Akibat hilang sabar dengar rengekan ghairah rakan serumah dan teman wanitanya

Arifin Salleh
ALOR GAJAH: Tidak tahan mendengar rengekan manja rakan serumah yang kerap meniduri buah hatinya di sebuah rumah sewa di sekitar taman perumahan di daerah ini, rakannya yang tidak mahu bersubahat itu nekad keluar dari rumah lalu menghubungi penduduk sebelum pasangan itu dicekup, pagi tadi.

Lebih mengejutkan, ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi itu mendapati pasangan lelaki berusia 27 tahun yang baru empat bulan bekerja di sebuah syarikat automotif di sini, hanya memakai seluar boxer tanpa baju manakala pasangannya yang berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penjual buah bertelanjang bulat.
Difahamkan, beberapa penduduk taman perumahan berkenaan yang membuat intipan bersama dua anggota polis peronda dilakukan selepas menerima maklumat seorang lelaki yang juga teman serumah pasangan terbabit yang tidak tahan dengan perangai rakan serumahnya itu biarpun teguran sudah diberikan.

Menurut sumber, difahamkan lelaki terbabit bukan sahaja berani membawa pasangannya yang menetap di sekitar daerah ini bermalam di rumah sewanya malah lelaki itu tidak segan melampiaskan hawa nafsu mereka dengan suara memberahikan biarpun tahu rakan serumahnya itu berada di dalam rumah.

"Selepas menerima maklumat dari seorang lelaki yang mendakwa rakan serumah pasangan terbabit, beberapa penduduk melakukan intipan di rumah berkenaan namun mendapati rumah sewa itu bergelap sebelum beberapa jiran memaklumkan pasangan terbabit berkurung di dalam rumah beberapa minit kemudian.

"Penduduk taman yang curiga dengan keadaan itu terus menghubungi pihak polis yang tiba dan membuat kepungan bersama beberapa penduduk di bahagian belakang rumah manakala sebahagiannya lagi menunggu di hadapan rumah sewa berkenaan sebelum pintu utama rumah berkenaan diketuk," kata sumber.
-hmetro-

Lari 100 meter dengan pisau tertusuk di perut ditikam bapa tiri yang cuba merogolnya

Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang wanita terpaksa berlari kira-kira 100 meter meminta pertolongan dalam keadaan pisau masih tertusuk di perutnya selepas ditikam bapa tiri yang dipercayai cuba merogolnya dalam kejadian di Taman Prince Philips, Tanjung Aru, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa berusia 33 tahun ditemui orang ramai dalam keadaan berlumuran darah selain luka di kepala sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dengan dahan pokok selain kesan tikaman sedalam tiga sentimeter pada perut.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek berusia 54 tahun yang bakal didakwa di mahkamah terhadap tuduhan melakukan penderaan fizikal terhadap mangsa dikatakan mengajak wanita itu bertemu ‘abangnya’ di pusat bandar raya untuk berbincang.
Foto
LOKASI mangsa ditemui terbaring selepas dipercayai ditikam suspek yang juga bapa tirinya.
Kedua-dua mereka bertolak dari rumahnya di Kampung Laut Papar kira-kira jam 6 pagi dengan menaiki kereta api dan tiba di Stesen Kereta Api Tanjung Aru, sejam kemudian.

Suspek kemudian mengajak mangsa berjalan kaki ke arah pantai dengan alasan abangnya menetap berhampiran kawasan itu.

Namun, sebaik tiba di kawasan belukar berhampiran, suspek tiba-tiba naik angin dan mengarahkan mangsa menarik semula laporan polis dibuatnya.

Suspek turut memaksa wanita berkenaan menarik semula aduan mengatakannya melakukan penderaan fizikal terhadap mangsa.
-hmetro-

PRK Kajang: Apa nak jadi, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim terus bercakaran

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan negeri menghukum pesaing politiknya.
Merujuk kepada pemecatan lebih 20 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azmin menegaskan tindakan tersebut "amat tidak bertanggungjawab" dan keputusannya mesti disemak semula.

"Saya menyeru pihak yang mempunyai kuasa dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi apa-apa tindakan yang tidak bertimbang rasa dan menindas

"Demi kepentingan keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid mesti berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya dilihat," katanya dalam satu kenyataan.

Azmin, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Selangor, ditamatkan kontrak sebagai ahli lembaga pengarah PKNS bulan lalu dan ia dilihat sebagai pergeseran terbuka antara Khalid dan beliau.

10 Wanita Paling Kejam Di Dunia

Kejam dan zalim tidak pernah mengenal jantina, ini hakikat yang perlu kita akur. Biasanya terdapat faktor-faktor tertentu yang mendorong individu tertentu, termasuklah wanita untuk menjadi seseorang yang zalim dan kejam.

Antaranya, ialah penindasan dan penyeksaan yang dialami pada masa silam, ketidakadilan undang-undang dan kepincangan masyarakat. Namun ada juga yang membunuh, sekali gus menjadi zalim dan kejam tanpa sebab yang berasas dan faktor yang munasabah.

Berikut dipaparkan 10 orang wanita paling kejam di dunia.

1. Jiang Qing(1914-1991)

Jiang Qing atau Madame Mao adalah isteri kepada diktator Komunis China, Mao Zedong.

Beliau menjadi dalang di sebalik Revolusi Budaya China yang digelar Red Guards. Kezaliman yang dilakukan wanita ini ialah penyeksaan terhadap penduduk China yang enggan patuh pada arahan ketenteraan. Mangsa kekejamannya dikatakan melebihi 500 ribu orang

2. Elizabeth I of England(1533-1603)

Beliau digelar sebagai Raja Paling Kejam kerana membunuh ribuan penganut Katolik di Ireland. Beliau turut terlibat dlam rompakan terhadap kapal Sepanyol dan turut menjadi dalang pemerdagangan kanak-kanak. Mangsa kekejamannya lebih kurang 1000 orang.

3. Elena Ceau Escu(1916-1989)

Wanita kelahiran Romania ini merupakan isteri kepada pemimpin Komunis Nicolae Ceausescu. Beliau bertanggungjawab terhadap kelahiran bayi haram antara tahun 1970 dan 1980, serta melakukan penindasan di gereja dan menyekat makanan kepada golongan miskin hingga menyebabkan kebuluran. Korban kekejamannya dikatakan seramai 100 orang

4. Phoolan Devi (1963-2001)

Beliau telah melakukan kebangkitan bersenjata bersama kumpulan samseng pimpinan bekas suaminya. Beliau telah membunuh 22 orang lelaki yang pernah merogolnya beramai di Behmai, India. Secara peribadi saya menanggap kisahnya amat menyayat hati dan keadaan telah memaksanya menjadi ganas dan kejam, sila baca di --> SINI
5. Rosemary West(1953)

Telah melakukan pembunuhan bersama suaminya,Fred West. Beliau telah menyeksa dan membunuh 12 orang wanita termasuk anaknya. Pasangan ini juga menculik mangsa di perhentian bas sekitar Glouster,Britain.

6. Delphine Lalaurie(1775-1842).

Melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dengan merantai kaki dan mengurung mereka di loteng rumah. Perkara ini dibongkar ketika anggota bomba melakukan siasatan kes kebakaran di rumahnya New Orleans, Amerika Syarikat. Beliau menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa uji kaji penukaran jantina dan membiarkan mereka kelaparan dengan menjahit mulut kanak-kanak tersebut.

7. Marybeth Tinning (1972- 1985)

Beliau telah membunuh Sembilan orang anaknya dengan mencekik kesemua mangsa. Beliau akhirnya dihukum penjara selama 20 tahun.

8. Dorothea Puente (1929)

Kekejamannya ialah membunuh penyewa yang menyewa di kawasan kejiran dengan memenggal kepala dan merompak wang mangsa ketika mangsa sedang tidur.

9. Karla Homolka(1970)

Beliau telah bersubahat dengan suaminya, Paul Bernado untuk merogol dan membunuh gadis termasuk adiknya sendiri, Tammy Homolka. Bagaimanapun, warga Amerika Syarikat ini dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas 12 tahun dipenjarakan.

10. Williamina ‘Minnie’ Dean (1844-1895)

Beliau merupakan seorang pengasuh kanak-kanak paling kejam di New Zealand. Beliau telah membunuh puluhan kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat daripada golongan ibu tunggal.

Pelbagai lagi di malaysiasensasi.net

Minum campuran arak, telur mentah, minyak enjin dan air kencing sendiri hanya untuk popular

London: Seorang lelaki merakamkan dirinya menelan tiga ikan emas hidup-hidup dalam pertandingan ‘NekNominate’ yang kini menjadi kegilaan di Internet.

Lelaki itu yang dipercayai berasal dari Derby dilihat minum air menjijikkan iaitu campuran arak, telur mentah, minyak enjin dan air kencingnya sendiri di dalam gelas bersaiz besar. Dalam video itu, dia dilihat memakai hanya seluar dalam dan tali leher kupu-kupu sambil tersenyum kepada kamera yang merakamkannya.

Aksinya itu dipuji penonton, malah mereka bersorak memberi sokongan.

Seorang daripada mereka berkata: “Sudah agak, mesti kamu boleh lakukannya. Ikan itulah senjata rahsia kamu!” Sementara itu seorang lagi mengakui hampir termuntah melihat aksi lelaki terbabit dan menggelarnya yang paling teruk disaksikan setakat ini.

Pertubuhan RSPCA sebelum ini mengutuk trend yang dianggapnya dahsyat dan gila selepas menerima pelbagai aduan mengenai pengguna Internet menelan ikan hidup yang dirakamkan dan dimuat naik ke pelbagai laman web. “Trend terbaru ini amat mengejutkan dan kami bimbang dengan jumlah laporan diterima mengatakan ia turut membabitkan haiwan. Lebih teruk lagi, mungkin ramai lagi di luar sana yang melakukan lebih teruk kepada haiwan namun tidak dilaporkan.

“Tindakan memakan haiwan hidup dan memuat naik aksi itu di Internet bukannya jenaka biasa. Ia perbuatan yang tidak dapat diterima kerana memberi mesej bahawa tidak salah bertindak kejam terhadap haiwan asalkan untuk hiburan,” kata saintis hidupan liar Nicola White.

“Kami menggesa orang ramai tidak melakukan kekejaman seperti itu dan melaporkan kepada kami jika mengetahui sesiapa mengambil bahagian,” kata saintis hidupan liar Nicola White.

NekNominate adalah trend baru yang melihat pengguna Internet merakamkan diri mereka minum minuman beralkohol dalam kuantiti banyak selain melakukan pelbagai perkara pelik lain.

Baru-baru ini dua pemuda di Ireland maut ketika melakukannya. - AFP/hmetro

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati kerana memenggal kepala seorang bayi dan meminum darahnya

New Delhi: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati kerana memenggal kepala seorang bayi sebelum meminum darahnya.

Kejadian berlaku dua tahun lalu di perkampungan Kalakuri di Bankura, Bengal Barat, lapor media. Lakshmi Kanta Sarkar ditemui di tempat pemujaan dekat kawasan kubur sedang meminum darah dari kepala bayi yang terputus yang digantung di dahan pokok oleh sekumpulan penduduk kampung.

Penduduk kemudian membelasahnya hingga parah dan polis terpaksa campur tangan sebelum dia ditangkap, lapor The Times of India. Sarkar dijatuhkan hukuman mati selepas 17 saksi memberi keterangan terhadapnya di mahkamah daerah Sulagna Dastidar di Bankura.

Walaupun kanibalisme dan pengorbanan darah atas nama ilmu hitam jarang berlaku di India, tetapi terdapat kes sama yang dikesan sejak beberapa tahun lalu. - AFP/hmetro

Borang soal selidik menanyakan soalan seks untuk murid sekolah rendah di Negeri Sembilan

Soalan seks untuk murid sekolah?
SEREMBAN: Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.

Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.

Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

“Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.

Arul Kumar berkata, tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.

“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.

Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.

"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.

Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil.

Jurukamera dakwa terima ugutan bunuh anaknya

Seorang jurukamera TV9 Perlis hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh anak bongsunya oleh orang yang tidak dikenali.

Baseri Din, 55, berkata ugutan bunuh itu ditulis dengan jari di cermin belakang keretanya.

Katanya dia hanya menyedari mengenai ugutan bunuh itu selepas dimaklumkan seorang anggota polis semasa datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri untuk membuat liputan sidang akhbar Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa pada 9.45 pagi ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kangar, ASP Sabtu Md Ali yang ditemui pemberita berkata polis sedang menyiasat laporan itu, termasuk menggunakan khidmat bahagian forensik untuk mengenal pasti cap jari orang yang menulis ugutan itu.
-Bernama-

Bekas mufti Perlis terus membelasah bangsawan samseng untuk sekian kalinya

Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi.

Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi.

Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.

Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja.

Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah.

Kehendak mereka by hook or by crook mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.

Mengajar bangsawan Samseng

Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman”.

Kata ‘Umar: “Ya!”

Kata lelaki itu: “Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin al-‘As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: 'Aku anak golongan yang mulia'.”

Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir ‘Amr bin al-‘As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut.

Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: “Pukul dia”.

Dia pun memukul sambil Umar berkata: “Pukullah anak golongan yang mulia”.

Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: “Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti.”

Kemudian Umar berkata kepadanya: “Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala ‘Amr bin al-‘As)”.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai.”
Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin al-‘As: “Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?”

Jawab ‘Amr bin al-‘As: “Sesungguhnya aku tidak tahu kes ini”.

Sama di sisi Tuhan

Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal ‘Amr bin al-‘As seorang sahabat Nabi SAW.

Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi.

Nabi SAW menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).

Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak.

Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan “kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!”.

Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian.
Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku." (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan.

Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.

Pupus

Perlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampuk kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?

Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.

Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap.

Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman.

Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas hadis Nabi SAW mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rom paling banyak rakyatnya.

Kata ‘Amr: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya.

“Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka.

“Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja.”

Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.

Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa.

“Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempatlan di muzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.

Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dilibas Bola Golf (Gambar)

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf di Kelab Golf Keningau di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan.

“Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi.

“Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.

Nama 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' tapi perangai macam setan

Tawaran RM1200 tampar Teresa Kok

Satu perikatan NGO dikenali sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamkannya.

Tawaran itu dibuat aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah yang menjadi pengacara majlis demo ringkas perikatan NGO itu berhampiran Jalan Tun Perak, tengahari tadi.

"Pada mereka yang sanggup menampar Teresa Kok akan diberikan ganjaran RM500.


"Ganjaran ini akan diberikan secara tunai kepada pemuda-pemuda yang berani mempertahankan tanahair.

"Ganjaran ini akan dikumpul dari NGO Jemaah Islam Malaysia," katanya penuh bersemangat.

Beliau mengacarakan perhimpunan itu yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Beliau kemudian mengetuai laungan, "Jahanam Teresa Kok!" sebanyak enam kali dan disambut oleh peserta-peserta lain.

Ia disusuli pula dengan laungan "Petualang mesti dihancurkan dari bumi bertuah ini!" yang turut diulang oleh peserta-peserta lain.


Tawaran luar biasa itu dipercayai dibuat sebagai reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.

Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.

Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .

Antara lain, merujuk kepada cincin berlian, beg tangan berjenama dan hartanah di New York dan juga beberapa bahan berita lain yang berkaitan pelancongan dan pendidikan vernakular.

Perhimpunan ringkas itu turut disertai beberapa NGO pro-Islam lain dan wakil-wakil mereka turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan.


Pengerusi Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API), Datuk Seri Aziz Nani menggesa pihak berkuasa bertindak ke atas Teresa Kok jika tidak mahu mereka bertindak sendiri.

"Ini semua NGO Islam, seandainya pihak berkuasa gagal bertindak terhadap Teresa Kok, kami sendiri akan bertindak seperti yang perlu pada Teresa Kok," katanya tegas.

Sebahagian peserta himpunan sebelum itu memegang poster dengan gambar ayam yang kepalanya diganti dengan kepala Teresa.

Poster itu menawarkan ganjaran RM500 kepada individu pertama yang berjaya menampar Kok dan merakamkannya sebagai bukti.

Anak Azam ada istana di syurga

Subky Latif

Dua kali saya lihat Azam Abdul Rahman, mantan Presiden ABIM dan isterinya muncul di kaca TV berikut kematian anak laki-laki tunggal mereka, Amar dalam kemalangan jalan raya di Istanbul November lalu.

Sekalipun terlambat saya menyampaikan takziah kepada mereka, tetapi dengan layanan istimewa yang diberikan oleh masyarakat dan kerajaan Turki terhadap pengkebumian Amar, tidak salah kiranya takziah saya itu ditukar kepada tahniah untuk kedua ibu bapa itu.

Amar seorang talib iaitu pelajar agama yang cemerlang, justeru penguasaannya terhadap pengajiannya, dalam waktu yang singkat, dia berjaya mencapai kecemerlangan yang luar biasa hingga menarik perhatian masyarakat Islam Turki. Ilmu yang dituntutnya ialah segala keperluan yang mencakup bidang dakwah khususnya tentang sejarah empayar Othmaniyah.

Saya juga 20 tahun lalu menghantar anak ke Turki yang saya impikan untuk menjadi kepakaran dalam sejarah keagungan empayar itu seperti pencapaian satu-satunya pakar di bidang itu iaitu Abdul Hamid Alga yang berasal dari Britain.

Dakwah Islam memerlukan penguasaan ilmu itu. Impian itu tidak tercapai, tetapi anak Azam sedang memanjat tangga ke puncak itu ketika kembali ke pangkuan Allah.

Maka putera bertuah itu dimakamkan bersama kuburan seorang sahabat Rasulullah di Istanbul, makam yang lazimnya di khasnya kepada pemimpin dan ulama tersohor. Pengkebumian Amar dihadiri oleh pembesar dan ulama terkenal Turki.

Dalam kedua kemunculan ibu bapanya di TV, saya kagum dengan ketabahan dan ketenangan ibu yang kehilangan anak laki-laki tunggal itu. Dia reda dengan kejadian itu, mungkin dapat saya samakan dengan kebanggaan seorang ibu di zaman Rasulullah SAW yang bangga mendengar berita anaknya syahid dalam jihad.

Saya dengar doa kedua ibu bapa itu moga-moga Amar diberi ganjaran dan kebahagian di alam akhirat. Amin.

Saya yakin doa ibu dan bapa Amar itu memang diperkenan Allah, kerana saya teringat akan hadis sahih Rasulullah SAW yang bermaksud, betapa seorang pelajar yang mati semasa menuntut ilmu, Allah sediakan istana di syurga sebesar dari rumah yang didiaminya bersama ibu bapa hingga ke tempat kematiannya.

Amar diyakini berada dalam kategori yang bertuah ini bahawa istana yang dijanjikan untuknya adalah sebesar dari Malaysia hingga ke Istanbul. Bayangkan betapa besar istananya itu hingga kita mengambil masa sekitar tujuh atau lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul. Istana itu adalah merentas benua. Jika bentuk istana itu bulat atau empat pergi dibina di muka bumi ini nescaya ia merangkum sebahagian besar benua Asia, Afrika Utara dan timur Eropah yang di dalamnya mungkin termasuk Rom dan sebahagian dari Perancis.

Dalam Islam apa jua harta dan kekayaan yang dimiliki oleh seorang anak adalah kepunyaan ibu dan bapa, sama ada anak itu suka atau tidak suka, secara atomatis ibu bapa berhak atasnya.

Istana yang dijanjikan untuk Amar adalah hartanya di syurga, moga-moga syafaat dari anak yang soleh ini melempah kepada ibu bapanya yang beriman, dan dipercayai merasa aman dengan ganjaran yang diperoleh dari anak seperti itu. Jika kedua ibu bapa itu kekal dalam iman, tentulah istana anaknya itu juga adalah istananya.

Maka saya tidak menyinggong Azam dan isterinya jika saya tukar takziah kepada tahniah atas berita yang tentunya satu kegembiraan.

Lagi peringatan untuk golongan Bangsawan samseng - Dr. MaZa

Dr. MaZa

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.

Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.

Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.

Daulat Raja

Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.

Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.

Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.

Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.

Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjaya diislamisasikan.

Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.

Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.
Gambar Hiasan
Raja Adil Raja Ditaati

Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.

Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.

Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.

Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.

Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?

Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.-drmaza.com

Gambar Aktres Bollywood pakai pakaian yang diperbuat dari daging kambing


TANISHA memakai pakaian yang diperbuat daripada daging kambing di Mumbai semalam.- AFP
MUMBAI: Seorang pelakon filem Bollywood, Tanisha Singh memakai pakaian yang diperbuat daripada daging kambing di sini semalam.

Dia yang pernah berlakon dalam filem Sarker Raj memakai pakaian itu semasa sesi fotografi untuk kempen menyelamatkan haiwan.

Pada tahun 2010, seorang penyanyi terkenal, Lady Gaga pernah memakai pakaian yang diperbuat daripada daging pada Anugerah Video Muzik di Los Angeles pada tahun 2010. - AFP/kosmo

Tiga beradik ini membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah

Manila: Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.

Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.

Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.

Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.

Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.

“Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.
Foto
DANTE (kanan), Paroy (kiri) dan Ibrahim menafikan tuduhan bunuh ibu mereka.
“Semuanya akan menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. - Agensi/hmetro

Gambar Ashraf Muslim mesra bersama kedua-dua isterinya

Gaddafi Musli
'Saya sayang kamu berdua'
KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Ashraf Muslim yang mengejutkan ramai pihak apabila bernikah kali kedua secara rahsia tahun lalu, memuat naik foto mesra bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ashraf yang bakal menunaikan umrah di tanah suci Mekah, memuat naik status dan gambar berkenaan di laman sosial Facebook rasminya pada jam 3 petang semalam.

"Assalamualaikum semua.. saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. saya sayang kamu berdua.. doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat.

"Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah," katanya dalam posting berkenaan.

Foto
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat Ashraf gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Noor Dayana dan Wan Sakinah serta berharap hubungan mereka sentiasa dalam bahagia.


"Alhamdulillah... semakin org mengata semakin Allah membahagiakan mereka,” komen seorang peminat, Sharifah Anum Nazri.
-hmetro-

Pemain pertahanan T-Team Ifran Abd Ghani yang berasal dari Johor belot?

t-team
PENGURUSAN T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan.

Katanya kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.

Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami oleh pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT.

"Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Syahrizan pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team.

Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.

Hari ini, Irfan telah membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team.

Pada perlawanan tersebut, T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan.

JDT mendahului 2-1 pada ketika itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden tersebut esok./Bernama

Dr, Asri memberi peringatan kepada BANGSAWAN yang berlagak SAMSENG

Facebook DrMAZA.com 
Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati.

Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut.

Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam.

Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)