"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Apakah Chegubard Sudah Jadi Penyokong Umno Najib?

azmin-chegubard1
Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pernah datang ke JPM pejabat perdana menteri pada tahun 2009 untuk menghadiahkan kek hari lahir Altantuya kepada Najib tetapi dihalau anggota polis Putrajaya.

Oleh Shahbudin Husin

Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dipimpin oleh Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard. Beliau adalah Ketua Cabang PKR Rembau dan pernah bertanding di kerusi Parlimen yang sama pada pilihanraya 2008 tetapi tewas kepada Khairy Jamaluddin.

Pada pilihanraya 2013 lalu beliau lari daripada Rembau dengan bertanding pula di Dun Sungai Acheh atas tiket PKR tetapi turut tewas berikutan wujudnya pertelingkahan dalaman yang menyebabkan Pas juga bertanding di kerusi tersebut.

Dalam PKR, Chegubard difahamkan masih lagi digantung keahliannya sejak Mei 2014 lalu atas kesalahan membuat kenyataan terbuka bahawa proses pemilihan parti itu yang didakwanya berjalan dengan kotor dan tidak telus.

Sejak digantung keahliannya, Chegubard lebih banyak bergerak melalui SAMM yang diasaskannya.

Walaupun secara realitinya SAMM adalah sebuah NGO pro PKR dan dirinya juga masih ahli parti itu ( cuma kini digantung keahlian saja ), namun Chegubard nampaknya tidak mahu ketinggalan daripada masuk campur dalam kemelut yang sedang berlaku antara Najib Razak dengan Tun Mahathir sekarang.

Tetapi tidak seperti pemimpin pembangkang lain yang kebanyakannya senada dengan perjuangan Tun Mahathir dan sama-sama melihat Najib sebagai musuh bersama yang perlu ditumbangkan, beliau sebaliknya seolah-olah cuba menyediakan “tongkat” dan “oksigen” untuk Najib terus bernafas walaupun sebenarnya hanya “kayu lidi” yang mampu disumbangkannya.

Hakikat bahawa hanya “kayu lidi” yang mampu disumbangkan oleh SAMM dan Chegubard dalam mempertahankan Najib ialah kerana tindakan cuba menyerang dan memburuk-burukkan Tun Mahathir tidak akan meyakinkan khalayak berikutan tafsiran umum ialah umpama peribahasa “sekilas ikan di air, sudah tahu masak apa yang sesuai dengannya”.

Beliau kini bukan saja sedang giat mengedarkan buku kecil berkaitan Tun Mahathir secara percuma, bahkan mulai menjadi “primadona” di sebuah stesen televisyen swasta yang sejak kebelakangan ini agenda utamanya ialah “membelasah” bekas Perdana Menteri itu.

Baru-baru ini Chegubard muncul mengecam Tun Mahathir berkenaan pemecatan Tun Salleh Abas di siaran berita perdana stesen televiseyen itu dan selepas ini kemunculannya mungkin lebih kerap lagi dalam isu-isu yang lain.
Chegubard pejuang tegar PKR semasa ditahan polis .

Chegubard pejuang tegar PKR semasa ditahan polis .

Sementara pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri tidak mudah mendapat liputan di siaran berita televisyen tersebut yang kini diuruskan oleh mereka yang rapat dengan Najib, Chegubard yang “kedua-dua kaki dan cap jarinya” masih bersama PKR nampaknya begitu mudah diberikan perhatian.

Barangkali inilah hasil “pemikiran luar kotak” dan “strategi lautan biru” para penasihat Najib.

Hari ini Chegubard tampil lagi memberi “kayu lidi” kepada Najib melalui usahanya mahu mengadakan forum mirip Nothing2Hide dengan cabarannya agar Tun Mahathir sedia tampil sebagai panel untuk menjawab segala dakwaan dan persoalan selama 22 tahun pemerintahan bekas Perdana Menteri itu.

Siapa pun akan melihat tindakan Chegubard ini sebagai “cencaru makan petang” dan “memasang lukah di pergentingan” kerana menyedari kedudukan Najib yang kian tersepit, bukan saja kerana serangan Tun Mahathir serta pembangkang tetapi juga penolakan yang makin ketara daripada rakyat.

Hakikatnya, usaha menampilkan Tun Mahathir untuk menjawab pelhagai isu berkaitan pentadbirannya adalah tidak relevan lagi memandangkan isu sekarang ialah berkaitan kepimpinan dan pentadbiran Najib yang meresahkan rakyat.

Ketika semua orang bercakap dan bimbang mengenai 1MDB, kelemahan Najib dan segala macam masalah dalam negara yang lebih memungkinkan UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang dan negara di ambang bahaya, Chegubard nampaknya lebih prihatin mengenai masa lampau Tun Mahathir. Woww….

Tun Mahathir sudah melepaskan jawatannya sejak 2003 yang lalu di mana sepanjang eranya kemenangan dua pertiga sentiasa diperolehi dan selepasnya juga sudah ada dua Perdana Menteri yang lain, jadi kenapa hanya sekarang isu berkaitan pentadbirannya mahu dibangkitkan semula?

Tentulah jawapannya sangat mudah difahami oleh sesiapa jua pun yang berkecimpung dalam dunia politik.

Cuma, apakah tindakan Chegubard ini memang dirancang oleh Najib bersama para penasihatnya atau ianya melalui proses pembentangan proposal yang ada skop kerja dan kos yang tertentu?

Jika demikian, kenapa SAMM dan Chegubard yang pro PKR dijadikan pilihan untuk mempertahankan Najib, sebaliknya tidak pula digunakan NGO pro UMNO untuk tujuan itu?

Begitu juga, apakah ini menandakan Najib dan para penasihatnya sudah hilang kepercayaan kepada pemimpinya sendiri, sayap-sayap parti serta ribuan NGO yang setia “berhujan dan berpanas” dengan UMNO selama ini?

Apakah tidak cukup dengan Lim Kok Wing yang dilantik sebagai koordinator khas kepada Perdana Menteri untuk menghadapi serangan Tun Mahathir, maka SAMM dan Chegubard kini sudah menjadi “Lim Kok Wing Kedua” untuk mempertahankan Najib?

Tiada ulasan: