DAP Cuba Menggepikan MB Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob?

Tranungkite

Ramai pengguna media sosial berpendapat DAP berusaha untuk mengenepikan Ustaz Ahmad Yaakob MB Kelatan dalam siri-siri bantuan oleh Kerajaan Pulau Pinang. Semenjak kedatangan DAP yang diketuai oleh Lim Kit SIang sebelum ini hanya Datok Husam Musa sahaja dimaklumkan dan hanya Husam sahaja yang menyambut kedatangan wakil DAP.

Selepas itu apabila Lim Guan Eng pulang daripada bercuti, LGE hanya datang dan memberikan bantuan kepada Datok Husam dan ini sangat bercanggah dengan prosedur biasa dan juga berlainan sama sekali apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Walaupun kita faham jadual MB Kelantan sangat padat. Misalnya YB Azmin Ali boleh berjumpa dengan wakil MB Kelatan yakni exconya Ustaz Nik Amar.
Apakah DAP sengaja untuk memberikan tekanan kepada kumpulan yang disebut ulama dalam PAS supa orang melihat mereka tidak berfungsi dengan baik?
Ramai yang berpendapat ini adalah strategi politik yang sengaja dibuat oleh DAP untuk mencari publisiti murahan dan menjatuhkan kepimpinan ulama dengan menaikan golongan yang disetujuinya sahaja.
Ramai yang berpendapat kedatangan DAP semata-mata untuk bermain "wayang". Lihat bagaimana Lim Kit SIang yang berpakaian baju hujan. Dia seorang sahaja yang lain tidak dan memberikan bantuan di dalam air dalam kawasan lapang menggunakan "pelakon" upahan? Sedangkan gambar di belakang ada kenderaan dan kamera man??
Pengguna media sosial didedahkan dengan lakonan ini dengan nama OPERA CHINA. Apakah mereka sebenarnya betul-betul mahu membantu PAS Kelantan atau ingin menjatuhkan kepimpinan yang disebut ulama dalam PAS?

Begitu juga dengan kedatangan wanita muda Melayu dalam misi bantuan banjir DAP juga mempunyai maksud yang sama.

Banyak orang meragukan perkara ini. Mereka yang mendalami dan memahami politik dapat membaca pengerakan yang disebut saraf atau psywar.

Malaysia bakal ditimpa bala Tuhan?

MOHD AZLI MOHD ALI
Dr Muhammad Lukman
Dr Muhammad Lukman
TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan ALLAH. Itu yang boleh dikatakan apabila melihat pelbagai musibah berlaku di negara ini. Jika dahulu kita biasa diberitakan mengenai kejadian banjir dan ribut taufan berlaku di negara ini.

Tetapi kini ditambah lagi kejadian luar jangkaan. Antaranya peristiwa tsunami, musim hujan sehingga banjir, kemarau berpanjangan dan baru-baru ini kejadian puting beliung menyebabkan banyak rumah musnah.

Persoalannya mengapa perkara seperti ini berlaku? Sedangkan keadaan Malaysia yang berada di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik selain keadaan geografi yang terletak di garisan khatulistiwa menghalang kepada pembentukan puting beliung dan taufan besar ini. Adakah ini bermakna negara kita bakal ditimpa bala daripada Tuhan sepertimana yang berlaku kepada kaum terdahulu?

Wartawan MOHD AZLI MOHD AlI bertemu Pensyarah dalam bahagian al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, DR MUHAMMAD LUKMAN IBRAHIM bagi mendapatkan jawapan mengenai persoalan ini.

Boleh Ustaz perjelaskan mengenai konsep bala' dalam Islam?

Bala' adalah satu perkataan umum digunakan masyarakat kita yang memberi makna satu ujian, satu peperiksaan dan seumpamanya. Dan dalam al-Quran, ALLAH SWT menggunakan perkataan bala’ ini merujuk kepada kebaikan dan kejahatan. Firman ALLAH: "…Kami uji mereka dengan kejahatan dan kebaikan sebagai satu ujian dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan." (Surah Al-Anbiya: 35)

Kata bala’ dalam al-Quran disebutkan di enam tempat dengan makna berbeza. Ada yang bermakna cubaan dan ujian yang dibenci manusia. Ada pula yang bererti kemenangan atau kenikmatan (bala’ al-hasan).

Bala’ al-hasan adalah satu ujian yang baik diberikan ALLAH kepada orang mukmin dengan sebab ujian tersebut mendekatkan lagi mereka kepada ALLAH. Kalimah bala’ al-hasan pada ayat ini juga turut dijelaskan dalam kitab Tafsir al-Jalalain yang dikarang oleh dua imam tafsir. Iaitu merujuk kepada ujian khusus untuk menguji keteguhan iman yang ada dalam diri orang mukmin.

Secara ringkasnya bala’ digunakan untuk kedua-duanya iaitu untuk kebaikan dan juga kejahatan. Walau bagaimanapun penggunaan dalam masyarakat kita orang Melayu khususnya, bala’ ini merujuk kepada kejahatan sahaja. Dan kefahaman seperti ini perlu dibetulkan.

Apakah yang menyebabkan terjadinya bala’ daripada ALLAH?

Bala’, apabila kita merujuk kepada perbincangan tadi iaitu bala’ yang bermaksud perkara kejahatan, maka dengan ini ia bermaksud perkara tidak baik yang ALLAH turunkan kepada manusia.

Sesungguhnya bala’ tidak akan diturunkan oleh ALLAH ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan.

Bala’ terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH iaitu apabila manusia melakukan maksiat. Maka dengan sebab itu akan turun bala daripada-Nya. Misalnya dalam hadis riwayat imam at-Tarmizi menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi ALLAH menurunkan bala'. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka ALLAH akan memberi bala kepada umat tersebut. Antara lain:

a. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
b. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
c. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
d.Apabila suami terlalu mentaati isteri.
e.Apabila anak menderhakai ibu bapa.
f. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
g. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
h. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
i. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.
j. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.
k. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
l. Apabila ramai lelaki memakai sutera.
m. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
n. Apabila wanita bermain alat muzik.
o. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala' yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi."

Ringkasnya apa yang boleh saya katakan bahawa bala' ini terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH dan yang lebih membimbangkan ialah apabila bala ini terjadi, ia tidaklah terjadi hanya kepada orang yang melakukan dosa tersebut, tetapi ia akan terkena kepada semua orang sama ada orang ini adalah dalam kalangan orang yang baik atau yang jahat.

Boleh Ustaz ceritakan sedikit mengenai sejarah Islam di mana ALLAH turunkan bala' kepada kaum yang melakukan kemungkarannya.

Dalam al-Quran, ada kisah masyhur yang ALLAH ulang beberapa kali iaitu kisah kaum ‘Aad dan kaum Thamud. Kaum ‘Aad, ALLAH turunkan seorang rasul kepada mereka namanya Nabi Hud AS. Kaum Thamud pula diturunkan kepada mereka Nabi Salleh AS.

Kaum ‘Aad adalah satu contoh kaum yang ALLAH beri kehebatan. Mereka ada kekuatan tubuh badan yang begitu istimewa sehingga diceritakan dalam riwayat tafsir mereka mampu mencabut pokok dengan tangan mereka. Itu kekuatan mereka. Dengan sebab kekuatan seperti ini mereka ingkar kepada ALLAH dan tidak menuruti atau taat kepada rasul mereka. Akhirnya ALLAH hancurkan dan binasakan kaum mereka.

Begitu juga dengan kaum Thamud, mereka ini diberikan kehebatan dan kekuatan daripada sudut teknologi dan pembangunan yang hebat. Kalau kita lihat di zaman sekarang ini kita mampu membina rumah di atas bukit, tetapi kaum mereka (Thamud) mampu membina rumah di dalam bukit. Sehinggakan dalam al-Quran mencatatkan mereka adalah sebuah kaum yang mempunyai kemahiran memahat gunung-ganang untuk dijadikan kediaman mereka.

Ini kehebatan kaum Thamud. Mereka memahat bukit tersebut dan jadikannya sebagai rumah mereka. Tetapi akibat tidak taat kepada perintah rasul iaitu Nabi Salleh AS supaya beriman dan mentaati-Nya, mereka ini dibinasakan.

Kisah kaum Thamud ini ada dirakamkan di dalam Surah Al-A’raf ayat 73-78.

Apa yang boleh saya simpulkan berdasarkan kedua kisah ini, kita dapat lihat akibat daripada keegoan mereka yang ingkar kepada perintah ALLAH dan rasul, ALLAH datangkan ribut taufan, puting beliung dan seumpamanya yang akhirnya menghancurkan kedua kaum itu. Daripada golongan yang hebat ketamadunannya akhirnya mereka ditenggelamkan oleh ALLAH.

Baru-baru ini negara kita dilanda ribut yang amat dahsyat sehingga mencetuskan angin kencang dan puting beliung yang tidak pernah berlaku di sini. Sebelum itu, kita juga dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai sehingga sekarang dan banyak lagi bencana yang berlaku di negara kita. Adakah ini bermakna negara kita sekarang ini menerima bala' daripada-Nya?

Menjawab persoalan ini kita kena kembali kita kepada persoalan asas iaitu bala ini ada dua perkara iaitu bala' yang dalam bentuk yang baik dan dalam bentuk yang tidak baik. Apabila ALLAH menurunkan sesuatu ujian seperti mana yang berlaku di negara kita baru-baru ini, memang pada asasnya kita kena kembali pada ayat ALLAH yang menyebutkan:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak mereka berasa sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah Ar-Ruum: 41)

Jadi jika kita katakan perkara itu (bencana) disebabkan oleh dosa. Maka dosa tersebut perlu diminta ampun kepada-Nya. Kalaulah pada mulanya ALLAH menurunkan bala' seperti itu dengan tujuan untuk mengingati manusia, maka akhirnya daripada bala' yang kurang baik itu, akan memberi kepada kebaikan. Akhirnya dengan sebab bala seperti itu, mereka kembali merujuk kepada ALLAH.

Tetapi kalaulah bala' yang diturunkan itu menyebabkan manusia tidak sedar juga, maka apa yang berlaku kepada kaum ‘Aad dan Thamud sebelum ini, boleh sahaja berlaku kepada umat hari ini. Sebabnya dalam syair Arab ada menyebutkan: "Sejarah pasti berulang".

Walaupun nama bangsa kita berbeza, berbeza daripada pelbagai sudut, tetapi pada hakikatnya manusia tetap sama iaitu bertuhankan tuhan yang sama iaitu ALLAH dan perlu mentaati kepada perintah rasul yang diturunkan pada zaman mereka. Jadi dengan itu, kita tidak terlepas kepada perkara seperti itu.

Ikuti kupasan lanjut dalam Majalah i keluaran Januari

Charlie Hebdo: Antara ekstrem dan sensiviti

Abu Qalam al-Seriani
charlie-hebdoMasakan pokok bergoyang jika bukan kerana ada ribut. Sikap ekstrem juga tidak mungkin timbul tanpa sebab atau penyebab yang tidak kurang melampaunya. Sebab itu teori logik dan mantiq menyatakan, setiap sesuatu ada pemula atau asbabnya. Seperti 1 + 1 = 2 atau 1 + 1 = 11.
Juga tidak sukar untuk memahami, dan tidak perlu menelaah banyak-banyak buku untuk memahami apakah yang menjadi punca kepada serangan ke atas akhbar mingguan Charlie Hebdo beberapa hari lepas, yang natijahnya 12 nyawa, termasuk empat kartunis.

Berlakunya kematian dalam hal ini memang suatu yang menyedihkan dan dikesali, apatah lagi betapa tragis dan kejamnya cara pembunuhan itu dilakukan. Kenapa perlu ada pertumpahan darah, dan rentetan daripada peristiwa ini yang sebenarnya tidak memberikan sebarang kebaikan kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan beragama dalam dunia moden yang kepelbagaian.

Fanatisme akan melahirkan fanatisme, perilaku ekstrem membuahkan tindak balas melampau. Banyak yang boleh dipelajari daripada peristiwa di Paris ini, iaitu tentang hidup dan kerukunan, hubungan antara kaum dan agama yang perlu dijaga dan ditertib.

Soal agama dan kepercayaan, kaum dan adat bukan soal yang boleh dipandang mudah dan dipelekeh. Di dalamnya, ada bom jangka yang boleh secara tiba-tiba muncul dan meledak. Agama dan kepercayaan adalah isu sensitif yang tidak boleh dibuat mainan apatah lagi jika sehingga ke tahap menghina dan mengaib.

Ambillah peristiwa ini sebagai ingatan, peringatan, seperti yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sebab itu juga apabila sesuatu hal yang kita langkaui sempadan dan garis pemisahnya, maka bersedialah untuk natijahnya.

Charlie Hebdo dalam penerbitannya menjunjung secara mutlak kebebasan akhbar dan media yang menjadi puncak tertinggi, lebih tinggi daripada segala perkara yang lain. Itulah hasil daripada liberalisme yang membenih dan tumbuh sekitar 400-500 tahun lalu di Perancis.

Tetapikah apakah wajar menggunakan hak dan kebebasan bersuara dan media untuk sewenang-wenangnya menyentuh agama lain, kepercayaan lain? Orang yang menganut pemikiran hak individu dan kebebasan media sebagai paramount pasti akan mengatakan, ya.

Selepas melihat beberapa karikatur dalam penerbitannya, boleh difahami kemarahan yang membawa kepada serangan itu, apatah lagi karikatur itu secara terang-terangan menyentuh Nabi Muhammad SAW, iaitu junjung besar umat Islam. Tidak ada manusia yang waras, terutamanya umat Islam yang boleh menatap karikatur penerbitan ini tanpa menzahirkan kemarahan, atau rasa tidak senang.

Apakah perlunya sekumpulan manusia asing memperkatakan perihal agama orang lain dengan cara yang amat menghina dan aib seperti Charlie Hebdo perlakukan kepada umat dan agama Islam. Jika ia bukan provokasi pun, ia menunjukkan si pelaku merupakan orang yang bersikap pelampau dan ektrem sehingga menyalahgunakan kebebasan media dan bersuara.

Kalau berani sentuh, maka tanggunglah akibatnya. Kenyataan ini mungkin ekstrem, tetapi ini peringatan supaya dalam hidup seharian perlunya mengenal batas dan sempadan.

Ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penerbitan satira ini mencetuskan provokasi memang benar. Sebab, atas alasan apa sekali pun mereka tidak ada hak dan keperluan pun menyentuh mengenai Islam. Apatah lagi provokasi melalui beberapa karikatur yang menjadi paparan muka depannya amat menyakitkan hati umat Islam, sebenar-benarnya.

Tidak mengejutkan juga jika ada segelintir yang marah, dan marah tidak boleh dibendung membawa kepada mengambil tindakan dengan cara mereka sendiri. Ya, tindakan mereka tidak akan menyelesaikan masalah kerana ia menambahkan kekalutan dan ketakutan. Imej Islam sendiri pun tidak boleh dipulihkan di kalangan orang yang memandang negatif dan syak terhadap Islam.

Orang yang sengaja bermain dengan api, lambat-laun api yang dimainkan itu yang membakar diri sendiri, maka itu yang terjadi. Darah yang ditumpahkan dikatakan sebagai akibat perbuatan anarki dan pengganas, tetapi amat malang, segala perihal dan perilaku yang membawa kepada kejadian tidak pernah mahu dipeduli dan direnung secara jujur dan terbuka.

Cara paling mudah adalah dengan meletakkan salah kepada pelaku kepada kejadian serangan, dan juga membuat suatu jaringan umum bahawa Islam membawa fahaman ekstrem.

Orang selalu kata, kalau hendak dihormati, maka hormati dulu orang lain, maka kalau mencela orang lain, mencetus marah orang lain, maka balasan buruklah yang dapat.

Amat mudah untuk menuduh orang lain, manusia lain sebagai pelampau atau ekstrem, tetapi perlu diingat pada sebatang jari yang menunjuk orang lain, ada empat lagi yang menunjuk balik kepada si penunjuk.

Serangan ke atas Charlie Hebdo sepatutnya menjadi pengajaran kepada umat Islam dan juga rakyat Malaysia seluruhnya. Ada sempadan yang tidak tertulis yang perlu diketahui, jika diterjah atau diceroboh, ia seperti perbuatan sengaja menempah bala.

Abu Qalam al-Seriani adalah pembaca Free Malaysia Today

Memalukan! Pemuda UMNO menggasak Wira PERKASA

gadyh
PETALING JAYA: Memalukan, apabila pemimpin politik dan pertubuhan bergaduh di khalayak ramai sampai menyebabkan kecederaan dan membabitkan laporan polis. Barangkali mereka ada masalah sendiri sehingga tidak dapat mengawal diri biarpun di depan umum.

Itulah ceritanya apabila Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli.

Kejadian menyerang dan menumbuk itu berlaku ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang Khamis.

The Rakyat Post melaporkan, kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.

Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA tidak mengganggu urusan Pemuda UMNO.

Saad bagaimanapun menafikan tuduhan Iruan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Namun, mangsa mendakwa tiba-tiba lehernya telah dicekak dan mukanya ditumbuk lelaki terbabit, manakala beberapa rakannya membantu dengan menolaknya ke dinding.

Dakwa mangsa lagi, kejadian itu turut disaksikan orang ramai serta ahli PERKASA dan UMNO yang berada dalam dewan itu, yang kemudiannya membantu meleraikan pergaduhan.

Saad kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk mendapatkan rawatan, kerana mengalami luka di bahagian kening kiri dan terpaksa menerima tiga jahitan, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lenggong.

Video: Penumpang tolak kereta api untuk selamatkan mangsa tersepit


SEORANG lelaki menghadapi detik cemas apabila kakinya tersepit di antara kereta api dan platform di stesyen kereta api Stirling, Perth, Australia.

Di dalam video yang menjadi viral di YouTube dan Facebook sejak Ogos 2014, lelaki malang itu kelihatan sudah melangkah masuk ke dalam kereta api sebelum sebelah kakinya tiba-tiba terjerumus dan tersepit.

Namun lelaki itu bernasib baik, apabila penumpang lain yang menyedari kejadian itu, beramai-ramai membantunya dengan ‘menolak’ kereta api tersebut.

Lelaki tersebut akhirnya berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kebanyakan penonton memberi komen memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh para penumpang lain dan percaya kejadian itu membuktikan rasa peri kemanusiaan masih lagi tebal dalam kalangan masyarakat.
-sinarharian-

SPR dedahkan wajah sebenar?

Aziz Bari
Tahap integriti dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah lama diragui. Pengakuan bekas Pengerusi SPR yang kini Naib Presiden Perkasa, Tan Sri Rashid A Rahman bahawa beliau adalah penyokong BN ternyata mengesahkan keraguan itu.

Rashid seperti tidak memiliki rasa malu apabila membuat pengakuan itu ketika berucap dalam satu perhimpunan pro-Umno 14 Desember lalu

Namun sedikit menarik apabila beliau juga memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “berbohong” kepada orang Melayu.

Apa-apa pun, itu bukanlah kali pertama seorang ketua badan – yang tugasnya menurut Perlembagaan termasuk mengendalikan pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih - dilihat condong ke arah parti pemerintah. Tidak lama dahulu, pengganti Rashid yang kini pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof didapati termasuk dalam senarai nama ahli Umno.

Melihat dua insiden ini, saya tidaklah terkejut sangat apabila salah seorang Ketua SPR negeri secara tertutup mengatakan perlunya menambahkan kerusi, kononnya demi “kepentingan politik Melayu-Muslim”. Beliau juga menyifatkan sukar untuk “kita” merampas kembali Selangor dan Pulau Pinang. Kenyataan itu jelas menunjukkan sikap berat sebelah kepada Umno-BN.

Untuk rekod, Rashid adalah Setiausaha SPRsejak 1979. Selepas bersara daripada perkhidmatan awam, beliau dilantik menjadi Pengerusi SPR dan berkhidmat sejak 2000 hingga 2008. Sepanjang perkhidmatannya, Rashid telah mengendalikan enam pilihan raya umum dan tiga persempadanan semula; pada tahun 1984, 1994 dan 2003.

Sebelum membuat pengakuan itu, Rashid sudah beberapa kali secara terbuka mengisytiharkan bahawa beliau tahu bagaimana untuk “menjadikan Melayu (baca: Umno) kekal berkuasa”. Beliau juga mendakwa dirinya “memperjuangkan hak Melayu dan memastikan Melayu kekal memegang kuasa politik”.

Jelas, kesemua kenyataan ini cukup untuk menjelaskan mengapa Rashid kini menjadi pimpinan tertinggi sebuat organisasi sayap kanan. Atau boleh jadi itulah dirinya yang sebenar.

Sama seperti bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad – yang juga aktif dalam Perkasa – pandangan mereka yang condong terhadap Umno membangkitkan keraguan ke atas institusi yang mereka ketuai dahulu.

Kenyataan itu juga menjelaskan, mengapa dan bagaimana Umno-BN mampu kekal berkuasa sejak Kemerdekaan pada 1957.

Beberapa hari selepas pengakuan Rashid, penggantinya Abdul Aziz menolak permintaan beberapa pihak untuk berbincang soal persempadanan semula yang akan dilakukan.

Dalam satu laporan 18 Desember lalu, Abdul Aziz berkata, SPR tidak perlu mendengar suara pihak seperti NGO Bersih. Katanya, suruhanjaya itu hanya perlu bertemu dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Perlu disebut bahawa Bersih sebelum ini mengatakan yang SPR tidak memiliki kuasa untuk memutuskan penambahan kerusi secara sendiri; seperti yang sering terjadi sebelum ini.

Namun di sebalik kenyataan Abdul Aziz itu, SPR negeri tetap enggan bertemu dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili kerajaan negeri dalam soal itu. Tiga MP tersebut adalah Sim Tze Tzin (PKR), Ng Wei Aik (DAP) dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS).

Maka, jelas bahawa SPR bertindak secara tidak konsisten. Malah, mengapa SPR enggan melaksanakan kuasa dan mengehadkan peranan mereka juga kekal misteri. Bukanlah susah sangat untuk memahami bahawa bagi memastikan persempadanan itu berjalan dengan telus dan adil, SPR Pulau Pinang patut melaksanakan komitmen yang dinyatakan Pengerusinya itu.

Punca mengapa SPR menafikan wakil kerajaan Pulau Pinang juga tidak jelas. Apa yang nyata, tindakan itu merugikan SPR sendiri dalam usaha meyakinkan pihak berkepentingan bahawa ia adalah badan yang bebas dan tidak berpihak.

Melalui Artikel 114(2), Perlembagaan menggariskan perlunya suruhanjaya pilihanraya yang berkredibiliti dan bebas. Ia turut menyatakan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam memastikan soal itu. Perlembagaan juga melibatkan Majlis Raja-raja dalam proses tersebut, walaupun hanya dengan kapasiti penasihat.

Ramai yang mengatakan, Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu bertindak di bawah nasihat Perdana Menteri dalam soal ini. Ini kerana jelas bahawa PM turut terlibat dalam pilihanraya.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong digalaskan dengan tugas tersebut, ia tidak sepatutnya berhenti setakat itu sahaja. Selepas dilantik, suruhanjaya perlu mengambil inisiatif untuk menunjukkan serta membuktikan kebebasannya.

Inilah sebabnya mengapa Perlembagaan memperuntukkan beberapa perlindungan, bagi memastikan anggota suruhanjaya tidak menerima sebarang ancaman atau ugutan. Ia termasuk perlindungan daripada dipecat begitu sahaja, dan juga peruntukan berhubung ganjaran kepada mereka.

Kita boleh mengatakan bahawa berdasarkan peruntukan ini, tindakan SPR yang menolak untuk bertemu dengan Bersih adalah bertentangan dengan tugas perlembagaannya.

Walau apa-apa pun, sikap SPR yang menuruti Umno-BN dan menolak banyak cadangan daripada pembangkang sudah menjadi satu rahsia umum.

Walaupun ketika SPR menerima cadangan mereka – seperti penggunaan dakwat kekal – pelaksanaannya dipenuhi pelbagai masalah.

Amat jelas bahawa SPR – di sebalik tapak dan mekanisme yang diperuntukkan Perlembagaan – memilih untuk menjadi rapat dengan satu pihak, bukannya menjadi sebuah institusi Perlembagaan yang benar-benar berkhidmat untuk demokrasi dan kesaksamaan.-bm.theantdaily.com

Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas pensyarah undang-undang UIA dan kini mengajar di Unisel. Beliau juga merupakan Felo Kanan di badan pemikir IDEAS.

Gambar Indonesia bom kapal nelayan Malaysia

Gambar menunjukkan kapal milik nelayan Malaysia yang diletupkan semalam. - Foto ihsan Kompas.com
Gambar menunjukkan kapal milik nelayan Malaysia yang diletupkan semalam. - Foto ihsan Kompas.com
BELAWAN - INDONESIA. Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.

"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.

MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.
-sinarharian-

Artis cantik dan popular Thailand pilih agama Islam

HARAKAHDAILY
ARTIS popular Thailand, Nook Suthida rupanya telah menggemparkan dunia hiburan negeri Gajah Putih kerana memutuskan menjadi mualaf, lapor laman web Islampos.
Lahir di negeri majoriti Buddha, keislaman Suthida pun menjadi kontroversi di pelbagai media yang ada di Thailand.

Walaupun orang-orang di sekitarnya merasakan keberatan, namun Suthida sudah memutuskan untuk masuk Islam. Dia mengatakan keputusan tersebut dibuat setelah dirinya melakukan perjalanan ke banyak negara guna mencari agama yang paling sempurna dan dia mendapati Islam.

Seperti dipetik Mi'raj Islamic News Agency (MINA), wanita cantik ini pun bertukar nama jadi Assieh dan mula mendalami agama Islam di sebuah sekolah di Bangkok.

"Saya mula melakukan ibadah lima kali sehari secara tepat masa dan mula belajar bahasa Arab agar mampu membaca Al-Quran," kata artis muda popular itu.

Muslim di Thailand
Majoriti penduduk Thailand adalah bangsa Siam, Cina dan sebahagian kecil bangsa Melayu.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 7.5 juta orang Islam atau kira-kira 12% daripada jumlah 62.5 juta penduduk Thailand.

Umat Islam tertumpu di wilayah-wilayah selatan di Narathiwat, Pattani, Yala dan Satun.

Islam dikatakan telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan pengembaraan dalam abad ke-13.

Kebanyakan orang Islam Thai adalah keturunan Melayu, mencerminkan warisan bersama budaya wilayah paling selatan Thailand berkongsi dengan Malaysia.

Menurut Pejabat Perangkaan Nasional Thailand pada tahun 2007, negara ini mempunyai 3,494 masjid dengan jumlah terbesar (636) di Wilayah Pattani.
[ra/islampos/mina/irna/infospesial


Lawak Apa Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan Pun?

Shahbudin Husin
Orang UMNO yang mengetahui dan biasa berkunjung ke rumah peribadi Najib Razak di Jalan Duta rata-rata ketawa kecil dan tersenyum simpul sambil kehairanan apabila Rosmah Mansor menyatakan beliau dan Perdana Menteri selalu tidak dapat tidur kerana gangguan bunyi bising mat rempit.
Mereka berkata, lawak apa yang sedang dipersembahkan oleh Rosmah itu atau ia sekadar mahu "menunjuk-menunjuk" keprihatinannya kerana seolah-olah turut terganggu dengan masalah yang ditimbulkan oleh kaum remaja.

Yang lain pula tidak segan-segan menyatakan ia hanyalah kaedah untuk menarik simpati setelah kembali daripada percutian dan "berjoli" dengan jet kerajaan manakala Najib pula dijangkiti e.coli yang masih misteri di mana diperolehinya jangkitan bakteria itu.
Ini kerana majoriti ahli dan pemimpin UMNO biasa benar dengan lokasi rumah Najib itu. Sepanjang masa sebelum Najib berpindah ke Seri Perdana, di rumah itu kerap sekali diadakan jamuan Hari Raya, berbuka puasa, doa selamat, tahlil dan sebagainya.

Rumah peribadi yang terletak berhampiran Kedutaan India itu bukanlah terletak di tepi jalan besar sebenarnya. Ia terletak agak ke dalam sedikit di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya.

Berdepan dengan rumah Najib itu pula ialah kediaman bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Harun Idris dan bahagian belakang rumah bekas pemimpin Selangor itulah yang sebenarnya mengadap Jalan Duta.

Tetapi rumah Harun Idris itu terletak agak tinggi di atas bukit dan jika ada mat rempit berlumba di Jalan Duta, penghuni di rumah itu pun mungkin hanya mendengar sipi-sipi saja bunyi bisingnya.

Tidak jauh daripada rumah Najib di Jalan Duta itu ialah kediaman Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor. Walaupun demikian, rumah Ku Nan itu juga agak jauh daripada tepi Jalan Duta dan tidak mungkin terganggu dengan bunyi bising mat rempit.

Berbanding rumah Harun Idris dan Ku Nan, kediaman Najib jauh lebih ke dalam daripada tepi Jalan Duta yang agak sibuk itu.

Jadi bagaimana Rosmah dan Najib boleh merasa terganggu dan sampai tak boleh tidur malam kerana gangguan mat rempit?

Dalam suatu majlis semalam yang memperkatakan masalah sosial golongan remaja, isteri Perdana Menteri itu berkata, "saya dan Najib tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising motosikal pukul 2 pagi.

"Rumah saya di Kuala Lumpur ( Jalan Duta ) bila tengah malam dengar bunyi motosikal bukan main laju dan kuat...lama pulak tu, mestilah ramai yang berlumba di tengah jalan," katanya.

Beliau menambah lagi, "apabila dengar bunyi bising, saya fikir kita kenalah buat sesuatu sebab saya dan Najib memang tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising motosikal."

Sehubungan itu, beliau yang baru kembali daripada bercuti dari Hawaii dan Amerika Syarikat serta Bangkok, berharap orangramai tidak mudah mengalah dan putus asa dalam mendidik remaja yang gemar berlumba motosikal pada waktu malam.

Kata ramai orang-orang UMNO lagi, tidak mungkin Rosmah dan Najib terganggu serta tak boleh tidur kerana bunyi bising motosikal mat rempit memandangkan rumahnya itu bukan terletak di tepi jalan pun, kecualilah jika "nikmat tidurnya" telah ditarik Tuhan atau kerana memikirkan terlalu banyak perkara lain.

Selain untuk menarik simpati, tambah mereka, mungkin juga "cerita tak masuk akal" ini sengaja direka oleh Rosmah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada terus bercakap berkenaan jet, golf, cuti, joli dan e.coli yang terus menjadi bualan ketika ini.

Agama makin tipis.. Gadis gantung diri kerana cinta? (Gambar)

Tranungkite
Berita yg saya dapat dari rakan FB saya. Akibat putus CINTA dgn boyfriend beliau, gadis ini telah mengantung diri hingga mati di Kulaijaya.

Sering kali saya nasihatkan remaja akan perihal CINTA ini. Cinta itu tidak ada. Cinta itu terletak di perantaraan imaginasi dan realiti. Cinta yg sebenar adalah , apabila kita CINTA ALLAH & RASULNYA.. baru la ada CINTA sesama manusia. Bagi remaja2 diluar sana, focus dulu tenaga anda pada pelajaran & kerjaya. Dah grad, dah berjaya dlm hidup & kerjaya, masa tu, petik jari, anda pasti dapat boyfriend or girlfriend. Terus aje kahwin.

Mari kita lihat macam mana DS Rosmah terganggu kerana mat rempit?

Tranungkite
“Saya dan Datuk (Seri) Najib (Tun Abdul Razak) tak boleh tidur sebab dengar bunyi motorsikal pukul 2 pagi,” cerita Datin Seri Rosmah Mansor mengenai gangguan yang dialami akibat perbuatan lumba haram kata DS Rosmah. BOLEH CAYA KE??

Beliau berkata: “Rumah saya di Kuala Lumpur (Jalan Duta) bila tengah malam dengar motorsikal bukan main laju dan kuat..lama pulak tu, mestilah ramai dia orang (mereka) racing (berlumba) di tengah jalan.”

AKU RASA CAKAP PIMPINAN UMNO KENA SIASAT... KADANG KALA BANYAK AUTA DARIPADA YANG BENAR

Awie 'Tipu' JPN - Rozana Misbun

Gambar fail Rozana (tengah) ketika hadir ke mahkamah syariah Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Rozana Misbun berkata, pernikahannya dengan Awie yang berlangsung di Selatan Thailand pada 2005 belum tentu sah sehinggalah perkara itu diputuskan oleh pihak mahkamah.

Rozana, 37, berkata, kecurigaan itu timbul kerana kegagalan Awie sebagai seorang suami untuk mematuhi undang-undang syariah di negara ini apabila dia gagal mengesahkan perkahwinan berkenaan selepas mereka bernikah.

“Menurut nasihat peguam, perkahwinan kami belum tentu sah kerana hanya mahkamah sahaja yang boleh memutuskannya.

“Semuanya bergantung kepada dokumen yang seharusnya Awie berikan kepada pihak mahkamah bagi membuktikan perkahwinan kami itu tetapi dia lebih suka mencari jalan pintas untuk mendapatkan sijil nikah palsu,” katanya kepada mStar Online.

Rozana, 37, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Awie dalam mStar Online pada Khamis kononnya dia menjadi penyebab mereka mendapat sijil nikah palsu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, mendakwa ditipu oleh ejen perkahwinan ketika diminta mengurskan sijil berkenaan selepas dia dan Rozana bernikah pada 20 Jun 2005 di Songkhla, Thailand.

Malah Awie mendakwa Rozana turut menghalangnya mendaftarkan pernikahan kerana bimbang perkahwinan rahsia mereka diketahui keluarga sementara Awie juga khuatir isterinya pada ketika itu, Arni Nazira mengetahui hal berkenaan.

mStar Default Image
Terdahulu, bekas Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran Undang-Undag Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa lalu memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan bahawa dokumen pernikahan pasangan berkenaan adalah palsu.


Tambah Rozana, selepas rahsia siji nikah palsu itu terbongkar, Awie cuba untuk meraih simpati masyarakat menggunakan media agar orang di luar sana menyokongnya.

Katanya, disebabkan sijil nikah palsu itu, Awie juga telah membuat satu kesalahan besar iaitu menipu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) agar mendorong mereka mengeluarkan sijil kelahiran untuk tiga anak hasil perkahwinan mereka.

“Masyarakat tidak boleh kata pernikahan kami ini sah kerana makamah tidak mengesahkannya lebih-lebih lagi berlaku banyak penipuan bagi pernikahan di Thailand,” katanya.

Menurut Rozana lagi, dia secara seorang diri tidak boleh mendaftarkan pernikahan berkenaan kerana tidak pernah mendapat salinan surat nikah dari Thailand sehinggalah dia bertindak ke Pejabat Agama Islam di Pulau Pinang untuk memeriksa status pernikahan itu.

Katanya, Awie memberi macam-macma alasan untuk tidak mendaftarkan perkahwinan mereka walaupun sudah banyak kali dia memintanya berbuat demikian kerana bimbang timbul masalah di kemudian hari.

Rozana menambah, pada awal perkahwinan memang mereka merancang untuk menyembunyikan hubungan masing-masing kerana ketika itu Awie masih lagi menjadi suami kepada penyanyi Arni Nazira semenatara dia pula bimbang dimarahi keluarga.

Namun selepas setahun berkahwin dan Awie pula bercerai dengan Arni, kebimbangan berkenaan sudah tidak timbul lagi apabila keluarganya merestuinya.

Tetapi sayangya, Awie tidak melakukan tugasnya untuk mendaftarkan perkahwinan tanpa alasan yang munasabah sehinggalah kecuaian berkenaan didedahkan dalam mahkamah.

Mengenai tuduhan Awie, dia seorang ibu yang tidak bertanggungawjab kerana gagal menjenguk anak-anak sejak keluar rumah, Rozana berkata, dia tidak boleh berbuat demikian kerana bimbang dipukul Awie.

Katanya, keputusan dia melarikan diri dari rumah sebelum ini akibat dipukul sehingga kejadian itu menjadi kes polis dan dia juga telah mendapat perlindungan daripada pihak mahkamah majistret.

Malah usahanya untuk bercakap dengan anak-anak juga seringkali gagal dengan macam-macam sebab selain hanya diberikan masa dua jam untuk bertemu mereka iaitu pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga itu pun di rumah sewa Awie di Ukay Perdana, Hulu Kalng dekat sini.

“Pasal anak-anak, saya cuba berhubung tetapi gagal dan masa yang diberi pula hanya dua jam untuk berjumpa mereka. Itupun saya perlu maklumkan kepadanya dahulu dan dia sentiasa sibuk untuk dihubungi,” katanya yang mendapat ex-parte daripada mahkamah terhadap peluang bertemu anak-anak.

Menurut Rozana lagi, berdasarkan kenyataan Awie tidak terlintas menceraikannya adalah disebabkan Awie tiada pilihan berbuat demikian disebbakan sijil nikah yang disimpannya adalah palsu dan dia bimbang hal berkenaan terbongkar.

Dalam perkembangan sama Rozana memberi amaran kepada Awie agar tidak menimbulkan macam-macam tuduhan lain tanpa bukti yang sah termasuklah kononnya dia seorang isteri yang curang.

“Saya nak tekankan di sini, jangan buat sebarang tuduhan tanpa bukti kerana saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Kalau saya curang, buktikan sahaja di mahkamah. Jangan sampai tuduhan demi tuduhan itu memakan diri sendiri,” ujar Rozana.

Awie dan Rozana berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu mereka memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki,7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.
-mstar-