"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Amanah bertanding di dua PRK: Mat Sabu calon yang boleh mengalahkan BN di Sungai Besar

Rundingan dengan PAS gagal, Amanah sedia tanding di dua PRK
HAZRI NAWAR
Rundingan dengan PAS gagal, Amanah sedia tanding di dua PRK
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan kesediaan mereka bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar selepas rundingan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai beberapa pemimpin PKR gagal menemui penyelesaian dengan PAS.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, kegagalan itu jelas apabila Pas secara tegas telah menyatakan pendirian mereka untuk mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan dan mengumumkan telah menutup pintu rundingan.

“Amanah mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa Pas tidak akan menarik diri dan tumpuan harus diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut.

“Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan Pas. Umum mengetahui bahawa Pas menolak usaha ini dan oleh itu persoalan tiga penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH,” katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Ekoran itu, beliau turut mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan segera mengadakan mesyuarat bagi memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan pada kedua-dua PRK tersebut.

“Amanah berpendapat, sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini.

“Oleh itu, Amanah bersedia untuk mewakili PH dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk Amanah mewakil PH di Sungai Besar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan bahawa mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu PRK hari ini sekali lagi ditangguhkan kerana menunggu respon daripada PAS.

Bercakap kepada pemberita dilobi Parlimen hari ini, Wan Azizah bagaimanapun berkata mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat apabila tiba masa sesuai.

Pas sebelum ini bertegas mahu bertanding di kedua-dua kerusi tersebut dan tidak akan tnduk kepada sebarang permintaan untuk berundur daripada kedua-duanya yang disifatkan sebagai kerusi tradisi mereka.

----------------------------------------

SAMM syorkan Mat Sabu bertanding di Parlimen Sungai Besar?
SAMM coordinator Azhar Achil
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mencalonkan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) pada 18 Jun ini.

Penyelaras SAMM Selangor Azhar Achil berkata, tanpa berselindung NGO itu menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu untuk menentang calon BN.

"Amanah harus menghantar 'general perang' terbaiknya dan sosok Mat Sabu adalah pilihan tepat.

"Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif Islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.

"Sungai Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sungai Besar," ujarnya dalam satu kenyataan.

SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana kali ini adalah PRK terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 kelak," ujarnya.
Poster Mohamad Sabu sebagai calon di PRK Sungai Besar
Poster Mohamad Sabu sebagai calon di PRK Sungai Besar
Menurut Azhar lagi SAMM Selangor juga telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan. Kawasan Sungai Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.

"SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.

"Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sungai Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

"SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH.

"Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sungai Besar." ujarnya.

Tiada ulasan: