allah sebagai tuhan mereka! Walau apapun yang berlaku di dunia Arab, atau di Indonesia kita melayu Malaysia mesti ada pegangan.

Bahasa rasmi negara adalah Bahasa Malaysia- bukan base Arab. Dan gereja katolik bila ianya merujuk kepada tuhan ianya mengikut baris pertama di dalam bible- adalah Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Pontianak [holy host] . Pontianak di salahterjemahkan sebagai roh kudus. Tuan tuan sedia maklum roh adalah ciri ciri Manusia bukan tuhan. Olih kerana takut digelakkad dek Atheis dan agamawan lain holy ghost sudah ditukarkan the holy spirit baru baru ini! Roh ditiupkan kepada setiap nyawa yang dilahirkan dan ianya diambil olih malaikat apabila nyawa kita dicabut. .

Apakah ciri ciri [attributes ] Allah dan manusia- Tiada mula atau akhir [Allah is omniprescient-infinite] Roh manusia adalah finite [ada had ada hari-hadari!]

Bila muslim bolih jatuh murtad?
-------------------------------------

Bila kita samakan Allah yang satu kepada tuhan 3 dalam 1 -tuhan yang dianuti dek pegangan katolik-nauzubillah . . .

Akhirkata
---------

Loyar loyar melayu senyap bila Majlis peguam hentam gomen yang diterajui olih mat Melayu kau kau semasa 'bersih' dulu. Tapi Majlis yang di terajui dan dipenuhi olih kolings dan chingkies tak ambil tindakan untuk buang Pundek Lingam dari senarai Loyar . Keikhlasan n integriti loyar propeser ngangkang Bari dan geng geng sekutunya khususnya Ambiga-'bersin' sebagai Ahli/Presiden Majlis sangat sangat diragui.

Ada kemungkinan propeser melayu tidak kompeten dalam BI -kerana tergolongdalam geng geng ' mat-me-no-spik/read-inglis ' yang sukar memahami bible setebal 400 muka surat itu. "

Ali Rustam Dan Isa Samad Dikambinghitamkan Untuk Memenangkan Pilihan Najib?

Bahang perebutan jawatan Naib Presiden UMNO semakin meninggi suhunya. Bukan saja calon yang makin sibuk mengatur strategi saat-saat akhir, bahkan para perwakilan juga tidak menang tangan memenuhi pelbagai jemputan bertemu dengan calon dan juga dengan ejen calon-calon yang bertanding.

Semakin dekat hari pengundian pada Sabtu ini, warna sebenar mengenai siapa yang bakal menang dan siapa yang bakal sudah mula dapat dirasakan. Jika sebelum ini Zahid Hamidi dianggap calon paling popular manakala Mukhriz Mahathir di tempat kedua dan tempat ketiga masih terbuka antara Hishammuddin, Shafie Apdal dan Ali Rustam tetapi kelebihan dilihat memihak kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu, namun perkembangan di saat-saat akhir ini memperlihatkan semuanya bakal berubah.

Seorang lagi calon, Isa Samad bagaimanapun kekal dilihat tidak mempunyai peluang dalam pemilihan kali ini.

Hanya tinggal tidak sampai dua hari lagi ruang masa untuk berkempen, kebarangkalian makin meningkat bahawa ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal akan mengekalkan jawatan masing-masing.

Perkembangan ini juga tentunya paling menggembirakan Najib kerana pelan asalnya yang mahu ketiga-tiga penyokong setianya itu dikekalkan, menemui kejayaan akhirnya.

Hari ini Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil secara terbuka menyatakan sokongan pergerakan itu kepada ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden dalam pemilihan pada 19 Oktober nanti. Secara berkias, penasihat kepada Najib yang bertaraf menteri itu berkata, pilihan Wanita UMNO kali ini ialah pertama, kepada calon yang mempertahankan kedaulatan negara (Hishammuddin selaku Menteri Pertahanan), kedua kepada calon yang menjaga keamanan negara (Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri)dan ketiga, calon yang mampu memberi kesejahteraan kepada kehidupan rakyat (Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).

Dalam masa yang sama, Shahrizat juga turut memberi penghargaan kepada Hishammuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan kerana memberi lebih peranan dan mengarus-perdanakan peranan wanita sistem pemilihan yang baru diperkenalkan.

Tidak syak lagi, sokongan terbuka Shahrizat kepada ketiga-tiga penyandang dan penekanan yang khusus diberi kepada peranan Hishammuddin, tentunya akan disertai dengan arahan kepada Wanita Bahagian dan Cawangan di seluruh negara agar turut akur dengan hanya mengundi calon-calon dipilih itu saja.

Dalam masa yang sama, perkhabaran dari kem Pemuda UMNO juga semakin kuat kedengaran bahawa Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Khairy Jamaluddin juga bakal menyatakan sokongan terbukanya kepada ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden itu.

Dan entah dari mana secara tiba-tiba lagu nostalgia turut kedengaran bahawa KJ dikatakan amat terhutang budi kepada Hishammuddin kerana beliaulah yang membawa KJ ke dunia politik apabila melantiknya sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia ketika menjawat jawatan pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri (Pak Lah) ketika itu.

Sesuai dengan kedudukan Hishammuddin yang agak lemah sekarang ini, faktor membalas budi ini dijangka akan melonjakkan Hishammuddin kepada kedudukan yang lebih selesa. Dengan dua sayap berada bersama-samanya, kedudukan Hishammuddin cukup selesa mulai hari ini.

Dalam masa yang sama, dua lagi calon Naib Presiden iaitu Ali Rustam dan Isa Samad pula secara tiba-tiba terlibat dalam siasatan politik yang mungkin menghakis sokongan terhadap mereka. Ali Rustam kini disiasat dibawah Akta Hasutan berhubung ucapannya berkaitan perniagaan kaum Cina yang dianggap menghasut dan tidak sesuai diucapkan dalam sebuah negara berbilang kaum.

Siasatan itu dibuat berikutan laporan polis oleh DAP terhadap beliau. Dengan adanya siasatan polis itu, kedudukan Ali menjadi genting kerana akan wujud peralihan undi daripadanya disebabkan perwakilan beranggapan memberi undi kepadanya adalah sia-sia jika beliau akhirnya didapati bersalah dan digantung jawatan dalam parti.

Isa Samad yang juga Pengerusi Felda turut berhadapan laporan polis oleh sekumpulan peneroka berhubung kenyataannya yang berbeza kepada Bursa Malaysia berkaitan perletakan jawatan bekas CEO agensi itu, Sabri Ahmad.

Apa yang memeranjatkan isu laporan polis itu menjadi bahan besar di TV3 dan NST, konglomerat media yang rapat dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Liputan secara besar-besaran dan meluas itu memperlihatkan seolah-olah ada agenda terselindung daripada pemegang tampuk kuasa untuk menggelapkan peluang bekas MB Negeri Sembilan itu daripada memberi cabaran yang sebenarnya dalam pemilihan kali ini.

Sama seperti kes Ali Rustam, laporan polis yang diperbesar-besarkan itu pastinya akan mengurangkan sokongan terhadapnya kerana perwakilan juga beranggapan sebagai sia-sia memberikan undi kepadanya jika selepas pemilihan nanti beliau didapati bersalah dan turut terpaksa melepaskan jawatan dalam parti.

Memberi kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 122B, Akta Industri Sekuriti yang boleh membawa hukuman maksimum didenda RM3 juta dan penjara selama 10 tahun.

Dengan kemungkinan itu, perwakilan seluruh negara pastinya tidak mahu mensia-sia undi mereka kepada Pengerusi Felda itu.

Apa yang berlaku kepada Ali Rustam dan Isa Samad di saat-saat akhir ini memperlihatkan bahawa kedua mereka bakal menjadi mangsa dan dikambinghitam untuk memberi laluan yang lebih selesa kepada ketiga-tiga penyandang Naib Presiden sedia ada. Jika ini berlaku, ia kali kedua bagi mereka di mana Ali pernah dihalang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 2009 manakala Isa pula pernah dilucutkan jawatan Naib Presidennya selepas pemilihan 2004 atas dakwaan mengamalkan politik wang.

Ali dan Isa kini umpama kuda yang sudah patah kakinya. Persepsi perwakilan terhadap mereka tidak lagi kukuh, bahkan makin menipis. Cabaran kepada ketiga-tiga penyandang Naib Presiden ini hanya tinggal Mukhriz Mahathir seorang saja lagi. Tetapi dengan hanya tinggal beliau yang memberi cabaran dan dalam masa yang sama terpaksa pula menumpukan lebih perhatian kepada persiapan pilihanraya kecil Sungai Limau, kelebihan secara automatik lebih memihak kepada ketiga-tiga penyandang sedia ada.

Undi kepada ketiga-tiga rakan karib Najib itu tidak akan berpecah lagi kerana telah dibantu oleh kedudukan Ali dan Isa yang makin lemah dan tidak diminati lagi oleh perwakilan. Perwakilan juga mula menganggap kehadiran Mukhriz yang berseorangan sebagai pengacau dan ini secara langsung memberi kelebihan kepada Zahid, Hishammuddin dan Shafie.

Menjelang detik-detik akhir sebelum pengundian, sama ada berlaku lagi pelbagai kejutan atau percaturan yang diorkestrakan dari jauh yang jelas mahu memberi kelebihan kepada ketiga-tiga penyandang, hendaknya janganlah ada yang terkejut jika selepas keputusan diumumkan nanti, Mukhriz sekali lagi gagal dalam merebut jawatan kanan dalam UMNO setelah sebelum ini beliau juga tewas dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO pada 2009 lalu.

Pemain-pemain orkestra kini terlihat sedang memilih lagu-lagu yang sesuai untuk mengekalkan status quo.