"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

ADUN Bayu Datuk Azmi Che Husain jelaskan insiden pukul remaja dan teman wanita

adun kedah gaduh pukul bertumbuk Azmi-Che-Husain
ADUN Bayu Datuk Azmi Che Husain bersama dua anak lelakinya yang didakwa mencederakan pasangan kekasih tampil membuat penjelasan berhubung perkara sebenar. – Foto FMT

Azmi Che Husain berkata pemuda terbabit sengaja memutar belitkan keadaan sebenar dengan menuduh mereka menyerang teman wanitanya sedangkan wanita itu cedera akibat ditolak pemuda terbabit, lapor Sinar Harian.

“Saya cabar jika ada pihak yang masih lagi meragui tuduhan itu untuk memberikan bukti segera jika wanita berkenaan benar-benar ditumbuk.

“Insiden salah faham yang diviralkan di laman sosial itu merupakan hasil agenda dan perancangan pihak tertentu bagi mencalarkan imej politik saya.

“Kejadian itu berlaku siap dengan rakaman kamera, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Allah akan bersama orang yang benar, saya yakin dengan janjinya,” katanya.
azmi che husain gaduh
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah, Datuk Azmi Che Husain didakwa bergaduh dengan pasangan remaja di khalayak umum sehingga mencederakan seorang wanita dalam satu kejadian di bandar Alor Setar – Gambar The Malaysian Mirror
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa pelakunya tetapi mengakui mengenali individu yang cuba memburuk-burukkan imejnya dengan merancang insiden terbabit.

Azmi berkata sebelum kejadian terbabit, pemuda yang mendakwa dipukul itu menunjukkan isyarat tidak elok pada anaknya yang sedang memandu seolah-olah melakukan provokasi dan kemudian memaki hamun anaknya.

“Saya ketika itu di dalam kereta dengan dua anak lelaki. Bila kejadian macam itu berlaku, saya turun kereta dan tanya kenapa dia buat begitu kepada anak saya.

“Namun bila disoal, dia bertindak memaki hamun saya. Salam yang diberi sebelum itu pun tidak dijawabnya,” katanya dilaporkan Sinar Harian.

Azmi berkata pemuda itu kemudiannya bertindak lebih agresif apabila keluar dari kereta dan menendangnya sehingga terjatuh.

“Siapa yang sanggup tengok ayah mereka dipukul depan mata. Jadi berlaku pergelutan antara mereka bertiga, saya yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, tetapi saya ditumbuk lelaki itu,” katanya.

VIDEO ADUN – Aneh di dalam video remaja tersebut keluar kereta dan tidak pula kelihatan menendang hingga jatuh?
-malaysiastylonews-

Tiada ulasan: