Jangan main-main naluri isteri, instinct depa kuat

MUHAMAD MAT YAKIM
BEBERAPA hari lepas, saya duduk berborak dengan mereka yang sudah melimpah ruah pengalamannya mengenai hal ehwal wanita. Walaupun sudah masuk umur 43 dan sudah hampir 20 tahun berumahtangga tetapi bercampur dengan mereka, saya berasa diri seperti anak muda mentah.

Rupanya masih banyak yang saya tidak tahu mengenai wanita. Betullah seperti apa yang dikata oleh seorang kawan, wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH dengan seribu satu misteri. Dan meneroka misteri wanita adalah pengembaraan hidup yang sangat menarik. Namun pengembaraan ini tidak ada destinasi muktamadnya sebagaimana misterinya wanita yang tidak pernah ada jawapan tuntas bagi setiap persoalan membabitkan mereka.

Dalam perbualan itu, berkatalah seorang daripada bijak pandai ini bahawa lelaki jangan berasa diri mereka sudah cukup pandai untuk menyembunyikan rahsia daripada isteri, terutama suami yang daripada spesis patin buah iaitu mereka yang mengamalkan cara hidup liar, bebas seperti patin yang di luar sangkar.

"Orang perempuan ni kita tak tau, instinct depa kuat. Apa yang kita buat di luar rumah, depa boleh rasa. Tinggal lagi sama ada depa nak bising atau tidak saja," katanya.

Menyusul selepas, macam-macam pandangan dikemukakan. Ada yang mengatakan dalam pada suami yang jenis patin buah itu berasa mereka sudah cukup bijak menyembunyikan kegiatan kokurikulum daripada pengetahuan isteri, keharmonian rumah tangga sebaliknya berjaya dikekalkan hanya bersebab kesabaran isteri.

"Isteri ni... depa saja tak mau buat kecoh. Selagi mana dirasa apa yang dibuat suami di luar rumah tak menjejaskan depa, selagi itulah depa bertahan. Ada juga yang fikir, kalau depa bising, keadaan akan jadi lebih haru biru. Anak-anak macam mana?

"Bagi mak-mak ni, anak-anak lebih utama. Sebab itu depa diam. Walaupun makan hati, depa tak bising sebab depa tau, kalau depa bising, akibatnya mungkin lebih buruk untuk depa." Demikian salah satu pendapat yang dikemukakan.

Menariknya, untuk mengiyakan lagi tajuk itu, seorang daripada rakan saya itu buat pengakuan. Katanya, pernah suatu ketika bekerja di luar kawasan, dia terserempak dengan kekasih lamanya sewaktu universiti dahulu.

"Nak jadi cerita, ex-girlfriend aku tu tak kahwin lagi. Bila dah terjumpa, dan aku pun tengok dia masih lawa, semangat lama pun datang balik. Kami pergi makan dan berborak agak lama. Kiranya dalam hati aku memang ada niat nak sambung balik apa yang sudah terputus."

Namun dengan tidak semena-mena kata kawan saya itu, keasyikannya menganyam impian tiba-tiba tersentap apabila isterinya telefon.

"Sebelum tu, tak pernah sekalipun dia call waktu kerja. Biasanya bila kerja outstation, malam aku yang call dia untuk tanya khabar, tahu-tahu hari tu, entah macam mana dia teringat nak call aku pulak. Dan lagi yang paling tak sedap, dia tanya aku ok ke tak? Tiba-tiba saja. Bila aku tanya dia sebab apa tanya macam tu, dia kata, entah, tiba-tiba saja rasa tak sedap hati," katanya.

Sejak itu, kata si rakan, jangankan impian jangka panjang, impian jangka pendeknya pun terus terhenti di situ juga. Taubat nasuha terus dia. Kawan saya itu bukan spesies patin buah tetapi patin sangkar!

Saya teringat satu cerita yang lain. Ini berkaitan hipnosis. Hipnosis biasanya dikaitkan dengan keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidur tetapi tidak tidur. Adapun apa yang berlaku kepada seorang kawan seperti yang dia sendiri akui, bagi saya adalah paling 'membahayakan'.

Katanya, pernah terjadi dalam keadaan tidak sedar, dia sendiri bercerita habis apa yang dilakukan di luar rumah kepada isterinya.

"Esoknya dia bercerita balik pada aku apa yang aku ceritakan pada dia, walhal masa itu aku tidur. Rupa-rupanya time aku tak sedar (tidur) tu, dia interview aku dan aku pun ceritakan semuanya. Sejak itu, nak tidur malam pun aku takut, takut kena interview lagi," katanya disambut gelak ketawa kami semua.

Kepada suami-suami patin buah, berhati-hatilah ataupun kembalilah ke sangkar menjadi patin sangkar.

Kepada pembaca Kelab 40, selamat mengundi untuk Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013.
-sinarharian-

Anwar umum tidak bertanding PRK DUN Kajang, akan terus berkempen

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengesahkan beliau bukan lagi calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik," katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac nanti.

Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang setelah mahkamah rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium enam tahun lepas.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun atas kesalahan tersebut dan Anwar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Persoalan yang timbul kini, ialah siapakah yang bakal dipertaruhkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Nama dua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail disebut-sebut bakal menggantikan Anwar sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang dilaksanakan pada 23 Mac nanti manakala penamaan calon pula pada 11 Mac.

Keputusan Mahkamah Rayuan tidak memeranjatkan

Ikhwan Zulkaflee
Keputusan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II ini dipengaruhi oleh politik, kata ahli akademik.
james chinPETALING JAYA: Beberapa ahli akademik hari ini berkata keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Liwat II bukan perkara yang mengejutkan.

Menurut Prof James Chin dari Monash University, keputusan ini sebenarnya sudahpun dijangkakan oleh orang ramai.

“Ramai orang sudah tahu Anwar akan didapati bersalah dalam kes ini,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Menurutnya lagi, keputusan ini mungkin akan menyebabkan Anwar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, bahkan mungkin akan turut kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya.

“Jika dia didenda lebih dari RM2,000 dan dipenjarakan lebih dari dua tahun bukan sekadar dia tidak boleh bertanding di Kajang tapi dia juga akan kehilangan kerusi Permatang Pauh,” katanya lagi.

Namun, menurut James lagi, beliau yakin kerjaya politik Anwar tidak akan terbatas begitu sahaja walaupun didapati bersalah dalam kes ini.

`Kerjaya politik tidak tamat’

“Kerjaya politik dia tidak akan tamat. Ini bukan kali pertama dia didapati bersalah, dulu didapati bersalah salah guna kuasa.

“Kalau dia tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang, dia masih layak untuk bertanding dalam pilihan raya seterusnya, tak ada masalah,” katanya lagi, sambil menambah PKR bakal menghadapi masalah bagi menggantikan pemimpin seperti Anwar.

Sementara itu, menurut seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan, Prof Madya Andrew Aeria, keputusan ini jelas menunjukkan negara Malaysia mengamalkan pemerintahan ala ‘Autoritarianisme’.

“Keputusan dibuat tidak mengikut undang-undang antarabangsa. Kononnya Malaysia nak menjadi negara bertamadun.

“Keputusan ini dipengaruhi oleh politik…semua orang nampak. Saya rasa ramai orang tidak akan menerima hukuman ini kerasa nampak sangat elemen politik,” jelasnya.

Menurut beliau, Anwar seharusnya dibicarakan mengikut piaiwaan antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hari ini, Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 apabila Mahkamah Rayuan membenarkan Putrajaya mengenepikan pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2012.

Seorang lelaki berusia 34 tahun bunuh diri bantah ayah kahwin lagi

Sanaa: Seorang lelaki berusia 34 tahun membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya di tingkat 15 selepas mengetahui ayahnya mahu berkahwin lagi.
Pelajar perubatan, Ramzi Modhesh menunggu dua rakan serumahnya masuk ke bilik masing-masing sebelum bertindak demikian.

Dia dilaporkan mati di tempat kejadian.

Menurut rakannya, Ramzi sebelum ini pernah cuba membunuh diri selepas mendapat tahu ayahnya mempunyai isteri kedua. - Agensi

Rakyat Malaysia sudah cecah 30 Juta berikut adalah statistik penduduk di Malaysia

KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk di Malaysia kini mencatatkan rekod baharu apabila mencecah angka 30 juta orang kelmarin.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu.

Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang.

“Jumlah tersebut berdasarkan kajian dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit.

Maklumat lanjut perangkaan jumlah rakyat Malaysia bagi tahun 2014 klik sini – MRM bagi Malaysia Population Clock klik sini

Sumber Kosmo Online

Statistik 2012 penduduk Islam dan agama lain di Malaysia:

Dari 28.334juta rakyat malaysia,
penganut Islam adalah 17,375juta (61.3%) ,
Kristian 2.617j (9.2%),
Buddhist 5.620j (19.8%),
Hindu 1.77 (6.3%),
Cina Tradisi 0.356j (1.2%),
lain-lain 0.11j (0.4%),
tiada agama 0.2j (0.7%)
dan tidak diketahui 0.272j (1%)
Perkembangan agama diMalaysia dari tahun 2000 ke 2010 adalah spt. berikut

1. Islam 60.4% pada 2000 ke 61.3%
2. Kristian 9.1% ke 9.2%
3. Buddha 19.2% ke 19.8%
4. Hindu 6.3% ke 6.3%
5. Cina Tradisi 2.6% ke 1.4%
6. Lain-lain 2.3% ke 1.1%
7. Tak diketahui 0.1% – 0.9%

Statistik agama utk bangsa Cina di Malaysia spt dibawah:

1. Jumlah penduduk kaum Cina adalah 6.392juta dari 28.33juta (22.56%)
2. Cina Muslim 42,048 (0.65%)
3. Buddhist 5.314j (83.1% pada 2010 dari 75.9% pada 2000)
4. Kristian 0.704juta (11% pada 2010 dari 9.6% pada 2000
5. Cina Tradisi 218,261 (3.4% pada 2010 dari 10.6% pada 2000)

Statistik agama utk kaum India :
1. Jumlah penduduk kaum India 1.9juta (6.7%) dari penduduk Malaysia
2. India Muslim 78,702 (4.1% pada 2010 dari 3.8% pada 2000)
3. India Hindu 1.644juta (84.5% pada 2010 dari 84.5% pada 2000)
4. India Kristian 114,281 (6% pada 2010 dari 7.7% pada 2000)

Petikan: Sumber

Kemalangan 3 penumpang putus kepala

Moscow: Seorang pemandu traktor yang mabuk secara tidak sengaja menyebabkan kepala tiga orang terputus selepas dia terbabas dan merempuh kenderaan dinaiki mereka, semalam.

Jacob Gavrilov, 43, menunjukkan paras alkohol lima kali melebihi tahap dibenarkan manakala lampu kenderaannya tidak dinyalakan ketika kejadian.

Akibatnya, Joseph Zhdanov, 32, isterinya Maria, 28, dan rakan mereka mati serta-merta dalam kejadian lewat malam di Irkutsk Oblast, selatan Russia itu.

Akbat kejadian itu, tayar depan traktor berkenaan tercabut manakala kereta dinaiki mangsa terperosok di bawahnya mengakibatkan bumbung remuk teruk sehingga kepala ketiga-tiga mangsa putus.

Jurucakap polis Andrew Ankudinov berkata, Gavrilov yang tidak cedera cuba melarikan diri namun berjaya dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian. 
-Agensi/hmetro-

Telur milik lelaki melayu pecah di tangan Teresa Kok

Seorang lelaki tidak dikenali menyerang MP Seputeh Teresa Kok dengan sebutir telur dalam satu kejadian di Pulau Pinang pada malam tadi.
Menurut Kok, lelaki tersebut mendekatinya dan ingin bersalamannya dengannya selepas beliau menyampaikan ceramah di Permatang Pauh, mengenai satu rakaman video sempena Tahun Baru Cina yang mencetus kontroversi.

Telur itu kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman, yang mengotori tangan dan bajunya dalam kejadian itu, kata Kok ketika dihubungi.

“Dia kata dia mahu berjabat tangan dengan saya. Saya hulurkan tangan dan bersalaman dengannya. Kemudian baru saya sedar dia memegang telur di tangannya.

"Telur itu pecah, mengotori tangan saya dan terkena sedikit di pakaian saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Kok bagaimanapun menafikan bahawa beliau ditampar dalam kejadian itu, seperti dilaporkan Utusan Malaysia malam tadi.

Utusan sekitar tengah malam tadi mengirim SMS yang menyebut: “Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas berceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh 11.30 malam tadi.”

Akhbar milik Umno itu kemudiannya menerbitkan pembetulan bahawa Kok hanya diberi telur tembelang, yang pecah ketika bersalaman.

Kok berkata lelaki tersebut cuba beredar selepas telur tersebut pecah, tetapi dihalang oleh hadirin lain di majlis tersebut.

Sementara itu, MP Bukit Mertajam Steven Sim yang mengiringi Kok ke majlis berkenaan berkata lelaki itu kemudiannya dibawa dari kawasan berkenaan oleh anggota polis

Bekas isteri Sultan Brunei ni suka berjudi rupanya, patut pun kena cerai

Berlian RM12 juta: Bekas pengawal peribadi dibebaskan

LONDON 5 Mac: Sebuah mahkamah, di sini semalam membebaskan seorang bekas pengawal peribadi kepada bekas isteri Sultan Brunei daripada tuduhan mencuri tiga set berlian bernilai 12 juta pound (RM65.5 juta) daripada bekas majikannya itu dan menggantikan barangan kemas itu dengan replika murahan.

Juri Mahkamah Isleworth mengambil masa hampir 15 jam untuk membuat keputusan membebaskan Fatimah Lim, 35, daripada tiga pertuduhan mencuri itu.

Fatimah, pemenang pingat perak acara perseorangan badminton pada Sukan Komanwel 2002 di United Kingdom, didakwa mencuri permata itu semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan kepada Mariam Aziz sebelum menjual barangan kemas itu di Geneva kepada peniaga dengan harga hanya 4.1 juta pound (RM22.3 juta) pada 2008 dan 2009.

Dia dituduh menukar barangan kemas itu terdiri daripada berlian biru 12.71 karat berbentuk buah pir bernilai 7.6 juta pound (RM41.4 juta), berlian kuning seberat 27.1 karat berbentuk segi empat tepat bernilai 600,000 pound (RM3.2 juta) dengan batu permata palsu diperbuat daripada kaca dan mineral tanzanite.

Daily Mail melaporkan, Fatimah turut dituduh mencuri gelang berlian bernilai 3.3 juta pound (RM18 juta) milik Mariam yang dibelinya dari kedai barangan kemas Graff di Bond Street.

Fatimah dalam pembelaannya berkata, dia menjual berlian-berlian itu bagi pihak majikannya, Mariam yang meminta bekas pemain badminton Singapura itu melakukan urus niaga barangan kemas tersebut secara rahsia kerana Mariam memerlukan wang tunai bagi membayar hutangnya.

Fatimah mendakwa majikannya itu mempunyai hutang yang banyak dengan beberapa buah kasino terkemuka di luar negara dan mahu menjual barangan kemasnya itu bagi membayar hutangnya itu, supaya tabiatnya suka berjudi tidak diketahui keluarga Diraja Brunei.

Kisah muslimah berpurdah sedang membeli-belah di Perancis

: : Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.  Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.  Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.  Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.   Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,  "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."  Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,  "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.  Subhanallah,  Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)  Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..  ALLAH,tersentap hatiku dgn cerita ni.. Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya.. Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu? jangan kerana kita kain itu dipersalahkan…  kerana nila setitik rosak susu sebelanga… ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…  Sama2 merenung sambil termenung ya… TAMPAR PIPI,TANYA IMAN…
Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah,

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..

ALLAH,tersentap hatiku dgn cerita ni..
Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya..
Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu?
jangan kerana kita kain itu dipersalahkan…
kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…

Sama2 merenung sambil termenung ya…
TAMPAR PIPI,TANYA IMAN…

Surat Terbuka Buat Astro

Dewasa ini kita mengalami bermacam cabaran hidup terutamanya dalam menghadapi segala kenaikan harga barangan yang kian mencengkam majoriti rakyat. Hampir kebanyakkan kita menghabiskan masa demi mencari sesuap nasi terutama warga kotaraya.

Seringkali masa dihabiskan untuk mengharungi kesesakan lalulintas, bebanan tugasan di pejabat dan sebagainya. Waktu yang terluang realitinya amat sedikit untuk dihabiskan bersama ahli keluarga tercinta. Itupun jika kita tidak membuat kerja sambilan bagi menampung segala kos meninggi kini.
Masa yang sedikit amat berharga itu adakalanya kita menefaatkan bersama ahli keluarga di rumah. Bersama ahli keluarga ramai diantara kita mencelahkan masa itu dengan sedikit hiburan bersama-sama dihadapan peti televisyen di rumah. Melalui peti yang mengeluarkan suara dan visual itulah rakyat berhibur sedikit melepaskan lelah dan mengambil kira apa yang berlaku di dalam dan luar negara.

Umum kita sedia mengetahui bahawa Malaysia mempunyai sendiri siaran samada daripada pihak kerajaan mahupun swasta. Siaran swasta berbayar yang kita keluarkan wang poket kita untuk sedikit hiburan harian bersama keluarga pula menyediakan perkhidmatan yang amat-amat mengecewakan.

Kita sedia maklum dengan perkhidmatan pihak yang menyediakan siaran berbayar ini iaitu ASTRO sangat mendukacitakan kita kerna siaran yang kita harapkan mutu perkhidmatan mempunyai bermacam masalah dan karenah.

Pihak kami daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kerangka membawa suara rakyat yang merasakan ditindas oleh sistem penyiaran ini bersama-sama 57,000 suara pelanggan ASTRO akan turun bersama dalam satu aksi dalam memenuhi tuntutan kami bersama. SAMM juga telah mengumpul tandatangan pelanggan Astro di hampir seluruh negara, selain mendapat sokongan besar dari laman sosial Facebook.

Namun sebelum tindakkan yang lebih agresif, kami SAMM ingin mengadakan pertemuan empat mata bersama pihak ASTRO bagi membincangkan bersama untuk mencapai situasi menang-menang untuk pihak ASTRO dan rakyat yang ditindas itu sendiri. Surat rasmi juga akan dimajukan kepada pihak Astro.

Justeru itu, Sekretariat #BantahASTRO yang telah dilancarkan sejak tahun lalu berharap dapat bertemu dan menyampaikan suara rakyat yang merasa ditipu dan tertindas. Jika tiada apa-apa tindakan atau maklum balas pihak ASTRO, kami berjanji satu aksi besar akan dirancang untuk menunjukkan bahawa rakyat adalah pengguna yang bijak dan tidak berdiam apabila dipijak.

Sekian,

Khairooll Annuar Al-Megat
Sekretariat #BantahASTRO,
Penyelaras Kebangsaan,
Solidariti Anak muda Malaysia.

Inilah Kesan 20 Dalil Dato' Hassan Ali

Tranungkite
Berita ni tidak keluar di TV3 suku.. Utusan pun tak mungkin.. tapi kuar dimedia baru... hehe  Timbalan Ketua Wanita UMNO  serta AJK Batu 10,Jln Cheras, Kajang  istihar keluar dari UMNO sejak Hasan Ali keluarkan 20 dalil.. dan menyertai PKR...  Majlis penyerahan borang disertai oleh DSAI sendiri.....
Berita ni tidak keluar di TV3 suku.. Utusan pun tak mungkin.. tapi kuar dimedia baru... hehe

Timbalan Ketua Wanita UMNO serta AJK Batu 10,Jln Cheras, Kajang istihar keluar dari UMNO sejak Hasan Ali keluarkan 20 dalil.. dan menyertai PKR...

Majlis penyerahan borang disertai oleh DSAI sendiri.....

Suspek Buang Al-Quran Di Masjid Limbongan Dikenalpasti


Seorang lelaki 28 tahun telah ditangkap malam tadi di Kampung Pengkalan Teras, Keluang. Lelaki ini mengaku telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Lelaki ini ditangkap setelah mendapat maklumat daripada pihak hospital yang mendapati seorang pesakit yang dihantar oleh sepupunya kerana kecenderaan dikaki akibat terkena serpihan kaca. Setelah didesak ia mengaku membuat perbuatan seperti yang dilaporkan.

Seperti yang saya tulis sebelum ini pintu kaca masjid ditendang dan ada kesan darah pada serpihan kaca adalah antara tanda untuk jejak kepada suspek.

Kalau mengikut keterangan sepupu lelaki berkenaan, suspek mengalami sakit mental. Sebelum ini sepupunya telah membuat posting dalam facebook berkenaan kejadian semalam.

Lelaki tempatan berusia 20-an diburu polis disyaki meliwat anak lembu yang menyebabkan binatang itu mati

Mohamad Apendy Issahak
Tapah: Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap seekor anak lembu hingga menyebabkan haiwan ternakan itu mati di Kampung Chang, Bidor, di sini.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan jijik itu kira-kira tiga minggu lalu ketika pemilik terbabit yang berusia 50-an tidak berada di kawasan kandang berkenaan.

Sumber polis berkata, kejadian itu dilaporkan pemilik anak lembu berusia tiga minggu itu di Balai Polis Bidor, di sini, pagi kelmarin, selepas mengesyaki haiwan itu mati akibat menjadi mangsa kekejaman seksual.

“Pemilik lembu mendakwa kemaluan anak lembu itu berdarah dan tidak bermaya. Anak lembu itu kemudian mati tidak lama kemudian.

“Sebelum kejadian, pemilik anak lembu itu dikatakan terserempak seorang lelaki tidak dikenali berada berhampiran kandang lembunya itu,” katanya.

Susulan itu, pemilik terbabit membuat laporan jam 6 pagi semalam di Balai Polis Bidor, di sini, selain membuat aduan sama kepada Pejabat Veterinar Tapah.

Menurutnya, kes itu dianggap pelik, namun polis menunggu laporan bagi memastikan sama ada anak lembu itu ‘diperkosa’ atau mati akibat punca lain.

Gossip Ku Nan Dengan Erra Fazira, Jangan Lepas Ni Betul Pulak!!

SHAHBUDIN HUSIN

Dengan tidak semena-mena tiba-tiba muncul gossip mengenai hubungan yang dikatakan sudah terjalin antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan aktress yang belum habis edahnya, Erra Fazira. Sampai ke tahap mana hubungan mereka atau ia betul-betul hanya khabar angin tidaklah diketahui, tetapi kedua-duanya pantas menafikan adanya hubungan itu.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan Ku Nan apabila ditanya mengenai gossip yang berlegar itu segera menafikannya. Menurut Ku Nan, beliau adalah lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinannya.

Erra pula kemudiannya turut menafikan beliau mempunyai hubungan atau mengenali Ku Nan, malah terkejut dan mengatakan beliau tidak pernah mengenali pun Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Parlimen Putrajaya itu.

Erra juga berkata, beliau terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki ketika ini.

Apabila timbul gossip sedemikian, mereka yang terbabit memang pantas menafikan tetapi kerap juga berita yang bermula dengan penafian akhirnya betul-betul menjadi kenyataan. Terutama dalam politik, berita yang dinafikan itu selalunya ada kebenarannya, bak kata pepatah, pokok takkan bergoyang kalau tidak ditiup angin.

Tetapi zaman sekarang, pokok juga bergoyang kerana sengaja digoyang atau mungkin kerana ada kera yang sedang menggoyangnya.

Terakhir berita yang dinafikan tetapi akhirnya benar-benar berlaku ialah mengenai pilihanraya kecil Kajang dan ura-ura Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Ketika mula beritanya timbul, semua menafikannya, termasuk Anwar sendiri tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Begitu juga ketika Anwar mahu dipecat daripada kerajaan pada 1998 dulu, berkali-kali Mahathir menafikannya. Bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar dan ketika ia sudah menjadi perbualan hangat, Mahathir tetap menafikannya.

Dalam dunia artis lagi parah, mereka paling suka menafikan sesuatu berita dengan mengatakannya ianya sekadar gossip atau khabar angin meskipun mereka sendiri tahu kebenarannya. Yang sudah ada anak pun boleh menafikan mereka berkahwin, apatah lagi menafikan bercinta dan mempunyai hubungan mesra. Daripada sepuluh artis yang membuat penafian, lapan daripadanya selalu menjadi kenyataan.

Oleh itu, walaupun kedua-dua Ku Nan dan Erra Fazira telah menafikannya, jangan percaya 100 peratus dulu penafian mereka. Tunggu dua atau tiga bulan lagi, atau paling lama setahun daripada sekarang barulah boleh diputuskan untuk mempercayai atau tidak penafian mereka ini.

Kadangkala penafian hanyalah untuk menutup mulut orangramai daripada terus berbicara. Dunia artis selalunya begitulah. Dunia politik pula turut terikut-ikut dengan tabiat penafian ini.

Kadang-kadang juga mungkin betul mereka belum kenal sekarang ini tetapi setelah adanya gossip ini, masing-masing mula menyimpan perasaan dalam hati. Lalu kemudian mencari saluran untuk berkenal-kenalan dan menjalin persahabatan.

Apabila menjadi kenyataan, lalu dikatakan sudah takdir Tuhan.

Baik Ku Nan mahu pun Erra Fazira, tiada salahnya jika hubungan itu benar-benar wujud. Ini kerana Ku Nan adalah lelaki yang berkemampuan dari segi zahir, manakala Erra pula sudah keseorangan dan tidak lagi menjadi milik sesiapa sekarang ini.

Lagi pula hubungan mesra atau perkahwinan antara orang politik dengan artis bukanlah perkasa asing atau tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia sudah berlaku sejak dulu dan sentiasa berlaku sehinggalah sekarang.

Cuma, kalau sudah ada penafian yang cukup pantas ini, janganlah pula akhirnya menjadi kenyataan pula! (SH 04/03/2014)

NGO buat laporan polis penyebaran gambar pemimpin DICIUM BABI

Empat belas badan bukan kerajaan (NGO) Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar pemimpin negara dicium seekor babi di laman sosial.

Kumpulan NGO itu diketuai Pengerusi Jaringan Kaseh Ixora, Zarina Ismail, yang hadir bersama wakil setiap NGO antaranya Majlis Belia Kawasan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Putrajaya serta Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Putrajaya.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini, Zarina berkata perkara itu tidak seharusnya terjadi kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam selain menunjukkan rasa tidak hormat kepada pemimpin negara.

Beliau berkata pihaknya juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan menggesa mengesan individu yang memuat naik gambar itu. 
-Bernama-

Peniaga, Isteri Kedua Didenda RM500 Lumur Cili Muka Isteri Pertama

KUALA LUMPUR: Seorang penjaja dan isteri keduanya didenda RM500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana melumur cili ke muka isteri pertama penjaja itu bulan lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Ariff Jupirin, 26, dan warga Indonesia Srimeiriska Iswandy, 24, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintahkan Muhammad Ariff dan Srimeiriska, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Muhammad Ariff dan Srimeiriska didakwa sengaja mendatangkan cedera terhadap peniaga Muntamah Ahmad Minlon, 46, yang juga seorang warga Indonesia dengan melumur mukanya dengan cili sehingga menyebabkannya merasa pedih dan sakit di kedua-dua belah matanya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah No. 12, Jalan Badak Off Jalan Yew, Cheras di sini pada 1 pagi 25 Feb lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam kejadian 25 Feb lepas, semasa Muntamah berada di dalam kereta dan sedang menunggu kawannya di rumah sewanya di tepi Jalan Badak di sini, tiba-tiba dia didatangi kedua-dua tertuduh, dengan seorang daripada mereka melumurkan cili kisar ke mukanya, sebelum seorang lagi menariknya keluar kereta.

Selepas itu, kedua-dua tertuduh melarikan diri bersama kereta mangsa serta barang-barang perniagaan dan beberapa dokumen penting termasuk pasport, sijil nikah, dan sijil kelahiran anak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. 
-Bernama-

Gara-Gara Cemburu, Suami Pukul, Bakar Isteri

KOTA BARU: Gara-gara cemburu selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan petrol sebelum membakar wanita itu.

Dalam kejadian 11.30 pagi Ahad, di luar rumah mangsa di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, wanita berumur 30 tahun itu melecur di muka dan kedua-dua tangan dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Supt Idris Rafar berkata sebelum kejadian, mangsa juga dipukul dan ditampar suaminya sebelum bertindak mencurah petrol dan membakar isterinya itu.

"Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kedatangan anggota keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta tampil membantu siasatan, katanya. 
-Bernama-

PANAS!!! Video cctv memaparkan mereka yang merosak dan membuang Al-Quran ke dalam mangkuk tandas?


Penduduk di Kampung Limbongan di Besut dan sekitarnya hari pagi tadi digempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab hari ini.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.

Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah Al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.

Laporan Polis seperti dilampirkan di bawah:-
As salam YDH Tuan. Untuk makluman YDH Tuan. Bersabit Kg Raja Rpt: 1071/14, P/Penyiasat: Insp.Azira Bt Md Razak, 4/3/2014@0310hrs

Butir-butir Pengadu:
Nama: Engku Mi Bin Engku Hassan
Kp: 530105065037
Umur: 61
Kerja: Berniaga/KRT/SRS
Alamat: 1394 Kg Limbonhan 22200 Kg Raja Besut Trg

Ringkasan kes:
Pada 4/3/2014 jam lebih 1.30 pagi semasa pengadu sedang buat rondaan KRT/SRS di kawasan Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg telah singgah di Masjid Kg Limbongan dapati dalam keadaan baik.

Seterusnya pengadu buat rondaan dan singgah di rumah kediaman YB Mahadi Bin Musa yang terletak berhampiran. Pada 4/3/2014 jam l/kurang 2.30 pagi pengadu pergi semula ke kawasan Masjid Kg Limbongan Kg Raja telah dimaklumkan oleh anggota SRS yang membuat rondaan bermotorsikal mengatakan bahawa telah menjumpai Al-Quran dalam keadaan berselerak di depan tangga pintu masuk masjid, di dalam mangkuk tandas,dan di tempat solat. Terdapat juga barang-barang lain seperti kipas dinding dan pintu sliding tempat solat telah dirosakkan dan di pecahkan. Pengadu syaki perbuatan tersebut dikhianati oleh orang yang tidak dikenalpasti.

Hasil siasatan IO:

(1) temubual dan rakam percakapan pengadu.

(2) Hasil rakaman percakapan pengadu dapati pengadu tidak kenalpasti saspek yang melakukan perbuatan tersebut. Menurut pengadu tiada saksi yang nampak semasa kejadian berlaku.

(3) Ke tempat kejadian bersama Jurufoto Kpl/D Ramli Sulaiman iaitu Tempat kejadian adalah di Masjid Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg. Tiada alat CCTV dipasang.

(4) Pohon bantuan Unit Forensik D10 IPK Trg untuk siasatan lanjut tempat kejadian di ketuai oleh Insp Shamendra.

(5) Arahkan CPJ/Detektif dapatkan maklumat lanjut dan kesan saspek yang disyaki.
Perkembangan lanjut akan dimaklum semula.Terima kasih YDH Tuan.

Mengikut papaan CCTV ada 2 kelibat masuk dengan memakai top keledar pada pukul 11.28 malam. Daripada pergerakan yang terus ke hadapan mimbar menunjukkan kelibat berkenaan agak mahir dengan kedudukan masjid dan ini dipercayai adalah orang Islam sendiri.

Walaubagaimana pun pihak polis masih belum mengesahkannya melainkan siasatan rapi dibuat.

Ada kesan darah pada muka hadapan pintu masjid dipercayai adalah kesan darah kaki kelibat yang menyempak peralatan masjid dan pintu ketika ingin masuk masjid.

Perkara ini sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu dan penduduk dan masyarakat Islam diminta bertenang.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com

Ahli Politik Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel

KANGAR: Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.

Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.

“Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat.

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah,” kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips. -Mstar

SUBHANALLAH!! Salinan Al-Quran tetap utuh dalam kereta hangus terbakar (Gambar)

DETIK ISLAM
KUALA LUMPUR: Subhanallah, salinan Al-Quran tetap dalam keadaan utuh dalam kereta yang hangus terbakar di wilayah Jazan selatan Arab Saudi.

"Pemandu itu berkata kepada saya, kereta itu adalah milik ayahnya yang selalu menyimpan salinan Al-Quran di dalamnya," kata seorang saksi, harian Emirates melaporkan pada 2 Mac lalu.

Pengakuan dari pemiliknya menurut harian Saudi, dia sedang memandu keretanya di wilayah selatan Jazan Saudi dan secara tiba-tiba kereta terbakar, sehingga memaksa dia menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari keretanya.

Beberapa saksi memeriksa pemandu tersebut dan keadaan keretanya, mereka menjumpai salinan Al-Quran satu-satunya barang yang tetap utuh dalam kereta yang hangus terbakar.

"Ketika saya melihat ke dalam kereta yang hangus tersebut, saya terkejut melihat semuanya hancur dan hangus kecuali salinan Al-Quran yang masih utuh," katanya dipetik blog Detik Islam.

"Saya memutuskan untuk mendokumentasikan keajaiban ini dengan telefon bimbit saya."

Al-Quran adalah wahyu dari Allah, Pencipta alam semesta dan dunia beserta isinya.

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Ular sawa telan buaya (Gambar)


Pergelutan

Kekenyangan
Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra.

Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.

“Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat.

“Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya.

Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.

ULAR sawa berkenaan membelit buaya sehingga mati.

“Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya. - AFP/hmetro

'10 sifat kedajjalan' yang ada pada Anwar - Hasan Ali

20 sebab Anwar ditolakKUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mendedahkan sebab mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 'tidak layak' dipilih sebagai pemimpin pada pilihan raya kecil Kajang, 23 Mac nanti.
Dakwa mereka, sekiranya Anwar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, dan seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar, pergolakan dan pertembungan rakyat akan berlaku.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata Ketua Umum PKR harus ditolak kerana ideologi yang dibawanya 'menyimpang dari ajaran Islam'.

"NGO Islam sedar bahayanya Anwar Ibrahim.. dari segi ideologi yang dia bawa jauh menyimpang dari ajaran Islam. Dari segi pegangan dia kepada ajaran Islam pun tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang dia hendak mendokong syariat Islam dengan teguh," kata beliau dalam satu sidang media di kediaman Hasan Ali pada Isnin.

Katanya apa yang dibimbangkan adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh Anwar yang didakwanya mempunyai 'sifat-sifat kedajjalan', namun beliau menafikan menuduh Anwar seorang 'Dajjal'.

"Di sini saya hendak nyatakan 10 sifat-sifat kedajjalan, terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menggunakan akal dan cuba memikirkan samada sifat-sifat ni ada atau tidak pada mana-mana pihak. Saya tidak buat dakwaan tetapi saya minta tuan-tuan dan puan-puan fikir," katanya.

Berikut merupakan 10 sifat-sifat kedajjalan yang telah disebutkan oleh Aidit, yang dikaitkan dengan Anwar:

1. Orang-orang yang ada sifat dajjal akan sesuaikan hukum Allah dengan akal dan kepentingan diri. Contohnya fahaman liberalisme dan rasionalisme.

2. Suka pada tarikan dunia, syahwat songsang dan meringankan yang haram.

3. Suka dan berani mencabar ketuhanan. Contohnya mengganggap Islam sama rata dengan agama lain.

4. Ada kemahiran luar biasa menundukkan orang.

5. Suka memutar belit kebenaran.

6. Boleh membuat perkara hina tetapi masih lagi ada masyarakat yang menganggap dia berpengaruh.

7. Yang haq (benar) dikata batil (tidak benar), dan yang batil dikata haq.

8. Suka wujudkan (keadaan) porak peranda. Contohnya perkara yang boleh diselesai dengan kata sepakat, sebaliknya dibawa ke jalanan.

9. Ada kaitan rapat dengan golongan Yahudi.

10. Rapat dengan ramalan bersifat kedukunan.

Sementara itu, Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akui bahawa Anwar seorang yang mempunyai karisma dan aura, namun di akhir-akhir usianya ini dia telah berubah.

"Saya kawan Anwar Ibrahim, sama pengajian dengan Anwar Ibrahim.. sama tahun, sama keluar universiti dengan Anwar Ibrahim... bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Tetapi di akhir-akhir usianya dia telah mempunyai sifat-sifat dajjal.. adakah Hasan Ali ingin bersama dajjal, penyokong dajjal dan sebagainya?

"Kalau Hasan Ali hendak berpisah dengan dajjal.. bukan Hasan Ali seorang, penyokong kawan-kawan karib Anwar Ibrahim tidak kurang 55 orang seperti Dr Chandra Muzafar dan Ezam Mohd Nor telah meninggalkan Anwar," katanya.

Pilihan raya kecil DUN N25 Kajang akan diadakan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon ditetapkan 11 Mac.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang selepas ADUN kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas.

Pakatan Rakyat telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut, manakala Barisan Nasional (BN) menamakan naib preisden MCA Chew Mei Fun sebagai calon mereka.

Turut bertanding sebagai calon bebas dalam pertandingan tiga penjuru itu ialah bekas presiden parti KITA yang juga bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Rusia, Ukraine isytihar perang

Rusia, Ukraine isytihar perang
Rusia, Ukraine isytihar perang Pro-Rusia mengibarkan bendera negara itu selepas menawan Parlimen Crimea di Sevastopol, selatan Ukraine.
KIEV - UKRAINE. Kami serang! Kami tawan! Kami pacak bendera!”, begitulah permainan pantas Rusia yang cuba menakluki Crimea di selatan Ukraine.

Campur tangan Rusia di Ukraine ketika negara itu terhimpit dalam krisis politik memburukkan lagi keadaan hingga negara jajahan Soviet itu terjerumus ke ambang perang.

Perdana Menteri sementara Ukraine, Arseniy Yatsenyuk menuduh Rusia mengisytiharkan perang ke atas negaranya selepas tentera Rusia ‘menakluki’ wilayah autonomi Crimea, sejak empat hari lalu.

Pada kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjata pro-Rusia lengkap berpakaian perang dilapor menawan Parlimen dengan menembak pintu kaca dan mengarahkan pengawal keselamatan meninggalkan premis itu sebelum mengibarkan bendera Rusia.

“Ini bukan satu ancaman, ini deklarasi perang. Kami menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin menarik balik tentera mereka di sana. Kami memberi amaran, Ukraine kini di ambang kejatuhan jika Moscow tidak menarik tenteranya keluar,” kata Yatsenyuk.

Menteri Pertahanan sementara Ukraine, Igor Tenyukh memberitahu, Rusia menghantar 30 kenderaan perisai serta 6,000 tentera memasuki wilayah itu untuk membantu militan yang memihak kepada Rusia bagi mendapatkan kebebasan daripada pemimpin negara ini.

“Lebih 12 trak tentera membawa tentera, dua ambulans dan kenderaan bersenjatakan mesingan meluncur di jalan raya Sevastopol, pusat pentadbiran Crimea,” katanya.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pula menggesa Rusia menghentikan aktiviti ketenteraan ke atas Ukraine selepas Putin mendapat kelulusan Parlimennya.

Putin membentangkan usul supaya Parlimen meluluskan penggunaan tentera di Ukraine susulan situasi luar biasa di negara itu yang mendatangkan ancaman kepada 46 juta rakyat senegaranya di wilayah Ukraine termasuk alasan untuk melindungi Armada Laut Hitam di Crimea.

Situasi itu menyebabkan Ukraine terpaksa memberi amaran kepada rakyatnya supaya bersiap sedia untuk berperang.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga menggesa Rusia menarik balik pasukan pertahanan mereka atau menghadapi pengasingan politik dan ekonomi termasuk digugurkan dalam keanggotaan Kumpulan Lapan (G8).

Putin, bagaimanapun menegaskan, negaranya akan melakukan apa saja untuk melindungi kepentingan mereka di Ukraine.

“Kami menolak gesaan Barat untuk menarik balik rancangan penghantaran tentera. Siapa dia (Obama) untuk mencampuri urusan negara ini” katanya.

Semalam, ratusan tentera bersenjata tidak dikenali mengepung pangkalan tentera Ukraine di Perevalne, Crimea dengan membawa 13 trak dan empat kenderaan berperisai.

Setiap trak dengan nombor pendaftaran Rusia membawa 30 anggota tentera. Berikutan itu, tentera Ukraine bertindak menempatkan kereta kebal di pintu pangkalan sebagai persediaan jika berlaku pertempuran.

Dalam perkembangan sama, Panglima Angkatan Tentera Laut Ukraine yang baharu dilantik, dituduh pembelot kerana mengumumkan kesetiaan kepada kerajaan wilayah Crimea yang pro-Rusia.

Laksamana Denis Berezovsky turut berikrar akan mempertahankan hidup dan kebebasan rakyat Republik Crimea serta bandar Sevastopol.

Sejurus kenyataan itu, kerajaan sementara Kiev, mengumumkan pemecatannya.

Naib Setiausaha Keselamatan Kebangsaan Dan Majlis Keselamatan Ukraine, Victoria Syumar berkata, Berezovsky akan didakwa mengikut Akta 111 kerana membelot.

“Beliau tidak melawan apabila ibu pejabatnya dikepung, malah berpaling tadah kepada Crimea,” katanya.

Ukraine telah dicengkam krisis sejak November lalu apabila Presiden digulingkan, Viktor Yanukovych menahan dirinya daripada menandatangani Perjanjian Persatuan dengan Kesatuan Eropah yang memihak kepada hubungan lebih rapat dengan Rusia.

Minggu lalu, Parlimen menamakan Oleksandr Turchynov, sebagai presiden sementara negara itu.

Kesimpulannya, Putin tidak membuang masa berbincang. Selain itu, tindakan beliau sebenarnya dapat menyelamatkan banyak nyawa dari terkorban jika wujud rundingan.

Mungkinkah ini dendam terhadap Yanukovych kerana enggan menandatangani perjanjian tersebut atau angkara kerajaan sementara yang mahu teruskan hubungan dengan Rusia?