Polis didapati bersalah merogol dipenjara 263 tahun

Polis didakwa merogol dipenjara 263 tahun
Polis didakwa merogol dipenjara 263 tahun Daniel Holtzclaw
OKLAHOMA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bekas anggota polis yang menghadapi 18 tuduhan termasuk mencabul, merogol dan merogol diluar tabii dijatuhkan hukuman penjara 263 tahun, semalam.

Laporan Dailymail mengatakan Daniel Holtzclaw, 29 sebelum ini juga menghadapai 36 tuduhan mencabul 13 wanita kulit hitam, seorang remaja perempuan dan seorang warga emas ketika sedang bertugas sebagai anggota polis.

Balai polis Oklahoma, stesen di mana Daniel bertugas sebelum ini menyuarakan kelegaan mereka terhadap keputusan mahkamah.

Pegawai polis, Bill Citty bangga dengan usaha para pendakwa dan detektif yang terlibat dalam kes tersebut.

Bill juga memberitahu kes tersebut adalah yang paling teruk sepanjang tempoh empat dekad beliau bertugas di balai polis Oklahoma.

Waris kepada mangsa serangan Daniel dilaporkan berkumpul di luar mahkamah dan bersorak sambil menyanyikan lagi 'Selamat Hari Jadi' selepas hakim menjatuhkan hukuman.
-sinarharian-

Cara ajar suami curang (Gambar)


ISTERI lelaki berkenaan duduk di atas kereta untuk menghalang suaminya memandu bersama wanita simpanannya.
Mexico City: Seorang wanita mengambil keputusan membalas dendam terhadap suaminya yang curang ketika lelaki itu berpacaran dengan wanita simpanannya.

Si isteri dirakam duduk di atas bonet kereta BMW milik suaminya untuk menghalang dia memandu kereta itu bersama kekasihnya.

Polis cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah mereka selepas pasangan itu bergaduh di tepi jalan raya yang sibuk.

Apabila wanita simpanan itu keluar dari kereta dan cuba meninggalkan tempat kejadian, si isteri dilihat menampar mukanya.

Rakaman kejadian itu menjadi viral selepas ia dimuat naik ke Internet.

Beberapa pengguna membahaskan wanita yang mana lebih cantik.

Seorang pengguna mengulas kejadian itu dengan menulis: “Lelaki itu mungkin kaya raya sehingga menjadi rebutan dua wanita.” - Agensi
-hmetro-

Hadi, Najib bakal bertemu minggu depan

hadi awang
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas Presiden UMNO itu menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTV pada malam semalam berkata kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.

Dr Puad berkata Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Abdul Hadi akan menyampaikan ucap utama.

“Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya,” katanya di sini.

Puad turut berpendapat pertemuan dua pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden UMNO itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 semalam berkata UMNO menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu ‘disepak dan diterajang keluar’ oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Puad berkata para perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik UMNO.

Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama UMNO, katanya.
-Bernama-

Masjid Batu 6 Terbakar Ketika Ustaz Azhar Idrus Mengajar (Gambar)

Tranungkite 
Sebuah masjid di Kuala Terengganu dikatakan mengalami kebakaran ketika penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus sedang menyampaikan ceramah agama lewat malam tadi.

Gambar yang disebarkan melalui media sosial itu kini viral.

Menurut pengirim yang menghubungi sebentar tadi, kebakaran tersebut dikatakan berlaku di Masjid Batu Enam dan berpunca dari kerosakan penghawa dingin.

“Dengar-dengar kes aircond meletup.. Masjid Batu 6 terbakar, tengah Ustaz Azhar mengajar,” kata pengirim yang tidak dikenali kepada sebentar tadi.

Menurut pengirim itu lagi, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan sehingga kini.
Namun tidak dapat memastikan kesahihan maklumat tersebut kerana tiada sebarang pengumuman rasmi dilaporkan berhubung kejadian tersebut.

Tinjauan di laman Facebook Ustaz Azhar juga gagal menemui sebarang maklumat mengenainya.

Pihak cuba menghubungi beliau untuk pengesahan, namun gagal. -suara tv

Maksiat paling besar yang tidak diendahkan

Dr Marzlee Malik
Maksiat paling besar di zaman ini ialah berkaitan harta dan pecah amanah serta rasuah. Ia melibatkan dana awam dan kepentingan rakyat teramai.
Boleh kita nak intip akaun peribadi PM dan menteri-menteri? Apakah intipan hanya untuk khalwat sahaja? Apa kata para mufti sekelian? Bukankah Rasulullah SAW melarang pegawai kerajaan yang dilantik menerima duit selain gaji dan peruntukan dari mereka?

Bukankah di dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan bahawa Ibn Lutaybiyah, amil zakat di zaman Nabi SAW diperintahkan memulangkan derma dan hadiah yang telah diberikan kepadanya kerana kedudukan beliau sebagai pegawai kerajaan dan pemungut hasil negara?

Bukankah Saidina Omar melarang para gabenor dan pembesar zamannya mempunyai rumah mewah, kenderaan mewah dan pakaian-pakaian mewah?

Apakah isu tatakelola yang melibatkan amanah dan keadilan bukan dalam hukum hakam Syariah?

Mengapa mengambil Islam secara terpilih? Hanya isu khalwat dan skodeng sahaja?

Dr Marzlee Malik
Pensyarah UIA

Malu besar seluar terlondeh ketika terima anugerah di pentas (Gambar)

SELUAR Cicak terlondeh sebelum dia sempat menyambut anugerah daripada Presiden
Zagreb: Seorang aktivis hak asasi manusia Croatia malu besar apabila seluarnya terlondeh ketika dia menerima anugerah berprestij daripada presiden negara itu.

Ivan Zvonimir Cicak menyambut sijil pengiktirafan itu daripada Presiden Kolinda Grabar-Kitarovic apabila seluarnya terlondeh tiba-tiba.

Gambar yang dirakam menunjukkan Cicak, Ketua Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Croatia merah padam ketika seluarnya terlondeh hingga ke buku lali.

Dia bagaimanapun dengan selamba menariknya semula dan meneruskan acara itu.

Dia bernasib baik kerana Kolinda memegang anugerah berkenaan, menghalang orang lain melihat seluar dalam Cicak.
-hmetro-

Pesanan dan nasihat Muhyiddin untuk Tengku Adnan

Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar tidak meminggirkan suara akar umbi meskipun mereka hanya dilihat kecil.

Menurutnya, Tengku Adnan perlu sedar bahawa suara akar umbi membawa suara sebenar dari bawah.

"Saya fikir, Tengku Adnan biasa tidak berpandangan jauh dan tidak prihatin masalah yang sebenar. Mungkin dalam khayalan dan tidak berpijak di Bumi nyata.

"Realitinya, jika dia sebagai manusia tahu apa yang di bawah itu, bukan sahaja cawangan Umno bahkan rakyat biasa di seluruh negara. Saya tak tahulah kalau dia duduk di mahligai tinggi dan tak tahu apa berlaku di akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal kenyataan Tengku Adnan berhubung dakwaan cawangan Umno yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur

Sebelum ini, Tengku Adnan dilaporkan mendedahkan wujud gerakan orang dalam mengumpulkan 300 cawangan untuk mendesak Najib meletakkan jawatan dan beliau yakin gerakan itu tidak akan menjejaskan parti.

Mengulas lanjut, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, apabila akar umbi bersuara, mungkin kerana mereka sudah tidak tahan melihat apa yang berlaku dalam parti.

"Realitinya, apabila ada suara-suara luar biasa daripada akar umbi, saya tidak mengambil remeh. Jangan pandang rendah. Bagaimana kalau ada gelombang nanti?

"Mereka duduk di bawah itu menjadi pemimpin akar umbi...Ketua cawangan atau ketua atau pengerusi pusat daerah mengundi yang jaga pilihanraya. Pastinya ahli-ahli di bawah itu, ahli Umno atau bukan. Yang sudah duduk bersama dia bertahun-tahun di kampung itu, di cawangan itu menceritakan tentang masalah mereka.

"Jadi, mereka ini tidak mahu berdiam diri, lebih-lebih lagi dia takut trend itu boleh membawa kekalahan kepada parti," katanya.

Katanya, cawangan-cawangan mula bersuara apabila melihat peringkat bahagian 'sunyi'.

"Saya tidak mahu meremehkan pandangan mereka, kita kena hormati. Ini lahir daripada kesedaran mereka sendiri, tidak ada diacuh oleh pihak-pihak lain. Apatah lagi ia tidak diusahakan oleh saya.

"Jangan salahkan, 'oh ini ada gerakan'...tidak. Ia bangkit sendiri. Ada juga selepas mereka ditemubual (media), mereka datang jumpa saya dan menjelaskan kepada saya. Saya kata tak apa, 'ini hak awak. Awak ahli Umno, awak berhak untuk bersuara'," katanya.

Tambahnya, "setiausaha agung mesti dengar apa yang ada di bawah. Jangan hanya 'dok'....(sanjung) yang atas. Turun bawah, dengar rintihan akar umbi, rasa gelisah, marah, benci."
-sinarharian-

AWAS!!! Jangan Beli Jika Tong Gas Ada Yang Macam ni!!!

Tranungkite
Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian kerana seluruh penduduk samada di Malaysia atau di serata dunia menggunakan gas untuk memasak

Kalau sewaktu anda ingin membeli gas yang baru dan jika terjumpa atau ternampak besi samada satu atau dua yang dilekatkan di tangkai pemegang tog gas tersebut, elakkan daripada membelinya

Tujuan besi tersebut dilekatkan di situ adalah bagi menipu pengguna. Ianya bertujuan menambah berat tong tersebut sedangkan isinya kurang dan tidak mencukupi sebagaimana yang tercatat pada tong gas tersebut

Begitu ramai pengguna telah terpedaya kerana gas cepat habis walaupun hanya digunakan beberapa kali untuk memasak berbanding sebelumnya

Jika terjumpa atau terbeli tong gas tersebut, bolehlah dibuat aduan kepada KPDNKK untuk diambil tindakan. Dan tong gas yang sudah terbeli akan digantikan semula dengan tong gas yang sebenar atau wang akan dikembalikan semula selain daripada tindakan yang dikenakan ke atas peniaga yang menjualnya

Mohon Share kepada Semua....

Nasib si kaki 4 yang digelar ‘setan’ oleh penduduk kampungnya (Gambar)

RAJPUT dengan dua kaki berlebihan (dalam bulatan).
New Delhi: Seorang lelaki yang dilahirkan dengan empat kaki digelar ‘setan’ oleh penduduk kampungnya, menyebabkan dia terpaksa menjalani kehidupan bersendirian.

Arun Rajput, 20, dari kampung pedalaman di Farrukhabad, Uttar Pradesh, kini berharap untuk menjalani pembedahan bagi membolehkan dia menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Saya menjadi bahan ejekan. Mereka berkata saya saya setan. Tidak ada yang menghormati saya kerana keadaan saya. Saya mahu menjadi seperti mereka. Saya mahu bekerja seperti lelaki lain,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia teringin sangat untuk menjalani pembedahan, belajar dan memenuhi impian untuk menjadi guru.

Dua kaki tambahan Arun yang dipercayai akibat daripada kembarnya yang tidak menjadi, menyebabkan dia tidak boleh duduk dengan betul.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
-hmetro-

Pencuri maut dibaham buaya

Buaya
Seorang pencuri maut dibaham buaya dipercayai berlaku semasa menyembunyikan diri daripada pihak polis di sebuah tasik.

Portal Mirror melaporkan Matthew Riggins menyembunyikan diri daripada pihak polis di sebuah tasik di Barefoot, Florida selepas cubaannya memecah masuk rumah-rumah.

Dia menghubungi teman wanitanya dan memaklumkan mengenai pihak polis sedang memburunya.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah keesokan harinya.

Mayatnya kemudian ditemui di sebuah tasik tetapi pasukan penyelamat hampir diserang oleh seekor buaya semasa hendak mengangkat mayat Riggins.

Bahagian tangan dan kaki Riggins ditemui di dalam perut haiwan berkenaan.

Bercakap kepada Bay News, seorang penduduk, Laura Farris berkata: “Dia bersembunyi di tempat yang salah.”

Pada malam kejadian, Riggins memberitahu teman wanitanya mengenai rancangan untuk memecah masuk rumah.

Dia bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan siasatan dibuat sebagai orang hilang.

Mayatnya dijumpai 10 hari kemudian.
-kualalumpurpost-

Jumpa RM465,602 dalam sungai

VIENNA - AUSTRIA. Dua lelaki menjumpai €100,000 euro (RM465,602) di sebuah sungai dan berkemungkinan dibenarkan menyimpannya.

Menurut laporan CNN, kejadian berlaku pada 10 pagi Sabtu lepas di sungai Danube.

Jurucakap polis, Patrick Maierhofer memberitahu pihaknya sedang memeriksa rekod kejadian rompakan bank yang berlaku beberapa tahun sebelum ini untuk mengenalpasti asal-usul wang tersebut.

Dua lelaki yang menemui wang berkenaan dibenarkan menyimpannya buat sementara waktu sehingga polis menjalankan siasatan.

Jika pihak polis berjaya mengenalpasti asal usul wang berkenaan, penemu hanya dibenarkan menyimpan sebanyak 5 peratus dari jumlah yang dijumpai.

Manakala mereka dibenarkan memiliki keseluruhan wang tersebut jika polis gagal mengenalpasti punca wang berkenaan selepas tempoh setahun.

Sungai Danube mengalir dari Jerman melalui 10 buah negara dan berakhir di Moldova dan Ukraine.
-sinarharian-

PANAS!!! Mahathir dedah Najib cuba menyogoknya

Najib cuba sogok saya – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pendedahan terbaru dengan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak pernah cuba menyogoknya.

Dr Mahathir juga mendakwa sogokan itu dibuat untuk membeli kerjasamanya dan mendiamkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

“Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB,” katanya dalam tulisan terbarunya di blog chedet.cc.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau telah menolak sogokan itu berikutan melihat kerajaan telah kehilangan duit dengan sejumlah yang besar akibat daripada kerugian 1MDB.

Katanya, cara Najib mengendalikan isu 1MDB dan RM2.6 bilion membuatkan beliau mahu terus mengkritik sehingga ia diselesaikan.

“Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion.

“Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

“Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menafikan bahawa beliau mengkitik Najib disebabkan kecewa selepas permintaanya tidak ditunaikan.

Katanya, kritikan terhadap Najib itu hanyalah semata-mata bagi memperjuangkan hak rakyat dan negara.

“Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak.

“Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

“Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman Perdana Menteri lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara,” ujarnya
-fmt-

Iklan lucah D’Herbs dikecam (Gambar)

Iklan
Kuala Lumpur: Sebuah video iklan produk kecantikan terkenal, D’Herbs mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial apabila ia didakwa mempunyai unsur lucah dan menghina golongan wanita.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, Muah Setapak.com pada 4 Disember lalu, ia memaparkan kehidupan seorang suami yang seolah ‘tidak berpuas-hati’ dengan bentuk badan yang dimiliki oleh isterinya.

Video berdurasi 2 minit 40 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengimpikan isterinya memiliki “payudara idaman”, selain turut menunjukkan lelaki terbabit sedang berhalusinasi.

Lebih mengejutkan, dalam rakaman tersebut ia turut mengambarkan isteri lelaki terbabit yang dilakonkan anak pelakon terkenal Normah Damanhuri, Liana Rosli sebagai ‘sekeping papan’.

Bagaimanapun, wanita tersebut berjaya membuat transformasi selepas meminum produk “Payu-Up Collagen” D’Herbs yang didakwa oleh pengeluar produk tersebut sebagai mampu “menganjalkan, menegang dan menggebukan payudara”.

Ternyata, kesan menggunakan produk tersebut, lelaki terbabit terpukau dan naik ghairah dengan perubahan isterinya.

Rakaman tersebut mengundang kritikan dan kecaman dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan ia sebagai ‘iklan terlampau’.

Menyedari video tersebut menerima reaksi negatif, pengasas syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan ‘tagline’, “Terlajak Laris” tampil mendakwa bahawa video tersebut sebagai salah satu penyertaan daripada peserta bagi sebuah pertandingan parodi.

“Kepada yang join contest parodi/iklan Dherbs, saya mohon jaga sensitiviti masyarakat. Saya mewakili peserta yang terlibat memohon maaf,” kata beliau di laman Instagram peribadinya,@aliffsyukriterlajaklaris, baru-baru ini.

Sementara itu, Liana Rosli pula menyatakan video tersebut dihasilkan bagi tujuan mempopularkan produk terbabit selepas menerima bayaran sebanyak RM400.

“Memang saya tahu, kita ‘shoot’ untuk produk itu. Tapi saya tak jangka akan jadi viral macam sekarang. Buat masa ini, saya tak nak komen lebih, sebab tak nak ada mana-mana pihak sensitif lagi tentang isu ini,” ujarnya seperti dilapor ProjekMMO.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 692,691 kali dan mendapat perkongsian lebih 6,000 pengguna Facebook.
-kualalumpurpost-

Aktres Bunuh Suami Selepas Dipaksa Berlakon Dalam Filem Lucah


SEORANG aktres naik berang sehingga membunuh suaminya yang memaksa dia untuk berlakon dalam filem lucah bagi menjelaskan hutang perniagaan, lapor Makkal Osai.

Aktres Shruti Chandralekha,22, dari Bangalore ditahan kerana membunuh suaminya, Peter Prinzo,35.

Menurut akhbar tersebut, selain Chandralekha yang merupakan pelakon beberapa filem Tamil dan Kannada, polis turut menahan dua orang disyaki bersubahat dengan kes pembunuhan ini pada Januari lalu.

Mereka menanam mayat itu di Palayamkottai di daerah Tirunelveli.

Dilaporkan bahawa Prinzo telah meminjam wang dengan kawannya untuk memulakan perniagaan secara online.

Bagaimana pun perniagaannya itu gagal dan dia berada dalam tekanan seterusnya memaksa Chandralekha berlakon dalam filem lucah.

Pihak polis membuat tangkapan sejurus abang mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya.
-mstar-

Lelaki Cina Singapura maki Melayu, Islam viral di Facebook (video)

FMT Reporters 
vidoea
PETALING JAYA: Video yang memaparkan seorang lelaki tua berbangsa Cina memaki seorang wanita dalam koc MRT Singapura menjadi viral di Facebook.

Ketika berita ini ditulis video itu telah mendapat lebih 14,520 perkongsian dan 724,826 tontonan.
Apa yang menjadikan video Rohaizatbai itu ‘panas’ adalah kata-kata lelaki itu terhadap bangsa Melayu dan agama Islam.

“Keluarlah kau! Melayu sudah ketinggalan, Islam sudah jatuh longkang tau!” katanya.

Lelaki itu turut mengambil kesempatan itu untuk membidas kepimpinan negaranya.
“Pemimpin kita semua mementingkan diri. Pergi matilah,” katanya.


Meskipun banyak perkongsian di Facebook, namun tiada siapa yang tahu punca sebenar kejadian itu. Seorang netizen mencadangkan lelaki itu mengalami masalah mental.

“Oh my god! Pakcik ini lagi! Enam bulan yang lalu ketika saya sedang menunggu train, saya nampak dia sedang memarahi dan mengugut seorang remaja China. Dia pukul remaja itu sehingga menyebabkan hidungnya berdarah. Hari ini, dia ulang lagi perbuatannya. Saya rasa mungkin dia ada masalah mental,” kata Karm.

Untuk makluman pembaca, Seksyen 3(1)(e) Akta Hasutan (Singapura) pernah digunakan untuk menangkap dan mendakwa kenyataan-kenyataan yang anti-Melayu dan anti-Islam baik di ruang awam mahupun di ruang maya.

Turut menarik perhatian netizen adalah kefasihan bahasa Melayunya.

Tak ke mana pun amuk Muhyiddin Yassin

AHMAD AMZAD HASHIM
MUHYIDDIN Yassin, Shafei Afdal dan lain lain buat perhimpunan 5,000 orang semalam di Padang Kelab Selangor konon berkobar kobar nak ubah Umno yang dah terlalu rosak. Mahu Najib direhatkan.sok Umno nak mula perhimpunan Agong. Kita ringkaskan dengan panggilan PAU.
Apa itu PAU? Semua perwakilan sekali lagi akan jadi pak sanggup tukang angguk kepada paymaster mereka. Dah kena 'PAU' semuanya.

Saya bukan nak memperlekehkan Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdhal. Atau Tun Mahathir serta Ahmad Said yang kuat menyokong mereka. Mereka mungkin tak lekeh. Pendekar semua tu.
Tapi rata-rata perwakilan Umno memang lekeh pun. Mereka akan jadi burung kakak tua. Retorik ke laut. Janji nak tranformasi dah sejak bila? Semakin buruk adalah jadinya hingga kita catat rekod dunia hodohnya urus tadbir di Malaysia dengan skandal memalukan 1MDB dan derma ke akaun peribadi RM2.6 Billion yang pecah rekod dunia.

Hangat-hangat tahi ayam.

Tengoklah esok.

Tak ada apapun yang akan berlaku.

Muhyiddin Yassin, Shafie Afdhal, Tun Mahathir, cuma akan jadi bahan ketawa sahaja di mata rakyat. Konon orang sekeliling akan setia dokong perjuangan mereka.

Kena 'PAU' juga esok lusa.

Orang orang seperti Ahmad Said yang konon akan gegarkan Terengganu. Nak menentang 'kemungkaran' Umno Terenggganu? Tak ada pun...Sejuk macam musim hujan.

Pemimpin Umno sampai bila-bilapun takkan berjaya baiki Umno yang Tun Mahathir sendiri dah banyak tahun kata Umno berpenyakit buruk sudah sampai ke usus. Tak boleh diselamatkan dah. Dia doktor. Dia tahu apa dia cakap. Macam bila doktor beritahu kanser dah tahap empat...

Zahid Hamidi yang kini orang nombor dua dalam Umno. Bukankah dia dulu bagai tulang belakang kepada Anwar Ibrahim? Kena 'PAU' juga.

Ini pula generasi baru pemimpin Umno yang jadi perwakilan. Dalam kepala sejak mula langkah berpolitik, sudah dilingkungi kawan-kawan kroni yang mencongak projek mana, komisyen berapa, kereta baru, rumah besar?

Prinsip, dasar, perjuangan hanya retorik untuk membuai perasaan sahaja.

DEB sejak 1970 setiap tahun dibelanjakan ratusan billion dengan pelbagai Rancangan Malaysia (RM) Pertama, Kedua, Ketiga sampai sekarang dah RM ke sebelas. Angka-angka petunjuk utama kedudukan orang Melayu, jurang antara kaum, jurang antara penduduk bandar dan luar bandar, jurang antara yang miskin dengan yang kaya, tidak jauh bezanya dengan berpuluh tahun yang lalu. Rancangan Malaysia (RM) hanyalah Ringgit Malaysia untuk Umnoputra dan Alibaba yang memperkudakan status bumiputera.

Majoriti usahawan Melayu yang gigih, berwibawa, pengalaman puluhan tahun, rekod cemerlang penyiapan dengan tempoh masa dan kualiti. Mereka tetap juga tersisih. Kena berpuas hati dengan sekadar jadi subkontraktor kepada kontraktor utama dari kalangan kroni. Itupun dengan “akurjanji” macam-macam kepada si fulan dan si fulan. Lagi teruk jadi sub atas sub atas sub...

Kekayaan negara berlegar dalam kalangan beberapa peratus elit yang rapat dengan Umno-BN.

MRT RM80Billion, Cyber City Centre RM11Billion, KLIA Aeropolis RM7Billion. Untuk tiga projek ini sahaja yang sedang berlangsung dan ada dalam belanjawan, kerajaan timbun wang ringgit negara hampir RM100 billion di lokasi yang lingkungan berdekatan yang sama.

Rakyat di situ boleh merasa. Populasi bandar yang rata-rata dikuasai kaum bukan melayu. Peluang niaga, jadi juruperunding, pembekal, kontraktor, penyedia perkhidmatan. Nilai hartanah yang meningkat lipat ganda. Tanah siapa? Bukan milik orang kita.

Negeri-negeri lain terus terima peruntukan ala kadar. Terutama negeri pantai timur. Dhaif serba-serbi. Rakyat merantau ke Lembah Kelang cari peluang kerja. Sebab wang negara kerajaan campak ke sana bertimbun timbun rangsang pelbagai peluang. Negeri sendiri tiada peluang. Buka kedai, pasaran tak seberapa.

Ooo... kerana Lembah Kelang populasinya besar, cukai banyak dikutip di sana. Banyak syarikat besar di sana buat untung. Banyak orang kaya di sana pendapatan peribadi besar-besar. Mereka yang bayar cukai banyak. Kata mereka.

Cuba timbunkan belanjawan puluhan billion di Kelantan atau Terengganu. Buat projek seperti MRT, KLIA Aeropolis, Cybercity Centre, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Sepang, KLCC, PKFZ, Double tracking, OPV yang RM 29 Billion.

Sama sahaja. Orang akan berduyun-duyun ke Kelantan dan Terengganu pula. Peniaga banyak peluang niaga. Banyak peluang kerja. Nilai hartanah lipat kali ganda. Maka cukai akan banyak datang dari Terengganu dan Kelantan pula.

Justifikasi kerajaaan boleh cari. Umpamanya tetapkan dasar agar semua urusan dasar, operasi, contracting, industri huluan dan hiliran bagi Industri Petroleum mesti di Terengganu misalnya.

Semua yang orang duk bertumpu buka pejabat di KL untuk berurusan di KLCC dengan Petronas kena ke timur pula.

Urusan Petroleum mesti di negeri yang jadi sumbernya. Itu yang dibuat di luar negara. Kita sahaja yang pelik.

Urusan bina platform cari gali, mesti di Terengganu dan Kelantan atau Sabah dan Sarawak. Mengapa ke Johor atau Kelang atau Lumut Perak? Urusan loji penapisan petroleum, mengapa sampai ke Sungai Udang Melaka dan Port Dickson Negeri Sembilan? Urusan institusi seperti universiti petroleum, mengapa ke Perak?

Industri plastik, komposit yang berasaskan polimer, sepatutnya sekitar industri petroleum. Sebab ia berasaskan produk petroleum.

Masalah dengan Umno, mereka bercakap nak perjuangkan nasib orang Melayu, tapi negeri yang paling tinggi peratus Melayunya seperti Terengganu yang 97% Melayu dan Kelantan yang 95% Melayu, paling teruk didiskriminasikan pembangunan.

Lebuhraya Pantai Timurpun kena dibiayai 40% oleh wang negeri walaupun sepatutnya dibiayai pusat. Itu pun projek 10 tahun baru siap dengan pelbagai kecacatan hingga kadar kemalangan dan kematian yang menggerunkan. Ada hati nak salahkan 'hantu'!.

Tengok sebelah pantai barat, setiap tahun belanjawan ada sahaja lebuh raya baru, flyover baru.

Sampai bila negara nak kena buli angkara pemimpin pemimpin Umno yang mudah di 'PAU' ini?

Kelihatan nyata, PAS semakin jelas ketegasannya dalam prinsip dan dasar perjuangan yang tiada komprominya. Sekalipun mengambil risiko kehilangan rakan tahaluf yang syaratkan PAS gadai prinsipnya.

Soal kedudukan dan kesucian Islam. Kepentingan orang Melayu. PAS tidak akan kompromi.
-detikdaily-

Jururawat dipecat: Bukan isu disiplin, Naziah dedah p'bualan WhatsApp

KUALA LUMPUR: Bekas jururawat, Naziah Sauni Samat menafikan pemecatannya dari Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd berpunca daripada masalah disiplin seperti mana dakwaan pihak hospital.

Beliau sebaliknya mendakwa pihak hospital cuba memutar belit fakta dan situasi sebenar.

Naziah bertegas bahawa pemecatannya adalah kerana keengganannya memakai uniform berlengan pendek serta berstoking tangan bagi menutup auratnya.

Bertempat di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Naziah bersama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi sekali lagi tampil menjelaskan isu sebenar sekali gus menafikan setiap dakwaan bekas majikannya.

Pada pertemuan itu, Naziah turut mendedahkan beberapa rakaman perbualan dan mesej di aplikasi WhatsApp antara beliau dan pihak pengurusan hospital, dipercayai berkaitan tindakannya memakai uniform lengan panjang dan tudung.
“Jika pemecatan saya kerana masalah disiplin, sehingga hari ini (semalam), saya tidak menerima apa-apa notis bertulis atau surat tunjuk sebab mahupun dipanggil pihak pengurusan hospital menyatakan masalah disiplin seperti yang didakwa.

“Malah dakwaan pihak hospital mengatakan saya dipecat kerana gagal hadir bertugas selama dua hari berturut-turut tanpa kebenaran, juga tidak benar,” katanya dalam temubual khas bersama Sinar Harian, semalam.

Menurut Naziah, beliau sebaliknya digantung tugas bermula 24 hingga 29 November lalu sehingga beliau bersetuju untuk mematuhi kod pemakaian.

“Mengapa isu ini timbul selepas dua bulan saya bertugas di hospital? Sedangkan pada awalnya pengurusan tertinggi membenarkan saya memakai uniform berlengan panjang. Dalam kontrak tawaran bekerja, juga tidak dinyatakan mengenai kod pemakaian.

“Selepas saya menyerahkan notis menyatakan akan mematuhi kod pemakaian ditetapkan (memakai uniform berlengan pendek), hospital tanpa prejudis kepada hak saya untuk memakai stoking tangan, saya digantung dan tidak dibenarkan bertugas,” katanya.

Naziah akui, penggantungannya juga tanpa disusuli sebarang surat rasmi, sebaliknya arahan tersebut hanya melalui perbualan telefon dan mesej pada aplikasi WhatsApp antara beliau dan pengurus pentadbiran hospital berkenaan.

Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November lalu, namun dengan memakai pakaian uniform berlengan pendek dan berstoking tangan untuk menutup aurat.

“Tetapi, jadual tugas saya tetap ditulis sebagai ‘digantung kerja’ oleh pihak hospital tanpa penjelasan kukuh sehingga saya diberhentikan,” katanya.

Susulan tindakan yang dikenakan ke atasnya, Naziah akan memfailkan aduan ke Jabatan Tenaga Kerja hari ini bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya sebelum merujuk kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Mengulas mengenai saman yang bakal dikenakan ke atas beliau dan PPIM, Naziah bersedia bertemu di mahkamah.

Dalam pada itu, Muhammad Yusuf berkata, pihaknya juga bersedia menghadapi saman itu.

“Buat masa ini, kami belum menerima surat saman berkenaan. Jika ada, barulah kes ini akan dirujuk kepada peguam kami untuk tindakan lanjut. Kita ada bukti, tunggu hendak naik mahkamah saja,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pihak hospital yang mengatakan diugut PPIM akan menjadikan kes itu sebagai isu perkauman serta PPIM menceroboh kawasan hospital, Muhammad Yusuf menafikannya.

“Kami datang secara baik untuk membuat temu janji, bertemu dan berbincang. Kami tidak menceroboh.

“Saya percaya banyak lagi kes seperti ini berlaku di mana-mana organisasi, namun mungkin pekerja takut ke depan kerana khuatir dibuang kerja,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pihak hospital akan mengambil tindakan saman terhadap Naziah dan pihak PPIM. 
-sinarharian-

Ajal ketika lakukan seks dengan jiran

Portugal: Seorang wanita warga emas berusia 91 tahun meninggal dunia akibat sesak nafas ketika melakukan hubungan seks dengan jirannya yang berusia 49 tahun di Porto, Portugal.

Wanita itu ditemui mati dalam keadaan bogel dari bahagian pinggang ke bawah dan didapati melakukan seks dengan Aveiro, yang telah berkahwin.

Susulan itu, lelaki berkenaan yang tinggal di sebelah rumah wanita itu telah ditangkap selepas DNA ke atas air maninya ditemui di tempat kejadian.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin selepas wanita itu dipercayai meninggal dunia akibat permainan seks yang diluar kawalan.

Kematiannya dipercayai akibat insiden yang tragik.

Dalam pada itu, jiran wanita itu berkata, mangsa menetap sendirian dan sangat aktif meskipun sudah berusia.
-kualalumpurpost-

Tunggu jawapan PAS Pulau Pinang yang dicabar oleh Mujahid Yusof Rawa untuk debat

Mujahid ajak PAS Pulau Pinang: Debatlah kalau berani

Tindakan PAS Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa disifatkan sebagai "tidak budiman" (gentleman).

Menurut Mujahid, tindakan PAS negeri juga melambangkan parti berkenaan tidak mampu menghadapi isu berkenaan secara bersemuka.

“Mereka berselindung di sebalik laporan polis tanpa bersedia untuk berdebat dengan saya (mengenai) perkara asas yang saya sebutkan (sehingga) melahirkan fahaman ekstrem," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mujahid sebelum ini didakwa membuat kenyataan mengaitkan PAS dengan pemikiran gerakan pelampau seperti Negara Islam (IS) dan al-Maunah.

Ekoran dakwaan itu PAS Pulau Pinang meminta Mujahid - juga Naib Presiden AMANAH - menarik balik kenyataan yang dibuatnya.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata kenyataan Mujahid berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada 1960-an.

Mengulas lanjut, Naib Presiden AMANAH itu berkata PAS Pulau Pinang sekadar berselindung di sebalik laporan polis dan tidak bersedia berdebat bagi mendapatkan kebenaran mengenai isu berkenaan.

“Mereka (PAS) gagal memahami jalur pemikiran ekstrem yang berpunca daripada perspektif ideologikal,” tegas Mujahid.

Jelas bekas timbalan pesuruhjaya Pulau Pinang itu lagi laporan polis tersebut seolah-olah mengisyaratkan PAS negeri tidak bersedia bersama masyarakat antarabangsa untuk memerangi keganasan.

Katanya, keganasan lahir daripada penularan tanpa sedar fahaman agama melalui pentafsiran secara tekstual dan bukan kontekstual.

Justeru, Mujahid mengajak PAS Pulau Pinang berdebat dengannya - jika berani - dan bersama rakyat menentang esktremisme.
-malaysiakini-

Tahniah: PAS tunjuk tanda positif ke arah muafakat dengan Umno, kata Najib

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu. 

PAS menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga perdana menteri berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

"Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur, malam tadi.

Temu bual itu dikendalikan Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.
Video temubual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv

Najib percaya tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan Islam.

"Ini termasuk demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jadi apa yang disuarakan pemimpin PAS itu selari dengan prinsip Islam," katanya.

Semasa sesi pengundian peringkat dasar rang undang-undang itu pada November lepas, 6 anggota Parlimen daripada PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Manakala 4 lagi ahli Parlimen PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada sesi itu.

Najib juga berkata kenyataan hadi dan Mursyidul Amnya Datuk Dr Haron Din juga turut menunjukkan tanda-tanda positif ke arah permuafakatan itu.

Hadi dalam beberapa kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada Umno seperti tidak membidas rombakan Kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Najib berkata beliau terbuka dalam soal permuafakatan antara Umno dan PAS kerana soal perpaduan adalah sangat penting dan begitu diberi perhatian dalam Islam.

"Cuma kita tak b paksa ini berlaku. Ini perlu terbit daripada nawaitu (niat) ikhlas dan biarkan proses ini berjalan mungkin langkah demi langkah tetapi yang penting sekali kepimpinan Umno dan PAS sedar perpaduan ummah adalah penting untuk umat dan agama Islam," katanya.
-Bernama-

'Yang jadi barah, nanah dalam Umno mesti ditolak': Benarkah Muhyiddin mahukan ahli omno singkirkan Najib

'Yang jadi barah, nanah dalam Umno mesti ditolak'

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini tampil melontarkan kritikan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan isu-isu berbangkit dalam negara, terutamanya dalam kes 1MDB.

Dalam ucapannya di hadapan ramai penyokong di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Muhyiddin menegaskan bahawa pihak yang bermasalah dalam Umno harus ditolak.

“Siapa yang menjadi barah dan nanah dalam Umno mesti ditolak,” katanya sambil disambut sorakan orang ramai yang kelihatan amat bersemangat.

“Untuk selamatkan negara, (masalah ini) harus dibuang.”

Beliau berkata demikian apabila bercakap soal perubahan yang perlu dibuat oleh Umno supaya tidak ditolak oleh rakyat.

“Saya suka merayu untuk jalani pembedahan yang menyakitkan ini daripada menderita koma dan mati perlahan-lahan,” katanya bekas timbalan perdana menteri itu dengan berkias.

Muhyddin pada peringkat awal ucapannya dilihat agak berhati-hati.

Ketika mengulas tentang gesaan ke arah pengunduran Najib, beliau berkata mendapat banyak pesanan di laman sosial yang memintanya menyampaikan perkara itu.

Malah, katanya, gesaan itu yang kedua terbanyak diterimanya selepas kebimbangan berkaitan kenaikan kos sara hidup.

Muhyiddin juga ada awal ucapannya berkata Najib harus berehat sementara sementara dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, diselesaikan.

“Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai.

“Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam acara bertemu penyokong itu di Kuala Lumpur malam ini.

Perhimpunan itu diadakan setelah Muhyiddin tidak lagi diberi peluang berucap kepada perwakilan dalam perasmian sayap ketika-tiga parti itu seperti kelaziman sebelum ini.
-malaysiakini-