Akhirnya Linda Onn dedah suami secara 'rasmi' (Gambar)

Akhirnya Linda Onn dedah suami secara 'rasmi'
Akhirnya Linda Onn dedah suami secara 'rasmi'
WALAUPUN sebelum ini penyampai radio popular, Linda Onn enggan berkongsi hari bahagianya bersama pemberita sekaligus menghalang peminatnya menatap wajah suaminya, namun semalam Linda telah berkongsi wajah pasangan hidupnya.

Linda, 36 yang telah melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember lepas telah berkongsi gambar bersama suaminya Ungku Azhar di laman sosialnya.

"Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari jrufotor rasmi tadi.

"Terima kasih suami ku Ungku Azhar untuk gambar itu.

"Sayang kamu 'like a love song'...muahh," tulisnya di laman mikro itu.

Linda dilihat memakai busana berwarna putih sedondon dengan suaminya.

Benarkah Azmin digugur dari PKNS? Kenapa, ada krisis besarkah?

Azmin Ali
SHAH ALAM: Isu pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini semakin hangat apabila ura-ura sejak Oktober lalu menyatakan Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali bakal digugurkan dari memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS mewakili komponen parti PKR untuk penggal ini bakal terjawab.


Menurut sumber, PKNS telah menghantar surat kepada Azmin memberitahu beliau tidak dipilih semula menganggotai ahli Lembaga Pengarah PKNS untuk penggal baru, kira- kira jam 11 pagi semalam.

Azmin bagaimanapun dalam kiriman SMS kepada Sinar Harian hanya menjawab 'Ya' ketika ditanya mengenai perkara itu.

Selain Azmin, wakil komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang dipilih menganggotai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ialah bekas Adun Kinrara, Teresa Kok mewakil DAP manakala Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad mewakili Pas.

Menurut sumber dari PKNS, Menteri Besar yang juga Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS pada 20 Januari ini, di mana mesyuarat ini amat dinanti-nantikan bagi merungkai persoalan barisan pengurusan baru yang dirombak.

Sumber berkata, dijangkakan Abdul Khalid akan membuat pengumuman rasmi dua keputusan besar dalam mesyuarat tersebut iaitu pelantikan pengurus besar PKNS yang baharu dan pengumuman wakil komponen Pakatan
Rakyat yang bakal menganggotai Ahli Lembaga Pengarah PKNS untuk penggal ini.

Katanya, DAP dijangka akan mengumumkan wakil baharunya sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS menggantikan Teresa yang digugurkan secara automatik kerana sudah tidak menjadi wakil rakyat di Selangor.

Mengenai jawatan pengurus besar, Pengurus Besar PKNS, Omar Othman sebelum ini menyatakan hasrat untuk tidak memperbaharui kontrak beliau yang bakal berakhir 31 Januari ini. Difahamkan Othman telah menghantar
surat itu kepada pejabat Menteri Besar.

Status mengenai individu yang bakal menerajui PKNS sehingga kini masih menjadi tanda tanya selagi Menteri Besar belum membuat pengumuman rasmi. Bagaimanapun, belum pun keputusan rasmi diumumkan, difahamkan sudah ada pemangku Pengurus Besar PKNS iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan (KDEB), Azlan Md Alifiah dan beliau juga dikhabarkan bakal menggantikan Othman pada Februari.

Desas-desus pengganti Othman itu didakwa diputuskan dalam mesyuarat Menteri Besar Incorporated (MBI). Keputusan itu juga dikatakan wujud campur tangan MBI, sedangkan PKNS bukan anak syarikat di bawahnya dan mengikut enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), ia seharusnya diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri ahli lembaga pengarah perbadanan itu sendiri.

Difahamkan juga, pelantikan pengurus besar baru turut dipertikaikan kerana jawatan Pengurus Besar PKNS perlu dipilih daripada penjawat awam yang dilantik daripada satu jawatankuasa perjawatan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bukannya campur tangan MBI.

Menteri persendakan kesusahan rakyat?

Norshazlina Nor’azman
KUALA LUMPUR: Mutakhir ini, beberapa respons atau jawapan yang dikeluarkan pemimpin kerajaan terhadap isu kenaikan harga barang berikutan langkah rasionalisasi subsidi dilihat hanya ‘memanaskan’ lagi emosi rakyat. 
Jawapan seperti ‘kalau tidak suka boleh pindah luar negara’, ‘jika tol mahal elak guna lebuh raya’, ‘harga ayam naik, jangan makan ayam’, ‘harga sayur naik boleh tanam sendiri’, dan ‘tiada aduan bukti rakyat sokong kenaikan’, dilihat hanya memperbodohkan rakyat dan tidak mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang ditanggung rakyat.

Turut dipersoalkan juga mengenai kenyataan bercanggah ura-ura pembukaan pusat hiburan Hard Rock Cafe di Putrajaya, sehingga pihak kerajaan dilihat tidak konsisten dalam pendiriannya.

Respons atau jawapan ‘asal boleh’ yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kabinet tidak sepatutnya keluar daripada mulut mereka kerana kenyataan seumpamanya bukan sahaja akan memberikan impak negatif kepada individu itu, malah mencalarkan kredibiliti kerajaan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata setiap isu seharusnya dijawab dan diperjelaskan secara berhati-hati bagi mengelak ia dianggap mempersendakan kesusahan rakyat.

Penganalisis politik itu berkata jawapan sambil lewa sedemikian bukan sahaja tidak membantu menjelaskan sesuatu isu dan aspirasi kerajaan, sebaliknya meningkatkan kemarahan dan menimbulkan rasa meluat rakyat kepada kerajaan.

“Orang besar politik sepatutnya menyuarakan respons mereka dengan rasional dan memahami sudut pandangan rakyat, barulah ia akan dihormati.

“Perlu diingat bahawa suara pemimpin itu bukan sahaja mewakili dirinya tetapi juga mewakili parti yang mendukung kerajaan masa kini. Justeru, apa sahaja yang diungkapkan oleh mereka memberi kesan… sama ada ia semakin menjejaskan atau merubah pandangan rakyat kepada lebih positif terhadap kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Komunikasi

Adakah pemimpin perlu diberi kursus ataupun latihan dalam meningkatkan ilmu komunikasi masing-masing bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan?

Sivamurugan berkata tidak salah untuk pemimpin dilengkapkan dengan ilmu komunikasi tambahan namun ilmu itu sepatutnya telah wujud dalam diri pemimpin seiring dengan kredibiliti dan reputasi mereka.

“Setiap pandangan perlu difikirkan dengan masak sebelum diluahkan bagi memastikan ia tidak dijadikan bahan sindiran. Respons tidak rasional boleh menjadi liabiliti kepada kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata adalah lebih baik bagi seseorang pemimpin tidak membuat sebarang komen jika tidak arif dalam hal yang berkaitan.

Beliau berkata ini kerana jawapan yang diberikan pemimpin kerajaan mestilah mencerminkan dan berupaya memperjelaskan dasar serta pendirian kerajaan mengenai sesuatu isu.

“Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka perlu jawab… mereka sepatutnya meredakan kemarahan rakyat dan memberikan jawapan yang akan melegakan dan menyejukkan hati rakyat terhadap masalah yang dihadapi… kenyataan sembrono hanya akan menambahkan kekecewaan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Mohamed Mustafa berkata kerajaan perlu memandang serius dengan jawapan para pemimpinnya dengan membantu menyediakan atau membekalkan mereka dengan kenyataan rasmi atau ‘isi penting’, atau memberi panduan tentang apakah pendekatan yang perlu diambil dalam menangani sesuatu isu.

“Mereka ini mesti diberikan satu taklimat bagi memberi panduan mengenai pendekatan yang harus diambil, malah mereka (pemimpin) juga perlu lebih bersedia ketika menjawab soalan dan isu rakyat,” katanya, dan berpendapat bahawa rakyat berhak untuk berasa kecewa dan marah apabila isu yang dibangkitkan tidak ditangani dengan baik.

5 Gambar 2 sami Budhha solat berjemaah di masjid tersebar!

laniismaa
Beberapa keping gambar menunjukkan dua orang sami sedang solat berjemaah di masjid kini menjadi viral di media sosial.

Menurut sumber yang dinyatakan di blog-blog dan page facebook mengatakan gambar itu dirakamkan di sekitar Rantau Panjang, Kelantan. Selepas kejadian kebakaran besar pada dua hari lalu (7/1/14) yang menyebabkan pasar musnah tetapi hanya surau tidak dijamah api.

Namun, setelah melakukan sedikit carian di google, ternyata isu ini disensasikan semula kerana yang sebenarnya gambar-gambar sami ini sudah ada sejak tahun 2009 lagi. Namun, tidak pula dapat dipastikan kenapa mereka berjemaah di dalam masjid ketika itu.

Ada yang mengatakan kedua orang sami ini berminat mendalami Islam seterusnya cuba mempelajari di Masjid seperti di dalam gambar. Mungkin ada benarnya dakwaan itu kerana sekeping gambar dibawah menunjukkan seolah-olah seorang guru agama sedang mengajar sesuatu kepada mereka berdua.

Dakwaan itu juga dikuatkan lagi apabila para jemaah dilihat seperti merelakan kedua sami ini berjemaah. Tetapi, status Sami ini masih menjadi tanya samaada telah masuk Islam ataupun tidak. - TengokTVOnline - Lihat lagi 4 gambar di sini!

Penyanyi Amerika Ini Masuk Islam Saat Belajar Bahasa Arab di Maroko

Jennifer Grout
REPUBLIKA.CO.ID, RABAT: Penyanyi asal Amerika, Jennifer Grout dilaporkan telah memeluk Islam saat tinggal di Maghribi untuk belajar Bahasa Arab  Hal tersebut terungkap melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman Youtube pada Ahad (5/1).

Dalam video yang tidak boleh disahkan dari sumber lain itu, Grout muncul bersama seorang pemuda yang diduga merupkaan tunangnya dan seorang lelaki berumur. Perempuan itu lalu ditanya beberapa perkara seputar Islam dalam suasana penuh keramahan dan toleransi.

"Apakah anda tahu bagaimana mengucapkan syahadat dalam Islam?" tanya lelaki separuh baya itu kepada Grout.

Perempuan yang berjaya meraih finalis tiga besar dalam pertandingan pencarian bakat Arab Got Talent itu pun lalu mengucapkan kalimat suci tersebut sebagai pernyataan telah menjadi Muslimah. "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan - Nya."

Selanjutnya, lelaki separuh baya tadi kembali menanyakan Grout, apakah ia tahu tata cara solat. Mendengar soalan kedua ini, pemuda yang menyertai Jennifer pun menyela dan berkata, gadis berusia 23 tahun itu tahu banyak fakta tentang Islam.

Lelaki itu kemudian bertanya lagi apakah Grout hafal beberapa ayat Al-Quran dan perempuan itu pun mengiyakannya. "Dia lalu mula membaca Surat Al Fatihah dengan lancar dan suara yang merdu," tulis OnIslam.net.

Dikutip dari laman Dailymail, Jennifer Grout yang lahir dan dibesarkan di Cambridge, Massachusetts, AS itu adalah putri dari seorang pemain piano dan biola. Dia mula belajar muzik pada usia lima tahun.

Grout belajar opera di McGill University di Montreal, ketika ia pertama kali mencari muzik Arab. Setelah lulus kuliah, ia pun kemudian memutuskan pergi ke Maghribi untuk mendalami Bahasa Arab.

Gempar!! (Gambar)Tin Carlsberg ada logo HALAL JAKIM

SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan rakyat negara negara ini perlu ada kebijaksanaan dalam konteks mereformasikan masyarakat khususnya melalui media sosial seperti twitter, facebook dan blog.

Timbalan Penguerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin tidak menafikan peranan media sosial kini menjadi medium utama dalam menyampaikan maklumat dan berita.

Namun, katanya kebanyakkan rakyat negara ini terlalu taksub untuk menyebarkan maklumat walaupun maklumat itu adalah tidak benar.

Beliau yang juga pimpinan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) berkata, Islam menuntut supaya umatnya melaporkan berita dan menyebarkan maklumat dengan berhati-hati untuk tidak menyebabkan sesiapa terkena fitnah.

"Dalam masyarakat, kesejahteraan umat harus ada, dan inilah perlu menjadi keprihatinan masyarakat.

"Kalau kita sudah tersiar berita yang tidak betul, segera tarik balik dan inilah dasar dan etika Islam supaya kita tidak menyebabkan orang lain teraniaya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambahnya, pelbagai maklumat palsu yang disebarkan akan mengundang dendam kesumat antara kumpulan tertentu yang ada dalam masyarakat antaranya seperti Syiah, Kristian dan banyak lagi.

Ekoran ini, katanya pendirian serta sikap 'errogant' dan tidak bertanggungjawab akan menuduh kumpulan tertentu akan menyebabkan masyarakat sengsara.

"Akhirnya sesama sendiri akan bergaduh, senanglah musuh. Kita pula tidak dapat apa-apa, yang buruk akan menjadi lebih buruk.

"Budaya kebencian dibawa oleh iblis dan syaitan agar kita dihalang mengingati Allah padahal apa yang dituntut oleh Islam ialah kasih sayang dan harga menghargai bukannya kebencian. Sesuai dengan Islam itu rahmat untuk semua.

"Ini semacam, usaha untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah ekonomi yang semakin mendesak. Bertembung kerana agama ianya sangat bahaya untuk rakyat," jelas beliau.

Abdul Ghani berkata demikian mengulas beberapa maklumat yang disebarkan melalui media sosial antaranya logo halal di tin minuman keras 'Carlsberg'.

Bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.

Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Pulau Paling Bahaya Dan Terpencil Di Dunia

North Sentinel Island - North Sentinel Island di Teluk Banggala adalah pulau yang paling terpencil dan berbahaya untuk pelawat. Kerana penduduk asal disana tidak suka dengan pendatang, mereka bahkan membunuh tanpa sebab!

Teluk Banggala terbentang luas dari wilayah India dan Myanmar. Di sana terdapat Kepulauan Andaman yang kedudukannya tidak jauh dari Pulau Sumatera. Salah satu pulau dari sekitar 572 pulau di sana adalah North Sentinel Island yang penduduk asalnya terpinggir dari dunia luar.

Dari laman News Australia pada Isnin (6/1/2014) mengatakan North Sentinel Island sebagai salah satu pulau paling terpencil di dunia. Alasannya adalah penduduk pulau itu sendiri, iaitu suku Sentinel.

Suku Sentinel dianggarkan telah menetap di sana selama beribu-ribu tahun. Mereka masih hidup dengan cara tradisional dan meminggirkan diri dari perabadan dunia luar. Tidak hanya itu, suku Sentinel juga tidak suka dengan para pendatang. Baik penyelidik, wartawan, lembaga kemanusiaan, hingga pelancong, suku Sentinel akan mengusirnya.

Buktinya, peristiwa yang dialami tentera Tentera Laut India pada 2004 silam. Ketika itu, terjadi bencana tsunami dahsyat yang menimpa Lautan Hindi, termasuk North Sentinel Island dan juga Aceh di Indonesia. Ketika itu, tentera Angkatan Laut India menghantar bantuan berupa makanan dari atas helikopter.

Tapi ternyata, suku Sentinel yang berada di tepian pantai lantas memanah dan membaling lembing ke arah helikopter yang sedang terbang. Para tentera yang ingin memberi bantuan dan bertemu dengan mereka pun terpaksa berpatah balik.
Dairishare
info, unik, pelik, berita, seram, sadis, ganas.

Menteri Ini Akan Mati Kempunan Jika Hard Rock Tidak Dibuka di Putrajaya

Shahbudin Husin
Selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat memohon maaf berhubung rancangan pembukaan pusat hiburan dan restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya sehingga membangkitkan kemarahan ramai dan kemudian pengurusan Hard Rock pula mengumumkan tiada perancangan untuk membuka cawangan baru, semua pihak menyangka isu itu telah berakhir dan penduduk Putrajaya boleh meneruskan kehidupan malam mereka dengan aman dan tenteram.Menteri ini

Rupa-rupanya ia belum berakhir. Ini berikutan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan Hard Rock boleh membuka cawangannya di Putrajaya jika memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu tidak menghidangkan arak serta sajian hiburan yang mengghairahkan.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mencadangkan jika Hard Rock membuka cawangannya di Putrajaya, mereka boleh menyajikan hiburan dan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock yang biasa dipersembahkan di mana-mana cawangannnya di seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan juga menpertahankan Aseh Che Mat yang menurutnya berniat baik mahu menarik pelabur menanam modal di Putrajaya.

Apa yang tergambar daripada kenyataan Tengku Adnan ini ialah beliau nampaknya begitu teringin mahu melihat Hard Rock membuka cawangannya di Putrajaya sehingga sanggup mencadangkan sesuatu yang mustahil iaitu persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock tanpa batasan.

Di ketika Aseh turut menjelaskan tiada cadangan dan pengurusan Hard Rock pula menyatakan tiada perancangan ke arah itu, Tengku Adnan seperti membuka laluan semula mengenainya.

Cadangan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock bukan saja ternampak lucu, tidak masuk akal dan menyerlahkan keghairahan tanpa sempadan Tengku Adnan terhadap Hard Rock, malah dalam masa yang sama menyingkap kewibawaan dan tahap pemikirannnya yang sebenar sebagai seorang pemimpin.

Dalam erti kata lain, bertambahlah seorang lagi "menteri cap ayam" dalam kabinet Najib sekarang ini.

Kalaulah benar mahu mengadakan persembahan nasyid, sebagai menteri dan Ahli Parlimen, beliau tidak perlu menunggu pembukaan Hard Rock untuk melakukannya. Soalnya sudah berapa banyak persembahan nasyid yang beliau telah anjurkan selama ini dan sudah adakah restoran atau tempat hiburan yang mengadakan persembahan nasyid di Putrajaya?

Janganlah cuba untuk menunjuk-nunjuk lagak Islamik dalam isu Hard Rock. Lagi pula tidak mungkin Hard Rock bersedia membuka cawangannya jika tanpa minuman keras, alunan muzik keras, tarian terkinja-kinja dan pergaulan bebas yang memang menjadi imejnya di seluruh dunia.

Hard Rock tanpa semua itu adalah umpama kedai mamak tanpa teh tarik dan kari atau restoran Arab tanpa hidangan nasi beriani dan shisa. Mustahil dan tidak masuk akal.

Jika benar Tengku Adnan begitu ingin melihat persembahan nasyid di Hard Rock untuk menunjukkan Islamiknya beliau sebagai pemipin, beliau sebenarnya boleh memulakan dengan memberi arahan mengenai perkara tersebut di premis Hard Rock sedia ada di KL atau di lain-lain pusat hiburan yang bersepah di Jalan P Ramlee dan Bukit Bintang.

Tidak pasti apakah yang begitu mengujakan mengenai Hard Rock ini di mata Tengku Adnan. Mungkinkah beliau merasakan kejayaan membuka cawangannya di Putrajaya merupakan pencapaian gemilangnya sebagai menteri dan Ahli Parlimen Putrajaya? Atau mungkinkan beliau merasakan dengan adanya Hard Rock akan menambahkan lagi tarikan Putrajaya di kalangan pelancong asing?

Bagaimanapun di mata rakyat, kenyataan Tengku Adnan itu lebih menggambakan keterujaan dan keghairahannya untuk terus membuka cawangan Hard Rock di Putrajaya dan seolah-olah akan mati kempunan atau mati dalam keadaan mata tak terpejam jika gagal berbuat demikian.

Di sisi lain pula, ia menggambarkan inilah level atau tahap kecedikan yang ada di kalangan menteri-menteri yang ada dalam kabinet Najib. Asal bercakap dan membuka mulut saja, akan terserlah kerendahan tahap pemikiran dan tiada wibawanya sebagai pemimpin (sebenarnya istilah yang tepat ialah bodoh, tapi tak sampai hati pulak).

Beliau kini menjadi bahan persendaan baru di kalangan rakyat, setelah beberapa menteri turut diperlakukan sedemikian dan dipertikaikan sebelum ini.
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Mesti Baca!! Rayuan Gadis Syria Kepada Para Suami Di Malaysia Yang Tak Takut Bini

Gendang Perang
Sayu rasa hati apabila mendengar rayuan seperti ini. Buat mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan jenis tak takut bini, inilah cabaran buat anda.

Selamatkanlah mereka daripada menjadi hamba seks di seluruh dunia. Anak dara tua bukanlah masalah utama kepada gadis-gadis Syria dan mana-mana negara yang dilanda peperangan.

Mereka adalah sasaran utama sindiket perdagangan manusia untuk dijadikan pelacur dan penghibur anak-anak pemimpin dunia yang kaki betina.

Sepertimana pernah berlaku kepada gadis-gadis Bosnia semasa peperangan Balkan. Sebahagian mereka dihantar ke negara-negara arab untuk menjadi teman berhibur anak-anak raja dan golongan elit arab.

**mem gua dah bagi lesen besaq tapi RM tak mengizinkan.. wakaka

Memilih produk Insuran Takaful, Nasihat Daripada Saya

hishamahmad
Imej dari blog jihadiyusof
Alhamdulillah, kini terdapat pelbagai syarikat insuran Islam (Takaful) seperti Prudential BSN, AIA Takaful, ETIQA dan banyak lagi. Kesemuanya yang menggunakan perkataan Takaful adalah islamik maka sebagai pengguna awam, kita terimalah ia sebagai selamat dari (dosa besar) Riba.

Jika ada yang ingin mengkaji dengan kemampuan ilmu, silakan tapi nanti janganlah pula hasil kajian itu nanti kita dapati semua insuran takaful ini sama sahaja dengan konvensional yang Riba, maka kita menjadikannya alasan untuk memilih melanggan produk insuran konvensional (Riba).

Ketahuilah dan percayalah, apabila kita dah memasuki sahaja kontrak satu produk Riba, sangat sukar untuk melepaskan belitan dosanya, kekadang mengambil masa berpuluh tahun.

Hari itu saya didatangi seorang haji yang saya perasan dirinya selalu berusaha mendapatkan saf pertama dalam solat jemaah. Beliau meminta bantuan saya untuk menyelesaikan hutang gadaian dengan bank dan mendapatkan geran hakmilik. Beliau menunjukkan surat baki yang perlu dibayar, iaitu lebih kurang RM50k.

Sekali membaca sahaja, saya dah tahu jenis pinjamannya, iaitu Riba. Saya kata “Alhamdulillah, dapat haji selesaikan pinjaman Riba ini...”

“Yalah, pinjaman dulu ...masa kerja KL” jawabnya.

Saya faham maksud dia, itu zaman muda, mungkin masa itu kurang maklumat, kurang kesedaran dan/atau kurang produk pembiayaan syariah atau atas apa jua alasan. Ini sekadar satu daripada ribuan kes jerutan-belitan ‘sawa’ Riba ditengkuk kita yang harap-harap kita tidak mati dalam belitan itu, harap-harap kita dapat lepaskan diri semasa masih bernyawa. Fahamkan...

Kembali kepada kisah insuran.

Kelebihan dan kepentingan insuran memanglah tidak dinafikan dan telah diketahui semua, maka tidaklah disebut panjang lagi disini.

Antara yang penting ialah (i) keperluan kad perubatan apabila perlu diwadkan untuk rawatan sakit serius di hospital swasta (iii) keadaan lumpuh atau hilang upaya dll dan kesan kehilangan nyawa pencari nafkah yang mempunyai anak-anak dalam tanggungan (LTPD) dan (iii) penyakit2 kritikal.

Inilah antara ciri utama yang perlu anda teliti supaya dengan nilai wang yang anda bayar, anda mendapat nilai perlindungan yang terbaik.

Baru-baru ini saya didatangi 2 agen insuran takaful –satu Prudential BSN dan satu lagi, AIA Afg Takaful.

Satu seorang ustaz muda merangkap imam sebuah masjid yang telah menunjukkan kejayaannya dalam kerjaya ini dan satu lagi seorang bukan ustaz yang sedang berusaha memulakan kerjaya dalam bidang insuran ini. Keduanya diperkenalkan. Satu mewakili syarikat insuran takaful antara salah satu tadi dan satu pula mewakili yang satu lagi.

Nasihat saya ialah bahawa kita mesti memilih dan mengutamakan produk insuran yang sesuai dengan keperluan dan memenuhi kehendak kita kerana ia satu kontrak pembayaran wang yang bertempoh lama atau sangat lama. Perkiraan kewangan perlu diutamakan khususnya bagi kita golongan berkemampuan sederhana.

Maka kaedah ini boleh anda fikirkan sebagaimana yang telah saya laksanakan:-

(1) Agen Syarikat 1 menjelaskan jenis dan bentuk insuran yang ditawarkan sesuai dengan kehendak saya.

(2) Saya kemudian meminta diemelkan beberapa quotation –pada kadar bayaran bulanan contoh RM200, RM250 atau lebih. Maka pada dokumen quotation yang tebal itu , kita boleh melihat berapa nilai LTPD, Medical Card, MCIR dll.

(3) Saya kemudian meminta agen Syarikat 2 untuk menjelaskan dan melakukan perkara yang sama seperti para 1 dan 2.

(4) Maka bandingkan antara kedua nya, dengan nilai bayaran RM250 sebulan ... mana satu syarikat insuran yang memberikan perkhidmatan dan perlindungan yang lebih baik. (anda boleh buat bandingkan produk-produk lebih daripada 2 syarikat insuran).

(5) Sebagai contoh dengan jumlah RM250-sebulan, saya mendapat medical card 115,000 setahun (tanpa had total maksimum), LTPD 100,000, MCIR 20k X 3 dll. Ciri-ciri yang saya utamakan ini jauh lebih baik yang ada pada produk satu syarikat insuran sedangkan yang satu lagi, nilai LTPD hanya sekitar RM18,000, walaupun mungkin ada kelebihan pada sudut lain, yang saya anggap tidak.

(6) Walaupun agen syarikat 1 mungkin lebih menyerlah dari sudut percakapan, keyakinan dan menunjukkan kecemerlangan dalam mendapatkan pelanggan dan juga bagaimana telah ramai orang berpuashati dengan perkhidmatannya, tetapi saya memilih agen syarikat 2 kerana hasil penilaian saya, produknya lebih baik dan sesuai bagi saya, bahkan dengan kos bayaran bulanan yang sama, saya mendapat jumlah perlindungan yang lebih baik dan lebih tinggi pada ciri dan kriteria yang saya utamakan. Saya juga meminta dia menjanjikan ‘servis berkualiti’ seperti agen syarikat 1.

Di atas adalah serba ringkas panduan yang dapat saya diberikan walaupun pada hajat hati, ada lagi makluman yang hendak diberikan. Insya Allah, dilain kesempatan.

Justeru saya suka juga untuk menasihatkan kepada agen insuran Takaful agar setelah mereka menerangkan kepentingan insuran (termasuk memberikan sentuhan emosi dari kisah-kisah sedih kes-kes kerana tiada perlindungan insuran),

maka apabila seseorang itu sudah bersetuju untuk melanggan tetapi belum menandatangani dan membayar, maka agen insuran hendaklah memberi maklumat dan penerangan yang lengkap dan detail merujuk kepada isi dokumen quotation yang tebal itu seperti butiran-butiran pada jadual antaranya perkembangan cash value. Hanya dengan itu barulah minta mereka tandatangani atau bayar.

Agen Imam dan Ustaz

Kita juga gembira apabila mengetahui ramai graduan dari lulusan pengajian Islam (bahkan ramai juga dari kalangan imam-imam muda masjid) yang menjadi agen/wakil insuran takaful kerana mereka mempunyai kelebihan ilmu agama dan diberi ‘tanggapan’ sebagai berakhlak baik, 2 ciri tambahan yang sangat perlu dalam kerjaya penjualan insuran ini (agar dilakukan secara telus dan jujur bukan sahaja menepati undang-undang tetapi hukum syarak) seperti:-

(1) Menerangkan aspek kepentingan menjauhi Riba

(2) Berusaha mengelakkan elemen gharar (yang sangat kurang dititikberatkan)

(3) Menerangkan aspek kepentingan menjaga kebajikan keluarga dan sebagainya.

Cuma godaan wang ini sangat kuat, kerana ingin mendapatkan kes, mungkin kekadang menyebabkan kita terlanjur dalam berkata dan berjanji atau berkata lebih daripada yang sepatut dan seadilnya, lalu menyalahpimpin atau mempengaruhi pilihan dan keputusan pelanggan.

Walaupun apa jua kata kita yang sedap didengar, hukum kontrak menekan bahawa akhirnya, apa yang ditandatangani itulah kemudiannya yang berkuatkuasa dan mengikat kita. Sedangkan mungkin apa yang mengikat pelanggan itu, tidak seperti apa yang sedap didengar dari kita (agen insuran).

Justeru, obligasi dan tanggungjawab yang sebutkan di atas adalah penting untuk mengelakkan garar (syubhat) kepada kontrak perjanjian dimasuki. Hal ini jangan dilepas pandang kerana dokumen itu adalah asas dan inti kepada kontrak yang dimasuki.

Mungkin kebanyakan agen insuran merasa tiada keperluan untuk memberi penerangan itu tetapi ingatlah, saya takuti ia jatuh kepada elemen gharar @ syubhah yang menjejaskan kehalalan traksaksi kita lalu memberi kesan kepada pendapatan kita. Sila rujuk penulisan Dr Zaharuddin Abd Rahman dalan isu kepentingan kefahaman kedua belah pihak tentang kandungan akad dan isi kontrak dalam blog atau penulisan/bukunya.

Saya percaya ustaz-ustaz dan imam-imam yang menjadikan penjualan insuran ini sebagai kerjaya penuh atau sampingan, akan lebih mudah memahami dan menerima apa yang saya maksudkan.

Wallahu taala.



Rahsia Label Pada Buah-Buahan


Ada sebab mengapa setiap buah-buahan dan sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar. Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?

Berikut adalah perkara asas yang perlu anda ketahui apabila membaca label :

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU, itu bermakna produk itu ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?, ini bermakna produk itu adalah produk GMO (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO). Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

Haramjadah punya jantan(Gambar), paksa isteri sedang hamil main dengan sepupu

Suami 'kongsi' isteri sedang hamil didakwa
Suami 'kongsi' isteri sedang hamil didakwa Tertuduh pertama (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar. - Foto Ihsan myMetro Oleh Hafizudin Mohd Safar
KANGAR: Seorang suami yang memaksa isterinya yang sedang hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.

Panggang ayam di belakang ekzos kereta (Gambar)


SHMEE memanggang ayam belanda di belakang ekzos kereta Lamborghini Aventador.
NEW YORK: Seorang lelaki memanggang daging seekor ayam belanda dengan menggunakan api yang keluar dari ekzos kereta sport Lamborghini Aventador, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Lelaki tersebut yang bernama Shmee merakamkan video yang menunjukkan dia memanggang daging ayam belanda di belakang ekzos kereta yang berharga AS$450,000 (RM1.47 juta) itu.

Seorang lelaki lain berada di tempat pemandu kereta tersebut untuk menekan pedal minyak ketika dia memanggang ayam itu.

Rakaman video yang menunjukkan dia memanggang ayam tersebut telah dimuat naik di laman YouTube.

"Api banyak yang keluar (dari ekzos). Kami telah memasak ayam belanda," kata Shmee. 
-Agensi/kosmo-

2014: Tahun gelap buat Najib, Umno dan BN

Kedatangan tahun baru 2014 tidak disambut gembira oleh majoriti rakyat. Ramai yang menganggap tahun 2014 ini adalah tahun sengsara buat rakyat berikutan kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berpunca daripada kelemahan Najib dan anggota kabinetnya dalam mengurus ekonomi dan negara.

Dalam masa yang sama, sambutan kedatangan tahun baru 2014 juga bagaikan suatu malapetaka buat Najib. Jika tahun-tahun sebelumnya, kedatangan tahun baru disambut dengan kegembiran, keriangan dan percikan bunga api yang bergemerlapan tetapi pada tahun ini ia dimulakan dengan demonstrasi Turun di Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang kian meningkat.

Kehadiran puluhan ribu orang, khususnya anak-anak muda dalam perhimpunan Turun adalah petanda jelas bahawa kerajaan pimpinan Najib semakin tidak popular di mata rakyat. Meskipun pelbagai dakyah dan propaganda cuba dialunkan sebelum ini termasuk mengaitkan kononnya perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan sehingga hampir dua ribu golongan pendek akal turut membuat laporan polis mengenainya, hakikatnya rakyat tidak terpedaya dan goyah dengannya.

Berlangsungnya perhimpunan dengan aman dan tanpa kejadian besar yang tidak diingini, bukan saja membuktikan kematangan rakyat dalam melakukan sesuatu yang dibenarkan oleh perlembagaan tetapi juga membuktikan agenda mengguling kerajaan dan mencetuskan huru-hara bukanlah perkara pokoknya.

Perkara pokok yang ingin diperjuangkan melalui perhimpunan ini ialah untuk menunjukkan kepada kerajaan luahan hati rakyat yang sebenarnya amat terbeban dengan pelbagai kenaikan yang bakal mereka tempuhi bermula pada tahun 2014 ini. Dengan jumlah puluhan ribu yang hadir, setidak-tidaknya kerajaan mengambil langkah yang lebih pro aktif membendung kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini jika tidak mahu lebih banyak lagi perhimpunan seperti ini diadakan.

Dalam masa yang sama, tindakan Najib mengumumkan 11 langkah mengawal perbelanjaan kerajaan, termasuk pemotongan elaun menteri dan timbalan menteri, tidak dapat meredakan kemarahan rakyat. Malah sebahagian besarnya menolak langkah itu yang disifatkan hanya kosmetik, tidak berkesan dan ulangan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Pak Lah pada 2008 dahulu.

Bukan saja rakyat dan pimpinan PR yang menolak langkah yang diumumkan Najib itu, terbaru Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Alwi Che Ahmad turut meluahkan pandangan yang sama. Baginya, 11 langkah yang diumumkan Najib, termasuk pemotongan elaun menteri dan timbalan menteri tidak langsung memberi kesan kepada usaha meringankan beban hidup rakyat.

Rakyat, tambah Alwi lagi, tidak kisah pun mengenai gaji dan elaun tinggi yang diterima menteri dan timbalan menteri tetapi yang penting ialah harga barangan mestilah dalam keadaan yang berpatutan dan tidak membebankan kehidupan seharian mereka.

Kemunculan Alwi yang bersuara tidak senada dengan pendirian Najib dalam kenaikan harga barang ini mengiringi apa yang telah dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO sebelum ini seperti Saifuddin Abdullah dan Nur Jazlan Mohamed. Malah beberapa ahli akademik, termasuk yang sebelum ini pro kerajaan, turut meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan tanpa mengambil kira kesengsaraan hidup rakyat.

Muhyiddin pula yang merupakan orang nombor dua dalam parti dan kerajaan, turut mengumumkan bahawa kerajaan akan melihat semula langkah rasionalisasi subsidi secara lebih holistik supaya benar-benar membantu kumpulan sasar dan ini turut dilihat suatu permulaan menolak idea Najib yang sebelumnya dipersetujui oleh beliau.

Kumpulan yang menganjurkan perhimpunan ini pula berjanji akan terus mengadakan perhimpunan, malah dengan janji kehadiran yang lebih besar, sekiranya kerajaan gagal menurunkan harga barang dalam masa yang terdekat ini. Sehingga ini tarikh 1 Mei telah dipilih untuk mengadakan perhimpunan yang seterusnya tetapi dengan mood kemarahan rakyat yang kian membara sekarang ini, tidak mustahil bila-bila masa saja perhimpunan dengan notis yang singkat sudah boleh menggamit kehadiran yang ramai.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli ketika berucap di perhimpunan malam semalam tidak berselindung menyatakan bahawa jika harga barang tidak diturunkan, Najib yang akan dipastikan turun.

Mungkin yang dimaksudkan Rafizi ialah menurunkan Najib daripada takhta kuasa sebagai Perdana Menteri pada pilihanraya ke 14 yang seharusnya diadakan sebelum 2018, tetapi permulaan tahun 2014 yang boleh dianggap malapetaka buat Najib dan selain rakyat yang kian menunjukkan penolakan, malah semakin ramai pimpinan UMNO turut berani berbeza nada, masa depan beliau tidak lagi secerah langit di pagi hari.

Beliau kini sedang menuju permulaan zaman gelapnya dan jika pun mampu bertahan sehingga pilihanraya 2018 nanti, hari-hari yang dilaluinya pasti penuh dengan luka dan keadaan yang sengsara. UMNO dan BN dilihat amat berpotensi untuk kehilangan kuasanya semasa Najib menjadi nakhodanya. (SH 01/01/2014)

Pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam

Logo National Union of Bank Employees (NUBE)SHAH ALAM: Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.
Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

“Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.

“Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu.

“Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja.

“Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?,” katanya.

Cinta punca ramai Islam murtad

Cinta punca ramai Islam murtad
Cinta punca ramai Islam murtad Sebahagian ahli kariah hadir pada ceramah ‘Kepentingan Dakwah Kepada Masyarakat Majmuk dan Ancaman Murtad’.
MARANG: Cinta salah satu sebab utama orang Islam murtad, kata Naib Pengerusi 2 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor, Muhammad Fitri Abdullah ketika menyampaikan ceramah di Masjid Titian Baru.

Menurutnya, selain terperangkap dengan cinta yang membawa kepada perkahwinan, antara faktor utama lain menyebabkan orang Islam ingin menukar agama, sebab lain ialah pengaruh filem, kemiskinan, lemah pegangan agama serta terpengaruh dengan material.

“Faktor kejahilan menambahkan lagi masalah menukar agama ini kerana orang Islam tidak tahu untuk ajak orang bukan Islam masuk ke dalam Islam, sebaliknya mereka (pula) yang ditarik masuk ke dalam agama lain,” katanya ketika mengulas tajuk ceramah Kepentingan Dakwah Kepada Masyarakat Majmuk dan Ancaman Murtad anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payong, semalam.

Guan Eng mengamuk, Ahli Majlis tidur ketika Majlis angkat sumpah

Siapa yang kena sound dengan Guan Eng sebab tidur dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPPP ni.. sendiri mau ingatlah..

Nak tidurpun agak-agaklah.. ni tidak depan Guan Eng pun masih nak tidur.. kalau macam ni punya perangai agak-agak korang mamat yang kena sound dengan Guan Eng ni boleh buat kerja ke?

Dalam Majlis macam nipun dia boleh tidur.. kalau mesyuarat lagi sakanlah jawabnya..

Dulu ramai Ahli Majlis di Pulau Pinang ni merungut sebab elaun ciput, nak makan pun tak cukup.. tapi sekarang elaun dah dinaikkan lebih dari 100% dari RM700 menjadi RM1,500

Elaun bagi mesyuarat pula dulu RM60 setiap kali mesyuarat sekarang dah jadi RM100 dengan maxima 12 kali mesyuarat sebulan.

Ditambah pula dengan elaun komunikasi sebanyak RM300 sebulan, jadi pendapatan sebulan Ahli Majlis mencecah RM3,000

Jadi jangan malas.. bila orang call tu jawabla.. jangan tak jawab lepas tu bila ditanya keluarlah berbagai alasan bodoh.

Anda dilantik untuk mempermudahkan urusan antara rakyat dan Kerajaan Negeri, jadi berkhidmatlah dengan sebaiknya..

Kalau tak mampu nak jalankan tugas.. Sila LETAK JAWATAN!

Penang CM rebukes sleepy-head councillor

A Penang municipal councillor, who had nodded off to sleep during the swearing-in ceremony yesterday, was spotted by the chief minister himself.

Lim Guan Eng then made the pointed remark in his speech that councillors have been given a 100 percent increase in their allowance.

Without naming the person, he said: "It is inappropriate (behaviour) and is not a good start (to the councillor's tenure)."

"With the increased allowance up to RM3,000, there will be no more excuses for MPPP to not perform up to the people's expectations. Don't play-play with the people. Do you understand or not?"

Councillors had previously been given a basic monthly allowance of RM700, as well as RM60 for attending meetings, for a maximum of 10. This gave them a total of RM1,300 a month.

Following the adjustment, the basic monthly allowance has been increased to RM1,500, while RM100 will be paid for attendance at each meeting, for a maximum of 12.

Councillors now also have a communications allowance of RM300. As a result, the monthly total has gone up to RM3,000.

While councillors are not legally compelled to provide full-time services, Lim expressed the hope that they would do so.

"Under the state's policy, a councillor cannot hold two government positions," he said.

"For example, a councillor is not allowed to become an assistant to an assemblyperson (those on the government payroll) or a constituency coordinator, or to hold any main or paid post in the village and security development committee."

Lim also reminded councillors that their performance will be evaluated at every level of services, including whether or not they pick up and return calls.

"If the people find it difficult to contact you, the state government will not hesitate to terminate your services - and that includes NGO representatives - before your term ends," he warned.

DAP nominees not endorsed?

MPPP and the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) had issued their name lists for new councillors two days ago. There were eight new faces - five on the island and three in MPSP.

Two new MPPP councillors - Mohd Hariszuan Jaharudin and Connie Tan Hooi Peng - were said to have been appointed by the DAP leadership without getting endorsement from their respective divisions or parliamentary liaison committees (PLCs).

A similar situation had occurred last year with the DAP's appointment of Nur Fitriah Abdul Halim as councillor. This year, she was dropped after she refused to continue serving, citing personal reasons.

Addressing the issue at a press conference, Chow Kon Yeow - the exco for local government - explained that DAP branches, divisions or PLCs and state leaders can submit nominations for councillors, but that the party is not obliged to accept the candidates.

"The decision is up to the selection committee," he said after the swearing-in ceremony.

"If the branch insists that (all its nominations must be accepted), then it's status would be like that of the (party's) central executive committee."

On the appointment of only two women among 24 MPPP councillors, Chow said there were few candidates in the nominations list.

"So the DAP will encourage all PLCs to submit the name of at least one woman out of every four nominations," he added. ~ Yahoo News

Ini baru pasal Ahli Majlis MPPP belum lagi Ahli Majlis MPSP, dengar cerita ada rombakan.. rombakan ikut suka depa..

Kerana survival politik peribadi, ada pihak dah langgar apa yang diluluskan dalam Konvensyen Khas PKR baru-baru ini..

Lantikan mellalui penamaan yang seharusnya dilakukan oleh Cabang-Cabang PKR, dilakukan olehnya dengan membelakangkan semua Cabang-cabang yang ada, seolah-olah PKR Pulau Pinang ni mak bapak dia yang punya..

Dan yang dinamakan sebagai Ahli Majlis itu pula memang terkenal sebagai Ahli Majlis yang paling susah nak menjawab panggilan telefon..

Dah pegang dua atau tiga jawatan tapi langsung tak ada satu pun yang perform.. jadi baguslah bila Kerajaan Negeri dah tetapkan Ahli Majlis hanya boleh pegang satu jawatan dalam Kerajaan Negeri.. mungkin sebab dia nilah kot..

Kenapa dilantik juga?.. sebab nak bodek Ketua Umum lah tu... kan Pemilihan PKR dah dekat, nak lawan atas kapasiti individu tak ada kekuatan jadi Ketua Umum perlu dibodek untuk memudahkan laluan..

Kalimah Allah, bughah: Harussani, Nooh Gadot dikecam

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mengecam Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadot ekoran kontroversi kalimah Allah sekarang ini dan perhimpunan Turun.

“Kalimah Allah djadikan isu. Bekas Mufti kata kufur kalau benarkan. Nabi (Muhammad saw) tidak halang. Para sahabat (Nabi) tidak menghalang. Oooi bekas Mufti, depa smua kufur ke?” kata Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS III Selangor dalam laman mikro blog, Twitter.

Pada hari Khamis, Harussani turut mengecam kumpulan TURUN yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka di ambang kemerdekaan.

Beliau berkata: “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”

Khalid juga marah terhadap Harussani dan menyatakan Harussani ialah seorang mufti bahlol ekoran label bughah yang diberikan Harussani terhadap peserta perhimpunan Turun.

“Ada pula mufti yg halalkan darah peserta TURUN! Nak gambarkan Islam kejam dan sifat diktator! Kononnya bughah. Mufti bahlol disayangi UMNO!

“Mufti tak tahu ke, tegur pemerintah adalah wajib? Itu kerja mufti tapi tak buat kerana sibuk mengampu. Maka rakyat buat! Bughah bila bersenjata,” kata Khalid.

Seorang pengguna Twitter menuduh Khalid menyokong gereja Kristian dalam isu kalimah Allah.

Pengguna Twitter @jackfadzli berkata: Baguslah sokong puak-puak gereja. Bagi cucu hang baca dak lagi Bible?”

Khalid lantas menjawab: “Quran dah cerita apa yg dceritakn dlm Bible. Tak baca Quran?”