Prof Madya Dr Mariani: Mengapa hanya bising bila nampak lurah faraj (Gambar)

Farah Ann Abdul Hadi menjadi sasaran kutukan selepas gambarnya dimuatnaik dalam Facebook program berita TV3. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.
Farah Ann Abdul Hadi menjadi sasaran kutukan selepas gambarnya dimuatnaik dalam Facebook program berita TV3. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Jun, 2015.

Pakar psikologi meminta masyarakat Malaysia bersikap adil terhadap gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi selepas gambarnya di Sukan Sea di Singapura dalam pakaian yang menampakkan lurah faraj menerima kritikan pengunjung laman sosial.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa bagi tujuan sensasi.

"Selalunya, ini memang biasa bagi sifat manusia. Kita tidak nampak kebaikan namun nampak keburukan, rakyat kita memang bising bila ada aksi atau gambar yang menunjukkan lurah faraj, tetapi diam sahaja bila tengok drama atau filem yang melakonkan aksi peluk-peluk. Tetapi realitinya memang kita tahu keadaan berpakaian begitu memang haram," katanya seperti dilaporkan portal Astro Awani Online.

"Namun apa beza apabila melihat lelaki dan perempuan berpelukan? Adakah itu tidak disensasikan juga, kalau kita lihat drama atau filem, ini memang berlaku dalam apa yang kita tonton seharian.
"Contohnya suami isteri yang berlakon berpelukan sehingga ada babak di ranjang, mengapa itu tidak disensasikan juga? Aksi gimnas itu mungkin tidak disengajakan atau memang rakyat sengaja mencari isu sensasi, itu hakikatnya," katanya kepada portal itu.

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial menyifatkan Farah sudah mengharumkan nama negara dengan pingat emasnya selain tidak bersalah kerana memakai pakaian yang bertepatan dengan sukan yang disertainya.

Menurut portal itu, Mariani turut meminta orang ramai tidak menyalur perasaan marah mereka di media sosial sekali gus memburukkan keadaan.

"Kalau yang komen itu orang alim sekali pun, apabila dia sudah memberi komen di media sosial dan ulasan mengenai sesuatu isu itu kemudian ditokok tambah pembaca lain, pasti ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Memang sikap manusia suka mengupas isu-isu sensitif namun di sebalik itu haruslah diambil iktibar dan lihat dalam konteks jika ia terjadi kepada anak, isteri atau ahli keluarga kita sendiri.

"Secara logiknya, takkan kita hendak bermain gimnastik dalam keadaan berjubah, masyarakat sebegini hanya menunggu masa hendak memberi kupasan hebat dan mensensasikan isu, kata orang tunggu hendak petik suis sahaja," katanya.
-malaysianinsider-

Gambar separuh bogel: Peminat pula 'panas'

Nampaknya isu imej separuh bogel membabitkan seorang wanita didakwa pelakon Tasha Shila yang tersebar dalam media sosial kelmarin terus hangat dan sesetengah pengguna laman sosial berantakan sesama sendiri untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Tidak lama selepas imej separuh bogel berkenaan menjadi viral, pengguna Internet berpusu-pusu meluahkan komen mereka dalam akaun Instagram artis yang didakwa beraksi di depan kamera dengan hanya berseluar dalam itu.

Pelbagai rujukan dan tohmahan dilontarkan pengguna yang singgah di akaun berkenaan sehingga pada satu ruangan ia mencapai sekurang-kurangnya 199 komen

Asakan demi asakan komen ditujukan buat artis itu, namun hingga kini ia tidak dijawab.

Tamparan paling hebat sudah tentu datang daripada haters Tasha yang mengambil peluang keemasan itu untuk menyerang artis terbabit.

Pengguna akaun @znell9021 misalnya menulis: “Banyak kali dah kut dia kantoi buat perangai tidak senonoh. Dan Tasha aku rasa kalau teman lelaki kamu tidak mahu, janganlah sampai kirim gambar macam itu. Jangan tidak mengaku pulak atau buat cerita kena buatan orang. Lagi setahun kau datang balik dalam industri.”

Pengguna akaun @emafinie pula berkata: “hang buat malu kaum Tasha Shila. Dah la artis.”

Kalau ada haters, pasti ada likers(dalam konteks ini yang menyokong Tasha). Golongan ini sentiasa percaya pada artis kegemaran mereka tidak kira apa isu yang timbul.

Semoga kuat

Dalam erti kata lain, mereka jenis ini yang sentiasa positif dan tetap mendoakan artis berkenaan.

Dalam akaun digunakan pengguna @fabuloussleem: “Semoga kuat kak tasha.”

Pengguna @sayabukankamu menyatakan: “Kalau betul pun dia, berilah peluang untuk berubah. Semua orang pernah buat silap.. Doa je yang baik-baik.”

Pengguna @dya_danielle77 berkata: “Semoga kuat Tasha. Pedulikan mereka yang menghakimi sebab tiada siapa maha Hakim atau Hukum kecuali Allah. Orang yang kutuk, mengumpat itu semuanya tolong bagi kamu pahala percuma. Sepatutnya mereka ini lebih bail meneliti diri sendiri daripada mencari salah orang lain. Bersabar ya sayang. Banyakkan berdoa, moga Allah beri petunjuk dan pertolongan. In Sya Allah k.”

Namun, ada juga golongan yang seakan berdiri atas pagar, tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka sama ada  masih tertanya-tanya, suka atau keliru mengenai kesahihan imej wanita seksi itu seperti pengguna yang menggunakan akaun @i_am_sma: “Nampak macam betul gambar itu.”

Pengguna @littleredridinghood273 pula berkarta: “Geli aku baca komen yang lucah-lucah ini. Komen macam tidak ada mak, kakak, or adik perempuan je.”

Manakala pengguna akaun izzat_iqbal_ menyatakan: “Terima kasih payung.”
-malaysiakini-

Gambar Sepasang Tangan Misteri Dirakam Di Gunung Kinabalu Selepas Gempa

 
PETALING JAYA: Sepasang tangan misteri dikesan muncul pada dua gambar berasingan yang diambil tidak lama selepas berlakunya gempa bumi sekuat 5.9 skala ritcher di Sabah Jumaat lalu.

Gambar asal yang dirakam di Taman Kinabalu itu dikongsi oleh Naib Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Samasuddin Yusop yang turut berada di dalam gambar berkenaan.

"Ramai yang bertanya tentang gambar itu, tetapi kami menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada milik 'makhluk' lain atau kesilapan kamera," kata bekas Ketua Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

Gambar yang kini menjadi viral di laman sosial itu dikatakan telah dirakam dua gajet berasingan iaitu telefon bimbit dan kamera jenis Nikon.

Ketika gambar itu dirakam oleh telefon bimbit, terdapat sepasang tangan muncul di bahagian poket seluar lelaki yang dikenali sebagai Misbahuddin Rida, manakala gambar yang dirakam oleh kamera pula hanya kelihatan sebelah tangan, dalam kedudukan yang sedikit berubah.

Kumpulan PKB tersebut dilaporkan melawat Gunung Kinabalu pada Selasa untuk menyampaikan sumbangan kepada malim gunung dan anggota polis yang terjejas akibat gempa berkenaan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada malim gunung Mohd Rizuan Kauhinin yang menjadi wira apabila menyelamat seorang kanak-kanak lelaki yang cedera semasa menuruni gunung selepas berlaku gempa.

Gambar malim gunung berkenaan kemudian menjadi viral di laman sosial di dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.

Menurut Samasuddin, imej yang dirakam daripada telefon bimbit kelihatan lebih menyeramkan daripada yang diambil menggunakan kamera.

"Sehari selepas gambar diambil, ahli kumpulan kami telah memeriksa semula imej itu dan kami semua terkejut melihatnya," ceritanya.

Bagaimanapun, Samasuddin tidak bimbang dengan kemunculan tangan berkenaan kerana mereka mempunyai niat yang baik ketika berkunjung ke Gunung Kinabalu.

Samasuddin sebaliknya menganggap ia sebagai kejadian aneh yang memberi pengajaran baru kepada mereka.

Dia memberitahu, pelbagai upacara keagamaan masih dilakukan oleh masyarakat setempat disamping pelbagai pihak berkuasa sedang berusaha melakukan operasi mencari dan menyelamat.

"Kami hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang beragama Islam, dan bagi bukan Islam, kami berdoa agar mereka bersemadi dengan aman," katanya.

Dalam pada itu, Misbahuddin tidak memandang serius terhadap kemunculan tangan di poket seluarnya.

"Pada mulanya, saya bimbang dengan kemunculannya, tapi tak apa... ia perkara normal.

"Saya memikirkan ia tangan kanan saya, tetapi merasa pelik kerana kedudukan tangan saya ketika itu adalah lurus dan agak susah untuk melakukan demikian," jelasnya.

Walaupun tidak ingat akan keadaan sebenar tangannya semasa gambar diambil tetapi Misbahuddin yakin bahawa ia bukan anggota badan miliknya.

"Tangan itu agak gelap dan kukunya seperti telah mati. Saya juga agak gelap tetapi tangan kanan saya tidak segelap yang muncul, malah ketika itu saya memakai baju lengan panjang, tetapi tidak kelihatan baju itu," ceritanya.
-mstar-

A Samad Said masuk DAP esok: Kenapa tidak parti PAS

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dijangka menyertai DAP esok.

Desas desus bertiup kencang bahawa penyertaannya dalam parti itu akan diumumkan dalam sebuah acara di Kelantan esok.

Beliau dijadual hadir dalam Majlis penyerahan rumah oleh Gabungan Impian Kelantan (GIK) kepada penduduk Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang pagi esok.

Pemimpin kanan DAP sendiri Lim Kit Siang dijadual hadir dalam acara itu selain anggota parlimen PAS Dr Hatta Ramli.

Kemungkinan besar penyertaan Samad akan diumumkan dalam acara ini.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, penyertaan Samad memang dirancang diumumkan esok tetapi tidak akan didedahkan sehinggalah ia menjadi kenyataan.

Seorang pemimpin kanan DAP ketika dihubungi Malaysiakini hanya berkata perkara itu “mungkin” berlaku esok.

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan reaksi novelis dan penyajak itu.

Pengkaderan orang Melayu

Samad seorang pengagum pemimpin Tun Dr Mahahir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.

Beliau mula terlibat aktif dengan aktivisme melalui kempen menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009.

Beliau terus mendapat sanjungan NGO apabila memimpin gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH bersama bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga.

Sejak itu beliau aktif dalam gerakan masyarakat sivil dan sentiasa diundang membacakan sajak-sajaknya, yang kini jelas kritikal kepada pemerintah.

Penyertaan Samad ke dalam DAP dilihat bakal memberi nafas baru kepada parti yang dilihat sinonim dengan kaum Cina itu, sekali gus membantu pengkaderan orang Melayu menyertainya.

DAP sekarang amat memerlukan sokongan Melayu untuk melangkah lebih jauh dalam politik negara, terutamanya apabila hubungannya dengan PAS kini retak menanti belah.

Samad atau lebih mesra dengan panggilan A Samad Said, terkenal dengan novelnya Salina yang pernah menjadi teks sastera rasmi di sekolah-sekolah.
-malaysiakini-


-------------

A Samad Said sahkan sertai DAP esok

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengesahkan spekluasi dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok.

"Itu betul," kata A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad ringkas ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan menjelaskan pendiriannya dalam sidang media bersama pemimpin tertinggi DAP di Kelantan, esok.

"Oleh kerana kita akan mengadakan sidang media, jadi di sana akan dijawab...barangkali tengahari atau petang," katanya.

GST: Kastam suruh peniaga naikkan harga?

Shahbudin Husin
Beban cukai GST masih menjadi bualan tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini. Tidak kira di bandar atau kampung-kampung, rata-rata masih ramai yang bersungut, bukan saja mengenai lebih banyak wang perlu dibelanjakan berbanding sebelumnya tetapi juga kerana cukai tersebut turut menyebabkan kenaikan harga barang-barang.

Ada yang merungut perbelanjaan bulanan mereka sudah meningkat berbanding sebelum GST dilaksanakan, sementara yang lain memendam rasa kerana hampir semua barang sudah menaik harganya. Jika dikira dengan GST yang terpaksa dibayar, pengguna sudah dibebankan dengan dua kali kenaikan sebenarnya.

Selain kerajaan mengatakan cukai itu memerlukan sedikit masa untuk rakyat menjadi biasa dengannya, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan seringkali menyalahkan ketamakan peniaga sebagai punca berlakunya kenaikan harga barang-barang itu.

Katanya, dengan perlaksanaan GST pada kadar 6 peratus berbanding SST yang biasanya antara 10 hingga 16 peratus, sepatutnya harga barang menjadi lebih murah berbanding sebelumnya.

Namun, menurut Ahmad Maslan, sikap peniaga yang tamak untuk mengaut keuntungan berlebihan menjadikan harga barangan terus meningkat kerana mereka mencampurkan cukai SST sedia ada dengan GST yang baru diperkenalkan.

Tetapi jika benar ada peniaga yang bersikap demikian, ramai juga yang menyalahkan kerajaan kerana mempunyai aspek penguatkuasaan yang lemah dalam melaksanakan GST sehingga tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

Bagi mereka, kerajaan hanya melihat GST sebagai cara paling mudah untuk menambahkan pendapatan negara tanpa memikirkan dengan serius nasib rakyat sebagai pengguna yang mungkin terbeban kerana manipulasinya.

Kata mereka, sebelum menggantikan SST dengan GST, kerajaan sepatutnya mesti bersedia dari segi penguatkuasaan yang lebih cekap bagi memastikan peniaga tidak mudah memanipulasikan harga barangan.

Setelah lebih dua bulan cukai GST ini dilaksanakan, semua kesalahan mengenai kenaikan harga barang hanya ditujukan kepada peniaga dan belum pernah lagi kerajaan mengakui mereka ada kesilapan atau kelemahan dalam perlaksanaannya.

Soalnya benarkah kerajaan tidak bersalah?

Seorang rakan menceritakan pengalamannya ketika didatangi pegawai kastam sebelum perlaksanaan cukai GST pada 1 April lalu.

Katanya, pegawai kastam itu memintanya menaikkan sedikit harga makanan yang dijualnya berbanding sebelumnya bagi mengurangkan beban operasi dan menstabilkan keuntungan apabila GST dilaksanakan.

Menurut peniaga itu, beliau keliru dengan saranan menaikkan harga barangan itu kerana ia seperti dengan sengaja meletakkan dua beban kepada pengguna iaitu kenaikan harga barangan dan cukai GST sebanyak 6 peratus.

Yang menimbulkan rasa musykil peniaga tersebut ialah apakah memang menjadi amalan pegawai kastam menyarankan peniaga menaikkan harga barangan itu dan apakah tujuannya berbuat demikian?

Timbul juga persoalan, apakah perbuatan meminta peniaga menaikkan harga barangan itu merupakan dasar dan dalam pengetahuan kerajaan atau hanya merupakan kes terpencil saja?

Selebihnya pula, katanya, berapa peratuskah peniaga yang tidak menaikkan harga barangan mereka apabila menerima cadangan daripada pegawai kastam itu?

Rakan saya itu bagaimanapun mengatakan beliau menolak cadangan pegawai kastam itu dan tidak menaikkan harga makanannya di mana pelanggannya hanya perlu membayar tambahan GST 6 peratus saja. 
shahbudindotcom.blogspot.com

Dr. Hatta Ramli tidak akan menolak jika PAS mahu menawarkan jawatan .......

Kalah Dalam Pemilihan, Kumpulan Bukan Ulama Pilih 'Jauhi' Jawatankuasa PAS Pusat
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PAS dari kumpulan bukan ulama yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini tidak berminat untuk dilantik memegang jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

Hanipa Maidin berkata sudah tiba masanya untuk kepimpinan baharu yang didominasi oleh kumpulan pro-ulama membuktikan kemampuannya tanpa perlu berdepan sebarang bentuk 'gangguan'.

"Saya tidak akan menerima tawaran (untuk jawatan tertentu) kerana saya mahu memberi peluang kepada barisan baharu untuk membuktikannya kemampuan mereka sendiri. Kami tidak mahu kacau mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Ahli Parlimen Sepang itu yang juga bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata beliau tidak berpuas hati terhadap cara di mana pemimpin dari kumpulan progresif 'ditendang keluar' dari jawatan mereka semasa pemilihan parti baru-baru ini.

"Ia benar-benar menghina. Dengan adanya 'chai', anda tahu, saya tidak fikir ia adil untuk mana-mana parti menendang keluar mana-mana pemimpin tanpa mengambil kira prestasi dan pengalaman, " katanya.

Beliau merujuk kepada 'chai', atau senarai calon pro-ulama dan bukan ulama-yang diedarkan kepada para perwakilan sebelum pemilihan parti pada 4 Jun.

Datuk Dr Mujahid Yusof juga menunjukkan bahawa beliau akan menolak sebarang tawaran jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

"Saya belum lagi diberitahu tentang hal itu, dan saya tidak tahu jika saya telah dilantik. Tetapi jika saya dilantik, saya akan menolak, " kata Ahli Parlimen Parit Buntar.

Dr Hatta Ramli, yang telah berulang kali dituduh oleh puak pro-ulama sebagai punca di sebalik plot untuk menggulingkan Presiden parti hanya ketawa apabila diminta mengulas.

"Soalan ini membuatkan saya kelihatan 'perasan'. Tetapi tidak ada tawaran seperti itu dan kita tidak mengharapkan apa-apa.

"Kecuali jika mereka mahu menawarkan saya jawatan presiden, maka saya tidak akan menolak yang itu," katanya berjenaka, sambil menambah beliau akan mengumumkan keputusannya apabila jawatan itu benar-benar ditawarkan.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan bekas Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud tidak terfikir bahawa beliau akan ditawarkan sebarang jawatan.

"Jika mereka melantik saya, saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada kawasan saya," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun, memilih untuk tidak mengulas lanjut terhadap perkara yang belum jelas.

"Tidak, saya tidak menerima sebarang surat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Kepimpinan baharu PAS telah berkata bahawa beberapa pemimpin yang kalah akan ditawarkan enam jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

Jawatan yang akan dilantik termasuklah setiausaha agung dan ketua penerangan.
-mstar-

Tasha Shilla ‘kunci mulut’ isu gambar bogel

Bogel
Kuala Lumpur: Pelakon Tasha Shilla memilih untuk mendiamkan diri berhubung kontroversi penyebaran gambar seorang wanita separuh bogel, semalam, yang didakwa dirinya.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 28, tidak membalas panggilan dan mesej yang diajukan kepadanya bagi mendapatkan reaksi mengenai dakwaan berkenaan yang kecoh diperkatakan di media sosial.
Tasha ShillaSpekulasi dan cemuhan tercetus apabila gambar seorang wanita yang hanya memakai seluar dalam tersebar dan ia dikaitkan dengan pelakon terbabit berdasarkan beberapa persamaan termasuk telefon bimbit yang digenggamnya.

Malah, timbul juga ura-ura kononnya penyebaran gambar itu dilakukan oleh individu tertentu atas tujuan sabotaj dan mengaibkan pelakon terbabit.

Usaha untuk mendapatkan reaksi teman lelaki Tasha, Hans Wong juga menemui jalan buntu apabila lelaki berkenaan turut tidak menjawab panggilan, lapor Harian Metro.

Gambar Ahli Umno Bertumbuk Kerana Berebut Tapak Gerai Bazar Ramadhan

3 Peniaga Bazar Ramadhan Bertumbuk untuk Berebut Gerai..

 Peniaga rebut tapak bazar Ramadan
 Peniaga rebut tapak bazar Ramadan
Peniaga rebut tapak bazar Ramadan
Peniaga rebut tapak bazar Ramadan Orang ramai cuba meleraikan pergelutan antara Mohd Fazall Ahi (bawah, kiri) dan Dzullirusdi (bawah, tengah).
SEREMBAN: Bantahan secara aman dirancang Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) di depan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, semalam, berhubung pengurusan bazar Ramadan tidak kesampaian apabila berakhir dengan kekecohan.

Insiden tidak diduga itu berlaku sekitar jam 2.15 petang di pekarangan Dewan MPS, di sini, tatkala penganjur dan peserta piket sedang berteduh ekoran hujan lebat yang menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.

Sementara menantikan hujan reda, pihak media mengambil keputusan untuk menemu bual Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria bagi mengetahui lebih lanjut bantahan yang dirancang.

Namun tidak sampai 10 minit temu bual dijalankan, muncul sekumpulan individu entah dari mana lantas meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Razali dan peserta terlibat.

Bagaimanapun, Razali dilihat tetap tenang dan kekal di tempat duduknya walaupun menerima asakan bertubi-tubi secara lisan dari beberapa arah, sambil cuba dipertahankan Dzullirusdi Razali, 25, yang tidak senang melihat bapanya diperlakukan sedemikian rupa.

Ketika pertikaman lidah semakin rancak, tiba-tiba sahaja berlaku pergelutan antara Dzullirusdi dengan Mohd Fazall Ahi Mohd Yusof, 36, sehingga terpaksa dileraikan oleh semua yang ada di situ.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk, Razali mengambil keputusan untuk beredar kerana mahu membuat laporan di Balai Polis Rahang, di sini.

Selepas keadaan kembali tenang, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Perpaduan Ummah Malaysia (Prima Malaysia), Paduka Ayahanda Mohd Yusof Mohammad Din, 73, tampil memberi penjelasan.

“Sejak 1.30 petang lagi, kami dah ada di sekitar kawasan ni. Masa tu, kami nak dengar dulu apa yang bakal dikatakan Razali pada media.

“Bila dah tahu biji butirnya yang jelas tipu belaka, kami pun serbu dia,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Menurutnya, Razali tidak sepatutnya berbuat sebegitu memandangkan MPS sudah membuka peluang kepada semua untuk berniaga di Senawang pada Ramadan kali ini dengan adil dan saksama.

“Masalahnya sekarang, dia sendiri yang tak mahu ikut serta pengundian di dewan ni pada 8 Jun lepas untuk mendapatkan lot atau tempat bagi peniaga-peniaga bawah kendaliannya.

“Tak dinafikan, Razali memang ada datang masa tu. Tapi dia balik sekitar jam 2.45 petang, sebelum pengundian lot dijalankan,” katanya yang turut disahkan Pengerusi Persatuan Peniaga Bersatu Negeri Sembilan, Nor Hafiz Mohamed Razali, 34, dan Setiausahanya, Zaimiliah Misran, 40.

Pada masa sama, Mohd Fazall Ahi pula menafikan dirinya yang mencetuskan pergaduhan dengan anak Razali.

“Dia yang tolak dulu di bahagian dada. Terpaksalah saya pertahankan diri. Mujur tak cedera, cuma melecet sikit dan baju terkoyak bahagian belakang,” katanya yang akan turut membuat laporan polis bersama bapanya, Mohd Yusof.

Tak tahu diajak berpiket

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Seremban, Mohd Yusmasdi Mohd Yusof, 38, mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berpuas hati dengan Razali.

Razali merupakan AJK Umno bahagian Rembau. Secara tak langsung, perbuatan dia membuat piket akan mencemarkan reputasi parti dan menjatuhkan air muka Menteri Besar.

“Kalau macam ni, bukannya membela peniaga. Sebaliknya menyusahkan peniaga yang dia kelolakan. Nampak sangat dah lari dari tujuan asal Umno yang sepatutnya menolong orang Melayu,” katanya.

Siti Mariam Matzihi, 27, yang bernaung bawah PUDS sejak dua tahun lalu pula rasa tertipu dengan Razali.

“Sedih sangat bila jadi macam ni. Sampai semalam, saya diberikan harapan palsu rupanya. Bila tanya semalam (kelmarin), dia kata tapak niaga dah confirm dapat. Tiba-tiba, hari ni ajak buat bantahan pula.

“Apa akan jadi pada kami semua. Stok jualan untuk puasa pun dah ambil. Bila jadi macam ni, di mana kami nak meniaga. Lepas ni tak kisahlah dengan siapa pun kami bernaung (penganjur), asalkan dapat berniaga di situ nanti,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 360 lot niaga disediakan untuk Ramadan kali ini oleh MPS di Senawang, yang dibahagi kepada Tapak A hingga I.

Seramai sembilan penganjur terpilih dari pelbagai persatuan dipanggil untuk mencabut undi bagi menetapkan kedudukan gerai atau booth bakal diterima.

Setiap penganjur diperuntukkan 40 tapak yang seterusnya akan diagihkan kepada peniaga yang mendaftar sebagai ahli mereka.
-sinarharian-

Forum Pasca Muktamar PAS: Orang Cina janji tidak akan undi PAS lagi - Lim Hong Siang

YASMIN RAMLAN
Kolumnis politik Lim Hong Siang memegang buku Tsunami Cina ketika bercakap pada forum Pasca Muktamar di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.
Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang.

Namun, Lim yakin perkara sedemikian tidak akan berulang pada PRU yang akan datang kerana keputusan muktamar itu jelas menghancurkan sentimen dan semangat mereka.

"Orang Cina yang sekian lama fobia kepada PAS, fobia kepada Islam, akhirnya mengambil satu keputusan sedaya upaya menyokong PAS dalam PRU13," katanya yang menceritakan isi kandungan buku Tsunami Cina pada forum ‘Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut menceritakan bagaimana masyarakat Cina Tiong Hwa buat pertama kalinya memacakkan bendera PAS di depan rumah mereka sebagai tanda sokongan kepada parti Islam tersebut.

"Buat pertama kalinya mereka terbang dari Hong Kong , Shanghai, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, balik ke sini untuk mengundi parti Pakatan Rakyat (PR), roket (DAP) atau, PKR atau PAS.

"Dan di sini hari ini saya janji, fenomena ini, sentimen ini tidak akan berlaku dalam PRU14. Itu janji," katanya.

Katanya, muktamar pada 4 Jun lalu dianggap sebagai pemisah kerana pihak progresif selama ini dilihat membawa PAS ke tengah, menggalas aspirasi rakyat seluruh Malaysia.

Manakala puak yang terdiri daripada golongan konservatif dilihat cuba untuk mengekalkan perjuangan tradisi mereka.

"Kembali kepada prinsipnya tidak mahu berganjak dan melakukan apa saja asalkan jawatan tidak hilang," katanya merujuk golongan konservatif dalam PAS.

"Perwakilan PAS mengulangi sejarah, bukan mencipta sejarah. Jadi apa yang kita buat lebih daripada satu dekad kebelakangan ini habis begitu saja.

"Untuk satu dekad lalu, masyarakat Cina masih takut dengan PAS, yang dulunya dianggap sebagai pengganas. Begitu lama kita cuba nak bersihkan daripada label itu," katanya.

Lim berkata individu seperti Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Mohamed Hanipa Maidin merupakan mereka yang perlu diberi penghormatan dan tabik kerana membawa pendekatan yang berbeza dalam PAS.

"Mat Sabu turun ke demonstrasi, Dr Dzul hadir ke forum, Mujahid menjadi orang yang berdialog di gereja, Hanipa berbuih-buih berbahas dalam Dewan Rakyat.

"Semua ini menonjolkan yang PAS boleh menggalas untuk membawa kebaikan kepada rakyat, mengangkat maruah rakyat.

"Dan malam itu juga, kita lihat muka-muka itu. Walaupun mempunyai otak ekonomi paling cerdik - Husam Musa, kita melihat mereka yang boleh berdebat secara akademik - Dr Dzul, tewas kepada lutut dan siku di dalam jubah," katanya.

Beliau merujuk kepada ahli Dewan Ulama PAS Nasrudin Hassan yang pada muktamar itu mengatakan mahu mengajar DAP menggunakan siku dan lutut.
-malaysianinsider-

Forum Pasca Muktamar PAS: Parti Islam demokrat baharu diperlukan untuk menyelamatkan politik di Malaysia - Dr Maszlee Malik

YASMIN RAMLAN
Ahli akademik Dr Maszlee Malik bercakap pada forum 'Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS' di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.
Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.

"Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.

"Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.

Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.

Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya "ustaz muda" bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini.

"Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008. PAS akan terus menjadi konservatif," katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau "serpihan" PAS.

"Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu. Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan.

"Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa," katanya. Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju Malaysia perlu ada parti Islam demokrat baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju Malaysia perlu ada parti Islam demokrat baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.


Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik.

"Waktu itu PAS tidak lagi relevan. Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan.

"Mereka perlu ke depan. Ini bukan untuk generasi kita tapi untuk anak cucu kita," katanya dan pendapat itu turut dikongsi ahli panel lain.

Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju dengan Maszlee, mengatakan Malaysia perlu satu parti Muslim demokrat yang tidak berasaskan perkauman kerana menganggap PAS kini "produk yang rosak".

"Pengajaran yang penting sekali daripada muktamar ini ialah Dewan Ulama meluluskan untuk putus hubungan dengan DAP.

"Tiba-tiba mereka sedar, terdapat 5,000 hingga 6,000 ahli PAS yang hidup makannya bergantung kepada kesepakatan DAP dan PKR.

"Ini bukan soal agama, tetapi soal ekonomi," katanya pada forum itu.

Ahli Panel forum Fathi Aris mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada gabungan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Ahli Panel forum Fathi Aris mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada gabungan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Susulan keputusan muktamar itu, seorang lagi ahli panel forum, Fathi Aris Omar mencadangkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

"PAS yang ada sekarang ini bukan saja tidak meneruskan usaha reformasi, saya cadangkan supaya PAS keluar PR, kerana mereka tidak menyumbang.

"Mereka menjadi duri dan nanah dalam daging PR. Meletakkan 2 parti (DAP dan PKR) dalam dilema," kata bekas ketua pengarang portal berita Malaysiakini itu.
-malaysianinsider-

PAS masih belum sedar diri

FATHI ARIS OMAR
Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden bersama timbalannya yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man. Keputusan ini tidak mengejutkan dan tidak pula menunjukkan perubahan mendalam PAS.

Perubahan besar ini tidak akan difahami jika kita hanya meneliti sikap PAS setakat krisis Selangor tahun lalu atau pergeseran apa yang dinamakan kumpulan "profesional" berdepan geng "ulama".

Krisis yang pada asalnya kabur ini bermula daripada beberapa persoalan: (a) wajarkah PAS bekerjasama dengan parti lain, (b) jika bekerjasama, wajarkah PAS meleburkan idealismenya dan menjadi rakan kongsi yang sama rata atau dominan, dan (c) kerjasama yang bagaimana dapat meningkatkan idealisme Islam ala PAS.

Untuk menyimpulkan PAS menolak kerjasama, saya kira hujah ini dangkal. Di sepanjang sejarahnya, PAS atau aliran-aliran utama dalam parti itu (termasuk semangat Hizbul Muslimin di Semanggol, Perak) selalu percaya pada kerjasama.

Tetapi ada satu masalah pokok dalam rumusan kerjasama PAS. Iaa yakin hanya parti itu layak mengetuai atau mendominasi kerjasama atas keyakinan mereka bahawa idealisme Islam itu menuntut kerjasama seumpama itu.

Yakni, Islam mesti memimpin atau menguasai, maka parti Islam yang "sebenar-benarnya" mestilah dalam posisi menguasai rakan-rakan kongsinya.

Beginilah cara berfikir golongan ulama dalam PAS dan mereka yang bersetuju dengan aliran ini. Lihat cara Dewan Ulama merumuskan usul memutuskan kerjasama dengan DAP tetapi mahu kekal dalam Pakatan Rakyat (yakni dengan PKR sahaja).

Dan, mereka yang percaya pada aliran inilah yang menguasai barisan kepemimpinan baru PAS dalam pemilihan parti minggu lalu.

Terpaksa menurut kata

Tetapi realpolitik pula tidak meletakkan PAS dalam kedudukan itu, yakni posisi seperti Umno menguasai, dan sekali gus "independen", dalam kerjasama itu.

PAS tidak berada dalam posisi dominan dan mendominasi yang membolehkannya berbuat sesuka hati, malah selalu harus menurut kata rakan-rakannya seperti BN, Parti Melayu Semangat 46, DAP atau PKR.

Lihat tokoh nasional yang memimpin gabungan itu. Dulu Abdul Razak Hussein, kemudian Tengku Razaleigh Hamzah dan kini Anwar Ibrahim; bukannya presiden-presiden PAS.

Malah situasi politik yang mendorong kerjasama itu pula bukanlah akibat pengaruh besar atau kehebatan PAS tetapi faktor lain di luar parti itu.

Di mata pengundi pula, karisma atau idealisme pemimpin PAS sering dibayangi oleh Abdul Razak, Tengku Razaleigh dan Anwar yang mengetuai – secara zahir atau simbolik – gabungan-gabungan tersebut.

Jadi, orang ramai tidak nampak apa perlunya presiden PAS memimpin sesuatu gabungan atau hanya idealisme Islam ala PAS layak menguasai gabungan.

Maka, atas senario politik itu dan tanggapan umum ini, PAS awal-awal lagi kehilangan tapak moral atau keabsahan politik yang membolehkannya dictate sesuatu gabungan.

Tetapi ia tetap memaksa-maksa diri untuk berbuat demikian, seolah-olahnya tidak sedar diri statusnya yang tidak cukup memikat bagi melayakkan berada di posisi itu.

Penguasaan melalui agenda umum

Namun, golongan pemimpin yang tewas ini sedar posisi lemah, atau secondary role, PAS dan mahukan "tempoh peralihan" melalui kerjasama tersebut.

Sebagai Islamis fundamentalis, golongan yang digelar "profesional" ini juga mahu PAS dalam posisi menguasai gabungan dan mereka juga sedar Islam sebagai idealisme yang menguasai (dictate) manusia dan negara.

Tetapi berbeza dengan aliran proulama yang melihat persoalan penegakan hukum dengan segera (hudud, misalnya), aliran profesional percaya pada tempoh transisi ini melalui agenda umum seperti negara berkebajikan, "PAS for all", pemulihan demokrasi, tadbir urus yang baik dan pembanterasan rasuah.

Aliran ulama percaya semua ini – negara berkebajikan, "PAS for all", pemulihan demokrasi, tadbir urus yang baik dan pembanterasan rasuah – boleh dicapai melalui penegakan syariah Islam, termasuk hudud dan Islamisasi meluas.

Aliran ulama percaya penegakan hukum perlu disegerakan kerana Islam sudah sempurna dan idea ini sudah lama tertangguh. Tiada lagi kompromi atau akomodasi.

Sementara golongan profesional melihat sebaliknya. Mereka percaya agenda-agenda ini – negara berkebajikan, "PAS for all", pemulihan demokrasi, tadbir urus yang baik dan pembanterasan rasuah – perlu diutamakan kerana ia sebahagian proses akomodasi atau kompromi dalam gabungan.

Tiada keabsahan politik

Pakatan Rakyat tidak melihat hudud sebagai keutamaan, maka demi meraikan gabungan, penegakan hukum itu wajar ditangguhkan.

Penangguhan itu berpunca daripada kesedaran aliran profesional pada hakikat bahawa PAS awal-awal lagi tiada tapak moral atau keabsahan politik untuk membolehkannya menguasai gabungan.

Aliran profesional melihat PAS belum berada dalam "primary role" gabungan, ia tidak berada dalam posisi dominan dan mendominasi yang membolehkannya menentukan arus utama gabungan.

Jika dilihat pada sirah Nabi, satu sumber ideologi gerakan politik Islam, posisi PAS bukan di peringkat memerintah seperti era Madinah tetapi masih di peringkat mencari-cari gabungan sesuai antara period Mekah dan Madinah.

Dalam sirah, proses ini tidak begitu jelas kerana ia berlaku di dua lokasi berbeza. Tetapi dalam konteks demokrasi hari ini, konsep hijrah Mekah-Madinah ini berlaku di tempat yang sama, yakni Malaysia!

Atas kekeliruan tafsir ideologi yang kabur inilah, maka kita temui dua aliran besar dalam PAS: Satu kita namakan aliran proulama dan satu lagi aliran bukan ulama yang mahu teruskan kesatuan dengan Pakatan Rakyat.

Ke manakah arah dua aliran tersebut selepas ini?

FATHI ARIS OMAR aktivis media bebas dan penulis buku Agong Tanpa Tengkolok.

Inilah keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat yang baru dilantik?

Mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pertama selepas muktamar yang menyaksikan golongan profesional disingkirkan daripada parti Islam itu memutuskan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan dilantik menjadi setiausaha agung baharu menggantikan Datuk Mustafa Ali, kata sumber.

Menurut pemimpin tertinggi PAS itu, Mustafa yang sebelum ini menjalankan tanggungjawab sebagai setiausaha agung parti Islam itu "diturunkan pangkat" menjadi pengarah pilihan raya bagi menggantikan Dr Mohd Hatta Ramli.

Bagaimanapun, sumber memberitahu, PAS terpaksa menangguhkan pengumuman lantikan baharu kerana bimbang pemimpin dilantik tidak mahu menerimanya.

"Usaha pujuk memujuk masih dilakukan kerana bimbang Mustafa tak mahu terima jawatan pengarah pilihan raya. Mustafa sebelum ini ada kata hanya akan menerima jawatan setiausaha agung.

"Sebab itulah Timbalan Presiden PASDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man umumkan pada Rabu, parti hanya akan umumkan ahli jawatankuasa (AJK) lantikan baharu pada 21 Jun depan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider yang enggan nama disiarkan.

Seorang lagi pemimpin PAS memberitahu The Malaysian Insider, pelantikan Takiyuddin akan memudahkan perjalanan parti itu kerana Hadi selesa bekerja dengannya.

"Hadi memang dah lama suka kat Takiyuddin. Lepas ni lebih mudah untuk PAS bergerak," katanya.

Usaha The Malaysian Insider untuk menghubungi Takiyuddin dan Mustafa masih belum membuahkan hasil.

Tuan Ibrahim memberitahu pemberita pada Rabu PAS hanya akan mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat baharu serta biro parti pada 21 Jun depan.

Takiyuddin sebelum ini merupakan penolong setiausaha agung dan bekas ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Kelantan.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat itu juga memutuskan untuk melantik bekas ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebagai ketua penerangan baharu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar.

Selain itu, Exco Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menjadi bendahari PAS bagi menggantikan Asmuni Awi.

PAS juga memutuskan untuk melantik Salahuddin Ayub, Mahfuz dan Siti Zailah Mohd Yusoff yang kalah dalam muktamar lepas sebagai AJK PAS Pusat.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena tidak mahu memberikan sebarang komen ketika dihubungi.

Salahuddin dalam kenyataan terbaru berkata beliau hanya selesa menjadi ahli biasa selepas tidak terpilih menjadi naib presiden baru-baru ini.

"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.

"Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS yang ditewaskan buat pertama kali itu kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas.
-malaysianinsider-

Gambar pelakon popular berselfie separuh bogel tersebar (Gambar)

Pelakon-Selfie
Reda isu mengenai pelawak lucah, terbaharu dunia hiburan tanah air digemparkan dengan foto seorang artis wanita popular didakwa beraksi separuh bogel, tersebar di laman-laman sosial.

Menerusi laporan portal AstroGempak menyebut, foto tersebut menunjukkan seorang wanita persis pelakon drama popular sedang ‘selfie’ di hadapan cermin tanpa pakaian dan hanya berseluar dalam.

Aksi berani wanita tersebut telah mendapat kecaman sebahagian besar pengikut di laman Instagram sehingga terdapat beberapa klu yang menjurus kepada seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun menerusi kapsyen pada gambar tersebut dipercayai pelakon berkenaan dianiaya oleh rakannya sendiri.

“Rasanya kawan perempuan pakwe dia saja mesej dia suruh kasi gambar bogel sebab handphone boyfriend dia dipinjam oleh kawannya. Astaghfirullah tak malu ke? Dahlah **** silikon. Yang kelakarnya **** berwarna hitam dan tak center sebab pakai silikon. **** sepatutnya ditengah-tengah bukan di atas cik kak oi…”./klpost

Salahuddin Ayub tolak pelantikan PAS Pusat

ZULKIFLI SULONG 
Buat masa ini bekas naib presiden PAS paling kanan, Salahuddin Ayob memilih untuk jadi ahli biasa saja. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 Jun, 2015.Kumpulan profesional dalam PAS yang kalah pada pemilihan parti itu minggu lepas memutuskan tidak akan menerima sebarang pelantikan jawatan jika ditawarkan kepada mereka oleh pimpinan baru yang kini didominasi golongan ulama.
Walaupun desakan demi desakan dibuat agar mereka bertindak, termasuk dengan menubuhkan parti baharu dan bersama Pakatan Rakyat (PR), mereka mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.

"Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditewaskan buat pertama kali kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.
Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro ulama dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas.

Menurut sumber, sikap Salahuddin menolak sebarang jawatan ini dikongsi semua pemimpin kumpulan profesional yang ditewaskan baru-baru ini.

Ia disuarakan secara bertulis oleh bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad dan Abang Ahmad Kerde Abang Masagus selain bekas AJK Muslimat Wan Aishah Wan Arifin.

Sikap ini diambil berdasarkan pendirian kumpulan ulama PAS, sebagaimana yang disuarakan ketuanya yang baharu Datuk Dr Mahfodz Mohamed, melalui wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad lepas.

"Sekarang ni, saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.

"Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura saja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah.

"Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama, maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar PAS.

"Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada presiden akan lebih kukuh," kata Mahfudz kepada akhbar milik Umno itu yang dikatakan sangat menghiris hati kumpulan profesional.

Ia menjadi penyebab langsung mereka menolak sebarang pelantikan.

Bagaimanapun, susulan membuat keputusan tidak memegang jawatan, mereka tidak akan berdiam diri tetapi akan bertemu ahli PAS seluruh negara dan mendengar pandangan mereka sebelum menentukan hala tuju.

Salahuddin berkata beliau akan cuba menjadi pendengar yang baik dan "mendengar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting, apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini".

"Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akademia, budayawan dan bukan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa golongan ulama sebagai 'duri dalam daging kepada PAS' akan membuat sidang meja bulat bagi membincangkan masa depan PAS 13 Jun ini di Shah Alam.

"Kami panggil semua pemimpin negeri kami dan juga menjemput pemimpin badan bukan kerajaan menyertai sidang ini bagi memberikan input apa yang patut kami buat selepas apa yang berlaku dalam muktamar lepas," kata Setiausaha Agung PasMa Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Selepas mencapai kata sepakat, mereka akan menyampaikan keputusan dan pandangan itu kepada pihak yang perlu di dalam PAS kerana hampir semua ahli dan aktivis PasMa merupakan ahli parti Islam itu.
-malaysianinsider-