Awas!!! Bagi suami tidak solat: Kamu Adalah..

Detikislam 
Jika suami TIDAK mendirikan solat fardhu, itu adalah virus utama pencetus masalah rumahtangga & agama. Inilah suami ‘keladak’ yang tidak membawa kepada isteri dan keluarga KECUALI kemudaratan dan masalah bermula di dunia hinggalah ke akhirat. Dua jalan perlu dipertimbang, usaha agar dia TAUBAT segera atau tuntut FASAKH (hanya fokus ini sudut hukum agama, sudut sukarnya urusan mahkamah itu hal administrasi).

Nabi sebut dalam hadis sahih (إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ) Ertinya: Sempadan di antara seorang lelaki/wanita dengan KEKUFURAN adalah MENINGGALKAN SOLAT) – Hadis riwayat Muslim`

Allah menyebut dalam Al-Quran orang yang tidak solat, tidak mendapat sebarang syafaat di akhirat. Ia tanda tidak solat bererti seperti sudah terkeluar dari Islam sehingga tiada layak dapat syafaat sama sekali.

قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ..
فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
(Surah al-Mudatthir ayat 43 dan 48)

* Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Kisah Seorang Pakcik Cedera Dirompak Di Hentian Putra, KL (Gambar)

Tranungkite
Agak terkilan membaca kisah seorang pakcik ini yang cedera dirompak semasa berada di Hentian Putra Kuala Lumpur. Mohon semua orang terutamanya wanita berjaga-jaga semasa keluar berjalan.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Bagaimana pakcik ini mendapat kecederaan. Bolehlah baca perkongsian dari anak beliau di bawah ini:
Tarikh : 12 October 2014
Masa. : 1.30 PM
Tempat : HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR

Keterangan : Ayah saya En Ramli b Shafie umur 56 tahun asal dari Tawang, Bachok Kelantan sedang berehat di surau Hentian Bas Putra Kuala Lumpur setelah selesai menunaikan solat zohor sambil menunggu bas untuk balik ke Kelantan. Ayah saya telah didatangi oleh seorang pemuda lingkungan umur 20-30 dan meminta duit dari ayah saya. Ayah saya menyatakan yang dia tiada duit, lalu pemuda tersebut mula bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mengugut ayah saya serta cuba menerkam beg ayah saya.

Pemuda tersebut menghunuskan pisau namun Alhamdulillah ayah saya lebih pantas dan merampas semula beg tersebut. Ayah saya sempat bergelut dengan pemuda tersebut menyebabkan tapak tangan ayah saya cedera terkena bilah pisau. Dengan izin Allah dan ayah saya juga seorang guru silat berjaya mematahkan serangan pemuda tersebut ‘single handed’. Pemuda tersebut cedera teruk namun sempat melarikan diri dengan dibantu oleh seorang lagi pemuda bermotosikal yg telah menunggunya di luar Hentian Putra.
Berhati-hati kepada semua pengguna Hentian Putra sekiranya anda ke Hentian Putra pastikan berteman dan sekiranya nampak pemuda mencurigakan laporkan pada pihak polis atau keselamatan. Ayah sy bernasib baik kerana beliau masih mampu melawan. Minta dijauhi dari perkara yg tidak diingini.

Yang ini lagi terkejut: Dapat SMS dari dalam kubur

South Tyneside: Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya.

Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang.

Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.
Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya.

Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat."

Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan.
Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.

"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya.

"Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya.

Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.-AFP

Terkejut: Apa pun Harap Surat Ini Palsu

Tranungkite
Betulkah Setiausaha Agung KeADILan baharu keluarkan surat perkeliling ini?????? .. Macam tidak percaya jer .... macam ada yang tidak kena jer .... macam tidak betul jer... macam tipu jer .. macam edit jer

Sebabnya, sebelum ini belum pernah terjadi ,sejak era Reformasi 1998 anggota dan penyokong KeADILan maupun Pakatan Rakyat dikerah, dengan menggunakan bas ke sesuatu program yang melibatkan DSAI sama ada ceramah maupun perbicaraan dimahkamah.

Mereka akan hadir secara berduyun-duyun dalam angka yang cukup ramai dengan rela tanpa kerahan dan dipaksa.

Tetapi inilah julung kalinya jika benar, suatu surat arahan mengerah anggota parti dengan memaksa setiap Ketua Cabang KeADILan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat paling minimum 5 buah bas sarat dengan penyokong dan negeri yang bukan diperintah oleh Pakatan Rakyat paling kokak pun kena hantar penyokong 2 buah bas.

Yang negeri langsung tidak ada wakil rakyat, Ketua Cabangnya kena hantar paling tidak sebuah bas.... Aduhhh!!!! .. Macam mimpi bila dapat tahu akan hal ini.

Terkejut sungguh bila terbaca akan surat perkeliling Setiausaha Agung baharu KeADILan ini ( jika benar) .. terkejut sungguh!!! ... Bertanya dalam hati ... Apa sudah jadi dengan jati diri dan semangat juang para anggota KeADILan kini???? ... Apa sudah jadi????? .. Kena ikut cara budaya UMNO yang kita selama ini kutuk keras sebagai suatu budaya mau meramaikan majlis dan program???? .. Mengapa perlu ada semacam kerahan secara paksa????

Tidak cukup dengan kerah ahli, disediakan pula bas sebagai pengangkutan???? .. Jika ramai yang hadir waima sebilangan besar yang hadir datang secara persendirian dan sukarela tanpa paksaan dan di sediakan pengangkutan, tetapi persepsi terbentuk kini ialah setiap program dan acara KeADILan kini jika mau ramai yang hadir terpaksa ikut cara UMNO/BN yang selama ini dijadikan bahan kutukan dan senda gelak ketawa.

Nanti akan kedengaran puak-puak UMNO akan berkata .. KATA DULANG PAKU SERPIH ... KATA KAT ORANG KAMU YANG LEBIH.

Sebab itu Omak pernah cakap .. Himpunan kali ini sudah nampak bayang-bayang kegagalan apabila dua siri flashmob langsung tidak mendapat sambutan ... tiada kerjasama erat dengan Dewan Pemuda PAS Pusat maupun NGO-NGO pro PR yang sekian lama terbukti rekod kejayaan menganjurkan program himpunan raksasa. ... Mengapa AMK terus mau berlagak sombong bodoh!!!!!

Omak cukup yakin jika AMK kini diterajui YB Amiruddin Sahri ADUN Batu Caves merangkap Exco Selangor, suasana tidaklah seburuk ini.

Apakah masih mau enggan terima kenyataan betapa kedudukan PKR kini agak genting selepas pemilihan 2014 dan pemecatan TSKI sebagai MB Selangor????

Masih mau mendabik dada kedudukan PKR kini semakin utuh dan kukuh?????

Omak sejak mendakap perjuangan KeADILan atas semangat Reformasi 1998 lagi, tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti nak kumpulkan para penyokong dan pendokong Reformasi dan anggota KeADILan terpaksa menyediakan bas secara percuma dengan membuat kerahan secara paksa .... TIDAK PERNAH TERFIKIR DAN TERMIMPI SAMA SEKALI.

Masih mau anggap LANGKAH KAJANG hebat dan berjaya meningkat sokongan rakyat???? .. Berpijaklah dibumi yang nyata ... terimalah hakikat dan kebenaran .. hentikan politik dendam kesumat .. berusaha keraslah menyatukan parti yang kini jelas rapuh dan goyah.

Apa-apa pun perlu dengar respon dari Setiausaha Agung KeADILan untuk pengesahan sama ada surat ini sahih atau dipalsukan.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Sumber OMAKKAU!!

Video: Macam mana budak ni boleh tahan begitu punya banyak kutu kat kepala dia


APA yang dilihat mungkin boleh menjadi kepala yang mengalami serangan kutu terburuk yang pernah disaksikan.

Sebuah video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seseorang, mungkin ibu bapa menyikat rambut seorang kanak-kanak.

Orang itu kemudian mengangkat dan menunjukkan sikat ke lensa kamera dan telur kutu serta berpuluh-puluh ekor kutu dilihat merangkak-rangkak di atas sikat.

Kutu, serangga kecil juga dikenali sebagai pediculosis capitis, menghisap darah dengan cara menggigit kulit kepala manusia.

Dr Alejandra Perotti, pensyarah di Sekolah Sains Biologi, Universiti Reading mengesahkan makhluk itu adalah kutu.

Beliau menambah, jumlah yang banyak dengan hanya beberapa kali sikat menunjukkan ini sebagai kes yang teruk.

"Serangan kutu sangat biasa di UK dan di Eropah, tetapi tidak sampai ke tahap ini," katanya kepada MailOnline.

"Saya bekerja dalam bidang sains forensik dan kes ini ditemui dalam kes-kes pengabaian kanak-kanak atau orang tua.

"Anda juga melihatnya dalam kes-kes orang yang tiada tempat tinggal."
-mstar-

99 peratus remaja sekolah kita pernah berzina

Rozmal
Itulah apa yg dikatakan oleh pakar motivasi ini dlm Slot Motivasi Pagi TV3 Jumaat 17 Okt 2014. Kajian yg dilakukan UKM katanya terhadap 887 pelajar tingkatan 3 ke tingkatan 5 mendapati 886 pelajar mengaku telah berzina.
Apakah kita semua mengundang bala dan murka ALLAH.

Marilah kita semua banyakkan beristighfar, seru diri kita dekat diri dgn masjid surau untuk solat jemaah, hadir majlis ilmu.
Sudah sudahlah kita menyalahkan orang lain, cermin diri kita sendiri.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM

(Gambar) Empat gadis berbogel di pantai Port Dickson sungguh mengaibkan

Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.
Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.

Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.
"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.

"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Raja Petra Dedah Langkah Rafizi Menyekat Azmin Ali dilantik jadi MB

Tranungkite

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan email Rafizi Ramli kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan langkah2 jika Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Email yang dihantar pada 19 September, 3 hari sebelum Azmin disahkan menjadi MB Selangor turut disalinkan kepada Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut RPK, sebelum Sultan Selangor membuat keputusan, Rafizi sudah dapat menduga Azmin Ali bakal dilantik MB baharu, justeru beliau mencadangkan agar Azmin disyaratkan menandatangani satu surat peletakan jawatan tanpa tarikh.

Kata RPK, ramai yang terkejut apabila mastermind Kajang Move, Rafizi Ramli dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu PKR.

Malah pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Pilihanraya PKR bersama Nurul Izzah juga merupakan kejutan kedua.

“Selebihnya anda boleh membaca dalam e-mel di bawah. Namun, pada dasarnya, ini adalah pekerjaan sebenar Rafizi sebagai Setiausaha Agung, untuk mengawal Azmin dan memastikan beliau berada di landasan yang betul,” kata RPK dalam artikel terbaharu bertajuk “Rafizi’s real job as Sec-Gen.

Berita Baik: Mari kita melabur dengan membeli saham ini dijamin untung untuk masa depan (Mesti Baca)

Rembau: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani hari ini telah melakukan lawatan ke tapak pembinaan Sekolah Tahfiz Arabic Al-Gontory di Chengkau, Rembau.

Beliau amat kagum dengan kesungguhan para pengasas sekolah tahfiz ini yang membina sekolah tahfiz tersebut sedikit demi sedikit bergantung sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai dan hasil titik peluh kakitangan sekolah berkenaan.

Pembinaan sekolah tahfiz ini telah bermula pada bulan September 2014 yang lalu. Sekolah tahfiz ini terletak di atas tanah seluas 1.3 ekar tepi Jalan Chengkau-Pulau Mampat hasil, kini diperingkat pembinaan tingkat bawah sekolah.

Sekolah ini masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk menyiapkan tingkat atas bangunan sekolah ini. Sekolah tahfiz ini juga beroperasi di Tahfiz Arabic Al-Gontory, Pusat Niaga Astana Alam 3, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Sehubungan dengan itu Tuan Hj Mohamad Taufek menyeru kepada umat Islam agar dapat membantu dalam pembinaan sekolah tahfiz ini yang memerlukan sekitar RM150,000 untuk menyiapkan bangunan sekolah tahfiz ini.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah disalurkan ke akaun berikut :

No Akaun : 562843505815

Nama Akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Bank : Maybank

Atau hubungi Ustaz Septian 0132646001, Tn Hj Rozmal 0122267406

Maklumat lanjut sekolah tahfiz ini boleh didapati di

Siapa Dr Tariq Sweidan, kenapa datang ke Malaysia? Siapa bawa dia?

Albangi
Sebenarnya puak2 Triple IT (IIIT), group Anwariyun di USA bersama Abrar Bhd (kepalanya Dr Rahim Ghouse dan Dr Wan Hasni) bawa Tariq Sweidan ke Malaysa sebab ....

Pertama nak imbangkan imej Nuar apabila imej Nuar tersisih kerana TGHH dilantik sebagai Timbalan Ulamak Dunia kepada Prof Dr Yusuf Qardawi dan....

Kedua, kerana imej Nuar tercalar dan jatuh dalam isu MB Selangor apabila DSWA gagal jadi MB Selangor. Tariq Sweidan ini bukan ikhwan.....di Kuwait mana ada Ikhwan Muslim...katun betul puak2 PKR dan IKRAM ni....

Tariq Sweidan ini dari Kuwait. Dia berada di USA sejak 1983 lagi..dia duduk di Tulsa Oklahoma buat Ph.D dan kini ada kad hijau PR di USA. Dia bukan Ikhwan tapi dia kenal orang Ikhwan Muslimin Mesir yang lari ke Eropah dan USA ...ada juga yg lari ke Jordan, Kuwait, Syria...mereka dikenali sebagai Ikhwan dalam buangan dan dalam buruan oleh kerajaan Mesir ....dan ikhwan ni dikenali sebagai Ikhwan Alami. Mereka bertaburan di Amerika dan Eropah khususnya England.

Ikhwan Alami ni lah yg menjadi murabbi kepada pelajar2 Malaysia dalam IRC di UK dan MISG di USA. Anak2 didik mereka termasuklah Dr Fuad Zakarshi, Dr Syed Azman, Azman Hussin, Sahri Bahari, Idrus Wan Cik, Dr Rahim Ghouse, Dr Wan Hasni dan ramai lagi....95% pimpinan IRC dan MISG bila balik Malaysia masuk UMNO antara 1990-1998. ...skrg ni mereka bawa Tariq Sweidan untuk pulihkan imej Nuar dan utk dapatkan momentum baru utk group Anwariyun...alahai...bukan kita tak tahu tektik puak2 anwariyun ni...PASMA menumpang sekaki la....

Masa Nuar dalam UMNO, Nuar sudah establish beberapa Financial groups melalui IIIT dan Saar Foundation di Virgnia. Abrar Group ditubuhkan dan dketuai oleh Dr Wan Hasni dan Dr Rahim Ghouse dan mendapat backup yang kuat dari kerajaan Kuwait. Pimpinan IIIT dibawa masuk kuasai UIA Malaysia sehinggalah 1998, apabila Nuar kena buang dari UMNO, pimpinan IIT lari keluar Malaysia, sementara Abrar Group kena beku. Dr Rahim Ghouse lari ke Australia. Dr Wan Hasni kena tahan dan soal siasat tentang harta Abrar dan hubungan dengan Nuar.

Dr Tariq Sweidan rapat dengan Dr Rahim Ghouse Presiden MISG dan rDr Tariq menjadi murabbi kepada MISG sebelum Dr Rahim Ghouse datang ke USA lagi. Yang baju biru Melayu berdiri dalam gambar dibawah ialah Azman Hussin, mantan pensyarah UKM, mantan Presiden MISG, kawan baik Dr Tariq Sweidan di Oklahoma. Dr Mujahid juga hadir. Hampir semua bekas pimpinan MISG dan IRC hadir du rumah Anwar tanpa mengira parti.....tetapi yang menyatukan mereka ialah tarbiyyah manhaj Ikhwan Alami (Ikhwan buangan dan buruan kerajaan Mesir)

Di Malaysia, anak2 didik Ikhwan Alami dalam IRC banyak di UM. Mereka ikut usrah pimpinan Ustaz Alias Othman dan Ustaz Zawawi Ali. jadi tak heran bila Ust Mat Hussin mantan YB PAS Kelantan bersama PASMA. Husam juga anak didik kumpulan yang sama semasa dia di UM. Pada umumnya mana-mana anak didik Ustaz Alias Othman mesti ada kaitan dengan JIM, IRC, Ikhwan Alami. IRC di Mesir uga hidup dan dipimpin oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa. Mereka sentiasa bersatu walaupun mereka duduk dalam parti lain-lain. Bagi mereka yg dalam PAS, mereka kata politik bersama PAS, jamaah masing-masing. Itulah slogan yang dibawa oleh Yb Saari Sungip dan Dr Dzulkfli Ahmad apabila mereka menyertai PAS. Sepertimana dalam kertas kerja grand design JIM, mereka mahu kuasai UMNO dan PAS, dan jika perlu mereka akan wujudkan parti baru untuk kuasai politii Melayu Islam. Mungkin PASMA adalah platform awal ke arah parti baru jika mereka gagal kuasai PAS dalam Muktamar 2015. Bagi mereka Nuar adalah pemimpin Agung.

Kesimpulannya, ini semua wayang IKRAM (pecahan JIM) dan PKR. Dulupun mereka dalam UMNO, dan ramai masuk UMNO pada tahun 1990 selepas PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah tawan Kelantan. Biarlah IKRAM dan PKR syok sendiri. PASMA menumpang teduh di bawah payung ni sebab Ir Pahrolrazi tak termasuk dalam rangkaian ini dulu semasa dia mahasiswa....kini dia menjadi dalang dalam PASMA untuk mencalarkan kredibiliti PAS.

Pemuda DAP Boikot Kempen PKR "RAKYAT HAKIM NEGARA"?

AbuYa
AMK PKR telah mengadakan kempen untuk membela Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai "RAKYAT HAKIM NEGARA". Malangnya kempen ini tiada sambutan. Tiada seorang pun Pemuda DAP turun walaupun perkara ini telah dimaklumkan. Malah Pemuda PKR dikerahkan pun seramai ini yang hadir.

Pemuda PAS dan Unit Amalnya pasti tidak akan datang. Semua orang tahu PKR menghina dan memburukkan PAS kononnya PAS bukan kawan. Malah ada yang menyebut kempen menjatuhkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga didalam oleh sesetengah kepimpinan PKR.
Saya rasa demo-demo akan datang akan sunyi sepi sekira PAS dihina dan di BULI. Tapi sedarlah sebenar PASlah yang mempunyai kekuatan termasuk jentera pemuda daripada akar umbi.

Sumber FB

Berita gadis berusia 15 tahun dihamilkan oleh kekash Banglanya ni pun palsu juga

Kulim: Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), menafikan laporan berhubung dakwaan tangkapan terhadap seorang gadis berusia 15 tahun yang hamil beberapa minggu berikutan hubungan sulit dengan teman lelakinya warga Bangladesh di Taman Mahsuri, Padang Serai, di sini.

Laporan tangkapan gadis berkenaan disiarkan sebuah blog sebelum menjadi viral di laman sosial Facebook sejak kelmarin sehingga turut dikongsi oleh orang ramai dengan memberi pelbagai komen mengenai tindakan remaja itu, selain turut menyiarkan ulasan daripada pegawai PADK.

Ketua Unit Penguat kuasa Agama PADK Azmi Abdul Rejab berkata, pihaknya terkejut dengan laporan oleh media sosial berkenaan sekali gus menafikan tangkapan berkenaan selain tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak.

Katanya, hasil pemeriksaan laporan mendapati tiada sebarang tangkapan dilakukan ke atas seorang gadis berusia 15 tahun di Taman Mahsuri, Padang Serai pada 8 Oktober lalu seperti didakwa pihak terbabit.

"Malah, saya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan kes terbabit dan berharap pihak yang berkenaan menghentikan menyebarkan perkara yang tidak benar.

"Saya sudah meneliti rekod di pejabat PADK, namun tiada kes tangkapan terbabit pada Rabu lalu. Mungkin orang awam atau penduduk di taman perumahan itu yang melakukan tangkapan itu, tetapi tidak melaporkannya kepada PADK bagi tindakan lanjut.

"Justeru, orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak pasti, sebaliknya menyalurkan informasi mengenai kejadian maksiat di kawasan mereka supaya PADK boleh melakukan tangkapan kerana ia membabitkan undang-undang jenayah syariah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih boleh menimbulkan fitnah dan menyebabkan suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai tangkapan ke atas gadis terbabit setakat ini.

Pakatan Rakyat tanpa Anwar, Nik Aziz, Kit Siang

Sheikh Omar Ali
Minggu lalu saya di Sarawak. Dalam perjalanan pulang semasa di lapangan terbang Kuching, saya sempat menegur seorang pakcik.Niat saya bersahaja, nak ringankan mulut bersembang santai.
Tak sangka, rupanya beliau baru selesai menghadiri 'gathering' kawan-kawan lama di hotel Pullman Kuching bersama Datuk Seri Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri.

Saya ambil peluang bertanya. "Datuk kata apa tentang nasib Anwar menjelang 28 Oktober ni?" jolok saya selamba.
"Anwar confirm masuk penjara. 7 tahun..." ujar beliau bersungguh.

Betul atau tidak, wallahua'lam.

Saya tanya lagi "Zahid tak boleh buat apa-apa ke? Mereka kan kawan baik."

Dia kata Zahid sendiri sedang menuju puncak kuasa.

Untuk bertindak menyebelahi Anwar walaupun dengan sekadar menunjukkan rasa simpati, itu langkah yang tidak bijak!

Menyedari hal ini, saya sedar.

Dan saya yakin PR juga pastinya sudah lama sedar! Akhirnya mereka perlu berjuang tanpa sosok pemimpin tiga serangkai - Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang.

Biarpun pemimpin silih berganti, namun untuk berhadapan dengan PRU-14 yang akan datang, 'something need to be done' melangkaui tiga sosok ini.

Teringat kata-kata Suhaizan Kayat dalam ucapan dasar muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 yang lalu.

Beliau ada menyebut Kelantan perlu bersedia untuk berhadapan politik negeri lubuk PAS itu tanpa Tuan Guru Nik Aziz satu hari nanti.

Dan apabila saat itu datang, jalannya tidak lagi semudah hari ini.

Pada hemat saya, bukan sekadar negeri Cik Siti Wan Kembang sahaja.

Malaysia dan Pakatan Rakyat umumnya juga perlu bersedia kearah itu.

Tidak melampau jika saya katakan, Tuan Guru Nik Aziz pada tahap kemuncaknya sudah dianggap Tok Guru kepada 52% rakyat Malaysia yang mengimpikan perubahan.

Ya, kita bercakap tentang 52% rakyat Malaysia pelbagai latar yang menyokong PR pada PRU yang lalu.

Lantas, apa lagi kekuatan 'melangkaui tiga sosok' ini yang perlu PR ada?

Politik idea & politik solusi

Jika saya mampu menjadi representasi kepada anak muda dari kalangan 52% itu, saya ingin melihat PR pada tahap ini menerobosi tembok-tembok politik emosi dan politik 'fire fighter'.

Iklim politik untuk Malaysia baru yang diidamkan haruslah bersifat politik idea dan solusi kepada permasalahan dihadapi rakyat akibat kepincangan urus tadbir dan tatakelola yang diwariskan Umno BN.

52% rakyat sudah tentu muak dengan politik kebencian Umno BN yang menjangkau usia lebih 50 tahun.

Namun harus diingat, jangan salahkan mereka jika ada juga yang merungut sudah mula menyampah dengan 'politicking' PR apabila turut sama gagal untuk keluar dari politik yang tidak mahu menerobosi lingkungan sentimen emosi semata-mata.

Octoberfest & politik solusi

Isu Octoberfest baru-baru ini sebagai contoh, benar-benar menguji terjahan politik baru yang ingin diterokai PR.

Inilah antara masanya rakyat ingin melihat solusi yang PR mampu tawarkan.

Rakyat mahukan idea, polisi alternatif dan penyelesaian tuntas.

Ia berhajat kepada perbincangan yang lebih mikro melangkaui manipulasi sentimen emosi rakyat semata-mata. Melangkaui retorik.

Ini bukan lagi sekadar musim bantah membantah, tetapi 52% rakyat Malaysia ingin melihat kematangan PR mengemukakan polisi dan idea yang mampu dilaksana (workable) sesuai dengan kerencaman rakyat Malaysia yang ada.

Rakyat akan bertanya, "jika kamu bantah, so what? Kamu bukan taliban, but you need to prove it!"

Ini bukan semata-mata masa untuk mengatakan halal atau haram kepada arak, ini masanya PR membawa pencerahan kepada rakyat, bagaimanakah implementasi dasar yang ingin dilaksanakan jika mereka yang ingin dilihat sebagai 'government in waiting' menguruskan isu dengan damai, bijaksana, menepati prinsip dan tidak sedikipun dilihat menidakkan apatah lagi menindas hak serta pegangan rakyat yang pelbagai.

Ini Malaysia.

Ini negara kita.

Negara unik dengan kepelbagaian latar rakyat yang seharusnya mampu menginspirasikan kaedah serta teori yang berbeza-beza serta fleksibel.

Pasti ianya tidak mudah namun inilah cabarannya.

Dalam kompleksiti inilah PR akan diuji sejauh manakah mereka mampu menjadi pemain utama untuk politik baru di Malaysia. Politik yang terhindar dari ketakutan serta prejudis dalam kemajmukan.

Kegagalan PR mengisi keperluan ini akan hanya menyambung hayat Umno BN untuk terus kekal berkuasa. Dan pastinya menjadi mimpi ngeri buat Malaysia dan warganya! –

* Penulis merupakan Pemuda PAS Johor & pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang

Tamrin tinggalkan PAS kerana dua Adun ini

Tranungkite

Kesabaran anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar sampai ke kemuncak apabila melihat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikenakan tindakan disiplin semata-mata kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar.

Tamrin berkata, tindakan PAS yang menggantung keahlian Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad menghantar surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PAS semalam.

"Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, malam tadi.

Saari dan Hasnul pada 12 Oktober lalu dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan parti.

Sepanjang tempoh penggantungan itu, mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari.

Tamrin berkata, bukan saja krisis Selangor tetapi beberapa pandangan mengenai isu lain juga pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak diambil perhatian.

"Sebelum itu, masalah Pilihan Raya Umum (PRU) begitu juga.

"Ada beberapa perkara yang gagal ditunaikan PAS semasa menabur janji PRU13 lalu. PAS mungkir janji. Itu bukan stail politik saya," katanya.

Beliau berkata, dirinya juga kecewa kerana pemimpin PAS gagal menunjukkan contoh imej sebuah parti Islam yang baik.

"Saya tidak ada masalah dengan PAS. Parti tidak tersasar daripada landasannya, cuma pemimpinnya saja yang lari daripada perjuangan asal.

"Siapa pemimpin itu? Ianya jelas," katanya tersenyum.

Katanya, hasrat untuk keluar parti dinyatakan kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS, tetapi tidak ada pertemuan empat mata dengan Hadi atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ditanya sama ada tindakannya itu seperti cuba mempengaruhi ahli PAS lain supaya mengikut jejak langkahnya, beliau menafikan.

Katanya, keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan tidak dipengaruhi sesiapa.

"Saya percaya ramai yang tidak gembira dengan apa yang terjadi dalam PAS, ia sangat ketara.

"Mungkin (ramai ahli akan keluar parti) memandangkan ada pemimpin yang membuat ramalan itu tetapi saya tidak mempengaruhi sesiapa, terpulang kepada mereka," katanya yang tidak bercadang kembali semula kepada Umno mahupun parti lain dalam PR.

Sebaliknya, beliau mahu fokus kepada GAP dan memerhatikan perjalanan dunia politik dan bebas bersuara sebagai rakyat awam.

Anak Tun Ghafar Baba itu menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk menarik diri daripada menjadi ahli parti Islam itu berkuatkuasa semalam.

Pada 2012, bekas Adun Ayer Molek dan Ahli Parlimen Batu Berendam Umno itu menyerahkan borang keahlian parti kepada Hadi dalam satu majlis di Gombak.

GAP dilancarkan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa yang mensasarkan agenda utama, iaitu menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran akibat perkauman demi kesejahteraan generasi akan datang.

Menentang perkauman dan ekstremis agama, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu bagaimanapun menegaskan perjuangan GAP tidak menolak prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"Barah perkauman ini ada dalam semua budaya, dan perjuangan kami adalah agar semua dapat menyatakan ‘Kata Tak Nak Kepada Perkauman’," katanya.

4 Perompak ‘Ultraman’ merakam gambar dan video bogel mangsanya

Kuala Lumpur: Tidak hanya diacu pistol malah seorang lelaki turut dibogelkan oleh sekumpulan empat perompak yang muncul dengan memakai topeng watak animasi Ultraman.

Suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum itu bertindak menceroboh kediaman mangsa di Brickfields, di sini, sekitar jam 4 pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 30-an yang ketika itu berada di ruang tamu terkejut apabila diserang suspek bertopeng yang menyerbu masuk melalui pintu hadapan kediaman.

Menurutnya, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa berdiam diri.
"Mangsa yang sebelum itu sedang melayari Internet dipaksa memindahkan wang tunai ke dalam akaun diberikan suspek.

"Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yang berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa.

"Penjenayah mengugut menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus berdegil enggan menyerahkan wang diminta.

"Suspek memberi tempoh sehingga jam 7 pagi kepada mangsa supaya memindahkan wang diminta ke dalam akaun bank suspek," katanya.

Difahamkan suspek terus beredar dari kediaman itu tanpa mencederakan mangsa.

"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.
-hmetro-

Pesta arak Octoberfest, angkara MCA?

Subky Latif
TIADA kedengaran adanya anjuran minum arak berterangan menyolok mata baik di Selangor atau di mana-mana seperti Octoberfest Shah Alam semasa pemerintahan Barisan Nasional di Selangor dulu.

Mengapa pula semasa pentadbiran Pakatan Rakyat ini orang bernafsu besar pula untuk mengadakan kenduri arak terbuka?

Angkara siapa semua ini?

Jika tidak silap, Chen Chen, wanita bekas pemimpin MCA ada membuat pembelaan kononnya pesta laknat itu boleh memberi pulangan ekonomi yang menggalakkan. Apa pun perkembangan terkutuk itu dikatakan tidak direstui oleh pihak berkuasa Shah Alam.

Tidakkah mungkin MCA di belakang kegiatan tidak senonoh ini?

Ada tiga sebab MCA boleh disyaki berperanan dalam anjuran itu. Pertama, MCA adalah parti golongan saudagar yang matlamat utamanya adalah untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya tanpa mengira kesan akhlak masyarakat.

Kedua, ketika PAS baru menang semula di Kelantan tahun 1990 dulu, MCA telah mencabar kerajaan pro Islam itu dengan menganjurkan pesta arak terbuka. Sekalipun Menteri Besar
TG Nik Aziz menasihatkan supaya ia dibatalkan, tetapi MCA berkeras untuk memprovokasi kerajaan baru itu.

Tiada cara baik Tok Guru hendak menghalangnya, lalu beliau mengeluar cabar masyhur kepada MCA, lantaklah mereka hendak berpestahingga pecah perut. Tiba-tiba dengan cabaran Tok guru itu, ia membatalkan pesta itu.

Ketiga, melalui pesta yang dikatakan boleh mendatangkan keuntungan inilah MCA rasa dapat mengembalikan pengaruh politiknya dalam kalangan penganut agama yang menghalalkan minum arak.

MCA dan Gerakan telah runtuh politik dan moral dengan politik saudagarnya atau politik yang mengutamakan golongan kaya. Tiada cara ia dapat kembali berpengaruh melainkan menganjur sesuatu yang boleh menyebabkan setengah orang marah kepada kerajaan Selangor sekarang.

Ia mengharapkan orang akan membuat perbandingan. Semasa BN memerintah, tiada pesta arak di Selangor. Apabila Pakatan memerintah, ada pesta arak. Maka orang yang mahu mewujudkan masyarakat bermaruah dan berakhlak akan hilang kepercayaan kepada Pakatan.

Bagi penganut agama yang agamanya tidak mengharamkan arak curiga dengan Pakatan yang di dalamnya ada PAS, maka dasar PAS boleh mempengaruh DAP dan PKR bagi membenci arak. BN tidak pernah benci arak. Tetapi DAP dan Pakatan boleh jadi benci arak. Pesta arak adalah suatu kempen bagi menjamin pengguna arak tidak hilang hak dan bebas guna arak adalah pada zaman BN.

Kempen ini sebenarnya adalah kempen saudagar arak yang menggunakan nama kebebasan beragama dan menggunakan nama agama yang membenarkan penggunaan arak.

Adakah agama yang tidak mengharamkan arak itu menggalakkan penganut mengambil arak sebanyak-banyak seperti anjuran pesta itu, atau ia sekadar satu kelonggaran mengambil manfaat yang ada pada arak?

Islam tidak menafikan adanya kebaikan arak. Orang jahiliyah tidak melarang arak tetapi mereka menghormati orang tidak mengambil arak. Kristian, Hindu dan lain-lain tidak mengharamkan arak, tetapi masyarakat dunia menghormati Dag Hammarsjold, Setiausaha Agung PBB yang kedua, Nehru dan Lee Kuan Yew kerana sifat non-alkohilic mereka.

Mengapa pembesar dunia itu tidak mengambil arak? Pada mereka, bukan arak tiada kebaikan, tetapi keburukannya lebih banyak. Kerana buruknya lebih banyak, maka Islam mengharamkannya.

Agama yang membenarkan arak adalah sekadar satu kelonggaran atas keperluan tertentu, tetapi tidaklah ia menggalakkan minumnya dengan menganjurkan pesta hingga pecah perut. Islam pula mengharamkannya tetapi tidak melarang bagi mereka yang mengira arak itu ada keperluannya. Tetapi tidak tertarik ia dipestakan.

Jika benar MCA di belakang penganjuran pesta itu, maka MCA telah membenarkan dirinya diperalat oleh saudagar arak yang tahu mengaut untung tetapi tidak kisah dengan moral dan kesejahteraan. Pengeluar arak jangan peralatkan agama yang tidak melarang arak.

Pernah tak fikir apa yang akan berlaku jika anda tak mampu nak bayar tol??

Tranungkite
Pernah tak fikir apa yang akan berlaku jika anda tak mampu nak bayar tol kerana kesempitan duit pada masa itu?

Hari ini saya turun padang untuk menyiasat apa yang akan berlaku jika kita tak mampu bayar tol pada masa tersebut.

Telah guna Lebuhraya Kesas.. Sampai je di toll booth, saya kata takde duit nak bayar.. Kakak yang bertugas senyum dan tanya kenapa tak check sebelum pandu..

Saya beritahunya Rafizi kata tak payah bayar.. Saya pengikutnya..

Kakak tu terus senyum dan beri saya resit Ini... Tak marah.. Tak hantar lokap..

Kena bayar RM 2 iaitu jumlah yang harus dibayar di tol tersebut dalam masa 10 hari...

Weii 10 hari tak mampu cari RM 2,terjun dan mati je... Apa guna hidup lagi.. Serius ni..

Kerajaan kejam kan?

Sumber FB

Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi Baru Diminum(Gambar)

SEORANG lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi selepas habis menghirup air tersebut yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.

Ron Morais dari Frederiction, Kanada, berkata, anak tikus itu hanya ditemui selepas dia selesai minum kopi tersebut.

"Ketika mula minum, saya menggunakan penutup cawan, tetapi ketika buka penutup itu untuk menghirupnya sehingga habis, saya menemui anak tikus," katanya kepada BBC.
Dead mouse 'found in McDonald's coffee'
Ron Morais menunjukkan anak tikus di dalam cawan kopinya.

Ron mendakwa, dia kecewa dengan perkhidmatan restoran makanan segera yang terdapat di seluruh dunia itu kerana menyajikan minuman tersebut.

Sementara itu, ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera itu telah memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

"Kita akan meneruskan siasatan sehingga mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, selain mengambil sampel bukti," jelasnya.
-mstar-

Inikah Tanda Kiamat Semakin Dekat (Gambar)


Allahuakbar ... sudah dekat dan semakin dekat . Janji allah dan sedang mendapat tanda-tanda bahawa kiamat semakin dekat . Semoga beberapa keping gambar ini mampu sedarkan kita bahawa DUNIA SUDAH TUA dan akan berundur berbalik kepada Pencipta.

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema paling besar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.






 
-tranungkite-

Nekad terjun dua tingkat elak dibelasah suami

Sharjah (Emiriyyah Arab bersatu): Seorang wanita bersama ibu dan anak perempuannya cedera selepas nekad terjun dari tingkat dua apartmen mereka untuk menyelamatkan diri dari dibelasah suaminya yang kejam.

Ketiga-tiganya memberitahu polis lelaki itu mengunci mereka di dalam kediaman itu dan memukul mereka selama dua hari sebelum mereka berjaya memecahkan tingkap dan melarikan diri melalui balkoni rumah itu.

Akhbar Emarat Al Youm melaporkan, tiga mangsa itu dibawa ke Hospital Al Qassimi untuk rawatan manakala polis memburu lelaki terbabit yang sudah menghilangkan diri.

"Si isteri mengadu kepada polis bahawa suaminya memukul mereka bertiga kerana pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga," lapor akhbar berkenaan.

Bagaimanapun, kewarganegaraan dan usia tiga mangsa itu tidak dinyatakan. 
-Agensi/hmetro

AWAS!!! E-Rokok Boleh Meletup: (Gambar)Kaki Berlubang, Rumah Rosak

Aspinall menahan kesakitan sebaik dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat letupan e-rokok.
TINDAKAN seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya.

Kejadian itu berlaku selepas David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya.

Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu.

Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital.

Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan.

"Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya.

Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem.

Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'.

Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak.

Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok.
-mstar-

Nelayan Singapura Tertangkap Makhluk Aneh (Video)


SEJENIS makhluk aneh umpama timbunan cacing atau sotong ditemui nelayan pantai dalam Singapura baru-baru ini.
Ong Han Boon, 54 ketika itu berada di lokasi penangkapan ikan yang digemarinya iaitu di kawasan Pulau Sentosa dengan harapan memperoleh hasil lumayan.

Sementara menunggu pukatnya dipenuhi tangkapan, dia berehat sambil menikmati minuman di botnya apabila dikejutkan dengan pergerakan pada pukatnya.

"Saya dapat mengesan ada sesuatu yang menyebabkan tali pukat itu bergerak dan sebaik menariknya keluar dari air, saya terkejut dengan apa yang saya lihat.

Makhluk itu kelihatan mempunyak hampir 100 sesungut umpama tangan seperti sotong atau tapak sulaiman yang bergerak-gerak.

"Saya pernah beberapa kali menemui sesuatu yang pelik, tetapi bukan dari laut. Bagaimanapun, makhluk seperti ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

"Ia kelihatan seperti alien atau mutan," katanya.

Han Boon memuatnaik video makhluk aneh itu dengan harap ada pihak yang akan tampil memaklumkan apa sebenarnya yang masuk ke pukatnya itu.

"Saya sudah bertanya kawan-kawan tetapi tiada sesiapa yang tahu, manakala pencarian menerusi Internet juga belum mendapat sebarang jawapan.

"Jadi, jika tiada siapa yang dapat memberitahu apa sebenarnya yang saya tangkap, mungkin ia makhluk asing atau saya menemui spesis mutan hidupan laut," katanya.
-mstar-