Erdogan Presiden Turki berjaya halang lelaki terjun jambatan untuk bunuh diri (Video)

SALAH seorang pengawal peribadi Presiden Turki kelihatan memujuk seorang lelaki yang cuba terjun dari sebuah jambatan di Ankara, semalam. - Foto http://www.dailymail.co.uk/
 
LELAKI yang cuba terjun dari sebuah jambatan kelihatan bercakap kepada Presiden Recep Tayyib Erdogan melalui tingkap keretanya. - Foto http://www.dailymail.co.uk/ 

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan berjaya memujuk seorang lelaki yang cuba terjun dari sebuah jambatan di sini, lapor jurucakap presiden itu semalam. Ia berlaku ketika Erdogan dan pasukan pengiringnya berada di atas Jambatan Bosporus. 

Pasukan pengiring beliau berhenti sebaik melihat seorang lelaki cuba untuk terjun. Menurut pembantu presiden itu, Erdogan meminta untuk bercakap dengannya. Lelaki itu kemudian diiring ke kenderaan Erdogan dan mereka dilihat berbual. The Associated Press melaporkan, lelaki itu tertekan akibat masalah keluarga.

Kata jurucakap itu, Erdogan berjanji untuk membantunya. - Agensi 

Haji Hadi dapat layanan istimewa Utusan

Di tengah-tengah kehangatan isu kerjasama Umno-PAS, Utusan Malaysia tampil memberi layanan istimewa kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan penuh Hadi, yang antara lain mempertahankan peranan parti itu sebagai pembangkang yang menasihati kerajaan.

Malah, kenyataan anggota Parlimen Marang itu turut diketengah di muka depan akhbar itu.

Manakala kenyataan penuh Hadi dimuatkan di halaman ke-12 dengan tajuk "Fahami konsep Nasihat PAS"

Jarang Utusan memberi ruang sebegitu kepada pemimpin pembangkang selama ini.

Akhbar web PAS Haakahdaily turut memuatkan kenyataan penuh Hadi semalam.

Masih tidak jelas sama ada layanan istimewa Utusan itu akan menjadi isyarat bahawa Umno terus berusaha untuk 'melamar' PAS, yang kini bersendirian selepas perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Dalam artikel itu, Hadi antaranya berkata kesediaan PAS itu untuk menjadi penasihat kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Malah, katanya, konsep nasihat sangat penting untuk umat Islam dan termaktub dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar tertinggi PAS.

Beliau pada masa yang sama menyelar pihak yang “lemah iman” dan tidak istiqamah dengan “mahu menjadi pembangkang semata-mata atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi”.

Isu kerjasama kedua-dua parti terbesar di Malaysia itu kembali disemarakkan selepas perkongsian pentas Hadi dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah acara alumni Universiti al-Azhar, Mesir baru-baru ini.

Kemesraan mereka, selain pakaian sedondon merah jambu, mereka juga menjadi perhatian lensa jurugambar, yang terus mencetuskan perbahasan awam.
-malaysiakini-

Projek misteri Kuala Kedah terungkai

Projek misteri Kuala Kedah terungkai
Laporan Sinar Harian, 13 Disember lalu
ALOR SETAR: Kewujudan sebuah projek misteri di Kampung Batu Enam dekat Kuala Kedah yang menimbulkan pelbagai persoalan masyarakat sehingga menyebabkan kemusnahan tanaman padi di situ akhirnya terungkai oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Mada, Ir Hor Tek Lip mengesahkan projek misteri itu bawah tanggungjawab sebuah syarikat pemaju yang melaksanakan pembangunan di Kuala Kedah.

“Setelah siasatan dijalankan, kawasan yang dimaksudkan adalah Parti Buang Permatang Pantai yang berada dalam blok pengairan CCDIc Lokaliti A-IV, Batas Paip.

“Pengaliran air di parit buang itu tersekat menyebabkan 35 hektar sawah padi rosak akibat ditenggelami air,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan itu berpunca dari pembinaan pembetung yang tidak sempurna oleh syarikat berkenaan.

“Pembetung lencongan laluan air sementara yang dibina oleh pemaju tetapi tidak dapat menampung kapasiti air di kawasan berkenaan.

“Mada sudah memaklumkan kepada pemaju berkenaan supaya lencongan laluan air sementara dilebarkan serta diperdalamkan lagi sebelum pembinaan itu siap sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, pemaju juga dimaklumkan agar mengambil tanggungjawab atas sebarang tuntutan ganti rugi dari petani yang terlibat.

Pada 13 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan sebuah projek misteri di Kuala Kedah menjejaskan tanaman padi apabila aliran air dari sawah terhalang.

Perkara itu disuarakan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang mengambil perhatian untuk meninjau lokasi kejadian bersama petani terlibat.

Projek tanpa sebarang papan tanda itu dipercayai dilakukan tanpa memaklumkan kepada penduduk sekitar terlebih dahulu.

Kesan projek itu menyebabkan benih yang ditabur petani menjadi rosak apabila sawah yang digenangi air tidak dapat dikeringkan.

Beberapa laporan polis turut dibuat petani terlibat untuk memudahan proses menuntut ganti rugi kepada pihak berkenaan.
-sinarharian-

Hati terusik bila siswa makan sehari sekali

MUHAMAD AIMAN MOHD NAHZERI
Umum sedia maklum tahap kos sara hidup kini di Malaysia sudah menjangkau tahap membimbangkan.Majoriti anggota masyarakat mengeluh akan kesempitan yang semakin menghimpit, hasil dari pelbagai jenis kenaikan sama ada harga bahan mentah dan pengangkutan awam.

Golongan mahasiswa turut tidak terkecuali merasai sedikit sebanyak keperitan hidup dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil kini.

Sebagai ketua mahasiswa di universiti, kadangkala hati terusik bila mendapat khabar dari pengusaha makanan bahawa ada mahasiswa yang makannya sehari sekali, itu pun nasi putih bersama telur dan kuah.
Permohonan wang zakat di peringkat universiti juga semakin meningkat akibat daripada wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) tidak lagi cukup untuk menampung perbelanjaan.

Malah, lebih sedih lagi bila mengetahui ada mahasiswa yang menghantar sebahagian wang PTPTN ke kampung untuk belanja keluarga yang juga tidak mampu menampung kos sara hidup.

Jadi tidak hairanlah persatuan mahasiswa seperti Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) pernah mengeluarkan kenyataan untuk turun berdemonstrasi bersama NGO tertentu untuk membantah kos sara hidup mahasiswa yang membebankan.

Ini kerana mereka yang berada bersama-sama dalam kalangan mahasiswa cukup faham dan turut merasai tempias situasi semasa kini.

Enggan terus mengharapkan simpati mana-mana pihak, beberapa persatuan dan majlis perwakilan pelajar universiti awam (UA) mula melakukan program 'suspended meals' iaitu program penyediaan makanan percuma secara prabayar oleh peserta yang ingin menderma untuk mahasiswa memerlukan.

Antara UA yang memiliki program ini ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan niversiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Usaha murni seperti ini harus dipuji dan patut dicontohi persatuan-persatuan mahasiswa yang lain agar dapat meringankan bebanan mahasiswa yang kurang berkemampuan.

Kerajaan digesa untuk memandang serius situasi kos sara hidup tinggi yang dihadapi mahasiswa.

Walaupun kerajaan menerusi menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berjanji tiada kenaikan yuran pengajian untuk tahun 2016, ini tidak bermakna mahasiswa boleh terus menarik nafas lega.

Kenaikan tambang LRT dan KTMB hampir seratus peratus yang diumumkan pada awal Disember 2015 misalnya turut memberikan kesan kepada para pengguna termasuklah mahasiswa.

Harga bahan mentah dan makanan yang kian meningkat termasuk harga makanan di dalam kampus turut membuatkan mahasiswa tidak senang duduk, belum lagi dikira pening kepala pemimpin mahasiswa mencari dana untuk program pembangunan mahasiswa pada tahun hadapan selepas hampir kesemua UA ditolak peruntukannya.

Sebagai wakil mahasiswa, saya turut menggesa pihak kerajaan untuk hadir dengan penyelesaian bagi mengeluarkan mahasiswa daripada keadaan yang menggusarkan pada ketika ini.

Saya memuji usaha kerajaan dengan pemberian kad siswa dan baucar buku.

Namun, sesuatu perlu dilakukan seperti pemerkasaan kad siswa yang boleh digunakan sebagai kad diskaun secara lebih meluas.

Fungsi kad siswa ini seolah makin hilang seiring pergerakan waktu.

Pemberian baucar buku, BB1M juga harus diperhalusi waktu pemberian dan skop penggunaannya.

Adalah lebih baik jika ia tidak terhad kepada buku dan alat tulis sahaja, malah boleh diperluaskan kepada barang keperluan mengikut bidang seperti pembelian stetoskop untuk mahasiswa perubatan.

Ini demi memastikan golongan pewaris negara ini lebih tenang dan tidak tertekan dalam memberikan fokus kepada mencapai kecemerlangan akademik dan seterusnya membentuk diri menjadi graduan yang holistik.

MUHAMAD AIMAN MOHD NAHZERI yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Perompak terperangkap di syiling ketika mencuri (Gambar)

Perompak terperangkap di syiling ketika mencuri
Perompak terperangkap di syiling ketika mencuri Kaki pencuri yang tersangkut ketika cuba memecah masuk. - Foto Sky News
KRASNOYARSK - RUSIA. Tindakan seorang lelaki yang ingin memecah masuk sebuah kedai melalui bumbung gagal selepas dia tersangkut di syiling kedai berkenaan.

Polis yang tiba di tempat kejadian selepas loceng kecemasan berbunyi terkejut selepas sepasang kaki tergantung di dalam lubang syiling di kedai berkenaan.

Menurut polis yang dipetik Sky News, lelaki berusia 40 tahun itu cuba memasuki kedai berkenaan yang terletak di bandar Krasnoyarsk melalui bumbung kedai tersebut namun tersangkut.

Pegawai berjaya menarik lelaki berkenaan keluar dan menahannya.

Video yang dikeluarkan polis menunjukkan kaki lelaki itu terlunjur keluar dari sebuah lubang pada syiling di kedai terbabit.

Lelaki berkenaan memberitahu polis, dia bukanlah individu pertama yang cuba memecah masuk ke kedai itu dengan memanjat bumbung.

Dia kini ditahan dan akan didakwa.
-sinarharian-

Biadap, Sistem Patuh Syariah Rayani Air Jadi Bahan Lawak

SYARIKAT penerbangan baharu, Rayani Air telah mencatat sejarah sebagai syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang berpegang kepada patuh syariah.

Rayani Air mewajibkan semua pekerjanya memakai tudung dan berpakaian longgar yang memenuhi tuntutan syarak selain tidak menghidangkan minuman keras kepada penumpang.

Selain itu, difahamkan Rayani Air juga tidak beroperasi pada setiap Jumaat, yang dianggap sebagai penghulu hari bagi umat Islam

Namun, rupanya ada pula pihak yang tidak sensitif dengan bisnes berkonsepkan Islam ini apabila mempertikaikan dan menyindir peraturan yang dibuat oleh syarikat penerbangan tersebut.

Screen capture dari sebuah profil Facebook ini, jelas menunjukkan mereka menghina perkara tersebut.

Nah, anda bacalah sendiri..
rayani
rayani1
rayani2
Memang tak sensitif langsung..

Sepatutnya sebagai sebuah negara majmuk, kita perlu menghormati setiap agama dan kaum yang ada di Malaysia.

Ini siap perli ‘baik punya’ secara beramai-ramai.. – MYNEWSHUB.CC

Amy Search nikahkan anak sendiri (Gambar)

Nabila Huda Selamat Bergelar Isteri Mohd Izwan
Mohd Izwan dan Nabila Huda sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz. Foto AZHAR MAHFOF
SHAH ALAM: Pelakon Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada pengurus restoran, Mohd Izwan Johar dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi pada Jumaat.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah di Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah di sini dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapanya Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search, 57, disaksikan oleh jurunikah Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah, Shah Alam Khairuddin Haiyon.
Keisha kelihatan ceria pada hari pernikahan ibunya, Nabila.

Mohd Izwan, 32 menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada majlis sama, Nabila, 31, turut memberi tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki.

Sementara itu Nabila ketika ditemui bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar dan berharap perkahwinan keduanya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa Nabila sendiri iaitu penyanyi Amy Search.

"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan seperti mana pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan kekal sehingga akhir hayat," katanya.

Pada majlis berkenaan, pasangan pengantin kelihatan anggun dengan persalinan berwarna putih.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada malam Sabtu di kediaman pihak lelaki di Shah Alam.
Pasangan ini menyulam cinta sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Terdahulu, Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.
-mstar-

Perompak yang terkepung bertindak bunuh diri menggunakan pump gun

FMT Reporters
JOHOR BAHARU: Seorang lelaki yang dipercayai cuba menyamun bertindak membunuh diri dengan melepaskan tembakan di bahagian mulut selepas enggan menyerah diri kepada polis di hadapan sebuah restoran di Jalan Desa Kempas 1, Bukit Kempas, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata, lelaki terbabit yang membawa pump gun sebelum itu sempat melepaskan sedas tembakan ke udara sebelum melepaskan tembakan terhadap dirinya.

“Tembakan tersebut menyebabkan lelaki yang dianggar berumur 40-an itu meninggal dunia di tempat kejadian. Setakat ini, identiti lelaki itu sedang dikenal pasti dan dipercayai rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG di lengan,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Taib berkata, terdahulu, dua anggota unit kereta peronda polis terserempak dengan lelaki berkenaan bersama pump gun, di hadapan restoran itu, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Beliau berkata, polis kemudian meminta lelaki tersebut menyerah diri, namun, dia enggan berbuat demikian.

Mohd Taib berkata, sejurus itu, lima lagi kereta peronda polis tiba di lokasi kejadian bagi memberi bantuan dan membuat kepungan.

“Semasa polis meminta lelaki itu menyerah diri, dia melepaskan satu tembakan ke udara dan kemudian menembak mulutnya,” katanya.

Mohd Taib berkata, dipercayai lelaki terbabit berada di lokasi berkenaan untuk melakukan cubaan samun dan tindakannya gagal berikutan kehadiran polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, katanya.

Aduh!! Atas skuter pun jadi (Gambar)

KANAK-KANAK berkenaan lena di atas skuter ibunya.
Hanoi: Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lena di belakang skuter ibunya.

Gambar yang dirakam di Duc Linh, Vietnam itu menunjukkan kanak-kanak perempuan berkenaan terlentang di belakang ibunya.

Dengan tangannya terjuntai, dia kelihatan tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Bahaya yang bakal menimpa dan suasana bingit di sepanjang jalan tidak sedikitpun mengganggu tidur kanak-kanak itu.

Ibunya yang berpakaian kemas, memandu motosikal, juga tidak mempedulikan keadaan anaknya di belakang.
-hmetro-

Iskandar Samad cuba sekolahkan Haji Hadi?

'Dekati ahli Umno, bukan Umno'
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad menyarankan supaya ahli-ahli parti Islam itu mendekati ahli-ahli Umno dan bukannya parti tersebut.

Iskandar yang merupakan antara pemimpin yang tidak bersetuju cadangan kerjasama PAS-Umno berkata, mereka perlu mendekati ahli Umno supaya dapat menarik mereka menyertai PAS.

"Ramai dari mereka telah mulai kecewa dengan parti mereka (Umno) dan adalah menjadi tugas ahli-ahli PAS untuk menarik mereka ke dalam PAS.

"Oleh itu tawaran persahabatan yang dihulurkan adalah kepada ahli-ahli Umno.

"Saya yakin ramai dari mereka yang tertunggu-tunggu untuk keluar dari Umno dan PAS mesti membuktikan mereka adalah alternatif yang meyakinkan," kata ADUN Cempaka itu dalam kenyataan.

Selain itu, pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, di negeri itu, hampir 6,000 orang memohon untuk menjadi ahli PAS dalam masa tiga minggu dan satu kempen yang sama akan dilancar pada Januari tahun depan.

Justeru itu, beliau berkata, PAS perlu menunjukkan kemampuan sebagai sebuah parti masa depan dan menjadi pencetus inisiatif politik baru dan tidak sekadar menjadi pengikut di belakang.

"Masa untuk Umno telah berlalu. PAS mesti menunjukkan kemampuan sebagai parti masa depan. Menjadi pencetus inisiatif politik baru dan bukan sekadar menjadi pengikut di belakang," katanya lagi.

PAS kini dilihat sebagai sebuah parti yang "mesra" dengan Umno selepas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 minggu lalu bagi merintis jalan ke arah kerjasama dua parti Melayu terbesar itu.

Malah, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai BN sebagai parti komponennya.
-malaysiakini-

Monyet pandu dan langgar dua bas

India : Seekor monyet “memandu” sebuah bas sehingga melanggar dua bas yang lain di sebuah stesen bas di Bareilly, India.

Monyet yang menyelinap masuk ke dalam bas tersebut ketika pemandunya sedang tidur menghidupkan enjin bas yang ditinggalkan kuncinya, lapor The Times of India.

Selepas enjin dihidupkan, pemandu bas Uttar Pradesh State Road Corporation (UPSRTC) kemudian bangun dan bergegas ke kabin tempat pemanduan untuk menghalau haiwan tersebut.

Bagaimanapun haiwan itu yang panik secara tidak sengaja menukar gear kedua dan melompar keluar dari bas berkenaan.

Ekoran itu, bas tersebut melanggar dua bas lain dan penumpang yang sedang berada di kawasan berkenaan lari bertaburan.

“Pemandu itu berjaya mengawal semula bas tetapi tidak berjaya mengawalnya sebelum ia melanggar dua bas lain,” kata Pengurus Wilayah UPSRTC, SK Sharma.

“Monyet telah menjadi ancaman biasa di stesen-stesen bas dan bengkel di mana mereka sering mengganggu kerja-kerja membaiki kenderaan. Mereka juga telah merosakkan kamera CCTV di stesen-stesen bas.

“Tiga tahun yang lalu, kita telah dibantu pihak berkuasa perbandaran untuk menghalau mereka tetapi mereka masih tetap kembali,” katanya.

Pengurus UPSRTC berkata, mereka sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa perbandaran dengan merancang untuk menangkap monyet berhampiran stesen bas dan memindahkannya ke tempat lain.
-kualalumpurpost-

APA NAK JADI: Remaja perkosa ibu kandung ketika tidur

London: Kejadian ini benar-benar mengejutkan warga England apabila seorang remaja berusia 14 tahun didakwa memperkosa ibu kandungnya sendiri ketika tidur.

Ibunya pula pada ketika beranggapan beliau sedang bermimpi dan tidak menyangka anak lelakinya memperlakukan sedemikian. Setelah menyedari kejadian itu, wanita berkenaan menjerit ketakutan.

Mirror melaporkan, anak lelakinya itu dilaporkan mempunyai masalah kesihatan mental dan mengambil ubat untuk penyakit ADHD

Dalam perbicaraan yang dilakukan di Mahkamah Prestown Crown, Blackpool, England, remaja lelaki itu menafikan tuduhan memperkosa ibunya sendiri.

Ibunya dalam sebuah wawancara yang dilakukan pihak polis diperdengarkan semula di dalam mahkamah menyatakan beliau masih terkejut dan trauma dengan kejadian yang menimpa ke atas dirinya.

“Saya tidak tahu apa lagi hendak di kata. Keadaan bilik gelap dan kabur,” ujar si ibu.

Beliau juga tidak tidak tahu apa yang merasuk anak lelakinya itu sehingga tergamak menyetubuhi ibu sendiri.

“Saya duduk di sana, menangis dan berfikir tentang apa yang telah terjadi. Adakah dia tahu apa yang telah dia lakukannya?” katanya lagi.

Si ibu menambah lagi, akhir-akhir ini perilaku anaknya itu memang aneh. “Dia sangat agresif, melemparkan barang-barang ke arah saya dan dua hari lalu saya nyaris ditikam. Semuanya kerana saya menegur dan menghukum atas apa yang telah dilakukannya,” katanya lagi.
-kualalumpurpost-

Malang bertimpa-timpa: Setelah dipecat dari umno kini rumah pula disita kerana gagal membayar ganti rugi kepada Khalid Samad

Mahkamah sita barangan rumah bekas pemimpin Umno
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menyita barangan rumah milik bekas pemimpin Umno Datuk Hamidah Osman, selepas beliau gagal membayar ganti rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes saman fitnah terhadapnya.

Hamidah baru-baru ini telah dipecat dari Umno berhubung kritikannya terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Menurut portal The Star, pegawai mahkamah menyita barangan di rumahnya di Kampung Tersusun, Jalan Gopeng, Batu Gajah pagi ini.

Bekas ADUN Sungai Rapat itu pada April lalu diperintahkan membayar Khalid RM200,000 sebagai ganti rugi berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada Januari 2010.

Dalam artikel tersebut, Hamidah didakwa memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang paderi.

Pernyataan tuntutan Khalid, yang difail pada 23 Disember 2011, mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Hamidah menafikan beliau menuduh ahli parlimen AMANAH itu sebagai murtad mahupun mengedit imej berkenaan.
-malaysiakini-

Siapa Individu PAS Yang Mahu PAS Bergabung Dengan Umno ? - MAHFUZ HJ OMAR

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai.

Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi).

Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang.

Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H

Deputi Supritendan terima padah rogol, liwat gadis 13 tahun

Suspek-rogol
Kota Kinabalu: Bekas Ketua Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Sabah menghadapi hukuman penjara berjumlah 100 tahun dengan 15 sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis berusia 13 tahun.
Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 56, bapa kepada dua anak, didapati bersalah atas empat pertuduhan rogol dan satu liwat antara Februari dan Mei 2012.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad memerintahkan hukuman maksimum 20 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.

Rohaizat didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat mangsa antara pukul 4.30 petang dan 5.30 petang di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty di sini pada 1 Februari 2012.

Pada keesokan harinya, dia kemudian merogol semula gadis tersebut antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang di bilik lain hotel yang sama, lapor 
-mstar-

Timbalan Presiden dan 2 Naib Presiden tentang kerjasama dengan umno?

3 pemimpin kanan PAS bangkit menentang kerjasama dengan Umno
ZULKIFLI SULONG

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai antara pemimpin yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.

Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu.
-malaysianinsider-

Pemimpin PAS kata jangan ungkit dosa umno terhadap PAS

 Zuhdi: Tidak perlu ungkit dosa lampau Umno

PAS wajar membuka lembaran baru bersama Umno bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Kerjasama itu, katanya bukan bermaksud parti Islam itu bergabung dengan Umno, sebaliknya untuk menegakkan dan mempertahankan Islam demi kebaikan rakyat dan negara.

Jelasnya, dalam perkara yang mengancam Islam dan merugikan rakyat serta negara, menjadi kewajipan PAS mencegah perkara itu termasuk membetulkan Umno sebagai parti pemerintah.

“Sekiranya generasi pemimpin dan ahli Umno hari ini mahu merapatkan hubungan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang bukan dilakukan mereka,” katanya seperti dilapor akhbar Berita Harian hari ini.

Zuhdi berkata demikian mengulas kesediaan PAS memaafkan dan melupakan kesalahan Umno yang lalu.

Sebelum ini Setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.

Sementara itu, Zuhdi mengakui bahawa hubungan Umno dan PAS satu ketika dahulu meruncing sehingga berlaku beberapa peristiwa yang tidak diingini.

Namun katanya, ada kalangan pemimpin itu telah lama meninggal dunia dan sekiranya masih hidup, mereka bukan lagi pemimpin yang menggerakkan Umno.

“Kita serah lah kepada Allah untuk mengadili seadilnya pemimpin dahulu pada hari akhirat kelak," katanya.
-malaysiakini-

Bolehkah Umno- PAS Bekerjasama ? Ini penilaian Prof. Mohammad Agus Yusoff

Mohammad Agus Yusoff

Saya tidak tanya wajarkah UMNO-PAS bekerjasama, tetapi saya tanya bolehkah? Menjawab pertanyaan ini, ramai yang kata boleh kerana kedua-dua parti ini mempunyai persamaan: pemimpin dan ahlinya sama-sama orang Melayu dan Islam. Saya juga kata boleh, tetapi sukar.

Mengapa sukar?

Pertama, kedua-dua parti ini ada kesilapan politik masing-masing. PAS ada kesilapan dengan Amanatnya di Bukit Paradong yang memecahkan umat Melayu dan Islam. UMNO ada kesilapannya di Memali yang juga memecahkan umat Melayu dan Islam. Luka dari dua kesilapan ini, jikapun telah sembuh, meninggalkan kesan parut besar yang payah dihilangkan.
Kedua, parti ini berbeza ideologi. Hudud adalah perjuangan utama PAS. Jadi, sekiranya kerjasama ini hendak berjaya, UMNO perlulah memenuhi syarat ‘hudud’ PAS. Saya tidak yakin parti-parti komponen bukan Islam dalam BN boleh bersetuju dengan 'syarat hudud' PAS ini.

Ketiga, arah tuju kerjasama ini tidak jelas. Adakah ini sekadar kerjasama dalam hal-hal tertentu sahaja atau kedua-dua parti ini hendak bergabung? Pemimpin UMNO dan PAS tidak tegas dalam hal ini menyebabkan penyokong kedua-dua parti ini keliru tentang arah tuju kerjasama ini.

Keempat, masih ramai ahli dan pemimpin kedua-dua parti yang tidak menyokong idea kerjasama ini.

Jadi, bagaimana mahu menjayakan kerjasama ini?

Kawan saya kata, caranya ialah dengan UMNO dan PAS bergabung, bukannya bekerjasama. Dengan bergabung ini, lantiklah PM Najib menjadi Presiden dan TG Haji Hadi sebagai timbalannya.

Itu kata kawan saya.

Kata saya pula ialah bekerjasamalah dengan menjaga kesejahteraan rakyat. Atasi tekanan hidup rakyat, perkemaskan dasar-dasar yang menekan rakyat.

Selepas itu, angkatlah perubahan yang dibuat itu sebagai hasil dari kerjasama UMNO-PAS.

Jika ini dapat dilakukan, saya yakin orang Melayu boleh menerima kerjasama UMNO-PAS dengan senang hati.

Ini kerana makna kerjasama UMNO-PAS dalam hati rakyat adalah apabila pemimpin boleh menjaga kesejahteraan hidup mereka.

Suspek Sembelih Majikan Bunuh Diri Dalam Penjara

Yassin ketika ditahan pihak berkuasa selepas membunuh majikannya di Isere, Perancis.
PARIS: Seorang lelaki warga Perancis yang didakwa menyembelih dan menggantung kepala majikannya di pagar sebuah kawasan industri bertindak membunuh diri di dalam penjara, lapor pihak berkuasa pada Rabu.

Yassin Salhi, 35, ditemui menggantung dirinya di sel yang dihuni menggunakan cadar pada malam selasa.

Yassin sebelum ini dilapor melakukan pembunuhan ngeri terhadap Herve Cornara di Isere pada pertengahan Jun.

Suspek menggantung kepala majikannya di pagar sebuah kilang dan turut memasang bendera kumpulan militan Negara Islam (IS) di sekelilingnya.

Selepas ditahan, Yassin telah dikurung bersendirian dan tidak dianggap akan membunuh diri oleh pihak penjara.

Bagaimanapun suspek pernah cuba membunuh diri dengan meletupkan diri, tetapi berjaya diselamatkan oleh petugas penjara.
-mstar-

Video Lelaki mengaku Imam Mahdi melakukan upacara bai'ah yang dilakukan di antara hajar aswad dan maqam Ibrahim di Mekah

Lelaki mengaku Imam Mahdi disiasat KDN, Jakim
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementerian Dalam Negeri sedia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk menyiasat seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Abdullah yang mengaku dirinya Imam Mahdi.

lelaki yang berasal dari Medan, Sumatera, Indonesia itu mendakwa konon dirinya telah pun dibai'ah dan diangkat oleh 11 pengikutnya sebagai Imama Mhadi ketika upacara bai'ah yang dilakukan di antara hajar aswad dan maqam Ibrahim di Mekah pada 18 Julai lalu.

Pelakon wanita cantik manis ini sah nikah Januari tapi belum sempat peluk Islam

Pelakon Marsha Milan Londoh mengakui dirinya masih belum memeluk agama Islam walaupun bakal mendirikan rumah tangga pada 8 Januari ini.
Pelakon filem "Jwanita" berkata usaha untuk bergelar mualaf akan dilakukan dalam masa terdekat meskipun terpaksa berdepan dengan jadual harian yang padat.
"Saya akan bernikah dalam masa terdekat adalah benar. Disebabkan ia diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, maka saya diamkan sahaja tanpa menafikan atau mengiakan.

"Namun begitu, kerana tidak mahu tindakan saya berdiam diri akan menimbulkan sebarang spekulasi yang tidak diingini, hari ini saya tampil memberikan kete­rangan menyatakan hal sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, majlis pernikahan akan berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

"Majlis resep­si akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur secara sederhana," katanya sambil memohon peminat mendoakan kebahagiaan bersama bakal suami.

Sebelum ini[a], Marsha telah enggan mengulas hal masuk Islam kerana menganggap urusan agamanya adalah hak peribadi dan bukan untuk perkongsian umum, dan tiada siapa yang memahami keadaannya ketika ini. 
-Bernama-

Munggkin inilah wakil penderma 2.6 billion yang ditemui oleh Zahid Hamidi?

'Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB'

Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

Dalam jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.

Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama dengan Petro Saudi International.

"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.

"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.

"Encik Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan. Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut,” katanya.

Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.
-malaysiakini-

Saya tak pernah sokong kumpulan G25 – Dr Maza


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan beliau menyokong kumpulan pesara kerajaan Melayu (G25).

Menurutnya dakwaan tidak berasas itu dibuat oleh golongan Syiah Saqqaf dan Ahbash walaupun beliau sudah beberapa kali menyatakan ketidaksetujuannya terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh G25.

“Saya sendiri mengkritik terus kepada pihak mereka dalam beberapa isu termasuk sikap tidak professional apabila anggota mereka mendedahkan perjumpaan tertutup mereka dengan ‘beberapa tokoh politik yang mereka temui’.

“Itu tidak menggambarkan mereka sebagai kelompok professional. Saya telah nyatakan hal ini langsung kepada mereka.

“Juga anggapan salah seorang mereka bahawa minum arak sesuatu yang tidak perlu dibesarkan bahkan itu sesuatu yang normal. Itu juga tidak wajar,” tulis Dr Asri yang juga dikenali dengan panggilan Dr Maza dalam laman Facebook miliknya.

Malah, beliau juga menyatakan, isu khalwat bukan sesuatu yang baru diketengah olehnya malah beliau mengulas itu itu sejak 2007 lagi.

Jelasnya, kenyataan sebelum ini menyebut bahawa tidak boleh mana-mana pihak sewenang-wenangnya mengintip privasi orang lain dalam maksiat peribadi.

“Saya mengkritik pihak yang pihak sibuk mencari maksiat tertutup tapi membiarkan maksiat terbuka di atas pentas hiburan, rasuah, mungkir janji kepada rakyat, suami pukul isteri, suami tidak bayar nafkah isteri dan banyak lagi.

“Walaupun pelbagai aduan diangkat, hal-hal itu banyak yang didiamkan oleh pihak tertentu. Saya menyatakan bahawa perlu ada garis panduan yang kemas dan patuh prinsip syariah dalam operasi mencegah zina.

“Operasi boleh tetapi dengan syarat yang kemas dan benar-benar memelihara prinsip menjaga dosa tertutup.

Perbuatan mengupah intipan ataupun membawa wartawan adalah menyanggahi syariat. Saya telah tulis artikel mengenai hal itu sejak 2008. Pihak Ahbash sengaja menwujudkan pembohongan dan pihak G25 salah andaian,” ujarnya.
-fmt-

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana panaskan anak dalam ketuhar mikro

Ibu 'masak' bayi dalam ketuhar 5 minit
Ibu 'masak' bayi dalam ketuhar 5 minit Mirabelle Thao-Lo (kiri) dan Ka Yang
SACRAMENTO - CALIFORNIA. Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh bayinya yang berusia satu bulan dengan ketuhar gelombang mikro.

Ka Yang, 34, didakwa bertindak kejam dengan menyumbat dan memanaskan Mirabelle Thao-Lo di dalam ketuhar gelombang mikro selama lima minit.

Akibat daripada tindakan ibunya, Thao-Lo dilaporkan mengalami kecederaan parah pada organ dalamannya dan mati ditempat kejadian.

Semasa kejadian, Yang mendakwa jatuh pengsan dan hanya sedar tentang keadaan anaknya yang cedera parah sebaik sahaja dia tersedar.

Laporan perubatan mengesahkan bahawa Yang mengalami serangan epilepsi, bagaimanapun petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian mendakwa Yang tidak mengalami sebarang serangan dan berada dalam keadaan sedar sepenuhnya.

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, Yang mempunyai tiga orang anak.
-sinarharian-

Padah tunjuk isyarat lucah kepada kereta yang dipandu Sultan Johor

lelaki tunjuk isyarat lucah Sultan-Johor
Lelaki berasal dari Serendah di tahan kerana ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar – Gambar Pakdin.my

Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 11. 20 pagi semasa Baginda DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan dari Muar ke Johor Bahru dan apabila sampai di KM 95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, telah melihat seorang lelaki melayu yang sedang memandu kereta jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan.

Melihat kejadian itu, DYMM Tuanku Sultan telah memberhentikan kereta yang dipandu oleh baginda sendiri dan mengarahkan pegawai pengiring supaya mengambil tindakan terhadap lelaki pemandu yang telah menunjukkan isyarat lucah terhadap baginda.

Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis pengadu kepada pemandu lelaki melayu tersebut dan bertanyakan adakah dia ada menunjukkan isyarat lucah tersebut dan beliau mengaku ada menunjukkan secara lisan dan anggota yang mengiringi DYMM Sultan Johor terus menangkap lelaki tersebut dan telah meminta butir-butir suspek.

Suspek juga ditangkap untuk ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik IPD Batu Pahat.

Hasil soal siasat ke atas saspek mendapati bahawa saspek dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga.

Suspek mengakui perbuatan tetapi menyatakan bahawa tidak menyangkakan orang yang ada dalam kereta tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Hasil ujian air kencing negatif.
Lelaki berasal dari Serendah di tahan kerana ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - Gambar Pakdin Blog
Lelaki berasal dari Serendah di tahan kerana ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar – Gambar Pakdin.my

-------------

Padah tunjuk isyarat lucah kepada konvoi diraja
WARTAWAN SINAR HARIAN

Padah tunjuk isyarat lucah kepada konvoi diraja Kereta yang dinaiki oleh suspek yang didakwa menunjuk isyaratlucah kepada konvoi Sultan Johor, semalam. - Foto WhatsApp

SEORANG lelaki berumur 40 tahun ditahan polis selepas didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi Sultan Johor, semalam.

Menurut laporan The Rakyat Post, kejadian berlaku di kilometer 95 arah selatan di North-South Expressway (NSE) jam 11.30 pagi semasa konvoi Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru selepas melawat bandar Muar.

"Suspek kini ditahan reman dan akan disiasat dibawah seksyen 506 dan 509," Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dipetik sebagai berkata.

Laporan mengatakan suspek telah menurunkan tingkap kenderaannya dan menunjukkan penumbuk serta isyarat lucah kepada konvoi tersebut.

Kejadian tersebut yang disaksikan sendiri oleh Sultan Ibrahim yang kemudian mengarahkan tindakan diambil.