Wan Azizah Semakin Hampir Ganti Khalid Ibrahim

Shahbudin Husin
Kekalahan Khalid Ibrahim dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor dua hari lalu seperti turut menunjukkan tempoh hayatnya sebagai Menteri Besar Selangor juga bakal berakhir. Setelah dikritik oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu air, rampasan Bible dan lebuhraya Kidex kerana mengamalkan cara pentadbiran solo, Khalid kini menerima nasib yang lebih malang apabila ditolak oleh ahli di cabangnya sendiri.
Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pula, beliau masih lagi ketinggalan di belakang Azmin Ali. Bagaimanapun kekalahan di peringkat cabang ini lebih memalu dan menjatuhkan saham politiknya kerana ia menunjukkan beliau sudah tiada lagi asas sokongan daripada akar umbi.

Meskipun kekalahan itu turut dikaitkan insiden lampa terpadam yang turut dispekulasikan dengan kemungkinan adanya unsur-unsur sabotaj dan silap mata, Jawatankuasa Pemilihan Parti atau JPP yang diketahui oleh Johari Abdul sebaliknya menolak kemungkinan sabotaj dan hampir pasti memuktamadkan keputusan pemilihan tersebut.

Jika seorang Menteri Besar boleh kalah dalam pemilihan Ketua Cabangnya sendiri, ia seperti memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan Khalid selama ini. Stail kepimpinannya yang tidak mesra dengan ahli dan lebih mirip memimpin sebuah entiti perniagaan yang selama ini menjadi bualan, lebih mudah dipercayai dan lebih mungkin ada kebenarannya.

Ketika dalam UMNO dulu pun, walaupun Khalid adalah nama besar dalam dunia korporat tetapi beliau tidak pernah menang sebarang percubaan dalam pertandingan di Bahagian Kuala Selangor.

Jika dulu ramai yang hairan bagaimana beliau boleh ditolak dalam semua pemilihan UMNO di Kuala Selangor, kini setelah menjadi Menteri Besar Selangor dah kalah pula dalam pemilihan PKR, ramai yang sudah mendapat jawapan atas perkara itu.

Khalid sebenarnya lebih merupakan pemimpin korporat dan bukannya pemimpin politik.

Susulan kekalahan Khalid di Kuala Selangor, di samping kritikan yang berterusan mengenai kepimpinannya daripada Pas, DAP dan PKR sendiri, isu pertukaran Menteri Besar Selangor lantas bergema kembali. Lebih ramai yang mahukan beliau meletakkan jawatan atau diundurkan daripada jawatannya berbanding mahukannya terus kekal di jawatan itu.

Jika beberapa hari lalu, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar secara terbuka menyatakan pertukaran jawatan Menteri Beaar Selangor sudah dipersetujui oleh pimpinan PR dan hanya menunggu ketika yang sesuai untuk dilaksanakan, semalam pula Rafizi Ramli memperkukuhkan lagi hakikat itu dengan menjelaskan pula bahawa Langkah Kajang yang dirancang beberapa bulan lalu, masih lagi berjalan.

Hari ini, seorang lagi ADUN Selangor, Suhaimi Shafie pula menyatakan Khalid Ibrahim seharusnya segera meletakkan jawatan berikutan parti yang dianggotainya sendiri tidak lagi gembira dengan kepimpinannya.

Pertukaran Khalid juga turut dikaitkan dengan usaha untuk memastikan PR Selangor terus memenangi pilihanraya umum akan datang kerana beliau bukan saja tidak lagi dinamik, terapi juga lantaran semakin kurang mendapat sokongan berikutan kegagalannya menangani beberapa isu kebelakangan ini.

Walaupun gagal menempatkan Anwar sebagai Menteri Besar melalui Langkah Kajang, tetapi Khalid tetap mahu disingkirkan, tetapi siapakah yang layak menggantikan Khalid?

Sebagaimana pelan asal Langkah Kajang dirangka untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim, tetapi halangan yang dihadapi Anwar membuatkan Wan Azizah ditonjolkan sebagai gantinya, kali ini sekali lagi tuah nampaknya akan menyebelahi Presiden PKR itu.

Beliau dilihat satu-satunya pemimpin PKR yang boleh diterima oleh semua pihak bagi menggantikan Khalid Ibrahim, bukan saja oleh PKR tetapi juga parti-parti lain dalam PR. Dengan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, banyak isu berbangkit di negeri itu dapat diselesaikan sehingga tibanya pilihanraya umum akan datang.

Selepas pilihahraya umum nanti, jika PKR menguasai lebih kerusi, besar kemungkinan barulah jawatan Menteri Beaar Selangor akan diambil alih oleh Azmin Ali pula. Namun jika Pas memperolehi lebih kerusi, tidak mustahil ia berpindah tangan kepada parti itu pula.

Apa pun, perkembangan akhir-akhir ini di Selangor sudah boleh membuatkan Khalid Ibrahim mula mengemas secara perlahan-lahan barang-barang peribadinya di pejabat Menteri Besar Selangor kerana semakin tiada alasan lagi untuk mengekalkannya di jawatan itu.
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Kes isteri curang semakin menjadi-jadi, ini lagi satu (Gambar)

Alor Setar: Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini, malam kelmarin.
Mereka dicekup berkhalwat kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam Ops Bersih.
Lelaki lingkungan 30-an yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia empat tahun itu berasal dari Pendang dan dipercayai baru bertukar kerja dari Sabah ke negeri ini sejak sebulan lalu.

Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai baru mengenali wanita berusia 25 tahun itu yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar raya ini.
Foto
ANGGOTA penguat kuasa JAIK mengambil keterangan sebelum pasangan dibawa ke pejabat agama.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata operasi itu disertai 25 anggota penguat kuasa JAIK yang tertumpu di sekitar bandar raya ini dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di negeri ini.

Beliau berkata, ketika membuat pemeriksaan di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini mendapati sebuah bilik berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam hampir 10 minit, seorang wanita yang berpakaian lengkap kemudian membuka dan membenarkan pemeriksaan dalam bilik itu.

Kerana semangkuk bihun lelaki ini dibunuh dan jantung dirobek keluar (Gambar)

Hubei (China): Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.

Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.

“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.
Foto
MAYAT mangsa yang dibunuh kerana semangkuk bihun.

Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.

Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.

Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka.

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.
-Agensi/hmetro-

Dua wanita mencipta seluar jean ‘antirogol’ yang boleh menghantar isyarat kecemasan kepada polis (Gambar)

New Delhi: Dua wanita India mencipta seluar jean ‘antirogol’ yang boleh menghantar isyarat kecemasan kepada polis tempatan yang kemudian mampu mengesan lokasi isyarat itu dan membantu mangsa.

Inisiatif berkenaan diambil selepas beberapa siri serangan kejam di negara itu yang turut menggemparkan dunia.

Diksha Pathak, 21, dan Anjali Srivastava, 23, dari bandar Varanasi berkata, mereka meletakkan sejenis alat peranti yang apabila ditekan akan menghantar isyarat ke balai polis berhampiran.

Hampir 200 balai polis di kawasan berkenaan sudah dilengkapi teknologi untuk menerima isyarat kecemasan apabila alat itu diaktifkan.
Foto
DUA wanita itu menunjukkan jean antirogol dicipta mereka.

Jika uji kaji yang bakal dilakukan bulan depan berjaya, ahli parlimen India akan memperluaskan sistem itu ke seluruh negara.

Kemarahan orang ramai tercetus kembali bulan lalu selepas kematian dua gadis masing-masing berusia 12 dan 14 tahun yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh di Uttar Pradesh.
-hmetro-

Agama saya cuma atas kertas kata melayu gay sambil memeluk anjingnya (Gambar)

FotoNilai: “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.
ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.
Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.
-hmetro-

Malu kita jika Lim Guang Eng mulakan dulu.......

tokpepijat
Zaman sekarang semua orang mahu tunjuk kehebatan dan kemegahan.
Ada cari penerima zakat.
Ada cari sokongan rakyat.
Ada tunjuk kemewahan. Ada tunjuk kekayaan.
Aku ada bas.Aku ada motor besar.Aku ada Ferrari.
Semuanya kadang kala mahu publisiti.Bahkan menyusahkan rakyat marhein.
Rakyat tetap miskin.Sana sini mohon derma.Mahu buat pembedahan.Sana sini tiada tempat berteduh.

Untuk semua yang bergelar Sang Raja, Sang Sultan,Sang PM,Sang MB
Kami rindu dan ternanti-nanti
Jelmaan Khalifah Umar di Malaysia
berjalan malam...pikul guni gandum...
untuk bantuan rakyat

Takkan nak harap Lim Guan Eng yang mulakan dahulu.....

Felixia peluk Islam 5 Ramadan


Felixia Yeap
"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada 3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.


"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.

Lelaki tikam diri hingga usus terburai (Gambar)

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental menikam dirinya sendiri dengan
gunting hingga cedera parah.
Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental menikam dirinya sendiri dengan gunting hingga cedera parah.
IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak menikam perut sendiri menggunakan gunting dan mengeluarkan ususnya di tapak pasar malam Hutan Melintang dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki itu, Shurkey, 42, dilihat meracau seorang diri sebelum bertindak mencucuk perutnya berulang kali.

Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menasihati mangsa namun lelaki berkenaan dilihat semakin agresif.

“Orang ramai terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi menenangkan mangsa.

“Bagaimanapun, ketika polis cuba memujuknya, mangsa menjadi semakin ganas dan polis terpaksa memegangnya bagi mengelakkan dia terus mencederakan dirinya.

“Mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zaki berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bukan penduduk tempatan dan dia tinggal bersama keluarga saudaranya di Hutan Melintang.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pencacai umngok ietak kepala lembu depan rumah ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer (gambar)

Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer di Jalan Tingkat Tembaga, Island Park pagi ini.

Rayer berkata ia ditemui isterinya ketika hendak menghantar anak perempuan mereka ke sekolah pada kira-kira jam 7 pagi.

Selepas diberitahu isterinya mengenai perkara itu, Ryer berkata beliau turun ke bawah dan ternampak kepala lembu itu di pintu pagar depan rumahnya.

"Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan mengapa. Kita tidak mahu membuat spekulasi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Bagaimanapun, pemilik kedai di depan rumah saya melihat kejadian itu, dan berkata seorang lelaki datang dengan menaiki motosikal dan melemparkannya ke sana," katanya.

Rayer berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu lewat hari ini.

Wanita diperkosa berkumpulan dirakam video dan disebar di facebook

Lucknow (India): Seorang lagi wanita dirogol bergilir-gilir di Uttar Pradesh dan kali ini suspek bertindak lebih berani dengan memuat naik rakaman kejadian itu dalam Facebook.

Menurut laporan akhbar Indiatoday, mangsa berusia 20 tahun didakwa dirogol oleh lapan lelaki termasuk kawannya yang merakam video perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak membuat laporan berhubung kejadian Ogos lalu selepas tertuduh mengancam keselamatannya jika dia menceritakan kejadian itu kepada pihak lain.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, mangsa akhirnya melaporkan kes berkenaan setelah melihat gambarnya di media sosial itu.

Menurutnya, ketika kejadian, tiga suspek merakam perbuatan itu sementara yang lain memperkosanya.
-Agensi/hmetro-

Kenapa pula bekas Mufti Perlis suka lihat gambar ini

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: “Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan,” tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya, kelmarin.



Bagi beliau, secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

“Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat,” tulisnya lagi.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob akan berbasikal ke masjid berhampiran kediamannya setiap kali masuk waktu solat.

“Beginilah rutin YAB Menteri Besar Kelantan apabila berada di kediamannya,” tulis admin facebook Ustaz Ahmad yang turut memuatkan gambar berkenaan.

Inilah juara world cup 2014 di Brazil

Cesar yang ikut menyaksikan perhelatan Piala Dunia Brasil menyatakan masuk Islam.
Cesar yang ikut menyaksikan perhelatan Piala Dunia Brazil menyatakan masuk Islam.
REPUBLIKA.CO.ID, SAO PAOLO - Seorang penyokong bola sepak yang ikut menyaksikan perhelatan Piala Dunia Brazil menyatakan masuk Islam. Lelaki bernama Cesar itu memutuskan menjadi mualaf selepas menerima pencerahan dari pasukan dakwah Islam asal Inggeris, Islamic Education and Research Academy (IERA).

Dilansir OnIslam.net, IERA membuka gerai atau galerinya di Sao Paolo sejak Piala Dunia mulai digelar pada 12 Jun lalu. Sebelum masuk Islam, Cesar sudah berulangkali menjumpai pasukan dakwah tersebut di bandar itu.

"Cesar datang ke gerai IERA di Sao Paolo sebanyak empat kali. Seterusnya dia menyatakan syahadat yang dibimbing langsung oleh Presiden Majlis Hal Ehwal Islam Brazil, Syeh Khaled Taky El Din," tulis OnIslam.net, Ahad (22/6).

Berikut adalah link video yang mengandungi saat-saat ketika Cesar mengisytiharkan dirinya menjadi seorang Muslim.

Bersamaan dengan kegiatan dakwah IERA, Persekutuan Persatuan Muslim Brazil (Fambras) juga telah melancarkan program bertajuk 'Salam Brazil' untuk menyiarkan Islam selama Piala Dunia 2014. Kegiatannya, antara lain, membahagikan buku panduan Islam kepada para pelancong Muslim yang datang ke negeri Samba itu.

Buku yang juga diberi judul 'Salam Brazil' itu dicetak sebanyak 65 ribu naskhah. Kemudian diedarkan oleh Persatuan Syarikat Islam Brazil yang bekerja sama dengan Kedutaan Besar Oman untuk Brazil.

Sukan tinju menemukan petinju wanita yang anggun, Chika Nakamura dengan Islam di Amerika (Video)

REPUBLIKA.CO.ID, WASHINGTON - Sehelai pashmina berwarna ungu terang kelihatan menghiasi dan menutup seluruh bahagian rambut di kepalanya. Jika dilihat sepintas, sosoknya sama seperti kebanyakan perempuan Muslimah lain. Namun, siapa yang boleh menduga kalau perempuan berwajah oriental ini sebenarnya adalah seorang atlet tinju profesional di negeri Paman Sam dan kini seorang Muslimah.

Chika Nakamura, demikian nama lengkap pemberian kedua orang tuanya. Ia bukanlah orang Amerika asli ataupun Amerika keturunan. Kedua orang tuanya adalah orang Jepun asli. Ia lahir dan tumbuh hingga remaja di Nara, Jepun. Tiga belas tahun yang lalu, dia memutuskan pindah ke Amerika Syarikat untuk mengejar kariernya sebagai peninju. Saat itu, usianya terbilang masih belia, 19 tahun.

Bagi kebanyakan kaum perempuan, tinju bukanlah sebuah profesi yang menarik. Selain sarat dengan kekerasan, profesi ini juga tidak cukup menjanjikan dari segi pendapatan. Saat ini, memang hanya ada sedikit peninju wanita yang mempunyai pendapatan tinggi, salah satunya adalah Laila Ali, yang tak lain adalah putri peninju legenda dunia, Muhammad Ali.

Kerana alasan itu pula, keluarga Chika di Jepun tidak pernah memberikan sokongan kepada wanita bertubuh kekar itu untuk menekuni kerjaya di dunia tinju. Walaupun tidak menda pat restu dari orang tuanya, hal ini tidak menyurutkan langkah Chika untuk terus menekuni profesi ini.

Bahkan, dia menjadikan tinju sebagai sebuah pekerjaan penuh masa. Di saat sedang tidak ada tawaran bertanding, Chika mengisi harinya dengan melatih para calon peninju wanita.

Karier di dunia tinju mula ditekuni Chika secara serius selepas bergabung dengan sasana tinju Gleason 's Boxing Gym yang berada di Brooklyn, New York. Sejak 2003, ia lalu mula terjun ke dunia tinju profesional untuk kategori kelas ringan.

Di dunia pukul-memukul itu, Chika pernah menduduki ranking ke-10 peninju wanita dunia versi WIBA. Dengan rekod tanpa kalah dari lima kali bertanding, pada 2007, ia memperoleh gelar New York State Golden Gloves.

Di atas ring, perempuan kelahiran 32 tahun silam ini sangat ditakuti lawan-lawannya. Hal itu terlihat ketika pada 29 Jun 2007 silam, lawan Chika yang sedianya akan melakoni sebuah petarungan, hari itu urung tampil di atas ring. Menurut pihak panitia, peninju yang akan menjadi lawan Chika tiba-tiba menyatakan mundur dari pertarungan itu pada minit terakhir untuk alasan yang tidak diketahui. "Kadang-kadang lawan akan menakut-nakutkan. Kadang-kadang mereka tidak serius dalam perniagaan ini."

Meski para rakannya sesama atlet tinju kerap menghadiri pesta yang menyuguhkan minuman beralkohol, tidak demikian dengan Chika. Kehidupannya di Amerika boleh dikatakan sebagai sebuah pengorbanan.

"Saya hidup seperti layaknya seorang sami. Saya tidak minum, tidak berpesta, dan tidak merokok. Sebaliknya, saya mengambil makanan sihat, pergi tidur tepat waktu, dan berlatih setiap hari. Jadi, bila-bila pun ada pertandingan, mental saya selalu siap," ujarnya seperti dikutip dari laman Women 's Sports Foundation.

Sejak memutuskan untuk berpindah ke Amerika, hubungan Chika dan orang tuanya di Jepun boleh dikatakan renggang. Mereka tidak pernah saling menghubungi satu sama lain. Untuk mengisi kekosongan peranan kedua orang tuanya, Chika telah menganggap sang pelatih Carlos Ortiz dan isterinya, Maria, sebagai keluarga barunya.

Dalam kehidupan tinjunya, Ortiz merupakan orang kelima yang pernah melatih Chika. Namun, bagi Chika, Ortiz adalah sosok pelatih yang selama ini dicarinya. "Itu takdir. Saya sangat beruntung boleh memiliki dia (sebagai jurulatih). Dia seperti pahlawan bagi saya. Bukan Oscar De La Hoya, bukan Mayweather, ataupun Muhammad Ali," kata Chika.

Sebelum terjun sebagai pelatih, Ortiz merupakan salah satu peninju besar dunia. Dia pernah menjadi juara dunia tiga kali. Gaya serangannya di atas ring dikenali unik. Chika memegang rekod lapan kali menang, tiga kali dengan Knock Out (KO), dan satu kali kalah.

Mencari Islam Kehidupan Ortiz yang sederhana memberikan pengaruh yang cukup siginifikan pada peribadi seorang Chika. "Saya belajar banyak dari dia. Tidak hanya soal tinju, tapi juga tentang hidup dan makna kehidupan. Semakin saya berjuang, semakin saya belajar banyak mengenai kehidupan rohani dan keinginan untuk memberi."

Kini, dunia di atas ring bagi Chika tidak selamanya menjanjikan. Ia tidak boleh menjadikan tinju sebagai satu-satunya jalan dan tujuan hidupnya. Setelah keberadaannya tidak lagi diperlukan dalam dunia tinju, ia berharap suatu saat boleh menumpukan dirinya pada pekerjaan sosial.

Untuk itu, sejak beberapa tahun terakhir, ia memutuskan untuk kembali ke bangku sekolah. Dengan sokongan dari Maria, ia mendaftar di sebuah sekolah tinggi dan mengambil jurusan pengajian bahasa Inggeris. Dan, sejak saat itu, Chika mulai mengurangkan aktiviti di dunia tinju.

Perubahan yang berlaku dalam diri Chika dalam memandang kehidupan ini pada akhirnya telah membawanya pada Islam. Tepat sehari sebelum kemasukan bulan Ramadhan 1431 H lalu, Chika memutuskan untuk berikrar menjadi seorang Muslimah sejati. Tidak banyak orang yang mengetahui perihal keislamannya ini.

Setelah memeluk Islam, kini seharian Chika banyak dihabiskan di masjid, baik untuk mendalami kitab suci Al-Quran maupun berdiskusi mengenai ajaran Islam lebih jauh. Beberapa kali ia didapati tengah mengikuti kajian Islam yang biasa diadakan di sebuah masjid di pusat bandar Manhattan.

Kini, Chika menutup auratnya dengan busana Muslimah. Berbeza dengan saat masih menjadi atlet tinju, mualaf yang berasal dari negeri Matahari Terbit itu tak lagi kelihatan kekar. Kini, Chika kelihatan anggun. Ia telah memilih Islam sebagai jalan hidup. Hidayah Allah memang boleh diperoleh oleh siapa saja yang dikehendaki-Nya.

Kisah sedih Muhyiddin

YUSOF HARUN
BERITA mengenai Muhyiddin Yassin hendak meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh dikategorikan satu lagi cerita panas. Cerita-cerita begini popular dan mudah dipercayai umum. Contoh terdekat ialah kehilangan pesawat MH370 yang kini masih misteri. Ada yang percaya pesawat itu disorok.
Bagaimanapun penafian Muhyiddin berjaya menamatkan spekulasi itu tetapi kesannya terus dirasai. Dengan disusuli penjelasan Perdana Menteri Najib Razak, keyakinan ahli Umno terhadap hubungan kedua-dua tokoh ini baik belaka dapat dipulihkan.

Berita peletakan jawatan TPM bukan saja menjejaskan kerajaan, malah menimbulkan persepsi iaitu Najib dan Muhyiddin tidak boleh lagi bekerjasama.
Bagi Najib, hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan mengatakan berita tersebut adalah 'rekaan politik'. Kita kurang pasti motifnya tapi tidak menolak elemen melaga-laga atau dendam.

Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan mereka yang terpengaruh. Cerita begini sedap didengar macam tiga bomoh yang mahu menjejaki MH370.

Sejarah khabar angin di negara ini bukan suatu yang baharu. Perbalahan antara Dr Mahathir Mohamad dan Musa Hitam juga bermula dengan khabar angin sebelum Musa secara drastik meletakkan jawatan TPM. Begitu juga Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir dikatakan mula retak ekoran rancangan puak Anwar hendak menjatuhkan PM.

Akhirnya berita itu benar. Ia menyaksikan kemelut berpanjangan antara kedua-dua tokoh ini. Dan sejak itu seperti disebut tadi khabar angin tidak lagi dianggap betul. Ia sudah jadi seperti bunyi guruh di langit sebelum hari hujan.

Secara amnya hubungan Muhyiddin dengan Najib sejak jadi TPM pada 2009 baik-baik belaka. Ia samalah macam gandingan Dr Mahathir-Musa pada peringkat awal. Malah kerjasama Najib dan timbalannya adalah resipi yang membuahkan kemenangan BN tempoh hari.

Ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2009, Muhyiddin memperoleh sokongan padu daripada akar umbi serta rakyat kebanyakan. Beliau menang bergaya walau tanpa disokong Najib secara rasmi.

Kebanyakan orang Johor mahu melihat tokoh berasal dari Muar ini meneruskan tradisi tokoh-tokoh sebelum itu. Dalam erti kata lain, jika sesuatu berlaku pada Najib maka beliau bakal menggalas tugas penting parti dan negara.

Justeru tiada siapa percaya satu lagi tokoh Johor bakal bergelar timbalan Najib ekoran peletakan jawatan Muhyiddin. Cerita hubungan dingin dua tokoh ini juga dianggap karut.

Kalaulah Muhyiddin ada impian nak jadi PM, itu perkara biasa. Musa Hitam dan Ku Li pernah menaruh minat ini tapi takdir tidak memihak mereka. Dalam konteks sama, Presiden Pas pun sama. Puaknya berpendapat melalui jawatan PM, perjuangan melaksanakan hudud dan pemerintahan lslam lebih mudah.

Kadangkala yang lebih-lebih bukan bos tapi penyokong. Perbuatan mereka menimbulkan ketegangan dalam parti sama ada menguntungkan bos atau sebaliknya dapat dilihat dalam putaran sejarah.

Pada era Tunku Abdul Rahman lagi, konon timbalannya Tun Razak, tidak sabar-sabar hendak ambil alih jawatan. Tetapi terbukti hubungan mereka kekal sehingga apabila Tunku bersara beliau menyerah jawatan pada Razak. Tun Hussein Onn melalui apa yang dialami Tunku. Haji Sulaimen Palestin yang menentangnya bagi jawatan Presiden Umno dilihat proxy Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga tidak terkecuali dilanda pelbagai political experiment. Beliau mempunyai empat timbalan sebelum yang terakhir, Pak Lah confirm jadi penggantinya. Pak Lah bernasib baik menjadi pengganti Dr Mahathir tetapi eranya sebagai perdana menteri diwarnai kritikan bekas bosnya. Ini gara-gara dasarnya mengkaji pelbagai dasar Dr Mahathir, termasuk menghentikan pelbagai projek yang diluluskan pada zaman sebelum itu.

Nasib dilalui Muhyiddin sudah dilalui beberapa TPM sebelum ini. Kini gilirannya mendepani persepsi negatif yang ditanam dengan tujuan yang kita sama-sama faham.

Bagi mereka yang membuat pelbagai andaian mereka terlupa faktor hubungan Najib dan Muhyiddin sepanjang enam tahun adalah baik-baik belaka. Tidak ada tanda-tanda Muhyiddin menyimpan hasrat melawat bosnya semata-mata bagi memenuhi impian menjadi perdana menteri.

Untuk menjadi perdana menteri secara logiknya, Muhyiddin perlu menjadi Presiden Umno. Tak susah rebut saja jawatan nombor satu itu. Dengan imej Najib tercalar ekoran prestasi BN pada PRU 5 Mei lalu memberinya peluang keemasan.

Bukannya mengambil opsyen pertama, sebaliknya Muhyiddin memilih memberi laluan mudah pada Najib mengekalkan jawatan Presiden Umno. Melalui sokongan Najib pula memudahkan Muhyiddin mempertahankan jawatan disandang sejak 2009.

Pelbagai drama dipentaskan secara sedar atau di sebalik tabir menjadi perhatian. Sementara semua ini berlaku, harapan rakyat ialah apa yang menimpa Muhyiddin tempoh hari bukan satu lagi sandiwara atau sesuatu yang sedih menunggu di hujung terowong.

AWAS!! Hidden Camera Dalam Bilik Air di Resort Popular Di Melaka

Seorang wanita yang dikenali sebagai Valarie Lam menerusi laman Facebooknya mendakwa sebuah resort percutian popular di Melaka mempunyai kamera tersembunyi yang dipasang dalam bilik air.

Kamera tersebut dikatakan disembunyikan dalam tempat penyangkut baju.
Walau bagaimanapun, wanita ini tidak mendedahkan nama resort tersebut namun sempat menasihati pengguna lain agar lebih berhati-hati sekiranya ingin bercuti di sana.

Tidak pula diketahui sama ada wanita tersebut sudah membuat laporan polis berhubung isu ini ataupun tidak.

Hai, siapalah yang ‘busuk hati’ sangat nak letak hidden camera kat situ, tak pasal-pasal resort itu dapat malu nanti.–mynewshub.my

Ini Penjelasan FIFA kenapa Piala Dunia 2014 Bertepatan Dengan Puasa Ramadhan


BULAN Ramadhan tidak beberapa hari lagi. Bagi umat Islam sudah tentu gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Tetapi bagaimana pula dengan para pemain Muslim yang bermain di Piala Dunia 2014?

Mereka akan tetap menjalani ibadah puasa pada hujung minggu ini, dan dipastikan tidak akan mengalami gangguan atau bahaya apa pun dalam keadaan fizikal mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak FIFA selaku penganjur Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Kami sudah melakukan kajian yang luas dan mendalam dan tidak ada sesuatu pun yang membimbangkan. Para pemain yang tengah menjalani ibadah puasa selalu mempunyai peruntukan untuk memohon kelonggaran agar tetap akan menjalani Ramadan pada masa yang tepat. Inilah yang saya pelajari dari para pemimpin agama Islam di Algeria, "ujar Jiri Dvorak, Ketua Bahagian Kesihatan FIFA, Selasa (24/6/2014).

Puasa di bulan suci Ramadhan yang berlangsung sebulan penuh, dijangka akan bermula hari Ahad ini (29/6/2014).

Dvorak mengatakan kepada wartawan pada taklimat media harian FIFA, bahawa organisasi bola sepak dunia itu sudah melakukan kajian yang menyeluruh dan mendalam mengenai para pemain selama Ramadhan.

"Kesimpulannya adalah jika puasa di bulan Ramadhan dijalani dengan betul, tidak akan ada penurunan pada prestasi fizikal para pemain," ujar Dvorak.

Michel D'Hooghe, Ketua Jawatankuasa Perubatan FIFA, mengatakan kepada wartawan bahawa puasa Ramadan ini seharusnya tidak menjadi masalah, kerana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama pada Sukan Olimpik London 2 tahun lalu.

Sukan Olimpik London yang berlangsung pada 27 Julai-12 Ogos 2012 juga diadakan bertepatan dengan bulan suci Ramadhan, dan para atlet masih boleh bertanding seperti biasa. [sm / islampos / kbr]

Gambar MB Kelantan berbasikal berkain pelikat ke masjid ini jadi perbualan hangat di media social

Roslan SMS
Gambar “simple” ini telah “viral” dan dimuat turun dengan begitu meluas terutama di media sosial dan menerima banyak reaksi dari pelbagai pihak. Sekali imbas ia sekadar menunjukkan seorang yang berusia lengkap berpakaian Melayu dan kain pelikat, berkopian putih sedang sedia menaiki basikal di perkarangan sebuah masjid. Lihat lebih teliti, individu berkenaan sebenarnya adalah YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Ahmad Yakob atau Ustaz Mat.

Salah seorang yang telah memberi reaksi positif terhadap gambar berkenaan adalah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Melalui facebook nya DrMAZA.com beliau menyebut: Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan. Secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat.
Setakat saya menulis ini posting Dr Maza di atas telah menerima 37,876 likes dan 1,130 komen.
Antara komen yang menarik perhatian saya adalah dari Tan Tar yang menyebut: “Ini orang banyak baik, jujur dan sabar. Personal experience. Lim Xilvre pula memberi komen: “dia layak mendapat segala kemudahan sebagai seorang Menteri Besar tetapi memilih untuk sederhana, syabas role model untuk dirujuk kepada yang seangkatan”, Dan Jay Ace pula “Kualiti yang macam ni patut ada pada semua pemimpin terutamanya yang nak jadi calon PM”.
Ternyata rakyat dewasa ini kagum bukan apabila melihat pemimpin mereka menaiki kereta mewah dan mahal, atau berpakaian berjenama atau dikelilingi pengawal dan seumpamanya. Rakyat dewasa ini sesungguhnya lebih kagum apabila melihat pemimpin mereka macam biasa-biasa, ringkasnya macam mereka. Macam gambar Ustaz Mat di atas.

Rata-rata Ustaz Mat semakin menonjol keperibadiannya kebelakangan ini. Bermula dengan mengambil-alih tempat Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai MB Kelantan sehinggalah kesungguhannya mahu membawa ketengah sehingga ke peringkat Parlimen, undang-undang Hudud di Kelantan dan kini dengan gambar ini yang menyingkap kepada rakyat kesederhanaan beliau.
Bagi saya Ustaz Mat semakin mendapat tempat dan semakin dihormati pada pandangan masyarakat.

Kerana itu saya hairan apabila diberitahu baru-baru ini UMCEDEL atau University Malaya Centre of Democracy and Elections telah mengeluarkan satu kajian iaitu selepas 12 bulan PRU 13 bertajuk “Isu dan kecenderungan rakyat” yang sangat negatif terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kononnya setelah 12 bulan kepimpinan baru di Kelantan seakan sudah tidak ada aura sebagaimana kepimpinan yang lalu. Seolah selepas Tok Guru Nik Abd Aziz, Kelantan sudah tawar dan besar kemungkinan akan mengikuti jejak Kedah iaitu jatuh ke tangan BN!
Ternyata kajian berkenaan tidak mencerminkan keadaan sebenar persepsi rakyat kini terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kalau UMCEDEL boleh cungkil contohnya reaksi komen yang diberi dalam FB Dr Maza sahaja, mereka akan dapati betapa melesetnya kajian mereka itu.

Walaubagaimanapun, bairlah UMCEDEL dengan kajian mereka. Apa pun saya melihat Tok Guru Nik Abd Aziz telah berjaya menyusun kabinet penggantinya dengan baik. Rakyat Kelantan kini tidak merasakan vakum setelah Tok Guru melepaskan jawatannya sebaliknya merasakan suatu kesinambungan sedang berlangsung, Tok Guru diganti dengan kepimpinan yang setaraf dengannnya malah tidak mustahil lebih baik dengan izin Allah swt.
Bertuahlah rakyat Kelantan, semoga mereka terus membangun bersama Islam sampai bila-bila.

Tiada lagi siaran percuma Piala Dunia - Shabery

PUTRAJAYA: Rakyat perlu bersedia menerima hakikat bahawa mereka mungkin tidak akan berpeluang menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia secara percuma pada masa hadapan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata, ini kerana kos mendapatkan hak siaran eksklusif kejohanan tersebut meningkat setiap kali penganjurannya, selaras dengan perubahan kecanggihan teknologi produksi yang digunakan.

Beliau berkata, pada tahun ini sahaja, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membelanjakan RM20 juta untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2014.
"Saya menjangkakan kos mendapatkan hak penyiaran pasti akan terus meningkat, mungkin kepada RM40 juta hingga RM50 juta pada masa akan datang," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pra pelancaran sambutan Kemerdekaan ke57 di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan rakyat berhubung ketidakseragaman penyiaran perlawanan di beberapa saluran televisyen.

Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa keputusan berhubung penyiaran semua perlawanan Piala Dunia bergantung kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Kita kena faham sukan sudah menjadi mahal kerana ini merupakan sebuah industri besar, dulu kita anggap sukan untuk dapatkan pingat dan menjaga kesihatan sahaja.

"Oleh itu, industri besar ini perlu dilindungi oleh pihak yang mengasaskannya, dalam konteks ini ialah FIFA," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan semua negara menyediakan siaran perlawanan Piala Dunia secara percuma kepada rakyat masing-masing.

Beliau memberi contoh Singapura dan Britain yang menetapkan penduduk negara berkenaan perlu membuat pembayaran untuk menonton perlawanan kejohanan tersebut.

"Paling banyak pun mereka hanya boleh melihat sedikit sedutan-sedutan perlawanan sahaja, tetapi di Malaysia masih beruntung kerana dapat lihat sebahagian secara percuma melalui RTM," katanya

Wakil rakyat kena tumbuk ketika sarapan pagi

Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.
Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.
BAHAU: Ahli Parlimen Rasah, Teoh Kok Seong sedang bersarapan di sebuah kedai makan dekat Taman Satelite, dekat sini, apabila diserang seorang lelaki, semalam.

Kok Seong duduk bersama Adun Bahau, Chew Seh Yong apabila seorang lelaki berusia sekitar 50-an menghampirinya kira-kira jam 10 pagi.

"Lelaki itu tiba-tiba menumbuk dada kiri saya dua kali. Dia kemudian cuba baling kerusi ke arah saya, tapi sempat dihalang," katanya.

Menurutnya, keadaan itu mengejutkan pelanggan-pelanggan.

"Bagaimanapun, semuanya terkawal selepas anggota polis tiba kurang 10 minit (selepas kejadian) dan menahan lelaki itu," katanya.

Kok Leong membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan.

Pemimpin DAP itu berkata, dia, tidak akan mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut kerana menyifatkan ia sebagai cabaran yang harus dihadapi selaku wakil rakyat.

Menurutnya, beliau mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu semasa menjadi Adun Bahau.

"Dia pernah datang ke Pejabat Pusat khidmat Dun Bahau semasa itu. Saya tak pasti lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tapi dia pernah minta saya buatkan kain rentang kerana dia rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Saya tolak permintaannya kerana ia tak masuk akal. Sejak itu, dia akan menyerang saya setiap kali berjumpa, tidak kira di mana pun,” katanya.

Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.

Lagi kes isteri curang dicekup suami ketika sedang buat projek dengan jantan lain (Gambar)

124
BESUT: Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurut sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. 
-sinarharian-

Gambar budak dukung adik 500m selepas ditinggalkan pencuri kereta ibu


Puchong: “Saya terkejut apabila melihat mangsa (Naqiuddin) berjalan kaki sejauh lebih 500 meter sambil mendukung bayi dalam keadaan hilang arah berhampiran kawasan kilang,” kata seorang juruteknik, Muhammad Rosdan Samat, 44, yang menemui dua beradik itu di hadapan tempat kerjanya pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kedua-dua beradik terbabit ‘dibuang’ penjenayah di kawasan Taman Perindustrian Puchong di sini, kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka dilarikan.

“Saya bersama seorang lagi rakan sekerja, ketika itu baru memulakan tugas sebelum melihat mangsa keletihan sambil mendukung adiknya.

“Dia ketika itu turut berpakaian baju sekolah dan menggalas beg.

Walaupun nampak penat, namun dia tetap mendukung dan memeluk adiknya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan setugas, Muhammad Kassim Mian, 58, kemudian segera memanggil mangsa sebelum bertanya arah tujuan kanak-kanak itu.

“Dia menjawab ibunya berada di rumah pengasuh dan keretanya dilarikan orang.

“Mulanya saya ingin melaporkan terus kepada polis, namun rakan saya kemudian membuka beg sekolah Naquiddin sebelum melihat buku latihan sekolahnya beralamat di Puchong Perdana tidak jauh dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Rosdan berkata, mereka kemudian menghantar dua beradik itu ke sekolah KAFA Integrasi Madrasatul Ikhwan Taman Puchong Perdana di sini, sebelum mendapati orang ramai dan polis berkumpul di sekolah.

“Kami menyerahkan dua beradik kepada ibunya.

Saya dapati ibu kanak-kanak itu hampir pitam selepas mendapati kedua-dua anaknya itu berjaya ditemui semua,” katanya.

Cara pelik membela Islam?

MOHAMED HANIPA MAIDIN 
SEORANG ulama faqih dan sufi yang terkenal di Morocco iaitu almarhum Sidi Ahmad Zarruq (1442- 1493) telah dihukum oleh pemerintah kerana mempertahankan hak-hak orang Yahudi. Ulama besar ini yang juga digelar muhtasib al-ulama'wa al-auliya' terkenal dengan kitabnya yang masyhur iaitu Qawa'id al-tasawwuf.
Beliau juga telah memberi komentari ke atas kitab al Hikam. Beliau akhirnya meninggal dunia di Misrata, Libya. Mungkin pelik kita mendengar ulama besar Islam dihukum kerana mempertahankan hak orang orang Yahudi yang dizalimi oleh pemerintah yang beragama Islam.

Ia pelik jika kita belajar Islam dari Umno dan Perkasa. Tetapi jika kita pelajari Islam dari sumbernya yang bersih dan suci insya-Allah tidak ada peliknya. Muqaddimah itu sengaja saya lontarkan di sini supaya kita tidak terikut dengan gelagat dan cara Perkasa ingin membela Islam.

Yang terbaharu pemimpin Perkasa Ruslan Kassim mahukan Sultan memenggal kepala mereka yang dikatakan menghina Islam. Jika beginilah imej dan mesej Islam yang dibawa oleh para pendakwah dan pedagang Islam yang datang ke bumi Nusantara ini adakah Parameswara tertarik kepada Islam?

Wahai Ruslan bacalah al-Quran nescaya kamu akan lihat banyak lagi penghinaan yang dilemparkan kepada Islam dan para anbiya' dan adakah Islam menyelesaikan penghinaan itu dengan bertindak secara hina iaitu memenggal kepala manusia? Segalanya bermula daripada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari 2014 yang meramPAS 300 buah naskah al-Kitab berbahasa Melayu dan Bup Kudus (bible berbahasa Iban) yang mengandungi nama Allah dari stor Persatuan Bible Malaysia.

Alasan ramPASan itu adalah penggunaan kalimah Allah dalam bible tersebut adalah melanggar seksyen 9 (1) (a) Enakmen Agama Bukan Islam (Pengawalan penyebaran ke atas orang-orang Islam) 1988 . Antara lain menurut seksyen 9 (1) (a) Enakmen tersebut, seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan sekiranya ia menerbitkan kata-kata di dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut bagi tujuan "menyatakan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, aktiviti, cara atau apa yang berkaitan dengan agama bukan Islam".

Perkataan Allah termasuk dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut. Berdasarkan Enakmen tersebut mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dibicarakan di Mahkamah Sesyen iaitu pendakwaan akan dilakukan oleh Pendakwa Raya iaitu Peguam Negara. Pihak Peguam Negara telah memutuskan tiada kesalahan dilakukan di bawah Enakmen tersebut dan tiada pendakwaan akan dilakukan ke atas mana-mana orang.

Dengan ketiadaan pendakwaan itu maka di sisi undang undang dan juga logik, pihak JAIS sewajarnya memulangkan kembali 300 bible yang diramPAS itu. Malangnya JAIS tidak mahu memulangkan kembali. Meskipun PAS tidak terlibat dengan tindakan JAIS tersebut, pelbagai kritikan di laman sosial menghentam PAS sehingga ada yang menyatakan jika PAS memerintah Malaysia inilah yang PAS akan lakukan (macam JAIS lakukan).

Kami empat orang Ahli Parlimen PAS dari Selangor mengambil keputusan membuat sidang akhbar bagi membetulkan fakta dan memberikan pandangan kami. Tujuan utama kami membersihkan nama PAS. Antaranya kami nyatakan PAS tidak terbabit dalam insiden ini dan tidak adil menyalahkan PAS.

Keduanya tindakan JAIS yang tidak mahu memulangkan semula rampasan dalam keadaan Peguam Negara menyatakan tiada kesalahan yang dilakukan adalah tidak wajar di sisi undang undang dan Islam itu sendiri.

Ketiganya mungkin sudah sampai masanya kuasa eksekutif JAIS atau MAIS dikaji semula dan kami menyerahkan kebijaksanaan Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan perkara tersebut. Saya juga menambah bahawa dalam kes sensitif seperti ini sepatutnya JAIS memilih kaedah rundingan dan dialog daripada menceroboh dan merampas bible di premis orang.

Berita tentang kenyataan akhbar kami berempat itu lebih ditonjolkan tentang isu melenyapkan kuasa eksekutif JAIS dan MAIS, maka Utusan dan Perkasa memulakan serangan ke atas kami berempat dari situ. Pada masa artikel ini ditulis sudah ada seruan untuk memenggal kepala mereka yang menghina Islam dan nama-nama kami disebut oleh seruan tersebut.

Secara jujur saya tidak berasa apa-apa dengan amaran atau kecaman itu kerana saya percaya kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya tetap berpegang pada pendirian bahawa JAIS mesti memulangkan rampasan bible itu, meskipun datangnya 100 ancaman memenggal kepala dari Perkasa. Dari segi perundangan saya sependapat dengan Peguam Negara iaitu tiada kesalahan dilakukan oleh Persatuan Bible Malaysia di bawah seksyen 9 (1) (a) Enakmen tersebut atau mana mana seksyen lain di Enakmen tersebut. Malahan saya berani menyatakan seksyen 9 (1) (a) Enakmen itu adalah ultra vires atau bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Harus diingat, Enakmen tersebut adalah digubal menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang undang bagi mengawal penyebaran dokrin atau agama bukan Islam ke atas orang orang Islam.

Perkatan yang penting di sini adalah penyebaran kepada orang Islam. Hanya penyebaran yang tidak dibenarkan dan itu pun jika ia disebarkan kepada orang Islam. Persoalannya bagaimanakah penerbitan nama Allah dalam bible yang hanya akan digunakan ke atas orang orang Kristian sahaja adalah dikira satu penyebaran agama atau doktrin bukan Islam kepada orang Islam.

Hanya kerana kewujudan kalimah Allah di dalam bible al-Kitab atau Bup Kudus ia bukan satu kesalahan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan maka apabila seksyen 9 (1) (a) menjadikan ia suatu kesalahan adalah jelas bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Ia hanya satu kesalahan jika bible yang berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah itu terbukti tersebar dalam kalangan orang Islam. Malahan jika bible berbahasa Melayu itu disebarkan kepada orang orang Islam ia tetap salah meskipun nama Allah tidak digunakan di dalam bible Melayu itu. Jadi isunya di sini adalah isu penyebaran bukan isu nama Allah. Seksyen 9 (1) (a) Enakmen yang menjadikan penggunaan kalimah Islam seperti Allah oleh bukan Islam adalah satu kesalahan adalah bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia melampaui kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan. Tindakan JAIS merampas di bawah seksyen 9 (1) (a) Enakmen yang ultra vires Perlembagaan juga secara automatik tidak sah dan melanggar Perlembagaan. Dalam keadaan ini mengaku kesilapan adalah tindakan mulia yang kita tunggu daripada JAIS.