Pesta Peluk Anjing – Mengesahkan Penularan Liberalisme Agama dan Pemurtadan Di Klangan Orang Melayu

Tranungkite
bila MelayuKristian mati
Isu pesta memegang dan memeluk anjing oleh orang-orang Melayu beberapa hari lalu menjadi hangat diperbincangkan. Ramai kawan-kawan yang minta saya ulas. Dan di semua tempat saya pergi, itulah soalan yang paling panas yang dikemukakan.

Saya tidak mahu masuk perbincangan bab hukum boleh atau tidak pegang. Itu sudah dikupas oleh ulamak terdahulu. Mereka sudah memikirkan semasak-masaknya dan memberi penghukuman yang terbaik dari pelbagai kemungkinan. Selesai. Yakni, pendapat jumhur yang sepakat berbanding dengan pendapat berlainan. Terutamanya bagi ulamak-ulamak Tanah Melayu sejak dahulu lagi yang berpendapat berlainan sangatlah kecil bilangannya dan sangat khusus keizinan yang diberikan. [Bab hukum saya cadangkan link ini: http://www.aswj-rg.com/2014/10/menjawab-polemik-isu-anjing.html]

Siapalah kita untuk mempertikaikan kehebatan ilmu mereka. PhD kita bukannya ukuran untuk kita banding dengan mereka.

Dalam tulisan dan ceramah saya, saya kerap menyentuh isu penyebaran fahaman Liberalisme dan orang Melayu Kristian yang dikategorikan sebagai C5 MBB (atau C4) – baca: Melayu Kristian yang dikategorikan sebagai C5 MBB (atau C4) – baca: Melayu Kristian dan Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad. Dan fahamilah tindak tanduk mereka dari golongan C5 MBB yang pelik-pelik – (baca).

Bagi saya, isu pesta anjing ini adalah gejala dari kedua-dua masalah yang selalu saya nyatakan tersebut – anutan Liberalisme Agama dan Insider Movement.

bila MelayuKristian matiOrang Melayu yang telah murtad masuk Kristian dan tetap merahsiakan anutan baru mereka dari pengetahuan keluarga atau sahabat handai sememangnya tidak akan peduli untuk melakukan sesuatu yang haram. Sebab dalam anutan baru mereka tidak ada halal-haram sedemikian.

Sememangnya orang ramai tidak pernah mengesyaki mereka telah meninggalkan agama Islam. Itulah modus operandi mereka. Saya bercakap berdasarkan 100% dokumen pelampau evangelis Kristian sendiri. Saya amat syorkan agar pembaca memahami fenomena ini sebelum menyangkalnya – baca Melayu Kristian dan Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad.

Saya tidak mengatakan semua yang hadir pesta tersebut semuanya dari golongan ini. Tetapi saya AMAT YAKIN sebahagian mereka adalah dari golongan ini.

Sebahagian lain lagi?

Mereka ini pula tergolongan dari kumpulan yang menganuti Liberalisme Agama. Bagi mereka yang berpegang dengan fahaman ini mereka akan sentiasa menyanggahi asas-asas yang telah disepakati dalam hukum-hakam agama. Mereka ingin bebaskan pemikiran dan amalan mereka dari kesepakatan jumhur ulamak. Mereka akan sentiasa mencari-cari pendirian-pendirian yang berlainan sesuai dengan kehendak mereka.

Puak Liberalisme Agama juga akan cuba menafsirkan semula serta memberikan “fatwa” baru sesuai dengan kehendak nafsu mereka. Mereka galak memetik pendapat dan pandangan “sarjana upahan” yang dunia Barat sengaja benihkan di dalam masyarakat Islam supaya menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan.

Mungkin juga sebahagian yang kecil dari hadirin dalam pesta tersebut adalah dari mereka yang tertipu dengan dakyah kononnya majlis tersebut hanya untuk belajar cara-cara membersihkan diri dari terkena najis mughallazah. Terkena berbeza dengan sengaja dikenakan. Sengaja mengenakan najis pada diri adalah haram hukumnya. Tidak pernah ada di mana-mana institusi pendidikan perubatan mengajar cara mengubati orang yang patah tangan dengan mematahkan tangan seseorang dahulu. Mustahil itu sebagai kaedah pembelajaran yang betul.

Barah kesesatan dan riddah dalam masyarakat Islam di Malaysia amat membimbangkan dan membuktikan kita berada di akhir zaman. Menjadi tanggung-jawab kita semua untuk melakukan sedaya upayanya untuk memperbaiki keadaan masyarakat kita.

Dah 'banyak kali' Anwar liwat Saiful?

PUTRAJAYA 31 Okt.: Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berhujah di Mahkamah Persekutuan hari ini, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pernah menerima gangguan seksual daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkhidmat sebagai pembantu peribadinya selama empat bulan.
Sehubungan itu, beliau berhujah, kejadian liwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, bukan kali pertama berlaku ekoran gangguan seksual yang juga pernah dialami­nya di pejabat dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, beliau berhujah, kejadian liwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, bukan kali pertama berlaku ekoran gangguan seksual yang juga pernah dialami­nya di pejabat dalam tempoh tersebut.

Hujah Muhammad Shafee, perbuatan liwat lebih daripada sekali itu digambarkan melalui ketera­ngan Mohd. Saiful Bukhari bahawa Anwar memancutkan air mani ke dalam duburnya ‘seperti biasa’ apabila diminta membuat demonstrasi kejadian liwat itu.

Pendakwaan menghujahkan, perkataan ‘seperti biasa’ itu seolah-olah menggambarkan kejadian liwat itu pernah berlaku sebelumnya.

Selain itu, beliau menghujahkan, Penasihat Parti Keadilan Rak­yat (PKR) itu malah menyatakan hasratnya untuk meliwat mangsa pada hari kejadian dengan berkata “Can i f...k u today” sebelum mengarahkan mangsa memasuki bilik tidur.

Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan seorang peguam terkemuka menghujahkan, tidak mungkin Mohd. Saiful Bukhari mereka-reka cerita kerana Anwar merupakan idolanya serta mempunyai reputasi tinggi, berkarisma, dominan dan dihormati.

Selain itu, hujah Muhammad Shafee, tugas Mohd. Saiful Bukhari sebagai pembantu peribadi menjadikannya rapat dengan Anwar sehingga diberi kepercayaan me­nguruskan dokumen sulit serta berpeluang mengakses telefon peribadi bekas majikannya.

Hujah pendakwaan, mangsa tu­rut mendapat layanan istimewa sehingga berpeluang bercuti ke luar negara, diberi elaun dan sut yang mahal serta mendiami sebuah bilik khas di pejabat.

Hujah beliau, Anwar malah selalu menasihatinya berkaitan hal agama, berhubung dosa pahala serta mengingatkannya agar mengerjakan solat.

Sehubungan itu, hujahnya, bersandarkan kepada fakta mengenai hubungan rapatnya dengan Anwar, mustahil Mohd. Saiful Bukhari berbohong dan mengada-adakan cerita bahawa dia diliwat oleh Anwar pada tarikh yang menjadi intipati pertuduhan.

Muhammad Shafee menyata­kan, sudah pasti timbul tanda ta­nya mengapa Mohd. Saiful Bukhari bertindak meletak jawatan walau­pun mendapat semua keistimewaan yang boleh dicemburui oleh rakan sepejabatnya.

Mahkamah sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya itu, enam tahun lalu.

Panel tersebut juga akan mende­ngar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penghujahan di hadapan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bersambung Isnin.

Pesta Pembunuhan Anjing Beramai-Ramai Di India (Gambar)

Gambar yang diambil di desa Kajipur (India, Uttar Pradesh) lebih dari lima ribu ekor anjing di bunuh sebagai jalan penyesaian selepas 2 orang kanak-kanak maut di gigit anjing liar.

Penduduk kampung menemui satu cara radikal untuk menunjukkan "protes" terhadap pihak berkuasa, terhadap kekurangan kawalan anjing liar. Mereka beramai-ramai keluar dengan tongkat, batu dan senjata untuk membunuh "apa-apa yang kelihatan seperti anjing". Mereka mengatakan, lebih dari lima ribu anjing, antara "bersalah dan tidak bersalah" telah dibunuh.
Sign Petition: Stop killing Dogs in Meerut,Uttar,Pradesh, India.
Akibat dari penyakit anjing gila, sekitar 20 000 orang telah menderita setiap tahun di India dan meninggal dunia , menurut WHO 99% daripada orang-orang yang meninggal dunia adalah akibat penyakit anjing gila yang dijangkiti dari anjing.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah menutup mata kepada masalah ini sehingga orang ramai mengambil keputusannya di tangan mereka mereka sendiri.

Penagih Syabu Belasah Isteri Sampai Mati

SUBANG JAYA: Seorang pekerja kafe siber dikatakan telah memukul isterinya yang berusia 25 tahun sehingga mati di rumah sewa mereka di Taman Puchong Utama di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek yang berusia 33 tahun sebelum itu telah membawa dua orang anak lelakinya yang berusia enam tahun dan dua bulan, ke rumah abangnya yang berhampiran, beberapa minit sebelum dikatakan berlakunya pembunuhan.

Selepas meninggalkan mereka di sana, suspek memberitahu ibunya bahawa dia mahu mencari isterinya dan berkata dia mahu 'pergi mati'.

"Ibunya yang prihatin meminta anak lelakinya memeriksa suspek dan isterinya. Panggilan di rumah mereka tidak dijawab.

"Lelaki itu kemudian memecahkan pintu dan mendapati kakak iparnya tarbaring kaku di lantai. Badannya penuh kesan lebam, " kata Yahaya.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 pagi Sabtu.

"Kita percayai suaminya sendiri telah menyebabkan kematiannya dengan memukulnya berkali-kali.

"Siasatan mendapati pasangan itu sering bertengkar kerana suspek didakwa ketagih syabu," kata Yahaya, sambil menambah mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Yahaya berkata, suspek dipercayai telah melarikan diri selepas dikatakan melakukan jenayah tersebut.

Pihak berkuasa berkata, suspek berjaya memberitahu sepupunya bahawa dia kini berada di Kedah.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketika ditemui di tempat kejadian, ibu mangsa berkata anak perempuannya telah berkahwin dengan suspek kira-kira tiga tahun dan pasangan itu kerap bergaduh.

"Saya tidak berjumpa dengannya selama kira-kira enam bulan. Saya memintanya untuk pulang ke rumah pada Deepavali. Dia kata akan pulang tetapi dia tidak muncul," katanya.

Katanya, anak perempuannya itu dan keluarga pernah tinggal di flat berhampiran tempat tinggalnya tetapi tiba-tiba berpindah dua bulan lalu.

"Dia tidak memberitahu saya bahawa dia telah berpindah," tambahnya.
-mstar-

Kenapa pentadbiran kampus universiti utama di Lembah Klang gerun dengan budak ini

HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: Selepas berjaya membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato di dalam kampus Universiti Malaya (UM), Presiden Persatuan mahasiswa UM, Fahmi Zainol mula mendapat perhatian.

Beliau yang kini berhadapan sembilan pertuduhan oleh pentadbiran UM ekoran penganjuran pidato Anwar itu, juga mula 'digeruni' pihak pentadbiran universiti-universiti lain.

Sejak awal minggu lalu, beberapa universiti utama di Lembah Klang mula mengeluarkan arahan tidak membenarkan Fahmi masuk ke kampus mereka, dan melarang pelajar mereka menghadiri program bersamanya.

Menurut Fahmi, antara kampus terbabit termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Selepas tidak dibenarkan masuk di UIA, UKM dan UPM, kini tiba giliran UPSI pula menerima arahan perintah "terkurung".

"InsyaAllah dalam esok malam ke USIM dan hari seterusnya ke UITM Shah Alam," katanya di Facebook.

Semalam Jawatankuasa Disiplin Pelajar UM mengeluarkan surat tindakan tatatertib terhadap Fahmi ekoran perhimpunan bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.

Surat itu juga memaklumkan bahawa Fahmi berdepan sembilan pertuduhan dan diminta hadir ke perbicaraan kes itu pada 7 November.

Berikut adalah pertuduhan yang dikenakan kepada beliau:

1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober.

‘Hentikan sebar gambar saya’

Manila: “Jika saya melakukan kesilapan, itu kerana kelemahan saya sebagai manusia. Semoga anda faham,” kata Gabenor Camarines Norte, Edgardo Tallado semalam.

Tallado bercakap demikian di depan kakitangan kerajaan tempatan dan penyokongnya selepas skandal seksnya terdedah, baru-baru ini.

Kata Tallado, dia berharap musuh politiknya berhenti menyebarkan gambar dan video aksi seksnya menerusi Facebook kerana perbuatan itu tidak senonoh.

“Saya mahu memulihkan hubungan dengan keluarga dan isteri sambil meneruskan tugas sebagai gabenor,” katanya.

Skandal pada 22 Oktober lalu membuatkan isteri Tallado, Josefina, muncul di khalayak ramai selepas ‘ghaib’ hampir seminggu.

Kata Josefina, dia bersembunyi selepas mendapat ancaman daripada Tallado yang berang kerana gambar aksi curangnya tersebar di media sosial.

Menurut Josefina, Tallado menuduhnya mendalangi penyebaran gambar itu.

Disebabkan terlalu marah, Josefina berkata, Tallado mengeluarkan pistolnya, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah.

Tallado berkata, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit termasuk kekasih gelapnya.

“Hari ini saya di sini berdepan dan bertentang mata dengan anda semua kerana saya yakin saya tidak menyalahgunakan wang rakyat,” katanya. 
-Agensi/hmetro-

Ni dia pengasuh yang mengikat kanak-kanak tu


BUTTERWORTH: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lalu.

Noor Faezah Said, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Flat Seri Pinang di sini pada kira-kira 10 pagi, 28 Okt lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pendakwaan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tangannya diikat di belakang badannya manakala kakinya diikat dengan tali.

Tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, yang menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Terdahulu, ketika merayu jaminan yang lebih rendah, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lapan anak untuk disara.

Muhammad Firdaus kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman. 
-Bernama-

Puak Sisters In Islam tolak hadis dan tafsiran ulama?

Khairil Ashraf 
Wanita ISMA mempersoalkan sikap SIS yang menentang keras usaha tindakan Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI)
PETALING JAYA : Wanita ISMA hari ini mempersoalkan sikap Sisters In Islam (SIS) yang menentang keras usaha tindakan Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang bertegas dalam penguatkuasaan tatacara berpakaian dalam kalangan peniaga.
“Sehubungan dengan SIS yang dilaporkan media menentang keras usaha ini dengan alasan tuntutan menutup aurat tiada dalam Al-Quran, ini menimbulkan tanda tanya kepada kita, adakah SIS tidak mempercayai hadis dan tafsiran ulama?

“Antara hujah yang biasa digunapakai oleh golongan yang mempertikaikan pensyariatan hijab adalah Surah An-Nur ayat 30-31 yang dikatakan hanya memerintahkan lelaki dan wanita bersopan, tetapi tidak secara spesifik menentukan aurat,” katanya seperti yang dilaporkan menerusi ismaweb.net.
“Wanita ISMA difahamkan peraturan dan syarat sudah dijelaskan kepada para peniaga melalui kursus ‘perniagaan mengikut Islam’ seawal penghujung tahun 2013 yang telah diadakan secara berperingkat bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB sebelum peniaga-peniaga ini mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI..
“Wanita ISMA memuji langkah pendidikan yang diadakan terlebih dahulu, dengan itu tidak timbul soal kekerasan,” ujarnya

Katanya, penguatkuasaan ke atas premis perniagaan dapat mencegah eksploitasi pekerja wanita yang sering diarahkan majikan yang tidak bertanggungjawab untuk memakai pakaian menjolok mata bagi menarik pelanggan.
-fmt-

Seluar dalam Saiful peningkan Pendakwa?

MOHAMED HANIPA MAIDIN 
Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata " nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar !

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan ( penetration ) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. Semua tahu 4 orang doktor , satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah , menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat !

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apatah lagi sehari selepas kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14 iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna ( forensically useless ) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh !

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani !

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian !!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Sepang yang juga pengamal undang-undang

Laporan Perbicaraan Liwat 2 Hari Kedua: DNA 'Lelaki Y' bukan milik Anwar, Ia mesti dibebaskan

5.25pm Ram membayangkan beliau akan selesai esok.

Mahkamah ditangguhkan dan Shafee membayangkan beliau boleh bermula esok, dan mungkin akan selesai pada Jumaat.

Sementara itu, Shafee di luar mahkamah berkata, tiada sesuatu yang baru dikemukakan kepada mahkamah hari ini.

Beliau juga berkata, menjadi hak Gopal untuk mewakili Anwar.

Manakala Anwar pula terus mempertahankan pelantikan Gopal sebagai ketua pasukan pembelaan.

510pm Keraguan yang jelas muncul, kata Ram.

Dan apabila perkara itu berlaku, katanya, keputusan mesti diberikan dengan menyebelahi tertuduh.

5.05pm: Ram berkata, pencemaran boleh berlaku disebabkan oleh Supt Jude. “Ia pencemaran tidak sengaja.”

“Sekarang ini kita tidak tahu siapa dan bagaimana sampel perianal diuruskan.”

5.00pm: Ram berkata terdapat kemungkinan sampel diambil tercemar.

Katanya, terdapat DNA lelaki tak diketahui ditemui dalam B5 di samping 'Lelaki Y' dalam sapuan perianal.

4.50pm: Ram berkata terdapat contoh penurunan (degradation) sampel-sampel lain.

(Sebanyak 12 sapuan diambil semasa doktor HKL memeriksa Saiful.)

“Ada yang asli dan ada yang tidak,” kata peguam itu.

“... hakim Mahkamah Rayuan silap dan hakim Mahkamah Rayuan betul.”

4.40pm: Ram berkata, setiap percampuran (tindakan seksual), sperma mesti dipisahkan daripada sel bukan sperma.

4.20pm: Ram berkata, jika terdapat pertikaian, pendakwaan boleh memanggil saksi pakar mereka untuk menolaknya.

Beliau berkata, sampel yang diambil selepas 96 jam akan menunjukkan penurunan (degradation).

Hakim Ariffin bertanya sama ada sampel menunjukkan penuruhan.

“Jika ia pengalamani penuruhan, ia akan jadi kucar-kacir, seperti tiada bacaan.”

4.10pm: Ram berkata terdapat pertikaian sekitar isu pencemaran bahan dan beliau merasakan hakim Mahkamah Rayuan menyalaharahkan diri mereka sendiri.

Peguam bela berkata, ahli kimia pembelaan telah mencerahkan mahkamah berhubung apa yang diteliti mereka (terhadap analisis dibuat oleh ahli kimia kerajaan).

“Terdapat 18 titik alel tetapi ia tidak dilaporkan oleh laporan (ahli kimia).”

“Testimoni DW4 dan DW5 daripada apa yang diperhatikan mereka. Pihak pembelaan tidak memanggil sebarang saksi untuk menolak keterangan mereka,” kata Ram.

4.07pm: Mahkamah bersambung semula.

3.40pm: Hakim Ariffin menangguhkan mahkamah untuk rehat 15 minit.

3.30pm Ram berkata sapuan pada dubur hanya diberikan kepada ahli kimia selepas 96 jam selepas insiden didakwa berlaku itu.

Katanya, ahli kimia kerajaan bersetuju bahawa akan berlaku penurunan (degradation) selepas 36 jam.

“Ia disimpan dalam laci dan bukan peti sejuk.”

3.05pm: Ram berkata mahkamah patut menerima bukti daripada saksi pembelaan, iaitu pakar forensik Brian Mcdonald (kanan) kerana beliau seorang ahli kimia yang cekap.

Ram berkata, hakim Mahkamah Rayuan tidak menerima pandangan pakar pembelaan berbanding Mahkamah Tinggi (yang membebaskan Anwar).

Ram berkata, hakim Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira bukti DW4 (McDonald) dan daripada DW2 (David Wells).

“Perkara ini berkaitan, apabila hakim perbicaraan tidak mengkritik DW4. Hakim Mahkamah Rayuan tidak dapat menghargai bukti-bukti itu kerana tidak melihatnya (pakar asing) memberi keterangan.”

Berhubung sampel yang diambil daripada Saiful, peguam bela mempersoalkan integritinya.

“Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun dan ia diberi kepada Jabatan Kimia pada 30 hari bulan,” katanya.

Ram berkata, sampel daripada Saiful patut disimpan dalam peti sejuk tetapi sebaliknya disimpan dalam kabinet Supt Jude Pereira.

2.50pm: Dokumen itu, kata Ram, penting untuk pasukan pembelaan untuk ditunjukkan kepada pakar mereka.

“Tiada daripada dokumen itu dibekalkan walaupun ia dimiliki oleh PW5 (Seah).

“Malah Seah gagal mencerahkan mahkamah dengan analisis,” katanya.

Dokumen itu, kata Ram, penting untuk memastikan garis panduan diikuti, dalam mendapatkan sperma dan rekod pengasingan sperma.

“Dokumen standard dan laporan SDR tidak diberikan. Ini mencacatkan pembelaan,” katanya.

2.40pm: Ram (kanan) meneruskan penghujahannya dengan berkata, ahli kimia tidak menukar bekas sampel.

Katanya, ahli kimia tidak dapat mengesahkan berapa banyak jumlah DNA daimbil daripada sampel Saiful.

Seah tidak dapat menyatakannya kerana dia tidak mempunyai rekod kata peguam bela itu.

“Pendakwaan gagal menghasilkan jumlah dan rekod pengasingan sperma DNA. Dokumen ini tidak dibekalkan kepada pendakwaan.”

2.37pm: Loceng Mahkamah dibunyikan dan hadirin kembali ke tempat duduk mereka.

2.30pm: Anwar tiba dengan ahli keluarganya. Mahkamah akan bermula tidak lama lagi. Anwar dan Lim dilihat berbincang bersama Pak Samad.

2.25pm: Dewan mahkamah mulai penuh. Turut berada di mahkamah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Sementara itu, keadaan tenang di perkarangan Istana Kehakiman tiba-tiba menjadi sedikit kecoh sekali lagi apabila kira-kira 15 orang hadirin cuba merempuh pagar penghadang.

Selain cuba merempuh, mereka turut membaling telur ke arah anggota polis yang bertugas.

Pihak polis sekali lagi menahan pagar terbabit daripada dirempuh oleh penyokong Anwar.

Bagaimanapun keadaan kembali terkawal selepas dileraikan oleh beberapa penyokong yang lain.

Selepas kejadian itu, pihak polis mengarahkan supaya polis antirusuhan supaya bersiap sedia.

Selepas itu, Nik Nazmi dan ADUN Taman Medan, Haniza Talha bersama beberapa anggota PKR kini meminta supaya pihak polis membuka pagar hadangan memandangkan cuaca hujan renyai.

1pm: Ram berkata, Seah bersifat selektif dalam apa yang dilaporkannya sebagai stutter kerana ia boleh mendedahkan banyak lagi pihak sebagai “Lelaki Y”

“Dia (Seah) tidak lapor bacaan tertinggi (peak) yang lain. Dia lapor bacaan tertinggi 13 tetapi tidak 17 dan 18.”

Hakim Arifin meminta penangguhan untuk makan tengah hari. Mahkamah akan bersambung pada 2.30 petang.

12.55pm: Ram berkata, alel datang secara berpasangan.

Katanya, Seah datang ke mahkamah tanpa menunjukkan garis panduan daripada jabatan.

“Hasil akhir bahawa dapatannya adalah tidak boleh dipercayai,” katanya.

12.45pm: Ram berkata setiap orang mempunyai profil DNA berbeza dan terdapat terdapat kemungkinan kecil, ia dikongsi bersama orang lain.

“Mahkamah tidak dapat menentukan bukti Seah daripada aspek stutter dan peratusan. Beberapa dokumen ini tidak tersedia kepada pembelaan untuk soal balas.”

Katanya, 12 sampel diambil daripada Saiful dan ditanda oleh Dr Siew Shueu Feng daripada JKL.

Ia meliputi bahan uji daripada rektum, perianal, rektum tinggi dan rektum rendah.

12.40pm: Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat tiba di mahkamah, antara mereka Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Johari Abdul (Sungai Petani).

Ram kemudian berhujah berkaitan alel (allele) dan stutter yang diamalkan oleh Jabatan Kimia.

“Ia belum diiktiraf sejak 2005,” katanya.

Dua ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan sebelum ini, iaitu Dr Seah Lay Hong dan Noraidora Saedon.

12.25pm: Ram Karpal berkata terdapat "Lelaki Y" dalam sampel yang ditemui dan ini seterusnya dikaitkan dengan sampel DNA yang diambil dari sel lokap Anwar.

Beliau berkata pihak pendakwa gagal membuktikan tanpa keraguan bahawa "Lelaki Y" adalah perayu.

12.15pm: Sangeet berhujah bahawa terdapat satu siri dokumen yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Beliau berkata tidak ada asas bagi hakim untuk menolak permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan dokumen tersebut bagi memastikan ada kedudukan yang sama.

Pada peringkat awal perbicaraan, Hakim Zabidin tidak membenarkan pihak pendakwaan untuk menyediakan dokumen-dokumen tersebut.

Sangeet berhujah bahawa tidak ada perbicaraan yang adil dan penangkapan itu dibuat secara tidak sah.

Sekarang Ram Karpal mula berhujah mengenai DNA.

12.02pm: Sangeet berkata waran tangkap asal yang dikemukakan semasa perbicaraan utama adalah tidak sah.

Katanya, waran itu hanya dikeluarkan di balai (polis) dan menambah bahawa hakim silap apabila memutuskan untuk menerima bukti itu semasa perbicaraan utama berdasarkan dokumen yang sama (iaitu waran tangkap asal).

Oleh itu, katanya, perolehan (tiga) barangan tersebut juga harus dianggap sebagai haram.

11.45am: Sangeet berkata ada bukti (langsung) lain yang pihak pendakwa telah dan ia tidak seharusnya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence).

Pihak pendakwaan, katanya, tidak boleh bergantung kepada perbicaraan utama untuk membantah apa yang berlaku dalam 'bicara dalam perbicaraan'.
11.35pm: Sangeet berkata, hakim perbicaraan memutuskan bahawa barang-barang itu diperoleh dengan tujuan tidak adil.

Katanya, keputusan awal dibuat ketika beliau memilih menggunakan budi bicara tetapi perbicaraan utama menerima bukti-bukti itu.

“Kemasukan barang itu melalui cara tidak sah,” katanya.

Hakim Mohd Zabidin pada mulanya tidak menerima tiga barang itu – tuala, berus gigi dan botol air – sebagai bukti semasa perbicaraan dalam perbicaraan tetapi berubah selepas itu.

10.47am: Bagaimanapun, Hakim Arifin berkata, memperoleh bukti secara tidak sah juga diterima di Malaysia.

Sangeet berkata, pihak perayu ditahan di Jalan Segambut dan bertemu Jude di balai polis kira-kira ham 8 malam dan dibawa ke HKL.

“Anwar enggan beri DNA dia di hospital. Dia menggunakan hak yang dijamin perlembagaan untuk tidak berbuat demikian.

“Keseluruhan prosedur adalah salah kerana ia bertentangan dengan peraturan lokap (kerana tahanan harus berada dalam lokap sebelum jam 6 petang).”

Sangeet berkata, polis menahan Anwar semalaman ketika mereka tahu mereka berada di sana hanya untuk merakamkan kenyataan.

Tetapi, kata Sangeet, Anwar diberika tiga barang itu dan kemudian dikeluarkan secara berhati-hati.

10.45am: Peguam bela Sangeet berkata, tiga barang itu diperoleh secara tidak sah melalui muslihat dan penipuan manakala tangkapan pula tidak sah.

“Terdapat tangkapan tetapi waran hanya dikeluarkan oleh IPK KL. Taufik kata tangkapan dibuat berdasarkan Seksyen 377B (Kanun Keseksaan):

Sangeet berkata, hakim pada mulanya membuat keputusan menyebelahi mereka dengan tidak menerima tiga barang itu.

“Beliau memutuskan barang-barang itu digunakan secara tidak adil.”

10.40pm: Sangeet berkata, perbicaraan dalam perbicaraan diadakan untuk menentukan kebolehterimaan tiga barang itu.

“(Peguam pembelaan) Sankara Nair dan R Sivarasa memberi keterangan dan mereka menceritakan bagaimana kereta Anwar diserbu (polis) ketika tahanan.

“Seorang superintenden Taufik memberi keterangan bahawa dia mendapat arahan untuk menangkap Anwar.

“Tiada alasan diberikan oleh Taufik untuk membuat tangkapan, yang memberi keterangan sebagai satu-satunya saksi dalam pendakwaan,” kata Sangeet.

10.30am: Sangeet berkata 'Male Y' boleh jadi sesiapa sahaja dan tidak semestinya Anwar.

Sangeet berkata, semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, penyiasat di tapak berlaku jenayah Supt Amidon diminta memberikan bukti dan timbalan pendakwaraya (DPP) meminta tiga barangan itu diserah.

“Bagaimanapun (ketua pembelaan ketika itu) Karpal Singh membantah. Penerimaan tiga barang itu adalah salah. Mahkamah Tinggi tidak mahu menerima barang-barang itu.

“Bagaimanapun, hakim menyemak semula permohonan sejurus sebelum pendakwaan menutup kes.”

10.20am: Hakim Abdull Hamid bertanya, bilakan botol itu diberikan. Sangeet berkata ia diberi ketika soal siasat.

10.15am: Hakim Arifin bertanya sama ada terdapat sebarang barang ditinggalkan dalam sel sebelum Anwar memasukinya.

Peguam pembelaan Sangeet merujuk diari lokap yang menyebut ia kosong dan tiada tahanan lain.

Seorang lagi panel, Hakim Md Raus berkata, ketiga-tiga barang itu diberikan kepada Anwar tetapi Sangeet bertanya kembali sama ada ia digunakan oleh dia.

10.10am: Peguam pembelaan Sangeet berkata, penghakiman Mahkamah Tinggi menyatakan pegawai polis melihat Anwar menggunakan toilet sel dan memberus gigi pada 17 Julai 2008.

Bagaimanapun, kata Sangeet, pegawai polis itu hanya mendengar dan tidak melihatnya sendiri.

10.05pm: Sangeet, diari lokap menyatakan Anwar tidur pada waktu malam, bangun dan bersandar pada palang lokap sebelum mengambil air sembahyang dan bersembahyang sunat.

Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 selepas pergi ke Hospital Kuala Lumpur dan tidur semalam di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

“Terdapat bukti langsung dan pendakwaan tidak boleh bergantung kepada bukti keadaan ketika terdapat bukti langsung.”

10am: Sangeet berkata, berus gigi, sabun dan tuala diberikan kepada Anwar semasa di dalam lokap.

Sangeet berhujah, tiada sebarang bukti daripada saksi polis menunjukkan bahawa Anwar menggunakan barang-barang itu.

“Diari lokap hanya menyatakan Anwar berada dalam penjara dan bersembahyang pada waktu pagi,” katanya,

“Tuala Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral didakwa digunakan oleh polis bagi mendapatkan DNA Anwar tanpa pengetahuannya.

9.50am: Peguambela Sangeet Kaur Deo pula memulakan penghujahannya.

Katanya, peguam utama Gopal Sri Ram berhujah bahawa Saiful bukan saksi berwibawa.

angeet menegaskan tindakan Mahkamah Rayuan mendapati Saiful sebagai saksi berwibawa tidak boleh dipertahankan kerana dia tidak membuat pengakuan.

Sangeet berkata, DNA daripada Anwar diperoleh daripada sel tempat dia ditahan sebelum ini.

Pendakwaan, katanya, gagal menghubungkan “male Y” kepada kes itu.

“Mahkamah Rayuan tidak boleh bergantung kepada keadaan di mana bukti langsung datang daripada pengakuan pegawai polis yang menjaga sel itu,” katanya.

9.45am: Surendran memulakan penghujahan dengan memetik kenyataan pelbagai pihak berhubung keadaan daripada kandang tertuduh yang turut memberi kesan.

Anwar satu-satunya pihak yang memberi kenyataan daripada kandang tertuduh, yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau tidak bersalah sebelum ini.

Tertuduh mempunyai tiga pilihan untuk pembelaannya sama ada memberi keterangan daripada kandang saksi, berdiam diri atau memberi kenyataan tidak bersumpah daripada kandang yang tidak boleh disoal balas.

“Mahkamah patut mempertimbangkan kenyataan Dr Mohd Osman yang bertentangan dengan Saiful. Mahkamah Rayuan patut mengambil kira kekuatan pengakuan Anwar di mahkamah yang mana ia sepenuhnya tidak endahkan.

“Ini menyebabkan penyalaharahan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan,” kata Surendran.

9.40am: Mahkamah mula bersidang selepas ketua hakim negara mengambil tempat.

9.30am: Shafee tiba.

Anggota Parlimen Sepang Mohd Hanipa Maidin yang juga seorang peguam turut berada dalam mahkamah.

Turut kelihatan naib presiden dan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

9.20am: Mahkamah kini padat dan pihak tidak mendapat pas masuk diminta keluar.

Peguam utama Anwar Gopal Sri Ram semalam membayangkan beliau akan tiba lewat hari ini dan membenarkan peguam lain menjalankan penghujahan terlebih dahulu.

Peguam pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah dijangka tiba tidak lama lagi.

Prosiding mahkamah dijangka bermula 9.30 pagi.