MH370: Inilah objek berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar yang dikesan satelit China

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin hari ini mendedahkan satelit China telah menjumpai objek yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menerima maklumat itu semasa taklimat hariannya petang ini, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata objek itu berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Beliau menambah bahawa maklumat itu disampaikan kepadanya oleh kedutaan China di Kuala Lumpur dan kerajaan China akan membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini.

"(Berdasarkan) berita yang baru saja terima, duta negara China telah menerima imej satelit mengenai satu objek terapung di koridor selatan dan mereka akan menghantar kapal untuk mengesahkannya," katanya.

Menurut agensi berita Xin Hua, objek tersebut berada di selatan Lautan Hindi, kira-kira 120km daripada objek lain yang ditemui satelit Amerika Syarikat yang didedahkan oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Khamis.

MH370: Rekod Komunikasi Terakhir MH370 Dengan Menara Kawalan Didedahkan!

The Telegraph mendakwa memperoleh transkrip komunikasi 54 minit terakhir dalam pesawat Malaysia Airlines MH370.

Komunikasi terakhir berkenaan adalah antara kokpit MH370 dan pusat kawalan di darat iaitu ketika pesawat itu sedang bergerak (taxi) di landasan kepada mesej terakhir pada 1.07 pagi yang disampaikan pembantu juruterbang ‘Alright, good night’.

Wakil The Telegraph, Jonathan Pearlman, dikatakan sudah melihat rekod komunikasi berkenaan, termasuk waktu yang amat penting sehingga membawa kehilangan pesawat berkenaan bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Rekod komunikasi itu dikatakan mendedahkan rakaman pertukaran mesej antara kokpit dan pusat kawalan udara ketika pesawat berkenaan dipercayai sudah disabotaj.

Kesah Raja Bomoh

Ridzuan Ali
BomohDi musim pemilihan bahagian ramai yang bertanding pelbagai jawatan dalam parti menemui Raja Bomoh. Masing-masing mahu menang maka Raja Bomoh yang jadi tempat mengadu.
“Datuk mahu tanding jawatan apa?” tanya Raja Bomoh kepada Datuk Awal
“Ketua Bahagian,” jawab Datuk Awal

“Lawan siapa?” tanya Raja Bomoh

“Datuk Baharom,” jawab Datuk Awal yang kini adalah timbalan ketua bahagian.

“Susah nak lawan Datuk Baharom ini Datuk. Pendinding dia kuat. Datuk Baharom bukan calang-calang orang tapi saya akan cuba sedaya upaya saya,” kata Raja Bomoh.

“Tok cubalah sampai saya menang. Nanti besar ganjarannya,” kata Datuk Awal.

“Ya. Datuk amal apa yang saya suruh buat ini.

“Pada malam sebelum pertandingan Datuk kena tabur beras ini di empat penjuru dewan supaya penyokong-penyokong Datuk Baharom lari kepada Datuk pada pagi itu,” kata Raja Bomoh lagi.

“Baik Tok. Berapa pengerasnya?” soal Datuk Awal.

“Macam biasa. RM1,001,” kata Raja Bomoh sambil tersenyum.

Datuk Awal pun menyerahkan sampul surat yang mengandungi wang sambil berkata,”Dalam sampul surat ini ada RM1,500. Pengeras RM1,001 manakala yang lebih itu saya sedekah kepada Tok.

“Terima kasih Datuk,” kata Raja Bomoh.

Datuk Awal pun kembali ke rumahnya. Sepanjang kempen itu Datuk Awal hairan ramai orang Datuk Baharom menyokognya.

Pak Lah, ketua cawangan Batu 14 dahulu orang kuat Datuk Baharom. Kini setiap malam mengunjungi rumah Datuk Awal yang jadi markas utama jenteranya untuk menentang Datuk Baharom.

Begitu juga Man Biawak yang dulu orang kanan Datuk Baharom. Nampaknya jentera Datuk Baharom lumpuh kerana ramai penyokongnya sudah berpaling tadah.

“Apa ke jadah Pak Lah dan Man Biawak tu pergi sokong Datuk Awal?” tanya Datuk Baharom kepada Pak Samiun pemandu peribadinya.

“Dengar khabar Datuk Awal pergi jumpa Raja Bomoh, Datuk,” jawab Pak Samiun.

“Raja Bomoh yang duduk di Kampung Tuan ke, Pak Miun?” soal Datuk Baharom.

“Malam ini kita pergi ke rumahnya,” kata Datuk Baharom lagi.

Malam itu Datuk Baharom sampai di rumah Raja Bomoh. Kebetulan malam itu tiada orang di rumahnya.

“Assalamuaikum Tok. Ini Datuk Baharom bos saya. Datuk ada hajat Tok,” Pak Samiun perkenalkan Datuk Baharom kepada Raja Bomoh.

“Mualaikumusalam. Oh inilah Datuk Baharom. Nama Datuk saya selalu dengar tapi ini kali pertama jumpa orangnya,” kata Raja Bomoh.

“Saya nak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Tok. Minta tolong Tok,” kata Datuk Baharom.

“Saya tahu. Kenapa Datuk datang lambat sangat. Saya boleh ikhtiar tapi mahal pengerasnya,” jawab Raja Bomoh.

“Tok jangan bimbang tentang bayaran. Saya sanggup beri tiga kali ganda daripada Datuk Awal,” kata Datuk Baharom secara terus terang.

“Kalau begitu saya cuba ikhtiar. Tapi ada pantangnya. Sehingga hari pertandingan Datuk tak boleh buat dosa besar seperti berjudi, berzina dan minum arak,” ujar Raja Bomoh.

Seperti biasa Raja Bomoh beri beberapa barang kepada Datuk Baharom untuk digunakan sepanjang kempen.

Raja Bomoh tersenyum kerana Datuk Baharom hulur wang sebanyak RM4,500 tiga kali ganda yang diberi oleh Datuk Awal.

Sebagai bomoh, dia terima kedatangan siapa sahaja untuk menemuinya. Dia tak boleh tolak kedatangan Datuk Baharom walaupun Datuk Awal lebih dahulu yang menemuinya.

Pada pagi pertandingan Datuk Baharom tersenyum kerana Man Biawak datang menemuinya.

“Saya minta maaf kerana tinggalkan Datuk sekejap. Saya rasa macam kena pukau dengan Datuk Awal. Tapi hari ini undi saya tetap kepada Datuk,” kata Man Biawak.

Petang itu sewaktu keputusan pertandingan diumumkan, Datuk Baharom menang dengan majoriti lima undi. Ternyata pertolongan Raja Bomoh berkesan. Datuk Awal terkejut mendengar berita kekalahannya.

Malam itu dia tanya Pak Zuki, pemandunya macam mana dia boleh kalah sedangkan Raja Bomoh sudah menolongnya.

“Raja Bomoh dah kena beli Datuk. Datuk Baharom bayar tiga kali ganda. Tu yang buat Datuk kalah,” cerita Pak Zuki.

“Celaka Raja Bomoh,” marah Datuk Awal mendengar kata-kata pemandunya itu.

Syed Rosli: Najib memalukan negara, patut letak jawatan

syed rosli syed harman al jamalulailPETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya kerana beliau telah memalukan negara apabila enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini.
Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan sahaja dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan yang menyebabkan semua wartawan tempatan dan antarabangsa kecewa dengan tindakannya itu.

Minggu lepas Najib bukannya membuat sidang akhbar sebaliknya memberi taklimat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Sejumlah 227 penumpang dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu.

“Yang menjadi persoalannya sekarang kenapa Najib tidak mahu menjawab soalan-soalan yang amat penting di sidang media tersebut sedangkan seluruh dunia mahukan penjelasan dari pemimpin tertinggi negara,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.

Syed Rosli bertanya adakah Najib seorang yang penakut dan tidak berani untuk berhadapan wartawan di dalam negara dan luar negara yang akan menyoal beliau?

“Melihatkan pengumuman Perdana Menteri Australia Tony Abbot yang telah membuat pengumuman di Parlimen adalah sewajarnya Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak melakukan perkara yang sama di parlimen Malaysia,” cadang beliau.

Katanya lagi, di sini kita boleh lihat betapa tingginya kreditabiliti dan akauntibiliti seorang pemimpin di Australia berbanding pemimpin cap ayam di Malaysia.

Tip Bijak Wang Beli Kereta: Adakah kereta itu aset atau liabiliti?

Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.

Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi

Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.

Bank

Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.

Malah, tidak sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?

Kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.

Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?

Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.

Sebuah kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah kira-kira RM70,000.

Hutang Bank

Formula Bank
Formula bank dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.

Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.

Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.

Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.

Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.

Formula Pembelian Kereta Secara Bijak
Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.

Bayar Tunai Sahaja

Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai
Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.

Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.

Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!

Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.

Formula 2: Deposit Tinggi
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.

Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.

Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.

Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!

Tertekan

Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji
Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.

Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.

Boleh, tapi gunakan formula ini;

Harga Kereta = Setahun Gaji

Gaji bulanan:RM2,000

Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000

Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.

Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.

Sumber Link

Penyiasat teliti rekod panggilan telefon juruterbang

HARAKAHDAILY
SEPANG: Pasukan penyiasatan sedang meneliti rekod panggilan telefon juruterbang pesawat MH370 Kapt Zaharie Ahmad Shah dari kokpit, yang dilaporkan dibuat beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata rekod panggilan telefon itu telah diserah kepada pasukan penyiasat bersama-sama dengan maklumat mengenai senarai kargo.

Menjelaskan lanjut mengenai manifes kargo, beliau berkata pesawat itu membawa bateri kecil tetapi ia telah mendapat kelulusan serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Ia bukan barang berbahaya dan telah dibungkus seperti yang disyorkan oleh ICAO. Kami memeriksanya beberapa kali untuk memastikan ia dibungkus dengan betul dan dilakukan mengikut garis panduan ICAO," katanya pada taklimat media harian mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, hari ini.

Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan wakil khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting.

Ahmad Jauhari berkata bukanlah luar biasa bagi syarikat penerbangan membawa barangan seperti itu sebagai kargo, dan menegaskan: "Barang ini diterbangkan oleh kebanyakan syarikat pesawat kargo. Syarikat penerbangan selalu melakukan perkara ini, bukan sahaja MAS."

Ditanya sama ada pesawat Boeing 777-200 (MH370) itu dilengkapi sistem dikenali sebagai 'Uninterruptible Autopilot System' yang boleh mencegah perbuatan merampas pesawat secara manual dari dalam pesawat, beliau berkata: "Pesawat itu mempunyai kelengkapan standard. Tidak terdapat sebarang peralatan tambahan padanya."

Sementara itu, Hishammuddin berkata siasatan agensi perisikan antarabangsa mengenai penumpang dan anak kapal termasuk juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, mendapati tidak wujud sebarang perkara luar biasa.

Mengenai simulator yang terdapat di rumah Zaharie, beliau berkata: "Kami telah serahkan maklumat mengenainya kepada pihak antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan dengan kadar cepat. Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mungkin boleh memberi komen mengenai perkembangan terbaharunya."

Hishammuddin berkata mereka juga tidak mempunyai maklumat mengenai seorang suri rumah yang mendakwa ternampak sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam di dalam air di luar Kepulauan Andaman ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas menunaikan umrah di Makkah pada hari pesawat berkenaan dilaporkan hilang.

Pesawat Boeing 777-200ER itu yang menuju ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Gerakan mencarinya dilancarkan di Laut China Selatan sebelum kawasan carian diperluaskan hingga meliputi satu kawasan yang luas di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi.

Pesawat itu dikatakan menukar haluan selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat dan pesawat bekenaan terbang selama tujuh jam selepas itu.

Gerakan mencari kemudian ditumpukan di dua koridor iaitu koridor utara yang bermula dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand serta koridor selatan yang bermula dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. 
-Bernama-

MH370: Berhentilah Mengharap

Esmael
"Apabila mendapat berita tentang kehilangan pesawat pada 8 Mac 2014, hati memang tergetus betapa ianya tidak melibatkan adik bongsu kami Wan Swaid. Harapan itu punah sekelip mata kerana ia berlaku sebaliknya. Beliau antara krew yang bertugas di dalam penerbangan tersebut. Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing.

Tidak banyak yang kami harapkan jika kemalangan itu berlaku pada paras 35000 kaki dari aras laut. Dari segi mental, keluarga telah bersedia sejak beliau memulakan tugas sebagai pramugara. Tugas yang nampak senang dan penuh glamor tetapi disisinya penuh dengan pengharapan agar suatu hari nanti beliau akan menjadi manusia yang mempunyai kehidupan seperti orang lain. Kehidupan yang normal, bukanya hidup di awan yang berisiko tinggi.

Hampir dua minggu berlalu, seluruh dunia maklum tentang kehilangan. Tetapi yang agak mendukacitakan kerja cari dan selamat masih menemui jalan buntu. Sidang akhbar demi sidang akhbar diadakan bertujuan memberi maklumat terkini dan tepat terhadap kejadian, namun ia juga tidak nampak sebarang kesudahan. Maklumat yang dikemukakan jauh dari melegakan pihak keluarga, sebaliknya menambah tekanan dan seolah-olah mereka hanya ingin mengatakan bahawa berhentilah mengharap !

Sekurangnya 7 teori kehilangan telah dikemukan oleh pihak kerajaan dan jumlahnya mungkin puluhan kalau dicampur dengan teori spekulasi yang mengalir melalui media altenatif terutamanya. Berita yang disiarkan tidak ubah seperti hanya bahan lawak-jenaka walaupun ia analisa yang canggih tentang rada atau teknologi penerbangan atau sejahil bomoh yang turut menumpang sekaki.

Siapapun yang mendengar berita tentang kehilangan kapal terbang di udara, tiada gambaran lain selain daripada ia kemungkinan besar berlakunya kerosakan dan kegagalan teknikal dan akhirnya terhempas. Skripnya agak straight forward, keja mencari biasa mengambil masa antara dua atau tiga hari dan bangkai atau serpihan pesawat akan ditemui dan pihak berwajib akan membuat pengumuman pengesahan tentang status kemalangan tersebut dan siapa yang terselamat dan siapa yang tidak. Dan drama tangis pihak keluarga terlibat akan beransur hilang dalam masa seminggu dua.

Tetapi ia tidak berlaku pada MH370. Kehilangannya dikategorikan sebagai 'kehilangan yang luar biasa'. Kerja cari dan selamat (SAR) nampaknya tidak mudah, ia berbelit dan seolah wujudnya tipu daya. Maklumatnya berubah-ubah selang beberapa hari. Bapak-bapak menteri yang terlibat pada mualanya nampak mesra rakyat sekarang lebih serius dan berserabut. Mereka seolah sudah hilang pedoman dan buntu.

Dua hari pertama, pihak bertanggungjawab seolah amat yakin bahawa kemalangan ini kemalangan biasa dan akan dikesan dalam masa terdekat. Waris terdekat diminta untuk bersedia dengan barang asas seperti pakaian dan paspot untuk dihantar ke lokasi kejadian yang masih rahsia. Pihak MAS atau DCA menyangkal keras tentang beberapa kemungkinan lain yang berlaku pada pesawat seperti kemungkinan pesawat dirampas tetapi nampaknya sekarang seolah mengiyakan pula.

Semakin hari ia menjadi semakin serabut dan penuh persoalan. Pencarian yang bermula di perairan Malaysia, dipersekitaran Laut China Selatan dan Telok Siam diperluaskan hari demi hari sehingga kini telah melangkaui kesebelah barat Malaysia sehingga ke India dan sempadan Banjaran Himalaya. Ada koridor utara, ada koridor selatan pulak yang luasnya jutaan kilometer persegi. 26 negara terlibat tentunya ribuaan pakar dan anggota keselamatan terlibat. Ini jelas menunjukkan keadaan semakin kusut.

Nampaknya juruterbang dan pembantunya pula dijadikan sasaran siasatan apabila Perdana Menteri dalam sidang akhbarnya tidak menolak kemungkinan berlakunya rampasan. Beberapa penumpang lain juga turut menjadi sasaran dan disyakki sebagai perampas. Prasangka ini timbul apabila tidak ada petunjuk selain kemungkinan berlakunya rampasan. Tetapi kejadian rampasan ini agak terbalik kerana kebiasaannya apabila berlaku rampasan, pihak perampas akan menuntut tebusan dalam bentuk jumlah wang atau lainnya, tetapi kali ini ia berlaku sebaliknya.

Kalaupun pihak kerajaan perlu membuat tuduhan seperti ini, adalah amat tidak wajar ia disiarkan melalui media sehingga ia terbukti. Tuduhan secara terbuka ini betul-betul menghina dan merobek hati saudara mara tertudah yang telah sedia maklum bersedih, apalagi saudara terdekat yang kenal dan rapat dengan yang tertuduh. Mereka sentiasa mengharapkan dan mendoakan sesuatu yang lebih baik.

Dua minggu berlalu yang masih buntu dan penuh trajis. Walaupun negara terlibat semakin bertambah begitu jugalah dengan kelengkapan dan peralatan mencari dan menyelamat, namun jika dianalisa kepada sidang akhbar yang diberikan oleh menteri terlibat tidak banyak berubah. Ia semacam pusingan dalam sebuah bulatan yang kecil, isunya berputar-puter kepada perkara yang sama hanya dalam susunan bahasa, suasana dan emosi sahaja yang berbeza.

Sidang akhbar yang diberikan sejak hari-hari terakhir ini tidak lebih dari menjaga hati dan emosi pihak yang terlibat terutama dikalangan keluarga. Tidak ada input baru selain daripada kenyataan yang semakin longgar dan tidak meyakinkan.

Persoalannya sekarang, sekiranya tempoh dua minggu berlalu dan pencarian ini masih gagal, apakah tindakan seterusnya dari pihak MAS atau kerajaan, apakah janji yang akan diberikan untuk melunakkan penantian yang semakin pudar ini ? Yang pasti tentunya ada teori baru mengenainya lagi.

Sumpahan Datuk Seri

Khalidi Hamidi
Pemimpin negara anggap ia satu tragedi tetapi sebenarnya Allah telah menurunkan bala kerana menzalimi rakyatnya.

Cerpen Minggu Ini

Datuk Seri tidak sangka beliau difitnah lagi selepas keluar dari penjara 10 tahun lalu. 16 tahun lalu beliau telah dipenjara kerana meliwat bekas pemandunya. Beliau berkali-kali bersumpah tidak lalukan pekerjaan terkutuk itu.

Tetapi mahkamah mendapati Datuk Seri bersalah kerana hakim dapati keterangan bekas pemandunya lebih meyakinkan. Maka beliau dipenjara selama enam tahun.

Dia akui kesilapannya melawan bossnya. Jika dia tak lawan bossnya maka dia tidak difitnah meliwat bekas pemandunya. Segala-galanya bermula apabila beliau sebagai menteri kewangan enggan meluluskan permohonan anak bossnya. Bossnya amat marah dengan tindakannya itu.

Ketika itu tersebar khabar-khabar angin beliau dan bossnya tidak ngam lagi tetapi seperti biasa mereka sebagai orang politik menafikan berita mereka tidak ngam lagi.

Akhirnya perhubungan di antara mereka berdua tidak dapat diselamatkan lagi. Maka konspirasi diatur untuk menyingkirkannya dari politik negara. Akhirnya Datuk Seri dipecat dari jawatan nombor dua negara dan dari parti.

Datuk Seri yang terkejut dengan pemecatannya mengerah para penyokongnya berkumpul di Dataran Merdeka. Seramai 100,000 orang berkumpul di Dataran Merdeka menyokong beliau lawan pemimpin negara. Malam itu beliau ditangkap di bawah ISA kerana menghasut rakyat memberontak.

Beliau ditahan selama 60 hari tanpa bicara. Ketika itu beliau dibawa ke mahkamah untuk kes liwatnya. Yang lucunya tilam dibawa ke mahkamah sebagai saksi perliwatan di antara Datuk Seri dengan bekas pemandunya.

Beliau dinafikan ikat jamin kerana beliau dikatakan merbahaya kepada negara. Sepanjang perbicaraan itu beliau ditahan di penjara. Setelah enam bulan perbicaraan, hakim menjatuhkan hukuman enam tahun penjara kepadanya.

Di dalam penjara Datuk Seri bermuhasabah diri. Beliau melakukan solat tahajud setiap malam dan solat hajat minta Allah tunjukkan kebenaran. Musuhnya telah menjatuhkannya dalam politik dengan mengaibkan dirinya dan keluarganya kerana bekas bossnya dapati beliau tidak ada kes rasuah untuk dibawa ke mahkamah. Maka kes liwat ini diatur untuk menjatuhkannya. Lojikkah beliau meliwat sedangkan latar belakangnya sebagai pejuang NGO Islam?

Rakyat tidak mempercayai kes itu. Mereka simpati dengan nasibnya. Maka dua negeri jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum pada tahun tersebut.

“Ya Allah, inilah ujianMu terhadapku. Ku terima ujianMu ini dengan ikhlas,” doanya setiap kali solat hajat.

Pemimpin negara bertukar tiga tahun selepas itu. Pemimpin baru melepaskannya dari penjara kerana memenuhi amanat aruah ibunya supaya melepaskan orang yang dizalimi itu. Mahkamah Persekutuan melepaskannya kerana dapati beliau tidak bersalah. Dengan sendirinya keputusan mahkamah tinggi terbatal.

Selama enam tahun dalam penjara isterinya menggantikannya sebagai ahli parlimen. Bila beliau bebas dari penjara, beliau dapat ilham untuk jadikan parti yang diasaskan oleh isterinya itu sebagai parti berbilang kaum. Datuk Seri mahu lari dari kepompong parti kemelayuan seperti parti pemimpin negara.

Datuk Seri nampak jika dia terus berjuang atas dasar perkauman, partinya tidak akan dapat sambutan. Maka beliau tukar partinya menjadi parti berbilang kaum supaya parti itu nampak parti Malaysia dan bukan parti satu kaum sahaja.

Sebagai bekas pemimpin nombor dua negara, Datuk Seri dapat sambutan ke mana sahaja beliau pergi. Ceramahnya dapat sambutan. Maka beliau difitnah kerana kononnya beliau adalah ejen CIA. Beliau adalah alat Amerika Syarikat. Bila partinya menang, partinya akan menjual negara kepada Amerika Syarikat.

Genap lima tahun keluar dari penjara, Datuk Seri dapat aktif semula dalam politik. Isterinya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen untuk beri laluan kepada Datuk Seri bertanding dalam pilihanraya kecil. Beliau menang dengan majoriti lebih besar dari dipungut isterinya dalam pilihanraya umum.

Maka parti pembangkang memberi laluan kepada Datuk Seri untuk jadi Ketua Pembangkang walaupun partinya tidak banyak menang kerusi. Bila Datuk Seri aktif dalam politik, rakyat semakin beri sambutan kepada ceramah-ceramahnya. Ini yang menimbulkan ketakutan kepada parti pemerintah.

Maka konspirasi baru diatur untuk menjatuhkan Datuk Seri dari politik. Apabila pegawai baru diambil, Datuk Seri sudah diberitahu hati-hati ambil orang baru kerana mungkin dia dihantar oleh parti lawan. Tepat segala tekaan orang lama dalam parti. Pegawai baru fitnahkan Datuk Seri meliwatnya.

Datuk Seri sejak aktif semula dalam politik menyebakan parti pemerintah sudah dua kali tidak dapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. Rakyat bukan Melayu semakin menyokong perjuangan Datuk Seri yang menentang rasuah, ketidakadilan antara kaum.

Pemimpin negara bertukar lagi selepas parti pemerintah gagal mendapat majoriti dua pertiga buat kali pertama. Pemimpin baru adalah bekas naibnya ketika Datuk Seri menjadi Ketua Pemuda. Maka rakyat lihat siapa yang lebih berwibawa memerintah negara sama ada Datuk Seri atau bekas naib ketuanya.

Sekali lagi parti pemerintah gagal mendapat majoriti dua pertiga tetapi mereka sudah berjaya memfitnah Datuk Seri sekali lagi.

Petang jumaat lalu mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada Datuk Seri kerana meliwat bekas pembantunya. Sekali lagi beliau difitnah. Malam itu beliau bermunajat kepada Allah supaya Allah menunjukkan kebenaran.

“Ya Allah, aku bersumpah aku tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu. Jika Kau mendengar sumpahanku ini, Kau makbulkanlah doa orang yang dizalimi ini, Kau turunkanlah bala kepada orang yang menzalimi aku,” doanya selepas solat tahajud malam itu.

Esoknya terpampang di dada televisyen bahawa kapal terbang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Negara gempar dengan bala yang menimpa ini sedangkan kapal terbang itu amat canggih tetapi ia tak dapat dikesan.

Pemimpin negara anggap ia satu tragedi tetapi sebenarnya Allah telah menurunkan bala kerana menzalimi rakyatnya. Apabila bala turun, ia akan kena kepada semua tidak kira orang berdosa atau tidak.

Apa Anwar hendak buat 5 tahun di penjara

Subky Latif
Bagi orang yang bersalah, mereka amat takut dipenjara sekalipun sebulan. Ia akan rasa bersalah apabila dipenjara sekalipun ia keluar masuk penjara.
Bagi yang rasa tidak bersalah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada apa yang ditakutkannya, apa lagi hukuman lima tahun yang terbaru itu adalah kali ketiga untuknya termasuk tahanan ISAnya yang pertama dahulu

Mungkin kita berasa lama tetapi padanya mungkin tidak lama kerana yang dipenjara itu adalah seorang yang sudah dinobatkan sebagai perdana menteri oleh rakyat.
Kerana dia dilihat sebagai perdana menteri rakyatlah maka tiada perdana menteri mahu melihatnya di luar penjara.

Anwar tidak boleh dikira buang masa selama dipenjarakan. Masanya tidak terbuang tetapi akan digunakan untuk rakyat dan agama.

Hamka yang dipenjara Sukarno menyiapkan Tafsir al-Azharnya, tafsir Al-Quran dalam bahasa Melayu yang terbaik.

Asy-Syahid Syed Qutub yang dipenjara Gamal Abdel Nasser pula mengeluarkan tafsir Fi Zilalil Quran.

Saya tidak menyarankan supaya Anwar menghasilkan tafsirnya, tetapi dalam tempoh penjaranya yang kedua dulu, dia dikatakan menghafal sebahagian daripada Al-Quran.

Banyak mana yang sudah dikuasainya, saya tidak tahu. Tetapi dengan tambahan penjaranya yang ditunggu sekarang, tidak mustahil dia keluar nanti menjadi seorang hafiz.

Saya kira Anwar boleh gunakan masanya nanti untuk menyambung hafalan Al-Quran dan mungkin boleh khatam sebelum tempoh lima tahun itu berakhir.

Anwar boleh mendapatkan guru tetap untuk memimpin dan mentasmik yang sudah dihafalnya.

Jika dia belum ada guru, saya mahu mencadangkan dia ambil khidmat anak saya yang sekarang tinggal dan mengajar di Sungai Buloh yang tidak jauh dari penjara, kiranya dia dipenjarakan di situ lagi.

Saya suka jika boleh anak saya membalas jasa Anwar berbelas tahun dulu terhadapnya.

Ketika dia ditawarkan belajar di Kuran Kursu di Istanbul pada usia 11 tahun, Anwar yang jadi menteri ketika itu mengutus seorang menyampaikan bantuan RM4,000 untuk anak saya itu.

Anak itu seorang hafiz di Turki. Sekarang dia mengajar orang yang sudah hafiz.

Dia tidak mengajar kanak-kanak untuk menghafal Quran. Orang yang sudah hafaz baru belajar dengannya.

Tetapi kalau Anwar yang belajar, Anwar akan jadi orang pertama yang dipimpinnya untuk menghafal Al-Quran.

Dengan kesibukan masing-masing dalam kegiatan harian, dia mungkin tidak ke penjara setiap hari tetapi boleh diatur dia pergi kepada Anwar tiga atau empat kali seminggu secara komprehensif.

Anwar tidak perlu diajar seperti mengajar kanak-kanak. Yang diperlukan oleh Anwar sebagai seorang yang dikira perdana menteri rakyat terpenjara ialah barakah berguru.

Anwar perlu berguru daripada guru yang berguru daripada gurunya.

Gurunya berguru daripada gurunya. Guru itu pula daripada gurunya hinggalah daripada Nabi Muhammad SAW, daripada Jibril dan daripada Allah Azawajalla.

Apabila Anwar keluar daripada penjara nanti, dia sudah dikira ahli ilmu.

Saya tidak mahu katakan dia sudah setaraf dengan Ustaz Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan Syaikh Yusuf Qardawi, tetapi dia adalah Syaik Anwar Ibrahim yang boleh menjadi guru ummah.

Masa itu tidak usah dipedulikan lagi Dr Mahathir dan Najib.

Tidakkah memenjarakannya itu adalah persiapan bagi menjadikan dia Anwar the Great? – 21 Mac, 2014.

Kronologi kehilangan pesawat MH370

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi.
  
Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.
  
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
  
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
   
* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
  
* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
  
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
  
* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.
  
* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.
  
* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
  
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
  
* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
  
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
  
* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas. Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
  
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
  
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
  
* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
  
* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
  
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya  Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370. 
-Bernama-

Gambar Ahli perniagaan dibunuh dan disimen dalam tong

simen1
Port Dickson: Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.

Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu.
Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang.

“Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan ke Bukit Pelandok itu.
simen2
simen3
simen42
simen5-1024x660
Kredit Gambar: Facebook JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA

“Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu,” katanya.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian. 
-hmetro-

Chef Wan dikecam kerana buat lawak MH370 di Instagram

Selepas dikecam peminat gara-gara memuat naik sebuah gambar jenaka dikaitkan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, selebriti Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kini bertindak memadamkan entri tersebut di akaun laman sosial Instagram.

Ramai yang mengganggap jenaka selebriti terkenal itu tidak kena apabila beliau tidak memikirkan sensitviti ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777-200ER itu.

Dalam akaun Instagram, Chef Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Dua objek di Perth dan satu ini I ingat kan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah cik kiah di pantai Morib yang telah usang .. adoi frustnya," katanya di laman Instagram.

Ini bukan kali pertama berlaku jenaka tidak kena dengan tempat dilakukan artis.

Sebelum ini bekas presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi turut dikecam hebat gara-gara memuat naik status di Twitter dan menghina Pesawat MH370 yang kini masih gagal dikesan.

"Biar betik kapal terbang MAS yang besar gedabak boleh hilang? MAS rugi nasi lemak telanjang, asam pedas takde sekarang kapal hilang," katanya di akaun Twitter @rozaidijamil.

Ekoran kritikan yang terimanya, Rozaidi akhirnya terpaksa meminta maaf secara terbuka kerana lawaknya yang keterlaluan itu.

Penerbangan MAS MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam sebelumnya.

Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama, akan tetapi masih hilang sehingga kini.

Sebanyak 26 negara menyertai operasi misi mencari dan menyelamat yang sudah masuk hari ke-14 ini. -TMI

Rogol dan liwat: 3 anggota polis diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 9 Mei ini untuk membela diri.

Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34, Konstabel Remy Anak Dana, 26, dan Konstabel Syahiran Romli, 22, dituduh merogol seorang wanita warga Indonesia di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di Butterworth antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 377(C) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohd Jaafar dan Maziah Mansur.

Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam R.S.N. Rayer.
-Bernama-

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Pembohongan

Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan selepas mendapat tahu hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan pembohongan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum saya paparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai fMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan.

Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah fMRI. Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia. Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus. Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran

Sekarang adalah masanya untuk saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, saya mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang saya paparkan di atas. Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman. Insya Allah

Sumber: Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican