Taman Tasik jadi tempat lampias nafsu (Gambar)

Jadi tempat lampias nafsu
Jadi tempat lampias nafsu Ada pasangan yang masih berpakaian lengkap seragam sekolah tanpa segan silu duduk berdua-duaan.
TAMPIN: Apa nak jadi? Itu luah orang awam sebaik melalui Taman Tasik Tampin dan melihat tempat riadah berkenaan dicemari sikap segelintir individu yang menjadikannya kawasan melampiaskan nafsu.

Malah tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan kelmarin dalam tempoh setengah jam mendapati, terdapat sepasang remaja duduk berdua-duaan malah seorang daripadanya masih berbaju seragam sekolah.

Ada juga kereta yang datang singgah, namun tiada pula pemandu atau penumpang yang turun walaupun selepas lebih lima minit berada di lokasi berkenaan.

Orang awam yang ingin dikenal sebagai Abdulah Hamid berkata, senario berkenaan biasa dilihat hampir setiap hari termasuk pada waktu tengah hari.

“Ada yang datang dan duduk terlalu rapat di tempat duduk disediakan. Tempat ini terbuka, pasangan ini perlulah jaga tingkah laku lebih-lebih lagi yang beragama Islam.

Kita pula malu lihat mereka, lebih-lebih lagi bila lihat anak muda yang masih jauh perjalanan hidup bertindak tak sopan seperti ini,” katanya semalam.

Pengunjung yang ingin dikenali sebagai Haikal berharap, pihak bertanggungjawab dapat memantau lokasi ini dan menahan mereka yang berkelakuan tidak bermoral jika perlu.

“Bagi pengajaran pada mereka ini, kalau boleh bina papan tanda dilarang buat maksiat di sini. Dari rasa malu, saya jadi marah bila lihat mereka tak ada perasaan segan dengan orang sekeliling.

“Kalau boleh, mahu saja saya yang bagi peringatan pada mereka, namun saya bimbang keselamatan saya kalau mereka tak puas hati dengan saya,” katanya.
-sinarharian-

Semakin ramai tinggalkan PAS kerana pemimpin telah tersasar

ZULKIFLI SULONG
PAS melihat ramai ahlinya meninggalkan parti kerana haluan dan pendekatan parti tersebut semakin lari daripada apa yang dikehendaki mereka.

Semakin hari semakin ramai aktivis, anak didik dan petugas PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mengangap haluan dan pendekatan parti itu sudah lari daripada yang mereka kehendaki dan perjuangkan selama ini.

Kebanyakan yang meninggalkan PAS ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dengan pihak luar, dan tidak berpuas hati dengan pendekatan baharu parti itu yang dilihat lebih senang bersendirian.

Sikap tidak jelas hala tuju semasa dan dilihat mesra Umno, parti yang didoktrinkan sebagai musuh utama PAS selama ini, juga menjadi antara punca besar mereka tidak senang dengan parti sekarang.

 Perasaan tidak puas hati itu kini turut melibatkan Harakah, lidah rasmi parti Islam itu.

Awal bulan ini, ketua pengarangnya Taufek Yahya menghantar notis dua bulan untuk meletak jawatan kerana tidak lagi boleh bekerja di sana, ekoran perubahan pendekatannya.

Beliau akan meninggalkan media rasmi PAS itu mulai 1 Januari nanti, selepas tempoh notisnya tamat, setelah berpuluh tahun bekerja di sana.

Sebelum itu, beberapa wartawan akhbar rasmi PAS juga berbuat demikian kerana tidak senang lagi dengan pendekatan parti Islam itu.

Fenomena ini membayangkan dilema yang melanda akar umbi parti ketika ini, ekoran perpecahan dalam PAS yang menyaksikan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) oleh bekas pemimpin progresifnya yang lari meninggalkan parti.

Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub menjangkan sasaran 100,000 ahli akan dicapai menjelang akhir tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015.

Timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub memaklumkan, sehingga kini sudah kira-kira 50,000 mendaftarkan diri sebagai ahli Amanah.

Beliau yang juga bekas naib presiden PAS, yakin sasaran 100,000 ahli menjelang hujung tahun ini akan berjaya dicapai, sambil menambah, 150,000 borang keahlian sudah diedarkan ke seluruh negara.

"Pencapaian Amanah yang meyakinkan ini berteraskan dasar Islam yang berwajah rahmat untuk semua, di samping pendekatan yang progresif, inklusif dan peduli.

"Ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju ke hadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Fenomena di Harakah juga berlaku di ibu pejabat PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ada yang sudah meletak jawatan untuk bersama Amanah dan tidak kurang juga yang masih kekal bekerja dengan PAS tetapi menjadi 'harum manis' iaitu hijau di luar, oren di dalam.

Ia juga melanda PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, tempat terletaknya Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang kini menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM).

"Hanya tinggal saya dan dua orang lagi saja, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan suaminya, yang kekal dalam PAS," kata seorang tokoh veteran parti yang tinggal berhampiran Taman Melewar ketika menceritakan perihal yang berlaku di situ.

Beliau menamakan Zubir Ahmad (kakitangan pejabat agung PAS), Abu Bakar Rashid, Zain Hashim, Haji Uzir dan ramai lagi aktivis parti yang tinggal di lubuk parti itu sebelum ini yang sudah lari menyertai Amanah di bawah pimpinan Mohamad Sabu.

Kedudukan yang sama juga berlaku di cawangan-cawangan PAS di seluruh negara, semuanya dalam keadaan resah dan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli.

Bagi Nik Mohd Ghazali, seorang ahli jawatankuasa (AJK) cawangan di Selayang, walaupun masih kekal dalam PAS, beliau terasa semakin jauh dengan parti Islam itu berikutan pendekatan barunya.

"Dulu bila ada mesyuarat, saya rajin pergi, namun sekarang terasa liat dan tidak mahu terlibat lagi.

"Kalau dulu ringan tangan menghulurkan duit untuk PAS bagi melaksanakan pelbagai program, tetapi sekarang sudah lain.

"Saya terasa, baik saya masuk tabung masjid," cerita Nik Ghazali kepada The Malaysian Insider.

Rakan-rakan beliau yang masih kukuh bersama PAS kini membuat persiapan untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Selayang.

Ia berbanding bertanding hanya di DUN Taman Templer pada pilihan raya umum lalu, manakala kerusi selebihnya semuanya ditandingi PKR.

"Kita diarahkan untuk membuat persiapan bertanding di semua DUN di Selayang," kata seorang AJK PAS cawangan.

Fenomena ini membayangkan PAS lebih senang bersendiri, bahkan bersedia untuk berlawan dengan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, jika perlu.

Sementara itu, DAP mula membuka pejabat khidmatnya di DUN Taman Templer yang ketika ini dipegang pemimpin PAS, Zaidy Talib, juga anggota exco kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini, DAP mengumumkan akan membuat persiapan jika perlu bertanding di 8 kerusi DUN di Selangor yang dimenangi PAS pada pilihan raya 2013.

"Ada 2 segmen penting yang tidak lari meninggalkan PAS.

"Golongan yang patuh dan wala' kepada pimpinan dan parti dan golongan bawahan PAS yang tidak memahami apa yang berlaku dalam parti itu," kata Mohamad Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre ketika mengulas fenomena ini.

Ia berlaku terutamanya di negeri-negeri yang PAS sudah berakar umbi dan jauh dari akses kepada kegiatan di laman sosial seperti Terengganu dan Kedah.

Golongan ini akan menyerang mereka yang menyertai atau menghampiri majlis anjuran Amanah, apatah lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti baru itu, dengan pelbagai tuduhan dan label.

Mereka berpendapat, menjadi satu kesalahan besar kepada Amanah kerana berpecah dari parti Islam yang sedia ada dan menjadi satu kesalahan besar untuk umat Islam menghina ulama yang memimpin PAS sekarang.

Kebanyakan mereka tidak terdedah dengan maklumat semasa melalui media sosial dan hanya mendapat maklumat dari akhbar Harakah dan kuliah-kuliah yang diberikan pemimpin PAS, di samping usrah di kalangan mereka
-malaysianinsider-

Azmin perlu jawab dakwaan pembaziran RM9.7 juta – Chegubard

PETALING JAYA: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengkritik kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan memperuntukkan RM9.7 juta untuk ‘mencantikan’ pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Dia yang mengisytiharkan ahli PKR seumur hidup berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukan sejumlah besar wang hanya untuk menaik taraf pintu gerbang.

Katanya, selama ini pembangkang mendedahkan pembaziran dan ketirisan wang rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional namun pendedahan RM9.7 juta diperuntuk untuk pintu gerbang itu amat mengejutkan.

“Saya tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender kepada syarikat yang mengguna istilah arab tersebut atau bagaimana sumber bajet , tetapi saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang?, katanya menerusi kenyataan media.

Chegubard yang diketahui tidak sehaluan dengan Azmin berkata, Menteri Besar dan Exco dari Pas, Zaidi Abdul Talib yang bertanggungjawab perlu tampil memberi penjelasan berhubung laporan itu.

“Saya berdoa agar berita RM9.7 juta tersebut tidak benar dan rekaan semata – mata sebab bukan sahaja penyokong biasa kecewa, malah saya ahli seumur hidup PKR juga kecewa,” katanya.

Dia berkata, laporan terbaharu itu menambahkan kontroversi Azmin selepas itu penubuhan syarikat RM2 untuk menjaga aset Selangor, isu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang dikatakan belum beroperasi tetapi telah memohon pinjaman bank, kegagalan menghalang kenaikan tol menerusi anak syarikat yang memiliki kepentingan dalam syarikat konsesi tol dan kelulusan pembinaan lebuh raya bertol.

“Mohon PKR sebuah parti yang diyakini mampu menerajui Malaysia, sebuah parti yang begitu dekat di hati rakyat kerana isu porpular dalam memberi harapan kepada rakyat., mohon untuk bertindak segera,” katanya.
-freemalaysiatoday-

Menantu Hadi fikir orang sudah lupa?

zaharudin muhammad
zaharudin muhammad
ULANGSIAR: Pertembungan tiga penjuru di antara PAS dan PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu telah menyebabkan PKR kecewa, kata Nurul Izzah Anwar.

Naib Presiden PKR itu berkata ini adalah kerana PKR tidak melihat PAS sebagai lawan walaupun dalam mana-mana gabungan tentu ada perbezaan pendapat kerana apa yang penting adalah agenda utama untuk menjatuhkan musuh tradisi Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Isu Kota Damansara jika dirujuk pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) dan sejarahnya jelas PKR memang bertanding di situ.

“Namun apa yang penting bagi PKR adalah meningkatkan komitmen untuk bekerja lebih keras membuat gerak kerja bermula dari sekarang supaya memudahkan PR dalam rundingan yang akan datang untuk mencari keserasian, bersabar dan menganggap ini sebagai cubaan untuk memperbaiki hubungan sesama ahli,” katanya apabila ditemui oleh The Malaysian Insider baru-baru ini.

Akan tetapi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu gembira kerana ada suara dalam PAS seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengkritik pengkhianatan parti Islam itu yang meletakkan calon pada saat-saat akhir di Kota Damansara.
Kota damansara
Beliau menegaskan aspirasi parti haruslah sama dengan kehendak pengundi yang mahu masa depan mereka terjamin dan bukan terus-terusan berbicara tentang parti tetapi persoalannya adalah bagaimana kita berkhidmat untuk rakyat. Kota damansara

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, menantu kepada Datuk Seri Abdu Hadi Awang, Zaharudin Muhammad mempertahankan tindakan PAS meletakkan calon di Kota Damansara, walaupun PR sudah bersetuju kerusi itu milik PKR.

Katanya, kekalahan PR di Kota Damansara bukan disebabkan PAS bertanding malah congakan 7,312 undi yang diperolehi PAS akan pergi kepada PKR adalah kiraan tidak berasas kerana pengundi Kota Damansara bukan pengundi kampung tetapi pengundi berpendidikan yang menilai setiap inci pergerakan calon dan parti.

Sebelum ini, Zaharudin menempelak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dituduh menjadi punca kekalahan PR di Kota Damansara dengan memetik Khalid selaku ketua perunding kerusi di Selangor gagal mengambil kira pandangan PAS Kawasan sehingga berlaku pergolakan parti.

Zaharudin disalahkan kerana kerusi DUN Kota Damansara – sebelum ini disandang oleh Dr Nasir Hashim pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke Barisan Nasional (BN) apabila PAS turut sama bertanding melawan calon PKR, Umno dan tiga lagi calon bebas.

Hasilnya calon BN, Halimaton Saadiah mendapat 16,387 undi dan menang dengan majoriti 1527 undi di Kota Damansara mengalahkan kesemua calon yang bertanding.

Jika dihitung undi yang diterima oleh Nasir 14,860 dan calon PAS Rizuan Ismail 7312, dengan mudah calon PR boleh menang besar dengan jumlah 22,172 undi. – TMI / 4 Ogos, 2013
-malaysiastylo-

Penyanyi mengamuk di mahkamah

Ahmad Dhani mengamuk di mahkamah
Jakarta: Penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani tidak dapat menahan perasaan marahnya ketika menjadi saksi dalam perbicaraan kes samannya terhadap seorang peguam, Farhat Abbas di sebuah mahkamah di sini semalam.

Ahmad Dhani pada mulanya dilihat kurang senang dengan tindakan Farhat yang menyoalnya dengan pelbagai soalan.

Kesabaran Ahmad Dhani sampai ke kemuncaknya apabila dia ditanya mengenai satu kemalangan jalan raya yang membabitkan anaknya, Dul yang menyebabkan dua orang maut.

“Saya tidak pernah menyatakan diri saya muflis, kalau kehabisan wang, ya.

“Kehabisan wang sangat berbeza dengan muflis kerana saya boleh mendapatkan wang pada keesokan harinya,” teriak Ahmad Dhani.

Ahmad Dhani juga berang selepas Farhat menyoal adakah dia memberi keizinan kepada Dul memandu kereta sehingga terbabit dalam kemalangan berkenaan.

“Saya tidak pernah mengajar anak saya memandu kereta, malah saya juga tidak tahu dia boleh memandu.

“Perkara ini sudah diputuskan di mahkamah,” katanya.
-kualalumpurpost-

Husam Musa menyifatkan menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad sebagai ‘lebih dari firaun’?

 ADUN Salor Datuk Husam Musa menyifatkan menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad sebagai ‘lebih dari firaun’ kerana tidak berunding terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan debat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) esok.
Husam berkata, sehebat firaun sekalipun, apabila hendak ‘bertarung’ dengan Nabi Musa beliau akan berunding terlebih dahulu mengenai tarikh, tempat dan masa.

“Sehebat dan segagah firaun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Diraja, firaun merundingi Musa.

“Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan.

“Pada hal firaun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku,” kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husan yang dianggap sebagai anak didikan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata Zaharudin seperti ingin menunjukkan keberaniannya dengan menetapkan sendir tarikh, tempat dan masa.

“Namun, rupanya ada juga insan yang ingin mempamerkan keberaniannya yang luar biasa dengan menetapkan sendiri tarikh, tempat, masa dan segalanya berkait apa yang dikatakan debat saya dan beliau.

“Janganlah kerana beliau begitu hebat, insan kerdil yang lain kena mengikut semua telunjuknya, hatta tarikh debat pun hanya beliau yang mesti tentukan seorang diri,” katanya.

Husam kini berada di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Sebelum ini berlaku ‘perang terbuka di laman sosial’ antara Husam dengan menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembalakan di negeri Kelantan.

Zaharudin turut menjemput Husam datang ke Kuala Lumpur esok, jam 10 pagi di KUIZM bagi berdebat mengenai kekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.

Zaharudin turut berikrar akan bertanding menentang Husam bagi menyelamatkan PAS di Kelantan.
-malaysiakini-

Lagi 'pembaziran' Yapeim didedahkan

SUNGAI BESI: Tidak gentar dengan tindakan saman ke atasnya, Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir hari ini mendakwa wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) turut dibelanjakan untuk satu program di Australia.

Melalui satu sidang media yang diadakan di Pejabat Now pagi ini, Akmal mendakwa pihaknya telah menerima satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa dana Yapeim telah digunakan untuk program di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia.

Akmal berkata, program yang berlangsung pada 16 April hingga 26 April 2014 itu diberi nama 'Promoting Islamic Values In Multi Culture: Future & Challenges' yang melibatkan jumlah peserta seramai 50 hingga 70 orang.

Dakwa Akmal, terdapat empat agensi Yapeim terlibat untuk menjayakan program berkenaan termasuk Yayaaan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin); Yapeim; Institut Penyelidikan dan Perundingan Yapeim ( Input) serta Ar-Rahnu.

"Berdasarkan dokumen 'Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Mengikut Agensi Program Kembara Santun 2014' pembiayaan melalui Pemangkin adalah sejumlah RM73, 000; Yapeim RM106, 840; Input RM25, 215 dan Ar-Rahnu RM12, 650 iaitu melibatkan anggaran keseluruhan perbelanjaan sebanuak RM218, 505," katanya.

Dalam sidang media berkenaan, Akmal turut melampirkan satu salinan surat tuntutan kos bagi menjayakan program berkenaan yang dialamatkan atas nama Ketua Pengarah Yapeim bertarikh 10 April 2014 dan dicop dibayar pada 27 November 2014.

Sementara itu ketika ditanya adakah beliau telah melantik peguam selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadapnya berhubung pendedahan sebelum ini, Akmal berkata beliau belum melantik peguam secara rasmi.

"Isu saman adalah perkara lain. Menjadi hak Datuk Seri Jamil untuk membersihkan namanya.

"Dalam pendedahan ini, saya hanyalah pemberi maklumat dan persoalan-persoalan yang dikemukakan adalah demi kepentingan orang ramai," katanya.

Dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, Akmal mendakwa dana Yapeim digunakan untuk program di Amerika Syarikat dan Perancis.

Berikutan dakwaannya itu, Jamil Khir bertindak memfailkan saman terhadapya semalam.
-sinarharian-

Amanah terima Husam jika disingkir PAS

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia terima Datuk Husam Musa jika bekas naib presiden PAS itu digugurkan daripada partinya, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. 

Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menerima penyertaan Datuk Husam Musa ke dalam parti itu sekiranya bekas naib presiden PAS itu digugurkan daripada partinya, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penyertaan Husam yang dianggap aset dan berpengaruh dalam arena politik sejak zaman bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi.

"Sebelum ini apabila wujudkan parti ini (Amanah), dan beliau (Husam) memilih untuk kekal, kami hormat sikap beliau.

"Namun, sekiranya beliau memohon untuk menyertai kami, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," kata Anuar pada satu sidang media di ibu pejabat Amanah di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.
Katanya, keputusan untuk menyertai Amanah terletak di tangan Husam dan pihaknya tidak boleh memaksa beliau mengambil tindakan itu.

"Sekarang ini, kalau tidak muat kereta kancil, lori besar kita sediakan. Kalau dia mahu. Itu hak beliau. Kita tak boleh paksa siapa pun sekarang ini untuk sertai Amanah," katanya.
-malaysianinsider-

KISAH KESETIAAN SEORANG PRAJURIT OTTOMAN TERHADAP AL-QUDS

Pada tahun 1972 M, di salah satu sudut halaman Al-Masjidil Aqsha, tampaklah seorang lelaki berumur 90-an tahun yang mengenakan pakaian tentara Turki Utsmani yang sudah dipenuhi tambalan di sana sini. Ada penutup kepala khas di kepalanya. Ia berdiri di pojok situ dengan penuh gagah perkasa. Pemandangan ini menarik perhatian seorang wartawan Turki bernama Ihan Birdigji, maka ia pun mendatanginya dan mengajaknya untuk berdialog.

Dari obrolan itu, diketahuilah bahwa lelaki tua itu bernama Hasan Ugdirli, seorang tentara Turki Utsmani di zaman khilafah Utsmaniyah. Pangkat terakhir yang disandangnya adalah al’irrif yang berarti kopral, atau bahkan sersan, bergantung terjemahan yang dipergunakan dalam peristilahan sekarang.

Irrif Hasan al-Ugdirli menceritakan bahwa pada tahun 1917 M, Palestina terjatuh menjadi tanah jajahan Inggris setelah kekalahan pasukan Turki Utsmani.
Saat itu, ada 53 tentara Turki Utsmani yang menolak untuk keluar dari kota Al-Quds, mereka tetap dengan penuh tekad untuk tetap berada di Al-Quds, untuk menjaganya agar tidak terjadi kekacauan dann penjarahan jika pasukan Inggris memasuki kota suci itu.

Diantara alasan 53 prajurit itu, saat itu, adalah agar tidak ada kesan, atau citra, atau cerita bahwa:
“Negara khilafah Utsmaniyah telah membiarkan dan menelantarkan kota Al-Quds”,
“Agar Al-Masjidil Aqsha tidak menangis setelah empat abad”,
“Agar nabi Muhammad SAW tidak merasakan sakit”,
“Kami tidak ingin melihat dan menyaksikan dunia Islam tenggelam dalam duka”.

Al-‘Irrif Hasan melanjutkan ceritanya: “lalu, tahun demi tahun pun berlalu dengan begitu cepat, seperti kerdipan mata saja, satu demi satu, kawan-kawan ku meninggal dunia. Musuh tidak bisa menghabisi kami, yang bisa menghabisi kami hanyalah qadar dan kematian, dan lihatlah saya ini, al-‘irrif Hasan, saya tetap menjalankan tugasku sebagai penjaga kota Al-Quds yang mulia, sebagai penjaga Al-Masjidil Aqsha”.

Saat bercerita, kedua mata al-‘Irrif Hasan dipenuhi oleh air mata.
Lalu al-‘Irrif Hasan melanjutkan ceritanya: “Wahai anakku (maksudnya: wartawan Turki yang mewawancarainya), saat engkau nanti kembali ke Anadhol (maksudnya: Turki), pergilah ke desa Sinjak Toukat, di sana ada komandanku yang bernama an-naqib Musthafa (maksudnya: Kapten Musthofa) yang pada waktu itu menitipkan kota Al-Quds dan Al-Masjidil Aqsha kepada kami, pergilah kamu untuk menemui dia, cium kedua tangannya atas nama kami dan katakan kepadanya: “Wahai tuan kapten, al-‘irrif Hasan al-Ugdirli, kepala kelompok pemegang senjata Bren yang ke-11, Batalion 8, barisan ke-36, divisi 20, yang menjadi penjaga di Al-Masjidil Aqsha, tetap berdiri pada posisinya sebagai seorang penjaga semenjak engkau tinggalkan dan belum pernah sekalipun meninggalkan tugasnya, dan sungguh, dia sekarang memohon banyak do’a keberkahan darimu”!

Al-‘Irrif Hasan tetap bertugas menjaga Al-Masjidil Aqsha, meskipun untuk itu beliau meninggalkan tanah air dan keluarganya, hatinya dipenuhi oleh nilai-nilai keberanian, kegagahan, kehormatan dan kemuliaan yang tidak dapat diketahui nilainya kecuali oleh mereka-mereka yang mulia.

Hanya kematianlah yang dapat mengakhiri tugas beliau, di mana beliau meninggal dunia pada tahun 1982 M, dan beliau adalah petugas terakhir dari khilafah Utsmaniyah yang menjaga Al-Masjidil Aqsha dan beliau pun dikuburkan di kota Al-Quds, tempat beliau menjalankan tugas dengan penuh kesetiaan sampai akhir hayatnya.

Semoga Allah SWT merahmati al-‘Irrif Hasan dan menerima seluruh perjuangannya, serta memasukkannya ke dalam kalangan syuhada fi sabilillah, amin.

[Ust. Musyafa Ahmad Rahim, MA.]

Awas tabiat kunyah ais

Dr Abhishek Bhagat (Pengarah Perubatan Wilayah - Merck)
SELALU berasa letih antara tanda anemia.
Dalam dunia yang bergerak pantas ini, kita sering berasa letih kerana sibuk memenuhi tuntutan kehidupan bandar yang semakin mencabar.

Justeru, kita sentiasa lesu atau mudah letih kerana berdepan tekanan fizikal dan mental, terutamanya selepas bekerja sehari suntuk atau senaman berat di gim.

Namun bagi sesetengah orang, keletihan mungkin menandakan ada masalah lebih membimbangkan iaitu anemia. Anemia adalah gangguan kesihatan iaitu bilangan sel merah yang kurang daripada paras normal.

Darah mengangkut oksigen, nutrien, hormon serta bahan lain ke organ dan tisu. Apabila jantung berdenyut, darah akan dipam menerusi pembuluh darah ke semua bahagian badan.

Sebagai komponen yang paling banyak dalam darah, sel-sel darah merah memberi warna merah kepada darah serta mengangkut oksigen daripada paru-paru ke badan menerusi sejenis protein khas dinamakan hemoglobin .

Anemia bermaksud paras sel darah merah atau hemoglobin rendah daripada paras normal. Kesannya, kandungan oksigen yang diangkut dalam darah berkurangan.

Oksigen adalah bahan api yang membolehkan sel-sel hidup dan berfungsi. Fungsi sel, tisu dan organ terjejas jika oksigen yang dibekalkan berkurangan. Sebab itulah kita mudah letih apabila melakukan aktiviti seharian.

Anemia selalunya dihadapi kaum wanita akibat kehilangan darah ketika haid atau kehamilan. Selain itu, masalah kesihatan ini turut disebabkan pendarahan dalam perut, kekurangan nutrisi atau penyakit kronik lain. Namun, faktor utama anemia ialah kekurangan zat besi. Anemia boleh diwarisi daripada ibu bapa.

Punca dan simptom anemia

Punca anemia termasuk kehilangan darah akibat trauma, luka pada saluran gastrousus atau pendarahan haid yang tidak normal, kekurangan vitamin dan mineral yang penting untuk penghasilan sel darah merah, penyakit kronik seperti radang gastrousus, kegagalan buah pinggang, jangkitan akut dan kronik serta penguraian sel darah merah akibat latihan fizikal yang berat. Bagaimanapun, punca anemia yang paling biasa ialah kekurangan zat besi.

Selain keletihan, simptom lain yang biasa termasuk sakit kepala, pening, denyutan jantung tidak teratur, kulit pucat, bunyi berdengung dalam telinga dan sesak nafas.

Cara lain untuk mengenal pasti simptom anemia termasuk memeriksa warna dalam kelopak mata bawah anda (konjunktiva), kuku dan tapak tangan. Konjunktiva, kuku dan tapak tangan yang pucat ialah tanda anemia.

Jika anemia yang teruk tidak dirawat, jantung mesti bekerja lebih kuat dan beban ini boleh menyebab­kan masalah jantung yang dikenali sebagai hipertrofi ventrikel kiri (LVH), aritmia (denyutan jantung tidak teratur) serta menjejaskan imuniti.

Tambahan pula, anemia dalam kalangan ibu yang mengandung mungkin menyebabkan kelahiran pramatang.

Kekurangan zat besi (IDA)

Anemia kekurangan zat besi ialah sejenis amenia yang disebabkan kekurangan zat besi dalam badan untuk menghasilkan sel darah merah.

Ia adalah jenis anemia paling biasa. Faktor kekurangan zat besi termasuk peningkatan keperluan badan terhadap zat besi dalam peringkat kehidupan tertentu (misalnya kehamilan dan tumbesaran), kehilangan zat besi menerusi kehilangan darah serta kekurangan pengambilan atau penyerapan zat besi.

Mengatasi kekurangan zat besi

Perubahan diet langkah pertama untuk mengatasi kekurangan zat besi dalam darah. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), warga dewasa perlu mengambil 18 miligram zat besi setiap hari untuk mengekalkan kesihatan.

Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran berdaun hijau, kacang lentil, tiram dan daging merah kurang berlemak serta ikan dapat membantu meningkatkan kuantiti zat besi.

Namun, kita perlu mengambil makanan ini beberapa kali dalam kuantiti yang tetap kerana badan hanya mampu menyerap kira-kira 10 peratus zat besi daripada diet.

Anda patut kurangkan merokok untuk membantu badan pulih dengan lebih cepat. Selain itu, anda patut menjalani gaya hidup aktif.

Amalkan gaya hidup sihat

Tidak dapat dipertikaikan bahawa zat besi diperlukan untuk kesihatan optimum. Walaupun demikian, kebanyakan penghidap anemia tidak sedar mereka menghidap anemia. Oleh itu, pemeriksaan badan adalah penting. Terdapat beberapa tabiat anemia. Anda patut berjumpa doktor jika teringin mengunyah ais atau tanah liat.
-hmetro-

Salleh Man perli pemimpin PAS pusat?

Saya masih sebahagian pentadbiran Pulau Pinang, kata wakil tunggal PAS
Datuk Mohd Salleh Man menegaskan beliau masih sebahagian daripada pentadbiran di Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2015.Datuk Mohd Salleh Man menegaskan beliau masih sebahagian daripada pentadbiran di Pulau Pinang.

Wakil rakyat tunggal PAS dalam dewan perundangan Pulau Pinang menegaskan beliau masih sebahagian pentadbiran negeri walaupun setiausaha agung parti itu mengisytiharkan ia kini di pihak pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man berkata, beliau baru sahaja membaca berita mengenai kenyataan setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan apabila pemberita menyerbu beliau di DUN Pulau Pinang bertanyakan hal itu.

Beliau berkata, Takiyuddin hanya mengumumkan parti itu kini pembangkang di Pulau Pinang tetapi tidak berkata apa-apa tentang wakil rakyatnya.

"Beliau tidak kata wakil rakyat pun sama. Beliau hanya menyebut parti. Ia tak sama," kata Salleh.
Ditekan pemberita untuk mendapatkan menjelaskan, beliau berkata, "Bagaimana pula dengan keadaan di Selangor?"

PAS tetap sebahagian daripada pentadbiran Selangor, bersama PKR dan DAP, walaupun dengan terkuburnya Pakatan Rakyat selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP terdahulu tahun ini.

Tiada seorang pun daripada exco negeri PAS di Selangor meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, tidak seperti Pulau Pinang, kerajaan Selangor pimpinan PKR tidak mengumumkan ia sebuah kerajaan Pakatan Harapan.

Takiyuddin hari ini berkata, PAS kini sebuah parti pembangkang di Pulau Pinang selepas kira-kira 300 ahlinya yang memegang pelbagai jawatan di Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri itu dipecat baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, kerajaan negeri menghantar surat penamatan kepada mereka kerana pentadbiran memerlukan orang yang boleh bekerjasama dan menyokong kerajaan negeri serta dasar-dasarnya.

Salleh menegaskan beliau masih anggota kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, satu kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri selepas Salleh mengesahkan sokongannya kepada pentadbiran DAP.

Salleh berkata, kedudukannya bergantung kepada speaker DUN.

"Saya memenangi kerusi itu atas semangat Pakatan Rakyat. Gabungan itu membentuk kerajaan negeri dan kini nama kerajaan negeri ditukar kepada Pakatan Harapan.

"Perubahan nama tidak menjadi isu kepada saya. Sebagai Adun pentadbiran ini, saya akan menyokong kerajaannya, tidak kira apa juga nama yang diberi.

"Kita perlu menghormati manifesto yang membawa kepada kemenangan kita dalam pilihan raya. Tidak perlu buat apa-apa andaian lagi."
-malaysianinsider-

Sidang DUN P. Pinang terkejut apabila ADUN PKR menangis

PETALING JAYA: Tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norela Ariffin mengejutkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dia dikatakan tidak dapat menahan perasaan sebaknya, mendakwa kerajaan negeri telah mengabaikan kawasannya.

Reaksi itu berlaku selepas soalan yang dikemukakannya tidak dijawab.

“Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Aksi Dr Norlela itu kemudian ditenangkan ADUN Berapit, Lydia Ong.

Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun

Molekul air zam-zam.
KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.

Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.

Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.
Dr Masaru Emoto.
Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.

Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.

"Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa," katanya.

Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.

Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan 'kehebatannya'.

Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti.

Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.

Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.

Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.
Telaga air zam-zam.
Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit.

Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit.

Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.

Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran.

Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.
-mstar-

Media UK Dedah CCTV Serangan Paris (video)


LONDON: Lima hari selepas serangan berdarah di Paris, media British, Daily Mail mendedahkan rakaman video kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Paris pada 13 November lalu.

Video ini diperoleh oleh akhbar berkenaan daripada rakaman litar televisyen tertutup (CCTV) di restoran terbabit.

Berdasarkan imejnya, kelihatan bagaimana penyerang bersenjata itu menembak restoran berkenaan secara rambang. Malahan, ada juga yang bernasib baik apabila tembakan penyerang tidak mengenai sasaran.

Kejadian kira-kira seminit itu bagaimanapun tidak mengakibatkan pelanggan atau pekerja restoran itu maut.

Sumber dailymail.co.uk turut menamakan seorang penyerang berkenaan yang dipercayai rakyat kelahiran Belgium berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Salah Abdeslam. Sehingga kini suspek belum ditahan.

Dalam kejadian serangan bersenjata dan pengeboman ke atas kota Paris yang mengejutkan dunia itu, sekurang-kurangnya 129 dikenal pasti maut, manakala 180 cedera termasuk 99 parah.
-mstar-

Pengguna jalan raya terkejut melihat lelaki bertaici atas lampu isyarat


Seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat di Suzhou, China baru-baru ini.

Tindakan lelaki berusia 51 tahun ini menyebabkan pengguna jalan raya di bandar itu terkejut selepas melihat lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar itu.

Kelakuan lelaki tersebut menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu merakamkan aksinya.

Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan.

Dia dilaporkan membuat aksi berbahaya itu selama beberapa minit sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Anggota bomba telah memujuk lelaki itu untuk turun tetapi dia enggan.

Selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu kemudian bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat berkenaan.
-malaysiakini-

Seperti yang dijangka PAS keluarkan larangan debat Mustafa-Husam

Walaupun Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat, namun hasrat mereka untuk berbuat demikian tidak kesampaian.

Ini kerana, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti.

"Kita tak mahu sebarang debat dan dialog di luar parti. Kita tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan debat antara mereka.

"Ini adalah arahan gag order yang dikenakan kepada semua melibatkan pimpinan termasuk Husam, Mustafa Ali dan penganjur," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Mustafa menyambut baik hasrat Datuk Husam Musa yang menyahut cadangannya berdebat mengenai isu kepimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno sejak pilihan raya umum 2008.

Enggan menjawab tuduhan daripada jauh, Mustafa berkata kedua-dua pihak bersetuju majlis 'bersemuka' itu diadakan di Kota Bharu tetapi akan menetapkan tarikh dan masa selepas dipersetujui kedua-dua pihak.

"Terima kasih kepada Datuk Husam Musa kerana menyambut baik cadangan saya supaya diadakan majlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana yang diketahui umum.

"Sebagaimana yang telah ditegaskan, saya tidak akan mejawab segala tuduhan ini dari jauh, sebab itulah majlis bersemuka ini dicadangkan.

"Beliau meminta saya mencadangkan tajuk dan tarikh majlis ini. Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau bahawa presiden PAS sejak pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah berusaha untuk membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno," katanya.

Semalam Husam yang juga ADUN Salor bersedia berdebat secara terbuka dengan Mustafa bagi membuktikan terdapat pertemuan antara PAS dan Umno pada 2008.

Dalam kenyataannya, Mustafa berkata mereka juga perlu mencari penganjur memandangkan Husam menolak cadangan Pemuda PAS Kelantan untuk berbuat demikian,

"Kita akan melihat cadangan dan tawaran lain yang sesuai dan boleh dipersetujui bersama. Demikian juga moderator, perlulah seorang tokoh yang boleh diterima dan dipersetujui bersama," ujarnya lagi.
-malaysiakini-

Tak Bersyukur! Anak Hanya Dapat ‘4A’, Ibu Luah Kecewa Di FB

Tranungkite
SETIAP ibu bapa sememangnya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Namun, dalam sedar atau tidak sedar sikap itu adakalanya memberi kesan negatif khususnya dalam emosi anak-anak.

Sebagai contoh, lihat apa yang dilakukan oleh seorang ibu ini!
b8b1f2ae-ea7e-45b8-95d4-efface8eb7d3Hanya dek anaknya dapat ranking ke-7 dalam kelas, wanita ini sanggup meluahkan rasa kecewanya di khalayak umum menerusi laman Facebook terhadap anaknya kerana merasakan pelajaran anaknya semakin merosot.

Walhal, anaknya yang masih bersekolah rendah itu boleh dikatakan mendapat keputusan yang agak memberansangkan iaitu ‘4A’ dalam beberapa subjek.

Lebih menjengkelkan, wanita itu bukan sahaja tidak mensyukuri keputusan peperiksaan yang diterima anaknya, malah sanggup ungkit penat lelahnya dalam menjaga dan mendidik anaknya sehinggakan sanggup berhenti kerja.
29bbb6e3-245c-4f32-9637-ff8bc00c51a4
Tambah wanita itu, dia juga berasa sedih kerana tidak dapat melihat anaknya naik ke pentas untuk menerima anugerah pelajar cemerlang pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Alahai, membaca status-status yang ditulis ini sedikit sebanyak timbul perasaan kesal terhadap wanita tersebut.

Mana tidaknya, langsung tidak menghargai usaha gigih anak sendiri untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.

Gamaknya, boleh gila dan serba-serbi tidak kena anak jadinya bila ada ibu bersikap seumpama ini.

Oleh itu, pesan kamu kepada semua ibu bapa yang lain, bertolak-ansurlah dalam mengajar dan mendidik anak-anak.

Tidak perlu bawa kelemahan anak sehingga ke media sosial sehingga satu dunia boleh lihat. Bawa berbincang dari jati ke hati pun sudah cukup gamaknya.
-MYNEWSHUB.CC