Najib perlu segera jauhi species seperti Zulkifli Noordin sebelum terlambat

Shahbudin Husin
Bekas Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin rupanya bukanlah seorang yang mahu mengakui kesilapan serta mudah mengungkapkan kata-kata maaf atas keterlanjuran perbuataannya. Setelah tindakannya menulis di twitter sesuatu yang tidak wajar mengenai kematian Karpal Singh dan ditegur oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau nampaknya bukan saja tidak mahu mengalah, malah seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini.
Di ketika semua pihak, termasuk Najib sendiri menunjukkan sikap terpuji dan merasakan kehilangan atas pemergian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya, Zulkifli terus angkuh dengan menempelak pula KJ yang bertindak betul menegur dan menyuruhnya diam akibat kenyataannya yang keterlaluan itu.

Sebaik kematian Karpal Singh, Zulkifli menulis di twitter yang memberi gambaran seolah-olah Allah sengaja mematikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk memberi laluan kepada Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Ini berikutan Karpal sebelum ini menentang perlaksaan hukum itu dengan keras sambil memberi amaran "langkah mayat saya dulu" jika mahu hukum Islam itu dilaksanakan.

Komen Zulkifli yang dianggap keterlaluan, tidak sesuai dengan suasana keluarga Karpal yang sedang dalam kesedihan dan cuba mempolitikkan kematian tokoh DAP itu, bukan saja dikecam oleh banyak pihak, termasuk menteri dan komponen BN sendiri, tetapi KJ adalah yang paling awal dan lantang mengkritik bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu itu.

KJ tidak saja mendesaknya agar diam tetapi juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Zulkifli itu, lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi calon BN di Shah Alam dalam pilihanraya lalu dan seterusnya menyatakan tidak seharusnya dipilih sebagai calon lagi dalam mana-mana pilihanraya selepas ini.

Reaksi KJ yang keras tetapi bertepatan dengan sesiapa saja yang berfikiran waras itu telah mengundang rasa kurang senang Zulkifli dengan membalas di twitternya bahawa beliau sebenarnya malas melayan menantu Pak Lah itu tetapi semata-mata kerana kasihan kepada Perdana Menteri, Najib Razak saja.

Sambil itu, beliau juga menyindir KJ dengan mengingatkannya agar tidak menjadi Anwar Ibrahim kedua dalam keghairahannya bermain politik.

Barangkali kerana merasakan beliau sudah mampu berdiri sendiri dan tidak perlu dikaitkan lagi dengan Pak Lah, KJ lantas mengingatkan Zulkifli agar menjadi anak jantan dan terus merujuk kepada namanya saja.

Walaupun ada yang menyebut apa perlunya dua orang pemimpin Melayu bertelagah hanya kerana Karpal Singh, tetapi dalam isu ini ternampak kebenaran lebih berpihak kepada KJ. Tegurannya kepada Zulkifli adalah wajar dan tidak semua perkara harus dikaitkan dengan perkiraan untung rugi politik.

Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dengan Karpal semasa hidupnya tetapi setelah kematiannya, apa yang harus dikenang ialah jasa dan sumbangannya. Lihatlah bagaimana Mahathir, Pak Lah, Najib, Samy Vellu dan lain-lain pemimpin memberi reaksi dan menunjukkan jiwa besar atas pemergian Karpal walaupun semasa hayatnya sering bertelagah dan berbeza pendapat.

Walaupun penentangan Karpal terhadap hudup tiada kaitan secara langsung dengan Zulkifli dan komennya lebih sebagai "batu ronson" semata-mata, hakikatnya Zulkifli tidak dapat membezakan antara menghormati orang hidup dengan orang yang sudah meninggal dunia.

Sudahlah beliau tidak mahu mengakui kesilapan dan meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu, beliau juga nampaknya cuba menyerang orang yang cuba menegurnya sambil cuba berselindung di belakang Najib seolah-olah memohon simpati dan perlindungan.

Kasihan Najib konon! Kalau kasihan Najib beliau tidak akan memberi reaksi tidak sewajarnya mengenai kematian Karpal. Ini kerana Najib sendiri menzahirkan simpati dan merasa kehilangannya. Reaksi beliau itu lebih untuk "membunuh" Najib.

Sebenarnya Zulkifli perlu mengasihani dirinya sendiri. Ini kerana jelas bahawa pemikiran dan tingkah lakunya tidak selari dengan majoriti rakyat negara ini lagi. Pemikiran kunonya mengenai politik, perkauman, perpaduan dan menghargai manusia lain sudah menjadi dinosaur yang tidak sesuai lagi dengan manusia yang berakal dan bertamaddun.

Jika Najib dan BN ingin mencapai keputusan lebih baik dalam pilihanraya umum akan datang, species seperti beliau perlulah dijauhi. Membiarkan diri berdampingan dengannya akan mengecilkan lagi sokongan dan undi rakyat keseluruhannya.

Najib perlu mengkaji, undi siapakah yang perlu diraihnya dalam pilihanraya akan datang dan apakah manusia yang berfikiran seperti Zulkifli boleh menambahkan undi BN secara keseluruhannya atau persaraannya secara total jauh lebih baik lagi?

Jika Najib dapat menjauhkan dirinya dengan semua yang sejenis dengan Zulkifli yang kini begitu ghairah menonjolkan diri melalui media dengan pelbagai reaksi berbentuk provokasi, perkauman, memecah-belah perpaduan dan seumpama dengannya, lebih menguntungkan lagi.

Fikirkan dengan mendalam sebelum terlambat.

Papagomo berjaya langkah mayat Karpal?

Cecilia Jeyanthi Victor
Penulis blogger kontroversi Papagomo telah menyertai kebiadaban pemimpin dan penyokong pro-Umno dalam melontarkan komen tidak sensitif di atas kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh.
Dia bukan sahaja telah menggunakan kematian Karpal untuk meneruskan agenda politiknya, malah turut menyeret pemimpin tidak rasmi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS ke dalam "jejak kempen"nya.

Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam akaun Twitternya mempersendakan Karpal yang digelar "Harimau Jelutong" dengan menulis: “Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”

Papagomo menambah minyak kepada api apabila dia menambah bahawa kematian Karpal akan membuka jalan bagi PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud, dan ianya tanda kemenangan bagi pihak Islam.

Beliau menulis sebuah ‘tweet’: “PAS kini sudah berlapang dada dengan kematian Karpal Singh. Tidak ada lagi alasan oleh PAS untuk mempercepatkan Hudud di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kematian Karpal Singh satu kemenangan besar untuk parti PAS.”

‘Blogger’ tersebut yang menggunakan akaun Twitter @Papagomo mengkritik dalam Anwar tweet-nya “Karpal Singh sebelum dia mati dia buat pengakuan Anwar Ibrahim penganal Homoseksual. Tulah jasa dia selama mana dia hidup.”

Dia tidak berhenti di situ, apabila dia menambah: “Mintak pihak @PDRMsia siasat secara terperinci kenderaan yang dinaiki Karpal Singh. Siasat kerana tak mustahil Al Juburi terlibat!”

Dia turut menambah dengan bertanyakan pemimpin-pemimpin PAS sama ada mereka telah memijak mayat Karpal dan mencabar mereka untuk berbuat demikian, dan bertanya apa yang mereka takutkan.

Dia juga menulis sepucuk tweet yang dia mahu melangkah mayat ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

Kematian Karpal telah mendedahkan rakyat Malaysia yang tidak berhati perut, tidak sensitif dan jahat. Mereka juga terdiri di kalangan ahli politik Malaysia.

Ia dimulakan naib presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang menghantar mesej berikut di Twitter: “Dalam keadaan kemelut Kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikn Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya!??"

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, walaupun mengakui bahawa kematian Karpal adalah sebuah kehilangan yang merugikan, dengan pantas menuduh Karpal telah menghina Islam.

Ahli Parlimen Barisan Nasional-Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, yang juga pengerusi KTM, juga menghina Karpal dengan menyiarkan gambar muka Karpal yang berlumuran darah dan sebuah keratan akhbar lama dengan tajuk "Over my dead body" (langkah mayat saya) berhubung dengan pelaksanaan hudud yang dicadangkan.

Golongan “orang Islam” ini tidak hanya memalukan Islam, tetapi negara juga. Syukurlah, golongan ini hanyalah minoriti.

Masih terdapat juga ramai orang Islam lain yang telah mengecam golongan tidak senonoh ini.

Rahsia kenapa UMNO beriya-iya meminta PAS bentang usul Hudud

KHALID SAMAD
Negara kehilangan seorang pejuang yg tegas dan berani dengan pemergian Karpal Singh awal pagi tadi. Berbeza prinsip tetapi saling hormat menghormati. Seorang pejuang hingga akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau. Semoga terus tabah.

Dalam pada itu, saya mendengar dengan penuh hairan permintaan Menteri UMNO/BN supaya PAS membawa usul berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan. Mengapa Menteri dari kerajaan yang sedang memerintah memohon PAS yang merupakan parti pembangkang untuk membawa usul tersebut?

Bertambah kelakar bagi saya, apabila Ahli Parlimen UMNO dari Kelantan dengan penuh gah dan semangat, menyokong pula permintaan itu dan memberikan jaminan dari ahli Parlimen UMNO! Kelakar kerana dia tetap meminta PAS membawa usul tersebut, bukan mendesak supaya UMNO yang bawa!

Mengapa dianggap anggap kelakar? Kerana UMNO meminta PAS membawanya. UMNO tidak mampu membawa usul itu sendiri kah? Adakah ini satu pengakuan bahawa UMNO telah ‘dikembirikan’ MCA sehingga tidak berani membawa usul berkenaan dan terpaksa meminta PAS? Tidak sangka pula UMNO begitu takut pada MCA! Sedangkan ‘pahlawan’ dan ‘pendekar’ yang sanggup mendesak PAS pula kelihatan seperti ramai.

Hakikatnya, sekiranya usul ini dibawa oleh parti pemerintah, ianya akan lebih diutamakan. Lebih power dah lebih berkesan. Dengan itu parti pemerintah, iaitu BN, akan menyokong dan ianya akan lulus dengan mudah. Tidak perlu dibawa oleh ahli parlimen dari parti pembangkang. Tetapi apakan daya, wakil rakyat UMNO, dalam soal Islam dan perundangan Islam khususnya, hanya berani menyokong ‘dari belakang’. “PAS bawa dan kami berani untuk sokong!” seolah-olah itulah kata mereka. Tetapi untuk bawa sendiri, kami tidak berani!

Siapa yang tunduk pada siapa sekarang? Dulu dituduh PAS tunduk pada DAP tetapi sekarang amat jelas, UMNO sendiri iktiraf PAS tidak tunduk kepada sesiapa sedangkan mereka sendiri tunduk kepada MCA.

Yang bertambah menggelikan hati pula ialah apabila MCA mula menyerang DAP kerana menurut mereka pula, PAS berani membawa usul ini oleh kerana DAP! Eh, MCA ini pekakkah? Tidakkah mereka dengar, seperti mana telah didengari satu dunia, yang minta PAS bawa usul ini adalah UMNO?

Atau ini semua merupakan mainan politik UMNO/BN yang sememangnya menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata? Tiada kesungguhan dan tiada keseriusan dalam soal perlaksanaan sistem perundangan Islam, hanya ingin dimanfaatkan untuk kepentingan politik mereka.

Bagi yang sudah mula pening dengan kerana cerita yang berpusing-pusing ini, kisahnya begini; UMNO minta PAS bawa usul hudud, MCA pula serang DAP. Nampak logiknya? Tidak logik? Maka itulah politik UMNO/BN!

Hakikatnya, sekiranya UMNO/BN benar-benar serius, mereka boleh bawa usul perlaksanaan enakmen hudud untuk negeri Kelantan sendiri dan tidak perlu minta PAS. Kalau dianggap tidak sesuai kerana Kelantan di bawah PAS, maka bawalah untuk negeri Terengganu. Adakah mereka lupa bahawa Terengganu sekarang di bawah UMNO/BN? Tidak mungkin mereka lupa.

Tetapi bukankah baru hari tu usul perlaksanaan hudud ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu? Maka di Terengganu tidak disokong dan ditolak terang-terangan tetapi di Parlimen dan di Kelantan mereka sokong? Sokong kerana dibawa oleh PAS?

Maka kuncinya ialah usul ini mesti dibawa oleh PAS! Dan sememangnya mereka inginkan PAS yang bawa. Tetapi mengapa?

Sebenarnya mereka tidak serius dan mereka tahu yang serius dan bersungguh-sungguh berhubung sistem perundangan Islam hanyalah PAS. Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP! Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya PR itu sendiri akan berpecah.

Pada masa yang sama, sambil PAS dan DAP ‘bertembung’, UMNO akan terus menyatakan ‘sokongan’ mereka kepada usaha PAS untuk melaksana hudud dan sistem perundangan Islam. Walaupun pada masa yang sama di Terengganu mereka juga yang menolak. Ini, bagi saya, adalah sejenis tindakan yang selari dengan tindakan golongan munafik yang menggunakan agama sebagai alat adu-domba. Dalam kes ini, yang ingin diadu-domba adalah kita yang berada dalam PR.

Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang ‘memperjuangkan’ hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya.

Namun walaupun begitu, saya tetap setuju PAS membawa usul berkenaan ke Parlimen. Tetapi, penolakan usul oleh DAP dan PKR tidak merupakan sebab untuk PAS keluar PR kerana dalam soal ini, tiada mana-mana pihak yang melanggar janji di dalam persetujuan yang telah termeterai dengan penubuhan PR. Ini adalah kerana sejak awal lagi persoalan perlaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam perjanjian berkenaan kerana tidak dipersetujui bersama. Untuk memastikan PR tidak berpecah semasa menguruskan isu ini, maka pimpinan PR perlu bertemu dan memahami pendirian masing-masing. Sambil ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam soal perlaksanaan hudud dan sistem perundangan Islam, masih banyak lagi yang dipersetujui bersama berhubung ‘good governance’ dan keadilan umum yang terus ditolak UMNO/BN.

Sekiranya PR mampu mengharungi strategi adu-domba UMNO/BN ini yang sedang dilaksanakan mereka, maka ini akan membuktikan kerjasama PR telah benar-benar mantap dan kukuh. Ini adalah tipu-helah yang utama mereka di mana parti yang selama ini memperlekehkan hudud, sanggup menelan perasaan malu dan akhirnya berpura-pura menyokong hudud. Penentang Islam mendabik dada mengakui dirinya sebagai pejuang Islam. Tipu-helah ini adalah tipu-helah terakhir dan sekiranya tidak berjaya menyebabkan PR berpecah, maka alamatnya PR akan mencabar UMNO/BN dengan lebih hebat lagi dalam PRU ke 14 yang akan datang ini insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Awas strategi BN kelirukan rakyat

HAFIZAH KASIM
Saya berpendapat, tidak mustahil pemerintah hari cuba mengelirukan rakyat bagi mengekalkan kuasa mereka. Agendanya ialah rakyat perlu salahkan diri sendiri atas pelbagai masalah yang melanda Malaysia. Matlamat utama ialah membentuk persepsi supaya rakyat tidak menukar kerajaan.

Sebenarnya, rakyatlah yang menentukan sama ada Malaysia maju ataupun tidak. Kerajaan tidak mainkan peranan utama. Rakyatlah yang mainkan peranan utama. Jadi, apabila negara merudum, rakyat yang menyalahkan diri sendiri, bukan kerajaan. Kerajaan tak boleh buat apa-apa kalau rakyat tidak mahu maju. Jadi, kalau kita nak negara kita maju, kita sendiri yang perlu berubah. Kerajaan tidak boleh buat apa-apa. Jadi, ada sebab untuk tukar kerajaan kerana rakyatlah yang menentukan sama ada negara maju atau tidak, bukan kerajaan.

Jadi, itulah sebenarnya matlamat utama mereka, iaitu mereka mahu mempengaruhi rakyat supaya tidak menukar kerajaan dan membiarkan kerajaan sedia ada (BN) terus memerintah. Alasan mereka ialah kalau tukar kerajaan pun, keadaan takkan bertambah baik, malah mungkin bertambah buruk. Jadi, lebih baik biarkan saja kerajaan sedia ada dan ubah diri sendiri supaya negara lebih maju.

Semuanya salah rakyat. pemimpin tidak pernah salah. Pernahkah kita dengar kerajaan atau para menteri menyalahkan diri sendiri apabila negara merudum? Pernahkah menteri letak jawatan atas rasa tanggungjawab apabila sesuatu yang buruk berlaku? Mereka tidak pernah salah, walhal mereka yang ada kuasa dan duit kerana mereka menguasai kerajaan.

Ya, memang betul bahwa rakyat mempunyai peranan. Tapi peranan utama terletak di tangan parti yang menguasai kerajaan. Hal ini kerana mereka yang menguasai kuasa dan duit bagi memastikan negara berada di landasan yang betul. Jadi, sebenarnya, kerajaanlah yang memikul tanggungjawab paling besar dan jika negara terus merudum, kerajaanlah yang paling patut dipersalahkan.

Mereka memperalatkan segelintir agamawan serta agen siber untuk menyebarkan propaganda ini. Harap pihak Pakatan dapat bertindak supaya rakyat tidak termakan dengan taktik ini. Pada masa sama, Pakatan perlu sentiasa memperbaiki khidmat kepada rakyat.

Jangan ‘main ceduk’ apa saja ke bakul agama – Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
April 17, 2014
Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-'Arab).

Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya disimpan oleh kawannya sebelum dia meninggal dunia. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tidak berasas dan 'kartun' sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.

Sahih

Walaupun asas nama Telaga Barahut itu disebut dalam hadis yang thabit riwayat al-Tabarani dan selainnya sebagai seburuk-buruk telaga, namun cerita si fulan memanggil roh kawannya dari telaga itu tiada asas yang sabit. Mudah untuk difahami seperti cerita Nabi Khidir. Kisah itu ada dalam Al-Quran dalam Surah al-Kahf. Nama Khidir itu pula disebut dalam Sahih al-Bukhari. Namun cerita dalam Hikayat Melayu Lama Hang Tuah bertemu Khidir tiada asas yang boleh dipercayai.

Menggunakan kewujudan cerita itu dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai dalil untuk membenarkan cerita yang direka kemudian adalah satu kaedah yang tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali. Cerita yang datang kemudian, jika pun hendak diterima, hendaklah dinilai keselarasan dengan Al-Quran dan as-Sunnah serta logik yang kukuh.

Menjadikan alasan ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam Bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat. Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya. Bahkan, banyak riwayat dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak sahih. Dalam kitab-kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik.

Tidak boleh semuanya dipercayai. Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah-kisah itu. Benar seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan".

Katanya juga: "Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat mencekik kitab-kitab kaum muslimin". ( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Palsu

Dalam kitab-kitab hadis banyak hadis yang palsu. Para ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima. Bahkan para sarjana hadis bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit daripada selainnya.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): "Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah". (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).

Dalam membaca bahan sejarah juga demikian. Bukan semua yang ada dalam buku sejarah itu boleh dipetik tanpa menyemak sanad dan matannya. Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310) sendiri mengingatkan hal ini pada mukadimah kitabnya: "Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku". (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai' al-Turath al-'Arabi).

Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah 'Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarawan Islam terutamanya al-Tabari:"Para ahli sejarah Islam menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan apa yang sahih daripada yang sebaliknya. Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan secara bersanad. Mereka juga menyebut perawi bagi setiap sanad.

Selain itu, mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang, bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain. Ini bukanlah bererti kehendak mereka adalah untuk berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu. Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat dan menulis setiap berita yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar, dusta, betul atau salah". (Salah 'Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, hlm. 7).

Malangnya apabila kedangkalan disiplin ini tidak dikuasai, ada yang menceduk apa sahaja yang dia jumpa tanpa menghayati disiplin dalam periwayatan.

Logik

Perkara yang tidak logik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam. Inilah yang kita ulang apa yang disebut oleh sesetengah sarjana hadis:”Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu.” (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr).

Ilmuwan al-Azhar sendiri, Dr Al-Syeikh Muhammad Muhammad Abu Syahbah juga menyebut:"Sepertimana para ulama hadis mengambil berat berhubung analisa kritis terhadap sanad yang merupakan analisa kritis luaran, mereka juga membuat analisa kritis terhadap matan (textual criticism) iaitu analisa kritis dalaman. Ini terbukti dengan mereka menjadikan salah satu tanda hadis palsu ialah percanggahannya dengan al-`aql (akal), atau al-musyahadah (apa yang disaksi di alam kenyataan), atau al-hiss (apa yang dikesan oleh pancaindera) sedangkan ia tidak mampu untuk ditakwilkan dengan takwilan yang hampir dan mungkin (untuk diselaraskan). Dalam banyak keadaan mereka maksudkan ialah percanggahan dengan Al-Quran, atau al-Sunnah yang masyhur lagi sahih, atau sejarah yang diketahui, sedangkan ia tidak mampu untuk ditaufiqkan (diharmonikan). (Abu Syahbah, Difa' an al-Sunnah, m.s. 31. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).

Buku memang banyak. Pun begitu, mensahihkan sesuatu perlukan kaedah yang betul. Bukan salah untuk mengutip cerita yang lemah sekadar iktibar, tapi hendaklah jangan disandarkan kepada agama Allah yang maha mulia ini. Jangan pula cerita itu menjatuhkan mertabat Islam sebagai agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara nanti orang bersalah sangka kepada agama.

Kisah pengajaran orang soleh dan para wali boleh dipetik tapi pasti ia seiras dengan nas Al-Quran dan as-Sunnah. Juga agama tidak mungkin membawa sesuatu yang tidak dapat disaksikan kebenarannya oleh akal yang waras. Jangan kita main ceduk semua benda dan masukkan ke dalam bakul agama. – drmaza.com, 2014.

* Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.

Seorang lagi YB terlibat dengan kemalangan maut

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar) mengalami cedera ringan manakala isterinya Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di Ipoh hari ini.(Semalam)
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata anak lelaki pasangan itu berumur 20-an turut berada di dalam kenderaan yang dipandu Nozula.

Beliau berkata mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.

"Berdasarkan maklumat yang diterima kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandu sendiri oleh Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit dalam kejadian pada pukul 6.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Nozula Mat Diah
Kenderaan Nozula yang rosak teruk dalam kemalangan yang mengorbankan isteri beliau. Gambar kanan: Keadaan Nozula yang cedera akibat kemalangan./sinaharian
Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua mangsa sedang dirawat dan masih mengalami trauma.

Pihaknya akan memastikan mangsa stabil sebelum mengambil maklumat lanjut kejadian, katanya.
-Bernama-
---------
Adun Paloh, Datuk Paduka Nozula Mat Diah dilaporkan stabil, namun berada dalam keadaan separa sedar selepas terbabit dalam nahas yang mengorbankan isterinya di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, lewat petang semalam.

Nozula, 56, mengalami patah tulang rusuk kanan dan kiri serta lebam di paru-paru selepas kenderaan SUV Nissan Murano yang dinaiki bersama isteri, tiga anak serta seorang cucunya hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam longkang di laluan bertentangan.

Beliau yang sebelum itu dirawat di Hospital Pakar KPJ, di sini dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 3 pagi tadi bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pakar Bedah HRPB, Dr Basel Ebernesan berkata, meskipun berada dalam keadaan separa sedar, keadaan Nozula stabil, hanya membabitkan kesan ubat yang diambil.

Menurutnya, buat masa ini, Nozula diletakkan di bawah pengawasan Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan akan sebarang kemungkinan memandangkan kesan nahas berkenaan turut menyebabkan paru-paru lebam.

“Kesan kemalangan itu, beliau mengalami patah tulang rusuk hingga enam di bahagian kanan dan tulung rusuk ketiga di bahagian kiri, selain sakit di bahagian dada, paru-parunya juga terdapat kesan lebam.

“Masih terlalu awal untuk kita jangkakan sebarang kemungkinan kerana kecederaan di paru-paru agak sukar untuk dijangka, beliau kini hanya memerlukan rehat yang cukup dan kita akan lihat perkembangan lanjut dari masa ke semasa,” katanya pada sidang media, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, wakil rakyat Kelantan itu masih belum dimaklumkan akan kematian isterinya, Datin Paduka Maziah Din, 56, yang maut ketika mendapatkan rawatan.

'K'jaan mahu sorok maklumat kotak hitam?'

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sangsi dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkunjung ke UK untuk membincangkan mengenai hak menjaga kotak hitam pesawat MH370.
“Mereka bimbang dengan penjagaan kotak hitam. Ini yang menarik...

“Pada saya, dalam kes ini, sesiapa sahaja boleh membaca kotak hitam... Jadi anda boleh rasa (tindakan) menyembunyikan maklumat, tetapi (untuk) mempertahankan apa?,” katanya.

Mengikut perjanjian antarabangsa, negara tempat pendaftaran sesuatu pesawat akan mengetuai penyiasatan dalam kes kemalangan udara yang berlaku di perairan antarabangsa.

Bagaimanapun, negara tersebut boleh mewakilkan tanggungjawab itu kepada negara lain, dengan persetujuan bersama.

ROGOL: 527 pelajar dan kakitangan lelaki di sebuah sekolah menengah beri sampel DNA

Paris: Seramai 527 pelajar dan kakitanan lelaki di sebuah sekolah menengah di barat Perancis diminta memberi sampel DNA untuk membantu siasatan polis mencari perogol seorang remaja perempuan, hujung tahun lalu.

Pejabat pendakwa raya berkata, ujian dimulakan semalam dan dijangka diteruskan sehingga Rabu di sekolah Fenelon-Notre Dame, tempat remaja berusia 16 tahun berkenaan diserang dan dicabul, September lalu dalam tandas yang gelap.

“Kejadian berlaku pada hari persekolahan dan di tempat yang tertutup.
ROGOL: 527 beri sampel DNA
“Kami bersetuju mendapatkan sampel dengan cara ini kerana itulah kaedah terbaik untuk mempercepatkan siasatan,” kata pengarah sekolah itu, Chantal Devaux.

Perancis mempunyai pangkalan data DNA yang luas dan menolak arahan untuk melakukan ujian berkenaan lazimnya dilihat sebagai perbuatan orang yang bersalah. - AP

Ini ulasan Datuk Sheila Majid apabila gambar aksi panas dan seksi anak gadisnya tersebar (Gambar)

L
Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid mempunyai seorang anak gadis iaitu Wan Nur Khaleda atau lebih mudah dikenali sebagai Kayda Aziz memiliki raut wajah sama seperti ibunya.

Gadis berusia 22 tahun itu sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.

Walaupun Datuk Sheila Majid dikritik dengan teruk, beliau menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.
“Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

“Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.
“Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

“Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli,” katanya dengan panjang lebar.

Gambar pemimpin cium tangan rakyat yang bekerja sebagai buruh binaan

rozmal
MASYAALLAH, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mencium tangan seorang buruh kasar di Gaza. Ismail berkata tangan tersebut dikasihi ALLAH dan RasulNya. Rakyat Palestin amat tersentuh dan menyayangi Perdana Menteri mereka yang amat merendah diri semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH dan mendoakan agar Perdana Menteri mereka dinaikkan darjat.

Pemandu lori terkejut jeritan, dentuman kuat

"Bunyi dentuman kuat di belakang lori dan suara orang menjerit telah mengejutkan saya," demikian menurut pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, yang kenderaanya terlibat dengan kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, awal pagi ini.

Kemalangan pada jam 1.10 pagi itu, mengakibatkan anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius maut di tempat kejadian.

Ekoran itu, Abu Mansor berkata beliau memberhentikan kenderaannya dan melihat kenderaan serba guna (MPV) yang dinaiki lima penumpang melanggar bahagian belakang kanan lori berkenaan.

"Keluar dari lori, saya terkejut setelah melihat MPV itu rosak teruk dan terdapat mangsa yang cedera," katanya ketika pemberita di sini hari ini.
Abu Mansor berkata pada mulanya beliau tidak mengetahui seorang daripada lima mangsa yang berada di dalam kenderaan itu adalah bekas pengerusi DAP.
"Orang ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian itu memberitahu saya Karpal Singh berada di dalam kenderaan itu," katanya.
Menurut Abu Mansor, beliau memandu perlahan di bahagian kiri jalan ekoran keadaan jalan yang berbukit.
Beliau yang berasal dari Petaling Jaya berkata, beliau sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barang antaranya simen dan mozek turut bersama isterinya Nur Azlina Ahmad, 23, serta seorang kanak-kanak Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4.

Kemalangan itu turut mengakibatkan pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Sementara anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami kecederaan.

Abu Mansor pula hanya cedera ringan manakala dua penumpang lain tidak cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata saringan awal ujian air kencing bagi mengesan dadah dibuat ke atas Abu Mansor selepas polis mengambil keterangan daripadanya.

"Bagaimanapun, Abu Mansor dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ng, ujian makmal akan dilakukan bagi mempoleh keputusan yang lebih tepat.

Beliau berkata polis juga akan menjalankan saringan ujian air kencing terhadap pemandu kenderaan MPV C Selvam, dalam masa terdekat.
-Bernama-

Video Ustaz Don perjelas kekeliruan

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Ustaz Don Daniyal telah memuat naik video bagi menjawab video viral yang tersebar melalui laman sosial sejak minggu lalu.

Beberapa blog turut menyiarkan petikan daripada penjelasan Ustaz Don.

Dalam video itu, beliau menjelaskan beberapa perkara yang dianggap penting seperti motif penyebaran video tersebut.

Beliau juga mempertikaikan tujuan video video yang bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Penyelewengan Don Daniyal dibuat dan disebarkan melalui media sosial itu.

Petikan penjelasan Ustaz Dom daripada beberapa blog sebagaimana berikut:

Tuan-tuan tidak bagi orang rujuk wikipedia, youtube apa semua untuk nak ambik hujah tapi dengan hanya video sekerat, tuan-tuan jadikan hujah ke atas saya.

Yang pembuat video sekerat-kerat ini, kita tau dah yang ini propaganda, tapi kita juga boleh terjebak.

Tuan-tuan tidak rujuk, tanya pada saya pun dan in fact, tuan-tuan takdak pun dalam majlis tu, wallahualam, tapi macam orang cakap macam adalah.

Kalaulah video macam ni boleh mengganggu gugat kita, hubungan baik kita, kawan-kawan, boleh jadi macam ni, berhati-hati lah tuan-tuan. Senang sangat orang nak bagi putus silaturahim.

Kalau ada benda tak puas hati, mai cakap depan-depan.

Video penjelasan

Saya tak tahu itu Karpal Singh


'Saya dengar orang jerit minta tolong''Saya tak tahu itu Karpal'


 "Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.

Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.

"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.

Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.

Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, namun tidak cedera, pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital.

Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.

Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini./sinarharian

Remaja berusia 16 tahun rogol guru tadika

Kajang: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.

Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.

Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.

“Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

“Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu,” katanya.

Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

“Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.

“Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
-hmetro-

Ramai penderma pahala di internet: Adakah kita salah seorang daripadanya?

Ramai penderma pahala di internet
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SHAH ALAM: "Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet," demikian tulis Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul mengenai fenomena masyarakat kita kini yang menggunakan alam siber untuk mencerca orang lain.

Menurut Dr Asri, 'derma' yang dimaksudkan sama ada dengan cara menuduh orang atau pun memaki dan mencerca orang lain.

"Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik 'keyboard' mereka.

Namun ALLAH tidak lupa," tulisnya di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Tambah Dr Asri, golongan tersebut mungkin berasa puas hati dengan memaki ataupun mencerca orang yang tidak disukai, namun hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'.

"Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak.

"Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa," katanya lagi.

Dr Asri turut berharap pengguna media sosial agar segera sedar atas perbuatan yang dilakukan.

Katanya, "Nabi Muhammad SAW pernah bertanya para sahabat baginda : 'Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?

"Jawab mereka: 'Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta'," katanya.

Tambahnya lagi, "...sabda Baginda: 'Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya.

Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka" (Riwayat Muslim)," tulis Dr Asri lagi.

Tokoh muda ini bakal presiden Indonesia

Abd Shukur Harun

Pengumuman Ketua Umum Parti PDI-Perjuangan (PDIP), Megawati Soekarnoputri mengenai bekas Wali Kota Solo, Jokowi (Joko Widodo) akan menjadi calon Pemilu Presiden parti itu 9 Julai nanti tidak memeranjatkan 248 juta rakyat Indonesia.

Jokowi kini Gubernur Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta. Beliau dilahirkan pada 21 Jun 1961 dan beragama Islam.

Calon muda ini sangat popular dan sangat dekat dengan rakyat. Menurut pemerhati politik, caranya mendekati rakyat begitu mengesankan. Tokoh ini adalah produk Parti PDI-Perjuangan, sebuah parti yang dipimpin oleh Megawati yang sentiasa menghubungkannya dengan perjuangan ayahnya, allahyarham Presiden Soekarno. Ia adalah tokoh pemimpin terpuji Walikota Solo dan berperanan membangunkan kota kraton itu untuk dua penggal iaitu 2005-2015.
Jika Jokowi dan Wakil Presiden (Wapres) Republik Indonesia 2004 -2009, Muhammad Jusuf Kalla (JK) bergabung diramalkan berpeluang besar menjadi presiden dan wakil (naib presiden) dalam Pemilu tahun ini.

Hal ini diperoleh daripada hasil kaji selidik terbaru yang dilakukan oleh Cirus Surveyors Group. Kaji selidik itu menunjukkan pasangan Jokowi-JK memperoleh suara sebesar 52.8%.

Sementara itu, jika Jokowi dipasangkan dengan mantan Ketua Mahkamah Konstitusi (MK), Mahfud MD pula, dalam simulasi tiga nama, suara yang diraih hanya 47.6%.

Perolehan suara Jokowi menjadi lebih kecil lagi jika dipasangkan dengan Menteri Koordinator (Menko) Perekonomian, Hatta Rajasa, dengan perolehan suara 44.7%. Adapun jika Jokowi dipasangkan dengan Gubernur Bank Indonesia, Agus Martowardoyo, maka perolehan suaranya hanya 43.5%.

Jokowi berkata, PDI-Perjuangan terbuka melakukan gabungan dengan parti manapun. Gubernur DKI Jakarta ini mempersilakan jika parti politik lain ingin bergabung.

"Silakan bergabung, perlu. Kita mahu cari kawan sebanyak-banyaknya," kata Jokowi ketika melakukan tinjauan.

Jokowi berkata, meskipun berlaku gabungan pelbagai parti, dia tidak menjamin akan membagi-bagikan kerusi menteri jika terpilih sebagai presiden. Masalah paling utama yang akan diselesaikan, katanya, ialah menyelesaikan masalah negara.

"Kita jangan berbincang mengenai pembahagian kerusi menteri. Kita bicara untuk menyelesaikan masalah bangsa dan negara," katanya. Bagaimanapun Jokowi berjanji, jika beliau memegang jawatan presiden nanti, dia akan lebih mengutamakan menteri Kabinetnya daripada golongan profesional. Dia akan memilih menteri yang sanggup menyelesaikan masalah yang dihadapi bangsa Indonesia.

Jokowi berkelulusan sebagai jurutera daripada Fakulti Kehutanan Universiti Gajah Mada pada 1985. Ketika mencalonkan dirinya sebagai walikota Solo dulu, banyak yang meragukan kemampuan usahawan hiasan rumah dan taman ini.

Di bawah kepemimpinannya, Solo mengalami perubahan yang pesat dengan moto 'Solo: The Spirit of Java'. Langkah yang dilakukannya begitu progresif untuk ukuran kota-kota di Jawa. Ia mampu merelokasi pedagang barang lama di Taman Banjarsari, serta berinteraksi dengan baik dengan peniaga di Solo.

Jokowi menjaga keberhasilan kota itu dan pada 2007. Solo (Surakarta) juga menjadi tuan rumah Festival Musik Dunia (FMD) yang diadakan di Kompleks Benteng Vastenburg yang terancam dirobohkan untuk dijadikan pusat perniagaan dan ekonomi. Disebabkan prestasinya yang baik, maka Jokowi terpilih menjadi salah seorang daripada '10 Tokoh 2008' Indonesia oleh Majalah Tempo tahun tersebut.

Sikap yang beliau bawa dalam menjalankan karier sebagai birokrat ialah secara prinsip, dia hanya bekerja untuk rakyat.

Anggota Majelis Pertimbangan Partai (MPP) Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Zulkieflimansyah berkata partinya belum memutuskan akan bergabung atau bertindak sebagai pembangkang.

"Arahan Ketua Majelis Syuro Ustaz Hilmi Aminudin sangat jelas. PKS sekarang sedang berkonsentrasi untuk mengkaji hasil Pemilu Legislatif baru-baru ini, sambil mengumpulkan bahan dan informasi untuk persiapan Pemilu Presiden," kata Zulieflimansyah dalam kenyataan bertulisnya di Jakarta, Ahad lalu.

Beliau berkata, pelbagai informasi dan fakta berhubung Pemilu Legislatif itu akan segera disampaikan kepada Majelis Syuro. Daripada situ kemudian diputuskan sama ada PKS akan bergabung atau bertindak sebagai pembangkang. Seperti diketahui PKS, adalah parti bernuansa Islam yang banyak pengalaman.

"Jadi kalau ada yang mengatakan PKS sudah pasti bergabung atau pasti jadi pembangkang, maka itu hanya pendapat peribadi saja," katanya. Seperti diketahui PKS, adalah parti yang banyak memenangi kerusi di Pemilu Lagislatif pada 2004, terutama kerana dokongan generasi muda dan pengundi bandar.

Namun dalam Pemilu 2009 prestasinya mulai merosot dan dalam Pemilu Lagislatif minggu lalu ia terus merosot.

Ini dikatakan akibat pelbagai masalah dalaman parti dan imejnya yang rosak oleh pelbagai perbuatan pimpinannya yang dikatakan mengecewakan rakyat. Maka untuk membina kembali imejnya yang rosak, itu tidak mudah.

Bagaimanapun, siapa pun yang menang atau kalah dalam pertarungan politik di Indonesia ini, namun mestilah diakui Pemilu Indonesia sangat demokratik dan telus serta bersih dari penipuan. Kalau adapun masalah, seperti urusan pengundian dan seumpamanya, itu sangat kecil dan terpencil.

Perdebatan di peringkat calon presiden dan naib presiden - seperti Pemilu yang lalu - dijangka memperlihatkan keterbukaannya dan tidak ada serangan peribadi di antara calon. Ia sangat demokratik di mana perbahasan dalam debat Pemilu Presiden itu, seperti yang pernah saya saksikan dalam dua Pemilu 2004 dan 2009 di negara itu dulu, sangat demokratik.

Debat itu hanya berkisar mengenai misi dan visi calon Pemilu presiden dan naibnya serta program kerja mereka untuk rakyat. Tidak ada serangan di antara parti dan jauh sekali bersifat ancaman dan ugutan.

Itulah demokrasi Indonesia yang sangat cemerlang, yang dimulai di zaman B J Habibie ketika menjadi presidennya. Beliaulah yang membuka ruang demokrasi seluas-luasnya, hingga ada pula pihak yang merasa 'ngeri' dan 'bimbang' jika demokrasi itu dieksploitasi oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun sejauh ini suasana sangat aman di sana, ia sangat terkawal dan tidak ada pihak yang merasa tidak selamat. Inilah jasa besar negarawan Habibie terhadap negara dan bangsanya.

Bermewah Macam Rosmah, Siapa Sabotaj Muhyiddin?

Shahbudin Husin
Berikutan pendedahan mengenai lawatan mewah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ke Dubai yang lebih dipenuhi dengan acara main golf dan menikmati jamuan mewah berbanding menghadiri program rasmi berkaitan pendidikan bermula 8 hingga 12 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata, tindakan tegas termasuk pemecatan akan diambil terhadap kakitangan yang berbuat demikian, sambil mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab mereka menjaga kerahsiaan kerajaan demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Baru-baru ini Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mempertikaikan lawatan lima hari Muhyiddin bersama beberapa pegawainya ke Dubai kerana didakwa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat berikutan ianya lebih dipenuhi acara bermain golf dan menikmati pelbagai jamuan bertaraf mewah.

Dalam lawatan lima hari itu, Muhyiddin didakwa hanya memperuntukkan tiga jam untuk acara rasmi berkaitan pendidikan manakala selebihnya banyak dipenuhi dengan bermakn golf, menikmati pelbagai jamuan mewah, pertemuan dengan ahli perniagaan dan seolah-olah percutian yang menggunakan wang rakyat.

Selain itu, pegawai yang mengikuti rombongan itu juga lebih ramai terdiri daripada mereka yang bekerja di pejabat Menteri Pendidikan berbanding pegawai kementerian yang terlibat secara langsung berkaitan bidang pendidikan.

Melalui pendedahan ini menyebabkan Muhyiddin mulai dipandang serong dengan ada yang mengatakan beliau juga rupa-rupanya suka bermewah seperti keluaga Najib, terutama oleh isterinya Rosmah Mansor.

Walaupun pendedahan mengenai lawatan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP tetapi ianya adalah bersumberkan maklumat daripada seseorang yang menggelarkan dirinya Cikgu yang mendedahkan aturcara penuh lawatan selama lima hari itu di internet.

Memandangkan apa yang didedahkan itu merupakan aturcara yang disusun oleh kementerian, adalah dipercayai individu yang menggelarkan dirinya Cikgu itu merupakan kakitangan kerajaan di Kementerian Pendidikan atau mana-mana jabatan lain yang berkaitan dengan lawatan itu.

Dengan pendedahan itu, bukan saja Kementerian Pendidikan terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa aturcara yang didedahkan itu hanyalah deraf saja dan bukannya rasmi, bahkan Muhyiddin juga terpanggil untuk membuat sidang akhbar sekembalinya ke tanahair untuk memberitahu lawatannya sesuatu yang berjaya bukan saja dslam bidang pendidikan tetapi juga pelaburan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu.

Dan ditambah dengan amaran oleh KSN ini, jelas bahawa pendedahan mengenai lawatan itu sesuatu yang betul dan pihak Muhyiddin, Kementerian Pendidikan dan kerajaan bagaikan terasa bersalah dengannya sehingga terpaksa membuat pelbagai kenyataan dan sidang akhbar untuk mewajarnya lawatan tersebut.

Persoalannya yang penting sebenarnya bukanlah siapa yang mendedahkan maklumat itu tetapi apakah niatnya berbuat demikian?

Apakah ia bertujuan untuk memberitahu bahawa di ketika kerajaan kekeringan wang dan ingatan supaya rakyat berjimat cermat, tetapi sebaliknya pemimpin sendiri terus bermewah dengan menggunakan dana kerajaan?

Ataukah pendedahan ini untuk membuktikan selain isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang suka bermewah, sebenarnya Timbalan Perdana Menteri juga membuat tabiat yang sama?

Mungkinkah pula pendedahan dilakukan oleh orang-orang Najib yang mahu membunuh karier politik Muhyiddin dan menghalangnya daripada terus menonjol?

Atau barangkali permainan ini diatur oleh pimpinan pelapis di barisan kedua yang mahu membunuh karier politik Muhyiddin dan mengambil alih kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Bahkan boleh jadi, setelah pelbagai kritikan mengenai kemewahan Najib dan isteri didedahkan sebelum ini, pendedahan mengenai gaya suka bermewah Muhyiddin ini bertujuan untuk menyingkirkan kedua-duanya sekaligus dengan mewujudkan persepsi bahawa mereka bukanlah pemimpin dan gandingan yang sesuai untuk parti dan negara?

Apa pun kebarangkaliannya, ia adalah serba mungkin sebenarnya. Jika sebelum ini Muhyiddin agak terselamat daripada serangan berbentuk peribadi berikutan ianya berjaya diselindungkan selain kerana beliau juga mempunyai isteri yang agak sederhana, nampaknya kini merupakan masa untuk beliau mula berhati-hati.

Serangan terhadap Muhyiddin ini terlihat seperti pembangkang yang membangkitkannya tetapi yang bakal mendapat untung lebih dulu mungkin daripada dalam kelambu UMNO sendiri.
http://shahbudindotcom.blogspot.com/