Hasrat pramugara ini meninggal dunia dalam kapal terbang tercapai?

Shaikh Mohd Noor (kiri) bersama anaknya Zulaika dan isteri Madiani Mahadi serta anak tiri Zulhilmi (kanan). - fotoBERNAMA
PELABUHAN KLANG: "Kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu... kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang," kata pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood kepada adiknya.

Siti Noradziah, 29, berkata abang sulungnya melahirkan hasrat itu selepas insiden kehilangan pesawat MAS Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas.

"Apabila berlaku insiden (kehilangan) pesawat MH370, abang ada beritahu sepatutnya dia pun terbabit sama (berada dalam MH370) tapi mungkin belum masa (ajal), sebab waktu itu dia kemudiannya ditugaskan untuk pesawat yang lain.

"Waktu dia cakap nak meninggal dalam kapal terbang memang kita marah, ya lah siapa yang nak tengok ahli keluarga meninggal dalam insiden kapal terbang tetapi kami sekeluarga anggap itu gurauan sebab dia memang suka bergurau," katanya di kediaman ibu bapanya di Taman Chi Liung, Pandamaran, Jumaat.

Pesawat MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat.

Siti Noradziah, anak ketiga daripada lima beradik, berkata sebelum bertolak ke Amsterdam, Shaikh Mohd Noor sempat pulang ke kediaman ibu bapanya untuk meraikan ulang tahun kelahiran ibu mereka selain berbuka puasa bersama keluarga.

Beliau berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya.

Sementara itu, ibu Shaikh Mohd Noor, Amna Mohd Sharif, 65, pula berkata beliau pernah menyuarakan hasrat agar anak sulungnya itu, yang mesra dipanggil 'Mad Noor' berhenti menjadi pramugara selepas tragedi MH370.

"Makcik pernah cakap pada Mad Noor, berhentilah kerja takut kejadian macam ni tetapi kata Mad Noor, kalau nak mati, mana-mana pun boleh mati," katanya.

Amna juga berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian Shaikh Mohd Noor yang disifatkan seorang anak paling rapat dengannya.

Shaikh Mohd Noor meninggalkan seorang balu, Madiani Mahani, 42, yang juga pramugari MAS, serta lima anak berusia lingkungan 2 hingga 13 tahun, termasuk seorang anak tiri
.-mstar-

MH17: Bagasi Mangsa Didakwa Digeledah, Barangan Dicuri

PETALING JAYA: Tidak berperikemanusian dan kejam.
Itulah yang dapat dilabelkan terhadap pihak yang bertanggungjawab menggeledah bagasi mangsa MH17 untuk mencuri.

USA Today melaporkan, saksi yang berada di lokasi nahas memberitahu kebanyakkan bagasi milik mangsa telah ditarik keluar dari kawasan yang terbakar untuk digeledah.

Berikutan itu, kebanyakkan barangan milik mangsa kelihatan berselerak di samping mayat selepas sebahagiannya dicuri.

Dailymail melaporkan, kekurangan anggota keselamatan telah memberi ruang kepada pencuri untuk mendapatkan barangan berharga dari lokasi tersebut.

Penerbangan MH17 Dari Amstersdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di timur Ukraine dan mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Puak pemisah pro-Rusia didakwa bertanggungjawab terhadap insiden tembakan berkenaan.
-mstar-

Hamas berikrar menjadikan Gaza kubur tentera rejim Israel

HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: Hamas mengingatkan rejim zionis Israel bahawa Gaza akan menjadi perkuburan kepada tentera negara haram itu.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menegaskan demikian semalam, sehari setelah rejim Israel melancarkan serangan darat ke Gaza.

“Kami memperingatkan Israel terhadap perang darat,” katanya kepada bilik berita Lebanon Al-Mayadeen TV.

Ini, jelasnya seperti operasi yang akan memungkinkan Hamas untuk membebaskan tahanan mereka yang masih berada di penjara Israel.

"Kami akan menangkap tentera Israel dan lakukan pertukaran tawanan berikutnya atau Gaza akan menjadi kuburan bagi tentara penjajah, dan ini bukan slogan. Waktu akan mengungkapkan untuk si pengecut Netanyahu. Dia akan membayar harga yang mahal," tegasnya dipetik daripada portal eramuslim.

Ditanya mengapa Hamas tidak mahu menghentikan serangan roket sehingga mendorong kabinet Israel untuk memilih operasi darat, Abu Zuhri menegaskan "itu semacam keputusan yang akan kami lakukan selama masih dalam penjajahan. Dengan pengorbanan darah ini [yang disebabkan oleh pertempuran dengan Israel], kami akan membawa kehidupan yang normal di Jalur Gaza”.

Kes adegan seks di khalayak ramai semakin menjadi-jadi, ini yang terbaru (Gambar)

Clubbers 'having sex in car park' picture slammed on social media
Clubbers 'having sex in car park' picture slammed on social media
This picture, which has been censored, has been shared thousands of times on social media (Picture: Alan Lewis/Photopress)
A picture of two female clubbers appearing to have sex with two men in a car park outside a nightclub has sparked outrage online.

The image has been shared on thousands of social media accounts after being taken outside El Divino in Belfast after a student night last Thursday.

It shows the two scantily-clad women on top of the men, with other revellers milling in the background, in scenes reminiscent of the recent video of a clubber giving oral sex to men in return for a drink in Magaluf.

The most recent shocking image was taken after the Knee Deep student event on July 10th, and has led to numerous negative responses on Twitter, Facebook and Instagram.

However, the Police Service of Northern Ireland told the Irish Mirror no investigation has been launched.

‘We haven’t received any reports and aren’t investigating at this time,’ a spokesperson told the Irish Mirror.
El Divino nightclub Belfast
The El Divino nightclub by the river in Belfast (Picture: Google Maps)/metro.co.uk

MH17: Hujan mayat dan serpihan kapalterbang menimpa kampung di Ukraine

Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di Ukraine.

Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan.

"Saya dengar bunyi lolongan dan kemudaian kesemuanya bergegar. Kemudian, objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di hadapan rumanya.

"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila ditembusi oleh mayat tersebut.

Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.

Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut.

Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata: “Mayat itu masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan mengambilnya”.

Seorang lagi penduduk tempatan berusia 20-an yang enggan
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.

"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh dari angkasa. Satu daripadanya jatuh ke kebun sayur saya,” katanya.

Bukan hanya mayat, ketulan logam, cebisan bagasi dan serpihan lain jatuh di kawasan pertanian di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia.

Bahagian hadapan pesawat itu jatuh di ladang bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova. Serpihan, mayat dan bahagian tubuh dilihat berserakan dalam lingkungan berbatu-batu di sekeliling kawasan itu.

Petugas penyelamat berkata mereka menemui kebanyakan mayat tesebut, yang kebanyakannya masih utuh. Sebahagian daripadanya ditemui bertindih antara satu sama lain namun yang lainnya terdampar di tempat ia jatuh.

Kawasan itu ditanda dengan batang kayu yang dipacak ke tanah dengan satu tanda kain putih.

Sebahagian dari mayat tersebut ditutup dengan helaian plastik yang agak lutsinar, dengan bucunya ditindih dengan tanah atau dengan batu. Sepasang kaki dapat dilihat terjulur keluar dari bawah helaian tersebut dengan sekuntum bunga teluki di atasnya.

Kebanyakan daripada yang mayat itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun terdampar di sisi kokpit, dengan tubuh mungilnya ditutup dengan helaian plastik.
- Reuters

Mampos doh sekor askar Israel dalam serangan darat - yg rasmi lidah Isreal

Tranungkite
Post Pic
BAITULMAQDIS: Tentera Israel menyatakan seorang askarnya terbunuh dalam operasi darat di Semenanjung Gaza. Namun, sebab kematian askar berkenaan tidak jelas.

Jurucakap Ketua Turus Tentera Israel, Brig Jen Motti Almoz memberitahu Radio Tentera Israel “kami sedang memeriksa keadaan sebenar" di sebalik kematian askar berkenaan.

Ia adalah korban pertama tentera sejak Israel mengumumkan permulaan operasi di darat lewat malam tadi.

Hari ini adalah hari ke-11 pertempuran antara Israel dan Hamas di Gaza. - AP

MH17: Nenek ini kehilangan anak, menantu dan empat cucu dalam trajedi MH17

relatmhsvtnjul18eKUCHING: Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, was too overcome with grief and disbelief to talk about her daughter Ariza Ghazalee, 46, son-in-law Tambi Jiee, 49, and their four children who were passengers onboard the Malaysia Airlines flight MH17 that crashed in Ukraine.
In a voice choked with emotion, she related that her daugher, son-in-law and grandchildren were on their way back to the country after spending three years abroad.

She said Ariza followed her husband, who was working for a company owned by Shell in Kazakhstan and was recently given permission to be transferred to Kuala Lumpur.
“Prior to this (incident) my daughter was so cheerful as she was looking forward to celebrate Hari Raya back in Malaysia and has even started to order matching Raya clothes to wear for the occasion,” she said when met at her home in Samariang here.

She said confirmation that her daughter’s family were among the passengers aboard MH17 was only obtained early this morning when footages of the crash were already widely broadcast on the various television channels.

Ariza, the second among five siblings, had taken leave without pay for three years from her job as an engineer in Bintulu to accompany her husband in Kazakhstan.

Meanwhile, Ariza’s elder sister, Madzalina Ghazalee, 47, said her family began to feel anxious that she and her family were likely to be onboard the plane that was reported to have crashed at mid-night but could not get anyone to verify it.
Worried family members only received the confirmation from MAS early this morning, she said.

She said Ariza together with her husband and their children Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 and Muhammad Afruz, 13, were scheduled to arrive in Kuala Lumpur early this morning, leaving for Kuching at noon and touching down here by 2 pm today.

The MAS flight, MH17, was flying from Amsterdam to Kuala Lumpur when it went down in Ukraine. It was carrying 298 people – 283 passengers and 15 crew.

Prime Minister Najib Tun Razak said early today that Ukrainian authorities believe that the Boeing 777 was shot down.
-Bernama-

Lelaki ini dikatakan bertanggungjawab menjatuhkan MH17?

Suspek utama di sebalik tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 adalah Igor Girkin yang mengisytiharkan dirinya sebagai Menteri Pertahanan Republik Rakyat Donetsk (DPR). Menurut Sydney Morning Herald, bekas pegawai risikan itu turut dikenali sebagai Strelkov atau Shooter atau penembak pernah menembak tenteranya sendiri kerana mengingkari perintahnya.

MH17: Nenek tiri DS Najib, DS Hishamuddin turut berada dalam nahas #MH17

Tranungkite

Dunia dikejutkan dengan kejadian pesawat penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Ukraine awla pagi semalam.

Setelah beberapa fakta didedahkan, satu daripadanya cukup mengejutkan. Ini adalah kerana, salah seorang daripada penumpang yang terbabit dalam nahas MH17 itu adalah nenek tiri kepada Dato Seri Najib dan Dato Seri Hishamuddin sendiri.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga kedua-dua pemimpin (sepupu) ini, salah seorang dari penumpang malang tersebut adalah Puan Sri Siti Amira Prawira Kusuma. Beliau merupakan isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noa lapor Malaysian Digest.

Tan Sri Mohd Noah merupakan bapa kepada Tun Raha (Ibu kepada Dato Seri Najib) dan Tun Suhaila (Ibu kepada Dato Seri Hishamuddin).

Di bawah meupakan foto Puan Sri Siti Amirah bersama Tan Sri Mohd Noah.
...........
http://pilihan-anda.blogspot.com

Ukraine tersalah tembak MH17? Sepatutnya IL-96 Russia (Gambar)

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin.

LIDAH rasmi Rusia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moscow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moscow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Rusia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Rusia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunyai struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama.

Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang, katanya.
-Sinar harian

Tragedi MH17: Lagi Laporan langsung

1.20pm: Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai melawat anggota keluarga penumpang MH17 di pusat pelawat KLIA.

Beliau yang baru pulang daripada China pagi ini tidak bercakap kepada media.

Beberapa syarikat penerbangan mula mengelak laluan Ukraine.

12:44pm Pemuda PAS hari ini mempertikaikan tindakan Malaysia Airlines memasuki ruang udara kawasan konflik bersenjata yang berisiko tinggi.

12:20 pm: Kerajaan Amerika Syarikat membuat kesimpulan bahawa MH17 ditembak peluru berpandu walaupun penembaknya belum dikenal pasti, lapor CNN.

Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, sistem radar melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.

Sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.

AS sedang menganalisis trajektori peluru berpandu untuk menentukan dari mana ia datang.

Ukraine bentuk suruhanjaya 4 negara

12.20pm Presiden Ukraine Petro Poroshenko dilapor mengucapkan takziah malam tadi kepada saudara mara 298 penumpang yang terkorban dalam MH17 dan menegaskan pelbagai negara patut terlibat menyiasatnya, lapor CNN.

“Suruhanjaya Kecemasan Negara ditubuhkan bagi menyiasat sebab bencana itu.

"Pakar daripada Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO), pihak Belanda, Malaysia dan Amerika Syarikat akan terlibat,” Poroshenko dilapor sebagai berkata.

Perdana Menteri John Abbot berkata insiden itu kelihatan seperti jenayah berbanding kemalangan.

Seramai 27 warga Australia dalam pesawat itu dan beliau memberitahu parlimennya, pihak bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan.

11.40am: Amerika Syarikat menggesa gencatan senjata segera antara Rusia, Ukraine dan pasukan pemisah bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan insiden.

Rumah Putih dalam kenyataannya menegaskan kepentingan bukti daripada bangkai pesawat yang terhempas itu tidak diganggu, lapor The Guardian.

Insurans nilai RM311 juta

11.25am: Aon Plc, broker insurans London, dilaporkan menilai pesawat yang terhempas itu kira-kira $97.3 juta (RM310.95 juta).

11.20am: Mercy Malaysia menghantar pasukan lima ahli psikologi dan kaunselor ke KLIA pagi ini.

Memetik ahli psikologi Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Mercy turut memberikan khidmat kaunseling kepada anak kapal MAS.

Organisasi itu berkata dapat menghantar kesemua 50 pakar ke lapangan terbang.

Doa keluarga kru MH370 buat MH17

11am: Bagi keluarga MH370, tragedi malam tadi melibatkan sebuah lagi pesawat MAS MH17 ibarat luka berdarah semula.

“Sebagai anggota keluarga anak kapal MH370, dan bagi pihak semua mereka, kami turut berdoa untuk MH17.

“Tabahkan hati wahai sanak saudara,” tulis Maira Elizabeth Nari, anak kepada kru MH370 sejurus selepas tengah malam tadi.

Ujian pertama Liow

10.26am: Selepas menggalas tugas besar mengambil alih jawatan menteri pengangkutan daripada pemangkunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Liow Tiong Lai akan bertanggungjawab menguruskan insiden MH17.

Beliau dilapor memberitahu The Star, walaupun sedang sibuk dengan urusan berkaitan MH370, beliau terpaksa menangguhkannya dulu demi MH17.

10.15am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pelaku “pembunuhan besar-besaran” dalam insiden itu diheret ke muka pengadilan.

Beliau juga menyeru MAS dan pihak berkuasa Malaysia melakukan yang terbaik dalam menguruskan perkara itu, terutamanya dalam perkara sensitif serta responsif kepada keperluan anggota keluarga terlibat.

10:00am Bernama senaraikan syarikat penerbangan komersial yang ditembak dalam tempoh 40 tahun terakhir.

Sebelum MH17, pada 21 Februari 1973, pesawat 114 Syarikat Penerbangan Libya daripada Tripoli ke Kaherah ditembak di Semenanjung Sinai oleh Israel, menyebabkan 113 orang terbunuh.

Sementara itu, Lebih ramai anggota keluarga MH370 tiba di lapangan terbang.

Mereka berkumpul sejak jam 7 pagi dan menunggu dihantar ke Hotel Marriot, Putrajaya untuk taklimat MAS

Takziah & doa Nik Aziz

10.39am Mursyidul AM PAS berkata, jika benar pesawat MH17 diserang di timur Ukraine seperti dilaporkan, langkah itu wajib dikutuk dan diambil tindakan.

“Masyarakat antarabangsa juga wajib mengambil peranan untuk memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik agar tidak melibatkan orang awan yang tidak berdosa di dalam pertikaian mereka,” katanya.

Menulis dalam Facebook dari wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Nik Aziz merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.

“..semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadap-Nya di bulan yang mulia ini. Saya berkongsi rasa dukacita di atas tragedi berkenaan,” katanya.

Beliau mengharapkan siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi berkenaan khususnya dari aspek prestasi keselamatan laluan berkenaan.

9.46am: MH17 dilaporkan terbang 300 meter atas ruang udara kawasan terhad ketika ia dipercayai ditembak, lapor The Guardian.

Eurocontrol, badan kawalan udara Eropah, berkata pesawat itu terbang di ruang udara “terbuka” pada ketinggian 33,000 kaki.

Menurutnya, ia masih boleh dicapai oleh “senjata penembak darat ke udara yang canggih”.

The Guardian, memetik agensi, berkata kesemua penerbangan di timur Ukraine dilarang terbang di kawasan itu.

Akhbar itu juga mendedahkan, pesawat British kira-kira sebulan lalu mendapat jawapan “all-clear” untuk terbang ke kawasan sama ekoran operasi 'normal' di rantau itu.

Aktivis aids antarabangsa antara korban

9.30am: Joselyn Pang daripada Majlis Aids Malaysia menyatakan kehilangannya terhadap bekas presiden Persatuan Aids Antarabangsa (IAS) Joep Lange, salah seorang daripada 298 orang yang terkorban dalam nahas Flight MH370.

Malam tadi, pesawat Malaysia terhempas di Ukraine.

Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan sepatutnya sampai pada jam 6 pagi tadi.

Laporan mendakwa pesawat itu mungkin ditembak ketika terbang di kawasan yang sedang bergolak dengan konflik ketenteraan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak belum mengesahkan sama ada pesawat Malaysia ditembak atau tidak. Beliau bagaimanapun menuntut keadilan jika ia besar./malaysiakini

Transkrip perbualan telefon anggota pemisah dengan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh

Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.

Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.

Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 terhempas. Panggilan itu dibuat oleh Igor Bezler, yang didakwa SBU sebagai seorang pegawai perisikan tentera Rusia dan komander utama Republik Rakyat Donetsk.

Portal berita itu juga menerbitkan sebuah transkrip penuh perbualan telefon, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris./malaysiakini

Read the full transcript of an intercepted phone call below:

Igor Bezler: We have just shot down a plane. Group Minera. It fell down beyond Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Pilots. Where are the pilots?

IB: Gone to search for and photograph the plane. Its smoking.

VG: How many minutes ago?

IB: About 30 minutes ago.

SBU comment: After examining the site of the plane the terrorists come to the conclusion that they have shot down a civilian plane. The next part of the conversation took place about 40 minutes later.

“Major”: These are Chernukhin folks who shot down the plane. From the Chernukhin check point. Those cossacks who are based in Chernukhino.

“Grek”: Yes, Major.

"Major": The plane fell apart in the air. In the area of Petropavlovskaya mine. The first “200” (code word for dead person). We have found the first “200”. A Civilian.

“Greek”: Well, what do you have there?

“Major”: In short, it was 100 percent a passenger (civilian) aircraft.

“Greek”: Are many people there?

“Major”: Holy sh__t! The debris fell right into the yards (of homes).

“Greek”: What kind of aircraft?

“Major”: I haven’t ascertained this. I haven’t been to the main sight. I am only surveying the scene where the first bodies fell. There are the remains of internal brackets, seats and bodies.

“Greek”: Is there anything left of the weapon?

“Major”: Absolutely nothing. Civilian items, medicinal stuff, towels, toilet paper.

“Greek”: Are there documents?

“Major”: Yes, of one Indonesian student. From a university in Thompson.

Militant: Regarding the plane shot down in the area of Snizhne-Torez. It’s a civilian one. Fell down near Grabove. There are lots of corpses of women and children. The Cossacks are out there looking at all this.

They say on TV it’s AN-26 transport plane, but they say it’s written Malaysia Airlines on the plane. What was it doing on Ukraine’s territory?

Nikolay Kozitsin: That means they were carrying spies. They shouldn’t be f…cking flying. There is a war going on.

Laporan langsung Kes MH17: Seorang juruterbang terkejut kenapa MH17 masih menggunakan laluan di ruang udara Ukraine


Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.
Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.

"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.
"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya," katanya di Twitter.

Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Menurut Reuters yang memetik kenyataan sumber penerbangan di Moscow menyebut, pesawat itu ditemui terbakar di permukaan tanah di timur Ukraine.
Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, pesawat itu mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.
Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Video shows MH17 plane crash debris raining on UkraineBerikut adalah perkembangan terbaru sejak jam 12.01 pagi, Jumaat 18 Julai.

4.45am: Najib dalam sidang medianya berkata Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:

- 23 warga Malaysian
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia
- 6 warga British
- 4 warga Jerman
- 4 warga Belgium
- 3 warga Filipina
- 1 warga Kanada

Codeshare airline KLM says MAS' MH17 emergency hotline is +31 70 3487770
4.42am: Naib presiden AS Joe Biden menyatakan keyakinan bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh.

"Ia bukan satu kemalangan, pesawat ditembak jatuh dari udara," katanya, lapor Reuters.

4.35am: Petugas di 'sidang media' perdana menteri menegaskan, Najib tidak akan melayan sebarang pertanyaan dari wartawan.

4.10am: Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.

Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.

3.53am: RT.com melaporkan, pesawat itu dipandu oleh pengawal udara Ukraine sebelum ia didapati hilang dari radar.

Laporan itu memetik laporan saluran berita Rossiya-24.
3.25am: Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

3.20am: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menyebut, ruang udara yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.
2.46am: 
New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat masih utuh. Ini menujukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan terkawal.

2.42am: Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya yang transit di Amsterdam.

Katanya kakaknya yang berusia 67 tahun itu menetap di Switzerland sejak 30 tahun lalu dan tidak pulang ke Malaysia sejak lima tahun lalu.

Beliau kesal kerana MAS tidak mengambil tindakan pantas untuk memberi makluman.

2.37am: Seorang juruterbang memberitahu The Telegraph, beliau terkejut kerana MH17 masih menggunakan laluan di ruang udara Ukraine memandangkan sebuah pesawat pengangkutan negara itu telah ditembak jatuh awal minggu ini.

"Penerbangan sudah dilencongkan keluar dari Crimea,” kata Danny Fyne.

“Saya mendapati, ganjil bagi pesawat melalui kawasan ini.”

2.30am: Laporan The Telegraph menyebut, warga Ukraine di London akan mengadakan bantahan di kedutaan Rusia atas tragedi MH17.

Para penunjuk perasaan itu akan meninggalkan bunga di luar kedutaan Malaysia dan Belanda sebelum demonstrasi tersebut.


2.22am: Lebih ramai para waris tiba di anjung tinjau KLIA untuk mendapat kepastikan mengenai nasib penumpang dan anak kapal.

Pegawai MAS tidak kelihatan di kawasan itu.

2.15am: Bapa kepada Nur Shazana Mohd Salleh, 31, seorang pramugari dalam penerbangan MH17 menyatakan rasa terkejut atas kejadian itu.

Mohd Salleh Shamsuddin, 54, berkata beliau berharap anaknya itu, yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, berada dalam keadaan selamat.

Ibu Nur Shazana kelihatan berada dalam keadaan terkejut dan tidak dapat bercakap kepada pemberita.


1.57am: Wartawan New York Times di lokasi bencana melaporkan, kebanyakan mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di tempat duduk.

"Banyak mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di serpihan pesawat," kata Sabrina Stravernise di Twitter.

1.47am: Laporan Reuters menyebut, pihak berkuasa pengangkutan udara Amerika Syarikat dan Eropah sudahpun mengeluarkan amaran berhubung risiko penerbangan di ruang udara Ukraine sejak April.

1.40am:
Najib mengikuti taklimat mengenai status pesawat MH17 di pusat operasi darurat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



1am: Laporan Reuters menyebut, puluhan mayat bergelimpangan di sekitar bangkai pesawat di sebuah padang di timur Ukraine.

Pasukan penyelamat menemui sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui dengan kawasan kampung Grabovo.

Serpihan pesawat itu dikesan dalam lingkungan diameter 15 kilometer.

12.31am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.



"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

12.28am: Koresponden Reuters di timur Ukraine melaporkan menyaksikan bangkai pesawat terbakar dan badan manusia di kawasan bencana.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan tiba tidak lama lagi di pusat operasi Malaysia Airlines yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

12.24am: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menafikan tenteranya menembak jatuh pesawat Malaysia, lapor DPA.

12.15: Laporan Reuters memetik kenyataan penasihat kerajaan Ukraine yang berkata pesawat Malaysia itu ditembak jatuk oleh militan di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 295 orang dalam penerbangan tersebut.
Ia menyebut, pesawat itu jatuh dekat bandar Donetsk, yang menjadi kubu kuat pemisah pro-Rusia.

Menteri tersebut, Anton Gerashchenko dilaporkan berkata, pesawat itu terkena tembakan peluru berpandu dari permukaan darat.

Laporan itu mendakwa, penduduk tempatan telah menemui bangkai pesawat.


Ahli Parlimen Israel mahu ibu-ibu Palestin dibunuh

SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Seorang ahli parlimen Israel menggesa tenteranya turut membunuh ibu-ibu rakyat Palestin semasa membuat serangan berterusan ke atas semenanjung Gaza.
Ayelet Shaked dari parti Ultra-Nationalist Jewish Home yang melabelkan warga Palestin sebagai pengganas menegaskan semua ibu rakyat Palestine yang melahirkan 'ular kecil' perlu disembelih.

"Mereka perlu mati dan rumah-rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas. Mereka adalah musuh-musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang telah mati," kata Shaked di petik PressTV.

Kenyataan shaked itu dianggap sebagai gesaan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine kerana beliau mengisytiharkan semua rakyat Palestine adalah musuh Israel dan mesti dibunuh.

Kenyataan ini muncul apabila ramai pegawai dari pelbagai negara menyelar serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Turki adalah yang terbaru mengutuk serangan itu dan menuduh Israel membunuh beramai-ramai rakyat Palestine.

Recep Tayyip Erdogan juga membidas Israel dan menyifatkan negara mereka sedang melakukan keganasan terhadap rakyat Palestine di rantau itu, bahkan ketika bercakap di parlimen beliau mempersoalkan sikap berdiam-diri dunia terhadap kekejaman berterusan Tel Aviv.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Shaked itu, Perdana Menteri Turki berkata dasar Israel di Gaza tidak ada bezanya dengan mentaliti Hitler.

"Seorang wanita Israel berkata ibu-ibu Palestine harus dibunuh juga. Dan dia adalah seorang ahli parlimen Israel. Apakah perbezaan di antara mentaliti seperti ini dan Hitler?" soal Erdogan.

Kenyataan ini muncul apabila agensi PBB bagi pelarian Palestine baru-baru ini berkata, wanita dan kanak-kanak adalah sebilangan besar angka kematian rakyat Palestine disebabkan oleh serangan Israel ke atas rantau yang dikepung itu.

6 peristiwa keajaiban yang belaku sewaktu perperangan di Gaza

Tranungkite
SubhanAllah...
Terdapat 6 peristiwa keajaiban yang belaku sewaktu perperangan tersebut berlaku, jom kita ketahuinya:
Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan emusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".

MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Jangan berhenti berdoa ye sahabat..
Allahu Akbar!!!
............
http://btmmari.blogspot.com

Mengapa Ini Terjadi? (Gambar)

Tranungkite
Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)

Persoalan:
1) Mengapa kedudukan Najib berenggang sedangkan MB S'ngor (tiga dari kiri) boleh pula merapat bersama makmum lain..

2) Kenapa Najib sahaja (makmum) bersejadah sedangkan makmum lain termasuklah imam2 muda al-tahfiz(berjubah hitam) tiada bersejadah? Adakah Najib di'MULIA'kan ketika bersolat bersama2 rakyat/ makmum??? Wallahulam. Hanya Allah saja yg tahu...

Harap para menteri2 agama/ ulama2 UMNO menasihatinya.. Kerana rakyat SENTIASA MELIHAT TINGKAHLAKU PEMIMPIN..

Facebook Suara Rakyat

Tentera Seragam Putih Hantui Israel

Terdapat kisah-kisah menakjubkan dan pelik dalam serangan 22 hari ke atas Gaza oleh tentera Israel. Sesetengah penduduk mendakwa ianya merupakan "ayaturrahman" (tanda kekuasaan Allah SWT) di bumi jihad. Para Mujahidin masih tertanya-tanya akan siapakah sekumpulan lagi tentera yang berpakaian serba putih yang dilihat bersama-sama sewaktu peperangan Al-Furqan mengambil tempat.

Laman web Arab, islammessage.com, menulis bahawa tentera Mujahidin Al-Qassam melaporkan mengenai sebuah rumah kepunyaan keluarga Dardunah, yang terletak berhampiran Jabal Al-Kasyif dan Jabal Ar Rais, atau di jalan Al Qaram lebih tepat lagi.

Tentera Israel telah memecah masuk ke rumah berkenaan, seluruh keluarga diarah berkumpul dan dipaksa duduk di satu sudut, salah seorang dari anak mereka kemudiannya disoal siasat dan ditanyakan mengenai identiti pejuang Al-Qassam.


Remaja lelaki itu kemudiannya menjawab bahawa pejuang Al-Qassam memakai pakaian seragam bewarna hitam. Walaubagaimanapun, jawapan berkenaan telah menimbulkan kemarahan tentera Zionis dan kemudiannya dia dipukul tanpa belas kasihan, perkara ini diberitakan berlansung selama tiga hari berturut-turut. Setiap kali disoal, remaja berkenaan akan menjawab dengan jawapan yang sama.


Akhirnya, salah seorang tentera yang marah, menengking "Bohong! Mereka mengenakan seragam putih"

Seorang lagi rakyat Palestin, mengisahkan cerita yang lain berkenaan laskar berseragam putih ini di laman web multaqalqasami.com.

Menurutnya, sebuah ambulan telah diarah berhenti oleh sepasukan tentera Israel. Pemandu ambulan tersebut telah disoal samada dia dari kem Fatah atau Hamas. Pemandu malang ini kemudiannya menjawab, "saya bukan dari mana-mana kem, saya sekadar pemandu ambulan" katanya kepada tentera Israel tadi.


Walaubagaimanapun, tentera Israel terus menyoal beliau, "kumpulan yang berseragam putih di yang mengikuti di belakang tadi, mereka dari kem mana?" Pemandu ambulan yang masih kebingungan kerana dia pasti tiada sesiapa yang mengekorinya di belakang sekadar menjawab, "saya tidak tahu..."


Jadi, siapakah pasukan yang berseragam putih yang menghantui rejim Zionis ini?

Keganasan tentera Israel untuk 22 hari ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Israel, hanya kehilangan yang besar diperolehi mereka. Bukan sahaja dari segi kemusnahan, malahan mental mereka menjadi semakin lemah dan dibayangi ketakutan.

Berjuta wang telah dibazirkan oleh mereka untuk menyekat pergerakan Hamas di Gaza, namun ianya merupakan satu langkah yang sia-sia. Rakyat Israel juga kini merasa takut apabila mendengar nama "Hamas".

"Lebih dari 800 ribu penduduk Israel akan dilihat ketakutan apabila nama Hamas disebut di hadapan mereka, mereka akan berpaling dan berlalu pergi," dakwa seorang wartawan Israel.


Selain dari ketakutan yang membelenggu mereka dalam keganasan yang dicetuskan pasukan ketenteraan mereka sendiri, Israel juga diancam krisis kerana telah membelanjakan wang yang banyak untuk peperangan di Gaza.


"Kos keganasan rejim Zionis di Gaza mencecah hampir 10.5 trilion dolar Amerika," ujarnya lagi.

Israel secara sulitnya juga telah mengadakan upacara pengebumian beberapa anggota tenteranya yang terkorban dalam pertempuran menentang Palestin di Genting Gaza, lapor media semalam.

Portal akhbar Mesir, Youm7 melaporkan bahawa beberapa saksi mendakwa mereka melihat beberapa upacara pengebumian dilakukan Timur Baitulmuqaddis yang dilakukan tentera Israel bagi mengebumikan anggota yang terkorban dalam peperangan di Gaza.

Namun tentera Israel enggan mendedahkan secara rasmi mengumumkan jumlah orang awam dan anggota tentera yang terkorban.

Sementara itu, sumber Israel mengakui bahawa lebih daripada 200 penduduk Israel telah cedera sejak enam hari lalu ekoran serangan roket yang dilancarkan Pergerakan Pemisah Hamas.