Kalau begini akhlak ahli dan pemimpin PAS patut pun ramai ahli yang meninggalkan parti menyertai Amanah

Ramai sertai Amanah kerana dihalau PAS
ZULKIFLI SULONG
Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Oktober, 2015.Parti Amanah Negara berjaya mengumpul 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS.

Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka.
Tetapi, tindakan tersebut hanya membuatkan lebih ramai menyertai Amanah, yang ketika ini mempunyai 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya bekas pemimpin PAS, menurut timbalan presiden parti baharu itu, Salahuddin Ayub.

Menceritakan betapa Amanah digunakan untuk "menyerang" ahli yang tidak disenangi mereka, bekas ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad (gambar, kiri) berkata, beliau mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah.

Beliau tidak menyertai Amanah dan masih ahli PAS, tetapi katanya tekanan mula diterima sejak 2013 apabila beliau mengalahkan ketua Pemuda PAS ketika itu, Nasrudin Hassan sebagai naib yang dipertua PAS kawasan Indera Mahkota.

Sejak itu beliau dilabelkan sebagai penentang ulama dan disisihkan oleh pihak yang menguasai pucuk pimpinan PAS sekarang, iaitu golongan ulama yang menyingkirkan golongan progresif bagi menduduki majoriti jawatan tertinggi parti pada pemilihan Jun lalu.

Apabila barisan Kabinet PAS Pahang dibentuk selepas Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, nama Suhaimi terus ditiadakan daripada barisan kepimpinan negeri.

Beliau mendakwa pemimpin PAS memboikotnya, termasuk kedai buku dimilikinya.

Namun, Suhaimi mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab sebarang serangan terhadapnya.

Beberapa hari lepas, berlaku lagi kejadian tidak disenangi membabitkan rutin bulanan beliau yang selama 3 hari dalam sebulan akan keluar dari Pahang memberikan kuliah di masjid dan surau seluruh negara.

Sejak perpecahan berlaku dalam PAS katanya, kuliah yang dijadualkan untuknya berkurangan daripada 8 kepada 3 sahaja kini.

"5 kuliah lagi bagi alasan nak susun balik, kebetulan ada ustaz lain nak masuk, dan macam macam alasan lain. Aku bersangka baik," tulis Suhaimi di laman Facebook miliknya.

Salah satu daripada pembatalan kuliah itu dibuat melalui telefon apabila beliau hanya dihubungi ketika sudah hampir tiba di tempat dijadualkan berceramah, sebuah masjid di Muadzam.

"Mereka kata, ustaz dah 'join' Amanah dan tak bersama PAS," kata pihak penganjur kepada Suhaimi yang menyebabkan beliau terkejut.

"Apa!!! Saya masih ahli PAS," Suhaimi melahirkan rasa terkejutnya melalui tulisannya di akaun media sosial itu, memecah kebisuannya selama ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Suhaimi berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai Amanah.

"Jika saya sertai Amanah bermakna tuduhan terhadap saya betul dan itulah yang dikehendaki pihak yang memfitnah saya," katanya.

Kebencian PAS terhadap Amanah berpunca daripada hakikat yang pemimpin parti serpihan itu dulunya rakan seangkatan pemimpin konservatif parti Islam.

Tetapi, mereka lebih progresif dan memilih untuk meneruskan kerjasama dengan bekas PAS yang kini menjadi musuh, iaitu DAP yang sekular dan PKR di bawah Pakatan Rakyat yang kini tidak lagi berfungsi.

Apabila kumpulan progresif menubuhkan Amanah, mereka dilabelkan sebagai "pengkhianat" oleh PAS, yang berikrar tidak akan bekerja sama dengan mereka lagi.

Apa yang berlaku kepada Suhaimi turut juga dialami seorang lagi pemberi kuliah, Roslan Ismail, yang juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Bukit Besi, Terengganu.

Katanya, pada 1 Oktober, beliau menerima surat makluman diberhentikan daripada memberi kuliah di Surau Darulsalam, Paka tempat beliau berceramah sejak puluhan tahun lalu.

Ekoran itu, pada 2 Oktober, Roslan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Amanah, kepada naib presiden parti itu Datuk Dr Mujahid Yusof di Kuala Terengganu.

Apa yang dihadapi Suhaimi dan Roslan turut dialami ramai ahli dan bekas pemimpin PAS di seluruh negara.

Kerana perbezaan pendapat, mereka disisihkan pemegang jawatan PAS sekarang yang menang melalui kempen agresif menyerang pihak yang berbeza pendapat.

Ekoran itulah sambutan dan penyertaan ke dalam Amanah menjadi fenomena di seluruh negara.
-malaysianinsider-

Jumlah korban tragedi Mina 1,453, bukan 769

Gambar fail yang dirakam pada 24 September lalu menunjukkan jenazah jemaah bergelimpangan di jalan raya.
Dubai: Jumlah angka korban tragedi rempuhan di Mina pada 24 September lalu, ialah sekurang-kurangnya 1,453 orang, lebih tinggi berbanding 769 orang mengikut kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi menjadikan ia jumlah korban terbesar dalam tragedi haji.

Associated Press (AP) mendakwa kiraannya berdasarkan kenyataan dan komen pegawai 19 negara yang rakyat mereka menunaikan haji di Makkah tahun ini.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini menegaskan jumlah kematian tragedi itu adalah tepat dan siasatan masih berjalan. Angka korban 769 orang itu tidak bertambah sejak diumumkan pada 26 September.

Menurut AP, Iran menyatakan 465 jemaahnya terbunuh, Mesir (148), Indonesia (120), India (101), Nigeria (99), Pakistan (93), Mali (70), Bangladesh (63), Senegal (54), Benin (51), Cameroon (42), Ethiopia (31), Sudan (30), Maghribi (27), Algeria (25), Ghana (12), Chad (11), Kenya (lapan) dan Turki (tiga).

Menurut pihak berkuasa negara terbabit, ratusan lagi masih hilang.

Iran yang menyalahkan Arab Saudi terhadap tragedi itu, juga menuduh Riyadh cuba menutup jumlah kematian sebenar yang didakwanya melebihi 4,700 orang tanpa mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan itu.

Tragedi rempuhan jemaah haji pada 1990 mengorbankan 1,426 jemaah. - AP
-hmetro-

Negara Menanti Pengganti Najib, Anwar "Come Back"

WFAUZDIN NS
NAJIB tidak perlu lagi bertahan dengan kuasa. Apabila sampai ke tahap institusi Raja pun sudah mula bersuara, tokoh-tokoh profesional, ahli-ahli perniagaan, apatah lagi tokoh-tokoh politik, dan paling jelas rakyat mahu Najib berundur, beliau tiada pilihan.

Samada Najib takut untuk bersara, beliau mesti turun dari pejabatnya di Putrajaya. Rakyat tidak mempersoalkan sangat siapa akan menggantikannya, yang penting Najib kena turun.

Peluang telah diberikan kepadanya untuk menjadi PM yang paling tidak pun lebih baik sedikit dari Pak Lah. Malangnya, Najib lebih teruk dari Pak Lah.
Negara merasa malu ada PM seperti Najib yang merupakan satu-satunya PM yang suka tabur wang tunai kepada rakyat melalui BRIM untuk mengatasi masalah rakyat. Nama negara begitu tercemar di luar negara.

Tiada negara di luar sana yang tidak tahu isu 1 MDB atau wang RM 2.6 Bilion di dalam akaunnya. Kisah pembunuhan Altantuya juga begitu hangat diperkatakan di dalam media-media asing. Sehingga kini tiada siapa boleh menjawab bagaimana Sirul, salah seorang yang didapati bersalah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya boleh berada di luar negara.

Siapa tahu, siapa yang arahkan Altantuya dibunuh dengan begitu kejam? Tiada siapa yang tahu bahkan mahkamah juga tidak pernah diberitahu tentang itu.

Terlalu banyak yang boleh kita sebut sebagai bukti untuk menyatakan betapa pentingnya Najib turun dari takhta.

Jika kita benar-benar sayang kepada negara tercinta ini melebihi kasih sayang kita kepada Najib atau Rosmah, kita mesti bersedia untuk mendesak Najib dan Rosmah balik ke Pekan dan bersara. Negara ini bukan ditentukan oleh rakyat atau ahli-ahli Umno di Pekan sahaja.

Jika Tun Mahathir yang terkenal dengan kezalimannya di penghujung pemerintahannya pun menyebut Najib zalim, adakah kita mahu katakan Najib adalah PM terbaik?

Siapa patut ganti Najib? Jika ditanya kepada penyokong-penyokong Umno sekarang, sudah pasti masih ramai yang mahu Najib atas sebab-sebab ada kepentingan atau kejahilannya tentang berbagai isu di dalam negara ini.

Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mahu Muhyiddin, mantan Timbalan Presiden Umno yang juga mantan TPM diangkat sebagai PM.

Bagi kami di dalam Pakatan Harapan, pilihan terbaik kami adalah DS Anwar Ibrahim dan kami yakin Anwar akan membuat 'come back' secepat mungkin.~http://wfauzdin.blogspot.my/

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS

JOHOR BAHRU: Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru.

"Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.

Katanya, sejak Amanah dilancarkan pada 16 September, parti itu perlahan-lahan mendapat momentum dari segi keahlian di beberapa negeri.

Beliau berkata parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli menjelang Disember tahun ini, dengan mendapat sokongan paling ramai di Kelantan.

"Di Kelantan, kita sudah mempunyai kira-kira 11,000 orang ahli, terdiri daripada bekas kakitangan awam, yang percaya bahawa Amanah mampu menyediakan tadbir urus yang baik.

"Amanah juga menyasarkan 10,000 ahli di Johor dan 20,000 di Selangor tetapi kami juga bertapak di negeri-negeri pantai barat," katanya.

Beliau menambah, Johor akan menjadi titik tumpuan utama Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.
-mstar-

Hanya makan rumput dan buah

Gua Musang: Dua kanak-kanak perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang 48 hari lalu dan ditemui selamat tengah hari tadi, dijumpai di bawah akar pokok besar yang bergayutan di tebing Sungai Perias, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dua mangsa yang masih hidup itu, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan.

“Mayat ditemui pula dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang (HGM). Mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lalu,” katanya pada sidang media di HGM di sini, hari ini.

Mazlan berkata, Miksudiar dan Norieen ditemui dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan hasil temu bual awal dengan kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.

Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 48 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lalu.

Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu lepas menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.

Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.

Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.

Sehinga ini, tiga yang masih belum ditemui dan dikenal pasti adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.

Mazlan berkata, lokasi penemuan lima mangsa setakat hari ini masih dalam kawasan pencarian pasukan SAR dan murid-murid berkemungkinan menyembunyikan diri ketika pasukan SAR melaksanakan operasi.

“Kami difahamkan, mangsa yang masih hidup bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.

“Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan,” katanya.

Ditanya mengenai penemuan rangka kanak-kanak pada petang semalam, Mazlan berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat oleh pasukan patologi daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Terdahulu, suasana sayu dan pilu menyelubungi Pusat Operasi SAR SK Tohoi ketika kedua-dua mangsa dibawa ke pusat berkenaan untuk menerima rawatan awal kira-kira 1 tengah hari tadi.

Mereka yang dibawa keluar menggunakan pacuan empat roda kemudian dibawa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang ketika tiba di SK Kuala Betis sebelum dihantar ke HGM untuk rawatan susulan.

Suasana di perkarangan Unit Kecemasan HGM sedikit kelam kabut dengan tangisan Rozita Behel, 41, dan anggota keluarga terdekatnya ketika menatap wajah anaknya, Miksudiar buat pertama kali selepas hilang selama 48 hari dalam hutan.

Hanya jeritan ‘saya sayang anak saya, saya sayang anak saya, saya sayang anak saya’ kedengaran daripada mulutnya sambil disulami tangisan kegembiraan.

Sementara itu, suasana sedih mengiringi apabila Ayel Ajib, 46, dan isterinya, Nora Tegeu, 39, keluar dari Bilik Mayat HGM selepas membuat pengecaman ke atas mayat anaknya, Ika, kira-kira 5.30 petang.

Nora, dalam tangisannya hanya mampu menyebut nama Ika Ayel beberapa kali sambil ditenangkan oleh suaminya serta petugas SAR yang fasih berbahasa Temiar.

Difahamkan, kedua-dua pasangan berkenaan mengecam mayat anaknya itu menerusi gelang tangan manik yang dibuat oleh Nora dan dipakai Ika serta pakaian sukan yang dipakai oleh mangsa. 
-Bernama-

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...

Tranungkite
Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

Letupkan ibubapa kerana masalah tuntutan harta (Gambar)

KOTA BHARU 7 Okt.: Kerana masalah tuntutan harta, seorang lelaki bertindak kejam membunuh ibu bapa angkatnya dengan memasang bahan letupan pada motosikal yang dinaiki mereka hingga menyebabkan pasangan warga emas tersebut maut dalam keadaan mengerikan selepas bom itu meletup.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika Cha Mok Liong, 72, dan isterinya, Fong Ah Fong, 72, dalam perjalanan menuju ke Kampung Pulai di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Pulai di Gua Musang dekat sini hari ini.

Letupan bom buatan sendiri yang difahamkan boleh didengari sejauh lima kilometer itu menyebabkan cebisan daging kedua-dua mangsa bertaburan di atas jalan raya dalam lingkungan 40 meter radius.
Sejam selepas kejadian, anak angkat mangsa yang berusia 27 tahun diberkas rumahnya di Kampung Batu Papan di sini. Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan penoreh getah itu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Batu Papan ke kampung tersebut kerana mempunyai urusan dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

“Lebih kurang tiga kilometer pasangan itu menunggang motosikal dari rumah mereka, secara tiba-tiba motosikal tersebut meletup dan berkecai.

“Berdasarkan siasatan awal, bom tersebut dipercayai diletakkan berhampiran dengan bateri motosikal jenis Demak yang ditunggang mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mazlan, bertindak atas maklumat yang diperoleh, suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan di rumahnya.

Ujarnya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati mengenai tuntutan harta. Sementara itu, di lokasi kejadian, Ketua Polis Daerah, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada masih terdapat bahan letupan yang dimiliki oleh suspek di rumahnya atau disimpan di lokasi lain.

“Saya minta kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi terutama di media sosial berhubung kejadian ini dan bahan letupan yang digunakan.

“Kita mendapati punca letupan ini adalah daripada bahan letupan buatan sendiri dan pihak polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya.

Dua dari tujuh kanak-kanak yang hilang ditemui masih hidup dalam keadaan sangat kurus (Video)

GUA MUSANG 9 Okt: Dua daripada tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui selamat di sekitar Sungai Perias di sini.

Pasukan Penyelamat turut menemukan satu lagi mayat dipercayai murid Orang Asli sekolah itu di kawasan sungai tersebut.
murid-asli
Dua kanak-kanak yang masih hidup itu ialah Mirsudiar Aluj, 11 dan Norieen Yaakob, 10.

Ketika ditemui, kedua-duanya sukar dikenali ekoran berada dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya.

Mereka ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan mayat semalam. 
- UM

Gempar!!! Bekas ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah, mati ditembak

Tranungkite
MARANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas solat Jumaat tadi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

Bekas ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad, berkata beliau dimaklumkan oleh isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional itu, Noriha Muhammad, suaminya ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.

Beliau berkata, Allahyarham (baju merah sebelah bekas MB Terengganu)yang baru pulang daripada solat Jumaat dipercayai ditembak selepas membuka pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali.
"Mengikut apa yang dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat Jumaat, ada individu mengetuk pintu rumah dan arwah kemudian membuka pintu sebelum ditembak.

"Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena pada kepala sebelum arwah rebah. Arwah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Allahyarham Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dipilih sebagai ADUN Alor Limbat dari 2004 hingga 2008. Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Alor Limbat, pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang dari 2004 hingga 2013 dan Ahli Jawatankuasa UMNO Negeri dari 2011 hingga 2013.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri (Timbalan Pendakwaraya/Peguam Kanan Persekutuan) meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Kritik Najib: Artis wanita ini terima padah?

FMT Reporters 
Soo-Wincci_konsert_600
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci dilaporkan menerima padah gara-gara terlalu lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi rakaman video, baru-baru ini.

Memetik sebuah portal blog hiburan, penaja utama konsert pertama penyanyi keturunan Tionghua itu dilaporkan telah mengumumkan menarik diri dan menyebabkan konsert yang sedang giat dalam persiapan menghadapi masalah kewangan kritikal.

Penarikan diri penaja itu dipercayai ada kaitan dengan saranannya supaya Najib berundur walaupun ia tidak dinyatakan secara langsung dalam artikel itu.

Penyanyi itu yang sedang mencipta nama di Taiwan dan popular dalam kalangan peminat hiburan tempatan selepas menyertai Masterchef Malaysia terbitan ASTRO.

Soo Wincci membuat rakaman video yang menyarankan Najib berundur selepas Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Dia sebelum ini sudah bersiap menerima segala risiko di atas apa yang dilakukannya itu.

”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu.

Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri”

”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang,” kata Soo Winci selepas rakaman videonya tersebar.

Kanak-kanak ini diculik di depan ibu (video)

FMT Reporters
kanak-culik_600PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki diculik ketika mangsa sedang berada bersama ibunya berhampiran Pasar Sungai Chua, Kajang.

Kejadian dikatakan berlaku pada pagi Jumaat.

Suspek dikatakan berpura-pura menanya arah kepada ibu mangsa sebelum seorang lagi lelaki muncul dan kemudian melarikan kanak-kanak itu.

Usaha ibu mangsa untuk menyelamat dan mengejar anaknya gagal kerana dia ditolak sebelum dibawa lari dengan sebuah kereta.

Susulan kejadian yang berlaku orang ramai bertindak segera menyebar maklumat untuk mengesan mangsa.

“Saya Low Bee Fong kini ke Kajang, Pasar Sungai Chua, kejadian baru berlaku dua orang lelaki Melayu menanyakan jalan daripada seorang wanita kemudian menculik anaknya yang berusia lima tahun. Nombor plat kereta ialah WST2936, proton Saga hitam.. Terima pesanan ini daripada seorang rakan, tolong kongsikannya,” petik kata pesanan ringkas itu bagaimanapun menurus sumber tidak rasmi polis berjaya memberkas suspek, kanak-kanak berkenaan di laporkan selamat.

Saksikan video di sini

Akhirnya Husam Musa buat keputusan muktamat demi masa depan karier politiknya

‘Saya tetap ahli Pas sampai mati’‎
KOTA BHARU: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan kritikan, menegaskan beliau tetap setia dengan perjuangan Pas.

Adun Salor itu berkata, banyak tuduhan khususnya mengenai status beliau dalam Pas adalah fitnah dan ia berlaku sejak muktamar baru-baru ini yang menyaksikan dirinya gagal mengekalkan jawatan dalam parti.

“Saya Adun Pas...ini bukan soal keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya. Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain. Fitnah inilah punca segala-galanya,” katanya yang merujuk kepada perpecahan sedang berlaku dalam Pas.

Kenyataan itu, sekali gus menutup spekulasi terhadap Husam yang sebelum ini didakwa condong kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pimpinan Muhamad Sabu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak penubuhan Amanah, khususnya di Pantai Barat kerana ia mampu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ditanya adakah beliau akan kekal selamanya dalam parti itu, bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan yang kini masih dalam proses menjalani rawatan kesihatannya berkata: “Sebolehnya saya mahu kekal dalam Pas sehingga mati.”

Mengulas kritikan beliau terhadap Kerajaan Kelantan, Husam berkata, tidak pernah ada niat atau berkomplot dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan kerajaan negeri, sebaliknya teguran yang dibuat supaya pemimpinnya tidak lari dari perjuangan asal lebih-lebih lagi asas yang ditegakkan oleh bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Apa yang saya tegur ini adalah kerana saya yakin Islam, Pas parti yang demokratik mengizinkan bahkan mewajibkan menegur yang makruf dan mencegah kemungkaran oleh siapa sahaja.

“Anggaplah secara positif ia boleh menguatkan Pas. Kalau Pas bertindak balas mengikut apa yang diajar oleh agama, iaitu kalau teguran itu benar, terima teguran. Jangan bila orang tegur, fitnah balik orang itu,” kata bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri itu.

Beliau berkata, setiap teguran merupakan perkara yang masih boleh diperbaiki dan Kerajaan Kelantan mempunyai banyak masa sebelum PRU14.

“Kerajaan Kelantan boleh betulkan kekurangan pada teguran itu untuk menjadi kuat di mata orang ramai.

“Jika tidak ada orang tegur, perkara ini berlaku berleluasa dari semasa ke semasa, menjelang pilihan raya perkara ini didedahkan musuh, pada masa itu Pas tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Tinggal lagi orang akan tanya kenapa (teguran) dibuat secara terbuka, banyak jawapan kepada soalan ini. Satu perkara pada asalnya dibuat secara tertutup tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya, mungkin saya orang yang kecil, ”katanya.

Husam berkata, perjuangannya dalam Pas bukan untuk mendapatkan jawatan, malah tidak menolak kemungkinan kali ini adalah penggal terakhir bergelar sebagai Adun.

“Saya tidak kisah sekiranya lepas ini Pas tidak lagi mencalonkan saya kerana saya masuk perjuangan ini bukan kerana mahu menjadi pemimpin. Saya masuk kerana idealisme dan gagasan perjuangan.

“Siapa sahaja yang membawa gagasan itu, saya akan sokong. Siapa yang mengkhianati gagasan itu saya akan tegur, sehingga saya jadi orang biasa tidak ada apa-apa,” katanya.

Sebelum ini, Husam mendedahkan beberapa dakwaan kepincangan dalam pengurusan Kerajaan Kelantan termasuk isu pembalakan luar kawasan di Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan isu Kompleks Perkayuan Kelantan, anak syarikat kerajaan negeri.
-sinarharian-

Pemuda Amanah kurang menyengat

Mohd Azhar Abd Rahman
Parti Amanah Negara (Amanah) yang baru mendapat kelulusan daripada pihak RoS untuk menggunakan nama Amanah dalam aktivitinya, dan secara rasmi bergerak sebagai sebuah parti merupakan berita positif kepada pendokongnya untuk bergerak lebih mantap sebagai salah sebuah parti blok pembangkang.
Menjadi salah sebuah gabungan Pakatan Harapan, Amanah sudah pasti menjadi tumpuan dalam mengatur strategi menarik lebih ramai pengundi Melayu, meskipun parti itu ditonjolkan sebagai parti ‘multiracial’ yang membenarkan semua rakyat Malaysia, tidak mengira latar belakang bangsa untuk menganggotainya.

Sejak awal kemunculan mereka melalui platform Gerakan Harapan Baru (GHB), kumpulan ini belum memperlihatkan kemampuan menampilkan pemimpin muda yang memikat.

Sehingga kini, pemimpin muda Amanah masih belum menampakkan kemampuan mereka untuk sebaris dengan pemimpin-pemimpin muda lain dalam parti rakan mereka.

Amanah wajar membuat satu pelan strategik bagi menyusun kekuatan di kalangan anak muda mereka untuk menguasai setiap bidang yang menjadi perhatian masyarakat dan memberi impak kepada negara.

Muka-muka baru yang mempunyai potensi harus diketengahkan sebagai duta parti mereka.

Amanah juga harus berhadapan dengan gelanggang dan acara yang lebih kreatif untuk menarik perhatian masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Dalam banyak siri ceramah yang dianjurkan, Amanah dilihat masih bermain dengan format lama; mengulas isu semasa dengan skrip yang sudah diketahui umum, menghentam watak-watak tertentu dalam barisan kerajaan dan beberapa lagi kaedah yang mungkit mencuit hati pendengar tetapi kurang menghidangkan sebuah idea segar.

Amanah harus bergerak dengan lebih cepat. Mereka harus membuktikan anak muda mereka berkualiti dan mampu berdepan dengan masyarakat serta bersedia dengan idea bernas untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Dan sudah tentu perkara ini memerlukan ‘kerja rumah’ sebelum ia dikemukakan. Anak muda tidak seharusnya hanya digunakan sebagai pemacak bendera dan penyusun kerusi apabila sesuatu majlis hendak diadakan.

Justeru, diharapkan pandangan masyarakat yang melihat Pemuda Amanah kurang menyengat harus diambil positif dan diambil tindakan.

Jangan pula diberi alasan dengan mengatakan parti kami baru berusia tiga bulan kerana tawaran anda kepada rakyat tidak pernah menyentuh soal usia parti. Jangan pula nanti rakyat membalas, kami tidak boleh undi anda kerana usia anda baru setahun jagung.
-detikdaily-

Beranikah 10 wakil rakyat PAS Kelantan lompat parti?

Pemimpin PAS menafikan dakwaan terdapat wakil rakyatnya yang akan menyertai Parti Amanah Negara dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit “panas” apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada PAS akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semasa melancarkan parti berkenaan di Kota Baru, pada 11 September.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan berkenaan dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada 3 anggota Parlimen dan 7 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari negeri ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat PAS Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan baiah dan lafaz taklik cerai talak 3 yang dipersetujui mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad, sepakat baiah dan lafaz taklik cerai talak 3 yang dikenakan ke atas wakil rakyat PAS adalah sah, kata Kamarul.

"Sebaliknya, wakil rakyat PAS Kelantan yang keluar daripada PAS inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika wakil rakyat PAS Kelantan tetap keluar daripada PAS di sebalik baiah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di Kota Baru.

Ditanya mengenai tindakan anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan PKR baru-baru ini, Kamarul berkata kedua-dua anggota Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan.

"Saya melihat faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat PAS Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada PAS.

"Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali bertanding di Tumpat di atas tiket Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pernah menang sehinggalah beliau bertanding di atas tiket PAS, sekali gus menunjukkan kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau tetapi oleh parti yang beliau wakili," katanya.

PAS menguasai majoriti 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi. Kamarul berkata jika benar 7 Adun PAS melompat parti dan menyertai Amanah, PAS Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan mempunyai majoriti selesa.

"Jika pun 10 wakil rakyat PAS Kelantan, terutama 7 Adun ini benar-benar keluar daripada PAS menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.

"Pada masa yang sama, kemungkinan untuk 7 Adun PAS Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan kerajaan PAS Kelantan juga adalah terlalu kecil," katanya. 
-Bernama-

Wajarkah tindakan ini? (video)

FMT Reporters
kasar,-marah-pekerja
PETALING JAYA: Seorang buruh yang dipercayai warga asing bukan sahaja dilempar kata-kata kesat tetapi turut dikasari seorang lelaki.

Berdasarkan rakaman visual yang dikongsi di laman sosial, kejadian kelihatan berlaku di sebuah tapak pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT).

Mangsa yang mencangkung, ditampar dan ditengking.

Dia yang kelihatan ketakutan, berkali-kali kelihatan memohon maaf.

Tiada bukti sebenar mengenai punca kejadian kerana audio yang dirakam tidak begitu jelas.

Bagaimanapun, berdasarkan penelitian, kedengaran lelaki berkenaan memarahinya kerana tidak memakai topi keselamatan ketika bertugas di tapak pembinaan.

“Salah mmg salah..tapi sampai nak pukul sentuh tu xda etika dan salah tu…marah la…silap2 ko boleh didakwa bro.marah kow2 dah la..sampai tangan plak sampai..cuba org tu org malaysia..xkena simen ko nanti dalam tong drum tulis Amirol Azery di laman Facebook Sukan Star TV

Betulkah operasi PAS lumpuh di Johor seperti yang didakwa ILHAM Centre

Hilal Azmi
KUALA LUMPUR: Penubuhan Parti Amanah, terutamanya di Johor, menyebabkan pergerakan parti PAS lumpuh. Kajian Ilham Centre mendapati pemimpin pengganti PAS di Johor tiada pengalaman untuk menerajui parti berkenaan.
"Kedudukan PAS goyah biarpun mereka mendakwa tidak terkesan (dengan penubuhan Amanah) kerana semua perjawatan diganti dengan individu lain.

"Menyedari hakikat itu, individu yang jadi pengganti tiada pengalaman, tidak pernah berorganisasi malah tidak pernah menggerakkan PAS di peringkat negeri mahupun cawangan," kata Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.

Tambah beliau, PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang menggerakkan parti itu kini sudah tiada.

Hasil daripada kelemahan yang ada pada pembangkang ketika ini, UMNO dianggap mempunyai peluang baik untuk mengukukuhkan kedudukan di selatan Semenanjung.

"Biarpun wujud parti baharu dengan jenama baharu dan pola pengundian orang Melayu yang sukar berubah, keadaan ini memberi kelebihan pada UMNO walaupun UMNO sendiri kini dibebani pelbagai isu," katanya.

Malah, pemikir strategi UMNO dinasihat agar terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.

"Kalau UMNO gagal yakini pengundi, mungkin berlaku undi protes yang menjadi bonus buat pembangkang.
"Dari situ, kejayaan parti pembangkang bukanlah hasil kekuatan mereka, tetapi akibat kegagalan UMNO untuk mengurus krisis dan juga apa yang berlaku pada parti pemerintah sekarang," tambahnya.
-astroawani.com-

Apa Najib teruk sangat?

SUBKY LATIF
SEKALIPUN Dr. Mahathir dulu dirasakan teruk dan melampau batas, tetapi segala berlaku itu tidaklah teruk sangat atau seteruk yang berlaku pada zaman Najib ini.
Mahathir dulu mungkin sudah tidak apa-apa dibanding dengan Najib.

Adalah benar dia diktator. Diktatornya saya kira diktator berparlimen yang belum menjadikan negara diambang muflis dan hidup rakyat hampir papa kedana. Diktator pun ada yang jadi pemimpin terbilang seperti Otto Von Bismarck yang menjadi bangsa Jerman yang pertama dan Lee Kuan Yew sebagai bangsa Singapura yang bertama.

Tetapi diktator biasanya rasuah dan khianat kepda bangsa

Masa Mahathir dulu berat juga tetapi tidak terasa negara menghampiri budaya mafia. Tetapi kini mafia berada di ambang kita, berlegar di udara seperti kapalterbang hendak mendarat .

Pembunuhan Altantuya dan Anthony Kevin Morais adalah dari budaya mafia. Skandal 1MDB yang dirasakan melesap berlori-lori duit negara, saudagar permaidani boleh hutang bergeti-geti dari Bank Rakyat adalah ciri-ciri mafia. Nilai ringgit jatuh pagi dan petang hampir menyamai Lira Turki sebelum zaman Erdogen. SPRM kerjanya menyiasat tetapi kini orang-orangnya disiasat. Kerja Jabatan Peguam Negara mendakwa, tetapi ia pula hendak didakwa.

Belum pernah kerajaan Malaysia dilibatkan dengan penggubahan wang haram. Sejak merdeka kerja kerajaan ialah membenteras penggubahan duit palsu. Kini ia disyaki membuat kerja haram itu. Begitu banyak kerajaan di dunia – demokrasi dan tidak – tidak difitnah mencetak duit haram, tetapi Malaysia di bawah Najib difitnah begitu.

Betulkah dakwaan itu. Tetapi fitnah sudah pun berlaku. Amat buruk padahnya kepada negara jika Ia tidak dibersihkan segara.

Orang terpengaruh dan mempercayainya kerana imej kerajaan dan pemimpin dirasakan teruk, justeru semua keburukan yang dilonggokkan kepada Perdana Menteri tidak dijawab. Ada percubaan menjawabnya tetapi semua jawapaan itu bukan jawapan yan ditunggu.

Dengan semua beban dan masalah yang Najib hadapi itu mendedahkan mungkinnya seseorang berbuat apa saja termasuk memikirkan penggubahan wang haram.

Apakah agaknya dosa rakyat Malasyia hingga negara, kerajaan dan Perdana Menterinya dirasakan begitu teruk?

Sekalipun negara tidak pernah diperintah secara Islam bahkan yang berjalan jauh dari tuntutan Allah dan Rasulnya, tetapi banyak negara sekular dan penindas atas nama demokrasi, tidak didatang bala seperti yang menimpa kemakmuran Malaysia. Pemerintahan sekular Malaysia dikira baik mengikut standard dunia hingga pertengahan pemerintahan Dr. Mahathir.

Separuh penggal kedua tahun 80-an negara berdepan dengan fitnah yang berpunca dari pemecatan DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri ada dakwaan liwat. Fitnah seperti kaum Luth iu adalah sekeji-keji fitnah di muka bumi ini.

Kepercayaan orang – dalam dan luar negeri – terhadap politik, mahkamah/undang-undng mulai kejadian itu menjunam. Undang-undang dirasakan oleh umum tidak melindungi rakyat dan keadilan, tetapi ia lebih melindungi kerajaan dan pemimpin.

Fitnah awal Anwar itu diteruskan dengan fitnah seperti iu lagi. Hukum yang mahkamah kenakan kepadanya tidak diterima oleh kebanyakan orang. Ada persepsi mengira Anwar sekarang menderita atas fitnah kerajaan.

Cerita duit 1MDB lesap, Najib terima derma RM2.6 bilion, Kavin terbunuh dan penggubahan wang haram adalah kejadian semasa Anwar dibanduankan lagi. Tidakkah ia semua Najib yang rasa teruk itu gara-gara bermain dengan fitnah yang tidak mengenal mangsa?

Amanah akan bertanding di Selangor dan Johor

Parti Amanah Negara (Amanah) akan menjadikan Selangor dan Johor sebagai pengkalan hadapan mereka dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, pemimpin parti baharu itu juga akan mempertimbangkan bertanding di Melaka dan Negeri Sembilan berdasarkan kajian mereka sendiri terhadap pengundi yang kemungkinan lebih dapat menerima parti itu, kumpulan serpihan PAS yang menampilkan pemimpin golongan progresifnya.

"Kita akan bertanding di mana-mana kerusi berasaskan kajian dan penyelidikan yang teliti. Tidak guna kita bertanding banyak kerusi tetapi kalah," kata Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub kepada The Malaysian Insider.

 "Lebih baik kita bertanding sedikit kerusi tetapi menang dan dapat memberikan nilai tambah kepada Pakatan Harapan," katanya merujuk kepada gabungan parti pembangkang baharu yang ditubuhkan 22 September lalu.

Berdasarkan kajian dan penyelidikan, serta kekuatan kepimpinan mereka yang ada, Salahudin berkata Selangor bakal memberi pulangan yang terbaik untuk Amanah.

"Selepas Selangor yang boleh beri kemenangan kepada kita, Johor dan negeri-negeri selatan tanah air termasuk Negeri Sembilan dan Melaka bakal menjadi tumpuan kita," kata Salahudin yang berasal dari Johor dan bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum lalu.

Analisis Amanah itu, yang diputuskan berdasarkan mesyuarat terakhir mereka, turut dipersetujui pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, yang berpendapat Selangor negeri terbaik dijadikan pengkalan hadapan mereka.

Sementara itu, pengkaji bebas dari Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar, juga menyatakan pihaknya mendapati pengundi di Selangor dan Johor bersikap positif terhadap parti baharu itu.

"Sambutan segmen pengundi yang belum berparti terhadap Amanah di negeri-negeri selatan, khasnya Johor, sangat baik," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

Amanah mempunyai potensi baik di Selangor berdasarkan demografi penduduknya di setiap kawasan pilihan raya di samping sentimen pengundi Melayu yang lebih cenderung bersama kerajaan yang memerintah.

"Apabila Amanah berada dalam Pakatan Harapan, menyebabkan orang Melayu di Selangor turut bersama mereka," kata Hisomuddin.

"Saya yakin inilah juga faktornya mengapa PAS buat tidak tahu sahaja dan kekal dengan kerajaan Selangor walaupun DAP turut berada di dalamnya.

"Kerana, PAS tidak boleh hidup sebagai pembangkang untuk 2 tahun lagi menjelang pilihan raya umum," kata Hisomuddin.

PAS masih mempunyai 3 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) di Selangor walaupun ia memutuskan hubungan dengan DAP pada Julai lalu.

Menurut Hisomuddin (gambar, kanan), kajian Ilham Centre mendapati sokongan pengundi di pantai barat Semenanjung berdasarkan isu dan gabungan parti yang mampu memerintah, manakala faktor jentara hanya menjadi penyumbang kecil.

Sebab itu, katanya, faktor membina pakatan dengan PKR dan DAP sangat penting bagi membolehkan Amanah menang, kerana ia mendapat dokongan pengundi Cina dengan mudah selepas menolak Umno dan PAS secara total.

Amanah dijangka akan bersedia bertembung 3 penjuru dengan PAS dan Barisan Nasional (BN) di negeri-negeri ini dan mereka yakin menang.

Dengan pendirian yang diambil itu, Amanah kelihatan mengelak daripada bertembung secara langsung dengan PAS di negeri pantai timur dan utara.

Kubu PAS adalah di negeri dominasi Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Ketua Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebelum ini menegaskan parti itu seboleh-bolehnya akan mengelak daripada menjadi punca kejatuhan kerajaan PAS Kelantan yang dibina sekian lama.

Oleh itu, besar kemungkinan Amanah tidak akan bertanding melawan PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan kerana bimbang menjadi punca kemenangan berpihak kepada musuh tradisi PAS, iaitu Umno.

"Namun, ia akan berlaku jika berlaku perundingan antara kita dengan PAS. Tetapi jika tidak ada sebarang rundingan, kita akan buat keputusan sendiri," kata Wan Rahim kepada The Malaysian Insider yang tidak menolak bertanding di kerusi Parlimen yang sesuai.

Kajian Ilham Centre juga menunjukkan Amanah menunjukkan kemajuan ketara di Kelantan, termasuk mendaftarkan ahli paling ramai menjelang pelancaran rasmi parti 16 September lalu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda berkata, beliau sedia mengarahkan ahli mengundi calon PAS jika parti Islam itu terus menjadikan Umno sebagai musuh mereka dan tidak terpedaya dengan "kenyit mata" Umno.

Dalam kenyataannya pada Isnin, beliau berkata, sikap itu diambil kerana memahami penguasaan 2 parti utama di negeri itu, iaitu PAS dan Umno.

"Justeru, Pemuda Amanah akan bersikap realistik 'mengukur baju di badan sendiri'. Adalah tidak wajar untuk bertanding jika sekadar mahu hilang deposit atau sekadar mahu kacau daun," katanya.
-malaysianinsider-

PKR kalah teruk jika tidak bekerjasama dengan Pas

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.
Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.

Terjemahan kenyataan Tian Chua ke dalam bahasa Melayu ditelah diviral dan dikongsi di laman sosial oleh pemimpin politik termasuk Pas.

Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.

Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.

Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.

“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.

“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.

Tian Chua antara 25 pemimpin PKR yang menandatangani petisyen kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail supaya mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membincangkan semula penubuhan Pakatan Harapan.

FMT difahamkan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong Pakatan Harapan dan satu kumpulan lagi mahukan kerjasama dengan Pas diteruskan. 
-fmt-