Peletakan jawatan Khairul Anwar mungkin dicontohi pemimpin Johor lain - Zam

Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin berkata keputusan Datuk Khairul Anwar Rahmat jelas mempunyai kaitan dengan tuduhan dibuat terhadap pengerusi SukaGuam itu yang beliau ‘berkonspirasi’ dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghina dan memalukan Datuk Seri Najib Razak. 

Keputusan penganjur forum Nothing2Hide melepaskan semua jawatannya dalam Umno hari ini boleh mengundang tindakan sama dari pemimpin Umno Johor yang lain, kata bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin.

Dalam posting terbaru di blognya, Zainuddin berkata keputusan Datuk Khairul Anwar Rahmat jelas mempunyai kaitan dengan tuduhan dibuat terhadap pengerusi SukaGuam itu yang beliau "berkonspirasi" dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghina dan memalukan Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri tidak menghadiri forum pada 5 Jun itu atas alasan keselamatan walaupun pada asalnya, ia merupakan satu dialog antara beliau dengan badan bukan kerajaan (NGO), menyebabkan Dr Mahathir yang turut hadir, naik ke pentas dan mengambil alih majlis.

Keputusan Khairul meletakkan jawatannya dalam Pemuda Umno Johor hanya akan menambah kepada masalah Najib, kerana ia dibuat sehari selepas presiden itu mengumumkan penangguhan pemilihan partinya selama 18 bulan, kata Zainuddin.

"Beliau (Khairul) adalah seorang yang berpengaruh dan dihormati di kalangan pemuda Umno Johor," kata Zainuddin, juga dikenali sebagai Zam, dalam blognya zamkata.blogspot.com.

Khairul terdahulu hari ini mengatakan beliau meletak jawatan sebagai ketua Pemuda bahagian Kluang, naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua setiausaha biro guaman Umno berkuatkuasa 11 Julai.

Ia dikatakan bagi menumpukan kepada usaha firmanya Khairul Group mengembangkan perniagaan di peringkat serantau.

"Tindakannya meletakkan semua jawatan dalam Umno Johor dengan mengejut pasti mengundang beberapa persoalan dan membawa kemungkinan kepada berlakunya tindakan yang sama di beberapa bahagian lagi di negeri itu," kata Zam.

Katanya, ia tidak akan membantu perancangan Najib, memandangkan beliau memerlukan segala kekuatan yang ada untuk memperkukuhkan perpaduan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ini lebih-lebih lagi selepas penangkapan seorang bekas eksekutif PetroSaudi di Thailand yang dikatakan membuktikan emel melibatkan perjanjian antara syarikat itu dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipalsukan.
-malaysianinsider-

Tragedi ngeri pesta larian lembu, 2 mati ditanduk

pamplona-running-bulls
Madrid: Dua lelaki berusia 40 dan 80 telah meninggal dunia selepas ditikam lembu semasa perayaan lembu-larian di Sepanyol minggu ini, kata pegawai semalam.

Pemain berusia 80 tahun meninggal dunia akibat kecederaan dalam perut setelah ditanduk lembu di bandar Ampolla de Mar di Catalonia, timur laut Sepanyol.

Datuk Bandar bandar Francesc Arasa berkata mangsa adalah peserta biasa lembu-larian dan usianya juga menepati syarat.

Lelaki itu ditikam oleh salah satu daripada tiga lembu betina permulaan pesta.

Menurut mereka lelaki tersebut berada di belakang penghalang tetapi gagal untuk keluar dari jalan apabila lembu betina yang mencucuk tanduknya melalui penghalang dan tikam dia dua atau tiga kali dalam perut”, kata Arasa.

Lelaki itu mengalami kehilangan darah yang banyak,dimana ia merosakkan hati dan buah pinggang dan dia meninggal dunia dua hari kemudian. Pesta itu dihentikan selepas kejadian itu.

“Ia merupakan kali pertama orang terbunuh di kampung ini dalam pesta lembu-larian,” kata Arasa.

Dalam kejadian yang sama di bandar barat Coria, seorang lelaki berusia 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung di hospital selepas ditikam lembu di dada dan perut, kata seorang jurucakap bagi pihak berkuasa serantau Extremadura kepada AFP.

Video yang disiarkan di internet menunjukkan lembu jantan hitam yang besar mengangkat manusia dari tanah kerana tertusuk tanduknya melalui besi peghalang bertujuan untuk melindungi peserta di gelanggang sukan lawan lembu di bandar ini.

Lembu telah disembelih pada hari Khamis, kata para pegawai.

Pada malam Khamis, seorang lelaki berusia 23 cedera dalam satu lagi peristiwa lembu jantan yang dikendalikan di Coria tetapi mujur nyawanya terselamat./klpost

Perbuatan kejam jururawat dirakam CCTV

Pesakit
New York:Seorang pesakit cacat berusia 51 tahun diseret ke biliknya dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang jururawat lelaki di pusat kejururawatan dan pemulihan di Far Rockaway, di sini.

Perbuatan kejam mereka itu telah dirakamkan melalui kamera CCTV.

Dalam rakaman itu, pesakit tersebut yang hanya memakai gaun hospital, telah terjatuh di hadapan jururawat lelaki itu dikenali sebagai Emmanuael Ufot, 36.

Manakala dua lagi jururawat wanita Funnmiloloa Taiwo, 34, dan Esohe Agbonkpolor, 39, hanya memerhatikan sahaja pesakit itu.

Mereka membiarkan lelaki itu terbaring di atas lantai selama 20 minit sebelum menariknya ke bilik dengan cara menyeret gaun yang dipakai lelaki itu, yang telah terselak dan terbelit di leher.

Ketika itu darah terus berlumuran dari bahagian kepala dan rahang lelaki itu.

Susulan itu, ketiga-tiga jururawat terbabit telah ditangkap kerana membahayakan kebajikan dan kesihatan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, pendakwaraya, Eric Schneiderman berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan jururawat yang gagal menjaga atau membahayakan pesakit di bawah jagaan mereka. 

“Penduduk di New York berhak mendapat penjagaan yang berkualiti dan penjaga pula perlu melaksanakannya dengan penuh profesional,’’ katanya./klpost

Kenapa ada tiga waktu berbuka puasa berbeza dalam bangunan ini?

Burj Khalifa punyai tiga waktu berbuka puasa?
Burj Khalifa
LAZIMNYA perbezaan waktu berbuka puasa disebabkan oleh perbezaan wilayah, negeri, misalnya waktu berbuka puasa di Shah Alam selalunya akan berbeza dengan Kuala Lumpur, meskipun secara geografinya kedua-dua kawasan itu berdekatan.

Namun, pernahkah anda mendengar adanya waktu berbuka puasa yang berbeza waktu dalam satu bangunan?

Menarik bukan, memetik laporan Kompas.com perkara yang kelihatan mustahil berlaku di Malaysia ini terjadi di bangunan tertinggi di dunia iaitu di Burj all-Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

KENAPA BERBEZA WAKTU

Laporan itu dipetik, puncanya adalah kerana faktor ketinggian.

Oleh itu , Kementerian Urusan Agama Islam dan Amal Sosial di Dubai telah menerbitkan jadual berbuka puasa khusus di bangunan ini.

Sebagai pencakar langit tertinggi di dunia sejak 2010 hingga kini dan berlokasi di negara Islam, bangunan ini mendapat perakuan berbeza waktu berbuka puasa berbanding lokasi-lokasi lainnya di Dubai.

"Tingginya bangunan inilah yang pada akhirnya mempengaruhi waktu berbuka puasa....pembahagian ini berdasarkan matahari terbenam yang dilihat oleh penghuni bangunan ini," petik kenyataan Pengarah urusan agama Islam dan Amal Sosial Dubai, Dr. Ahmed Al Haddad.

Menurut Ahmed, penghuni yang tinggal di aras 80 tingkat ke bawah, akan berbuka puasa sama dengan waktu di mana ketika azan Maghrib berkumandang di televisyen Dubai atau masjid berdekatan, manakala penghuni di aras 80-150 tingkat akan berbuka puasa dua minit selepas azan dan bagi mereka yang tinggal di aras 150 tingkat ke atas harus berbuka puasa lewat tiga minit.

Namun, mereka yang berada di aras ini akan menunaikan solat subuh tiga minit lebih awal berbanding penghuni yang berada ditingkat bawah.

TENTANG BURJ KHALIFA

Burj Khalifa dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit yang tertinggi didirikan di Dubai dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, ia memiliki ketinggian 828 m (2,717 kaki).

Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.

Bangunan ini merupakan sebahagian projek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai.

Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas, kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB.

Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion.

Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir.

Menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. Pelan lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi.

Ia juga berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam Islam.

Bahagian luar disadur dengan aluminium dan tekstur keluli tahan karat dengan jarak panel menegak berbentuk tiub sirip keluli tahan karat. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas melampau di Dubai.

Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64.

Semua apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dibuka.

Pejabat korporat ditempatkan di tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 78.

Burj Dubai mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101 yang mempunyai sistem lif dengan kelajuan 16.83 meter sesaat. Ia menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.

Jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50 meter ke dalam tanah

Burj Khalifa direka untuk menjadi titik pusat projek pembangunan pelbagai kegunaan besar-besaran yang merangkumi 30,000 buah rumah, sembilan buah hotel termasuk The Address Downtown Burj Dubai, kawasan taman seluas 3 hektar (7.4 ekar), sekurang-kurangnya 19 buah menara perumahan, pusat beli-belah Dubai Mall, dan Tasik Burj Khalifa buatan manusia seluas 12-hektar (30-ekar).
-sinarharian-

1MDB: Jadilah perompak 'budiman' ala 'Robinhood', anda akan terlepas dari hukuman?

'Lepas ni rompaklah sebanyak mana pun'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pemikiran "sangat berbahaya" kepada pembangunan insan kerana memberi mesej salah kepada rakyat dalam isu 1MDB, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Dalam kenyataan beliau hari ini Mahfuz berkata, kenyataan Najib mengenai sumbangan 1MDB untuk pembangunan masjid menunjukkan seolah-olah seseorang boleh melakukan dosa sebanyak mungkin sebelum 'mencucinya' dengan sedikit sedekah atau pun mengerjakan umrah.

"Inilah yang dilakukan 1MDB.

"Pengurusan yang pincang dengan penyelewengan membabitkan tanggungan hutang RM42 bilion dicuci dengan sumbangan membina masjid dan membawa imam-imam menunaikan ibadah haji dan umrah.

"Mudahnya memerintah Malaysia," katanya.

Mahfuz mengulas kenyataan dibuat Najib semalam mengenai sumbangan diberi 1MDB untuk "pembangunan Islam" di negara ini.

Untuk mengukuhkan hujah itu, perdana menteri memberi contoh sumbangan diberi Yayasan 1MDB untuk mengisi sebahagian daripada kos pembangunan semula Masjid Kampung Baru bernilai M20 juta.

Beliau juga sedih kerana 1MDB diberi gambaran buruk di media sosial.

Mahfuz yang juga bekas Ketua Penerangan PAS berkata, kenyataan Najib itu memberi maksud seolah-olah beliau mahu rakyat, khususnya umat Islam, memberikan kemaafan pada apa pun kesalahan yang di lakukan oleh 1MDB kerana agensi itu turut melakukan kebaikan.

Katanya, pemikiran begitulah menyebabkan tiada usaha bersungguh-sungguh di pihak penguatkuasaan undang undang bagi mengatasi segala penyelewengan dalam pentadbiran negara.

"Lepas ini rompaklah sebanyak mana pun, kemudian perompak sumbang buat masjid. Tutup kes," katanya.
-malaysiakini-

‘Pembersihan etnik’ dalam PAS antara punca Sheikh Omar sertai DAP

MOHD FARHAN DARWIS
Kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang sering dikitar semula, serta "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan ini, Sheikh Omar Ali mengambil pendirian keluar parti dan menyertai DAP.

Bekas penuntut jurusan Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu berpendapat, keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro ulama juga menyaksikan parti itu semakin ketinggalan 30 tahun ke belakang.

Keadaan ini berbanding DAP, yang pada pandangan bekas ahli PAS berusia 30 tahun ini, nampak lebih serius dalam memperjuangkan isu yang membabitkan rakyat.

"Agak lama saya berada dalam PAS, namun sikap sesetengah pimpinan parti Islam tersebut yang terus-menerus mengulangi polemik serta titik bengik konflik dalamannya yang terlalu panjang, menyebabkan PAS menjadi begitu ekslusif dan seolah-olah tidak mahu bergerak ke hadapan mendepani isu rakyat.

"Bukan tidak ada figura progresif, namun pasca muktamar lalu seolah-olah menyaksikan satu proses 'ethnic cleansing' yang akhirnya akan membawa semula PAS 30 tahun ke belakang," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, merujuk Muktamar Tahunan ke-61 yang diadakan di Kuala Selangor itu.

Bekas penuntut sekolah menengah kebangsaan agama di selatan tanah air itu juga yakin, DAP bukan sebuah parti yang berteraskan jalur perkauman seperti dibangkitkan beberapa pihak yang mendakwa DAP merupakan parti cauvinis.

Sebaliknya, Sheikh Omar berkata, beliau melihat semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP juga selari dengan semangat yang dianjurkan Islam.

"Saya tidak khuatir dengan 'backfire' yang mungkin diterima dek kerana seorang anak muda Melayu, berlatar belakangkan pengajian agama, menyertai DAP – sebuah parti yang berteraskan semangat demokrasi, yang hakikatnya tiada percanggahan dengan semangat Islam.

"Asalkan sahaja dasarnya tidak berubah, DAP adalah untuk semua rakyat yang bercita-cita melihat perubahan iklim politik kepada yang lebih sihat dan demokratik, tanpa mengira warna kulit," katanya.

Hubungan DAP dan PAS kini semakin keruh, lebih-lebih lagi apabila Muktamar Dewan Ulama mengusulkan supaya parti itu memutuskan hubungan dengan parti sekular itu dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas di muktamar penuh.

Susulan daripada perkembangan itu, DAP kemudiannya mengambil pendirian dan mengumumkan tamatnya riwayat gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Ia kemudiannya menyebabkan sekumpulan ahli Parlimen dan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan, terutamanya mereka daripada kumpulan progresif, menubuhkan G18, juga dikenali sebagai 'Gerakan Harapan Baru'.

Ia sekali gus mencetuskan ura-ura akan wujudnya parti baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS dalam PR.

"Saya memilih DAP kerana saya melihat ada ruang untuk saya mainkan peranan ke arah perubahan di Malaysia," kata Sheikh Omar ketika diajukan pertanyaan sama ada akan menyertai parti baharu itu sekiranya ia ditubuhkan.

"Sekiranya terbentuk parti baharu oleh golongan profesional PAS, saya harap ia benar-benar dapat menjadi elemen penguat ke arah menyatukan barisan pembangkang, termasuklah DAP dan PKR, dalam satu pakatan untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN)."

Sheikh Omar turut berkata, meskipun berlatarbelakangkan pendidikan agama, 'penjenamaan Islam' dalam DAP bukan isu pokok yang menjadi matlamatnya menyertai DAP.

"Bagi saya, Islam adalah pada intipati, ruh, semangat, penghayatan dan diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan sistem serta nilai kehidupan.

"Natijah akhirnya ialah kesejahteraan kepada rakyat dalam bernegara. 'Baldatun toyyibatun, wa robbun ghafur' – negara yang baik sejahtera dan Tuhan maha pengampun," katanya.

Sayap Islamis, atau apa sahaja 'penjenamaan Islam' dalam parti demokratik itu, katanya, bukan isunya.

"Komitmen DAP untuk melawan rasuah, pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah, ketirisan, perkauman sempit dan sebagainya adalah intipatinya, walaupun tanpa 'sayap Islamis' atau 'Dewan Ulama'," katanya.

Bekas exco pemuda PAS Johor itu menyertai DAP secara rasmi minggu lepas apabila menyerahkan borang keahlian kepada Penasihat DAP, yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada satu majlis berbuka puasa di Kluang.

Sheikh Omar turut berkata, selain ibu bapa, isterinya turut menyokong tindakannya itu.

"Keluarga saya tiada masalah dengan keputusan ini. Lebih-lebih lagi ibu dan bapa saya. Merekalah sumber kekuatan bagi diri saya untuk berpencak di lapangan politik.

"Rakan-rakan umumnya, serta kenalan dalam PAS, memberikan pandangan yang berbeza-beza. Namun semuanya saya anggap sebagai motivasi, dorongan serta nasihat tanda 'peduli' mereka dalam mengikuti perkembangan karier politik saya," katanya, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Putrajaya.
-malaysianinsider-

Remaja meraung enggan digari (video)

takut kena gari
PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki meraung setelah diugut hendak digari oleh anggota polis kerana melakukan kesalahan jalan raya.

Selain di bawah umur, dia juga tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal Honda Wave.

Sepanjang rakaman 51 saat itu, dia tidak henti menangis dan menurut segala arahan anggota polis .

Berdasarkan audio, remaja berkenaan memberitahu umurnya baru 13 tahun dan dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja bapanya.

-fmt-

Annuar Musa buat U-turn selepas kena herdik kat Rosmah?

Mula-mula bukan bergaya lagi Annuar Musa tampil menceritakan sekaligus menjawab pembelian hartanah di Melboure Australia oleh anak syarikat MARA, Mara Inc. Katanya pembelian hartatanah itu yang dibuat atas daripada harga sebenar dilakukan sendiri dengan pengetahuan dan kelulusan Perdana Menteri Najib Rojak.

Bukan main lagi tersusun dan indahnya ayat "mayat" Annuar gunakan. Kublaikhan awal-awal lagi terkejut dengan cara penjelasan Annuar yang membabitkan nama Perdana Menteri.

Itu penulis blog MSO, membuat dengdangan (persepsi) yang Annuar seakan sengaja mahu mengheret sama nama Najib. Tindakan itu, MSO sifatkan sebagai keadaan membahayakan politik Annuar Musa.

Nah, ternyata apa kata MSO benar. Najib kurang senang dengan penjelasan Annuar yang mengaitkan pembelian itu dengan namanya. Najib membelasah media kononnya memutar belitkan kenyataan Annuar Musa. Padahal apa yang wartawan tulis bukan rekaan tetapi menyalin (transkrip) cakap Annuar. Cakap itu ada dalam dalam tape rekoder. Belasan Najib kepada media itu sebagai memukul anak menyindir menantu.

Hari ini pula apa yang Kublaikhan ketahui Annuar meralat balik kenyataan itu. Katanya pembelian itu tidak diluluskan oleh Najib? Katanya perkata itu ada disebut dalam surat bertarikh 10 Mei. Wah... macam mana pula ni, foning sungguh?

Khublaikhan rasa, Annuar dan kena herdik dekat Rosmah ke kerana menyusahkan Najib. Mungkin. Kalau begitu dia terpaksa tebalkan muka dengan membuat pembetulan itu. Annuar tak kisah kalau air liur dia tak masin, yang penting dia masih terus jadi Pengerusi Mara. Apa yang Annuar takut Kublaikhan fikir bukan wang rakyat di Mara itu disamun, tetapi dia takut jawatan itu tidak disambung selepas tamat kelak.

- KUBLAIKHAN... tunggu hasil report Annuar kat SPRM sejauh mana ia berjalan?

Tangan Najib pembawa malang

Aspan Alias
Semua sentuhan Najib membawa masalah kepada negara terutamanya dalam hal melibatkan kewangan dan khazanah negara yang merugikan. Tidak payah kita sebut sejarah lama. Jika kita mulakan dengan hal kapal selam hinggalah kepada isu FGV dan kini isu pembelian harta di Cauldfield di Melbourne semuanya adalah transaksi di bawah dagu Najib.
Pendek apa sahaja yang disentuh oleh Najib akan membawa malang kepada negara dan rakyat yang menanggung semua salah laku beliau. Dalam pada itu beliau tetap berdegil dan tidak mahu berundur dan setiap salah lakunya yang diketahui umum beliau akan dialihkan pandangan ramai kepada perkara yang lain tidak tepat sasarannya.

Isu yang saya selalu sebutkan ialah pimpinan kita sejak berapa lama dahulu tidak mahu mengambil ‘accountability’ terhadap noda dan kesalahan yang dilakukan mereka. Memerentah hendak lama tetapi kesalahan tetap dilakukannya. Kesalahan mereka tidak mahu diakui tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain. Apabila disoal oleh rakyat jawapan tidak diberi dengan betul atau tidak dijawab terus. Jika menjawab pun hanyalah jawapan-jawapan loyar buruk sahaja dan tidak tepat.

Semua tanggungjawab hendak dipikul tetapi satu pun tidak terlunas dengan baik dan sempurna malah semuanya dalam kepincangan. Rakyat keliru dengan sifat dan tindak laku pimpinan kita. Gaya ada tetapi tidak mempunyai ‘substance’ dan kalau dikaji dengan teliti mereka ini layak bersama saya sahaja duduk dan minum dikedai mamak setiap hari.

Kita cuba ingatkan isu-isu yang lepas yang berkait dengan Najib. Isu scorpene semua orang tahu ia melibatkan isu RM lebih dari RM7billion. Akhirnya timbul isu sampingan selain dari isu tambahan harga yang begitu tinggi, iaitu isu pembunuhan Altantuya yang sampai hari ini tidak mendapat penyelesaian yang betul walaupun telah dibawa ke Mahkamah. Dr Mahathir telah bertanya siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya, jawapannya tidak diberi sehingga hari ini.

Felda mantap dan selamat semasa perbadanan itu berada di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dahulu, tetapi kelemahan Abdullah Badawi yang terbilang dengan mudah tidurnya telah membenarkan Najib membawa Felda untuk diletakan dibawah urusan beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Felda yang mempunyai resab yang melebihi RM4 billion sekarang sudah tinggal sejemput sahaja. Peneroka yang tidak pernah berhutang sekarang sudah berhutang kerana pembelian saham FGV yang beliau janjikan bulan dan bintang dahulu. Sekarang harga saham FGV telah merudum dan sekarang berlegar di sekitar RM 1.70 sen sahaja. FGV ibarat berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Dulu ramai yang menentang Felda di senaraikan di Pasaran Saham termasuk pegawai – pegawai yang kanan dalam perbadanan itu tetapi mereka ini diharam jadahkan oleh Najib. Sekarang peneroka sudah mengalami masalah yang belum pernah mereka alami kerana tindakan Najib yang memandai-mandai. Kata-kata sumbang sudah terlepas usaha yang kononnya untuk kepentingan peneroka telah gagal.

Timbul pula isu 1MDB yang terhutang sebanyak RM42 billion. Itu pun beliau nafikan yang 1MDB mengalami kerugian dan Najib sentiasa berfikir rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu yang rakyat lebih cerdik dari beliau.

1MDB membawa padah kepada banyak pihak. Beberapa orang pegawai bank antarabangsa telah kehilangan kerja kerana memberikan pinjaman kepada 1MDB. 1MDB menjadikan ‘credit rating’ negara sudah menurun. Kita bukan tidak tahu, jika tiga ‘credit rating agencies’ ini memberikan negara ‘rating’ yang rendah negara akan kehilangan kredibiliti dan akan memberikan masalah dan tambahan beban kepada negara. Isu-isu seperti ini dipermain-mainkan dan dilalai-lalaikan. Akhirnya kerajaan telah menghantar seorang Menteri Kabinet untuk berjumpa salah satu dari ‘credit rating agencies’ itu untuk meminta jangan diturunkan ‘rating’ Malaysia.

Semua kerja tidak dilakukan oleh pelaksana dengan jujur. FGV telah membeli saham syarikat perladangan kumpulan Rajawali di Indonesia dengan harga yang meragukan. Felda sememangnya terbilang dengan membeli harta dengan harga yang ditambah berlipat kali ganda di seluruh dunia. Tentulah kita tahu sebabnya jika membeli harta yang berlipat kali ganda harganya itu. Kali ini Felda telah membeli syarikat kumpulan Rajawali dengan harga dua kali ganda dari aras harga pasaran. Ada beberapa orang yang hendak menjadi kaya raya dengan menggunakan kedudukan dan keringat peneroka itu.

Sekarang timbul pula hal pembelian harta di Cauldfield Melbourne dengan tambahan harga sebanyak hampir RM14 juta. Sekarang MARA sedang menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat pembelian itu. Pergolakan dalam UMNO juga dikatakan penyebab kenapa isu ini diketengahkan. Siapa yang memangsakan dan dimangsakan dalam isu terbaru ini kita akan ketahui nanti.

Pemutus kata, apa sahaja yang berada dibawah Najib semuanya mempunyai masalah hasil dari tidak ada kejujuran dan merobek keyakinan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat itu.

Najib has to be forced out. Semua sentuhannya membawa malang.
http://aspanaliasnet.blogspot.com

China Sekat Umat Islam Berpuasa Dengan Menggunakan Tentera (12 Gambar)

Tranungkite
China gunakan tentera utk melarang umat Islam di Xinjiang menunaikan ibadah puasa...










Ustaz dakwa miliki rambut Rasulullah dikecam

Adam Abu Bakar 
ustaz,rambut
PETALING JAYA: Seorang ustaz dikecam dalam media sosial selepas memuat naik gambar yang mendakwa sebahagian kecil potongan dari rambut Nabi Muhammad S.A.W.

Abu Syafiq memuat naik gambar di laman Facebooknya pada 22 Jun lalu, turut mendakwa dia memiliki dan telah memakai sebahagian kecil potongan dari rambut Rasulullah.

“Gambar ada sebahagian kecil potongan dari rambut Rasulullah yg dipakai hamba..alhamdulillah…sollu ala Rasulillah,” tulisnya di Facebook.

Tindakan Abu Syafiq itu telah dikecam oleh pengguna Facebook antaranya pengguna Muhamad Harris Nasril yang menyindir rambut nabi itu seperti bulu hidungnya.

“mcam bulu idong aku ja. ahhaha,” tulisnya.

Kesahihannya turut dipersoalkan, Syamboytudm Syam turut menyatakan tidak berjumpa sebarang hadis Rasulullah mengenai penyimpanan rambut nabi.

“Xde jumpa Hadis Rasulullah SAW bgtau, bila aku wafat, ambil rambut@janggung@kening utk simpan ke gantung ke… Sekian. Tolong tego kalo aku salah, masih belajar,” katanya.

Bukan itu sahaja, bagi Nasri An-Nasr, dia menyatakan “Nabi S.A.W pesan…Aku Tinggalkan kepda kamu 2 perkara Al-Quran dan Sunnah,” katanya.
-freemalaysiatoday-

Najib bayangkan rombakan Kabinet tak lama lagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membayangkan kemungkinan ada rombakan kabinet tidak lama lagi walaupun beberapa menteri menafikannya sebelum ini.

Najib, ketika ditanya mengenai spekulasi tentang rombakan itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.

"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib juga membayangkan bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, yang status sebagai presiden MIC masih samar-samar, tidak mempunyai banyak masa dalam kabinet.

"Kedudukan Palanivel sebagai menteri akan diputuskan tidak lama lagi," katanya sambil menambah bahawa buat masa ini, beliau mahu MIC menentukan kepimpinan mereka.

Timbalan Presiden MIC S Subramaniam semalam mendakwa bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan Palanivel bukan lagi menjadi ahli MIC.

Beliau juga mendakwa bahawa ROS kini mengiktirafnya sebagai pemangku presiden.

Najib berkata beliau akan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan krisis MIC itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri mungkin menggugurkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shafie Apdal, yang kritikal terhadap kemelut membabitkan 1MDB.

Najib telah pun memberi kata dua kepada para menteri yang tidak bersetuju dengan beliau untuk meletakkan jawatan.
-malaysiakini-

MB Selangor: Khalid Ibrahim sudah sedia untuk dilantik semula?

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor bagi memastikan negeri itu ditadbir secara telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah.
Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau hanya boleh kembali menerajui Selangor jika mendapat majoriti mudah dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).

"Saya sedia kembali menjadi Menteri Besar jika mendapat sokongan bagi memastikan Selangor ditadbir dengan telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah," katanya seperti dilaporkan Malaymail Online.

Desas-desus sudah mula tersebar Abdul Khalid akan kembali menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Mohamed Azmin Ali.

Dakwaan itu timbul apabila kemelut politik yang melanda DAP dan Pas yang turut sama mengheret Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjejaskan pentadbiran negeri.

Azmin dikatakan tidak lagi mendapat sokongan DAP malah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (PKR) juga tidak menaruh kepercayaan terhadap pemimpinan Azmin sebagai Menteri Besar.

Ketidaktentuan politik di Selangor mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan kerajaan negeri memastikan kestabilan supaya pembangunan dapat diteruskan untuk rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, kelibat Abdul Khalid kerap kelihatan dalam program-program rasmi yang dihadiri Sultan Selangor sekaligus menguatkan lagi desas desus itu.

Abdul Khalid diturunkan dari jawatan Menteri Besar selepas dituduh dengan pelbagai tuduhan antaranya penyelesaian hutang dengan Bank Islam yang meragukan, memberi kelulusan kepada pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan menandatangani penjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan.

Namun, dakwaan-dakwaan itu khususnya berkaitan penyelesaian hutang Bank Islam gagal dibuktikan sehingga kini malah Azmin sendiri meneruskan perjanjian air yang telah dimulakan oleh Abdul Khalid.
-FMT-

Ular sawa mati selepas telan landak (Gambar)

Ular sawa
Seekor ular sawa Afrika yang menelan seekor landak gergasi akhirnya maut akibat perbuatannya sendiri.Manakan tidak, sebaik sahaja berjaya menelan landak berkenaan, sistem penghadaman di dalam perutnya cuba menhadam landak tersebut tetapi sebaliknya akibat daripada proses semulajadi itu, duri landak yang tajam telah menusuk perut ular sawa itu sehingga tembus.Insiden tersebut berlaku di Taman Hidupan Liar Tasik Eland, Afrika Selatan baru-baru ini.

Ular sawa sepanjang empat meter itu adalah reptilia yang biasa ditemui di Afrika Selatan.

Pengurus Besar taman tersebut, Jennifer Fuller berkata, ular sawa berkenaan ditemui mati di tepi lereng berbatu dalam keadaan perutnya masih kembung dengan landak yang dibahamnya itu.

Apabila renjer taman memotong perut ular tersebut, mereka menemui landak gergasi itu dalam keadaan asal dan masih belum dihadam oleh sistem penghadamannya.

Bagaimanapun mereka turut menemui beberapa batang duri landak itu telah tercabut dan tercacak pada bahagian perut ular sawa itu.

Pihak taman itu suspek, ular sawa itu telah menelan landak gergasi berkenaan pada waktu malam yang mana ia hanya bergantung kepada deria untuk mengesan gelombang panas yang dikeluarkan oleh badan landak itu untuk menyerang mangsanya.

Jika landak itu melintas di hadapan ular tersebut pada waktu siang, ia tidak akan menelan mangsanya yang penuh dengan duri itu./klpost

G-18 untungkan musuh: Siapakah musuh yang dimaksudkan oleh Haron Din?


Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan tindakan pemimpin progesif meninggalkan parti itu hanya akan menguntungkan "musuh" serta melemahkan gerakan Islam.

Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala," katanya.

Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan perpecahan parti, malah gerakan Islam.

"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan "musuh" yang dirujuknya itu.

G-18 dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan politik selepas mereka disingkirkan secara berkumpulan oleh perwakilan PAS yang bermuktamar di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Sebagai ganti, kumpulan konservatif menguasai seluruh jawatankuasa pusat serta sayap PAS.

Satu-satunya pemimpin progresif yang memenangi pemilihan itu, Mazlan Aliman, juga kemudian meletak jawatan.

Haron berkata, kekalahan dalam pemilihan lalu bukan bermakna ahli PAS mahu menghalau mereka, sebaliknya pemimpin terbabit sendiri mahu keluar dari parti berkenaan.
-malaysiakini-

Mimpi jumpa Rasulullah : Ulasan mufti Perlis dedah ada ulama cap ayam dalam PAS?

dr-maza
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat ramai orang tertipu dengan mainan mimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.
Beliau berkata, seringkali mereka yang suka mendakwa bermimpi dengan Rasulullah mempunyai tujuan tertentu.

Malah, menurut beliau, terdapat juga segelintir pihak yang bersikap riak atau mahu menunjuk-nunjuk bagi tujuan mendapat kemasyhuran diri dengan mendakwa telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah.

“Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit dari suntikan syaitan dan mereka telah jatuh ke dalam perangkap syaitan,” katanya menerusi status terbaru di laman Facebook DrMaza.com pada Khamis.

Tambah Dr. Asri lagi, apa yang berlaku itu seperti ingin menambah pengaruh diri, mengumpulkan harta orang ramai untuk diri sendiri, menyokong puak ataupun aliran tertentu dan juga tujuan politik kepartian.

“Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini bagi menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi.,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik dalam status Facebooknya, mendakwa telah bermimpi dan bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali.

Dakwanya, peristiwa itu terjadi sewaktu beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu juga menyatakan, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya telah bertindak memadamkan posting berkenaan.
-fmt-

Wanita ini bunuh 8 bayi hasil sumbang mahram dengan bapanya sendiri

Dominique Cottrez, 51, ketika dihadapkan di mahkamah di Douai, utara Perancis, menghadapi tuduhan membunuh lapan bayinya. - Foto A
Paris: Seorang wanita mula dibicarakan hari ini di mahkamah di Douai, selatan Perancis, dengan dakwaan mencekik lapan anaknya yang baru dilahirkan hingga mati kerana bimbang bayi terbabit adalah hasil hubungan sumbang dengan bapanya.

Dominique Cottrez, 51, menghadapi berapa tuduhan membunuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Kes itu menggemparkan Perancis apabila mayat bayi terbabit ditemui di kampung asal Cottrez pada 2010.

Wanita itu yang mempunyai dua anak perempuan, memberitahu polis selama lebih satu dekad dia hamil beberapa kali dan kemudian membunuh anak yang dilahirkan itu kerana bimbang ia hasil hubungan dengan bapanya.

Tubuh Cottrez yang gemuk membolehkannya menyorok kehamilannya yang tidak disedari suami, anak, jiran, rakan serta doktor hospital berhampiran. Pakar forensik, psikiatrik, polis dan saksi, termasuk suami, anak dan saudara-mara wanita itu akan memberi keterangan.

Cottrez yang bekerja sebagai pembantu jururawat, memberitahu polis dia dirogol bapanya ketika berusia lapan tahun dan kejadian itu berulang banyak kali sehingga dia remaja.

Selepas itu mereka menjalin hubungan sumbang mahram termasuk selepas dia berkahwin dan memberitahu lebih menyintai bapanya berbanding suami. Bapanya meninggal dunia pada 2007.

Antara saksi yang memberi keterangan hari ini ialah Leonard Meriaux yang memberi rumah keluarga Cottrez serta menemui mayat pertama di halaman rumah berkenaan pada 2010. Polis kemudian menemui tujuh lagi mayat, termasuk enam dalam garaj. - AP
-hmetro-

Aduhhh!! Ini lagi satu bala bagi rakyat Malaysia?

1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia
Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  

Beliau berkata kerajaan Malaysia mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang," katanya pada sidang akhbar di Alor Gajah, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Terapung Durian Daun, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Durian Daun di Alor Gajah.

Zahid berkata pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.

Beliau berkata majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya.
-Bernama-

Video: Gadis berbogel ketika terjunan bungge mencetuskan kemarahan



Gara-gara membenarkan seorang gadis dari Hong Kong membuat terjunan lasak atau ‘bungge jumping’ dalam keadaan bertelanjang bulat, sebuah pusat rekreasi di Chiang Mai, Thailand diserbu pihak berkuasa.

Tindakan gadis berusia 17 tahun itu yang mendakwa dia adalah seorang model yang perlu berbogel untuk merekodkan terjunan itu juga mencetuskan kemarahan penduduk kampung sekitar.

Amaran Buat Wanita Islam Pahang

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberi amaran kepada wanita Islam di negeri tersebut untuk tidak berpakaian seksi ketika bulan Ramadan, atau akan berhadapan dengan tindakan saman malah lebih parah lagi, pesalah akan dipenjara.

Menurut Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin, hasil pemantauan pihaknya di beberapa lokasi bazar Ramadan mendapati segelintir wanita tidak peka dengan bulan puasa dan memakai pakaian mencolok mata.

Dalam laporan sebuah portal, beliau berkata, “Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.

Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi.”

Namun demikian, katanya lanjut, JAIP tidak meletakkan sebarang garis panduan tentang cara berpakaian yang betul.

“JAIP tidak boleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.

“Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan.”

Tetapi, pesalah yang ditahan pihak berkuasa agama akan diberikan kaunseling terlebih dahulu, dan seandainya dia tidak berubah dan mengulangi kesilapan sama barulah tindakan saman akan diambil.
– MYNEWSHUB.CC

Video Ibu arnab serang ular bunuh anaknya


Seekor ibu arnab yang berang dengan seekor ular yang membunuh anaknya bertindak menyerang reptilia itu dengan bertubi-tubi tanpa mempedulikan keselamatannya.

Meskipun berjaya melepaskan mayat anaknya, ibu aranab tidak berpuas hati dan terus menyerang meskipun dirinya dipatuk ular itu.

Mokhtar Senik dicemuh di media sosial posting dakwa bermimpi bertemu Nabi

Bekas tahanan ISA, Mokhtar Senik, yang kini ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan ketua Dewan Ulama PAS Pahang, disindir pengguna media sosial selepas dakwaan mimpi bertemu Nabi Muhammad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2015.
Tulisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mokhtar Senik mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali semasa dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Pelbagai pihak membuat pelbagai posting mengulas dan menyindir tulisan Mokhtar, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Mokhtar dalam Facebooknya menulis, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah.

"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah SAW. Sepanjang tiga tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi di datangi Saidina Umar Alkhattab," tulis Mokhtar mengenai pengalaman ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong pada ketika itu.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadamkan posting tersebut.

Umat Islam percaya bermimpi bertemu Nabi Muhammad adalah satu kelebihan.


Pelbagai pihak membuat posting di dinding Facebook masing-masing bagi mengulas atau menyindir Mokhtar yang bersama kem Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan lalu.

Nur Hadi Mohamad menulis, "Malam ni semua pakat berangan nak mimpi jumpa nabi atau sahabat nabi macam 'ulamak PAS'. Esok pagi boleh update kat FB bagitau semua orang.

"Yang aku pelik macam mana boleh yakin sangat orang yang dia jumpa dalam mimpi tu betul-betul nabi atau sahabat nabi."

Seorang lagi pengguna Facebook Zizie Ali menulis: "Untuk PRU akan datang, saya dah hampir buat keputusan. Kalau semua calon di kawasan saya mendakwa mereka bermimpi jumpa nabi, saya mungkin tidak akan pergi mengundi."

Sementara Sharifah Zehra Irdina pula menulis di Facebooknya: "Tidurlah, mana tahu mimpi jadi bini Mokhtar Senik."

"Mokhtar Senik mimpi jumpa Nabi dan para sahabat berkali-kali sampai lupa mau kira. Apa kelas Mursyidul Am baru mimpi takat jumpa kelibat Nabi. Apa kelas makam Presiden takat baru jumpa dua tiga kali,” tulis Sohaimi Ali merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hadi.
-malaysianinsider-

Selamat datang ke Malaysia Darul Rasuah: 1MDBgate, FGVgate, MARAgate

sakmongkol AK47
Ini bukan soal masih mahu bercakap mengenai FGV. Malah ketika masa apungan lagi dalam tahun 2012, saya telah menulis dengan panjang lebar membantah apungan fgv. FGV is a bloody mistake. The fault lies with Najib.
By now, biarlah rakyat tahu, seperti saya sebut secara terbuka dalam parlimen- setiap pembelian, setiap projek yang dilakukan oleh kerajaan, ejensi kerajaan dan oleh mereka yang mempunyai kuasa regulatory- merupakan alasan2 untuk balun duit rakyat.

Sama ada dalam projek2 kurnia dihujung tahun, tender terpilih, rundingan terus, belian kerajaan dan pemalsuan harga - setiap nya digunakan sebagai alasan dan wadah membalun dan menyamun duit rakyat.

Apa justifikasi bayar 2 kali ganda kepentingan Rajawali Group?

Tidak munasabah, FGV yang mengalami keadaan bisnes yang merosot, bermurah hati membeli kepentingan Peter Sondakh dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Istilah willing buyer , willing seller adalah istilah yang meletihkan dan overrated. Permuatan antara pencuri yang sama2 willing- adakah ianya suatu transaksi yang morally right? Dan kalau melanggar undang2 adakah ianya legally right?

Kenapa murah hati sangat? Banyak sangat duit FGV? Dengan pembelian bayaran secara tunai dan saham, reseb tunai Felda/FGV berada dalam tahap minima. Ini akan mendedahkan Felda dan peneroka dalam bencana ekonomik.

Tipu jangan tak tipu.

Janganlah berselindung disebalik alasan2 bukuteks seperti synergy lah, disebalik membuat rantaian stratejik lah- ia nya tidak dapat mengelakkan sangkaan bahawa ini semua ada udang sebalik batu. Saya perhatikan, para pemimpin UMNO kalau tidak dapat menerangkan sesuatu, akan mengunkap jampi serapah blue ocean strategy. Sama ada mereka faham atau mengkakaktua frasa blue ocean ini, saya sudah kurang pasti. yang saya pasti, kita rakyat mahu blue-ocean kan kepala pemimpin UMNO.

do it the isa samad way.

Isa Samad telah menunjukan cara ini semasa pembelian hotel di UK dahulu- pemimpin UMNO masih tidur lagi dalam hal ini.

Hanya ada satu faktor sahaja yang menerangkan sikap pemimpin UMNO- mereka semua bersubahat dalam perkara ini.

Orang lupa, Isa Samad membeli hotel2 tersebut dengan harga extra RM100 juta. Mengapa bayar harga lebih? Ada grounds untuk percaya, harga extra ini ialah untuk agihan sesama broker, sesama pembuat pembuat keputusan dan pakar runding.

Bilakah SPRM mahu mengemukakan penemuan2 siasatan mereka keatas beberapa individu yang berkait dengan pembelian hotel dan hartanah oleh FGV? Saya beri jawapan terlebih dahulu- tidak ada salah laku berlaku. semua clear dan above board.

Scam yang serupa dilakukan. Bayar pembelian kepentingan Sondakh dua kali ganda. Mesti ada fee broker, consultants, walaupun consultants itu banker.Bankers are not pristine and holy people you know.

The thieves come in all shapes, sizes and forms.

Pencuri wang hari in datang dalam pelbagai bentuk dan nama, tidak kira alim atau tak alim semua berpotensi sebagai penyauk wang. Yang melakukan regulatory caputure boleh jadi sesiapa sahaja- alim dan kurang alim, ustaz dan liberal, tua dan muda, perempuan dan lelaki. Selagi mereka mempunyai ownership keatas sumber pengkayaan wa imma sumber pembuat keputusan- mereka berpotensi meletakkan terma dan syarat kedalam keputusan hendak beli atau tidak, hendak beri kontrak kepada A atau tidak.

Forms of Rent Seeking: the rise of the Rentier Class.

Economists menggelar perbuatan ini dengan banyak nama; antara nya political atau state capture, atau regulatory capture. Ianya semua bermaksud rent seeking.

Yakni, orang2 tertentu menjadi kaya raya kerana mereka mempunyai hak milik, walaupun sementara keatas sumber pengkayaan. Dalam kes mereka yang ada kuasa eksekutif ditahap tententu, mereka boleh membuat keputusan dan memasukkan terma2 dan syarat2 yang menguntungkan mereka.

KSU yang hendak pencen, mencari projek ratusan juta untuk diluluskan dan akan berusaha meletakkan beberapa syarat dan terma yang diraih setelah pencen.

Ini sahaja yang menerangkan mengapa kita lihat KSU2 dan pegawai atasan yang pencen, menjadi kaya raya beberapa bulan setelah pencen.

Pegawai eksekutif seperti yang berkerja dengan MARA, meletakkan syarat2 kepada persetujuan MARA membeli suatu bangunan di Melbourne. Ini disebut sebagai regulatory capture sebab pegawai itu yang regulate dan kawal urusan antara MARA dan pembekal.

Semua projek kerajaan tidak terkecuali. Semua projek ialah mesin ATM untuk menteri sampai kepada pegawai paling rendah mengapur duit rakyat. Bayangkan jika apa yang berlaku dalam Melbournegate ini diulangi dalam semua kes pembelian hartanah mara diseluruh dunia.

Maka janganlah kita hairan sangat bila lapuran mendedahkan bahawa pegawai2 MARA dan ahli politik yang ada kaitan dengan MARA melakukan skim serupa seperti 1MDB-Petrosaudi, atau dalam kes pembelian hotel oleh FGV. Projek2 ini diguna sebagai wadah mengeCaj kerajaan untuk service perkhidmatan.

Pembelian Dudley House di Melbourne oleh MARA dikata melibatkan penyaluran yuran untuk consultancy sebanyak AUS4.75 juta berlaku, serupa cara dengan pembelian hotel di UK oleh FGV yang membayar RM100 juta lebih dari harga penilaian untuk hotel tersebut.

Penjual sudah setuju menjual pada harga AUS17.8juta, Melayu MARA murah hati kata- takpe mate- we pay you AUS22.5 million. Tapi AUS4.75million you must credit into our account in Singapre yeah.

Siapa bilang orang Melayu yang pergi Australia tidak tahu berbicara Inggeris!

Rakyat Melaysia hanya perlu nanti- cerita seram yang akan terbongkar mengenai handal nya pengurusan Melayu keatas MARA, Amanah Raya, Khazanah Nasional, dan banyak lagi. Tapi buat masa ini, hal FGV yang mendedahkan peneroka kepada bencana ekonomi perlu diulangi kembali.

Perperangan keatas segala bentuk kezaliman adalah perperangan yang berterusan. Korapsi, salah laku, pencurian wang samun perbendaharaan mesti di lawan sampai habis.

Ramai keturunan lanun rupa nya dinegara kita.

http://sakmongkol.blogspot.com/